Download - E- dagang
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN(RBT3193E)
E-Dagang: Pengenalan Perdagangan Elektronik
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM
Definisi E-Dagang• Perdagangan Elektronik atau E-Dagang adalah penyebaran, pembelian,
penjualan, pemasaran barang melalui sistem elektronik seperti Internet &
jaringan komputer.
• E-Dagang (E-Commerce) : Sebuah sistem perniagaan & jual beli yang
banyak guna kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi
canggih sehingga dapat melindungi & memuaskan pengguna-penggunanya
yang terdiri daripada
– Penjual
– Pembeli
– Pihak-pihak ketiga (bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit,
pengeluar sijil pengesahan digital dsb)
2
Definisi E-Dagang (smbg)
Kalakota & Washington (1997) menyatakan tentang perdagangan dalam 4 perspektif:
1. Komunikasi• Penghantaran barangan, perkhidmatan, amklumat atau
bayaran melalui rangkaian komputer.
2. Proses Perniagaan• Aplikasi teknologi yang membolehkan transaksi & aliran
perniagaan dilakukan secara automatik.
3. Perkhidmatan• Alatan yang diperlukan oleh organisasi & pelanggan untuk
mengurangkan kos dalam masa yang sama meningkatkan kualiti perkhidmatan pengguna.
4. Atas Talian (Online)• Kebolehan membeli & menjual produk dan maklumat melalui
Internet.
Terdapat 2 lagi perspektif yang perlu diketahui:
1. Kerjasama• Bertindak sebagai fasilitator bagi kerjasama
antara inter-organisasi & intra-organisasi.
2. Komuniti• Menyediakan tempat untuk rakan komuniti untuk
belajar dan menjalankan transaksi & bekerjasama..
4
Definisi E-Dagang (smbg)
DEFINISI PERDAGANGAN ELEKTRONIK
Dari perspektif ahli ekonomi
Dari perspektif pegurusan
Dari perspektif pemasaran
Dari perspektif teknologi
alat yang menyampaikan keinginan pembeli dan perniaga untuk mengurangkan kos, menambah kualiti barangan dan meningkatkan kepantasan perkhidmatan penghantaran.
aplikasi teknologi ke arah penggunaan mesin dan aliran kerja sesuatu perniagaan.
pengangkutan yang baru bagi menyediakan maklumat kepada sesuatu sasaran pasaran melalui pengiklanan, promosi dan publisiti.
elektronik bermakna penghantaran maklumat, produk, perkhidmatan dan bayaran melalui rangkaian komputer.
Pengenalan E-Dagang• Mendefinisikan “perdagangan elektronik” adalah lebih sukar
berbanding menerangkan tentang “perdagangan”.
• Ia adalah kerana perdagangan elektronik ini bergantung kepada
teknologi yang menjadikan ia subset kepada dunia perdagangan
yang luas.
• Perkembangan perkhidmatan yang meluas menyebabkan kerumitan
mengkategorikan produk dan perkhidmatan dalam perdagangan
elektronik.
• Ia juga menyokong kenyataan bahawa perniagaan berkaitan
infrastruktur juga telah berkembang pesat ke dalam aktiviti-aktiviti
lain.6
Pengenalan E-Dagang• E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh
melakukan transaksi jual & beli dari dan di mana sahaja di dunia ini.
• Pra-syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-dagang ini ialah: • pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan • prasarana telekomunikasi yang membolehkan
internet di akses.
7
Internet dan perkhidmatan
• dipanggil World-Wide-Web (WWW atau Web) telah menjadi alat
komunikasi kepada pertumbuhan pesat rangkaian komputer.
• Internet adalah seni bina baru, sebuah struktur kemudahan
maklumat yang besar, perkhidmatan komunikasi dan media.
• Ianya dapat menawarkan akses yang mudah bagi pembeli dan
juga peniaga dalam skala global.
• Penggunaan internet dalam platform komersial merupakan suatu
kemajuan.
Internet dan perkhidmatan• Penggunaan internet, melalui Web, merupakan sebuah
perluasan kepada keperluan asas manusia untuk berkomunikasi dan menyatakan idea.
• Pengunaannya adalah sangat meluas seperti:
1. Dari segi kepentingan perkhidmatan perubatan, doktor terpaksa berjumpa dan merawat pesakit dalam masa yang singkat atau terhad. Perkongsian penggunaan laman web akan membantu meningkatkan perkhidmatan kepada pesakit dalam penjagaan kesihatan mereka.
