Download - Special Education Needs Ass2
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
1/36
A)Profile of school
Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang dibuka pada tahun 1967 dan kini telah berusia 46 tahun.
Guru besar pertama ialah Puan Senathirajah tahun 1967 hingga 1981 dan Guru besar yang terkini ialah
Encik Ooi Hock Leong bermula tahun 16 September 2002 .Seramai 11 orang guru besar telah berkhidmat
di sekolah ini. Daripada 2 bangunan yang bertingkatkan 1 dan kini sekolah ini mempunyai 3 bangunan
baru yang bertingkat 3. Kini sekolah ini mempunyai jumlah murid-murid seramai 783 orang murid.
Setiap tahun mempunyai 4 kelas yang diberi nama Kenaga, Mawar,Orkid dan Raya. Tiga buah kelas iaitu
Kenaga, Mawar dan Orkid adalah kelas biasa dan kelas Raya pula dikhaskan kepada murid-murid yang
lemah. Seramai 55 orang guru, staf seramai 6 orang dan pekerja seramai 7 orang berkhidmat di sekolah
ini.
Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Setia,
Jalan Kuchai Lama.58200 Kuala Lumpur.
B)Reasons of why.
Murid-murid yang berumur 8 tahun yang kini berada di tahun dua bukan semua mempunyai
kebolehan pembelajaran yang baik. Murid-murid ini telah dikenalpasti dengan menjalani
beberapa ujian sehinggalah murid-murid ini dipilih untuk menghadiri kelas wawasan pemulihan
yang terdapat di sekolah ini. Seorang guru khas pemulihan yang bertauliah telah mengambil alih
murid-murid ini untuk menghadiri kelas pemulihan matapelajaran Bahasa Malaysia yang akan
mengikut jadual harian yang telah ditetapkan selaras dengan jadual kelas murid-murid
berkenaan.Murid-murid ini dikenalpasti terlalu lemah dalam menguasai 3M dan menghadapi
masalah pembelajaran yang serious.Dengan memberi peluang ini, adalah diharapkan murid-
murid ini dapat ditolong agar mereka dapat menguasai 3M dengan cara yang lebih senang dan
berkesan.
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
2/36
C) Total Number of pupils.
Dalam kelas ini terdapat seramai 10 orang murid-murid seperti berikut;
1. Adik Tan Jin Chun
2. Adik Demon Rafael Chew
3. Adik Azsar b. Samma
4. Adik Mohamad Sharul Nizam b. Nosoha
5. Adik Danial Haizal b. Zailan
6. Adik Pua siew Shin
7. Adik MOHAMMAD Rasul b. Ramli
8. Adik Sabastian Sathish a/l Joseph
9. Adik Mohammad Edzuan b. Hafiz
10.Adik Mohammad Syarul b Nizam
D) Radio between teachers and pupils.
1 : 10 Ini adalah kerana peruntukan guru ini telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
3/36
Interview with Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum Sekolah.
Yang Disayangi,Cikgu Dawi Zubadah bt Juperi
Dalam temuramah, beliau telah memberitahu bahawa sekolah ini telah diperuntuhkan dengan
seorang guru khas pemulihan yang berpengalaman. Beliau juga menyokong penuh dengan kelas
pemulihan ini kerana kelas ini memang telah banyak membantu murid-murid yang hampir-
hampir tercicir dalam pembelajaran mereka. Dengan adanya kelas pemulihan sedemikian,
murid-murid yang tidak dapat menguasai 3M ini dapat diberi peluang yang luas agar dapat
menarik kembali minat murid-murid ini yang selalunya tertinggal kerana sesuatu masalah yang
mungkin tidak dapat dielakkan oleh mereka sendiri.
Interview with the class teacher 2 Raya.
Yang Disayangi Cikgu Jamaliah bt. Sarib Mat.
Dalam temuramah, beliau telah memberitahu bahawa dalam kelas beliau terdapat seramai 28
orang murid-murid dan kebanyakkannya lemah dalam penguasaan 3M. Beliau telah mengatakanbahawa, beliau telah mencuba banyak cara pengajaran untuk menarik minat murid-murid ini
agar murid-murid dapat dibantu untuk menguasai 3M. Beliau mengakui bahawa ramai murid
kelas ini dapat mencapai pencapaian yang baik. Walau bagaimanapun , beliau telah mengatakan
bahawa terdapat beberapa murid-murid yang terpaksa dihantar ke kelas pemulihan kerana
sebilangan kecil murid-murid ini memerlukan bantuan seorang khas pakar yang dapat
membantu mereka. Beliau sangat bersetujui dengan kelas pemulihan khas ini kerana kelas ini
banyak membantu anak-anak muridnya.
