persepsi pengunjung terhadap melaka art and performance festival 2015

48
PERSEPSI PENGUNJUNG TERHADAP MELAKA ART AND PERFORMANCE FESTIVAL 2015 Mawar Nabilah Johari, Azahar Hussain Ismail Pengurusan Seni, Jabatan Seni Liberal, Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak [email protected] ABSTRAK Penulisan ini memfokuskan kepada persepsi pengunjung terhadap acara bertaraf antarabangsa yang diadakan iaitu Melaka Art and Performance Festival (MAPFest) 2015. Acara ini merupakan acara masa lapang yang hanya diadakan sekali bagi setiap tahun. Penganjuran acara ini menjadi satu landasan kesenian yang menarik berdasarkan penglibatan dari artis- artis bertaraf profesional dari negara-negara lain. Penganjuran acara ini juga bukan sahaja menimbulkan konsep pelancongan budaya yang tersendiri malahan mampu meningkatkan ekonomi negara dalam sektor pelancongan negara. Pengurusan seni persembahan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh penganjur yang tersendiri juga memberi kesan keunikan kepada pengunjung yang hadir. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif (temubual) dan kuantitatif (borang soal selidik). Seramai 300 pengunjung telah memberi kerjasama dalam mendapatkan data kuantitatif bagi kajian ini. Secara umumnya, hasil kajian mendapati persepsi pengunjung terdorong oleh faktor motivasi tarikan dan tolakan berdasarkan data yang didapati. Justeru, pihak penganjur perlu lebih meneliti cadangan dan pandangan dalam penambahbaikan MAPFest yang akan datang seiring dengan faktor tarikan yang menjadi tumpuan dalam menjamin kualiti acara tahunan ini. Kata Kunci: Persepsi, pengunjung, acara masa lapang, pelancongan, pelancongan budaya, seni persembahan, kaedah kualitatif, kaedah kuantitatif, motivasi, Melaka Art and Performance Festival

Upload: unimas

Post on 28-Nov-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERSEPSI PENGUNJUNG TERHADAP MELAKA ART AND PERFORMANCE FESTIVAL 2015

Mawar Nabilah Johari, Azahar Hussain Ismail

Pengurusan Seni, Jabatan Seni Liberal, Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

[email protected]

ABSTRAK

Penulisan ini memfokuskan kepada persepsi pengunjung terhadap acara bertaraf antarabangsa yang diadakan iaitu Melaka Art and Performance Festival (MAPFest) 2015. Acara ini merupakan acara masa lapang yang hanya diadakan sekali bagi setiap tahun. Penganjuran acara ini menjadi satu landasan kesenian yang menarik berdasarkan penglibatan dari artis-artis bertaraf profesional dari negara-negara lain. Penganjuran acara ini juga bukan sahaja menimbulkan konsep pelancongan budaya yang tersendiri malahan mampu meningkatkan ekonomi negara dalam sektor pelancongan negara. Pengurusan seni persembahan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh penganjur yang tersendiri juga memberi kesan keunikan kepada pengunjung yang hadir. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif (temubual) dan kuantitatif (borang soal selidik). Seramai 300 pengunjung telah memberi kerjasama dalam mendapatkan data kuantitatif bagi kajian ini. Secara umumnya, hasil kajian mendapati persepsi pengunjung terdorong oleh faktor motivasi tarikan dan tolakan berdasarkan data yang didapati. Justeru, pihak penganjur perlu lebih meneliti cadangan dan pandangan dalam penambahbaikan MAPFest yang akan datang seiring dengan faktor tarikan yang menjadi tumpuan dalam menjamin kualiti acara tahunan ini.

Kata Kunci: Persepsi, pengunjung, acara masa lapang, pelancongan, pelancongan budaya, seni persembahan, kaedah kualitatif, kaedah kuantitatif, motivasi, Melaka Art and Performance Festival

PENGENALAN

Pelancongan digunakan sebagai salah satu strategi pembangunan oleh kebanyakan negara

yang sedang membangun. Ini adalah kerana pelancongan membantu mereka untuk bersaing

dalam perdagangan antarabangsa, meluaskan pasaran untuk produk-produk keluaran tempatan

seperti produk pertanian dan kraf tangan, membuka peluang pekerjaan, serta meningkatkan

suntikan wang baru ke dalam ekonomi mereka yang sukar dicapai melalui strategi-strategi

pembangunan yang lain. Namun begitu, pelancongan juga boleh mengakibatkan impak atau

kesan negatif apabila cara pelaksanaannya tidak selari dengan tujuan pembangunan

pelancongan yang berterusan (Hunter, 1997).

Menurut Getz (2008), beliau ada menyatakan bahawa acara merupakan salah satu penerus

kepada kejayaan bagi industri pelancongan. Selain itu, kepada perancangan pembangunan

yang lebih efisien serta pemasaran yang lebih proaktif bagi destinasi-destinasi yang berpotensi

untuk terus dimajukan untuk masa akan datang. Hal ini dapat dilihat berdasarkan statistik

pelancong ke negara ini iaitu ketibaan pelancong bagi tahun yang lalu iaitu pada tahun 2014.

Laporan menunjukkan, sebanyak 14.7 juta orang iaitu sebanyak 9.7 % statistik pelancong ke

Malaysia meningkat pada 2014.

Penganjuran festival, karnival mahupun pelbagai acara di Malaysia adalah sebuah kaedah

yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai bukan sahaja destinasi

pelancongan, malahan mampu mengetengahkan keunikan dan keistimewaannya yang

tersendiri. Kini, festival dan pembangunan masyarakat berasakan pelancongan juga turut

dikenal pasti bagi meningkatkan cara hidup dan bagi meningkatkan tarikan pelancong untuk

destinasi-destinasi yang dikunjungi. Kejayaan Malaysia dalam menjadikan negara duduk

sama rendah, berdiri sama tinggi mampu dilihat berdasarkan penganjuran festival yang

berprestij seperti Melaka Art and Performance Festival yang diadakan secara tahunan sejak

2009 sehingga kini.

Dalam kajian ini, kajian adalah berkenaan persepsi pengunjung yang hadir ke acara tersebut

melalui dapatan hasil kajian melalui kaji selidik. Melaka Art & Performance Festival

(MAPFest) adalah sebuah festival tahunan yang dianjurkan oleh organisasi swasta di Malaysia

iaitu Melaka Art and Performance Sdn. Bhd dengan kerjasama E-Plus entertainment

Productions. Festival ini adalah suatu inisiatif bagi menarik pelbagai negara untuk berganding

bahu dalam menjayakan festival yang julung kali diadakan pada peringkat antarabangsa.

Tahun 2015 merupakan tahun ke-7 festival ini berjaya dilaksanakan. Setiap tahun, festival ini

melakar dan menggambarkan keunikan dan sejarah negeri Melaka dan memberi peluang

kepada para pengkarya dan ahli seni untuk menyampaikan karya seni dan persembahan seni

mereka dari pelbagai cara dan perspektif kepada pengunjung yang hadir. Di samping itu,

mereka akan bertukar ilmu dan pengalaman masing-masing bagi mengembangkan lagi ilmu

kesenian yang mereka miliki.

Di samping itu, penganjuran MAPFest sebenarnya berpotensi juga sebagai salah satu acara

mega yang berskala antarabangsa seiring dengan kejayaan salah satu festival di luar negara

iaitu Edinburgh Fringe Festival. Festival yang dimaksudkan ini juga diadakan secara tahunan

dan dibuat secara terbuka. Namun, festival tersebut dijalankan dalam jangka masa yang lama

iaitu selama sebulan. Terdapat ramai artis dan pengkarya seni yang terlibat sepanjang festival

ini. Tidak terkecuali juga penglibatan pengunjung yang ramai walaupun terdapat bayaran

yang dikenakan kepada pengunjung yang ingin merasai kemeriahan festival ini. Melalui

contoh tersebut, tidak mustahil pada jangka masa akan datang, MAPFest juga dapat

melangkah jauh sebagai salah satu acara yang mencapai ke tahap yang tinggi ini.

Penganjuran dengan kerjasama beberapa lagi badan kerajaan seperti Kementerian

Pelancongan dan Budaya Malaysia menonjolkan keberkesanan acara ini ke peringkat yang

lebih tinggi. Tambahan pula, MAPFest turut tersenarai sebagai salah satu acara di bawah

MyFest yang merupakan landasan bagi acara-acara yang berlangsung di Malaysia dalam

mempamerkan dan meraikan kesenian, budaya dan warisan Malaysia serta dalam masa yang

sama menarik pelancong untuk datang bertandang ke Malaysia. MyFest ini juga merupakan

salah satu cara sektor pelancongan negara bagi mempromosikan acara-acara, aktiviti-aktiviti,

festival-festival mahupun perayaan-perayaan yang akan diadakan di Malaysia dengan lebih

teratur dan berkesan dalam menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia.

ACARA

Acara dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah yang berlaku sekali

seumur hidup bagi seseorang pengunjung, acara yang memfokuskan kepada aktiviti di atas

pentas, acara yang dijalankan dalam jangka masa yang pendek, acara yang memerlukan

perancangan yang teratur dan lama, acara yang diadakan secara tahunan iaitu pada bulan yang

sama atau masa yang sama pada setiap tahun, acara yang memikul risiko yang tinggi

termasuklah risiko kewangan dan keselamatan, serta acara yang melibatkan pelbagai pihak

berkepentingan termasuklah kumpulan bagi pengurusan acara (Wagen, 2007).

