KPR 3012 SEMINAR REFLEKSI
KAJIAN TINDAKAN
Keberkesanan Penggunaan Perisian Geometer’s Sketchpad di dalam tajuk
Bulatan II
NUR ASHIKIN BINTI ISMAHUN
D20081032212
AT 14 PENDIDIKAN MATEMATIK
Tarikh Hantar: 1 November 2011
Nama Pensyarah: Dr. Nik Azmah Bt Nik Yusof
1
ISI KANDUNGAN
1.0 Tajuk Kajian
2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa
3.0 Latar Belakang Kajian
4.0 Penyataan Masalah
5.0 Objektif Kajian
6.0 Metadologi Kajian
6.1 Langkah-langkah
Perancangan kajian
Pelaksanaan kajian
Pemerhatian dan menganalis data
Refleksi dan penilaian
6.2 Sasaran Kajian
6.3 Instrumen Kajian
6.4 Metadologi Analisis
7.0 Kesignifikasi Kajian
8.0 Anggaran Perbelanjaaan
9.0 Jadual Kerja
10.0 Dapatan Kajian
11.0 Perbincangang dan Kesimpulan
2
1.0 Tajuk kajian
Keberkesanan Penggunaan Perisian Geometer’s Skecthpad di dalam tajuk Bulatan II
2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji
Nama Pengkaji : Nur Ashikin Binti Ismahun
Guru Pembimbing : Puan Mariyah Binti Shafiee
Penolong Kanan Akademik : Puan Latifah Binti Omar
3.0 Latar Belakang Kajian
Multimedia dalam pendidikan merujuk kepada penggunaan konsep dalam sistem pendidikan
terutama dalam pengajaran dan pembelajaran seperti dalam subjek matematik. Komputer adalah
satu satu medium yang terdapat dalam multimedia. Komputer mula digunakan dalam pendidikan
di Malaysia sejak 1960 an lagi. Penggunaan komputer dalam bilik darjah sebagai alat pengajaran
dan pembelajaran adalah dijangkakan akan menjadi suatu perkara yang biasa sebagaimana
media-media lain seperti projector slaid, televisyen, filem dan lain-lain lagi.
Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi telah menyebabkan peningkatan dalam
kerjaya industri komputer. Teknologi komputer telah terbukti sebagai mesin elektronik yang
berkeupayaan tinggi dan sangat berkesan terutamanya dalam melakukan tugas-tugas seperti
mengawal pengeluaran. Ahli teknologi memperkatakan bahawa dalam bidang pendidikan,
komputer lebih sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (Norhashim et. Al. 1996). Keberkesanan pembelajaran sangat sukar untuk dinilai
walaupun dengan teknik penilaian yang digunakan pada zaman sekarang. Antara penilaian dibuat
adalah berdasarkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia.
3
Antara tujuan guru menggunakan komputer seperti pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan labih berkesan dengan member tumpuan yang lebih kepada pelajar secara
perseorangan (Norhashim et. Al. 1996).
4.0 Penyataan Masalah
Koridor Raya Multimedia adalah inisiatif negara dalam menuju ke arah pendahulu era maklumat
dan digital. Hal ini membolehkan Malaysia menuju ke era kegemilangan di dalam bidang
teknologi dan maklumat.
Norhashim et. Al. (1996) dalam bukunya Pengajaran Berbantukan Komputer
mengatakan kali pertama Kementerian Pendidikan cuba memperinitiskan projek literasi
komputer ialah pada April 1986. Kita sebenarnya masih di peringkat perintis lagi dengan
program dalam pendidikan yang dilancarkan di 60 buah sekolah pada tahun 1992. Namun
menteri Pendidikan telah pun mengumumkan rancangan kementerian untuk memasukkan
komputer ke setiap buah sekolah dan telah pun meminta peruntukan untuk tujuan ini.
Dengan adanya perkembangan ini, pembangunan pakej dalam bidang pendidikan telah
mula diberi perhatian. Walau bagaimanapun Malaysia masih kekurangan perisian kursus yang
benar-benar inovatif dan kreatif. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya minat dalam mencipta
perisian kursus. Tambahan pula ia merupakan suatu dimensi baru dalam era pendidikan
khususnya. Negara barat kebiasaannya sudah lama dalam menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer. Perisian-perisian ini telah membawa banyak perubahan
kepada pelajar yang meggunakannya, terutama dari segi pemahaman (Norhashim et. al. 1996).
