serangga perosak 2

13
Jenis: Kupu-kupu Chilasa clytia clytia Kerosakan: Menyerang pokok Medang di tapak semaian dan pokok baru tanam. Memakan daun muda secara bebas. Serangan yang berulang boleh menyebabkan pokok kehilangan dan dan mati. Kawalan: Mudah dikawal jika pemantauan dibuat secara berkala dengan memusnahkan larva. Jika perlu semburan seperti abamectin atau Bacillus thuringiensis boleh digunakan.

Upload: omarsahlan

Post on 14-Jun-2015

1.085 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Serangga Perosak 2

Jenis: Kupu-kupu Chilasa clytia clytia

Kerosakan: Menyerang pokok Medang

di tapak semaian dan pokok baru tanam.

Memakan daun muda secara bebas.

Serangan yang berulang boleh menyebabkan pokok kehilangan dan dan mati.

Kawalan: Mudah dikawal jika

pemantauan dibuat secara berkala dengan memusnahkan larva.

Jika perlu semburan seperti abamectin atau Bacillus thuringiensis boleh digunakan.

Page 2: Serangga Perosak 2

Jenis: Kupu-kupu Hasora cromus cromus

Kerosakan: Menyerang pokok Mempari. Memakan daun muda.

Serangan yang serius menyebabkan pokok kehilangan daya teduhan.

Kawalan: Lakukan semburan Bacillus

thuringiensis pada larva baru memetas.

Page 3: Serangga Perosak 2

Jenis: Rama-rama Orgyia postica

Kerosakan: Memakan daun-daun muda

secara bebas dan meninggal tangkai daun yang keras.

Kawalan: Lakukan semburan Bacillus

thuringiensis pada larva baru memetas.

Page 4: Serangga Perosak 2

Jenis: Ulat bungkus Kerosakan:

Menyerang pokok teduhan, palma dan renek.

Daun-daun pokok atau pelepah palma yang diserang oleh ulat bungkus dipenuhi dengan tompok kikisan tisu dan lubang-lubang kecil.

Daun atau pelepah kelihatan perang dan didapati pupa bergantungan pada bahagian bawahnya .

Kawalan: Semburan Bacillus

thuriengiensis atau racun sistemik dengan menabur pada pangkal pokok dengan carbofuran.

Page 5: Serangga Perosak 2

Jenis: Rama-rama Attacus atlas Kerosakan:

Menyerang pokok Medang, Mahogany dan Khaya.

Pokok diserang kehilangan daun muda dan tinggal ranting.

Najis dan lebihan daun bertaburan di bawah pokok.

Pupa bergantungan pada pokok. Kawalan:

Kawalan biologi iaitu dengan semburan pada daun bacteria Bacillus thuringiensis.

Kawalan kimia dengan malathion atau cypermethrin.

Page 6: Serangga Perosak 2

Jenis: Kumbang Brontispa longgisima

Kerosakan: Menyerang pokok palma seperti

Palma Raja, Palma Kobis dan Pokok Pinang.

Pelepah palma bertukar keperangan dan menjadi kering. Serangan mengakibatkan pelepah kehilangan daun dan hanya lidi yang ditinggalkan. Serangan yang berterusan boleh mengakibatkan pokok mati.

Kawalan: Racun sistemik seperti carbofuran

boleh diguna untuk mengawal serangan kumbang ini. Racun ini dibungkus di dalam uncang kecil dan diletakkan pada celah pelepah.

Page 7: Serangga Perosak 2

Jenis: Thrip Kerosakan:

Daun pokok teduhan yang diserang oleh trips selalunya berpintal, berbintik-bintik dan perang hitam iaitu kesan hisapan sap semasa daun muda.

Kawalan: Memangkas dan

memusnahkan dahan-dahan yang diserang.

Sekiranya perlu, kawalan secara kimia boleh dilakukan dengan membuat semburan racun serangga seperti deltamethrin atau fipronil.

Page 8: Serangga Perosak 2

Jenis: Mictis longicornis Kerosakan:

Dewasa dan nimfa, menghisap pucuk muda dan menyebabkan pucuk layu dan seterusnya mati.

Serangan yang berulang pada pokok semaian boleh menyebabkan pokok terbantut dan bercabang.

Kawalan: Serangga ini jarang menyebabkan

kerosakan teruk pada pokok teduhan dan tidak memerlukan kawalan. Sekiranya serangan berlaku pada pokok semaian semburan dengan racun seperti acephate atau dimethoate boleh mengurangkan serangan serangga ini.

Page 9: Serangga Perosak 2

Jenis: Lalat putih Kerosakan:

Menyerang pokok teduhan, renek dan penutup bumi.

Serangan yang tinggi boleh menyebabkan daun kerinting dan lelehan manisan yang dikeluarkan oleh serangga ini boleh menyebabkan daun disaluti dengan kulat jelaga yang menjadikan permukaan daun berwarna hitam.

Kawalan: Sekiranya serangan tidak banyak,

kawalan boleh dilakukan dengan memotong daun yang diserang atau menyembur dengan minyak putih.

Sekiranya serangan teruk, semburan dengan racun kimia seperti profenofos atau imidacloprid boleh digunakan

Page 10: Serangga Perosak 2

Jenis: Koya Kerosakan:

Menyerang pokok teduhan, renek dan ‘indoor plant’.

Serangga nimfa dan dewasa menghisap sap dan mengeluarkan lelehan manis.

Lelehan manis yang dikeluarkan oleh serangga ini menyebabkan daun-daun kelihatan hitam diselaputi dengan jelaga. Pokok boleh kelihatan hitam dan kurang nilai estatik.

Kawalan: Serangan yang boleh menjadi teruk

boleh dielakkan dengan memangkas dahan yang daunnya diserang oleh serangga.

Sekiranya kawalan diperlukan minyak putih atau malathion boleh digunakan

Page 11: Serangga Perosak 2

Aphid

Mite

Whitefly

Page 12: Serangga Perosak 2

Diserang aphids.

Diserang mite.

Page 13: Serangga Perosak 2

Koya

Simbiosis bersama semut Dolichoderus thoracicus