universiti teknologi malaysia declaration of thesis / undergraduate project paper and copyright

90
PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT Author’s full name : NUR ASHIKIN BT M. ABDULLAH Date of birth : 31 MAY 1985 Title : PENGAMBILAN BURUH ASING DALAM PEMBINAAN Academic Session : 2009/2010 I declare that this thesis is classified as : CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where research was done OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access Iacknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows: 1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia. 2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose of research only. 3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange. Certified by : _________________________________ ______________________________ SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR 850531-03-5722 MR BACHAN SINGH A/L BESAWA JAGAR SINGH (NEW IC NO. /PASSPORT NO.) NAME OF SUPERVISOR Date : 19 APRIL 2010 Date : 19 APRIL 2010 NOTES :* If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.

Upload: independent

Post on 26-Nov-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT

Author’s full name : NUR ASHIKIN BT M. ABDULLAH

Date of birth : 31 MAY 1985

Title : PENGAMBILAN BURUH ASING DALAM PEMBINAAN

Academic Session : 2009/2010

I declare that this thesis is classified as :

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret

Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the

organization where research was done

OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access

Iacknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:

1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia.

2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose

of research only.

3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.

Certified by :

_________________________________ ______________________________

SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR

850531-03-5722 MR BACHAN SINGH A/L BESAWA JAGAR SINGH

(NEW IC NO. /PASSPORT NO.) NAME OF SUPERVISOR

Date : 19 APRIL 2010 Date : 19 APRIL 2010

Date : 19 APRIL 2010 Date : 19 APRIL 2010

NOTES :* If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from

the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan iajzah

Sarjana Muda Kejuteraan Awam”

Tandatangan : …………………………….

Nama Penyelia :Mr Bachan Singh a/l Besawa Jagar Sigh

Tarikh : ……………………………

i

PENGAMBILAN BURUH ASING DALAM PEMBINAAN

NUR ASHIKIN BT M.ABDULLAH

Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

kejuteraan Awam

Fakulti Kejuteraan Awam

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

ii

“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan

sumbernya”.

Tandatangan : …………………………….

Nama Penulis : Nur Ashikin Bt M.Abdulah

Tarikh : ……………………………

iii

Khas buat

Puan Halijah Bt Sulaiman dan M.Abdullah bin Ab Kadir

yang tersayang juga keluarga,

Yuhana, Nur Kamilah, Abd Rahman,Balqis Zumirah

Halim, Nur Hidayah dan Ahmad Tajuddin.

Terima Kasih di atas

sokongan dan doa serta pengorbanan

anda semua.

iv

PENGHARGAAN

Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi kesyukuran

kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya saya berjaya menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini.

Saya juga mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan

setinggi-tinggi penghargaan kepada Penyelia Projek Sarjana Muda ini, Encik Bachan

Singh di atas bimbingan,pertolongan dan tunjuk ajar beliau sepanjang tempoh

penyelidikan saya. Jasa beliau sangat-sangat besar, sesunguhnya beliau adalah guru

yang terbaik pernah saya temui sepanjang tempoh pembelajaran saya.

Penghargaan kepada pihak Imigresen Negeri Johor yang memberikan

kerjasama dan membantu saya dalam memberikan maklumat. Tidak ketinggalan juga

kepada kontraktor-kontraktor serta semua yang terlibat dalam kajian saya.

Terima kasih yang tidak ternilai juga kepada orang tersayang dan semua

rakan seperjuangan saya yang memberi dorongan dan sokongan sehingga saya

berjaya menyiapkan projek ini.

v

ABSTRAK

Buruh adalah sumber utama dalam memastikan kejayaan untuk menyiapkan

sesuatu projek. Buruh yang tidak mempunyai kemahiran akan menyumbangkan

kelewatan sesuatu projek dan penurunan kualiti kerja. Undang-undang dan peraturan

seharusnya dipatuhi untuk mengambil buruh asing bekerja. Tujuan kajian ini adalah

untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang terhadap peningkatan buruh

asing, masalah yang dihadapi oleh majikan dalam menggajikan buruh asing,

mempelajari budaya buruh asing dan faktor-faktor yang mendorong majikan memilih

buruh asing bekerja. Penelitian dilakukan dengan melakukan soal selidik dan

temuramah. Data analisis yang digunakan ialah indeks purata. Daripada kajian ini,

didapati faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan buruh adalah kawalan

yang sukar dibuat akibat dari nisbah buruh asing yang terlalu ramai datang bekerja di

negara kita. Buruh asing juga bekerja di Malaysia kerana rakyat tempatan tidak

berminat bekerja sebagai buruh binaan.

vi

ABSTRACT

Labour resources are important in ensuring the successful completion of a

project. Unskillful labour will contribute to delay in project and poor quality of work.

The employment of labour will have to follow the laws and regulations. The purpose

of this study is to identify the factors that contribute to the increase of foreign labour,

the problems faced by the employers in employing foreign labours, to study the

working culture of foreign workers and to identify the factors that drive the

employers to employ foreign workers. The study is carried out by questionnaires and

interviews. The data is analyzed using average index. From the study it was found

that poor monitoring due to large number of foreign workers contributed to the influx

of foreign workers. Foreign workers were employed in the construction industry as

the locals are not interested.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN vii

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

viii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 2

1.2 Pernyataan Masalah 3

1.3 Objektif 5

1.4 Skop Kerja 5

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 6

2.2 Definisi Buruh dan Pembinaan 7

2.2.1 Pengelasan Personel Binaan 8

2.2.1.1 Buruh Mahir 9

2.2.1.2 Buruh Separa Mahir 9

2.2.1.3 Buruh Tidak Mahir 10

2.2.1.4 Penyelia Tapak Binaan 10

2.2.1.5 Personal Pentadbiran 12

2.3 Buruh dan Buruh Asing 12

2.3.1 Prosedur Pengambilan Buruh Asing 12

2.3.2 Kemahiran Buruh Asing 15

2.3.3 Keselamatan Dan Kesihatan Buruh

Di Kalangan Buruh Asing 16

2.3.4 Komunikasi Antara Majikan Dan

Dan Buruh Asing 18

2.4 Faktor Kedatangan Buruh Asing 18

2.4.1 Kemiskinan dan Peluang Pekerjaan 19

2.4.2 Proses Globalisasi 19

2.5 Sistem Binaan Berindustri 20

ix

2.6 Program Kad Hijau 22

2.7 Makmal Mengkaji Buruh Asing 23

2.8 Construction Labour Exchange Berhad

(CLAB) 24

2.9 Kesan Kepada Sosial, Ekonomi dan Politik

2.9.1 Sosial 25

2.9.2 Ekonomi 26

2.9.3 Politik 29

2.10 Srategi Kerajaan Dalam Usaha Mengurangkan

Buruh Asing 30

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 32

3.2 Kajian Literatur 33

3.3 Pengumpulan Data dan Maklumat 33

3.4 Teori 34

3.5 Data dan Statistik 34

3.6 Menganalisa Data 35

3.7 Kesimpulan 37

BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Jawatan Responden di tapak Bina 41

4.3 Pengalaman Responden Dalam Sektor

Pembinaan 42

4.4 Jumlah Buruh Asing dan Tempatan di Tapak

x

Bina 43

4.5 Faktor Peningkatan Buruh Asing Dalam

Pembinaan 44

4.6 Masalah Yang Dihadapi Majikan Dalam

Mengambil Buruh Asing 46

4.7 Peribadi dan Cara Kerja Buruh Asing Dan

Buruh Tempatan 47

4.8 Sebab Majikan Lebih Berminat Menggajikan

Buruh Asing 49

4.9 Masalah Yang Dihadapi Oleh Kerajaan

Dan Penduduk Tempatan Apabila Buruh

Asing Terlalu Ramai 50

4.10. Langkah Mengatasi Yang Diambil Untuk

Mengurangkan Jumlah Buruh Asing 52

BAB 5 KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 55

5.2 Objektif 1: Faktor Peningkatan Buruh Asing

Dalam Pembinaan 56

5.3 Objektif 2: Masalah Yang Dihadapi Majikan

Dalam Mengambil Buruh Asing 57

5.4 Objektif 3: Peribadi dan Cara Kerja Buruh

Asing Dan Buruh Tempatan 58

5.5 Objektif 4: Faktor Majikan Lebih Berminat

Menggajikan Buruh Asing 59

5.6 Cadangan 59

xi

RUJUKAN 62

LAMPIRAN 64

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 2.9.1 Statistik Kes Jenayah Komersil Serta

Tangkapan Warga Tempatan Dan Warga

Asing Bagi Tahun 2007 28

Jadual 4.1 Bilangan dan senarai jawatan responden 41

Jadual 4.4 Faktor peningkatan buruh asing 45

Jadual 4.5 Masalah majikan dalam pengambilan buruh asing 46

Jadual 4.6 Peribadi antara buruh asing dengan buruh temapatan 47

Jadual 4.8 Masalah yang dihadapi kerajaan apabila majikan

menggajikan buruh asing terlalu ramai 51

Jadual 4.9 Langkah mengatasi untuk mengurangkan jumlah

buruh asing 53

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 2.3.1 Carta Alir Prosedur Pengambilan

Buruh Asing 17

Rajah 3.0 Carta Alir Metedologi Kajian 38

Rajah 4.1 Bilangan dan jawatan responden dalam

bentuk carta pie 42

Rajah 4.2 Pengalaman responden dalam pembinaan 42

Rajah 4.3 Jumlah buruh asing dan tempatan 43

Rajah 4.4 Faktor peningkatan buruh asing 45

Rajah 4.5 Masalah yang dihadapi majikan dalam pengambilan

buruh asing 46

xiv

Rajah 4.6 Peribadi dan cara kerja buruh asing 48

Rajah 4.7 Sebab majikan menggajikan buruh asing di tapak

bina 50

Rajah 4.8 Masalah yang dihadapi oleh kerajaan apabila

Kemasukan buruh asing 52

Rajah 4.9 Langkah kerajaan untuk mengurangkan buruh asing 55

xv

SENARAI SIMBOL

∑ = Purata indeks

ai = constant yang melambangkan pemberat bagi i

xi = pembolehubah yang melambangkan kekerapan responden bagi i

i = 0, 1, 2, 3, 4, 5…….

xvi

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Tajuk

A Boring Kaji Soal Selidik

B Borang Sektor Pembinaan dan Senarai Semak

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kepesatan ekonomi yang semakin pulih dan baik pada hari ini di Malaysia

sebenarnya banyak membuka ruang pekerjaan kepada penduduk negara kita sendiri.

Namun apa yang membimbangkan ialah hampir 20 peratus peluang itu dipelopori

oleh pekerja asing yang datang untuk mengisi keperluan tenaga kerja dalam pelbagai

sektor. Pada tahun 2008, berpuluh ribu rakyat negara kita yang diberhentikan kerja

akibat kejatuhan ekonomi dunia baru-baru ini tetapi adakah kita sedar dan tahu

bahawasanya kadar pengambilan pekerja asing terus meningkat?

2

Malah ada pekerja asing yang mengakui bahawa Malaysia adalah seperti

“lubuk emas” bagi mereka untuk mencari rezeki dan mengubah kehidupan daif

mereka di negara mereka sendiri jadi bagaimana masih ada rakyat Malaysia yang

hidup miskin? Buruh asing ini dikatakan segelintirnya sudah menjadi “orang kaya

baru” taktala pulang ke kampung masing-masing membawa hasil titik peluh di

Malaysia. Mereka di khabarkan sudah mampu membina banglo,membeli kerete

mewah, hidup serba lengkap dengan hanya beberapa tahun memulas keringat

membanting tulang di tanah air kita.

