dicetak oleh pemangku pencetak kerajaan, sabah, … · yab perdana menteri juga mengingatkan semua...

16

Upload: others

Post on 02-Oct-2020

15 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan

DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN,ROLAND FRED PHAN, A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2020.

Page 2: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan

Dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, setiap individu, keluarga dan komuniti adalah bertanggungjawab dalam mengelak tersebarnya wabak Covid-19. Kerisauan YAB Perdana Menteri Malaysia dalam sidang khasnya baru-baru ini menzahirkan kebimbangan berlakunya gelombang kedua wabak ini sekiranya masyarakat tidak menjaga dan mempraktikkan SOP yang telah ditetapkan.

“Ibu bapa mesti sentiasa ingatkan anak-anak supaya sentiasa memakai pelitup (separuh) muka ketika keluar dari rumah, jaga penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan, elakkan tempat sesak, jangan berjabat tangan dan lain-lain,” katanya dalam perutusan khas mengenai perkembangan terkini PKPP itu.

Perutusan itu disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan itu menyarankan majikan memantau pekerja dan mengingatkan mereka supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Di sekolah pula, pengetua, guru besar, guru, pengawas dan ketua kelas perlu memainkan peranan lebih proaktif dengan mengingatkan pelajar supaya sentiasa menjaga penjarakan sosial dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, katanya lagi.

YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan membuat lawatan atau rondaan ke tempat yang sering dikunjungi oleh penduduk masing-masing.

Jelasnya negara baru sahaja melihat kesan positif daripada tindakan tegas kerajaan dan disiplin rakyat yang tinggi semasa tempoh PKP dilaksanakan, yang mana ekonomi kembali rancak dan rakyat dapat menikmati semula kehidupan harian dengan mengamalkan kebiasaan baharu.

Semoga kita semua kekal sihat, kekal sejahtera dan kekal aman bahagia. “Kita Jaga Kita”

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Haji Baharuddin Haji Alwi

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])

SIDANG PENGARANGAdi Pitang

([email protected])Ustaz Asmuni Ali

([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Encik Mohammad Syafiq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Encik Mohd Alwie Noorbaki

Encik Mohamad Fikri bin Putung

Cik Anna Amelia binti Daen Mokhtar

Cik Nurain Jemudin

PENGURUSANCik Nur Idilah binti Jamirin

GRAFIKEncik Azmi bin Awang Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

Mesyuarat Khas dipengerusikan oleh Ustaz Haji Mohd. Zaratkhan Haji Abd. Rahman,Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Wilayah dan Daerah bersama Imam Besar dan

kakitangan Masjid Negeri Sabah Sembulan pada 9 Julai 2020di bilik Kuliah Masjid Negeri Kota Kinabalu

Dari Meja Editor

SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M 15

Peristiwa

Page 3: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan

Allah Ta’ala berfirman:

"Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugamaAllah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlahnama Allah (semasa menyembelihnya) ketika iaberdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang(serta putus nyawanya), makanlah sebahagiandaripadanya, dan berilah (bahagian yang lain)kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untukkamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur." (al-Hajj, 36).

Di dalam ayat suci di atas, Allah Ta’ala mengajarkan kita cara-cara untuk mengagihkan daging korban,di mana Allah SWT memerintahkan pemilik korban untuk membahagi-bahagikannya: sebahagiannyauntuk dimakan sendiri, dan sebahagian yang lain disedekahkan kepada fakir miskin, sama ada yang qani’, yang malu meminta, atau mu’tar, yang berani meminta.

Firman tersebut diamalkan Nabi yang mulia Sallallah Alaihi Wasallam, di mana Baginda bersabdatentang daging korban, "Makanlah, simpanlah dan sedekahkanlah." (HR Muslim) Daripada ayat danhadis ini, ulama Syafi’iyah menyimpulkan bahawa daging korban harus disedekahkan kesemuanya, atau, dibahagikan tiga bahagian: 1/3 untuk dimakan sendiri. 1/3 untuk dihadiahkan kepada orang lain dan 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin, yang afdhalnya diberikan dalam keadaan mentah. Berbeza denganakikah yang sunat diagihkan ketika sudah dimasak.

Korban sunat (yakni bukan nazar dan kaffarah) boleh diagihkan kepada bukan-Islam. Ia telah dipersetujui oleh Majlis Fatwa Negeri Sabah pada 2017 lalu.

Hikmahnya ialah agar golongan fakir miskin tidak terkecuali daripada menikmati daging yang berkat danhalal ini. Ia juga merupakan syiar Islam, yang wajib dilaksanakan secara ikhlas.

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapiyang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.." (al-Hajj, 37).

