Download - soalan-percubaan-perak
8/14/2019 soalan-percubaan-perak
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 1/10
Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am
900/2 * SULIT
1
KERTAS 2
Skema Jawapan
Bahagian A
Soalan 1
Cabaran ke tujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan
budaya penyayang. Masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat dengan
anggota-anggotanya yang mesra dan bertimbang rasa.
Bincangkan rasional kerajaan menekankan konsep masyarakat penyayang dalam Wawasan
2020.
.
Pengenalan
Kemajuan dari negara barat yang dibawa masuk ke negara kita telah membawa bersama
nilai-nilai negatif seperti sifat angkuh, materialistik, individualistik, dan penindas
sehinggakan nilai-nilai murni yang sedia ada telah terhakis dan dilupai. Pengenalan konsep
masyarakat penyayang diharapkan akan dapat memupuk kembali nilai-ilai ketimuran yang
semakin ditinggalkan.
Bil Idea/isi Huraian
1
RASIONAL
Kurangnya amalan nilai-
nilai kemasyarakatan
• Nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan yang
diamalkan oleh generasi tua seperti bekerjasama,
saling mengambil berat dan lain-lain lagi telah
dilupai oleh generasi masa kini.
• Semangat kejiranan semakin luntur
• Masyarakat masa kini mengamalkan sifat
individualistik dan materialistik
• Kekayaan yang dimiliki membolehkan merekamenyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa bantuan
jiran tetangga.
2 Peningkatan masalahsosial dalam kalangan
remaja
• Gejala sosial seperti penagihan dadah, melepak, bohsia, ponteng sekolah semakin berleluasadalam
kalangan remaja.
• Masalah ini perlu diatasi kerana ia boleh
menggagalkan matlamat negara melahirkan
masyarakat yang harmoni dan bersatu
3 Pengabaian golongan tua
/ Golongan Kurang
Upaya
• Masyarakat kini lebih mementingkan kekayaan dan
kebendaan daripada kasih sayang kepada keluarga.
• Golongan tua terutamanya dianggap tidak produktif,
tidak berguna, membebankan dan banyak kerenah.• Kebanyakan ibu bapa/golongan tua telah
8/14/2019 soalan-percubaan-perak
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 2/10
Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am
900/2 * SULIT
2
ditempatkan di rumah orang-orang tua. Keadaan
menjadi lebih buruk apabila anak-anak tiada masa
untuk menziarah ibu bapa mereka.
• Keadaan ini wujud kesan daripada tiadanya nilai
kasih sayang di antara satu sama lain dalam
kalangan anak-anak, keluarga dan masyarakat.
4 Penganiayaan terhadap
kanak-kanak semakin
meningkat
• Masalah ini wujud kerana luputnya perasaan kasih
sayang dalam kalangan ibu bapa dan penjaga.
• Anak-anak diseksa, dipukul, didera secara fizikal
mahupun mental kerana dianggap membebankan
dari segi kewangan dan masa.
• Ada juga yang melakukan penderaan seksual
terhadap kanak-kanak tanpa belas kasihan sehingga
membawa maut seperti kes adik Nurin Jazlin.
5 Kegiatan anti sosial /rusuhan kaum yang
berleluasa
• Wujudnya masalah prasangka antara kaum dansemakin berleluasa
• Terdapat sesetengah golongan anti sosial yang
memecah belahkan perpaduan yang sedia terjalin
erat dalam kalangan masyarakat di negara ini,
melalui demonstrasi, sepanduk dan ceramah
• Berlakunya suasana huru hara dalam negara seperti
isu HINDRAF
• Sifat toleransi, kerjasama, saling faham memahami
dan sayang kepada keamanan perlu dipupuk dan
diamalkan secara berterusan
6 Kegiatan vandalisme
yang semakin berleluasa• Kemudahan-kemudahan awam seperti telefon awam,
perhentian bas awam, tandas awam sering menjadi
sasaran kegiatan vandalisme
• Pemusnahan ini akan menimbulkan kesukarankepada golongan yang memerlukan
• Kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang
tinggi untuk membaik pulih kemudahan berkenaan
• Pembaziran harta benda kerajaan menyebabkan
kerugian dan kebajikan masyarakat akan terjejas.
KesimpulanSemua pihak harus menggembleng tenaga bagi merealisasikan konsep masyarakat
penyayang. Kita patut menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri. Tanpa jiwa
penyayang, kita akan mengulangi kesilapan negara maju lain yang mengalami keruntuhan
moral dan akhlak yang tinggi.
