modul p i edit 2014

88
BAB 1 : FALSAFAH ILMU T.1 BAB 1 KONSEP ASAS ILMU 1) Definisi ilmu, 2) Hakikat ilmu, 3) Pembahagian ilmu dan 4) Cara untuk mendapatkan ilmu SINOPSIS Tajuk ini membincangkan konsep asas ilmu dalam Islam. Kandungannya menjawab persoalan penting tentang definisi ilmu, hakikat ilmu, pembahagian ilmu dan cara untuk mendapatkan ilmu. HASIL PEMBELAJARAN i. Memberi definisi ilmu dan hakikat ilmu ii. Menjelaskan pembahagian ilmu dalam Islam iii. Mengenal pasti cara untuk mendapat ilmu ISI PEMBELAJARAN Definis i ilmu Ilmu bermaksud mengetahui, mengenali, memahami, mengenalpasti, dan keyakinan terhadap kebenaran. Seseorang yang berilmu memiliki kebenaran, keyakinan dan kesedaran tentang tanggungjawab pada diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada Tuhan Maha Pencipta Hakika t ilmu Datang dari Allah s.w.t, Ia merujuk kepada kebenaran yang tiba dalam diri manusia sekaligus mengamalkan nilai akhlak yang terpuji, menegakkan kebenaran, keadilan serta tunduk kepada pencipta.

Upload: independent

Post on 11-Nov-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB 1 : FALSAFAH ILMU

T.1 BAB 1 KONSEP ASAS ILMU1) Definisi ilmu, 2) Hakikat ilmu, 3) Pembahagian ilmu dan 4) Cara untuk mendapatkan ilmu

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan konsep asas ilmu dalam Islam. Kandungannya menjawab persoalan penting tentang definisi ilmu, hakikat ilmu, pembahagian ilmu dan cara untuk mendapatkan ilmu.

HASIL PEMBELAJARAN

i. Memberi definisi ilmu dan hakikat ilmuii. Menjelaskan pembahagian ilmu dalam Islamiii. Mengenal pasti cara untuk mendapat ilmu

ISI PEMBELAJARAN

Definisi ilmu

Ilmu bermaksud mengetahui, mengenali, memahami, mengenalpasti, dan keyakinan terhadap kebenaran. Seseorang yang berilmu memiliki kebenaran, keyakinan dan kesedaran tentang tanggungjawab pada diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada Tuhan Maha Pencipta

Hakikat ilmu

Datang dari Allah s.w.t, Ia merujuk kepada kebenaran yang tiba dalam diri manusia sekaligus mengamalkan nilai akhlak yang terpuji, menegakkan kebenaran, keadilan serta tunduk kepada pencipta.

Tujuan belajar

Pembahagian Ilmu

Fardhu Ain Ilmu ini wajib dipelajari oleh setiap umat Islam yang baligh dan berakal bagi memenuhi tuntutan agama. Contoh : Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ibadah wajib atau kepercayaan (Aqidah).

Fardhu Kifayah

Ilmu Fardhu Kifayah wajib dituntut oleh seluruh masyarakat Islam. Sekiranya ada seorang yang mengetahui ilmu tersebut maka gugur dosa ke atas umat Islam yang lain. Ilmu fardhu kifayah adalah sangat luas ruang lingkupnya contohnya : Ilmu Kedoktoran, perakaunan pengurusan, teknologi dan sebagainya.

T.2 BAB 1 KONSEP ASAS ILMU1) Kepentingan ilmu2) Sifat ilmu dalam Islam3) Adab menuntut ilmu

SINOPSIS

Tajuk ini memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang kepentingan belajar untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi, mengetahui sifat ilmu dan memahami adab-adab belajar dalam Islam.

HASIL PEMBELAJARAN

i. Menyatakan kepentingan ilmuii. Menyebut sifat ilmu dalam Islamiii. Menjelaskan adab menuntut ilmu

ISI PEMBELAJARAN

Kepentingan ilmu

( Tugas Manusia )

Mengabdikan diri kepada Allah.

Menjalankan tugas sebagai khalifah

Memakmurkan alam ciptaan Allah.

Bersifat Rabbaniyyah (Ketuhanan )

Sifat Ilmu

Maksud ketuhanan ialah ketuhanan dari segi sumber, penggunaan dan matlamat ilmu. Ketuhanan dari segi sumber bererti segala ilmu yang manusia perolehi berasal dari Tuhan samada secara langsung iaitu wahyu atau secara tidak langsung iaitu melalui penelitian dan kajian terhadap alam semesta.

Bersifat Terbuka

Terbuka bermaksud berlaku dalam dua perkara iaitu cara memperolehi ilmu dan menggunakan ilmu. Rasullullah s.a.w. menerima cadangan yang dikemukakan oleh Salman al-Farisi untuk menggunakan ilmu peperangan untuk menggali parit sebagai benteng Kota Madinah daripada dicerobuhi musuh ketika Perang Khandak.

Bersifat Universal / Dunia Akhirat

Tidak wujud pemisahan antara ilmu syariat dengan ilmu akademik kerana keseluruhan ilmu yang bermanfaat telah terangkum ke dalam ilmu Islam. Oleh kerana itu, apa sahaja yang kita belajar tentang ilmu samada matematik, sains dan alam sekitar mestilah menuju kepada Allah atau memperolehi rahsia-rahsia untuk mendekatkan diri kepadaNya.

Adab Menuntut Ilmu

Niat kerana Allah

Memandang mulia dan hormat kepada guru

Menjauhi sifat tercela seperti riak, sombong, bermegah-megah dan sebagainya

Hendaklah bersifat sabar serta tekun dan bersungguh - sungguh

Bertanya bukan tujuan menguji dan merendahkan guruMenjaga kesihatan diri dan mental

Aktiviti - Hafaz Doa belajar

T.3 BAB 1 KONSEP ASAS ILMU1) Nilai ilmu2) Dasar dan prinsip ilmu.3) Keistimewaan orang yang berilmu

SINOPSISMenjelaskan kepada pelajar mengenai nilai ilmu, dasar dan perinsip ilmu serta kedudukan atau keistimewaan orang yang berilmu.

HASIL PEMBELAJARAN

i. Menjelaskan nilai ilmuii. Menjelaskan dasar dan prinsip ilmu.iii. Keistimewaan orang yang berilmu

ISI PEMBELAJARAN

Nilai ilmu Nilai ilmu terletak pada iman dan amalan.

Amalan

ALLAH

ILMU

MANUSIA

Dasar dan Prinsip

Ilmu mesti membawa kepada kebenaran.

Ilmu Terpuji Ilmu yang berasaskan wahyu lebih bernilai tinggi berbanding ilmu-ilmu emperikal dan rasional. Dalam erti kata lain ilmu yang berteraskan wahyu adalah ilmu yang terpuji. Daripada ilmu inilah lahirnya ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

Ilmu Terkeji Maksud ilmu terkeji ialah ilmu yang dicela oleh Allah s.w.t . Ia dibahagikan kepada dua: 1. Tercela secara jelas ; contohnya ilmu sihir dan nujum. 2. Tercela secara syubhah kerana ia boleh membawa kepada kelalaian ; contohnya ilmu muzik , kebudayaan dan lain-lain.

Ilmuan Terpuji Ilmuan yang terpuji ialah mereka yang beramal dengan ilmunya dan mempunyai tanggungjawab terhadap diri dan masyarakatnya. Mereka berfungsi sebagai agen penyebar ilmu dan mempunyai tanggungjawab akhlak yang menyentuh sifat-sifat mahmudah seperti berhikmah, bermaruah, ikhlas, jujur, amanah, gigih dan lain-lain.

Ilmuan Terkeji Ilmuan yang dikeji adalah apabila dia terpesong daripada tanggungjawab sosial dan agama. Mereka menyepi diri daripada masyarakat dan membiarkan masyarakat dalam kejahilan dan kebodohan. Fenomena ilmuan yang dikeji telah lama berlaku dalam sejarah dan berterusan hinggalah sekarang. Mereka dikenali sebagai ulama al- su’

Ulama al-su’

Mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap ilmunya dan tidak berfungsi dengan sepatutnya, dikenali sebagai ulama al-su’ atau ulama jahat. Mereka juga dikenali sebagai ulama dunia dan sanggup untuk menjual agama kerana dunia. Antara ciri-ciri ulama al-su’ ialah mementingkan dunia, tidak mengamal bahkan menyembunyikan ilmunya, bersifat riya’ serta menyalahgunakan ilmunya untuk kepentingan dunia.

Keistimewaan Orang Berilmu

Kalau sekiranya tidak ada ulama’ nescaya manusia akan jadi seperti haiwan.

Fikirkan - Apa bezanya manusia berbanding dengan haiwan?

“Rosaknya Rakyat Kerana Pemimpin, Rosaknya Pemimpin Kerana

Ulama’

Dan Rosaknya Ulama’ Kerana Harta,Pangkat dan Kedudukan”

Hadith ialah sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w sama ada perkataan, perbuatan , sifat atau taqrir (persetujuan) baginda Rasulullah.

Kedudukan Hadith Sebagai Sumber Ilmu

Walaupun pada dasarnya hadith adalah ucapan Rasulullah, namun ia sebenarnya adalah wahyu daripada Allah. Maknanya daripada Allah, cuma dituturkan oleh Rasulullah melalui susunan bahasa baginda sendiri. Sebagaiman firman Allah dalam surah al-Najm ayat 3-4,

bermaksud: “Dan (Muhammad s.a.w) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (Quran atau Hadith) tidak lain adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”.

Surah al-Nisa’ ayat 80, bermaksud;:” Sesiapa yang taat kepada Rasul s.a.w. maka sesungguhnya ia taat kepada Allah”.

Peranan Hadith

Al-Hadith adalah sumber ilmu yang kedua selepas al-Quran

1. Menjadi penghurai dan pentafsir kepada ayat-ayat al-Quran yang bersifat mujmal.2. Sebagai penguat atau penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat

dalam al- Quran.3. Mengkhususkan ayat-ayat al-Quran yang bersifat umum4. Menjadi rujukan sekiranya tidak terdapat nas al-Quran dalam satu-satu masalah.

2. AKAL

Genius Akal adalah mahkota kepada manusia. Antara peranan yang dimainkan oleh akal manusia antaranya:

1. Dapat membezakan antara kebenaran dan keburukan2. Dapat menerokai penemuan-penemuan baru.3. Dapat mengangkat martabat manusia sebagai khalifah Allah di atas muka

bumi ini.4. Dapat menginsafi dan menyedari hakikat jati diri.5. Dapat berfikir dan merenung ciptaan Ilahi untuk menghampir diri

kepadaNya.

Hubungan Akal Dengan Wahyu

Keperluan antara wahyu dan akal dalam memahami agama boleh diibaratkan seperti lampu dengan bateri. Kedua-dua itu sama penting untuk memberi cahaya dan panduan kepada manusia. Berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna, mencari pemahaman, membuat pertimbangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Kemampuan dan kepintaran manusia adalah tidak sama. Ada yang diberi kekuatan akal dan bakat yang istimewa dan ada yang sebaliknya.

Akal manusia macam payung terjun, apabila terbuka baru ia berfungsi! bukalah minda anda!

Kemampuan Akal

Wahyu adalah tapak tempat untuk akal berfikir, laksana kapal di lautan biar sekuat mana gelombang yang melambung, ia tetap berpandukan kepada kompas untuk sampai ke destinasi. Biar apa pun bentuk fikiran yang dihadapinya ia tetap teguh berpegang kepada prinsip Islam. Fikirannya tidak akan sesat kerana neraca pertimbangannya jelas, tetap dan kukuh. Melalui wahyu, kemampuan akal dikenal pasti. Tidak semua perkara mampu dicapai dengan akal. Bila tiba ke tingkat tertinggi pencapaian akal, manusia berpindah pula kepada renungan mata batinnya untuk melihat dan meninjau. Rujukannya pada waktu itu adalah wahyu.

Wahyu menyifatkan orang-orang yang tidak menggunakan perasaan dan akal mereka adalah seperti binatang. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 22,

bermaksud; ” Sesungguhnya ternakan yang paling jahat di sisi Allah iaitu manusia yang bisu, tidak pandai menggunakan akal.”

Keterbatasan Akal

Pertama: Faktor waktu dan tempat. Oleh kerana itu, akal manusia sentiasa bertanya, bila?, di mana?, bagaimana? dan sebagainya.

Kedua: Ketidakmampuan akal memastikan salah satu daripada dua kemungkinan mengenai sesuatu di atas dunia ini; contohnya ramalan hujan dan sebagainya

Imam Syafe’i pernah berkata:

“Sesungguhnya akal fikiran manusia sangat terbatas jangkauannya, sebagaimana terbatasnya indera penglihatan kita”.

3. INDERA

Setiap orang mempunyai kekuatan indera yang tersendiri. Namun ransangan-ransangan, bukan datang dari dalam dirinya sendiri sahaja, tetapi juga dari luar. Indera manusia ini memiliki unsur yang menghubungkannya dengan dunia luar.