4. Bilangan kedai yang boleh dilawati secara online jauh melebihi perniagaan yang boleh dilawati secara fizikal.
2. Pengeluar berskala besar mewujudkan spesifikasi mereka secara online dan meningkatkan skop pengedaran.
3. Dengan terdapatnya maklumat pada spesifikasi dan rekaan baru, firma tersebut dapat mengkaji peluang yang wujud mengikut kemampuan mereka, mengurangkan risiko dan kos.
6. Secara online, pelanggan boleh membeli barangan dari kedai-kedai yang terdapat di dalam atau luar negara.
5. Pelanggan tidak lagi hanya bergantung kepada kedai-kedai yang dilawati atau bergantung kepada katalog yang diterima melalui pos.
PENGENALAN PERDAGANGAN
ELEKTRONIK
Integrasi Perniagaan
Peruncitan Teknologi dan Masyarakat
Jenis-jenis Perniagaan
Internet
Produk
Perkhidmatan
Integrasi Perniagaan• Proses perniagaan secara on-line dianggotai secara tidak tetap dan juga dalam
kumpulan yang berselerak. Untuk menguruskannya secara lebih berkesan, suatu
perisian baru iaitu perisian bersepadu telah dibina. Kebiasaannya, sistem ini
digubah dalam tiga bahagian :
1) Pengkalan data teknologi: Satu pengkalan data (repository) perkongsian yang
mengandungi maklumat terperinci dan spesifikasi semua bahan (materials),
produk dan peralatan.
2) Sistem perancangan: Pengaturan pengeluaran untuk tempoh tertentu yang
mengandungi jadual kerja kakitangan (personnel) dan keperluan bahan mentah
3) Pengukuran pencapaian: membandingkan pencapaian sebenar dengan
perancangan.
sambung….• Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu juga dapat membantu
mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan
sesebuah transaksi perniagaan itu untuk meningkatkan kualiti
perkhidmatan kepada pelanggan.
• Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat tempahan pembelian
menerusi e-dagang, tempahan tersebut boleh dengan serta merta
dihantar kepada beberapa bahagian dalaman yang berkenaan seperti
bahagian penjualan, bahagian logistik dan bahagian pembuatan.
• Dengan ini pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi pesanan
tersebut akan menjadi lebih efisyen.
Peruncitan
Gambaran keseluruhan E-Peruncitan (E-Tailing):
• Dijalankan secara online menerusi internet:
boleh dijalankan terus lelong, merupakan cara yang
mudah dimana pengeluar dapat menjual barangan
secara langsung kepada pengguna tanpa menggunakan
orang tengah.
• E-Tailers: merupakan orang yang menjual barangan
runcitmenerusi Internet.
PeruncitanApakah jualan yang paling baik di Internet?• Perkakasan & perisian komputer• Pengguna elektronik • Barang-barang keperluan• Bekalan pejabat• Buku• Alat-alat mainan• Produk kecantikan & kesihatan• Hiburan• Pakaian• Kereta• Perkhidmatan dan lain-lain (cth: bunga & makanan)
Ciri-ciri E-Peruncitan yang berjaya:
Pengiktirafan jenama yang baik
Jaminan diberi sekiranya organisasi dikenali ramai (DELL)
Format secara digital (perisian)
Barang-barang yang berpatutan (office supplies)
Merupakan barangan yang menjadi keperluan pengguna
(groceries)
Komoditi dengan penentuan piawai tertentu (buku)
Pembungkusan yang kemas & tidak mudah dibuka (vitamin)
Peruncitan
Kelebihan e- Peruncitan1. Tiada Batasan Masa
• Anda tentukan sendiri tempoh masa bekerja
• Masa yang bebas(24 jam x 7 hari)
2. Bekerja di Rumah
• Lakukan semua perniagaan sambil menonton TV dan menjaga anak di rumah
• Rumah yang dilengkapi dengan komputer/laptop dan akses ke Internet
3. Tiada Gangguan
• Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
• Tidak perlu memohon lesen perniagaanTidak perlu mendaftar perniagaan anda
• Tiada risiko perniagaan daripada disita oleh PBT
• Menjimatkan kos
4. Tidak Perlu Berjumpa Klien
• Klien yang jauh di seluruh dunia
• Urusniaga secara online
5. Tiada Pejabat
• Tidak perlu mencari lokasi pejabat
6. Tidak perlu membayar sewa yang tinggi
• Mungkin rugi jika lokasi salah
• Boleh berniaga di rumah atau di mana sahaja
7. Risiko Rendah
• Perkara tidak diingini seperti kebakaran, tidak akan merosakkan laman
web perniagaan
Kelebihan e- Peruncitan
8. Kos Murah
• Akses Internet RM77/sebulan
• Hosting RM15/sebulan
• Pemprosesan kad kredit RM200/sekali
• Nama domain RM35/setahun
9. Pendapatan Dalam Mata Wang Asing
• Bekerja di rumah dengan gaji USD
• Pendapatan 3.5 kali ganda berbanding gaji berkeja di pejabat
Kelebihan e- Peruncitan
1. Meningkatkan produktiviti dalam syarikat
2. Dapat mengurangkan kos
3. Memudhkan pengguna membeli-belah walaupun
ketika berada di rumah
4. Boleh dipanggil ke peringkat global
5. Meningkatkan keuntungan dalam syarikat
Kesan e- Peruncitan
Teknologi dan Masyarakat• Dari sudut pandangan sosial, laman web menambahkan lagi tekanan akibat
maklumat yang berlebihan.
