09 topik 1 sistem persamaan linear

Upload: ha-hangping

Post on 29-Oct-2015

2.710 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sistem Persamaan Linear

TRANSCRIPT

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    1

    TOPIK 1 SISTEM PERSAMAAN LINEAR

    1.1 SINOPSIS

    Topik ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan tentang sistem persamaan linear dengan

    beberapa kaedah penyelesaian seperti kaedah penggantian, penghapusan, penggantian

    kebelakang,kaedah penghapusan Gauss dan juga kaedah penghapusan Gauss-Jordan. Selain

    itu ia juga membincangkan penggunaan sistem persamaan linaer dan ketaksamaan linear di

    dalam kehidupah harian.

    1.2 HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda dijangka akan dapat:

    Menyelesaikan sistem persamaan dan ketaksamaan linear

    Menggunakan konsep sistem persamaan dan ketaksamaan linear untuk menyelesaikan

    masalah yang berkaitan.

    1.3 Kerangka Tajuk

    Rajah 1.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan

    Sistem Persaman Linear

    Penyelesaian Persamaan Linear

    Kaedah Penghapusan

    Kaedah PengantianKaedah Gauss -

    JordanSistem Homogen

    Pemprograman linear dan

    ketaksamaan linear dan aplikasi

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    2

    1.4 Sistem Persamaan Linear

    1.4.1 Pengenalan

    Sistem persamaan linear adalah merupakan sebahagian daripada algebra linear, jika

    diperhatikan dan diteliti apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita berkait rapat dengan

    sistem persamaan linear terutamanya dalam bidang sains, industri dan juga pemasalahan

    ekonomi.Pemasalahan tersebut boleh diringkaskan dalam bentuk sistem persamaan linear

    yang mengandungi satu atau lebih pembolehubah dan sistem ini perlu di selesaikan dengan

    beberapa kaedah. Modul ini adalah untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah sistem

    persamaan linear dengan menggunakan beberapa kaedah dan juga aplikasinya dalam

    kehidupan seharian.

    1.4.1 Persamaan Linear

    Ungkapan algebra telah diperkenalkan sejak kita berada di sekolah menengah lagi, malah

    perkataan persamaan linear adalah bukan asing bagi pelajar matematik. Sebelum kita pergi

    lebih lanjut lagi marilah melihat dahulu apakah yang dimaksudkan persamaan linear dan

    apakah jenis-jenis penyelesaianya. Persamaan linear adalah satu persamaan yang mempunyai

    pembolehubah berdarjah satu. Secara algebra, persamaan linear dalam dua pembolehubah

    boleh ditulis sebagai ax + by = c dengan a,b dan c adalah pemalar, secara geometrinya apabila

    dilakarkan ia akan membentuk satu garis lurus seperti yang di gambarkan di dalam Rajah 1a,

    manakala jika persamaan linear yang mempunyai tiga pembolehubah ia ditulis sebagai ax + by

    + cz = d dengan a,b,c dan d adalah pemalar. Apabila ia dilakarkan ia akan membentuk satu

    satah dalam ruang tiga dimensi seperti di gambarkan dalam rajah 1b.

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    3

    Selain itu persamaan linear ini tidak terhad kepada dua atau tiga pembolehubah sahaja, ia

    boleh jadi empat , lima dan banyak pembolehubah. Secara umumnya persamaan linear boleh

    ditakrifkan seperti berikut:

    Contoh 1.1

    Persamaan-persamaan berikut adalah linear

    (a) 3x 4y = -1,

    merupakan persamaan linear dengan dua pemboleh ubah

    (b) r s - 2

    3t = 9,

    merupakan persamaan linear dengan tiga pemboleh ubah

    (c) x1 2x2 + 3x3 + x4 = 5,

    merupakan persamaan linear dengan empat pemboleh ubah.

    Daripada contoh 1.1 di atas kita lihat bahawa darjah tertinggi bagi setiap pembolehubah adalah

    satu.

    Takrif 1 : Persamaan Linear

    Persamaan linear dengan n pemboleh ubah x1, x2, . . . ,xn adalah persamaan berbentuk

    a1x1 + a2x2 + . . . + anxn = b

    dengan a1, a2, . . . , an dan b adalah nombor nyata.

    x

    y

    ax + by = c

    x

    y

    z Rajah 1a Rajah 1b

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    4

    Contoh 1.2

    Persamaan-persamaan berikut adalah bukan persamaan linear

    (a) x + 3y2 = 4

    (b) 2y sin x = 0

    (c) x1 + 2x2 x3 = 3

    (d) x + 2xy z = 1

    Dalam contoh 1.2 ini,

    (a) darjah tertinggi bagi y adalah 2 maka ia adalah bukan linear

    (b) sin x adalah merupakan fungsi trigonometri maka ia bukan linear

    (c) darjah bagi x1 adalah 1

    2 maka ia juga bukan linear

    (d) hasil darab pemboleh ubah x dan y menghasilkan jumlah darjahnya adalah dua, maka ia

    bukan linear.

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    5

    Anda telah mencuba aktiviti di atas?

    Adakah anda telah memberi jawapan yang betul?

    Sekarang lihat panduan ini:

    Semak pembolehubah bagi persamaan tersebut

    (i) Persamaan linear tidak mempunyai pemboleh ubah yang di darab atau punca kuasa

    seperti xy, xyz, .

    (ii) Darjah tertinggi bagi pembolehubah adalah satu. Maka sebutan berbentuk seperti x2, y3

    z4 adalah bukan persamaan linear.

    (iii) Pemboleh ubah yang melibatkan fungsi logaritma, fungsi eksponen dan fungsi

    trigonometri seperti log10x, ex dan sinx adalah bukan persamaan linear.