Pilihan Jawapan :
(4+0)
8/14/2019 soalan-percubaan-perak
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 3/10
Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am
900/2 * SULIT
3
Soalan 2
Inovasi dalam penghasilan pelbagai gajet sains dan teknologi telah memanfaatkan
kehidupan manusia namun ,jika disalahgunakan akan memudaratkan kita.
Jelaskan pernyataan di atas.
Pengenalan
Manusia hari ini lebih selesa dengan pengeluaran pelbagai gajet sains dan teknologi yang
telah merubah sebahagian besar aktiviti manusia. Gajet seperti komputer riba, iphone dan
sebagainya telah memudahkan lagi kehidupan manusia seharian.
Bil Idea/isi Huraian
1A: Manfaat
Memperoleh maklumat
terkini dengan mudah
• Maklumat lebih mudah diteroka dengan
menggunakan komputer riba yang boleh dibawake mana-mana. Komputer riba dicipta untuk
memudahkan pengguna mengakses internet
melalui capaian jalur lebar tanpa batasan waktu.
• Komputer riba kebanyakannya dilengkapi juga
dengan kamera untuk memudahkan lagi
maklumat yang akan disampaikan.
• Pengguna juga boleh menggunakan internet
melalui iphone untuk mengakses maklumat
dengan cepat dan pantas. Misalnya berita
/peristiwa yang berlaku di seluruh pelusuk dunia
dapat dilihat atau dibaca dalam beberapa saatsahaja.
2 Menjana pendapatan
individu/syarikat /negara• Penggunaan Telekonferens telah memudahkan
persidangan/mesyuarat antara ahli-ahli
perniagaan yang memiliki rangkaian perniagaan
seluruh dunia.
• Penghantaran pesanan boleh dilakukan hanya
dalam beberapa saat melalui email dan katalog
jualan boleh dihantar kepada pembeli dengan
segera untuk pengesahan jualan.
• Peniaga dapat menjimatkan masa dan seterusnyamengurangkan kos operasi. Keadaan ini
membolehkan peniaga bersaing dengan pengeluar
lain dari segi harga.
• Seterusnya keuntungan syarikat individu dapat
dimaksimumkan dan seterusnya pendapatan
negara meningkat.
3 Memudahkan
perhubungan/komunikasi• Jurang digital antara penduduk luar bandar dan
bandar telah dapat dikurangkan dengan adanya
pelbagai kemudahan peralatan sains danteknologi.
8/14/2019 soalan-percubaan-perak
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 4/10
Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am
900/2 * SULIT
4
• Misalnya, syarikat-syarikat komunikasi seperti
CELCOM, MAXIS telah menyediakan capaian
tanpa wayar di kawasan luar bandar untuk
memudahkan komunikasi.
• Maklumat terkini dapat disebarkan secaramenyeluruh kepada setiap lapisan masyarakat.
4 Meningkatkan mutu
bidang fotografi dan
animasi/perfileman
• Bidang fotografi lebih mudah dan canggih kerana
setiap gambar yang diambil boleh diedit supaya
lebih menarik seperti bidang pengiklanan.
Gambar-gambar dapat dipindahkan terus ke
komputer dalam bentuk digital tanpa
menggunakan ‘USB’
• Bidang perfileman/animasi pula telah wujud pelbagai kaedah menarik seperti penggunaan 3D
dalam filem Avatar.• Kaedah stereoscopic 3D terbukti menarik, lebih
bermutu dan ‘real’
• Evolusi USB 3.0 dijangka mencapai kelajuan 10
kali ganda lebih pantas dan pemindahan fail
sekitar 400Mbps.Berdozen gigabait aplikasi,
muzik,filem dapat dipindahkan dengan lebih
pantas.
5 Memudahkan bidang
pendidikan • Selain itu, pelajar dan tenaga pengajar dapat berhubung antara satu sama lain tanpa perlu
bersua muka. Segala permasalah dalam
pengajaran dapat diatasi dengan segera.
Penghantaran email lagi memudahkan
komunikasi antara kedua-dua pihak.
• Guru juga boleh menyediakan blog-blog untuk
pendidikan dan boleh dilayari dengan mudah oleh
pelajar.