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, tujuan utama penyelidikan ini ialah untuk mendapatkan segala bentuk

maklumat dan informasi. Oleh itu, antara objektif kajiannya adalah seperti berikut :

Untuk mengkaji persepsi pengunjung yang datang ke Melaka Art and Performance

Festival 2015.

Untuk mengenalpasti perancangan aktiviti dalam Melaka Art and Performance

Festival 2015.

Untuk menganalisis tindak balas pengunjung terhadap penambahbaikan Melaka Art

and Performance Festival 2015.

SKOP RUANG KAJIAN

Rajah di atas menunjukkan lokasi kajian iaitu di sekitar Bandaraya Melaka meliputi Gereja St.

Paul, Kota A Famosa, Sekitar Gereja St. Paul, dan beberapa lokasi yang lain. Setiap lokasi ini

mempersembahkan persembahan dan hasil seni yang berbeza. Berdasarkan lokasi yang

berbeza tersebut, persepsi pengunjung yang berbeza untuk hasil dapatan data melalui borang

soal selidik yang diedarkan dapat diketahui.

SOROTAN KARYA

Persepsi

Menurut Mahmood Nazar Muhamed (2001), persepsi adalah satu proses yang melebihi tahap

pendaftaran rangsangan-rangsangan yang diberikan kepada manusia. Manusia sentiasa

memilih segelintir rangsangan yang akan memberi perhatian atau tumpuan kepada kewujudan

sesuatu entiti di sekelilingnya manakala Busu Swasta dan Hani Handoko (1987) pernah

mendefinisikan tentang persepsi. Pada pandangan beliau, persepsi adalah proses menyedari

dan menginterpretasikan oleh seseorang individu manusia. Selain itu, persepsi juga adalah

satu proses penerimaan dengan adanya rangsangan di dalam lingkungan dalaman dan luaran

sehingga pengamatan bersifat aktif.

Pengunjung

Pengunjung yang dimaksudkan adalah sama ada individu yang bermastautin di Melaka atau

yang datang dari pelbagai negeri dan negara yang lain. Manakala pelancong atau pengunjung

ialah individu yang tinggal lebih daripada 24 jam di sesebuah tempat dan bermalam atas

sebab beberapa alasan tertentu. Antaranya seperti bercuti, mengisi masa lapang, melawat

keluarga atau rakan, urusan perniagaan, membuat kajian, dan sebagainya (Coltman, 1989).

Pelancongan

Acara dan festival pelancongan adalah faktor perkembangan sektor pelancongan. (Ben,

2002).Selain itu, menurut (Paresashvili, 2014), statistik dunia pelancongan secara tahun demi

tahun, peningkatan jumlah penduduk di negara-negara maju lebih mengenali kepentingan

pembangunan mampan pelancongan dan perlindungan alam sekitar. Menurut (Jalani, 2012 ),

pelancongan adalah salah satu strategi untuk menyokong pemuliharaan dan menyediakan

pendapatan bagi masyarakat. Setiap kali acara mahupun festival diadakan, pastinya ramai

pengunjung dari dalam dan luar negara datang untuk menyertai dan merasai sendiri

pengalaman menerusi acara yang dijalankan seterusnya mampu meningkatkan pendapatan

rakyat khususnya.

Acara

Acara dan festival pelancongan adalah salah satu bentuk aktiviti yang paling pesat dan

mampu memperkembangkan sektor pelancongan. Ia menjadi semakin popular di kawasan

bandar mahupun luar bandar sebagai satu cara untuk memulihkan semula ekonomi tempatan

(Ben, 2002). Sejak beberapa dekat yang lalu, festival telah semakin dikenali dengan

pembangunan masyarakat berasaskan pelancongan kerana mereka menambah daya hidup dan

meningkatkan tarikan destinasi untuk pelancong . Justeru, festival dan acara yang diadakan

bukan sahaja mampu menarik minat pengunjung luar dan dalam negara, bahkan mampu

membantu masyarakat dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

TEORI

Berikut merupakan teori yang digunakan untuk kajian ini:

Lawatan Ulangan

Kebayakan pengunjung akan melakukan kunjungan ke sesuatu acara secara berterusan

sekiranya mereka berpuas hati dengan layanan atau tarikan semasa pergi ke sesuatu acara buat

kali pertama (Kozak, 2000). Persepsi pengunjung terhadap perkhidmatan dan pengalaman

yang diterima di sesuatu acara secara tidak langsung mempengaruhi kecenderungan individu

pengunjung tersebut sama ada akan membuat kunjungan ulangan ke sesuatu acara tersebut

ataupun tidak.

Faktor:

1) Tingkat kepuasan pengunjung

2) Lawatan ke destinasi yang sama

3) Lawatan ke negara yang sama

4) Faktor ekonomi, politik dan masa

Niat untuk mengunjungi negara / acara lain di

negara yang sama

Niat untuk mengunjungi negara / acara lain di

negara yang sama

Niat untuk mengunjungi negara / acara lain di

negara yang sama

Niat untuk mengunjungi negara / acara lain di

negara yang sama

Niat untuk mengunjungi tempat /acara yang sama

Niat untuk mengunjungi negara / acara lain di

negara yang sama

Maslow

Ini merupakan Hierarki Teori Keperluan Maslow yang memfokuskan kepada lima keperluan

dalam kehidupan dan keperluan diri iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan,

keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan diri dan keperluan kendiri (Maslow, 1970).

Kelima-lima faktor keperluan ini amat diperlukan bagi seseorang individu. Dalam kajian ini,

teori Maslow ini digunakan bagi menggambarkan tentang individu pengunjung. Berdasarkan

keperluan-keperluan ini, ia akan melibatkan keadaan seseorang dan mampu memberikan

impak kepada persepsi seseorang tersebut.

Kesempurnaan Kendiri

Keperluan Penghargaan Diri

Keperluan Kasih Sayang

Keperluan Keselamatan

Keperluan Fisiologi

Jaringan Sosial

Jaringan sosial merupakan satu bentuk yang menstrukturkan aktiviti sekelompok manusia di

dalam sesuatu komunikasi dan organisasi (Serrat, 2008). Ia juga merupakan hubungan sosial

yang kompleks serta melibatkan individu, kumpulan mahupun organisasi yang saling

berinteraksi antara satu sama lain dalam hubungan sosial. Selain itu, ia juga dapat dilihat

melalui persaudaraan yang saling berkongsi nilai, idea, dan sebagainya.

METODOLOGI

Metodologi merupakan kaedah yang digunakan bagi menyiapkan kajian yang dijalankan.

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi mengumpul data berkaitan dengan

kajian yang dijalankan. Antara kaedah yang digunakan dalam mendapatkan data yang

diperlukan adalah melalui penggunaan data primer dan data sekunder. Antara komponen-

komponen yang diperlukan dalam metodologi ini adalah seperti reka bentuk kajian, instrumen

kajian, kaedah-kaedah yang digunakan, analisa data, kaedah SPSS dan sebagainya.

Antara kaedah pengumpulan data primer yang dilakukan adalah temubual dengan artis yang

terlibat dalam menjayakan MAPFest serta pihak penganjur MAPFest, Majlis Perbandaran

negeri Melaka dan pihak Tourism Malaysia Melaka. Selain itu, edaran borang soal selidik

juga dijalankan kepada pengunjung yang hadir di festival ini untuk mendapatkan maklumat

yang diperlukan dalam menyiapkan kajian yang dijalankan. Di samping itu, pemantauan dan

pemerhatian turut dijalankan ke atas kawasan kajian serta mengambil gambar kawasan sekitar

festival ini.

Pengumpulan data sekunder yang lain adalah melalui bahan rujukan yang diperoleh daripada

beberapa buah perpustakaan terutamanya perpustakaan Universiti Malaysia Sarawak,

Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Perpustakaan Awam Negeri Sarawak. Selain itu,

risalah-risalah yang diberikan oleh pihak penganjur iaitu Melaka Art and Performance

Festival turut dijadikan dan digunakan sebagai maklumat tambahan kajian yang dijalankan.

Keputusan Kajian dan cadangan

Rajah 1 menunjukkan bilangan pengunjung lelaki dan perempuan yang menghadiri MAPFest

2015. Sebanyak 49 % iaitu 147 orang pengunjung lelaki telah mengisi borang soal selidik

sebagai pengunjung MAPFest 2015 yang terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti yang

dijalankan manakala 51% iaitu seramai 153 orang pengunjung yang rata-ratanya perempuan

menghadiri dan melibatkan diri dalam acara ini. Melalui peratus (%) yang didapati, jumlah

pengunjung perempuan adalah lebih ramai berbanding lelaki yang turut serta dan berminat

dalam aktiviti yang dijalankan serta bekerjasama dalam melancarkan dapatan kajian pengkaji.

Pengkaji mengenal pasti bahawa pengunjung perempuan lebih berminat dengan acara yang

dijalankan. Selain itu, rata-rata aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan minat individu itu

sendiri.

