faktor pendorong pencarian maklumat kanser serviks menerusi komunikasi interpersonal

16
Global Media Journal Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2013 ISSN : 2231-9948 53 Faktor Pendorong Pencarian Maklumat Kanser Serviks Menerusi Komunikasi Interpersonal Soo Shey San Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Malaysia. [email protected] Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, Ph.D Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Malaysia. [email protected] Hamisah Hasan, Ph.D Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Malaysia. [email protected] Rosya Izyanie Shamshudeen, Ph.D Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Malaysia. [email protected] Abstrak Komunikasi interpersonal memainkan peranan yang penting dalam persepsi individu mengenai masalah kesihatan yang mungkin dialami kesan daripada pendedahan kepada media massa. Model Interaktif Perilaku Fishbein dan Cappella (2006) menyatakan bahawa keperluan untuk mengenal pasti faktor pendorong yang mendasari kesediaan individu untuk bertindak sama ada melakukan atau tidak melakukan perilaku tertentu. Oleh itu, persoalan yang timbul adalah apakah faktor yang mendorong wanita untuk mencari maklumat kanser serviks menerusi komunikasi interpersonal? Artikel konseptual ini hanya memberi tumpuan kepada perbincangan pencarian maklumat mengenai kanser serviks menerusi komunikasi interpersonal sahaja. Faktor-faktor yang mendorong pencarian maklumat kanser serviks meliputi demografi, pengaruh psikologi, pengalaman langsung dan tahap keperluan terhadap maklumat. Seterusnya, artikel ini dapat memberikan manfaat kepada pihak perancangan dan pelaksanaan kempen pencegahan penyakit dan promosi kesihatan yang memainkan peranan

Upload: independent

Post on 01-Feb-2023

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2013 ISSN : 2231-9948

53

Faktor Pendorong Pencarian Maklumat Kanser Serviks Menerusi

Komunikasi Interpersonal

Soo Shey San

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

Universiti Putra Malaysia,

Malaysia.

[email protected]

Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, Ph.D

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

Universiti Putra Malaysia,

Malaysia.

[email protected]

Hamisah Hasan, Ph.D

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

Universiti Putra Malaysia,

Malaysia.

[email protected]

Rosya Izyanie Shamshudeen, Ph.D

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

Universiti Putra Malaysia,

Malaysia.

[email protected]

Abstrak

Komunikasi interpersonal memainkan peranan yang penting dalam persepsi individu

mengenai masalah kesihatan yang mungkin dialami kesan daripada pendedahan kepada

media massa. Model Interaktif Perilaku Fishbein dan Cappella (2006) menyatakan bahawa

keperluan untuk mengenal pasti faktor pendorong yang mendasari kesediaan individu untuk

bertindak sama ada melakukan atau tidak melakukan perilaku tertentu. Oleh itu, persoalan

yang timbul adalah apakah faktor yang mendorong wanita untuk mencari maklumat kanser

serviks menerusi komunikasi interpersonal? Artikel konseptual ini hanya memberi tumpuan

kepada perbincangan pencarian maklumat mengenai kanser serviks menerusi komunikasi

interpersonal sahaja. Faktor-faktor yang mendorong pencarian maklumat kanser serviks

meliputi demografi, pengaruh psikologi, pengalaman langsung dan tahap keperluan terhadap

maklumat. Seterusnya, artikel ini dapat memberikan manfaat kepada pihak perancangan dan

pelaksanaan kempen pencegahan penyakit dan promosi kesihatan yang memainkan peranan

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2013 ISSN : 2231-9948

54

penting dalam melancarkan kempen komunikasi kesihatan terutamanya mengenai kanser

serviks.

Kata kunci: pencarian maklumat, komunikasi interpersonal, kanser serviks, demografi,

pengaruh psikologi, pengalaman langsung, tahap keperluan terhadap maklumat

Pengenalan

Kanser serviks ialah kanser ke-3 umum berlaku dalam kalangan wanita dan merupakan punca

kematian ke-2 tertinggi di seluruh dunia (NCI, 2010). Faktor penyumbang utama kepada

pembentukan kanser serviks ialah jangkitan HPV (Human PapillomaVirus) apabila sel-sel

tidak normal berjangkit di kulit serviks dan membran mukus. Jangkaan 80% orang wanita

akan mendapat jangkitan HPV dan 50% daripada jumlah tersebut berkemungkinan bertukar

menjadi kanser serviks (Mustapha, 2008). Faktor yang meningkatkan peratusan menjangkiti

HPV adalah seperti aktif dalam kegiatan seksual, mempunyai pasangan seks yang ramai,

menjalankan kegiatan seksual pada usia muda, atau mempunyai pasangan seks yang ada

teman seks yang ramai.

