TOPIK 2: SISTEM-SISTEM
EKONOMIDisediakan oleh: Chin Han Wei
HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan masalah-masalah asas
ekonomi. Menjelaskan jenis-jenis sistem ekonomi. Membezakan jenis-jenis sistem ekonomi. Menerangkan konsep dan falsafah
disebalik sistem ekonomi Islam.
2.1 MASALAH ASAS EKONOMI
Masalah asas ekonomi
Apa yang
hendak dikeluark
an?
Berapa banyak hendak
dikeluarkan?
Bagaimana
hendak dikeluark
an?
Untuk siapa
barang dikeluark
an?
2.1.1 APA YANG HENDAK DIKELUARKAN? Merujuk kepada jenis barang yang
hendak dikeluarkan oleh masyarakat menggunakan faktor pengeluaran yang terhad.
Misalnya, masyarakat berkehendakkan telefon bimbit.
2.1.2 BERAPA BANYAK YANG HENDAK DIKELUARKAN? Merujuk kepada jumlah atau kuantiti
barang yang hendak dikeluarkan oleh masyarakat.
Misalnya, masyarakat memilih untuk mengeluarkan kuantiti telefon bimbit sebanyak 1000 unit.
2.1.3 BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN? Merujuk kepada teknik atau kaedah
pengeluaran yang digunakan oleh seseorang pengeluar, sama ada: Berintensifkan buruh
Menggunakan buruh lebih banyak daripada modal Berintensifkan modal
Menggunakan modal lebih banyak daripada buruh
Memaksimumkan output dan meminimumkan kos pengeluaran.
Misalnya, firma kecil lebih berinsentifkan buruh berbanding dengan firma besar yang berinsentifkan modal.
2.1.4 UNTUK SIAPA BARANG DIKELUARKAN? Merujuk kepada sekumpulan manusia
atau masyarakat yang akan membeli barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan.
Permintaan bergantung kepada tingkat pendapatan yang diperolehi.
2.2 SISTEM-SISTEM EKONOMI
Sistem-
sistem
ekonomi
Kapitalis
Sosialis
Ekonomi
campuran
Sistem ekono
mi Islam
2.2.1 SISTEM EKONOMI KAPITALIS Adalah sistem ekonomi pasaran bebas. Juga dikenali sebagai laissez-faire atau sistem
enterprise bebas. Ciri-ciri sistem ekonomi kapitalis:
Tiada campur tangan daripada pihak kerajaan Setiap firma mempunyai kebebasan untuk membuat
keputusan ekonomi Individu dan sektor swasta bebas memiliki harta tanpa
had Mekanisma harga digunakan sebagai indikator dalam
memastikan pengaliran barangan dan perkhidmatan dalma pasaran
Matlamat utama pengeluar adalah memaksimumkna keuntungan manakala pengguna adalah memaksimumkan kepuasan.
Amerika Syarikat.
BEBERAPA KEBAIKAN SISTEM EKONOMI KAPITALIS Intensif kepada mereka yang bekerja
kuat. Persaingan yang membawa kepada
pembaharuan dan penambahbaikan kualiti sesuatu produk.
Kepuasan melalui pemilikan harta. Kebebasan dalam membuat pilihan. Faktor pengeluaran akan digunakan
secara efisien kerana firma akan menguruskan sumber secara cekap dan mengelakkan pembaziran.
KEBURUKAN SISTEM EKONOMI KAPITALIS Ketidaksamarataan pendapatan. Diskriminasi di antara golongan kaya
dengan golongan miskin. Kegagalan menyediakan barangan awam
kerana tidak menguntungkan firma. Monopoli, dimana firma besar akan
menguasai pasaran dan mengenepikan firma kecil.
Pengeluaran hasil ekonomi daripada sumber yang menyalahi peraturan dan undang-undang seperti perjudian kerana permintaan yang tinggi.
BAGAIMANA SISTEM EKONOMI INI MENYELESAIKAN MASALAH-MASALAH ASAS EKONOMI KAPITALIS?
Apa dan berapa banyakan hendak dikeluarkan?
•Pengguna mempunyai kebebasan untuk memilih.•Pengeluar akan meningkatkan penawaran jika permintaan daripada pengguna bertambah.
