lateral thinking po - the provocative operation six thinking hats water logic (and flowscapes) cort...

24
1 PENDAHULUAN Tajuk: Edward de bono 1993 menggunakan pendekatan kod thinking program. Huraikan yeori di atas dlm membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanak2. Edward de Bono Edward De Bono merupakan seorang tokoh ahli fikir yang sangat terkenal di dunia. Beliau memperkenalkan beberapa jenis pemikiran dan menjadi bahan rujukan utama ahli fikir masa kini. Beliau merupakan ahli fikir terkemuka yang telah menghasilkan puluhan buah buku yang telah diterjemahkan ke dalam 37 bahasa . Beliau juga telah dijemput untuk menyampaikan syarahan di 54 buah negara. Beliau adalah pengasas pemikiran lateral yang menganggap kreativiti sebagai tingkah laku yang menghasilkan maklumat dalam sistem otak dan diterjemahkan melalui pergerakan dan tingkahlaku seseorang individu menggunakan rangkaian neural dalam otak. Daripada pertimbangan sedemikian wujudlah pemikiran lateral, pemikiran selari dan sebagainya. Edward De Bono ( 1993 ) telah menggunakan pendekatan CORT THINKING PROGRAM dalam membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanak-kanak. Teori ini bertujuan mengukur tahap perkembangan otak kanak-kanak mengikut peringkat umur dan kebolehan diri kanak-kanak. Menurut Edward De Bono, kreativiti seseorang individu wujud di dalam diri seseorang individu tanpa disedari oleh individu manusia itu sendiri.

Upload: upm

Post on 30-Jan-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1 PENDAHULUAN

Tajuk: Edward de bono 1993 menggunakan pendekatan kod thinking program. Huraikan

yeori di atas dlm membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanak2.

Edward de Bono

Edward De Bono merupakan seorang tokoh ahli fikir yang sangat terkenal di dunia. Beliau

memperkenalkan beberapa jenis pemikiran dan menjadi bahan rujukan utama ahli fikir

masa kini. Beliau merupakan ahli fikir terkemuka yang telah menghasilkan puluhan buah

buku yang telah diterjemahkan ke dalam 37 bahasa . Beliau juga telah dijemput untuk

menyampaikan syarahan di 54 buah negara. Beliau adalah pengasas pemikiran lateral yang

menganggap kreativiti sebagai tingkah laku yang menghasilkan maklumat dalam sistem

otak dan diterjemahkan melalui pergerakan dan tingkahlaku seseorang individu

menggunakan rangkaian neural dalam otak. Daripada pertimbangan sedemikian wujudlah

pemikiran lateral, pemikiran selari dan sebagainya.

Edward De Bono ( 1993 ) telah menggunakan pendekatan CORT THINKING

PROGRAM dalam membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanak-kanak. Teori

ini bertujuan mengukur tahap perkembangan otak kanak-kanak mengikut peringkat umur

dan kebolehan diri kanak-kanak. Menurut Edward De Bono, kreativiti seseorang individu

wujud di dalam diri seseorang individu tanpa disedari oleh individu manusia itu sendiri.

2 PEMERINGKATAN PEMIKIRAN EDWARD DE BONO

Bagaimana Kita Boleh Berfikir ?

Semasa berfikir, otak bertindak dengan usaha untuk memahami ransangan luar yang

diterima oleh deria. Selepas itu,otak menukar ransangan ke dalam bentuk konsep, membuat

tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.

Wujudnya Pemikiran....

Pemikiran merupakan suatu proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti

mental murid-murid, merupakan satu aktiviti mental dalam proses penyelesaian masalah.

yang mana merupakan keupayaan otak dalam pelbagai kemahiran berfikir.

Proses Pemikiran

Berlaku satu proses bagaimana otak kanan manusia berfikir secara kreatif dan bahagian kiri

berfikir secara kritis. Sebagai rumusan, pemikiran ialah satu usaha otak manusia untuk

mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar.

Edward de Bono (1995) menyatakan, terdapat 5 premis yang menyebabkan kreativiti

sebagai kebolehan yang perlu dimiliki oleh individu, organisasi dan masyarakat.

Antaranya ialah:

Untuk perubahan dan pembaikan.

Untuk menyelesaikan masalah.

Untuk memberi nilai dan peluang baharu.

Untuk masa depan.

Untuk motivasi.

Bagi peringkat kanak-kanak,Edward De Bono telah mencipta cara untuk mengesan

kebolehan kanak-kanak melalui beberapa teori tertentu.

Edward De Bono telah mempopularkan teori beliau berasaskan kepada dua asas pemikiran

utama iaitu

• Lateral Thinking • PO - The Provocative Operation• Six Thinking Hats • Water Logic (and flowscapes)• CoRT thinking for teaching thinking in schools

2.1. PEMIKIRAN MENDATAR

Pemikiran mendatar juga dikenali sebagai " Lateral Thinking" yang diperkenalkan oleh Dr

Edward De Bono. Menurut Dr Edward De Bono ,Pemikiran Lateral ialah satu cara

penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau

tradisional. Ia adalah pemikiran yang menitikberatberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia

digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Pada

masa yang sama ia juga bertujuan melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi

lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru.

