maahad tahfiz al quran waltarbiyah

12
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WALTARBIYAH PUSAT PENGAJIAN ILMU-ILMU ISLAM

Upload: independent

Post on 05-Dec-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

   

 

 

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN

WALTARBIYAH

PUSAT PENGAJIAN ILMU-ILMU ISLAM

   

KERTAS KERJA

*** OLEH ***

USTAZ MUHAMAD ZAMZURI BIN YAZID AL-HAFIZ

IMAM MASJID BANDAR JERTEH

TERENGGANU.

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN

WALTARBIYAH (PUSAT PENGAJIAN ILMU-ILMU ISLAM)

LOT 366, KAMPUNG BATU TUMBUH,

22200 BESUT, TERENGGANU.  

   

PENGENALAN Al-Quran merupakan satu mukjizat yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW yang kekal sehingga hari qiamat. Sebagai petunjuk kepada jalan benar, maka adalah penting bagi setiap umat Islam mempelajari, menghayati dan mengamalkan setiap ajaran, arahan dan tegahan yang terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Bukhari dan At-Tirmidzi yang bermaksud :-

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”

Hadis ini mengingatkan kita betapa pentingnya Al-Quran itu untuk dipelajari dan diajarkannya kepada yang lain. Mempelajari Al-Quran meliputi bacaan yang betul, fasih dari segi makhrajnya serta mengenali hukum-hukum tajwid. Kemahiran berbahasa Arab merupakan satu kelebihan yang membolehkan seseorang itu menghayati pembacaan Al-Quran dan memahami makna-maknanya.

Atas dasar inilah maka menjadi tanggungjawab ibu bapa memberikan

pendidikan Al-Quran kepada anak-anak supaya sentiasa terpelihara dari segala

gejala negatif dalam menjalani kehidupan seharian. Tanggungjawab ibu bapa

dalam menyediakan pendidikan kepada anak-anak bukan sahaja untuk kejayaan

dalam kehidupan duniawi tetapi juga ukhrawi. Apa yang menjadi persoalan

dalam perkara ini adakah ibu bapa mempunyai pengetahuan yang mencukupi

dan masa yang terluang untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Senario pada hari ini memperlihatkan bahawa kebanyakan ibu bapa

adalah terdiri daripada mereka yang bekerja di mana sebahagian besar masa

mereka dihabiskan di pejabat. Malahan ada di antara mereka yang mempunyai

aktiviti-aktiviti lain selepas waktu pejabat. Hakikat ini sama ada secara langsung

atau tidak, telah menyumbang kepada kurangnya masa yang terluang untuk

memberi perhatian kepada anak-anak dari aspek-aspek tertentu seperti

pendidikan, pengajian Al-Quran, moral, psikologi dan sebagainya. Justeru itu,

adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencari alternatif lain untuk

melaksanakan tanggungjawab serta amanah Allah kepada mereka.

   

Hakikat ini telah mendorong saya untuk membuka sebuah pusat

pendidikan kanak-kanak dan dewasa bagi membantu meringankan beban dan

tanggungjawab ibu bapa dalam menyediakan pendidikan kepada anak-anak

mereka terutama di dalam bidang pengajian Al-Quran. Selain itu, usaha ini

merupakan satu tanggungjawab saya sebagai seorang Islam terhadap orang

Islam yang lain melalui penyebaran ilmu pengetahuan yang telah dikurniakan

Allah kepada saya.

Untuk membolehkan usaha murni ini dilaksanakan maka saya telah

menyediakan kertas kerja ini dengan tujuan untuk menyediakan maklumat-

maklumat yang diperlukan bagi membolehkan pihak tertentu membuat penilaian

serta pertimbangan terhadap permohonan ini.

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WALTARBIYAH

Maahad Tahfiz Al Quran Waltarbiyah yang dimaksudkan merupakan

sebuah pusat pendidikan kanak-kanak dan dewasa lingkungan umur 12 tahun ke

atas. Pusat pengajian berkenaan akan memberikan penekanan kepada sistem

pendidikan Islam yang menjurus kepada pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain

disamping mata pelajaran-mata pelajaran lain seperti Bahasa Malaysia, Bahasa

Inggeris, Matematik dan Sains.

