bab 1 aqidah sebagai pegangan hidup rev 01

54
BAB 1 : AKIDAH SEBAGAI PEGANGAN HIDUP 1.1 : KONSEP AKIDAH 1.2 : ASAS-ASAS ISLAM 1.3 : ISLAM AGAMA RASMI DI MALAYSIA 1.4 : ISU-ISU AKIDAH DI MALAYSIA NAZIEFA MOHAMED TECHNICAL TRAINING OFFICER ISLAMIC STUDIES GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE MPU 2312 : DINAMIKA ISLAM DI MALAYSIA

Upload: independent

Post on 26-Nov-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB 1 :AKIDAH SEBAGAI PEGANGAN HIDUP

1.1 : KONSEP AKIDAH1.2 : ASAS-ASAS ISLAM1.3 : ISLAM AGAMA RASMI DI MALAYSIA1.4 : ISU-ISU AKIDAH DI MALAYSIA

NAZIEFA MOHAMEDTECHNICAL TRAINING OFFICER

ISLAMIC STUDIESGERMAN MALAYSIAN INSTITUTE

MPU

231

2 :

DIN

AM

IKA

ISL

AM

DI

MA

LAYS

IA

APA TAFSIRAN ANDA ??

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah Yang baik, seperti pohon yang baik, akarnya teguh, dan cabangnya (menjulang) Ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya.Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat”

(Ibrahim : 24-25)

DEFINISI AQIDAH 1. BAHASA

Bahasa

• Berasal dari kalimah Arab ( عقد =‘aqada)

• Bermaksud Ikatan / simpulan

Istilah

• Kepercayaan atau keimanan kepada nilai-nilai dan hakikat-hakikat mutlak yang pasti dan tetap iaitu beriman kepada Allah, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam, dan perkara-perkara ghaib

DEF

INIS

I A

QID

AH

MENURUT TOKOH ULAMA’

Imam Hasan al-

Bana

• Aqidah adalah ikatan yang paling kuat, yang mengikat antara pejuang dan tujuannya. Dengan mereka yang sefahaman dengannya,

• Tidak ikatan yang paling kuat selain ikatan Aqidah, dan tiada aqidah yang paling kuat selain Islam.

Al-Ghazali• Suatu pegangan iaitu membenarkan dalam hati secara yakin dan tanpa sebarang syak dan keraguan

Al-Murtadza Az-Zabidi 

• Aqidah sebagai apa yang dipegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan ianya tersemai di dalam hati dan jiwa. 

DEF

INIS

I A

QID

AH

KEPENTINGAN AQIDAH

Merupakan syarat utama bagi penerimaan setiap amal ibadah.

Sebagai pendorong kehidupan manusia dalam menjalani kehidupan agar menepati prinsip-prinsip ubudiyyah.

Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan pembatalan iman sama ada melalui iktikad, lisan dan perbuatan.

6 PERKARA MEMBATALKAN AQIDAH

SYIRIK

KUFUR

RIDDAH

KHURAFAT

SIHIR

MUNAFIK

PERKAR

A MEMBA

TALKAN A

QIDAH

SYIRIK

Menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatannya

SYIRIK JALI (TERANG) - Menyembah patung & berhala.

SYIRIK KHAFI (TERSEMBUNYI): - Riya.

KUFURTidak percaya

kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.WCONTOH: - Tidak mengakui balasan diakhirat - Menolak hukum yang terdapat dalam al-Quran - Menyatakan solat fardhu merugikan masa

RIDDAH

Berpaling atau keluar daripada agama Islam

Melalui 3 Cara: - Iktikad: apabila berniat hendak meninggalkan agama Islam - Perkataan: apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam - Perbuatan: menganut agama selain daripada agama islam

PERKAR

A MEMBA

TALKAN A

QIDAH

KHURAFATKepercayaan

dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariatCONTOH: - mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang - mengunjungi kubur yang dianggap keramat

SIHIRIlmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusiaCONTOH: - Menggunakan jin atau syaitan melalui santau atau perubatan - Pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus

MUNAFIK

Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

CIRI-CIRI: - Berdusta apabila bercakap - Khianat apabila diberi amanah - Bersikap melampaui batas apabila bertengkar - Selalu mungkir janji PER

KARA ME

MBATALK

AN AQIDA

H

HUKUM DAN PEMBAHAGIANNYA

Definisi Hukum Bahagian Hukum

Hukum Syarak Hukum Aqal

Hukum Adat

DEFINISI HUKUM

Bahasa : Perlaksanaan

Istilah :Perkara

yang

dituntut

adalah Ketetapan yang

telah

ditentukan

oleh

Allah

SWT

berupa aturan dan larangan bag

i ummat

muslim.