Dengan adanya elemen tersebut, indera sanggup menjangkau serta menjalin hubungan dengan alam sekitarnya. Indera itu dinamakan pancaindera, meliputi indera penglihatan, pendegaran, bau, rasa dan sentuhan. Kelima-lima indera itu mempunyai kaitan dengan alam kejiwaan yang bersifat emosional, seperti perasaan benci, cinta, senang, marah, juga sifat sesuatu benda seperti panas, sejuk dan sebagainya.

Indera Sebagai Sumber Ilmu

Ilmu daripada sumber indera boleh diperolehi melalui pengalaman, pembacaan, ujikaji, penyelidikan, pengamatan, penglihatan dan seumpamanya. Semua ini boleh dikesan dengan menggunakan kekuatan pancaindera sama ada secara terus atau dengan bantuan alat. Imam Ghazali berpendapat, ilmu melalui indera ( al-ma’rifah al-hissiyah ) ialah usaha untuk mendapat gambaran atau memerhati hakikat sesuatu benda. Sejak manusia dilahirkan, jiwanya diibaratkan kain putih kemudian dicorakkan dengan pelbagai warna. Corak ini membentuk imej-imej yang seterusnya melahirkan fikiran-fikiran tertentu.

Batas-Batas Indera

Sesunguhnya indera yang ada pada kita mempunyai kelemahan dan terbatas sifatnya. Contoh-contoh yang menunjukkan kelemahan indera dalam menangkapi sesuatu ialah.

i. Manusia memerlukan alat untuk mengukur darjat kepanasan, suhu udara, kelambatan tiupan angin dan sebagainya.

ii. Terbatas jangkauanya; contohnya, ruang angkasa penuh dengan suara yang tidak terjangkau oleh indera pendegaran manusia.

iii. Bergantung kepada sesuatu untuk mengenal sesuatu di sekitarnya; contohnya, indera penglihatan memerlukan cahaya untuk melihat sesuatu. Demikian pula sesuatu yang berukuran kecil hanya dapat dilihat dengan alat bantuan pembesar.

Fikirkan….

Orang barat mengatakan ilmu sains mampu memberi kehidupan sehingga menolak konsep ketuhanan?.Albert Enstien; “ Agama tanpa sains buta, sains tanpa agama tempang.”Al-Ghazali: “Agama dan akal umpama bateri dan lampu “

T.5 BAB 1 SUMBER ILMU

SINOPSISMenjelaskan kepada pelajar mengenai wahyu sebagai sumber tertinggi dalam hirarki ilmu Islam

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan wahyu sumber utama2. Mengenali bidang ilmu yang wajib dipelajari3. Menerangkan hirarki ilmu Islam

ISI PEMBELAJARAN

Al-Quran dan Al-hadith merupakan sumber utama ilmu Islam.

Sebagai kitab panduan dan rujukan utama kepada manusia sudah tentu al-Quran mendapat jaminan daripada Allah tentang pemeliharaan dan keasliannya. Firman Allah surah al-Hijr ayat 9,

bermakasud; :”Sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Quran dan kamilah yang memeliharanya”.

Sebagai sumber asas ilmu, al-Quran mengandungi serta meliputi semua bidang pengetahuan, seperti:

i. Ilmu aqidah yang menyeru manusia supaya mentauhidkan Allah dan mengabdikan diri kepadaNya.

ii. Ilmu Syariah yang menjelaskan peraturan, undang-undang yang menjadi perlembagaan hidup kepada manusia.

iii. Ilmu akhlak bertujuan untuk membentuk nilai-nilai yang baik dan mulia dalam diri dan ummah.

iv. Di samping ilmu-ilmu teras, al-Quran dan hadith juga menjadi rujukan dalam semua bidang ilmu-ilmu alat seperti pentadbiran, politik, kesusasteraan dan sebagainya.

Islam dibina di atas tiga perkara iaitu:

1. Mengenal Allah dan beriman kepadanya - Ilmu aqidah2. Melaksanakan setiap perintah dan peraturannya - Ilmu syariah3. Melakukan Ihsan terhadapnya dan makhluknya - Ilmu

akhlak/Tasauf

Kitab-kitab hadith yang muktabar

Hirarki Ilmu

Dalam menentukan hirarki ilmu, terdapat perbezaan ketara antara Islam dan Barat. Perbezaan ini disebabkan berbeza dari segi penekanan dan susunannya. Barat meletakkan sumber dari akal dan pengalaman indera pada tahap teratas, lebih tinggi dari sumber wahyu. Ini kerana falsafah kebendaan mereka yang hanya menerima ilmu dari sumber empirik sahaja iaitu indera dan akal. Islam meletakkan sumber wahyu sebagai hirarki yang paling atas atau utama.

Menurut Islam secara tertibnya hirarki ilmu dapat disusun seperti berikut :

i. Ilmu wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah

ii. Ilmu akal

iii. Ilmu indera

Fikirkan !

Apakah peranan al-Quran sebagai sumber utama ilmu pengetahuan dalam Islam?.

- HAMKA

Cita-cita tinggi di puncak gunungJalan menuju berlurah berbukit

Di tengah jalan jangan termenungTeruskan usaha walaupun

pahit.

BAB 2 ULUM SYARIYYAH - (AQIDAH)

T.I BAB 2Konsep Aqidah

a. Definisi aqidahb. Sumber aqidah

SINOPSIS

Menjelaskan kepada pelajar mengenai definisi, sumber dan kepentingan aqidah Islam.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Pelajar dapat menyatakan definisi aqidah2. Pelajar dapat menyenaraikan sumber aqidah3. Pelajar dapat menjelaskan kepentingan aqidah

ISI PEMBELAJARAN

Definisi aqidah

1. Bahasa

Perkataan aqidah berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu "aqada” yang bererti ikatan atau simpulan. Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang maknawi seperti akad nikah dan akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan yang maknawi ini maka lahirlah aqidah iaitu ikatan atau simpulan khusus dalam kepercayaan.

2. Istilah

Aqidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa seseorang sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai. Ataupun boleh didefinisikan dengan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat atau nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki, yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh syara" iaitu beriman kepada Allah swt, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan perkara-perkara ghaibiyyat

Sumber Ilmu Aqidah

Terdapat dua sumber yang utama iaitu:

1. al-Quran, 2. al-Hadith Nabawi dan

Nama lain bagi ilmu aqidah

1. Ilmu Usuluddin, 2. Ilmu Kalam, 3. Makrifatullah, 4. Ilmu Sifat Dua Puluh, 5. Ilmu Tauhid dan lain-lain.

Kesemua nama tersebut ada maksudnya yang tersendiri yang akhirnya menetapkan bahawa Allah yang tetap disembah maha esa dan berkuasa. Ilmu Tauhid sebagai contoh sebagai ilmu yang dengannya kita dapat menetapkan aqidah-aqidah agama dengan dalil-dalil yang bersifat mutlak.

T.2 BAB 2 Konsep Aqidahc. Perbahasan Ilmu Tauhidd. Kepentingan aqidah

SINOPSISMenjelaskan kepada pelajar mengenai perbahasan ilmu Tauhid dan kepentingan aqidah.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan perbahasan ilmu Tauhid2. Menjelaskan kepentingan aqidah.

ISI PENGAJARAN

Metodologi perbahasan ilmu aqidah

1. Rububiyyah

Menyakini bahawa hanya Allah yang menciptakan sesuatu, yang memberi rezeki, yang mengatur, memelihara, yang menghidupkan dan mematikan.

2. Uluhiyyah

Menyakini bahawa Allah yang disembah dan beribadah kepadanya tidak boleh kepada yang lainnya seperti batu, kayu dan sebagainaya.

Asma dan sifat

Beriman kepada nama dan sifat Allah yang maha indah dan sempurna, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. Allah mempunyai nama dan sifat yang sangat banyak, Misalnya Allah mempunyai nama Ar-Rahman yang artinya maha pengasih, Dia mengasihi seluruh makhluknya, tidak ada yang mampu menyamai kasih sayangnya apalagi lebih pengasih dari Dia. Dan juga Allah mempunyai tangan, namun tangan Allah sangat sempurna, tidak sama dengan tangan manusia.

Para ulama menjelaskan bahawa ada 99 nama di dalam Al-Qura'an dan As-Sunnah, barangsiapa yang mempelajarinya, mengimani dan mengamalkan kandungan isinya maka dia pasti masuk surga.

Di saat kita berdoa hendaknya kita mengangkat tangan, memuji dan mengagungkan Allah, dan menyebutkan nama dan sifat Allah yang sempurna agar doa kita dikabulkan oleh Allah. Misalnya kita berdoa pada Allah: "Ya Allah, ya Robbul'alamin (yang menciptakan alam semesta), Ar-Rahman (Yang maha menyayangi), Ar-Rozzaq (yang maha memberi rizki) mudahkanlah semua urusanku, mudahkanlah aku mempelajari ilmu yang bermanfaat, mudahkanlah kami mencari rizki.

Kepentingan aqidah

1. Aqidah Sebagai Asas

Tanpa aqidah tidak tertegak Islam dan kehidupan individu. Aqidah yang rosak mengkibatkan runtuh pegangan Islam seseorang.

Contoh perbandingan:

Kekuatan aqidah di dalam diri seseorang bolehlah diibaratkan seperti akar tunjang yang kuat yang terbenam jauh ke dalam tanah. Apabila akar tunjang ini kuat ke dalam dasar tanah, maka tak kira apa saja ujian yang datang, angin kencang, ribut taufan, banjir ,pasti tidak akan menumbangkan pokok tersebut, malah akan menyuburkan lagi pokok itu. Begitulah keadaan diri seseorang yang mempunyai pegangan aqidah yang kuat. Datanglah sebesar manapun ujian, pasti akan dapat diatasinya dengan sabar dan bertawakal kepada Allah. Malah dengan ujian yang datang itu akan menambahkan lagi kekuatan imannya kepada Allah. Lihatlah kekuatan aqidah Bilal bin Rabah. Walaupun diuji dengan ujian yang maha berat.Dibogelkan ditengah padang pasir, ditindih dengan batu besar,mulutnya hanya menyebut Ahad-Ahad,Ahad. Inilah dia insan didikan Rasulullah yang mempunyaikekuatan aqidah yang behitu kuat, seperti kuatnya akar tunjang pada sebatang pokok tadi.

2. Aqidah Sebagai Penentu/Pendorong.

Aqidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang. Aqidah adalah penggerak dan pencorak kehidupan. Aqidah yang lemah mempengruhi gaya hidup negatif seseorang.

T.3 BAB 2Cabaran Aqidah Semasa

a. Aqidah yang benar aqidah yang batilb. Cabaran aqidah

SINOPSISMenjelaskan kepada pelajar mengenai ciri-ciri aqidah yang benar dan batil serta langkah-langkah mengatasi cabaran aqidah semasa: Ajaran sesat dan ideologi-ideologi yang merosakkan aqidah.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan ciri-ciri aqidah yang benar dan batil2. Menjelaskan cabaran aqidah semasa dan langkah-langkah untuk

mengatasinya

ISI PENGAJARAN

Aqidah yang benar/salah

Aqidah Benar Ahli sunah wal al-jamaah

Aqidah Salah

Muktazilah, Jabariah, Qadariah,Ajaran batiniah, Golongan anti hadith, Ayah

Pin, al-arqam dll

Pengangan Aqidah yang Benar

1. Beriman kepada Allah2. Beiman kepadaMalaikat3. Beriman kepada kitab4. Beriman kepada rasul5. Beriman kepada Hari akhirat6. Beriman kepada Qadha dan Qadar.

Faktor penyelewengan aqidah dan langkah mengatasinya.

1) Jahil terhadap prinsip-prinsip aqidah yang benar. 2) Ta’asub (fanatik) kepada ajaran nenek moyang. 3) Taklid buta (mengikuti tanpa landasan dalil). 4) Berlebih-lebihan dalam menghormati para wali dan orang-orang saleh. 5) Tafsiran Al-Qur’an dan Hadith yang menyeleweng.

Langkah-langkah mengatasi penyelewengan aqidah.

1) Berpegang dengan dasar-dasar aqidah aqidah Ahli Sunnah wa Al-Jamaah.2) Mempertingkatkan lagi penguatkuasaan terhadap isu-isu penyelewengan aqidah.3) Memperkasakan pemulihan aqidah4) Memperluaskan lagi maklumat mengenai bahaya ajaran sesat.5) Berpegang dengan tafsiran al-Qur’an dan Hadith yang muktabar.

AKTIVITI

Bincangkan kesan ajaran sesat kepada individu, masyarakat dan negara.

BAB 2 ULUM SYARIYYAH - (SYARIAH ISLAM)

T.4 BAB 2Konsep Syariah

a. Definisib. Prinsip-prinsip syariahc. Tujuan syariah

SINOPSIS

Menjelaskan kepada pelajar mengenai definisi, prinsip-prinsip dan tujuan-tujuan syariah serta dalil-dalil yang berkaitan.