Namun, jangkitan HPV sebenarnya mengambil tempoh 10 hingga 20 tahun untuk menular

menjadi kanser serviks. Oleh itu, untuk mengatasi kes kanser serviks yang kian meningkat,

Program Saringan Pap Smear mula diperkenalkan kepada semua penerima perancang

keluarga dan kini diperluaskan kepada wanita berusia di antara 20 tahun hingga 65 tahun

sejak tahun 1969. Program ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kanser serviks melalui

pengesanan awal, meningkatkan liputan ujian Pap Smear, menyediakan ujian Pap Smear

kepada kumpulan sasaran serta merancang aktiviti pengurusan dan tindakan susulan bagi

mereka yang mendapat ujian Pap Smear tidak normal.

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2013 ISSN : 2231-9948

55

Program Saringan Pap Smear dijalankan dengan kerjasama perkhidmatan perancangan

keluarga dalam Program Kesihatan Ibu dan Anak di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Agensi-agensi yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan ujian Pap Smear ialah

Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

(LPPKN), hospital kerajaan dan swasta, klinik kesihatan, serta badan bukan kerajaan seperti

Persekutuan Persatuan Perancang Keluarga Malaysia (PPPLM).

Walaupun Program Ujian Pap Smear telah mula diperkenalkan sejak tahun 1960-an di

Malaysia, tetapi liputan ujian Pap Smear di Malaysia adalah masih rendah berbanding dengan

negara maju seperti England dan Denmark yang mempunyai liputan ujian Pap Smear

melebihi 80%. Pada tahun 1992, liputan ujian Pap Smear hanya 2%, 3.5% pada tahun 1995,

6.2% pada tahun 1996 dan 26% pada tahun 2004 (Nor Hayati, Halimah Yahaya, & Zulkefi

Snaip, 2006). Sehingga tahun 2000, hanya kira-kira 850 000 orang wanita berusia di antara

20 hingga 65 tahun telah menjalani ujian Pap Smear berbanding dengan 5.2 juta orang

penduduk wanita di Malaysia (Nor Hayati et al., 2006).

Kementerian Kesihatan Malaysia (2011a) mencadangkan wanita Malaysia menjalankan ujian

Pap Smear setiap 3 tahun bagi wanita tanpa masalah kesihatan dan dengan keputusan ujian

Pap Smear normal dan bagi wanita yang menjalani ujian Pap Smear untuk kali pertama

dicadangkan menjalani ujian tersebut setiap tahun untuk dua tahun pertama berturut-turut.

Kajian menunjukkan bahawa individu tidak menjalankan ujian Pap Smear secara konsisten

walaupun mereka mengetahui kewujudan ujian tersebut. Kajian oleh Lembaga Penduduk dan

Pembangunan Keluarga Negara menunjukkan seramai 90% orang wanita pada hari ini pernah

mendengar tentang ujian Pap Smear tetapi hanya 32.1% yang menjalankan ujian tersebut

dengan tempoh yang tetap (The Star, 2008).

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2013 ISSN : 2231-9948

56

Secara ringkasnya, keberkesanan ujian Pap Smear telah dipersetujui oleh pakar perubatan di

seluruh dunia. Namun, tahap penglibatan wanita di Malaysia dalam menjalankan ujian Pap

Smear adalah masih rendah. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan faktor-

faktor pendorong bagi wanita untuk mencari maklumat berhubung dengan ujian Pap Smear.

Faktor perilaku pencarian maklumat kesihatan sebenarnya dicetuskan oleh beberapa faktor.

Faktor-faktor yang diberi perhatian dalam pencarian maklumat kanser serviks adalah seperti

faktor demografi, pengaruh psikologi, pengalaman langsung dan juga keperluan terhadap

maklumat.

Pencarian Maklumat Menerusi Komunikasi Interpersonal

Komunikasi interpersonal memainkan peranan penting dalam membawa perubahan tingkah

laku. Komunikasi interpersonal adalah lebih berkesan dalam mempengaruhi dan memujuk

individu dalam mencuba dan mengamalkan sesuatu tingkah laku (Valente, Poppe, & Merrit,

1996; Valente & Saba, 1998). Ia juga merupakan saluran yang membawa kesan terhadap

mesej disampaikan menerusi media massa terutamanya kepada mereka yang percaya bahawa

kandungan media adalah penting dan berinformasi (Morton & Duck, 2001).