• Proses P&P dapat berjalan dengan lancar dan
jelas apabila penggunaan bahan seperti
LCD,video dan dan sebagainya.• Inovasi peralatan ini dapat meningkatkan lagi
pengetahuan pelajar serta dapat menjimatkan
masa.
6 B. KeburukanPenyebaran fitnah
/gambar porno
• Penulis yang terlibat menyebarkan fitnah dan
gambar porno tidak menghiraukan etika
penyiaran dan kebanyakannya hanya untuk suka-
suka sahaja.
• Kemudahan internet, handfon,wifi dan lain-laingajet akan memudah maklumat yang berbentuk
fitnah disebarkan kepada orang ramai.
• Maklumat seperti gambar porno akan tersebardalam sekelip mata. Kemudahan blutooth
8/14/2019 soalan-percubaan-perak
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 5/10
Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am
900/2 * SULIT
5
memudahkan lagi kegiatan tidak bermoral ini
beroperasi. Kemudian gambar –gambar ini akan
dimuatnaik ke Youtube dan dapat ditontoni
seluruh dunia.
• Broadband mudahalih yang diperkenalkan
membolehkan pengguna mengakses internet di
lokasi yang lebih luas, dan menggalakkan lagi
penyebaran fitnah/ gambar-gambar porno.
7 Penipuan • Kebanyakan pengguna mudah tertipu dengan
maklumat yang disebarkan melalui handfon,
internet dan lain-lain gajet.
• Pengguna selalu mendapat maklumat palsu yang
menyebabkan kerugian beribu-ribu ringgit.
• Keghairahan untuk memiliki gajet terkini seperti
kamera, komputer riba menyebabkan penggunatertipu dengan barang-barang tiruan yang
dikeluarkan oleh syarikat yang tidak
bertanggungjawab.
• Misalnya, produk Blueberry telah diciplak oleh
negara China walaupun baru 4 hari berada dalam
pasaran.
8 Pembaziran wang • Kebanyakan pengguna terlalu terikut-ikut
dengan perubahan gajet baru yang dikeluarkan
oleh pengeluar. Mereka berebut-rebut untuk
memiliki produk baru.
• Akitiviti ini akan membazirkan wang dan
merugikan diri kerana harga produk lama telah
turun secara mendadak.
• Lebih buruk lagi apabila pembelian dibeli secara
kredit, pihak penjual dan pihak bank akan
mengaup keuntungan yang tinggi.
• Permintaan yang tinggi telah mendorong peniagamenaikkan harga dengan sewenang-wenangnya.
Penutup
Kemajuan dalam penghasilan gajet sains dan teknologi perlu dimanfaatkan dengan baik
supaya tidak memudaratkan pengguna. Justeru, pihak kerajaan perlumengawal kemasukan
dan penggunaan gajet untuk menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara.
Skema jawapan:
2 + 2
8/14/2019 soalan-percubaan-perak
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 6/10
Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am
900/2 * SULIT
6
Bahagian B
Soalan 3
Aktiviti sukan berperanan untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup manusia yang
mengamalnya. Namun, jika tidak dimanfaatkan aktiviti ini boleh menjejaskan kehidupan kita.
Jelaskan.
Pengenalan
Aktiviti sukan yang sistematik dapat menjamin tahap kecerdasan individu. Individu yang
sihat amat diperlukan dalam pembangunan.
Bil Idea /Isi Huraian
1
A. Kebaikan sukan
Mencergaskan fizikal • Aktiviti sukan yang dijalankan mengikut
prosedur yang betul akan meningkatkan
kecergasan fizikal kita. Misalnya, aktiviti
berkuda melibatkan seluruh anggota tubuh
badan . Bentuk lekuk badan belakang kuda –
tempat tunggangan baik untuk merawat segala
masalah tulang. Semasa kuda bergerak
menyebabkan vertebra tulang belakang
manusia merangsang saraf-saraf tulang
belakang, seterusnya mengelakkan sakit tulang
belakang.• Senaman berjoging, berbasikal dan sebagainya
boleh meningkatkan keupayaan jantung.
Kekerapan melakukan latihan menjadikan otot-
otot lebih kuat.
• Otot jantung yang kuat akan menghasilkan
tekanan yang tinggi dan membolehkan darah
yang mengandungi oksigen dihantar keseluruh
badan. Saiz ruang jantung akan bertambah danmeningkatkan tahap kecerdasan individu.