    Ya, mungkin anda telah memberi jawapan yang betul. tahniah!.

    Latihan 1.1

    Tentukan sama ada persamaan berikut adalah linear atau tidak dan nyatakan sebabnya.

    (a) x + 3y = 5

    (b) x1 + 3x22 = 8 x3

    (c) x + 2y z = 3

    (d) 3x1 -4x3 = 1

    3x2 +3x4

    (e) 3x + 2y z + xyz = 4

    (f) x + 2y -3z = sin, dengan adalah pemalar.

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    6

    1.4.2 Penyelesaian Sistem Persamaan Linear

    Sedikit sebanyak kita telah memahami apa itu persamaan linear. Seterusnya kita akan mengkaji

    pula sistem persamaan linear dan juga jenis-jenis penyelesaian bagi sistem ini. Sebelum itu

    marilah kita lihat takrifannya.

    Sebagai contoh, pertimbangkan sistem persamaan linear yang mempunyai dua pembolehubah

    x + 2y = 7

    2x - 3y = 0

    mempunyai penyelesaian [3,2] dimana ianya memenuhi kedua-dua persamaan tersebut.

    Cuba anda gantikan nilai x = 3 dan y = 2 dalam kedua-dua persamaan tersebut, apakah ia

    memenuhi persamaan itu? ya.

    Bagaimana jika anda gantikan nilai x = 1 dan y = 3 dalam kedua-dua persamaan tersebut

    adakah ia memenuhi kedua-duanya, dengan kata lain [1,3] bukan merupakan penyelesaian

    kepada sistem persamaan linear tersebut kerana ia hanya memenuhi persamaan linear yang

    pertama sahaja.

    Takrif 2: Sistem Persamaan Linear

    Sistem persamaan linear yang mempunyai m persamaan dan n pembolehubah adalah sistem berbentuk a11x1 + a12x2 + . . . + a1nxn = b1 a21x1 + a22x2 + . . . + a2nxn = b2 . . . . . . . . . . . . . . . am1x1 + am2x2 + . . . + amnxn = bm dengan aij adalah pekali bagi pembolehubah xj, dan bi adalah pemalar. Penyelesaian persamaan linear adalah merupakan s1,s2,...,sn yang memenuhi setiap persamaan linear dalam sistem di atas.

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    7

    Contoh 1.3

    Selesaikan sistem persamaan linear berikut:

    2x + y = 1

    x y = -1

    Penyelesaian:

    Dengan menambahkan kedua-dua persamaan tersebut memberikan

    3x = 0, oleh itu

    x = 0.

    Kemudian gantikan x = 0 kedalam persamaan ke dua kita dapati y = 1, maka(0,1) merupakan

    penyelesaian kepada kedua-dua persamaan linear tersebut dan ini adalah hanya satu-satunya

    penyelesaian untuk sistem persamaan tersebut. Secara geometri penyelesaian sistem

    persamaan ini boleh digambarkan seperti berikut:

    x

    y

    x y = 1

    x + y = 3

    (2,1)

    2

    1

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    8

    Contoh1.4

    Selesaikan sistem persamaan linear berikut:

    x y = 2

    2x 2y = 4

    Penyelesaian:

    Persamaan yang kedua dalam sistem di atas adalah dua kali ganda dari persamaan yang

    pertama.Oleh itu penyelesaian sistem persamaan linear di atas adalah berdasarkan persamaan

    yang pertama iaitu x y = 2, ini boleh diwakili parameter (2 + t, t) bagi sebarang nilai nyata t. Ini

    memberikan sistem mempunyai penyelesaian yang tak terhingga.

    Penyelesaian sistem persamaan ini boleh digambarkan seperti berikut:

    x

    y x y = 2

    2x 2y = 4

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    9

    Contoh1.5

    Selesaikan sistem persamaan linear berikut:

    x y = 1

    x y = 3

    Penyelesaian:

    Sebagai contoh mari kita gantikan x = 0 pada persamaan yang pertama, didapati y = -1 dan

    apabila x = 0 digantikan dalam persamaan kedua didapati y = -3, ini tidak boleh berlaku kerana

    satu nilai x tidak boleh mempunyai dua nilai y yang berbeza pada satu titik. Oleh itu sistem ini

    tidak mempunyai penyelesaian.

    Penyelesaian sistem persamaan ini boleh digambarkan seperti berikut:

    Perhatikan ketiga-tiga contoh di atas, sistem dalam contoh 1.3, 1.4 dan 1.5 mengambarkan

    hanya ada tiga kemungkinan bilangan penyelesaian dalam sistem persamaan linear dengan

    pekali nombor nyata.Sistem persamaan linear dikatakan konsisten jika ia mempunyai

    sekurang-kurangnya satu penyelesaian. Sistem yang tidak mempunyai penyelesaian adalah

    x

    y x y = 1

    x y = 3

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    10

    tak konsisten. Sebagai kesimpulan, Sistem Persamaan Linear dengan pekali nombor nyata

    mempunyai sama ada:

    (a) penyelesaian unik,

    (b) penyelesaian tak terhingga,

    (c) tiada penyelesaian.

    Penyelesaian Sistem Persamaan Linear ini boleh diringkaskan seperti dalam Rajah 2 di

    bawah.

    Rajah 2

    Sistem Persamaan Linear

    Konsisten

    Penyelesaian UnikPenyelesaian Tak

    Terhingga

    Tak Konsisten

    Tiada Penyelesaian

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    11

    Latihan 1.2

    Tentukan sama ada sistem persamaan linear berikut adalah mempunyai

    penyelesaian unik,penyelesaian tak terhingga atau tiada penyelesaian.