.

HASIL PEMBELAJARAN

1) Menjelaskan definisi syariah2) Menjelaskan prinsip-prinsip syariah3) Menjelaskan tujuan syariah.

ISI PENGAJARAN

a. Definisi Syariah

Perkataan syariah dari segi bahasa dapat diertikan sebagai jalan yang lurus, seperti firman Allah s.w.t. dalam surah al-Jathiah, ayat 18, yang bermaksud :

“ Kemudian Kami jadikan kamu di atas suatu jalan yang lurus (syariat) maka hendaklah kamu mengikutinya dan jangan sekali-kali mengikut kehendak mereka yang tidak mengetahui”.

Menurut istilah, syariah berasal dari perkataan syara’ ( ( شرع yang bermaksud “ Segala hukum atau peraturan atau undang-undang yang diturunkan oleh Allah melalui Nabi Muhammad s.a.w. untuk seluruh umat manusia ”

b. Prinsip Syariah

Syariah mempunyai prinsip-prinsipnya yang khusus iaitu seperti berikut:

i. Al-Syumul (menyeluruh) الشمول iaitu syariah yang dibawa oleh Rasulullah saw meliputi semua bidang untuk keperluan hidup manusia.

Ianya meliputi hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam sekitar. Pelaksanaannya juga menyeluruh kepada semua warga negara sama ada Muslim atau Bukan Muslim, sesuai pada setiap masa, tempat dan keadaan tanpa mengira bangsa dan warna kulit.

ii. Adamul-Haraj الَحـَرج iaitu syariah yang dibawa tidak (Tidak susah) عَدَمtidak menyusahkan dan menyulitkan serta bersesuaian dengan kemampuan manusia. Umpamanya solat wajib dilaksanakan lima waktu sehari semalam tetapi sekira ada kesulitan dan rintangan kerana musafir maka boleh dilakukan secara jamak atau qasar, zakat hanya diwajibkan kepada orang yang kaya dan berkemampuan sahaja manakala yang miskin tidak wajib malahan mereka berhak menerima zakat pula dan sebagainya.

iii. Qillatut-Takalif التَكاليف َّة Sedikit)قِل tanggungjawag) iaitu tanggungan kewajipan yang terdapat dalam syariat Islam terbatas bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan manusia. Undang-undang itu didapati dalam bentuk perintah, larangan dan pilihan. Semua syariat itu untuk kepentingan dan kemaslahatan hidup manusia dalam pelbagai segi seperti nyawa, akal, kehormatan, harta dan agama. Allah hanya menggariskan dasar dan prinsip sahaja dalam banyak perkara dan ini memberi ruang yang luas kepada umat Islam menentukan sesuatu perkara mengikut mana yang difikirkan baik dan membawa keharmonian bagi masyarakat dan Negara.

iv. At-Tadarruj ج (Beransur-ansur)الـتَدَرُّ iaitu syariat Islam secara beransur-ansur dan bertahap dalam pelaksanaannya. Umpamanya Rasulullah saw terlebih dahulu menerapkan konsep tauhid dan memperkukuhkan aqidah kepada masyarakat Arab di Mekah sebelum melaksanakan penyusunan dan peraturan syariah yang berhubung dengan pembinaan masyarakat dan negara di Madinah. Begitu juga dalam bentuk pengharaman arak, dimulai dengan menimbulkan kesedaran terhadap bahaya arak diikuti dengan larangan

meminumnya pada masa tertentu dan akhirnya diharamkan sepenuhmya kerana bahayanya yang besar terhadap individu dan masyarakat.

v. Al-Adalah العَـدالة(Adil) iaitu syariat hukumnya tetap dan keadilannya menyeluruh tanpa mengira tahap kedudukan dan pangkat. Bila syariat dilaksanakan dengan keadilan yang hakiki, semua manusia mendapat perlindungan undang-undang Ilahi bebas bergerak dan menikmati hak-hak yang telah ditentukan oleh Islam.

c. Tujuan dan Maslahah Syariah Islam

Pada umumnya, syariah bertujuan untuk menjaga maslahat dan kebajikan manusia. Kebajikan manusia mencakupi aspek agama, nyawa, akal, harta dan keturunan.

i. Agama. Hukum syariah mengandungi konsep aqidah yang terkandung dalam dua kalimah syahadah.. Untuk menghayati agama, syariah menyentuh tentang hukum solat, puasa, zakat dan haji. Untuk mengekalkan kemurnian agama, syariah menyentuh tentang jihad, berusaha melakukan amar makruf dan nahi mungkar.

ii. Nyawa. Syariah merangkumi hukum-hukum jenayah terhadap nyawa dan tubuh badan serta tuduhan palsu.

iii. Akal. Syariah menggalakkan berfikir untuk meningkatkan daya fakir. Untuk kemurnian akal. Syariah mengharamkan perkara-perkara yang merosakkan akal seperti meminum minuman yang memabukkan, juga mengharamkan kepercayaan karut dan tahyul kerana boleh merosakkan akal dan aqidah.

iv. Keturunan. Syariah menyusun peraturan perkahwinan dan perceraian. Untuk memastikan kemurnian dan kesihatan, syariah mengharamkan perhubungan seks luar nikah dan homoseks.

v. Harta. Syariah menggalakkan seseorang bekerja kuat dan mengumpulkan harta dan dengan itu, harta tersebut dapat mengeluarkan zakat bagi memenuhi tuntutan rukun Islam dan meringankan beban kemiskinan umat. Untuk menjaga keselamatan harta, syariah memperuntukkan hukum bagi

kesalahan mencuri, merompak, menyamun, menipu, pecah amanah dan rasuah.

AKTIVITI

Bincangkan kesan meninggalkan perlaksanaan syariat Islam terhadap masyarakat.

T.5 BAB 2Sumber Syariah

a. Al-Qur’an, b. Al-Hadith,

SINOPSIS

Menjelaskan kepada pelajar mengenai sumber-sumber syariah Islam (Al Quran dan Al Hadith)

HASIL PEMBELAJARAN

1) Menjelaskan pengertian Al-Qur’an dan Al-Hadith serta kedudukan kedua-duanya dalam sumber hokum.

ISI PENGAJARAN

Dalil Qat’i

Disepakatii. Al-Quranii. As-Sunnahiii. Ijmak Ulamakiv.Al-Qias

Dalil Zanni

Tidak disepakati

i. Ihtihsanii. Masalih al Mursalahiii. Urufiv. Istishab.

Sumber hukum atau syariah Islam ialah sumber pengambilan dalam menetapkan sesuatu hukum syarak, samaada ia berasaskan sumber yang di sepakati oleh ulamak mujtahid ataupun sumber yang tidak disepakati oleh mereka

NAMA-NAMA AL QURAN

DEFINISIBENTUK WAHYU

PENURUNAN AL QURAN

MUKJIZAT

KEISTIMEWAAN

AL QURAN

BAHASAYang dibaca

ISTILAH

Kalam Allah s.w.t. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.dalam bahasa Arab. Ia sampai kepada kita dengan secara mutawatir (langsung) dan membacanya adalah satu ibadah

Lafaz dan makna al-Quran dari Allah.Dipindah kepada kita secara tawaturTerjamin dari sebarang pindaan dan tokok tambahAl-Quran satu mukjizat

Al-Quran mempunyai banyak nama. Ini sesuai dengan kemuliaan dan keagungan serta kandungannya yang mencakupi seluruh kehidupan di dunia dan akhirat. Nama-nama yang mahsyur bagi Al-Quran ialah seperti - al-Furqan, al-Kitab, at-Tanzil,az-Zikr dan al-Bayan

Kaum Quraisy pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. terkenal dengan kemahiran dan bakat yang tinggi dalambidang puisi dan prosa.Al Quran dapat mengatasi kemahiran mencipta puisi dan prosa dalam masyarakat QuraisyKandungannya mencakupi semua bidang kehidupan manusia.Mukjizat Al-Quran berbeza dengan mukjizat-mukjizat lain kerana ia terpelihara dan kekal abadiTulisan dan kandungan Al-Quran tidak berubah semenjak ia diturunkan hingga hari kiamat.

DEFINISI

AL QURAN

KEISTIMEWAANAL QURAN

NAMA-NAMAAL QURAN

MUKJIZAT

AL QURAN

Berperingkat

Membezakan Al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w. dengan kitab dan nabi yang terdahuluMengikut kesesuaian masa dan keadaan

Beransur-ansur

Untuk menetapkan jiwa Rasulullah s.a.w. dan menguatkan hatinyaUntuk mendidik masyarakat pada waktu itu secara beransur-ansur

Untuk menyeuaikan dengan peristiwa yang baru berlaku

Untuk menunjukkan bahawa sumber Al-Quran itu kalam Allah s.w.t. semata-mata bukan rekaan Nabi Muhammad s.a.w. atau makhluk-makhluk lain

Wahyu yang dibawa dan disampaikan oleh Jibril kepada Rasulullah s.a.w. ialah Al-Quran iaitu lafaz hakiki yang melemahkan seluruh makhluk dari awal surah Al-Fatihah hingga akhir surah An-Nas

PENURUNAN

AL QURAN

BENTUK WAHYU

BAHAGIAN SUNNAH DARI SUDUT ISTILAH

BAHAGIAN SUNNAH DARI SUDUT PERAWI

PERKATAAN PERBUATAN IKRAR MUTAWATIRAH MASYHURAH AHAD

AS SUNNAH

DEFINISI

BAHASA : Al-Tariqah Mu’tadah ertinya cara atau peraturan sesuatu amalan yang dilakukan berulangkali

ISTILAH: Sesuatu yang bersandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada perbuatan, perkataan, takrir samaada sifat atau akhlak.

BAHAGIAN SUNNAH DARI SUDUT ISTILAH

PERKATAAN Sunnah Qauliyyah: Iaitu kata-kata dan pengucapan Rasullulah SAW dalam berbagai persoalan.Sunnah dalam bentuk ini yang terbanyak,contoh : Sabda Rasululah SAW (maksudnya) ”Jangan marah, jangan marah, jangan marah.”

PERBUATANSunnah Fi’liyyah: iaitu perbuatan-perbuatan Nabi SAW saperti amalan solat lima waktu yang sempurna dengan segala kaifiatnya dan pelaksanaan ibadat haji. Baginda bersabda (maksudnya: ”Sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku bersembahyang”

IKRARSunnah Taqririyyah : sesuatu yang diperakui oleh Rasullulah SAW dengan mendiamkan diri tanpa membantah atau bersetuju dan melahirkan rasa senang baginda terhadap sebahagian perbuatan dan perkataan para sahabat.contohnya baginda tidak membantah ke atas dua orang kanak-kanak perempuan hamba yang menyanyi lagu bersemangat pada hari raya.

PEMBAHAGIAN SUNNAH DARI SUDUT PERAWI

MUTAWATIRAH Hadith yang diriwayatkan dari Nabi SAW oleh sejumlah atausekelompok perawi yang tidak mungkin mereka bersepakat melakukan pendustaan.

MASYHURAH Hadith yang diriwayatkan oleh Nabi SAW oleh satu atau dua perawi (bilangan tidak mencapai sejumlah perawi had perawi mutawatir)

AHAD Hadith yang diriwayatkan dari Nabi SAW oleh sebilangan perawi yang tidak sampai kepada had mutawatir dan tidak jadi masyhur selepas itu.

HADITH AHAD

SAHIH HASAN DAIF

SYARAT HADITH SAHIH

1. Perawi bersifat adil2. Perawi sempurna ingatan3. Sanad hadith yang

sentiasa bersambung4. Hadith yang tidak cacat

Hadith Hasan, iaitu hadith yang memenuhi syarat seperti halnya Hadith Sahih tetapi ingatan para perawinya di setiap peringkat atau sebahagiannya tidak sekuat ingatan perawi Hadith Sahih

Hadith yang tidak memenuhi satu atau lebih syarat hadith sahih dan hasan di setiap peringkat atau sebahagiannya

Islam terbina atas lima perkara : bersaksi bahawa tidada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad hambaNya dan rasulNan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat mengerjakan haji dan puasa Ramadan”.

Sesungguhnya seorang lelaki telah berkata wahai Rasulullah siapakah manusia yang paling baik : jawab Rasulullah : siapa yang panjang umurnya dan baik amalannya, lelaki tersebut bertanya lagi : siapakah manusia yang paling jahat?jawab Rasulullah : siapa yang panjang umurnya dan jahat amalannya

Apabila umatku melakukan lima belas perkara maka akan ditimpa bala : apabila harta kekayaan dibolot golongan tertentu, amanah ditinggalkan, zakat kerugian

FUNGSI HADITH

RASULULLAH

Hadith jadi rujukan bila tidak ada nas dalam al Quran

HUKUMAN KE ATAS MURTAD

Hadith menjadi pentafsir kepada ayat al Quran yang mujmal

CARA LAKUKAN SOLAT

Hadith mentaqyidkan yang mutlak BANGKAI DAN DARAH YANG HALAL (IKAN/BELALANG) (LIMPA/HATI0

Hadith mengkhususkan ayat al Quran yang umum

HUKUM PEWARISAN BERBEZA AQIDAH

Hadith mengukuhkan hukum yang telah ditentukan dalam al quran

PENGHARAMAN KESAKSIAN PALSU.