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
4/36
Interview with the Guru Pemulihan
Yang Disayangi Cikgu Nor Hanipah bt. Sirat
Dalam perbualan ini,beliau telah mengatakan bahawa beliau amat bertuah dapat mengajar
murid-murid ini. Walaupun beliau telah menghadapi satu cabaran yang amat mencabar tetapi
segala pengalaman beliau telah mengajar beliau membina semangat diri untuk mendidik murid-
murid ini tanpa berasa jemu. Beliau sangat menyayangi murid-murid ini sebagai anak-anak
beliau. Beliau juga telah mengatakan bahawa perhubungan beliau dengan kedua-dua ibu bapa
murid-murid beliau juga telah membantu beliau membantu anak-anak mereka dengan lebih
berkesan.
Pictures
1. School pictures and video
2. Classroom pictures and video
3. Teacher pictures and vedio
4. Pupils pictures and vedio
5. Teaching learning process pictures and vedio
Thanks and all the best.
Cikgu Sivakrishnan a/l S.Sinniah
Salam 1 Malaysia.
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
5/36
Apakah Program Pemulihan Khas?Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM semenjak tahun 1960-an lagi untuk
membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam
pembelajaran, iaitu menguasai kemahiran asas 3M.
Definisi Program Pemulihan Khas
Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam
penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) yang kompleks disebabkan
oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang
khusus. (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )
Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-
tindakan pendidikan khas yangdigunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-
kanak yang menghadapikesulitan pembelajaran, kanak-
kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalamsekolah biasa, atau pusat pemulihan khas s
ecara sambilan, atau menyertaikumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar o
leh seorang gurupemulihan.
(National Association for Remedial Education NARE Great Britain - 1977)
Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yangkhusus untuk m
urid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajardalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira.(Panduan Am KBSR - 1982)
Suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-
murid yang menghadapikesulitan pembelajaraan khususnya dalam menguasai satu-
satu kemahiran membaca,menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBS
R.
Murid Pemulihan Khas
Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan
oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif. (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )
Rasional
http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=4383691336939093634&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=4383691336939093634&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=4383691336939093634&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=4383691336939093634&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=4383691336939093634&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=4383691336939093634&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=4383691336939093634&target=email -
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
6/36
PPK dijalankan di sekolah adalah kerana bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah kelas
agak menyukarkan guru untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Majoriti kelas KBSR pada masa ini mempunyai bilangan murid antara 35-45 orang. Hal ini
berlawanan dengan konsep kelas kondusif yang seharusnya mempunyai bilangan murid antara
25-30 orang sahaja.
PPK pada dasarnya bertujuan untuk memastikan murid-murid menerima layanan individu
mengikut kadar perkembangan kognitif mereka.
Kumpulan Sasaran
Program Pemulihan Khas dijalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di dalam
kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau
terencat akal.
1) Masalah pembelajaran akibat :
a) ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
b) sering tidak hadir ke sekolah
c) cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
d) leka dan lambat
2) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran :
a) masalah peribadi
b) masalah psikologi
c) kurang kecerdasan (lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan)
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
7/36
Tugas - Tugas Guru Pemulihan KhasEmail ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Berikut adalah di antara tugas-tugas Guru Pemulihan Khas:
Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas
1. Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang
telah ditetapkan.
2. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenalpasti murid-murid yang
memerlukan pengajaran pemulihan.
3. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa,
doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut
tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang
murid.
4. Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta
menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan mengadakan latihan perkembangan
staf di peringkat sekolah atau daerah.5. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid- murid.
Peranan GPK Dalam Program LINUS
http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=2971173653081547529&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=2971173653081547529&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=2971173653081547529&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=2971173653081547529&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=2971173653081547529&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=2971173653081547529&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=2971173653081547529&target=email -
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
8/36
Salah satu subbidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan ialah Literasi dan
Numerasi (LINUS). Matlamat LINUS iaitu untuk memastikan semua murid yang tidak
mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi.
Bagi memastikan sub-NKRA ini mencapai matlamatnya, murid LINUS Tegar, iaitu yang tidak
menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2, akan dibimbing oleh Guru Pemulihan Khas. Justeru itu,
Guru Pemulihan Khas perlu mengajar murid LINUS Tegar selain daripada murid-murid
pemulihan Tahun 2 dan Tahun 3. Murid yang menguasai konstruk 3-7 dalam BM dan 3-9
dalam Matematik, akan dipulihkan oleh guru-guru BM dan Matematik.
Guru Pemulihan Khas hendaklah mengajar murid LINUS Tegar tidak melebihi 15 orang pada
setiap sesi pembelajaran selepas Saringan 2 dilaksanakan. Walau bagaimanapun, semua Guru
Besar hendaklah memastikan jumlah masa mengajar yang ditetapkan bagi Guru Pemulihan Khas
adalah tidak kurang dari 900 minit dan tidak melebihi 1020 minit seminggu (termasuk waktu
persediaan).
Surat Siaran, Perl aksanaan ProgramLiterasi Dan Numerasi(Linus) Tahap 1 Di SekolahRendah,Bil. KP(BPK) 400-32/6Jld.3(61), bertarikh 22 April 2010.