    (a) x + y = 0 (c) 3x 6y = 3

    2x + y = 3 -x + 2y = 1

    (b) x 2y = 7 (d) 0.10x 0.05y = 0.20

    3x + y = 7 -0.06x + 0.03y = -0.12

    Jawapan:

    (a) penyelesaian unik

    (b) tiada penyelesaian

    (c) penyelesaian tak terhingga

    (d) penyelesaian unik

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    12

    1.4.2.1 Kaedah Penghapusan

    Kaedah penghapusan adalah di mana satu pembolehubah perlu dihapuskan dari persamaan

    yang telah diberikan. Kaedah ini sesuai bagi sistem persamaan linear yang ringkas dan agak

    kurang sesuai untuk sistem yang mempunyai tiga pembolehubah keatas. Sebagai mengingat

    kembali mari kita lihat contoh penyelesaian persamaan serentak berikut:

    Contoh1.6

    Selesaikan persamaan berikut:

    x y = 2 ....................(1)

    x + y = 6 .....................(2)

    Penyelesaian:

    Pilih pembolehubah yang hendah dihapuskan. Bagi contoh di atas hapuskan pembolehubah y.

    Maka pertama sekali pastikan pekalinya sama. Jika tidak darabkan dengan nombor yang sesuai

    supaya menjadi sama. Bagi contoh ini pekali y adalah sama walaupun berlawanan tanda ,

    maka untuk menghapuskan pembolehubah y lakukan operasi persamaan (1) + (2).

    Persamaan (1) + (2) maka didapati 2x = 8

    x = 4

    dan gantikan x = 4 kedalam persamaan (2)

    x + y = 6

    4 + y = 6

    y = 2,

    maka penyelesaian persamaan tersebut ialah x=4 dan y = 2.

    1.4.2.2 Kaedah Pengantian

    Kaedah pengantian ini merupakan satu kaedah di mana satu pembolehubah yang dipilih

    dijadikan sebagai tajuk rumus. Setelah itu tajuk rumus tersebut digantikan semula dalam

    persamaan satu lagi.

    Contoh 1.7

    Selesaikan sistem persamaan linear berikut:

    x + 2y = 7 .................(1)

    3x 4y = 31 .................(2)

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    13

    Penyelesaian

    Langkah 1: pilih x sebahagai tajuk rumus bagi persamaan (1).

    x = 7 2y

    Langkah 2: Gantikan tajuk rumus itu kedalan persamaan (2)

    3(7 2y) -4y = 31

    21 6y 4y = 31

    10y = 10

    y = -1

    Langkah 3: gantikan nilai y kedalam mana-mana persamaan.

    Gantikan dalam (1)

    x + 2(-1) = 7

    x = 9

    1.4.2.3 Kaedah Pengantian kebelakang

    Walau bagaimanapun bagi sistem persamaan linear yang melibatkan tiga atau lebih

    pembolehubah kaedah penyelesaiannya agak rumit jika menggunakan dua kaedah yang telah

    dibincangkan di atas.

    Contoh 1.8

    (a) 3x1 + 2x2 x3 = 2 (b) 3x1 + 2x2 x3 = 2

    3x1 x2 + x3 = 5 x2 = 3

    3x1 + 2x2 + x3 = 2 2x3 = 4

    Sistem persamaan (a) dan (b) sebenarnya jika diselesaikan akan mendapat jawapan yang

    sama. Bagi menyelesaikan sistem (b) gunakan kaedah pengantian kebelakang , iaitu:

    3x1 + 2x2 x3 = 2 .........................(1)

    x2 = 3 .........................(2)

    2x3 = 4 .........................(3)

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    14

    Penyelesaian:

    2x3 = 4, maka x3 = 2 dan x2 = 3,

    gantikan nilai x2 dan x3 dalam persamaan (1)

    3x1 + 2(3) 2 = 2

    x1 = 2

    Penyelesaian bagi sistem (a) boleh dibuat secara penghapusan dan pengantian. Namun ia

    adalah sukar.

    Maka adalah lebih baik sistem (a) di turunkan kepada sistem (b) dan akhirnya diselesaikan

    dengan kaedah pengantian kebelakang.

    1.4.3 Operasi Baris Permulaan

    Sebarang sistem persamaan linear boleh di transformkan kedalam bentuk persamaan matriks

    dan sebarang matriks yang diperolehi daripada matriks yang lain dengan menggunakan turutan

    operasi baris dikatakan setara dengan matriks yang asal.

    Takrif 3

    Operasi Baris Permulaan (O.B.P) boleh dilakukan dengan tiga operasi berikut:

    (a) dua baris sesuatu matriks boleh ditukargantikan

    Kedudukanya, operasi ditulis sebagai BjBk.

    (b) unsur-unsur suatu baris bagi suatu matriks boleh didarabkan

    dengan suatu pemalar bukan sifar, operasi boleh ditulis

    sebagai ()Bk.

    (c) suatu baris bagi suatu matriks boleh diubah dengan

    menambahkan kepadanya suatu gandaan sebarang baris

    yang lain, operasi boleh ditulis sebagai ()Bj + Bk.

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    15

    Sebelum pergi lebih lanjut mengenai Operasi Baris Permulaan, kita kena tahu apakah tujuan

    untuk melakukan operasi baris permulaan kepada sistem linear yang asal. Sebenarnya

    tujuannya adalah untuk menyelesaikan sistem tersebut dan apabila kita lakukan operasi baris

    permulaan kita lakukan sehingga sistem membentuk pekali matriksnya berbentuk matriks

    segitiga.

