TEKS UCAPAN
YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN
BENGKEL KAJIAN PERTENGAHAN TAHUN SKT SWCORP 2017 4 OGOS 2017 (JUMAAT)
INTAN, SABAH
1
Assalamualaikum Warahmatullahibarakatuh dan Salam Sejahtera
1. Alhamdulillah dapat kita berkumpul bersama-sama pada pagi ini di
Bengkel Kajian Pertengahan Tahun Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
(SWCorp) 2017. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan
terima kasih dan sekalung tahniah kepada urusetia yang telah
berjaya menganjurkan bengkel yang akan dijalankan selama tiga
(3) hari bermula hari ini.
2
2. Sekalung tahniah juga saya ucapkan kepada SWCorp yang telah
bersama-sama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam mencapai SKT yang telah
ditetapkan demi mensejahterakan rakyat selaras hasrat YAB
Perdana Menteri Malaysia pada pembentangan bajet 2017 yang
lalu.
3
Hadirin sekalian
3. Dalam merealisasikan hasrat tersebut, Rancangan Malaysia
Kesebelas (RMKe-11) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat
pada 21 Mei 2015 bertemakan Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat
boleh dijadikan sebagai panduan. Telah terkandung di dalamnya
satu teras yang mana ia difokuskan kepada Menuju Ke Arah
Pertumbuhan Hijau Bagi Meningkatkan Kemampanan Dan Daya
Tahan dan ternyata ia merupakan satu tanggungjawab yang
spesifik untuk dilaksanakan oleh KPKT khususnya Jabatan
4
Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan SWCorp. Merujuk
kepada teras tersebut, KPKT berperanan untuk mengurus sisa
secara menyeluruh iaitu melalui kawalan ke atas sisa pepejal
yang dihasilkan melalui peningkatan kadar kitar semula Negara,
penambahbaikan tapak pelupusan dan pemerolehan semula sisa
pepejal.
5
4. Sasaran menjadikan 22% kadar kitar semula Negara menjelang
tahun 2020 perlu diterjemahkan dengan tindakan yang proaktif
seperti yang sedang dilaksanakan iaitu Pelaksanaan Pengasigan
Sisa Pepejal di Punca dan hasilnya kita dapat lihat saban tahun
tahap kadar kitar semula Negara semakin meningkat dan
berpotensi tinggi untuk mencapai apa telah di sasarkan. Selain itu
juga, inisiatif dan usaha berinovatif perlu dikembangkan bagi
menjana sesuatu daripada sisa yang mampu memberikan nilai
ekonomi kepada Negara untuk jangka masa panjang.
6
5. Rome wasn’t built in a day. Dalam menyampaikan perkhidmatan
yang terbaik kepada masyarakat, Inisiatif Pembaharuan Strategik
Transformasi Penyampaian Perkhidmatan Awam (SRI PSDT)
yang telah diperkenalkan pada tahun 2013 menyasarkan
peningkatan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan yang
disampaikan oleh Kerajaan kepada rakyat harus di titik beratkan.
Berteraskan konsep ‘doing more with less’ yang bermaksud
mencapai lebih banyak sasaran dengan sumber sedia ada dan
terhad atau menetapkan sasaran untuk meningkatkan kecekapan
7
dan keberkesanan perkhidmatan awam, agar Kerajaan dapat
terus memenuhi jangkaan rakyat walaupun langkah lebih
berhemat dalam perbelanjaan diambil oleh Kerajaan.
6. Perkhidmatan yang diberikan juga perlu dekat di hati masyarakat.
Komunikasi dan cara penyampaian perkhidmatan yang diberikan
perlu memenuhi kehendak yang diperlukan oleh masyarakat dan
sesuai agar setiap inisiatif yang dibuat tidak disalah ertikan dan
menjadi isu yang tidak berkaitan. Ia dapat dijayakan dengan
8
memahami halatuju organisasi, kementerian dan Kerajaan.
Perkara ini amat penting bagi menjadikan setiap perkhidmatan
yang diberikan adalah selari dengan hasrat yang telah dijanjikan
kepada masyarakat dan tidak terpesong kepada agenda lain.
Bagi menjadikan penyampaian perkhidmatan lebih efisien dan
berkualiti, setiap individu perlu menjalankan tugas melangkaui
tugas hakiki atau doing extra mile daripada yang telah ditetapkan.
Janganlah kita sering bertanya apakah faedah atau ganjaran
9
Kerajaan kepada kita sebaliknya bertanyalah apakah sumbangan
kita kepada nusa, bangsa dan Negara yang dicintai.
7. Tidak dinafikan pelbagai cabaran global yang sukar diramal kini
melanda setiap negara dan mampu memberi impak kepada
pentadbiran kerajaan dan ekonomi semasa. Namun ia tidak boleh
diambil sepenuhnya sebagai sebab untuk menjejaskan prestasi
dalam menyampaikan tanggungjawab kepada masyarakat.
