draft malaysian 14a005r0 standard - sirim.my · sebarang kecederaan disebabkan kesan mekanikal,...

15
DRAFT MALAYSIAN 14A005R0 STANDARD STAGE: PUBLIC COMMENT (40.20) DATE: 01/03/2015 30/04/2015 Kangkung segar (Ipomoea reptans dan Ipomoea aquatica) - Spesifikasi ICS: 67.080.20 Pemerihal: kangkung, segar, Ipomoea reptans, Ipomoea aquatica, spesifikasi © Hak cipta 2015

Upload: lamminh

Post on 17-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DRAFT MALAYSIAN 14A005R0 STANDARD - sirim.my · Sebarang kecederaan disebabkan kesan mekanikal, fisiologi, perosak atau penyakit yang menjejaskan kualiti dan rupa keseluruhan kangkung

DRAFT

MALAYSIAN 14A005R0

STANDARD

STAGE: PUBLIC COMMENT (40.20) DATE: 01/03/2015 – 30/04/2015

Kangkung segar (Ipomoea reptans dan Ipomoea aquatica) - Spesifikasi

ICS: 67.080.20 Pemerihal: kangkung, segar, Ipomoea reptans, Ipomoea aquatica, spesifikasi

© Hak cipta 2015

JABATAN STANDARD MALAYSIA

Page 2: DRAFT MALAYSIAN 14A005R0 STANDARD - sirim.my · Sebarang kecederaan disebabkan kesan mekanikal, fisiologi, perosak atau penyakit yang menjejaskan kualiti dan rupa keseluruhan kangkung

14A005R0

© STANDARDS MALAYSIA 2015 - Hak cipta terpelihara i

Kandungan

Muka surat Perwakilan jawatankuasa ........................................................................................................... ii Prakata ...................................................................................................................................... iii 1 Skop ............................................................................................................................ 1 2 Rujukan normatif .......................................................................................................... 1 3 Istilah dan takrifan ........................................................................................................ 1 4 Keperluan am ............................................................................................................... 2 5 Penggredan .................................................................................................................. 3 6 Pensampelan ................................................................................................................ 4 7 Pembungkusan ............................................................................................................. 4 8 Pelabelan ...................................................................................................................... 4 9 Pematuhan standard .................................................................................................... 4 10 Tanda pensijilan ........................................................................................................... 5 11 Keperluan perundangan ............................................................................................... 5 Lampiran A Ilustrasi varieti, baik, rosak dan cacat ................................................................. 6

Page 3: DRAFT MALAYSIAN 14A005R0 STANDARD - sirim.my · Sebarang kecederaan disebabkan kesan mekanikal, fisiologi, perosak atau penyakit yang menjejaskan kualiti dan rupa keseluruhan kangkung

© STANDARDS MALAYSIA 2015 - Hak cipta terpelihara ii

Perwakilan jawatankuasa

Jawatankuasa Standard Perindustrian mengenai Pertanian (JSP A) yang di bawah kuasanya Malaysian Standard ini dibangunkan, dianggotai oleh wakil daripada organisasi yang berikut Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia Jabatan Perikanan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia Jabatan Pertanian Jabatan Standard Malaysia Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Lembaga Getah Malaysia Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia Persatuan Anak Benih Kebangsaan Malaysia Persatuan Minyak Sawit Malaysia Persatuan Pengeksport-pengeksport Buah-buahan Malaysia Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia SIRIM Berhad (Sekretariat) Universiti Putra Malaysia Jawatankuasa Teknikal mengenai Sayur-sayuran Segar yang membangunkan Malaysian Standard ini dianggotai oleh wakil daripada organisasi yang berikut: Dewan Bahasa dan Pustaka Hulu Yam Fresh Sdn Bhd Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia Jabatan Pertanian Kementerian Kesihatan Malaysia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Bahagian Kualiti dan Standard) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Bahagian Regulatori) Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia Persekutuan Persatuan-persatuan Pekebun-pekebun Sayur-sayuran Malaysia Persekutuan Persatuan-persatuan Penjual Sayur-sayuran Malaysia SIRIM Berhad (Sekretariat) Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd Universiti Putra Malaysia Universiti Teknologi MARA

Page 4: DRAFT MALAYSIAN 14A005R0 STANDARD - sirim.my · Sebarang kecederaan disebabkan kesan mekanikal, fisiologi, perosak atau penyakit yang menjejaskan kualiti dan rupa keseluruhan kangkung

14A005R0

© STANDARDS MALAYSIA 2015 - Hak cipta terpelihara iii

Prakata Malaysian Standard ini dibangunkan oleh Jawatankuasa Teknikal mengenai Sayur-sayuran Segar di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Standard Perindustrian mengenai Pertanian. Versi Bahasa Malaysia ini adalah terjemahan daripada versi asal dalam Bahasa Inggeris iaitu MS xxxx:2015, Fresh water convolvulus (Ipomoea reptans and Ipomoea aquatica) - Specification. Jika terdapat sebarang pertikaian semasa penggunaan standard ini, versi asal Bahasa Inggeris adalah dirujuk. Pematuhan ke atas Malaysian Standard ini tidak dengan sendirinya memberikan kekebalan daripada obligasi undang-undang.

