pkp3116 baru

15
1 PENGENALAN Sistem Bahasa merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Fokus dalam Sistem Bahasa ialah pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Tatabahasa Salah satu bukti kemahiran berbahasa seseorang ialah kebolehan menguasai tatabahasa. Ia meliputi kebolehan bertutur dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul, dan menulis dengan sistem ejaan yang tepat. Oleh sebab itu, kecekapan berbahasa perlu diajarkan secara terancang dan bersesuaian dengan kinteks pembelajaran sejak murid berada di sekolah rendah lagi. Lazimnya, pengajaran tatabahasa di peringkat sekolah rendah menitikberatkan aspek penggunaan. Terdapat beberapa tujuan pengajaran tatabahasa (1995: 11 12), iaitu; A. mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza- beza dan menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan; B. menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks; C. menggunakan frasa yang betul; D. membina ayat yang betul, tepat dan gramatis, dan E. membina pelbagai jenis dan bentuk ayat dalam pelbagai konteks dengan betul. Tatabahasa terbahagi kepada dua, iaitu aspek morfologi dan aspek sintaksis.

Upload: usm

Post on 30-Mar-2023

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

PENGENALAN

Sistem Bahasa merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Fokus dalam Sistem Bahasa ialah pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.

Tatabahasa

Salah satu bukti kemahiran berbahasa seseorang ialah kebolehan menguasai tatabahasa. Ia meliputi kebolehan bertutur dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul, dan menulis dengan sistem ejaan yang tepat. Oleh sebab itu, kecekapan berbahasa perlu diajarkan secara terancang dan bersesuaian dengan kinteks pembelajaran sejak murid berada di sekolah rendah lagi. Lazimnya, pengajaran tatabahasa di peringkat sekolah rendah menitikberatkan aspek penggunaan. Terdapat beberapa tujuan pengajaran tatabahasa (1995: 11 12), iaitu;–

A. mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan;

B. menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks;

C. menggunakan frasa yang betul;

D. membina ayat yang betul, tepat dan gramatis, dan

E. membina pelbagai jenis dan bentuk ayat dalam pelbagai konteks dengan betul.

Tatabahasa terbahagi kepada dua, iaitu aspek morfologi dan aspek sintaksis.

2

Tugasan 1

Mengumpul maklumat morfologi, sintaksis, sistem ejaan, sebutan

dan intonasi. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan dengan

mengaitkan aspek sistem bahasa yang terdapat dalam Huraian

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

1.0 Morfologi, Sintaksis, Sistem Ejaan, Sebutan dan Intonasi.

MORFOLOGIPerkataan morfologi berasal daripada perkataan Latin iaitu morphe “ ”

yang membawa maksud bentuk. Menurut Tatabahasa Dewan, morfologi

ialah bidang ilmu yang mengkaji bentuk dan penggolongan kata. Secara

am, aspek morfologi ialah berkenaan kajian tentang perkataan dan

pembentukannya. Secara khusus, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR

(2003) menerangkan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji

struktur kata, bentuk kata dan golongan kata. Tiga aspek tersebut diajar

sejak sekolah rendah lagi.

Struktur kata merujuk kepada susun atur bentuk bunyi sesuatu

perkaaan apabila diujarkan. Ia merangkumi aspek susunan lambang-

lambang huruf (tulisan) sehinga menjadi satu unit (kesatuan) bahasa atau

perkataan yang bermakna. bermakna dalam konteks ini ialah “ ”bagaimana membunyikan setiap huruf dalam perkataan berkenaan hingga

menghasilkan bunyi yang betul atau susunan huruf yang betul apabila

dibunyikan dan mempunyai makna. Sebagai contoh, huruf vokal (V),

huruf konsonan (K) dan pola suku kata.

a. Huruf vokal Bahasa Melayu: [a], [e], [i], [o] dan [u].

b. Huruf konsonan Bahasa Melayu: [b], [c], [d], [f], [g], [h], [j], [k], [l],

[m], [n], [p], [q], [r], [s], [t], [v], [w], [x], [y] dan [z].