Lihatlah ia sebagai cabaran dan setiap cabaran pasti ada hikmah
10
dan kebaikan yang akan diperolehi jika ditangani dengan penuh
dedikasi. Sebagaimana seruan YBhg. Ketua Setiausaha Negara
yang mana beliau mencadangkan agar pendekatan ‘search and
serve’ dilaksanakan dalam menyampaikan perkhidmatan iaitu
dengan cara yang cepat dan tepat bagi mengelakkan kerugian
masa dan kos kepada rakyat. Perkara-perkara yang telah
dinyatakan ini mampu menjadikan perkhidmatan awam berada di
tahap terbaik seperti yang diharapkan oleh masyarakat negara
ini.
11
8. Saya yakin SWCorp melalui kepimpinan Dato’ Dr. Zulkapli bin
Mohamed telah melaksanakan tugas dengan pernuh komited dan
berdedikasi selaras hasrat Kerajaan. Ini dibuktikan dengan
pencapaian dalam rumusan SKT KPKT 2016 yang mana
SWCorp telah bertanggungjawab untuk melaksanakan sebanyak
32 program dan berjaya melaksanakan 31 program daripadanya
dan hanya satu (1) program mencapai tahap 79%. Pencapaian
KPKT juga boleh dibanggakan kerana berjaya mencapai 87%
12
atau bersamaan dengan 638 program yang telah berjaya
mendapat skor melebihi 90%.
9. Tahun ini, saya juga percaya bahawa SWCorp mampu mengorak
langkah lebih jauh dengan program-program yang lebih fokus
dengan keseluruhan jumlah program bagi SKT SWCorp di
peringkat KPKT adalah sebanyak 26 program. Dalam
merealisasikan setiap program yang ditetapkan, perlu ada
13
perancangan yang strategik dan disusuli dengan komitmen yang
jitu serta kerjasama daripada semua pihak.
Hadirin sekalian
10. Saya difahamkan pada bengkel ini, pembahagian kumpulan telah
dibuat bagi memperinci dan melihat semula program-program
yang telah dirancang sebelum ini. Salain daripada 26 program di
bawah SKT KPKT, SWCorp juga mempunyai 118 program yang
diletakkan di bawah tujuh (7) fokus yang telah ditetapkan. Fokus-
14
fokus tersebut telah mengambil kira aspek-aspek berkaitan Visi
SWCorp iaitu Ke Arah Meningkatkan Kualiti Persekitaran yang
Bersih, Indah dan Sejahtera Menjelang 2020 di mana penekanan
perlu diberikan kepada inisiatif penguatkuasaan, kesedaran
awam serta penjimatan yang akan membantu kesedaran orang
awam di dalam menjaga kebersihan dimana secara tidak
langsung dapat mengurangkan kos penggunaan sisa pepejal. Ia
juga sejajar dengan kehendak RMKe-11 seperti yang saya
nyatakan tadi yang mana Kerajaan berharap dapat meningkatkan
15
penyelarasan terhadap pengurusan sisa pepejal melalui teknologi
dan dengan sisa yang dihasilkan akan mampu menjana ekonomi
Negara.
11. Dengan bajet yang terpaksa dikurangkan oleh Kerajaan, kita
harus mengambil sikap positif dan sentiasa berfikir di luar kotak
untuk menggunakan bajet tersebut dengan lebih baik dan
memperkasakan sumber-sumber pengurusan serta pentadbiran
secara efisien. Ini termasuklah mencari kaedah dalam
16
meningkatkan kadar kitar semula Negara melalui penyediaan
kemudahan kitar semula bagi memperluaskan penglibatan
masyarakat dalam perkara tersebut. Fokus yang telah ditetapkan
ini menunjukkan hala tuju atau way forward yang jelas yang
menunjukkan SWCorp komited dalam memberikan perkhidmatan
terbaik kepada masyarakat sepanjang penubuhannya sejak tahun
2008. Ia juga sesuatu yang boleh dibuktikan kelak setelah semua
strategi dan program telah berjaya dilaksanakan. Perkara ini perlu
dipuji dan diteruskan pada tahun akan datang agar setiap
17
perancangan yang dibuat saban tahun mempunyai garis panduan
bagi mengelakkan daripada terpesong atau melaksanakan
sesuatu yang kurang memberi kesan terhadap operasi dan
perkhidmatan yang diberikan oleh SWCorp.
