Maklum Balas Sistem
Permohonan anda telah berjaya dihantar
Sila menggunakan nombor rujukan dibawah ini untuk penyemakan status selepas 5 hari bekerja
No. Rujukan : eprd5107
Impak Pelan Integriti Organisasi (PIO)
Terhadap Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Kota Tinggi.
Nor Mohamed bin Ismail @ Sandari
Fakulti Pendidikan (Pengurusan & Pentadbiran)
1
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Skudai, Johor
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Guru berkualiti tinggi merupakan aset utama kejayaan sesebuah sekolah
atau organisasi. Namun demikian, kemerosotan nilai integriti di kalangan guru
boleh mengakibatkan pelbagai kepincangan pentadbiran dan salah laku di sektor
pendidikan. Guru yang menerapkan nilai integriti di dalam gaya hidup dan
kerjaya akan menjadikan segala pengurusan yang dilakukan beretika dan
dikagumi. Integriti merupakan kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan
pada individu anggota perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran
berlandaskan etika dan piagam pelanggan berdasarkan sistem dan proses kerja
serta pematuhan kepada amalan terbaik. Guru berintegriti akan
2
bertanggungjawab mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada
masa hadapan. Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan
keikhlasan dan sifat penyayang akan memberi impak baik kepada pembangunan
negara.
Sehubungan itu, kerajaan mengambil inisiatif untuk memantapkan nilai
integriti dikalangan guru dengan melancarkan Pelan Integriti Organisasi
Kementerian Pelajaran Malaysia. (Muhyiddin Yassin) 2012 menyatakan bahawa
strategi serta pelan tindakan secara berfokus diharap dapat dilaksanakan secara
kolektif untuk memastikan tahap integriti setiap warga pendidik bukan sahaja
sentiasa tinggi tetapi dapat dipertingkatkan lagi.Ini kerana sebagai pendidik,
guru-guru mempunyai tanggungjawab besar untuk membentuk sahsiah pelajar.
Ia menjadi prasyarat utama kepada kejayaan kita melahirkan generasi yang
berintegriti. Bagi menjayakan hasrat itu, kepimpinan organisasi pendidikan
harus mempunyai kefahaman jelas mengenai aspek berkait integriti supaya
pembudayaan itu dapat disuburkan dalam organisasi,
Dengan tujuan untuk memartabatkan lagi profesion perguruan dan
meningkatkan taraf kualiti pengurusan kerja yang cemerlang maka pihak
kerajaan telah menngubal satu pelan iaitu Pelan Integriti Nasional serta
penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM). Ia merupakan suatu usaha untuk
menggerakkan seluruh anggota kerajaan, swasta dan segenap lapisan
masyarakat dalam suatu gerakan nasional yang terancang, bersistematik,
bersepadu dan berterusan ke arah pembangunan sebuah negara yang berteraskan
nilai murni dan mempunyai serta mengamalkan integriti yang tinggi.
Atas dasar tersebut. Pelan Integriti Organisasi (PIO) Kementerian
Pelajaran Malaysia telah disusun berdasarkan empat elemem utama yang
dikenali sebagai TEKAD Integriti Kementerian Pelajaran Malaysia meliputi
sasaran-sasaran berikut:
3
i. Memupuk keterampilan dan keperibadian mulia murid;
ii. Melahirkan warga pendidik yang berintegriti dan berupaya
mendidik anak bangsa;
iii. Memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa
secara berkesan di semua peringkat Kementerian, JPN, PPD dan
sekolah; dan
iv. Meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup warga
Kementerian
Objektif utama Pelan Integriti Organisasi ialah :
i. menyediakan satu pelan integriti yang komprehensif merangkumi
tugas-tugas utama di kementerian, jabatan dan agensi di
bawahnya untuk membentuk sistem penyampaian perkhidmatan
yang memenuhi piagam pelanggan dan menyediakan warga
kementerian yang mempunyai integriti yang cemerlang;
ii. melahirkan warga kementerian, jabatan dan agensi yang
berpengetahuan, berkemahiran, beretika, berintegriti dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas; dan
iii. memenuhi pencapaian hala tuju agenda integriti nasional
Kesemua usaha ini merupakan inisiatif pihak kerajaan untuk
meningkatkan lagi kualiti pengurusan dan perkhidmatan pendidikan di negara
kita agar kuantiti dan kualiti guru yang berintegriti mampu dipertingkatkan.
Mahathir Mohamad (2003) menyatakan Malaysia tidaklah harus menjadi
negara yang maju dari segi ekonomi semata-mata tetapi perlu merangkumi
semua aspek. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi
perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan soasial, kestabilan
politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian,
selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri.
4
Oleh itu, golongan yang paling baik untuk merealisasikan inspirasi
pendidikan negara adalah guru-guru yang terdapat di setiap sekolah rendah dan
menengah. Namun persoalannya, adakah golongan yang digelar “guru” ini telah
diberi pendedahan yang jelas tentang PIO ini? Adakah objektif atau sasaran PIO
memberikan impak yang positif kepada warga pendidik? Adakah mereka telah
mengaplikasikan PIO ini kepada pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran? Persoalan ini sebenarnya masih boleh diperolehi jawapannya
dengan meninjau beberapa sekolah di Malaysia.
Kajian dijalankan bertujuan untuk menilai sejauh mana impak PIO
terhadap guru-guru sekolah menengah Daerah Kota Tinggi. Kajian dijalankan
terhadap guru-guru yang telah menghadiri kursus atau seminar anjuran KPM
dengan kerjasama IIM dan adalah diharapkan agar penyelidikan ini akan
membolehkan pihak-pihak berkaitan memperbaiki sebarang kelemahan dalam
kursus atau seminar yang dianjurkan supaya mendatangkan impak yang lebih
bermanfaat kepada guru-guru dan seterusnya memberikan implikasi yang positif
terhadap murid-muridnya.
1.2 Latar Belakang Kajian
Pelan Integriti Organisasi (PIO) adalah satu pelan yang dirangka oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan kepada Sasaran Keutamaan –
TEKAD 2008 yang telah digariskan oleh Pelan Integriti Nasional (PIN). Usaha
yang terancang dan bersistematik ini perlu digerakkan secara dinamis dengan
tujuan utamanya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
berteraskan nilai murni dan integriti yang tinggi. Penglibatan dan sokongan
semua pihak terutama guru-guru adalah penentu kepada kejayaan dan kegagalan
Pelan Integriti Organisasi ini. Begitu juga, pengetahuan tentang konsep dan
5
objektif PIO KPM yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian adalah
penting dalam menjamin kejayaan dan keberkesanan sesuatu pelan.
PIO telah disusun berdasarkan empat sasaran keutamaan yang dikenali
sebagai TEKAD Integriti KPM yang merangkumi sasaran-sasaran berikut :
i. Memupuk keterampilan dan keperibadian mulia murid;
ii. Melahirkan warga pendidik yang berintegriti dan berupaya
mendidik anak bangsa;
iii. Memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa
secara berkesan di semua peringkat Kementerian, JPN, PPD dan
sekolah; dan
iv. Meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup warga
Kementerian.
Berdasarkan sasaran yang kedua iaitu melahirkan warga pendidik yang
berintegriti dan berupaya mendidik anak bangsa adalah berdasarkan fokus-fokus
berikut:
i. Melahirkan warga pendidik yang berintegriti;
ii. Meningkatkan kualiti warga pendidik; dan
iii. Membudayakan integriti di kalangan guru pelatih.
Institut Perniagaan Beretika Malaysia (Business Ethics Institute of
Malaysia) telah menjalankan Kajian Mengenai Siapa Yang Paling Dipercayai
oleh Rakyat Malaysia‟ (Who do Malaysians Trust Most) pada tahun 2005.
Kajian yang telah dijalankan ke atas 2,074 responden ini menunjukkan bahawa
daripada lima belas jenis pekerjaan yang disenaraikan, warga pendidik atau guru
menduduki tangga kedua teratas sebagai pekerjaan yang paling dipercayai oleh
rakyat Malaysia. Sebagai antara profesion yang paling dipercayai oleh rakyat
Malaysia, maka adalah penting bagi Kementerian bagi memastikan kepercayaan
6
yang diberikan itu tidak digugat oleh perlakuan-perlakuan tidak berintegriti
warga pendidik. Oleh yang demikian, adalah penting bagi warga Kementerian
memastikan usaha-usaha yang bersepadu dan terancang dilaksanakan bagi
memastikan warga pendidik di Malaysia adalah merupakan warga pendidik
yang berintegriti dan berupaya mendidik anak bangsa.
Kerjaya perguruan adalah berbeza berbanding kerjaya profesional yang
lain di mana guru adalah merupakan ejen sosialisasi masyarakat untuk
menginsankan individu dan mewujudkan masyarakat bertamadun. Dalam
hubungan ini, PIN telah mensasarkan warga pendidik sebagai duta integriti iaitu
kelompok yang dilihat berupaya bagi menyebar luaskan integriti kepada
masyarakat secara umumnya. Selain itu, profesion perguruan yang dilihat oleh
masyarakat sebagai profesion yang berintegriti tinggi dan menjadi role model
kepada murid juga adalah merupakan antara sebab utama pemilihan warga
pendidik sebagai duta integriti oleh IIM.
Sehubungan itu, pelbagai program pemantapan integriti telah
dilaksanakan kepada warga pendidik, antaranya program SIWP yang telah
dijalankan mulai tahun 2007 oleh IIM dengan kerjasama KPM di peringkat JPN,
PPD, IPG, dan Kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia. Program yang diadakan
secara berterusan dan meluas ini diharapkan berupaya membentuk warga
pendidik yang berintegriti. Adalah menjadi hasrat agar warga pendidik yang
terlibat secara langsung dalam program berkenaan dapat menyebar luaskan
mesej integriti kepada rakan sejawat dan murid-muridnya.
Oleh itu, golongan pendidik perlu diberikan perhatian sebaik mungkin
dalam melengkapkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang bersesuian.
''Guru yang berwibawa tidak hanya dinilai dengan kebolehan melahirkan
pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran tetapi turut dinilai dari
segi keupayaan mendidik murid menjadi insan mulia,''
7
Pengarah Sektor Awam IIM, Mohammad Diah Wahari,(15 April 2009)
menyifatkan kes guru melanggar integriti perguruan masih terlalu kecil dan
boleh diperbaiki bagi meningkatkan kerjaya mereka ke arah yang lebih
cemerlang dan berdaya saing. Malaysia mempunyai kira-kira 400,000 warga
pendidik di seluruh negara yang berkhidmat untuk menjana kecemerlangan
diri, bangsa dan negara. Tidak dinafikan ada di kalangan guru yang tidak peka
terhadap integriti diri ketika menjalankan tugas. Maka ada sebahgian guru yang
tidak masuk ke kelas, lewat menjalankan tugas dan menjalankan kerja lain
ketika waktu pejabat, namun kes seumpama itu dianggap terpencil. Walaupun
bilangannya sedikit, namun kita tidak boleh memandang rendah dan perlu
mengambil perhatian bagi menjaga imej warga pendidik dan memartabatkan
profesion perguruan.
Tujuan PIO dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kefahaman warga
pendidik mengenai kefahaman integriti. Ia dilakukan adalah untuk
meningkatkan kefahaman warga pendidik mengenai integriti. Pengetahuan dan
kefahaman adalah penting untuk memastikan semua guru memahami akan
kepentingan nilai-nilai integriti di dalam diri mereka. Sehubungan dengan itu
pihak KPM dengan kerjasama IIM telah mengadakan seminar warga pendidik.
Antara seminar yang dijalankan adalah Bengkel Pembangunan Individu Dan
Organisasi Berintegriti dan Bengkel Pengurusan Integriti dengan kerjasama
SPRM.
