asas fonem konsonan dialek melayu kelantan (subdialek

17
8 MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271 MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO) www.mirjo.maltesas.my Asas Fonem Konsonan Dialek Melayu Kelantan (Subdialek Pasir Mas, Kelantan) (Basic Consonant Phonemes in Kelantan Malay Dialect (Subdialect of Pasir Mas, Kelantan)) Nur Faten Shahirah Mohd Razali 1, a) , Radina Mohamad Deli 1, b) and Muhammad Zaid Daud 1, c) 1 Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jalan Datuk Mohammad Musa, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia.. a) Corresponding author: [email protected] b) [email protected] b) [email protected] Abstrak. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji bidang fonologi khususnya dalam mengenal pasti jenis-jenis fonem konsonan serta menghuraikan pengguguran konsonan yang berlaku dalam dialek Kelantan bagi sub dialek Pasir Mas. Untuk mencapai objektif ini, data dikumpul dengan menggunakan kaedah kualitatif di mana kajian ini telah menggunakan kaedah temu bual dengan menggunakan senarai kata yang disediakan mengikut domain-domain tertentu melalui senarai Swadesh yang telah diubah suai dan memfokuskan kepada budaya benda sahaja. Temu bual ini melibatkan dua orang responden yang berlainan jantina dan merupakan penutur jati dialek Kelantan Pasir Mas di mana mereka tidak pernah berimigrasi ke luar negeri. Hasil kajian memperlihatkan bahawa dalam subdialek Pasir Mas, secara keseluruhannya jenis fonem dan jumlah fonem konsonan adalah 19 iaitu [p, b, t, d, k, g, l, ʧ, ʤ, s, h, m, n, ŋ, ɲ, ɣ] dan tiga segmen konsonan terbitan, iai tu hentian glotis [ʔ] dan geluncuran [j, w]. Selain itu, berdasarkan analisis data terhadap fonem konsonan, dialek Kelantan sememangnya banyak mengalami pengguguran konsonan di mana kebanyakan fonem konsonan banyak mengalami pengguguran di awal, di tengah kata dan di akhir kata. Antara fonem yang banyak mengalami pengguguran ialah konsonan likuida /l/ dan /r/ serta konsonan nasal /m, n, ŋ/. Selain itu juga, fonem lain juga dilihat banyak mengalami pengguguran berdasarkan data yang diperoleh, antaranya ialah konsonan /h, s/. Kata Kunciasas fonologi; fonem konsonan; dialek Melayu Kelantan; subdialek Pasir Mas Abstract. This study was carried out to study the field of phonology, especially in consonant phonemes as well as consonant reduction that occurs in the Kelantanese sub dialect of Pasir Mas. To achieve the research objectives, data was compiled using qualitative methods via interviews and the usage of a word list that included specific domains of the Swadesh list which was modified to focus on aspects of material culture. The interview involves 2 respondents of different genders and are native speakers of the Pasir Mas dialect who have never migrated to foreign countries. The findings of this study show that the sub dialect of Pasir Mas has a total of 19 consonants - [p, b, t, d, k, g, l, ʧ, ʤ, s, h, m, n, ŋ, ɲ, ɣ] and t hree other pulmonic consonants which include glottal stop [ʔ] and glides [j, w]. Aside from that, based on the analysis for consonant phonemes, the Kelantan dialect has experienced countless of consonant reduction whereby must consonant phonemes are reduced in the initial medial or final cluster of the word. One of the most common reductions are the liquid consonants /l/ and /r/ as well as nasal consonants /m, n, ŋ/. In addition, other phonemes also experience reduction based on the data collected, including consonant /h, s/. Keywordsphonological basic; consonant phonemes; Kelantan Malay dialect; subdialect of Pasir Mas

Upload: khangminh22

Post on 09-May-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271

MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)

www.mirjo.maltesas.my

Asas Fonem Konsonan Dialek Melayu Kelantan (Subdialek

Pasir Mas, Kelantan) (Basic Consonant Phonemes in Kelantan Malay Dialect (Subdialect of Pasir Mas, Kelantan))

Nur Faten Shahirah Mohd Razali1, a), Radina Mohamad Deli1, b) and Muhammad

Zaid Daud1, c)

1Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jalan Datuk Mohammad Musa, 94300

Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia..

a)Corresponding author: [email protected]

b)[email protected] b)[email protected]

Abstrak. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji bidang fonologi khususnya dalam mengenal pasti jenis-jenis fonem

konsonan serta menghuraikan pengguguran konsonan yang berlaku dalam dialek Kelantan bagi sub dialek Pasir Mas. Untuk

mencapai objektif ini, data dikumpul dengan menggunakan kaedah kualitatif di mana kajian ini telah menggunakan kaedah

temu bual dengan menggunakan senarai kata yang disediakan mengikut domain-domain tertentu melalui senarai Swadesh

yang telah diubah suai dan memfokuskan kepada budaya benda sahaja. Temu bual ini melibatkan dua orang responden

yang berlainan jantina dan merupakan penutur jati dialek Kelantan Pasir Mas di mana mereka tidak pernah berimigrasi ke

luar negeri. Hasil kajian memperlihatkan bahawa dalam subdialek Pasir Mas, secara keseluruhannya jenis fonem dan

jumlah fonem konsonan adalah 19 iaitu [p, b, t, d, k, g, l, ʧ, ʤ, s, h, m, n, ŋ, ɲ, ɣ] dan tiga segmen konsonan terbitan, iai tu

hentian glotis [ʔ] dan geluncuran [j, w]. Selain itu, berdasarkan analisis data terhadap fonem konsonan, dialek Kelantan

sememangnya banyak mengalami pengguguran konsonan di mana kebanyakan fonem konsonan banyak mengalami

pengguguran di awal, di tengah kata dan di akhir kata. Antara fonem yang banyak mengalami pengguguran ialah konsonan

likuida /l/ dan /r/ serta konsonan nasal /m, n, ŋ/. Selain itu juga, fonem lain juga dilihat banyak mengalami pengguguran

berdasarkan data yang diperoleh, antaranya ialah konsonan /h, s/.

Kata Kunci— asas fonologi; fonem konsonan; dialek Melayu Kelantan; subdialek Pasir Mas

Abstract. This study was carried out to study the field of phonology, especially in consonant phonemes as well as consonant

reduction that occurs in the Kelantanese sub dialect of Pasir Mas. To achieve the research objectives, data was compiled

using qualitative methods via interviews and the usage of a word list that included specific domains of the Swadesh list

which was modified to focus on aspects of material culture. The interview involves 2 respondents of different genders and

are native speakers of the Pasir Mas dialect who have never migrated to foreign countries. The findings of this study show

that the sub dialect of Pasir Mas has a total of 19 consonants - [p, b, t, d, k, g, l, ʧ, ʤ, s, h, m, n, ŋ, ɲ, ɣ] and three other

pulmonic consonants which include glottal stop [ʔ] and glides [j, w]. Aside from that, based on the analysis for consonant

phonemes, the Kelantan dialect has experienced countless of consonant reduction whereby must consonant phonemes are

reduced in the initial medial or final cluster of the word. One of the most common reductions are the liquid consonants /l/

and /r/ as well as nasal consonants /m, n, ŋ/. In addition, other phonemes also experience reduction based on the data

collected, including consonant /h, s/.

Keywords— phonological basic; consonant phonemes; Kelantan Malay dialect; subdialect of Pasir Mas

9

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271

MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)

www.mirjo.maltesas.my

PENGENALAN

Antara keunikan subdialek Pasir Mas berbanding dengan subdialek lain di negeri Kelantan ialah dari segi

sebutannya yang agak berbeza jika dibandingkan dengan subdialek di Kota Bharu. Menurut Asmah Omar [7] dalam

kajian kepelbagaian fonologi dialek-dialek Melayu telah menyatakan bahawa subdialek di Kota Bharu dianggap

sebagai subdialek yang standard kerana kedudukannya di tengah bandar selain fungsinya sebagai pusat pentadbiran

negeri Kelantan. Manakala subdialek Pasir Mas dianggap sebagai subdialek yang lebih dalam kerana kedudukannya

di hulu negeri Kelantan selain menerima unsur-unsur bahasa asing kerana Pasir Mas berdekatan dengan negara

Thailand jika dibandingkan dengan subdialek Kota Bharu yang agak jauh lokasinya dengan negara Thailand. Selain

itu juga, subdialek-subdialek di negeri Kelantan juga sangat berbeza dari segi kepelbagaian istilah dan makna, kosa

kata, sebutannya dengan bahasa Melayu baku [7].

Dalam kajian ini, fokus pengkaji adalah kepada dialek Kelantan (DK) di daerah Pasir Mas di mana pengkaji ini

mengenal pasti fonem konsonan yang terdapat dalam dialek Kelantan di daerah Pasir Mas serta mengenal pasti jenis

pengguguran konsonan yang berlaku. Selain itu, kajian ini juga dilakukan kerana kajian lepas terhadap subdialek Pasir

Mas agak kurang jika dibandingkan dengan kajian terhadap subdialek Kota Bharu. Kajian ini pernah dibuat oleh

Asmah Haji Omar [6] dalam buku Susur Galur Bahasa Melayu. Memetik petikan dari kajian [21], mereka menjelaskan

bahawa dialek-dialek yang wujud di negara ini merupakan dialek yang wujud akibat daripada faktor-faktor geografi,

politik, penjajahan, perdagangan, perubahan masa, dan seumpamanya yang pada akhirnya mewujudkan pelbagai

variasi dalam sesuatu bahasa.