• Banyak interaksi bersemuka boleh dilakukan secara elektronik dan dalam
jarak yang jauh pada masa sekarang.
• Komunikasi sebegini bukan sahaja mungkin tetapi sangat terkenal
terutamanya di antara mereka yang tidak pernah atau sukar untuk bertemu.
• Disebabkan oleh perbezaan yang terlalu jauh, penciptaan teknologi adalah
bergantung kepada undang-undang dan standard moral.
• Sebarang persekitaran komersial dibina berasaskan interaksi personal.
• Perkembangan perdagangan elektronik yang sangat pantas bergantung
kepada aplikasi berkesan teknologi dan juga amalan komersial yang baik.
Teknologi dan Masyarakat• Masyarakat memerlukan keyakinan bahawa dunia maya ciptaan
teknologi dapat menguatkuasakan perundangan dan standard moral
yang tinggi demi keselamatan pengguna. Ini mesti dilaksanakan
mengguna juga teknologi.
• Ada lima cara mencipta nilai daripada maklumat :-
1. mengumpulkannya (gather it)
2. mengorganisasikannya (organise it)
3. memilihnya (select it)
4. mensintesiskannya (synthesize it)
5. mengagihkannya (distribute it)
Teknologi dan Masyarakat• Maklumat peribadi boleh diperolehi secara sukarela atau automatik
dalam web.
• Peniaga membuat profil-profil pengguna untuk membantu
menjayakan matlamat perniagaan.
• Pelawat diminta memberikan maklumat peribadi secara sukarela
melalui tawaran insentif seperti perkhidmatan percuma apabila
menjadi ahli.
• Pelayan web (web servers) menjejak corak lawatan dan pendedahan
kepada pengiklanan secara terperinci tentang profil pengguna.
Teknologi dan Masyarakat
• Kesan web dirasai di semua sektor dalam masyarakat.
• Teknologi dan automasi dapat meningkatkan produktiviti.
• Ia juga membuka peluang-peluang baru manakala yang lama akan
pupus/hilang.
Jenis-jenis Perniagaan Internet
• E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu:
Di antara perniagaan
dan perniagaan
Di antara perniagaan
dan pengguna
Jenis-jenis Perniagaan Internet
Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan
perniagaan:
melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau
syarikat di mana seringkali satu pihak merupakan syarikat
pembekal kepada satu pihak yang lain.
Sebagai contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi dengan
sebuah pasaraya dalam proses memesan, menghantar dan
membayar pesanan botol-botol kicap.
Jenis-jenis Perniagaan Internet
Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan
pengguna:
melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu
misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada
pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua
botol kicap melalui e-dagang.
Jenis-jenis Perniagaan Internet
• Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis
pertama iaitu transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan
sebenarnya paling banyak memberi kemanfaatan kepada sesebuah
syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara perniagaan seringkali
besar dan kerap berbanding dengan di antara perniagaan dengan
pengguna akhir.
• Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih ramai
pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan
seharian seperti kicap, bunga, beras, baju, kereta dan lain-lain
keperluan konsumer sesebuah masyarakat itu.