2 Mencerdaskan minda • Aktiviti sukan juga dapat mengurangkan stress
dan membolehkan kita tidur nyenyak. (tidur
yang berkualiti)
• Misalnya,aktiviti sukan memanah dapat
meningkatkan kawalan minda dan kosentrasi
individu, keadaan ini menggalakkan otak
individu dalam keadaan tenang .
• Kegembiraan dalam acara-acara sukan dapat
meningkatkan pengeluaran enzim adrenalin
yang dapat menenang dan mencergaskan
minda individu. Minda yang tenang akan lebihcerdas dan dapat berfikir dengan baik.
8/14/2019 soalan-percubaan-perak
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 7/10
Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am
900/2 * SULIT
7
3 Mengelakkan penyakit
kronik• Individu yang selalu bersukan akan memenuhi
aspek-aspek fisologi dan psikologi. Keadaan
ini akan mencegah daripada penyakit-penyakit
seperti jantung, obesiti dan penyakit
hipokinetik.
• Latihan senamrobik atau aerobik dapat
meningkatkan sistem pengaliran darah dan
membakar lemak-lemak yang terkumpul dalam
salur darah dan jantung. Aktiviti ini juga dapat
mengekalkan paras gula dalam darah dapat
mengelakkan penyakit diabetis serta mengawal
berat badan.
4 Meningkatkan jangka
hayat• Individu yang kekal dalam aktiviti sukan dari
usia muda dapat meningkatkan jangka hayat
kerana tahap kesihatan tubuh badan yang baik.
• Tahap kesihatan yang baik dapat mengelakkanindividu daripada pengambilan ubat-ubatan
yang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia
yang terdapat dalam ubat-ubatan moden akan
mendatangkan kesan sampingan bagi individu
yang mengambilnya.
• Justeru, individu yang sihat dapat mengelakkan
diri daripada kesan jangka panjang
pengambilan ubat-ubatan moden seperti
penyakit buah pinggang, kegagalan hati dan
sebagainya.
5 B. Keburukan sukan
Penyalahgunaan dadah
• Sesetengah ahli sukan sama ada sengaja atau
tidak mungkin terlibat dalam penyalahgunaan
dadah. Mereka menggunakan dadah untuk
meningkatka tahap keupayaan sukan dan jika
dibiarkan boleh membawa maut.
• ‘Doping ‘ adalah penggunaan kaedah yang
selalu digunakan oleh para atlit seperti
mengambil ubat untuk merawat sesuatu
penyakit tanpa disedari mengandungi dadah.
•
Bahan ini juga digunakan untuk meningkatkan prestasi sukan. Dadah adalah sejenis bahan
atau campuran bahan kimia psikoaktif yang
digunakan bukan untuk tujuan perubatan tetapi
pengambilannya secara haram, boleh
meninggalkan kesan ketagihan dan
menyebabkan perubahan yang buruk dalam
fungsi atau struktur fisiologi organisma.
• Misalnya, Ben Johnson pelari Kanada telah
menggunakan dadah dalam acara olahraga
dalam Sukan Olimpik.
6 Menghidap penyakit
8/14/2019 soalan-percubaan-perak
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 8/10
Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am
900/2 * SULIT
8
berbahaya/kecederaan
serius • Sesetengah acara sukan amat berbahaya dan
boleh mengancam nyawa. Hal ini terbukti
apabila para atlet mengalami kecederaan yang
serius selepas sesuatu pertandingan seperti
tinju dan gusti.
• Kecederaan yang didapati mungkinmenyebabkan mereka cacat seumur hidup
seperti dideritai oleh Mohamad Ali
(Parkinson)
• Menurut perangkaan yang pernah dikeluarkan
oleh Majlis Sukan Negara, ahli sukan yang
yang terlibat dengan jenis sukan seperti tinju,
gusti, karate, tae-kwon-do, dan ski,
mempunyai 80 peratus kemungkinan untuk
mendapat kecederaan yang parah.
7 Kualiti hidup terjejas • Bagi ahli-ahli sukan yang mengambil langkah
untuk berhenti secara tiba-tiba mungkin akan
menjejaskan kualiti hidup mereka.
• Individu ini akan mengalami perubahan fizikal
yang mendadak iaitu penambahan berat
badan. Kadar metabolism individu yang tidak
aktif menjadi perlahan dan melambatkan
proses pembakaran lemak. Keadaan ini
menyebabkan lemak-lemak terkumpul danmenyempitkan saluran darah.