Rajah 2 pula menunjukkan demografi umur pengunjung MAPFest 2015. Peratus (%) umur

bagi umur 19 tahun dan ke bawah adalah sebanyak 34% iaitu sebanyak 101 orang, umur 20-

25 tahun adalah 29% iaitu seramai 88 orang, 26-30 tahun ialah 26 orang, 31-35 tahun ialah 20

orang, 36-40 tahun ialah 17 orang, 41-45 tahun ialah 18 orang, 46-50 tahun ialah 10 orang,

51-55 tahun ialah 8 orang, 56-60 ialah 5 orang, dan umur yang lebih daripada 60 tahun ialah

seramai 7 orang. Menurut data yang diperoleh, menunjukkan bahawa jarak umur 19 tahun dan

ke bawah adalah paling ramai. Hal ini atas faktor cuti sekolah pada masa tersebut dan aktiviti

kekeluargaan.

Rajah 3 menunjukkan peratus (%) status taraf perkahwinan responden. Sebanyak 72.3%

bersamaan 217 responden adalah berstatus bujang manakala responden yang sudah berkahwin

adalah 27% bersamaan 81 orang dan bagi lain-lain status yang tidak dinyatakan adalah 0.7%

iaitu 2 orang responden sahaja. Bagi status lain-lain, berkemungkinan responden ingin

merahsiakan statusnya bagi tatapan kajian. Menurut data yang diperoleh, kekerapan bagi

responden yang berstatus bujang adalah lebih ramai berbanding yang sudah berkahwin. Data

jelas menunjukkan bahawa individu yang masih bujang lebih gemar terhadap aktiviti atau

acara yang diadakan atas faktor komitmen yang kurang berbanding mereka yang sudah

berkeluarga. Selain itu, individu yang bujang juga mempunyai masa yang lebih lapang untuk

beriadah tanpa terikat dengan individu yang lain untuk menghadiri acara sebegini.

Seterusnya, rajah 4 menunjukkan demografi bangsa bagi 300 orang responden yang hadir ke

MAPFest 2015. Data menunjukkan responden yang berbangsa Melayu adalah lebih ramai

berbanding bangsa yang lain iaitu sebanyak 205 orang iaitu 68.3%. Bagi responden kedua

yang tertinggi ialah lain-lain bangsa iaitu seramai 46 orang bersamaan 15.3%. Seterusnya,

peratus (%) bagi responden berbangsa Cina dan India ialah 12% (36 orang) dan 4.3% (13

orang). Kebanyakan responden yang berbangsa Melayu rata-ratanya berasal dari negeri yang

berbeza yang hadir ke acara ini. Jelas menunjukkan di sini bahawa persepsi masyarakat

Melayu terhadap acara sebegini masih mendapat perhatian daripada mereka walau berbeza

budaya dan adat kemelayuan yang sering diamalkan seharian.

Jadual dan rajah 5 menunjukkan demografi bagi lain-lain bangsa yang telah dicatatkan

melalui kutipan data responden. Antara peratus (%) yang berjaya dicatatkan adalah seperti

berikut. Sebanyak 4% adalah dari Indonesia iaitu seramai 12 orang dan merupakan data yang

tertinggi yang berjaya dicatatkan, Etnik Sabah sebanyak 2.7% (8 orang), Etnik Sarawak

sebanyak 1.7% (5 orang), 1.3% (4 orang) berbangsa lain dari Australia dan Sepanyol, 1% (3

orang) berbangsa lain dari Jerman, 0.7% (2 orang) berbangsa lain dari Eropah, Filipina dan

Oman, dan 0.3% (seorang) berbangsa lain iaitu campuran British, Serani, dari Singapura dan

dari Belanda yang merupakan data yang terendah bagi bilangan responden yang dari lain-lain

bangsa.

Faktor bilangan responden berbangsa lain ini adalah dari keupayaan pengkaji dan enumerator

yang lain dalam mendapatkan data daripada mereka. Terdapat lebih ramai lagi responden

yang berbangsa lain yang hadir. Antara faktor kehadiran mereka dalam menjayakan acara ini

adalah atas sebab Kota A’ Famosa sebagai salah satu destinasi pelancongan mereka. Terdapat

beberapa responden yang berjaya pengkaji dapatkan data adalah yang datang dalam kumpulan

lawatan secara beramai-ramai, namun hanya beberapa orang sahaja yang sempat memberikan

kerjasama mengisi borang soal selidik kajian ini. Selain itu, yang lain adalah atas faktor

minat. Sebagai bukti, salah seorang responden ada menyatakan minat beliau terhadap salah

satu kumpulan artis dari Indonesia iaitu LKP Seni Pradapa Loka Bhakti dan lain-lain

responden dengan artis-artis lain yang mereka nantikan atas faktor minat. Seterusnya, ajakan

rakan untuk hadir ke MAPFest. Terdapat juga responden yang hadir untuk memberi sokongan

terhadap rakan mereka yang merupakan salah seorang artis MAPFest kali ini.

Rajah 6 menunjukkan status pekerjaan bagi responden. Seramai 128 orang iaitu 42.7% adalah

responden yang bekerja yang hadir ke MAPFest 2015 melalui edaran borang soal selidik yang

dibuat, selebihnya ialah pelajar 42% iaitu 126 orang, responden yang tidak bekerja 11% (33

orang), 3% pesara iaitu 9 orang dan seterusnya lain-lain ialah 1.3% (4 orang). Lain-lain

pekerjaan rata-ratanya bekerja sendiri. Maklumat ini didapati kerana pengkaji dan enumerator

bersama responden sepanjang edaran borang soal selidik tersebut. Data menunjukkan angka

peratus (%) yang tertinggi ialah responden yang bekerja manakala kedua tertinggi adalah

pelajar yang kebanyakannya datang bersama rakan dan rombongan keluarga dan sekolah.

Data dari rajah 7 pula menunjukkan jumlah pendapatan dalam Ringgit Malaysia yang telah

didapati daripada responden berdasarkan gaji bulanan mereka. Berdasarkan data yang

sebelumnya, peratus (%) tertinggi responden yang hadir ke MAPFest 2015 adalah responden

yang bekerja. Justeru, berhubung kait dengan data tersebut, responden yang bekerja

mempunyai pendapatan mereka yang berbeza yang turut memberi impak dan faktor terhadap

kehadiran mereka ke acara ini.

Data menunjukkan peratus (%) yang tertinggi ialah responden yang mempunyai pendapatan

bulanan mereka RM 1000 dan ke bawah iaitu sebanyak 24.7% (74 orang), RM 1000 sehingga

RM 3000 ialah 12% (36 orang), RM 4001 hingga RM 5000 ialah 6.7% (20 orang), RM 3001

hingga RM 4000 ialah 5.7% (17 orang), RM 5001 hingga RM 6000 ialah 3.3% (10 orang),

RM 10000 dan ke atas 1.3% (4 orang), RM 9001 hingga RM 10000 ialah 1% (3 orang), RM

6001 hingga RM 7000 dan RM 8001 hingga RM 9000 ialah 0.7% (2 orang), dan RM 7001

hingga RM 8000 ialah 0.3% (seorang). Bagi yang tidak berpendapatan iaitu kebanyakannya

pelajar, peratusnya ialah 31.7% iaitu seramai 95 orang. Jelas di sini bahawa kuantiti

pendapatan bulanan bagi setiap responden tidak menghalang mereka untuk melancong atau

menghadiri acara-acara yang diadakan.

Rajah 8 turut menunjukkan peratus (%) dan kekerapan bagi taraf pendidikan responden.

Nilai tertinggi kekerapan pendidikan ialah responden yang mempunyai ijazah iaitu sebanyak

88 orang (29.3%), diikuti dengan responden berpendidikan lepasan SPM iaitu 74 orang

(24.7%), lain-lain pendidikan 68 orang (22.7%), responden yang berpendidikan diploma 54

orang (18%) dan lepasan STPM seramai 16 orang (5.3%). Kajian mendapati perbezaan

pendidikan individu tidak menghalang individu tersebut untuk mengikuti aktiviti dan acara

yang diadakan pada sesuatu.

Data demografi yang seterusnya menunjukkan penglibatan responden dari pelbagai tempat.

Melaka Art and Performance merupakan acara masa lapang dan merupakan acara bertaraf

antarabangsa kerana melibatkan artis-artis dari luar negara. Oleh itu, pengkaji berinisiatif

untuk mendapatkan status kewarganegaraan pengunjung yang hadir bagi mengetahui minat

dan persepsi pengunjung terhadap MAPFest ini. Menurut data dalam jadual 9, peratus

kekerapan yang tercatat adalah sebanyak 89.3% (268 orang) pengunjung adalah warganegara

Malaysia manakala 10.7% (32 orang) adalah bukan warganegara Malaysia. Kebanyakan

pengunjung adalah dari Malaysia. Hal ini kerana faktor lokasi MAPFest 2015 diadakan.