PENGAGIHAN DAGING KORBAN: FIQH DAN MAQASIDOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

Program Jalinan Silaturahim anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah menghulurkan sumbangan kepada 50 keluarga Asnaf dan Anak Yatim di Kampung Tawadakan Kota Belud, Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul,

Pengarah JHEAINS, turut hadir Puan Dg. Kamariah Haji Yahya, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS dan Puan Suraya Salin, Pegawai Tadbir Agama Kota Belud pada 18 Julai 2020

SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M 3

Peristiwa Tinta Ilmiah

Page 4: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan

YOUTUBE, PLATFORM BERMANFAAT TAPIMENJADI SIA-SIA

Oleh:AnakMalayIndo

Youtube merupakan sosial media yang melonjak naik saat ini. Ramai yang memanfaatkan Youtube untuk berbagai tujuan. Dan tujuan yang pasti dikejar-kejar adalah AdSense iaitu penjanaan wang melalui iklanyang dipasang di Youtube. Namun, wujud Youtuber yang tidak bertanggungjawab, mereka lebihmengutamakan view tanpa mempedulikan content yang mereka buat. Hal yang penting bagi merekaadalah banyaknya view maka banyaklah wang yang akan diperolehi.

Cuba kita perhatikan, content YouTube dengan content kontroversi dan anti-mainstream, prank, pamerkekayaan, adegan romantis, sehinggalah content bodoh untuk mendapatkan publisiti murahan. Semuacontent ini mendapat view yang tinggi sehingga mencapai ratusan ribu malah jutaan views. Memangmanusia itu cenderung mengikut hawa nafsu sehingga apabila kita mengikuti kebanyakan manusiadi muka bumi, akan menjauhkan kita dari jalan yang lurus. Allah SWT berfi rman:

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akanmenyesatkanmu dari jalan Allah." (Al-An’am: 116 - 117).

Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’diy menjelaskan:

"Kebanyakannya menyimpang dari agama, dalam amal dan ilmu, agama rosak dan amal mereka diikutioleh hawa nafsu." (Tafsir As-Sa’diy).

Melihat fakta ini, ramai Youtuber berlumba-lumba membuat content yang tidak medidik malah merosak.Sebaliknya content yang berisi pendidikan pula sepi peminat terbukti dengan view yang sedikit.

Kita sepatutnya bersama menjadi pencetus hal-hal kebaikan dan bermanfaat serta mendidik. RasulullahShalallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Semangatlah dalam hal yang bermanfaat untukmu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan malas (patah semangat)." (HR. Muslim).

Kita perlu ingat bahawa yang terbaik bukanlah yang paling tinggi ilmunya semata, paling tinggijabatannya semata, paling kaya hartanya semata, tetapi yang terbaik adalah yang paling memberimanfaat. Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Manusia yang paling terbaik adalah yang paling bermanfaat untuk manusia." (HR. Ath Thabarani).

MERAIH KECINTAAN ALLAH SWTOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Kinarut, Papar

MAKSUD HADIS:Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah berfi rman: Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Dan tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Tidaklah seseorang hamba sentiasa mendekatkan dirinya kepadaKu dengan amalan-amalan sunat kecuali Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yangdia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilahAku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripada-Ku, Aku akan kurniakannyadan sekiranya dia meminta perlindungan dari-Ku nescaya Aku akan melindunginya."(Riwayat Imam Bukhari).

HURAIAN HADIS:Hadis tersebut menjelaskan berkenaan wali Allah SWT. Maksud wali Allah SWT ialah hamba-Nya yang melaksanakan segala perintah-Nya dengan penuh ketaatan dan keikhlasan semata-mata kerana-Nya. Dua ciri seorang wali Allah SWT ialah beriman dan sentiasa bertaqwa. Sekiranya hilang salah satu dari dua ciri tersebut maka tidak dinamakan dia sebagai wali Allah SWT.

Hadis ini juga menerangkan, bahawa perbuatan dan tingkah laku seorang wali Allah SWT akan sentiasa terpelihara. Manakala penglihatannya, pendengarannya, perbuatannya dan pergerakannya semuanya seolah-olah cernaan dari penglihatan, pendengaran, perbuatan dan pergerakan Allah SWT. Oleh yang demikian, wali Allah SWT mesti dikasihi oleh setiap mukmin dan barangsiapa yang memusuhinya, maka Allah SWT akan mengisytiharkan perang terhadapnya.

PENGAJARAN HADIS :1. Wali Allah SWT ialah seorang orang yang beriman dan bertakwa.2. Istiqamah melaksanakan amalan fardhu dan amalan sunat serta meninggalkan perbuatan dosa akan

meraih kecintaan Allah SWT.

RUJUKAN:

● Bahjatun Naazhirin Syarah Riyaadus Sholihin, Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Pustaka Imam Asy-Syafi i, Cetakan Ketujuh, 2012.

