memupuk budaya keusahawanan

10
MEMUPUK BUDAYA USAHAWAN DALAM KALANGAN PELAJAR DI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN: SATU KAJIAN DESKRIPTIF Farizah Ariffin Asmiza Osman Rashdan Rashid Abstrak Program Transformasi Nasional adalah usaha kerajaan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Ianya seiring dengan usaha kerajaan bagi membentuk masyarakat menjadi golongan usahawan dan usaha dilakukan oleh banyak pihak sejak di bangku sekolah lagi sehinggalah ke peringkat IPT. Dasar dan program digubal untuk merealisasikan hasrat ini antaranya matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di peringkat sekolah dan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi di IPT. Kajian ini menghuraikan peranan yang diambil oleh Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin bagi meneruskan kesinambungan usaha memupuk budaya usahawan tersebut. Kata kunci: usahawan, politeknik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. 1 PENDAHULUAN Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi tekanan dan cabaran besar dalam mendepani persaingan abad ke-21. Bagi merealisasikan cita-cita negara, satu usaha utama ke arah peningkatan daya saing, produktiviti serta inovasi negara harus dilaksanakan. Misi Nasional yang telah diumumkan oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan Bajet 2006 (Ucapan Bajet, 2006) dalam usaha untuk membantu graduan di mana kerajaan akan melaksanakan: a. Skim Usahawan Muda di bawah Kementerian Usahawan dan Koperasi dalam bidang ICT, pelancongan, produk halal serta pemperosesan dan pembungkusan makanan. b. Pusat Latihan Kemahiran Negeri menambah pengambilan pelatih dan memperkenalkan kursus baru di bawah Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian. Sebanyak 100 juta ringgit diperuntukkan untuk melatih 4,800 pelatih, dan c. Program PROSPER siswazah dilaksanakan untuk menggalakkan siswazah menceburi bidang keusahawanan. Untuk permulaan seramai 200 graduan dibantu memulakan perniagaan pada tahun 2006, dengan pembiayaan sehingga 50 ribu ringgit bagi setiap usahawan. Menerusi Misi Nasional, negara berupaya untuk membangunkan ekonomi negara secara lebih berdaya saing dan berdaya tahan iaitu melalui pembudayaan keusahawanan. Usaha ini diteruskan dengan Pelaksanaan Transformasi Nasional oleh Datuk Seri Najib Tun Razak (Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan, n.d.). Sehubungan itu, Kementerian

Upload: uum

Post on 24-Jan-2023

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MEMUPUK BUDAYA USAHAWAN DALAM KALANGAN PELAJAR DI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN: SATU KAJIAN DESKRIPTIF

Farizah Ariffin Asmiza Osman Rashdan Rashid

Abstrak

Program Transformasi Nasional adalah usaha kerajaan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Ianya seiring dengan usaha kerajaan bagi membentuk masyarakat menjadi golongan usahawan dan usaha dilakukan oleh banyak pihak sejak di bangku sekolah lagi sehinggalah ke peringkat IPT. Dasar dan program digubal untuk merealisasikan hasrat ini antaranya matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di peringkat sekolah dan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi di IPT. Kajian ini menghuraikan peranan yang diambil oleh Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin bagi meneruskan kesinambungan usaha memupuk budaya usahawan tersebut. Kata kunci: usahawan, politeknik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. 1 PENDAHULUAN

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi tekanan dan cabaran besar dalam mendepani persaingan abad ke-21. Bagi merealisasikan cita-cita negara, satu usaha utama ke arah peningkatan daya saing, produktiviti serta inovasi negara harus dilaksanakan. Misi Nasional yang telah diumumkan oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan Bajet 2006 (Ucapan Bajet, 2006) dalam usaha untuk membantu graduan di mana kerajaan akan melaksanakan:

a. Skim Usahawan Muda di bawah Kementerian Usahawan dan Koperasi dalam bidang ICT, pelancongan, produk halal serta pemperosesan dan pembungkusan makanan.

b. Pusat Latihan Kemahiran Negeri menambah pengambilan pelatih dan memperkenalkan kursus baru di bawah Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian. Sebanyak 100 juta ringgit diperuntukkan untuk melatih 4,800 pelatih, dan

c. Program PROSPER siswazah dilaksanakan untuk menggalakkan siswazah menceburi

bidang keusahawanan. Untuk permulaan seramai 200 graduan dibantu memulakan perniagaan pada tahun 2006, dengan pembiayaan sehingga 50 ribu ringgit bagi setiap usahawan.

