sumber hadis karya perubatan islam di malaysia - kuis

21
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 14 Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2018, Bilangan 11, Isu II, Halaman 14-34 SUMBER HADIS KARYA PERUBATAN ISLAM DI MALAYSIA SOURCE OF HADITH IN WORKS OF ISLAMIC MEDICAL IN MALAYSIA Farhah Zaidar Mohamed Ramli 1 , Dr. Phayilah Yama @ Fadilah Zakaria 2* , Ikmal Zaidi Hashim 3 1 Pensyarah, Jabatan al-Quran & al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected]. 2 Pensyarah, Jabatan al-Quran & al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected]. 3 Pensyarah, Jabatan Tahfiz al-Quran & al-Qira’at, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected]. * Penulis Penghubung Artikel diterima: 10 Oktober 2018 Selepas Pembetulan: 25 Oktober 2108 Diterima untuk terbit: 1 November 2018 Abstrak Perubatan Islam dalam konteks Malaysia mengalami transisi perkembangan yang semakin positif dan memberangsangkan sejajar kewujudan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775). Kemasukan kategori perubatan Islam dalam akta ini disifatkan sebagai tanda aras pengiktirafan serta penerimaan kerajaan terhadap peranan penting yang turut dimainkan oleh perubatan Islam dalam meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat Malaysia arus perdana seiring dengan perubatan moden. Antara bentuk sumbangan signifikan dalam menyebarluaskan lagi konsep dan pengamalan perubatan Islam tempatan adalah penghasilan karya-karya dalam bidang berkenaan. Namun kebanyakan teks-teks arab (kecuali ayat al-Quran) yang disandarkan dalam karya perubatan Islam tersebut jarang dijelaskan sumber asal pengambilannya secara lengkap. Justeru dalam konteks disiplin ilmu hadis, kekurangan ini perlu ditampung dengan usaha pentakhrijan supaya penzahiran lengkap sumber hadis dapat dilakukan. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis sumber hadis empat karya perubatan Islam terpilih yang ditulis oleh tiga tokoh pengamal perubatan Islam terbilang di Malaysia iaitu Dr. Jahid Sidek, Dato' Ismail Kamus dan Dato' Dr. Haron Din. Reka bentuk kajian adalah kualitatif daripada jenis kajian kes. Dapatan dianalisis berdasarkan analisa kandungan. Dapatan dihuraikan berdasarkan spesifikasi taburan jumlah hadis, sumber hadis, tematik dan klasifikasi hadis, status hadis dan ralat cetakan hadis. Kesimpulan menunjukkan bahawa 120 buah hadis yang terdapat dalam empat buah karya utama responden adalah mempunyai rekod-rekod detail periwayatan dalam 25 buah kitab hadis muktabar sepanjang zaman seperti kutub al-sittah, Musnad Ahmad, Muwatta' Malik dan 17 buah kitab hadis yang lain. Implikasi daripada penemuan sumber hadis ini membuktikan keselarasan penjenamaan "perubatan Islam" sebagaimana yang dilabelkan oleh responden. Kata Kunci Sumber, Hadis, takhrij, karya, perubatan Islam, tokoh, Malaysia. Abstract Islamic medicine in Malaysia context had experienced a gradual positive developmental transition, parallel with the issuance of Traditional and Complementary Medicine Act 2016 (Act 775). The inclusivity of Islamic medicine in this act is considered as a benchmark of recognition and government acknowledgment towards the important roles that Islamic medicine possess in elevating the Malaysian health quality in today’s world, vis-à-vis with modern medical technologies.

Upload: khangminh22

Post on 04-Apr-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 14

Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126

E-ISSSN: 0127-8002 2018, Bilangan 11, Isu II, Halaman 14-34

SUMBER HADIS KARYA PERUBATAN ISLAM DI MALAYSIA SOURCE OF HADITH IN WORKS OF ISLAMIC MEDICAL IN MALAYSIA Farhah Zaidar Mohamed Ramli1, Dr. Phayilah Yama @ Fadilah Zakaria 2*, Ikmal Zaidi Hashim3

1 Pensyarah, Jabatan al-Quran & al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected]. 2 Pensyarah, Jabatan al-Quran & al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected]. 3 Pensyarah, Jabatan Tahfiz al-Quran & al-Qira’at, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected]. * Penulis Penghubung

Artikel diterima: 10 Oktober 2018 Selepas Pembetulan: 25 Oktober 2108 Diterima untuk terbit: 1 November 2018

Abstrak Perubatan Islam dalam konteks Malaysia mengalami transisi perkembangan yang semakin positif dan memberangsangkan sejajar kewujudan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775). Kemasukan kategori perubatan Islam dalam akta ini disifatkan sebagai tanda aras pengiktirafan serta penerimaan kerajaan terhadap peranan penting yang turut dimainkan oleh perubatan Islam dalam meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat Malaysia arus perdana seiring dengan perubatan moden. Antara bentuk sumbangan signifikan dalam menyebarluaskan lagi konsep dan pengamalan perubatan Islam tempatan adalah penghasilan karya-karya dalam bidang berkenaan. Namun kebanyakan teks-teks arab (kecuali ayat al-Quran) yang disandarkan dalam karya perubatan Islam tersebut jarang dijelaskan sumber asal pengambilannya secara lengkap. Justeru dalam konteks disiplin ilmu hadis, kekurangan ini perlu ditampung dengan usaha pentakhrijan supaya penzahiran lengkap sumber hadis dapat dilakukan. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis sumber hadis empat karya perubatan Islam terpilih yang ditulis oleh tiga tokoh pengamal perubatan Islam terbilang di Malaysia iaitu Dr. Jahid Sidek, Dato' Ismail Kamus dan Dato' Dr. Haron Din. Reka bentuk kajian adalah kualitatif daripada jenis kajian kes. Dapatan dianalisis berdasarkan analisa kandungan. Dapatan dihuraikan berdasarkan spesifikasi taburan jumlah hadis, sumber hadis, tematik dan klasifikasi hadis, status hadis dan ralat cetakan hadis. Kesimpulan menunjukkan bahawa 120 buah hadis yang terdapat dalam empat buah karya utama responden adalah mempunyai rekod-rekod detail periwayatan dalam 25 buah kitab hadis muktabar sepanjang zaman seperti kutub al-sittah, Musnad Ahmad, Muwatta' Malik dan 17 buah kitab hadis yang lain. Implikasi daripada penemuan sumber hadis ini membuktikan keselarasan penjenamaan "perubatan Islam" sebagaimana yang dilabelkan oleh responden. Kata Kunci Sumber, Hadis, takhrij, karya, perubatan Islam, tokoh, Malaysia. Abstract Islamic medicine in Malaysia context had experienced a gradual positive developmental transition, parallel with the issuance of Traditional and Complementary Medicine Act 2016 (Act 775). The inclusivity of Islamic medicine in this act is considered as a benchmark of recognition and government acknowledgment towards the important roles that Islamic medicine possess in elevating the Malaysian health quality in today’s world, vis-à-vis with modern medical technologies.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 15

