al-fiqh islami ii

32
AKAD TABARRU’ AL-FIQH AL-ISLAMI II EBI 2133 DIAKAN OLEH :- AYATI BT BAHARUDIN (1113065 ) SITI ZUBAIDAH BT HUSIN (1113066) ILAH BT BADARUSAMIN (1113081) FAIRUZ BT MOHD FAUDZAN (1113080) KDCN 7 PENSYARAH PEMBIMBING: USTAZ SHUKRI BIN HARUN

Upload: independent

Post on 02-Feb-2023

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

AKAD TABARRU’

AL-FIQH AL-ISLAMI IIEBI 2133

DISEDIAKAN OLEH :-NORHAYATI BT BAHARUDIN (1113065 ) SITI ZUBAIDAH BT HUSIN (1113066)ROSMILAH BT BADARUSAMIN (1113081) FAIRUZ BT MOHD FAUDZAN (1113080)

KDCN 7PENSYARAH PEMBIMBING: USTAZ SHUKRI BIN HARUN

PENGERTIAN AQAD TABARRU’AT

Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memberi makna derma sebagai

pemberian yang ikhlas atau sedekah.

Tabarru’ perkataan Arab yang bermaksud derma.

Berasal dari perkataan Arab- birr’ yang bermaksud kebaikan..

Transaksi ini dilakukan kerana tolong menolong sesama insan dan ikhlas kerana Allah swt.

Mereka yang melakukan akad ini tidak boleh meletakkan syarat pulangan keuntungan.

Ianya tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial.

Akad tabarru’ adalah akad perjanjian kontrak antara dua orang atau lebih yang bersifat tiada keuntungan.

Samb…

TUJUANTolong-menolong

sesama insan.

Mengharapkan balasan hanya dari Allah swt.

Mewujudkan perasaan kasih sayang sesama

manusia.

Mengharap keredhaan Allah swt.

Membantu meringankan beban insan

lain.

DALILO ن� ل أ�� ب �� ن� ق م م اك ب�� � ق ز�� ا ز� م� وأ م ق� ق� � ن وأ أ�� ن� � م �ن�� أ ي � ذ� � ا أل ه� ي%� ا أ�� �� م ي �رون�� ه اف ك� أل ة� و� اع� ف�� �4 ا ش ل� ة� و� ل� � ا خ ل� ة و� ي� � ع ق ي� ? ا ب وم ل� �� � ي ي� � ت ا� �� مون��ي ال � Hظ أل

O Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah)

sebagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa´at. Dan orang-orang kafir itulah

orang-orang yang zalim.  (Al-Baqarah 254)

Hibah : Suatu kontrak yang merujuk kepada pemindahan hak milik tanpa sebarang gantian, ketika masih hidup dan dilakukan secara sukarela.

Qard Al-Hasan :Al-Qard ialah pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan.

Ji’alah : Upah atau pemberian.

Waqaf : menyerahkan harta untuk dimanfaatkan oleh umat Islam.

Wakalah : mewakilkan harta kepada orang lain untuk diuruskan.

Infaq : menyerahkan harta untuk dibelanjakan ke jalan Allah.

Rahn : jaminan/gadaian.

JENIS-JENIS

TAKRIF HIBAH

Dari segi bahasa:

Suatu pemberian yangdiberikan bukan kerana tanggungjawab tertentu dan pemberian ini memberi manfaat kepada penerima.

Dari segi istilah:

Suatu kontrak yang merujuk kepada pemindahanhak milik tanpa sebarang gantian, ketika masih hidupdan dilakukan secara sukarela.

RUKUN DAN SYARAT HIBAH

Dua Pihak yang Memeterai Kontrak

(Pemberi dan Penerima)

Sighah Kontrak: Penawaran dan Persetujuan

Barangan Hibah

RUKUN DAN SYARAT HIBAH1. Dua Pihak yang Memeterai Kontrak (Pemberi dan

Penerima)

Pemberi hiba perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

I. Mestilah pemilik kepada barangan yang dihibah. -tidak sah menghibahkan sesuatu yang

bukan miliknya.

al. Mestilah layak untuk memberi sumbangan. -kanak-kanak dan orang gila tidak layak

memberi sumbangan.

bl. Mempunyai kuasa penuh untuk menggunakan hartanya.