Sentuhan Hadis

SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M 13

Remaja

Page 5: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan

Penulis, Ramlan, Shariffudin dan kak Mariam semasa perbincangan MHH

M.H.H.Oleh:

Adi Pitang

“Bang… aku bukan Dekan lagi bang… pensyarah cabuk je la ni”, Respon Prof.Dr. Shariffudin Md. Shaarani, Pensyarah Fakuti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, bila ku tertulis di dalam whatsapp jawatannya sebagai “Dekan”. Agak lamaaku tidak bertemu dengan sahabatku ini.

Ya! Memang dahulunya diadipertanggungjawabkan sebagai Dekan bagi fakultinya itu. Pertukaran penjawat bagi Dekan Fakultidi universiti suatu perkara yang biasa mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Berbeza dengansebahagian jawatan di dalam pentadbiran kerajaan, yang akan pencen dengan jawatan yang dipegang bertahun-tahun itu, hahaha.

Semasa Dr. Shariffudin masih seorang Dekan, kerjasama program pengurusan halal semarak dilaksanakan secara bersama di antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Fakulti beliauyang mewakli UMS. Sehingga JHEAINS dan UMS memeterai Perjanjian Sefahaman (MOU) Halal pada 29 Oktober 2015 dengan tujuan kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membolehkan kedua-dua pihak berkongsi kepakaran dan pengetahuan berkaitan pelaksanaan peraturan halal termasuk menghasilkan inovasi yang dapat melicinkan sistem pengurusan halal.

Petang itu seperti yang dijadualkan perbincangan penubuhan MUIS Halal Hab (MHH) yang dipengerusikan oleh saudara Ramlan Ag Ali, Setiausaha @ Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, dihadiri oleh Dr. Shariffudin dan Prof Madya Hajah Mariam Abdul, Pensyarah di Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan. Kedua sahabatdari UMS ini dikenali di kalangan pemain industri di dalam dan di luar negeri. Sering dijemputmenyampaikan pandangan tentang pengurusan halal dan sebagai perunding di beberapa buah syarikatyang mengunakan logo halal Malaysia. Penubuhan MHH akan memberi demensi baru dalam pengurusan Halal di negeri ini. Apatah ia merupakan tanggungjawab fardhu kifayah untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam dalam makanan dan bahan gunaan halal. Tanggungjawab MUIS dalam memastikan minuman, makanan dan barangan gunaan halal diperuntukan di dalam seksyen 7(2)(k), Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004.

Mesyuarat telah bersetuju bahawa fungsi MHH ialah menetapkan dasar, peraturan serta garis panduanbagi pengurusan halal Sabah, memastikan semua produk dan perkhidmatan yang diberi sijil halal atauyang menggunakan perbahasan halal adalah suci dan halal mengikut lunas-lunas Syarak, mengawal selia agenda pembangunan industri halal Sabah dan meningkatkan program kesedaran halalan toiyabandi kalangan pemain industri halal dan masyarakat.

“Kira lancarkan MHH ini pada bulan Oktober nanti sempena Ma’al Hijrah 1442H”, Cadang Ramlan penuh keyakinan diri. sesuai dengan karakter yang penuh semangat dan inovasi itu. Moga MHH penuh warna kejayaan dalam pembangunan Halal Sabah.

WANITA BERKERJAYA DALAM ISLAMOleh:

Anna Amelia binti Daen Mokhtar

Semakin lama, semakin budaya zaman dulu hilang. Antaranya ialah status seorang wanita. Suri rumahatau berkerjaya? Ada segelintir menentang. Sudah semestinya golongan muda dan berfi kiran modenmenentang kerana budaya tersebut tidak sesuai dengan peredaran zaman kini. Sebagai seorang Muslim, semua perkara berbaliklah pada agama. Apa sebenarnya hukum wanita berkerjaya? Adakah dibenarkan? Atau lebih relevan terhadap budaya zaman dulu?

Mari kenal wanita zaman Rasulullah SAW yang berkerjaya. Ummul Mukminin RA adalah tokoh korporatyang berjaya. Begitu juga yang masyarakat lihat peranan pada al-Syifa’ RA yang menjadi penyeliakepada pasar. Itu zaman terdahulu. Zaman sekarang? Tidak kurang hebatnya wanita menjadi ketuadalam mana-mana organisasi terutamanya perniagaan. Golongan ini hebat menjadi pengasas kepadaproduk-produk yang nampak hebat di mata masyarakat. Daripada kenyataan tersebut, dapatlah kita lihatbahawa wanita yang berkerjaya adalah bukan sesuatu yang asing lagi dalam kalangan masyarakatterutamanya dari sudut agama, malah boleh dijadikan contoh.