Significant attempts in making the concept and practices of Islamic medicine to be more widespread was including the production of written works in the above-mentioned field. However, most of the Arabic textual sources (except the Quranic verses) that were referred in those works seldom made credible by comprehensive referral to the original source. Hence, in the discipline of sciences of hadith, this shortcoming needs to be tended by takhrij, in order to made complete source of the hadith disclosure possible. This article was aimed to analyse the sources of hadiths from four selected works by three Malaysian eminent scholars and practitioners in Islamic medicine; Dr. Jahid Sidek, Dato’ Ismail Kamus and Dato’ Dr. Haron Din. The research was conducted qualitatively according to the type of case study involved. The findings were analysed based on the content. The findings also elaborated in accordance with specifications in hadith total distribution, source of hadith, thematic and hadith classification, hadith status, and error in printing. It can be concluded that 120 hadiths available in those major works have the detailed records of conveyance in 25 prominent books of hadith, which include kutub al-sittah, Musnad Ahmad, and Muwatta' Malik. The implication of the discovery of the original sources of the hadiths evidently express the corresponding label by the respondent in rebranding Islamic medicine. Keywords Hadith, works, Islamic medicine, scholars, Malaysia. 1.0 PENGENALAN Sihat dan sakit merupakan dua senario yang lumrahnya bersilih ganti perlu ditempuhi dalam kehidupan manusia. Setiap manusia yang diciptakan selaku khalifah Allah secara normalnya tidak dapat mengelakkan diri daripada menghadapi ujian kesihatan yang merosot pada suatu hari kelak khasnya akibat pertambahan usia dan lain-lain. Rasulullah sendiri pada penghujung usianya telah mengalami kemerosotan kesihatan yang seterusnya membawa kepada kewafatan baginda . Walaupun ajal merupakan ketentuan yang tidak dapat dielakkan, namun Islam sebagai agama yang mempunyai cara hidup yang sempurna masih tetap menitik beratkan amalan penjagaan kesihatan, pencegahan dan perawatan penyembuhan penyakit sejak 1400 tahun dahulu lagi sehingga kini.

Fenomena keprihatinan ini dapat ditelusuri menerusi dua sumber ilmu Islam teragung iaitu al-Quran dan Hadis. Statistik menunjukkan terdapat enam ayat al-Quran yang menyentuh tentang konsep penyembuhan iaitu surah al-Taubah ayat 14, surah Yunus ayat 57, surah al-Nahl ayat 69, surah al-Isra' ayat 82, surah al-Syu'ara' ayat 80 dan surah al-Fussilat ayat 44. Manakala, Sahih al-Bukhari sebagai kitab hadis yang paling benar selepas al-Quran pula menyenaraikan kitab al-tibb yang terkandung dalamnya lapan bab berkaitan ruqyah. Teks-teks wahyu ini bukan sahaja membicarakan tetapi memberi garis panduan tentang aspek penjagaan kesihatan, pencegahan dan perawatan penyembuhan penyakit. Bahkan ayat al-Quran itu sendiri di samping perkataan Rasulullah SAW merupakan antara teks doa yang ditegaskan oleh Allah sebagai mempunyai unsur penyembuhan penyakit. Antaranya firman Allah dalam Surah al-Isra': 82:

ل و ءان ٱ

و

ء ور ر ٱ ٨٢إ

Dan kami turunkan daripada al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 16

Manakala Nabi Muhammad SAW selaku utusan Allah turut mengisyaratkan betapa mustahaknya penjagaan kesihatan supaya terhindar daripada mendapat penyakit. Imam al-Bukhari meriwayatkan hal ini sebagaimana dalam hadis berikut:

رضي عباس ابن عن صلى يب ن ال قال عنه قال ا حة الناس من كثري فيهما مغبون نعمتان وسلم عليه ا الص والفراغ.

Maksudnya: Daripada Ibn 'Abbas semoga Allah meredahainya, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda, dua ni'mat yang kebanyakan manusia tidak menyedarinya, iaitu kesihatan dan masa lapang. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Bab la 'Isy illa 'isy al-akhirah, no. Hadis 5933)

Selain itu, Baginda SAW menegaskan keistimewaan seseorang mukmin yang kuat dalam erti kata mempunyai kesihatan tubuh badan yang optima sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menerusi hadis berikut:

رسول قال قال هريـرة أيب عن صلى ا إىل وأحب خري القوي المؤمن وسلم عليه ا الضعيف...." المؤمن من ا Maksudnya: ''Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, bersabda Rasulullah , mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah.'' (Muslim, Sahih Muslim, Bab fi al-amr bi al-quwwah wa tarak al'ajz wa al-istighathah, no. Hadis 4816) Rasulullah SAW juga mendorong umat Islam bertindak untuk berikhtiar dalam mengubati penyakit yang dialami. Imam Tirmidhi meriwayatkan sebuah hadis yang menunjukkan dorongan ini iaitu:

رسول األعراب قال قالت ريك ش بن أسامة عن عباد نـعم قال نـتداوى أال ا فإن تداووا ا داء يضع مل ا رسول قالوا واحدا داء إال دواء قال أو شفاء له وضع إال اهلرم. قال هو وما ا

Maksudnya: Daripada Usamah bin Syarik, beliau telah berkata, telah bertanya sekumpulan orang Arab, Wahai Rasulullah, adakah kami perlu berubat, baginda menjawap, ya, wahai hamba Allah, berubatlah, sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit kecuali ia telah menetapkan baginya penawar kecuali satu. Mereka bertanya, apakah yang satu itu? Baginda menyatakan iaitu tua. (al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab Ma Ja'a fi al-Dawa' wa al-Hath 'alayh, no. hadis 1961)

Sehubungan itu, perubatan Islam yang mengikuti tradisi amalan turun menurun berasal daripada Rasulullah sama ada berdasarkan skop al-Quran mahu pun hadis masih kekal dipraktiskan sehingga abad ini. Rentetan kesinambungan ini menyebabkan perubatan Islam dalam konteks Malaysia kini dapat diklasifikasikan secara standardnya sebagai salah satu kaedah rawatan tradisional dan komplementari sejajar dengan penubuhan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2004 (TCM, 2016). Penubuhan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 17

BPTK merupakan satu pengiktirafan rasmi daripada pihak kerajaan Malaysia bahawa sistem perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) termasuk kategori Perubatan Islam adalah merupakan salah satu komponen penting dalam sistem penjagaan kesihatan. Ianya berfungsi seiring dengan perubatan moden untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan rakyat Malaysia (Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari Kebangsaan, 2007). 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Menurut Mahyuddin (2011), pengaruh penubuhan BPTK itu sendiri kemudiannya telah mencetuskan keperluan untuk menubuhkan sebuah organisasi yang tersusun sebagai wadah untuk menghimpunkan para pengamal perubatan Islam patuh syariah di Malaysia. Justeru itu, sekitar tahun 2012, gabungan pengamal perubatan Islam telah ditubuhkan. Ianya dikenali sebagai Gabungan Persatuan Perawat Islam Malaysia (GAPPIMA). Salah satu misi utama GAPPIMA adalah untuk melakukan kolaborasi dengan agensi kerajaan bagi memartabatkan Perubatan Islam. Misi ini pula adalah untuk merealisasikan visi GAPPIMA iaitu mencapai kecermerlangan dalam bidang Perubatan Islam dengan mengembeleng tenaga yang terlatih dan kompeten bagi menyokong sistem kesihatan optima yang berasaskan syarak. Penubuhan GAPPIMA juga adalah dinyatakan untuk mencapai objektif membangunkan modal insan dalam Perubatan Islam yang cemerlang melalui pelan Perancangan, Penyelidikan dan Latihan yang strategik (gappima.blogspot, 2016).