Selain daripada itu, KPM juga telah mengadakan Kursus Khas Guru
Pendidikan Islam. Modul dan pelaksanaan kursus ini dibuat dengan memberi
fokus kepada guru pendidikan islam sahaja. Jika diperhatikan di semua sekolah
guru pendidikan islam adalah kumpulan yang disegani dan menjadi tempat
rujukan dan nasihat oleh semua warga sekolah. Atas kesedaran itulah , pihak
KPM telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Kursus khas ini agar
peribadi selalu dihiasi dengan nilai-nilai integriti.
8
Warga pendidik perlu mempunyai komitmen yang tinggi terhadap
profesion perguruan bagi memastikan kesempurnaan sesuatu pekerjaan. Hal ini
boleh dikaitkan dengan guru, yang mana sebahagian daripada mereka tidak
mempunyai watak sebagai seorang pendidik. Dalam erti kata lain tidak
menghayati dengan profesion yang disandang akan menyebabkab warga
pendidik tidak mengamalkan nilai integritidi dalam setiap tugasan. Bertitik tolak
denga isu tersebut, pihak KPM telah melaksanakan Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS), Intervesi KIA2M, Pengsiswazahan Guru Sekolah Rendah
(PGSR), dan Program Guru Angkat iaitu mewujudkan hubungan kekeluargaan
antara guru baru dengan guru cemerlang.
Antara faktor lain yang memnyebabkan terlaksananya PIO adalah untuk
menilai tahap integriti guru. Bagi meningkatkan kualiti warga pendidik,
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) telah dilaksanakan diperingkat
sekolah- sekolah kepada semua guru. Ia dilakukan dengan memasukkan kriteria
integriti dan tahap integriti akan dinilai di dalam instrumen yang telah diisi.
Sistem penilaian ini dilaksanakan secara berkala
Bagi meningkatkan tahap integriti guru, KPM telah menambahbaikkan
syarat kelayakan bagi pengambilan guru-guru baru. Calon-calon guru perlu
melalui beberapa peringkat tapisan. Peringkat pertama : calon perlu melalui
ujian M Test. Sekiranya mereke lulus dengan ujian tersebut, barulah mereka ke
peringkat kedua iaitu temuduga. Melalui temuduga tersebut penilai akan menilai
dari segala aspek dan seterusnya memilih calon yang berkelayakan sahaja untuk
mendaftar sebagai guru. Setiap proses dikendalikan oleh panel dan jawatankuasa
yang dilantik dan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
(BPG). Selain itu juga, mereka yang mengikuti Program Ijazah Pertama di IPTA
akan diberi biasiswa Perguruan Program Ijazah Pertama. Tawaran ini akan
diberikan kepada calon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti
mendapat PNGK 2.75 ke atas.
9
Profesionalisme merupakan aspek yang penting di dalam perkhidmatan.
Memahami dan menghayati pekerjaan yang dilakukan akan membantu
meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya. Menyedari keperluan tersebut
PIO telah mengadakan pelbagai kursus bagimeningkatkan profesionalisme
keguruan. Antara kursus yang dijalankan adalah Kursus Peningkatan
Profesionalisme, Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Jurulatih.
KPM mahukan semua guru dapat membudayakan etika dan integriti
dalam semua aspek ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab di dalam
organisasi. Bagi memastikan nilai tersebut tidak diabai oleh guru-guru, pihak
KPM telah melaksanakan Kurikulum Bina Insan Guru selama 6 semester di
peringkat IPG dengan berpandukan modul-modul (Buku Panduan Perlaksanaan
Bina Insan Guru) tertentu bagi setiap semester: Antara aktiviti yang diadakan
seperti aktiviti perkhemahan, aktiviti gotong royong atau khidmat masyarakat,
aktiviti ceramah.dan aktiviti lawatan penanda aras. Selain itu juga, mereka
diberi pendedahan dalam bidang Ilmu Pendidikan Program Kursus Lepas Ijazah
(KPLI) yang merangkumi tajuk-tajuk seperti berikut:
Guru Sebagai Satu Profesion (4 jam) yang mengandungi sub tajuk:
(i) Konsep Profesional dan Bukan Profesional
(ii) Kod Etika Profesionalisma Perguruan Malaysia
(iii) Akauntabiliti terhadap sekolah, tingkahlaku murid, profesion dan
komuniti .
Bagi menjamin kejayaan gerakan pemantapan integriti, penyelarasan dan
pemantauan pelaksanaan program haruslah dilakukan “dari bawah” melalui
pemerkasaan komponen atau sektor masing-masing. Pemantauan dan
penyelarasan yang dilakukan secara pentadbiran yang birokratik boleh
membantutkan daya usaha di peringkat akar umbi dan ini perlu dielakkan.
Sensitiviti pelbagai lapisan atau komponen masyarakat terhadap campur tangan
10
pihak lain juga perlu diambil perhatian. Sentiasa mengamalkan sikap yang
terbuka, positif dan membina terhadap mana-mana golongan ataupun
pertubuhan. Justeru, dalam hal ini toleransi dan konsultasi dalam semua aspek
perlu wujud, agar persefahaman dan perpaduan sentiasa terjalin dalam satu
rangkaian kehidupan masyarakat berintegriti.
1.3 Penyataan Masalah
Sejak pelancaran PIN dan penubuhan IMM oleh YAB Tun Abdullah Hj
Ahmad Badawi pada 23 April 2004 telah banyak berlaku perubahan positif
terhadap integriti rakyat Malaysia. Sebagaimana yang telah diumumkan baru-
baru ini oleh Transparency International (TI) bahawa pencapaian Malaysia
dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) 2012 menunjukkan
peningkatan dengan kedudukan di tangga 54 daripada 176 negara berbanding
ke-60 daripada 183 negara, tahun 2011. Namun begitu banyak lagi rungutan
yang diperolehi tentangimpak PIO terhadap warga pendidik.
Untuk memastikan impak PIO kepada warga pendidik perlu ada input-
input yang mencukupi bagi memastikan pelan ini dapat berjalan dengan lancar
dan memberikan impak yang maksima kepada guru-guru. Kebanyakkan kursus
atau seminar integriti yang dijalankan kepada guru-guru dijalankan dalam
tempoh yang singkat dan pemilihan tempat seminar yang kurang kondusif.
Selain daripada itu input-input seperti risalah, nota dan pamplet perlu
mencukupi. Kekurangan input atau bahan akan mengakibatkan perjalanan
sesuatu program kurang berkesan.
Pihak pentadbir sekolah juga perlu memainkan peranan yang penting
dalam memastikan keberkesanan PIO di sekolah. Pentadbir yang prihatin akan
sentiasa memantau tindak tanduk atau prilaku staf bawahannya tentang
perbezaan gelagat sebelum dan selepas menghadiri seminar atau kursus PIO.
11
Peranan pentadbir merupakan kesinambungan daripada apa yang diperolehi
daripada seminar PIO tersebut.
Untuk memastikan PIO memberikan impak yang positif, strategi
sususlan perlu diambil kira. Melalui strategi yang sesuai impak PIO dapat
dinilai dan diaplikasikan dalam kerja seharian.
Oleh itu, penerapan nilai-nilai integriti dalam jiwa pendidik amat penting
untuk memastikan warga pendidik sentiasa menjalankan tugas dengan
bersistematik, berintegriti dan membina kerja cemerlang. Kejayaan seseorang
guru dalam menghayati nilai-nilai integriti, secara tidak langsung memberi
kesan positif kepada para pelajar terutamanya dalam pencapaian akademik dan
pertumbuhan akhlak.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu objektif am dan
objektif khusus.
1.4.1 Objektif Am
Objektif am kajian ini ialah untuk menilai sejauh mana impak Pelan
Integriti Organisasi (PIO) Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap
warga pendidik.
1.4.2 Objektif Khusus
i. Menilai kepuasan peserta terhadap PIO dari aspek kandungan
kursus, persembahan dan kesesuaian dengan tugas guru.
12
ii. Menilai pembelajaran peserta yang menghadiri kursus PIO dari
aspek perolehan pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap
kerjaya.
iii. Menilai aplikasi PIO dalam kalangan peserta dari aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap kerjaya.
iv. Menilai hasil amalan PIO dalam kalangan peserta dari aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap kerjaya.
1.4.3 Persoalan Kajian
i. Apakah tahap kepuasan peserta terhadap PIO dari aspek
kandungan kursus, persembahan dan kesesuaian dengan tugas
guru?
ii. Apakah tahap pembelajaran peserta menghadiri kursus PIO dari
aspek perolehan pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap
kerjaya?
iii. Apakah tahap aplikasi PIO dalam kalangan peserta dari aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap kerjaya?
iv. Apakah tahap hasil amalan PIO dalam kalangan peserta dari
aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap kerjaya?
1.4.5 Hipotesis Kajian
Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kepuasan peserta
terhadap PIO dari aspek kandungan kursus, persembahan dan kesesuaian
dengan tugas guru.
13
Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari tahap pembelajaran peserta
menghadiri kursus PIO dari aspek perolehan pengetahuan, kemahiran dan sikap
terhadap kerjaya
Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari tahap aplikasi PIO dalam
kalangan peserta dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap kerjaya.
Ho 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari tahap hasil amalan PIO
dalam kalangan peserta dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap
kerjaya.
1.5 Skop Kajian
Dalam kajian ini, aspek yang dikaji adalah persepsi guru terhadap PIO,
tahap pengetahuan, kesedaran guru-guru mengenai Pelan Integriti Organisasi
(PIO), impak PIO terhadap integriti guru ketika menjalankan tugas serta faktor-
faktor yang mendorong kepada kemerosotan integriti guru serta kesannya
terhadap guru. Bagi tujuan ini, fokus kajian akan tertumpu kepada guru-guru
yang menghadiri kursus PIO anjuran KPM. Oleh yang demikian, pengkaji telah
mengambil keputusan untuk memilih secara rawak mudah guru-guru sekolah
menengah yang sedang berkhidmat di Daerah Kota Tinggi yang telah
menghadiri kursus atau program tersebut.
1.6 Batasan – kajian yang tidak dikaji
i. Kajian ini hanya terbatas kepada guru-guru sekolah menengah di
Daerah Kota Tinggi Johor sahaja.
14
ii. Pemilihan kaedah pengumpulan data yang terhad mengakibatkan
penyelidikan ini bergantung sepenuhnya kepada jawapan yang
diberikan oleh responden dari borang soal selidik.
iii. Kajian ini hanya menghubungkaitkan impak PIO dan tahap integriti
guru-guru dalam melaksanakan tugasan harian.
1.7 Kepentingan Kajian
Melalui kajian ini, tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru terhadap
impak PIO dapat dikenalpasti. Kajian seperti ini adalah amat penting untuk
proses penambahbaikan pelaksanaan PIO di semua peringkat demi memenuhi
matlamat PIO yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak
yang dijangka menerima kepentingan daripada kajian ini ialah guru, sekolah,
Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negri Johor (JPNJ).
1.7.1 Guru
i. Dapatan kajian ini dapat membantu para guru untuk lebih
memahami Integriti Organisasi (PIO) yang dianjurkan oleh KPM.
ii. Dapatan kajian ini dapat melihat perbezaan tahap pengetahuan
dan kesedaran guru-guru mengenai integriti dan kursus yang
dianjurkan oleh KPM.
iii. Dapatan kajian ini juga boleh dijadikan sandaran agar guru-guru
dapat memperbaiki etika diri dan meningkatkan kualiti integriti
di dalam organisasi.