T.6 BAB 2Sumber Syariah

b. Al-Ijma’ dan Al-Qiyas c. Ijtihad dan syarat-syarat mujtahid

SINOPSIS

Menjelaskan kepada pelajar mengenai sumber-sumber syariah Islam (Al-Ijma’ dan Al-Qiyas), pengertian ijtihad dan syarat-syarat mujtahid.

HASIL PEMBELAJARAN

1) Menerangkan pengertian ijtihad dan syarat-syarat mujtahid.

IJMAK

BAHASA

ISTILAH

Berazam dan bertekad melakukan sesuatu, sepertimana firman Allah:”Oleh itu tetapkan keazaman kamu serta sekutu-sekutu kamu untuk melakukan rancangan jahat kamu terhadapku” (YUNUS 71)

Ittifaq (sependapat atau sebulat suara) para ulama mujtahidin dari kalangan umat Islam pada bila-bila masa selepas kewafatan Nabi Muhammad`SAW di atas sesuatu hukum syarak.

JENIS-JENIS IJMAKSOREH SUKUTI

Seluruh para ulama’ mujtahidin bersependapat keatas sesuatu hukum bagi sesuatu masalah dengan cara berterus terang dimana setiap orang mujtahid mengeluarkan pendapatnya dan semua pendapat itu bersatu diatas satu hukum sahaja . Ijma’ saperti ini tetap menjadi hujah tanpa khilaf

Sebahagian sahaja ulama’ mujtahidin yang mengeluarkan pendapatnya manakala sebahagian yang lain berdiam diri tanpa sebarang perakuan diri dan bantahan, Ijma’ ini tidak menjadi hujah menurut pandangan ulama Shafie dan beberapa tokoh yang lain.

Ittifaq ke atas hukum syara’ pada sesuatu persoalan itu adalah dari seluruh ulama’ mujtahidin pada waktu berlakunya persoalan tersebut

RUKUN-RUKUN IJMAK

Ittifaq mujtahidin hendaklah dalam bentuk masing-masing mengemukakan pendapat dengan berterus terang tentang persoalan itu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan.

Wujud beberapa orang mujtahidin pada ketila sesuatu persoalan itu berlaku, kerana ittifaq (bersatu pendapat) tidak mungkin berlaku melainkan dalam beberapa pandangan yang dikemukakan di mana masing-masing

12

12

4

Ittifaq mesti dari seluruh mujtahidin, oleh itu dari sebahagian besar ulama’ mujtahidin tidak dikira sebagai hujjah qat’iyyah yang mengikat, kerana boleh jadi kebenaran berada di satu pihak dan kesalahan berada pihak

3

4. 3.

QIAS

Menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-Quran atau al-Hadith atau ijmak ulama dengan masalah yang telah dijelaskan hukumnya di dalam salah satu daripada dalil tersebut berdasarkan antara keduanya ada persamaan pada illah (sebab) hukum.

Contoh Qias

1. Wajib zakat padi qias dengan zakat gandum dengan illah makanan asasi.2. Mengqiaskan harta kanak-kanak kepada harta orang dewasa tentang status hukumnya sama-

sama wajib dikeluarkan zakatnya oleh kerana kedudukannya adalah sama dalam kedudukannya sebagai harta.

3. Harus memutuskan solat sunat qias kepada puasa sunat dengan illah ibadat sunat.4. Sms berbentuk peraduan diqiaskan judi dengan illah ada pertaruhan.

QIAS

PERBEZAAN IJMAK DAN QAUL JUMHURIJMAK QAUL JUMHUR

Wajib berpegang kepada hukum yang telah disepakati dalam ijmak ulama

Tidak wajib berpegang kepada qaul jumhur

Hukum ijmak yang telah disepakati tidak boleh diubah

Qaul jumhur pula boleh berubah mengikut pendapat majoriti ulama semasa.

Hukum ijmak mestilah disepakati oleh semua ulama semasa dan seluruh dunia

Qaul jumhur adalah pendapat teramai ulama.

BAHASA Mencurahkan tenaga dalam sesuatu perbuatanISTILAH Mencurahkan usaha oleh sesaorang mujtahid untuk

mengeluarkan hukum syarak dengan cara istinbat (menetapkan hukum)

Mereka yang mempunyai malakah ijtihad atau kemampuan untuk mengkaji, menyelidiki dan mendapatkan hukum-hukum syara’ yang amali dari dalil-dalil yang terperinciSeorang fakih di kalangan ulama Usul

Tidak dikatakan sesaorang mujtahid atau faqih jika menghafal masalah-masalah fekah dari kitab-kitab atau dari mulut ulama tanpa mengkaji, menyelidiki dan menistinbat dari dalil-dalilnya.

IJTIHAD DAN MUJTAHID

SIAPAKAH MUJTAHID

Dalil tentang ijtihad ini ialah hadith Muaz bin Jabal ketika beliau diutuskan ke Yaman setelah beliau ditanya oleh Rasulullah s.a.w. tentang sabdanya:

”Dengan apa kamu akan memberi hukum?” Katanya: ” Dengan kitab Allah s.w.t..” Sabda Nabi: ” jika kamu tidak dapatinya dalam kitab Allah s.w.t. ?” Katanya: ”aku akan berhukum dengan apa yang telah dihukumkan oleh Rasulullah s.a.w.” Sabdanya lagi: ”jika kamu tidak dapati daripada Rasulullah s.a.w.?” Katanya: ”aku akan berijtihad dengan pendapatku sendiri.” Sabdanya: ”segala puji bagi Allah s.w.t. yang telah memberi taufik kepada pesuruh-pesuruh Allah s.w.t.”

DALIL IJTIHAD

BIDANG-BIDANG IJTIHAD

Mengenalpasti dan memahami maksud-maksud nas serta lafaz-lafaz tertentu dan kemudian mengeluarkan hukum.

Mengenalpasti tujuan atau sasaran nas-nas syar’ie, seterusnya dapat mengetahui hikmat daripada nas-nas tersebut dan dapat dikeluarkan hukumMengeluarkan hukum disebalik nas-nas yang tidak menyebut dengan jelas atau tidak didapati.

Menyelesaikan permasalahan semasa dalam urusan kehidupan seharian seperti dalam bidang ekonomi, perubatan, perbankan , urusan saham dsb

Syarat Umum IslamAkil Baligh

Syarat Khusus

Mesti menguasai bahasa ArabMengetahui selok belok al-QuranMengetahui Sunnah nabawiyyahMesti mengetahui ilmu Usul FiqhPerlu mengetahui masalah-masalah yang hendak di ijmakPerlu mengetahui maqasid as-syariahKesedian fitrah untuk berijtihadAdil dan Taqwa

SYARAT SYARAT MUJTAHID

FARDU AIN

Berijtihad bagi dirinya

sendiri

Apabila sesuatu hal yang berlaku pada dirinya atau keluarganya berkaitan dengan ibadat atau muamalat maka dia hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah, jika tidak didapati dari kedua-duanya maka wajib dia berijtihad dengan cara kisa, istihsan atau istislah. Maka hukum yang terhasil dari sini hendaklah diamalkan

Berijtihad bagi orang

lain

Apabila berlaku sesuatu perkara terhadap seseorang atau sesuatu kumpulan dan pada ketika itu ditakuti akan terlepas waktu jika tidak diputuskan sesuatu hukum dan tidak ada ulamak selainnya maka ijtihad pada ketika ini adalah wajib

FARDU KIFA’I

Keadaan pertama

Apabila berlaku sesuatu hal bagi individu atau kumpulan. Setelah salah seorang mujtahid ditanya tentang sesuatu hukum dan tidak ditakuti akan terlepas waktunya maka wajib bagi semua mujtahidin berijtihad terutamanya bagi yang ditanya tadi. Jika dijawab oleh sesaorang maka terlepaslah semuanya.Jika ditangguhkan sedangkan hukumnya jelas,maka semuanya berdosa.Jika penangguhan disebabkan sesuatu kekeliruan ianya dimaafkan tetapi kewajipan tidak terlepas sehingga lahir sesuatu hukum bagi masalah tadi.

Keadaan kedua

Jika dua orang hakim atau kadhi teragak-agak memutuskan sesuatu perkara, kewajian disini adalah pada kedua-duanya. Mana-mana hukum yang muktabar lahir dari sesaorang maka terlepaslah yang lainnya

SUNATKeadaan pertama

Bagi sesuatu perkara sebelum tibanya dan mengetahui hukumnya sebagai persediaan untuk masa akan datang

Keadaan kedua

Sunat berijtihad bagi perkara yang belum pernah berlaku

MAKRUH Berijtihad dalam masalah yang tidak pernah berlaku dan dijangkakan tidak akan berlaku. Ijtihad dalam hal ini dianggap sebagai melakukan main-Main yang tidak manfaat daripadanya

HARAMKeadaan pertama

Ijtihad dalam perkara yang bertentangan dengan nas

Keadaan kedua

Ijtihad dari bukan ahlinya kerana ianya sesat dan akan menyesatkan

AKTIVITIPerbincangan mengenai penyelewengan golongan anti hadith.

Al Qard ialah penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarangpenambahan.

BAB 2 : ULUM SYARIYYAH - (SYARIAH ISLAM)

T.7 BAB 2 Isu-isu Semasa Syariah Islami. Amalan muamalat Islamii. Perubatan

SINOPSIS

Menjelaskan kepada pelajar mengenai sistem kewangan Islam (pinjaman, saham, takaful) dan isu-isu perubatan (ubatan, pemindahan organ dan pembedahan kosmetik)

.HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat menerangkan hukum isu syariah Islam dalam perkara berikut :

i. sistem kewangan Islam (pinjaman, saham, takaful) ii. Perubatan (ubatan, pemindahan organ dan pembedahan kosmetik)

ISI PEMBELAJARAN

ISU-ISU SEMASA SYARIAH ISLAM

Al Qard atau Pinjaman:

2.Al Qard: ialah pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan.

Firman Allah بَوا َم الرِّ Maksud Allah telah menghalalkan َوَأََحلَّ اللُه البَيَْع َوَحرَّberjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba Surah Al baqarah ayat 275

Maka setiap penambahan atau faedah ke atas hutang disebabkan peminjam lewat menjelaskan hutang atau faedah yang ditetapkan pada awal kontrak pinjaman, kedua-duanya adalah riba yang diharamkan oleh hukum syara

Orang yang memberi pinjaman, Orang yang meminjam, Barang yang dipinjamkan, Lafaz (aqad)

JENIS-JENIS HUTANG

Dalil Pengharaman riba

1.Al A’riah: pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma

Orang yang berhutang mempunyai tanggungjawab untuk memulangkan barang yang sama atau serupa dengan apa yang

dipinjam tanpa apa-apa tambahan terhadap harta yang dipinjam itu.Sebarang tambahan terhadap barang atau wang yang diberi pinjam

adalah ditegah dalam Islam kerana ia dianggap sebagai riba

RUKUN PINJAMAN

SYARAT ORANG YANG MEMBERI PINJAMAN

i. Orang tersebut mempunyai hak dan kuasa ke atas barang yang dipinjamkan.

ii. Berakal dan balighiii. Kerelaan sendiriiv. Manfaat dan kegunaan barang yang dipinjamkan di bawah

kekuasaannya.v. Bersetuju dengan tujuan dan tempoh pinjaman yang dipohon oleh peminjam.

SYARAT ORANG YANG MEMINJAM

i. Berakal dan balighii. Mengetahui dalam mengendalikan barang pinjaman dengan betul

bagi tujuan keselamataniii. Memulangkan barang pinjaman setelah tamat tempoh pinjaman/

perjanjian

Isu-isu berkaitan Pinjaman

“Wang faedah yang diperolehi dari bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada

Baitulmal.”

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan 1993

Caj perkhidmatan 3% PTPTN adalah tidak menyalahi syara, dengan syarat ia adalah kos sebenar pengurusan teknikal, Manakala caj yang dikenakan

melebihi kos sebenar adalah haram.

Majlis Fatwa Kebangsaan & Majlis Fiqh Sedunia dibawah OIC

Tidak harus menggunakan kad kredit konvensional di waktu kewujudan Kad Kredit Islam. Denda kelewatan melangsaikan bil wajib minima yang dikenakan kepada pemegang kad kredit konvensional adalah haram

kerana terdapat unsur Riba An-Nasiah

Kesatuan Fiqh Antarabangsa OIC 2000Qard Al-Hasan

- Transaksi pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur riba dan mengutamakan kebajikan dan keadilan sosial.