Kajian Hwang (2012) mengesahkan peranan komunikasi interpersonal dalam Teori Resapan

Inovasi dengan menunjukkan bahawa kempen kesihatan membentuk perbualan yang

seterusnya menjejaskan keputusan tingkah laku kesihatan yang bakal diambil oleh seseorang.

Oleh itu, kesan kempen kesihatan bukan sahaja melalui pendedahan kepada kempen tetapi

juga melalui perbualan dengan individu lain. Ini adalah kerana pendedahan yang tinggi

terhadap maklumat kesihatan akan meningkatkan kekerapan perbincangan mengenai kempen

berkenaan (Frank et al., 2012). Tambahan juga, nada perbincangan yang positif mengenai

kempen dijangkakan akan membawa sikap yang positif terhadap maklumat kesihatan yang

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2013 ISSN : 2231-9948

57

disampaikan, meningkatkan kecekapan diri dan membawa perubahan dalam norma subjektif

dan deskriptif (Frank et al., 2012).

Terdapat pelbagai saluran yang menyediakan maklumat mengenai kesihatan tetapi

komunikasi interpersonal memainkan peranan penting dalam kempen komunikasi kesihatan.

Morton dan Duck (2001) menyatakan bahawa individu berkemungkinan mendapatkan

sumber maklumat bukan sahaja menerusi media massa tetapi juga menerusi perbincangan di

peringkat interpersonal. Rutten, Arora, Bakos, Aziz, dan Rowland (2005) membahagikan

sumber-sumber komunikasi interpersonal kepada 3 kumpulan, iaitu ahli kesihatan

profesional, badan bukan kerajaan dan lain-lain. Ahli kesihatan profesional meliputi pakar

perubatan seperti doktor umum, doktor pembedahan dan pakar onkologi; jururawat dan ahli

profesional kesihatan lain seperti peguam dan perancang kewangan. Badan bukan kerajaan

terdiri daripada organisasi penjagaan kesihatan, pertubuhan kebajikan dan badan profesional.

Manakala, rakan-rakan, ahli keluarga, pesakit lain, kaunseling, kumpulan sokongan dan

institusi keagamaan adalah di bawah kumpulan lain-lain.

Definisi pencarian maklumat terbahagi kepada aktif dan pasif. Pencarian maklumat aktif ialah

aktiviti yang diambil oleh seseorang untuk mengenal pasti mesej dapat memenuhi keperluan

(Akhu-zaheya, 2007). Proses pencarian maklumat aktif bermula apabila seseorang

menganggap pengetahuan pada ketika tertentu adalah kurang daripada apa-apa yang

diperlukan untuk mengatasi sesuatu isu (Akhu-zaheya, 2007). Manakala, pencarian maklumat

pasif merujuk kepada aktiviti pencarian maklumat bukan secara bertujuan (Akhu-zaheya,

2007). Pencarian maklumat pasif juga dikenali sebagai pengimbasan maklumat yang mana

pesakit terdedah kepada maklumat daripada orang lain atau sumber media ketika bukan

dalam proses mencari maklumat (Nagler et al., 2010). Contohnya, maklumat diperoleh

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2013 ISSN : 2231-9948

58

semasa menonton televisyen, membaca surat khabar atau mendengar radio. Namun,

perbincangan dalam artikel ini hanya tertumpu kepada pencarian maklumat aktif.

Definisi pencarian maklumat dibincangkan daripada perspektif pencari maklumat kerana ini

adalah selaras dengan fokus utama dalam artikel ini yang ingin mengetahui faktor-faktor

yang mendorong individu untuk mencari maklumat. Manafo dan Wong (2012) menyatakan

bahawa pencarian maklumat kesihatan digambarkan sebagai tingkah laku mendapatkan,

menjelaskan atau mengesahkan pengetahuan atau maklumat tentang sesuatu situasi sama ada

secara lisan atau bukan lisan. Ini dijelaskan secara terperinci dalam kajiannya yang dijalankan

dengan menggunakan kaedah temu bual dalam kalangan orang dewasa yang berumur antara

55 hingga 70 tahun, berbahasa Inggeris dan merupakan individu yang terlibat dalam

pencarian maklumat berkait dengan kesihatan mereka. Kajian mereka menyimpulkan bahawa

responden menerangkan tingkah laku pencarian maklumat sebagai aktiviti mendapatkan

maklumat kesihatan yang boleh meningkatkan tahap ketersediaan mereka terhadap sesuatu

situasi.