Menjadi norma manusia, wanita sebagai pengurus rumahtangga dan lelaki mencari rezeki. Tetapi, dalamIslam, tugas wanita adalah menguruskan rumahtangga dengan membahagiakan suami. Istilah itumerangkumi tugas membentuk keluarga bahagia penuh dengan ketenangan dan kasih sayang. Dicatatkan,wanita yang menjadi pendamping yang baik kepada suaminya dikira satu jihad pada jalan Allah SWT.Tapi ini tidak bermakna pekerjaan wanita di luar rumah adalah haram menurut syarak. Semua perbuatan biasa adalah harus hukum asalnya. Asas inilah yang kita katakan sebenarnya pekerjaan wanita itusendiri asalnya dibolehkan dan akan bertukar hukum mengikut keadaan.

Kesimpulan daripada penerangan di atas, kita dapat lihat situasi kerjaya wanita pada zaman RasulullahSAW dulu sama dengan situasi sekarang. Islam tidak melarang wanita mempunyai kerjaya sendiri, bahkanwanita zaman Rasulullah SAW ada yang menjadi tokoh kerana kejayaan dalam perniagaan dansebagainya. Hukum berikut pula bertukar mengikut situasi. Contohnya, seorang wanita harus bekerjauntuk menanggung keperluan kedua ibu bapanya yang uzur dan tua. Namun begitu, batasan syarak juga perlu dijaga oleh wanita bekerja seperti mana dalam fi rman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya." (Surah al-Nur: 31).

Keluarlah bekerja dengan sumber yang halal. Hindarilah kerja yang bakal tidak sesuai untuk wanita,contohnya menjadi orang gaji kepada lelaki bujang. Selain itu, dituntut untuk sentiasa menjaga adabseorang wanita muslimah daripada segi penampilan, tutur dan pergerakan.

SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M 5

Fiqh WanitaBicara Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M12

Page 6: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan mengungkit-ungkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat”.

Menerusi ayat ini Allah SWT memberikan amaran bahawa pahala amalan kebaikan seperti sedekah boleh terhapus bila diiringi dengan perbuatan mengungkit. dan menyakiti perasaan golongan penerima sedekah. Ini kerana kedua perbuatan tersebut merupakan sesuatu dosa yang besar di sisi pandangan Allah SWT hingga mampu melenyapkan pahala.

Tidak dinafikan amalan sedekah mendapat tempat istimewa di sisi Allah SWT berbanding dengan amalan soleh yang lain. Tindakan segelintir penyumbang mengungkit sesuatu yang telah diinfakkan menunjukkan seolah-olah harta itu milik mutlak mereka sedangkan, harta adalah nikmat serta anugerah daripada Allah SWT terhadap hamba-Nya.

Hikmah Infak atau sedekah bertujuan untuk menghibur dan meringankan penderitaan golongan fakir dan miskin di samping untuk meningkatkan sosioekonomi mereka. Tetapi apabila ianya diiringi dengan kata-kata ungkitan tentulah akan menjatuhkan air muka dan menyentuh naluri kemanusiaan sehingga mereka akan rasa terhina untuk menerima bantuan.

Di antara tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya adalah perintah untuk selalu berbuat kebaikan, kerana manfaat kebaikan itu akan kembali kepada dirinya. Perintah melakukan kebaikan adalah untuk kemaslahatan manusia agar dapat selamat dalam menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat.

Lantaran itu, sandaran iman dan takwa dalam melaksanakan apa juga yang diperintahkan Allah SWT dalam perkara kebaikan khususnya sedekah adalah untuk terhindar dari bermatlamatkan keduniaan seperti mengejar pujian, pangkat, kedudukan dan lebih malang lagi merendah-rendahkan golongan kurang bernasib baik sehingga mereka sendiri menjadi sasaran kebencian dalam masyarakat.

Kehebatan Allah SWT mencipta makhluknya dalam keadaan berpasang-pasangan seperti langit dengan bumi, malam dengan siang dan orang kaya dengan orang miskin. Allah SWT menjadikan asbab tersempurnanya keperluan golongan fakir miskin dengan bantuan yang dihulurkan oleh golongan berada, sebaliknya golongan berada ditinggikan darjat mereka dengan asbab adanya golongan fakir dan miskin.

Justeru itu, beruntunglah orang yang melakukan sedekah dengan penuh keikhlasan semata-mata lillah, kerana dia bukan sahaja membersihkan hartanya tetapi turut membersihkan jiwa dan hatinya.

AYAT AL-QURAN SURAH AL-BAQARAH: 264“JANGAN MENGUNGKIT ”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

UJIAN DAN MUSIBAH TANDA ALLAH SWT SAYANGOleh:

Nurain Jemudin

Setiap manusia yang hidup di dunia tidak akan terlepas daripada ujian dan musibah, tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin. Ujian yang diterima setiap manusia adalah berbeza mengikut kemampuan mereka. Allah SWT menguji hamba-Nya dengan ujian-ujian dan musibah tertentu kerana tanda sayang. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mampu untuk menerima ujian tersebut dengan sabar dan tenang. Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Sesungguhnya kesabaran itu ketika pukulan pertama" (HR Bukhari).