Meski pun baru ditubuhkan, GAPPIMA telah memainkan peranan yang berkesan dalam mendorong kerajaan memasukkan perubatan Islam dalam akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775). Justeru masa depan pengamal perubatan Islam tidak akan terjejas apabila akta ini dikuatkuasakan kelak pada bila-bila masa pada tahun 2016. Sejajar dengan persediaan ke arah penguatkuasan akta ini, berkuatkuasa mulai 1 Jun 2015, KKM tidak lagi menerima permohonan pendaftaran secara sukarela pengamal PT&K tempatan sebagaimana sebelum ini. Pengamal PT&K buat masa ini hanya disaran untuk berdaftar dengan badan pengamal yang dilantik oleh KKM berdasarkan kategori masing-masing.

Seterusnya sehingga 2016, GAPPIMA pada dasarnya telah berfungsi sebagai badan induk yang menjadi penaung kepada 18 persatuan yang mengamalkan perubatan Islam yang berpotensi diiktiraf oleh Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari yang bakal ditubuhkan sejurus selepas akta 775 dikuatkuasakan kelak. Manakala Persatuan Perubatan Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa) yang diasaskan oleh Tuan Guru Dato' Harun Din, Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia yang diasaskan oleh Dato' Ismail Kamus dan Pusat Rawatan Islam Manarah yang diasaskan oleh Dr. Jahid Sidek merupakan tiga persatuan utama daripada 18 persatuan yang bernaung di bawah GAPPIMA. Kesemua persatuan ini diasaskan oleh tiga individu berprofil tinggi dalam bidang perubatan Islam di Malaysia. Tidak keterlaluan untuk menyatakan mereka adalah tokoh berpengaruh yang menjadi peneraju dasar Perubatan Islam di Malaysia pada abad 21 hijrah. Justeru kajian berkaitan karya-karya perubatan Islam yang ditulis oleh ketiga-tiga tokoh berkenaan perlu dianalisis secara mendalam. Mereka merupakan antara ilmuwan Islam tempatan yang bersilih ganti antara generasi demi generasi yang memberi sumbangan besar dalam memartabatkan sunnah Rasulullah dalam konteks perubatan Islam di Malaysia. Dalam jurus pandang yang lain, usaha tokoh-tokoh ini adalah signifikan untuk menonjolkan pengaruh Islam sebagai agama persekutuan yang dominan di Malaysia dalam sektor industri perubatan tradisional dan komplementari di samping kategori perubatan berasaskan kebangsaan seperti melayu, cina dan india.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 18

Pada masa yang sama masyarakat Islam umumnya dan komuniti perawat muslim arus perdana khususnya memerlukan sekumpulan individu pengamal perubatan Islam tempatan yang dapat ditonjolkan sebagai ikon dan suri teladan. 3.0 PERMASALAHAN KAJIAN Sementara itu, kajian mendapati antara tokoh berprofil tinggi sebagai peneraju dan pemimpin kepada perkembangan serta kemajuan perubatan Islam, pengubatan Islam dan juga ruqyah di Malaysia adalah pengasas kepada tiga pusat rawatan yang antara tertua di Malaysia yang telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Ketokohan dan sumbangan para pengasas tersebut salah satunya dapat ditonjolkan menerusi penghasilan karya perubatan Islam di Malaysia. Namun kebanyakan teks-teks arab (kecuali ayat al-Quran) yang digunakan dalam karya-karya tersebut masih belum dijelaskan sumber asal pengambilannya secara lengkap. Justeru dalam konteks disiplin ilmu hadis, kekurangan ini perlu ditampung dengan usaha pentakhrijan supaya penzahiran lengkap sumber amalan ruqyah perubatan Islam dalam konteks hadis dapat dilakukan.

Kepentingan penzahiran lengkap hadis-hadis yang dijadikan sandaran dalam membentuk kerangka pemikiran perubatan Islam dan pengamalannya dalam kalangan responden adalah sejajar dengan tiga faedah utama takhrij hadis sebagaimana yang telah dikenal pasti oleh ilmuwan hadis. Faedah Pertama; pentakhrij dapat mengenal pasti kewujudan hadis tersebut dalam satu sumber atau sejumlah sumber hadis dengan dapat menukilkan nama tokoh ulama penyusun sumber yang meriwayatkan hadis tersebut dan kedudukan asalnya dalam kandungan sumber berkenaan. Faedah Kedua; pentakhrij dapat mengenal pasti status hadis tersebut dengan menukilkan keputusan ulama berkenaan dalam memutuskan penarafan status tersebut dalam perspektif kesahihan atau kedaifan kecuali hadis-hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim serta lain-lain kitab sahih. Ini adalah kerana hadis kedua-dua kitab ini (termasuk juga lain-lain kitab sahih) telah dimuktamadkan sebagai sahih kesemuanya ('Abd al-Hadi, 1987; al-Akayilah, 1999; Khayr Abadi, 2003). Faedah ketiga: pentakhrij dapat mengenal pasti kesalahan nukilan dalam salinan-salinan sumber hadis yang dicetak ('Abd al-Hadi, 1987). Justeru ketiga-tiga faedah tersebut adalah wajar dicapai dalam kajian ini sebagai penambahbaikkan terhadap ketidaklengkapan pernyataan sumber hadis serta kemungkinan terdapat ralat cetakan hadis dalam empat buah karya perubatan Islam para responden tersebut. 4. 0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini mengkaji kedudukan hadis-hadis yang dijadikan sumber dalil dalam empat karya perubatan Islam responden yang terpilih berdasarkan analisis takhrij hadis. Kedudukan hadis-hadis ini ditakhrij berdasarkan kitab-kitab hadis muktabar dalam kategori sumber asli terutamanya al-kutub al-sittah. Analisa kedudukan tersebut dinyatakan sebagaimana format takhrij iaitu: Nama Penyusun – Nama Kitab Sumber Takhrij – Nama Kitab kecil - nama bab – nombor hadis (Mohd. Khafidz, 2012). Setelah itu, analisa turut menampilkan huraian data-data takhrij tersebut menurut perspektif taburan jumlah hadis, taburan sumber hadis, taburan status hadis, taburan tematik hadis dan taburan klasifikasi sunnah perkataan, perbuatan dan perakuan Rasulullah serta taburan ralat cetakan hadis. Metodologi takhrij yang diaplikasikan adalah menerusi metode takhrij berkomputer. Ianya melibatkan penggunaan perisian Maktabah al-Syamilah edisi 3.46 dan talian internet https://www.dorar.net/hadith dan http://library.islamweb.net/newlibrary/index.php. Data-data takhrij yang diperolehi

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 19

kemudiaannya turut disemak secara langsung dalam kitab-kitab asal hadis yang dicetak dalam pasaran.