Oleh itu, maklumat kesihatan berperanan penting dalam menentukan tahap sensitiviti

kesihatan seseorang. Maklumat kesihatan membolehkan pesakit menjadi individu yang aktif

dalam membuat keputusan berkaitan dengan kesihatan dan penjagaan diri (Akhu-zaheya,

2007). Maka, komunikasi interpersonal bukan hanya sebagai sumber saluran untuk

mendapatkan maklumat yang lebih terperinci yang dapat membantu pembentukan tabiat

kesihatan secara langsung tetapi juga dianggap sebagai pengantara untuk mempengaruhi

tingkah laku yang berkaitan dengan kesihatan.

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2013 ISSN : 2231-9948

59

Demografi

Faktor demografi yang mendorong individu mencari maklumat kanser serviks meliputi umur,

faktor sosioekonomi dan sosiobudaya. Ciri-ciri individu adalah berkait dengan pencarian

maklumat. Ini disahkan dalam kajian Shim et al. (2006) yang menunjukkan bahawa ciri-ciri

individu seperti terdapat sejarah penyakit kanser dalam keluarga atau sendiri, umur, tahap

pendidikan dan bangsa mempengaruhi pencarian maklumat. Kajian turut menunjukkan

bahawa individu yang pernah mempunyai penyakit kanser, individu yang lebih muda,

perempuan dan pelajar kolej adalah lebih gemar mencari maklumat berkaitan penyakit

kanser. Ini turut disahkan dalam Manafo dan Wong (2011) yang menunjukkan bahawa orang

dewasa adalah lebih aktif dalam pencarian maklumat. Tambahan lagi, umur individu didapati

akan mempengaruhi tingkah laku pencarian maklumat (Manafo & Wong, 2011).

Kajian Chee, Rashidah, Shamsuddin, dan Intan (2003) terhadap pekerja kilang di Malaysia

menyenaraikan ciri-ciri majoriti wanita yang terlibat dalam ujian Pap Smear ialah mereka

yang lebih tua, berkahwin dan mempunyai anak. Dengan kata lain, terdapat percanggahan

pemboleh ubah umur dengan perkaitan antara pencarian maklumat dan tindakan menjalankan

ujian Pap Smear. Walaupun kajian daripada perspektif barat menunjukkan bahawa individu

yang lebih muda adalah lebih aktif dalam pencarian maklumat, namun kajian berlatar

Malaysia menunjukkan majoriti wanita yang menjalankan ujian Pap Smear ialah individu

yang lebih tua.

Selain itu, kajian Azlan, Nur Airena, Adzmel, Rosdiana, dan Lailina (2013) juga dijalankan

di Malaysia menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara umur, bangsa, tahap pendidikan

dan pekerjaan dengan tindakan menjalankan ujian Pap Smear. Kajiannya menunjukkan

bahawa majoriti wanita yang menjalankan ujian tersebut ialah mereka dalam lingkungan

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2013 ISSN : 2231-9948

60

umur 35 hingga 39 tahun yang mempunyai tahap pendidikan kedua atau ketiga. Tambahan

lagi, wanita Cina adalah lebih gemar menjalankan ujian Pap Smear berbanding wanita

Melayu. Kategori pekerjaan seperti perikanan, pertanian dan pekerjaan asas yang lain

mempunyai perkaitan dengan tindakan menjalankan ujian Pap Smear.

Manakala, kajian Suriati et al. (2012) menunjukkan bahawa pengetahuan dan kesedaran

tentang kepentingan menjalankan pemeriksaan selepas pengesanan tanda-tanda awal kanser

sangat dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi dan sosiobudaya. Antaranya termasuk tahap

pendidikan, tempat tinggal dan kedudukan hospital. Faktor sosioekonomi dan sosiobudaya

juga dikenal pasti sebagai punca menyebabkan kelewatan dalam menjalankan pemeriksaan

atau rawatan.