Bukti lain yang mengatakan Malaysia ini “lubuk emas” adalah hampir 1,000

pekerja asing memasuki Malaysia secara sah setiap hari tetapi jumlah pendatang

asing yang masuk secara haram yang di katakan menyeludup masuk melalui jalan

laut dan darat tidak dapat dikenal pasti jumlahnya menurut kenyataan Pengarah

Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed. Tetapi hati kita sayu melihat

masyarakat kita masih ramai hidup serba kekurangan, masih ramai yang menunggu

giliran untuk mendapatkan sumbangan dari jabatan kebajikan masyarakat masih

ramai yang menadah tangan kepada orang lain untuk makan dan sangat daif

kehidupannya tanpa bekalan air dan elektrik yang sempurna.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad

mengumumkan bilangan pekerja asing dalam negara sehingga Mac 2006 ialah

1,850,063 orang, dan Indonesia mencatat jumlah pekerja asing paling ramai. Jumlah

pekerja Indonesia yang mempunyai Pas Lawatan (Kerja Sementara) dalam negara

ialah 1,215,036 orang diikuti warga Nepal ( 200,220 orang) dan India (139,716

orang). Pekerja asing lain ialah Myanmar (92,020), Vietnam (85,835), Bangladesh

(58,878), Filipina (22,080), Pakistan (15,021), Thailand (7,282), Sri Lanka (5,076),

Kemboja (6,637) dan lain-lain (2,262). Seharusnya kita perlu lebih celik melihat

masalah ini dan berfikir untuk mengatasi masalah yang terjadi kerana ia memberi

banyak kesan buruk dari yang baik kepada ekonomi, sosial dan politik kita.

3

1.2 Pernyataan masalah

Dalam sektor pembinaan, antara sumber utama untuk menyiapkan sesuatu

projek adalah buruh asing. Tanpa sumber ini, projek itu tidak akan berjaya dan

bergerak. Maka dalam pengambilan buruh asing, pelbagai permasalahan timbul yang

patut di atasi. Antara masalah itu ialah majikan tidak menyediakan insuran untuk

menjaga kebajikan pekerja di tapak. Dikatakan ada segelintir majikan membayar gaji

begitu rendah kerana mahu mengaut keuntungan berlipat ganda dalam projek

mereka.

Hal lain yang terjadi apabila buruh asing terlibat dalam sektor pembinaan

ialah penurunan kualiti penghasilan dan purata produktiviti. Ini kerana kebanyakan

dari mereka datang ke Malaysia tanpa mempunyai sebarang kemahiran yang

diperlukan dalam pembinaan. Mereka tiada latihan dan pengalaman untuk sesuatu

pengkhususan kerja. Lambakan pekerja asing ini juga sebenarnya telah mengganggu

pasaran kerja dan ia juga secara tidak langsung menyisihkan pekerja tempatan.

Buruh tempatan kini sudah diketepikan dalam mengisi kekosongan jawatan

dalam pembinaan pada hari ini kerana ia sudah di isi buruh dari luar. Keadaan ini

berlaku akibat daripada tekanan upah yang meningkat untuk menggajikan buruh

tempatan. Ini menyebabkan kontraktor lebih senang mengambil buruh asing

berbanding buruh tempatan untuk diambil bekerja. Perkara ini menjadi isu utama

dalam industri pembinaan sekarang (Saidin,2009). Majikan atau kontraktor lebih

cenderung memilih buruh asing disebabkan pelbagai faktor .Jadi jumlah

penggangguran mengalami peningkatan yang agak tinggi kesan kedatangan mereka

ke sini

4

Dilaporkan juga pertambahan yang sangat mendadak dari tahun terdahulu

oleh bilangan warga asing yang terlibat dalam pelbagai kes jenayah ke atas rakyat

tempatan sangat membimbangkan. Buruh asing telah mencetuskan isu sosial dan

keselamatan setempat orang awam. Keselamatan di tapak bina bagi sesiapa yang

memasuki kawasan pembinaan menjadi perkara utama apabila menjejakkan kaki ke

kawasan tersebut. Banyak aktiviti dan program keselamatan seperti program kad

hijau dan sebagainya yang bertujuan memberikan pendedahan dan latihan mengenai

amalan keselamatan (Hakim,2009)

Lembaga Pembangunan Pembinaan Industri (CIDB) mengeluarkan peraturan

bahawa sesiapa yang memasuki kawasan pembinaan, mereka mesti mempunyai kad

hijau sebagai syarat. Kad hijau ini amat penting demi menjaga keselamatan di tapak

bina. Namun kebanyakan buruh asing ini tidak mengamalkan amalan keselamatan

yang betul di tapak bina walapun sudah pergi menghadiri kursus untuk mendapatkan

kad hijau.

Dalam proses kita mencapai objektif wawasan 2020 kearah negara maju,

banyak perkara yang perlukan pembaharuan terutamanya ekonomi. Jika tidak

ditangani dengan segera dan bersungguh-sungguh, bukan tahun 2009 atau 2010

yang dirisaukan, tetapi hasrat kita untuk merealisasikan Wawasan 2020 mungkin

terjejas (Azlan,2009). Jika tidak ditangani dengan segera dan bersungguh-sungguh,

bukan tahun 2009 atau 2010 yang dirisaukan, tetapi hasrat kita untuk merealisasikan

Wawasan 2020 mungkin terjejas (Azlan,2009)

5

1.3 Objektif

1 Mengenalpasti faktor-faktor peningkatan dan lambakan buruh asing yang

semakin parah

2 Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh majikan dalam mengambil

buruh asing

3 Mengkaji perbezaan peribadi dan cara kerja antara buruh asing dan buruh

tempatan

4 Mengenal pasti faktor yang mendorong majikan mengambil buruh asing

bekerja di tapak bina

1.4 Skop kerja

1. Mencari faktor peningkatan buruh asing di sekitar johor bahru

2. Menilai kelebihan dan kekurangan ke atas pengambilan pekerja asing

berbanding dengan warga tempatan

6

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Tidak boleh di nafikan negara memerlukan pekerja asing untuk menampung

keperluan pelbagai sektor pekerjaan. Malah ia di katakan dapat membantu dalam

menambahkan kadar pertumbuhan ekonomi. Disebalik kehadiran mereka ini

sebenarnya tercetus pelbagai isu yang hangat di perkatakan termasuk kesan yang

baik dan buruk yang diterima pelbagai pihak.

Lambakan buruh asing ini mengepung ekonomi kita kepada menuju kearah

wawasan 2020 yang mensasarkan negara kepada label negara maju dari pelbagai

sudut. Proses globalisasi sememangnya membawa keuntungan kepada ekonomi

negara kerana konsep “Dunia Tanpa Sempadan” ini telah merancakkan proses

keluar-masuk barang dan perkhidmatan serta modal secara besar-besaran.

7

Namun, proses globalisasi tidak hanya terhad pada peningkatan aliran dagangan dan

modal sahaja. Malah aliran keluar-masuk pekerja asing juga turut sama meningkat.

Maka masalah lambakan ini menjadi antara isu panas yang hangat didebatkan

kepada sidang dewan parlimen baru-baru ini. Tidak terkecuali adalah isu yang

berkaitan tuntutan republik Indonesia yang menuntut gaji rakyat mereka yang

bekerja di Negara kita dinaikkan kepada satu kadar yang agak tinggi. Tetapi

permintaan mereka masih dalam pertimbangan dan belum di sahkan bagi

memastikan Negara menjaga kepentingan pelbagai pihak. Beberapa akta juga

mungkin akan digubal dalam masa terdekat sementara ini.

Untuk kita mengatasi masalah ini, seharusnya kita harus peka dan punya

kesedaran tinggi juga pengetahuan yang luas tentang pelbagai pengertian buruh asing

kepada kita. Dalam bab ini kita akan melihat peranan dan beberapa perkara penting

dalam pengambilan buruh asing dalam pembinaan.

2.2 Definisi Buruh dan Pembinaan

Menurut Kamus Dewan, buruh didefinisikan sebagai orang yang bekerja bagi

mendapatkan upah tanpa latihan yang khusus kepada mereka. Secara amnya, buruh

ini adalah terdiri dari sumber manusia sepenuhnya. Buruh ini akan membuat

sebarang pekerjaan mengikut arahan majikan berdasarkan tahap kemahiran masing-

masing.

8

Pembinaan pula boleh ditakrifkan sebagai pembinaan baru, pengubahan,

pembaikan dan perolehan, pemasangan sebarang jenis jentera atau alat yang sedia

ada pada masa pembinaan asas termasuk, serta pemasangan jentera atau alat selepas

pembinaan asas tetapi memerlukan binaan bagi memasangnya.

2.2.1 Pengelasan Personel Binaan

Menurut CIDB, pembinaan terdiri dari pekerja buruh binaan tidak mahir atau

am, buruh binaan yang mahir dan buruh binaan yang separuh mahir. Selain itu,

penyelia tapak binaan, pengurus tapak binaan dan personel pentadbiran juga terlibat

dalam menyempurnakan sesuatu projek.

Lazimnya buruh dikelaskan kepada tiga pecahan berdasarkan tahap

kemahiran dan akademik masing-masing. Kelas yang terendah adalah kelas buruh

tidak mahir, kelas pertengahan adalah terdiri dari buruh separa mahir dan kelas yang

paling tinggi adalah buruh mahir. Mengikut hieraki ini, buruh mahir adalah kelas

yang paling baik kerana mempunyai tahap akademik dan kemahiran lebih

berbanding yang lain diikuti dengan separa mahir dan kemudiannya buruh tidak

mahir.

Peranan kesemua ahli sangat besar kerana mereka adalah tonggak utama

dalam mengerakkan proses pembinaan. Secara relatifnya, mereka mempunyai

rantaian pergantungan sesama mereka dalam memastikan progress kerja berjalan

dengan lancar.

9

2.2.1.1 Buruh mahir

Menurut definisi kamus CIDB, pekerja mahir adalah orang yang dapat

melaksanakan kerjanya berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan mengikut keperluan

dan kehendak industri negara. Mereka ini mestilah telah menjalani ujian akreditasi

yang ditetapkan.Setelah berjaya diakreditasikan (lulus ujian kemahiran secara

praktikal), barulah CIDB memperakuinya sebagai pekerja mahir dengan

mengeluarkan „Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB mengikut tred pekerjaan.

Selain itu,buruh mahir boleh di kategorikan sebagai perseorangan yang

berkeupayaan dan terlatih untuk mengendalikan sesuatu kerja yang memerlukan

kemahiran yang tinggi dan baru atau dikatakan berteknologi. Mereka ini di khaskan

seperti kerja untuk mengendali mesin, membawa tower kren, tukang kimpalan dan

tukang tukang yang lain. Kebiasannya golongan ini mempunyai sijil dari sekolah

teknik atau vokasional. Ia terdiri dari warganegara kita sendiri bukan dari golongan

buruh asing.

2.2.1.2 Buruh Separuh Mahir

Selalunya ia dipelopori oleh buruh asing yang ditugaskan untuk membantu

buruh mahir melakukan kerja di tapak binaan. Buruh separuh mahir ini tidak

mempunyai kelulusan yang di akui badan badan tertentu. Mereka ini hanya mahir

berdasarkan pengalaman sahaja. Kadangkala buruh separa mahir boleh melakukan

dan menghasilkan kerja setanding dengan buruh mahir.