-tidak boleh diberikan oleh orang yang dihalang menggunakan harta mereka seperti orang yang kurang akal dan muflis.

Sementara penerima hibah pula hanya perlu memenuhi satu syarat iaitu berkelayakan untuk menerima hak milik hibah tersebut.

2. Sighah Kontrak: Penawaran dan Persetujuan

Contoh penawaran ( ijab ) ialah pemberi berkata: “ Saya hibahkan kepada anda”.

“ Saya pindahkan kepada anda”. “ Saya serahkan hak milik barangan ini kepada

anda tanpa sebarang bayaran”.

Contoh bagi persetujuan ( Qabul ) pula ialah penerima berkata: “ Saya terima”.

Syarat Sighah Kontrak

I. Penawaran dan persetujuan mestilah berkesinambungan Iaitu tiada ruang yang dianggap sebagai pemisah

ll. Tidak bersyarat Contohnya pemberi berkata: “Jika Zaid datang,

saya akan hibahkan baju ini kepada anda”.

bl. Tidak bertempoh Contohnya pemberi berkata: “Saya hibahkan buku

ini kepada anda selama sebulan atau setahun”.

Samb…

3. Barangan Hibah

Syarat-syarat barangan yang dihibah:

I. Wujud ketika hibah. -tidak sah menghibah barangan yang tidak

wujud contoh: barangan yang mahu dihibah ialah

buah kurma yang bakal dihasilkan oleh pokok kurma miliknya pada tahun itu.

al. Barangan tersebut mestilah barangan yang bernilai. -tidak sah menghibahkan

bangkai,darah,khinzir,arak dan haiwan buruan oleh orang berihram atau buruan tanah haram.

bl. Mestilah daripada hak milik pemberi. -tidak sah menghibahkan sesuatu yang bukan

milik pemberi samada barangan awam atau barangan orang lain.

Samb…

Hibah Barangan yang Digunakan pada Barangan Lain atau Bercantum dengan

Barangan Lain

2. Jika barangan tersebut bercantum dan tidak boleh dipisahkan tanpa menimbulkan sebarang kemudaratan, seperti pemberi menghibahkan separuh pedangnya atau ia sukar dipisahkan atau berisiko, seperti pemberi menghibahkan bulu yang ada pada badan kambing, hibah tersebut tidak sah kerana barangan tersebut tidak sah dijual.

1. Jika barangan tersebut bercantum dengan barangan lain yang boleh dipisahkan tanpa menimbulkan sebarang kemudaratan dan tidak berisiko (gharar), hibah tersebut sah kerana ia boleh dijual.Contoh: pemberi menghibahkan selori tanah atau kain yang tidak akan mengurangkan nilainya jika dipotong.

Semua barangan yang boleh dijual boleh dihibahkan. Dengan ini beberapa perkara perlu dilihat:

Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai bahagian yang tidak ditentukan dalam satu barangan dan bahagian ini dihibahkan kepada seseorang.Contoh lain, seorang pemilik mengibahkan miliknya kepada dua orang atau lebih.Hibah ini dibenarkan dan sah kerana barangan ini boleh dijual beli.

Hibah Bahagian yang Tidak Ditentukan

Bagi barangan yang digunakan pada barangan lain pula, contohnya:rumah yang mempunyai perabot milik pemberi, atau kenderaan yang membawa muatan, hibah ini dibenarkan dan sah kerana barangan yang dihibahkan dengan barangan yang lain itu boleh dipisahkan.

Samb…

HUKUM

HIBAH

Setelah kontrak hibah selesai dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan, maka berkuatkuasalah hukum hibah. Iaitu sah hak milik penerima ke atas barangan yang dihibah tanpa sebarang gantian.

Hukum ini dikecualikan bagi hibah yang di berikan oleh bapa kepada anak. Bapa berhak menuntut semula hibah yang diberikan.