Punca dan Bidang Kuasa
Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil. KP(BS)8594/Jld.11/(32)bertarikh
22Jan. 1985. (Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bertarikh
28Jan.1986.(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)
Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh
17Mac.1986 (Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan)
Senarai Semak Tugas-Tugas GPK
1) Instrumen/Ujian yang dijalankan
1. Mengumpul maklumat murid Pemulihan Khas (Borang Pencalonan Murid)
2. Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik BM (Lisan, Bertulis, Praktik)
3. Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik MT
4. Menjalankan Ujian Pelepasan IPP2M
5. Merekod dan menganalisis Ujian-ujian yang dijalankan kepada murid
6. Menjalankan tindakan susulan ke atas murid (berjumpa/berbincang dengan ibu
bapa)
7. Mengusulkan murid menjalani pemeriksaan doktor
8. Mengumpulkan rekod ujian/peperiksaan murid dalam arus perdana
9. Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir/mesyuarat dari semasa ke
semasa tentang masalah murid
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
9/36
10. Melapor pencapaian murid kepada pihak pentadbir/ mesyuarat dari semasa ke
semasa
2) Pengurusan Fail dalam Pemulihan Khas
1. Menyedia/ melengkapkan Fail Induk dan diletakkan di pejabat pentadbiran
sekolah 06/04/013
2. Fail Guru06/04/013/01(Melengkapkan segala maklumat guru/sijil kursus)
3. Fail Maklumat Program06/04/013/02 (Melengkapkan carta organisasi/ AJK/
Pekeliling/Takwim/Borang/ Jadual waktu kelas)
4. Fail Surat Menyurat06/04/013/03 (Surat-surat dari sekolah/PPD/JPNS/KPM)
5. Fail Minit Mesyuarat06/04/013/04 (Surat panggilan/agenda mesyuarat/minit
mesyuarat)
6. Fail Murid06/04/013/05(Senarai nama murid/borang pencalonan)
7. Fail Diagnostik BM&MT06/04/013/06 (Ujian Diagnostik BM-
Lisan/Praktik/Bertulis, Ujian Diagnostik MT
8. Fail Pelepasan BM&MT06/04/013/07 (Ujian IPP2M/Ujian Pelepasan MT dan
lain-lain)
9. Fail Analisa Ujian06/04/013/08 (Borang Rekod Ujian Diagnostik BM/MT/
Ujian & Peperiksaan dalam arus perdana)
10. Fail Lembaran Kerja06/04/013/09 (Lembaran kerja BM & MT)
11. Fail Kertas kerja06/04/013/10 (Kertas kerja/ pamplets/ laporan program)
12. Fail LINUS06/04/013/11(Maklumat LINUS/
13. Fail Individu murid
3) Pengurusan Program LINUS
1. Menyedia/ melengkapkan Fail LINUS 06/04/013/011
2. Menjadi AJK program LINUS di sekolah
3. Memahami keperluan/masalah murid dalam menguasai Konstruk 1 & Konstruk 2
4. Merancang aktiviti P&P yang sesuai bagi Konstruk 1 & Konstruk 2
5. Mengadakan pertemuan/perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga murid
6. Tindakan susulan kepada murid untuk menjalani pemeriksaan doktor
7. Menyediakan BBM yang sesuai dengan keperluan murid
8. Membuat pemerhatian ke atas murid samaada di dalam/ di luar kelas.
9. Latihan bertulis disediakan sesuai dengan kebolehan murid
Sumber : Borang Pemantauan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
10/36
Jadual waktu
Program Pemulihan Khas yang mempunyai jumlah murid Tahun 2 dan Tahun 3 kurang
15 orang
Tahun Murid Bahasa
Melayu
Matematik Jumlah
WaktuSeminggu
Guru Catatan
Tahun 1 Murid LINUS
Tegar(tidak
menguasai
konstrak 1&2)
12 7 19 Guru Pemulihan Khas Murid 4 -5
orang
Tahun 2
dan 3
Murid Pemulihan
Khas
8 7 15 Guru Pemulihan Khas Murid
maksimum 15
orang
Murid LINUS tegar yang berada dalam Program LINUS tahun 1, hendaklah diajar oleh Guru Pemulihan Khas.Kaedah gabung kelas antara murid pemulihan / murid LINUS boleh dijalankan (maksimum 15 orang murid)
Model 4 :
Program Pemulihan Khas di SJKC dan SJKT (Guru Melayu sebagai Guru Pemulihan
Khas)
Tahun Murid Bahasa
Melayu
Matematik Jumlah
Waktu
Seminggu
Guru Catatan
Tahun 1 Murid LINUS
Tegar( tidakmenguasai
konstrak 1&2)
12 Diajar oleh
Guru LINUS
12 Guru Pemulihan
Khas
Murid 4 -5
orang
Tahun 2 Murid
Pemulihan Khas
11 Diajar oleh
guru
matematik
11 Guru Pemulihan
Khas
Murid
maksimum 15
orang
Tahun 3 Murid
Pemulihan Khas
11 Diajar oleh
guru
Matematik
11 Guru Pemulihan
Khas
Murid
maksimum 15
orang
Mata pelajaran Bahasa Melayu untuk LINUS Tegar hendaklah diajar oleh Guru Pemulihan Khas dan matapelajaran Matematik akan diajar oleh Guru LINUS (Matematik). Kaedah gabung kelas juga boleh dilaksanakan.