Contoh pengajaran huruf vokal dan konsonan dalam pelaksanaan

program pemulihan khas:

3

Terdapat dua pola suku kata Bahasa Melayu. Pertama, pola suku kata

asli bahasa Melayu dan kedua pola suku kata pinjaman bahasa Melayu.

Setiap suku kata terdiri sama ada KV, VK, KVK, VKV, VKVK, KKVK dan

sebagainya. Manakala, yang dikatakan bentuk kata pula ialah rupa unit

tatabahasa (perkataan/ gabungan huruf) yang bermakna. Bentuk kata

boleh terdiri daripada:

a. Kata tunggal (kata tidak menerima imbuhan dan ada makna)

b. Kata terbitan (kata telah menerima imbuhan)

c. Kata ganda (kata tunggal yang digandakan)

d. Kata majmuk (terdiri daripada beberapa kata tunggal yang membentuk

satu makna)

Kata terbitan ialah kata tunggal yang menerima imbuhan yang

menerima imbuhan bagi menghasilkan perkataan lain. Makna kata

terbitan berbeza dengan kata tunggal. Dalam ilmu bahasa, penerimaan

imbuhan itu dipanggil proses pembentukan kata. Terdapat tiga proses

pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Pertama, pengimbuhan iaitu kata tunggal menerima imbuhan dan menghasilkan perkataan baharu

yang dipanggil sebagai kata terbitan.

(i) Imbuhan awalan : ber-, be-, bel-, me-, mem-, men-, meng-, menge-,

memper-, di-, ter-, pe-, pem-, pen-, per-, peng-, penge-, pel-, se-, ke-,

maha-, tata-, pra-, pro-, dan anti-.

4

Kata tunggal + Imbuhan awalan = Kata

terbitan

Lari + pe- = Pelari

Kata terbitan awalan turut diajarkan dalam sukatan pelajaran

sekolah rendah tahun 3.

(ii) Imbuhan akhiran : -an, -i, -kan, -wan, -man, -wati, dan nita.–

Kata tunggal + Imbuhan Akhiran = Kata Terbitan

Lari + -an = Larian

(iii) Imbuhan apitan : me- ... kan, mem- ... kan, men- ... kan, – – –meng- ... kan, menge- ... kan, me- ... i, mem- ... i, men- ... i, – – – – –meng- ... i, ke- ... an, pe- ... an, pem- ... an, pen- ... an, peng- ... – – – – –an, penge- ... an, per- ... an, pel- ... an, di-- ... kan, dan di- ... i.– – – – – –

Kata tunggal + Imbuhan Apitan = Kata Terbitan

Lari + pe-...-an = Pelarian

Kedua, kata tunggal menerima penggandaan dan menghasilkan

5

perkataan

baharu yang dipanggil sebagai kata terbitan. Formulanya;

Kata tunggal + penggandaan = kata terbitan

Orang + orang = orang-orang

Ketiga, kata tunggal menerima kata tunggal dan menghasilkan

kata majmuk

yang dipanggil sebagai kata terbitan, atau istilah atau

metafora. Ia terdiri daripada beberapa kata tunggal, sama ada kata tunggal itu telah

menerima imbuhan

atau belum. Formulanya:

Kata tunggal + kata tunggal = kata majmuk

Segi + empat = segi empat

Merah + hati = merah hati

Golongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan

keserupaan bentuk dan fungsi perkataan berkenaan. Terdapat empat jenis

golongan kata dalam bahasa Melayu, iaitu;

(a) kata nama (perkataan yang menggambarkan nama sesuatu);

(b) kata kerja (perkataan yang menggambarkan perbuatan);

(c) kata adjektif (perkataan yang menggambarkan sifat sesuatu); dan

(d) kata tugas (perkataan yang menggambarkan fungsi sesuatu).

Kata tugas dalam bahasa Melayu terdiri daripada;

i. kata hubung

ii. kata seru

iii. kata tanya

6

iv. kata perintah

v. kata pangkal ayat

vi. kata bantu

vii. kata penguat

viii. kata penegas

ix. kata nafi

x. kata pemeri

xi. kata sendi

xii. kata pembenar

xiii. kata bilangan

xiv. kata arah

SINTAKSIS

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan

pembentukan ayat. Berbeza dengan morfologi yang mengkaji bentuk

perkataan, sintaksis mengkaji gabungan beberapa bentuk kata yang

membina ayat atau terhasilnya ayat.