4
Kajian yang dilakukan ini adalah untuk melihat keberkesanan elemen multimedia
terhadap pembelajaran matematik. Kajian ini juga untuk mengukur tahap keberkesanan perisian
tersebut terhadap pemahaman pelajar.
5.0 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap keberkesanan penggunaan perisian Geometer’s
Skechpad (GSP) dalam pembelajaran matematik tingkatan tiga dalam tajuk Bulatan II.
Secara amnya kajian ini adalah untuk:
i. Menentukan keberkesanan penggunaan penggunaan perisian GSP ke atas pencapaian
prestasi pelajar dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat dalam tajuk Circle II.
ii. Mengenalpasti kesan positif ke atas minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas yang menggunakan perisian GSP.
6.1 Metadologi Kajian
Bab ini akan menerangkan tentang kaedah perlaksanaan ujian bagi mengkaji
Keberkesanan Penggunaan Geometer’s Skecthpad dalam Pengajaran dan Pembelajaran
bagi Topik Bulatan II Terhadap Pelajar Tingkatan Empat iaitu rekabentuk kajian, sasaran
kajian, instrumen kajian, metodologi analisis.
6.1.1 Pengenalpasti isu dan masalah
Saya melihat tajuk kecil ini sebagai tajuk kajian oleh kerana saya melihat tajuk ini mudah
dibandingkan dengan tajuk-tajuk yang lain tetapi menjadi masalah untuk pelajar saya
menguasai konsep di dalam tajuk ini. Pelajar saya juga kurang memberi tumpuan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran, sebahagian pelaar kurang menunjukkan respon yang
5
baik sebelum kajian dijalankan. Malahan pelajar tidak menunjukkan sikap yakin diri
apabila saya meminta mereka menjawab soalan di papan putih. Keputusan ujian ujian
bulanan juga tidak memberangsangkan.
6.1.2 Perancangan tindakan
Dalam kajian ini, penekanan aspek metadologi kajian dimana ianya merupakan kaedah
yang perlu di ikut bagi memperoleh hasil kajian yang diharapkan. Kajian ini adalah
bersifat eksperimental dan dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Andalas,
Klang yang mana 35 pelajar sampel aliran Sains bagi tingkatan empat dipilih mewakili
populasi keseluruhan pelajar aliran Sains Tingkatan 4 di sekolah berkenaan. Kajian
melibatkan kumpulan eksperimen yang diajar secara konventional menggunakan
komputer dan perisian GSP, kumpulan kawalan juga diajar secara konvensional dan juga
penilaian selepas pembelajaran dan pengajaran keatas kedua-dua sampel tersebut.
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk eksperimen. Kajian berbentuk
eksperimen dipilih kerana ianya dianggap sebagai kaedah yang paling tepat untuk
menguji hipotesis. Menurut Campbell dan Stanley (1966), kajian eksperimental
merupakah satu-satunya cara untuk memperkukuhkan tradisi kualitatif iaitu cara atau
kaedah yang berkesan untuk menghasilkan pembelajaran yang diharapkan. Oleh itu,
penambahbaikan pengetahuan dilakukan dengan teknik tertentu dari semasa ke semasa
terumanya dalam mata pelajaran Matematik. Cook and Campbell (1979), menyatakan
bahawa dalam kajian eksperimental, pemilihan subjek secara rawak ke dalam kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan jelas menunjukkan perbezaan kaedah eksperimental
dan kumpulan kawalan jelas menunjukkan perbezaan kaedah eksperimental dengan lain-
6
lain kaedah penyelidikan. Kajian eksperimental melibatkan suasana yang dirancang dan
dikendalikan oleh penyelidik untuk mengumpulkan bukti-bukti yang sesuai kepada
hipotesis. Penyelidik menjalankaan kajian dengan bertujuan dan secara sistematik dengan
memperkenalkan perubahan kepada fenomena semulajadi. Setelah itu penyelidik
membuat pemerhatian dan penilaian terhadap kesan dan akibat terhadap segala perubahan
yang berlaku. Penyelidik memanipulasi dan mengawal pembolehubah-pembolehubah
yang berlaku. Penyelidik memanipulasi dan mengawal pembolehubah-pemboleh ubah
yang relevan, membuat pemerhatian dan melihat hasil yang diperolehi. Melalui kaedah
eksperimen, penyelidik boleh mengumpul bukti yang meyakinkan terhadap kesan satu
pemboleh ubah ke atas pembolehubah yang lain. Menurut Howe (2003), Campbell dan
Stanley dalam seminal monograf 1963 berpendapat bahawa kajian eksperimental
merupakan polisi yang berasaskan pembuktian dan memerlukan kesahan dalaman yang
tinggi serta perhubungan bersebab. Tiga elemen dalam kajian eksperimental adalah:
i. Pemboleh ubah tak bersandar iaitu rawatan terhadap kumpulan eksperimen.