15
1.7.2 Pentadbir sekolah
i. Pihak sekolah diharapkan dapat menyebarkan dapatan kajian ini
kepada semua guru khususnya tentang kebaikan dan faedah
menjalankan tugas dengan penuh integriti demi memajukan
organisasi.
ii. Sekolah boleh menggunakan dapatan kajian ini merancang dan
melaksanakan kursus-kursus berkaitan pemantapan integriti
kepada guru-guru sekolah.
iii. Pihak sekolah juga boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk
mengkaji kelemahan dan kekurang yang wujud dalam organisai
sekolah supaya guru-guru dapat menjalankan tugas dengan
bertanggungjawab dengan penuh integriti.
1.7.3 Pejabat Pelajaran Daerah
i. Dapatan kajian ini boleh digunakan untuk memberikan sokongan
kepada sekolah yang melaksanakan seminar atau kursus integriti
kepada guru-guru sekolah.
ii. Dapatan kajian ini boleh digunakan bagi memastikan guru-guru
mempunyai ilmu dan pengetahuan yang mencukupi untuk terus
beretika dan berintegriti dalam menjalankan tugas.
iii. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sandaran dan saranan kepada
Jabatan Pelajaran Negeri Johor tentang langkah-langkah yang
boleh diambil untuk memurnikan pelaksanaan PIO.
16
1.7.4 Jabatan Pelajaran Johor
Pengkaji juga mengharapkan hasil kajian ini dapat memberi peluang
kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengetahui impak PIO kepada
warga pendidik dari aspek reaksi, pengetahun, tingkah laku dan hasilnya kepada
guru-guru.
1.7.5 Institut Integriti Malaysia
Melalui dapatan kajian ini dapat membantu pihak Institut Integriti
Malaysia (IIM) melakukan proses penambahbaikan dan meningkat kualiti
kursus melalui modul dan pengisian kursus yang dilaksanakan.
1.8 Model Kajian
Terdapat pelbagai model penilaian yang terdapat dalam literatur yang
boleh dijadikan asas kepada penilaian kursus atau latihan.
1.8.1 Pembinaan Model Kajian
Antara model yang paling popular dan sering digunakan oleh pengkaji
mengenai impak latihan adalah Model Penilaian Empat Tahap yang
dikemukakan oleh Donald L. Kirkpatrick (1983; 1987). Melalui model di
Rajah 1, Kirkpatrick (1983; 1987) mencadangkan penilaian sesuatu program
17
latihan seharusnya berdasarkan empat tahap atau peringkat iaitu reaksi,
pembelajaran, perlakuan dan hasil.
Pada tahap pertama, latihan dinilai di akhir kursus berdasarkan kepuasan
peserta terhadap kandungan kursus, persembahan dan relevannya dengan tugas
pekerja. Sejauhmana pengisian kursus yang dihadiri dapat memberi kepuasan
kepada peserta.
Menerusi tahap dua, fokus impak adalah ke atas perolehan pengetahuan,
kemahirandan sikap hasil daripada mengikuti latihan. Ini dapat diperhatikan
melalui penambahbaikan kepada peserta.
Pada tahap ketiga, penilaian adalah merujuk kepada kebolehan peserta
untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap ke atas kerjanya.
Manakala pada tahap keempat, penilaian dilakukan ke atas output
organisasi hasil aplikasi pengetahuan, kemahiran dan sikap tersebut. Peserta
mampu meningkat kualiti perkhidmatan untuk organisasi dengan mengamalkan
apa yang diperolehi daripada kurusu tersebut.
TAHAP PENILAIAN
Tahap 1
ReaksiPenilaian Peserta Terhadap Program Latihan
Tahap 2
Pembelajaran
Penilaian Perolehan Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap
oleh Peserta
Tahap 3
Perlakuan
Penilaian Terhadap Aplikasi Apa Yang DiPelajari
Terhadap Kerjaya
Tahap 4
HasilPenilaian Hasil Latihan Terhadap Output Organisasi
Rajah 1: Model Penilaian Empat Tahap oleh Kirkpatrick
18
Oleh itu, berdasarkan model tersebut, kajian ini akan cuba
mengenalpasti:
i. Sejauh mana impak PIO dapat membawa perubahan ke atas perspektif,
dan hubungan kerja serta aplikasi pengetahuan peserta; dan
ii. Setakat mana pula perubahan tersebut dapat meningkatkan prestasi
penyampaian perkhidmatan mereka.
Faktor pemilihan model Kirkpatrick :
i. Langkah kerja model Kirkpatrick lebih fleksibel dan mudah
ii. Merupakan model penilaian yang lengkap dari segi penilaian sesuatu
program iaitu menepati dimensi Reaksi, Pembelajaran, Perlakuan dan
Hasil.
iii. Model ini berpotensi sebagai penilaian formatif seperti sumatif dapat
membentuk perubahan
iv. Memberi peluang kepada penyelidik mengkaji setiap dimensi dalam
penilaian iaitu dimensi reaksi, dimensi pembelajaran, dimensi perlakuan
dan dimensi hasil serta melakukan analisis ke atas masalah yang
dihadapi pada setiap dimensi.
19
1.9 Kerangka Konsep
Kerangka kajian yang dijalankan adalah berdasarkan konsep berikut :
20
MODEL
KIRKPATRICK
TAHAP 1
Peringkat reaksi
TAHAP 3
Peringkat gelagat
TAHAP 4
Peringkat Hasil
TAHAP 2
Peringkat pembelajar
an
Impak PIO dalam kalangan peserta dari aspek reaksi, pengetahuan, kemahiran dan
sikap terhadap kerjaya
Pelan Integriti Organisasi KPM
(Modul, Pengisisan, Kemudahan, Masa, Tempat)
Rajah 2 : Kerangka Konsep Penilaian Impak PIO Berdasarkan
Model Kirkpatrick
1.10 Definisi Istilah dan Operasi
Definisi-definisi yang dikemukakan di sini bertujuan untuk memberi
gambaran yang lebih jelas bagi sesuatu istilah serta mengelakkan kekeliruan. Ini
kerana istilah-isitilah yang didefinasikan itu membawa maksud yang sangat
khusus bagi konteks penyelidikan ini.
a. Impak PIO
Impak Pelan Integriti Organisasi merujuk sejauhmana pengurusan PIO
dilaksanakan dan keberhasilan yang diharapkan dari segi pengetahuan,
kemahiran dan sikap guru.
b. PIO
PIO adalah Pelan Integriti Organisasi yang dianjurkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia
c. Integriti
Menurut Wikipedia, integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa
Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa
Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti
21
mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan;
kesempurnaan; keutuhan.
Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati
diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar,
berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh
pegang cakapnya, dan lain-lain.
d. Guru
Menurut Azmani (1999) guru sebagai orang yang ditugaskan
secara rasmi untuk membimbing dan mengasuh pelajar dalam sesebuah institusi
pendidikan dan telah mendapat sijil kelayakan profesional daripada Institut
Pendidikan Guru yang diiktiraf. Merujuk kamus dewan,edisi ke-4. 2007. dewan
bahasa dan pustaka. Kuala Kumpur. m/s 1045) orang yang mendidik; atau
membimbing, pendidik; pembimbing. Menurut Joohari (1994), guru berperanan
mendidik, menunjuk ajar, membimbing, membina, ada memandu golongan
pelajar ke arah mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan.
Dalam kajian ini, guru-guru yang terlibat adalah seramai 60 orang guru
sekolah rendah di Daerah Pasir Gudang dari 10 buah sekolah yang berlainan.
1.11 Penutup
Integriti perlu disuburkan dalam interaksi sosial yang berlangsung dalam
kehidupan seharian oleh semua guru. Sebagai guru, seharusnya perlu berbangga
krana kita dipilih untuk mendidik anak bangsa. Dalam erti kata lain kita juga
adalah pewaris nabi yang memyambung perjuangan untuk menyampaikan ilmu
22
untuk anak bangsa kita sendiri. Rukun Negara menjadi satu wadah penting
untuk kita menekankan benih integriti dalam pemikiran mereka yang bergelar
guru.. Benih ini perlu 'dibaja dan disemai secara ikhlas agar ia mendatangkan
satu kekuatan dan kebanggaan kepada masyarakat dan negara. Guru perlu
mengambil perhatian mengenai tanggungjawab untuk memperkasa nilai integriti
dalam profesion yang dimiliki. Pembudayaan integrity mengambil masa dan
perlu dijadikan topik perbincangan yang berterusan ia menjadi amalan
sepanjang kehidupan .
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Bab ini dimulakan dengan definisi integriti, integriti guru, kepentingan
integriti guru, integriti dan personaliti, elemen yang membentuk integriti,
kemerosotan integriti, model-model penilaian dan kajian-kajian penilaian nilai
integriti di Malaysia. Bahagian ini juga akan membincangkan dengan lebih jelas
tentang PIO, objektif PIO, kepentingan PIO, faktor-faktor yang membantu
23
meningkatkan impak PIO terhadap warga pendidik dan impak PIO terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran.
2.2 Definisi integriti
Menurut Wikipedia Ensiklopedia bebas, integriti sebenarnya berasal
daripada istilah Bahasa Inggeris yang bermaksud ‘keutuhan’ dari semua perkara
yang baik. Manakala integriti menurut Kamus Dwibahasa Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) 1985 bermaksud kejujuran dan ketelusan, kesempurnaan dan
keutuhan. Perkataan integriti bermaksud Wholeness atau completeness iaitu
kesempurnaan manakala ada pula yang menganggap integriti sebagai soundness
of moral principle yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nillsen,
2004). Mengikut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk kepada
kualiti unggul yang wujud secara menyeluruh dan padu kepada individu dan
organisasi. Integritiberkait rapat dengan etika. Integriti perlulah berlandaskan
etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.
Secara umumnya integriti bermaksud kualiti unggul yang wujud di
dalam diri individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip kejujuran dan
amalan bermoral tinggi. Integriti boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu
peringkat individu dan peringkat organisasi. Di peringkat individu, integriti
ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-
undang serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum.
Yusof Pon (2010). Oleh itu, usaha bagi meningkatkan integriti individu akan
memfokuskan kepada melahirkan insan yang jujur, beretika dan memiliki nilai-
nilai keagamaan serta kerohanian yang mantap. Kesemua nilai-nilai ini amat
penting dalam usaha melahirkan generasi kepimpinan yang amanah dan
berkaliber. Individu dan masyarakat yang mempunyai integriti rendah akan
menyumbang kepada ke tidak setabilan negara dan akan merejatkan Wawasan
2020 ke arah sebuah negara maju.
24
Integriti organisasi pula diterjemahkan dalam pelaksanaan kod etika,
piagam pelangan dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan kerja terbaik
(TQM). Kod etika organisasi diamalkan dan dihayati oleh ahli organisasi
berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi
yang cemerlang.
Oleh itu, integriti guru sebagai penjawat awam merujuk kepada guru
perlulah melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan
menurut kepentingan umum. Seorang penjawat awam tidak wajar
menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau
kaum kerabat sendiri. Sebagai penjawat awam, seorang perlulah telus dan tulus,
selain memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahan dan
kepada pihak yang lain (Institut Integriti Malaysia, 2004). Maka, tanggungjawab
seorang guru amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan
kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masayarakatdan
negara kita. Oleh itu, guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar
berpaksikan keikhlasan serta sifat penyayang agar dapat memberikan didikan
yang terbaik buat semua pelajar. Guru yang berintegriti akan melaksanakan
tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang
kepada pelajar. Seorang guru yang berintegriti juga tahap ketabahan yang tinggi
serta sentiasa bersikap positif dalam proses menyelesaikan masalah pelajar.