Bagaimana untuk mengeluar?•Bergantung kepada teknik pengeluaran yang digunakan.•Matlamat utama mesti mencapai keefisienan dan memaksimumkan keuntungan.
Untuk siapa dileluarkan? •Bergantung kepada kuasa beli pengguna.
2.2.2 SISTEM EKONOMI SOSIALIS Sebuah ekonomi perancangan pusat
(kerajaan membuat semua keputusan ekonomi).
Tidak terdapat sektor individu. Individu tidak mempunyai hak dalam
membuat keputusan ekonomi. Juga dikenali sebagai ekonomi arahan
atau sistem ekonomi terancang. Korea Utara dan Cuba.
BEBERAPA CIRI SISTEM EKONOMI SOSIALIS Kerajaan membuat kesemua keputusan ekonomi,
iaitu kerajaan secara langsung menguruskan sumber negara untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.
Kerajaan memiliki kesemua faktor pengeluaran dan output yang dihasilkan, dimana faktor pengeluaran diperuntukkan melalui unit perancangan pusat dan dihadkan berdasarkan kepada keperluan masyarakat.
Masyarakat perlu mematuhi arahan kerajaan kerana kerajaan mempunyai kuasa mutlak.
Keseimbangan dalam agihan pendapatan, dimana masyarakat memperolehi bayaran pendapatan dalam jumlah yang sama, tanpa menghiraukan apa yang mereka lakukan.
KELEBIHAN SISTEM EKONOMI SOSIALIS Keseimbangan agihan pendapatan
kepada masyarakat, tanpa menghirau apa yang mereka lakukan.
Setiap kawasan dibangunkan secara sama rata, memandangkan pembahagian pendapatan dikalangan masyarakat adalah sama.
Tidak terdapat diskriminasi, dimana setiap individu diberi pendapatan yang secukupnya untuk keperluan mereka kerana kerajaan tahu apa yang terbaik untuk rakyatnya.
Faktor pengeluaran digunakan secara efisien kerana kerajaan yang membuat semua keputusan ekonomi.
Kadar pengangguran berkurangan kerana kerajaan memastikan setiap pekerjaan adalah mengikut keperluan industri.
Kerajaan menyediakan barangan awam untuk keperluan dan keselesaan rakyat mengikut keperluan.
Kadar inflasi adalah rendah kerana harga barang dan perkhidmatan dikawal oleh kerajaan.
KELEMAHAN SISTEM EKONOMI SOSIALIS Pengeluar tiada inisiatif untuk mengeluarkan
produk baru kerana mempunyai daya pengeluaran yang lemah.
Pengguna tidak ada kebebasan untuk memilih apa yang mereka kehendaki kerana kerajaan menyediakan semua keperluan asas berdasarkan kuota yang telah ditetap atau dihadkan.
Pekerja tiada pilihan untuk bekerja apa atau dimana kerana telah ditentukan oleh pihak berkuasa.
Pekerja tiada dorongan untuk bekerja kuat kerana pendapatan yang diterima mereka adalah sama.
Pelaburan antarabangsa adalah minimum kerana ketiadaan persaingan dan oleh sebab segala sumber ekonomi adalah milik kerajaan.
Kerajaan mungkin menghasilkan barangan yang tidak perlu dan tidak dikehendaki oleh pengguna seperti senjata.
Oleh sebab mekanisme harga tidak beroperasi dalam sistem ini, maka agak sukar untuk menganggarkan permintaan pengguna terhadap barangan dan perkhidmatan.
BAGAIMANA SISTEM EKONOMI SOSIALIS MENYELESAIKAN MASALAH ASAS EKONOMI?
Sistem ini dikawal sepenuhnya oleh kerajaan dan bukan sektor individu.
Kerajaan bertanggungjawab menyelesaikan keempat-empat masalah asas ekonomi.
Rakyat tiada pilihan tetapi perlu menerima setiap keputusan yang dilakukan oleh kerajaan.
2.2.3 SISTEM EKONOMI CAMPURAN Gabungan di antara Sistem Ekonomi
Kapitalis dan Sistem Ekonomi Sosialis. Mengambil kebaikan yang ada pada
kedua-dua sistem ekonomi Kapitalis dan Sosialis.
Kerajaan dan individu berbincang untuk membuat keputusan dalam ekonomi.