Walau bagaimanapun, meminta semula hibah tidak dibenarkan apabila barangan yang dihibahkan tidak lagi menjadi hak milik anak.Contoh: Barang tersebut telah dijual atau diwakafkan.

PEMBERIAN HIBAH SECARA SAKSAMA

Anak-anak

Ibu bapa

Adik beradik

PENGERTIAN JIA’LAHBahasa : Upah atau pemberian.Syara : Merupakan perjanjian akan menyerahkan ’sejumlah wang atau barang-barang kepada orang lain yang berjaya melaksanakan tugas.

Menurut Sulaiman Rasjid(2004 : 305-306) Jialah ialah

meminta agar mengembalikan barang yang hilang dengan bayaran yang ditentukan. Contohnya seseorang yang kehilangan seekor kuda berkata ” siapa yang

mendapatkan kudaku dan mengembalikan kepadaku, maka

aku bayar sekian.. ”

Ji'alah dinamakan juga ju’l dan ja’iilah,

iaitu sesuatu yang diberikan kepada orang lain kerana

perbuatan yang dilakukannya. Contohnya seseorang

mengatakan, “Barang siapa yang melakukan ini, maka ia

akan mendapatkan harta sekian." Yakni ia akan memberikan upah yang

ditentukan bagi orang yang mahu mengerjakan pekerjaan yang ditentukan, seperti membangun dinding, dsb.

DALIL DISYARIATKAN JI'ALAH

Firman Allah Ta'ala:Penyeru-penyeru itu berkata, "Kami kehilangan piala raja, dan siapa yang dapat mengembalikannya akan memperoleh bahan makanan (seberat) beban unta, dan aku menjamin terhadapnya". ( Yusuf: 72)

Yakni barang siapa yang mampu menunjukkan pencuri piala milik raja, maka ia akan memperoleh bahan makanan seberat beban unta. Ini adalah ju l, dan menunjukkan bolehnya ji'alah.’

RUKUN

JIA’LA

HLafaz

kalimahnya hendaklah mengandungi erti memberi izin kepada yang

akan bekerja, juga tidak ditentukan waktunya.

Orang yang menjanjikan

upah boleh bukan orang yang

kehilangan.

Pekerjaan mencari barang yang hilang

Upah

disyaratkan memberi upah dengan barang tertentu.Jika orang yang kehilangan memberi pengumuman

kepada masyarakat umum ” jika ada yang menemukan barangku, maka akan aku beri wang sekian”, kemudian ada dua orang yang

bekerja mencari barang tersebut sampai menemukannya, maka upah

yang dijanjikan itu dibagi antara keduanya.

YANG MEMBATALKAN JI ALAH’

Masing-masing pihak boleh membatalkan perjanjian jialah sebelum pekerjaan tersebut dilakukan, jika yang membatalkannya orang yang bekerja, maka dia tidak mendapat upah apapun, sekalipun sudah bekerja. Tetapi jika yang membatalkan adalah orang yang menjanjikan upah, maka yang bekerja berhak menuntut upah sebanyak pekerjaan yang dilakukannya. 

Di antara Hukum-hukum yang Terkait dengan Ji'alah

1• Tidak disyaratkan untuk akad ji'alah ini harus dihadiri oleh kedua belah pihak orang yang melakukan akad seperti pada akad yang lain.

2• Disyaratkan untuk orang yang siap memberikan bayaran harus sah tasharruf(tindakannya), sedangkan orang yang bekerja harus mampu melakukannya.

3• Pekerjaan ji'alah itu harus mubah, sehingga tidak sah terhadap pekerjaan yang haram, seperti memainkan muzik, membuat arak dsb.

4

• Pekerjaan ji'alah ini tidak ditentukan batasnya, sehingga jika seseorang berkata, "Barang siapa yang mengembalikan untaku dalam waktu sebulan, maka ia berhak mendapat lima dinar," maka ji'alah tidak sah.

5

• Siapa saja yang telah menyelesaikan tugas ji'alahnya, maka ia berhak memperoleh ju'l (upah), kerana akad menjadi tetap dengan sempurnanya pekerjaan. Jika yang melakukan ji'alah adalah beberapa orang, maka mereka membahagi upahnya sama banyak sesama mereka.