Menerusi Misi Nasional, negara berupaya untuk membangunkan ekonomi negara secara lebih berdaya saing dan berdaya tahan iaitu melalui pembudayaan keusahawanan. Usaha ini diteruskan dengan Pelaksanaan Transformasi Nasional oleh Datuk Seri Najib Tun Razak (Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan, n.d.). Sehubungan itu, Kementerian

Pengajian Tinggi (KPT) telah mengorak selangkah ke hadapan apabila memperkenalkan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi pada 13 April 2010 sebagai langkah menggalakkan pembangunan modal insan dalam melahirkan siswazah usahawan yang sentiasa bersedia menghadapi cabaran pembangunan ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengumumkan yang dasar berkenaan mempunyai enam teras strategik. Salah satu daripadanya ialah menubuhkan pusat keusahawanan di setiap IPT untuk merancang, menyelaras, memantau dan menilai program serta aktiviti pendidikan keusahawanan (Kementerian Pengajian Tinggi, 2010). Kesedaran peri pentingnya membudayakan sifat keusahawanan dalam diri pelajar terus diberi perhatian. Ini dibuktikan melalui objektif Transformasi Politeknik yang ketiga di dalam pelan Halatuju dan Agenda Transformasi Politeknik yang direncanakan oleh Jabatan Pengajian Politeknik. Penulis sendiri berpeluang menghadiri majlis pelancaran pelan tersebut yang disempurnakan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri pada 25 Februari 2010 lalu di Putrajaya International Convention Centre. Lima objektif Transformasi Politeknik telah digariskan iaitu:

a. Melonjakkan politeknik sebagai institusi peneraju dalam bidang latihan teknikal tertentu pada peringkat diploma berlandaskan kepada pendidikan latihan teknik dan vokasional;

b. Mengukuhkan kerelevenan dan responsif program pengajian di politeknik terhadap kehendak pembangunan ekonomi Negara;

c. Menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan graduat berkualiti

yang berdaya usahawan (enterprising), berkebolehpasaran tinggi serta berdaya saing;

d. Membina reputasi dan jenama yang mampu meletakkan politeknik antara institusi pengajian tinggi Negara yang terbaik;dan

e. Mempelbagaikan dan meluaskan penawaran program yang mampu menarik minat

pelajar ke politeknik.

Pembudayaan keusahawanan dikenalpasti sebagai wadah terbaik untuk memanafaatkan bidang tujahan (niche area) dan teknologi tertentu bagi menghasilkan modal insan yang berinovasi. (“Program Keusahawanan,” 2012). Menurut Abdul Said (2012) pendidikan keusahawan yang diterapkan dalam Kemahiran Hidup Bersepadu dapat diserapkan dalam pendidikan usahawanan di peringkat yang lebih tinggi. Dalam pada itu Mohd Khaled (2007) menyatakan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi akan mengembangkan nilai-nilai keusahawanan tulen supaya tenaga kerja kita tidak lagi cenderung untuk kerja makan gaji semata-mata, sebaliknya memilih makan gaji sebagai pilihan terakhir mereka.

1.1 Objektif kajian ini adalah tertumpu kepada:

1.1.1 Mengenalpasti langkah-langkah yang diambil oleh Sistem Pendidikan

Negara dalam menerapkan pendidikan keusahawanan. 1.1.2 Mengenalpasti program-program keusahawanan yang dijalankan di

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

2 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK BUDAYA USAHAWAN DALAM KALANGAN PELAJAR

Bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam menerapkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar, beberapa langkah telah diambil bagi merealisasikan hasrat tersebut.