Rajah 1.1 Analisis Data Takhrij Hadis

Persampelan kajian dipilih berdasarkan kriteria-kriteria sampel yang bertepatan dengan objektif kajian iaitu jenis persampelan bertujuan (Merriam S.B., 1998). Latar belakang sampel dikenal pasti terlebih dahulu semasa penerokaan awal kajian (Ahmad Sunawari, 2007). Keputusan pemilihan melibatkan tiga responden utama yang dianggap pakar (Marohaini Yusoff, 2004) dan mempunyai pengalaman yang spesifik dengan subjek kajian yang telah digariskan (Merriam S.B., 1998). Dalam erti kata lain, responden yang terpilih adalah dikenal pasti menepati lapan kriteria utama yang dispesifikkan selaras dengan subjek kajian iaitu sebagai pengasas persatuan perubatan Islam yang berdaftar, berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam dunia rawatan Islam, memiliki pencapaian pendidikan agama paling kurang peringkat ijazah sarjana muda, memiliki penulisan karya dalam perubatan Islam yang belum ditakhrij secara lengkap, mendapat pengiktirafan rasmi kerajaan menerusi penganugerahan Tokoh Maal Hijrah dan lain-lain, penasihat atau panel peringkat kebangsaan berkaitan perubatan Islam, memiliki testimoni keberkesanan ruqyah dalam menangani isu-isu kesihatan yang kurang atau tidak dapat dipulihkan menerusi perubatan moden dan tiada penetapan bayaran rawatan. Lapan kriteria yang ditentukan tersebut adalah dapat menonjolkan penglibatan responden yang ketara dan berpengaruh sebagai ikon pengamal perubatan Islam di Malaysia. Justeru kajian berpendapat ketiga-tiga responden mempunyai maklumat yang kaya dan banyak berkaitan dengan permasalahan yang ingin diteroka (Merriam S.B., 1998). Selain itu, kesudian ketiga-tiga individu tersebut memberi persetujuan rasmi sebagai responden kajian turut menjadi salah satu faktor pemilihan.

Analisis Takhrij Hadis

Sumber Lengkap

Taburan Jumlah hadis

Taburan Sumber hadis

Taburan Tematik Hadis

Taburan Klasifikasi Sunnah

Perkataan, Perbuatan & Perakuan

Taburan Ralat

Cetakan Hadis

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 20

5.0 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN Terdapat lima dapatan yang ditemui hasil daripada analisis kajian secara analisa dokumen yang diperbincangan di bawah topik tertentu iaitu taburan jumlah hadis, taburan sumber hadis, taburan tematik dan klasifikasi hadis, taburan status hadis dan taburan ralat cetakan hadis. 5.1 Taburan Jumlah Hadis Analisis merumuskan penemuan taburan jumlah hadis kajian menunjukkan terdapat empat buah karya perubatan Islam responden yang mengandungi 120 buah hadis yang terpilih menjadi sample takhrij hadis dalam kajian ini. Asas pemilihan sampel adalah berdasarkan ketidaklengkapan data takhrij hadis-hadis dalam karya-karya berkenaan.

Jadual 1.1 Taburan Jumlah Hadis Bil. Judul Karya Perubatan Islam Responden Jumlah

Hadis 1. Berpawang dan Bersahabat dengan Jin daripada

Perspektif Islam Jahid Sidek 16

2. Isu-isu Berkaitan Akidah Dan Syariah Dalam Perubatan Tradisional dan Komplementari

Jahid sidek 41

3. Jin, Hakikat dan Pengubatan Ismail Kamus 55 4. Ruqyah Asas Pengubatan Islam Haron Din 8 Jumlah 120

5.2 Taburan Sumber Hadis Analisis merumuskan penemuan taburan sumber hadis kajian menunjukkan terdapat 25 buah sumber kitab yang merekodkan periwayatan 120 buah hadis responden. Lapan buah kitab daripada jumlah ini dikategorikan sebagai karya asli hadis yang utama iaitu kutub al-sittah, Musnad Ahmad dan Muwatta' Malik. Manakala 17 buah kitab lagi dikategorikan kepada lain-lain kitab. Perincian penemuan taburan sumber hadis dalam 25 buah kitab adalah seperti yang tertera dalam jadual 1.2. Penemuan ini menunjukkan 120 buah hadis yang diguna pakai oleh responden adalah mempunyai sumber dalam erti kata mempunyai rekod detail periwayatan dalam kitab-kitab hadis. Manakala ringkasan taburan sumber hadis dapat dirujuk pada rajah 1.2.

Jadual 1.2 Taburan Sumber Hadis

Bil. Kitab Hadis Jumlah Hadis 1. Sahih Bukhari 36 2. Sahih Muslim 52 3. Sunan Abi Daud 28 4. Sunan Tirmidhi 26 5. Sunan Nasaei 25 6. Sunan Ibn Majah 21 7. Musnad Ahmad 12 8. Muwatta’Malik 1

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 21

9. Lain-lain Kitab: a. Musannaf Ibn Abi Syaibah b. Mustadrak Hakim c. Khulq Af’al al-‘Ibadah d. Al-Fathul Bari e. Zad al-Mi’ad f. Musnad al-Bazzar g. Jam’ al-Ahadith h. Kanzul ‘Ummal i. Takhrij Ahadith al-Ihya’ j. Al- ‘Udzmah k. Sahih Ibn Hiban l. Al-Mu’jam m. Lami’ al-Anwar al-Bahiyyah n. Al-Silsilah Al-Da’ifah o. Al-Dhu’afa’Al-‘Aqili p. Al-Kamil fi Du’afa’ q. Majmu' al- Fatawa Ibn Taymiyyah

31 3 6 1 1 1 2 4 4 1 1 1 1 1 1 1 1 1

Rajah 1.2 Taburan Sumber Hadis

5.3 Taburan Tematik dan Klasifikasi Hadis Analisis merumuskan penemuan taburan tematik dan klasifikasi hadis kajian adalah terbahagi kepada 178 penjudulan. Judul-judul ini membentuk penamaan bab dalam 25 buah kitab hadis yang menjadi sumber dokumentasi periwayatan 120 buah hadis yang menjadi sample takhrij kajian. Penamaan bab ini kemudiannya diadaptasikan oleh kajian sebagai tematik kajian. Jadual 1.3 berikut memperincikan statistik jumlah tematik yang ditemui oleh kajian dalam 25 buah kitab hadis tersebut. Manakala klasifikasi hadis 120 buah hadis kajian adalah daripada jenis sunnah perkataan Rasulullah SAW.

36

52

2826

25

21

12

1 31

Taburan Sumber Hadis

Sahih al-Bukhari

Sahih Muslim

Sunan Abi Dawud

Sunan al-Tirmidhi

Sunan al-Nasa'i

Sunan Ibn Majah

Musnad Ahmad

Muwatta' Malik

Lain-lain

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 22

Jadual 1.3 Taburan Tematik Hadis dan Klasifikasi Hadis BIL. KITAB HADIS JUMLAH TEMATIK HADIS 1. Sahih al- Bukhari 32 2. Sahih Muslim 37 3. Sunan Abi Daud 21 4. Sunan Tirmidhi 21 5. Sunan Nasaei 19 6. Sunan Ibn Majah 17 7. Musnad Ahmad 82 8. Muwatta’Malik 1 9. Lain-lain Kitab:

a. Musannaf Ibn Abi Syaibah b. Mustadrak Hakim c. Khulq Af’al al-‘Ibadah d. Al-Fathul Bari e. Zad al-Mi’ad f. Musnad al-Bazzar g. Jami’ al-Ahadith h. Kanzul ‘Ummal i. Takhrij Ahadith al-Ihya’ j. Al- ‘Udzmah k. Sahih Ibn Hiban l. Al-Mu’jam m. Lami’ al-Anwar al-Bahiyyah n. Al-Silsilah Al-Da’ifah o. Al-Dhu’afa’Al-‘Aqili p. Al-Kamil fi Du’afa’ q. Majmu' al- Fatawa Ibn Taymiyyah