MAPFest bukan hanya memfokuskan kepada pengunjung dari Malaysia sahaja, malahan dari

luar negara. Antara pengunjung yang menjadi responden yang berjaya pengkaji dan

enumerator dapatkan adalah antaranya dari Australia, Filipina, Indonesia, Jerman, Oman,

Sepanyol dan Singapura. Data berdasarkan rajah 10 menunjukkan peratus (%) yang tertinggi

ialah dari Indonesia iaitu sebanyak 4.7% bersamaan 14 orang responden. Seterusnya, 1.7% ( 5

orang responden) dari Jerman, 1.3% iaitu 4 orang responden dari Australia, dan Sepanyol,

0.7% (2 orang responden) dari Filipina dan Oman, dan Peratus (%) terendah iaitu 0.3% dari

Singapura. Kehadiran mereka walaupun datangnya dari jauh atas faktor minat dan antara

lainnya ada yang menyatakan bahawa Melaka terutamanya Kota A’Famosa sebagai salah satu

destinasi pelancongan mereka.

Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, pengkaji turut mengklasifikasikan responden

mengikut negeri. Jadual dan rajah 11 menunjukkan negeri asal responden bagi kajian ini.

Kebanyakan atau dengan kata lain, majoriti responden adalah masyarakat tempatan Malaysia.

Sebanyak 1.7% (5 orang) dari Perlis, 6.3% (19 orang) dari Kedah, 5.3% (16 orang) dari Perak,

1.7% (5 orang) dari Pulau Pinang, 3% (9 orang) dari Kelantan, 4.7% (14 orang) dari

Terengganu, 20.7% (62 orang) dari Melaka, 14.7% (44 orang) dari Johor, 4.7% (14 orang)

dari Negeri Sembilan, 5.3% (16 orang) dari Pahang, 13% (39 orang) dari Selangor, 3% (9

orang) dari Sabah dan Sarawak dan 2.7% (8 orang) dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

manakala bagi data yang ‘tiada’ adalah responden dari luar negara.

Kebanyakan responden yang ditemu bual semasa sedang mengisi borang soal selidik

berkenaan negeri asal mereka, mereka datang ke acara tersebut kerana ia berlangsung di

sekitar A’Famosa yang menjadi salah satu destinasi tumpuan mereka sekiranya datang ke

Melaka. Peratus (%) yang tertinggi ialah responden dari Melaka sendiri dan yang terendah

adalah dari Perlis dan Pulau Pinang.

Seterusnya, melalui analisa kekerapan, berikut menunjukkan data serta huraian dan

cadangannya. Jadual A menunjukkan taburan kekerapan bagi pengunjung yang mengunjungi

Melaka Art and Performance Festival bagi tahun yang lepas iaitu MAPFest 2014. Seramai

255 orang iaitu 85% menjawab bahawa mereka tidak pernah mengunjungi MAPFest pada

tahun yang lepas manakala 45 orang responden (15%) menyatakan bahawa mereka pernah ke

MAPFest 2014 yang lalu yang diadakan pada 21 November 2014 sehingga 23 November

2014. Data menunjukkan bahawa ramai masyarakat rata-ratanya tidak mengetahui tentang

acara ini. Oleh yang demikian, pihak penganjur harus lebih mempromosikan acara ini dengan

lebih proaktif agar makluman berkenaan MAPFest dapat di sebarkan dari masa ke semasa.

Jadual B menunjukkan data bagi kekerapan responden ke MAPFest. Melalui data ini,

pengkaji dapat melihat kepada minat responden. Persoalan ini juga ditanya bagi mendapatkan

maklumat berkenaan minat responden terhadap acara yang dijalankan. Berdasarkan jadual,

52.7% iaitu seramai 158 orang responden menyatakan bahawa mereka tidak pernah mengikuti

atau mengunjungi MAPFest sebelum ini dan itu merupakan peratus (%) yang tertinggi

manakala angka terendah kunjungan pengunjung semasa MAPFest diadakan ialah 4 dan 5 kali

iaitu sebanyak 0.3% iaitu seorang responden sahaja bagi kedua-duanya.

Peratus (%) bagi kunjungan responden yang lain adalah seperti berikut. Bagi responden yang

pertama kali mengunjungi MAPFest ialah seramai 109 orang iaitu sebanyak 36.3%, untuk 2

kali ialah 26 orang (8.7), 3 kali ialah 3 orang (1%), dan 6 kali ialah 2 orang iaitu 0.7% sahaja.

Jelas di sini bahawa pengunjung tidak begitu mengetahui tentang acara ini secara langsung.

Hanya peratusan rendah sahaja bagi responden yang kerap datang ke acara ini.

Sebagai cadangan, pengkaji berharap agar pihak penganjur dapat memperluaskan makluman

dan promosi di surat khabar, media massa dan laman sesawang agar lebih ramai yang dapat

hadir ke acara ini pada setiap kali penganjurannya. Seterusnya, makluman tersebut haruslah

sentiasa aktif dan proaktif

Daripada analisa taburan kekerapan yang dijalankan, terdapat pelbagai faktor yang

menyebabkan individu pengunjung tersebut mengetahui tentang acara ini. Antara yang

disenaraikan pengkaji ialah dari keluarga, rakan, media sosial, televisyen atau radio, surat

khabar, kain rentang dan lain-lain. Keputusannya adalah seperti berikut iaitu 10% (30 orang

responden) mengetahui tentang MAPFest melalui keluarga, 19.3% (58 orang responden)

melalui rakan, 16% (48 orang responden) melalui media sosial, 4% (12 orang responden)

melalui televisyen atau radio, 2.7% (8 orang responden) melalui surat khabar, 32.7% (98

orang responden) melalui kain rentang, dan 15.3% (46 orang responden) melalui sumber-

sumber lain.

Peratus (%) menunjukkan peratus yang tertinggi ialah kain rentang manakala paling rendah

ialah melalui surat khabar. Kebanyakan responden menyatakan bahawa mereka tiba di Kota

A’Famosa untuk bersiar-siar di tempat tersebut tetapi setelah ternampak kain rentang

MAPFest, mereka turut berminat untuk melihat secara dekat aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Melalui temubual bersama informan yang turut merupakan responden yang mengisi borang

soal selidik, pengkaji dapat mengenal pasti bahawa rata-rata mereka melibatkan diri dalam

acara ini secara kebetulan sahaja. Kebanyakan mereka datang ke Melaka untuk melancong

dan Kota A’Famosa sebagai salah satu destinasi yang wajib dikunjungi. Oleh itu, dalam

menerokai keindahan bangunan sejarah, mereka turut terhibur dan tertarik dengan acara yang

diadakan ini.

Oleh itu, untuk mengelak situasi secara tidak sengaja ini sahaja berlaku, pihak penganjur perlu

menyebarkan maklum balas dan bekerjasama dengan agensi atau jabatan-jabatan lain yang

berkenaan selain Tourism Malaysia agar pelancong dan penduduk setempat juga mengetahui

tentang kewujudan acara tahunan ini.

Jadual setersnya iaitu jadual C menunjukkan persepsi responden sebagai pengunjung yang

mengunjungi Melaka Art and Performance Festival 2015. Melalui analisa kekerapan data

tersebut, pengkaji telah membahagikan kepada tiga bahagian iaitu aktiviti, fasiliti dan lain-lain

perkara yang memberi peranan yang penting dalam mendapatkan data tentang persepsi

pengunjung.

Oleh itu, berdasarkan dapatan kajian tersebut, peratus (%) yang tertinggi persepsi pengunjung

terhadap MAPFest 2015 ialah berbeza mengikut skala likert . Seramai 132 orang responden

(44%) menyatakan bahawa lokasi yang strategik adalah ‘sangat penting’ manakala 72 orang

responden (24%) paling tidak setuju bahawa tempat pendaftaran sebagai salah satu fasiliti

yang ‘sangat penting’. Seterusnya, seramai 136 orang responden (45.3%) bersetuju bahawa

kepelbagaian budaya ‘penting’ semasa MAPFest dijalankan manakala 85 orang responden

(28.3%) tidak bersetuju bahawa kaunter lost and found sebagai perkara yang ‘penting’.

Selain itu, bagi skala likert ‘neutral’ pula, seramai 90 orang responden bersamaan 30% setuju

memilih kemudahan letak kenderaan dan 47 orang responden (15.7%) tidak bersetuju bagi

kepelbagaian budaya. Bagi skala ‘tidak penting’, 28 orang responden (9.3%) bersetuju untuk

kerusi atau tempat duduk yang banyak manakala 3 orang responden (1%) menyatakan hanya

kepelbagaian budaya dan memperoleh ilmu pengetahuan baru sebagai ‘sangat tidak setuju’.

Akhir sekali, bagi skala ‘sangat tidak setuju’, seramai 14 orang responden (4.7%) memilih

kemudahan tandas dan kemudahan khas untuk OKU sebagai ‘sangat tidak setuju’ manakala

0% bagi kepelbagaian budaya, memperoleh ilmu pengetahuan baru, keunikan acara dan

kemudahan mendapat informasi sebagai sesuatu yang ‘sangat tidak penting’

Bagi cadangan penambahbaikan acara ini, pengkaji ingin memfokuskan kepada lokasi

strategik sebagai daya penarik ke arah penglibatan pengunjung. Berdasarkan hasil tinjauan

dan penglibatan pengkaji iaitu turun padang dalam menyaksikan acara ini, lokasi yang jauh

dan tinggi menyukarkan pengunjung untuk ke lokasi-lokasi tersebut. Sebagai contoh, pelbagai

aktiviti dan majoriti aktiviti diadakan di atas bukit iaitu di bangunan Gereja St. Paul. Lokasi

ini menarik, tetapi ia juga menyukarkan pergerakan pengunjung lebih-lebih lagi ketika cuaca

hujan dan faktor umur pengunjung.

