klinik berhenti merokok

17
1 PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK (KBM) HOSPITAL MELAKA : PERBEZAAN KEPERLUAN KESIHATAN KOMUNITI DI BANDAR MELAKA DENGAN KOMUNITI LUAR BANDAR MELAKA (DAERAH JASIN DAN DAERAH ALOR GAJAH 1.0 PENDAHULUAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan komuniti sebagai sekumpulan individu yang tinggal dalam satu kawasan geografi yang sama melakukan perhubungan dua hala sesama ahli, berkongsi budaya, norma dan nilai yang sama, dalam satu struktur sosial berdasarkan kepada hubungan yang telah dibina sekian lama. Ahli dalam komuniti memperoleh identiti personal dan sosial dengan berkongsi kepercayaan, nilai dan norma yang sama yang terbentuk di masa yang lalu. Bagaimanapun, nilai- nilai dan norma ini boleh berubah, mengikut peredaran masa. Manakala Keperluan Kesihatan pula bermaksud “objectively determined deficiency in health that required health care from promotion to palliation” (World Health Organisation). Dalam erti kata lain, ia bermaksud, berkaitan dengan rawatan, kawalan dan pencegahan terhadap sesuatu penyakit, kecederaan

Upload: independent

Post on 28-Mar-2023

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK (KBM) HOSPITAL MELAKA :

PERBEZAAN KEPERLUAN KESIHATAN KOMUNITI DI BANDAR MELAKA DENGAN

KOMUNITI LUAR BANDAR MELAKA (DAERAH JASIN DAN DAERAH ALOR

GAJAH

 

1.0 PENDAHULUAN

 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan komuniti

sebagai sekumpulan individu yang tinggal dalam satu kawasan

geografi yang sama melakukan perhubungan dua hala sesama ahli,

berkongsi budaya, norma dan nilai yang sama, dalam satu

struktur sosial berdasarkan kepada hubungan yang telah dibina

sekian lama. Ahli dalam komuniti memperoleh identiti personal

dan sosial dengan berkongsi kepercayaan, nilai dan norma yang

sama yang terbentuk di masa yang lalu. Bagaimanapun, nilai-

nilai dan norma ini boleh berubah, mengikut peredaran masa.

Manakala Keperluan Kesihatan pula bermaksud “objectively

determined deficiency in health that required health care from

promotion to palliation” (World Health Organisation). Dalam

erti kata lain, ia bermaksud, berkaitan dengan rawatan,

kawalan dan pencegahan terhadap sesuatu penyakit, kecederaan

2

atau ketidakupayaan dan penjagaan susulan sesebuah komuniti.

Keperluan ini boleh dipenuhi melalui perkhidmatan yang perlu

disediakan oleh pihak berwajib (Kerajaan) di negara, negeri,

daerah atau pihak berkuasa tempatan.

Keperluan kesihatan untuk komuniti luar bandar dan bandar

adalah berbeza disebabkan faktor-faktor seperti demografik,

tahap pendapatan, tahap pendidikan, umur, jenis pekerjaan dan

sebagainya. Malahan tahap pembangunan di sesuatu kawasan juga

penting dalam menentukan keperluan kesihatan sesuatu komuniti

itu.

2.0 MASALAH KETAGIHAN ROKOK DI MALAYSIA

Ketagihan merokok sudah menjadi masalah global. Di Malaysia

tabiat merokok adalah tingkah laku utama yang diamalkan secara

berleluasa oleh kira-kira 5 juta orang yang mewakili pelbagai

kumpulan demografi dan latar belakang sosioekonomi yang

berbeza (Clearing House for Tobacco Control, 2005). Akibatnya,

lebih 100 000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan akibat

sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik

dan yang lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira

3

RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan

produktiviti (Kementerian Kesihatan Malaysia [KKM], 2005).