ii. Semua pembolehubah lain selain pembolehubah tak bersandar adalah tetap.
iii. Pembolehubah manipulasi iaitu rawatan terhadap kumpulan eksperimen ke atas
pembolehubah bersandar (ujian pra dan ujian pos) diukur.
Ramuan bagi kajian bersifat eksperimental melibatkan kawalan, manipulasi dan
perhatian. (control,manipulation dan observation). Menurut Cook dan Campbell (1979),
kawalan melibatkan kumpulan yang tidak menerima rawatan atau mungkin juga kumpulan
yang menerima rawatan standard. Tiada rawatan tidak semestinya bermaksud tiada kelas
dijalankan tetapi kelas dijalankan seperti biasa (standard) dalam waktu persekolahan.
Kawalan adalah perlu untuk menilai kesan kepada rawatan bagi kumpulan eksperimen.
7
Mengawal disini bermaksud mengatur situasi agar dapat dibuat perbandingan yang memberi
kesan ke atas kumpulan eksperimen. Dalam mengawal perbezaan antara sampel pelajar,
pencapaian dalam Peperiksaan PMR bagi pelajar diambil kira iaitu mendapat A atau B dalam
mata pelajaran matematik dan mendapat skor 70% dan keatas dalam ujian pemilihan sampel.
Elemen diatas dijadikan sebagai pemboleh ubah yang menyamaratakan sampel pelajar tadi.
6.1.3 Pelaksanaan tindakan
Langkah pertama yang saya ambil adalah memikirkan soalan yang paling efektif bagi
menguji keberkesanan penggunaan perisisan GSP ini kepada pelajar. Tiada teknik khas yang
saya gunakan hanya pemantapan konkrit konsep melalui latihan berkala. Namun, soalan yang
di beri menguji tahap pemahaman pelajar setelah di dedahkan kepada perisian ini.
Sebelum ujian ditadbir kepada sampel kajian iaitu pelajar tingkatan empat Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Andalas, Klang, penyelidik akan menerangkan sedikit arahan
yang perlu di ikuti sepanjang ujian dijalankan dan tujuan ujian dijalankan. Responden
dikehendaki duduk di tempat masing-masing dan mereka diberi masa selama empat puluh
minit bagi tujuan menjawab. Responden perlu menjawab dengan lengkap berserta jalan
penyelesaian bagi setiap soalan di tempat kosong yang telah disediakan. Responden juga
dinasihatkan supaya tidak meniru atau melanggar etika-etika akademik sepanjang ujian ini
dijalankan untuk menjaga ketekalan dan dapatan kajian yang boleh kami perolehi adalah
benar dan tidak diragui.
8
6.1.4 Pemerhatian dan menganalisis data.
Kajian tindakan ini telah di laksanakan dalam tempoh 2 minggu da di luar waktu
pembelajaran. Saya memperuntukkan 5 waku seminggu untuk bertemu murid dan
membimbing mereka memantapkan konsep mudah ini kepada murid secara peta minda.
Disusul dengan beberapa latihan pengukuhan (ujian pra). Pada minggu ke dua adalah sesi
aktiviti berkumpulan iaitu dengan menggunakan perisisan GSP (ujian pos).
Berdasarkan pemerhatian saya, tajuk ini adalah mudah untuk dilaksanakan dengan
menggunakan perisisan GSP. Pelajar sasaran saya juga dar Aliran Sains, namun terdapat
sebahagian dari mereka yang mendapati konsep untuk tajuk ini sukar di fahami. Saya
mendapat respon dari pelajar bahawa mereka suka untuk membua aktiviti seperti ini. Mereka
lebih memaham kerana konsepnya dapat di lihat dengan lebih jelas lagi.