Tujuan Hukum dalam IslamAdalah aturan yang dijalankan untuk mencapai kebahagiaan hidup manusia di dunia ini dan di akhirat dengan mengambil segala manfaat dan mencegah mudarat atau keburukan yang

tidak berguna bagi kehidupan.

PEMBAHAGIAN HUKUM

Hukum Syarak

• Undang-undang yang disampaikan oleh Allah kepada manusia melalui wali-walinya. Spt wajib solat, haram berjudi dsb.

• 8 pecahan : Wajib,sunat, harus, makruh, halal, haram, sah dan batal.

Hukum Aqal

• Wajib : perkara yang diterima oleh Aqal tiada, seperti Allah itu wajib ada.• Mustahil : perkara yang tidak diterima oleh aqal ada, mustahil syirik pada Allah.• Harus : perkara yang diterima oleh aqal ada atau tiada. Harus bagi Allah mengadakan sesuatu atau tidak.

Hukum Adat

• Suatu ketetapan yang ditentukan mengikut adat dan kebiasaan berlaku, seperti api panas membakar, air itu sejuk dan menghilangkan dahaga.

SUMBER-SUMBER HUKUM DALAM ISLAM

Al-Sunnah

Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perkataan, perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul

Al-Quran

al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat jibril  yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir (berperingkat). Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Bermaksud bacaan berasal dari perkataan Qara’a yang bererti menghimpunakan.

Sunnah terbahagi kepada 3 kategori :1. Sunnah Qawliyyah : Merujuk kepada ucapan Rasulullah s.a.w yg diriwayatkan dalam pelagai situasi.2. Sunnah Fi’liyyah : Merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh Baginda s.a.w.3. Sunnah Taqririyyah : Merujuk kepada perakuan dan persetujuan Rasulullah s.a.w terhadap perlakuan para sahabat.

SUMBER

HUKUM

DALAM I

SLAM

SUMBER

HUKUM

DALAM I

SLAM

ASAS-ASAS AKIDAH ISLAM

RUKUN ISLAM

DEFINISI ISLAM

PERKARA RUKUN ISLAM

IHSAN RUKUN IMAN

DEFINISI IMAN

PERKARA RUKUN IMAN

DEFINISI IHSAN PERKARA IHSAN

DEFINISI ISLAMBAHASA

• Berasal dari perkataa salima• Tulin dan suci daripada kecacatan zahir dan batin• Damai, aman dan sejahtera• Taat, patuh, tunduk dan menyerah

ISTILAH

• Mentauhidkan Allah s.w.t taat serta beriman dengan ajaran yang dibawa oleh Muhammad s.a.w

• Tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t secara sukarela tanpa paksaan

RUKUN-RUKUN ISLAMMengucap dua

kalimah syahadah

Solat

ZakatPuasa

Menunaikan Haji

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

Cله إCال الله أشهد أن ال إ“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang

layak disembah melainkan Allah”

سول دا ر وأشهد أن محمالله

“Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah”

SOLAT

Bahas

a

• Bermaksud doa iaitu memohon kebaikan.

Istilah

• Beberapa perkataan dan perbuatan yang tertentu, bermula dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam.

HUKUM MENGERJAKAN & MENINGGALKAN SOLAT

HUKUM MENGERJAKANNYA

• Wajib ke atas setiap Muslim yang ‘mukallaf’

• Wajib mengerjakan 5 solat fardhu sehari semalam pada waktu yang tertentu.

HUKUM MENINGGALKANNYA

• Bagi orang yang mengingkari perintah kewajipan & mempersenda-sendakannya - Kafir & terkeluar dari agama Islam .

• Bagi org yang malas tetapi masih meyakini hukum wajibnya –Tidak kafir tetapi hendaklah bertaubat & mengqada’kan solat.