• Otot dan organ badan akan mengalami
perubahan yang drastik menyebabkan
berlakunya kekejangan otot dan stamina
semakin menurun.
• Keadaan ini akan menjejaskan pergerakan
individu yang telah biasa bergerak cergas.
KesimpulanAktiviti sukan dapat menjamin individu menikmati hidup yang yang lebih selesa dan
berkualiti.
Skema Jawapan:
2 + 2
8/14/2019 soalan-percubaan-perak
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 9/10
Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am
900/2 * SULIT
9
Soalan 4
Kini, kepupusan fauna semakin membimbangkan semua pihak. Ancaman terhadap
spesies ini selari dengan tuntutan pemodenan, walaupun pelbagai inisiatif telah diambil bagi
mengawalnya. Bincangkan.
PengenalanKita tidak dapat lari daripada tuntutan arus pemodenan. Malangnya, kita sering kali alpa
dalam memastikan pengekalan habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai punca yang menjadi
pemangkin kepada masalah ini.
Bil Idea/isi Huraian
1 A: PUNCA
Kemusnahan habitat• penyahutanan, penerokaan kawasan baru
untuk pembangunandan pembakaran hutan
•
Hal ini menyebabkan hábitat fauna musnah.• Boleh mengecilkan hábitat fauna
• Mengganggu rantaian makanan
• Menyebabkan kematian dan pengurangan populasi
2 Pemburuan haram untuk
perubatan tradisional dan
sumber makanan
• Permintaan yang tinggi untuk haiwan eksotik
seperti tenggiling, musang
• perubatan tradisional – menggunakan
bahagian-bahagian tertentu fauna seperti hati,
jantung yang dikatakan mujarab dalam
meningkatkan tenaga manusia dan mengubati penyakit-penyakit kronik (sakit jantung,
kanser dan lain-lain)
3 Pencemaran • Pencemaran air dan pencemaran alam sekitar(udara, daratan)
• Kegiatan carigali dan tumpahan minyak di
laut menyebabkan kepupusan hidupan
akuatik. Minyak melitupi permukaan air dan
menyebabkan pancaran matahari terhalang
dan bekalan oksigen terjejas.
•
Pencemaran alam mengganggu rantaianmakanan, cth : kepupusan pokok buluh di
China menyebabkan pengurangan populasi
panda.
4 Perubahan suhu dunia • Fenomena el-Nino meningkatkan suhu dunia.
• Sesetengah spesies fauna tidak sesuai dengancuaca panas yang melampau
• Hal ini menyebabkan kematian kerana
kekurangan air
5 B:LANGKAH
Penyelidikan dan
pembangunan
• Pengklonan – untuk menambahkan
kepelbagaian genetik bagi meningkatkan
populasi fauna.• Menjalan kajian tentang punca kematian
8/14/2019 soalan-percubaan-perak
http://slidepdf.com/reader/full/soalan-percubaan-perak 10/10
Peperiksaan Percubaan 2010 / Pengajian Am
900/2 * SULIT
10
fauna dan menghasilkan vaksin yang boleh
meningkatkan daya rintangan penyakit
• Membiakbaka fauna yang terancam seperti
tapir,penyu
6 Pemeliharaan. • Spesies yang terancam kepupusan perlu
dipelihara dan dibiakkan di pusat jagaan khas.
Cth :zoo, pusat pembiakan orang utan sepilok
dll
• Spesies fauna ini akan dilepaskan semula kehabitat asal setelah dewasa / matang
7 Kemandirian habitat • Melindungi habitat daripada ancaman semua
aktiviti manusia
• Mengekalkan rantaian makanan
• Kemandirian spesies fauna lebih terjamin
apabila habitat lebih terjamin.
8 Pemantauanmenggunakan teknologi
satelit
• Spesies fauna yang terancam akan dipilih dandipakaikan gelang Sistem Penentu
Kedudukan Global (GPS)
• Pergerakan fauna tersebut boleh dipantau
untuk menjamin kelansungan hidup
• Satelit mampu mengesan kawasan hutan yang
terbakar, banjir dan ancaman yang lain
• Memudahkan pemindahan fauna ke kawasan
yang lebih selamat.
Penutup
Kesimpulannya, pemodenan sememangnya penting bagi sesebuah negara. Namun,
dalam mengejar arus pemodenan kita seharusnya tidak meminggirkan aspek zoologi.
Skema:2+2