12. Dalam menjayakan SKT yang telah ditetapkan, pelbagai cabaran
perlu ditempuhi dan ditangani sebaiknya. Dengan keadaan
ekonomi global yang tidak stabil, Kerajaan terpaksa memutuskan
agar bajet tahunan dikurangkan namun khidmat yang diberikan
18
kepada masyarakat tidak harus berbelah bahagi. Kesukaran bakal
ditambah dengan mentaliti dan sikap masyarakat negara ini yang
masih di takuk lama terhadap aspek kepentingan menjaga
kebersihan dalam memastikan kelestarian alam sekitar dapat
diteruskan oleh generasi akan datang. Tahap mentaliti masyarakat
perlu ditransformasikan agar ia mampu menjadikan mentaliti
masyarakat negara ini setanding dengan mentaliti masyarakat
negara maju yang lain. Walaupun begitu, tidak mustahil akan ada
desas-desus yang tidak enak yang akan diterima daripada
19
masyarakat akibat ekspektasi dan persepsi masyarakat yang
negatif terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat
awam. Namun setiap penjawat awam harus bersikap positif dan
sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kerana ia mampu
mencerminkan keseluruhan perkhidmatan yang diberikan oleh
Kerajaan. Bak kata pepatah, “Nila setitik, rosak susu sebelanga.
20
Hadirin sekalian
13. Tujuh (7) bulan telah berlalu dan kini hanya tinggal beberapa bulan
sahaja lagi untuk sampai ke penghujung tahun 2017. Kita harus
lebih fokus dan menggandakan lagi usaha dalam menyampaikan
perkhidmatan terbaik kepada masyarakat kerana tanggungajwab
yang digalas merupakan amanah Yang Maha Esa dalam menjaga
kelestarian alam sekitar. Penyampaian juga perlu berevolusi iaitu
mampu berubah mengikut kesesuaian semasa yang perubahan
arus perdana. Pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan
21
(NBOS) perlu dilaksanakan dengan sepenuhnya agar kerjasama
di antara agensi dalam Kerajaan dapat meningkatkan kualiti
perkhidmatan yang diberikan. Sebagai contoh, dalam RMKe-11
telah menyeru agar meningkatkan penyelarasan pengurusan sisa
dibuat melalui kerjasama agensi berkaitan seperti SWCorp,
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air
Negara (SPAN). Dengan kerjasama ini, ia mampu merealisasikan
hasrat Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mana ia
merupakan hala tuju negara yang bakal ditentukan oleh kita agar
22
dapat diteruskan oleh generasi muda masa kini. Saya percaya
pelbagai program di dalam SKT yang telah dilaksanakan oleh
SWCorp namun jika masih terdapat program yang masih di tahap
yang perlu diberi perhatian, gunalah peluang yang ada selama tiga
(3) hari ini untuk bersama-sama merancang dan menyusun
strategi yang lebih dinamik demi memastikan setiap program yang
dirancang akan berjaya dengan sepenuhnya. Bukan sahaja SKT
KPKT yang perlu dititik beratkan, namun keseluruhan SKT
23
SWCorp perlu diambil berat dan diberi penekanan yang
maksimum agar pencapaian yang terbaik dapat diberikan.
14. Program yang telah dirancang perlu dinilai semula dari segi impak
keberkesanannya yang akan diterima di akhir pelaksanaan.
Penekanan perlu diberikan kepada program yang kurang atau
tidak berjaya dilaksanakan kerana ia mampu memberi kesan
kepada pencapaian SWCorp secara keseluruhannya. Setiap fokus
mempunyai tahap keberkesanan dan cabaran yang bakal
24
ditempuhi. Penggemblengan idea dan input dari setiap individu
dalam bengkel ini amat perlu agar kerjasama sebagai satu
pasukan dapat diterapkan seterusnya melahirkan program yang
berimpak tinggi kepada setiap fokus yang telah ditetapkan dan
segala kekurangan dapat diatasi sebaiknya. Henry Ford, pengasas
Syarikat Ford Motor ada mengatakan:
Coming together is the beginning, keeping together is
process and working together is success (Henry Ford).
25
Penutup
Para hadirin sekalian
15. Saya berharap agar bengkel yang akan dijalankan ini akan
memberi manfaat sepenuhnya dalam mencapai SKT yang telah
ditetapkan pada tahun ini. Ambillah kata-kata YAB Perdana
Menteri dalam ucapan Laporan Tahunan Program Transformasi
Negara 2016 pada May 2017 yang lalu.
26
Sekali kita melangkah ke hadapan,… kita tidak akan berpatah
pulang dan berbalik haluan,… Sebaliknya, kita hanya ada
satu pilihan sahaja,… untuk terus mara, terus berjaya dan
terus mencapai kemenangan…
27
16. Akhir kata, dengan lafaz bismillahi rahmani rahim, saya dengan ini
merasmikan Bengkel Kajian Pertengahan Tahun SKT SWCorp
2017.
Dengan itu saya akhiri dengan lafaz wabillahi taufiq walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.