- Hukumnya adalah sunat- Nilai Qard al-Hasan lebih baik daripada pemberian sedekah

bersandarkan hadith Nabi S.A.W:“Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”. Rasulullah bertanya kepada Jibrail, “Kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah?” Jawabnya,

Saham ialah sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkongsian/awam,

yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat .

o saham tersebut bebas daripada riba’o pelaburan saham bukanlah di dalam syarikat korprat

atau perdagangan yang berurus niaga dalam perkara-perkara haram

o saham yang dibeli mestilah tidak mempunyai unsur spekulasi

         pemegang saham         pinjaman         kadar tertentu daripada keuntungan syarikat

i. Amanah rayaii. Skim pajak gadai Islam atau al-rahnuiii. Koperasi yang menawarkan skim pinjaman kewangan dan

pembiayaan untuk menunaikan haji atau umrah

 

- Transaksi pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur riba dan mengutamakan kebajikan dan keadilan sosial.

- Hukumnya adalah sunat- Nilai Qard al-Hasan lebih baik daripada pemberian sedekah

bersandarkan hadith Nabi S.A.W:“Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”. Rasulullah bertanya kepada Jibrail, “Kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah?” Jawabnya,

Contoh pelaksanaan Qard Hasan di Malaysia

Contoh pelaksanaan Qard Hasan di Malaysia

SAHAM

HUKUM SAHAM ADALAH HARUS JIKA:

RUKUN SAHAM

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah mengesahkan harus melabur dalam saham tersebut dan dividenya adalah halal kerana (kemaslahatan).

Namun Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengatakan kaedah dan implementasi  ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf patuh syariah. (37% adalah

tidak halal)

a) Syarikat yang aktivitinya halal. Hukumnya harus bermuamalah dengan saham syarikat ini tanpa sebarang khilaf.

b) Syarikat yang aktivitinya haram. Seperti bank yang mengamalkan riba, syarikat pembuatan arak dan sebagainya. Hukumnya haram secara ittifaq.

c) Syarikat yang aktivitinya syubhat.Syarikat yang mengeluarkan perkhidmatan dan barangan yang halal, tetapi kadangkala bermuamalah dengan uruniaga yang haram , seperti syarikat barangan elektrik, ubat-ubatan, kenderaan dan lain-lain yang membiayai aktiviti syarikat dengan pinjaman ribawi atau urusniaga yang melibatkan riba.

Khilaf ulama :- Pendapat pertama : Haram bermuamalah dengan saham syarikat ini

selagimana tidak 100% halal.- Pendapat kedua : Harus bermuamalah dengan saham ni tetapi dengan

syarat, berdasarkan kaedah fiqh dan nas yang terbina di atas asas memudahkan dan mengangkat kesusahan

- Pendapat ketiga : Makruh pendapat As-Syafie , Imam Ahmad dan lain-lain

Isu-Isu Saham & Pelaburan

HUKUM URUSNIAGA SAHAM SESUATU

ISU BERKAITAN ASB & ASN

Dalilnya “Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam melakukan kebaikan dan taqwa

dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan .”

Al-Maidah ayat 2

Takaful merupakan satu usaha kerjasama, lindung-melindungi dan tolong-menolong di antara anggota masyarakat yang menginginkan perlindungan dalam menghadapi kemungkinan malapetaka atau bencana.

Syarat yang perlu dipatuhi :i. Pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan

pihak bank tersebut,jika tidak ada haram dan terbatalii. Haram dan batal jika emas belum atau tidak diterima serta merta

ketika membuka akaun pelaburan emas itu.iii. Pelabur/pembeli mestilah mempunyai hak tasarruf bila-bila masa

dikehendakinya.

Syarat Tambahan:1- Tidak digunakan untuk aktivti riba2- Jumlah emas mencukupi ketika transaksi, wujud jumlah emas

mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.3- Cara pembayaran yang halal tunai, debit akaun sertamerta, kad

debit kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan. Cek antarabangsa kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah terlarang menurut fatwa majlis fiqh antarabangsa

4- Pemegang akaun pelaburan emas mestilah membayar zakat

Harus bagi seseorang untuk melaburkan sejumlah wang dan kemudian mewaqafnya untuk kegunaan ramai atau apa-apa organisasi , Majlis Fatwa

Kebangsaan Malaysia

SAHAM WAQAF

PELABURAN EMAS DI BANK

TAKAFUL MENURUT ISLAM

i. Pembahagian keuntungan secara betul ( Konsep Mudharabah).ii. Syarikat Takaful melabur di tempat yang halal, sebahagiannya

disumbangkan bagi menolong rakan-rakan peserta yang ditimpa kesusahan atau malapetaka.

iii. Manfaat yang akan peserta perolehi daripada skim dan pelan

PERJANJIAN PELAN TAKAFUL

Memindahkan organ seseorang pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga. Hukumnya : HARUS, dengan syarat :

i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.

ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana2 anggota yang diambil, hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya.

Memindahkan organ seseorang pesakit pesakit lain. Hukumnya : HARUS , dengan syarat :

i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.

ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam membuat keputusan tersebut.

Adakah boleh berubat menggunakan benda haram seperti arak .

i) Imam Malik dan Ahmad mengharamkan perubatan menggunakan benda haram.

ii) Imam Abu Hanifah mengharuskan perbuatan tersebut

iii) Ulama Syafie mengharuskan dengan meletakan beberapa syarat.a. Hendaklah perubatan yang menggunakan benda haram tersebut

ditentukan sendiri oleh seorang doktor muslim yang dikenali sebagai seorang yang amanah ,bercakap benar dan mengambil berat terhadap agamanya.

b. Tidak ada cara lain untuk mengubati penyakit seseorang kecuali yang haram,dan hendaklah tidak diniatkan menggunakan benda tersebut sebagai halal ketika mengubatinya dan tidak menggunakanya secara kadar yang berlebihan.

Isu-isu Perubatan

HUKUM PEMINDAHAN ORGAN

Menurut Fatwa Majlis Majma Fiqh:

Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti Kornea mata

Hukumnya : HARUS dengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.

Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung Hukumnya : HARAM

Memindahkan Organ yang boleh menghilang-upayakan fungsi anggota tersebut dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya. Hukumnya : HARAM, kiranya didermakan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersangat diperlukan.

Memindahkan anggota mayat kepada seorang yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu. Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.

Memindahkan organ binatang kepada manusia Hukumnya: HARUS, dengan syarat haiwan yang halal di makan dagingnya.

Menjual Organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran yang ditetapkan hasil organnya

Hukumnya: HARAM, kecuali jika si penerima @ mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.

a) HARAM dalam kes Hudud untuk menyambung anggota semula kerana bercanggah dengan maqsud pelaksanaan syariah. Kecuali dalam kes tersilap (Khata’)

b) Dlm Kes Qisas : HARUS hanya dalam keadaan :- i- Mangsa mengizinkan penyambungan dibuat selepas dilaksanakan qisas ii- Apabila mangsa boleh disambung anggotanya yang terputus.

Menyambung anggota yang putus akibat Hukum Hudud dan Qisas Hukumnya:

Pembedahan kosmetik

PERTAMA : Pembedahan untuk merawat pemandangan luaran manusia yang disebabkan keaiban atau kecacatan semulajadi yang berlaku atau disebabkan oleh faktor luaran seperti kemalangan dan kebakaran.

KEDUA : Pembedahan yang bertujuan untuk menambahkan kecantikan luaran manusia berdasarkan kehendak nafsu semata-mata seperti membesarkan atau mengecilkan buah dada, menegangkan kulit dan sebagainya.

Pembedahan untuk merawat segala keaiban yang menyakitinya atau menyebabkan lambat pergerakanya sekali pun terpaksa mengubah kejadian Allah adalah tidak dilarang oleh syarak.

Maka harus seseorang itu :

-Membuang gigi yang lebih pada mulutnya -Memendekan segala yang panjang yang ada ditempat yang berlainan pada badan -Menghilangkan lemak yang berlebihan dalam perut sekiranya memudaratkan tuan tubuh-Membaik pulih kulit yang terbakar sama ada dengan menggunakan kulit yang diambil di tempat lain atau dengan menggunakan sesuatu bahan yang diharuskan oleh syarak.-Membuang payudara bagi wanita disebabkan kanser.Pembedahan kosmetik @ solekan yang dilarang :

-Menipiskan bibir mulut ,hidung,-Membesarkan payudara -Membelah gigi -Mewarnakan uban tanpa sebarang keperluan dengan celupan yang tidak dibenarkan , -Memakai kanta lekap yang bewarna warni bukan untuk perubatan .-Menghilangkan anak-anak rambut yang ada dipipi bagi wanita -Menipis atau membuang bulu kening. -Memanjangkan rambutnya dengan memakai rambut palsu.

Pembedahan kosmetik atau lebih dikenali sebagai pembedahan plastik mula dikenali pada pertengahan era perubatan moden. Pembedahan plastik ini merangkumi dua keadaan iaitu:

i- .i- Jumhur Ulama Fiqh kontemporari mengatakan harus.ii- Sebahagian kecil daripada ahli-ahli Fiqh berpendapat haram kerana mengubah ciptaan

Allah

Hukum pembedahan

Pembedahan kosmetik @ solekan yang dilarang :

-Menipiskan bibir mulut ,hidung,-Membesarkan payudara -Membelah gigi -Mewarnakan uban tanpa sebarang keperluan dengan celupan yang tidak dibenarkan , -Memakai kanta lekap yang bewarna warni bukan untuk perubatan .-Menghilangkan anak-anak rambut yang ada dipipi bagi wanita -Menipis atau membuang bulu kening. -Memanjangkan rambutnya dengan memakai rambut palsu.

AKTIVITI

Bincangkan perkara perkara berikut:

1. Peranan waqaf dalam bidang pendidikan2. Hukum mengubah ciptaan Allah3. Lelaki lembut: Punca dan penyelesaiannya

BAB 2 ULUM SYARIYYAH - (AKHLAK ISLAM)

T.8 BAB 2 Konsep Akhlak:

i. Definisi akhlakii. Ciri-ciri akhlak Islamiii. Dalil-dalil akhlakiv. Kepentingan akhlak

SINOPSIS

Menjelaskan kepada pelajar mengenai definisi, ciri-ciri, dalil-dalil (Al-Ahzaab: 33, al-Qalam:4) dan kepentingan akhlak Islam

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat menerangkan hukum isu syariah Islam dalam perkara berikut :

1. Definisi akhlak2. Ciri-ciri akhlak Islam3. Dalil-dalil akhlak4. Kepentingan akhlak

ISI PEMBELAJARAN

KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM

PENGERTIAN AKHLAK

Ilmu yang membahaskanNilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu

- bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan - serta mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi- bertujuan untuk membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi - bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).

Bahasa Istilah

(al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik.

Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

(al-khulq) di dalam Al-Quran dua tempat sahaja,

Al-Qalam:4 dan al-ahzab: 21

(al-akhlaaku) jama (alkhuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, maruah, adat kebiasaan.

sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.

AKHLAK MENURUT ISLAM

PENGERTIAN OLEH SARJANA ISLAM

Imam Ghazali radiAllahu anhu

AKHLAK - suatu keadaan yang tertanam (sebati) di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian.

Ibn Miskawaih,ahli falsafah Islam

AKHLAK - jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia bagi membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah

suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia ,interaksi hidup antara

suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia ,interaksi hidup antara

Sebagai umat Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam, kita semua dituntut agar menjadikan baginda sebagai idola dan suri teladan yang paling utama.

KEPENTINGAN AKHLAK

1. Pemberat neraca timbangan

Perkara yang akan diambil kira oleh Allah di hari pembalasan nanti.

2. Mencerminkan keimanan

Cerminan keimanan seseorang , iman yang sempurna akan memprodukkan akhlak yang mulia

tidak boleh dipinda atau diubahsuai,

Memenuhi rohaniyah dan jasmaniyyah aqliyyah, dan antara kehidupan dunia dan akhirat.

seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat, dan masa.

tidak boleh mengutamakan atau mengabaikan salah satu - samada suruhan atau larangan

semua aspek kemanusiaan - rohaniyyah, jasmaniyyah dan aqliyyah

cara dan metod perlaksanaan menurutkehendak Islam.