6.2 Sasaran Kajian
Najib (1998), saiz sampel adalah sekurang-kurangnya 30.0% daripada keseluruhan populasi.
Kajian ini bertujuan untuk Keberkesanan Penggunaan Perisian Geometer’s Skecthpad dalam
Pengajaran dan Pembelajaran bagi Topik Circle II Terhadap Pelajar Tingkatan Empat. Dalam
kajian ini, populasi untuk mewakili kajian adalah pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Andalas yang mengambil mata pelajaran Matematik.
Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah sampel secara
rawak daripada sekolah yang dinyatakan diatas. Pemilihan sampel kecil ini dilakukan kerana
masalah masa yang agak terhad untuk menanda kertas ujian di samping mengurangkan
tanggapan terhadap kajian (Abdul Hafidz, 2000). Pemilihan sampel secara rawak tidak bertujuan
9
bermaksud penyelidik dengan sengaja memilih sampel untuk memenuhi kehendak penyelidik
dan untuk tujuan memudahkan penyelidik menjalankan kajian (Mohd Najib, 1998).
Responden kajian terdiri daripada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah
Kebangsaan Sri Andalas, Klang. Sampel di pilih di kalangan populasi dengan menggunakan
kaedah persampelan rawak mudah. Sampel kajian terdiri daripada 34 orang pelajar kelas 4ST2
yang terdiri daripada 17 pelaja lelaki dan 17 pelajar perempuan. Responden di ambil berdasarkan
kepada keupayaan akademik yang hampir sama, tanpa mengira jantina, kaun dan latarbelakang
keluarga.
6.3 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, data bagi menentukan perbezaan pencapaian dalam pengajaran dan
pembelajaran menggunakan perisian GSP ini diperolehi menerusi ujian yang dilaksanakan
sebelum (ujian pra) dan selepas eksperimen (ujian pos) dijalankan keatas kumpulan ujian.
Analisis ke atas skor pencapaian antara kedua-dua kumpulan tersebut. Persepsi pelajar ditinjau
menerusi data yang diperolehi menenerusi borang soal selidik yang dikemukakan kepada
mereka manakala komen terbuka diperolehi menerusi kertas yang diedarkan.
6.3.1 Soal Selidik
Salah satu instumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soalan soal selidik. Menurut
Majid (2000), penggunaan boring soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan
keberatan gerakbalas yang diberikan oleh responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh
geraklaku pengkaji. Menurutnya lagi, penggunaan soal selidik membolehkan penyelidik
10
memperolehi maklumat yang banyak dengan perbelanjaan yang sedikit. Di samping itu,
ia merupakan kaedah soal selidik yang ringkas dan mudah ditadbir. Cadangan jawapan
yang dikemukakan akan memudahkan responden menjawab soalan dengan cepat (Mohd
Najib, 1999). Dalam kaedah soal selidik ini, guru yang mengajar matapelajaran
matematik akan menilai dari sudut kerjasama pelajar dalam kumpulan dan kesesuian
perisian multimedia yang digunakan.
6.3.2 Ujian Pra
Di dalam ujian pra, soalan terdiri daripada 10 soalan subjektif. Soalan-soalan yang diuji
adalah berdasarkan kepada dua subtopik dalam topik Bulatan II.
. Soalan berbentuk subjektif dipilih kerana soalan jenis ini akan dapat memberi
peluang kepada responden dalam menyumbangkan sebarang jawapan yang mereka
fikirkan sesuai (Mohd Najib, 1999). Tempoh yang diperuntukkan untuk menjawab soalan
bertulis adalah selama 45 minit. Ujian yang dilaksanakan adalah bagi memudahkan
penyelidikan mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam topik Bulatan II sebelum
menggunakan perisian GSP.
6.2.3 Ujian Pos
Ujian pos akan diberikan sebaik sahaja sesi pengajaran berlangsung samada pengajaran
biasa atau pengajaran menggunakan perisisan GSP. Soalan yang diberikan adalah sama
seperti yang diberikan dalam soalan pra yang lepas. Soalan yang diberikan bertujuan
untuk menguji sejauhmana kefahaman pelajar dalam topik yang diajar semasa pengajaran
dengan menggunakan perisian GSP.
11
Kedua-dua ujian pra dan pos dibina oleh penyelidik sendiri. Soalan ujian telah
dibina oleh penyelidik berpandukan buku teks dan buku rujukan yang digunakan oleh
pelajar.