Justeru itu, pengkaji akan menganalisis dialek Kelantan dari segi fonem konsonan. Selain itu, pemilihan dialek

Kelantan adalah kerana banyak istilahnya mempunyai makna yang berlainan dan mungkin memberi pemahaman yang

berbeza kepada bukan penutur natif. Walau bagaimanapun kepelbagaian istilah ini lazimnya dapat difahami oleh

penutur setempat. Perbezaan ini telah mendorong pengkaji untuk mengkajinya dari aspek fonologi dengan melihat

lebih jelas penggunaan fonem konsonan serta jenis konsonan yang digugurkan dalam dialek Kelantan khususnya di

daerah Pasir Mas, Kelantan.

METODOLOGI KAJIAN

Penyelidikan kualitatif lebih kepada aktiviti lapangan, pemerhatian, temu bual dan pembacaan. Kaedah

pengumpulan data penyelidikan kualitatif termasuklah temu bual tidak berstruktur, pemerhatian dan temu bual secara

formal serta secara tidak formal bagi mendapatkan maklumat bagi sesebuah kajian. Namun begitu, dalam menjalankan

kajian ini, pengkaji hanya menggunakan kaedah pembacaan, sumber internet, temu bual tidak berstruktur dan juga

rakaman audio.

Pengkaji telah menjalankan temu bual tidak berstruktur bagi kajian ini. Antara sarjana lepas yang pernah

mengaplikasikan kaedah ini dalam kajian mereka seperti Nor Hashimah Jalaluddin [17], Gan [9], Muhammad Zaid

Daud [14] serta Muhammad Zaid Daud, Mohammad Shahrul Nizam Abd Wahid dan Remmy Gedat [12][13]. Pengkaji

memilih kaedah ini kerana ia bersesuaian dengan kajian yang mengkaji bunyi dan memerlukan transkripsi. Temu bual

akan dijalankan secara santai, namun berstruktur kerana pengkaji menggunakan kajian lapangan yang menggunakan

kaedah senarai kata yang disediakan mengikut domain-domain tertentu melalui 50 senarai kata swadesh yang telah

diubah suai dan memfokuskan kepada budaya benda. Menurut Asmah Omar [8], kaedah senarai kata adalah kaedah

yang sangat berkesan untuk memperoleh data dengan menggunakan kaedah senarai swadesh mengikut domain-

domain tertentu. Seterusnya, ketika temu bual berlangsung, pengkaji akan meminta izin kepada responden terlebih

dahulu untuk membenarkan temu bual ini dirakam oleh pengkaji. Pengkaji akan memberikan senarai kata yang

disediakan terlebih dahulu oleh pengkaji sendiri untuk dibaca oleh setiap responden. Selain itu, temu bual juga akan

dijalankan di rumah responden masing-masing. Pengkaji memilih untuk menjalankan kajian ini di rumah responden

kerana suasana yang selesa bagi responden dan membolehkan responden mengadaptasikan diri mereka sendiri dengan

10

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271

MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)

www.mirjo.maltesas.my

cepat dengan suasana tersebut. Hal ini kerana responden telah biasa dengan tempat berkenaan. Pengkaji tidak

membawa keluar responden dari tempat asalnya kerana responden boleh menjadi tidak selesa dan gaya pengucapan

responden boleh berubah sekiranya responden keluar daripada zon selesa mereka. Oleh itu, kajian ini dibuat di rumah

responden sahaja iaitu di Kampung Kubang Gatal, Pasir Mas, Kelantan.

Perakam suara digunakan untuk merakam cara penyebutan perkataan responden dalam dialek Kelantan. Perakam

suara digunakan dalam kajian ini kerana pengkaji boleh merujuk semula rakaman untuk tujuan penganalisisan data.

Pengkaji merujuk semula pada rakaman sekiranya pengkaji terlepas sesuatu maklumat yang telah dituturkan oleh

responden atau ingin mendengar semula sebutan responden. Data yang dikutip telah dicatatkan dalam kertas dan

direkodkan menggunakan perakam suara. Hasil rakaman telah disimpan di dalam cakera liut (CD) dan transkripsi

rakaman penyebutan perkataan juga telah dibuat. Transkripsi rakaman perkataan telah ditulis dan dicetak dalam

bentuk teks. Transkripsi rakaman perkataan boleh dilihat pada halaman lampiran.

Pensampelan ini menggunakan pemilihan secara NORF yang merujuk kepada non-mobile, old, remote dan female.

Pemilihan informan berdasarkan ciri-ciri NORF lebih sesuai di Malaysia berbanding NORM iaitu non-mobile (tinggal

tetap), older (tua), rural (luar bandar) dan male (lelaki). Namun begitu, pengkaji turut menggunakan pemilihan

informan secara NORM [6]. Walau bagaimanapun, informan perempuan juga perlu diambil kira. Hal ini disebabkan

oleh wujudnya ketidak seimbangan data antara yang diambil sama ada lelaki mahupun perempuan. Menurut Asmah

Haji Omar [6] juga panduan pengutipan data daripada lelaki dan perempuan elok dipatuhi kerana mungkin dalam

sesuatu masyarakat itu terdapat perbezaan antara bahasa lelaki dan perempuan dalam beberapa aspek tertentu.

Kajian ini melibatkan dua orang responden yang berasal dari daerah Pasir Mas, Kelantan. Seorang responden

lelaki dan seorang responden wanita telah dipilih dalam kajian ini. Responden dipilih mengikut kriteria standard

berdasarkan rumus NORF (bagi responden wanita) dan NORM (bagi responden lelaki) iaitu (1) responden mestilah

penduduk asli di kawasan tersebut; (2) mobiliti rendah iaitu responden tidak sering keluar dari tempat asalnya; (3)

responden mestilah berumur 40 ke 60 tahun dan ke atas; (4) sihat jasmani dan rohani, termasuklah alat

pendengarannya; (5) asal usul responden harus diusahakan dari tempat yang diteliti; (6) kemampuan pertuturan

responden mengenai bahasa dan dialeknya dengan baik; (7) dan responden juga mestilah lahir dan membesar di tempat

kelahiran mereka. Dua orang responden tersebut telah dipilih oleh pengkaji kerana mereka merupakan penduduk asli

yang menetap di daerah Pasir Mas Kelantan. Kedua-dua responden tersebut berusia 40 tahun dan 60 tahun. Pengkaji

juga memilih kedua-dua responden tersebut kerana mereka mempunyai alat artikulasi yang baik serta pendengaran

mereka adalah baik. Selain itu, kedua-dua responden tersebut menuturkan bahasa ibunda mereka iaitu dialek Kelantan

dalam kegiatan seharian mereka.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Dalam meneliti fonem konsonan dalam dialek Kelantan bagi subdialek Pasir Mas, pengkaji telah menggunakan

pandangan daripada kajian Adi Yasran [2] iaitu Inventori Konsonan Dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian Semula.

Menurut Adi Yasran [2], terdapat dua pendapat yang berbeza tentang jumlah konsonan di kalangan pengkaji sebelum

ini tentang inventori fonem konsonan DK sama ada dari segi jumlah mahupun kedudukan alat ujarannya. Nik Safiah

[15] dan Teoh [19] berpendapat bahawa ada 19 fonem konsonan, namun Hashim [10], Ajid [5], dan Abdul Hamid

[1] berpendapat bahawa ada 20 fonem konsonan. Perbezaan yang wujud antara pendapat pertama dengan kedua adalah

kerana Hashim, Ajid, dan Abdul Hamid turut memasukkan konsonan pinjaman /z/ ke dalam inventori fonem DK.

Oleh itu, pendapat Nik Safiah dan Teoh didapati lebih berpada. Bagaimanapun dalam Adi Yasran, beliau berpendapat

bahawa masih terdapat tiga daripada 19 fonem yang dikemukakan oleh Nik Safiah dan Teoh yang tidak berstatus

fonem, iaitu hentian glotis (glottal stop) [ʔ] dan geluncuran [j, w] kerana penyebarannya terhad, dan kehadirannya

boleh diramal (predictable).