10

Tetapi mengikut peraturan dan defines CIDB, pekerja separuh mahir yang

tidak menjalani ujian akreditasi, CIDB tidak memperakuinya sebagai pekerja mahir

walaupun ada pihak lain atau dia sendiri menyatakan dirinya adalah pekerja mahir

dan berpengalaman. Akreditasi pekerja mahir dilaksanakan kerana mengikut fungsi

CIDB Akta 250 Seksyen 4(1)K.

2.2.1.3 Buruh Tidak Mahir

Buruh dari kategori ini akan menjalankan segala kerja kerja yang tidak

memerlukan mereka mempunyai pendidikan dan kemahiran. Tugas mereka agak

umum kerana tiada spesikfikasi dalam melakukan kerja tetapi mereka perlu ada

sedikit pegetahuan untuk melaksanakan tugas di tapak bina seperti mengangkut

bahan binaan, membersihkan mesin, mengatur barang barang binaan dan lain-lain.

2.2.1.4 Penyelia Tapak Binaan

Penyelia tapak di lantik untuk mengawal selia projek. Antara tugas utama

penyelia tapak ialah merekod, mencatat aktiviti projek setiap hari dalam site diari,

mengatur kerja tukang atau pekerja binaan, mengawal selia kerja di tapak,

mengawal dan menyemak mutu kerja,mengawasi kerja dari segi kaedah binaan, cara

pemasangan, kemasan, penerimaan barang di tapak dan mengatur penyimpanan serta

rekod. Ia juga akan bekerjasama dengan kerani tapak dan melapor progress kerja

kepada pengurus.

11

Ia akan merekod peratus, kuantiti kerja, membuat ukuran sub con dan

memberi maklumat kepada pengurus projek. Tanggungjawab penyelia tapak ini

membolehkan segala urusan di tapak menjadi lebih sistematik dan terkawal.

Kebiasaanya seorang penyelia tapak perlu mempuyai sekurang kurangnya sijil yang

setaraf denganya.

2.2.1.5 Pengurus Tapak Binaan

Tanggungjawab sebagai seorang pengurus tapak sangat besar. Pengurus tapak

adalah individu yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan mempunyai

pengetahuan dari segi teori dan praktikalnya tentang ilmu ilmu pembinaan. Ia

dipertanggungjawab memastikan kerja berjalan mengikut masa yang di tetapkan

serta tiada masalah timbul yang boleh memberi kerugian kepada pihak klien.

Dengan kata lain, pengurus tapak dibayar sebagai wakil pihak klien di tapak bina.

2.2.1.6 Personel Pentadbiran

Tugas ini di buat oleh individu untuk menguruskan urusan urusan

pentadbiran. Dalam tempoh projek berjalan, segala urusan pejabat, urusan untuk

memastikan aliran menjadi lancar, personel pentadbiran di lantik bagi membantu hal

hal yang berkaitan seperti urusan pengurusan pejabat.

12

2.3 Buruh Dan Buruh Asing

Golongan buruh adalah terdiri dari warga tempatan tetapi buruh asing adalah

di datangkan khas dari negara luar seperti Indonesia, Mynmar, India, China dan lain-

lain. Menurut Ahm Zehadul Karim,et.al, Buruh asing di definisikan sebagai

sekumpulan bangsa luar yang mempunyai hak yang sah untuk bekerja di mana mana

negara yang memerlukan tenaga mereka.

Mengikut statistik sehingga Mei lalu ada 1.91 juta pekerja asing atau 16.8

peratus daripada keseluruhan guna tenaga tempatan. Jumlah ini sangat

membimbangkan kerana jumlah pengangguran tetap meningkat. Dalam negara yang

populasi 26 juta orang, jumlah 2.5 juta pekerja asing adalah isu yang cukup serius (

Ku Seman,2009).

Kehadiran buruh asing dikatakan menutup periuk nasi buruh kita sendiri

kerana majikan lebih berminat untuk mengambil buruh asing memandangkan kadar

upah mereka lebih rendah demi mengaut keuntungan yang lebih.

2.3.1 Prosedur Pengambilan Buruh Asing

Dalam hal untuk menguruskan pengambilan buruh asing sememangnya agak

sukar dan memerlukan kos yang tinggi tetapi memberi faedah seperti kadar upah gaji

yang rendah kepada mereka member faedah dan keuntungan kepada majikan

khasnya. Terdapat beberapa perkara dan syarat yang perlu dikuti oleh majikan

sebelum mereka menggunakan perkhidmatan perkerja buruh asing.

13

Antaranya adalah majikan perlu menguruskan permit pekerja mereka. Pihak

kontraktor terpaksa melalui pelbagai kerenah birokrasi bagi mendapatkan permit

bekerja di Malaysia ( Mohd Kamal, 2007). Tempoh asas permit adalah tiga tahun

untuk setiap buruh asing tetapi selepas itu ia akan ada tambahan secara setahun ke

setahun bedasarkan merit setiap permohonan.

Selepas lima tahun permit mereka akan mati dan perlu pulang ke tanah air

masing-masing tetapi kerajaan telah member kelonggaran kepada majikan bahawa

mereka boleh terus mengambil pekerja yang lebih dari tempoh dengan syarat pekerja

tersebut mendapat sijil kemahiran dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

(MLVK) atau Lembaga Pembangunan Pembinaan Industri (CIDB). Pas Lawatan

kerja Sementara diberi kepada buruh asing dalam tempoh 3 bulan selepas permit

mereka tamat. Dalam tempoh inilah mereka boleh melaksanakan urusan untuk sijil

sijil yang diperlukan.

Selain itu, pihak majikan perlu menguruskan dokumen dan kontrak pekerja

mereka di jabatan imigresen. Jika berlaku kemalangan yang membabitkan nyawa dan

kesihatan, majikan perlu membiayai sepenuhnya kos perubatan serta penghantaran

pulang jenazah. Mengikut peraturan juga, sesiapa pekerja mereka yang melarikan

diri, pihak majikan perlu menyerahkan dokumen dan kontrak ini kepada pihak

kedutaan asal buruh asing ini supaya tindakan susulan seperti menyenarai hitamkan

pekerja itu dilakukan.

Prosedur terakhir ialah pihak majikan perlu menanggung kos pengambilan

dan penghantaran buruh pekerja asing ini. Dalam prosedur ini, pihak majikan

bertanggungjawab juga harus melindungi pekerja mereka ini dengan insuran khas

untuk pekerja asing demi menjaga kebajikan mereka namun ada sebahagian yang

tidak membuat caruman dan tidak mengendahkan arahan kerajaan ini kerana mereka

lebih mengambil mudah dan mementingkan keuntungan dari diri pekerja mereka.

14

Selepas semua urusan ini selesai, majikan perlu menunggu pekerja buruh

asing ini tiba di pintu masuk dan membawa mereka ke tempat kerja. Demi menjaga

penularan penyakit berjangkit, kerajaan mengarahkan dan mewajibkan supaya

pekerja asing ini membuat pemeriksaan kesihatan susulan di Agensi Pemantauan

Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) yang kos ini di tanggung oleh

pihak majikan setelah ketibaan mereka ke Negara ini.

Pengggunaan buruh asing dalam pelbagai sektor ini harus di laporkan oleh

pihak majikan setelah pekerja mereka sudah bekerja 14 hari bermula tarikh mereka

melakukan tugas. Ini juga adalah sebahagian tanggungjawab majikan terhadap

peraturan kerajaan yang sering di abaikan. Kerumitan dan pelbagai prosedur yang

diterangkan di atas membuatkan ramai majikan memilih untuk mengambil pendatang

asing tanpa izin yang menjadi faktor utama lambakan mereka di Malaysia.

2.3.2 Kemahiran Buruh Asing

Kebanyakan buruh asing yang diambil bekerja tidak mempunyai kemahiran

dan kurang produktiviti (CIDB, 2004). Tetapi ada juga yang datang ke Malaysia

mempunyai kemahiran asas sebelum mereka datang ke sini untuk bekerja. Oleh

kerana itu, mereka tidak mempunyai masalah untuk melakukan kerja-kerja

pembinaan dan ini memberi sedikit kelebihan mengapa pihak kontraktor lebih gemar

untuk menggaji mereka di tapak bina. Di negara mereka sendiri juga kebanyakannya

sudah mengambil upah menjadi tukang untuk membuat rumah dan lain lain.

15

Segelintir dari mereka sangat mahir membuat kerja dan ketelitian, kesenian,

ketekunan juga daya usaha agak berbeza dari buruh tempatan. Mereka sudah

dibiasakan dengan kerja berat dan panas di tapak pembinaan. Kesusahan di tanah air

sendiri membuatkan mereka sangat kuat bekerja dan bersungguh-sungguh namun ada

juga yang mengambil kesempatan atas kemahiran yang ada melakukan jenayah

seperti pecah rumah di negara kita.

Tetapi apa yang menjadi kerumitan kepada industry pembinaan bertambah

meruncing apabila Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)

menganggarkan lebih setengah daripada 800,000 gunatenaga dalam sektor

pembinaan negara dipenuhi oleh tenaga kerja asing yang tidak berkemahiran. Ini

bermakna industri pembinaan negara masih mempunyai banyak peluang pekerjaan

untuk diisi oleh belia tempatan bagi mengatasi masalah pergantungan kepada tenaga

kerja asing. Langkah ini sekaligus menjimatkan pengaliran wang Malaysia ke luar

negara (CIDB, 2004)

2.3.3 Keselamatan dan Kesihatan di Kalangan Buruh Asing

Kejadian kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan

kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian

program program kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi

serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya

kes kemalangan yang semakin meningkat hari ini (Bold, 1996). Kemalangan

menurut Laney merupakan keadaan atau situasi yang berlaku tanpa kawalan yang

mengakibatkan kecederaan dan kerosakan. Dalam industri binaan kemalangan

mengakibatkan kecederaan, kematian, kerosakan jentera, bahan binaan dan

sebagainya yang berkaitan dengan industri ini. Kemalangan akan dikaitkan dengan

keselamatan secara globalnya.

16

Keselamatan ialah keadaan yang bebas daripada risiko yang berbahaya. Ini

adalah berkaitan dengan bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal dan

risiko terhadap kesihatan dalam jangkamasa tertentu (Davies dan Tomasin, 1996).

Dalam industri pembinaan, kebanyakan kes kecederaan berlaku di tempat kerja

adalah disebabkan oleh pekerja tidak diberi latihan keselamatan yang mencukupi

atau langsung tiada diberi latihan (Grossman, 1996). Sejak isu mengenai

keselamatan meningkat dalam industri binaan, banyak kajian berkaitan keselamatan

telah dijalankan bagi kerja-kerja bangunan. Sehubungan dengan itu, kajian lebih

mendalam perlu dilakukan bagi mengenalpasti kos pengurusan dan perancangan bagi

kerja kejuruteraan awam agar dapat dijadikan panduan perancangan projek dan

anggaran projek akan diketahui.

