refleksi

3
REFLEKSI Dengan rasa bersyukurnya, saya dapat menerima dan menyiapkan kerja kursus subjek MTE 3143 Aplikasi Matematik. Dalam proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya telah banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang betapa penting kepada saya terutamanya dalam bidang kerja saya iaitu sebagai seorang guru di sekolah rendah. Pengetahuan yang paling bernilai bagi saya adalah saya dapat mengetahui tentang konsep kod dan kriptografi, perkembangan sejarah dan tokoh matematik serta kegunaan kod dalam pelbagai bidang dan kehidupan seharian. Secara umumnya, menurut Tengku Zawawi bin Tengku Zainal (2006) menjelaskan perkembangan matematik sentiasa selari dengan perkembangan tamadun manusia itu sendiri. Matematik bukan sahaja penting dalam kehidupan seharian, malah ia sering dihayati sebagai satu kesenian dan keindahan serta sebagai alat komunikasi. Dalam matematik, perhubungan idea-idea menggunakan bahasa istimewa dan khusus. Kebanyakan orang beranggapan bahawa matematik itu terdiri daripada nombor, tanda dan symbol sahaja, yang disusun dalam bentuk persamaan. Bidang matematik mempunyai bahasanya tersendiri yang perlu dikembangkan dan diberi perhatian, khususnya oleh pendidik matematik. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, banyak dugaan dan cabaran yang saya hadapi. Kekurangan bahan rujukan yang bercetak membuatkan saya rasa kurang mendapat maklumat mengenai tugasan yang ingin dilaksanakan. Tetapi ia tidak menghalang saya untuk meneruskan tugasan saya ini. Selain media elektronik, saya

Upload: aiman-aniq-azzuhairy

Post on 19-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

MATEMATIK

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI

REFLEKSI

Dengan rasa bersyukurnya, saya dapat menerima dan menyiapkan kerja kursus subjek

MTE 3143 Aplikasi Matematik. Dalam proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya

telah banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang betapa penting kepada

saya terutamanya dalam bidang kerja saya iaitu sebagai seorang guru di sekolah

rendah. Pengetahuan yang paling bernilai bagi saya adalah saya dapat mengetahui

tentang konsep kod dan kriptografi, perkembangan sejarah dan tokoh matematik serta

kegunaan kod dalam pelbagai bidang dan kehidupan seharian.

Secara umumnya, menurut Tengku Zawawi bin Tengku Zainal (2006)

menjelaskan perkembangan matematik sentiasa selari dengan perkembangan tamadun

manusia itu sendiri. Matematik bukan sahaja penting dalam kehidupan seharian, malah

ia sering dihayati sebagai satu kesenian dan keindahan serta sebagai alat komunikasi.

Dalam matematik, perhubungan idea-idea menggunakan bahasa istimewa dan khusus.

Kebanyakan orang beranggapan bahawa matematik itu terdiri daripada nombor, tanda

dan symbol sahaja, yang disusun dalam bentuk persamaan. Bidang matematik

mempunyai bahasanya tersendiri yang perlu dikembangkan dan diberi perhatian,

khususnya oleh pendidik matematik.

Dalam proses menyiapkan tugasan ini, banyak dugaan dan cabaran yang saya

hadapi. Kekurangan bahan rujukan yang bercetak membuatkan saya rasa kurang

mendapat maklumat mengenai tugasan yang ingin dilaksanakan. Tetapi ia tidak

menghalang saya untuk meneruskan tugasan saya ini. Selain media elektronik, saya

mencari maklumat di dalam buku rujukan yang dipinjam di perpustakaan awam di

tempat saya. Hanya sebilangan buku rujukan sahaja yang boleh diambil sebagai

rujukan dalam tajuk tugasan kali ini.

Untuk menghasilkan idea yang kreatif, saya mentelaah pelbagai sumber

maklumat bagi mencipta satu kod permainan matematik yang dirasakan akan menarik

minat murid-murid untuk mereka laksanakannya. Saya berasa bersyukur dan berterima

kasih kepada rakan sekelas saya yang banyak memberi tunjuk ajar terhadap

pemahaman berkenaan dengan permainan matematik ( kod sulit ) ini.

Selain daripada pengurusan masa, perancangan yang strategik juga merupakan

langkah yang tidak boleh dilupai sebelum melaksanakan kerja yang seterusnya. Dalam

Page 2: REFLEKSI

proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya telah membuat perancangan yang

kurang memuaskan sehingga menyebabkan proses saya menghasilkan kerja kursus

saya menjadi lambat dan tidak lancar. Pada pendapat saya, perancangan adalah amat

penting sebelum kita bermula untuk melaksanakan tugasan kita. Sekiranya kita tidak

dapat merancang dengan baik, maka kerja yang kita akan laksanakan akan menjadi

tidak tersusun dan akhirnya masa yang diperuntukkan untuk menjalankan tugasan

tersebut akan menjadi lebih panjang. Jadi, untuk menghasilkan satu tugasan yang

sempurna, kita mestilah merancang terlebih dahulu sebelum bergerak atau bermula.

Akhir sekali, terima kasih kepada pensyarah saya Encik Nik Ibrahim bin Nik Mat

yang banyak membimbing dalam subjek Aplikasi Matematik ini. Turut berterima kasih

kepada rakan seperjuangan kerana sanggup bekerjasama dalam menjayakan tugasan

ini. Moga di masa akan datang dapatlah saya membuat penambahbaikan dalam proses

pembikinan tugasan yang diberi.

…………………………………….

( NOOREHA BINTI JOHARI )

820316-08-5092

20/04/2015