Mukasurat 02 Minbar Putra/01/2013
Sebarang cadangan & komentar sila e mailkan kepada kami di:
atau, hubungi kami di:
PUSAT ISLAM UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL: 03-89468582 FAKS: 03-89483742
HEBAHAN & MAKLUMAN
1. Imam / Khatib yang bertugas Juma’at minggu ini 17 Mei 2013 / 07 Rejab 1434H : Ustaz Alzasha Illiyyin bin Zainal Alam
2. Sesi Bacaan al-Quran & terjemahan sebelum Solat Fardhu Juma’at , Ayat 08 - 16 Surah al-Ghafir yang akan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Haikal bin Rosly (Al-Quran) & (Terjemahan) 3. Pusat Islam Universiti akan mengadakan ”Kem Motivasi Al-Quran” bertempat di Dewan Ibnu Sina, PIU,UPM pada 4 – 6 Jun 2013. (Selasa – Khamis). Masa 8.00 pagi – 5.00 petang. Yuran RM 50.00 seorang. Penyertaan terbuka kepada anak-anak warga UPM dan masyarakat setempat. Umur 10 -16 tahun.
4. Pusat Islam Universiti dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Serdang dan jemaah Masjid UPM akan melaksanakan majlis berbuka puasa dan aktiviti sepanjang Ramadhan tahun 1434H. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Aktiviti Ramadhan Masjid UPM 1434H dengan penuh takzimya memohon sumbangan dana daripada Y. Bhg. Tan Sri/ Dato’/Datin/Prof. / Dr. / Tuan/ Puan untuk menjayakan program aktiviti sepanjang bulan Ramadhan bagi tahun ini. Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui (CIMB Bank), (Nombor Akaun 12150008695053: Akaun Aktiviti Ramadhan Masjid UPM) atau mengembalikan borang yang dilampirkan ke Pejabat Am Pusat Islam Universiti,UPM. Di atas perhatian dan jasabaik Y. Bhg. Tan Sri/ Dato’ / Datin / Prof. / Dr. / Tuan/ Puan kami ucapkan jutaan terima kasih.
MUTIARA AL-QURAN
“Wahai orang-orang yang
beriman! Jauhilah kamu daripada sangkaan (iaitu sangkaan
membawa kerosakan) kerana sesungguhnya sebahagian
daripada sangkaan itu adalah
dosa…”
(Surah al-Hujurat: 12)
SUBUH SYURUK
05:42 07:02
ZUHUR ASAR
13:12 16:33
MAGHRIB ISYAK
19: 20 20:32
WAKTU SOLAT
Daerah Petaling dan
kawasan yang sewaktu
dengannya
JADUAL KULIAH MINGGUAN MASJID
MEI 2013
17 JUMAAT Fiqh Lengkap: Ust. Hj. Ismail bin Hj Omar
18 SABTU Kuliah Subuh Sirah Nabawiyyah : Dr. Abd.
Rahman bin Mahmod Kuliah Maghrib. Al-Quran
dan Tajwid : Ust. Wan Hilmi bin Wan Abdullah
19 AHAD Kuliah Subuh Tasauf : Ust. Hj. Hashim bin
Mahmud Kuliah Maghrib. Mustika Hadith.
Dato’ Dr. Hj. Mohd Mokhtar bin Hj. Shafii
20 ISNIN Tafsir al-Bayan: Ust. Hj. Hashim bin Mahmud
21 SELASA Tafsir ibn Kathir: Ust. Muhammad Arif bin Musa
22 RABU Hisn al-Muslim: Ust. Alzasha Illiyyin bin Zainal Alam
23 KHAMIS Bacaan Surah Yasin
17 Mei 2013 / 07 Rejab 1434H http://www.pic.upm.edu.my
ميمبر ڤوترا Mimbar Putra
RISALAH JUMAAT MINGGUAN MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Mimbar Putra/03/2013
SEDUTAN KHUTBAH
Ibu adalah insan mulia. Kedudukannya tiada taranya. Sehinggakan Rasulullah mengingatkan bahawa ibu
merupakan insan yang paling berhak menerima
kebaikan berupa kasih sayang berbanding bapa. Sekiranya berlaku pertembungan keperluan antara ibu
dan bapa dalam mendapat khidmat anaknya, maka ibulah yang lebih utama. Mulianya ibu bukan sahaja
kerana dia yang mengandung, melahir, menyusukan
tetapi kerana ketabahan membesarkan, mengasuh dan mendidik anak-anak sehingga menjadi dewasa.
Hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah (s.a.w), siapakah insan yang paling berhak aku hormati dengan baik? Baginda bersabda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda menjawab: Bapamu”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Disebutkan bahawa seorang Ibu mampu membesarkan anak yang ramai, namun ibu yang seorang belum tentu
dapat dijaga oleh anak yang ramai. Inilah realiti yang
berlaku dalam kehidupan hari ini. Ramainya anak anak yang menderhaka kepada ibubapa, jauh sekali untuk
berbuat baik kepada kedua-duanya. Hakikat yang tidak dapat disangkal adalah, berbuat baik dan berbakti
kepada kedua ibu bapa bukanlah sesuatu yang ringan
dan mudah. Ianya memerlukan pengorbanan yang besar. Kerana itu Islam menawarkan nilai dan
kedudukannya.
Sehinggakan pada waktu dan keadaan tertentunya
berbuat baik kepada ibu bapa lebih utama dari keluar berjihad di medan perang.
Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 23 yang
bermaksud:
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah ", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”.
Ibu adalah insan mulia dan merupakan insan yang
paling berhak menerima kebaikan berupa kasih sayang. Namun begitu, perintah berbuat baik dalam
Islam adalah terhadap kedua ibubapa. Berbuat baik kepada ibu dan bapa merupakan suatu ibadah yang
tinggi nilai dan kedudukannya. Berbuat baik kepada
mereka boleh dilaksanakan dengan memudahkan urusan kehidupan mereka dari segi kewangan atau
sebaginya dan mendoakan kesejahteraan mereka sewaktu hidup dan mati mereka. Menderhaka kepada
ibu dan bapa adalah termasuk salah satu dari dosa-
dosa besar yang akan menyebabkan kemurkaan Allah SWT.
JASA IBU TIADA TANDINGAN
(Petikan Khutbah JAIS)