   

Sistem pendidikan ini bertujuan untuk menyediakan pendidikan serta

pendedahan kepada kanak-kanak dengan asas-asas ilmu pengetahuan yang

diperlukan sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolahan yang sebenar.

Dengan pendedahan ini, kanak-kanak berkenaan akan berupaya untuk

meneruskan pembelajaran sama ada di sekolah menengah, sekolah-sekolah

agama seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat Diploma, Ijazah di

dalam negeri mahupun di luar Negara.

Butiran mengenai Pusat Pengajian berkenaan adalah seperti berikut :-

Nama : MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WALTARBIYAH

PUSAT PENGAJIAN ILMU-ILMU ISLAM

Alamat : LOT 366, KAMPUNG BATU TUMBUH,

22020 JERTEH,

TERENGGANU.

No. Telefon : 013-3686131

OBJEKTIF

1. Melahirkan generasi Al-Quran yang berwawasan dan cintakan

Al-Quran.

2. Meramaikan hafiz dan hafizah dikalangan masyarakat Islam.

3. Meningkatkan kemahiran dan mutu bacaan Al-Quran.

4. Membentuk individu yang berakhlak berdasarkan Al-Quran.

   

SUKATAN PELAJARAN

Sukatan pelajaran yang digunakan berdasarkan sukatan pelajaran Jabatan

Agama Islam Negeri Terengganu atau Negeri-negeri seluruh Malaysia.

MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN

Mata pelajaran-mata pelajaran yang ditawarkan adalah bertujuan untuk

menyediakan kepada pelajar yang belajar di akademi berkenaan dengan asas-

asas ilmu pengetahuan yang meliputi pelbagai bidang perkara dengan

penekanan kepada Tahfiz Al-Quran dan Fardhu Ain.

Berikut adalah mata pelajaran-mata pelajaran yang ditawarkan adalah

terbahagi kepada dua bahagian :-

UKHRAWI

DUNIAWI

1. Tahfiz Al-Quran

2. Bahasa Arab

3. Jawi / Khat

1. Bahasa Malaysia

2. Bahasa Inggeris

3. Matematik

   

4. Pengetahuan Agama Islam /

Fardhu Ain

5. Qiraat

6. Feqah

7. Usul Feqah

8. Tauhid Uluhiyah

9. Tajwid Al-Quran

10. Balaghoh

11. Adat Hamlatul Quran

12. Taranum

13. Fanni Qitobah

4. Sains

5. Pengajian Islam

6. Ekonomi Asas

TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar yang disediakan di Maahad Tahfiz Al Quran

Waltarbiyah adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan dan

kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan. Ini adalah untuk menjamin sistem

pendidikan yang disediakan menepati syarat-syarat yang telah ditentukan.

Tenaga pengajar yang akan mengendalikan akademi berkenaan adalah terdiri

daripada mereka yang berkelulusan seperti berikut :-

   

1. Ijazah Maahad Shubro Mesir - Pengajian Islam UIA

2. Diploma Tahfiz Darul Quran JAKIM - Pengajian Syariah UM

3. STU/STPM/SMU - Universiti Yarmouk, Jordan

4. 4 Thanawi - Universiti Islam Madinah

PERINGKAT UMUR Maahad Tahfiz Al Quran Waltarbiyah ini akan memberikan

pengkhususan kepada pelajar dalam lingkungan peringkat umur di antara 12

tahun ke atas. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa di peringkat umur

berkenaan, pelajar lebih mudah memahami dan menerima apa yang diajar.

HARI / MASA Maahad Tahfiz Al Quran Waltarbiyah ini akan dibuka pada hari Ahad

hingga Khamis, bermula dari jam 7.45 pagi hingga 3.30 petang. Jangka waktu

ini memberikan peluang kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka

di akademi ini yang bukan sahaja beroperasi sebagai sebuah Pusat Pengajian

Ilmu-ilmu Islam malahan juga dapat membendung masalah sosial di kalangan

anak-anak masa kini.