    Contoh 1.9

    Berikut adalah contoh sistem persamaan linear berbentuk segitiga:

    x + 2y + z = 3

    7y + 6z = 10 atau dalam bentuk matriks imbuhan

    2z = 4

    Setelah sistem itu berada dalam bentuk segitiga maka akan mudah membuat pengantian

    kebelakang untuk memyelesaikan sistem tersebut. seperti contoh di atas gunakan penggantian

    kebelakang, 2z = 4, maka z = 2

    Gantikan z = 2 kedalam persamaan kedua didapati

    7y + 6(2) = 10, maka 7y = -2 dan y = 2

    7

    Seterusnya gantikan kedalam perssamaan pertama, didapati

    x + 2(2

    7) + 2 = 3, dan x =

    11

    7

    maka penyelesaian sistem tersebut adalah (11

    7,

    2

    7, 2)

    sekarang marilah kita teruskan dengan operasi baris permulaan. Lihat contoh-contoh berikut:

    Takrif 4

    Sesuatu sistem Linear dikatakan pekalinya berbentuk matriks segitiga jika semua

    pemasukan di bawah pepenjuru dari bahagian atas di sebelah kiri ke bahagian bawah di

    sebelah kanan ialah sifar.

    1 2 10 7 60 0 2

    3

    104

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    16

    Contoh 1.10

    Selesaikan sistem persamaan linear berikut:

    x + 2y + z = 8

    2x + y - z = 1

    x + y - 2z = -3

    Penyelesaian:

    Tukarkan sistem di atas kepada bentuk matriks imbuhan seperti berikut;

    1 2 12 1 11 1 2

    81

    3 ,

    untuk menjadikan matriks imbuhan ini berbentuk segitiga kita akan sifarkan semua

    pemasukan pada lajur pertama kecuali pelopor lajur pertama tersebut.

    B2 +(-2)B1 1 2 10 3 31 1 2

    8

    153

    B3+(-1)B1 1 2 10 3 30 1 3

    8

    1511

    Kemudian kita sifarkan pemasukan lajur kedua yang terletak dibawah pelopor baris kedua.

    B3 + (-1

    3) B2

    1 2 10 3 30 0 2

    8

    156

    Maka sistem linear di atas adalah setara dengan

    x + 2y + z = 8

    -3y + -3z = -15

    -2z = -6

    Jadi, dengan menggunakan kaedah pengantian kebelakang,

    z = 3, y = 2 dan x =1.

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    17

    1.2.3 Bentuk Eselon Baris

    Sebelum ini kita telah mempelajari suatu kaedah untuk menurunkan suatu sistem linear n x n ke

    bentuk segitiga.Maka kita diperkenalkan pula dengan Bentuk Eselon Baris(B.E.B).

    1.2.4 Bentuk Eselon Baris Terturun (B.E.B.T)

    Jika sesuatu matriks Bentuk Eselon Baris memenuhi dua ciri-ciri tambahan berikut kita

    katakan ia adalah Bentuk Eselon Baris Terturun.

    Jika lajur mengandungi pemasukan pelopor pada sebarang baris , maka semua

    kemasukan pada lajur tersebut adalah sifar.

    pemasukan baris bukan sifar adalah satu.

    Berikut adalah contoh matriks Bentuk Eselon Baris (B.E.B)

    2 4 10 1 20 0 0

    , 1 0 10 1 50 0 4

    , 1 1 2 1 0 0 1 30 0 0 0

    ,

    0 2 0 1 1 30 0 1 1 2 20 0 0 0 4 00 0 0 0 0 5

    .

    Berikut pula adalah contoh matriks Bentuk Baris Eselon Terturun

    1 0 00 1 00 0 1

    , 1 0 0 60 0 1 50 0 0 0

    , 1 9 0 7 00 0 1 8 00 0 0 0 1

    ,

    1 0 0 1 00 1 0 8 00 0 1 6 00 0 0 0 1

    .

    Takrif 5

    Suatu matriks dikatakan berada dalam Bentuk Eselon Baris jika;

    Semua baris sifar berada pada baris paling bawah matriks.

    Pemasukan pelopor pada setiap baris bukan sifar adalah pada sebelah

    kanan lajur yang mengandungi pemasukan pelopor pada baris sebelumnya.

    Jika lajur mengandungi pemasukan pelopor pada baris tertentu, maka

    semua kemasukan pada lajur dibawahnya adalah sifar.

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    18

    1.2.5 Kaedah Penghapusan Gauss

    Algorithma yang digunakan untuk menurunkan sebarang matriks imbuhan menjadi matriks

    bentuk eselon baris adalah dipanggil kaedah penghapusan gauss. Dalam teknik penghapusan

    Gauss, kita turunkan matriks imbuhan bagi sistem linear menjadi matriks bentuk eselon baris.

    Kemudian, kita selesaikan sistem linear yang setara dengan matriks baris eselon baris itu

    menggunakan teknik yang dipanggil penggantian kebelakang.

    Contoh 1.11

    Selesaikan sistem

    2x2 + 3x3 = 8

    2x1 + 3x2 + x3 = 5

    x1 x2 2x3 = -5

    Penyelesaian:

    Matriks imbuhannya ialah 0 2 32 3 11 1 2

    85

    5

    Kita teruskan dengan menurunkan matriks ini kepada Bentuk Eselon Baris, seperti berikut:

    0 2 32 3 11 1 2

    85

    5

    B1 B3 1 1 22 3 10 2 3

    558

    Sekarang mari kita jadikan sifar pada pemasukan kedua dalam lajur pertama:

    B2+( 2)B1 1 1 20 5 50 2 3

    5158

    Seterusnya kita darabkan dengan 1

    5 pada baris kedua untuk jadikan pemasukan pelopor baris

    kedua adalah 1.

    (1

    5) B2

    1 1 20 1 10 2 3

    538

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    19

    Apa yang harus dilakukan seterusnya ialah perlu sifarkan pada pemasukan pada baris ketiga

    lajur kedua.