6.2.4 Perisian Geometer’s Skecthpad
Perisian GSP diperolehi dari internet yang di sebarkan secara meluas. Keperluan minima
untuk menggunakan sistem ini adalah 64MB RAM Microsoft Windows 98. Selain itu
projektor juga diperlukan bagi memaparkan isi kandungan kepada pelajar sewaktu
pembelajaran.
6.4 Metadologi Analisis
Cara yang saya gunakan untuk menguji tahap kefahaman pelajar sebelum dan selepas
menggunakan perisian GSP adalah ujian bertulis yang mengandungi sepuluh soalan subjektif
yang mengikut peringkat taksonomi Bloom. Namun, soalan ujian pos lebih menguji kepada
kefahaman konsep yang telah di ajar dengan menggunakan perisisan GSP tersebut. Kedua-dua
ujian iaitu ujian pra dan ujian pos tersebut, saya membuat berbandingan beza markah bagi
melihat tahap kefahaman pelajar setelah di implimentasikan perisian GSP di dalam tajuk ini.
7.0 Kesignifikasi kajian
Dalam proses mengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah, secara konvensional ianya
melibatkan interaksi dua hala antara guru dan pelajar serta penggunaan alatan seperti pen dan
papan tulis. Walau bagaimanapun, penggunaan komputer beserta perisisan matematik yang
bersesuaian membolehkan interaksi berlaku di antara guru, pelajar dan juga komputer. Pelajar
bukan sahaja mendapat maklumat daripada guru tetapi juga daripada perisisan yang digunakan
12
sewaktu pengajaran dan pembelajaran tersebut. Penggunaan komputer serta perisian yang
bersesuaian dikatakan dapat membantu guru-guru dan pelajar dalam proses pembelajaran dan
pengajaran dengan lebih menarik dan interaktif. BaileydanChambers (1996), mendapati
penggunaan multimedia dalam pembelajaran dan pengajaran mengakibatkan pelajar lebih
berminat untuk belajar, faham konsep, terlibat dalam pembelajaran aktif dan mampu menguasai
bahan yang diajar.
Beberapa kajian tentang penggunaan hamparan elektronik dalam pengajaran matematik
telah dijalankan. Hasil daripada kajian-kajian ini telah mencadangkan berbagai cara
penggunaannya dalam pengajaran matematik. Wood, 1990, mendapati penggunaan hamparan
elektronik digalakkan untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini kerana
penggunaan hamparan elektronik ini dikatakan dapat mengurangkan kesilapan konsep dalam
matematik. Levin dan Abramovich, 1992 pula berpendapat, penggunaan hamparan elektronik
mewujudkan satu pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Menurut
mereka lagi, pembelajaran dalam suasana baru seperti penggunaan komputer dan perisian
matematik disekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih
mahir membuat penerokaan dan lebih berfikiran secara kritikal.
Penggunaan perisian dikatakan dapat membimbing pelajar secara berperingkat-peringkat
memandangkan pembinaannya oleh dilakukan mengikut aras kesukaran pelajar. Dengan cara ini,
ia menggalakkan pelajar dan guru meneroka dan menyiasat perisian tersebut serta membuat
andaian-andaian keatas kerja-kerja yang dihasilkan. Ini adalah proses membimbing pelajar
mengikut tahap kebolehan masing-masing mengikut aras pembelajaran dan tentunya dapat
mencerminkan secara tepat bagaimana konsep-konsep matematik terhasil. Misalnya dalam
lukisan, gambarajah yang cukup besar dapat didemonstrasikan semua prinsip dengan jelas.
13
Pelajar pula dapat melihat dengan jelas terutamanya dalam memgenal sifat, hokum, pengukuran
dan sebagainya. Sebagai contohnya menerusi perisian GSP, tajuk yang berkaitan dengan sifat
bersudut bulatan, sudut, lilitan bulatan, dan pembinaan geometri, menyebabkan pelajar dapat
memahami konsep-konsep tersebut dengan mudah. Pengiraan dan sebagaianya adalah lebih
mudah, oleh kerana perisisan multimedia membolehkan pelajar nampak secara maujud dan
abstrak.
