Download - REFLEKSI
REFLEKSI
Dengan rasa bersyukurnya, saya dapat menerima dan menyiapkan kerja kursus subjek
MTE 3143 Aplikasi Matematik. Dalam proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya
telah banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang betapa penting kepada
saya terutamanya dalam bidang kerja saya iaitu sebagai seorang guru di sekolah
rendah. Pengetahuan yang paling bernilai bagi saya adalah saya dapat mengetahui
tentang konsep kod dan kriptografi, perkembangan sejarah dan tokoh matematik serta
kegunaan kod dalam pelbagai bidang dan kehidupan seharian.
Secara umumnya, menurut Tengku Zawawi bin Tengku Zainal (2006)
menjelaskan perkembangan matematik sentiasa selari dengan perkembangan tamadun
manusia itu sendiri. Matematik bukan sahaja penting dalam kehidupan seharian, malah
ia sering dihayati sebagai satu kesenian dan keindahan serta sebagai alat komunikasi.
Dalam matematik, perhubungan idea-idea menggunakan bahasa istimewa dan khusus.
Kebanyakan orang beranggapan bahawa matematik itu terdiri daripada nombor, tanda
dan symbol sahaja, yang disusun dalam bentuk persamaan. Bidang matematik
mempunyai bahasanya tersendiri yang perlu dikembangkan dan diberi perhatian,
khususnya oleh pendidik matematik.
Dalam proses menyiapkan tugasan ini, banyak dugaan dan cabaran yang saya
hadapi. Kekurangan bahan rujukan yang bercetak membuatkan saya rasa kurang
mendapat maklumat mengenai tugasan yang ingin dilaksanakan. Tetapi ia tidak
menghalang saya untuk meneruskan tugasan saya ini. Selain media elektronik, saya
mencari maklumat di dalam buku rujukan yang dipinjam di perpustakaan awam di
tempat saya. Hanya sebilangan buku rujukan sahaja yang boleh diambil sebagai
rujukan dalam tajuk tugasan kali ini.
Untuk menghasilkan idea yang kreatif, saya mentelaah pelbagai sumber
maklumat bagi mencipta satu kod permainan matematik yang dirasakan akan menarik
minat murid-murid untuk mereka laksanakannya. Saya berasa bersyukur dan berterima
kasih kepada rakan sekelas saya yang banyak memberi tunjuk ajar terhadap
pemahaman berkenaan dengan permainan matematik ( kod sulit ) ini.
Selain daripada pengurusan masa, perancangan yang strategik juga merupakan
langkah yang tidak boleh dilupai sebelum melaksanakan kerja yang seterusnya. Dalam
proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya telah membuat perancangan yang
kurang memuaskan sehingga menyebabkan proses saya menghasilkan kerja kursus
saya menjadi lambat dan tidak lancar. Pada pendapat saya, perancangan adalah amat
penting sebelum kita bermula untuk melaksanakan tugasan kita. Sekiranya kita tidak
dapat merancang dengan baik, maka kerja yang kita akan laksanakan akan menjadi
tidak tersusun dan akhirnya masa yang diperuntukkan untuk menjalankan tugasan
tersebut akan menjadi lebih panjang. Jadi, untuk menghasilkan satu tugasan yang
sempurna, kita mestilah merancang terlebih dahulu sebelum bergerak atau bermula.
Akhir sekali, terima kasih kepada pensyarah saya Encik Nik Ibrahim bin Nik Mat
yang banyak membimbing dalam subjek Aplikasi Matematik ini. Turut berterima kasih
kepada rakan seperjuangan kerana sanggup bekerjasama dalam menjayakan tugasan
ini. Moga di masa akan datang dapatlah saya membuat penambahbaikan dalam proses
pembikinan tugasan yang diberi.
…………………………………….
( NOOREHA BINTI JOHARI )
820316-08-5092
20/04/2015