Klasifikasi Hadis: 120 hadis Jenis Sunnah Perkataan Rasulullah SAW

22 3 5 1 1 1 2 2 2 1 1 1 1 1 1 1 1 1

Rajah 1.3 Taburan Statistik Jumlah Tematik Hadis

32

37

2121

19

17

8 1 22

Taburan Statistik Jumlah Tematik Hadis

Sahih al-Bukhari

Sahih Muslim

Sunan Abi Dawud

Sunan alTirmidhi

Sunan al-Nasa'i

Sunan Ibn Majah

Musnad Ahmad

Muwatta' Malik

Lain-Lain Kitab

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 23

Penemuan 178 tematik ini membawa signifikasi perubatan Islam, pengubatan Islam dan ruqyah adalah merupakan tema yang agak besar yang mendapat respon utama dan keprihatinan yang tinggi oleh Rasulullah pada zaman hayat baginda SAW. Justeru usaha para responden meneruskan kelangsungan perubatan Islam ini adalah suatu bentuk sumbangan yang besar dan bernilai tinggi dalam perspektif agama. Jadual 1.4 di bawah merupakan paparan contoh sebahagian tematik yang ditemui oleh kajian dalam Sahih al-Bukhari. Frasa-frasa utama yang kerap diulang sebut dalam penjudulan bab sebagaimana yang tertera dalam jadual 1.4 tersebut adalah ruqyah, sihir dan penyakit.

Jadual 1.4 Contoh Taburan Tematik dan Klasifikasi Hadis Sahih al-Bukhari BIL. KERATAN HADIS TEMATIK HADIS رسول كان .1 صلى ا كفيه يف نـفث فراشه إىل أوى إذا وسلم عليه ا

هو بقل والمعوذتني أحد ا

الرقية (خ) يف النفث

بسم .2 وسلم (خ) عليه هللا صلى النيب رقية بـعضنا بريقة أرضنا تـربة ا للمريض (خ) العائد دعاء الشايف واشف أنت الباس أذهب الناس رب اللهم .3 (خ) السحر؟ يستخرج هل يـنشر؟ أو عنه أحيل امرأته عن يـؤخذ أو طب به رجل .4 (خ) البطن خذ داء وهو صفر ال صفر وال هامة وال طرية وال عدوى ال .5وسلم عليه هللا صلى النيب على كذب من إمث صوريت يف يـتمثل ال الشيطان فإن رآين فـقد المنام يف رآين من .6

(خ)س سأل .7 رسول أ صلى ا للشيء (خ) الرجل قول الكهان ن ع وسلم عليه ا سليمان (خ) لداود ووهبنا" تعاىل هللا قول البارحة تـفلت اجلن من عفريتا إن .8وسلم عليه هللا صلى النيب جربيل سؤال ب يـراك فإنه تـراه تكن مل إن فإنك تـراه كأنك هللا تـعبد اإلحسان: أن 9

(خ)رك السبع اجتنبوا .10 الموبقات: الش حر كلون أموال والس ب قوله تعاىل: "إن الذين

اليتامى.." (خ) أما .11 شفاين فـقد أ وجنوده (خ)صفة إبليس شرا الناس على ذلك يثري أن وخشيت ا فضل من استربأ لدينه (خ) كله اجلسد صلح صلحت إذا مضغة اجلسد يف وإن أال .12 (خ) قوله تعاىل: "وبث فيها من كل دآبة" الطفيـتني ذا واقـتـلوا احليات اقـتـلوا .13م رىمن اإلنسان جم جيري الشيطان إن .14 رة املرأة يف الد اعتكافه (خ)زسم قال: أهله أتى إذا أحدكم أن لو .15 التسمية على كل حال وعند الوقاع (خ) الشيطان جنبـنا اللهم اتم، أو الليل، جنح كان إذا .16 يانك فكفوا أمسيـ ا شغف اجلبال خري مال املسلم غنم م صبـ يتبع

(خ)بـيه يف الشيطان يطعن آدم بين كل .17 عيسى غري يولد حني صبعه جنـ

احلجاب يف فطعن يطعن ذهب مرمي ابن

صفة إبليس وجنوده (خ)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 24

اسم اكرو واذ قربكم وأوكوا .18 رواو ا اسم واذكروا آنيـتكم مخ ء ا (خ) تغطية اإل أتت السوداء المرأة هذه قال بـلى قـلت اجلنة أهل من امرأة أريك أال .19

صلى النيب وسلم عليه ا

(خ) ع من الريحفضل من يصر

احلالل بني واحلرام بني (خ) يريبك. ال ما إىل يريبك ما دع .20ديتك، غنمك يف كنت فإذا والبادية، الغنم حتب أراك إين .21 فأذن و

لصالة

لنداء (خ) الصوت رفع ب

ويذهب الولد يسقط فإنه يـتني ف ط ذي أبرت كل إال اجلنان تـقتـلوا ال .22 فاقـتـلوه. البصر

شعف ا يتبع غنم املسلم مال خري ب اجلبال (خ)

(خ) بيدي خلقت ملا تعاىل هللا قول ب وروحه. هللا وكلمة ورسوله عبد هللا عيسى .23 منـها تـناكر فما ائـتـلف، هانـ م تـعارف فما جمندة، جنود األرواح .24

اختـلف.

جمندة (خ) جنود األرواح

اجلن (خ) ذكر اجلن طعام من مها .25 صارخا فـيستهل يولد، حني الشيطان، ميسه إال مولود آدم بين من ما .26

الشيطان مس من (خ) .."داود عبد واذكر"

الوضوء (خ) على ت من للصالة. وضوءك فـتـوضأ مضجعك أتـيت إذا .27 (خ) 12ب رقم كفتاه. ليـلة يف قـرأمها من البـقرة سورة آخر من اآليـتان .28ل ذاك رجل .29 أنيه (خ) يف الشيطان ل يصل ومل م إذا أذنه. يف الشيطان وجنوده (خ) إبليس صفة استطاع. ما فـليكظم أحدكم تـثاؤب فإذا الشيطان من التـثاؤب .30 يدري ال حىت عليه فـلبس الشيطان جاءه يصلي قام إذا أحدكم إن .31

جالس. وهو سجدتني فـليسجد أحدكم ذلك وجد فإذا صلى كم

(خ) والتطوع الفرض يف السهو

الح أخيه إىل أحدكم يشري ال .32 لس الشيطان لعل أحدكم يدرى ال فإنه النار. من رة ف ح ىف فـيـقع يده ىف يـنزع

علينا محل من وسلم عليه هللا صلى النيب قول منا (خ) فليس السالح

Selain itu, penemuan taburan sumber hadis dan taburan tematik serta klasifikasi

hadis ini sinonim dengan salah satu faedah takhrij hadis yang digariskan oleh ilmuwan hadis iaitu pentakhrij dapat mengenal pasti kewujudan hadis tersebut dalam satu sumber atau sejumlah sumber hadis dengan dapat menukilkan nama tokoh ulama penyusun sumber yang meriwayatkan hadis tersebut dan kedudukan asalnya dalam kandungan sumber berkenaan ('Abd al-Hadi, 1987; al-Akayilah, 1999; Khayr Abadi, 2003). Penemuan analisis taburan-taburan ini dalam karya responden adalah signifikan untuk menunjukkan kepentingan kegiatan pentakhrijan hadis dalam aspek kesahihan kewujudan rekod-rekod detail periwayatan hadis-hadis tersebut dalam senarai koleksi kitab hadis muktabar sepanjang zaman. 5.4 Taburan Status Hadis Analisis merumuskan penemuan taburan status hadis menunjukkan terdapat 94 buah hadis adalah dikenal pasti sahih. Manakala enam buah hadis lagi berstatus hasan dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 25

20 buah hadis pula berstatus da'if. Penemuan ini menunjukkan hadis sahih dan hasan mempunyai pengaruh yang besar sebagai sandaran penghujahan serta menjadi dasar utama pembentukkan kerangka ilmu perubatan Islam responden dalam aspek teori mahu pun amali.