    B3+( 2)B2 1 1 20 1 10 0 1

    532

    Hasilnya matriks imbuhan yang asal telah berada dalam bentuk eselon baris.

    Sistem linear itu adalah setara dengan :

    x1 x2 - 2x3 = -5

    3x2 + x3 = 3

    x3 = 2

    dan penggantian kebelakang memberikan

    x3 = 2,

    jadi x2 = 3 - x3

    = 3 2

    = 1, dan seterusnya

    x1 = -5 + x2 + 2x3

    = -5 + 1 + 4

    = 0.

    Kita tulis jawapan dalam bentuk vektor sebagai 012

    1.2.6 Kaedah Penghapusan Gauss-Jordan

    Kaedah ini adalah lanjutan dari kaedah Penghapusan Gauss, yang mana sesuatu sistem

    persamaan linear kita lakukan operasi baris sehingga kepada bentuk eselon baris terturun .

    Contoh 1.12

    Selesaikan sistem

    x + 3y - z = 8

    2x + y + z = 3

    3x - 2y - 2z = 1

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    20

    Penyelesaian:

    Matriks imbuhannya ialah 1 3 12 1 13 2 2

    831

    Kita teruskan dengan menurunkan matriks ini kepada bentuk eselon baris terturun seperti

    berikut:

    B2+( 2)B1 1 3 10 5 33 2 2

    8

    131

    Sekarang mari kita jadikan sifar pada pemasukan ketiga dalam lajur pertama:

    B3+ ( 3)B1 1 3 10 5 30 11 1

    8

    1323

    Seterusnya kita darabkan dengan - 1

    5 pada baris kedua untuk jadikan pemasukan pelopor baris

    kedua adalah 1.

    ( 1

    5) B2

    1 3 1

    0 1 3

    5

    0 11 1

    813

    5

    23

    Apa yang harus dilakukan seterusnya ialah perlu sifarkan pada pemasukan pada baris ketiga

    lajur kedua.

    B3 + (11)B2

    1 3 1

    0 1 3

    5

    0 0 28

    5

    813

    528

    5

    Hasilnya matriks imbuhan yang asal telah berada dalam bentuk eselon baris, namun bagi

    penyelesaian secara Gauss-Jordan kita kena teruskan Operasi Baris Permulaan ini sehingga

    kebentuk Bentuk eselon Baris Terturun.

    Apa yang harus dilakukan seterusnya ialah perlu jadikan pelopor pemasukan baris ketiga

    sebagai 1.

    (- 5

    28) B3

    1 3 1

    0 1 3

    5

    0 0 1

    813

    5

    1

    Seterusnya sifarkan pemasukan lajur ketiga yang berada di atas pelopor baris ketiga.

    B2 +( 3

    5 ) B3

    1 3 10 1 0

    0 0 1

    8

    2

    1

    B1 +(1) B3 1 3 0

    0 1 0

    0 0 1

    7

    2

    1

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    21

    Akhirnya kita sifarkan pula pemasukan lajur kedua yang berada di atas pelopor baris kedua.

    B1+ (-3) B2 1 0 0

    0 1 0

    0 0 1

    1

    2

    1

    Maka sistem persamaan linear yang asal adalah setara dengan,

    x = 1

    y = 2

    z = -1

    dan penyelesaiannya ialah 1

    2

    1 .

    Sistem linear itu adalah setara dengan :

    x1 x2 - 2x3 = -5

    3x2 + x3 = 3

    x3 = 2

    dan penggantian kebelakang memberikan

    x3 = 2,

    jadi x2 = 3 - x3

    = 3 2

    = 1, dan seterusnya

    x1 = -5 + x2 + 2x3

    = -5 + 1 + 4

    = 0.

    Kita tulis jawapan dalam bentuk vektor sebagai 0

    1

    2

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    22

    Latihan 1.3

    1. Tentukan sama ada matriks yang diberi berikut adalah bentuk eselon baris. Jika ia,

    nyatakan sama ada ia juga berada dalam bentuk eselon baris terturun.

    (a) 1 0 10 0 10 1 2

    (b) 5 0 2 10 1 3 10 0 0 0

    (c) 0 1 3 10 0 1 2

    (d) 0 0 00 0 00 0 0

    (e) 1 0 00 1 00 0 1

    (f)

    1 0 0 10 0 0 00 0 1 00 0 0 1

    2. Selesaikan sistem persamaan linear berikut dengan menggunakan kaedah

    Gaus-Jordan.

    (a) x y + z = 3 (b) 2x + y z = 1

    2x y + z = 4 x + y z = 0

    x + 2y z = -1 3x + y + 2z = 2

    (c) x y + z = 1 (d) 3x + y = 7

    3x + y = 4 x z = 0

    y 2z = -1 y - 2z = -8

    (e) x + 2y + z = 4 (f) x + 2y 3z = -5

    3x y - z = 2 5x + y z = -11

    Jawapan:

    2. a) x = 1, y = 0, z = 2 b) x = 1, y = 1, z = 0

    c) x = 1, y = 1, z = 1 d) x = 3, y = 2, z = 3

    e) x = 1

    7(8 + ), y =

    1

    7(10 4), z = t

    f) x = 1

    9( 17), y =

    14

    9( 1), z = t

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    23

    1.4.3 Sistem Homogen

    Contoh: 1.12

    Selesaikan sistem persamaan linear homogen berikut dengan menggunakan kaedah

    penghapusan Gauss-Jordan.

    2x1 x2 2x3 + x4 = 0

    x1 + 2x2 3x3 = 0

    X2 + x3 x4 = 0

    Penyelesaian:

    2 1 2 11 2 3 00 1 1 1

    000

    Dengan melakukan operasi baris permulaan matriks di atas boleh diturunkan sehingga matriks

    berbentuk eselon baris terturun seperti ini.