2.1 Pembudayaan Keusahawanan melalui Sistem Pendidikan Negara

Proses pembudayaan keusahawanan merupakan satu proses jangka panjang dan memerlukan usaha berterusan. Di negara kita proses pembudayaan keusahawanan telah menjadi satu tumpuan utama dan ianya telah dimulakan dengan melibatkan golongan pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah, pelajar di institusi pengajian tinggi serta masyarakat umum. Memandangkan betapa pentingnya bidang keusahawanan ini dan juga selaras dengan matlamat kerajaan yang berhasrat menyusun semula masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera, maka kerajaan telah merangka strategi untuk membentuk budaya usahawan yang lebih berkesan dan berstruktur. Pembudayaan keusahawan ini dapat dibahagikan kepada program yang berbentuk secara langsung atau tidak langsung dan dijalankan oleh pelbagai pihak. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Pembudayaan Keusahawanan melalui kurikulum sekolah. Beberapa sukatan pelajaran berkaitan dengan keusahawanan seperti Prinsip Akaun, Perdagangan, Pengajian Perniagaan, Kemahiran Hidup, Matapelajaran Vokasional, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumahtangga, dan sebagainya telah dibentuk untuk tujuan berkenaan. (Abdul Said, 2012). Manakala Institut Keusahawanan Negara, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pula memperkenalkan Program Usahawan Muda (PUM) kepada pelajar sekolah menengah. Ia bertujuan memberikan pendedahan dan pengalaman “hands-on” kepada pelajar sekolah mengenai sistem operasi dan pembubaran syarikat berdasarkan model koperasi. Ia juga meliputi Simposium Keusahawanan, Konvensyen PUM dan Kem Keusahawanan [Program Usahawan Muda (PUM), 2012].

2.2 Pembudayaan Keusahawanan di IPT

Elemen terpenting untuk memupuk sesuatu budaya itu adalah bermula dari peringkat awal dan ia diterajui oleh sistem pendidikan negara. Maka tidak hairanlah mengapa kerajaan telah memperkenalkan unsur amalan keusahawanan dalam kurikulum yang bertujuan menyemai dan memupuk budaya keusahawanan. Pendidikan formal dalam bidang keusahawanan melahirkan generasi baharu usahawan yang dapat memajukan usahawan dan negara. Di dalam Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Tinggi Negara, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan berhasrat melihat institusi pengajian tinggi negara memainkan peranan penting dalam merangsang perubahan negara ke arah K-ekonomi atau ekonomi berasaskan pengetahuan. Dalam konteks ini, ekonomi kita haruslah berasaskan kepada inovasi dan bukan lagi berasaskan pelaburan modal semata-mata. Inovasi adalah merupakan salah satu ciri penting keusahawanan. Hanya dengan pengetahuan dan inovasi Malaysia mampu bersaing dan berjaya di arena antarabangsa.

Program pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar pengajian tinggi bermula sejak tahun 1989 melalui Program Pembangunan Usaha Siswa yang bertujuan mendedahkan golongan siswa kepada asas-asas keusahawanan menerusi seminar atau bengkel. Program ini terus diperkembangkan kepada 10 buah IPTA pada tahun 1995. Dua lagi program baru telah perkenalkan mulai 2001 iaitu Latihan Keusahawanan Siswa yang memberi panduan dari aspek peluang, kaedah dan perancangan perniagaan serta Kursus Asas Keusahawanan Siswa yang disasar kepada siswa tahun akhir. Sewaktu berucap di Majlis Perasmian Karnival Usahawan IPTA di Johor Baharu pada 23 Disember 2004, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada ketika itu memaklumkan hasil pelaksanaan ketiga-tiga program di atas telah memberi pendedahan dan latihan keusahawanan kepada 37,191 orang mahasiswa. Sebahagian besarnya diberi pendedahan keusahawanan menerusi Program Pembangunan Usaha Siswazah iaitu melibatkan seramai 33,035 pelajar, diikuti dengan Latihan Keusahawanan Siswa seramai 3,215 dan baki 941 orang lagi pelajar mengikuti Kursus Asas Keusahawanan Siswa. (Mohamed Khaled, 2007).

Pada tahun 2004 satu lagi program keusahawanan turut diperkenalkan di kampus iaitu ‘Student In Free Enterprise’ atau SIFE1. Program ini telah membuka peluang kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi untuk menyertai pertandingan keusahawanan pelajar di peringkat antarabangsa. Persada ini mengaktifkan golongan siswa untuk berfikir secara global dalam usaha untuk menerobos pasaran yang lebih besar dan berpeluang menikmati kekayaan yang terdapat di peringkat dunia. Menerusi program SIFE mahasiswa dilatih untuk merancang dan mengendalikan aktiviti yang memiliki elemen keusahawanan yang diuruskan secara berkumpulan. Program ini dilaksana untuk satu jangkamasa tertentu dan yang lebih pentingnya adalah kumpulan mahasiswa tersebut berpeluang berurusan dan membina rangkaian kerjasama dengan sektor korporat. Program ini seterusnya diperkasakan menerusi geran daripada yayasan atau pihak swasta. Beberapa anugerah juga telah diperkenalkan seperti anugerah etika keusahawanan yang tinggi dan anugerah kepada syarikat yang berjaya menghasilkan pelan penjimatan kos perniagaan. SIFE juga mempertingkatkan keberkesanan program 'intership’, menawarkan biasiswa untuk pelajar-pelajar yang menang dan 'special attachment’ selama beberapa bulan di universiti luar negara di mana pelajar-pelajar tersebut berkongsi pengalaman bersama usahawan yang berjaya sebagai mentor. Senario ini merupakan sesuatu yang amat bernilai untuk mereka membina 'networking’ bukan sahaja sesama mereka tetapi juga dengan rakan-rakan 'internship’ dari negara lain yang mengikuti program tersebut (Mohamed Khaled, 2007).