Singapura, Malaysia dan England.
CIRI SISTEM EKONOMI CAMPURAN Individu dan kerajaan membuat
keputusan ekonomi. Individu bebas untuk mempunyai
kekayaan, tetapi akan dikenakan cukai oleh kerajaan.
Individu juga bebas untuk membuat keputusan ekonomi, tetapi apabila perlu, kerajaan akan campur tangan melalui penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.
Pendapatan individu adalah berdasarkan usaha dan sistem ganjaran.
Kerajaan menyediakan barangan awam seperti pengangkutan awam untuk keselesaan dan kemudahan rakyat.
Kerajaan memberi bantuan kewangan untuk tujuan pembelajaran dan perkhidmatan kesihatan dengan harga yang minimum bagi meningkatkan taraf hidup rakyatnya.
BEBERAPA KELEBIHAN SISTEM EKONOMI CAMPURAN Kerajaan menyediakan barangan awam
pada harga yang berpatutan. Ekonomi adalah stabil kerana aktiviti
ekonomi dirancang dengan lebih teratur. Walaupun keuntungan peribadi kurang,
masyarakat akan mendapat lebih ganjaran dan manfaat berikutan kurangnya diskriminasi mahupun kuasa monopoli.
Kerajaan akan cuba untuk mengurangkan jurang pendapatan rakyatnya dengan mengenakan cukai pendapatan.
Jualan dan pengeluaran barangan yang tidak berfaedah seperti arak dan tembakau dikurangkan demi untuk kebaikan masyarakat.
Kos sosial yang ditanggung oleh masyarakat akan berkurangan kerana kerajaan akan mewujudkan peraturan dan undang-undang untuk memastikan kaedah pengeluaran yang digunakan oleh firma tidak menjejaskan atau menyebabkan kerosakan terhadap alam sekitar.
BAGAIMANA SISTEM EKONOMI CAMPURAN MENYELESAIKAN MASALAH ASAS EKONOMI?
•Ditentukan oleh mekanisme harga melalui teori permintaan dan penawaran.•Kerajaan hanya perlu campur tangan apabila perlu.
Apa dan berapa banyak perlu dikeluarkan?
•Pengeluar akan mencari cara yang paling efisien dengan kos yang efektif dalam proses pengeluaran.•Kerajaan akan mengawal undang-undang jika wujud ketidakcekapan dalam pengeluaran sesuatu barangan.
Bagaimana hendak
mengeluarkan?
•Berdasarkan kepada agihan pendapatan masyarakat.•Pengagihan barangan adalah ditentukan oleh kuasa beli penggunan dan sesebuah organisasi.
Untuk siapa dikeluarkan?
2.2.4 SISTEM EKONOMI ISLAM Matlamat utama adalah untuk mencapai Al-
Falah. Al-Falah bermaksud mencapai kejayaan hidup di
dunia dan akhirat. Islam tidak melihat aktiviti ekonomi daripada
aspek materialistik semata-mata tetapi juga daripada segi aspek kerohanian.
Falsafah asas penubuhan sistem ekonomi Islam adalah: Konsep Tauhid Konsep Rububiyyah Konsep Tazkiyyah Konsep Khilafah Konsep Ukhuwwah
KONSEP TAUHID Konsep yang mempercayai bahawa
dalam Islam, hanya Allah yang patut disembah.
Kepercayaan terhadap Tauhid dibahagikan kepada:Hubungan di antara manusia dengan Allah
(Habluminallah)Hubungan sesama manusia
(Habluminannas)
KONSEP RUBUBIYYAH Mempercayai bahawa hanya Allah
adalah pencipta dan paling berkuasa. Dia juga pemurah dan mengatur aktiviti-
aktiviti manusia untuk mencapai Al-Falah di dunia dan akhirat.
KONSEP TAZKIYYAH Tazkiyyah adalah bermaksud penyucian. Islam mempercayai bahawa sebelum
seseorang melakukan sebarang aktiviti ekonomi, dia perlu membentuk jiwa yang bersih.
Misalnya memberi zakat dan sedekah.
KONSEP KHILAFAH Manusia adalah khalifah Allah di atas
muka bumi. Dalam Islam, manusia dicipta sebagai
pemegang amanah dan mempunyai tanggungjawab.