Menurut Pengarah Respiratori, Dr. Abdul Razak Muttalib

keadaan ini amat merisaukan pihak kerajaan kerana membabitkan

kos yang tinggi bagi urusan memberi rawatan dan sokongan

(Utusan Malaysia, Mei 31, 2010).

Data juga menunjukkan hampir separuh daripada lelaki

Malaysia merokok. Dianggarkan setiap hari, lebih kurang 45

hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok. Tiga

puluh peratus daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18

tahun terlibat dengan tabiat merokok.

Pelbagai kajian dilakukan untuk mengetahui mengapakah

seseorang itu menjadi perokok dan mengapakah mereka sukar

untuk meninggalkan tabiat buruk itu. Penggunaan teori seperti

Teori Transtheoritical Model, Teori PRIME, Health Believe

Model, Teori Social Learning dan banyak lagi digunakan untuk

memahami motivasi perokok dalam mencari jalan supaya tabiat

buruk itu dapat dibendung.

Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan telah mengambil

pelbagai langkah untuk menghentikan gejala ini dari terus

menular dan merosakkan negara.Namun sayangnya walaupun sudah

4

berjuta-juta ringgit dihabiskan oleh kerajaan serta pelbagai

usaha digerakkan badan sukarela bagi menjayakan kempen anti

rokok, masih ramai yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar

mengenai akibat merokok malah bilangan perokok bar uterus

meningkat.

Masalah ketagihan rokok turut melanda negeri Melaka.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah

mewujudkan  Klinik Berhenti Merokok (KBM) di Hospital Melaka

dan di lain-lain Hospital utama seluruh negara sejak 1998.

Klinik ini bermatlamat membantu golongan perokok untuk

berhenti merokok atau dipanggil sebagai ‘Abstinence’ yang

mensasarkan bebas rokok dalam masa 6 bulan.

 

3.0       KLINIK BERHENTI MEROKOK, HOSPITAL MELAKA

 

Klinik Berhenti Merokok (KBM) Hospital Melaka telah 

ditubuhkan bermula pada Julai 2004 sebagai satu projek khas

dalam mempertingkatkan skop perkhidmatan Unit Pendidikan

Pesakit dengan  tujuan untuk memberi panduan, bimbingan dan

sokongan kepada perokok-perokok yang ingin berhenti merokok.

Perkhidmatan yang ditawarkan di klinik ini adalah :

5

Menyediakan kaunseling individu berhenti merokok.

Memberikan tips dan panduan berhenti merokok.

Memberi terapi gantian nikotin untuk perokok-perokok yang

mempunyai ketagihan sederhana dan tinggi.

Pemeriksaan status kesihatan.

Klinik Berhenti Merokok Hospital Melaka  merupakan satu

unit perkhidmatan klinik berhenti merokok kerajaan yang utama

di negeri Melaka. Ia menyediakan segala kemudahan lengkap

dalam aspek fasiliti, farmakologikal serta kakitangan

kesihatan yang terlatih dalam membantu  para perokok untuk

berhenti merokok secara ‘cold turkey’ mahupun melalui proses

modifikasi tingkahlaku dan gantian terapi nikotin.

Klinik Berhenti Merokok ini dibuka pada setiap Selasa dan

Rabu pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang bertempat di Aras

Bawah Blok B, berhadapan dengan Klinik Dada, Hospital Melaka.

Promosi telah dilakukan melalui laman web Hospital Melaka

(seperti gambar 1) dan semasa Hari Bertemu Pelanggan Hospital

Melaka pada setiap bulan.

6

Gambar 1 : Promosi di laman web.

 Namun demikian, amat menyedihkan apabila bilangan

perokok yang mendapatkan perkhidmatan di situ secara purata

hanyalah 12 orang sebulan. Perkara ini amat merugikan kerana

peruntukan besar dan kepakaran yang disediakan tidak digunakan

secara optimum.

 

4.0       KEPERLUAN KOMUNITI TERHADAP KLINIK BERHENTI MEROKOK

HOSPITAL MELAKA.