8.0 Anggaran Perbelanjaan
No Item-iten Jumlah (RM)
1 Kertas soalan ujian pra dan soalan ujian pos 21.00
2 Laporan kajian 6.00
3 Alat tulis dan dakwat marker 8.00
4 Cenderahati untuk pelajar dan guru pembimbing 20.00
5 JUMLAH 55.00
9.0 Jadual kerja
Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan
1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal.
2. Menggubal soalan ujian pra.
3. Menggubal soalan ujian pos.
4. Membincang dn menganalis masalah yang timbul dari
tindakan 1.
5. Melaksanakan Ujian Pra ke atas pelajar tingkatan 4 ST2.
14
6. Penggunakan perisisan GSP di dalam kelas.
7. Melaksanakan Ujian Pos ke atas pelajar tingkatan 4 ST2.
8. Menganalisis dapatan kajian
9 Menulis laporan kajian
10 Pembentangan dapata kajian
10.0 Dapatan Kajian
Bil Nama Markah
Ujian Pra (%)
Markah
Ujian Pos (%)
1. Adi Nur Hidayat Sahat 30 80
2. Hasan Abd Rahman 45 75
3. Haikal Harris Abdullah 59 70
4. Hafizi Amirullah b. Hamid 55 74
5. Mohamad Harris Harnain 54 60
6. Mohd Asis Ishak 43 65
7. Mohd Faizan Kassim 40 77
8. Mohd Hafiz Harun 41 62
9. Mohd Hafizz Jusri 42 77
10. Mohd Huzaimi Mustapin 54 71
11. Mohd Ihsan Ahmad 55 45
12. Anisah Mat Sidek 56 56
13. Dg.Nor Shazalienawati A. Rosdi 67 100
15
14. Effa Nazihah Abd Kasim 32 89
15. Amirul Faiz Nordin 54 69
16. Mohamad Ishak Isme 45 78
17. Faruzyanah Taha 68 73
18. Khairiah Shahzwana 55 80
19. Kuzaimah Jandih 53 81
20. Noorazuanna Sulaiman 45 94
21. Norazuwa Zuyyin Mazlan 56 90
22. Norillayan Rizal 40 89
23. Nor Nabila Izzati Mat Jali 45 78
24. Siti Aisah Abdul 55 75
25. Siti Arnina Muhamad 46 75
26. Siti Fauziah Adb. Aziz 66 72
27. Sozillah Aris 33 76
28. Nur Aini Hasyim 46 80
29. Nurul Ain’ Tajuddin 41 81
30. Nurul Atiqah Salim 40 82
31. Nurul Amirrah Salim 42 87
32. Nur Aimi Nadhirah Tajul Arus 30 87
33. Nur Asyiqin Roslin 42 90
34. Zulhairi Zulkefli 40 76
16
Prestasi pelajar yang sangat ketara dalam Ujian Pra dan Ujian Pos 1 menunjukkan keberkesanan
aktiviti secara individu , berkumpulan , latihan yang diberi disatukan di dalam topik kajian
tindakan saya. Di samping menggalakkan murid membina sikap dan personaliti yang positif
terutama dalam aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos
menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian murid.
11.0 Perbincangan dan Kesimpulan
Setelah analis data telah dilakukan terhadap ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan
menunjukkan bahawa pengajaran biasa bagi tajuk Bulatan II kurang membantu dalam
peningkatan pencapaian pelajar. Pengajaran secara tradisional yang dijalankan adalah
berkemungkinan berpusatkan guru dan kurang melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
Daya penarik, pengetahuan, daya inspirasi, jenaka, hubungan mesra dan pengalaman bukan
merupakan pengganti kepada pengajaran berterusan.
Prestasi murid murid saya menunjukkan peningkatan yang baik dan mereka telah
memahami konsep bulatan dengan lebih baik lagi,. Hasil dari kajian tindakan yang dijalankan ,
saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran
murid. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.
Di sini dilihat bahawa penggunaan multimedia semasa proses pengajaran dan
pembelajaran adalam membantu dalam meningkatkan lagi kualiti pembelajaran di kalangan
pelajar. Dalam usaha meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran adalah diperlukan
teknologi pengajaran bagi pihak guru dan teknologi pembelajaran bagi pihak pelajar. oleh itu,
penggunaan perisian Geometer’s Skechpad sememangnya adalah idea yang baik dalam memberi
17
kaedah terbaik bagi membantu memaksimakan konsentrasi pelajar semasa di dalam kelas (Wan
Azah, et.al 2003).
18