6

• Siapa saja yang melakukan pekerjaan yang diji'alahkan sebelum mengetahui bahwa pekerjaan itu diji'alahkan, maka yang melakukannya tidak berhak mendapat apa-apa, kerana hal ini termasuk melakukan perbuatan yang tidak diizinkan. Tetapi jika ia mengetahui adanya ji'alah di tengah-tengah melakukan pekerjaan itu, maka ia berhak mengambil upah seukuran pekerjaan yang dilakukannya setelah ia mengetahui adanya ji'alah itu.

Samb…

7

• Ji'alah adalah akad yang dibolehkan. Masing-masing berhak membatalkannya. Jika pembatalan dilakukan oleh pekerja, maka ia tidak berhak mendapatkan ji'alah sedikit pun, kerana ia telah menggugurkan haknya. Namun jika pembatalan dari jaa'il (yang menetapkan ji'alah) dan pembatalan itu dilakukan setelah pekerja memulai pekerjaannya, maka orang yang bekerja berhak mendapatkan upah seukuran pekerjaannya, kerana kerjanya dengan imbalan yang belum diterimanya.

8

• Para fuqaha menjelaskan bahwa jika ada yang bekerja untuk orang lain tanpa ju l (upah) dan izin dari orang lain itu, maka ’ia tidak berhak menerima apa-apa, kerana ini sama saja memberikan manfaat tanpa imbalan, sehingga ia tidak mendapatkannya. Di samping itu, seseorang tidak mesti membayar sesuatu yang tidak wajib baginya. Tetapi dikecualikan dua hal berikut:

Samb..

Jika pekerja telah menyediakan diri sebagai pekerja dengan upah. Misalnya, Jalan pengangkutan

panduan dan lain-lain. Dalam keadaan ini, jika ia bekerja pada pekerjaan, maka ia jadi dengan keizinan yang

dikehendaki diberi upah. Berbeza jika ia tidak menyediakan dirinya untuk itu, maka dia tidak layak kepada apa-apa, walaupun ia dibenarkan. Kecuali

dengan adanya syarat.

Orang-orang yang menyimpan barang-barang orang lain daripada

kemusnahan. Sebagai contoh, menariknya dari laut, kebakaran atau mencari item di tempat yang bahaya yang akan hilang jika ditinggalkan, maka dia berhak untuk mitsil gaji

(standard) walaupun pemilik yang tidak membenarkan, kerana dia bimbang akan menjadi barangan yang rosak

atau binasanya. Di samping itu, diberi upah yang mendorong mereka berbuat

demikian.

SYARAT-SYARAT KONTRAK JIA’LAHSyarat kelayakan

untuk ja’il samaada untuk kepentingan

atau untuk kepentingan orang

lain hendaklah cukup umur, sempurna akal dan matang. Adapun syarat bagi a’mil hendaklah memiliki

sifat kelayakan untuk bekerja dan tidak sah

kontrak sekiranya tidak mampu bekerja kerana kecil atu

sebagainya sekiranya tidak ditentukan memadailah dia mengetahui iklan kerja tersebut.

Upah yang ditawarkan hendaklah merupakan

harta yang dikenalpasti. Sekiranya upah

tersebut sesuatu yang tidak diketahui,

terbatallah a’kad. Seumpama seseorang

berkata: Sesiapa yang menemui kereta saya akan diberi pakaian. Jika ini berlaku, A’mil dalam kontrak ini berhak menerima upah nilai semasa.

Manfaat yang akan diperolehi oleh Ja’il hendaklah bersifat jelas dan hakiki

serta harus dinikmati pada hukum

syarak.Oleh itu, tidak boleh

ditawarkan kepada seseorang untuk mengeluarkan jin daripada tubuh seseorang atau merungkai amalan

sihir kerana kerja-kerja tersebut

tidakdapat dikenalpasti. Begitu juga tidak seharusnya

untuk mendapat menfaat dari perkara

yang diharamkan.

HIKMAH

Bersaing dalam kebaikan yang membantu orang-

orang yang sangat memerlukan bantuan.

Dapat menemui orang-orang yang

mempunyai pencapaian atau kesetiaan yang

tinggi.