 

7

4.1       PENGETAHUAN DAN MAKLUMAT LANJUT MENGENAI KEWUJUDAN

PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK.

Tinjauan kasar yang dibuat di bandar Melaka, daerah Jasin dan

Alor Gajah rata-rata menunjukkan bahawa mereka tidak tahu

mengenai kewujudan klinik ini. Malahan kebanyakan mereka juga

tidak tahu apakah itu klinik berhenti merokok. Mereka berasa

pelik mengapakah istilah Klinik digunakan kerana pada

tanggapan mereka klinik adalah tempat untuk mendapatkan

rawatan, persolannya, apakah hubungkait klinik dengan tabiat

merokok?.

Apabila mereka tidak mengetahui mengenai klinik berhenti

merokok, bermakna mereka tidak tahu mengenai kewujudannya di

Hospital Melaka. Oleh kerana itu, jumlah kedatangan perokok

yang ingin berhenti merokok adalah menyedihkan.

Mengikut data rekod kedatangan klien, secara purata,

sebulan KBM hanya menerima 12 orang klien yang mendapatkan

rawatan di sana.  95% peratus dari klien adalah pesakit kronik

seperti pesakit jantung, pesakit darah tinggi dan sebagainya

yang dirujuk oleh pegawai perubatan. Selebihnya, barulah klien

yang datang secara sukarela ataupun ‘walk in’.

8

Oleh itu, sebelum keperluan-keperluan lain yang lebih

kritikal di penuhi, terlebih dahulu, keperluan pengetahuan

dan maklumat lanjut mengenai kewujudan perkhidmatan Klinik

Berhenti Merokok Hospital Melaka hendaklah dipenuhi agar

perkhidmatan ini tidak sia-sia.

4.2       PERUBAHAN SIKAP DAN TINGKAHLAKU  PEROKOK

Halangan terbesar terhadap kejayaan perkhidmatan Klinik

Berhenti Merokok ialah sikap dan tingkahlaku perokok. Dalam

hidup ini kita akan bertindak mengikut apa yang kita sangat

perlukan dan mahukan pada satu – satu masa. Kepercayaan dan

perancangan akan mempengaruhi tingkahlaku kita bergantung

kepada keperluan dan kemahuan kita pada satu-satu masa

tertentu (Robert West,2009).

Perokok merasakan habit merokok tidak akan mendatangkan

bahaya kepada diri mereka. Mereka merasakan rokok adalah satu

keperluan. Mereka bercaya rokok dapat memberi ketenangan dan

ketenteraman jiwa kepada mereka. Mereka akan mempertahankan

yang rokok adalah amalan biasa masyarakat. Ibubapa mereka

merokok sejak kecil, habit merokok bukanlah satu yang pelik

9

atau negetif. Mereka beralasan bahawa rokok bukanlah sebab

tunggal untuk seseorang itu menemui ajalnya.  

Kebanyakkan mereka memang ada merancang untuk berhenti

merokok, namun mereka mengambil keputusan untuk bertangguh dan

buat-buat lupa. Apabila diberitahu mengenai klinik ini boleh

membantu mereka berhenti merokok, mereka hanya mengambil

maklum tanpa mahu mengambil tahu selanjutnya.   

Perokok perpendapat , mereka tidak perlukan klinik

berhenti merokok kerana mereka boleh berhenti merokok pada

bila-bila masa mereka mahu. Natijahnya, tanpa disedari, habit

tersebut telah menjadi sebati dengan diri dan sukar untuk

dihentikan. Mereka hanya tersedar apabila telah mendapat

penyakit kronik kesan dari merokok. Tingkahlaku ini meliputi

perokok di bandar dan di luar bandar. Corak pemikiran dan

pandangan mereka terhadap rokok adalah sama tanpa mengira

umur, tahap pendidikan,  pendapatan, jenis pekerjaan dan

sebagainya.