Aspek sintaksis yang dikaji ialah;

(a) komponen ayat, iaitu unsur-unsur utama yang terdiri daripada kata,

rangkai kata, frasa, klausa, subjek, dan predikat ayat;

(b) jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan;

(c) ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif;

(d) susunan ayat, iaitu susunan biasa dan susunan songsang;

(e) binaan ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal, ayat terbitan atau ayat majmuk;

7

(f) proses penerbitan ayat, iaitu konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses penyusunan semula, proses peluasan; dan

(g) aspek tanda baca dalam ayat.

SISTEM EJAAN

Perkataan yang diberikan penekanan ialah:

a) pola keselarasan huruf vokal

b) ejaan kata pinjaman

c) ejaan kata dasar dan kata terbitan

Sistem ejaan rumi bahasa Melayu terdiri daripada keselarasan vokal,

kata pinjaman, kata terbitan, kata ganti singkat, kata sendi / kata sendi

nama, kata majmuk, kata nama, kata partikel dan kata ganda. Sistem

ejaan diajar agar murid dapat mengeja sesuatu perkataan dengan betul

supaya makna perkataan bersamaan dengan maksud ujaran.

SEBUTAN DAN INTONASI

Tekanan nada ketika membunyikan huruf atau perkataan (sebutan)

dan intonasi nada adalah mempunyai maksud atau makna berlainan.

Oleh sebab itu, murid wajar diajar cara-cara menyebut (membunyikan

huruf atau perkataan) dan tekanan atau intonasi nadanya dengan cara

yang betul. Kemahiran yang diperlukan ialah membezakan bunyi huruf

8

atau suku kata dan tekanan nada dalam situasi yang berbeza supaya

murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat. Pengajaran sebutan

hendaklah dalam bahasa Melayu baku. Manakala, pengajaran intonasi

ayat hendaklah mengikut pola ayat yang betul berdasarkan jenis-jenis

ayat. Di samping itu, pola intonasi bagi ayat panjang juga hendaklah

diajar agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas. Sebaik-

baiknya, guru hendaklah memulakan pengajaran menggunakan ayat

tunggal mudah.

Tugasan 2

Membina modul pengajaran tatabahasa (morfologi dan sintaksis)

untuk tahap dua yang mengandungi panduan, bahan bantu,

latihan, ujian, rujukan dan lain-lain yang difikirkan perlu.

Melaksanakan pengajaran berasaskan modul yang dibina tadi,

seterusnya membuat analisis keberkesanannya dan menghuraikan

aspek-aspek yang perlu ditambah baik.

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS (Golongan Kata)

MODUL PENGAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU TAHUN 4.

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 4 Amanah

Bil. Murid : 21 orang

Masa : 0720-0820 pagi (1 jam)

Tarikh : 19 . Ogos . 2014

Tajuk : Kata Tugas (Kata seru dan Ayat

Seruan)

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

9

5.1 memahami dan menggunakan

golongan kata dengan betul mengikut

konteks

5.1.7 memahami dan menggunakan

kata seru dengan betul mengikut

konteks.

Objektif:

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid berupaya:

I. Memberikan contoh kata seru yang terdapat dalam petikan.

II. Mengisi tempat kosong dengan kata seru yang betul dalam lembaran

kerja.

III. Membina ayat tunggal dengan menggunakan kata seru yang diberikan

oleh guru.

Sistem Bahasa:

Sistem Bahasa : Kata Seru dan Ayat Seruan

Kosa Kata : berdendam, habuan, tergamam.

Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum:

Ilmu : PJK dan cara berkomunikasi

Nilai Murni : Bekerjasama, baik hati, penyayang

Kreativiti :

Strategi :

KB : mengenal pasti masalah, selesaikan masalah

TKP : Verbal-linguistik, interpersonal dan intrapersonal

BCB : memproses maklumat mengenai teks yang dibaca

Pembelajaran Kontekstual :

Bahan Bantu Belajar

BIL. JENIS BILANGAN1 Teks 22

10

2 Nota Kata Seru dan Ayat Seruan 22

3 Grafik Lembaran Kerja 22

4 Sampul Pelbagai Warna 7

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengenal kata seru dan ayat seruan.