Namun begitu, Adi Yasran [4] dalam kajiannya berpendapat bahawa terdapat 16 fonem konsonan dalam DK iaitu

[p, b, t, d, k, g, t, ʧ, ʤ, s, h, m, n, ŋ, ɲ, ɣ] dan empat segmen konsonan terbitan, iaitu hentian glotis [ʔ], nasal glotis

[N], dan geluncuran [j, w]. Namun, berdasarkan kajian yang dilakukan dengan menggunakan kaedah senarai kata yang

disediakan mengikut domain-domain tertentu melalui senarai Swadesh yang telah diubah suai kepada budaya benda,

11

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271

MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)

www.mirjo.maltesas.my

pengkaji mendapati bahawa secara keseluruhannya, jumlah fonem konsonan yang wujud dalam subdialek Pasir Mas

ini adalah 19 konsonan yakni sama dengan pendapat yang dikemukakan oleh Nik Safiah [15] dan Teoh [19]. Berikut

merupakan senarai fonem konsonan yang wujud dalam subdialek Pasir Mas berdasarkan data yang diperoleh daripada

responden.

JADUAL 1. Data fonem konsonan subdialek Pasir Mas.

Fonem

Konsonan Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

/p/ Periuk, pinggan, kepala,

parit Puyuk, pingge, palo, parit [pujuʔ], [piŋə͂], [palɔ], [paɣik]

/b/ Betis, beras, biri-biri,

bantal, bakul Betih, berah, biri, bata, bako

[bətih], [bəɣah], [biɣi], [bata],

[bakɔ]

/t/ Tukul, tembikai Tuko, timung cino [tukɔ], [timu͂ŋ ʧino͂]

/d/ Dapur gas Dapo geh [dapɔ gəh]

/k/ Kuali, kambing, kerbau Koli, kambe, kuba [kɔli], [kamb͂ə], [kuba]

/g/ Gelas, gula, gergaji Gelah, gulo, gaji [gəlah], [gulɔ], [gaʤi]

/l/ Lembu, langsat, limau,

langsir Lembu, lasak, lima, lasir [əmb͂u], [lasaʔ], [lima͂], [lasər]

/ʧ/ Kucing, cermin, cincin Kucing, cermin, cicing [kuʧiŋ], [ʧərmi͂ŋ], [ʧiʧiŋ]

/ʤ/ Jari Jari [ʤaɣi]

/s/ Siku, sawah Siku, sawoh [siku], [sawɔh]

/h/ Betis, gelas, beras Betih, gelah, berah [bətih], [ɡəlah], [bəɣah]

/m/ Rambutan, muka, mulut Moktey, muko, muluk [mo͂ʔtəj], [mu͂kɔ], [mu͂lɔk]

/n/ nenas nenah [nə͂na͂h]

/ŋ/ Cincin, tangan, hidung,

telinga Cicin, tange, idung, tlingo [ʧiʧiŋ], [taŋə͂], [iduŋ], [tliŋɔ͂]

/ɲ/ Jendela nyelo [ɲə͂lɔ]

/ɣ/ Gergaji, beras, biri-biri,

harimau, almari, rantai

Gaji, berah, biri, rima, mari,

rata

[ʤaɣi], [beɣah], [biɣi], [ɣima͂],

[ma͂ɣi], [ɣata]

/ʔ/ Periuk, langsat, rambutan Puyuk, lasak, moktey [pujuʔ], [lasaʔ], [mo͂ʔtəj]

/j/ meja mejo [mə͂jɔ]

/w/ sawah sawoh [sawɔh]]

Berdasarkan Jadual 1, senarai perkataan yang diberikan contoh itu merupakan setiap data yang dikutip daripada

dua orang responden, dan data ini juga disenaraikan mengikut fonem konsonan yang wujud dalam dialek Kelantan

bagi subdialek Pasir Mas. Untuk membincangkan tentang fonem konsonan, setiap penghasilan konsonan melibatkan

jenis bunyi yang dibezakan berdasarkan mekanisme udara. Penghasilan tiap-tiap jenis konsonan telah mengalami dua

proses, iaitu pertemuan artikulator dan titik artikulasi, iaitu striktur atau sekatan dan pergerakan udara yang tersekat

pada kawasan pertemuan artikulator dan titik artikulasi sebelum udara itu dilepaskan keluar melalui rongga mulut atau

rongga hidung [8].

Plosif Atau Letupan

Terdapat tujuh konsonan plosif dalam dialek Kelantan subdialek Pasir Mas yang terdiri daripada bunyi [p, b, t, d,

k, g, ʔ]. Bunyi plosif atau letupan ialah bunyi yang tersekat sepenuhnya kemudian dilepaskan dengan serta-merta

untuk menghasilkan bunyi-bunyi tadi. Konsonan-konsonan yang terangkum dalam jenis ini ialah konsonan labial,

dental dan, alveolar dan velar. Udara yang tersekat itu seolah-olah dipaksa keluar dengan bunyi yang seakan-akan

12

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271

MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)

www.mirjo.maltesas.my

meletup [8]. Udara yang tersekat semasa menghasilkan bunyi-bunyi plosif berlaku di tempat-tempat yang berbeza

seperti berikut;

(i) Konsonan plosif bibir: /p/ (tak bersuara), /b/ (bersuara)

(ii) Konsonan plosif dental/alveolar (gigi-gusi): /t/ (tak bersuara), /d/ (bersuara)

(iii) Konsonan plosif velar: /k/ (tak bersuara), /g/ (bersuara)

(iv) Hentian Glotis /ʔ/

Konsonan Plosif Bibir Tak Bersuara /p/

JADUAL 2. Konsonan plosif bibir tak bersuara /p/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

periuk puyuk [pujuʔ]

pinggan pingge [piŋə͂]

kepala palo [palɔ]

parit parit [paɣik]

Berdasarkan jadual di atas, perkataan untuk ‘periuk’, ‘pinggan’ dan ‘parit’, kedudukan fonem konsonan /p/ adalah

sama dengan bahasa Melayu Standard, iaitu berada di awal kata, namun untuk perkataan kepala, perkataan ini telah

mengalami pengguguran konsonan /k/ dan fonem vokal /a/, dan konsonan /p/ ini berada di awal kata dalam sistem

sebutan orang Pasir Mas. Manakala dalam kajian yang dilakukan oleh Adi Yasran [2] iaitu inventori konsonan dialek

Melayu Kelantan: satu penilaian semula, beliau telah memberikan contoh perkataan bagi fonem konsonan /p/ iaitu

paku – [paku] dan harap- [aɣaʔ]. Kedudukan fonem ini untuk perkataan ‘paku’ dan ‘harap’ adalah sama dengan bahasa

Melayu Standard, namun bagi perkataan ‘harap’, fonem ini telah digugurkan dan digantikan dengan hentian glotis [ʔ].

Konsonan Plosif Bibir Bersuara /b/

JADUAL 3. Konsonan plosif bibir bersuara /b/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

betis betih [bətih]

beras berah [bəɣah]

biri-biri biri [biɣi]

bantal bata [bata]

bakul bako [bakɔ]

Kesemua konsonan plosif /b/ seperti contoh di atas berada di kedudukan yang sama dengan bahasa Melayu

Standard, iaitu berada di awal kata dan kedudukannya tidak berubah walaupun sebutannya berbeza dengan dialek

Kelantan. Namun, jika diperhatikan hanya konsonan akhir sahaja yang berubah kerana ia telah mengalami proses

pengguguran. Kedudukan fonem ini dapat dikukuhkan lagi dengan bukti di mana Adi Yasran [2] juga turut

memberikan contoh bagi perkataan fonem ini, antara contohnya ialah ‘boros’ yang disebut [boɣos] dalam dialek

Kelantan. Kedudukan fonem /b/ dalam contoh yang diberikan oleh Adi Yasran [2] tidak berubah malah kekal di awal

kata, dan hal ini sama juga dengan contoh yang diberikan oleh pengkaji seperti dalam jadual di atas.

13

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271

MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)

www.mirjo.maltesas.my

Konsonan Plosif Dental/ Alveolar (gigi-gusi): /t/

JADUAL 4. Konsonan plosif dental/alveolar (gigi-gusi): /t/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

tukul tuko [tukɔ]

tembikai timung cino [timu͂ŋ ʧino͂]

Berdasarkan jadual di atas, konsonan plosif tak bersuara /t/ hanya wujud dua sahaja contoh dalam data yang

diperoleh berdasarkan senarai swadesh yang berfokuskan kepada budaya benda. Namun begitu, kedudukan konsonan

ini sama dengan bahasa Melayu Standard iaitu berada di awal kata, namun perkataan tembikai sudah berubah menjadi

[timu͂ŋ ʧino͂] dalam dialek Kelantan di daerah Pasir Mas. Berdasarkan data yang diberikan oleh Adi Yasran [2] dalam

kajian beliau iaitu inventori konsonan dialek Melayu Kelantan, beliau telah mengemukakan contoh ‘tanam’ yang

disebut [tanɛ] dalam dialek Kelantan dan kedudukan fonem ini juga sama dengan bahasa Melayu Standard, namun

konsonan /m/ telah digugurkan. Contoh yang diberikan oleh Adi Yasran [2] telah membuktikan bahawa data yang

diberikan oleh pengkaji juga sama iaitu kedudukan fonem konsonan /t/ ini tidak akan digugurkan dan berubah namun

hanya berubah fonem di akhir kata sahaja.