Oleh itu, KBM Hospital Melaka perlu melakukan sesuatu

untuk mengatasi masalah tingkahlaku perokok. Secara teorinya,

segala keperluan yang penting dan diperlukan telah disediakan

10

oleh KBM Hospital Melaka, namun halangan terbesar ini telah

membantutkan kejayaannya.  

 

4.3       SOKONGAN  MASYARAKAT MENGENAI KEBERKESANAN KBM

Penularan meluas tabiat merokok telah memberi gambaran bahawa

rokok adalah satu perbuatan biasa dan tidak merbahayakan pada

masyarakat. Merokok kini menjadi satu budaya biasa dan boleh

diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Fakta ini dikuatkan

dengan pengaruh media masa. Seringkali televisyen menayangkan

perbuatan merokok sebagai salah satu adegan dalam drama atau

filem. Perokok dibayangkan sebagai seorang yang hebat dan

berkuasa.

            Corak pemikiran masyarakat di bandar Melaka, Alor

Gajah, dan Jasin secara puratanya adalah sama dan tidak jauh

berbeza. Mereka tahu mengenai fakta keburukan rokok kepada

perokok dan orang sekeliling (perokok sekunder), namun mereka

tidak berani untuk menegur perbuatan ini secara terang-

terangan. Tanpa disedari, semakin ramai masyarakat yang

merokok kerana berpendapat merokok adalah satu perbuatan yang

11

direstui orang ramai. Ini membuatkan klinik berhenti merokok

di pandang sepi oleh kebanyakan masyarakat.

Sehubungan itu, masyarakat perlu dididik dan ditanam

dengan kefahaman bahawa merokok adalah satu perbuatan yang

buruk. Apabila sokongan masyarakat dapat diraih, sekaligus

masyarakat akan bersetuju dan menyokong KBM ini.

 

4.4       MINIMAKAN/MENGURANGKAN KEKANGAN JARAK, KOS DAN MASA

MENDAPATKAN PERKHIDMATAN

Hospital Melaka merupakan satu-satunya klinik kerajaan yang

menawarkan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok di negeri

Melaka. Ia terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Bagi

perokok di Bandar Melaka mereka tidak menghadapi masalah untuk

ke Hospital Melaka kerana ia terletak di tengah-tengah Bandar

Melaka. Namun tidak bagi perokok di daerah Alor Gajah dan

Jasin.

Jarak daerah Alor Gajah dan Jasin ke Hospital Melaka

memakan masa selama 45 minit ke 1 jam perjalanan atau 32-40

km. Terdapat perkhidmatan bas awam ke hospital Melaka dengan

bayaran tambang sebanyak RM 10.00 ke RM15.00 pergi dan balik.

12

Perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan bas akan mengambil

masa yang lebih panjang berbanding berkenderaan sendiri.

Perokok yang ingin mendapatkan perkhidmatan KBM di Hospital

Melaka perlu menukar dua buah bas sebelum sampai.

            Oleh kerana kepayahan untuk mendapatkan

perkhidmatan KBM, disebabkan jarak yang jauh dari daerah Alor

Gajah, masa yang diperlukan adalah lama dan kos juga agak

tinggi, maka ini menjadi halangan kepada perokok. Alasan ini

akan melemahkan semangat mereka untuk berhenti merokok atau

akan membuatkan mereka melengahkan hasrat mereka untuk

berhenti merokok. Sehubungan itu, inisiatif lain perlu di cari

untuk meminimakan kekangan-kekangan ini.

4.5      MASA PERKHIDMATAN YANG LEBIH SESUAI

Klinik Berhenti Merokok (KBM) menawarkan masa perkhidmatan

pada setiap hari Selasa dan Rabu pada jam 2.30 petang hingga

5.00 petang. Masa perkhidmatan ini adalah singkat dan kurang

bersesuaian bagi perokok yang bekerja. Hari Selasa dan Rabu

merupakan hari bekerja apatah lagi jam perkhidmatannya adalah

singkat, hanya 2 jam 30 minit.  Perokok/klien perlu mengulangi

13

beberapa siri rawatan untuk nasihat individu dan ubat-ubatan.