3 PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN DI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)

Politeknik tidak terkecuali dalam arus Pembudayaan Keusahawanan di kalangan pelajar. Beberapa langkah telah disusun dan diatur bagi merealisasikan hasrat kerajaan ini.

1 SIFE merupakan pentas antarabangsa yang menguji kumpulan pelajar terhadap budaya usahawan, inovasi dan kepimpinan. Terdapat wakil kumpulan dari Malaysia yang telah menyertai pertandingan di SIFE Global dan berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga.

3.1 Pendidikan Keusahawanan secara formal Bermula sebagai pusat perkembangan kemahiran, asas keusahawanan dipupuk melalui kursus yang ditawarkan seperti kursus PB201 Keusahawanan dan PB504 Pembangunan Keusahawanan (Ministry of Higher Education, 2011a, 2011b) yang memberi input berkaitan perkara-perkara berikut : a. Membentuk idea perniagaan untuk memulakan perniagaan. b. Membentuk pelan perniagaan yang memenuhi kehendak institusi kewangan. c. Menyediakan penyata kewangan dan membangunkan kawalan stok. d. Pengenalan kepada keusahawanan yang menjelaskan perbezaan konsep usahawan

dan peniaga. e. Isu keusahawanan seperti etika perniagaan, tatacara memulakan perniagaan dari

segi perundangan dan tanggungjawab sosial usahawan serta ICT dalam keusahawanan.

f. Pemilihan idea dan peluang perniagaan yang membincangkan aspek sumber idea perniagaan, proses menjana serta mengenalpasti idea perniagaan, mengkaji dan memilih idea perniagaan.

g. Rancangan Perniagaan di mana pelajar diajar tentang kepentingan dan ciri-ciri Rancangan Perniagaan yang baik serta berpeluang menyediakan Rancangan Perniagaan sendiri mengikut format yang betul.

h. Khidmat Sokongan dari aspek kewangan, latihan pengurusan keusahawanan, teknologi ,lokasi serta ruang niaga dan pemasaran.

Selain penyampaian di bilik kuliah, para pelajar turut diberi tugasan yang mencabar ketangkasan minda untuk melahirkan idea inovatif dan kreatif serta berdaya saing di pasaran.

Konvensyen Koperator Politeknik dan Kolej Komuniti pada 5-7 Disember 2005 telah mengeluarkan resolusi untuk mewujudkan Pusat Eram-urus (incubator) di setiap politeknik dan Kolej Komuniti (Harun, 2012). Di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, pembudayaan keusahawanan ini diterjemahkan dengan penubuhan beberapa inkubator keusahawanan pada 2008 (Gambar 1). Dengan mengambilkira manafaatnya kepada warga pelajar yang mendiami kamsis, pengurusan tertinggi politeknik mengambil keputusan untuk membina bangunan yang menempatkan inkubator bakeri, salon dan fotografi di kafe pentadbiran dan persekitaran kamsis pelajar. Pemupukan nilai-nilai murni, penampilan progresif dan budaya turut ditekankan demi melahirkan usahawan yang berkualiti dan berjaya. Kursus keusahawanan yang pada awalnya tertumpu kepada pelajar program Pengurusan Perniagaan kemudiannya turut ditawarkan sebagai kursus elektif kepada pelajar yang mengikuti program Pengurusan Pelancongan, Pengurusan Hotel dan Katering, Sains Kesetiausahaan, Kejuruteraan Mekanikal dan juga Kejuruteraan Elektrik. Pembudayaan keusahawanan kemudiannya diperluaskan lagi ke bidang ko-kurikulum dengan tertubuhnya Kelab Usahawan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin pada sesi Julai 2007. Seminar dan forum keusahawanan daripada agensi khidmat seperti MARA turut diadakan untuk memberi pendedahan serta sebagai persediaan pelajar berhadapan dengan bidang keusahawanan.