    (cuba lakukan operasi baris sehingga menjadi matriks di bawah ini)

    1 0 0 2

    9

    1 2 3 5

    9

    0 1 1 4

    9

    000

    Maka didapati: x1 = 2/9 t

    x2 = 5/9 t

    x3 = 4/9 t

    dan x4 = t , t R

    Takrif 6

    Sistem persamaan linear dikatakan homogen jika pemalar sebelah kanan dalam

    setiap persamaan bersamaan sifar, Jika tidak sistem itu dikatakan tak homogen.

    Teorem:

    Sistem persamaan linear homogen dengan bilangan anu lebih banyak daripada

    bilangan persamaan mempunyai tak terhingga banyaknya penyelesaian, dan oleh

    itu sentiasa ada penyelesaian tak remeh

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    24

    Latihan 1.4

    1. Dapatkan penyelesaian bagi sistem linear homogen berikut:

    x1 + 3x2 x3 + 2x4 = 0

    x1 2x2 + x3 = 0

    x2 + 3x3 4x4 = 0

    2. Selesaikan sistem

    x 2y + 2z = 0

    4x 7y + 3z = 0

    2x y + 2z = 0

    Jawapan:

    1. x1 = 18

    17, x2 =

    2

    17, x3 =

    22

    7t x4 = t

    2. x = 0 y = 0 z = 0 ( penyelesaian remeh)

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    25

    1.4.4 Pemprograman Linear dan Ketaksamaan Linear

    Melukis ketaksamaan linear dalam dua pembolehubah

    Menyelesaikan ketaksamaan Linear dengan menggunakan grraf

    Penggunaan

    Contoh: 1.13

    Grafkan set penyelesaian bagi sistem

    y 2x 3 dan 2x 3y > 5

    Penyelesaian:

    Graf bagi ketaksamaan y 2x 3 meliputi graf garis bagi persamaan y = 2x 3 dan semua titik

    di bawahnya. Manakala graf bagi ketaksamaan 2x 3y > 5 mengandungi hanya titik-titik yang

    berada di bawahnya sahaja (tidak termasuk titik-titik yang berada di atas garisan). Penyelesaian

    keseluruhan adalah titik yang memenuhi kedua-dua ketaksamaan tersebut. ( kawasan berlorek

    dalam rajah di bawah).

    y = 2x 3 , 3y = 2x 5

    x y

    0 -3

    2 1

    x y

    4 1

    -2 -3

    y = 2x 3

    3y = 2x 5

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    26

    Contoh1.14

    Firdaus dan Dania berkerja sambilan untuk mengeluarkan bekas jam. Firdaus menggunakan 4

    jam sehari dan Dania pula 2 jam sehari untuk menyiapkan satu bekas jam besar berdiri. Untuk

    membina satu bekas jan dindidng pula, Firdaus bekerja selama 3 jam dan Dania 4 jam. Kedua-

    dua mereka tidak boleh bekerja lebih daripada 20 jam seminggu. Jika mereka mendapat

    sebanyak RM80 untuk setiap jam besar berdiri dan RM64 untuk setiap jam diding, berapa

    banakkah tiap-tiap satunya patut mereka bina setiap minggu untuk memaksimum keuntungan

    mereka.

    Penyelesaian:

    Maklumat si atas boleh diringkaskan seperti berikut:

    Masa untuk sebuah

    Jam Besar Berdiri

    Masa Untuk sebuah

    jam diding

    Firdaus

    Dania

    4 jam

    2 jam

    3 jam

    4 jam

    Katakan x adalah bekas jam besar berdiri dan y adalah bekas jam dinding Keuntungan ,

    P = 80x + 64y

    x 0

    y 0

    4x + 3y 20

    2x + 4y 20

    Kekangan x 0 dan y 0 menunjukkan bahawa bilangan bekas jam tidak mungkin negatif.

    Rantau berlorek R, adalah seperti yang ditunjukkan dalam graf di bawah.

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    27

    Dari graf tersebut kita dapati bucu-bucu (0,0),(0,5), (2,4) dan (5,0) adalah merupakan titik

    ekstremun, untuk menentukan keuntungan maksimum kita uji titik-titik ini.

    Pada titik (0,0) P = 80(0) + 64(0) = 0

    Pada titik (0,5) P = 80(0) + 64(5) = 329

    Pada titik (2,4) P = 80(2) + 64(4) = 416

    Pada titik (5,0) P = 80(5) + 64(0) = 400

    Dari ujian di atas didapati keuntungan maksimum berlaku pada titik (2,4) ini bermaka untuk

    mendapat keuntungan maksimu Firdaus dan Dania mesti menyiapkan 2 bekas jam besar berdiri

    dan 4 bekas jam dinding setiap minggu, iaitu mereka mendapat keuntungan pada tahap RM416

    seminggu.

    2x + 4y = 20

    4x + 3y = 20

    (2,4)

    (5,0)

    (0,5)

    (0,0)

    R

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    28

    Latihan 1,5

    1. Tunjukkan secara graf set penyelesaian bagi setiap sistem ketaksamaanberikut:

    (a) y x 2 (b) x + y < 2

    Y < -2x + 3 x + y 1

    (c) 2x + 3y 5 (d) x + y 1

    3x + y 1 x y 1

    X 0 x y 0

    x 2

    2. Sebuah syarikat mengilang gandar roda bentuk 1 dan gandar roda bentuk2,

    masing-masing diproseskan pada mesin A, B, dan C. Jadual di bawah menunjukkan

    masa memproses bagi setiap unit gandar roda, dan juga bilangan gandar roda yang

    dikeluarkan bagi setiap mesin dalam setIap 8 jam berkerja . jadual juga menunjukkan

    keuntungan bagi setiap keluaran.