Langkah/

Masa

Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Catatan

Set

Induksi

(5

minit)

-Permainan

“Treasure

Hunt”

Kata Seru-amboi

-wah

-cis

-eh

-syabas

-nah

-aduh

Tajuk:Kata Seru“ ”

1. Guru menyorokkan 7

sampul beracun di “ ”sekitar kelas.

2. Murid-murid dibahagikan

kepada 7 kumpulan.

3. Setiap ketua kumpulan

diminta untuk mencari

sampul tersebut.

4. Setelah kesemua ketua

kumpulan menjumpai

sampul tersebut, setiap

kumpulan diminta

menunjuk dan menyebut

perkataan yang terdapat

di dalam sampul

tersebut.

5. Guru menampal

perkataan tersebut di

papan tulis.

6. Murid-murid disoal

mengenai golongan kata

yang berkaitan dengan

BBB:-sampul

pelbagai

warna

Teknik:-soal jawab

TKP:-Verbal

-Kinestatik

BCB:-K. Bertutur

-K.

Mendengar

Nilai:-Daya saing

-Kerjasama

11

perkataan yang dijumpai.

7. Guru menyatakan tajuk

pengajaran.

Langkah

1

(15

minit)

Petikan Sang Kancil “

dan Nasi

Minyak”

Kosa Kata :-berdendam

-habuan

-tergamam

1. Guru mengedarkan teks

petikan kepada murid-

murid.

2. Murid-murid dikehendaki

membaca petikan

tersebut selama tiga

minit.

3. Murid-murid disoal

mengenai isi petikan.

4. Guru menceritakan nilai

murni yang terdapat di

dalam petikan tersebut.

5. Murid-murid diminta

mengeluarkan kosa kata

yang terdapat dalam

petikan.

6. Guru menerangkan kosa

kata tersebut.

7. Murid-murid diminta

mengeluarkan kata seru

yang terdapat dalam

petikan.

BBB:-petikan

TKP:-Verbal

-

Interpersonal

BCB:-K. Membaca

Nilai:-Disiplin

Penerangan

Kata Seru dan

Ayat Seruan

Nota:

1. Kata Seru-kata tugas yang

digunakan untuk

melahirkan

1. Guru mengedarkan nota

kata seru kepada murid-

murid.

2. Murid-murid diminta

membaca nota secara

senyap.

3. Murid-murid diminta

membaca nota dalam

kumpulan.

4. Murid-murid diterangkan

BBB:-Nota Kata

Sendi Nama

Teknik:-Penerangan

Nilai:-Disiplin

12

Langkah

2

(20minit

)

perasaan seperti

hairan, kecewa,

terkejut, marah

dan sebagainya.

2. Ayat Seruan-ayat yang

dimulakan

dengan kata

seru.

-ayat seruan

diakhiri dengan

tanda seru (!).

3. Contoh Kata

Seru-. Amboi,

wah,cis, eh,

syabas, nah,

aduh

mengenai kata seru.

5. Guru memberikan contoh

kata seru kepada murid-

murid.

6. Murid-murid diminta

membina ayat tunggal

berdasarkan pilihan kata

seru yang diberikan.

7. Beberapa orang murid

dikehendaki membaca

ayat yang dibina.

8. Guru membimbing

binaan ayat murid-murid.

TKP:-Verbal

KB:-Kenal pasti

BCB:-K. membaca

-K. menulis

Langkah

3

(15

minit)

Aktiviti:Jawab Saya“ ”

Kata Seru:amboi

-wah

-cis

-eh

-syabas

-nah

-aduh

1. Guru menjalankan aktiviti

Jawab Saya .“ ”2. Murid-murid diedarkan

dengan lembaran kerja

isi tempat kosong.

3. Murid-murid diminta

menjawab 10 soalan isi

tempat kosong dengan

jawapan yang betul.

4. Beberapa orang murid

dipilih bagi membacakan

jawapan.

5. Guru memperbetulkan

jawapan yang salah.