Contoh Jenis-jenis Perniagaan Internet
1. Menjual produk fizikal di internet• Produk fizikal ialah produk yang di jual di kedai biasa atau di
kilang tetapi di pasarkan secara online. Contoh bahan perubatan, vitamin, pakaian, alat telekomunikasi, makanan, barangan wanita, buku, majalah, VCD, DVD, dan sebagainya.
2. Produk Perkhidmatan• Pengiklanan• Rekabentuk web atau blog• Jual insuran• Perundingan akitek, seni taman, jurutera profesional, alam
sekitar dan lain-lain
Kelebihan E-Dagang
1. Meluaskan pasaran ke peringkat global
• Perniagaan dapat beroperasi 24 jam tanpa henti. • E-dagang bersifat global, di mana transaksi maya berlaku
tanpa sempadan waktu dan tempat. • Pengeluar dapat memasarkan produk ke seluruh dunia. • Segmen pasaran, geografi tidak wujud. • Pengedar akan mendapat satu kelebihan persaingan kerana
tidak perlu menawarkan produk yang berbeza bagi segmentasi pasaran yang berlainan.
• Secara tidak langsung kepuasan pengguna berada pada tahap optimum apabila berpeluang mendapat produk yang ditawarkan di seluruh dunia secara terus daripada pengedar.
Kelebihan E-Dagang2. Mengurangkan kos operasi
• Melalui E-dagang, pengguna dapat mengurangkan masa mengisi borang-borang yang dicetak dan ini akan menjimatkan penggunaan kertas.
• Selain itu, pengguna E-dagang dapat membuat pembelian dari terminal komputer di rumah mahupun di pejabat dan akan menerima pesanan yang dihantar terus ke rumah ataupun ke pejabat.
• Pengguna dapat mengurangkan kos pembelian, menjimatkan masa terutamanya kepada yang terlalu sibuk bekerja dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.
• Penggunaan kad kredit memudahkan urusan pembayaran kerana pengguna akan dilindungi semasa berurusan di Internet.
Kelebihan E-Dagang
2. Mengurangkan kos operasi
• Bagi pihak peniaga, E-dagang dapat mengurangkan kos operasi untuk memasarkan produk ke luar negara.
• Di samping itu, pengeluar tidak memerlukan tempat menjalankan urus niaga dan stor penyimpanan barangan.
• Pusat membeli-belah hanya wujud secara maya. Oleh itu sumber pengeluaran utama yang semakin terhad seperti tanah dan pekerja tidak digunakan.
• Kos penyewaan tempat dan pembayaran upah sama sekali tidak digunakan.
• Selain itu, kos pengiklanan dapat dikurangkan kerana ketiadaan kos pengiklanan secara langsung.
Kelebihan E-Dagang
2. Mengurangkan kos operasi
• Bagi pihak peniaga, E-dagang dapat mengurangkan kos operasi untuk memasarkan produk ke luar negara.
• Di samping itu, pengeluar tidak memerlukan tempat menjalankan urus niaga dan stor penyimpanan barangan.
• Pusat membeli-belah hanya wujud secara maya. Oleh itu sumber pengeluaran utama yang semakin terhad seperti tanah dan pekerja tidak digunakan.
• Kos penyewaan tempat dan pembayaran upah sama sekali tidak digunakan.
• Selain itu, kos pengiklanan dapat dikurangkan kerana ketiadaan kos pengiklanan secara langsung.
Kelebihan E-Dagang3. Sistem Maklumat Pelanggan• Penyampaian maklumat yang cepat dan tepat. • Pertukaran maklumat dan transaksi dapat dijalankan dalam
sekelip mata. • Selain transaksi, E-dagang menyediakan pengeluar dan pembeli
dengan maklumat yang berkesan. • Pengeluar dapat mengenal pasti pelanggan-pelanggan yang
berpotensi dan dapat berhubung rapat. • Ketiadaan jurang ini akan membantu mengembangkan
perniagaan. • Pembeli dapat mengetahui keberkesanan produk dan urusan
pembelian melalui ruangan testimonial pengguna. • Melalui ruangan ini, pembeli dapat maklum balas segera dan
berkesan.
Kelebihan E-Dagang3. Sistem Maklumat Pelanggan• Penyampaian maklumat yang cepat dan tepat. • Pertukaran maklumat dan transaksi dapat dijalankan dalam
sekelip mata. • Selain transaksi, E-dagang menyediakan pengeluar dan pembeli
dengan maklumat yang berkesan. • Pengeluar dapat mengenal pasti pelanggan-pelanggan yang
berpotensi dan dapat berhubung rapat. • Ketiadaan jurang ini akan membantu mengembangkan
perniagaan. • Pembeli dapat mengetahui keberkesanan produk dan urusan
pembelian melalui ruangan testimonial pengguna. • Melalui ruangan ini, pembeli dapat maklum balas segera dan
berkesan.