Usaha pembudayaan keusahawanan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin terus dipergiatkan dengan beberapa strategi yang lain iaitu menerusi Karnival Usahawan, penubuhan unit inovasi serta program-program kursus jangka pendek di bawah Jabatan Perdagangan. 3.2 Karnival Usahawan Karnival Usahawan merupakan acara tahunan yang diadakan sempena majlis konvokesyen. Menerusi karnival ini para pelajar diberi peluang untuk merasai pengalaman berniaga dan berhadapan dengan masyarakat umum serta cara berniaga yang sebenarnya. Tempoh perniagaan selama tiga hari mungkin dianggap singkat, tetapi apa yang lebih penting menerusi karnival seperti ini para pelajar berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

3.3 Unit Inovasi dan Keusahawanan Penubuhan Unit Inovasi dan Keusahawanan PTSS pada Oktober 2008 membuka ruang kepada pelajar untuk menterjemahkan ilmu-ilmu keusahawan dalam bentuk yang praktikal. Sebanyak empat unit kedai beroperasi hasil usahasama di antara beberapa pelajar dengan bimbingan pensyarah penyelia. Pelbagai kemahiran merangkumi aspek pengurusan perniagaan, pentadbiran, pemasaran dan komunikasi yang dipelajari di bilik kuliah diaplikasikan di sini. 3.4 Program Latihan Jangka Pendek Enam program telah disusun di bawah program latihan jangka pendek yang diusahakan oleh para pensyarah Jabatan Perdagangan, PTSS. Penyertaan program-program ini adalah terbuka kepada semua pelajar semester akhir dari jabatan akademik di PTSS dan ia dilaksanakan pada bulan November dan Disember. Walau bagaimanapun hanya 175 orang sahaja yang terpilih untuk menyertai mana-mana satu daripada enam program yang ditawarkan. Jika sebelum ini ada pelajar yang menjadi orang tengah untuk program membuat kemeja-T bagi rakan-rakan kampus, kini bentuk keusahawanan diperluaskan. Di antara kursus yang ditawarkan adalah kursus asas perniagaan, kursus pengurusan taska, kursus perniagaan dobi, kursus baik pulih telefon, kursus kecantikan dan kursus penternakan.

Jadual 3.4.1: Senarai program, tempoh dan objektif kursus jangka pendek

keusahawanan di PTSS.

Bil. Program Bil. hari berkursus Objektif

1 Kursus Asas Perniagaan (40 peserta)

8 hari

Membuka minda dan meransang semangat keusahawanan di kalangan para peserta agar menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

2 Kursus Pengurusan Taska (35 peserta)

14 hari

Menyalurkan pengetahuan dan kemahiran tambahan berkaitan bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Melahirkan usahawan terlatih yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan TASKA/TADIKA.

3 Kursus Perniagaan Dobi (20 peserta)

10 hari

Menyalurkan pengetahuan dan kemahiran tambahan berkaitan bidang pengurusan serta pengendalian dobi. Melahirkan usahawan terlatih yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan cucian pakaian.

4 Kursus Baik Pulih Telefon (20 peserta)

12 hari

Melahirkan usahawan lepasan politeknik dalam bidang kepakaran baik pulih telefon yang berdaya saing.

5 Kursus Kecantikan (30 peserta)

7 hari

Memupuk minat di kalangan para peserta dalam bidang kecantikan dan seterusnya merealisasikan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi dengan menceburi bidang kecantikan sebagai bidang perniagaan.

6 Kursus Penternakan (30 peserta)

10 hari

Memupuk minat di kalangan para peserta dalam bidang penternakan dan seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan usahawan tani yang berjaya.

Gambar-gambar berikut diambil daripada kursus baik pulih telefon, kursus penternakan dan kursus perniagaan dobi yang dianjurkan oleh Unit Keusahawanan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Majlis Perasmian Inkubator Keusahawanan PTSS.

Peserta-peserta diperkenalkan kepada alatan baikpulih.

Memberi makanan kepada kambing ternakan.