Konsonan Plosif Dental/ Alveolar (gigi-gusi): /d/

JADUAL 5. Konsonan plosif dental/alveolar (gigi-gusi): /d/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

dapur gas dapo geh [dapɔ gəh]

Dalam data yang diperoleh berdasarkan senarai kata benda ini, pengkaji hanya menemui satu sahaja fonem

konsonan /d/ dalam subdialek Pasir Mas dan kedudukan fonem ini juga adalah sama dengan bahasa Melayu Standard

yakni berada di awal kata. Kedudukan fonem ini tidak berubah dan masih digunakan oleh penutur dialek Kelantan

dalam sebutan mereka. Adi Yasran [2] turut memberikan contoh yang sama dengan pengkaji iaitu perkataan ‘dapur’

yang juga disebut [dapɔ] dan konsonan /r/ turut digugurkan dalam perkataan ini.

Konsonan Plosif Velar Tak Bersuara /k/

JADUAL 6. Konsonan plosif velar tak bersuara /k/. Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

kuali koli [kɔli]

kambing kambe [kamb͂ə]

kerbau kuba [kuba]

Berdasarkan data di atas, kedudukan setiap perkataan ini sama sahaja dengan bahasa Melayu Standard, iaitu berada

di awal kata namun sebutannya sahaja yang berbeza. Selain daripada itu, pengkaji hanya menyenaraikan beberapa

contoh fonem konsonan yang berada di awal kata sahaja. Namun begitu, terdapat juga contoh perkataan yang

mempunyai konsonan di tengah kata dan di akhir kata, antaranya ialah [mu͂kɔ] dan [mu͂lɔk] yang masing-masing

membawa maksud ‘muka’ dan ‘mulut’ dalam bahasa Melayu Standard.

14

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271

MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)

www.mirjo.maltesas.my

Konsonan Plosif Velar Bersuara /g/

JADUAL 7. Konsonan plosif velar bersuara /g/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

gelas gelah [gəlah]

gula gulo [gulɔ]

gergaji gaji [gaʤi]

Berdasarkan jadual di atas, fonem konsonan /g/ tidak berubah kedudukannya dalam dialek Kelantan, dan akan

kekal di hadapan kata, namun untuk perkataan gergaji, konsonan /g/ telah digugurkan bersama dengan konsonan /r/

dan fonem vokal depan separuh sempit /e/, dan perkataan ini disebut sebagai /gaʤi/ dan konsonan /g/ masih lagi wujud

dalam perkataan ini dan berada di awal kata. Dalam data yang diberikan oleh Adi Yasran [2], beliau telah

mengemukakan contoh perkataan ‘gulai’- [gula] dan kedudukan konsonan ini juga sama iaitu berada di awal kata dan

contoh ini turut sama dengan perkataan yang dikemukakan oleh pengkaji seperti contoh di atas.

Hentian Glotis /ʔ/

JADUAL 8. Hentian glotis /ʔ/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

periuk puyuk [pujuʔ]

langsat lasak [lasaʔ]

rambutan moktey [mo͂ʔtəj]

Dalam DK, hentian glotis merupakan fonem yang tersendiri dan bukanlah variasi daripada fonem /k/ sebagaimana

dalam kebanyakan dialek Melayu. Namun begitu, Adi Yasran [2] telah menyatakan bahawa fonem /ʔ/ ini bukan

berstatus fonem kerana penyebarannya adalah terhad, dan kehadirannya juga boleh diramal (predictabe). Menurut Adi

Yasran [3], fonem /ʔ/ hanya akan hadir pada posisi koda suku kata sahaja. Namun begitu, berdasarkan analisis data

yang dilakukan, pengkaji telah menemui perkataan yang mempunyai fonem /ʔ/ yang berada di tengah kata dan juga

di akhir kata. Dapat dilihat contoh yang telah diberikan di atas, konsonan ini juga wujud di tengah kata untuk perkataan

[mo͂ʔtəj] dan tidak hanya wujud pada akhir kata sahaja.

Nasal

Dialek Kelantan bagi subdialek Pasir Mas mempunyai empat konsonan nasal dan kesemuanya adalah bersuara.

Konsonan nasal merupakan konsonan yang mempunyai beban tugas yang lengkap kecuali konsonan [ɲ]. Konsonan

nasal yang terdapat dalam DK ialah [m], [n], [ɲ] dan [ŋ]. Bunyi sengau terhasil apabila laluan udara yang melalui

rongga mulut tersekat dan menyebabkan laluan udaranya menerusi rongga hidung dan pita suara bergetar. Bunyi

sengau dilambangkan dengan [ ]͂. Berikut merupakan huraian keempat-empat fonem nasal dalam DK subdialek Pasir

Mas.

15

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271

MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)

www.mirjo.maltesas.my

Konsonan Nasal Bibir Bersuara /m/

JADUAL 9. Konsonan nasal bibir bersuara /m/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

rambutan moktey [mo͂ʔtəj]

muka muko [mu͂kɔ]

mulut muluk [mu͂lɔk]

kambing kambe [kamb͂ə]

Berdasarkan jadual di atas, fonem konsonan nasal bibir bersuara /m/ kebanyakannya dalam data yang diperoleh

oleh pengkaji menunjukkan bahawa konsonan ini banyak berada di awal kata. Contohnya untuk perkataan [mu͂kɔ] dan

[mu͂lɔk], kedudukan fonem ini adalah sama dengan bahasa Melayu Standard, namun bagi perkataan [mo͂ʔtəj],

konsonan /m/ dapat hadir di awal kata kerana perkataan asal rambutan telah mengalami pengguguran konsonan di

awal kata di mana konsonan /r/ dan fonem vokal [a] telah digugurkan.

Konsonan Nasal Dental/ Alveolar /n/

JADUAL 10. Konsonan nasal dental/alveolar /n/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

nenas nenah [nə͂na͂h]

Berdasarkan senarai kata swadesh yang telah diubah suai dengan memfokuskan kepada budaya benda, terdapat

satu sahaja fonem konsonan /n/ yang diperoleh iaitu [nə͂na͂h], dan kedudukan fonem ini juga tidak berubah dan masih

sama dengan bahasa Melayu Standard iaitu berada di awal kata. Berdasarkan data yang diberikan oleh pengkaji lepas

iaitu Adi Yasran [3], beliau telah memberikan contoh perkataan ‘naik’- [naek] dan kedudukan fonem ini juga tidak

berubah dan masih berada di awal kata apabila dibunyikan oleh penutur dialek Kelantan.

Konsonan Nasal Alveo-Palatal /ɲ/

JADUAL 11. Konsonan nasal alveo-palatal /ɲ/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

jendela nyelo [ɲə͂lɔ]

Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa konsonan ini hanya mempunyai satu contoh perkataan sahaja

berdasarkan data yang diperoleh. Konsonan ini juga tidak banyak wujud dalam kata dasar, namun hanya wujud apabila

sesuatu kata menerima imbuhan. Namun begitu, perkataan [ɲə͂lɔ] hanya wujud dalam dialek Kelantan apabila

konsonan /j/ dan fonem vokal depan separuh sempit /e/ mengalami pengguguran di awal kata. Disebabkan oleh itu,

konsonan /ɲ/ boleh wujud di awal kata dalam perkataan ini.

Konsonan Nasal Velar /ŋ/

JADUAL 12. Konsonan nasal velar /ŋ/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

cincin cicing [ʧiʧiŋ]

tangan tange [taŋə͂]

hidung idung [iduŋ]

telinga tlingo [tliŋɔ͂]

16

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271

MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)

www.mirjo.maltesas.my

Dalam jadual di atas, fonem konsonan /ŋ/ turut dikenali sebagai konsonan sengau lelangit lembut kerana

penghasilan bunyi ini berlaku akibat daripada udara tertahan sementara semasa belakang lidah dinaikkan sehingga

menyentuh velar. Berdasarkan data yang diperoleh, pengkaji mendapati bahawa perkataan cincin dalam dialek

Kelantan, penutur telah menukarkan fonem /n/ kepada fonem /ŋ/ dalam sebutan mereka dan menjadi [ʧiʧiŋ]. Namun,

bagi sebutan terhadap perkataan tangan, hidung dan telinga, sebutannya adalah sama dengan bahasa Melayu Standard

dan fonem ini tidak digugurkan dalam sistem sebutan penutur di Pasir Mas. Manakala Adi Yasran [3] pula turut

memberikan contoh data bagi fonem ini, antaranya ialah ‘nganga’- [ŋaŋa] di mana konsonan /n/ di tengah kata itu

digugurkan dalam dialek Kelantan.

Afrikat

Konsonan afrikat terdiri daripada bunyi [ʧ] dan [ʤ] yang juga disebut sebagai konsonan letusan alveo-palatal

(lelangit keras) tak bersuara /ʧ/ dan bersuara /ʤ/ [8] Berikut merupakan huraian bagi kedua-dua fonem konsonan

afrikat berkenaan yang wujud dalam subdialek Pasir Mas berdasarkan data yang diperoleh.

Konsonan Afrikat /ʧ/

Konsonan Afrikat /ʧ/ dan /ʤ/ merupakan bunyi afrikat atau bunyi separuh geseran yang dihasilkan kerana organ

yang menghasilkan bunyi ditutup rapat kemudian udara yang tertahan dilepaskan dengan perlahan-lahan sehingga

dapat menghasilkan bunyi seperti bunyi /ʧ/.