Dalam hadis ini menjelaskan bahawa sabar merupakan perkara pertama yang perlu ada di dalam diri seseorang ketika diuji atau pun ditimpa musibah. Dalam erti kata lain, sabar itu sendiri adalah ujian dan ia merupakan salah satu sifat yang dapat membezakan antara orang-orang yang beriman. Hal ini demikian kerana, orang-orang yang beriman ialah orang sentiasa bersyukur dan bersabar dalam menghadapi urusan dunia. Ujian dan musibah yang diterima oleh manusia semestinya datang dengan cara yang berbeza dan pelbagai, namun tujuannya adalah sama. Allah SWT menghadirkan sesuatu ujian dalam hidup manusia sebagai penguat semangat dan tanda cinta dan kasih kepada hamba-Nya. Firman Allah SWT:

"Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya" (Surah Al-Baqarah, 286).

Sebesar mana pun ujian dan musibah yang kita terima, yakinlah bahawa Allah SWT tidak memberikan ujian tersebut di luar daripada kemampuan kita sendiri. Sesungguhnya, ada manis di sebalik sabar dan ada hikmah di sebalik ujian. Tanpa ujian dan musibah kita tidak akan kenal erti kesalahan serta tidak akan merasa nikmatnya susah senang dan ia berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi manusia yang lebih baik.

Sehebat mana pun seseorang manusia itu, pastinya tidak dapat menandingi Allah SWT kerana mereka juga merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan yang sangat lemah dan tidak memiliki daya serta kekuatan apapun selain dari yang diberikan oleh Allah SWT. Oleh itu, kita perlu meletakkan harapan dan meminta pertolongan daripada Allah SWT kerana Dia lah tempat bergantung segala sesuatu dan satu-satunya tempat kita berharap ketika ditimpa ujian dan musibah. Demikianlah, ujian dan musibah diturunkan oleh Allah SWT untuk menguji tahap kesabaran hamba-Nya dan sesungguhnya, golongan ini termasuk penghuni syurga.

SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M 11SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M6

Inti Sari Ayat Al-Quran Artikel Pilihan

Page 7: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan

Daruriyyat ialah keperluan yang paling penting kepada setiap manusia. Keperluan jenis Daruriyyat bertujuan menghindarkan kemudaratan kepada agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Semua lima kepentingan ini dianggap sebagai perkara yang diperlukan dalam kehidupan manusia. Sebarang perkara yang mencabuli lima perkara ini di sebut sebagai mafsadah iaitu merosakkan. Apabila lima keperluan ini tidak di patuhi manusia tidak dapat hidup sebagai manusia normal. Apabila wujud keperluan ini, diharuskan perkara yang dilarang. Ini dikenali sebagai rukhsah. Contohnya dibolehkan memakan bangkai sewaktu darurat. Namun, keharusan itu adalah sekadar secukup keperluan sahaja Quraisy.

Allah SWT berfi rman dalam surah al-anam, ayat 145:

"Kemudian orang yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengiginkan dan tidak melampaui batas. Sesungguhnya Tuhanmu amat pengampun, lagi amat mengasihi."

Keharusan mengambil hukum rukhsah semasa darurat tidak boleh dilakukan sesukanya tanpa sebarang kaedah.

Antara syarat-syarat penting yang mesti dijaga adalah:

● Keadaan darurat itu benar-benar berlaku. Ia bukan perkara yang dinanti-nantikan ataupun diusahakan.

● Memastikan tiada benda-benda halal lain yang boleh diambil melainkan tinggal yang haram sahaja.

● Sekiranya masih ada benda yang halal, pastikan pengambilan benda halal itu tidak dapatmenghindarkan pesakit daripada mudarat.

● Orang yang dalam keadaan terdesak, tidak dibenarkan melanggar prinsip-prinsip Islam yang asasiseperti menjaga keselamatan nyawa, maruah, harta, akal dan keturunan. Contohnya, tidak dibenarkan ahli keluarga membiayai kos perubatan ahli keluarga dengan cara melacurkan diri.

● Mengambil yang haram itu hanya sekadar perlu sahaja untuk menghindari mudarat.

● Bagi proses rawatan, pengambilan bahan yang haram semasa darurat. Perlu disahkan oleh ahli yangadil dan boleh dipercayai agama dan ilmunya.

(Rujukan, Fiqh Perubatan)

DARURIYYATOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

IBADAH KORBAN TANDA PENGABDIAN MENDEKATKAN DIRIKEPADA ALLAH

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Ibadah korban adalah mengorbankan binatang ternakan empat kaki pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyriq (11, 12, 13 Zulhijjah) semata-mata kerana mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ibadah korban adalah sebagai mengenang suatu pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang pernah dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang sanggup mengorbankan anaknya tercinta Nabi IsmailAS sebagai kemuncak dalam melaksanakanketaatannya di atas perintah Allah SWT.