Oleh yang demikian, pihak penganjur seharusnya menstabilkan strategi bagi mendapatkan

julah pengunjung yang ramai untuk ke acara ini dengan meletakkan aktiviti yang sesuai

berdasarkan target pengunjung berdasarkan umur dan tahap kesihatan mereka.

Jadual D lokasi-lokasi yang tersenarai sebagai lokasi aktiviti-aktiviti yang berlangsung

sepanjang 3 hari MAPFest 2015 diadakan. Rajah ini menunjukkan kebanyakan lokasi pertama

pengunjung adalah di Gereja St. Paul iaitu ‘site 1’. Seramai 70 orang responden (23.3%)

daripada 300 orang responden telah ke Gereja St. Paul setibanya mereka untuk mengikuti

acara MAPFest 2015. Bilangan responden paling kurang di Daily Fix Café No.55 Jonker

Street iaitu di ‘site E’. Hal ini kerana bangunan gereja lama St. Paul adalah tumpuan ramai

pelancong dari luar dan dalam negara atas faktor tinggalan sejarahnya.

Antara cadangan yang dapat diberikan di sini ialah, pihak penganjur perlu lebihkan edaran

risalah MAPFest di kawasan sekitar Gereja St. Paul. Cadangan ini perlu kerana melalui

pengalaman pengkaji, pengunjung sering tercari-cari dan tertanya-tanya tentang masa dan

lokasi aktiviti yang ingin mereka ikuti. Pemberian risalah ini penting agar pengunjung dapat

makluman awal tentang aktiviti dan lokasi aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung. Selain itu,

antara cara yang lain ialah dengan memaklumkan senarai aktiviti dan lokasi tersebut di kain

rentang.

Bagi mengetahui objektif terhadap persepsi responden terhadap aktiviti-aktiviti yang

dijalankan, berikut merupakan analisa kekerapan, hurai serta cadangan bagi setiap aktiviti

yang berlangsung.

.

Jadual E menunjukkan dapatan kajian bagi persepsi pengunjung terhadap aktiviti MAPFest

2015. Bagi aktiviti yang paling tinggi peratusan ang ingin dikunjungi responden ialah Special

Event (Majlis Perasmian) iaitu sebanyak 155 orang responden (51.7%) manakala 142 orang

responden (47.3%) yang lain memilih Collaboration Pod sebagai aktiviti yang ingin

dikunjungi. Bagi aktiviti yang telah dikunjungi responden pula adalah seperti berikut. Seramai

88 orang responden (29.3%) telah mengikuti Special Event (Majlis Perasmian) manakala 63

orang responden (21%) sebagai peratusan yang terendah telah mengunjungi Installation dan

Forum. Seterusnya, bagi aktiviti yang akan dikunjungi responden selepas mendapat tahu

aktiviti-aktiviti yang tersenarai ialah seramai 93 orang responden (31%) memilih

Collaboration Pod manakala peratusan rendah iaitu sebanyak 19% (57 orang responden

memilih Special Event(Majlis Perasmian).

Menurut data kajian tersebut, kebayakan responden lebih gemar terhadap Majlis Perasmian

dan Collaboration Pod. Acara tersebut mendapat sambutan kerana melibatkan persembahan

artis-artis secara keseluruhannya. Untuk cadangan untuk MAPFest akan datang, pihak

penganjur perlu membuat lebih banyak persembahan seni yang bercirikan penglibatan artis

yang lebih ramai bagi masa tertentu.

Berdasarkan jadual F, bagi skala untuk aktiviti Workshop, bagi skala ‘sangat berpuas hati’,

peratusan tertinggi ialah 22% (66 orang responden) manakala yang terendah ialah 15% (45

orang responden). Bagi skala ‘berpuas hati” pula, peratusan tertinggi ialah 35.3% (106 orang

responden) manakala yang terendah ialah 30.7% (92 orang responden). Seterusnya, bagi skala

‘neutral’ peratusan tertinggi ialah 47.7% (143 orang responden) manakala yang terendah ialah

43.3% (130 orang responden). Bagi skala ‘tidak berpuas hati’, yang tertinggi ialah 4.7% (14

orang responden) manakala yang terendah ialah 2% (6 orang responden) dan bagi skala

‘sangat tidak berpuas hati’, peratusan yang tertinggi ialah 6% (2 orang responden) manakala

yang terendah ialah 0.3% (seorang responden sahaja). Justeru, menunjukkan bahawa

pandangan pengunjung adalah berbeza bagi setiap perkara yang dititikberatkan bagi sesuatu

acara.

Bagi workshop yang diadakan, pihak penganjur perlu lebihkan dari segi isi atau bahan atau

pengisian yang ingin disampaikan serta cara penyampaian untuk memberi impak yang lebih

positif terhadap pengunjung yang terlibat.

Berdasarkan jadual G iaitu bagi skala untuk aktiviti Installation, bagi skala ‘sangat berpuas

hati’, peratusan tertinggi ialah 19% (57 orang responden) manakala yang terendah ialah

15.7% (47 orang responden). Bagi skala ‘berpuas hati” pula, peratusan tertinggi ialah 37.3%

(112 orang responden) manakala yang terendah ialah 29.3% (88 orang responden).

Seterusnya, bagi skala ‘neutral’ peratusan tertinggi ialah 49.7% (149 orang responden)

manakala yang terendah ialah 44.3% (133 orang responden). Bagi skala ‘tidak berpuas hati’,

yang tertinggi ialah 5% (15 orang responden) manakala yang terendah ialah 1% (8 orang

responden) dan bagi skala ‘sangat tidak berpuas hati’, peratusan yang tertinggi ialah 2.7% (8

orang responden) manakala yang terendah ialah 0% (tiada responden). Jelas di sini bahawa

pandangan pengunjung adalah berbeza bagi setiap perkara yang dititikberatkan bagi aktiviti

ini. Begitu juga dengan aktiviti ini, pihak penganjur perlu lebihkan maklumat pengisian dan

cara penyampaian.

Jadual H menunjukkan skala aktiviti Forum, bagi skala ‘sangat berpuas hati’, peratusan

tertinggi ialah 22.7% (68 orang responden) manakala yang terendah ialah 17.3% (52 orang

responden). Bagi skala ‘berpuas hati” pula, peratusan tertinggi ialah 34.3% (103 orang

responden) manakala yang terendah ialah 31% (93 orang responden). Seterusnya, bagi skala

‘neutral’ peratusan tertinggi ialah 49% (147 orang responden) manakala yang terendah ialah

44% (132 orang responden). Bagi skala ‘tidak berpuas hati’, yang tertinggi ialah 2.3% (7

orang responden) manakala yang terendah ialah 1.7% (5 orang responden) dan bagi skala

‘sangat tidak berpuas hati’, peratusan yang tertinggi ialah 0.7% (2 orang responden) manakala

yang terendah ialah 0% (tiada responden). Peratusan yang berbeza bagi setiap pilihan

responden memberikan kesan persepsi mereka yang berbeza.

Antara cadangan tambahan bagi aktiviti ini, pihak penganjur perlu lebihkan dari segi isi,

bahan, pengisian, cara penyampaian, kualiti penyampaian dan lokasi. Perlu lebih penekanan

untuk aktiviti ini kerana tidak ramai individu yang suka aktiviti yang berunsur forum kerana

hanya sebilangan kecil sahaja yang hadir dalam forum yang diadakan ini dan kebanyakannya

yang benar-benar meminati aktiviti tersebut.

Jadual I menunjukkan skala aktiviti Film, bagi skala ‘sangat berpuas hati’, peratusan tertinggi

ialah 23.7% (71 orang responden) manakala yang terendah ialah 18.7% (56 orang responden).

Bagi skala ‘berpuas hati” pula, peratusan tertinggi ialah 32.7% (98 orang responden)

manakala yang terendah ialah 27.3% (82 orang responden). Seterusnya, bagi skala ‘neutral’

peratusan tertinggi ialah 46.3% (139 orang responden) manakala yang terendah ialah 42.7%

(128 orang responden). Bagi skala ‘tidak berpuas hati’, yang tertinggi ialah 5% (15 orang

responden) manakala yang terendah ialah 1% (3 orang responden) dan bagi skala ‘sangat

tidak berpuas hati’, peratusan yang tertinggi ialah 3.3% (10 orang responden) manakala yang

terendah ialah 0.3% (seorang responden). Berikut menunjukkan kekerapan yang berbeza bagi

setiap aktiviti yang menunjukkan pandangan responden yang berbeza.

Antara cadangan untuk penambahbaikan aktiviti ini, pihak penganjur perlu lebihkan dari segi

teknikal dan tambahan animasi yang bersesuaian dengan kanak-kanak untuk menarik minat

kanak-kanak dengan seni. Melalui aktiviti turut serta pengkaji semasa aktiviti dijalankan,

terdapat beberapa tambahan cadangan yang boleh digunakan untuk penambahbaikan aktiviti

ini. Selain daripada penambahan dari segi cerita pendek yang ditayangkan, pihak penganjur

juga perlu mewar-warkan tentang tayangan yang diadakan. Situasi yang sering kali berlaku

semasa pengkaji berada di sana ialah pengunjung ragu-ragu untuk masuk ke bilik tayangan

kerana masing-masing ambil maklum bahawa bayaran dikenakan sekiranya pengunjung ingin

melihat artifak-artifak dan kepelbagaian hasil seni di Auditorium PERZIM tersebut. Oleh itu,

langkah efektif perlu dijalankan dalam mempromosikan tayangan filem pendek yang sedang

dijalankan di auditorium tersebut di ruang luar auditorium supaya setiap pengunjung yang

melintasi auditorium ambil maklum dan turut hadir memeriahkan tayangan tersebut.