   

KEMUDAHAN ASAS Maahad Tahfiz Al Quran Waltarbiyah ini akan menyediakan kemudahan-

kemudahan seperti dewan pengajian, asrama, dewan makan, masjid,

perpustakaan, padang permainan, dewan serbaguna, uniform/pakaian sekolah

(jubah putih).

YURAN PENGAJIAN Berikut adalah butiran mengenai yuran pengajian yang dicadangkan :-

1. Yuran Pendaftaran : RM 100.00

(Untuk Pengambilan Pelajar Baru Sahaja)

2. Makanan/Minuman : RM 100.00

3. Yuran Bulanan : RM 150.00

JUMLAH : RM 350.00

KESIMPULAN Al-Quran adalah induk bagi masyarakat Islam dan merupakan sumber rujukan berbagai-bagai kemusykilan dari hal-hal yang bersangkutan dengan kehidupan duniawi dan ukhrawi. Kandungan Al-Quran yang meliputi pelbagai pengajaran hidup dan sumber ilmu pengetahuan dapat mendidik dan membimbing masyarakat Islam ke arah kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Seiringan dengan itu, Maahad Tahfiz Al Quran Waltarbiyah telah menetapkan

   

matlamat untuk menerapkan nilai-nilai murni bersesuaian dengan tuntutan Al-Quran bermula dari peringkat umur kanak-kanak lagi.

Dengan itu adalah diharapkan agar permohonan untuk menubuhkan akademi ini akan mendapat perhatian, pertimbangan dan kelulusan dari pihak tertentu dan seterusnya pengambilan pelajar untuk sessi 2011 akan dapat dilaksanakan.

Dengan kelulusan tersebut, Maahad Tahfiz Al Quran Waltarbiyah diharap akan menjadi satu alternatif kepada ibu bapa dalam menyediakan asas-asas pendidikan Islam kepada anak-anak mereka.  

   

   

Tarikh

Kepada sesiapa yang berkenaan, Tuan, PER : MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PEMBINAAN KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WALTARBIYAH

Sukacita dimaklumkan bahawa saya bagi pihak Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Al Quran Waltarbiyah memerlukan dana kewangan bagi tujuan membina dan menubuhkan Kompleks Maahad Tahfiz Al Quran Waltarbiyah di alamat berikut Lot 366, Kampung Batu Tumboh, 22200 Besut, Terengganu. Untuk pengetahuan pihak tuan, kos keseluruhan kompleks dianggarkan berjumlah RM 6 juta. Kompleks ini melibatkan pembinaan satu unit surau, satu blok pejabat urusan, dua blok bangunan dewan kuliah, dua blok bangunan asrama, dewan makan, padang permainan, 6 unit kediaman tenaga pengajar dan satu unit kediaman pengarah kompleks tersebut.

Semua sumbangan tersebut boleh disalurkan terus kepada saya ataupun dimasukkan ke

bank melalui Maahad Tahfiz Al Quran Waltarbiyah. No. Akaun : 13-035-01-006262-7 (Bank Islam Malaysia Berhad) atau Akaun Maybank : 563046108522

Segala kerjasama dan pertimbangan serta sumbangan kewangan yang pihak tuan berikan

terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih. Sekian.

Yang benar, (USTAZ MUHAMAD ZAMZURI BIN YAZID AL-HAFIZ) PENGARAH MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WALTARBIYAH

Maahad  Tahfiz  Al-­‐Quran  Waltarbiyah  (Pusat  Pengajian  Ilmu-­‐Ilmu  Islam)                                                                      Lot  366,  Kampung  Batu  Tumbuh,                                                                                                                                                                                                                  Kampung  Raja  22200  Besut                                                                                                                                                                                                                    Terengganu  Darul  Iman.                                                                                                                                                                                                                                                Tel:    013-­‐3686  131  /  012-­‐9005  518                                                                                                                                                                                                                      Laman  Web:  http://www.Maahad-­‐Tahfiz.com      Email:    support@maahad-­‐tahfiz.com