Demikian juga sebagai mencontohi pengorbanan Nabi Ismail AS yang sanggup mengorbankan dirinyasendiri demi mematuhi dan mentaati perintah Allah SWT tanpa sebarang persoalan dan keluh kesah. Menerima sepenuhnya dengan ketaatan yang tinggi.

Ibadah korban merupakan ibadah yang tersangat idealistik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWTsecara cepat dan efektif di dalam rangka pengabdian diri manusia.

Tertitisnya darah binatang korban menandakan suatu simbolik yang padu tentang kesediaan hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah SWT.

Ibadah korban ini juga merupakan Syiar yang tinggi di dalam Islam. Menyembelih binatang korbansambil dilantunkan takbir dan tahlil serta tahmid adalah perbuatan mengagungkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah SWT:

“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagungkan syiar-syiar agama Allah, maka(perbuatan) itu tanda daripada ketaqwaan hati.” (Surah al-Haj: 32)

Malah ibadah korban juga dapat melahirkan rasa kesyukuran yang suci di atas segala nikmat Allah SWT yang terlalu banyak ke atas insani. Hal ini kerana keseluruhan fl ora dan fauna sebagai manfaat untukinsani di atas muka dunia ini.

Ibadah korban juga menjadi penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan, sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah SWT secara sengaja atautidak sengaja.

Ibadah korban menandakan bahawa kehidupan ini amat memerlukan kepada pengorbanan. Lebih-lebihlagi di dalam menggapai Hubbun Al-Ilahiyyah yang memerlukan pengorbanan yang tinggi. Tanpa pengorbanan, tiada nilai sebarang usaha di dalam mencapai matlamat kehidupan ini.

Islam dan Perubatan

SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M10 SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M 7

Tasawwur

Page 8: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan

PENGHAYATAN KONSEP PENGORBANAN DALAM KEHIDUPAN

Oleh:Mohammad Fikri bin Putung

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Tarikh 10 Zulhijjah ini merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di Padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha pula adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah SWT. Nabi Ibrahim telah bermimpi di mana dalam mimpinya Allah SWT telah memerintahkannya untuk menyembelih anaknya bernama Ismail. Maka, di sebalik kisah agung ini ada perkara yang boleh diaplikasikan di dalam kehidupan serta penghayatan.

Pengorbanan adalah perkara yang sangat sinonim dengan kehidupan kita. Kita diciptakan oleh Allah SWT di muka bumi ini peringkat awalnya sudah dibuktikan dengan pengorbanan seorang ibu yang mengandungkan kita selama sembilan bulan. Pengorbanan ini Allah SWT rakamkan di dalam Al-Quran dalam Surah Luqman ayat 14. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua ibu-bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukanya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya pada-Ku (Allah) kembalimu (Manusia)” (Luqman ayat 14).

Disaat awal kelahiran kedengaran tangisan bayi dan kedua orang tuanya. Meskipun tangisan itu tangisan yang menggambarkan kegembiraan, namun disebalik kegembiraan itu tersimpulnya beribu makna sebuah pengorbanan. Justeru, maka ketahuilah di sebalik suatu kejayaan dan kegembiraan itu pasti diiringi oleh sebuah pengorbanan yang tidak terkira.

Maka, kemuncak pengorbanan itu dilihat iktibar dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS apabila diuji Allah SWT untuk menyembelih anak kesayangan berpisah roh dan jasad, maka dengan ini ujian yang berat untuk mengorbankan sesuatu yang kita sayangi demi mentaati perintah Allah SWT dan juga pembuktian keberserahan kita .

Kesimpulannya, pengorbanan ini akan menatijahkan taqarrub dan kasih sayang diantara hamba dan Rabbnya. Begitu juga dengan hubungan sesama makhluk Allah SWT. Perkara ini dapat dilihat ketika mana umat merayakan aidiladha bersama-sama dapat menguatkan hubungan kasih sayang dalam suasana kehidupan harmoni dan bersatu padu.

Nabi SAW pernah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang Islam maka dia bukan dalam kalangan mereka.” (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, no. 7473).

ENGKAU HANYALAH SEBUAH BATU!Oleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Suatu ketika, Umar ibn Al-Khattab melakukan tawaf di Baitullah. Sahabat Rasulullah SAW yang juga mertua baginda ini bernama lengkap Abu Hafsh Umar ibn Al-Khattab ibn Nufail ibn Abdul ‘Uzzaz Al-Quraisy. Dia mendapat gelaran “Al-Faruq” setelah memeluk Islam pada tahun keenam dakwah Islam. Mengenai hal ini, Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq berkata, “Allah menjadikan kebenaran pada ucapan dan kalbu Umar. Dia adalah Al-Faruq, yang menjadi pembatas antara kebenaran dan kebatilan.