Subuh - 2 rakaat

Zuhur - 4 rakaat

Asar - 4 rakaat

Maghrib - 3 rakaat

Isyak - 4 rakaat

5 SOLAT FARDHU & RAKAAT

•Suci anggota badan daripada hadas•Suci anggota badan daripada najis•Suci pakaian daripada najis.Bersuci•Yakin sepenuh hati bahawa sudah masuk waktu

Masuk Waktu

•Lelaki - bhgian bdn antara pusat hingga lutut.•Wanita - seluruh badan selain muka & dua tapak tangan.

Menutup Aurat

•Menghadap kaabah di Masjid al-Haram.

Menghadap Kiblat

4 SYARAT SAH SOLAT

Niat Berdiri Tegak

Membaca al-Fatihah Ruku’

I’tidal Sujud

Duduk Tasyahud

Akhir

Membaca Tasyahud

AkhirBerselawat ke atas

Nabi SAW Selepas

Tasyahud Akhir

Salam Yang

Pertama

13 RUKUN SOLAT

ZAKAT

BahasaBermaksud suci,

subur & berkembang.

IstilahMengeluarkan

sebahagian drpd harta utk golongan tertentu dgn syarat-syarat yg tertentu.

2 JENIS Zakat Fitrah Zakat Harta

Syarat Wajib

•Islam.•Wajib zakat sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.•Memiliki harta yang melebihi keperluan untuk makan bagi diri & tanggungannya.

Waktu Mengeluarkan•Waktu Harus: sepanjang bulan Ramadhan & pada hari raya pertama.•Waktu Wajib: sebelum terbenam matahari akhir Ramadhan.•Waktu Sunat: selepas solat Subuh pd hari akhir Ramadhan hingga sblum solat hari raya.•Waktu Makruh: selepas solat hari raya hingga tiba waktu Maghrib hari raya pertama.

ZAKAT FITRAH

•Kadar yg tertentu daripada harta yang wajib dikeluarkan oleh setiap mukallaf bagi dirinya & tanggungannya setelah matahari terbenam pada hari akhir Ramadhan, dengan syarat-syarat tertentu.•Hukumnya wajib dengan mengeluarkan 1 gantang drpd makanan yg mengenyangkan (lebih kurang 2.27 kg). Nilainya berubah mengikut nilai beras semasa.

Syarat Wajib Zakat Harta

•Islam & merdeka•Sempurna milik•Cukup nisab iaitu nilai/ sukatan/ timbangan minima yang dikenakan zakat.•Cukup haul iaitu memiliki harta tersebut dalam tempoh setahun.

Jenis Zakat Harta

•Zakat Pendapatan: 2.5 % jika melebihi nisab.•Zakat Perniagaan•Zakat Ternakan: unta, lembu/ kerbau, kambing & biri-biri.•Zakat Pertanian: gandum, beras, buah-buahan•Zakat Emas & Perak: Nisab bagi nilai emas semasa iaitu 85 gram emas/ 196 gram perak. Kadar yang dikenakan ialah 2.5 % jika melebihi nisab

ZAKAT HARTA

FAKIR• iaitu orang yg mempunyai harta / pendapatan

kurang separuh mencukupi drpd keperluan diri & orang tanggunggannya

MISKIN• iaitu orang yg mempunyai harta / pendapatan

lebih separuh mencukupi drpd keperluan diri & orang tanggunggannya

‘AMIL • iaitu orang yg dilantik untuk mengutip zakat

MUALLAF • iaitu orang yg baru memeluk Islam

HAMBA SAHAYA • iaitu hamba yg ingin memerdekakan dirinya

ORANG BERHUTANG • iaitu orang yg berhutang untuk dirinya atau orang lain

IBNU SABIL • iaitu orang yg bermusafir/ berdagang untuk keperluan ibadah / kebajikan

FI SABILILLAH • iaitu orang yg melakukan perbuatan / perjuangan utk menegakkan syiar Islam

8 Asnaf Zakat (Penerima Zakat)

PUASA

Bahas

a

• Menahan diri daripada melakukan sesuatu spt makan, minum & bercakap sesuatu yg keji