Dari segi proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru perlu
bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan untuk memberi yang terbaik
untuk pelajar. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan sentiasa difikirkan
untuk membentuk modal insan dan pelajar yang terbaik. Oleh itu, guru yang
berintegriti dan melaksanakan tugas secara ikhlas mampu merancang P&P yang
terbaik demi melahirkan modal insan yang mempunyai mida kelas pertama. Jika
seorang guru yang berintegriti bekerja dengan niat yang ikhlas, amanah dan
25
mempunyai sifat penyayang terhadap pelajar, sudah pasti pelajar akan
memperolehi didikan yang terbaik setelah meneladani perwatakan guru mereka.
2.3 Integriti Guru
Integriti guru sebagai penjawat awam merujuk kepada guru seharusnya
melaksanakan tanggungjawab dan kuasa yang diamanahkan mengikut
kepentingan umum. Seorang penjawat awam seharusnya tidak
menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau
kaum kerabatnya sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, mereka
semestinya mengutamakan kepentingan awam daripada peribadi. Sebagai
penjawat awam, perlulah telus dan tulus. Selain memikul pertanggungjawaban
terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada pihak yang lain. (Institut Integriti
Malaysia, 2004)
Dalam konteks pendidikan masa kini, adalah menjadi tanggungjawab
dan tugas guru untuk melahirkan pelajar yang berwawasan serta mempunyai
etika dan akhlak yang tinggi. Tugas sebagai seorang guru bukan sekadar hanya
mengajar, tapi perlu menganggap diri mereka sebagai kawan, fasilitator dan
kaunselor kepada pelajar.
Oleh itu, guru perlu mempunyai integriti yang tinggi. Ketiadaan
ketelusan dan sifat tanggungjawab boleh menjejaskan kepercayaan umum
terhadap profesion keguruan. Integriti guru amat penting dalam melahirkan
generasi yang maju dan berakhlak mulia di masa akan datang.
2.4 Kepentingan Integriti Guru
26
Guru berintegriti merupakan pemangkin kepada kemajuan sesebuah
negara. Kepentingan integriti ini boleh di bahagikan kepada empat aspek utama
iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibubapa,
tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan dan
tanggungjawab terhadap negara dan masyarakat.
2.4.1 Tanggungjawab terhadap pelajar
Guru yang berintegriti seharusnya mengutamakan kebajikan dan
keselamatan pelajar, bersikap adil terhadap setiap pelajar, merahsiakan
maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar, menunjukkan etika berpakaian,
mempamirkan tingkah laku yang baik dan sentiasa berusaha kearah
kemenjadian murid atau pelajar.
2.4.2 Tanggungjawab terhadap ibubapa
Menghormati tanggungjawab utama ibubapa, mewujudkan hubungan
mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dan rumah tangga,
memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka,
mengelak diri daripada menggunakan atau dipengaruhi kedudukan ekonomi dan
sosial pelajar dan mengelak daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan
perkara yang boleh menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap ibubapa
atau penjaga mereka.
2.4.3 Tanggungjawab terhadap Negara dan masyarakat
Menghormati perbezaan budaya, keturunan dan agama, mengalakkan
kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibubapa, institusi pendidikan
dengan masyarakat, menghormat masyarakat tempat berkhidmat dan
meneglakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat dan negara.
27
2.4.4 Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan
Mengelak diri daripada mebuat sebarang kenyataan, sentiasa membantu
rakan, mengawal diri supaya tidak merosakkan nama naik profesion keguruan
dan tidak terlibat dengan aktivit yang menjejaskan kecekapan.
2.5. Integriti dan Personaliti
Personaliti guru memainkan peranan penting kerana ianya
mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi
perhatian pelajar-pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra,
bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil,
periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu
untuk menjadi pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang
kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat
kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru
yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar
dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar.
Integriti dan personaliti guru memberi kesan kepada dua aspek iaitu
aspek diri dan aspek organisasi. Aspek diri guru itu sendiri akan mempengaruhi
cara seseorang bertindak secara rasional ataupun sebaliknya. Individu
bertanggungjawab terhadap pembentukan integriti dan personaliti diri mereka.
Menurut Aristotle, individu adalah bermoral apabila melakukan tindakan yang
betul kerana mengetahui tindakan itu adalah betul secara konsisten dan sebati
dengan dirinya (Wakin, 1996). Oleh itu, Aristotle berpendapat adalah sangat
penting untuk membentuk nilai moral yang baik melalui kebiasaan dan latihan
(Wakin, 1996).
28
Mankala hubungan antara integriti dan personaliti dari aspek organisasi
pula, merupakan tindakan yang berkaitan dengan tanggungjawab di sekolah
seperti kehadiran guru di sekolah, mengajar dan mendidik murid mengikut masa
yang ditentukan serta mematuhi segala peraturan dan etika yang digariskan.
Integriti boleh dikekalkan dengan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat
dan hukuman yang berterusan (Mikulay & George, 2001). Pembangunan
integriti juga memerlukan perubahan dalam budaya organisasi dan pendidikan
dengan menumpukan kepada pembentukan moral komuniti (Hardingham,
2004).
Justru itu, nilai-nilai integriti amat penting di tanam dalam jiwa guru-
guru. Secara dasarnya integriti terbentuk daripada kekuatan rohani dan kesucian
aqidah tauhid (M. Kamal Hasan, 2004).
Nilai Integriti dan personaliti juga adalah suatu kualiti yang perlu dimiliki secara
konsisten bagi meningkatakan tahap profesionalisme dan mendorong prinsip
moral yang tinggi.
2.6 Elemen-elemen Integriti
Sebagai guru yang sentiasa mematuhi standard guru di bawah domain
nilai, Nilai BITARA boleh dijadikan panduan. Terdapat enam aspek guru yang
berkesan seperti yang digariskan dalam nilai Bitara. Nilai BITARA yang
pertama ialah integriti. Terdapat empat elemen sebagai aras petunjuk bagi nilai
integriti yang perlu bagi seorang guru untuk meningkatkan profesionnya.
Elemen yang pertama ialah ADIL. Guru mestilah adil dengan diri sendiri
dan muridnya dengan melaksanakan tanggungjawap mengikut jadual dan masa
yang ditetapkan. Guru tidak seharusnya menggunakan masa di dalam kelas
untuk tujuan lain. Contohnya, menanda buku di dalam kelas, berurusan
perniagaan melalui telefon semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
melayari laman web semasa mengajar dan sebagainya.
29
Elemen yang kedua ialah AMANAH dalam menjalankan tanggungawab.
Guru seharusnya amanah dalam mendidik murid-murid, menjaga serta
menyayangi harta benda sekolah. Guru seharusnya amanah dalam
menyampaikan ilmu melalui proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
subjek yang diajar secara berkesan. Dalam masa yang sama, guru juga
bertanggungjawab meningkatkan sahsiah murid sama ada di dalam atau pun di
luar kelas. Disinilah kadangkala timbulnya nilai didikan membentuk akhlak
murid-murid.
Elemen yang ketiga ialah TELUS. Maksud telus disini ialah
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan skema
pembelajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan. Contohnya pada minggu
pertama persekolahan, guru sudah mengajar topik pertama. Tetapi adakalanya
terpaksa melanjutkan topik tersebut ke minggu kedua berdasarkan kepada
kemampuan murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.
Elemen yang keempat ialah AKAUNTABILITI. Maksud akauntabiliti
ialah guru seharusnya bertanggungjawab melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran mengikut standard kandungan atau sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan. Guru juga perlu melaksanakan arahan dan peraturan dari pihak
atasan samada guru besar, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri
ataupun Kementerian. Contohnya seperti membuat ‘headcount’, ini merupakan
penyelidikan yang dilaksanakan oleh guru untuk menilai tahap pencapaian
murid dan sasaran yang perlu lakukan oleh guru untuk diserahkan kepada pihak
pentadbiran dalam masa yang telah ditetapkan. Segala arahan yang diberi
perlulah dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab. Akauntabiliti ini
merangkumi akautabiliti diri guru itu sendiri, guru terhadap pelajar, profesion
keguruan, sekolah, masyarakat dan negara.
Prinsip akauntabiliti dan integriti penting untuk dihayati dan dijadikan
amalan oleh setiap penjawat awam. Sekiranya prinsip-prinsip ini tidak
dititikberatkan dalam para guru, maka penyelewengan, salah laku, penipuan,
rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan mudah berlaku. Prinsip akauntabiliti dan
30
integriti memainkan peranan utama arah kualiti dan imej Kementerian Pelajaran
Malaysia dan profesion perguruan.. Ia juga merupakan pra syarat bagi
mendapatkan keyakinan dan kepercayaan orang awam ke atas perkhidmatan
yang diberikan oleh guru-guru kepada murid-muridnya (Amini Amir Abdullah,
2010).
2.7 Kemerosotan Integriti
Pelaksanaan Pelan Integriti Organisasi perlu dilakukan dengan sebaik
mungkin oleh setiap peringkat organisasi dan semua warga pendidik. Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi kemerosotan integriti seperti dalam rajah 3
berikut :
Rajah 3 : Faktor Kemerosotan Integriti
31
Kelemahan individu merupakan antara cabaran yang perlu ditangani
dengan baik kerana ia amat mempengaruhi nilai yang ada dalam diri seseorang.
Adapun kelemahan individu adalah berpunca daripada kurangnya penghayatan
terhadap nilai-nilai murni semasa bertugas, sikap tamak dan terlalu
mementingkan diri sendiri (Yusof Pon, 2010) . Faktor persekitaran juga boleh
mempengaruhi nilai-nilai nagetif seperti tahap sosioekonomi yang rendah boleh
menyebabkan seseorang mudah terjebak dengan gejala tidak bermoral.
Fakor kelemahan kepimpinan pula menjurus kepada kepimpinan yang
kurang berteladan dan lemah iltizam boleh mempengaruhi pekerja bawahan
terdorong untuk melakukan perbuatan yang melangar etika. Manakala
kelemahan dari aspek sistem dan prosedur pula disebabkan beberapa fakor
antaranya kurangnya penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan serta
mungkin juga disebabkan oleh kekangan dariapad keupayaan sumber manusia.
Selain daripada itu, aspek budaya juga meruapak penyumbang kepada
kemerosotan integriti. Ini terjadi apabila masyarakat kuran mengambil berat soal
integriti dan beranggapan ianya hanyalah isu remeh yang tidak memberi apa-apa
kesan terhadap kehidupan. Sikap “tidak kisah” dan enggan membuat laporan
terhadap sesuatu kesalahan mendorong berlakunya gejala tidak bermoral.
Struktur organisasi yang tidak kemas dan tidak menitikberatkan isu
integriti juga merupakan punca kemerosotan integriti. Pertindihan
tanggungjawab dan kurangnya koordinasi dengan agensi-agensi yang terlibat
dalam pemantapan integriti menyebabkan berlakunya pertentangan nilai yang
menjurus ke arah keruntuhan moral dan integriti.
2.8 Penilaian
32
Dalam membincangkan isu Impak PIO terhadap guru. Pengkaji telah
menggunakan model KIrckpatrik sebagai panduan bagi menilai tahap integriti
guru dalam melaksanakan tugas.
2.8.1 Model-Model Penilaian
Model adalah satu gambaran konseptual tentang sesuatu aktiviti yang
dapat menunjukkan perkaitan antara berbagai elemen yang terlibat di dalam
aktiviti tersebut. Dengan adanya satu model, aktiviti penilaian dapat dijalankan
dengan lebih lengkap dan bermakna.