Mencakupi suruhandan larangan

Bersih dalam perlaksanaan

Seimbang

Menyeluruh

Lengkap

Mutlak

CIRI-CIRI AKHLAK ISLAM

FUNGSI AKHLAK

AKHLAK ISLAM

Mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia

1. Segala tindakan manusia, secara sedar dan dengan ikhtiar2. Mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan.3. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa dan yang baik akan di balas

baik

Menilai perilaku, perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam lingkungan

Menilai perilaku, perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam lingkungan

PERBEZAAN ANTARA AKHLAK DAN MORAL

AKHLAK MORALBahasa Arab bererti perangai, tingkah laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti

Bahasa latin moralis atau mores iaitu jamak kepada perkataan mos bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai

Prinsip utama; pembinaan akhlak dan rohaniah manusia antaranya lain:

Beriman kepada AllahMembenarkan risalah

Muhammadiyyah dan mengamalkannya serta menjadikannya uswah hasanahMembenarkan Al-Quran Al-

Karim dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkan dan berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya

Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik

  Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram

     

Merupakan tindakan lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran dan pandangan umum dalam sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu masa dan tempat tertentu

Menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan As-Sunnah,

Nilaian bersifat relatif, subjektif dan temporal. boleh berubah menurut sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dan tempat

Info akhlak

1. Pakaian : Menurut Islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup aurat. Seandainya mereka tidak menutup aurat maka ia telah dianggap sebagai orang yang tidak berakhlak kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Berbeza dengan moral, jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, maka mereka masih dianggap bermoral oleh sesetengah pihak.

2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan : Fenomena seumpama ini sudah menjadi suatu lumrah bagi masyarakat di Barat dan masyarakat kita. Berdasarkan penilaian Barat perkara ini masih dianggap bermoral, sebaliknya jika dilihat dari sudut akhlak Islam, perlakuan sedemikian sudah dianggap tidak berakhlak.

3. Bersalaman : Bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram menurut Islam walaupun tujuannya untuk merapatkan hubungan. Tetapi perkara ini dibolehkan dalam sistem moral.

AKTIVITI

1. Senaraikan antara akhlak yang baik dan buruk sepanjang pemerhatian anda di kolej.

Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam kerana sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada diri Baginda adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswah hasanah. Iaitu contoh tauladan terbaik bagi seluruh kaum Muslimin. Allah subhaanahu wa taaala sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya: Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung. (Al-Qalam:4)

Dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Risalah itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh perbuatan dan cara hidup Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri. Perilaku dan cara hidup Rasulullah itu menjadi ikutan dan contoh tauladan untuk kesempurnaan hidup manusia.

AKHLAK YANG AGUNG

BAB 2 ULUM SYARIYYAH (AKHLAK ISLAM)

T.9 BAB 2 Isu-isu Akhlak Semasa

i. Pergaulanii. Hiburaniii. Makanan.

SINOPSIS

Menjelaskan kepada pelajar mengenai perbezaan akhlak Islam dan bukan Islam dalam pergaulan, hiburan dan pemakanan serta dalil-dalil (Al-Nuur: 31, Al-Baqarah: 168, Al-Hadiid:20).

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat membezakan akhlak Islam dan bukan Islam dari segi:

i. Pergaulanii. Hiburaniii. Makanan.

ISI PEMBELAJARAN

Adab-adab Pemakanan dalam Islam

Firman Allah S.W.T:

Makanan dan minuman adalah elemen yang penting dalam kehidupan bagi memastikan manusia dapat hidup dengan sejahtera

Islam menggariskan beberapa panduan bagi memastikan kehidupan manusia akan sejahtera bukan sahaja di dunia bahkan sehingga ke alam akhirat

Tahukah Anda…?

Dalam doa makan, kita memohon agar makanan itu diberkati Allah dan agar dihindarkan dari azab api neraka.

Makanlah serta minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.

Surah al-A`raf ayat 31

Halal:

-Segala sesuatu yang harus yang terlepas daripada larangan dan diizinkan Allah untuk melakukannya.

Haram:

-Sesuatu yang dilarang oleh Allah dengan larangan yang jelas

- orang yang melanggarnya akan dikenakan hukuman (siksa) di akhirat

- Adakalanya terkena hukuman di dunia

Prinsip-prinsip Islam tentang Halal dan Haram dalam pemakanan

Sabda Rasulullah s.a.w

Adab semasa makan

“Makanlah daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.”

Surah al-Nahl ayat 114

• Segala sesuatu pada asalnya harus (mubah)

•Menghalalkan dan mengharamkan sesuatu adalah hak Allah semata-mata.

•Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sama dengan syirik (mengambil alih tugas Allah)

• Makanan yang halal adalah suci dan bersih dari segi syarak.

•Binatang yang halal dimakan hendaklah disembelih oleh orang Islam.

•Makanan yang halal adalah bersumberkan rezeki yang halal dan begitulah sebaliknya.

• Niat yang baik tidak dapat menghalalkan yang haram.

•Islam membenarkan memakan makanan yang haram dalam keadaan darurat sahaja.

•Islam melarang memakan dan meminu sesuatu yang dapat membinasakan jiwa & akal.

•Makanan akan menjadi darah daging dan akan dipersoalkan oleh Allah “Sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas….”

•Membaca Bismillah dan doa pada awal menyuap makanan dan apabila selesai makan.

•Ucapan ini lebih baik jika dibaca dengan suara tinggi untuk mengingatkan orang-orang yang makan bersama dengannya.

•Jangan terlalu banyak minum ketika makan kecuali jika tercekik ataupun jika ia memang betul- betul dahaga

•Menggunakan tangan kanan

Adab semasa minum

mmm

Adab hiburan menurut Islam

•Membaca Bismillah dan doa pada awal menyuap makanan dan apabila selesai makan.

•Ucapan ini lebih baik jika dibaca dengan suara tinggi untuk mengingatkan orang-orang yang makan bersama dengannya.

•Jangan terlalu banyak minum ketika makan kecuali jika tercekik ataupun jika ia memang betul- betul dahaga

•Menggunakan tangan kanan

•Apabila minum, jangan meneguk sekaligus tetapi minumlah seteguk demi seteguk.

•Jangan bernafas di dalam gelas tetapi jauhkan sedikit gelas itu dari mulut.

•mengambil gelas dengan tangan kanan, kemudian membaca Bismillah apabila minum.

•Sebelum minum, sebaliknya diperhatikan dulu gelas atau bekas air.

•Apabila menyampaikan gelas atau bekas air kepasa orang lain, hendaklah dengan tangan kanan

•Sebaik-baik minum adalah dengan tiga nafas, bukan dihirup sekaligus.

Hiburan dalam Islam sangat berlawanan dengan konsep mencari hiburan dan kepuasan murahan bagi memenuhi tuntutan nafsu yang tiada sempadan.

Contoh Rasulullah berhibur dengan wanita tua tentang syurga.

Hukum Nyanyian

Pandangan ulama terhadap muzik

Dalam satu riwayat seorang perempuan tua masuk ke rumah Nabi s.a.w meminta baginda mendoakannya agar masuk ke syurga. Jawab Nabi s.a.w ,”Syurga tidak dapat menerima orang tua.”

Mendengar jawapan itu perempuan tua tersebut menangis tersedu-sedu kerana beranggapan bahawa ia tidak akan masuk syurga.

Melihat keadaan perempuan tersebut, baginda menjelaskan maksud kata-katanya: “Sesungguhnya itu tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua, bahkan akan diubah kepada keadaan muda belia.”

Kemudian baginda membacakan ayat: “Sesungguhnya kami ciptakan mereka itu dalam ciptaan yang lain.Maka kami jadikan mereka itu perawan-perawan yang menyenangkan dan sebaya.”

Al-Waqi`ah : 35-37

Menurut Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi:

“ Nyanyian adalah harus kerana muzik termasuk dalam perkara fitrah manusia.Ia juga termasuk dalam adat resam sesuatu bangsa. Islam tidak melarang sesuatu yang selari dengan fitrah dan diterima oleh adat atau cara hidup budaya setempat.”

Syeikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al-Azhar menjelaskan dengan tegas mengenai muzik:

a. Muzik sebagai penenang fikiranb. Muzik yang digunakan menepati konsep kesederhanaan dalam Islamc. Muzik yang dilarang apabila bercampu dengan perkara maksiatd. Muzik dibolehkan selagi tidak terdapat dalil yang mengharamkan

al-Ghazali:

Ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum penggunaannya dan mungkin berubah dari masa ke semasa iaitu

a. MasaMerujuk kepada masa- apakah muzik itu melalaikan seseorang daripada melakukan ibadah

b. TempatMerujuk kepada suasana, situasi atau upacara musik itu dipersembahkan.

c. AktivitiMerujuk kepada permainan muzik itu sendiri –adakah ia menjadi punca berlaku

Penggunaan peralatan muzik dalam Islam

Ciri-ciri hiburan yang dibenarkan di dalam Islam

Adab Pergaulan dalam Islam

al-Ghazali:

Ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum penggunaannya dan mungkin berubah dari masa ke semasa iaitu

a. MasaMerujuk kepada masa- apakah muzik itu melalaikan seseorang daripada melakukan ibadah

b. TempatMerujuk kepada suasana, situasi atau upacara musik itu dipersembahkan.

c. AktivitiMerujuk kepada permainan muzik itu sendiri –adakah ia menjadi punca berlaku

Menurut al-Ghazali

“Tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah nabi s.a.w yang melarang penggunaan alat muzik.”

Setiap alunan muzik yang mempunyai bunyi yang baik, tidak dilarang malah ia tidak lebih daripada nyaringan suara burung.

1. Lirik lagu yang bertema:a. Mengagungkan kekuasaan Allahb. Memuji Rasulullah s.a.wc. Mengajak kepada kebaikan

2. Lirik lagu yang dilarang:a. Memuja manusia seperti wanita, arak dan selain Allah.b. Bertemakan cinta manusiac. Melalaikan dan tidak membawa manfaatd. Bercanggah dengan ajaran Islam

Secara fitrahnya, manusia saling memerlukan dan bergantungan antara satu sama lain dan tidak boleh hidup keseorangan untuk meneruskan kehidupan.

Dr Yusuf al-Qardhawi di dalam Fatawa Mu`asyirah menyebutkan:

“Pada prinsipnya, perhubungan di atara lelaki dan wanita tidak dilarang secara mutlak, malahan dibolehkan selagi ia bermatlamat kebaikan dan atas perkara-perkara yang dibenarkan syarak dan wajib patuh kehendak ajaran Islam serta prihatin tentang akhlak dan adab.”

Firman Allah S.W.T:

“Wahai manusia ;”Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu dengan yang lain . Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya.

Surah al-Hujurat : ayat 13

Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan Islam

Adab-adab khusus untuk wanita Islam

FIKIRKAN!!!

Bagaimana adab pergaulan anda dengan ibu bapa, rakan-rakan dan guru anda

1. Ucapan iaitu perkataan yang baik dan sopan2. Menundukkan pandangan iaitu tidak melihat aurat dan tidak memandang dengan pandangan

syahwat3. Mengelakkan diri daripada berhimpit dan bersesak-sesak.4. Tidak berkhalwat iaitu berdua-duaan

1. Menutup aurat dihadapan lelaki ajnabi2. Tidak melunakkan ucapan iaitu tidak mengada-ngada atau bermanja-manja dalam percakapan

dengan lelaki ajnabi3. Menjaga pergerakan iaitu tidak memperlihatkan bentuk tubuhnya dengan berjalan lenggang-

lengguk yang menggoda.

BAHASA

ISTILAH

BAB 3 TAMADUN ISLAM

T.1 BAB 3 KONSEP TAMADUN ISLAM

i. Definisi tamadun Islamii. Matlamat tamadun Islamiii. Dasar tamadun Islam

SINOPSIS

Mencakupi penerangan mengenai definisi, matlamat dan dasar tamadun Islam serta perbandingannya dengan tamadun barat

HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan perkara-perkara berikut:

i. Definisi tamadun Islamii. Matlamat tamadun Islamiii. Dasar tamadun Islam

ISI PEMBELAJARAN

DEFINISI TAMADUN

ASAS TAMADUN ISLAM

Berasal daripada kata Arab : Madana, Hadharah, Madaniah – Bererti : Pembukaan bandar, Kemajuan, kemodenan, peradaban.

“Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. “

PROF. SYED NAQUIB AL-ATTAS

“Pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.”

IBNU KHALDUN

ILMU

BERTERASKAN AQIDAH TAUHID

Pembangunan dan kemajuan yang tunduk patuh kepada keagungan dan kebesaran Allah. Matlamat utama – Mengabdikan diri kepada Allah – menjadikan manusia tidak lupa diri dan tenggelam dalam kemewahan dunia yang mempersona.

Tertakluk kepada hukum dan peraturan yang digariskan oleh syariat – membina tamadun dikira ibadah. Negara Islam bertanggungjawab memelihara Maqasid Syariah. Kemajuan dan pembangunan tidak sampai menderhakai Allah.

SYARIAH

KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM

Al-Quran & Hadith menjadi dasar petunjuk dalam pembinaan tamadun. Kesannya – membawa ke arah kesejahteraan.

Berteraskan akhlak dan nilai-nilai kemanusiaan. Memainkan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi.

BERSUMBERKANAL-QURAN DAN HADITH

AKHLAK

NAQLI (Wahyu) – membina asas tamadun berpandukan ketetapan Allah.

AQLI (Kajian) – makenisme yang ada dalam peradaban itu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.

PERBEZAAN TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN

Tamadun Islam Tamadun Lain

MATLAMAT TAMADUN ISLAM

KEREDHAAN ALLAH

KESEJAHTERAAN MANUSIA

Kedudukan AgamaIslam agama yang lengkap yang mengatur seluruh kehidupan manusia termasuk tamadun.