Rajah 1.4 Taburan Status Hadis

Penemuan taburan status hadis ini adalah sinonim dengan salah satu faedah

utama takhrij hadis sebagaimana yang digariskan oleh ilmuwan hadis iaitu pentakhrij dapat mengenal pasti status hadis tersebut dengan menukilkan keputusan ulama berkenaan dalam memutuskan penarafan status tersebut dalam perspektif kesahihan atau kedaifan kecuali hadis-hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim serta lain-lain kitab sahih ('Abd al-Hadi, 1987; al-Akayilah, 1999; Khayr Abadi, 2003). Penemuan analisis status hadis-hadis dalam karya-karya responden adalah signifikan untuk menunjukkan kepentingan kegiatan pentakhrijan hadis dalam aspek menganalisis kualiti dalil yang disandarkan dalam kerangka ilmu perubatan Islam yang dihuraikan dalam kandungan karya-karya berkenaan. Seterusnya dipaparkan lima contoh dapatan analisis takhrij hadis untuk hadis berkualiti sahih. a. Hadis (1) i. Teks Hadis:

بسم ربنا. ذن سقيمنا يشفى بـعضنا بريقة أرضنا تـربة ا ii. Maksud Hadis: “Dengan menyebut asma Allah, tanah bumi ini dengan air ludah sebagian di antara kami dapat menyembuhkan penyakit di antara kami dengan izin tuhan kami.” iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan, Perbuatan dan Perakuan).

Bil. Nama Pengarang

Nama Buku Hadis

Kitab/

Musnad

Bab Nombor Hadis

Status Hadis

1. Imam al-Bukhari

Sahih al-Bukhari

Sahih 5745 يه وسلمرقية النيب صلى هللا عل الطب

94

6 20

Taburan Status Hadis

Sahih

Hasan

Da'if

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 26

2. Imam Muslim Sahih Muslim

استحباب الرقية من العني السالم والنملة واحلمة والنظرة

5848 Sahih

3. Imam Abi Dawud

Sunan Abi Daud

Sahih 3897 كيف الرقى الطب

4. Imam al-Nasa'i Sunan al-Kubra

Sahih 7550 النفث يف الرقية الطب

5. Imam Ibn Majah

Sunan Ibn Majah

ما عوذ به النيب صلى هللا عليه الطب وما عوذ به

3521 Sahih

Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

b. Hadis (2) i. Teks Hadis:

.وأحاذر أجد ما شر من وقدرته هللا بعزة أعوذ . هللا بسم ii. Maksud Hadis: “Bismillah, Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari setiap kejelekan yang aku jumpai dan aku takuti” iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan, Perbuatan dan Perakuan).

Bil. Nama

Pengarang Nama Buku

Hadis Kitab/

Musnad Bab

Nombor Hadis

Status Hadis

1. Imam Abi Daud Sunan Abi Daud

Sahih 3983 كيف الرقى الطب

2. Imam Tirmidhi Sunan Tirmidhi

Sahih 2080 29ب رقم الطب

3. Imam Ibn Majah

Sunan Ibn Majah

النيب صلى هللا ما عوذ به الطب عليه وسلم

3522 Sahih

Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

c. Hadis (3) i. Teks Hadis:

.سقما يـغادر ال شفاء شفاؤك إال شفاء ال الشايف أنت واشف الباس أذهب اس ن ال رب اللهم

ii. Maksud Hadis: “Hilangkan penyakit ini wahai Penguasa manusia. Sembuhkanlah, Engkau Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan kecuali penyembuhanMu, ubat yang tidak meninggalkan kesakitan”. iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan, Perbuatan dan Perakuan).

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 27

Bil. Nama Pengarang

Nama Buku Hadis

Kitab/ Musnad

Bab Nombor Hadis

Status Hadis

1. Imam al-Bukhari

Sahih al-Bukhari

Sahih 5675 دعاء العائد للمريض املرضى

2. Imam Muslim Sahih Muslim

Sahih 5836 استحباب رقية املريض السالم

3. Imam Abi Daud

Sunan Abi Dawud

Sahih 3885 يف تعليق التمائم الطب

4. Imam Tirmidhi

Sunan Tirmidhi

Sahih 3565 يف دعاء املريض الدعوات

5. Imam Nasa'i Sunan Nasa'i

Sahih 7508 دعاء العائد للمريض الطب

6. Imam Ibn Majah

Sunan Ibn Majah

رسول ما جاء يف ذكر مرض اجلنائز هللا صلى هللا عليه وسلم

1619 Sahih

Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

d. Hadis (4)

i. Teks Hadis:

صفر". وال ة هام وال طرية وال عدوى "ال ii. Maksud Hadis: “Abu Hurairah r.a bahawa nabi Muhammad s.a.w bersabda: Tiada suatu jangkitan (yang berkuasa membawa penyakit) tiada bersial, tiada burung hantu (membawa sial), tiada bulan safar (membawa sial)”. iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan, Perbuatan dan Perakuan).

Bil. Nama Pengarang

Nama Buku Hadis

Kitab/ Musnad

Bab Nombor Hadis

Status Hadis

1. Imam al-Bukhari

Sahih al-Bukhari

خذ البطن الطب Sahih 5717 ال صفر وهو داء

2. Imam Muslim Sahih Muslim ال عدوى وال طرية وال هامة السالم وال نوء

5920 Sahih

3. Imam Abi Dawud

Sunan Abi Dawud

Sahih 3913 يف الطرية الطب

Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 28

e. Hadis (5) i. Teks Hadis:

الدم. من اإلنسان جمرى جيري الشيطان إن ii. Maksud Hadis: “Sesungguhnya syaitan itu berlari dalam tubuh tubuh manusia melalui salur darah”. iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan, Perbuatan dan Perakuan)

Bil. Nama Pengarang

Nama Buku Hadis

Kitab/ Musnad

Bab Nombor Hadis

Status Hadis

1. Imam Bukhari Sahih Bukhari رة املرأة يف اإلعتكاف Sahih 2038 اعتكافهز

2. Imam Muslim Sahih Muslim بيان أنه يستحب ملن رؤى السالم خاليا

5807 Sahih

3. Imam Abi Daud

Sunan Abi Daud

املعتكف يدخل البيت الصوم حلاجته

2472 Sahih

4. Imam Tirmizi Sunan Tirmizi 1172 الرضاع الرضاع Sahih

5. Imam Nasaei Sunan Nasaei تشييع زائر املعتكف والقيام االعتكاف معه

3357 Sahih

6. Imam Ibn Majah

Sunan Ibn Majah

يف املعتكف يزوره أهله يف الصيام املسجد

1779 Sahih

Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

Seterusnya dipaparkan tiga contoh dapatan analisis takhrij hadis untuk hadis berkualiti hasan. a. Hadis (1)

i. Teks Hadis:

له. هللا ودع فال ودعة تـعلق ومن له أمت هللا فال متيمة تـعلق من ii. Maksud Hadis: “Sesiapa yang menggantung tamimah, Allah tidak menyempurnakan apa yang dimilikinya, dan sesiapa yang menggantungkan wada’ah (bahan-bahan berupa cengkerang seperti kulit siput atau kerang yang dijadikan sebagai kalung bertujuan menjaga diri dari gangguan), Allah tidak membiarkannya dalam ketenangan.” iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan, Perbuatan dan Perakuan).