17

Rajah 2.3.1: Carta Alir Prosedur Pengambilan Buruh Asing

PERMOHONAN MENGAMBIL

PEKERJA DI JABATAN TENAGA

KERJA

DIISI OLEH

WARGA

TEMPATAN

IKLANKAN JAWATAN

SELAMA I BULAN

BOLEH TERUSKAN JIKA TIADA WARGA

TEMPATAN MENGISI JAWATAN

MENGISI 3 DOKUMEN DARI IMIGRESEN

TEMUDUGA KEPADA MAJIKAN OLEH

KEMENTERIAN DALAM N NEGERI

MEMBAYAR LEVI PEKERJA 24JAM

SELEPAS TEMUDUGA BERJAYA

DAPATKAN KELULUSAN DARI

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

MAJIKAN PERLU MENUNGGU PEKERJA

DIPINTU MASUK LAPANGAN TERBANG

MELAKUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

PEKERJA DI FOMEMA

LAPORKAN PENGAMBILAN PEKERJA DIA

JABATAN TENAGA KERJA SELEPAS 14

HARI BEKERJA

SELEPAS 3 TAHUN,PEKERJA PERLU

MENDAPAT SIJIL MLVK UNTUK

MENERUSKAN PERMIT BEKERJA DI

TAPAK BINA

BOLEH MENERUSKAN PEKERJAAN

SELEPAS MENDAPAT KAN SIJIL MLVK

MENGHANTAR PULANG

PEKERJA KE NEGARA ASAL

SELEPAS 3 TAHUN

NO

YES

NO

YES

NO

YES

MOHON SEMULA

18

2. 3.4 Komunikasi Antara Majikan dan Pekerja

Komunikasi adalah perkara terpenting dalam perhubungan, pekerjaaan dan

segala situasi yang memerlukan kerjasama serta perbincangan. Jika gagal dalam

komunikasi, segala urusan tidak akan berjaya dan sempurna. Dalam hal ini,

kontraktor atau pihak majikan biasanya gagal berkomunikasi dengan pekerja asing

kerana biasannya pekerja asing yang datang bekerja di sini tidak fasih dalam bahasa

kita dan juga bahasa inggeris. Mereka tidak mempunyai latar pendidikan yang baik

dan tidak mendapat pendidkan yang formal di sekolah dan insitusi.

Ini menyukarkan urusan pembinaan. Arahan yang diberi tidak sampai dengan

betul kepada pekerja ini. Oleh kerana itu, ia akan menjadi punca kepada kemalangan

dan kelewatan dalam menyiapkan projek. Hal ini sangat rumit untuk dia atasi kerana

ia memakan masa untuk memberi pemahaman kepada pekerja yang datang dari

pelbagai negara seperti India, Filipina, Mynmar, China dan lain lain.

2.4 Faktor Kedatangan Dan Pengambilan Buruh Asing

Setiap hari kadar kemasukan warga asing yang masuk ke Malaysia di dapati

meningkat pada kadar yang tidak sepatutnya. Sememangnya keperluan mereka

dalam mengisi keperluan pekerjaan sangat membantu negara dalam

memperkembangkan ekonomi namun jika jumlah itu tidak di kawal maka akan

wujud satu ketidakseimbangan agihan ekonomi.

19

Sehingga Mei lalu ada 1.91 juta pekerja asing atau 16.8 peratus daripada

keseluruhan guna tenaga tempatan mengikut statistik jabatan tenaga kerja. Malaysia

ini seperti Lubuk Emas, maka banyak tarikan untuk mereka datang ke sini tidak

kiralah melalui jalan yang sah atau tidak, sanggup menggadai nyawa demi mengubah

kehidupan daif mereka di sana.

2.4.1 Kemiskinan dan Peluang Pekerjaan

Malaysia adalah sebuah negara yang membangun. Dalam menuju kearah

sebuah negara maju, pelbagai sektor ekonomi menghadapi proses perubahan.

Kerancakan ekonomi ini menarik minat jutaan rakyat di negara jiran menanti peluang

pekerjaan untuk mencari rezeki di sini. Faktor utama kedatangan mereka untuk

bekerja di sini adalah kemiskinan. Kebanyakan dari mereka datang kesini secara

perseoragan meninggalkan kampung halaman dan keluarga tercinta demi memerah

keringat mengubah hidup masing masing yang mundur dan susah. Tidak hairanla

Malaysia di hurung seperti gula oleh semut semut yang datang dari pelbagai negara.

2.4.2 Proses Globalisasi

Proses globalisasi yang meningkatkan keterbukaan ekonomi membolehkan

aliran keluar-masuk barangan dan perkhidmatan serta modal dengan jumlah yang

lebih besar. Namun, proses globalisasi tidak hanya terhad pada peningkatan aliran

dagangan dan modal sahaja. Malah aliran keluar-masuk pekerja asing juga turut

sama meningkat. Dalam tempoh 2000-2007, jumlah kemasukan pekerja asing dalam

negara meningkat sebanyak 153 peratus daripada 807,000 kepada dua juta orang.

20

2.5 Sistem Binaan Berindustri

Dalam menangani masalah untuk mengurangkan kebergantungan negara

kepada negara pekerja asing, pelbagai usaha telah dilakukan antaranya kira-kira

400,000 pekerja asing akan dikurangkan mulai tahun ini supaya sasaran kerajaan

mengurangkan 1.2 juta tenaga asing menjelang 2010 bagi mengelak kebergantungan

kepada mereka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga akan

melaksanakan pelbagai langkah lain bagi mengurangkan kebergantungan negara

kepada pekerja asing. "Antaranya, memperkenalkan Industrial Building System

(IBS) dalam sektor pembinaan," katanya menjawab (Berita Harian, Khamis, 23 Okt.

2008)

Sistem Binaan Berindustri (IBS) adalah satu sistem yang menggunakan

kaedah pembinaan pasang siap. Dalam sistem ini. Ia adalah mengaplikasikan konsep

pembuatan pasang siap di mana komponen diperbuat di kilang, di tapak atau di luar

tapak, diangkut dan kemudian dipasang menjadi sebuah struktur dengan kerja yang

minimum. Lima jenis IBS yang biasa digunakan di Malaysia adalah :

sistem kerangka panel dan kekotak konkrit pratuang

sistem kerangka keluli

sistem kerangka kayu pra-siap

sistem acuan keluli

sistem blok pratuang

21

Kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan sistem ini adalah seperti berikut :

Produk yang berkualiti tinggi dan pembaziran yang minimum kerana

persekitaran kerja di kilang lebih mudah dikawal.

Penghapusan acuan kayu konvensional dan pengurangan ketara

penggunaan penyangga melalui penggunaan elemen pasang siap atau

sistem acuan bagi proses tuangan di tapak.

Platform kerja yang teguh dan selamat dihasil melalui elemen pasang

siap.

Penyiapan yang lebih cepat berikutan pengenalan komponen yang

menggantikan pembinaan in-situ.

Tapak pembinaan lebih teratur, bersih dan selamat berikutan pengurangan

sampah binaan, pekerja dan bahan binaan ditajak.

Penggunaan IBS akan menukarkan persepsi masyarakat terhadap sektor

binaan yang umumnya menganggap ia kotor dan sukar kepada suasana yang lebih

kemas proses pembinaannya, di samping mampu mengurangkan bilangan pekerja di

tapak ( Zakaria Mohd. Yusof,2007). Selain itu, bekas mantan Perdana Menteri Dato

Seri Abdullah Ahmad Badawi juga menyatakan perkara yang sama bahawa

penggunaan IBS bukan saja mampu meningkatkan produktiviti dalam sektor

pembinaan malah, ia juga membantu negara mengurangkan pergantungan pekerja

asing.

22

2.6 Program Kad Hijau

Bidang pembinaan sering dikaitkan dengan 3D ( Danger, Dirty and Menteri

Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, kini terdapat 320,000

pekerja asing dalam industri pembinaan yang berdaftar dengan Lembaga

Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Program kad hijau ini meliputi pendaftaran dan akreditasi pembinaan dengan

tujuan meningkatkan kesedaran tahap keselamatan di tapak pembinaan. Program ini

adalah termasuk:

Kursus induksi keselamatan dan kesihatan selama sehari kepada

pekerja

yang melibatkan diri dalam pembinaan

Barangan keperluan perlindungan diri termasuk topi keselamatan dan

lain-lain.

Objektif Program kad hijau adalah:

Untuk memastikan pekerja dlam pembinaan sentiasa menyedari

kepentingan dalam menjaga keselamatan dan kesihatan di tempat

kerja.

Untuk memaklumkan undang-undang yang ada berkaitan dengan

keselamatan.

23

Untuk memberi pengetahuan asas keselamatan dan kesihatan dalam

pembinaan.

Sesiapa individu yang terlibat dalam pembinaan dan telah mendaftarkan diri

di CIDB serta menghadiri program kad hijau secara automatic individu itu telah di

lindungi dengan insuran khas yang disediakan. Insuran ini adalah sebagai salah satu

jaminan perlindungan diri dan usaha untuk memperbaiki perspektif bidang

pembinaan.

2.7 Makmal Mengkaji Buruh Asing

Semua pihak ynag berkaitan dan bertanggung jawab berusaha untuk

memastikan kadar peningkatan buruh asing dapat diatasi dari pelbagai terutama

kerajaan. Antaranya ialah membina makmal buruh asing. Makmal ini ditubuhkan

oleh kerajaan dan diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri dengan tujuan untuk

mengkaji dasar dan prosedur pengambilan buruh asing, meneliti undang-undang

sedia ada, melihat peranan syarikat penyumberan luar dan ejen pekerja asing dan

member cadangan dan langkah yang wajar yang perlu diambil.

Selain itu, makmal ini bukan sahaja diterajui oleh kerajaan tetapi juga dengan

wakil daripada kementerian dan agensi yang dilantik. Mereka ini akan diberi tempoh

2 bulan utnuk memeberikan maklum balas kepada kerajaan. System yang sedia ada

bagi memantau dan memastikan kepulangan pekerja asing ke negara asal selepas

24

tamat tempoh bekerja di negara ini mengikut waktu yang ditetapkan akan terus

diperkemas dalam tempoh yang pendek. (Bernama, 22 Februari 2010)

2.8 Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB)

CLAB adalah salah sebuah organisasi dan syarikat pengambilan buruh asing

yang dijamin. Ia ditubuhkan pada tahun 2003 oleh CIDB yang putuskan oleh

Jawatankuasa Kabinet mengenai Pengambilan Pekerja Asing (JKK-PA) untuk

membawa dan membekalkan buruh asing kepada syarikat atau organisasi di

Malaysia.

Selain itu, CLAB juga ditubuhkan dengan beberapa fungsi antaranya:

Untuk menerima buruh asing yang mempunyai permit sah daripada

kontraktor setelah kontraktor tidak mendapat mana-mana projek

Untuk membekalkan buruh asing kepada organisasi yang memerlukan tenaga

buruh untuk melaksanakan projek mereka

Hasilnya, ia membawa kepada penurunan kelembapan serta membantu

menyiapkan projek

Untuk membawa buruh asing pembinaan dari negara sumber untuk mengisi

keperluan industri pembinaan

25

2.9 Kesan Kepada Sosial, Ekonomi dan Politik

Penggunaan buruh asing memberi pelbagai implikasi yang agak besar kepada

social, politik dan ekonomi. Seharusnya keadaan ini perlu di kawal pada peringkat

awal lagi dari terus menjadi barah yang besar kepada semua. Kerajaan seharusnya

terus mengambil tindakan drastic untuk membendung perkara ini kerana kuasa dan

peraturan adalah di tangan mereka. Pengawalan kemasukan mereka patut dikaji dan

di buat mengikut apa yang sepatutnya.