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
11/36
Sudut - Sudut Pembelajaran Di Dalam Kelas Pemulihan
KhasEmail ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Saya baharu saja mengemaskini sudut-sudut pembelajaran di kelas Pemulihan Khas. Antara sudut-sudut
yang saya buat adalah sudut Matematik, sudut bacaan @ Mini Perpustakaan, sudut akses kendiri, sudut
maklumat dan sudut pengurusan. Sudut multimedia diletakkan bersama dengan sudut bacaan sebab hanya
ada TV dan Radio sahaja. Sudut pengamatan entah bila nak dibuat!
Untuk tahun ini sahaja sudah 2 kali saya ubah susun atur kedudukan sudut-sudut. Pening saya dengan
perangai saya sendiri (saya kerap ubah susun atur perabot dlm kelas shga kakak tukang cuci asyik sakat
saya bila berjumpa. Katanya saya sudah pecah rekod dunia!)
Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas, edisi percubaan, 2008, terdapat 6
ruang di dalam kelas Pemulihan Khas iaitu:
1. Ruang pengurusan
2. Ruang P&P
3. Ruang multimedia
4. Ruang bahasa
5. Ruang Matematik
6. Ruang pengamatan
http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=6390257206098649729&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=6390257206098649729&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=6390257206098649729&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=6390257206098649729&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=6390257206098649729&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=6390257206098649729&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=6390257206098649729&target=email -
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
12/36
Definasi murid pemulihan khas
Terdapat berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia Murid Pemulihan Khas. Para guru
menganggap kanak-kanak pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam ataupun slow learner yang
mempunyai pencapaian lebih rendah daripada rakan sebaya mereka di kelas.
Murid-murid pemulihan khas biasanya ialah murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran sama
ada dalam kemahiran membaca, menulis atau mengira. Mereka menunjukkan simptom atau gejala
kesulitan untuk membaca, menulis atau mengira.
Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan
yang kurang memuaskan (seringkalinya GAGAL), murid-murid ini juga memperlihatkan ciri-ciri seperti
kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.
DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS
Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008
Murid Pemulihan Khas ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asaas 3M
disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.
A.E. Tansley dan Gulliford
Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yangrendah dan kurang kebolehan menerima pendidikan biasa.
M.F. Clough
Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang kemampuan
membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara
yang abstrak.
Sharifah Rahmah Ali
Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk murid-murid yang gagal menerima pelajaran dan
mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi, sederhana dan yang di bawah
sederhana.
Brennan (1974)
Murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan
sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak cacat.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1984)
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
13/36
Murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran
tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan
pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Koh (1984)
Murid pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak luar biasa,
kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur, yang memiliki masalah pembelajaran dan men derita kegagalan
dalam pendidikan. Murid-murid ini memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan
dibandingkan dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada taraf yang diharapkan
bagi murid-murid di peringkat persekolahan itu.
Johnson (1963)
Murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik seperti kanak-kanak lain yang sedarjah
dengannya.
Dengan segala jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa murid Pemulihan Khas ialah mereka
yang lambat pembelajarannya yang mempunyai kecerdasan di bawah sederhana ataurencatan yang
ringan dan termasuk mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan am atau tertentu dalam usaha
penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa.
Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar bila
telah bersedia.
SEORANG MURID PEMULIHAN KHAS... Perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task)
Murid perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuaiboleh ditangguhkan supaya murid
belajar bersabar
Pemakanan yang betulsarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya
Tidur yang mencukupiboleh menambahbaik prestasi mereka
Guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan,
menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.
CIRI-CIRI MURID SLOW LEARNERS
Secara umumnya murid-murid ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan. Ia
bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan di sekolah.
Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah
Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
14/36
Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajaridalam situasi
baru
Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau
menguasai peraturan mengeja
Tidak dapat merancang objektif jangka panjang - lebih suka merancang untuk keperluan
semasa.
Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan
Lemah daya ingatanPengamatan, kemahiran asas dan pertuturan
Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman
Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif.
Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami
perkaitan
Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku
Bersikap egosentrik
Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn, but has a problem
with the process.
A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating more problems for
teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldom have learning disabilities.
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
15/36
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak tahun
1960an untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam
pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
LATARBELAKANG
1967 - Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program pemulihan dengan menggunakan
strategi Withdrawal System.
1975 - Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek percubaan Pendidikan Imbuhan
bagi tahap satu (Tahun 1 hingga 3) dengan menggunakan strategi di mana pemulihan dijalankan
oleh guru kelas / mata pelajaran.
1994 - Program Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkan aktiviti pengayaan dan
pemulihan dalam kelas KBSR.