Memupuk semangat dan

keyakinan untuk melakukan sesuatu.

QARD AL-HASAN

• Bermaksud al-qat‛u (potong). Harta yang diberikan kepada orang yang berhutang dinamakan qard kerana pemiutang memotong (mengambil) sebahagian hartanya untuk diberikan kepada penghutang.

BAHASA

• Penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan.

• Sebarang tambahan terhadap barang atau wang yang diberi pinjam adalah ditegah dalam Islam kerana ia dianggap sebagai riba atau lebihan yang tidak mempunyai ganti yang dikenakan oleh pemberi pinjaman sementara menunggu bayaran balik.

ISTILAH

• Memberi milik sesuatu harta kepada orang lain untuk digunakan. Peminjam dikehendaki mengembalikan semula dalam keadaan yang sama atau diganti dengan barang yang sama nilai dengan harta yang dipinjam.

MAZHAB SYAFIE

• Memberi hutang kepada seseorang yang memerlukan adalah sunat, manakala harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan untuk membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup.

HUKUM QARD AL-HASSAN

Samb…

QARD AL-HASANOrang yang berhutang mempunyai tanggungjawab untuk memulangkan barang yang sama atau serupa dengan apa yang dipinjam tanpa apa-apa tambahan terhadap harta yang dipinjam itu. Kebiasaannya barang yang menjadi objek bagi akad qard ialah wang atau lain-lain medium pertukaran yang diterima oleh orang ramai.

Al-Qard dikategorikan sebagai akad tabarru ‟iaitu kontrak yang berteraskan kepada konsep kebajikan. Ini kerana faedah atau manfaat daripada transaksi yang berlaku hanya diperolehi oleh satu pihak sahaja iaitu penghutang.

Samb…

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 245: Terjemahan: “Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.”

DALIL PENSYARIATAN

29

1. Ada peminjam (muqtarid

)

2. Ada pemberi pinjaman (muqrid)

3. Ada dana (qard)

4. Ada serah terima 

(ijab qabul)

SYARAT

Dana yang digunakan ada manfaatnya

Kesepakatan kedua belah pihak 

RUKUN

TEMPOH BERHUTANG

Tidak disyaratkan penetapan tempoh tertentu tetapi

sekiranya disyaratkan bayar hutang dengan satu tempoh yang

tertentu, maka penghutang wajib membayar hutangnya.

Prinsip muamalah Islam secara jelas mengharamkan

sebarang bentuk pinjaman wang yang mempunyai

faedah. Sebarang

tambahan nilai atau lebihan

daripada jumlah pinjaman yang asal adalah dianggap

sebagai riba.

Ini kerana pinjaman yang

mempunyai faedah

mempunyai unsur-unsur

penindasan dan ketidakadilan

sehingga membebankan pihak yang

meminjam wang atau berhutang.

Justeru, Islam hanya

membenarkan transaksi pemberian hutang atau

pinjaman wang yang bebas

daripada unsur riba dan

mengutamakan kebajikan dan

keadilan sosial.

PRINSIP QARD AL-HASAN

PERBANDINGAN ANTARA QARD AL-HASSAN DAN PINJAMAN PERIBADI

PERBANDINGAN QARD AL-HASSAN PINJAMAN PERIBADI

Pelaksanaan Berlandaskan hukum syarak

Mengikut institusi konvensional dan komersial

Kaedah Bayaran Balik

Pinjaman yang dibayar balik adalah sama nilainya sepertimana nilai yang dipinjam tanpa dikenakan faedah

Terdapat faedah dan keuntungan yang berlandaskan riba

Tujuan Mendapat keredaan Allah

Mencari keredaan manusia

Tindakan Lambat Bayar

Denda dikenakan berdasarkan proses jual beli secara bayaran ansuran

Denda berdasarkan hasil dari kontrak pinjaman

Kesan

Mempunyai nilai moral dan akhlak yang tinggi apabila ada sikap membentu antara satu sama lain

Meruntuh nilai moral dan akhlak akibat sikap orang berduit menekan pihak memerlukan wang serta pertolongan