JADUAL 13. Konsonan afrikat /ʧ/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

kucing kucing [kuʧiŋ]

cermin cermin [ʧərmi͂ŋ]

cincin cicing [ʧiʧiŋ]

Antara contoh dalam dialek Kelantan yang diperoleh ialah [kuʧiŋ], [ʧərmiŋ], [ʧiʧiŋ] yang bermaksud ‘kucing’,

‘cermin’ dan ‘cincin’. Jika diperhatikan, setiap konsonan /c/ disebut dengan bunyi geseran, maka terhasillah bunyi

afrikat /ʧ/ ini dalam dialek Kelantan. Contoh yang diberikan oleh pengkaji dapat dikukuhkan lagi dengan data yang

diberikan oleh pengkaji lepas iaitu Adi Yasran [2], iaitu beliau memberikan contoh perkataan ‘cakap’- [ʧakaʔ] dan

jika dilihat, konsonan /c/ telah disebut dengan menggunakan fonem afrikat /ʧ/ dalam dialek Kelantan.

Konsonan Afrikat /ʤ/

JADUAL 14. Konsonan afrikat /ʤ/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

jari jari [ʤaɣi]

Seterusnya, untuk konsonan Afrikat /ʤ/, terdapat satu perkataan yang diperoleh berdasarkan data yang dibuat oleh

pengkaji, iaitu [ʤaɣi] yang bermaksud jari dalam bahasa Melayu Standard. Konsonan /j/ disebut dengan geseran oleh

orang Kelantan dan menekankan konsonan /ɣ/ di tengah kata. Selain itu, perkataan lain yang turut menggunakan

geseran /ʤ/ ialah ‘jarang’- [ʤaɣɛ] dalam dialek Kelantan, dan perkataan ini merupakan contoh data yang diambil dari

kajian Inventori konsonan dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian semula oleh Adi Yasran [2]

17

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271

MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)

www.mirjo.maltesas.my

Frikatif

Terdapat dua fonem konsonan frikatif dalam dialek Kelantan subdialek Pasir Mas, iaitu frikatif alveolar [s] dan

frikatif velar [h]. Bunyi frikatif [s] dan [h] merupakan frikatif tak bersuara. Berikut merupakan huraian bagi fonem

konsonan /s/ dan /h/.

Konsonan Frikatif Alveolar Tak Bersuara /s/

JADUAL 15. Konsonan frikatif alveolar tak bersuara /s/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

siku siku [siku]

sawah sawoh [sawɔh]

langsat lasak [lasaʔ]

langsir lasir [lasər]

Fonem /s/ mendapat bunyi [s] apabila ia hadir sebelum dan selepas vokal [a], [e], [i], [ə], [ɛ] sama ada di awal kata,

tengah kata dan akhir kata [17]. Namun dalam data yang diperoleh oleh pengkaji, perkataan yang mempunyai fonem

/s/ dalam dialek Kelantan di Pasir Mas hanyalah hadir sebelum dan selepas fonem vokal /a/, iaitu perkataan [lasaʔ]

dan [sawɔh], hadir sebelum fonem vokal /i/ iaitu [siku] dan hadir sebelum fonem vokal /ə/ iaitu [lasər]. Berdasarkan

data yang diperoleh, konsonan /s/ ini tidak wujud dalam perkataan yang hadir sebelum dan selepas fonem vokal [e]

dan [ɛ] sama ada di awal kata, tengah kata dan akhir kata. Hal ini berlaku kerana mungkin data yang diperoleh oleh

pengkaji agak terhad, yakni kajian ini hanya berfokuskan kepada tujuh domain sahaja yang diubah suai kepada budaya

benda berdasarkan senarai swadesh. Adi Yasran [2] juga hanya memberikan contoh data untuk perkataan ‘sampai’-

[sapa] dalam dialek Kelantan dan fonem ini juga hanya hadir sebelum fonem vokal [a] dan dalam data beliau juga

sama di mana fonem konsonan ini tidak wujud dalam perkataan yang hadir sebelum dan selepas fonem vokal [e] dan

[ɛ].

Konsonan Frikatif Velar Tak Bersuara /h/

JADUAL 16. Konsonan frikatif velar tak bersuara /h/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

betis betih [bətih]

gelas gelah [ɡəlah]

beras berah [bəɣah]

Seterusnya, pengkaji akan membincangkan tentang fonem konsonan Aspirat /h/. Konsonan ini dihasilkan seperti

penghasilan vokal, tetapi glotis terbuka untuk sementara sahaja, dan dengan itu tidak mewujudkan bunyi bersuara.

Oleh sebab itu, bunyi aspirat disebut juga sebagai vokal tak bersuara. Tidak jarang juga bunyi seperti ini digolongkan

sebagai frikatif glotis, kerana adanya bunyi desiran dan glitos, kerana mekanisme udara berlaku pada glotis. Bunyi /h/

adalah bunyi aspirat, atau bunyi frikatif glotis tak bersuara. Antara contoh perkataan yang mempunyai konsonan /h/

ini dalam data yang diperoleh ialah [bətih], [gəlah], [bəɣah]. Jika diperhatikan, dalam dialek Kelantan, kebanyakan

konsonan yang mempunyai konsonan /s/ di belakang akan ditukar kepada konsonan /h/ ini dan konsonan /h/ juga amat

jarang wujud di hadapan kata, namun lebih banyak wujud diakhir kata. Hal ini dapat dikukuhkan lagi dengan data

daripada kajian Adi Yasran [2] di mana beliau telah memberikan contoh perkataan ‘kapas’- [kapah] dan jika dilihat,

konsonan /s/ di akhir kata juga telah digugurkan dan digantikan dengan fonem konsonan aspirat /h/ ini.

18

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271

MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)

www.mirjo.maltesas.my

Lateral

Dalam dialek Kelantan, terdapat dua konsonan lateral iaitu konsonan lateral alveolar /l/ dan konsonan likuida /ɣ/.

Antara persamaan yang wujud pada kedua-dua likuida ini ialah, kedua duanya akan digugurkan pada kedudukan koda

suku kata dalam DK kerana mematuhi satu kekangan yang dinamakan syarat koda (coda condition). Apabila ini

berlaku, vokal yang mendahului kedua-duanya akan direalisasikan sebagai vokal panjang (misalnya, [kapal]- [ka.pa:]

untuk ‘kapal’, dan [bəsaɣ] - [bə.sa:] untuk ‘besar’).

Konsonan Lateral Alveolar /l/

JADUAL 17. Konsonan lateral alveolar /l/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

lembu lembu [ləmb͂u]

langsat lasak [lasaʔ]

limau lima [lima͂]

langsir lasir [lasər]

gula gulo [gulɔ]

Seterusnya, pengkaji akan membincangkan tentang konsonan lateral /l/. Srtiktur dalam penghasilan konsonan ini

berlaku di tengah lidah dan menutup udara keluar melalui jalan ini. Tetapi pada masa yang sama udara dapat keluar

dengan bebas melalui kedua-dua sisi lidah. Bunyi yang dihasilkan ialah /l/ dan bunyi ini adalah bersuara. Antara

contoh yang wujud dalam subdialek Pasir Mas ialah [ləmb͂u], [lasaʔ], [lima͂], [lasər] dan [gulɔ]. Bagi semua perkataan

ini, kedudukan konsonan adalah sama dengan bahasa Melayu Standard, iaitu berada di awal kata, kecuali perkataan

[gulɔ] dimana konsonan ini juga wujud di tengah kata, namun sebutannya adalah berbeza kerana fonem vokal telah

berubah dari fonem vokal depan luas [a] kepada fonem vokal belakang separuh luas [ɔ]. Manakala Adi Yasran [2]

dalam kajian beliau telah memberikan satu contoh data yang mempunyai fonem ini, antaranya ialah ‘lambat’- [lambaʔ]

dan kedudukan fonem ini tidak digugurkan malah kekal di awal kata dalam penyebutan oleh penutur dialek Kelantan.

Konsonan Likuida /ɣ/

JADUAL 18. Konsonan likuida /ɣ/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

jari jari [ʤaɣi]

beras berah [beɣah]

biri-biri biri [biɣi]

harimau rima [ɣima͂]

almari mari [ma͂ɣi]

rantai rata [ɣata]

Kebanyakan konsonan [r] dalam dialek Kelantan diungkapkan sebagai frikatif velar bersuara [ɣ], tetapi dianggap

sebagai mempunyai ciri likuida dari segi fonologinya. Dari segi fonetiknya, fonem konsonan /ɣ/ sebenarnya ialah

frikatif velar bersuara, tetapi dianggap sebagai mempunyai ciri likuida dari segi fonologinya. Menurut Lass [11], sama

ada konsonan /ɣ/ dinilai sebagai obstruen atau likuida (sonoran), konsonan tersebut bergantung kepada analisis

fonologi sesuatu bahasa atau dialek. Oleh itu, dalam DK, konsonan /ɣ/ boleh dianggap sebagai likuida kerana

penyebaran dan perlakuan fonologinya yang sama dengan /1/. Berdasarkan contoh di atas, setiap konsonan /r/ akan

disebut dengan menggunakan fonem konsonan /ɣ/, dan jika dilihat perkataan harimau dalam dialek Kelantan telah

mengalami pengguguran konsonan di awal kata, manakala fonem konsonan /ɣ/ berada di awal kata dan perkataan itu

disebut [ɣima͂]. Manakala Adi Yasran [2] telah memberikan contoh ‘rampas’- [ɣapah] dalam data kajian beliau, dan

19

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271

MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)

www.mirjo.maltesas.my

ini dapat mengukuhkan lagi data dari pengkaji berkenaan dengan penggunaan fonem /ɣ/ yang telah menggantikan

fonem konsonan /r/ dalam dialek Kelantan.