Dari segi definisi pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah dengan

menggunakan daya imaginasi (bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran

yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa

(kadang-kadang agak luar biasa sedikit) tetapi amat berkesan.

Dari segi definisi pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah dengan

menggunakan daya imaginasi (bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran

yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa

(kadang-kadang agak luar biasa sedikit) tetapi amat berkesan.

Pemikiran lateral ini diasaskan oleh Dr Edward de Bono yang juga merupakan seorang

pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran. Beliau memperkenalkan corak berfikir jenis

ini setelah mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran konvensional. Ia

bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada tetapi ia merupakan satu

corak pemikiran yang cuba mencari jalan terpantas dan sememangnya ia berjaya

menyelesaikan masalah bukan sahaja menepati kriteria yang dikehendaki tetapi ia amat

berkesan. Pemikirannya dapat dirumuskan dalam kata-kata di bawah:

“ Kita tidak akan dapat menggali lubang-lubang baru di tempat-tempat lain kalau kita asyik

menggali lubang yang ada supaya lebih dalam lagi” (Ainon Mohd & Abdullah Hassan,

1996).

Terdapat beberapa banyak kepentingan pemikiran lateral antaranya ialah:

1. Pembinaan Idea Baru.

2. Pembaharuan Dalam Perkembangan Produksi Dan Sistem Pemasaran.

3. Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan.

4. Pengkajian Data Daripada Pelbagai Sudut Untuk Mendapatkan Maklumat Berguna.

5. Pencarian Jalan bagi Menyempitkan Perbezaan Pendapat di kalangan manusia.

Dr Edward de Bono telah memperkenalkan banyak teori berdasarkan pemikiran lateral.

Beliau juga menyarankan banyak alat berfikir untuk mengatasi sesuatu permasalahan

dengan lebih cekap dan efisien lagi. Dalam CoRT Cognitive Research Trust iaitu salah satu

teknik alat berfikir yang telah diperkenalkan oleh Dr Edward de Bono. Beliau telah

memperkenalkan beberapa alat berfikir. Antaranya ialah:

1. PMI ( Plus , Minus , Interesting )

PMI ialah perkara-perkara yang baik , buruk dan menarik.

PMI adalah bertujuan untuk meluaskan persepsi.

PMI memaksa seseorang berhenti dan berfikir sejenak sebelum cepat-cepat membuat

keputusan .

2. AGO ( Aims , Goals , Objectives )

AGO adalah matlamat , tujuan dan objektif .

AGO dapat meluaskan sudut pandangan .

AGO dapat membantu dalam mengingatkan tujuan asal.

AGO juga dapat membantu seseorang berfikir secara terfokus.

3. APC ( Alternatives , Possibilities , Choice )

APC merupakan alternatif , kemungknan dan pilihan .

APC membolehkan seseorang melihat perkara yang sama dari pelbagai sudut

pandangan.

APC membuatkan seseorang memikirkan beberapa tindakan yang patut dibuat .

APC membolehkan seseorang mencari cara lain bagi menyelesaikan masalah yang

sama,

4. CAF ( Consider All Factors )

CAF adalah mengambil kira semua faktor.

CAF digunakan oleh seseorang untuk meluaskan sudut pandangan .

CAF dapat membantu seseorang mengarahkan minda ke semua arah yang penting.

5. OPV ( Other People’s Views )

OPV adalah pandangan orang lain .

OPV dapat membantu seseorang untuk memahami sudut pandangan orang lain.

OPV juga dapat membantu seseorang dalam meluaskan lagi pandangannya.

6. C&S ( Consequence and Sequel )

C&S ialah kesan dan akibatnya .

C&S dapat membantu seseorang melihat jauh ke hadapan .

C&S digunakan untuk sseorang membuat penilaian .

7. FIP ( First Important Periorities )

FIP adalah keutamaan-keutamaan yang perlu diutamakan atau didahulukan .

FIP juga mengingatkan seseorang mengambil kira perkara-perkara yang penting.

FIP dapat membantu seseorang untuk berfikir secara terfokus.

Formula di atas dapat dijelaskan seperti gambar rajah di bawah :

Dr Edward de Bono telah memberikan sumbangan dalam corak pemikiran lateral iaitu

dengan memberikan dan memperkenalkan. Untuk menjadi panduan kepada orang ramai

dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah:

1. Sentiasa bersikap positif dan konstruktif.

2. Fikir perlahan-lahan dan secara mudah; jangan memudahkan sesuatu perkara.

3. Lupakan ego; jangan biarkannya masuk campur bila berfikir.

4. Tentukan tujuan berfikir.

5. “Tukar gear otak”; tentukan bila untuk pemikiran logik dan bila untuk pemikiran

kreatif.