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 29

Bil. Nama Pengarang

Nama Buku Hadis

Kitab/ Musnad

Bab Nombor Hadis

Status Hadis

1. Imam Ahmad Musnad Ahmad

حديث عقبة بن عمار اجلهين الشاميني عن النيب صلى هللا عليه و سلم

17440 Hasan

Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

b. Hadis (2)

i. Teks Hadis:

إليه. وكل شيئا تـعلق من ii. Maksud Hadis: “Sesiapa yang menggantungkan sesuatu (berupa tangkal), maka segala urusannya akan diserahkan kepadanya (kepada tangkal” iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan, Perbuatan dan Perakuan).

Bil. Nama Pengarang

Nama Buku Hadis

Kitab/ Musnad

Bab Nombor Hadis

Status Hadis

1. Imam Tirmidhi

Sunan Tirmidhi

Hasan 2072 كراهية التعليق الطب

Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

c. Hadis (3) i. Teks Hadis:

صلى النيب فأتـيت شديدة كبرية حيضة أستحاض كنت قالت: جحش بنت عن محنة أستـفتيه، وسلم عليه ا طان."إمنا هي ركضة من الشيفقال:

ii. Maksud Hadis: Dari Hamnah binti Jahsyi beliau berkata: Adalah aku mengalami haid yang teruk dan berpanjangan. Maka aku bertemu Nabi s.a.w. dan meminta pandangan darinya. Lalu baginda s.a.w. bersabda: “Hanyasanya istihadah itu adalah gangguan berupa sepakan syaitan”. iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan, Perbuatan dan Perakuan).

Bil. Nama Pengarang

Nama Buku Hadis

Kitab/ Musnad

Bab Nombor Hadis

Status Hadis

1. Imam Hakim Mustadrak رةالطها Hasan 615 الطهارة

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 30

Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

Seterusnya dipaparkan lima contoh dapatan analisis takhrij hadis untuk hadis berkualiti da'if. a. Hadis (1) i. Teks Hadis:

رضي حصني بن عمران عن تطري أو ، تطري من منا ليس : وسلم عليه هللا صلى هللا رسول قال : قال ، عنه ا كاهنا أتى ومن ، عقدة عقد من : قال أو عقدة عقد ومن له سحر أو ، سحر أو له تكهن أو ، تكهن أو له

قه سناد جيد. .- وسلم عليه هللا صلى - حممد على أنزل مبا كفر فـقد يـقول مبا فصد رواه البزار ii. Maksud hadis: Bukan daripada (golongan) kami (umat Nabi Muhammad s.a.w) sesiapa yang bersial-sial atau dibuatkan baginya kepercayaan bersial-sial atau orang yang mengerjakan amalan pawang atau orang yang dipawangkan baginya atau orang yang membuat pekerjaan sihir atau orang yang dibuatkan sihir baginya, dan sesiapa yang menjumpai pawang lalu dia membenarkan terhadap apa yang diperkatakan maka sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan, Perbuatan dan Perakuan).

Bil. Nama Pengarang

Nama Buku Hadis

Kitab/ Musnad

Bab Nombor Hadis

Status Hadis

1. Imam Bazzar Musnad Bazzar

لد الثاين مسند بن ا حصني

3578 Da'if

Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

b. Hadis (2)

i. Teks Hadis:

خنـثون أوالإذا أتى الرجل امرأته وهي حائض ملخنث فامل ها فحملت فجاءت د اجلن.سبـقه الشيطان إليـ

ii. Maksud Hadis: Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya di dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan mengandungkan khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin. iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan, Perbuatan dan Perakuan).

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 31

Bil. Nama Pengarang

Nama Buku Hadis Kitab/ Musnad

Bab Nombor Hadis

Status Hadis

1. Ibn ‘Adi Al-Kamil fi Du’afa’ - - 58 Da’if

Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

c. Hadis (3)

i. Teks Hadis:

القلوب. شفاء هللا ذكر ii. Maksud Hadis: “Berzikir mengingati Allah itu adalah penyembuh bagi hati”. iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan, Perbuatan dan Perakuan).

Bil. Nama Pengarang

Nama Buku Hadis

Kitab/ Musnad

Bab Nombor Hadis

Status Hadis

1. Imam al-Sayuti Jam’ al-Ahadis - - 45085 Da'if

Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

d. Hadis (4)

i. Teks Hadis:

من قال: هذه؟ ما وحيك فـقال: ،صفر من قال: أراه حلقة رجل عضد على أبصر وسلم عليه هللا صلى النيب أن ا "أما قال: الواهنة، أبدا. أفـلحت ما عليك وهى مت لو فإنك عنك انبذها وهنا إال تـزيدك ال إ

ii. Maksud Hadis: “Bahwa Rasulullah s.a.w. ternampak satu besi tembaga yang melingkari lengan seorang lelaki, lalu baginda berkata: “Celaka kamu! Apakah ini? Orang itu menjawab: “Tangkal untuk mengatasi badan yang lemah”. Lalu Baginda bersabda: “Adapun ianya ini tidak menambahkan kepadamu kecuali kelemahan. Buanglah ia segera! Maka sesungguhnya jika engkau mati sedang engkau masih memakainya nescaya engkau tidak akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya”. iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan, Perbuatan dan Perakuan).

Bil. Nama Pengarang

Nama Buku Hadis

Kitab/ Musnad

Bab Nombor Hadis

Status Hadis

1. Imam Ahmad Musnad Ahmad

حصني حديث عمران بن الكوفيني رضي هللا عنه

20014 Da'if

Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 32

e. Hadis (5)

i. Teks Hadis: ها خترج ال ا فإن المؤمنني أمري إليـ حر أعشار تسعة ا الس ا اجلن فسقة و العضال. الداء و

ii. Maksud Hadis: “Wahai Amirul Mu’minin, janganlah engkau ke sana kerana di sana ada sembilan persepuluh sihir dan di sana juga ada kumpulan jin yang fasik serta wabak penyakit yang berjangkit”. iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan, Perbuatan dan Perakuan).

Bil. Nama Pengarang

Nama Buku Hadis

Kitab/ Musnad

Bab Nombor Hadis

Status Hadis

1. Imam Malik Muwatta’ ين مالكدثوح اجلامع 3577 Da'if

Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

5.5 Taburan Ralat Cetakan Hadis Analisis merumuskan taburan ralat cetakan hadis menunjukkan terdapat tujuh ralat yang ditemui terdapat pada teks hadis yang tercetak dalam karya responden. Penemuan ini sejajar dengan salah satu faedah takhrij hadis sebagaimana yang digaris oleh ilmuwan hadis iaitu pentakhrij dapat mengenal pasti kesalahan nukilan dalam salinan-salinan sumber hadis yang dicetak ('Abd al-Hadi, 1987).