Istilah

• Menahan diri drpd sebarang perkara yang membatalkannya

• Bermula dr terbit fajar matahari hingga terbenamnya dengan niat berpuasa

Syarat Wajib Puasa•Islam•Mukallaf (org yg dipertanggung jawabkan)•Tiada keuzuran

Syarat Sah Puasa

•Islam•Berakal & mumayyiz (mampu membezakan yg baik & buruk)•Tiada sebarang keuzuran

Rukun Puasa

•Niat•Menahan diri drpd perkara-perkara yg boleh membatalkan puasa

•Puasa di bln Ramadhan•Puasa nazar•Puasa qadha’Wajib•Puasa 6 hari bulan Syawal •Puasa Hari Arafah - 9 Zulhijjah •Puasa setiap Isnin & KhamisSunat•Hari Raya Aidil Fitri 1 Syawal & Hari Raya Haji 10 Zulhijjah•Puasa Hari Syak 30 Sya’ban• Hari Tasyrik 11, 12 & 13 ZulhijjahHaram•Jumaat sahaja. (Jika sebelum / sesudah Jumaat, berpuasa dibolehkan)•Sabtu sahaja•Puasa terus menerus tanpa hentiMakruh

JENIS-JENIS PUASA

Perkara Yang Membatalkan Puasa

• Makan & minum dengan sengaja• Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka• Muntah dgn sengaja• Bersetubuh dgn sengaja di siang hari• Mengeluarkan mani dgn sengaja• Keluar haidh & nifas• Gila & murtad

Perkara Makruh

• Berlebih-lebihan memasukkan air ke dalam hidung• Merasa makanan dengan lidah• Mengucapkan perkataan keji & merangsangkan

DEFINISI IMAN• Berasal dari perkataan ‘aamana

bermaksud percaya, yakin dan membenarkan dengan hati

BAHASA

• Pengakuan dengan hati, iaitu membenarkan Allah dan Rasul, mengucapkan dengan lidah serta beramal dengan anggota badan.

• Ia juga memberi maksud tasdiq iaitu membenarkan segala yang terkandung di dalam rukun iman.

ISTILAH

* Iman dan Islam adalah suatu perkara yang tidak dapat dipisahkan dan tidak sesuai disebutkan secara

berasingan.Pengertian iman secara umumnya berkait dengan keimanan kepada segala sesuatu yang terkandung pada syariat

Islam.

RUKUN IMANBeriman Kepada Allah

Beriman Kepada Malaikat

Beriman Kepada Kitab

Beriman Kepada Rasul

Beriman Kepada

Qada’ dan Qadar

Beriman Kepada Hari

Akhirat

ASAS-AS

AS AKID

AH

BERIMAN KEPADA ALLAHIkatan keyakinan terhadap ketuhanan yang

diterjemahkan melalui dua kalimah syahadah.

Tuhan yang layak disembah dan tidak menyekutuiNya Makrifatullah – Mengenal Allah

- Pembuktian kewujudan Allah

- Pengakuan terhadap keEsaan Allah

- Keyakinan Kebesaran dan Kekuasaan Allah

ASAS-ASA

S AKID

AH

BERIMAN KEPADA MALAIKATMalaikat adalah makhluk ciptaan Allah (alam Ghaib)

Makhluk yang mulia, sentiasa taat dan patuh. Tidak pernah derhaka.

Nama-nama Malaikat yang wajib diketahuiDijadikan dari Nur (cahaya)

Peranan dan tanggungjawab Malaikat ASAS-ASA

S AQIDAH

BERIMAN KEPADA KITABWajib beriman dengan kitab yang diturunkn kepada para Nabi dan Rasul sebagai panduan kepada umat manusia

ASAS-ASA

S AKIDAH

BERIMAN KEPADA RASULMengetahui dan meyakini Allah

mengutuskan Nabi dan Rasul kepada umat

Nya.

Menjadikan Rasul

sebagai Qudwatun Hasanah

Mengetahui Rasul-rasul Allah yang

wajib diketahui

Mengenal peranan dan sifat Rasul :

Tabligh, Amanah,

Fatanah & Siddiq ASAS

-ASAS AK

IDAH

KEPERCAYAAN KEPADA QADA’ DAN QADARMenerima segala ketentuan Allah

Meyakini bahawa ketetapan Allah itu mempunyai hikmahnyaSikap ketika menerima ketentuan Allah...

Meyakini Qada’ dan Qadar : Melahirkan sifat yakin, redha, sabar dan tawakkal.