Geluncuran/ Separuh Vokal

Separuh vokal merupakan vokal yang tidak bertahan lama pada kedudukannya sewaktu dihasilkan [8]. Dalam

BMS hanya terdapat dua separuh vokal, iaitu [w] dan [j]. Begitu juga dalam dialek Kelantan yang hanya diwakili oleh

bunyi separuh vokal dua bibir [w] dan separuh vokal lelangit keras [j]. Kedua-dua konsonan ini merupakan fonem

separuh vokal dan bersuara. Berikut merupakan contoh-contoh data yang mempunyai fonem konsonan separuh vokal:

Konsonan Separuh Vokal /w/

JADUAL 19. Konsonan separuh vokal /w/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

sawah sawoh [sawɔh]

Berdasarkan data yang diperoleh, pengkaji hanya menemui satu sahaja data yang mempunyai fonem konsonan

separuh vokal /w/ ini, dan perkataan tersebut ialah [sawɔh]. Separuh vokal hanya diwujudkan sebagai /w/ kerana

semasa menghasilkan /w/, bibir telah dibundarkan sama ada hadir sebelum dan selepas vokal. Berdasarkan data di

atas, bibir akan dibundarkan apabila menyebut perkataan [sawɔh] kerana konsonan ini hadir sebelum fonem vokal

belakang separuh luas [ɔ]. Dalam kajian Adi Yasran [2] beliau telah memberikan dua contoh berkenaan dengan fonem

ini, antaranya ialah ‘lawan’- [lawɛ] dan ‘wangi’- [waŋi] dimana fonem ini boleh wujud di awal kata dan juga ditengah

kata dalam dialek Kelantan.

Konsonan Separuh Vokal Lelangit Keras /j/

JADUAL 20. Konsonan separuh vokal lelangit keras /j/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

meja mejo [mə͂jɔ]

Data yang diperoleh untuk fonem /j/ ini juga adalah sama dengan konsonan /w/ iaitu pengkaji hanya menemui satu

sahaja contoh perkataan yang mempunyai fonem ini. Antara contoh perkataan tersebut ialah [mə͂jɔ]. Selain itu,

berdasarkan sebutan yang dituturkan oleh responden, bibir akan dibundarkan apabila menyebut perkataan ini, hal ini

kerana konsonan separuh vokal lelangit keras /j/ ini hadir sebelum fonem vokal belakang separuh luas [ɔ], iaitu sama

dengan fonem konsonan separuh vokal /w/.

Jenis-Jenis Fonem Konsonan Yang Mengalami Pengguguran

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Zaharani Ahmad [22] iaitu Kepelbagaian Dialek dalam Bahasa Melayu:

Analisis Tatatingkat Kekangan, beliau telah menghurai dan menjelaskan kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu

dengan meninjau kepelbagaian yang wujud dalam sistem fonologi. Dalam ilmu dialektologi pula, Zaharani Ahmad

[22] menyatakan bahawa kewujudan pelbagai dialek dalam sesuatu bahasa itu dikatakan berpunca daripada perubahan

yang berlaku dari segi sejarah ke atas sesuatu bahasa sumber yang asalnya seragam dan mula berubah mengikut dialek

masing-masing. Manakala dialektologi generatif telah mentafsir perubahan ini sebagai kesan daripada pelaksanaan

rumus fonologi ke atas bentuk dalaman (bahasa sumber), dan menghasilkan pelbagai bentuk permukaan (dialek-

dialek). Rumus fonologi pula meliputi penambahan rumus, penghilangan rumus, perbezaan atur rumus dan

simplifikasi rumus.

Secara umumnya, perbezaan dialek berlaku disebabkan oleh penggunaan dan pengguguran konsonan di akhir kata.

Antara konsonan-konsonan yang memperlihatkan kepelbagaian yang agak rencam di akhir kata ialah bunyi konsonan

20

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271

MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)

www.mirjo.maltesas.my

likuida. Berikut merupakan sebahagian daripada data yang melibatkan pengguguran /r/ dan /l/ dalam dialek Kelantan

khususnya bagi subdialek Pasir Mas yang diperoleh berdasarkan kutipan data bersama responden.

Pengguguran Fonem Konsonan Getaran /r/

JADUAL 21. Pengguguran fonem konsonan getaran /r/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

Kereta keto [kətɔ]

Periuk puyuk [pujuʔ]

Kerbau kuba [kuba]

Ular ula [ula]

Pagar paga [paga]

Seluar slua [slua]

Data di atas telah menunjukkan perilaku fonologi yang dizahirkan dalam dialek Kelantan berhubung dengan

konsonan likuida. Jika diteliti, kebanyakan konsonan /r/ ini mengalami pengguguran yang kerap di tengah dan di akhir

kata sahaja. Contohnya, konsonan /r/ telah banyak mengalami pengguguran di akhir kata, antaranya ialah ‘ular’- [ula],

‘pagar’- [paga] dan ‘seluar’- [slua]. Setiap perkataan ini disebut tanpa menggunakan konsonan /r/ dibelakang kata

tersebut dan disebabkan oleh itulah, dialek Kelantan agak berbeza dengan dialek dan bahasa lain. Menurut Zaharani

Ahmad [19], menyatakan bahawa rumus pengguguran fonem konsonan /r/ boleh dianggap sebagai rumus asal bahasa

sumber kerana dialek Kelantan sememangnya telah banyak mengalami pengguguran /r/ di akhir kata. Antara contoh

perkataan yang wujud dalam kajian beliau iaitu Kepelbagaian Dialek dalam Bahasa Melayu: Analisis Tatatingkat

Kekangan, adalah ‘ular’- [ula], ‘pagar’- [paga] dan ‘besar’- [bəsa]. Contoh yang dikemukakan oleh Zaharani Ahmad

dapat membuktikan bahawa dalam dialek Kelantan, konsonan /r/ sememangnya telah banyak mengalami pengguguran

di akhir kata dan dapat dikategorikan dalam penghilangan rumus yakni bahasa itu wujud dalam bahasa sumber, tetapi

tidak lagi dikekalkan dalam bahasa turunannya.

Pengguguran Fonem Konsonan Lateral /l/

JADUAL 22. Pengguguran fonem konsonan lateral /l/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

epal epo [əpɔ]

bantal bata [bata]

bakul bako [bakɔ]

tukul tuko [tukɔ]

Berdasarkan jadual di atas, konsonan /l/ banyak mengalami pengguguran konsonan di akhir kata sahaja. Setiap

perkataan yang diperoleh daripada kajian lapangan ini menunjukkan bahawa konsonan /l/ tidak diperlukan dan penutur

akan menuturkan perkataan ini tanpa konsonan /l/ di akhir setiap perkataan. Selain itu, jika diteliti, kebanyakan

perkataan di atas yang mengalami pengguguran konsonan /l/ ini akan berakhir dengan fonem vokal belakang separuh

luas /ɔ/ dan setiap perkataan ini disebut dengan cara penutur membundarkan bunyi di akhir kata. Hal ini sama juga

dengan kajian yang dilakukan oleh Zaharani Ahmad [20], namun beliau telah mengemukakan satu contoh perkataan

sahaja di mana konsonan ini telah mengalami pengguguran di akhir kata, iaitu ‘mahal’- [maha] dan fonem vokal juga

tidak berubah iaitu kekal dengan fonem vokal [a] dibelakang kata.