Di bawah ini terdapat model penilaian yang biasa digunakan. Di
antaranya ialah;
2.8.2. Model Penilaian Rasional
Secara amnya model ini sering memberi penekanan terhadap produktiviti
dan akauntabiliti dalam sesuatu aktiviti. Model ini juga sering digunakan untuk
mengukur pencapaian dan kemajuan seseorang pelajar. Model ini mengetepikan
dimensi proses dalam melaksanakan penilaian. Dalam melaksanakan sesuatu
kajian, model ini sering mengutarakan pertanyaan seperti adakah pelajar-pelajar
berjaya mencapai sesuatu objektif? Adakah para guru berjaya menjalankan
sesuatu kerja dengan jayanya? Untuk membentuk ujian pencapaian, Tyler
menggariskan prosedur yang patut diikuti iaitu:
a. Mengenal pasti objektif sesuatu program yang bercorak pendidikanyang
hendak dijalankan.
b. Menghuraikan setiap objektif dalam bentuk tingkah laku dan
isikandungan.
33
c. Mengenal pasti situasi di mana objektif yang hendak digunakan.
d. Mewujudkan arah untuk mewakili situasi.
e. Mewujudkan arah untuk mendapatkan rekod.
Tyler mendefinisikan penilaian sebagai perbandingan di antara hasil
yang dikehendaki dengan hasil yang sebenarnya. Pendekatan Tyler memberi
tumpuan kepada pengukuran tingkah laku dalam sesuatu objektif yang dibentuk
dan juga menumpukan kepada hasil pembelajaran dari input pengajaran. Tyler
juga telah membuat beberapa perubahan dalam konsepnya mengenai penilaian.
Perubahan ini dikembangkan dalam definisi penilaiannya yang asal iaitu
penilaian dalam program yang dicadangkan dibuat dengan membandingkan
konsep sesuatu program dengan sebarang maklumat yang relevan untuk
memantapkan sesuatu program yang dirancang. Ini termasuklah :
a. Penilaian di peringkat implementasi.
b. Penilaian di dalam monitoring yang berterusan dalam sesuatu program.
Menurut model Penilaian Tyler (1950), penilai mestilah menilai tingkah
laku pelajar-pelajar sebab perubahan tingkah laku yang dikehendaki dalam
pendidikan. Selain itu, penilaian mesti dibuat pada peringkat akhir Bagi model
ini, langkah pertama ialah mengenal matlamat sesuatu program. Setelah
matlamat program diketahui, petanda-petanda pencapaian matlamat dan alat
pengukuran dikenal pasti. Dapatan kajian akan dibandingkan dengan matlamat
program dan keputusan dibuat mengenai taraf pencapaian yang diperolehi.
Mengikut Tyler, sekiranya matlamat program tidak tercapai sepenuhnya, ini
membawa implikasi sama ada pelaksanaan program pembelajaran lemah atau
matlamat yang dipilih tidak sesuai. Terdapat kelemahan dalam model objektif
tingkah laku seperti yang dibuktikan oleh Pophams (1969, 1973): Sullivan
(1965) dan MacDonald- Ross (1973) dipetik dari Sani 1992; Sharifuddin (1996);
Habibah, (1996). Antara kelemahan tersebut ialah:
34
a. Tiada pendapat yang konsisten mengenai siapa patut memilih objektif,
atau objektif yang mana patut dipilih (Stake, 1970 dan Dressel, 1960).
b. Sungguhpun objektif dapat dicapai dari segi pelaksanaan, tetapi masalah
untuk mendapatkan hasil pengukuran adalah jauh (MacDonald-Ross,
1973).
c. Bukan semua penggubal kurikulum bersetuju tentang perlunya
menetapkan objektif terlebih dahulu (Atkin, 1963), Eisner (1967, 1969)
dan Stenhouse (1971).
d. Program sesuatu kursus hanya dapat dilihat sebagai satu pendekatan
untuk menentukan matlamat, dan kedua-dua isi dan pengalaman
pembelajaran yang terlibat akan menjadi jalan ke arah mencapai
matlamat. Ini bererti matlamat yang sama boleh dicapai melalui
beberapa usaha dan pendekatan.
Dua kajian yang pernah dilaksanakan dengan merujuk kepada rasional
Tyler iaitu pertama dalam tahun 1934 dengan tujuan untuk menilai sesuatu
aktiviti dengan membentuk Ujian Pencapaian. Ia disempurnakan di antara tahun
1929 dan 1934 di Universiti Ohio dengan tujuan memperbaiki peraturan dan
kadar rentetan dalam kalangan pelajar-pelajar universiti. Tyler memberi
penumpuan untuk mendapatkan maklumat dari aspek objektif kursus dalam
bentuk tingkah laku dan isi kandungan. Kajian kedua (dikatakan sebagai kajian
lapan tahun) dikaitkan dengan `Progressive Education Movement’ dan memberi
penumpuan sama ada kurikulum perlu ditukar di sekolah-sekolah tinggi. Ini
dikenali sebagai Rasional Kurikulum oleh Tyler.
2.8.3 Model Penilaian Responsif
Stakes (1967), mendefinisikan penilaian sebagai suatu nilai pemerhatian
jika dibandingkan dengan beberapa piawaian. Beliau telah menggariskan ciri-
ciri pendekatan responsif iaitu:
35
a. Ia lebih ke arah aktiviti program dari tujuan(intent) program.
b. Mempunyai hubungan dengan orang ramai untuk mendapatkan
maklumat.
c. Perbezaan perspektif nilai dalam kalangan orang ramai menjadi ukuran
dalam melaporkan kejayaan dan kegagalan sesuatu program.
Dengan cara ini penilaian responsif boleh digunakan. Pendekatan ini
adalah satu sistem yang mengorbankan beberapa fakta dalam pengukuran
dengan harapan dapat meningkatkan penggunaan dapatan itu kepada individu
atau program itu sendiri. Kebanyakan perancang lebih `preordinate’
menekankan kenyataan maklumat, menggunakan ujian objektif, menentukan
satu piawaian program dan laporan penyelidikan. Penilaian ini kurang memberi
kesan dalam komunikasi formal jika dibandingkan dengan komunikasi biasa.
Model lebih berdasarkan kepada apa manusia biasa buat untuk menilai sesuatu
perkara. Mereka akan memerhati dan kemudian akan bertindak. Untuk
menjalankan penilaian ini, penilai terpaksa membuat kerja yang lebih untuk
memastikan individu yang dipilih memahami apa yang perlu dilakukan. Mereka
juga perlu membuat perancangan yang terancang dan mencari serta
mengaturkan orang untuk memerhatikan perjalanan program tersebut. Dengan
pertolongan mereka, penilai akan menyediakan carta, penggambaran, tujuan
dapatan, dan membuat graf. Penilai juga menilai kualiti dan rekod orang yang
membantu penilai.
Terdapat empat fasa utama dalam model ini.
a. Fasa pertama melibatkan permulaan dan penyusunan penilaian. Beliau
mencadangkan penilai dan klien membuat perundingan mengenai
kontrak penilaian seperti tujuan penilaian, kebenaran, dan jaminan
kerahsiaan. Pemegang tanah ialah individu yang terlibat dalam penilaian
36
tersebut dan mereka mempunyai hakuntuk mendapatkan keizinan
mereka dan isu-isu yang berkaitan deangan proses penilaian.
b. Fasa kedua ialah untuk mengenal pasti penerimaan (concern), isu dan
nilai dari pemegang tanah. Fakta-fakta diperolehi melalui temu duga dan
soal selidik.
c. Fasa ketiga mengumpul maklumat yang mempunyai pertalian dengan
keperluan, isu, nilai yang dikenal pasti oleh `stakeholder’. Penilai juga
boleh mendapatkan data dan maklumat secara deskriptif mengenai
perkara yang dinilai dan piawaian yang digunakan untuk membuat
pertimbangan. Maklumat yang diperlukan boleh dikumpulkan melalui
beberapa cara misalnya pemerhatian, temu duga dan ujian piawaian.
d. Peringkat akhir adalah peringkat menyediakan laporan mengenai
keputusan dan cadangan. Laporan ini mengandungi beberapa isu-isu dan
penerimaan yang dikenal pasti oleh pemegang tanah. Model ini
mencadangkan penilai dalam membuat rundingan dengan pemegang
tanah buat pertimbangan dan cadangan-cadangan berdasarkan kepada
maklumat yang diperolehi. Di antara tahun 1960-an dan awal 1970-an,
model yang diutarakan oleh Stake (1967) dan Stufflebeam (1968;1971)
telah banyak mempengaruhi dunia penilaian.
2.8.4 Model Penilaian Matlamat Bebas
Scriven (1972) memperkenalkan konsep penilaian matlamat bebas (free-
goal evaluation). Model ini lebih menekankan kepada cara bagaimana hendak
mengurangkan prasangka (bias) dengan tidak memaklumkan kepada penilai
program itu. Penilai mesti berada dan menghadiri sesuatu program dan
menyelidik kesemua hasilnya. Model ini menganggap pengguna sebagai audiens
utama. Untuk menggunakan model ini dalam penilaian soalan-soalan berbentuk
seperti ini sering ditanyakan iaitu `Apakah kesan daripada menjalankan program
tersebut. Melalui model ini, Scriven mahu penilai mengukur kesan yang didapati
37
daripada sesuatu program berbanding dengan keperluan pengguna dan tidak
membandingkannya dengan matlamat pihak penganjur.
Rajah 4 di bawah ini menunjukkan prosedur penggunaan model ini :
Rajah 4 : Prosedur Penggunaan Model
2.8.5 Penilaian Penerangan (Illuminative)
Parlet dan Hamilton (1972) pula memperkenalkan Konsep penilaian
penerangan (illuminative) iaitu untuk mengkaji program inovasi. Melihat cara
bagaimana ia dijalankan, cara ia dipengaruhi oleh berbagai-bagai situasi
pendidikan apabila diaplikasikan dan kesannya terhadap pengalaman akademik
dan hasil tugasan murid. Penilaian ini juga tidak mewujjudkan hubungan antara
system pengajaran dan suasana persekkitaran pembelajaran.
2.8.6 Model Penilaian Ketidaksamaan(Discrepancy)
Model penilaian ini dibentuk oleh Steinmetz. Beliau mendefinisikan
penilaian sebagai alat untuk membuat pertimbangan (judgement) terhadap
kekurangan dan kelebihan sesuatu objek berdasarkan kepada maklumat
ketidaksamaan (Discrepancy) di antara piawaian (standard) dan pencapaian
38
Memerhatikan program, dokumen dan penyimpanan rekod
Menjalankan soal selidik
Mengenalpasti kesemua kesan terhadap program
(performance). Model ini juga dianggap menggunakan pendekatan formatif
berorientasikan analisis sistem. Piawaian boleh diukur dengan menjawab soalan
seperti apakah yang berlaku. Sementara pencapaian lebih ke arah apakah yang
sebenarnya terjadi. Penilai hanya boleh membantu dengan cara membentuk dan
menjelaskan peranan yang dimainkan oleh piawaian dan pencapaian.
Penilai mestinya mahir dalam menjalankan sesuatu proses yang hendak
dikaji. Penilaian dalam model ini tidak semestinya kuantitatif, penilai boleh
menerima kepercayaan seseorang itu dari aspek piawaian dan pencapaian.
Dalam model penilaian ini, kebanyakan maklumat yang diperoleh adalah
berbeza dan ia boleh dikumpulkan melalui cara :
a. Reka bentuk penilaian menentukan kemantapan sesuatu program.
b. Penilaian input- bertujuan untuk menolong pihak pengurusan dengan
memastikan sumber yang diperlukan mencukupi.
c. Proses penilaian- memastikan aktiviti yang dirancang berjalan dengan
lancar dan mempunyai kualiti seperti yang diharapkan.
d. Penghasilan penilaian- menentukan tahap pencapaian sesuatu hasil yang
dirancang dapat dicapai.