Memberi rawatan suntikan kepada kambing.

Peserta sedang mencuba peralatan di kedai dobi.

Peserta-peserta dalam aktiviti perbincangan.

3.5 Program Perantis Selain daripada tumpuan program latihan keusahawan yang disenaraikan, unit Inovasi dan Keusahawanan mengadakan Program Perantis (Apprenticeship Programme) yang khusus disasarkan kepada pelajar-pelajar yang baru tamat pengajian di PTSS. Program ini lebih memberi penekanan kepada latihan yang menjurus kepada meningkatkan kemampuan graduan untuk merebut peluang memperolehi pekerjaan selepas tamat program. Mereka yang mengikuti program ini akan diberi latihan selama tiga hingga enam bulan bergantung kepada jenis program yang disertai. Program Perantis dipelopori oleh empat orang pelajar yang menjalani latihan industri bagi sesi Januari 2010. Program ini dilaksana dengan kerjasama salah sebuah anak syarikat ZFAS Group iaitu Vurzberg Marketing di bawah Program Usahawan Inkubator Technopreneur (Wireless Broadband & Telekomunikasi) yang menjalankan perniagaan telekomunikasi dan peruncitan.

4 KESIMPULAN Dapat dirumuskan memupuk budaya usahawan di kalangan pelajar merangkumi beberapa peringkat bermula dari aspek penerapan budaya keusahawanan dan latihan keusahawanan sehingga ke peringkat pengembangan jaringan perniagaan bagi mempertingkatkan prestasi dan kemajuan perniagaan. Ia perlu disusuli dengan khidmat nasihat dan bimbingan kepada usahawan dan bakal usahawan. Langkah-langkah yang telah diambil oleh Sistem Pendidikan Negara untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan termasuklah mengadakan Simposium Keusahawanan, Konvensyen PUM dan Kem Keusahawanan, Program Pembangunan Usaha Siswa, Latihan Keusahawanan Siswa, Kursus Asas Keusahawanan Siswa dan ‘Student In Free Enterprise’ (SIFE).

Pembudayaan usahawan di peringkat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dilaksana melalui penerapan kemahiran insaniah yang merangkumi aspek keterampilan diri, keberkesanan komunikasi dan kepimpinan. Melalui penglibatan dan pemerhatian pengkaji di dalam Unit Keusahawanan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, beberapa aktiviti telah dikenalpasti untuk dilaksanakan di politeknik ini dalam usaha memupuk budaya usahawan dalam kalangan pelajar. Usaha ini bermula dengan Pendidikan Keusahawanan secara formal melalui kursus yang ditawarkan. Seterusnya melalui program-program Karnival Usahawan, Penubuhan Unit Inovasi dan Keusahawanan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Program Latihan Jangka Pendek dan Program Perantis. RUJUKAN Abdul Said, A. (2012, July 18). Pendidikan Keusahawanan dalam kalangan pelajar:

Perspektif dan Cabaran. Utusan Borneo. Retrieved August 8, 2012 from http://eprints.ums.edu.my/4584/1/nc0000001801.pdf .

Harun, M. (2012). Koperasi Politeknik Tubuh Pusat Inkubator Keusahawanan. Retrieved

April 21, 2012 from http://www.angkasa.coop/pelancar/arkib/jan06/january019.html . Kementerian Pengajian Tinggi. (2010). Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi

Pengajian Tinggi. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi.

Ministry of Higher Education. (2011a). PB201 Entrepreneurship (pp. 1–10). Ministry of Higher Education. (2011b). PB504 Entrepreneurship Development (pp. 1–8). Mohamed Khaled, Nordin (2007). Keusahawanan Dasar, Pembangunan dan Pembudayaan.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan. (n.d.). (pp. 69–98). Program Keusahawanan. (2012). Retrieved August 8, 2012 from

http://www.mohe.gov.my/portal/pelajar/program-keusahawanan.html . Program Usahawan Muda (PUM). (2012). Retrieved August 15, 2012 from http://

http://www.insken.gov.my/web/guest/program-usahawan-muda. Ucapan Bajet 2006. (2006). Retrieved April 21, 2012 from

elib.uum.edu.my/kip/Record/iium290302. Farizah Ariffin. Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. emel: [email protected] Asmiza Osman. Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. emel: [email protected] Rashdan Rashid. Othman Yeop Abdullah Graduate School, Universiti Utara Malaysia. emel: [email protected]