Pengaruh Psikologi

Pengaruh psikologi merupakan salah satu faktor pendorong pencarian maklumat kanser

serviks menerusi komunikasi interpersonal kerana perasaan dalaman individu akan

mempengaruhi tindakan seseorang. Case, Andrews, Johnson, dan Allard (2005) menyatakan

bahawa ciri-ciri menonjol seperti ketakutan, penafian, mengelak dan tidak mengendahkan

maklumat berupaya membawa motivasi untuk mencari maklumat. Selain itu, kepercayaan

juga adalah penting dalam pencarian maklumat kerana kepercayaan dapat membentuk

pemikiran seseorang dan meningkatkan atau mengurangkan tahap motivasi pencarian

maklumat (Case et al., 2005). Dengan kata lain, sekiranya individu percaya bahawa pencarian

maklumat akan membolehkan mereka untuk melaksanakan perubahan, maka mereka akan

mempunyai motivasi untuk mencari maklumat lanjut mengenai sesuatu dan sebaliknya.

Model Lanjutan Teori Tindakan Bersebab mengaitkan pengaruh psikologi dengan tindakan

yang bakal diambil. Model Lanjutan Teori Tindakan Bersebab mengandaikan bahawa niat

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2013 ISSN : 2231-9948

61

akan menentukan sama ada individu terlibat dalam sesuatu tingkah laku atau tidak. Niat ialah

satu gagasan motif yang menggambarkan sejauh mana kesanggupan seseorang individu untuk

mencuba dan jumlah usaha yang dicurahkan dalam perancangan untuk melaksanakan

sesuatu tingkah laku berkenaan (Zainuddin, Meor, Mohd Ali, & Rahmad Sukor, 2008).

Maka, perubahan tingkah laku seseorang sebenarnya boleh diramal berasaskan niat individu

tersebut sama ada ingin melaksanakan atau tidak melaksanakan tingkah laku tersebut. Niat

boleh ditentukan oleh dua faktor, iaitu sikap terhadap tingkah laku dan norma subjektif

(Akhu-zaheya, 2007). Sikap terhadap tingkah laku ialah penilaian individu meliputi perasaan

menyenangkan atau tidak menyenangkan terhadap sesuatu tingkah laku. Kajian Suriati et al.

(2012) mendapati bahawa faktor psikologi seperti sikap pesakit dan ahli keluarga terhadap

kanser akan meningkatkan tahap keseriusan bagi individu yang menghidapi kanser. Pesakit

akan cenderung menganggap kanser sebagai penyakit yang tidak boleh diubati. Faktor-faktor

psikologi yang lain yang mengakibatkan pesakit kanser mengelak daripada menjalankan

pemeriksaan dan rawatan moden adalah seperti rasa bersalah, malu dan rendah diri kerana

merupakan pesakit kanser.

Manakala, norma subjektif ialah penerimaan atau penolakan terhadap sesuatu tingkah laku.

Contohnya, kebimbangan yang mengambil kira kepercayaan agama dan pendapat ahli

keluarga terhadap kanser serviks. Persatuan Onkologi Malaysia dan Pfizer Malaysia (2011)

menyatakan bahawa kanser jarang dijadikan sebagai tajuk perbualan dalam kalangan rakyat

Malaysia. Individu adalah lebih gemar untuk mengelakkan diri daripada perbualan mengenai

kanser walaupun mereka mengetahui kewujudan kes kanser yang berlaku di sekitar mereka.

Ini disebabkan kanser merupakan pantang larang untuk dibincangkan secara terbuka

terutamanya bagi orang Melayu yang menetap di kawasan luar Bandar (Kementerian

Kesihatan Malaysia, 2011b).

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2013 ISSN : 2231-9948

62

Pengalaman Langsung

Faktor pendorong pencarian maklumat kanser serviks iaitu pengalaman langsung merujuk

kepada pengetahuan mengenai kanser serviks yang dimiliki dan pengalaman lepas yang

pernah dialami pada masa yang lalu. Konsep pengalaman langsung adalah berkait dengan

pengetahuan, imbas kembali pengalaman lepas yang dialami dan maklumat yang diperoleh

menerusi rangkaian sosial.

Wanita berasa gelisah dan takut dengan kanser serviks disebabkan oleh kurang pendedahan

dan pengetahuan mengenai kanser serviks. Kajian Lemal dan Bulck (2009) menunjukkan

bahawa wanita yang sesekali terdedah kepada maklumat kanser serviks menghadapi 2 kali

lebih takut menghidapi kanser serviks. Tambahan lagi, wanita yang kerap terdedah kepada

maklumat mengenai kanser serviks menghadapi 3 kali lebih takut terhadap kanser serviks dan

takut menghidapi kanser serviks.