2.8.7 Model Penilaian Individu
Kajian penilaian boleh di peroleh pada awal 1900an apabila pergerakan
pengujian bermula. Ujian kecerdasan Binet dikeluarkan dalam tahun 1904 dan
pengujian dalam kumpulan berkebolehan semasa perang dunia ke dua. Penilaian
ini melibatkan pengujian perbezaan kecerdasan individu dan pencapaian di
sekolah. Penilaian jenis ini juga digunakan pada guru, pentadbir, dan kakitangan
sekolah. Penilaian jenis ini lebih memberi fokus kepada pengukuran perbezaan
individu dan pertimbangan diambil dengan membuat perbandingan dengan satu
set piawaian yang dibentuk.
39
2.8.8 Model Penilaian Bertentangan (Adversary)
Model ini mempunyai beberapa kaitan dengan model penilaian
responsif, Model ini juga diperoleh daripada prosedur yang digunakan oleh juri-
juri di Mahkamah. Perbezaannya ialah ia menggunakan data secara meluas,
mempercayai keterangan klien, dan yang penting sekali ialah ia bersifat
bertentangan iaitu kedua-dua keputusan yang diperoleh sama ada positif atau
negatif mengenai sesuatu program adalah digalakkan. Model ini mempunyai
empat peringkat :
Dalam peringkat pertama, untuk menjana sesuatu isu secara meluas, ia
dapat dilakukan dengan melibatkan kumpulan penilai dan pelaksanaan program
(klien, pengurus, tabungan dan agensi), untuk mempertimbangkan isu-isu yang
dipercayai relevan. Sebagai contoh, perlukah program ini diberhentikan dan
memilih beberapa alternatif program baru yang sesuai.
Peringkat kedua, melibatkan pengurangan beberapa isu. Salah satu
daripada cara tersebut ialah mengadakan kumpulan responden yang aka
menyenaraikan beberapa isu yang mereka fikirkan mustahak.
Peringkat ketiga ialah membentuk dua kumpulan penilai yang
bertentangan yang menyokong dan menentang sesuatu program. Dalam proses
tersebut kumpulan-kumpulan itu boleh mengadakan temu duga, menyediakan
saksi berpotensi, mengkaji laporan penilaian yang sedia ada dan mengutip data
yang baru.
Peringkat terakhir, iaitu menjalankan sesi pra pendengaran dan
pendengaran formal. Dalam pendengaran formal, kumpulan yang bertentangan
akan membentangkan hujah-hujah dan bukti yang kukuh sebelum keputusan
sesuatu program dibuat. Tujuan pembentangan dibuat untuk membantu dalam
40
melaksanakan sesuatu keputusan. Model ini mempunyai masalah seperti kos
menjalankannya yang tinggi, memakan masa yang lama dan ada kemungkinan
keputusan yang dibuat itu berat sebelah. Ini berlaku apabila ahli dalam sesuatu
kumpulan mempunyai kebolehan berdebat, berhujah daripada yang lain.
Elemen-elemen di dalam model ini boleh dipermudahkan dan disesuaikan
dengan kajian di mana sumbernya adalah terhad.
2.8.9 Model Penilaian KIPP (Konteks-Input-Proses-Produk)
Model KIPP yang dipelopori oleh Stufflebeam (1971) mula dibentuk
pada lewat 60an untuk memenuhi kehendak penilaian yang berorientasikan
objektif. Model KIPP digunakan di makmal Austin Texas dan mulai digunakan
sepenuhnya di Dallas. Dalam konsep penilaian yang dikemukakan oleh
Stufflebeam menyatakan bahawa penilaian seharusnya menjadi "sains
pengumpulan maklumat untuk membuat keputusan". Tugas para penilai ialah
mengumpul data, merancang, menganalisis dan menyediakan maklumat untuk
memilih tindakan alternatif dan melaporkannya. Menurut beliau, tindakan boleh
dibuat dalam empat bahagian iaitu keputusan mengenai persekitaran (konteks),
keputusan mengenai sumber (input), keputusan mengenai pelaksanaan (proses)
dan keputusan mengenai hasil (produk). Modelnya juga di kenali sebagai model
Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP).
Tujuan utama penilaian ini ialah untuk mengaitkan matlamat, konteks,
input dan proses dengan hasil program. Tujuan penilaian ini juga untuk
menentukan kesesuaian persekitaran dalam membantu pencapaian matlamat dan
objektif program. Di samping itu juga penilaian ini dibuat untuk memperbaiki
sesuatu program dan bukan menjurus untuk membukti akan sesuatu kebenaran.
Model ini bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dan menolong pemimpin
yang bertanggungjawab dan menggunakan maklumat dan sebarang sumber yang
ada untuk memperbaiki perjalanan sesuatu program. Penilaian ini model
41
dilaksanakankan semasa sesuatu program sedang berjalan dan ia lebih
menekankan keberkesanan dan pengawalan kualiti. Penilaian konteks adalah
untuk menilai syarat-syarat awal dan keperluan yang dalam situasi. Ia
menimbulkan isu-isu, mendedahkan masalah-masalah dan menentukan garis
panduan untuk pelaksanaan program.
Tujuan utama penilaian ini ialah untuk mengukur, menterjemahkan, dan
mengesahkan perjalanan sesuatu program. Tujuan penilaian ini ialah untuk
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan beberapa aspek seperti sasaran
populasi/individu dan juga untuk menyediakan sesuatu satu garis panduan untuk
program tersebut. Keputusan yang diperoleh merupakan asas untuk
memperbaiki matlamat yang sedia wujud dan menentukan sesuatu perubahan.
Penilaian input mengukur keupayaan sistem dan input-input dari segi strategi
dan sumber. Penilaian ini digunakan untuk membuat penyusunan keputusan dan
menjadi panduan untuk memilih strategi program dan perubahan-perubahan
yang hendak dibuat. Perkara-perkara yang ditekankan ialah:
a. Perancangan sesuatu prosedur dan perbelanjaan yang digunakan untuk
memenuhi sesuatu kehendak.
b. Tahap penggunaan yang boleh diterima dan ada potensi untuk berjaya
dalam memenuhi sesuatu kehendak.
Di peringkat mengurus atau proses penilaian, penyelidik akan
menyemak proses-proses yang terlibat semasa program itu sedang berjalan.
Tujuan penilaian secara proses dibuat untuk mencapai matlamat dan objektif
program. Maklum balas ini perlu diketahui dari masa ke semasa untuk
mengawal pelaksanaan program. Penilaian ini bertindak sebagai melaksanakan
keputusan yang difikirkan sesuai dan juga sebagai pemantauan sesuatu program
yang sedang berjalan. Maklumat mengenai apa yang dicapai adalah mustahak
semasa program itu berjalan dan begitu juga dengan rumusan sesuatu program.
42
Objektif utama penilaian ini ialah untuk memastikan sejauh manakah sesuatu
program itu dapat memenuhi kehendak sesuatu kumpulan.
Dalam fasa penilaian hasil, tujuan utama penilaian ini ialah untuk
mengaitkan matlamat, konteks, input dan proses dengan hasil program. la juga
menilai setakat mana sesuatu perubahan dalam program itu berjaya. Mengikut
Stufflebeam, tiap-tiap bahagian penilaian memerlukan tiga jenis aktiviti iaitu
mengumpulkan sebanyak maklumat yang mungkin, mengorganisasikan
maklumat yang dikumpulkan dan menganalisis maklumat dengan menggunakan
kaedah pengukuran dan statistik. Aktiviti penilaian seterusnya ialah melaporkan
maklumat yang telah dianalisis kepada pihak yang terlibat supaya keputusan
dapat dibuat. Mengikut beliau, terlalu banyak penilaian dibuat mengenai
penilaian sesuatu program dan ia boleh dirancang tanpa menumpukan perhatian
terhadap pengguna hasil penilaian itu, maklumat yang diperlukan, dan tujuan ia
diselenggarakan. Kesannya, terlalu banyak laporan penilaian yang tidak
berfaedah dihasilkan.
2.9 Pengurusan kursus Pelan Integriti Organsasi (PIO)
Peribadi guru merupakan elemen yang amat penting dinilai oleh
masyarakat sekeliling. Guru dijadikan “role model” untuk kehidupan khususnya
anak didik mereka. Sehubungan dengan itu, pihak KPM telah memutuskan
supaya satu Pelan Integriti Organisasi (PIO), KPM digubal dengan mengambil
kira semangat dan aspirasi PIN yang telah digubal oleh kerajaan dan disesuaikan
pelaksanaannya di peringkat KPM. Mengambil kira bahawa kumpulan sasaran
di KPM terdiri daripada tiga kumpulan utama iaitu murid, warga pendidik dan
bukan guru, maka sasaran keutamaan, strategi pelaksanaan dan pelan tindakan
yang digubal haruslah mengambil kira kepentingan ketiga-tiga kumpulan
sasaran tersebut.
43
Dalam hubungan ini, PIO Kementerian telah disusun berdasarkan empat
sasaran keutamaan yang dikenali sebagai TEKAD Integriti KPM meliputi
sasaran-sasaran berikut:
i. Memupuk keterampilan dan keperibadian mulia murid;
ii. Melahirkan warga pendidik yang berintegriti dan berupaya mendidik
anak bangsa;
iii. Memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara
berkesan di semua peringkat Kementerian, JPN, PPD dan sekolah; dan
iv. Meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup warga KPM.
Pelan Integriti Nasional Kementerian Pelajaran Malaysia adalah penting
di dalam memastikan gerakan pemantapan integriti di peringkat KPM berjalan
lancar. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyusun modul-modul
yang bersesuaian dengan tujuan ia mampu mencapai matlamat dan memenuhi
keperluan ketiga-tiga kumpulan sasaran yang telah ditetapkan iaitu murid, warga
pendidik dan bukan guru.
2.9.1. Objektif Pelan Integriti Organisasi (PIO)
Profesion guru adalah bidang yang paling dipercayai oleh rakyat
Malaysia, maka adalah penting bagi KPM bagi memastikan kepercayaan yang
diberikan itu tidak digugat oleh peribadi dan perlakuan tidak berintegriti oleh
guru. Oleh yang demikian, adalah penting bagi warga KPM memastikan usaha-
usaha yang bersepadu dan terancang dilaksanakan untuk memasti dan
melahirkan warga pendidik yang berintegirti dan berupaya mendidik dan
mengasuh anak bangsa menjadi orang yang berjasa dan berilmu.
44
Berikut merupakan strategi Pelaksanaan dan Pelan Tindakan bagi
melahirkan warga pendidik yang berintegriti dan berupaya mendidik anak
bangsa :
(i) Melahirkan warga pendidik yang berintegriti;
(ii) Meningkatkan kualiti warga pendidik; dan
(iii) Membudayakan integriti di kalangan guru pelatih.
Bidang perguruan adalah tidak sama berbanding kerjaya profesional
yang lain. Guru merupakan ejen sosialisasi masyarakat untuk menginsankan
individu dan mewujudkan masyarakat bertamadun. Sehubungan dengan itu,
Pelan Integriti Nasional (PIN) telah membuat sasaran bahawa guru adalah “duta
integriti iaitu kelompok yang dilihat berupaya bagi menyebar luaskan integriti
kepada masyarakat secara umumnya. Ini jelas menunjukkan bahawa guru selalu
dan selamanya akan dipandang mulia. Dengan adanya Pelan Integriti Organisasi
(PIO), guru-guru haruslah sedar akan pandangan dan harapan masyarakat
kepada mereka adalah tinggi.
2.10 Kajian-kajian Penilaian Nilai Integriti Di Malaysia
Jamiah et.al (2005) telah membangunkan Inventori Nilai Integriti (InNI)
yang bersesuaian dengan konteks Malaysia bagi mengukur tahap integriti
individu. InNI terdiri daripada 82 item berteraskan tiga dimensi utama iaitu
kesucian, amanah dan kebijaksanaan. Ia ditadbir ke atas 2530 orang staf yang
terdiri daripada pelbagai kategori perjawatan di sebuah universiti awam. Kajian
merumuskan, nilai integriti mempunyai hubungan signifikan dengan staf yang
pernah menerima anugerah diperingkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.