Ini membebankan dan melemahkan semangat perokok lebih-lebih

lagi perokok luar bandar seperti dari Jasin dan Alor Gajah

untuk mendapatkan perkhidmatan. Masa perjalanan yang mereka

perlukan untuk mendapatkan perkhidmatan adalah lebih panjang

berbanding perokok yang tinggal di Bandar Melaka. Akhirnya

mereka mengambil keputusan untuk tidak pergi dan atau relaps

di setengah jalan.

 

5.0       STRATEGI PENAMBAHBAIKAN UNTUK MENARIK MINAT  PEROKOK

MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK

5.1       PROMOSI TURUN PADANG

 

Faktor utama kurangnya sambutan terhadap KBM adalah

ketidaktahuan masyarakat mengenai perkhidmatan ini. Ini

membuktikan lemahnya atau kurangnya promosi yang dilakukan

untuk menarik perhatian masyarakat. Sehubungan itu, promosi

hendaklah dilakukan secara bijak dengan meluaskan liputan

sasaran dan tidak tertumpu hanya pada kawasan bandar semata-

mata . Produk (perkhidmatan) telah ada. Kepakaran juga ada.

14

Ubat-ubatan juga telah disediakan.  Namun sayangnya ia kurang

mendapat sambutan gara-gara masyarakat tidak mengetahui

mengenainya. Kementerian Kesihatan Malaysia hendaklah

mengadakan promosi turun padang, masuk ke kampung-kampung

dengan mengadakan kerjasama inter sektoral dengan agensi

kerjaan yang lain.

Program lain yang boleh dilakukan adalah zoomer, program

penerangan di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti di

pasar malam, pasaraya dan pusat-pusat pengajian tinggi di

seluruh negeri Melaka samada di bandar atau luar bandar Melaka

 

5.2       WUJUDKAN KLINIK BERHENTI MEROKOK DI SETIAP DAERAH

Jumlah penduduk Melaka adalah seramai 821,110 orang. Penduduk

Bandar Melaka ialah 503,127 orang . Manakala Jasin 135,317

orang dan Alor Gajah 182,666 orang. Keperluan masyarakat

terhadap KBM adalah melangkaui batas daerah atau  wilayah.

Semua masyarakat tidak mengira penempatan di bandar atau luar

bandar memerlukan perkhidmatan KBM. Oleh itu, sewajarnya

Klinik Berhenti Merokok diwujudkan di daerah Jasin dan Alor

15

Gajah. Adalah tidak rasional sebuah Klinik Berhenti Merokok

menampung sejumlah ramai perokok di seluruh Melaka.

 

6.0       PENUTUP

Klinik Berhenti Merokok adalah salah satu jalan keluar

yang terbaik untuk perokok berhenti merokok. Namun demikian,

usaha bersungguh-sungguh perlulah dilakukan agar Klinik

Berhenti Merokok tidak menjadi satu lagi projek gajah putih

kerajaan. Yang paling penting, usaha menangani penagihan rokok

perlu di lakukan di semua peringkat dan memerlukan

pengembelingan tenaga semua pihak. Pihak kerajaan, swasta,

badan bukan kerajaan dan individu perlu bersama-sama

memastikan masalah ini dapat dibenteras. Apalah gunanya usaha

hanya dari satu pihak iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia

semata-mata sedangkan sokongan dari yang lain tiada.

16

RUJUKAN

Clearing House Tobacco Control. (2005). Tobacco Control InMalaysia: A Long Winding Road. Poison Centre, UniversitiSains Malaysia.

http://hmelaka.gov.my

http://www.statistics.gov.my

Kementerian Kesihatan Malaysia [KKM], 2005

17

The Multiple Facets Of Cigarettes Addiction And What They MeanFor Encouraging And Helping Smokers To Stop, Robert West (2009)

Utusan Malaysia, Mei 31, 2010