Pembaharuan mengikut agama, bukan agama mengikut kemajuan.

Tamadun terpisah daripada agama. Tidak terikat dengan hukum halal – haram.Agama adalah sebahagian daripada kebudayaan. Kebudayaan sentiasa mengalami perubahan dan agama juga akhirnya mengalami perubahan. Lahirlah “Islam Liberal.”

Konsep Kemajuan

Kemajuan dinilai daripada aspek membawa ke arah kebaikan dan tidak merosakkan – dalam ruang lingkup ibadah.Contoh – membina senjata untuk mempertahankan diri, bukan membunuh sesuka hati.

Kemajuan berbentuk bebas tanpa batas. Unsur yang merosakkanpun diterima atas nama kemajuan dan moden.Contoh – Pusat hiburan dan arak dianggap lambang kemodenan.

Bentuk Kemajuan

Penekanan kepada aspek pembangunan kebendaan (material) dan pembangunan kerohanian secara sepadu. Contoh – Berjaya ke peringkat jutawan tetapiTidak sombong / dermawan dan taat Allah.

Penekanan hanya kepada aspek pembangunan kebendaan (material) semata-mata. Contoh – Perlumbaan untuk membina bangunan paling tinggi di dunia.

Mematuhi suruhan-Nya, meninggalkan larangan-Nya,Amar Ma’ruf Nahi Mungkar,Mengusahakan kebahagiaan di dunia & di akhirat.

Memelihara hubungan manusia dengan Allah.Memelihara hubungan manusia sesama manusia.Memelihara hubungan manusia dengan alam.

AKTIVITI

Bincangkan

1. Senaraikan keistimewaan Tamadun Islam dan perbezaannya dengan Tamadun Barat

Umum: Al- falah membawa erti kejayaan, keuntungan, kesejahteraan dan kemakmuran. Setiap tindakan manusia yang meletakkan matlamat untuk mencapai kejayaan disebut al-falah. Menurut al-quran: setiap keadaan yang memenuhi tuntutan-tuntutan kesatuan rohani dan jasmani di dunia sekaligus mengakibatkan kebahagian di akhirat disebut sebagai al-falah.

Pandangan Islam: Konsep al-falah yang ditekankan ialah untuk mendapat keuntungan, kebahagian dan kejayaan bukan sahaja di alam dunia tetapi kejayaan tersebut berkesinambungan untuk dikongsi di alam akhirat. Golongan manusia yang mendapat nikmat tersebut adalah kelompok manusia yang memperolehi kejayaan yang hakiki atau distilahkan sebagai al-falah.

Matlamat Al-Falah: menyemarakkan kemurnian dan keagungan peradaban Islam untuk kesejahteraan umum dengan cara mengintegrasikan keperluan duniawi dan ukhrawi secara bersepadu mengikut acuan agama.

Dalil-dalil Al-Falah

BAB 3 TAMADUN ISLAM

T.2 BAB 3 KONSEP AL-FALAH

Definisi Al-Falah dan dalil-dalil.Cara-cara mendapatkan AL-Falah

SINOPSIS

Mencakupi definisi al-Falah, dalil-dalil (Al-Mu’minun: 1- 11), dan cara-cara mendapatkan al-Falah.

HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan perkara-perkara berikut:

i. Definisi Al-Falah dan dalil-dalil.ii. Cara-cara mendapatkan AL-Falah

ISI PEMBELAJARAN

3.2 KONSEP AL-FALAH

Maksudnya: Sungguh beruntung orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.(al-Mukminun:1-6)

Allah S.W.T berfirman

Maksudnya: Dan (Allah berfirman ): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.(al-A`raf:96)

Kata-kata Hukama’

Mengharapkan kejayaan tanpa melalui landasannya, sesungguhnya kapal tidak belayar di atas daratan.

Ciri-ciri Orang Berjaya (Ayat 1-11 surah al-

Mu’minun)

Firman Allah S.W.T

Kesimpulan

Kelima,Mereka yang menjaga kehormatan daripada segala perbuatan maksiat seperti berzina, homoseks liwat dan sebagainya yang diharamkan oleh Allah.

Kedua, Mereka yang khusyuk dalam solat dengan memberi tumpuan mengingati Allah dengan merasakan kebesaran-Nya dan takutkan azab-Nya.

Ketiga,Mereka yang menjauhi perkara-perkara yang melalaikan. Contohnya seperti bohong, mencela, berbual perkara yang tidak berfaedah dan sebagainya.

Keempat, Mereka yang mengeluarkan zakat sebagai tanda menyucikan diri dan harta daripada sifat kedekut dan mementingkan diri.

Pertama, Mereka yang beriman akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kerana mereka menyakini Allah, rasul dan hari akhirat dan mendapat balasan syurga yang kekal selamanya.

Keenam, Mereka yang menjaga amanah dan janji iaitu apabila diberi amanah; tidak khianat dan apabila berjanji; ia tidak pula mungkir.

Ketujuh, Mereka yang menjaga solat dengan menunaikannya tepat pada waktunya dan menyempurnakan rukun-rukun serta syarat-syaratnya.

Untuk menjadi seorang mukmin yang berjaya ketujuh-tujuh sifat ini perlu ada dalam diri seorang mukmin supaya dapat menjadi seorang hamba yang taat dan patuh kepada perintah Allah, serta dikasihiNya seterusnya menjadi hamba yang memperoleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Cara-cara mendapatkan Al-Falah.

1. Belajar  

Belajar merupakan kaedah yang paling asas untuk umat Islam memahami sesuatu tentang agamanya. Antara kaedah pembelajaran yang berkesan ialah dengan bertanya kepada guru.

Fiman Allah: Maka bertanyalah kepada “ahlul zikri” (orang-orang berilmu) jika kamu tidak mengetahui.

Selain ia meletakkan kita sebagai orang yang dikasihi oleh Allah, ia juga dapat mewujudkan perasaan takut kepada Allah

Fiman Allah: “Takutlah kepada Allah niscaya Allah akan mengajari kalian“ (Qs. Al baqarah ayat 282)

2. TAKUT KEPADA ALLAH

Perasaan takut hanya kepada Allah akan melahirkan Muslim yang bermotivasi tinggi untuk melaksanakan ketaatan dan menghindari kemungkaran.

Fiman Allah: “ Hanyasanya orang yang takut kepada Allah ialah dikalangan hambanya yang berilmu”.

3. MENGAMALKAN ILMU YANG DIKETAHUI

Nabi SAW bersabda: “ Barangsiapa yang mengamalkan ilmu yang ia ketahui maka Allah akan memberikan kepadanya ilmu yang belum ia ketahui”.

4. TIDAK MENCINTAI DUNIA SECARA BERLEBIHAN

Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang zuhud pada dunia (tidak cinta dunia), maka Allah akan berikan kepadanya ilmu tanpa belajar”.

5. Berdoa

Rasulullah menyarankan kepada kita senantiasa berdoa agar diberikan ilmu dan al-falah dari Allah swt.

Allah swt berfirman : “Katakanlah  (hai Muhammad Saw.)  Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan” (QS Thaha [10] ayat 113)

6. Berdakwah

Jika kita berdakwah dengan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran maka Allah akan berikan kepada kita jalan-jalan kejayaan (al-falah).

Firman Allah “Dan orang-orang yang berjuang di jalan kami (berjihad dan mendakwahkan agama) maka akan kami tunjukan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang ihsan (muhsinin) (QS Al’ankabut [69] ayat 69).

Pengurusan masaDisiplinTekunPerancangan yang rapi

Kesimpulan

Untuk mendapat keredhaan Allah, marilah kita mengamalkan konsep al-Falah dalam kehidupan seharian agar matlamat dan visi kita tercapai.

AKTIVITI

1. Bincangkan ciri ciri al falah berdasarkan ayat 1 -11 Surah Al Mukminun.2. Hafaz ayat 1-11 Surah Al Mukminun.

BAB 3 TAMADUN ISLAM

T.3 BAB 3 TOKOH-TOKOH ISLAM

i. Syeikh Idris Al-Marbawiii. Prof. Dr. Ahmad Ibrahim

SINOPSIS

Merangkumi latar belakang dan sumbangan tokoh-tokoh tersebut dalam pembangunan tamadun Islam.

HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan latar belakang, personaliti dan sumbangan tokoh berikut dalam pembangunan tamadun Islam:

i. Syeikh Idris Al-Marbawiii. Prof. Dr. Ahmad Ibrahim

ISI PEMBELAJARAN

SYEIKH IDRIS AL-MARBAWI (1893 – 1989)

Nama sebenarnya ialah Mohd Idris bin ‘Abdul Rauf al-Marbawi. Beliau digelar Idris al-Marbawi sempena menggunakan nama keturunannya bersempena kampung asal beliau iaitu Lubuk Merbau, Perak.Syeikh Idris dilahirkan di sebuah kampung bernama Misfallah di Makkah pada 28 Dzulkaedah 1313 Hijrah bersamaan 10 Mei 1896Beliau kembali ke rahmatullah padaOktober 1989, dimakamkan di Kampung Lubuk Merbau, Perak ketika ber usia 96 tahun

BIODATA RINGKAS

ANUGERAH YANG DITERIMA

- Pada 5 Julai 1980 Allahyarham Syeikh Idris al-Marbawi telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.

- Pada tahun 1987 bersamaan 1 Muharram 1408H, beliau ditabalkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan yang pertama berdasarkan sumbangan serta pengetahuan yang tinggi terhadap Islam di Nusantara, khususnya di Malaysia. Ketika menerima anugerah itu tokoh Maal Hijrah itu berumur 95 tahun.

- Pada 19 April 1988, beliau telah dianugerahkan Pingat Ahli Mahkota Perak (AMP) oleh Sultan Perak, Paduka

KETOKOHAN

- Idris AlMarbawi adalah seorang tokoh di dalam bidang persuratan dan ulama yang tidak asing lagi bukan sahaja di Nusantara, malah di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang bahasa Arab, ilmu Hadith, tafsir dan fiqah.

-Kamus Al-Marbawi , hasil nukilannya adalah kamus Arab-Melayu yang terunggul sekali di Nusantara sehingga hari ini.

ABADI

- Nama beliau juga telah diabadikan pada sebuah kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan nama Kolej Idris al-Marbawi.

- Sekolah pertama tempat beliau belajar menggunakan dinamakan Sekolah Kebangsaan Sheikh Idris al-Marbawi.

-Beliau telah menggunakan wang ganjaran Tokoh Ma’al Hijrah untuk menubuhkan sebuah Kolej Pengajian Islam yang dinamakan Kolej Idris Al-Marbawi Al-Islami di Ipoh, Perak

PENDIDIKAN

PENDIDIKAN AWAL

- Mendapat pendidikan awal di Makkah Al Mukaramah. Ketika berusia 10 tahun, beliau mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk al-Quran di samping beberapa buah kitab lain

- Pada tahun 1333 Hijrah / 1913 Masihi beliau pulang ke tanahair bersama keluarganya. Sekembalinya ke tanahair, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan pertama di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak.

PENDIDIKAN AWAL

- Mendapat pendidikan awal di Makkah Al Mukaramah. Ketika berusia 10 tahun, beliau mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk al-Quran di samping beberapa buah kitab lain

- Pada tahun 1333 Hijrah / 1913 Masihi beliau pulang ke tanahair bersama keluarganya. Sekembalinya ke tanahair, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan pertama di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak.

PENDIDIKAN MENENGAH

- Beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok seperti : - Sekolah Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, - Pondok Tuan Hussain al-Mas’udi di Kedah,- Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam - Pondok Tok Kenali di Kelantan.- Setelah menamatkan pengajian, beliau bertugas sebagai guru agama di Perak.

PENDIDIKAN TINGGI

Pada tahun 1924, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar Mesir dan berjaya mendapat Ijazah ‘Aliyah

ANUGERAH YANG DITERIMA

- Pada 5 Julai 1980 Allahyarham Syeikh Idris al-Marbawi telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.

- Pada tahun 1987 bersamaan 1 Muharram 1408H, beliau ditabalkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan yang pertama berdasarkan sumbangan serta pengetahuan yang tinggi terhadap Islam di Nusantara, khususnya di Malaysia. Ketika menerima anugerah itu tokoh Maal Hijrah itu berumur 95 tahun.

- Pada 19 April 1988, beliau telah dianugerahkan Pingat Ahli Mahkota Perak (AMP) oleh Sultan Perak, Paduka

KEPERIBADIAN

Syeikh Idris Al Marbawi sangat mencintai ilmu dan penghayatan beliau terhadap ilmu sangat tinggi. Belaiu sangat merendah diri. Bahkan semasa diminta berucap setelah dianugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah, beliau dengan terus terang menyatakan yang beliau tidak layak berucap di situ kerana merasakan dirinya masih kekurangan ilmu.Dalam satu kejadian lain pula, beliau telah dilihat mengambil wudhu’ dengan menggunakan air yang sangat minimum yang tidak habis segayung air.