45
Hasil kajiannya juga menunjukkan bahawa Inventori Nilai Integriti (InNI)
mempunyai item yang baik dan bermutu serta mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi.
Mohamed Sani (2007) telah menjalankan satu kajian tinjauan yang
bertujuan untuk mengenal pasti sama ada integriti kepimpinan, pembentukan
visi, misi dan maklamat serta pelaksanaan Total Quality Management (TQM)
dimensi kemanusiaan menyumbang kepada pembentukan iklim proses
organisasi. Sampel kajian terdiri daripada responden seramai 698 orang dari
Institut Pengajian Tinggi Malaysia (IPTMa) awam dan 581 orang dari Institut
Pengajian Tinggi Malaysia (IPTMa) swasta yang dipilih secara rawak berstrata
dari 19 buah IPTMa awam dan 16 buah IPTMa swasta diseluruh Malaysia. Data
kajian diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang dibina dan diubahsuai
dari beberapa instrumen yang terdahulu. Dapatan kajian ini mendapati
komponen pelaksanaan Total Quality Management (TQM) dimensi
kemanusiaan adalah penyumbang tertinggi (32%) terhadap iklim proses
organisasi disamping komponen integriti kepimpinan (3.3%) dan pembentukan
visi,misi dan matlamat berasaskan nilai (0.8%).Implikasi kajian ini
menunjukkan IPTMa memerlukan kepimpinan yang berintegriti dan penerapan
nilai integriti sebagai penjana untuk pelaksanaan TQM, seterusnya membawa
kepada pembentukan iklim organisasi proses organisasi kualiti menyeluruh.
Menurut Lowe, (1991) keberkesanan latihan hanya akan tercapai melalui
perancangan yang sistematik, perancangan yang berpusatkan kepada
pembaharuan yang menekankan kepada keperluan semasa dan dilaksanakan
secara berterusan. Ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan
profesionalisme guru-guru.
2.11. Penutup
46
Integriti adalah nilai yang wujud di dalam diri seseorang. Ia boleh
dibentuk di dalam diri individu tersebut sekiranya mereka selalu sedar akan
kepentingannya. Mengamalkan akhlak yang mulia, amanah dan jujur di dalam
tugas merupakan sebahagian elemen yang penting untuk dinilai samada
seseorang itu berintegriti atau tidak. Sebahagian kehidupan guru banyak
dihabiskan dengan masyarakat khusunya murid-murid di sekolah. Jadi adalah
wajar guru mengamalkan nilai-nilai integriti dan selau berusaha untuk
meningkat nilai tersebut agar diri selalu bermotivasi dalam melaksanakan tugas
dan ianya menjadi panduan masyarakat sekeliling.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
47
3.1 Pengenalan
Bahagian ini akan menerangkan metodologi yang digunakan dalam
menyediakan kajian ini. Perbincangan akan berfokus tentang reka bentuk kajian,
lokasi kajian, populasi dan sampel, jenis persempalan, instrumen, kesahan dan
kebolehpercayaan, prosedur kajian, kajian rintis dan pengumpulan data di mana
kesahan dan kebolehpercayaan diberi perhatian sewajarnya.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini dijalankan secara kajian kuantitatif. Kajian kuantitatif dapat
menghasilkan penemuan dari sampel kajian dengan lebih tepat menggambarkan
populasi keseluruhan dari mana sampel diambil (VanderStoep & Johnson,
2009). Kajian kuantitatif juga membolehkan pengkaji melakukan perbandingan
secara relatif bilangan orang yang ramai atau bilangan benda yang banyak
dengan menggunakan indeks perbandingan yang mudah. Data kuantitatif pula
mudah dianalisis menggunakan kaedah statistik (Litosseliti, 2010). Kajian
kuantitatif bergantung pada pengukuran untuk membanding dan menganalisis
pelbagai pembolehubah. Kajian kuantitatif juga lebih berkisar tentang
menganalisi nombor dan konsep nombor boleh dianalisis menggunakan statistik
deskriptif dan inferential (Bless & Higson-Smith, 2000).
Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan bagi menilai impak PIO
berdasarkan model penilaian Kirkpatrick oleh Donald L. Kirkpatreick
(1983;1987). Menurut model ini terdapat empat tahap yang akan dinilai iaitu
reaksi, pembelajaran, perlakuan dan hasil. Pengkaji menggunakan kaedah soal
selidik bagi mendapatkan maklumat. Borang soal selidik diedarkan kepada
responden secara rawak. Menurut Mohd Majid Konting (2005), soal selidik
digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan,
48
perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal selidik adalah kaedah yang amat
sesuai digunakan bagi populasi besar dan kaedah ini juga dapat meningkatkan
ketepatan dan kebenaran tindak balas subjek terhadap rangsangan soalan yang
diberikan.
Dalam hal ini, Anderson (1990: hlm. 207) telah menjelaskan: “If well
constructed, a uestionnaire permits the collection of reliable and reasonably
valid data relatively simply, cheaply and in short space of time.” Dalam hal ini,
aspek kerahsiaan maklumat yang diperoleh melalui borang selidik juga
merupakan satu kekuatan yang jelas yang ada dalam penggunaan borang soal
selidik yang telah dibina (Moore, 1987; Judd et. al., 1991; Tall, 1999).
3.3. Lokasi Kajian
Sasaran kajian ini meliputi pentadbir dan guru sekolah menengah di
Daerah Kota Tinggi. Daerah Kota Tinggi menjadi pilihan pengkaji kerana ia
memudahkan pengkaji menjalankan kajian memandangkan pengkaji bertugas di
daerah Kota Tinggi. Sekolah menengah dipilih kerana bilangan guru yang ramai
berbanding sekolah rendah dan ketogari guru sekolah menegah merupakan
penjawat awam kumpulan profesional.
3.4 Sampel Kajian
Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah
persampelan rawak kelompok. Menurut Azizi et.al (2007) persampelan rawak
bermakna setiap unsur dalam populasi mempunyai peluang memilih. Manakala
menurut Mohd Najib (2003) rawak kelompok ialah rawak berdasarkan
rumpunan kelompok populasi, tempat dan zon. Kaedah ini digunakan kerana ia
dapat mewakili keseluruhan populasi dan terdapat keseragaman antara
kelompok iaitu semua yang terlibat adalah guru sekolah menengah yang pernah
menghadiri kurus PIO.
49
3.5 Populasi
Populasi ialah sekumpulan masyarakat mempunyai ciri yang sama.
Dalam sesuatu penyelidikan, seseorang tidak mungkin berupaya menggunakan
semua ahli populasi (Mohd Najib, 2003). Populasi adalah responden yang
sepatutnya menjawab soal selidik berdasarkan kajian yang dijalankan di mana ia
akan mewakili seluruh orang mahupun objek yang ingin dikaji. Menurut Najib
(1999), penentuan bilangan sampel dalam sesuatu kajian amat penting supaya
sampel tersebut dapat mewakili populasi yang dikaji. Beliau juga menyarankan
lebih banyak nilai peratusan sampel daripada populasi adalah lebih baik kerana
sampel yang dipilih berkemungkinan besar mempunyai ciri-ciri populasi.
Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru sekolah menengah daerah
Kota Tinggi yang telah menghadiri kursus PIO sama ada anjuran Institut
Pendidikan Guru, Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri.
Asas dalam penentuan saiz sampel (N) adalah berdasarkan formula yang
diberikan oleh Krejcie dan Morgan (1970) di mana ralat sebenarnya adalah
jumlah ralat yang boleh dipertimbangkan dalam menganggar saiz sampel
daripada populasi yang ditujukan. Sebagai contoh, dalam pengkajian sains
sosial, jika nilai 5 peratus (± 5 peratus) boleh diterima sebagai ralat, maka
pengiraan saiz sampel adalah seperti berikut:
Secara umumnya, apabila saiz sampel itu mengecil, maka ralat akan
semakin membesar dan apabila saiz sampel itu besar maka ralatnya menjadi
akan semakin kecil (Kerlinger & Lee, 2000).
Dari satu perspektif yang lain, Krejcie dan Morgan (1970)
mencadangkan satu garis panduan untuk menentukan sesuatu saiz sampel.
50
Jadual 3.2 di bawah menunjukkan garis panduan untuk memilih sesuatu saiz
sampel (n) berasaskan sesuatu saiz populasi (N).
Jadual 3.1 : Jadual Krejcie, R.V and Morgan D.W
N S N S N S N S N S
10 10 100 80 280 162 800 260 2800 338
15 14 110 86 290 165 850 265 3000 341
20 19 120 92 300 169 900 269 3500 246
25 24 130 97 320 175 950 274 4000 351
30 28 140 103 340 181 1000 278 4500 351
35 32 150 108 360 186 1100 285 5000 357
40 36 160 113 380 181 1200 291 6000 361
Petunjuk : N = Saiz populasi S = Saiz Sampel
Krejcie dan Morgan (1970) juga menyarankan agar saiz sampel yang
maksimum ialah 400. Berdasarkan jadual persampelan Krejcie, R.V dan Morgan
D.W (1970) jika saiz populasi sebanyak 1126 orang maka saiz sampel 285
orang sudah memadai. Dalam kajian ini sampel terdiri daripada 285 orang guru
yang berkhidmat di Sekolah Menengah daerah Kota Tinggi.
Oleh itu, untuk mendapatkan jumlah sampel seramai 285, penyelidik
telah menyediakan sebuah balang yang mengandungi nama-nama Sekolah
Menengah beserta jumlah guru bagi setiap sekolah tersebut. Pemilihan sekolah
ditentukan dengan cara membuat cabutan secara rawak sehingga mendapat
jumlah yang dikehendaki. Jadual taburan populasi kajian seperti di bawah.
Oleh itu, untuk mendapatkan jumlah sampel seramai 285, pengkaji telah
menyediakan sebuah balang yang mengandungi nama-nama Sekolah menengah
beserta jumlah guru bagi setiap sekolah tersebut. Pemilihan sekolah ditentukan
dengan cara membuat cabutan secara rawak sehingga mendapat jumlah yang
dikehendaki. Jadual taburan populasi kajian seperti di bawah.
51
Jadual 3.2 : Taburan Populasi Kajian
Bil Nama SekolahBilangan
GuruJumlah Guru
1 SMK BANDAR PENAWAR 52 48
2 SMK SERI AMAN 55 50
3 SMK BANDAR MAS 63 57
4 SMK ADELA 70 65
5 SMK AIR TAWAR 73 65
JUMLAH 313 285
3.6 Instrumen Kajian
Soal selidik merupakan instrumen kajian yang digunakan bagi
mendapatkan maklumat yang diperlukan. Menurut Mohd. Najib (1999),
instrumen dengan soal selidik mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan
data senang diproses untuk dianalisa. Jenis instrumen ini digunakan kerana ia
bersesuaian dengan kaedah kajian yang dipilih. Selain itu, soal selidik juga
membantu menjimatkan masa, tenaga dan kos (Mohd Shafie, 1995). Soal selidik
adalah merupakan satu bentuk instrumen atau alat formal yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat secara langsung daripada responden berkaitan sesuatu
perkara yang dikaji. Soal selidik lebih parktikal dan berkesan serta dapat
mencapai tujuan kajian dengan perbelanjaan yang sederhana (Mohd Majid
Konting, 1994).
Untuk kajian ini, satu set borang soal selidik untuk guru telah dibina bagi
mendapatkan maklumat mengenai impak PIO terhadap warga pendidik.