1998 - Program Intervensi 3M.2000 - Multiple Intelligence
Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 :
(PERAKUAN 5)
Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah
mengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan, diteliti
dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan
pengajaran, bahan-bahan yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaranpemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu
PEMULIHAN DALAM KBSR
Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan KBSR. Kurikulum baru ini
merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M
dan murid-murid yang tidak dapat menguasainya akan dibantu melalui Program Pemulihan Khas.
Pengajaran dan pembelajaran pada tahap 1 (tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti
murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M.
Di dalam KBSR, terdapat beberapa jenis program pemulihan yang dijalankan sama ada di dalam
kelas dan di kelas khas.Di antara program yang dijalankan di dalam kelas adalah seperti
KIA2M, PROTIM selain daripada aktiviti pemulihan dalam kelas. Manakala program Pemulihan
Khas pula dijalankan dikelas khas menggunakanwithdrawal system.
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
16/36
1) Pemulihan Dalam Kelas
Pemulihan KBSR- dalam kelas biasa
- bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari
KIA2M ( telah digantikan dengan program LINUS)- oleh BPK
- bantu murid tahun 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis)
- dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum dibebaskan- gagal Ujian Pelepasan 3masuk ke kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya
PROTIM
- program pemulihan 3M tahap 2- membantu murid tahun 4 - 6 menguasai 3M
- tahun 6 - dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR
- gagal praujian - murid PROTIM- BM dan Matematik
2) Program Pemulihan Khas
- Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)
- murid yang dikenalpasti melalui ujian saringan
- ke kelas pemulihan pada waktu tertentu sahaja (BM dan Matematik)
- dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan- murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas khas secara sepenuh masa
- dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai kemahiran asas 3M
PEMULIHAN DALAM KSSR
Program LINUS (Literasi dan Numerasi) bagi murid tahap 1 mula diperkenalkan pada tahun 2010.
Matlamat Program LINUS ialah semua murid kecuali murid berkeperluan khas menguasai asas literasi
dan numerasi setelah 3 tahun mengikuti pendidikan rendah tahap 1 di akhir tahun 2012.
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
17/36
Murid-murid pemulihan khas mempunyai bermacam ciri yang membezakannya dengan murid-murid lain
yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas.
Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku,
sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan.
Antara ciri-ciri murid pemulihan khas adalah seperti berikut:
a.
1) Emosi dan Tingkahlaku
Mempunyai perasaan rendah diri dan risau.
Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka.
Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran.
Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru.
Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
Bersikap pasif.
Malas
2) Sosial
Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu
kawan-kawan.
Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan. Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri.
Hyper aktif.
3) Kesihatan
Tidak bertenaga serta kurang zat makanan.
Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
Lemah gerakan motor-kasar dan halus.
Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
Kurang menjaga kebersihan diri.
4) Kesediaan Belajar
Belum bersedia untuk belajar.
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
18/36
Perbendaharaan kata kurang.
Lemah pemahaman.
Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
Kurang matangIQ tidak seimbang dengan umur hayat.
5) Pengamatan
Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak.
Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
Lambat mengelaskan benda atau nombor.
Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
Tidak dapat menyelesaikan masalah.
Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif.
Lemah pergerakan dan perbuatan.
Lemah daya pemikiran/ingatan.
Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari.
Sukar untuk membuat kenyataan am
Sumber: Jabatan Pendidikan Khas, 2009***
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
19/36
Lampiran C (4): Borang Pencalonan
Lampiran D (4): Latar Belakang Murid Pemulihan
Lampiran E (4): Borang Pengumpulan Maklumat
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid yang terlibatsupaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha pengajaran danpembelajaran di sekolah. Program ini diharap dapat memastikan pertumbuhan fizikal,kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantumurid mendapat makanan yang seimbang.
Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada RancanganAmalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). AMPmerupakan satu program pembangunan masyarakat berteraskan usaha kesihatan,
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
20/36
pertanian dan pendidikan. Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepadamurid sekolah rendah dan kawasan luar Bandar. Mulai awal 1980an, apabila KementerianPelajaran Malaysia mengambil alih sepenuhnya pengurusan program, ia telah diperluaskanmenjadi criteria utama pemilihan murid.
Kriteria pemilihan
Murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulananRM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.
Kadar dan Peruntukan
Kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah RM 1.80 sehari bagimurid di Semenanjung dan RM 2.05 sehari bagi Sabah, Wilayah Persekutuan dan Sarawakmulai 1 Mac 2007. Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran dan tidakmengambil kira keperluan perkhidmatan, bahan api dan minuman. Program inidilaksanakan sepanjang 190 hari persekolahan dalam setahun.
Strategi Perlaksanaan
Jawatankuasa RMT akan memilih pembekal makanan yang bertanggungjawab mengurusbekalan bahan, menyedia dan menghidang makanan, membersih peralatan serta tempathidangan. Sekolah akan memilih 5 atau 10 menu daripada senarai 20 menu yangdisediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menu ini diulangi setiap minggu ataudua minggu mengikut cita rasa setempat, kemampuan bekalan bahan makanan dansesuaian dengan peruntukan kewangan. Dari segi proses penyediaan makanan, 95%sekolah di Semenanjung dikendalikan oleh pihak kantin dan makanan akan dinikmati olehmurid beberapa minit sebelum waktu rehat
PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)
Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan MakananTambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yangberpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapatmakanan seimbang semasa berada di sekolah.
Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan muridsekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatanumum murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminumsusu di peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolahrendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dankurang, iaitu RM 800 per kapita.
PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian PelajaranMalaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia.
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
21/36
Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulaitahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri.
Program ini mengandungi dua skim iaitu:
a. Skim Susu Bayaran melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada
secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.b. Skim Susu Percuma melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang
dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysiadan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atausukarela.
Objektif Program:
i. Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam SkimSusu Bayaran
ii. Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi yangrendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma
iii. Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui penglibatanbersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia.
iv. Mengurangkan perbelanjaan sector awam melalui penglibatan agensi sector swasta.v. Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung
dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran.vi. Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang melibatkan
pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
22/36
ObjektifUntuk membantu murid-murid sekolah rendah meningkatkan tumbesaran serta
taraf pemakanan untuk mendapat kecemerlangan di dalam pencapaian
akademik.
Golongan Sasar
Murid-murid sekolah rendah dan sekolah bantuan penuh kerajaan di seluruh
Malaysia yang diintegrasikan di dalam Rancangan Makanan Tambahan (RTM).
Aktiviti
Pemberian pil vitamin untuk diberi makan kepada murid-murid 3 kali seminggu
pada hari-hari persekolahan.
http://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin10_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin9_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin8_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin7_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin6_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin5_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin4_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin3_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin2_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin1_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin10_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin9_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin8_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin7_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin6_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin5_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin4_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin3_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin2_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin1_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin10_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin9_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin8_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin7_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin6_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin5_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin4_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin3_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin2_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin1_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin10_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin9_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin8_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin7_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin6_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin5_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin4_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin3_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin2_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin1_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin10_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin9_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin8_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin7_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin6_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin5_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin4_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin3_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin2_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin1_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin10_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin9_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin8_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin7_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin6_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin5_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin4_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin3_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin2_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin1_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin10_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin9_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin8_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin7_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin6_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin5_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin4_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin3_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin2_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin1_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin10_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin9_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin8_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin7_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin6_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin5_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin4_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin3_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin2_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin1_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin10_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin9_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin8_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin7_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin6_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin5_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin4_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin3_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin2_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin1_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin10_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin9_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin8_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin7_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin6_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin5_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin4_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin3_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin2_b.jpghttp://yayasan1mdb.net.my/example/vitamin1_b.jpg -
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
23/36
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
24/36
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH
TUJUAN
Tujuan garis panduan ini ialah untuk menggariskan kaedah pemberian multivitamin dan
mineral di sekolah rendah dan akan digunakan oleh pentadbir/ guru sekolah dalam
melaksanakan Program Vitamin 1Malaysia kepada murid sekolah. Garis panduan ini
hendaklah juga dibaca bersama Buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan di
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005 serta Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7
Tahun 2010 Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Rendah yang dikeluarkan oleh
Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, rujukan KP(BKEW)(PK)1587/A-
4(26) bertarikh 15 Julai 2010.
1. Pendahuluan
Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, pada 15 Oktober 2010, dalam pembentangan
Belanjawan 2011, telah mengumumkan rancangan pemberian vitamin kepada
semua murid sekolah rendah dalam kalangan yang berpendapatan rendah. Ini
bagi membantu mereka meningkatkan tumbesaran serta taraf pemakanan dan
seterusnya kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Keputusan tersebut
jelas memaparkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan modal insan
yang cemerlang menjelang 2020.
2. Rasional
Kanak-kanak yang terbantut (stunted), menghadapi anemia (kurang zat
besi), kelaparan atau kurang pengambilan makanan yang seimbang
cenderung kepada pencapaian akademik dan fungsi kognitif serta
kehadiran ke sekolah yang rendah (Taras H., 2005).
Di Malaysia, pada tahun 2006, 15% (495,000) kanak-kanak berumur 7-12tahun yang terbantut dan 10% (283,000) kanak-kanak pula mempunyai
berat badan susut (wasted) (NHMS III, 2006). Kajian juga menunjukkan
20% kanak-kanak bawah 6 tahun dan 20% remaja 12-19 tahun
mengalami anemia atau kekurangan zat besi (MOH, 2000., Foo et. al.,
2004).
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
25/36
Kekurangan vitamin dan mineral yang sering berlaku dalam kalangan
kanak-kanak kurang zat makanan yang dilaporkan ialah kekurangan
vitamin A, kalsium, zat besi dan zink.
3. Keperluan Vitamin
Kanak-kanak memerlukan vitamin dan mineral bagi mencapai pertumbuhan dan
pembesaran yang optima. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal,
pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Mengikut Saranan
Pengambilan Nutrien Malaysia 2005, (Recommended Nutrient Intakes for
Malaysia, 2005), dalam sehari, kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun
memerlukan 500-600 ug vitamin A (Retinol Equivalent), 700-1000 mg kalsium,
9-15 mg zat besi dan 5.8-9 mg zink.