BBB:-lembaran isi

tempat

kosong

TKP:-Verbal

-Kinestatik

KB:-selesaikan

masalah

13

BCB:-K. Membaca

-K. menulis

Penutup

(5

minit)

Rumusan isi

pelajaran

Kognitif:-Kata Seru dan

Ayat Seruan

Sosial:Bertepuk tangan

untuk diri sendiri

1. Murid-murid disoal

mengenai kegunaan kata

seru.

2. Murid-murid diminta

menyatakan kata seru

yang telah dipelajari.

3. Murid- murid diminta

menyatakan nilai- nilai

murni yang dipelajari.

TKP:-Verbal

-

Intrapersonal

-

Interpersonal

KB:-merumus

Nilai

Murni:-Rasional

Analisis Keberkesanan Modul Pengajaran:

Pada pandangan saya, objektif sesi pengajaran ini dapat dicapai

dengan jayanya. Saya berkata demikian kerana, semasa saya menjalankan

modul pengajaran yang telah saya bina tersebut di dalam kelas, didapati

murid-murid berjaya menguasai aspek tatabahasa yang telah dipelajari iaitu

kata seru dan ayat seruan. Saya berkata demikian kerana hampir

keseluruhan murid di dalam kelas tersebut berjaya menjawab lembaran kerja

yang telah saya berikan dengan betul. Namun, terdapat beberapa perkara

yang perlu diperbaiki supaya sesi pengajaran tersebut dapat dijalankan

dengan lebih lancar. Pertama, memberi lebih perhatian kepada segelintir

murid yang belum dapat menguasai isi pembelajaran tersebut dengan

sepenuhnya. Kedua, menarik perhatian segelintir pelajar yang kurang

menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran diadakan.

14

Tugasan 3

Penulisan Reflektif

Sistem Bahasa berperanan menambahkan kemahiran berbahasa murid-

murid. Walaupun dalam setiap sesi pengajaran mempunyai objektif tertentu

yang hendak dicapai, namun guru tidak boleh mengabaikan aspek bahasa

kerana kebolehan murid berbahasa dengan baik mempengaruhi kejayaan

objektif pengajaran guru. Pada pandangan saya, sebaik mana pun objektif,

jika murid tidak dapat mengungkapkan isi pelajaran dengan menggunakan

bahasa yang baik, pengajaran guru itu tetap dianggap gagal. Semasa saya

menjalankan modul pengajaran yang telah saya bina tersebut di dalam kelas,

didapati murid-murid berjaya menguasai aspek tatabahasa yang telah

dipelajari iaitu kata seru dan ayat seruan. Saya berkata demikian kerana

hampir keseluruhan murid di dalam kelas tersebut berjaya menjawab

lembaran kerja yang telah saya berikan dengan betul.

Kekuatan

Murid-murid memberikan kerjasama yang menggalakkan apabila sesi

pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Selain itu, murid- murid juga

berjaya memberikan contoh kata seruan sebelum sesi pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Murid-murid juga dapat mengenal pasti kata seru

dan ayat seruan yang terdapat di dalam petikan yang telah diedarkan.

15

Apabila saya memberikan latihan yang berkaitan, hampir keseluruhan murid

di dalam kelas tersebut berjaya menjawab lembaran kerja yang telah

diberikan dengan betul.

Kelemahan

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya

kenal pasti semasa dan selepas saya menjalankan sesi pengajaran dan

pembelajaran ini. Pertama, walaupun hampir keseluruhan murid berjaya

menguasai isi pembelajaran, namun masih terdapat segelintir murid yang

belum dapat menguasai isi pembelajaran tersebut dengan sepenuhnya.

Kedua, terdapat segelintir pelajar yang kurang menumpukan perhatian

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran diadakan.

Cadangan Penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran

Beberapa cadangan yang saya fikirkan relevan untuk digunakan bagi

menambah baikkan sesi pengajaran dan pembelajaran ini:

1. Melalukan sesi pengajaran dan pembelajaran di luar kelas seperti di

taman sekolah.

2. Memberikan ganjaran seperti hadiah apabila murid-murid berjaya

menjawab soalan dengan jayanya.

3. Menyediakan nota yang lebih tepat, padat dan menarik kepada murid-

murid.