Manusia telah dicipta dan diberi kepercayaan untuk memaju dan membangunkan negara dan sentiasa menghambakan diri kepada Allah.
KONSEP UKHUWWAH Adalah konsep bersaudara. Islam percaya bahawa setiap manusia
adalah bersaudara. Mereka mesti bertanggungjawab,
berkasih sayang dan hormat menghormati diantara satu sama lain.
Mereka dalam Islam, mereka yang rela berkorban demi persaudaraan bagi menunjukkan tanda keimanan yang tinggi.
Penindasan, pemerasan dan kebakhilan tidak pernah wujud dalam Sistem Ekonomi Islam.
BAGAIMANA SISTEM EKONOMI ISLAM MENYELESAIKAN MASALAH ASAS EKONOMI? Apa dan berapa banyak yang hendak
dikeluarkan? Masalah asas ekonomi mengenai apa dan berapa
banyak yang hendak dikeluarkan diselesaikan melalui prinsip Syariah yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.
Barang dan perkhidmatan yang dihasilkan mestilah halal dan dibenarkan berdasarkan kepada pengkelasan barangan dalam Islam.
Kehendak masyarakat perlu diambil kira berbanding dengan kehendak individu.
Misalnya, sekiranya bangunan yang ditambak akan memberi kesan terhadap persekitaran, maka kerajaan perlu memikirkan cara penyelesaian yang terbaik.
Bagaimana barang dikeluarkan? Pengeluar akan memilih teknik pengeluaran yang
paling cekap dengan kos yang paling efektif. Misalnya, pengeluar tidak akan menghasilkan
barang yang haram dan barang yang boleh membawa kerosakan kepada masyarakat dan alam sekitar.
Barang yang dihasilkan mestilah berketepatan dengan pengkelasan barangan dalam Islam.
Matlamat utama dalam memilih kaedah pengeluaran yang terbaik adalah tidak semata-mata untuk mendapatkan keuntungan tetapi juga dapat mencapai memaksimumkan kecekapan.
UNTUK SIAPA BARANG DIKELUARKAN? Barangan yang dihasilkan mestilah halal
dan berketepatan dengan pengkelasan barangan di dalam Islam.
Kerajaan perlu mendahulukan keperluan golongan miskin berbanding kaya.
Islam menekankan kesederhanaan dalam hidup dimana yang kaya tidak terlalu kaya dan tidak terlalu miskin.
Dalam ekonomi Islam, dua golongan ini boleh hidup dalam harmoni dan damai untuk mencapai Al-Falah di dunia dan akhirat.
PENGKELASAN BARANG DAN PERKHIDMATAN DALAM SISTEM EKONOMI ISLAM
Dalam Islam, barang dan perkhidmatan adalah nikmat dan ganjaran kurnia Allah.
Ia berguna dan bermanfaat kerana membawa kebaikan moral dan akhlak.
Dalam Al-Quran, barang dan perkhidmatan merujuk kepada:Al-Tayyibat (barang yang halal)Al-Rizq (ganjaran syurga)
BARANGAN DALAM ISLAM DIKELASKAN KEPADA EMPAT IAITU:
Barang Dharuriyyah
Barang Hajiyyah
Barang Tahsiniyyah atau
Kamaliyyah
Barang Tarafiyyah
BARANG DHARURIYYAH Merupakan barang asas. Adalah barang keperluan dan manusia
tidak dapat meneruskan kehidupan tanpanya.
Misalnya, makanan.
BARANG HAJIYYAH Barang yang menyelesakan. Barang yang memberi keselesaan
kepada pengguna. Misalnya, tv.
BARANG TAHSINIYYAH ATAU KAMALIYYAH Adalah barang mewah. Barang ini melengkapkan kehidupan
manusia. Tanpanya, manusia masih boleh
meneruskan kehidupan dengan selesa. Misalnya, belian.
BARANG TARAFIYYAH Adalah barang yang diharamkan dalam
Islam kerana ia membawa kesan negatif terhadap masyarakat.
Ia bukan sahaja berlebihan tetapi merupakan satu pembaziran.
Malah ia akan membawa kerosakan kepada manusia seperti rokok.
Bertentangan dengan ajaran agama Islam.