6. Tentukan hasil yang hendak dicapai.

7. Sentiasa fikirkan alternatif yang lain.

8. Beri tempat kepada perasaan.

9. Tukar ganti pemikiran secara luas dan secara terperinci.

10. Bezakan antara yang sepatutnya dengan yang mungkin.

11. Ambil kira semua pendapat.

12. Semua jenis tindakan melibatkan nilai.

Dalam pemikiran lateral termasuk juga pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif merupakan

satu bentuk penyelesaian masalah yang potensi penyelesaian amat berkesan untuk

melakukan penyelesaian masalah.

Kini dalam apa jua persidangan, forum dan bengkel pemikiran kreatif amat ditekankan

seumpama ia amat penting dalam kehidupan dan sememangnya menerusi kajian ia amat

penting dalam kehidupan. Ini kerana penyelesaian masalah secara kreatif akan

meninggalkan impak yang cukup berkesan dan membanggakan.

Untuk membuktikan kenyataan bahawa pemikiran kreatif akan memberikan hasil yang

berkesan dalam penyelesaian masalah, baca artikel di bawah.

PEMIKIRAN KREATIF-LOMBONG EMAS ANDA

Ada sebuah tempat yang boleh dikatakan jarang dijelajahi di mana anda boleh menemui

kekayaan yang anda perlukan. Mungkin anda tidak pernah berfikir panjang tentangnya

tetapi hakikatnya ialah setiap seorang daripada kita mempunyai lombong emas kita sendiri

yang menanti sekian lama untuk digali.

Cuba bayangkan sebuah lombong emas atau minyak sebelum ia ditemui. Tidak ada mesin

yang bising dan sibuk, tidak ada limpahan manusia, tidak ada trak dan peralatan yang besar

dan berat; hanya sekeping tanah yang lapang saujana mata memandang. Tetapi tidak siapa

pun yang menyedari di bawahnya terkandung emas dan minyak yang bernilai beribu-ribu

juta ringgit. Tetapi tidak sesiapapun yang menyedari bahawa ia ada di sana. Sebelum

ditemui beribu-ribu orang telah berjalan di atasnya tanpa menyedari apakah yang berada di

bawah telapak kakinya.Seseorang perlu datang mencarinya, seseorang yang tidak takut

menanggung risiko untuk menggalinya. Seseorang yang mengesyaki bahawa ia ada di sana

dan mula menggalinya.

Peluang untuk menemuinya pada galian yang pertama ialah amat tipis, tetapi dia percaya

semakin dia menggali semakin hampir dia dengan apa yang dicarinya. Setiap seorang

daripada kita telah diberikan hak untuk memiliki kawasan yang paling kaya di dalam dunia

ini bergelar ‘minda manusia’ yang berkeupayaan untuk menghasilkan apa sahaja yang

dapat didengari telinga dan dipandang mata. Ia datang sebagai alat yang selaras yang biasa

daripada setiap orang daripada kita, mungkin sebab itu kita amat kurang sekali

menggunakannya. Kita tidak menilai benda percuma. Minda kita mempunyai lebih dua

belas bilion sel dan 90% daripadanya tidak pernah digunakan.

Perkara yang paling baik di dunia ini ialah idea yang baik. Pertimbangkan tentang idea

seseorang yang menggali tanah lapang itu. Menemui minyak atau emas adalah kesannya

manakala idea untuk menggalinya adalah punca atau sebab. Idealah yang telah

mendatangkan berjuta-juta ringgit kepadanya.

Sekarang cuba perhatikan berapa banyak idea yang anda perolehi dalam sehari? Dua

puluh, tiga puluh? Katakanlah sebanyak 20 sehari ia akan menjadi lebih daripada 100

dalamseminggu dan lima ribu setahun. Cuba bayangkan sebanyak lebih lima ribu lubang

yang anda gali dan ingat bahawa satu lubang sahaja sudah berupaya untuk membuat anda

kaya seumur hidup.

Jika anda memahami hokum pertengahan, anda akan akan menyedari bahawa tidak lama

masanya untuk anda menemui idea yang anda harapkan. Jika 10 atau 100 yang pertama

tidak berapa baik teruskan mencari. Teruskan menggali, semakin banyak anda menggali

semakin hampir anda dengan apa yang anda cari. Semakin hampir anda menemui idea yang

dapat mengubah nasib dan kehidupan anda.

“Peluang sentiasa ada!” kata Russell Conwell, anda sedang berdiri di tengah-tengah padang

permata anda sendiri. Apa yang perlu anda cari ialah idea yang lebih besar daripada diri

anda, idea yang akan menjadikan anda tercabar dan berminat untuk satu jangka masa yang

panjang pada hari-hari yang mendatang.