Jadual 1.5 Taburan Ralat Cetakan Hadis Bil. Ralat Cetakan Hadis Pembetulan Jenis Kesalahan

Nama kitab tidak bertepatan يف مصنفه يف مسنده .1dengan nama pengarang

س Tertinggal huruf جسده جده .2

Ejaan nama perawi tidak عمرو بن حزم عمارة بن حزم .3tepat

أ Tertinggal huruf اجلرب جلرب .4

م dan ب Tertinggal huruf مبشفر بشفر .5

Tashif-kesalahan titik فخلوا فحلوا .6

Tashif-kesalahan titik غرضا عرضا .7

Penemuan analisis taburan ralat cetakan hadis dalam karya responden ini

signifikan untuk menunjukkan kepentingan kegiatan pentakhrijan hadis dalam aspek pemeliharaan teks hadis daripada tercemar dengan perubahan yang tidak sepatutnya. Faedah ini menunjukkan kesalahan yang ditemui dalam karya-karya responden ini tidak akan dibiarkan kekal tetapi dapat dibetulkan dalam cetakan pada masa hadapan.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 33

Rajah 1.5 Taburan Jenis Ralat Nukilan Hadis

Implikasi daripada dapatan kajian dalam perspektif penzahiran sumber hadis yang lebih lengkap adalah untuk meningkatkan lagi tahap keyakinan beramal dengan amalan ruqyah yang diaplikasi serta disebarkan secara meluas oleh responden selaku pengamal perubatan Islam berprofil tinggi di Malaysia. Dalam perspektif yang lain, dapatan kajian juga membawa implikasi kerelevenan berterusan kegiatan takhrij hadis berasaskan sumbangan penentuan muktamad kewujudan rekod detail periwayatan sesebuah hadis, kepastian kualiti hadis berdasarkan keputusan ilmuan hadis dan sekuriti teks nukilan hadis daripada terpesong secara tidak sengaja menerusi ralat dalam cetakan hadis. 6.0 KESIMPULAN Rumusan keseluruhan dapatan dan penemuan kajian menunjukkan keselarasan penjenamaan "perubatan Islam" sebagaimana yang dilabelkan oleh responden berdasarkan penemuan sumber hadis. Kesimpulan daripada rumusan juga menunjukkan hasil takhrij hadis melibatkan 120 buah hadis yang terdapat dalam empat buah karya utama responden adalah memuaskan. Keseluruhan hadis tersebut mempunyai rekod-rekod detail periwayatan dalam 25 buah kitab hadis muktabar sepanjang zaman seperti kutub al-sittah, Musnad Ahmad, Muwatta' Malik dan 17 buah kitab hadis yang lain.

Selain itu, kajian ini juga berjaya melengkapkan pernyataan sumber hadis dalam buku-buku ruqyah responden berdasarkan format takhrij hadis yang standard. Informasi lengkap tersebut merupakan antara aspek pengetahuan yang wajar diketengahkan kepada pesakit dan perawat pelatih yang berguru serta menjalani latihan di bawah kendalian responden. Pada masa yang sama juga, hal ini dapat mengukuhkan kredibiliti responden berkenaan sebagai pengamal ruqyah contoh yang boleh dipercayai oleh masyarakat Islam di Malaysia. Kajian ini turut merupakan suatu bentuk penghargaan kepada para pengamal tersebut yang banyak berjasa dalam memberi sumbangan terhadap ikhtiar penyembuhan penyakit berdasarkan pedoman sunnah Rasulullah . Penghargaan Artikel ini merupakan sebahagian daripada dapatan kajian projek penyelidikan berjudul Analisis Takhrij Hadis dan Kaedah Pengamalan Perubatan Pengamal Perubatan Islam di Malaysia, Kod Projek: KUIS/PB/2016/GPIK 1/GPI/014, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2017.

3

2

1

1

Taburan Jenis Ralat Nukilan Hadis

Tertinggal Huruf

Tashif-Kesalahan Titik

Ejaan Nama Perawi tidak tepat

Nama Kitab Tidak Bertepatan dengan NamaPengarang

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 34

Rujukan Ahmad Sunawari Long. 2007. Pengenalan metodologi penyelidikan pengajian Islam.

Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. al-Akayilah, Sultan Sanad et.al. 1999. Al-Wadih fi Fann al-Takhrij wa Dirasah al-Asanid.

Jordan: 'Amman al-Dar 'al-'Alamiyyah li al-Nasyhr wa al-Tawzi'. 'Abd al-Hadi, Abu Muhammad 'Abd al-Mahdi bin 'Abd al-Qadir. 1987. Turuq Takhrij

Hadith Rasulullah . Mesir: Dar al-I'tisam. Al-Bukhari, Muhammad bin Isma’il. 1994, Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Ma’rifah. Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari Kebangsaan. 2007. Atas talian

tcm.moh.gov.my dalam http://tcm.moh.gov.my/v4/pdf/NationalPolicy.pdf (8 Disember 2016)

Haron Din. 2014. Ruqyah Asas Pengubatan Islam. Bangi: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') & Koperasi Darussyifa' Berhad.

Ismail Kamus. 2006. Jin Hakikat dan Pengubatan. Kuala Lumpur: Telaga Biru. Jahid Sidek dan Mahyuddin Ismali. 2015. Isu-isu berkaitan Akidah dan Syariah dalam

Perubatan Tradisional dan Komplementari. Kuantan: Penerbit Universiti Malaysia Pahang.

Jahid Sidek. 2004. Berpawang dan Bersahabat Dengan Jin daripada Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Khayr Abadi, Muhammad Abu Layth. 2003. Takhrij al-Hadith Nasyatuh wa Manhajiyyatuh. Selangor: Darul Syakir.

Mahyuddin Ismail. 2011. Penyelewengan Akidah dan Syariat Dalam Perkhidmatan Rawatan Alternatif: Isu Kepenggunaan dan Akidah Umat Islam. Kertas Kerja Seminar Hukum Islam Semasa VII. Anjuran Universiti Malaya. Kuala Lumpur, 15 Disember.

Merriam, S.B. 1998. Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San Francisco: Jossey-Bass Inc.

Marohaini Yusoff. 2004. Pertimbangan kritikal dalam pelaksanaan kajian kes secara kualititatif. Dlm. Marohaini Yusuff (pnyt.). Penyelidikan kualitatif pengalaman kerja lapangan kajian, hlm. 37. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd. Khafidz Soroni. 2012. Kaedah-Kaedah Takhrij al-Hadith. Bangi: Institut Kajian Hadith Selangor.

Muslim, al-Hajaj bin Muslim al-Qusyairi. t.t. Sahih Muslim. Beirut: Dar al-Jayl. TCM 2016 atas talian

(http://tcm.moh.gov.my/v4/bmelayu/modules/mastop_publish/?tac=2. 16 Jun 2016).

Al-Tirmidhi, Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Sawrah.t.t. al-Jami’ al-Sahih. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

https://www.dorar.net/hadith http://library.islamweb.net/newlibrary/index.php.