Jadual J menunjukkan skala aktiviti Performance, bagi skala ‘sangat berpuas hati’, peratusan

tertinggi ialah 27.3% (82 orang responden) manakala yang terendah ialah 22.3% (67 orang

responden). Bagi skala ‘berpuas hati” pula, peratusan tertinggi ialah 34.3% (103 orang

responden) manakala yang terendah ialah 28.3% (85 orang responden). Seterusnya, bagi skala

‘neutral’ peratusan tertinggi ialah 44% (132 orang responden) manakala yang terendah ialah

38% (114 orang responden). Bagi skala ‘tidak berpuas hati’, yang tertinggi ialah 3.3% (10

orang responden) manakala yang terendah ialah 1.3% (4 orang responden) dan bagi skala

‘sangat tidak berpuas hati’, peratusan yang tertinggi ialah 2.7% (8 orang responden) manakala

yang terendah ialah 0.3% (seorang responden). Hal ini menunjukkan bahawa persepsi bagi

kepentingan perkara-perkara yang dinyatakan bagi aktiviti ini adalah berbeza.

Bagi persembahan-persembahan yang dijalankan, penambahan dari segi bilangan artis perlu

agar pengunjung lebih tertarik untuk turut serta. Selain itu, melalui temu bual bersama

informan yang turut merupakan responden kajian, pihak penganjur perlu menambah bilangan

artis-artis tempatan supaya sedikit-sebanyak dapat menarik minat pengunjung untuk hadir

sepanjang MAPFest ini dijalankan.

Jadual K menunjukkan skala aktiviti Mapping, bagi skala ‘sangat berpuas hati’, peratusan

tertinggi ialah 19% (57 orang responden) manakala yang terendah ialah 14.7% (44 orang

responden). Bagi skala ‘berpuas hati” pula, peratusan tertinggi ialah 36.7% (110 orang

responden) manakala yang terendah ialah 31.7% (95 orang responden). Seterusnya, bagi skala

‘neutral’ peratusan tertinggi ialah 47% (141 orang responden) manakala yang terendah ialah

45.3% (136 orang responden). Bagi skala ‘tidak berpuas hati’, yang tertinggi ialah 2.7% (8

orang responden) manakala yang terendah ialah 0.7% (2 orang responden) dan bagi skala

‘sangat tidak berpuas hati’, peratusan yang tertinggi ialah 2.7% (8 orang responden) manakala

yang terendah ialah 0.3% (seorang responden). Pandangan bagi setiap responden

menunjukkan perbezaan.

Penambahan bilangan props juga perlu dalam menarik minat pengunjung untuk bersama-

sama menyaksikan Mapping yang dijalankan. Selain itu, cadangan tambahan bagi

menjelaskan persembahan yang dijalankan kepada orang ramai, sinopsis persembahan perlu

dinyatakan sepanjang persembahan dijalankan. Oleh itu, pihak pengunjung dapat sedikit-

sebanyak memahami persembahan tersebut.

Jadual L di atas menunjukkan skala aktiviti Collaboration Pod, bagi skala ‘sangat berpuas

hati’, peratusan tertinggi ialah 21.3% (64 orang responden) manakala yang terendah ialah

19.3% (58 orang responden). Bagi skala ‘berpuas hati” pula, peratusan tertinggi ialah 33.3%

(100 orang responden) manakala yang terendah ialah 30.7% (92 orang responden).

Seterusnya, bagi skala ‘neutral’ peratusan tertinggi ialah 45.3% (136 orang responden)

manakala yang terendah ialah 43.7% (131 orang responden). Bagi skala ‘tidak berpuas hati’,

yang tertinggi ialah 3% (9 orang responden) manakala yang terendah ialah 1% (3 orang

responden) dan bagi skala ‘sangat tidak berpuas hati’, peratusan yang tertinggi ialah 2% (6

orang responden) manakala yang terendah ialah 0.3% (seorang responden). Perbezaan

kekerapan berdasarkan pengaruh keinginan responden terhadap sesuatu aktiviti itu sendiri.

Penambahan bilangan props juga perlu dalam menarik minat pengunjung untuk bersama-

sama menyaksikan Collaboration Pod yang dijalankan. Selain itu, cadangan tambahan bagi

menjelaskan persembahan yang dijalankan kepada orang ramai, sinopsis persembahan perlu

dinyatakan sepanjang persembahan dijalankan. Oleh itu, pihak pengunjung dapat sedikit-

sebanyak memahami persembahan tersebut.

Pengkaji juga mendapatkan data bagi mengenal pasti cadangan-cadangan daripada responden

berkenaan kualiti MAPFest untuk penganjuran yang akan datang dan cadangan bagi kualiti

(bilangan) pengunjung iaitu berdasarkan apa yang perlu dilaksanakan oleh penganjur bagi

menarik minat pengunjung ke acara ini. Hal ini berkait rapat dengan kehendak pengunjung itu

sendiri.

Jadual M di atas menunjukkan cadangan pengunjung untuk penambahbaikan kualiti aktiviti

MAPFest kepada pihak penganjur iaitu Melaka Art and Performance Festival Sdn. Bhd.

Antara cadangan yang dinyatakan oleh pengkaji ialah berkenaan kemudahan fasiliti yang

lebih banyak, lokasi yang strategik dan selesa, props yang menarik, bahagian teknikal yang

berkualiti dan penambahan bilangan krew MAPFest. Namun, terdapat juga cadangan

tambahan yang di nyatakan oleh responden.

Peratusan tertinggi terhadap cadangan yang dikemukakan adalah seperti berikut. 72%

bersamaan 223 orang responden bersetuju dan menyatakan ‘Ya’ bagi cadangan kemudahan

fasiliti yang lebih banyak manakala peratusan terendah yang menjawab ‘Ya’ adalah di

cadangan bahagian teknikal yang berkualiti iaitu sebanyak 54.7% (164 orang responden).

Antara cadangan tambahan bagi cadangan terhadap penambahbaikan kualiti aktiviti oleh

responden ialah seperti memperbesarkan kain rentang, banyakan bilangan khemah, lebihkan

maklumat di laman sesawang, lebihkan tayangan animasi kartun untuk pembelajaran kanak-

kanak, memainkan lebih banyak muzik semasa majlis perasmian dan aktiviti-aktiviti yang

berlangsung, dan menyediakan skrin yang lebih menarik. Perkara ini menunjukkan bahawa

keprihatinan responden untuk acara ini dan seterusnya menjadikan acara ini lebih bersesuaian

untuk menarik minat mereka seterusnya menjadi salah satu acara yang akan mereka kunjungi

untuk masa yang akan datang.

Jadual N pula menunjukkan cadangan responden untuk penambahbaikan kuantiti atau

bilangan pengunjung untuk berkunjung ke MAPFest untuk penganjuran akan datang. Antara

cadangan yang pengkaji nyatakan adalah seperti penambahan jemputan artis, publisiti yang

meluas dan proaktif, lokasi yang strategik, kemudahan fasiliti yang lebih baik, dan

penambahan aktiviti yang lebih baik. Terdapat juga cadangan tambahan daripada responden

selain daripada yang dinyatakan oleh pengkaji. Antaranya adalah seperti membuat hebahan

sebelum aktiviti dijalankan, lebihkan artis dari Asia, penambahan maklumat atau informasi

yang pelbagai dari segi bahasa, lebihkan pemberian risalah acara, memberi makluman awal

sebelum persembahan, memilih tapak aktiviti yang lebih besar, memperbanyakkan hebahan

acara di sekitar negeri Melaka, dan penambahan bilangan krew untuk menunjukkan arah dan

lokasi untuk setiap aktiviti yang dijalankan.

Antara peratusan tertinggi yang memilih cadangan yang telah disenaraikan adalah sebanyak

72.3% iaitu seramai 217 responden yang bersetuju dan memilih ‘Ya’ bagi cadangan

penambahan bilangan artis manakala peratusan terendah yang memilih cadangan sebagaimana

yang telah disenaraikan ialah sebanyak 60.3% iaitu seramai 181 orang responden sahaja yang

menanda ‘Ya’ pada kotak cadangan tersebut. Oleh yang demikian, melalui cadangan-

cadangan ini, mampu sedikit sebanyak memberi panduan kepada penganjur untuk menarik

perhatian pengunjung seterusnya mempromosikan keunikan MAPFest yang berlangsung

selama 3 hari sahaja di sekitar Kota A’Famosa Melaka. Cadangan-cadangan ini juga boleh

dirujuk untuk penambahbaikan MAPFest yang akan datang agar lebih sesuai dengan

permintaan pengunjung.