(Petikan daripada MOTINSPIRANSI oleh Azaman Muhammad)

Petikan artikel di atas jelas membayangkan tentang betapa pentingya idea kreatif yang lahir

dari pemikiran kreatif diterapkan dalam diri seseorang kerana ia merupakan suatu

manifestasi yang unggul dan banyak memberi manfaat kepada semua pengamalnya.

Justeru ia harus digembleng dengan semaksima mungkin kerana pemikiran kreatif amat

berguna terutamanya kepada para ahli seni dan pereka cipta tetapi ia tidak pula bermakna ia

tidak penting kepada ahli yang berkaitan dengan bidang matematik.

Dalam pemikiran lateral Dr. Edward de Bono telah memperkenalkan teori Lima prinsip

Revolusi Positif yang beliau sifatkan bahawa pemikiran lateral itu amat positif sifatnya.

Oleh itu untuk mengatasi sifat-sifat negatif maka beliau telah memberi lima prinsip

penting berdasarkan lima jari tangan manusia iaitu:

1. Ibu jari yang melambangkan keberkesanan (Effectiveness).

2. Jari telunjuk yang melambangkan sikap membina. (Constructive).

3. Jari tengah melambangkan sikap menghormati (respect).

4. Jari manis yang melambangkan pembaikan diri. (self-Improvement).

5. Jari kelingking yang melambangkan sumbangan (contribution)

Beliau juga memperkenalkan empat konsep kejayaan Bisnes Edward de Bono iaitu:

Kecekapan yang membawa kepada kualiti, keberkesanan dan pencapaian matlamat.

ii) Kawalan ke atas perbelanjaan, strategi dan pengetahuan tentang apa yang sedang

berlaku.

iii) Sikap penyayang kepada pekerja, pelanggan dan manusia sejagat.

iv) Daya kreatif yang menjadi jiwa kepada bisnes dan nilai baik kepada dunia perniagaan.

2.2 Kaedah Berfikir 6 Topi

Selain alat-alat berfikir yang dibincangkan tadi , Edward de Bono juga telah

memperkenalkan atau mencipta satu kaedah yang membolehkan seseorang itu melakukan

satu cara berfikir sahaja pada suatu waktu . Kaedah tersebut dikenali sebagai Enam Topi

Pemikiran yang melambangkan enam cara atau stail pemikiran yang berbeza-beza.

Pengenalan

Kaedah ini diperkenalkan oleh Edward de Bono, seorang pemikir dan penulis terkemuka

Barat. Kaedah berfikir secara parallel ini bertujuan untuk meluaskan perspektif, melihat

sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan , menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan yang terbaik.

1. Topi Putih

Topi putih digunakan untuk mengumpul secara objektif segala maklumat yang berkaitan

dengan apa yang sedang kita amati. Setiap pengguna topi putih tidak seharusnya memberi

sebarang penilaian atau pendapat terhadap sesuatu maklumat.

Pendapat sendiri tidak akan dibenarkan sama sekali untuk dimasukkan sebagai maklumat

yang hendak dikumpul atau menguatkan sesuatu pendapat. Hal ini amat bertentangan

dengan pemikiran tradisional yang mana lebih cenderung kepada membuat keputusan

terlebih dahulu dan hanya selepas itu sahaja barulah membuat jangkaan fakta-fakta untuk

menyokong keputusan berkenaan.

Topi putih seringkali digunakan pada permulaan perbincangan untuk mencorakkan latar

belakang sesuatu masalah. Ia juga boleh digunakan sekali lagi pada akhir perbincangan

bagi memastikan sesuatu cadangan atau keputusan yang telah dibuat itu adalah berdasar

kepada maklumat yang telah dikumpulkan.

2. Topi kuning

Topi kuning digunakan untuk mencari nilai-nilai positif. Ia juga digunakan untuk berfikir

secara logikal daripada perspektif yang positif dan konstruktif. Gaya pemikiran

menggunakan topi kuning amat penting kerana ia dapat menggalakkan kita untuk mencari

nilai-nilai positif sesuatu idea termasuk idea yang pada mulanya kelihatan tidak begitu

menarik.

3. Topi hitam

Topi hitam digunakan untuk menganalisis idea atau meneliti sesuatu cadangan secara

logikal dari aspek undang-undang, keselamatan dan lain-lain agar kita lebih berhati-hati

sebelum menerima sesuatu keputusan atau cadangan. Dalam erti kata lain kita melihat

sesuatu keputusan itu dari sudut negatif. Negatif di sini bermaksud berhati-hati atau

melindungi kepentingan sendiri. Ini penting kerana ia dapat menonjolkan kelemahan

sesuatu keputusan yang akan diambil. Ia juga membenarkan kita untuk menyingkir,

mengubah dan menyediakan pelan kecemasan untuk mengatasi sebarang kemungkinan.

Topi hitam juga dapat membantu kita menjadikan perancangan yang dibuat itu lebih kukuh

dan fleksibel. Ia juga membantu kita dalam menjangkakan risiko-risiko yang mungkin

berlaku sebelum membuat sebarang keputusan.