Tokoh yang terkenal pemberani ini ikut terlibat dalam berbagai pertempuran dan peperangan yang terjadi pada masa Nabi Muhammad SAW. Selain itu, dia juga menjadi salah seorang tangan kanan baginda. Ketika baginda wafat, dia membaiat Abu Bakar Al-Siddiq sebagai Khalifah. Dan, dia menggantikan khalifah pertama pada Ahad, 21 Jumada Al-Tsaniyah 13 H, yang bertepatan dengan 21 Ogos 634 M. Dalam pidato pengukuhannya sebagai khalifah, dia antara lain berkata, “Demi Allah! Orang yang terlemah di antara kalian akan menjadi yang terkuat dalam pandanganku, sampai aku membuktikan hak-haknya. Sementara orang yang terkuat di antara kalian akan kuperlakukan sebagai yang terlemah, sampai dia mematuhi hukum. Ketika hendak melakukan tawaf, dan berkesempatan mencium Hajar Aswad, Umar berkata, “Demi Allah, aku akan benar-benar menciumnya dan aku sungguh tahu bahawa engkau hanyalah sebuah batu. Sung-guh, kau tak dapat mendatangkan merbahaya dan tak boleh memberikan keuntungan. Seandainya aku tak pernah melihat Rasulullah SAW menciummu, tentu aku tak akan menciummu.”

Umar kemudian menangis tersedu-sedu. Lalu, dia berpaling ke belakang. Ketika melihat Ali ibn Thalib, dia pun berkata, “Wahai Ayah Al-Hasan! Di sinilah tempat menumpahkan air mata dan tempat doa yang dikabulkan.”

“Wahai Amir Al-Mu’minin!” jawab Ali ibn Abu Thalib, “Hajar Aswad dapat menimbulkan dampak buruk dan kemanfaatan.”

“Mengapa demikian?” tanya Umar.

“Ketika mengambil janji kepada anak keturunan Adam.

Allah SWT mencatatnya pada suatu catatan, yang kemudian diletakkan di dalam Hajar Aswad. Catatan itu menjadi saksi bagi orang yang beriman dalam memenuhi janjinya, dan juga akan menjadi saksi bagi orang kafir dalam memungkiri janjinya,” jawab menantu Rasulullah SAW itu.

Akidah

SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M8 SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M 9

Iktibar Kisah

Page 9: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan

Page 10: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan

Daruriyyat ialah keperluan yang paling penting kepada setiap manusia. Keperluan jenis Daruriyyat bertujuan menghindarkan kemudaratan kepada agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Semua lima kepentingan ini dianggap sebagai perkara yang diperlukan dalam kehidupan manusia. Sebarang perkara yang mencabuli lima perkara ini di sebut sebagai mafsadah iaitu merosakkan. Apabila lima keperluan ini tidak di patuhi manusia tidak dapat hidup sebagai manusia normal. Apabila wujud keperluan ini, diharuskan perkara yang dilarang. Ini dikenali sebagai rukhsah. Contohnya dibolehkan memakan bangkai sewaktu darurat. Namun, keharusan itu adalah sekadar secukup keperluan sahaja Quraisy.

Allah SWT berfi rman dalam surah al-anam, ayat 145:

"Kemudian orang yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengiginkan dan tidak melampaui batas. Sesungguhnya Tuhanmu amat pengampun, lagi amat mengasihi."

Keharusan mengambil hukum rukhsah semasa darurat tidak boleh dilakukan sesukanya tanpa sebarang kaedah.

Antara syarat-syarat penting yang mesti dijaga adalah:

● Keadaan darurat itu benar-benar berlaku. Ia bukan perkara yang dinanti-nantikan ataupun diusahakan.

● Memastikan tiada benda-benda halal lain yang boleh diambil melainkan tinggal yang haram sahaja.

● Sekiranya masih ada benda yang halal, pastikan pengambilan benda halal itu tidak dapatmenghindarkan pesakit daripada mudarat.

● Orang yang dalam keadaan terdesak, tidak dibenarkan melanggar prinsip-prinsip Islam yang asasiseperti menjaga keselamatan nyawa, maruah, harta, akal dan keturunan. Contohnya, tidak dibenarkan ahli keluarga membiayai kos perubatan ahli keluarga dengan cara melacurkan diri.

● Mengambil yang haram itu hanya sekadar perlu sahaja untuk menghindari mudarat.

● Bagi proses rawatan, pengambilan bahan yang haram semasa darurat. Perlu disahkan oleh ahli yangadil dan boleh dipercayai agama dan ilmunya.