Page 5: DRAFT MALAYSIAN 14A005R0 STANDARD - sirim.my · Sebarang kecederaan disebabkan kesan mekanikal, fisiologi, perosak atau penyakit yang menjejaskan kualiti dan rupa keseluruhan kangkung

14A005R0

© STANDARDS MALAYSIA 2015 - Hak cipta terpelihara 1

Kangkung segar (Ipomoea reptans dan Ipomoea aquatica) - Spesifikasi

1 Skop Malaysian Standard ini menetapkan keperluan bagi kangkung segar (Ipomoea reptans dan Ipomoea aquatica daripada famili Convolvulaceae) untuk pasaran segar kepada pengguna, tidak termasuk kegunaan industri.

2 Rujukan normatif Rujukan normatif berikut amat penting dan diperlukan untuk penggunaan standard ini. Bagi rujukan bertarikh, hanya edisi yang disebutkan diguna pakai. Bagi rujukan tidak bertarikh, edisi terkini rujukan normatif (termasuk apa-apa pindaan) diguna pakai. MS 1187, Method of sampling for fresh vegetables MS 1784, Crop commodities - Good Agricultural Practice (GAP) MS 1784-7, Good Agricultural Practice (GAP) - Part 7: Fruits and vegetables Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (Akta 141) dan Peraturan-peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) 2008

3 Istilah dan takrifan Bagi maksud standard ini, istilah dan takrifan berikut diguna pakai. 3.1 bersih Bebas daripada kotoran dan kesan bendasing;dan tidak memberi kesan pada rupa keseluruhan kangkung. 3.2 kematangan komersial Daun dan batang tidak keras atau tidak mempunyai serabut yang berlebihan. 3.3 kerosakan Sebarang kecederaan disebabkan kesan mekanikal, fisiologi, perosak atau penyakit yang menjejaskan kualiti dan rupa keseluruhan kangkung (rujuk Lampiran A). 3.3.1 kerosakan mekanikal Kerosakan semasa pengendalian seperti lebam, luka kulit dan pecah.

Page 6: DRAFT MALAYSIAN 14A005R0 STANDARD - sirim.my · Sebarang kecederaan disebabkan kesan mekanikal, fisiologi, perosak atau penyakit yang menjejaskan kualiti dan rupa keseluruhan kangkung

© STANDARDS MALAYSIA 2015 - Hak cipta terpelihara 2

3.3.2 kerosakan fisiologi Kerosakan seperti nyahwarna dan kecederaan dingin. 3.3.3 kerosakan oleh perosak dan penyakit Kerosakan disebabkan oleh serangga, haiwan dan mikrob. 3.4 kecacatan Kangkung mempunyai bentuk yang tidak sempurna mengikut varieti dan/atau tanda yang tidak boleh dibersihkan seperti bintik dan karat yang boleh menjejaskan keseluruhan rupa. 3.5 segar Daun dan batang berwarna hijau, tegar dan tidak layu. 3.6 kesamaan varieti Kangkung mempunyai ciri rupa bentuk dan warna yang sama dalam setiap konsainan. 3.7 keseragaman saiz

Panjang kangkung adalah sama, diukur dari pangkal batang hingga ke hujung pucuk. 3.8 perapian kemas Daun yang berubah warna, kering atau rosak telah diasingkan bagi mengelakkan kesan pada rupa keseluruhan kangkung.

4 Keperluan am 4.1 Kangkung hendaklah segar, bersih, telah dikemasrapi, agak bebas daripada kerosakan dan/atau kecederaan, mempunyai ciri keseragaman varieti dan mencapai tahap kematangan komersial. 4.2 Keperluan bagi residu racun perosak, logam berat dan mikroorganisma hendaklah mematuhi peruntukan yang ditetapkan dalam Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. 4.3 Pengeluaran kangkung perlulah mematuhi Amalan Pertanian Baik (APB) seperti keperluan MS 1784 dan MS 1784-7 atau setara dengannya. 4.4 Kangkung perlulah dikendali mengikut keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan peraturan semasa yang berkaitan dengan kesihatan awam yang dikuatkuasakan di dalam negara. 4.5 Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (Akta 141) dan Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan & Pelabelan Keluaran Pertanian) 2008 hendaklah dipatuhi.