4. Topi merah

Menggunakan topi merah kita akan melihat sesuatu masalah itu dengan menggunakan

emosi atau intuisi sama ada secara positif atau negatif tanpa perlu menjelaskan sebabnya

dan bukan digunakan untuk mengubah sesuatu perkara atau idea yang telah dibuat. Ia

juga cuba untuk memahami macam mana orang lain akan bertindak dengan emosi.

5. Topi hijau

Topi hijau pula mewakili kreativiti. Ia melambangkan tenaga pemikiran yang melihat

sesuatu perkara dari perspektif yang baru dan juga mengeluarkan idea-idea yang kreatif

dalam kaedah penyelesaian masalah.Topi hijau membantu kita untuk bergerak ke hadapan

dengan menjanakan idea-idea alternatif yang lebih baik berbanding idea asal. Ia juga

digunakan untuk menyelesaikan atau memperbaiki masalah yang dilihat melalui topi hitam.

6. Topi biru

Topi biru mewakili kawalan proses berfikir secara keseluruhannya ataupun dalam bahasa

yang lebih mudah ia digunakan untuk mengawal kegunaan topi berfikir yang lain.

Kebiasaannya, ia digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau ketua perbincangan. Ia boleh

digunakan pada awal perbincangan untuk menjelaskan perkara yang akan dibincangkan,

menjelaskan tujuan sesuatu perbincangan dan merancang corak pemikiran yang akan

digunakan dalam perbincangan tersebut. Pemikir yang memakai topi biru boleh bersuara

semasa perbincangan sedang berlangsung untuk mengawal perbincangan agar tidak kelam

kabut dan penggunaan topi lain adalah mengikut peraturan

Berfikir Secara Paralel

Berfikir secara parelal bermaksud berfikir secara selari, teratur dan sistematik. Contohnya

enam idea yang berlainan diterima dan diletakkan selari antara satu sama lain dan tidak

dinilaikan, dibandingbezakan, dipertikaikan, serta tidak dibuktikan benar atau salah,

sebaliknya dicari kelebihan daripada setiap satunya.

Bagaimana enam topi berfungsi

Melalui kaedah enam topi berfikir (de Bono, 1991/1985), setiap pemikiran dianologikan

kepada topi yang mempunyai warna-warna tertentu, iaitu putih, merah, hitam, kuning, hijau

dan biru.

Topi putih – Melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan

perkara objektif semata-mata.

Topi merah – Melambangkan pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan intuisi.

Topi hitam – Melambangkan pemikiran negatif yang menekankan keburukan, kelemahan

dan kecacatan.

Topi kuning – Melambangkan pemikiran positif yang menggunakan kebaikan,

keistimewaan dan manfaat.

Topi hijau – Melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu mampu menjana idea-idea

baru yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada, sama ada secara logik atau

sebaliknya.

Topi biru – Melambangkan pemikiran kawalan dan dengan itu mengawal perjalanan

sesuatu perkara termasuk topi-topi lain.

Kebaikan Menggunakan Kaedah Enam Topi Berfikir

Enam topi berfikir akan membantu seseorang untuk :

1. Menjadi lebih fokus dan disiplin dalam cara berfikir, justeru menghasilkan idea yang

lebih berstruktur dan sistematik.

2. Berfikir dengan lebih kritikal.

3. Memahami keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod-mod yang

berbeza dan belajar untuk berfikir dalam satu mod pada satu masa.

4. Mempelajari garis panduan (topi putih) yang akan membantu dalam mengenal pasti

kelemahan dan risiko (topi hitam) sesuatu idea atau cadangan baru.

5. Memahami peranan emosi dan intuisi dalam pembuatan keputusan.

6. Mempelajari penggunaan maklumat yang ada secara berkesan.

Dr Edward de Bono telah memberikan sumbangan dalam corak pemikiran lateral iaitu

dengan memberikan dan memperkenalkan. Untuk menjadi panduan kepada orang ramai

dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah:

1 Sentiasa bersikap positif dan konstruktif.

2. Fikir perlahan-lahan dan secara mudah; jangan memudahkan sesuatu perkara.

3. Lupakan ego; jangan biarkannya masuk campur bila berfikir.

4. Tentukan tujuan berfikir.

5. “Tukar gear otak” tentukan bila untuk pemikiran logik dan kreatif.

6. Tentukan hasil yang hendak dicapai.

7. Sentiasa fikirkan alternatif yang lain.

8. Beri tempat kepada perasaan.

9. Tukar ganti pemikiran secara luas dan secara terperinci.

10. Bezakan antara yang sepatutnya dengan yang mungkin.

11. Ambil kira semua pendapat.

12. Semua jenis tindakan melibatkan nilai.

Dalam pemikiran lateral termasuk juga pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif merupakan

satu bentuk penyelesaian masalah yang potensi penyelesaian amat berkesan untuk

melakukan penyelesaian masalah.