2.9.1 Sosial

Kebelakangan ini masalah jenayah seperti rompakan, pembunuhan dan lain-

lain sering terpapar di dada akhbar. Berikutan itu, segilintir yang menyumbang dalam

masalah jenayah itu adalah dari kalangan buruh asing. Penglibatan warga asing

dalam jenayah di negara ini kini dilihat semakin meningkat.Jenayah samun termasuk

bersenjata dan berkumpulan merupakan antara jenayah yang paling kerap dilakukan

oleh warga asing. Mereka yang terlibat ini kebiasaanya sudah mengetahui dan

mengenali sasaran mangsa mereka sendiri.

Mengikut statistik PDRM sepanjang tahun 2008, sebanyak 1,849 kes jenayah

kekerasan dilaporkan dan 3,034 kes melibatkan jenayah harta benda. Daripada

jumlah itu, warga Indonesia mencatatkan penglibatan tertinggi iaitu 1,073 dalam

jenayah kekerasan dan 1,400 dalam jenayah harta benda diikuti warga Filipina pula

sebanyak 416 (jenayah kekerasan) dan 1,400 (harta benda) manakala warga

Singapura mencatatkan satu kes jenayah harta benda.

26

Kebanyakan penjenayah terutama dari Indonesia datang sebagai pelancong

dan mengambil kesempatan melakukan rompakan dan pecah rumah. Menurut

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin, mereka

mensasarkan negeri-negeri yang berhampiran dengan sempadan negara seperti Johor,

Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.tidak dapat di nafikan bahawa peningkatan

kes itu ada kaitan dengan kemakmuran dan kekayaan yang dinikmati di negara ini.

Pada 13 Mei lalu, lima penjenayah warga Indonesia ditembak mati selepas memecah

masuk rumah Syahrin Mohd Jamaluddin, setiausaha politik Menteri Pelajaran Tan

Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Sinaran Baru, Kempas, Johor. ( Bernama,15 Mei

2009)

2.9.2 Ekonomi

Kemasukan buruh asing yang tidak terkawal banyak memberi kesan dari

semua sudut termasuk ekonomi kerana kehidupan kita bergantung kepada keadaan

ekonomi. Kemajuan dan kemunduran sesuatu negara juga menggambarkan keadaan

kestabilan ekonomi negara tersebut. Ekonomi adalah antara aspek terpenting yang

akan mempengaruhi politik dan sosial sebuah negara.. Bagi imigran yang telah lama

di sini, krisis ekonomi merupakan petunjuk aras untuk berubah kepada pekerjaan

yang lebih baik demi survival. ( Utusan Malaysia, 16 Jun 2009)

Terdapat dua kesan yang dinyatakan oleh Dr.Asan Ali Golam Hassan dalam

petikannya bahawa perbezaan pendapatan dalam masyarakat boleh melalui dua cara

iaitu:

27

kemasukan itu akan menambah bilangan pekerja baru yang muda dan tidak

mahir, dan seterusnya membawa perubahan dalam struktur umur tenaga

buruh. Perubahan itu bolehmeningkatkan ketidaksamaan pendapatan

walaupun tidak terdapat perubahan dalam struktur upahdan pendapatan.

Kemasukan secara beramai-ramai itu akan merendahkan secara relatif upah

pekerja tidak mahir sementara upah pekerja mahir dan pulangan pemilik

modal terus meningkat. Akibatnya, jurang perbezaan pendapatan dalam

masyarakat akan melebar.

Bagi saya mereka yang bersikap mengejar untung tanpa mengagihkan hasil

kepesatan ekonomi kepada orang tempatan adalah tidak patriotik,” demikian tegas

Ketua Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya

Dr. Mohamad Agus Yusoff. Secara tersiratnya boleh dikatakan kemasukan buruh

asing ini menghalang kepada usaha negara beralih kepada aktiviti ekonomi yang

berteraskan teknologi tinggi.

28

Jadual 2.9.1: Statistik Kes Jenayah Komersil Serta Tangkapan

Warga Tempatan Dan Warga Asing Bagi Tahun 2007

KESALAHAN

JUMLAH

KES

TANGKAPAN

JUMLAH

TANGKAPAN WARGA

TEMPATAN

WARGA

ASING

Pecah Amanah

Jenayah 1839 182 10 192

Tipu 6025 425 124 549

Jenayah Siber

Hacking

A.K.M

Kes. ATM

4

27

116

1

4

3

nil

nil

nil

1

4

3

Lain-Lain Tipu

(Sek. 415-419 KK) 239 141 20 161

Pemalsuan 235 5 nil 5

Kad Kredit 62 31 16 47

Amla 14 nil nil 0

Akta Pemberi

Pinjam Wang 156 38 nil 38

Akta Hak Cipta 7 8 nil 8

Akta Penapisan

Filem 81 83 6 89

Lain-Lain Agensi

Kerajaan 47 24 39 63

Lain-Lain Kes

Jenayah Komersil 896 627 34 661

Jumlah 9748 1572 249 1821

29

2.9.3 Politik

Tidak terkecuali implikasi dan kesan yang timbul dari kedatangan warga

asing ini adalah dalam segi politik. Warga asing sangat mempengaruhi keadaan

semasa politik antara dua buah negara iaitu negara pembekal sumber dan negara

yang memerlukan sumber.

Implikasi politik daripada kebanjiran pekerja asing ternyata apabila tercetus

isu anggota polis kita memukul jurulatih tae kwan do Indonesia tidak lama dulu. Di

Indonesia, rakyatnya menyalakan sentimen politik apabila menuduh Malaysia

membangun kerana pekerja Indonesia. Begitu juga dengan isu lagu Rasa Sayang,

sekali lagi pekerja asing Indonesia menjadi modal ekstremis politik di Indonesia

memperkecilkan Malaysia. Negara sumber menganggap tanpa pekerja mereka,

Malaysia tidak mampu membina Menara Berkembar Petronas dan Lapangan

Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kejadian ini secara tidak lansung telah mewujudkan perselisihan faham

antara dua buah negara yang boleh menimbulkan ketidak tenteraman di dalam kedua-

dua buah negara kerana masalah ini selalunya akan tercetus ketidak puas hatian dari

pelbagai pihak. “Daripada pemerhatian saya, apabila jumlah pekerja asing semakin

besar, mereka dipergunakan untuk demonstrasi jalanan di negara ini. Kerana itu tidak

hairanlah kalau masyarakat tempatan tertekan dengan pekerja asing ini,‟‟ tegas Dr.

Mohamad Agus .

30

2.10 Strategi Kerajaan Dalam Usaha Mengurangkan Buruh Asing

Kerajaan sangat tegas dan serius dalam menangani masalah kebanjiran buruh

asing. Datuk Thomas George berkata, daripada jumlah keseluruhan 11.3 juta tenaga

kerja yang ada di Malaysia, 2.2 juta adalah warga asing. Untuk mengurangkan

kedudukan Malaysia yang terlalu bergantung terhadap pekerja asing dan bagi

melindungi peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan, kerajaan membuat keputusan

untuk mengurangkan secara beransur-ansur kadar pergantungan terhadap pekerja

asing daripada 2.2 juta sekarang kepada 1.5 juta menjelang 2015. (Utusan Malaysia

20 Oktober 2009).

Antara langkah tindakan serta merta oleh kerajaan dalam usaha

mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing dibuat melaui 3 cara iaitu

kerajaan akan menggalakkan penggunaan Industrialised Building System atau lebih

popular dengan singkatan IBS dalam reka bentuk kerajaan. Yang kedua ialah

menggalakkan kontraktor menggunakan khidmat Construction Labour Exchange

Centre Berhad (CLAB) bagi mendapatkan khidmat pekerja asing.

Yang ketiga adalah dengan membuat saranan kepada kontraktor agar hanya

mengambil pekerja asing berkemahiran sahaja merupakan suatu saranan positif yang

setidak-tidaknya memberi ingatan kepada kontraktor supaya bijak dalam memilih

jenis pekerja asing yang benar-benar diperlukan dalam pelaksanaan projek mereka.

31

Menurut Prof Madya Zakaria Mohd Yusof, beliau menyarankan beberapa

strategi dan langkah lain dalam memantapkan tiga langkah kerajaan membanteras

dan menangani isu ini iaitu:

Insitusi latihan kemahiran tajaan kerajaan yang ada menerapkan konsep IBS

ini di dalam kurikulum. Kerajaan seharusnya memastikan pekerja yang

terlibat dalam IBS adalah terdiri dari kalangan warga tempatan bukan warga

asing supaya kemahiran ini dapat diperkembangkan kepada warganegara kita

sendiri

Memberi galakan dalam mewujudkan lebih banyak Kontraktor Pemasang

bagi menjayakan konsep IBS ini di pelbagai peringkat kelas dan gred

kontraktor di setiap negeri dan daerah. Kerajaan perlu memastikan semua

kontraktor yang terlibat dalam IBS ini mengambil pekerja tempatan yang

telah dilatih di institusi latihan tajaan kerajaan.

Peranan CLAB perlu diperluaskan supaya ia boleh menjadi satu agensi yang

berfungsi kepelbagaian. CLAB yang berperanan sebagai ejen pertukaran

pekerja asing harus juga bertindak sebagai ejen .pertukaran pekerja tempatan

khususnya yang dilatih oleh insitusi latihan tajaan kerajaan. Disamping itu,

CLAB perlu mempunyai pangkalan data pusat berkaitan dengan bilangan

pekerja mahir tempatan yang keluar dari institusi latihan tajaan kerajaan di

setiap tahun

32

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Untuk melaksanakan kajian terhadap tajuk yang pilih,kajian awal iaitu

mendapatkan data- data awal telah dilaksana untuk mendapatkan gambaran sebenar

mengenai kajian yang akan di lakukan kelak. Contoh-contoh data awal ialah

prosedur pengambilan pekerja, jumlah kemasukan buruh asing, kesan kepada sosial,

ekonomi dan politik, faktor kedatangan dan lain lain. Kesemua data awal ini banyak

memberi kefahaman untuk membuat kajian berikutnya.

33

3.2 Kajian Literatur

Perkara seterusnya adalah membuat kajian literatur dengan mendapatkan

sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan dengan pengambilan buruh asing

daripada bahan bacaan dan media elektronik. Semua sumber telah diteliti dan di kaji

sebaiknya bagi memastikan segala maklumat yang diperolehi dapat melengkapkan

kajian ini.

3.3 Pengumpulan Maklumat dan Data

Terdapat beberapa jenis maklumat dan data. Pengumpulan maklumat dan

data juga terdiri daripada beberapa kaedah. Kaedah yang sesuai akan dipilih untuk

setiap kajian bergantung kepada data yang di ambil.

3.4 Teori

Untuk bahagian teori, maklumat yang di dapati adalah di kumpulkan melalui

pembacaan tesis yang lepas, buku buku rujukan, jurnal, keratan akhbar serta

pencarian di dalam media elektronik seprti halaman web di internet dan sebagainya.

34

Maklumat ini di kaji dan digunakan sepenuhnya dalam menyokong data data yang di

kumpulkan dan seterusnya membantu memahami konsep dan penyusunan data data

kajian. Data data yang di kumpulkan dalam kaedah ini juga dikenali sebagai data

sekunder.

3.5 Data dan Statistik

Data dan statistik merupakan maklumat-maklumat mentah yang perlu

dianalisis terlebih dahulu bagi membuktikan sesuatu teori itu. Hasil analisis ini

adalah amat penting dalam menyokong segala objektif kajian yang telah ditetapkan.