Page 7: DRAFT MALAYSIAN 14A005R0 STANDARD - sirim.my · Sebarang kecederaan disebabkan kesan mekanikal, fisiologi, perosak atau penyakit yang menjejaskan kualiti dan rupa keseluruhan kangkung

14A005R0

© STANDARDS MALAYSIA 2015 - Hak cipta terpelihara 3

5 Penggredan 5.1 Klasifikasi gred

Kangkung hendaklah digredkan seperti dalam Jadual 1.

5.2 Pengelasan saiz

Bagi kangkung, pengelasan saiz adalah tidak perlu.

Jadual 1. Klasifikasi gred

Gred Keperluan Kelonggaran

(maksimum)

Premium

Kangkung dalam gred ini hendaklah daripada

varieti yang sama, segar, bersih, dan tanpa

akar. Ia juga hendaklah bebas daripada

kecacatan dan kerosakan serta mempunyai

saiz yang seragam.

Kangkung dalam gred ini hendaklah menepati

keperluan Gred 1.

Segar 5 %

Cacat 5 %

Rosak 5 %

Keseragaman saiz 5 %

Maksimum 5 % daripada

jumlah atau berat hasilan

dibenarkan di dalam setiap

bungkusan.

1

Kangkung dalam gred ini hendaklah daripada

varieti yang sama, segar, bersih dan

mempunyai akar atau tanpa akar. Ia juga

hendaklah agak bebas daripada kecacatan

dan kerosakan serta mempunyai saiz yang

seragam.

Kangkung dalam gred ini hendaklah menepati

Keperluan am (Klausa 4).

Segar 10 %

Cacat 10 %

Rosak 10 %

Keseragaman saiz 15 %

Maksimum 15 % daripada

jumlah atau berat hasilan

dibenarkan di dalam setiap

bungkusan.

Page 8: DRAFT MALAYSIAN 14A005R0 STANDARD - sirim.my · Sebarang kecederaan disebabkan kesan mekanikal, fisiologi, perosak atau penyakit yang menjejaskan kualiti dan rupa keseluruhan kangkung

© STANDARDS MALAYSIA 2015 - Hak cipta terpelihara 4

6 Pensampelan Pensampelan untuk menguji konformiti hasil pertanian bagi standard ini hendaklah selaras dengan MS 1187 atau kaedah statistik lain yang diterima pakai.

7 Pembungkusan 7.1 Kangkung daripada gred yang sama hendaklah dimasukkan ke dalam bekas pembungkus yang sesuai dengan hasilan, mempunyai cukup pengudaraan dan dapat memberi perlindungan daripada kerosakan semasa pengendalian serta pengangkutan. 7.2 Bahan yang digunakan untuk membungkus hendaklah baru, bersih dan tidak toksik. Kualiti bahan tersebut tidak menyebabkan kerosakan semasa pengendalian lepas tuai dan pengangkutan. Penggunaan bahan pembungkus terutamanya daripada kertas atau pengecap yang mempunyai tanda spesifikasi perdagangan adalah dibenarkan dengan syarat cetakan pelabelan menggunakan dakwat atau gam yang tidak toksik. 7.3 Berat bersih yang dibenarkan bagi satu bungkusan tidak melebihi 30 kg.

7.4 Kangkung dalam satu bungkusan hendaklah dari ladang yang sama.

8 Pelabelan 8.1 Setiap bekas bungkusan hendaklah dilabel dengan maklumat berikut: a) tarikh dituai; b) tarikh dibungkus; c) nama, alamat, kod pengeksport atau pengimport; d) nama, alamat, kod penanam atau nombor pendaftaran syarikat; e) nama hasil tani; f) negara pengeluar; g) gred dan saiz; dan h) berat bersih.

9 Pematuhan standard

Setiap hasil pertanian yang diperiksa oleh pihak berkuasa dan didapati menepati keperluan Malaysian Standard ketika pemeriksaan dibuat, boleh diberi perakuan telah mematuhi standard ini.

Page 9: DRAFT MALAYSIAN 14A005R0 STANDARD - sirim.my · Sebarang kecederaan disebabkan kesan mekanikal, fisiologi, perosak atau penyakit yang menjejaskan kualiti dan rupa keseluruhan kangkung

14A005R0

© STANDARDS MALAYSIA 2015 - Hak cipta terpelihara 5

10 Tanda pensijilan Setiap bekas, melalui persetujuan dengan badan persijilan bertauliah, boleh ditanda dengan tanda persijilan badan berkenaan, dengan syarat produk telah mematuhi keperluan Malaysian Standard ini.