Kelebihan E-Dagang4. Tunai elektronik• Bentuk pembayaran yang dominan kerana tidak perlu
menggunakan bentuk pembayaran tunai secara fizikal.• Kaedah ini ialah pembayaran melalui kad kredit,
mendebitkan akaun di bank dan bentuk pengurangan deposit dalam akaun syarikat yang menjalankan perniagaan sebegini.
• Kaedah ini memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna.
• Keselamatan dalam penghantaran pembayaran melalui tunai elektronik terjamin apabila pembayaran telah dibuat pada masa sebenar dan bukti pembayaran akan disahkan oleh kedua-dua pihak.
Kelemahan E-Dagang1. Isu privasi dan keselamatan
• Ini merupakan masalah utama yang menjadi kekangan kepada amalan e-dagang dan ia memberi kesan terhadap perkembangan dan urus niaga sistem maklumat secara menyeluruh.
• Ini kerana penggodam (hackers) boleh melakukan pengubahsuaian tanpa disedari oleh pengguna e-dagang lantas mengakibatkan pemilik perniagaan menanggung risiko pembetulan rangkaian komputer setiap masa.
• Isu privasi tentang data peribadi menjadi persoalan utama. • Ini kerana berlaku kebocoran maklumat atau pendedahan tanpa
izin setelah berurusan dalam pasaran siber. • Ini kerana ketiadaan undang-undang yang mengawalnya.
Kelemahan E-Dagang2. Perkhidmatan jualan
• Dalam e-dagang, perkhidmatan sebelum dan selepas jualan terhadap pelanggan.
• Pelanggan tidak dapat melihat secara fizikal dari segi kecacatan produk dan saiz sebenar produk.
• Selepas jualan pula, pelanggan terpaksa menggunakan perkhidmatan oleh syarikat pengeluar untuk penghantaran/ pertukaran produk yang rosak ataupun ketidakpuasan hati pelanggan.
• Isu pembelian dan pemulangan produk akan berlaku. • Ini adalah berpunca daripada barangan yang dipesan melalui Internet
tidak memenuhi cita rasa pembeli apabila berlaku kesilapan. • Masa menunggu penghantaran akan menjadi lebih lama jika wujud
masalah pemberian maklumat yang tidak lengkap menyebabkan pengeluar sukar menyediakan produk sebagaimana diminta oleh pembeli.
Kelemahan E-Dagang3. Hubungan antara Pelanggan dan Pengeluar
• Dalam operasi e-dagang, tidak wujud hubungan langsung antara pengguna dan pemasar.
• Hubungan hanya berlaku di antara muka komputer yang mengehadkan hubungan sebagaimana perdagangan biasa.
• Ini akan menyukarkan pelanggan mendapat khidmat nasihat tentang produk dan gagal menjadikan pelanggan tersebut sebagai pelanggan setia.
Kelemahan E-Dagang5. Serangan virus dan capaian Internet yang lambat
• E-dagang terdedah dengan serangan virus dengan mudah semasa beroperasi.
• Ini kerana anti-virus yang sedia ada belum dapat menangani sepenuhnya serangan virus yang semakin berleluasa kini.
• Oleh demikian, komputer pengguna akan mudah dijangkiti virus dan akan melemahkan sistem komputer kerana mengakibatkan kehilangan fail-fail penting.
• Selain itu, kelemahan capaian Internet akan melambatkan urus niaga secara maya.
• Kelemahan capaian ini akan mengurangkan tahap konsentrasi pengguna berurusan.
Kelemahan E-Dagang6. Urus niaga produk yang dilarang• E-dagang akan menggalakkan urus niaga produk
yang dilarang. • Penawaran barang di pasaran adalah pelbagai. • Kemungkinan syarikat yang menyediakan produk
tidak mendapatkan kebenaran Kementerian Dalam Negeri mahupun Kementerian Kesihatan Malaysia.
• Ini menyebabkan penawaran produk dalam e-dagang yang tanpa kebenaran pihak kerajaan berleluasa kerana ketiadaan prosedur undang-undang yang melindungi pengguna.