52
Penggunaan borang soal selidik kepada guru telah memberikan maklumat yang
luas kerana ia dapat ditadbirkan kepada sejumlah responden kajian yang ramai
dalam tempoh masa yang singkat. Dalam hal ini, Anderson (1990: hlm. 207)
telah menjelaskan: “If well constructed, a uestionnaire permits the collection of
reliable and reasonably valid data relatively simply, cheaply and in short space
of time.” Dalam hal ini, aspek kerahsiaan maklumat yang diperoleh melalui
borang selidik juga merupakan satu kekuatan yang jelas yang ada dalam
penggunaan borang soal selidik yang telah dibina (Moore, 1987; Judd et. al.,
1991; Tall, 1999).
Borang soal selidik yang digunakan mengandungi 49 item yang terdiri
daripada lima bahgaian iaitu
i. Bahagian A : Latar belakang responden yang terdiri daripada
jantina, pengalaman mengajar, gred jawatan, taraf pendidikan
dan tempat kursus yang dihadiri. Faktor demografi adalah seperti
dalam jadual 3.1 berikut :
Jadual 3.4 : Faktor demografi
Nombor Soalan Faktor Demografi
A1 Jantina
A2 Pengalaman Mengajar
A3 Gred Jawatan
A4 Taraf Pendidikan
Tertinggi
A5 Menerima Latihan
53
ii. Bahagian B : Bahgian ini mengandungi 15 item yang
merangkumi penilaian impak PIO berdasarkan model Kirkpatrick
yang mengambil kira tentang aspek reaksi peserta, kesesuaian
objektif PIO dan permasalahan yang mempengaruhi pelaksanaan
PIO.
iii. Bahagian C : Penilaian impak PIO dari aspek pembelajaran
peserta, keadaan fizikal, susunan tempat kursus, kemudahan dan
kelengkapan tempat kursus, kerjasama pihak pentadbiran dan
rakan sejawat, ciri-ciri kemahiran dan pengetahuan guru atau
peserta kursus.
iv. Bahagian D : Mengandungi aspek perlakuan peserta selepas
menghadiri kursus, prinsip pengajaran yang dipelajari semasa
kursus dan strategi atau kaedah pengajaran.
v. Bahagian E : Mengandungi aspek hasil yang diperolehi selepas
menghadiri kursus PIO, pencapaian objektif PIO oleh guru atau
peserta dan penguasaan kemahiran dan pengetahuan oleh guru
atau peserta selepas menghadiri kursus PIO.
Bagi bahagian B, C, D dan E soalan-soalan yang terdapat dalam
instrumen kajian ini dibina sendiri oleh penyelidik dengan merujuk
model Kirkpatrick kemudian direka bentuk mengikut skala likert yang
mengandungi lima nilai iaitu :
Jadual 3.5 : Tahap pemeringkatan skor di dalam skala likert
Sangat Tidak
Setuju
(STS)
Tidak
Setuju
(TS)
Kurang
Setuju
(KS)
Setuju
(S)SangatSetuju
(SS)
54
SKOR 1 2 3 4 5
Taburan item mengenai impak PIO ditunjukkan dalam jadual 3.7 dibawah.
Jadual 3.7 : Taburan item impak PIO.
Bahagian Perkara No SoalanBilangan
Item
A Latar Belakang RespondenA1, A2, A3, A4, A5
dan A66
B
Reaksi 10
Pengetahuan PIO R1, R2, R6, R7 4
Kefahaman PIO R3, R4, R5, 3
Bahan Sokongan R8, R9 2
Masa R10 1
C
Pembelajaran 6
Pembelajaran ilmu PIO B1, B2, B3 3
Kepentingan ilmu B4, B4, B6 3
D
Perlakuan 16
Amalan Terhadap DiriL1, L2, L3, L4, L5,
L6, L7, L88
Amalan Terhadap OrganisasiL9, L10, L11, L12,
L13, L146
Hubungan L15, L16, 2
E Hasil 13
55
Pengembangan Profesionalisme H4, H5, H6, H8, H9 5
Komitmen OrganisasiH1, H2, H3, H7,
H10. H11, H12, H138
Jumlah 51
3.7 Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan ialah konstruk dan penyataan soalan yang bersesuaian dengan
objektif dan persoalan kajian (Mohd Najib, 1999). Kesahan merujuk kepada
sesuatu yang bererti dan berguna yang disimpulkan daripada skop ujian.
Kesahan adalah konsep yang penting dalam dalam konteks pengukuran
konstruk. Berdasarkan definasi kesahan, pengukuran adalah sejauh manakah
iaanya berjaya mengukur apa yang hendak diukur (Azizi. 2007).
Daripada objektif dan persoalan, kajian ini menunjukkan kepada
literature bagi menyenaraikan konstruk. Kemudian item-item dibina berdasarkan
konstruk.
3.8 Kajian rintis
Selepas sesi pemurnian soal selidik, satu kajian rintis telah dilakukan
bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan set soal selidik dan ia perlu diperbaiki
untuk menghasilkan soal selidik yang baik. Hasil analisis kebolehpercayaan
menunjukkan bahawa instrumen soal selidik impak PIO yang mengandungi
aspek reaksi, aspek pembelajaran, aspek perlakuan dan aspek hasil mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai alpha Cronbach. Tujuan lain kajian
rintis dilakukan adalah untuk menilai ketekalan (reliability) item daripada aspek;
56
aras item, objektif item, kefahaman item, kebolehgunaan item dan arahan item
itu sendiri (Roid & Haladyna, 1982). Jumlah sampel atau responden yang
dijalankankan dalam kajian rintis biasanya tidak kurang daripada 20 orang
responden (Dermoott & Sarrela. 1996).
Kajian rintis ini telah dijalankan ke atas 35 orang guru sekolah
menengah Daerah Kota Tinggi yang dipilih secara rawak. Responden diberikan
kebebasan untk menjawab soal selidik mengikut kesesuaian masa mereka.
Borang soal selidik yang telah dilengkapkan dikembalikan ke dalam bakul yang
telah disediakan.
Menurut Hair (2003), tahap penerimaan kebolehpercayaan sesuatu
instrumen kajian menunjukkan responde telah menjawab soalan dalam keadaan
yang konsisten. Beliau telah mengariskan panduan mengenai nilai Alfa
Cronbach yang menjelaskan kekuatan hubungan seperti jadual 3.6 berikut :
Jadual 3.7 : Pekali Saiz Alpha Cronbach ( Peraturan Umum)
JULAT ALPHA CRONBACH KEKUATAN HUBUNGAN
< 0.6 Lemah
0.6 < 0.7 Sederhana
0.7 < 0.8 Baik
0.8 < 0.9 Sangat Baik
0.9 Terbaik
57
Kajian ini telah menguji instrumen bagi pelaksanaan kajian kuantitatif.
Data kajian rintis dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package
For Social Science (SPSS) versi 16.0 dan nilai kebolehpercayaan yang
diperolehi ialah 0.844. Manakala nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach setiap
aspek kajian ditunjukkan dalam jadual 3.8 berikut :
Jadual 3.8 : Nilai Alpha Cronbach Setiap Aspek
ASPEKBILANGAN
ITEM
NILAI ALPHA
CRONBACH
Reaksi 10 0.836
Pembelajaran 6 0.848
Impak PIO terhadap Tingkah laku 16 0.805
Hasil PIO terhadap organisasi 13 0.749
3.9 Analisis Data Kajian
Semua data yang telah diperolehi dari soal selidik dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi
16.0. Bahagian A dianalisis secara diskriptif dengan menggunakan kekerapan
dan peratus.
Kajian ini menggunakan kaedah analisis statistik. Data kuantitatif yang
diperolehi daripada soal selidik akan dianalisis menggunakan program SPSS.
Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Analisis statistik deskriptif
menggunakan frekuensi dan peratusan. Analisis ini digunakan untuk
memperihalkan demografi sampel kajian seperti jantina dan bangsa. Frekuensi
dan peratus juga digunakan untuk menganalisis respon guru terhadap impak PIO
daripada aspek reaksi, aspek pembelajaran, aspek perlakuan dan aspek hasil.
58
Sementara itu, analisis statistik inferensi dimulakan dengan analisis cross
tabulation dan analisis Chi-Kuasa Dua untuk melihat sama ada terdapat
perkaitan antara pemboleh ubah bersandar yang terlibat dalam kajian.
3.10 Prosedur Kajian
Prosedur Kajian perlu dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat dan
data yang diperlukan dalam kajian ini. Setelah berbincang dan mendapat
persetujuan daripada penyelia tentang skop kajian, proposal kajian dan soal
selidik telah disediakan. Seterusnya pengkaji perlu mendapatkan surat
pengesahan dari fakulti untuk menjalankan kajian. Surat tersebut diperlukan
untuk mendapatkan kelulusan dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan (EPRD) secara atas talian. Setelah memperolehi kelulusan
daripada EPRD, surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Johor pula diperlukan.
Setelah kelulusan dan kebenaran menjalankan kajian diperolehi, pungutan data
terus dijalankan di sekolah-sekolah terpilih. Pengkaji telah berhubung terus
kepada pentadbir sekolah-sekolah terbabit dan berbincang mengenai kajian yang
hendak dijalankan.
Setelah persetujuan diperolehi daripada pihak pentadbir, set soal selidik
telah diedarkan kepada responden untuk dijawab. Taklimat ringkas mengenai
tujuan kajian dan cara menjawab dilakukan kepada responden. Pengkaji
memberi tempoh selama lima hari untuk reponden menjawab set soalan yang
diberikan dan menyerahkannya kepada Penolong Kanan Pentadbiran. Pengkaji
telah meminta jasa baik Penolong Kanan Pentadbiran untuk membantu
mengumpulkan borang soal selidik tersebut.
Setelah kesemua soal selidik diterima, set soal selidik tersebut
dinomborkan mengikut sekolah dan difailkan. Semua data diperolehi dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 17.0.
59
Prosedur kajian ini telah dilaksanakan mengikut perancangan kerja
dalam jadual 3.9.
Jadual 3.9 : Perancangan Kerja
BIL AKTIVITI TARIKH
1 Pendaftaran Subjek 11 Okt. 2012
2
Pertemuan dan perbincangan bersama
penyelia berkatitan bahan-bahan bacaan dan
pengunaan perisian Endnote 4
13 Okt. 2012
3Pertemuan dengan penyelia untuk
menetapkan tajuk tesis27 Okt 2012
4Mengumpul bahan-bahan untuk penulisan
Bab 103 Nov 2012
5Semakan dan pembetulan Bab 1 oleh
penyelia08 Dis 2012
6Mengumpul bahan-bahan untuk penulisan
Bab 322 Dis 2012
7Semakan dan pembetulan Bab 3 oleh
penyelia30 Dis 2012
8Mengumpul bahan-bahan untuk penulisan
Bab 202 Jan 2013
9Semakan dan pembetulan Bab 2 oleh
penyelia12 Jan 2013
10 Membina item soal selidik 13 Jan 2013
11Penyemakan bab 2, bab 3 dan item soal
selidik19 Jan 2013
12 Menjalankan kajian rintis
13 Penghantaran Bab 1, 2 dan 3 kepada penyelia
60
14 Mengedar soal selidik dan mengumpul data
15 Analisis data dan proses menulis Bab 4
16 Semakan Bab 4 dan membuat pembetulan
17 Proses menulis Bab 5
18 Penyerahan draf kepada penyelia
19Penghantaran kajian untuk semakan
pemeriksa
3.11 Penutup
Metodologi kajian merupakan perkara yang amat penting digunakan
untuk menjawab persoalan-persoalan kajian seperti yang dinyatakan dalam Bab
1. Soal selidik merupakan instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Semua
data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis data
kajian akan diperincikan dalam bab berikutnya.
61