11 Keperluan perundangan Aspek lain dalam pengeluaran kangkung hendaklah mematuhi keperluan perundangan yang berkuat kuasa di Malaysia.

Page 10: DRAFT MALAYSIAN 14A005R0 STANDARD - sirim.my · Sebarang kecederaan disebabkan kesan mekanikal, fisiologi, perosak atau penyakit yang menjejaskan kualiti dan rupa keseluruhan kangkung

© STANDARDS MALAYSIA 2015 - Hak cipta terpelihara 6

Lampiran A (informatif)

Ilustrasi varieti, baik, rosak dan cacat

A.1 Varieti

a) Ipomoea reptans

b) Ipomoea aquatica

Rajah A.1. Contoh varieti kangkung

Page 11: DRAFT MALAYSIAN 14A005R0 STANDARD - sirim.my · Sebarang kecederaan disebabkan kesan mekanikal, fisiologi, perosak atau penyakit yang menjejaskan kualiti dan rupa keseluruhan kangkung

14A005R0

© STANDARDS MALAYSIA 2015 - Hak cipta terpelihara 7

A.2 Rupabentuk yang baik dan segar

Rajah A.2. Contoh rupabentuk kangkung yang baik dan segar

A.3 Rupabentuk yang tidak segar

Rajah A.3. Contoh rupa bentuk kangkung yang tidak segar

Page 12: DRAFT MALAYSIAN 14A005R0 STANDARD - sirim.my · Sebarang kecederaan disebabkan kesan mekanikal, fisiologi, perosak atau penyakit yang menjejaskan kualiti dan rupa keseluruhan kangkung

© STANDARDS MALAYSIA 2015 - Hak cipta terpelihara 8

A.4 Kerosakan A.4.1 Kerosakan mekanikal

a) Batang patah

b) Batang pecah

c) Daun terpotong

Rajah A.4.1. Contoh kerosakan mekanikal pada kangkung

Page 13: DRAFT MALAYSIAN 14A005R0 STANDARD - sirim.my · Sebarang kecederaan disebabkan kesan mekanikal, fisiologi, perosak atau penyakit yang menjejaskan kualiti dan rupa keseluruhan kangkung

14A005R0

© STANDARDS MALAYSIA 2015 - Hak cipta terpelihara 9

A.4.2 Kerosakan oleh serangga dan penyakit

Rajah A.4.2. Contoh kerosakan oleh serangga dan penyakit pada kangkung A.4.3 Kerosakan fisiologi

Rajah A.4.3. Contoh kerosakan fisiologi-nyahwarna pada kangkung

Page 14: DRAFT MALAYSIAN 14A005R0 STANDARD - sirim.my · Sebarang kecederaan disebabkan kesan mekanikal, fisiologi, perosak atau penyakit yang menjejaskan kualiti dan rupa keseluruhan kangkung

© STANDARDS MALAYSIA 2015 - Hak cipta terpelihara 10

A.5 Kecacatan

A.5.1 Cacat rupa

Rajah A.5.1. Contoh cacat rupa pada kangkung

A.5.2 Cacat bentuk

Rajah A.5.2. Contoh cacat bentuk pada kangkung

Page 15: DRAFT MALAYSIAN 14A005R0 STANDARD - sirim.my · Sebarang kecederaan disebabkan kesan mekanikal, fisiologi, perosak atau penyakit yang menjejaskan kualiti dan rupa keseluruhan kangkung

© STANDARDS MALAYSIA 2015 - Hak cipta terpelihara

Penghargaan Ahli Jawatankuasa Teknikal mengenai Sayur- sayuran Segar

Encik Alias Jusoh (Pengerusi) Puan Noraslina Mat Zain/ Encik Mohd Noorhafiz Mohd Nasir (Setiausaha) Puan Saidah Kamin/Puan Hendun Ibrahim/ Encik. Abdul Halim Abdul Latip Encik Chan Loy Onn Puan Latifah Mohd Nor/ Dr Zaulia Othman Puan Khazana Ibrahim Puan Nor Azmina Mamat@Muhammad Encik Zubir Hamsa Puan Siti Mariam Abd Ghani Puan Zaheran Abd Ghani Puan Anni Mitin Encik Ch’ng Oon Teong Prof Madya Dr Siti Aishah Hassan Prof Dr Noriham Abdullah/ Prof Madya Dr Cheow Chong Seng

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Bahagian Regulatori) SIRIM Berhad/ Jabatan Standard Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka Hulu Yam Fresh Sdn Bhd Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia Jabatan Pertanian Kementerian Kesihatan Malaysia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Bahagian Kualiti dan Standard) Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd Universiti Putra Malaysia Universiti Teknologi MARA