Data – data yang dikumpulkan pada peringkat ini juga dikenali sebagai data utama.

Data dan statistik yang di gunakan dalam kajian ini ialah melalui.

a) Temubual

Untuk memastikan kajian mencapai objektif yang sempurna, beberapa sesi

temubual akan dilakukan terhadap pihak-pihak yang berkaitan dengan buruh asing.

Antara pihak itu ialah kontraktor, juruteknik, pegawai imigresen, buruh asing, buruh

tempatan dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan

kajian ini.

35

b) Soal selidik

Sebelum turun ke tapak untuk mengumpul maklumat, borang soal selidik

akan disediakan bagi memudahkan pengumpulan data yang dikehendaki. Selepas

borang diedarkan kepada mereka, pengumpulan kembali set borang soal selidik

tersebut dilakukan pada masa yang sama supaya kerja seterusnya iaitu menganalisa

data dapat dibuat tanpa berlaku masalah. Soal selidik ini disasarkan kepada beberapa

kumpulan iaitu buruh asing dan tempatan, pihak kontraktor dan pegawai tertentu.

Dengan adanya maklumbalas daripada mereka ini, maka dapat dikenalpasti tahap

kemahiran buruh asing, peringkat umur yang datang bekerja di tapak pembinaan dan

sebagainya. Borang soal selidik ini diedarkan kepada responden yang telah

dikenalpasti. Borang ini di buat dengan teliti dan teratur bagi memudahkan

responden menjawab soalan-soalan yang diberi dan jelas.

3.6 Menganalisa Data

Data- data dan maklumat yang dikumpulkan akan dianalisa dan diolah bagi

menerbitkan perkara-perkara seperti berikut: -

Perkaitan di antara data-data dan teori atau konsep yang diketengahkan atau

di antara pembolehubah.

Perbandingan di antara sampel yang diperolehi.

36

Paparan hasil daripada analisa ditunjukkan dlaam bentuk “graphical

presentation” iaitu sama ada dalam bentuk histogram, carta pai atau carta bar dan

sebagainya yang bertujuan menghasilkan penyampaian yang lebih berkesan dan

efektif. Di antara kaedah analisis yang digunakan ialah purata indeks ( Al Hammad

er. al : 1996) peratusan, ranking dan analisis kekerapan. Purata indeks diperolehi

daripada formula berikut:

Purata Indeks = ∑ ai xi / ∑ x i

Dimana ;

ai = constant yang melambangkan pemberat bagi i

xi = pembolehubah yang melambangkan kekerapan responden bagi i

i = 0, 1, 2, 3, 4, 5…….

Ia juga turut disokong oleh analisa kekerapan dan kaedah “Ranking “. Kategori skil

yang dinyatakan adalah:

1 = Tidak setuju

2 = Kurang setuju

3 = Sederhana setuju

4 = Setuju

5 = Sangat setuju

Keputusan dan purata mata bagi setiap faktor-faktor tersebut akan ditunjukkan dalam

jadual yang sama. Nilai purata mata yang terkecil menunjukkan faktor yang paling

utama.

37

Manakala klafikasi untuk skla indeks ini dinyatakan oleh Mc Caffer dan Majid

(1997) adalah seperti berikut:

1. Tidak Setuju 0.00≤ indeks min< 1.50

2. Kurang Setuju 1.50≤ indeks min < 2.50

3. Sederhana Setuju 2.50 ≤ indeks min< 3.50

4. Setuju3.50 ≤ indeks min< 4.50

5. Sangat Setuju 4.50≤ indeks min <5.00

3.7 Kesimpulan

Kesimpulan yang dibuat merupakan langkah yang terakhir dalam mencapai

perkara seperti tersebut:

Sebagai keputusan kajian daripada analisis yang diperolehi dalam memenuhi

objektif kajian seperti yang ditetapkan.

Sebagai aspek pembantu dalam membuat dan mengutarakan cadangan

pendapat, langkah-langkah yang diperlukan dalam menangani sebarang

masalah yang dikaji.

38

Rajah 3.0 : Carta Alir Metedologi Kajian

Mmi Mengenalpasti topik kajian dan penyataan masalah

Kajian literatur

Pengumpulan data maklumat

Borang soal selidik Temuramah

Menganalisis data dan keputusan

Kesimpulan dan cadangan

Menentukan objektif dan skop kajian

39

BAB 4

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan

Analisa data yang dibuat ini hanya melibatkan 40 orang responden daripada

120 borang soal selidik yang telah diedarkan. Kandungan soal selidik yang telah

dibuat ini adalah soalan-soalan yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu:

a. Latar belakang responden termasuk

I. Jawatan responden

II. Pengalaman responden

III. Jumlah buruh di Tapak bina responden

40

b. Latar belakang buruh asing

c. Faktor peningkatan dan lambakan buruh asing yang semakin

melampau

d. Masalah yang di hadapi dalam pengambilan buruh asing

e. Perbezaan peribadi dan cara kerja buruh asing berbanding buruh

tempatan

f. Sebab utama majikn menggajikan buruh asing Latar belakang buruh

asing

g. Faktor peningkatan dan lambakan buruh asing yang semakin

melampau

h. Masalah yang di hadapi dalam pengambilan buruh asing

i. Perbezaan peribadi dan cara kerja buruh asing berbanding buruh

tempatan

j. Perbezaan peribadi dan cara kerja buruh asing berbanding buruh

tempatan

k. Masalah yang dihadapi kerajaan apabila majikan meggajikan buruh

asing terlalu ramai

l. Langkah mengatasi yang diambil untuk mengurangkan jumlah buruh

asing oleh kerajaan dengan kerjasama majikan

m. Cadangan dan persetujuan responden tentang prosedur dan dasar yang

sedia ada dalam mengambil buruh asing bekerja

n. Persetujuan dan cadangan responden berkaitan dengan kerjasama

yang patut dijalankan antara kerajaan dan majikan

41

4.2 Jawatan Responden di Tapak Bina

Borang soal selidik ini telah diedarkan di tapak-tapak bina. Jawatan

responden ditapak bina adalah terdiri dari 16 orang kontaraktor, 16 orang adalah

termasuk dalam pelbagai-bagai jawatan seperti pegawai keselamatan, jurukur bahan,

penyelia tapak dan lain-lain.

Selain itu, seramai 4 orang responden adalah memegang jawatan sebagai

jurutera, 3 orang pengurus projek dan hanya seorang juruteknik. Bilangan dan

senarai jawatan diterangkan dalam jadual 4.1 dan rajah 4.1 yang telah disediakan.

Jadual 4.1: Bilangan dan senarai jawatan responden

Jawatan Bilangan

a. Kontraktor 16

b. Pemaju 0

c. Pengurus Projek 3

d. juruteknik 1

e. Jurutera 4

f. Lain-lain 16

42

Rajah 4.1: Bilangan dan jawatan responden dalam bentuk carta pie

4.3 Pengalaman Responden dalam sektor pembinaan

Rajah 4.2 : Pengalaman responden dalam pembinaan

Di dapati selepas soal selidik dilakukan, kebanyakan responden mempunyai

pengalaman kurang dari 10 tahun iaitu sebanyak 25 orang. Tetapi terdapat juga

43

responden yang telah melibatkan diri dan berpengalaman lebih dari 10 tahun iaitu

seramai 11 orang. Hanya sebilangan kecil sahaja mempunyai pengalaman selama 10

tahun iaitu 4 orang. Tiada responden yang di soal selidik tidak mempunyai

pengalaman.

4.4 Jumlah Buruh Asing dan Tempatan di Tapak Pembinaan

Rajah 4.3: Jumlah buruh asing dan tempatan

Soal selidik ini telah mencatatkan jumlah buruh asing seramai 1130

orang dan hanya 409 orang buruh yang terdiri dari warga tempatan kita di

keseluruhan 40 tapak.

44

4.5 Faktor Peningkatan Buruh Asing Dalam Pembinaan.

Melalui soal selidik ini, kaedah ranking yang telah diguna pakai telah

menunjukkan indeks purata persetujuan paling tinggi adalah disebabkan nisbah

pendatang buruh asing terlalu besar sehinggakan kawalan sukar dilakukan oleh pihak

kerajaan yang mencatatkan purata sebanyak 3.87. Punca kedua tertinggi adalah dasar

pelancongan yang tidak membataskan perjalanan pelawat warga asing iaitu dengan

purata 3.825. Rata-rata responden bersetuju bahawa kelemahan penguatkuasaan dari

pihak bertanggungjawab menyebabkan faktor peningkatan buruh asing kerana purata

faktor ini menduduki tangga ketiga tertinggi dalam ranking dengan nilai purata

3.775.

Dikenalpasti terdapat dua punca yang memberi nilai purata kedua terendah

iaitu 3.55. Punca yang dilihat itu adalah ketidaktelusan pihak berkuasa dalam

melaksanakan tugas seperti rasuah dan punca yang berikutnya adalah kerana dunia

mengamalkan dasar ekonomi “ Dunia Tanpa Batasan “ mendorong orang luar

sanggup datang ke Malaysia secara sah atau haram. Namun faktor yang disebabkan

majikan sendiri menyalahgunakan pas yang dibenarkan mengikut sektor kepada

perkara sebaliknya demi mengaut keuntungan menduduki tangga terbawah dengan

nilai indeks hanya 3.275.

45

Jadual 4.4: Faktor Peningkatan buruh asing

Rajah 4.4: Faktor peningkatan buruh asing

Faktor Peningkatan Buruh Asing Indeks

1 2 3 4 5 purata

1. Kelemahan penguatkuasaan 1 1 12 18 8 3.775

2. Ketidaktelusan pihak berkuasa dalam

menjalankan tugas 2 3 12 17 6 3.55

3. Dasar pelancongan yang tidak membataskan

perjalanan pelawat 0 2 11 19 8 3.825

4. Nisbah buruh asing terlalu besar 0 2 10 19 9 3.875

5. Majikan menyalahgunakan pas yang

dibenarkan 1 6 17 13 3 3.275

6. Dunia mengamalkan dasar ekonomi "dunia

tanpa sempadan" 1 2 17 14 6 3.55

46

4.6 Masalah Yang Dihadapi Dalam Pengambilan Buruh Asing

Jadual 4.5: Masalah majikan dalam pengambilan buruh asing

Rajah 4.5: Masalah yang dihadapi majikan dalam pengambilan buruh asing

Masalah dalam pengambilan

Indeks

buruh asing 1 2 3 4 5 Purata

1. Prosedur atau undang-undang 0 6 8 17 9 3.725

2.Proses Panjang dan Lama 0 3 13 15 9 2.775

3. Kos yang tinggi 1 1 10 21 7 3.8

4. Lebih rumit dan sukar 2 3 11 19 5 3.55

47

Responden mengatakan persetujuan mereka dalam melihat masalah untuk

mendapatkan buruh asing yang paling tinggi puratanya ialah kerana melibatkan kos

yang tinggi dengan nilai purata 3.8. Antara masalah lain yang dilihat ialah prosedur

atau undang-undang yang memberi nilai purata sebanyak 3.725. Purata kedua

terendah iaitu hanya memberi nilai serendah 3.55. Maka nilai purata terendah yang

dapat dilihat ialah respoden mengambil masa yang panjang dan lama untuk

mengambil buruh asing bekerja iaitu 2.77.