Lazimnya, kanak-kanak mendapat cukup vitamin melalui pengambilan makananyang seimbang. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sukar mendapat
makanan seimbang secara tetap setiap hari disebabkan oleh faktor seperti
pendapatan keluarga yang rendah, pengambilan suplemen multivitamin dan
mineral dapat membantu meningkatkan pengambilan dan seterusnya taraf
pemakanan mereka. Selain itu, suplemen vitamin dan mineral juga diperlukan
oleh kanak-kanak yang cerewet atau memilih makanan (picky eaters), sedang
sakit atau baru pulih dari sakit.
4. Strategi
Pendekatan yang digunakan ialah pemberian multivitamin dan mineral dalam
bentuk tablet yang boleh dikunyah. Strategi ini dapat mengatasi masalah
kekurangan vitamin dan mineral dalam kalangan murid dari keluarga
berpendapatan rendah. Dari segi pelaksanaan, program ini diintegrasikan ke
dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah. Oleh yang demikian,
ia menambah nilai program tersebut dan tidak membebankan pihak sekolah.
5. Objektif Program
Untuk memberi multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah terutama
daripada golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki taraf pemakanan.
6. Liputan Program
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
26/36
Semua murid yang memenuhi kriteria pemilihan dari Sekolah Kerajaan dan
Sekolah Bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia.
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
27/36
7. Kumpulan Sasar
7.1 Kriteria kelayakan
Murid yang layak menerima multivitamin dan mineral ialah murid
warganegara Malaysia dari darjah 1 hingga darjah 6 yang bersekolah di
semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan yang menerima
RMT (termasuk kanak-kanak yang telah dihentikan daripada Program
Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan, Kementerian
Kesihatan Malaysia, atas sebab masuk sekolah).
7.2 Kriteria pengecualian
Terdapat tiga kriteria di mana murid tidak boleh diberi multivitamin dan
mineral, iaitu:
i. Murid yang disahkan menghidapi penyakit talasemia oleh doktor
dan sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala.
ii. Murid yang sedang diberi vitamin dan mineral di rumah secara rutin.
iii. Murid yang sedang menerima rawatan yang diberi multivitamin di
klinik/ hospital.
8. Kaedah Pelaksanaan
8.1 Penerimaan bekalan daripada pembekal
i. Mengesahkan penerimaan bekalan melalui Sijil Akuan Penerimaan
(SAP).
ii. Menyimpan rekod penerimaan dan agihan multivitamin dan mineral
yang mengandungi maklumat tarikh pembekalan, kuantiti dan
nombor batch menggunakan Buku Laporan Program Vitamin
1Malaysia (Lampiran 1).
iii. Memastikan multivitamin dan mineral yang dibekalkan dalam
keadaan baik dan dalam tempoh sah guna semasa penerimaan.
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
28/36
8.2 Cara penyimpanan
i. Menyedia dan memastikan tempat penyimpanan sentiasa dalam
keadaan bersih dan kering pada suhu kurang daripada 30C atau
mengikut arahan pengeluar.
ii. Memastikan tempat penyimpanan berkunci untuk mengelakkan
kecurian.
8.3 Kebenaran pemberian multivitamin dan mineral oleh ibu bapa atau
penjaga
Sebelum pemberian multivitamin dan mineral dilaksanakan, setiap murid
mesti mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masing-
masing. Oleh itu, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah:
i. mengedarkan Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan
Mineral (Lampiran 2) kepada ibu bapa atau penjaga murid,
ii. memastikan semua borang dikembalikan dan semua soalan telah
dijawab,
iii. memastikan ibu bapa/ penjaga menandatangan bahagian memberi
kebenaran, sebelum multivitamin dan mineral diberi kepada murid.
Jika ibu bapa/penjaga menjawab YA pada soalan 1, 2 atau 3 di
bahagian Sejarah Perubatan pada Borang Kebenaran Pemberian
Multivitamin dan Mineral, maka murid berkenaan TIDAK BOLEH diberi
multivitamin dan mineral di sekolah.
8.4 Cara Pemberian
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
29/36
i. Kekerapan
Pemberian vitamin di sekolah dengan kekerapan 1biji untuk 3 kali
seminggu.
ii. Dos (Bilangan tablet)
Bilangan tablet untuk setiap murid adalah mengikut jadual yang
disediakan oleh pembekal seperti di dalam spesifikasi (Lampiran 3).
Ia adalah berdasarkan kandungan vitamin dan mineral untuk
memenuhi keperluan harian mereka.
iii. Pemberian
Tablet multivitamin dan mineral tidak boleh diambil semasa perut
kosong. Oleh yang demikian, pihak pentadbir/ guru sekolah
hendaklah mengagihkan tablet tersebut kepada murid yang layak,
3 kali seminggu bersama dengan hidangan Rancangan Makanan
Tambahan atau sejurus selepas waktu rehat di mana murid telah
makan sarapan.