Kini dalam apa jua persidangan, forum dan bengkel pemikiran kreatif amat ditekankan

seumpama ia amat penting dalam kehidupan dan sememangnya menerusi kajian ia amat

penting dalam kehidupan. Ini kerana penyelesaian masalah secara kreatif akan

meninggalkan impak yang cukup berkesan dan membanggakan.

2.3 PEMIKIRAN MENEGAK

Ianya dikenali sebagai " Vertical Thinking" yang menggunakan proses-proses akal yang

tradisional untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kebanyakan manusia menggunakan

pemikiran menegak hasil daripada pendidikan formal mereka. Oleh itu, pemikiran ini juga

dikenali sebagai pemikiran logik kerana ia menggunakan satu urutan langkah-langkah yang

sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ringkasnya berfikir secara menegak

(vertical thinking) ialah satu bentuk berfikir cara tradisional yang berteraskan kepada logik,

kesinambungan dan urutan.

3 MAKSUD PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI DE BONO

DAN PENDAPAT PAKAR PERKEMBANGAN KANAK-KANAK LAIN

Kanak-kanak mempunyai beberapa peringkat atau tahap perkembangan tertentu mengikut

pendapat pakar teori perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah:

3.1 Kematangan Biologi

Teori ini melihatkan perkembangan fizikal sebagai perubahan fisiologi dan neurologi yang

tidak dapat dikawal.

Teori Perkembangan Arnold Gesell.

Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan.

Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang

tetap, urutan dan pola tertentu. Kadar perkembangan berbeza bagi setiap individu. Beliau

berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri

dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia

perkembangan tersebut.

3.2 Kognitif

Menurut teori ini, individu menyumbang secara aktif kepada perkembangan intelektual

mereka. Ia menyatakan seseorang individu akan berusaha menyelesaikan masalah atau

percanggahan dalam cara pemikiran mereka dan mencari cara baru untuk memahami

persekitaran mereka.

Teori Perkembangan Jean Piaget.

Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu

sensorimotor (lahir hingga 2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun)

dan operasi formal (11 tahun ke atas). Perkembangan kognitif melibatkan proses-proses

seperti skema asimilasi, akomodasi, penyusunan semula dan keseimbangan.

3.3 Sosial

Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh budaya masyarakat persekitaran kanak-kanak

tersebut.

Teori Perkembangan Robert Havighurst.

Robert Havighurst menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. Menurut

beliau, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai.

Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagian

kepada individu manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas tersebut akan

menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan berikutnya. Beliau juga

percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai,

norma dan budaya masyarakat.

Perkembangan kanak-kanak melibatkan perubahan. Kebanyakan orang menggunakan

perkataan pertumbuhan dan perkembangan dalam konteks yang sama. Realitinya, makna

perkataan ini berbeza tetapi tidak boleh dipisahkan.

3.4 Pertumbuhan.

Woolfolk dan Margetts (2007) menyifatkan pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz

dan kematangan. Daripada segi fizikal, ini bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-

bahagian badan,ketinggian dan juga bilangan saraf-saraf ke otak. Pertumbuhan ialah

perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada satu peringkat ke peringkat

yang lain.

3.5 Ciri-ciri Pertumbuhan.

Pertumbuhan manusia bersifat kuantitatif, ia dapat dilihat dan diukur. Saiz dan struktur

badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih besar secara fizikal. Selain daripada itu,

saiz otak dan organ-organ dalaman juga bertambah. Pertambahan saiz otak memberi kanak-

kanak keupayaan yang lebih seperti menaakul dan mengingat. Maka pertumbuhan

melibatkan aspek kognitif dan fizikal. Ia dipengaruhi oleh baka atau

keturunan,kematangan, kesihatan ibu bapa dan persekitaran individu tersebut. Kadar

pertumbuhan berbeza daripada individu ke individu dan ia berlaku peringkat demi

peringkat.

3.6 Perkembangan.

Santrock (2008) mentafsir perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif

dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir

hayat. Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif

tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal.

4 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN IMPLIKASINYA

4.1 Implikasi kepada penjagaan dan pembelajaran bayi

Stimulasi visual dan pendengaran perlu untuk bahagian-bahagian otak terbabit menyusun

maklumat.

Awal kanak-kanak (2-6 tahun)

Awal kanak-kanak biasanya bermula daripada dua hingga enam tahun. Pada peringkat ini,

pertumbuhan fizikal perlahan jika dibanding dengan pertumbuhan pada tahun pertama

kanak-kanak tersebut. Ketinggian kanak-kanak pada peringkat ini dua kali ketinggiannya

semasa lahir dan berat badannya mungkin empat kali ganda. Otot-otot kasar sudah

berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan sempurna. Kajian

menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanak perempuan pada peringkat ini lebih cepat

daripada kadar perkembangan kanak-kanak lelaki.