4.7 Peribadi Dan Cara Kerja Buruh Asing Dengan Buruh Tempatan

Jadual 4.6:Peribadi antara buruh asing dengan buruh tempatan

Peribadi antara buruh asing dengan Indeks

buruh tempatan 1 2 3 4 5 Purata

1.Mudah mendengar arahan 10 4 8 11 7 3.025

2. Kerja lebih cepat disiapkan 10 3 4 13 10 3.25

3. Motivasi tinggi dari buruh tempatan 2 11 9 9 9 3.3

4.Kualiti kerja tinggi 2 10 13 8 7 3.2

5.Tidak memilih bidang kemahiran 0 1 14 15 10 3.85

6.Tidak menimbulkan masalah displin 1 2 24 9 4 3.325

7.Tak persoalkan Gaji rendah 1 3 15 16 5 3.525

8. Tidak peka kebajikan 0 4 20 12 4 3.4

48

Rajah 4.6: Peribadi dan cara kerja buruh asing

Secara kasarnya responden bersetuju mengatakan buruh asing tidak memilih

bidang kemahiran apabila diarahkan berbanding buruh tempatan kerana purata ini

adalah purata tertinggi iaitu 3.85. Perbezaan kedua yang agak ketara dilihat ialah

buruh asing ini tidak mempersoalkan dan cerewet apabila majikan memberi gaji yang

agak rendah dengan mencatatkan purata 3.525. Purata ketiga tertinggi yang dilihat

ialah buruh asing tidak peka dengan kebajikan dan hak sepatutnya diterima

berbanding buruh tempatan yang memberi nilai sebanyak 3.4. Buruh asing juga tidak

menimbulkan masalah displin berbanding buruh tempatan dan memberi purata

bersamaan dengan 3.325.

49

Terdapat juga responden yang bersetuju bahawa perbezaan antara keduanya

ialah motivasi yang tinggi wujud lebih baik dikalangan buruh asing setelah

dibuktikan dengan purata nilai 3.3. Purata nilai yang ketiga terendah ialah kerja lebih

cepat disiapkan oleh buruh asing berbanding tempatan dan nilai itu adalah

3.25.Tetapi nilai purata yang mencatatkan kedua terendah iaitu 3.2 adalah berkaitan

kualiti kerja buruh asing dikatakan lebih tinggi dari tempatan. Maka purata terendah

yang telah dikenalpasti adalah buruh asing in mudah mendengar arahan. Nilai purata

terendah ini adalah bernilai 3.025.

4.8 Sebab Majikan Lebih Berminat Menggajikan Buruh Asing

Graf bar dibawah menunjukkan nilai purata yang diberi responden tentang

alasan mereka lebih berminat menggajikan buruh asing. Sebab utama yang memberi

nilai purata tertinggi iaitu 4 dari responden adalah kerana rakyat tempatan tidak

berminat bekerja sebagai buruh. Purata kedua tertinggi yang memberi nilai 3.925

ialah kerana gaji lebih rendah diberikan jika menggajikan buruh asing.

Tidak terkecuali juga alasan majikan ialah responden terpaksa mengambil

buruh asing kerana perlu memenuhi keperluan buruh dalam pembinaan yang kosong

dan tidak diisi oleh warga tempatan. buruh asing yang meletakkan nilai purata

ditempat ketiga tertinggi dengan nilai purata 3.875. Namun nilai kedua terendah

adalah kerana dikatakan kerja lebih cepat disiapkan dengan nilai 3.675.Nilai purata

yang paling rendah iaitu majikan tidak begitu bersetuju jika dikatakan mereka mahu

mengaut keuntungan berlipat ganda dengan nilai purata kedua terendah iaitu 3.525.

50

Rajah 4.7: Sebab majikan menggajikan buruh asing di tapak bina

4.9 Masalah Yang Dihadapi Kerajaan Dan Penduduk Tempatan Apabila

Majikan Menggajikan Buruh Asing

Kemasukan buruh asing yang tidak terancang dan terkawal menimbulkan

banyak masalah kepada kerajaan dan juga kepada rakyat tempatan. Kedudukan yang

teratas memberi nilai indeks purata tertinggi sebanyak 3.925 diwakili oleh dua

permasalahan . Yang pertama adalah buruh asing melakukan jenayah kepada warga

tempatan dan mengganggu ketenteraman awam. Yang kedua ialah kedatangan buruh

asing ini memberi impaks yang begitu besar kepada ekonomi, sosial dan politik

51

negara kita.Tetapi responden juga bersetuju kedatangan buruh asing ini mengganggu

prasarana pekerja tempatan sehingga memberi masalah seperti pengangguran.

Indeks purata ini memberi nilai kedua tertinggi iaitu 3.875. Indeks kedua

terendah adalah masalah dalam royalti dan kemudahan yang disediakan tidak dapat

dinikmati sepenuhnya oleh rakyat tempatan kerana terpaksa berkongsi dengan buruh

asing ini. Nilai indeks purata terendah dengan nilai 3 yang disoal selidik ialah

apabila majikan sering bertukar alamat lalu menyebabkan pemantauan oleh pihak

berkuasa di tapak bina sukar dilakukan.

Jadual 4.8: Masalah yang dihadapi kerajaan apabila majikan menggajikan buruh

asing terlalu ramai

Masalah yang dihadapi kerajaan bila majikan

menggajikan buruh asing terlalu ramai Indeks

1 2 3 4 5 purata

1. Majikan tukar alamt 2 15 10 7 6 3

2. Buruh asing lakukan jenayah 1 6 0 21 12 3.925

3.Impaks kepada politik,sosial dan ekonomi 1 3 6 18 12 3.925

4. Ganggu prasarana pekerja tempatan 0 2 8 23 7 3.875

5.Kemudahan kepada rakyat tempatan tidak dapat

dinikmati sepenuhnya 2 3 8 22 5 3.625

52

Rajah 4.8: Masalah yang dihadapi oleh kerajaan apabila kemasukan buruh asing

4.10 Langkah Mengatasi Yang Diambil Untuk Mengurangkan Jumlah Buruh

Asing

Jadual menunjukkan indeks purata yang dibuat setelah soal selidik

dijalankan. Rata-rata responden menyokong langkah terbaik untuk mengatasi

peningkatan buruh asing adalah dengan melaksanakan beberapa pembaharuan

termasuk menggubal undang-undang baru bagi mencegah kemasukan buruh asing

yang terlalu besar.

53

Langkah kedua tertinggi yang ditunjukkan di dalam purata indeks ialah

dengan menggunakan teknologi tinggi dalam pembinaan seperti mengaplikasikan

peralatan canggih untuk mengurangkan tenaga kerja.

Purata indeks ketiga tertinggi ialah dengan menyediakan panduan mengenai

had kuota warga asing yang dibenarkan bekerja dalam semua sektor pekerjaan di

negara ini dengan nilai indeks iaitu 4.05. Tetapi segelintir responden mengatakan

langkah lain yang boleh diambil ialah dengan mengambil tukang-tukang di kampung

dan memberi latihan kemahiran khas dan insentif supaya mereka berpeluang bekerja

di tapak pembinaan sebagai buruh mahir seterusnya membantu mereka

meningkatkan taraf ekonomi hidup. Ia hanya memberi nilai 4.025 dan kedua

terendah. Purata indeks terendah yang ditujukkan dalam rajah adalah

memperkenalkan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

Jadual 4.9: Langkah mengatasi untuk mengurangkan jumlah buruh asing

Langkah mengatasi untuk mengurangkan Indeks

jumlah buruh asing 1 2 3 4 5 purata

1. Kenalkan IBS 0 3 4 23 10 4

2. Guna Teknologi Tinggi 0 0 4 30 6 4.05

3. Gubal Undang-undang 0 1 1 26 12 4.225

4. EPU sediakan panduan had kuota warga asing 0 2 2 28 8 4.05

5. Ambil Tukang-tukang di kampung 0 0 7 25 8 4.025

54

Rajah 4.9: Langkah kerajaan untuk mengurangkan buruh asing

55

BAB 5

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Isu buruh asing bukanlah satu permasalahan yang baru dalam negara kita

tetapi ia berlaku sejak sekian lama. Kajian ini telah mendapatkan kesimpulan tentang

beberapa perkara yang menjadi punca permasalahan dan kaedah yang diguna pakai

untuk mengatasi untuk mengurangkan pengambilan buruh asing dan hasil dari kajian

ini juga objektif yang di cari pada awalan kajian telah dicapai. Antara objektif itu

adalah:

i. Mengenalpasti punca punca peningkatan dan lambakan buruh asing

yang semakin parah

56

ii. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh majikan dalam mengambil

buruh asing

iii. Mengkaji perbezaan peribadi dan cara kerja antara buruh asing dan

buruh tempatan

iv. Mengenal pasti langkah yang diambil bagi mengurangkan

peningkatan buruh asing

Kesimpulannya, objektif yang telah digariskan telah mencapai sasarannya.

Kerjasama semua pihak dalam mengatasi kebanjiran warga asing ini sangat penting

demi menjaga kepentingan rakyat dari sudut politik, sosial dan ekonomi.

5.2 Objektif 1:Faktor-faktor Peningkatan Buruh Asing.

Hasil dari kajian yang telah dibuat, di dapati bahawa antara faktor-faktor

utama adalah seperti berikut mengikut keutamaan:

1. Nisbah buruh asing terlalu besar sehinggakan kawalan sukar dilakukan.

2. Dasar yang sedia ada seperti dasar pelancongan yang tidak membataskan

perjalanan pelawat.

3. Kelemahan penguatkusaaan oleh pihak yang bertanggungjawab.

57

4. Ketidaktelusan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas seperti rasuah.

5. Dunia mengamalkan dasar ekonomi “Dunia Tanpa Sempadan”.

6. Majikan sendiri menyalahgunakan pas yang dibenarkan kepada sektor

yang lain.

5.3 Objektif 2:Masalah Yang Dihadapi Oleh Majikan Dalam Mengambil

Buruh Asing

Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa antara masalah-masalah yang

dihadapi oleh majikan dalam mengambil buruh asing megikut keutamaan adalah:

1. Melibatkan kos yang tinggi.

2. Prosedur atau undang-undang.

3. Lebih rumit dan sukar.

4. Proses urusan pengambilan buruh asing yang panjang dan lama.

58

5.4 Objektif 3:Perbezaan Peribadi Dan Cara Kerja Buruh Asing

Hasil dari kajian yang telah dilakukan, maka perbezaan dan cara kerja yang

disenaraikan mengikut keutamaan ialah:

1. Buruh asing tidak memilih bidang kemahiran

2. Tidak mempersoalkan gaji yang diberikan oleh majikan

3. Tidak peka kepada kebajikan ditempat kerja seperti KWSP

4. Tidak menimbulkan masalah disiplin.

5. Mempunyai motivasi yang tinggi.

6. Kerja lebih cepat disiapkan.

7. Mempunyai kualiti kerja yang tinggi.

8. Mudah mendengar arahan dan patuh pada arahan

59

5.5 Objektif 4:Faktor Yang Mendorong Majikan Mengambil Buruh Asing.

Hasil dari kajian yang telah dibuat, majikan mengambil buruh asing bekerja

adlah seperti berikut mengikut keutamaan:

1. Rakyat tempatan tidak berminat bekerja sebagai buruh pembinaan

2. Majikan memberi gaji yang rendah kepada buruh asing.

3. Memenuhi keperluan buruh yang diperlukan di tapak pembinaan.

4. Kerja lebih cepat disiapkan.

5. Memberi keuntungan yang berlipat ganda kepada majikan.

5.6 Cadangan

Responden telah memberi beberapa pendapat dan menjawab soalan terakhir

soal selidik. Keseluruhannya amat bersetuju pihak kerajaan dan pihak majikan

seharusnya bekerjasama dalam mengatasi kebanjiran buruh asing di negara kita demi

mendapat faedah bersama.