Rumusan Kajian

Pengkaji menjalankan kajian ini untuk mengenal pasti persepsi pengunjung yang hadir ke

Melaka Art & Performance Festival 2015. Selain itu, tujuan pengkaji menjalankannya adalah

untuk mengetahui pandangan pengunjung terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan seterusnya

dapat memberi cadangan penambahbaikan bagi acara tahunan yang bertaraf antarabangsa ini.

Menurut hasil kajian, dalam bab satu iaitu pendahuluan kajian ini, pengkaji telah menjelaskan

tentang kajian secara keseluruhan iaitu merangkumi pengenalan kajian, latar belakang kajian,

jenis-jenis acara, ciri-ciri acara khas, kategori acara khas, penambahan dari segi maklumat

iaitu berkenaan Khidmat Sukarelawan iM4U, faktor motivasi pengunjung, penyataan

masalah, persoalan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, hipotesis kajian serta skop

kajian. Bab ini secara ringkasnya menceritakan keseluruhan acara yang ingin pengkaji jadikan

subjek dalam kajian iaitu Melaka Art & Performance Festival 2015 dan persepsi pengunjung

acara tersebut.

Bab kedua pula menyatakan lebih lanjut berkenaan penulisan-penulisan sebelum ini yang

berkait rapat dengan tajuk kajian pengkaji iaitu melalui sorotan karya. Penulisan-penulisan ini

pengkaji dapati dari pembacaan pengkaji melalui artikel-artikel dan sumber bacaan yang

pelbagai. Selain itu, pengkaji juga menyatakan secara terperinci tentang teori-teori yang

pengkaji gunakan dalam kajian ini. ANtara teori yang dapat dikenal pasti yang telah

digunakan ialah teori Lawatan Ulangan, teori Maslow, Struktur Fungsionalisme, Jaringan

Sosial, Produktiviti dan teori Motivasi Vroom. Teori-teori ini amat membantu dalam

mendapatkan sokongan dalam penulisan pengkaji.

Seterusnya, dalam bab ketiga pula, pengkaji menjelaskan tentang metodologi yang digunakan

sepanjang kajian ini. Antaranya ialah masa kajian, fokus kajian, data-data yang digunakan

merangkumi data primer dan sekunder, serta kaedah-kaedah yang digunakan. Terdapat dua

kaedah yang pengkaji gunakan dalam kajian ini. Kaedah-kaedah tersebut ialah Kaedah

Kualitatif iaitu sesi temubual pengkaji bersama informan yang merupakan wakil pihak

penganjur dan pengunjung MAPFest 2015. Seterusnya, melalui Kaedah Kuantitatif iaitu

edaran borang soal selidik, pengkaji telah mendapatkan 300 responden yang bertuah untuk

mengisi borang soal selidik tersebut. Terdapat pelbagai instrumen kajian yang pengkaji

gunakan dalam memastikan data yang diperoleh adalah tepat dan berguna untuk kajian ini.

Selain itu, maklumat tambahan turut pengkaji dapati iaitu melalui hasil pembacaan dalam

kaedah turut serta dan pemerhatian sepanjang acara ini dijalankan selama 3 hari berturut-turut.

Tambahan lagi, pengkaji turut menyenaraikan kaedah SPSS sebagai kaedah yang pengkaji

gunakan dan beberapa analisa yang digunakan untuk bab keempat kajian ini.

Dalam bab keempat iaitu analisa data, pengkaji telah menyenaraikan jadual-jadual serta rajah-

rajah yang berkait dengan data yang diperoleh. Data-data tersebut amat penting dalam

menjawab segala objektif kajian ini. Huraian dan cadangan tambahan turut disertakan dalam

bab tersebut. Seterusnya, bab terakhir iaitu bab kelima, pengkaji telah menyatakan beberapa

cadangan lain dan perbincangan dijalankan dalam menjawab setiap objektif kajian ini.

Rumusan turut dilakukan untuk mengetahui fokus kajian ini dijalankan.

RUJUKAN

Basu Swasta., & Hani Handoko. (1987). Manajemen pemasaran: Analisis perilaku konsumen.

Yogyakarta: Liberty.

Ben, T. M. (2002). Estimating the economic impacts of festivals and events: Research guide.

Journal of CRC Tourism's , 1-37.

Coltman, M. M. (1989). Introduction to travel and tourism : An international approach:

Wiley.

Getz, D. (2008). Event tourism definition, evolution and research tourism management,

Journal of Tourism Management, 29(3), 403-428

Getz, D. (2005). Event management and event tourism. New York : Cognizant

communication.

Hunter., & Colin. (1997). Sustainable tourism as an adaptive paradigm. Annals of Tourism

Research, 24, 850-867.

Jalani, J. O. (2012). Local people's perception on the impacts and importance of ecotourism in

Sabang, Palawan, Philippines. Journal of Procedia : Social and Behavioural Sciences,

247-254.

Kozak, M. (2000). Comparative assessment of tourist satisfaction with destinations

across two nationalities. Tourism Management, 22 (4), 391-401.

Kozak, M. (2001). Repeaters’ behaviour at two distinct destinations. Annals of Tourism

Research, 28 (3), 784-807.

Mahmood Nazar Muhamed. (2001). Penghantar psikolgi, Satu pengenalan asas kepada jiwa

dan tingkahlaku manusia. Kuala Lumpur :Pencetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Maslow, A. H. (1970). Motivation and personality : Harper & Row.

Paresashvili, N. (2014). Major tasks of ecotourism management in Georgia. Journal of

Procedia : Social and Behavioural Sciences, 170-173.

Serrat, O. (2008). Social networks analysis. Retrieved from

http://www.adb.org/sites/default/files/pub/2009/social-networks-analysis.pdf

Wagen, L. V. (2007). Event management : For tourism, cultural, business & sporting events.

Australia : Pearson Education Australia.

Lampiran

Rajah 1 : Jantina responden

Rajah 2 : Umur responden

Rajah 3: Status responden

Rajah 4: Bangsa

Rajah 5 : Lain-lain bangsa

Rajah 6: pekerjaan

Pendapatan (RM) Kekerapan Peratus (%)

<1000 74 24.7

1000-2000 36 12.0

2001-3000 36 12.0

3001-4000 17 5.7

4001-5000 20 6.7

5001-6000 10 3.3

6001-7000 2 .7

7001-8000 1 .3

8001-9000 2 .7

9001-10000 3 1.0

>10000 4 1.3

Tiada 95 31.7

Jumlah 300 100.0

Jadual 7: Jumlah pendapatan responden

Jadual 8: Taraf pendidikan

Kewarganegaraan Kekerapan Peratus (%)

Warganegara 268 89.3

Bukan Warganegara 32 10.7

Jumlah 300 100.0

Jadual 9: Status kewarganegaraan

Rajah 10: Negara asal responden

Asal : Negeri Kekerapan Peratus (%)

Perlis 5 1.7

Kedah 19 6.3

Perak 16 5.3

Pulau Pinang 5 1.7

Kelantan 9 3.0

Terengganu 14 4.7

Melaka 62 20.7

Johor 44 14.7

Negeri Sembilan 14 4.7

Pahang 16 5.3

Selangor 39 13.0

Sabah 9 3.0

Sarawak 9 3.0

Wilayah Persekutuan 8 2.7

Tiada 31 10.3

Jumlah 300 100.0

Jadual 11: Negeri asal responden

Adakah anda pernah mengunjungi MAPFest 2014 ?

Kekerapan Peratus (%)

Ya 45 15.0

Tidak 255 85.0

Jumlah 300 100.0

Jadual A: Kekerapan

Berapa kalikah anda telah mengunjungi MAPFest sebelum ini ?

Kekerapan Peratus (%)

Tidak Pernah 158 52.7

Pertama Kali 109 36.3

2 Kali 26 8.7

3 Kali 3 1.0

4 Kali 1 .3

5 Kali 1 .3

6 Kali 2 .7

Jumlah 300 100.0

Jadual B: Kekerapan

Sangat Penting

Penting Neutral Tidak Penting

Sangat Tidak

Penting

K % K % K % K % K %

Aktiviti yang menarik 108 36 131

43.7 53 17.7 6 2 2 0.7

Kepelbagaian budaya 114 38 136

45.3 47 15.7 3 1 - -

Memperoleh ilmu pengetahuan

113 37.7

126

42 58 19.3 3 1 - -

Kesesuaian masa mengikut aktiviti

92 30.7

122

40.7 77 25.7 8 2.7 1 0.3

Pengalaman baru 130 43.3

110

36.7 52 17.3 7 2.3 1 0.3

Keunikan acara 117 39 113

37.7 64 21.3 6 2 - -

Penglibatan secara langsung

86 28.7

101

33.7 88 29.3 18 6 7 2.3

Dapat bersosial/berseronok

105 35 98 32.7 85 28.3 10 3.3 2 0.7

Kemudahan yang lengkap

100 33.3

102

34 84 28 11 3.7 3 1

Tempat pendaftaran 72 24 118

39.3 89 29.7 14 4.7 7 2.3

Kemudahan mendapat informasi

98 32.7

117

39 74 24.7 11 3.7 - -

Pertolongan cemas (First aid)