Selain itu, bagi pesakit yang mendapatkan maklumat rawatan daripada doktor atau pakar

kesihatan yang lain ialah mereka yang pernah mendengar atau menerima maklumat daripada

sumber-sumber lain. Tahap pencarian maklumat mengenai rawatan yang bakal dijalankan

berkait dengan kekerapan mendengar dan menerima maklumat terapi untuk sesuatu kanser.

Perkaitan pencarian maklumat dan kesedaran rawatan adalah signifikan dalam kalangan yang

tidak menerima terapi yang disasarkan (Gray, Armstrong, Demichele, Schwartz, & Hornik,

2009).

Menurut Shim et al. (2006), terdapat perkaitan positif antara pencarian maklumat dengan

pengetahuan terhadap kanser dan amalan gaya hidup sihat yang dapat mencegah kanser.

Perkaitan positif antara pencarian maklumat dengan pengetahuan terhadap kanser signifikan

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2013 ISSN : 2231-9948

63

selepas mengawal pemboleh ubah faktor demografi, sosial, riwayat kanser, tahap kesihatan

serta insurans perubatan dan kesihatan. Kajian juga mendapati bahawa pencarian maklumat

berkait dengan pemeriksaan kanser payu dara, iaitu pemeriksaan monogram.

Tahap Keperluan Terhadap Maklumat

Seseorang yang baru diagnosis dengan kanser berpotensi mengalami gangguan secara emosi

dan psikologi seperti ketidakpastian dan ketakutan akibat daripada tekanan hidup. Maka,

individu yang baru diagnosis dengan kanser akan mengambil inisiatif untuk mendapatkan

maklumat yang terperinci untuk meningkatkan pemahaman mengenai kanser yang dihidapi.

Hal ini kerana maklumat dianggap dapat mengurang, mengawal dan menangani

kebimbangan, tekanan, ketidakpastian serta dapat menggalakkan penjagaan diri (Akhu-

zaheya, 2007).

Tingkah laku pencarian maklumat bergantung kepada keperluan individu yang dibezakan

berdasarkan diagnosis, rawatan, persepsi terhadap kepentingan maklumat, ciri-ciri maklumat

dan sikap individu. Akhu-zaheya (2007) menyatakan bahawa pencarian maklumat kesihatan

dalam kalangan pesakit diagnosis kanser sentiasa mematuhi pola yang sama daripada segi

tempoh masa untuk mencari maklumat, topik yang dicari, tahap keperluan maklumat dan

jenis maklumat yang dicari, iaitu secara umum atau khusus.

Pesakit berminat untuk mencari maklumat terutamanya kepada mereka yang diagnosis

penyakit atau dalam fasa rawatan. Walau bagaimanapun, kandungan maklumat yang dicari

oleh individu adalah berbeza mengikut peringkat penyakit. Contohnya, bagi individu yang

baru diagnosis penyakit adalah gemar mencari maklumat seperti peringkat sesuatu penyakit,

pilihan rawatan serta kesan sampingan penyakit yang dihidapi (Rutten et al., 2005). Manakala

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2013 ISSN : 2231-9948

64

bagi pesakit yang berada pada fasa pasca-rawatan juga akan meneruskan proses pencarian

maklumat seperti rawatan yang mereka sedang menjalani, kesan sampingan dan pemulihan

(Rutten et al., 2005). Oleh itu, kandungan maklumat yang disediakan oleh pihak berkenaan

haruslah mengambil kira bentuk maklumat yang diingini oleh khalayak sasarannya.

Hal ini penting kerana kajian oleh Hesse (2009) menunjukkan majoriti responden

menyatakan terdapat banyak maklumat yang berbeza mengenai punca seseorang itu

menghidapi kanser dan menguburkan mereka kerana mereka tidak dapat kenal pasti kesahan

maklumat-maklumat yang didapati dan tiada saluran media massa yang menyampaikan

maklumat yang tepat kepada mereka. Ini mengakibatkan mereka mempunyai tahap

pengetahuan dan tahap kesedaran yang rendah mengenai kanser yang akhirnya

mengakibatkan kegagalan mereka membuat keputusan yang betul untuk menangani kanser

(Suriati et al., 2012).