Selain daripada itu, dalam menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa konsonan nasal /n/, /m/ dan /ŋ/ juga

banyak mengalami pengguguran dalam dialek Kelantan. Berdasarkan pembacaan pengkaji terhadap kajian

lepas,kebanyakan pengkaji lepas banyak mengkaji pengguguran konsonan likuida dan konsonan nasal sahaja. Berikut

merupakan data yang diperoleh berdasarkan analisis data yang dilakukan terhadap konsonan nasal:

21

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271

MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)

www.mirjo.maltesas.my

Pengguguran Fonem Konsonan Nasal Dental /n/

JADUAL 23. Pengguguran fonem konsonan nasal dental /n/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

tangan tange [taŋə͂]

pinggan pingge [piŋə]

bantal bata [bata]

rantai rata [ɣata]

Berdasarkan jadual di atas, konsonan nasal /n/ banyak mengalami pengguguran di akhir dan di tengah kata. Untuk

pengguguran di akhir kata, perkataan [taŋə͂] dan [piŋə] telah mengalami pengguguran /n/ dan penutur jati Pasir Mas

menyebut setiap perkataan itu tanpa konsonan nasal dibelakang dan jika diteliti, vokal belakang luas [a] telah

digantikan dengan vokal tengah separuh sempit [ə] di setiap akhir kata. Manakala bagi perkataan [bata] dan [ɣata],

perkataan ini telah mengalami pengguguran konsonan nasal di tengah kata. Penutur hanya menyebut setiap perkataan

ini tanpa konsonan ini, dan terus pergi kepada konsonan seterusnya iaitu konsonan /t/ dan jika diteliti, apabila

konsonan nasal /n/ ini berdampingan dengan konsonan /t/, maka konsonan nasal ini akan digugurkan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Zulkifley Hamid dan Pareeda Hayeeteh [23] dalam kajian mereka Melayu

di sempadan: penghilangan konsonan obstruent-homorganik dalam dialek Melayu Patani, mereka turut

membincangkan tentang pengguguran konsonan nasal /n/ ini dalam kajian mereka. Dalam kajian tersebut, mereka

telah membincangkan tentang fenomena penghilangan konsonan dalam dialek Patani yang terjadi kepada konsonan

nasal- obstruen. Data dalam kajian tersebut memperlihatkan kepada fenomena penghilangan konsonan nasal apabila

konsonan tersebut diikuti oleh konsonan letupan tak bersuara yang berhomorgan dengannya. Antara contoh data yang

diberikan dalam kajian tersebut adalah kata ‘bantal’ yang menjadi [bata]. Fenomena penghilangan nasal tersebut

berlaku kerana konsonan nasal ini telah diikuti oleh konsonan letupan tak bersuara /t/ seperti yang dinyatakan oleh

Zulkifley Hamid dan Pareeda Hayeeteh [23] dalam kajian mereka. Hal ini juga dapat dibuktikan dengan data yang

diperoleh oleh pengkaji iaitu seperti jadual di atas dimana perkataan ‘rantai’ turut mengalami pengguguran kerana

konsonan nasal /n/ ini diikuti oleh konsonan letupan tak bersuara /t/ dan menjadi [ɣata] dalam dialek Kelantan.

Pengguguran Fonem Konsonan Nasal Velar /ŋ/

Untuk pengguguran konsonan yang berikutnya, pengkaji akan membincangkan tentang konsonan /ng/ atau lebih

dikenali dengan simbol /ŋ/ dalam dialek Kelantan. Berdasarkan data yang dianalisis, terdapat lima perkataan yang

telah mengalami pengguguran konsonan ini. Berikut merupakan contoh perkataan yang telah mengalami proses

pengguguran konsonan yang dikelaskan sebagai konsonan nasal velar:

JADUAL 24. Pengguguran fonem konsonan nasal velar /ŋ/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

pisang pise [pisə]

kambing kambe [kamb͂e]

angsa aso [asɔ]

langsir lasir [laser]

orang ore [ɔɣə]

Berdasarkan jadual di atas, berikut merupakan sebahagian contoh perkataan yang telah mengalami pengguguran

/ng/ dalam dialek Kelantan berdasarkan data yang telah dianalisis oleh pengkaji. Untuk pengguguran di akhir kata,

konsonan /ng/ yang berada di akhir kata akan digugurkan dan akan di akhiri dengan fonem vokal tengah separuh

sempit [ə], contohnya [pisə], [kamb͂e] dan [ɔɣə]. Manakala untuk pengguguran konsonan /ng/ di tengah kata, antara

perkataan yang telah mengalami pengguguran ialah [asɔ] dan [laser]. Jika dapat diteliti, kedudukan konsonan /ng/

22

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271

MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)

www.mirjo.maltesas.my

sebelum konsonan /s/ dalam dua perkataan ini akan digugurkan dan penutur akan menyebutnya tanpa konsonan /ng/

dan terus menyebutkan dengan konsonan /s/. Menurut Zulkifley Hamid dan Pareeda Hayeeteh [23] antara salah satu

sebab berlakunya penghilangan fonem dalam sesebuah dialek adalah kerana penghilangan konsonan nasal atau letupan

pada gugusan konsonan nasal letupan homorganik. Sekiranya konsonan nasal itu diikuti oleh letupan homorganik

bersuara, maka bunyi letupan itu yang digugurkan dalam dialek tersebut. Namun, sekiranya bunyi nasal itu diikuti

oleh bunyi letupan homorganik tidak bersuara, bunyi nasal itu akan digugurkan. Berikut merupakan antara contoh

data dalam kajian mereka, ‘panggang’- [paŋɛ] dan jika diteliti, apabila konsonan nasal ini hadir bersama konsonan

homorganik tidak bersuara /g/, maka konsonan nasal ini akan digugurkan.

Pengguguran Fonem Konsonan Nasal Bibir /m/

JADUAL 25. Pengguguran fonem konsonan nasal bibir /m/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

ayam aye [ajə]

Berdasarkan data yang diperoleh, hanya satu perkataan sahaja yang ditemui telah mengalami pengguguran

konsonan nasal /m/ di awal kata iaitu [ajə]. Penutur di Pasir Mas telah menggugurkan konsonan ini di akhir kata dan

hanya menyebutnya dengan fonem vokal tengah separuh sempit [ə] di belakang kata tersebut. Fenomena pengguguran

fonem ini juga sama dengan pengguguran fonem /ng/ di atas, dimana apabila konsonan nasal itu diikuti oleh letupan

homorganik bersuara, maka ia akan digugurkan. Antara contoh perkataan yang ditemui dalam kajian Zulkifley Hamid

dan Pareeda Hayeeteh [23] ini ialah, ‘kampung’- [kapoŋ] di mana fonem nasal ini telah digugurkan ditengah kata

apabila ia hadir bersama konsonan homorganik.

Selain pengguguran konsonan-konsonan yang telah dibincangkan di atas, terdapat juga konsonan-konsonan lain

yang telah mengalami pengguguran konsonan berdasarkan analisis yang telah dilakukan dengan menggunakan kaedah

senarai kata yang disediakan mengikut domain-domain tertentu melalui senarai swadesh yang telah diubah suai kepada

budaya benda. Konsonan-konsonan ini juga jarang dilakukan analisis oleh pengkaji-pengkaji lepas. Mereka hanya

berfokuskan kepada konsonan-konsonan tertentu sahaja seperti konsonan likuida /l/, /r/ dan konsonan nasal /n/, /m/,

/ŋ/. Hal ini dapat dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh Zaharani Ahmad [22] dalam Kepelbagaian dialek

dalam bahasa Melayu: Analisis tatatingkat kekangan, beliau hanya menjalankan kajian terhadap konsonan likuida /l/

dan /r/ sahaja di posisi akhir kata dalam dialek Melayu yang melibatkan dialek Johor, dialek Melaka, dialek Perak,

dialek Kedah, dialek Sarawak dan juga dialek Kelantan.

Selain itu, Zulkifley Hamid dan Pareeda Hayeeteh [23] dalam kajian mereka iaitu Melayu di sempadan:

penghilangan konsonan obstruent-homorganik dalam dialek Melayu Patani pula telah berfokuskan kepada

pengguguran konsonan nasal sahaja seperti /m, n, ŋ, ɲ/. Namun, dalam menjalankan kajian ini, pengkaji akan meneliti

setiap fonem konsonan yang telah mengalami pengguguran dan akan menganalisis setiap fonem tersebut. Berdasarkan

analisis yang dilakukan oleh pengkaji, antara konsonan-konsonan lain yang telah mengalami pengguguran dalam

dialek Kelantan ialah konsonan aspirat /h/ dan konsonan frikatif /s/. Berikut merupakan contoh bagi setiap fonem

konsonan yang telah mengalami pengguguran dalam dialek Kelantan di Pasir Mas:

Pengguguran Fonem Konsonan Aspirat /h/

JADUAL 26. Pengguguran fonem konsonan aspirat /h/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

hidung idung [iduŋ]

Selain mengalami pengguguran fonem konsonan di tengah kata, dalam dialek Kelantan khususnya di Pasir Mas,

fonem konsonan juga didapati mengalami pengguguran di awal kata. Berdasarkan data di atas, perkataan ‘hidung’

telah mengalami pengguguran fonem konsonan /h/ di awal kata dan disebut sebagai [iduŋ] dalam dialek Kelantan.

Selain itu, dalam kajian yang dilakukan oleh Zulkifley Hamid dan Pareeda Hayeeteh [23], antara contoh data dalam

kajian mereka yang telah mengalami pengguguran konsonan /h/ ialah ‘hari’- [aɣi] dan konsonan ini juga turut

23

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271

MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)

www.mirjo.maltesas.my

mengalami pengguguran di awal kata. Walaupun kajian Zulkifley Hamid dan Pareeda Hayeeteh [23] ini mengkaji

tentang dialek Melayu Patani, namun dialek ini mempunyai sedikit persamaan dengan dialek Kelantan, dan hal ini

dapat dibuktikan dengan data yang diberikan oleh mereka iaitu ‘hari’- [aɣi] yang mempunyai persamaan dengan dialek

Kelantan khususnya bagi subdialek Pasir Mas.