ASAS-ASA

S AKIDAH

KEPERCAYAAN KEPADA HARI AKHIRATMeyakini bahawa manusia dan seluruh isi alam akan musnah bila tiba masanya

Meyakini akan adanya hari kebangkitan, hari perhitungan dan hari pembalasan syurga dan neraka

Meyakini bahawa manusia akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan atas segala amal perbuatan di dunia

Tanda-tanda Kiamat kecil dan besar ASAS-ASA

S AKIDAH

PENGERTIAN IHSAN

ISLAM AGAMA RASMI DI MALAYSIA

Disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan: Perkara 3. Agama bagi Persekutuan

Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-

agama lain boleh diamalkan

dengan aman dan damai di mana-mana

Bahagian Persekutuan.

Di dalam tiap-tiap Negeri selain

Negeri-Negeri yang tidak mempunyai

Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua

Agama Islam di Negerinya

mengikut cara dan setakat

yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan,

tertakluk kepada Perlembagaan .

Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang,

Sabah dan Sarawak

hendaklah masing-masing

membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong

kedudukan sebagai Ketua

Agama Islam di Negeri itu.

Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-

Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur,

Labuan dan Putrajaya

ISLAM AG

AMA RAS

MI DI MA

LAYSIA

Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".

Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4),mengembangkan ugamanya".

Ini bermakna walaupun Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya,penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan, bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing. Kebebasan ini membentuk perpaduan yang kukuh antara kaum dan ini telah dibuktikan dengan keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini.

ISU-ISU AKIDAH DI MALAYSIA

1. ISU KALIMAH ALLAH

Penggunaan nama Allah yang dikaitkan dan disertakan dengan unsur syirik mestilah dielakkan. Justeru itu, perlu difahami bahawa menyebut nama Allah mestilah wajib secara haq membawa maksud yang sebenar serta bebas daripada maksud lain yang dusta, syirik dan terpesong. Pendirian ini demi menjaga kesucian nama Allah dan mengelakkan daripada penyalahgunaan dan penyimpangan oleh pihak yang mengambil kesempatan.

DALIL-DALIL DARI AL-QURAN

1. Surah al-Ikhlas (1-4) :

“Katakanlah (wahai Muhammad):Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan

sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, Dan

tiada apa pun yang setara dengannya.”

Penegasan Allah tentang keEsaan yang menjadi asas pegangan akidah umat Islam dan penegasan bahawa apa sahaja yang ada di dunia ini tidak serupa dengan

Allah dan tentunya bukan Allah.

2. Surah al-A’raf (180) :

“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka serulah (dan berdoalah) kepada Nya

dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling daripada kebenaran

dalam masa menggunakan nama-nama Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka

kerjakan”.

Penegasan Allah tentang nama-namaNya yang mulia dan suatu bentuk larangan penyalahgunaan nama

Allah yang ditegaskan oleh Allah sendiri.

3. Surah al-An’am (136) :

“Dan mereka (orang-orang musyrik) memperuntukkan dari hasil tanaman dan binatang-binatang ternak yang

diciptakan oleh Allah itu, sebahagian bagi Allah (dan sebahagian lagi untuk berhala-berhala mereka), lalu mereka berkata: Ini untuk Allah, menurut anggapan

mereka –dan ini untuk berhala-berhala mereka. Kemudian apa yang telah ditentukan untuk berhala-berhala mereka.

Maka ia tidak sampai kepada Allah (kerana tidak membelanjakannya pada jalan Allah) dan apa yang telah

ditentukan untuk Allah, sampai pula kepada berhala mereka(kerana mereka membelanjakan ke jalan itu)

Amatlah jahatnya apa yg mereka hukumkan itu”.Penegasan Allah tentang perlakuan jahat golongan

musyrik dan niat mereka yang jelas terpesong dan tidak diterima oleh Allah walaupun mereka menyebut nama

Allah

Allah adalah Tuhan yang Maha Esa yang tiada sekutu bagi Nya.