Kesimpulan

Dengan berpandukan tinjauan literatur yang diperoleh, demografi, pengaruh psikologi,

pengalaman langsung dan tahap keperluan terhadap maklumat merupakan faktor pendorong

pencarian maklumat kanser serviks. Namun, peranan keempat-empat faktor yang

dikemukakan ini merupakan pemboleh ubah bebas atau perantaraan masih perlu dikenal

pasti. Oleh itu, satu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan untuk mengupas isu

perilaku pencarian maklumat kanser serviks menerusi komunikasi interpersonal terutamanya

dalam kalangan wanita di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum kerana tinjauan

literatur menunjukkan demografi merupakan salah satu faktor pendorong pencarian

maklumat. Di samping itu, kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan kerana perbualan

menerusi komunikasi interpersonal mengenai sesuatu kempen kesihatan didapati akan

menjejaskan keputusan tingkah laku kesihatan yang bakal diambil. Tingkah laku mencari

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2013 ISSN : 2231-9948

65

maklumat adalah penting dikaji kerana individu dapat mengurang, mengawal, dan menangani

kebimbangan, tekanan, ketidakpastian serta menggalakkan penjagaan diri setelah

mendapatkan maklumat yang diingini.

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2013 ISSN : 2231-9948

66

RUJUKAN

Akhu-zaheya, L. M. (2007). Factors Influencing Health Information-Seeking Behavior of

Jordanian Patients With Cancer. University at Buffalo, The State University of New

York.

Azlan Aziz, Nur Airena Aireen Azman, Adzmel Mahmud, Rosdiana Abd.Hamid, & Lailina

Khairuddin. (2013). Socio-Economic Determinants of Pap smear Screening among

Married Women in Peninsular Malaysia. International Journal of Humanities and Social

Science, 3(3), 186–192. Retrieved from www.ijhssnet.com

Case, D. O., Andrews, J. E., Johnson, J. D., & Allard, S. L. (2005). Avoiding versus seeking:

The relationship of information seeking to avoidance, blunting, coping, dissonance, and

related concepts. Journal of the Medical Library Association : JMLA, 93(3), 353–362.

Chee, H. L., Rashidah S, Shamsuddin K & Intan O. (2003). Factors related to the practice of

breast self-examination and pap smear screening among Malaysian women workers in

selected electronic factories. BMC Women’s Health, 3(3). Retrieved from

http://www.Biomedcentral.com/1472-6874/3/3

Fishbein, M., Cappella, J. N. (2006). The role of theory in developing effective health

communication. Journal of Communication, 56, 1-17. Doi: 10.1111/j.1460-

2466.2006.00280.x.

Frank, L. B., Chatterjee, J. S., Chaudhuri, S. T., Lapsansky, C., Bhanot, A., & Murphy, S. T.

(2012). Conversation and compliance: Role of interpersonal discussion and social

norms in public communication campaigns. Journal of health communication, 17(9),

1050–67. Doi:10.1080/10810730.2012.665426.

Gray, S. W., Armstrong, K., Demichele, A., Schwartz, J. S., & Hornik, R. C. (2009). Colon

cancer patient information seeking and the adoption of targeted therapy for on-label and

off-label indications. Cancer, 115(7), 1424–34. Doi:10.1002/cncr.24186.

Hesse, B. W. (2009). Cancer communication: Status and future directions. Journal of Health

Communication, 14, 109-127. Doi: 10.1080/10810730902806851.

Hwang, Y. (2012). Social diffusion of campaign effects: Campaign-generated interpersonal

communication as a mediator of antitobacco campaign effects. Communication

Research, 39(1), 120-141. Doi: 10.1177/0093650210389029.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011a). Barah Pangkal Rahim. Retrieved February 22,

2013,from

http://www.seetrustudio.com/infosihat/media/video/B/Video%20Barah%20Pangkal%20

Rahim/Barah-Pangkal-Rahim_BM.php

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011b). Pelan strategic 2011-2015: 1 care for Malaysia.

Retrieved December 21 2012,

http://pnd.moh.gov.my/uploads/Rujukan/Plan%20Strategik%20KKM%202011-

2015.pdf

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2013 ISSN : 2231-9948

67

Kam, P. (2008, July 10). Gifts of health. The Star. Retrieved October 24, 2010, from

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/eng/template.jsp?showMe=31&storyid=121

5663653079

Lemal, M. & Bulck, J.V. (2010). Television news coverage about cervical cancer: Impact on

female viewr’s vulnerability perceptions and fear. European Journal of Public

Health, 2010. Doi: 10.1093/eurpub/ckq04.