Syeikh Mohd Idris al-Marbawi juga telah menghasilkan beberapa kitab tafsir al-Quran dalam Bahasa Melayu. Antaranya ialah : Tafsir Quran Marbawi, Tafsir Quran Nurul-Yaqin dan Tafsir Surah Yasin

Semasa di Mesir, Idris Al Marbawi mulai sedar mengenai pendidikan anak bangsanya di Tanah Melayu . dirinya. Ketika itulah beliau mula menyusun kamus Arab/Melayu atau lebih dikenali sebagai Kamus Idris al-Marbawi yang diterbitkan pada tahun 1937.

SUMBANGAN

Kitab Bahrul Mazi -Bahrul Mazi li Syarh Mutkhtasar Sahih Tarmizi.

Kitab ini merupakan terjemahan lengkap berserta syarahnya kepada Hadith Sahih Tarmizi yang membicarakan 8200 permasalahan agama dan hal ehwal dunia akhirat.

Antara karya yang lain yang bertajuk: Terjemahan Kitab Bulughul Maram, Mu’jam al-Ka’inat, Jami’ul Ulum, Usul al-Islam, Nizamul Hayah,

Fikirkan ketekunan tokoh ini dalam bidang ilmu dan bagaimana kita dapat mencontohinya

PROF. TAN SRI DATUK AHMAD BIN MOHAMED IBRAHIM

(1916-1999)

BIODATA

Nama sebenar Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim ialah Ahmad bin Mohamed Ibrahim

Prof.Tan Sri Datuk Ahmad bin Mohamed Ibrahim dilahirkan pada 15 Mei 1916 di Singapura, dan kembali ke rahmatullah pada 17 April 1999 di Gombak, Malaysia ketika berusia 82 tahun akibat penyakit jantung.

SIFAT PERIBADI

Prof. Ahmad Ibrahim seorang yang tidak sombong, peramah, cepat mesra,lemah lembut, suka senyum,dan berhemah tinggi.

- Beliau sangat mencintai ilmu. Malah sangat obses membaca dan menulis.

LATAR BELAKANG KELUARGA

Beliau berasal daripada keluarga yang berlatarbelakangkan pendidikan agama.

Bapa beliau Mohamaed Ibrahim merupakan seorang doctor perubatan yang aktif di dalam aktiviti sosial berkaitan umat Islam.

- Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim merupakan satu-satunya tokoh ilmuan negara yang berjaya menguasai dua aliran undang-undang dalam satu masa yang sama - iaitu undang-undang sivil dan undang-syariah.

- beliau merupakan tokoh undang-undang Islam negara yang telah mencorakkan pelaksanaan undang-undang Islam bukan saja di Malaysia dan Singapura tetapi pengaruhnya sampai ke seluruh dunia

- Digelar oleh rakan-rakannya sebagai walking encyclopaedia of Malaysian law (ensiklopedia bergerak undang-undang Malaysia).

PENDIDIKAN

PENDIDIKAN AWAL

- Professor Ahmad Ibrahim menerima pendidikan awal di Victoria Bridge School.- Ketika berusia 13 tahun, beliau telah lulus peperiksaan Junior Cambridge- Ketika berusia 14 tahun beliau telah lulus dengan kepujian peperiksaan Senior Cambridge, tetapi tidak

boleh memasuki Raffle Collage kerana usia terlalu muda. - Beliau kemudiannya meneruskan pengajiannya di Raffle Institution

PENDIDIKAN TINGGI

- Ketika berusia 16 tahun Professor Ahmad Ibrahim berjya memasuki Raffle College, dan memperolehi ijazah Bacelor of Arts dari Universiti London ketika berusia 19 tahun pada tahun 1935

- Ketika usia 20 tahun, beliau berjaya memenangi hadia biasiswa Queen dan berjaya memasuki St. John’s College, Universiti Cambridge Cambridge dan Middle Temple, London.

PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK

- 1st class Economics Tripos I, University of Cambridge - 1st class Law Tripos II, University of Cambridge - George Long Prize for Roman Law- Certificate of Honour, Bar Final, Middle Temple, London (beliau satu-satunya calon peguam di waktu itu

yang mengambil peperiksaan di Singapura sedangkan calon-calon lain menduduki peperiksaan tersebut di London)

- M.A. 1965 dari Universiti Cambridge - Beliau juga dianugerahkan dengan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang (LLD) dari Universiti Nasional

Singapura pada 5th June 1965.

ANUGERAH DAN PENGHARGAAN- Anugerah Johan Mangku Negara (J.M.N) oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong pada tahun 1974, - Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (D.M.P.N) oleh Yang Dipertua Negeri of Pulau Pinang- Pingat Allama Muhammad Iqbal oleh kerajaan Pakistan pada tahun 1979,- Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong pada tahun 1987, - Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1989 and - Pingat Tun Razak pada tahun 19923

BAB 3 TAMADUN ISLAM

PENGALAMAN PEKERJAAN

- Professor Ahmad Ibrahim memualakan kerjayanya sebagai Majistret di Singapura pada 1946 sebelum dinaikkan pangkat sebagai Hakim pada 1947.

- Pada 1948 beliau menjadi pensyarah di Raffles College- Beliau kemudiannya menjadi peguambela dan peguamcara dari tahun 1949 hingga 1955. Salah satu kes

kontroversi yang pernah dikendalikannya ialah kes Natrah @ Maria Hertogh di mana beliau merupakan peguambela bagi pihak ibu angkat Natrah

- Beliau juga merupakan ahli Penggubal Undang-Undang dari 1952 hingga 1955- Pada 1955, beliau sekali lagi bertugas sebagai Hakim dan dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya pada 1956.

Seterusnya beliau dilantik sebagai Pendakwaraya pada 1957.- Pada tahun 1959, Prof. Ahmad Ibrahim dilantik sebagai Peguamcara Negara. Pada tahun 1963, beliau dinaikkan

pangkat menjadi Peguam Negara Singapura- Pada 1967, beliau dilantik sebagai Duta Singapura ke Mesir sehingga 1968.- Setelah 22 tahun berkhidmat untuk Singapura, beliau memohon kerakyatan Malaysia dan berkhidmat di dalam

bidang pendidikan undang-undang di Malaysia. Pada tahun 1969, beliau dilantik sebagai Professor Undang Undang di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya

- Pada tahun 1983, apabila Universiti Islam Antarabangsa ditubuhkan, Profesor Ahmad Ibrahim dilantik menjadi dekan yang pertama Fakulti Undang-undang.

SUMBANGAN

Beliau merupakan pengasas kepada penubuhan 2 buah Sekolah Undang-undang terkemuka iaitu Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya dan Kulliyyah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

- Di UIAM. Allahyarham berpeluang luas untuk menggubal dan melaksanakan sebuah sistem pembelajaran yang berinteraksi antara undang-undang sivil dan syariah di Kulliyyah Undang-undang. Hasil perjuangan beliau, sistem perundangan syariah telah diterima dan diiktiraf sebagai berperanan penting dalam sistem perundangan Malaysia

- Jasa beliau yang paling besar dalam mengangkat dan menaiktaraf undang-undang syariah adalah penggubalan Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan Fasal (1A). Fasal (1A) Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa mendengar apa-apa perkara yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah

- Beberapa hari sebelum meninggal dunia Tan Sri Ahmad Ibrahim sempat meninggalkan sebuah lagi khazanah ilmu buat umat Islam. Beliau berjaya menyiapkan bukunya yang terakhir berjudul ‘Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia’

KETOKOHAN

T.3 BAB 3 TOKOH-TOKOH ISLAM

Dr. Wahbah ZuhailiDr. Yusuf Al-Qaradhawi

SINOPSIS

Merangkumi latar belakang dan sumbangan tokoh-tokoh tersebut dalam pembangunan tamadun Islam.

HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan latar belakang, personaliti dan sumbangan tokoh berikut dalam pembangunan tamadun Islam:

i. Dr. Wahbah Zuhailiii. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

ISI PEMBELAJARAN

SYEIKH FAQIH DR WAHBAH ZUHAILI

Nama sebenar Wahbah Mustafa al-Zuhaili dan digelar Abu ‘Ubadah. Ini kerana salah seorang anaknya bernama ‘Ubadah

Dilahirkan pada 6 Mac 1932M/Tahun 1351H diperkampungan Dir ‘Atiyah di pinggir Kota Damsyiq, Syiria

Ibunya bernama Hajjah Fatimah binti Mustafa Sa’adah. Seorang ibu yang warak dan bepegang teguh dengan syari’at dan beramal dengannya

Kepakaran

Beliau merupakan pakar dalam Ilmu Fiqh, Usul Fiqh dan Fiqh al-Muqaran (Fiqh Perbandingan).

Ayahnya bernama al-Haj Mustafa al-Zuhaili seorang hafiz al-Quran, bekerja sebagai peladang dan peniaga.

BIODATA RINGKAS

PENDIDIKAN AWAL

- Beliau mendapat didikan dan tarbiyah sejak kecil lagi dari kedua orang ibu bapanya- Syaikh juga mempelajari sekolah rendah dan tamat di perkampunganya - Beliau kemudiannya berpindah sekolah ke Kota Damsyiq atas dorongan ibunya

PENDIDIKAN MENENGAH

- Syaikh menyambung pengajian menengah dan thanawi di Kota Damsyiq.- Pada tahun 1946 menyambung pengajian di Kuliah Syariah - sebuah maahad yang bertaraf tinggi di Syiria. - pada tahun 1952 mendapat darjah Tajhiz – Thanawi – Syar’iyyah

PENDIDIKAN TINGGI

Kemudian syaikh menyambung pengajian ke Mesir. Beliau telah belajar di beberapa Kuliah dan di beberapa universitI pada waktu yang sama. Namun secara khususnya, beliau mempelajari di Universiti al-Azhar dalam dua Kuliah iaitu Syari’ah dan Lughah Arabiah di Kuliah Undang-undang di Universiti ‘Ain Syams. Sijil yang beliau perolehi:

i. Sijil Syahada ‘Aliah dalam Syariah Islamiah daripada Kuliah Syariah, Universiti al-Azhar tahun 1956. Kedudukannya ialah tempat pertama dari keseluruhan pelajar.ii. Ijazah Takhassus dengan pengajaran dan pendidikan daripada Kuliah Lughah Arabiah, Universiti al-Azhar tahun 1957iii. Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Syari’ah Universiti ‘Ain Syam pada tahun 1957

PENDIDIKAN TERTINGGI

- Syeikh Wahbah meneruskan pengajiannya pada peringkat Master dan pada tahun 1959 beliau telah memperoleh Master dalam Syariah Islamiah dari Kuliah Huquq (Undang-undang) dan tajuk risalahnya ialah al-Zara’I Fi al-Siasah al-Syar’iyyah wa al-Fiqh al-Islami.- Selepas itu beliau meneruskan kajian ilmiahnya dan memperolehi Ph.D pada tahun 1963 di Universiti Kaherah dengan tajuk tesisnya Athar al-Harb Fi al-Fiqh al-Islami : Kajian Perbandingan.

PENDIDIKAN

SUMBANGAN

- Pada tahun 1963, syeikh Wahbah Az zuhaili mula berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Syariah Universiti Damaskus.- Dilantik menjadi dekan dan ketua Jurusan Fiqh Islami Wa Mazhabih- Pada tahun 1975 dianugerahkan gelaran Profesor.

- Beliau merupakan pakar dalam Ilmu Fiqh, Usul Fiqh dan Fiqh al-Muqaran (Fiqh Perbandingan).

- Syeikh Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili adalah seorang ulama Fiqh kontemporari peringkat dunia. Pemikiran fikihnya tersebar ke seluruh dunia Islam melalui kitab-kitab fiqh tulisanya.

- Kitab Syeikh Wahbah Az Zuhaili yang terkenal adalah berjudul al-Fikih al-Islami wa Adillatuh yang merangkumi semua bab fiqh.

- Kitab ini merangkumi semua bab fiqh yang meliputi 11 jilid besar

Syeikh Wahbah az-Zuhaili menulis buku, kertas kerja dan artikel dalam berbagai ilmu Islam. Buku-bukunya melebihi 133 buah buku dan jika dicampur dengan risalah-risalah kecil melebihi lebih 500 makalah. Satu usaha yang jarang dapat dilakukan oleh ulama kini seolah-olah ia merupakan as-Suyuti kedua (as-Sayuti a - aniṭ Ṭ ) pada zaman ini, mengambil sampel seorang Imam Shafi’iyyah yaitu Imam as-Sayuti.

Karya-karya beliau yang lain yang terkenal ialah;

1. Tafsir al-Munir2. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami3. al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh4. Qissah Quraniyyah5. at-Tafsir al-Wajiz

AKTIVITI

1. Cari maklumat berkaitan Dr Yusuf al Qaradawy