Pihak pentadbir/ guru sekolah mesti sentiasa ada bersama semasa
murid memakan tablet multivitamin dan mineral untuk memastikan
tablet dikunyahdan ditelan oleh setiap murid. Penyeliaan yang
rapi perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada murid
membuang atau mengambil lebih daripada sukatan yang
ditetapkan serta mengelakkan kejadian tercekik.
iv. Kesan sampingan pengambilan vitamin
Multivitamin dan mineral adalah selamat apabila diambil pada dos
yang ditetapkan dan tidak menyebabkan kesan sampingan serius.
Kesan sampingan ringan seperti muntah, mual, pening, sakit perut,
sembelit dan kesan alahan termasuk kulit gatal, susah bernafas,
bengkak muka, bibir, lidah atau kerongkong mungkin berlaku dalam
sebilangan kecil murid.
Jika murid mengalami kesan sampingan seperti di atas, hentikan
pemberian multivitamin serta merta dan pihak pentadbir/guru
sekolah hendaklah membawa murid ke klinik kesihatan/ hospital
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
30/36
untuk rawatan. Dapatkan pengesahan daripada Pegawai Perubatan
sama ada pengambilan multivitamin boleh diteruskan.
Pihak klinik hendaklah melaporkan kesan sampingan kepada Biro
Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menggunakan borang
Report on Suspected Adverse Drug Reactions (Lampiran 4) atau
secara online di URL http://portal.bpfk.gov.my dan kemudian klik
pada menu MADRAC (Adverse Drug Reactions).
8.5 Langkah-langkah keselamatan
Sebagai langkah keselamatan, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah:
i. Memeriksa bahawa bungkusan primer dan sekunder tidak pecah,
retak atau terdapat kesan dibuka atau koyak.
ii. Membaca label bungkusan multivitamin dan mineral yang
dibekalkan dan mengikut semua arahan yang dinyatakan pada
label. Di antara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian
ialah:
- Cara pengambilan hendaklah mengikut arahan yang tercatat
pada label.
- Jangan beri lebih daripada dos yang ditetapkan.
- Semua multivitamin dalam kotak yang telah dibuka perlu
dihabiskan dahulu sebelum yang baru dibuka.
- Pastikan bekalan tidak melebihi tarikh luput.
iii. memastikan murid yang dikecualikan daripada menerima tablet
multivitamin dan mineral (rujuk para 7.2) TIDAK DIBERI tablet
berkenaan.
9. Pengurusan dan Penyelarasan
Rancangan pemberian multivitamin dan mineral ini diintegrasikan ke dalam
RMT. Peranan pihak sekolah untuk membantu mengurus, menyelaras dan
http://portal.bpfk.gov.my/http://portal.bpfk.gov.my/http://portal.bpfk.gov.my/ -
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
31/36
memantau melalui unit/ pegawai atau jawatankuasa yang ditetapkan. Buat masa
ini, tugas pengurusan dan penyelarasan adalah dijalankan oleh Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
10. Rumusan
Program pemberian multivitamin dan mineral dijangka dapat meningkatkan tarafpemakanan murid sekolah rendah yang disasarkan dan membantumeningkatkan tumbesaran agar dapat mencapai potensi akademik mereka.
SPESIFIKASI TABLET MULTIVITAMIN DAN MINERAL
1. Jenis
Tablet boleh dikunyah (chewable) berperisa buah-buahan (pelbagai rasa).
2. Standard
Produk hendaklah memenuhi kesemua kriteria berikut:
i. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan mendapat
kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia serta mempunyai No.
Pendaftaran Produk (salinan Sijil Pendaftaran Produk wajib disertakan).
ii. Mematuhi sukatan nutrien bagi multivitamin dan mineral dengan zat
besi bagi kanak-kanak 7-12 tahun pada dos biasa sebagai tambahan
pemakanan (dietary supplement) dan bukan dos terapeutik. Kandungan
minima setiap vitamin dan mineral bagi sukatan pengambilan sehari
hendaklah mengandungi 15% saranan pengambilan kanak-kanak 7-12
tahun yang ditetapkan oleh FAO/WHO (Codex Alimentarius Guidelines
For Vitamin And Mineral Food Supplements CAC/GL 55-2005).
Sebagai panduan, berikut adalah kandungan yang dicadangkan:
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
32/36
Bil Jenis vitamin danmineral
Kandungan minima bagidos sehari
kanak-kanak 7-12 tahun
Unit
1. Vitamin A 249.8 IU
2. Vitamin C 5.3 mg3. Tiamina (B1) 0.14 mg
4. Riboflavin (B2) 0.14 mg
5. Nicotinamide (B3) 1.8 mg
6. Vitamin D 15 IU
7. Vitamin E 1.0 IU
8. Zat besi 1.4 mg
9. Zink 0.9 mg
Lain-lain vitamin dan mineral yang diluluskan oleh Pihak BerkuasaKawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
33/36
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
34/36
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
35/36
-
7/29/2019 Special Education Needs Ass2
36/36