    Mesin A Mesin B Mesin C Keuntungan (RM)

    Ganda roda 1 1/10 1/12 3/20 55.00

    Ganda roda 2 1/10 1/6 1/20 50.00

    bilangan unit 5 7 6

    Cari bilangan gandar roda 1 dan gandar roda 2 yang perlu dikeluarkan supaya kilang

    tersebut mendapat keuntungan maksimum.

    Jawapan: gandar roda 1 = 35 dan gandar roda 2 = 15.

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    29

    1.4.5 Aplikasi Sistem persamaan Linear dan Ketaksamaan Linear

    Kegunaan sistem persamaan linear adalah sangat banyak, ia boleh digunakan untuk

    menyelesaikan masalah-masalah seperti dalam bidang ekonomi, fizik , kimia , biologi dan

    pelbagai lagi.

    Contoh 1.15

    Seorang ahli biologi meletakkan ke dalam tabung uji tiga jenis bakteria (dilabelkan dengan I,II

    dan III), dimana mereka di beri tiga jenis makanan yang berbeza (A,B dan C). Setiap hari 2300

    unit makanan A, 800 unit makanan B, dan 1500 unit makanan C diletakan ke dalam tabung uji

    berkenaan dan setiap bakteria menggunakan beberapa unit makanan sehari, seperti yang

    ditunjukkan dalam jadual 1. Berapa banyak bakteria bagi setiap jenis perlu diletakkan supaya

    hidup di dalam tabung uji dan menggunakan kesemua makanan tersebut?

    Bakteria Jenis 1

    Bakteria Jenis 2

    Bakteria Jenis 3

    Makanan A Makanan B Makanan C

    2 1 1

    2 2 3

    4 0 1

    Jadual 1

    Penyelesaian:

    Biarkan x, y dan z bilangan bakteria jenis 1,II dan III, masing-masing. Bedasarkan maklumat di

    dalam jadual 1, Bakteria jenis I memerlukan 2 unit A setiap hari, bakteria jenia II memerlukan 2

    unit A setiap hari dan bakteria jenis III memerlukan 4 unit A sehari.

    Maka kita boleh tulis dalam bentuk persamaan linear sebagai:

    2x + 2y + 4z = 2300

    Dengan cara yang sama kita boleh dapati persamaan untuk makanan B dan C seperti berikut:

    X + 2y = 800 dan

    X + 3y + z = 1500

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    30

    dengan menggunakan kaedah Gaus-Jordan kita selesaikan seoerti berikut:

    Persamaan di atas boleh ditulis dalam bentuk matriks imbuhan

    2 2 4

    1 2 0

    1 3 1

    2300

    800

    1500

    dan selesaikan dengan Operasi Baris Permulaan sehingga ke

    bentuk eselon baris terturun , iaitu:

    1 0 0 0 1 0

    0 0 1

    100

    350

    350

    Jadi, x = 100, y = 350 dan z = 350. Ini bermakna ahli biologi tersebut perlu meletakkan 100

    bakteria jenis I , 350 bakteria jenis II dan 350 bakteria jenis III kedalam tabung uji jika ia mahu

    semua makanan tersebut dihabiskan.

    Contoh 1.16

    Di dalam bidang rangkaian letrik kita boleh mengiraatau menentukan amaun arus di dalam

    setiap cabang dalam sebutan rintangan dan voltan. Perhatikan rajah berikut, simbol

    mewakili sel atau bateri (diukur dalam sukatan volt) , arus akan keluar dari pangkalan bateri

    yang bertanda mencancang panjang. Sementara itu simbol mewakili perintang tang diukur

    dalam unit ohm.Simbol mewakili nod dan i mewakili arsu diantara nod-nod. Anak panah

    menunjukkan arah aliran arus. Untuk menentukan arus, hukum Kirchhoff digunakan:

    1. Pada setiap nod jumlah arus yang masuk adalah bersamaan dengan

    jumlah arus yang keluar.

    2. Pada setiap gelung tertutup hasil tambah algebra voltan mestilah

    bersamaan dengan hasil tambah algebra voltan yang menyusut.

    Voltan , V = iR, dimana i adalah arus dalam ampere dan R adalah rintangan dalam

    Ohms.

    8 volt

    9 volt

    2 ohms 4 ohms

    2 ohms 5 ohms

    i1

    i3

    i2

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    31

    Jadi kita lihat dari rajah di atas didapati:

    i1 i2 + i3 = 0 (nod A)

    - i1 + i2 i3 = 0 (nod B)

    Dari hukum kedua,

    4i1 + 2i2 = 8 (gelung atas)

    2i2 + 5i3 = 9 (gelung bawah)

    Persamaan linear di atas boleh diwakili oleh matriks imbuhan

    1 1 11 1 14 2 0

    0 2 5

    0

    0

    8

    9

    Seterusnya turunkan ke Bentuk Eselon Baris Terturun ia menjadi;

    1 0 0

    0 1 0

    0 0 1

    0 0 0

    1

    2

    1

    0

    Maka kita dapati, i1 = 1, i2 = 2 dan i3 = 1.

    Contoh 1.17

    Pembakaran amonia (NH3) dalam oksigen akan menghasilkan gas nitrogen (N2) dan air.

    Dapatkan persamaan kimia yang seimbang bagi tindakbalas ini.