Perubahan dalam kebolehan psikomotor ini mengikut aturan, misalnya seorang kanak-

kanak boleh berlari terlebih dahulu sebelum dia boleh belajar bermain menggunakan kasut

roda. Kadar perubahan dan kebolehan psikomotor dipengaruhi oleh genetik. Misalnya jika

kebolehan berjalan berlaku awal untuk kedua-dua ibu bapa maka anaknya juga akan dapat

berjalan pada peringkat awal.

4.2 Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana yang perlu. Bantuan

yang berlebihan akan menggalakkan pergantungan kanak-kanak kepada ibu bapa atau guru

dan menimbulkan perasaan kurang yakin untuk melakukan sesuatu dengan sendiri.

Kanak-kanak juga akan merasai saat kepuasan sekiranya berjaya melakukan sesuatu

dengan sendiri. Kanak-kanak berkembang pada tahap yang berbeza. Elakkan daripada

membanding antara kanak-kanak. Kanak-kanak agak aktif pada peringkat ini. Guru boleh

menyediakan aktivit-aktiviti seperti bermain bola dan berlari. Aktiviti-aktiviti yang

disediakan mesti mengambil kira perkembangan otot, khususnya otot-otot kecilnya yang

belum sempurna.

Kanak-kanak (7-12 tahun)

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat jika

dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan dan perkembangan

pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang

sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti.

Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 hingga 10 tahun dan mencapai

tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabila

mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa

mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya, kanak-kanak menjadi lebih kurus. Pada umur

sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih

kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi

kepada mereka.

Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-

kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola,

menjahit, mengait membina model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan olahraga.

Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada permainan lasak misalnya permainan bola

sepak di padang.

4.3 Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis.

Melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berenang,

gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap.

Menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki misalnya bola sepak dan

permainan atau sukan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan misalnya bola jaring.

Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak.

Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut

terlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian.

Awal remaja (12-15 tahun)

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah cepat dan pesat, sama

seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti ketinggian, saiz dan

bentuk badan mula ke arah dewasa. Perubahan saiz bagi remaja perempuan berlaku dengan

cepat bermula satu atau dua tahun sebelum mencapai akil baligh. Apabila mencapai akil

baligh, bentuk badan remaja perempuan mula menunjukkan sifat kewanitaannya dan bulu

ketiak mula tumbuh. Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan melalui perubahan

suara atau ‘suara pecah’. Tubuh badannya bertambah tegap, bulu ketiak dan misai mula

kelihatan.

Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih dahulu

sebelum remaja lelaki, namun tempoh pertumbuhan lelaki semasa mencapai akil baligh

lebih lama. Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki dan akibatnya mereka pada

umumnya lebih kuat secara fizikal berbanding dengan remaja perempuan.

4.4 Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Aktiviti seperti ceramah, kaunseling yang dapat membantu remaja menerima dirinya, rupa

dan bentuk badannya. Menyediakan latihan untuk membantu remaja membina daya tenaga

dan daya tahan. Oleh kerana remaja pada peringkat ini lebih sensitif terhadap perubahan

fizikal dan bentuk badan, adalah wajar mereka juga diberi kesedaran tentang gaya hidup

sihat terutamanya daripada segi pemakanan, senaman dan mengelakkan aktiviti-aktiviti

yang negatif seperti merokok dan mengambil dadah. Rancang aktiviti senaman supaya

menyeronokkan dan jadikannya sebagai satu aktiviti sosial yang sihat. Sediakan bilik

persalinan yang terasing untuk remaja perempuan dan remaja lelaki. Cuba kurangkan

peluang remaja perempuan diperhati oleh lelaki semasa aktiviti senaman. Perubahan

peringkat remaja tidak sahaja bermakna otot-otot bertambah kuat dan pertambahan

koordinasi.

Akil baligh juga menandakan kematangan daripada segi seksual. Menyediakan kursus, dan

ceramah tentang aktiviti seksual dan sistem pembiakan agar remaja mengetahui aspek-

aspek perubahan fisiologi yang berlaku dalam diri mereka. Tingkah laku seksual

memerlukan remaja membuat pilihan. Guru perlu menyediakan peluang untuk remaja

berbincang dan bertanya tentang perubahan yang sedang berlaku dalam diri mereka agar

mereka dapat membuat pilihan yang tepat.