Pengguguran Fonem Konsonan Frikatif /s/

JADUAL 27. Pengguguran fonem konsonan frikatif /s/.

Bahasa Standard Dialek Kelantan Transkripsi Fonetik

beras berah [bəɣah]

gelas gelah [gəlah]

Berdasarkan jadual di atas, fonem konsonan dalam dialek Kelantan juga telah mengalami proses pengguguran di

akhir kata, dan salah satu konsonan tersebut ialah konsonan frikatif /s/. Antara contoh perkataan yang telah mengalami

pengguguran konsonan ini ialah ‘beras’ dan ‘gelas’. Penutur di Pasir Mas menyebutnya sebagai [bəɣah] dan [gəlah].

Jika diteliti dengan baik, perkataan yang berakhir dengan konsonan /s/ akan digugurkan, namun penutur dialek ini

telah menggantikan konsonan tersebut dengan konsonan Aspirat /h/ bagi menggantikan konsonan /s/ ini. Hal ini dapat

dikukuhkan lagi dengan data yang diberikan dalam kajian Zulkifley Hamid dan Pareeda Hayeeteh [23] iaitu ‘belas’-

[bəlah] dimana konsonan /s/ ini digugurkan dan digantikan dengan fonem konsonan /h/.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, huraian dan penjelasan di atas telah berjaya membuktikan bahawa terdapat 19 konsonan

yang berstatus fonem, iaitu [p, b, t, d, k, g, s, ɣ, ʧ, ʤ, m, n, ɲ, ŋ, 1, h] dan tiga segmen konsonan terbitan, iaitu hentian

glotis [ʔ] dan geluncuran [j, w] dalam dialek Kelantan. Jumlah ini bertepatan dengan jumlah yang telah dikemukakan

oleh Nik Safiah Karim [14] dan Teoh [18] dalam kajian mereka. Mereka berpendapat bahawa jumlah keseluruhan

fonem konsonan yang wujud dalam dialek Kelantan adalah 19 konsonan, namun Adi Yasran [2] pula berpendapat

bahawa hanya wujud 16 sahaja fonem konsonan dalam dialek Kelantan iaitu /p, b, t, d, k, g, s, ɣ, ʧ, ʤ, m, n, ɲ, ŋ, 1,

h/.

Hal ini kerana Adi Yasran [2] berpendapat bahawa fonem /ʔ, j, w/ bukan berstatus fonem kerana penyebarannya

terhad, dan kehadirannya boleh diramal (predictable). Contohnya, untuk konsonan glotis /ʔ/, beliau menyatakan

bahawa fonem ini hanya wujud pada posisi koda suku kata sahaja, manakala fonem geluncuran /j, w/ pula hanya hadir

pada posisi onset suku kata, dan wujud pada fonem-fonem tertentu sahaja seperti konsonan /p, t, k/. Disebabkan oleh

itu, Adi Yasran menetapkan bahawa fonem /ʔ, j, w/ sebagai fonem terbitan.

Namun begitu, pendapat Adi Yasran [2] adalah kurang tepat berkenaan dengan fonem konsonan terbitan /ʔ/

yang hanya wujud pada posisi koda suku kata sahaja, manakala fonem geluncuran /j, w/ pula hanya hadir pada posisi

onset suku kata, dan wujud pada fonem-fonem tertentu sahaja seperti konsonan /p, t, k/. Hal ini kerana, berdasarkan

data yang diperoleh oleh pengkaji berdasarkan kaedah senarai kata yang disediakan mengikut domain-domain tertentu

melalui senarai swadesh yang telah diubah suai kepada budaya benda, pengkaji mendapati bahawa konsonan-

konsonan terbitan ini tidak hanya wujud dengan fonem-fonem tertentu sahaja, tidak hanya wujud pada posisi koda

suku kata dan juga posisi onset suku kata seperti yang dinyatakan oleh Adi Yasran [2]. Hal ini dapat dibuktikan seperti

huraian yang dibentangkan di atas.

Huraian dan penjelasan di atas telah berjaya membuktikan bahawa hanya terdapat 16 konsonan yang berstatus

fonem, iaitu /p, b, t, d, k, g, s, ɣ, ʧ, ʤ, m, n, ŋ, ɲ, 1, h/ dan tiga segmen konsonan terbitan, iaitu hentian glotis [ʔ] dan

geluncuran [j, w] dalam dialek Kelantan. Kejayaan dalam menghuraikan tentang bilangan fonem konsonan ini dalam

dialek Kelantan khususnya bagi subdialek Pasir Mas menunjukkan bahawa inventori fonem sesuatu bahasa atau dialek

24

MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 8-24, MAY 2018 eISSN 0127-6271

MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)

www.mirjo.maltesas.my

hendaklah dinilai dengan menggunakan pendekatan fonologi di samping pertimbangan fonetik bagi menghasilkan

inventori segmen yang lebih berpada.

RUJUKAN

[1] Abdul Hamid, Mahmood. Sintaksis Dialek Kelantan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan,

Malaysia, 2006.

[2] Adi Yasran, Abdul Aziz. "Inventori Konsonan Dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian Semula." Jurnal Pengajian

Melayu, vol. 16, no. 1, 2005.

[3] "Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian Semula." Jurnal Linguistik, vol. 11, no. 1, 2010.

[4] "Suku Kata Dasar Dialek Kelantan Berdasarkan Teori Optimaliti." GEMA Online Journal Of Language Studies,

vol. 11, no. 2, 2011.

[5] Ajid, Che K. Dialek Geografi Pasir Mas. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985.

[6] Asmah, Omar. Susur Galur Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.

[7] The Phonological Diversity of the Malay Dialects. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.

[8] Asmah, Omar, and Sandai Rosline. Fonologi Bahasa Iban : Fonologi Jaku Iban. 2012.

[9] Gan, K. L. "Strategi Penukaran Kod Di Kalangan Guru-Guru Cina Berpendidikan Cina Danbukan Berpendidikan

Cina: Satu Kajian Kes." 2000. Universiti Malaya, MA thesis.

[10] Hashim, Musa. "Morfemik Dialek Kelantan." 1974. Universiti Malaya, MA thesis.

[11] Lass, Roger. Phonology: an Introduction to Basic Concepts. Cambridge UP, 1995.

[12] Muhammad Zaid, Daud, Mohammad Shahrul Nizam Abd Wahid, & Remmy Gedat. "Eufemisme Dalam Bahasa

Iban: Satu Kajian Kes Di Kampung Lebor, Serian, Sarawak." Borneo Research Journal, vol. 11, no. 1, 2017,

ajap.um.edu.my/index.php/brj/article/view/10204/7239.

[13] Muhammad Zaid, Daud, Mohammad Shahrul Nizam Abd Wahid, & Remmy Gedat. "Penggunaan eufemisme

dalam kalangan penutur Iban." International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL),

vol. 8, no. 1, 2018.

[14] Muhammad Zaid, Daud. "Slanga Kedai Kopi: Satu Analisis Semantik Inkuisitif." 2017. Universiti Malaysia

Sarawak, Unpublished Final Year Project.

[15] Nik Safiah, Karim. "Loghat Melayu Kelantan." 1985. Universiti Malaya, MA thesis.

[16] Nik Safiah, Karim, and Rodi Rozita Che. Bahasa Melayu Kelantan: Menggali Ilmu Menyusur Warisan. Majlis

Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 2016.

[17] Nor Hashimah, Jalaluddin. Bahasa Jual Beli Dalam Perniagaan Runcit: Satu Analisis Semantik Dan Pragmatik.

Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1994.

[18] Salbia, Hassan. "Kajian Fonologi Dialek Melayu Kabong." 2016. University Of Malaya, PhD Dissertation.

[19] Teoh, Boon S. The Sound System of Malay Revisited. Dewan Bahasa dan Pustaka, Ministry of Education,

Malaysia, 1994.

[20] Zaharani, Ahmad. Fonologi Generatif: Teori Dan Penerapan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian

Pendidikan Malaysia, 1993.

[21] Zaharani, Ahmad, et al. "Fonologi Rangkap Vokal Dan Kepelbagaian Dialek Melayu: Analisis Teori Optimaliti."

GEMA Online Journal Of Language Studies, vol. 11, no. 3, 2011.

[22] Zaharani, Ahmad. "Kepelbagaian Dialek Dalam Bahasa Melayu: Analisis Tatatingkat Kekangan." Jurnal e-Bangi,

vol. 1, no. 1, 2006.

[23] Zulkifley, Hamid, and Hayeeteh Pareeda. "Melayu Di Sempadan: Penghilangan Konsonan Obstruent-

Homorganik Dalam Dialek Melayu Patani." Geografia Online Malaysian Journal Of Society And Space, vol. 11,

no. 3, 2015, pp. 28-41.