60

Buruh dan majikan juga saling diperlukan dalam melaksanakan tugasan.

Kerjasama ini amat penting kerana kedua-dua pihak inilah yang akan menentukan

hala tuju sektor pembinaan dan pembangunan negara. Ia juga melibatkan soal

keselamatan dan pengaliran keluar duit negara. Jadi responden telah mengemukakan

sebab serta cadangan di antaranya adalah:

Membangunkan pusat latihan kemahiran dengan lebih giat lagi supaya dapat

memberi latihan kepada penduduk tempatan yang memerlukan pekerjaan.

Memberikan imbuhan dan intensif yang lebih menarik kepada warga

tempatan yang menceburi bidang ini supaya dapat menarik lebih ramai dan

menukar perspektif masyarakat

Bidang pembinaan perlu membuat revoulosi yang mana melibatkan DASAR

BURUH, PERCUKAIAN, INSENTIF,DENDA YANG TINGGI DAN lain-

lain.

Mewujudkan sistem yang lebih canggih seperti database dan computerized

bagi memperolehi segala data asas secara internet dan online supaya sistem

berteknolgi tinggi dapat diaplikasikan

Prosedur dan dasar pengambilan buruh asing sedia ada diperketatkan supaya

lambakan buruh asing dapat di bending

61

Pemantauan dan penguatkuasaan perlu di lakukan dengan lebih kerap dari

pihak berkuasa agar tidak berlaku lebihan buruh asing

Pihak yang berkenaan perlu menambah kakitangan supaya permohonan

berjalan dengan lancar dan efektif tanpa mendatangkan masalah kepada

mana-mana pihak.

62

RUJUKAN

Sadatul Mahiran Rosli ( 23 Ogos 2006), 1,000 pekerja asing masuk Malaysia setiap

hari. Utusan Malaysia. Retrieved Ogos ,24, 2006, from

http://www.utusan.com.my

Bold. J (1996). Role of State Labour Inspectors in The Prevention of Occupational

Accident, Journal of Asian-Pacific Newsletter on Occupational Health and

Safety, Vol. 3 (2), July 1996

Construction Industry Development Board Malaysia (2004) Tinjauan Industri

Pembinaan 2001-2002, Kuala Lumpur.

Laney, J.C. (1982a) Site Safety, New York: Longman Inc

NorZamzila Binti Mustafa, Pengambilan Pekerja Asing dalam Industri Pembinaan.

Sarjana Kejuteraan Awam ; 2005

Mohd Kamal Bin Mohd Arif, Kajian Penggunaan Buruh Asing Di Tapak Bina ;

2007

Dr Ali Asan Golam Hassan ( 14 Jun 2009) ,Anjakan Ekonomi Buruh Asing, Utusan

Malaysia, Retrieved Jun 16 2009, http://www.utusan.com.my

62

NoorAzlan Ghazali ( 18 Januari 2009). Wawasan 2020 tergugat, Utusan Malaysia.

Retrieved Januari , 20 ,2009, from http://www.utusan.com.my

Saifulizam Mohamad (15 Okt. 2007). 1,600 masuk sehari : pekerja asing banjiri

Malaysia akibat kelonggaran peraturan. Retrieved Oktober, 16, 2007, from

http://www.utusan.com.my

Sazarina Shahrim (19 februari 2010). Undang-Undang Tegas Elak Lambakan Warga

Asing. Retrieved Februari 20,2009, , from http://www.utusan.com.my

Grossman, S.I. (1996). Occupational Safety and Health Administration US

Department of Labour, Journals of OSHA Technical Data Centre, dlm. SIA

Newsletter 96-97: July 1996

Davies, V.J. dan Tomasin, K. (1996) Construction Safety Handbook, 2nd

. Edition.

Great Britain: Thomas Telford Publishing, pp 3, 141, 204

Mohd Saidin Misnan dan Abdul Hakim Mohammed. Isu-Isu Semasa Pengurusan

keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan dalam Industri Pembinaan Malaysia.

2009

Noor Azlan Ghazali (18 Januari 2009), Wawasan 2020 Tergugat. Utusan Malaysia

Zakaria Mohd Yusof, Cabaran-Cabaran Disektor Binaan Dalam Menyediakan

Tenaga Kerja Mahir Tempatan –Satu Sorotan Penulis,2009

Utusan Malaysia 1 Setiap 5 Pekerja Warga Asing. 20 Oktober 2008

Ku Seman Ku Hussain (27 Mac 2009). Apa Dasar Kita, Utusan Malaysia. Retrieved

June, 29 2009, from http://www.utusan.com.my

63

LAMPIRAN A: BORANG KAJI SOAL SELIDIK

Sila bulatkan Jawapan yang betul dan berkenaan.dan isikan ruang yang disediakan jika

perlu

Bahagian A

Latar Belakang Responden

1. Jawatan

a. Kontraktor (A/B/C/D/E/F) d. Juruteknik

b. Pemaju e. Jurutera

c. Pengurus Projek f. lain-lain ( )

2. Pengalaman responden dalam pembinaan

a. <10 tahun

b. 10 tahun

c. > 10 tahun

d. Tiada

e. Lain-lain ( )

3. Berapakah jumlah buruh di tapak bina responden

I. Tempatan ( )orang

II. Asing ( ) orang

Latar belakang buruh asing

1. Paling sedikit 2. Sedikit 3. Sederhana 4. Banyak 5. Paling banyak

1. Skala umur buruh asing di tempat responden

a. 18-26

b. 26-34

c. 34-42

d. 42-50

e. >50

64

Bulatkan jawapan mengikut kekerapan yang berkenaan dan isi ruang yang kosong

1. Paling sedikit 2. Sedikit 3. Sederhana 4. Banyak

5. Paling banyak

2. Negara sumber dalam pengambilan buruh asing

a. Indonesia 1 2 3 4 5

b. India 1 2 3 4 5

c. Thailand 1 2 3 4 5

d. Mynmar 1 2 3 4 5

e. Nepal 1 2 3 4 5

f. Bangladesh 1 2 3 4 5

g. Pakistan 1 2 3 4 5

h. Filipina 1 2 3 4 5

3. Adakah buruh asing anda mempunyai kemahiran bekerja di tapak bina sebelum

diambil bekerja di Malaysia

(Ya / Tidak)

4. Bilangan buruh asing dan tempatan mengikut kemahiran

a. Buruh Tempatan Bilangan

Mahir

Separa Mahir

Tidak Mahir

b. Buruh asing

Mahir

Separa Mahir

Tidak Mahir

65

Bahagian B

Tandakan (/) jika setuju pada kotak yang sediakan jika berkenaan dengan pernyataan yang

diberi

1. Faktor peningkatan dan lambakan buruh asing yang semakin melampau di Malaysia

Tidak Kurang Sederhana Sangat

Setuju Setuju Setuju Setuju Setuju

a. Kelemahan penguatkuasaan dari pihak yang

bertanggungjawab

b. Ketidaktelusan pihak berkuasa dalam melaksanakan

tugas seperti rasuah dll

c. Dasar yang sedia ada seperti dasar pelancongan yang

tidak membataskan perjalanan pelawat

sehinggakan salah guna pas sosial

d. Nisbah pendatang tanpa izin terlalu besar sehinggakan

kawalan sukar dilakukan oleh pihak kerajaan

e. Majikan sendiri meyalahgunakan pas yang dibenarkan

megikut sektor kepada perkara sebaliknya demi

mengaut keuntugan

f. Dunia mengamalkan dasar ekonomi “dunia tanpa

Batasan” mendorong orang luar sanggup datang ke

Malaysia .

2. Masalah yang dihadapi dalam pengambilan buruh asing

a. Prosedur atau undang-undang

b. Proses urusan pengambilan buruh asing yang

panjang dan lama

c. Melibatkan kos yang tinggi

d. Lebih rumit dan sukar

3. Perbezaan antara buruh asing berbanding buruh tempatan

a. Mudah mendengar arahan dan patuh

b. Kerja lebih cepat disiapkan

c. Mempunyai motivasi yang lebih tinggi dari

buruh tempatan

d. Mempunyai kualiti kerja yang lebih tinggi

berbanding buruh tempatan

66

e. Tidak memilih bidang kemahiran di tapak bina

f. Tidak menimbulkan masalah disiplin

g. Gaji yang diberi majikan yang agak rendah tidak

dipersoalkan

h. Tidak begitu peka kepada kebajikan dan hak yang

sepatutnya diterima

4. Mengapa majikan mengambil buruh asing bekerja di tapak bina

a. Rakyat tempatan tidak berminat bekerja sebagai buruh

b. Gaji kepada buruh asing lebih murah berbanding buruh

tempatan

c. Prosedur yang mudah dan murah

d. Memberikan keuntungan yang berlipat ganda

e. Kerja lebih cepat disiapkan jika menggajikan buruh asing

f. Bagi memenuhi keperluan pembinaan dan memenuhkan

kekosongan jawatan sebagai buruh

5. Masalah yang dihadapi oleh kerajaan apabila banyak majikan menggajikan buruh asing terlalu

ramai secara.

a. Majikan sering bertukar alamat menyebabkan pemantaun

sukar di lakukan

b. Buruh asing melakukan jenayah kepada warga tempatan

dan menggangguketenteraman awam

c. Memberi impaks kepada politik sosial dan ekonomi

d. Menggangu prasarana pekerja tempatan sehinggakan

memberi masalah kepada kerajaan akibat penggangguran

yang semakin serius

e. Royalti dan kemudahan yang diisediakan tidak dapat

dinikmaiti sepenuhnyaoleh rakyat tempatan kerana

terpaksa berkongsi dengan rakyat asing

67

6. Langkah mengatasi yang diambil untuk mengurangkan jumlah buruh asing oleh kerajaan

Dengan kerjasama majikan

a. Memperkenalkan Industrial Building System (IBS) dalam

sektor pembinaan

b. Menggunakan teknologi tinggi dalam pembinaan

c. Melaksanakan beberapa pembaharuan termasuk

menggubal undang-undang baru bagi mencegah kemasukan

pekerja asing. yang dikenali Akta Pekerja Asing, proses

pengambilan pekerja dari luar negara akan menjadi lebih ketat

dan pemantauan terhadap mereka dapat dilaksanakan dengan

lebih rapi

d. Unit Perancang Ekonomi (EPU) menyediakan panduan mengenai

had kuota warga asing yang dibenarkan bekerja dalam semua

sektor pekerjaan di negara ini.

e. Mengambil tukang-tukang dikampung dan memberi latihan

kemahiran khas dan intensif supaya mereka boleh berpeluang

bekerja di tapak pembinaan sebagai buruh mahir seterunya

membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi hidup

7. Adakah tuan bersetuju pihak kerajaan dan pihak majikan seharusnya bekerjasama dalam

mengatasi lambakan buruh di negara kita? Berikan sebab kepada jawapan anda?

8. .Adakah anda berpuas hati dengan prosedur dan dasar yang ada dalam pengambilan buruh

asing sekarang? Cadangan untuk masa hadapan untuk memperbaiki prosedur dan dasar serta

undang supaya semua pihak

Terima Kasih di Atas Kerjasama Yang Baik Dari Pihak Tuan

68

69

70

71