110 36.7

93 31 83 27.7 11 3.7 3 1

Kemudahan tempat makan

90 30 111

37 82 27.3 15 5 2 0.7

Kemudahan tempat solat

114 38 93 31 69 23 12 4 12 4

Kemudahan tempat letak kenderaan

100 33.3

88 29.3 90 30 13 4.3 9 3

Kemudahan tandas 101 33.7

115

38.3 63 21 7 2.3 14 4.7

Kaunter pertanyaan 96 32 113

37.7 72 24 9 3 10 3.3

Kemudahan khas untuk OKU

105 35 92 30.7 74 24.7 15 5.0 14 4.7

Kerusi/Tempat duduk yang banyak

86 28.7

105

35 71 23.7 28 9.3 10 3.3

Kawalan keselamatan yang lebih teliti (pondok kawalan, CCTV)

103 34.3

96 32 70 23.3 21 7 10 3.3

Kaunter lost and found

97 32.3

85 28.3 90 30 17 5.7 11 3.7

Menyediakan khemah di setiap lokasi aktiviti (Tempat berteduh)

101 33.7

102

34 79 26.3 14 4.7 4 1.3

Tong sampah yang mencukupi

109 36.3

112

37.3 64 21.3 12 4 3 1

Lokasi yang strategik 132 44 108

36 55 18.3 4 1.3 1 0.3

Peta MAPFest yang lebih menarik

125 41.7

105

35 62 20.7 6 2 2 0.7

Petunjuk arah yang sistematik

111 37 106

35.3 74 24.7 7 2.3 2 0.7

Galeri khas MAPFest 89 29.7

115

38.3 87 29 7 2.3 2 0.7

Tanda pengenalan krew MAPFest

97 32.3

119

39.7 70 23.3 12 4 2 0.7

Tanda pengenalan khas pengunjung MAPFest

88 29.3

120

40 78 26 11 3.7 3 1

Pengenalan khas untuk setiap lokasi aktiviti

97 32.3

125

41.7 72 24 5 1.7 1 0.3

Gerai jualan cenderahati khas MAPFest

84 28 120

40 81 27 9 3 6 2

Pemberian risalah MAPFest secara percuma

114 38 102

34 72 24 8 2.7 4 1.3

Jadual C: Persepsi responden

Lokasi pertama yang dikunjungi setibanya di MAPFest 2015

Kekerapan Peratus (%)

SM Sacred Heart Concent School

27 9.0

PERZIM Auditorium 29 9.7

No.8 Hereen Street 11 3.7

Wayfarer Guesthouse 11 3.7

Daily Fix Cafe 1 .3

Gereja St. Paul 70 23.3

Sekitar Gereja St. Paul 49 16.3

Landing 14 4.7

A'Famosa 66 22.0

Dataran Cendol 7 2.3

The Stadhuys 15 5.0

Jumlah 300 100.0

Jadual D : Lokasi pertama responden

Rajah D: Lokasi pertama responden

Yang ingin dikunjungi Yang telah dikunjungi Yang akan dikunjungi

K % K % K %

Special Event (Majlis Perasmian)

155 51.7 88 29.3 57 19

Workshop 151 50.3 73 24.3 76 25.3

Installation 150 50 63 21 87 29

Film 147 49 84 28 69 23

Forum 154 51.3 63 21 83 27.7

Performance 145 48.3 88 29.3 67 22.3

Mapping 145 48.3 70 23.3 85 28.3

Collaboration Pod 142 47.3 65 21.7 93 31

Jadual E : Persepsi terhadap aktiviti

Sangat Berpuas Hati

Berpuas Hati

Neutral Tidak Berpuas Hati

Sangat Tidak Berpuas Hati

K % K % K % K % K %

Isi/bahan/pengisian 54 18 99 33 132 44 14 4.7 1 0.3

Cara penyampaian 45 15 105 35 143 47.7 6 2 1 0.3

Komunikasi 52 17.3 106 35.3 133 44.3 7 2.3 2 0.7

Kualiti penyampaian

47 15.7 101 33.7 137 45.7 12 4 3 1

Lokasi 61 20.3 96 32 130 43.3 7 2.3 6 2

Keselesaan 66 22 92 30.7 132 44 7 2.3 3 1

Jadual F : Workshop

Sangat Berpuas Hati

Berpuas Hati

Neutral Tidak Berpuas Hati

Sangat Tidak Berpuas Hati

K % K % K % K % K %

Isi/bahan/pengisian 47 15.7 112 37.3 133 44.3 8 2.7 - -

Cara penyampaian 52 17.3 112 37.3 133 44.3 3 1 - -

Komunikasi 49 16.3 101 33.7 142 47.3 5 1.7 3 1

Kualiti penyampaian

50 16.7 88 29.3 149 49.7 10 3.3 3 1

Lokasi 57 19 88 29.3 137 45.7 14 4.7 4 1.3

Keselesaan 50 16.7 92 30.7 135 45 15 5 8 2.7

Jadual G : Installation

Sangat Berpuas Hati

Berpuas Hati

Neutral Tidak Berpuas Hati

Sangat Tidak Berpuas Hati

K % K % K % K % K %

Isi/bahan/pengisian 58 19.3 98 32.7 137 45.7 7 2.3 - -

Cara penyampaian 52 17.3 103 34.3 139 46.3 6 2 - -

Komunikasi 56 18.7 100 33.3 138 46 5 1.7 1 0.3

Kualiti penyampaian

54 18 93 31 147 49 6 2 - -

Lokasi 68 22.7 95 31.7 132 44 5 1.7 - -

Keselesaan 61 20.3 94 31.3 136 45.3 7 2.3 2 0.7

Jadual H : Forum

Sangat Berpuas Hati

Berpuas Hati

Neutral Tidak Berpuas Hati

Sangat Tidak Berpuas Hati

K % K % K % K % K %

Cara penyampaian

62 20.7 98 32.7 129 43 6 2 5 1.7

Props 56 18.7 92 30.7 139 46.3 3 1 10 3.3

Artis 65 21.7 90 30 134 44.7 8 2.7 3 1

Teknikal 63 21 91 30.3 133 44.3 12 4 1 0.3

Lokasi 64 21.3 93 31 128 42.7 9 3 6 2

Keselesaan 71 23.7 82 27.3 129 43 15 5 3 1

Jadual I : Film

Sangat Berpuas Hati

Berpuas Hati Neutral Tidak Berpuas Hati

Sangat Tidak Berpuas Hati

K % K % K % K % K %

Cara penyampaian

74 24.7 85 28.3 132 44 6 2 3 1

Props 77 25.7 85 28.3 128 42.7 8 2.7 2 0.7

Artis 82 27.3 99 33 114 38 4 1.3 1 0.3

Teknikal 76 25.3 89 29.7 128 42.7 5 1.7 2 0.7

Lokasi 77 25.7 93 31 118 39.3 10 3.3 2 0.7

Keselesaan 67 22.3 97 32.3 118 39.3 10 3.3 8 2.7

Kostum 67 22.3 103 34.3 120 40 7 2.3 3 1

Jadual J : Performance

Sangat Berpuas Hati

Berpuas Hati Neutral Tidak Berpuas Hati

Sangat Tidak Berpuas Hati

K % K % K % K % K %

Cara penyampaian

50 16.7 100 33.3 144 48 2 0.7 4 1.3

Props 45 15 110 36.7 140 46.7 4 1.3 1 0.3

Artis 51 17 104 34.7 139 46.3 3 1 3 1

Teknikal 44 14.7 105 35 138 46 8 2.7 5 1.7

Lokasi 47 15.7 101 33.7 141 47 7 2.3 4 1.3

Keselesaan 51 17 100 33.3 136 45.3 5 1.7 8 2.7

Kostum 57 19 95 31.7 137 45.7 8 2.7 3 1

Jadual K : Mapping

Sangat Berpuas Hati

Berpuas Hati Neutral Tidak Berpuas Hati

Sangat Tidak Berpuas Hati

K % K % K % K % K %

Tarian 58 19.3 100 33.3 131 43.7 5 1.7 6 2

Props 61 20.3 98 32.7 137 45.7 3 1 1 0.3

Artis 64 21.3 97 32.3 134 44.7 3 1 2 0.7

Cara Penyampaian

59 19.7 97 32.3 136 45.3 6 2 2 0.7

Teknikal 64 21.3 94 31.3 132 44 3 1 7 2.3

Lokasi 63 21 95 31.7 131 43.7 4 1.3 7 2.3

Keselesaan 63 21 92 30.7 133 44.3 9 3 3 1

Kostum 58 19.3 98 32.7 134 44.7 7 2.3 3 1

Jadual L : Collaboration Pod

Ya Tidak

K % K %

Kemudahan fasiliti yang lebih banyak

223 74.3 77 25.7

Lokasi yang strategik dan selesa

181 60.3 119 39.7

Props yang menarik 199 66.3 101 33.7

Bahagian teknikal yang berkualiti

164 54.7 136 45.3

Penambahan bilangan krew 165 55 135 45

Jadual M : Cadangan (kualiti aktiviti)

Ya Tidak

K % K %

Penambahan jemputan artis 217 72.3 83 27.7

Publisiti yang meluas dan proaktif

212 70.7 88 29.3

Lokasi yang strategik 181 60.3 119 39.7

Kemudahan fasiliti yang lebih baik

185 61.7 115 38.3

Penambahan aktiviti yang lebih baik

195 65 105 95

Jadual N : Cadangan (kuantiti pengunjung)