Allah melarang perbuatan syirik kepada Nya walaupun syirik itu dijadikan alasan untuk mendekatkan diri kepada Nya

Allah memerintahkan agar berpaling daripada orang-orang yang menyalahgunakan nama Allah dan mensyirikkan Nya tanpa kompromi

Larangan penggunaan nama Allah dengan mengaitkan Nya dengan kesesatan, kebatilan dan pendustaan adalah amat jelas dan nyata menerusi ayat-ayat al-Quran. Perbuatan melanggar larangan itu sama ertinya dengan meredhai kekufuran dan kesyirikan.

2. BAHAYA SYIAH

Sejarah Syiah :1. Syiah adalah fahaman yang dibawa masuk ke Nusantara sekitar tahun 1979, selepas kejatuhan kerajaan Syiah Iran melalui revolusi Iran yang dilancarkan oleh al-Khomeini. Fahaman ini secara jelas bercanggah dengan ajaran Ahli

Sunnah wal Jamaah.

3. Secara umum Syiah merujuk kepada sesiapa yang mengutamakan Sayyidina Ali di atas tiga orang khalifah yang sebelumnya, iaitu

Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan Sayyidina Uthman. Mereka juga mengatakan bahawa Ahlul Bait lebih layak untuk memegang jawatan khalifah dan kekhalifahan selain mereka adalah terbatal

2. Perkataan Syiah dari sudut bahasa bermaksud satu kumpulan atau kelompok manusia (firqah wa jama`ah). Perkataan

Syiah apabila disandarkan kepada seseorang, ia akan membawa maksud

pengikut dan pembantunya

Penyelewengan Dari Sudut Akidah

• Khalifah diwasiatkan secara nas• Imam adalah maksum• Kemunculan semula Imam Mahdi & kumpulan orang yang telah mati utk memberi keadilan ( al-raj’ah )• Berpura-pura ( al-taqiyyah )• Percaya bahawa Muhamad Hassan al-Askari akan muncul sebagai Imam Mahdi al-Muntazar• Penyanjungan yg keterlaluan kpd Saidina Ali• Mengkafirkan para sahabat Rasulullah• Hanya Ali & para imam sahaja yg menghafal & menghimpun al-Quran dgn sempurna• Menambah syahadah• Menolak hadith yg diriwayatkan oleh ahli sunnah wal jamaah sekalipun hadith mutawatir

Penyelewengan Dari Sudut Syariat

• Menolak ijmak ulama’ & qiyas• Mengamalkan nikah mut’ah

Penyelewengan Umum

• Menziarahi kubur Saidina Ali, ganjarannya syurga• Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharam• Menghina isteri-isteri Nabi SAW• Mengharuskan solat jamak dalam semua keadaan• Imamah & khalifah sebahagian daripada rukun Islam & ianya berlaku melalui nas• Solat dhuha adalah bid’ah

3. ANTI HADIS

Bermula pada tahun 1986 ekoran daripada

penulisan buku “ Hadis satu penilaian

semula” tulisan Kasim Ahmad yang

mempertikaikan autoriti hadith sebagai sumber

rujukan kedua selepas Al Quran.

Beliau mendakwa hadith yang menyebabkan punca perpecahan

ummah dan menggesa umat Islam

meninggalkannya kerana menganggap hadith

adalah palsu dan boleh menyesatkan manusia.

10 Julai 1986, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah

menyimpulkan bahawa buku tersebut adalah bercanggah dengan Islam dan menolak hadith bermaksud

terkeluar dari Islam

Penyelewengan Dari Sudut Syariah

• Menolak pensyariatan sembahyang• Menolak ketetapan hukum fiqh tentang aurat wanita

Penyelewengan Dari Sudut Aqidah

• Menolak hadith secara total sebagai sumber akidah dan perundangan Islam• Menolak dua kalimah syahadah• Menolak qada’dan qadar• Memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat Al Quran• Mempertikaikan kesahihan ayat-ayat Al Quran• Mendakwa kiamat akan berlaku pada 1710H/ 2280M• Menolak berlakunya siksaan kubur selepas mati• Menafikan kedudukan Nabi Adam sebagai manusia pertama ciptaan Allah• Menolak kemaksuman para Nabi

Penyelewengan dari Sudut Akhlak

• Menghina peribadi dan kedudukan Rasulullah SAW• Mencerca dan menfitnah para ulama• Mencabar dan mempertikaikan kewibawaan pihak berkuasa agama• Tidak mengikut disiplin ilmu–ilmu Islam