5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-

KANAK

Menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor dalam buku Psikologikal Pendidikan Tutorial Dua,

faktor yang mempengaruhi perkembangan terbahagi kepada dua, iaitu faktor endogen dan

faktor eksogen, manakala bagi Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel pula baka dan

persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Faktor endogen menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor bermaksud faktor dalaman

semenjak individu dalam kandungan hingga lahir ( pembawaan dan keturunan ). Baka

menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak pula

merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada

anak-anaknya. Tambahan pula, trait yang diwarisi anak-anak daripada ibu bapa

mengandungi gen-gen tersebut. Maka, ia akan menguasai perkembangan manusia dan

adalah unik dan berbeza bagi setiap individu. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa

pertumbuhan dan perkembangan dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut,

misalnya saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna mata. Di sini pengaruh

genetik memainkan peranan penting apabila ibu bapa tinggi, anak-anak mereka juga

mengalami perkembangan yang pesat dan agak tinggi daripada kanak-kanak sebaya

mereka. Menurut buku Psikologi Kanak-kanak hasil dapatan dari laman

web http://www.pts.com.my, kemahiran kanak-kanak menggunakan jari juga merupakan

contoh yang dipengaruhi oleh faktor biologi di mana kanak-kanak yang mengalami

masalah otak sering kali tidak dapat menggunakan jari mereka. Di samping itu, ibu bapa

dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan

pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui

tingkah laku ibu bapa itu sendiri. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menghadapi

masalah, mereka mempunyai tendensi bercakap sendirian bagi menyelesaikan masalah itu

Faktor eksogen menurut Prof. Madya bakhtiar Mansor pula ialah faktor dari luar individu

( pengalaman dari persekitaran ). Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman

seseorang individu yang akan hadapi rumah, bersama jiran, sekolah dan masyarakat di

mana dia berada. Persekitaran juga termasuk pengalaman sebelum dan selepas kelahiran.

Persekitaran sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan dan gaya hidup ibu.

Sebagai contoh, ibu merokok semasa anak di dalam kandungan , rawatan yang diterima ibu

serta usia dan keadaan emosi ibu semasa anak dalam kandungannya. Pemakanan, taraf

sosio ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat

ibadat, media dan persekitaran dunia adalah antara penyumbang kepada pengalaman

selepas kelahiran seseorang individu. Menurut model ekologi Bronfenbrenner, peringkat-

peringkat persekitaran yang mempengaruhi individu terbahagi kepada lima peringkat, iaitu

peringkat mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem.

Lapisan mikrosistem, merupakan lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada

aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung. Kebanyakan kanak-

kanak, mikrosistem mungkin terhad kepada hubungan dengan keluarga sahaja. Persekitaran

tersebut akan berkembang ke arah yang lebih kompleks seperti yang sering berlaku di pusat

asuhan taska, tadika, pergaulan rakan sebaya dan pemerhatian dalam aktiviti permainannya.

Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak hanya terpengaruh dengan individu-individu dalam

kategori mikrosistem semata-mata. Mereka juga turut terkesan dengan perwatakan biologi

dan sosialnya sendiri seperti tabiat, perwatakan fizikal, pembawaan dan bakat dalam

berinteraksi antara dua individu berlainan dalam satu kelompok yang sama.

Lapisan mesosistem pula terletak di lapisan kedua yang merujuk kepada hubungan dalaman

di kalangan mikrosistem seperti hubungan di rumah, sekolah dan rakan sebaya.

Bronfenbrenner berpendapat bahawa lapisan ini mempunyai hubungan yang kuat dengan

lapisan mikrosistem. Ia boleh meningkat apabila adanya sokongan dan kestabilan

mikrosistem.

Lapisan eksosistem pula menerangkan perbezaaan dengan peringkat lapisan yang lain.

Dalam peringkat ini, kanak-kanak atau remaja adalah bukan terletak di dalam lapisan ini,

tetapi secara tidak langsung organisasi tersebut seperti keluarga dan saudara mara

mempengaruhi perkembangan mereka.

Lapisan makrosistem pula merupakan satu konteks budaya atau kelas sosial yang

terkandung mikrosistem, mesosistem, dan eksosistem. . Ia adalah ideologi yang benar-

benar luas dan menentukan tentang bagaimana anak-anak perlu diuruskan, apa yang patut

dianggap pada diri mereka dan apa matlamat yang perlu mereka usaha dan capai akhirnya.

Dengan ini, di antara sesebuah budaya dengan budaya lain selalunya berbeza kerana setiap

satunya mempunyai pendirian atau corak budaya tersendiri.

Lapisan terakhir pula adalah lapisan kronosistem. Lapisan ini merupakan peringkat yang

menekankan bahawa perubahan pada seseorang atau konteks perkembangan ekologinya

boleh memberi kesan terhadap perkembangan emosinya. Sebagai contohnya, kehadiran

anak baru dalam sesebuah keluarga akan membawa kepada perubahan dan memberi kesan

kepada perkembangan kanak-kanak.

6 KESIMPULAN

…..

7 BIBLIOGRAFI

[1] Haliza Hamzah, Joy N. Samuel,Rafidah Kastawi: Perkembangan Kanak-kanak(Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman, 2008), hlm. 9.

[2] Haliza Hamzah, Joy N. Samuel,Rafidah Kastawi: Perkembangan Kanak-kanak(Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman, 2008), hlm. 10.

[3]Buku Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah - Dr.

Ragbir Kaur A/P Joginder Singh