Lum, M. (2009, November 23). Cervical Cancer preventation. The Star. Retrieved October

24,2010,from

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/eng/template.jsp?showMe=32&storyid=125

8949656118

Manafo, E., & Wong, S. (2012). Exploring older adults’ health information seeking

behaviours. Journal of Nutrition Education and Behavior, 44(1), 85-89.

Morton, C., & Choo, C. W. (2012). A review of theoretical models of health information

seeking on the web. Journal of Documentation, 68(3), 330–352.

Doi:10.1108/00220411211225575.

Mustapha, K. (2008, April 15). It’s all up to you. New Straits Time. Retrieved October 24,

2010,from

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/eng/template.jsp?showMe=31&storyid=120

8239096078

Nagler, R. H., Romantan, A., Kelly, B. J., Stevens, R. S., Gray, S. W., Hull, S. J., Ramirez, a

S., et al. (2010). How do cancer patients navigate the public information

environment? Understanding patterns and motivations for movement among

information sources. Journal of cancer education, 25(3), 360–70.

Doi:10.1007/s13187-010-0054-5.

National Cancer Institute. (2010). Cancer advances in focus: Cervical cancer. Retrieved

January 30, 2013, from http://www.cancer.gov

Nor Hayati Othman, Halimah Yahaya, & Zulkefi Sanip. (2006). Determination on

effectiveness of cervical cancer secreening in Peninsular Malaysia. Retrieved April

3, 2013, from http://www.makna.org.my/ar2006/MAKNA_CRP_USM.html

Persatuan Onkologi Malaysia, & Pfizer Malaysia. (2011). Hope handbook: Buku panduan

sumber untuk pesakit kanser yang baru didiagnosis (pp. 1–60). Malaysia. Retrieved

10 October 2013, from http://www.hopehandbook.org/

Rutten, L. J. F., Arora, N. K., Bakos, A. D., Aziz, N., & Rowland, J. (2005). Information

needs and sources of information among cancer patients: a systematic review of

research (1980-2003). Patient education and counseling, 57(3), 250–261.

Doi:10.1016/j.pec.2004.06.006.

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2013 ISSN : 2231-9948

68

Shim, M., Kelly, B., & Hornik, R. (2006). Cancer Information Scanning and Seeking

Behavior is Associated with Knowledge, Lifestyle Choices, and Screening. Journal

of Health Communication, 11:S1, 157–172. Doi:10.1080/10810730600637475.

Suriati, G., Colonius, A., Narimah, S., Norizan, M. N., Azlinda, A., Intan Hashimah, H., &

Khairiah Salwa, M. (2012). Knowledge and awareness of Malaysian cancer patients

and their family towards facing and coping with cancer. Health and the Environment

Journal, 3(2), 38-50.

Valente, T., Poppe, P., & Merritt, A. (1996). Mass-media-generated interpersonal

communication as sources of information about family planning. Journal of Health

Communication, 1, 247-265.

Valente, T., & Saba, W. (1998). Mass media and interpersonal influence in a reproductive

health information campaign in Bolivia. Communication Research, 25(1), 96-124.

Zainuddin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohd Ali Ibrahim, & Rahmad Sukor Ab

Samad. (2008). Kemahiran ICT di kalangan guru pelatih IPTA Malaysia. Shah Alam:

Arah Pendidikan Sdn Bhd.

BIODATA PENULIS:

Soo Shey San dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor, 7 Jun 1988. Tamat persekolahan sekolah

rendah SJK(C) Chong Hua, Banting tahun 2000. Pengajian menengah diteruskan di Sekolah

Menengah Kebangsaan Methodist, Telok Datuk diselesaikan pada tahun 2005.

Menyelesaiakan program pra universiti di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan pada tahun

2007. Beliau menerima Bacelor Komunikasi pada tahun 2010 dan Master Komunikasi

Korporat pada tahun 2012 dari Universiti Putra Malaysia. Beliau kini sedang meneruskan

pengajian di perigkat Doktor Falsafah Komunikasi dengan pengkhususan dalam bidang

Komunikasi Kemanusiaan di Universiti Putra Malaysia.