    Penyelesaian

    Biar kita namakan bilangan molekul-molekul amonia,oksigen, nitrogen dan air sebagai w,x,y

    dan z masing-masig, jadi persamaan tindakbalas ditulis sebagai;

    wNH3 + xO2 y N2 + zH2O

    Dengan membandingkan bilangan nitrogen,hidrogen dan oksigen didalam tindakbalas

    dan hasil, kita mendapati tiga persamaan linear;

    Nitrigen : w = 2y

    Hidrogen: 3w = 2z

    Oksigen: 2x = z

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    32

    Seterusnya jika ditulis semula, ia menjadi sistem;

    w - 2y = 0

    3w 2z = 0

    2x z = 0

    Dalam bentuk matriks imbuhan,

    1 0 2 03 0 0 20 2 0 1

    0

    0

    0

    Kemudian lakukan operasi baris permulaan sehingga menjadi bentuk eselon baris

    terturun,

    1 0 0

    2

    3

    0 1 0 1

    2

    0 0 1 1

    3

    0

    0

    0

    .

    Maka, kita dapati

    w = 2

    3 z,

    x = 1

    2 z dan,

    y = 1

    3 z.

    dengan menggantikan z = 6, kita akan dapati nilai integer yangpaling kecil bagi w,x dan y, iaitu

    w = 4, x = 3, y = 2 dan z = 6.

    Maka persamaan tindakbalas yang seimbang ialah

    4NH3 + 3O2 2N2 + 6H2O

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    33

    Contoh: 1.18 (Analisis rangkaian)

    Dalam kebanyakan situasi harian, pelbagai rangkaian yang kita dapati seperti rangkaian

    prngankutan, komunikasi, ekonomi dan lain-lain. Rangkaian-rangkaian ini seperti rangkaian

    jalan raya, ia mempunyai simpang iaitu pertemuan antara beberapa cabang jalan.Pertemuan

    antara cabang ini dikenali sebagai nod. rajah menerangkan berkenaan Keabadian aliran iaitu

    setiap aliran masuk sama dengan aliran keluar.

    Dari rajah di atas, kita lihat dua aliran masuk dan dua aliran keluar dari nod. Maka dari sini kita

    boleh bina persamaan , iaitu aliran masuk f1 + f2 dan aliran keluar adalah 20 + 30 jadi

    keseluruhannya f1 + f2 = 50.

    Contoh 1.19

    Rajah menujukkkan aliran air paip diukur dalam unit liter per minit. Jelaskan kemungkinan-

    kemungkinan aliran air paip tersebut.

    1

    2

    20

    30

    5

    10 A 1 B 10

    4

    20 5

    30

    3

    2

    C D

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    34

    Penyelesaian:

    Pada setiap nod kita bina persamaan linear yang mungkin.

    nod A : f1 + f4 = 15

    nod B : f1 f2 = 10

    nod C : f2 + f3 = 25

    nod D : f3 f4 = 20

    Dengan menggunakan kaedah Penghapusan Gauss-Jordan kita turunkan matriks imbuhan ke

    bentuk eselon baris terturun.

    1 0 0 1

    1 1 0 00 1 1 0

    0 0 1 1

    15

    10

    25

    20

    O.B.P

    1 0 0 1

    0 1 0 1

    0 0 1 10 0 0 0

    15

    5

    20

    0

    Maka kita dapati,

    f1 + f4 = 15

    f2 + f4 = 5

    f3 f4 = 20

    biarkan f4 = w, maka

    f1 = 15 w

    f2 = 5 w

    f3 = 20 + w

    f4 = w

    Bedasarkan sistem persamaan linear dia atas , kita dapati w boleh mempunyai sebarang nilai.

    Namun begitu realitinya ini adalah sistem aliran paip maka sudah tentu tiada nilai negatif.

    Sekarang cuba kita gantikan;

    w = 5, maka f1 = 10, f2 = 0, f3 = 25 dan f4 = 5

    Sebenarnya dari sistem di atas kita boleh mencari nilai maksimum dan minimum, cuba

    pertimbangkan pada persamaan pertama sudah pasti w 15 (kerana f1 tidak boleh menjadi

    negatif), dan dari persamaan kedua pula w 5 (juga kerana f2 tidak boleh menjadi negatif).

    Maka kekangan w 5 adalah lebih kuat. Oleh itu kita dapati bahawa

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    35

    0 t 5. Kombinasi dari persamaan di atas kita dapati

    10 f1 15

    0 f2 5

    20 f3 25 dan

    0 f4 5

    Latihan 1.6

    Rajah menunjukkan litar elektrik dengan arus I1, I2, I3, I4, I5 dan I6, serta kadar

    rintangan 1 Ohm dan 2 Ohm dilengkapi dengan sel 12 volt dan 6 volt. Dapatkan arus yang mengalir di I1, I2, I3, I4, I5 dan I6.

    Jawapan : I1 = 5.4, I2 = 2.4, I3 = 0.6, I4 = 7.2, I5 = 4.8 I6 = 7.8

  • MTE3110 LINEAR ALGEBRA

    36

    Aktiviti 1.2.4

    Selesaikan sistem persamaan linear berikut dengan menggunakan kaedah

    Gaus-Jordan.

    (a) x y + z = 3 (b) 2x + y z = 1

    2x y + z = 4 x + y z = 0

    x + 2y z = -1 3x + y + 2z = 2

    (c) x y + z = 1 (d) 3x + y = 7

    3x + y = 4 x z = 0

    y 2z = -1 y - 2z = -8

    (e) x + 2y + z = 4 (f) x + 2y 3z = -5

    3x y - z = 2 5x + y z = -11

    (g) 2x 2y + 3z + t = 2 (h) x + y + 2z + t = 1

    x + y + z + t = 5 x + 2y + z + t = 2

    -x + 2y 3z + 2t = 2 2x + y + z + t = 4

    x + y + 2z - t = 4 x + y + z + 2t = 3

    (i) x + y + t = 4 (j) x - y + 2z + t = 3

    x z + t = 2 3x - 2y - z - t = 4

    2x + 2y + z + 2t = 8 2x + y + 2z - t = 10

    x - y + z + t = -2 x + 2y + z - 3t = 8