Download - Pemakanan Kanak-kanak Prasekolah
PRASEKOLAHPRASEKOLAH
Bincangkan kebersihan semasa menyediakan makanan kepada
Kanak-kanak prasekolah ?
PERTAMA :
• BERSIHKAN TANGAN SEBELUM MEMASAK
• Tujuannya :- untuk mengelakkan kekotoran dan kuman yang melekat pada tangan dan boleh mencemarkan makanan
KEDUA :
• MEMBERSIHKAN TERLEBIH DAHULU PERALATAN YANG INGIN DIGUNAKAN
• Tujuannya :-supaya dapat menghapuskan bakteria dan kuman yang ada pada peralatan yang ingin digunakan
KETIGA :
• MEMAKAI APRON SEMASA DI DAPUR
• Tujuannya :- supaya nampak bersih dan kemas- baju tidak kotor daripada percikan masakan
KEEMPAT
• MEMAKAI TUDUNG BAGI ORANG ISLAM DAN TOPI BAGI YANG BUKAN ISLAM
• Tujuannya :- mengelakkan daripada rambut di dalam masakan.
KELIMA
• SAYURAN DAN BAHAN YANG INGIN DI MASAK PERLU SEGAR DAN BERKHASIAT
• Tujuannya :- dapat menghasilkan makanan yang berkhasiat dan berzat- mengelakkan daripada keracunan makanan
KEENAM
• TONG SAMPAH PERLU SENTIASA DITUTUP DAN BUANG SISA – SISA DI TEMPAT YANG TELAH DISEDIAKAN
• Tujuannya :- menghindarkan daripada lalat dan penyakit seperti taun.
KETUJUH
• PERSEKITARAN YANG BERSIH• Tujuannya :
- makanan tidak tercemar-supaya pengurusan makanan tidak terganggu dan dapat disediakan dengan cepat
KELAPAN
• MENGGUNAKAN TUALA YANG BERSIH• Tujuannya :
- mengelap tangan selepas tangan dicuci- mengelap dapur selepas memasak Contohnya di restoran pekerja dibekalkan dengan tuala untuk kegunaan sendiri.
KESEMBILAN
• PASTIKAN MAKANAN BETUL – BETUL MASAK
• Tujuannya :- supaya kanak – kanak tidak mengalami cirit – birit.- pelajar dapat makanan yang seimbang
KESEPULUH
• PENYAJIAN MAKANAN KEPADA PELAJAR PERLULAH BERSIH
• Tujuannya :- supaya keselamatan pelajar terjamin