(Rujukan, Fiqh Perubatan)

DARURIYYATOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

IBADAH KORBAN TANDA PENGABDIAN MENDEKATKAN DIRIKEPADA ALLAH

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Ibadah korban adalah mengorbankan binatang ternakan empat kaki pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyriq (11, 12, 13 Zulhijjah) semata-mata kerana mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ibadah korban adalah sebagai mengenang suatu pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang pernah dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang sanggup mengorbankan anaknya tercinta Nabi IsmailAS sebagai kemuncak dalam melaksanakanketaatannya di atas perintah Allah SWT.

Demikian juga sebagai mencontohi pengorbanan Nabi Ismail AS yang sanggup mengorbankan dirinyasendiri demi mematuhi dan mentaati perintah Allah SWT tanpa sebarang persoalan dan keluh kesah. Menerima sepenuhnya dengan ketaatan yang tinggi.

Ibadah korban merupakan ibadah yang tersangat idealistik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWTsecara cepat dan efektif di dalam rangka pengabdian diri manusia.

Tertitisnya darah binatang korban menandakan suatu simbolik yang padu tentang kesediaan hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah SWT.

Ibadah korban ini juga merupakan Syiar yang tinggi di dalam Islam. Menyembelih binatang korbansambil dilantunkan takbir dan tahlil serta tahmid adalah perbuatan mengagungkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah SWT:

“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagungkan syiar-syiar agama Allah, maka(perbuatan) itu tanda daripada ketaqwaan hati.” (Surah al-Haj: 32)

Malah ibadah korban juga dapat melahirkan rasa kesyukuran yang suci di atas segala nikmat Allah SWT yang terlalu banyak ke atas insani. Hal ini kerana keseluruhan fl ora dan fauna sebagai manfaat untukinsani di atas muka dunia ini.

Ibadah korban juga menjadi penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan, sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah SWT secara sengaja atautidak sengaja.

Ibadah korban menandakan bahawa kehidupan ini amat memerlukan kepada pengorbanan. Lebih-lebihlagi di dalam menggapai Hubbun Al-Ilahiyyah yang memerlukan pengorbanan yang tinggi. Tanpa pengorbanan, tiada nilai sebarang usaha di dalam mencapai matlamat kehidupan ini.

Islam dan Perubatan

SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M10 SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M 7

Tasawwur

Page 11: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan mengungkit-ungkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat”.

Menerusi ayat ini Allah SWT memberikan amaran bahawa pahala amalan kebaikan seperti sedekah boleh terhapus bila diiringi dengan perbuatan mengungkit. dan menyakiti perasaan golongan penerima sedekah. Ini kerana kedua perbuatan tersebut merupakan sesuatu dosa yang besar di sisi pandangan Allah SWT hingga mampu melenyapkan pahala.

Tidak dinafikan amalan sedekah mendapat tempat istimewa di sisi Allah SWT berbanding dengan amalan soleh yang lain. Tindakan segelintir penyumbang mengungkit sesuatu yang telah diinfakkan menunjukkan seolah-olah harta itu milik mutlak mereka sedangkan, harta adalah nikmat serta anugerah daripada Allah SWT terhadap hamba-Nya.

Hikmah Infak atau sedekah bertujuan untuk menghibur dan meringankan penderitaan golongan fakir dan miskin di samping untuk meningkatkan sosioekonomi mereka. Tetapi apabila ianya diiringi dengan kata-kata ungkitan tentulah akan menjatuhkan air muka dan menyentuh naluri kemanusiaan sehingga mereka akan rasa terhina untuk menerima bantuan.

Di antara tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya adalah perintah untuk selalu berbuat kebaikan, kerana manfaat kebaikan itu akan kembali kepada dirinya. Perintah melakukan kebaikan adalah untuk kemaslahatan manusia agar dapat selamat dalam menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat.

Lantaran itu, sandaran iman dan takwa dalam melaksanakan apa juga yang diperintahkan Allah SWT dalam perkara kebaikan khususnya sedekah adalah untuk terhindar dari bermatlamatkan keduniaan seperti mengejar pujian, pangkat, kedudukan dan lebih malang lagi merendah-rendahkan golongan kurang bernasib baik sehingga mereka sendiri menjadi sasaran kebencian dalam masyarakat.

Kehebatan Allah SWT mencipta makhluknya dalam keadaan berpasang-pasangan seperti langit dengan bumi, malam dengan siang dan orang kaya dengan orang miskin. Allah SWT menjadikan asbab tersempurnanya keperluan golongan fakir miskin dengan bantuan yang dihulurkan oleh golongan berada, sebaliknya golongan berada ditinggikan darjat mereka dengan asbab adanya golongan fakir dan miskin.

Justeru itu, beruntunglah orang yang melakukan sedekah dengan penuh keikhlasan semata-mata lillah, kerana dia bukan sahaja membersihkan hartanya tetapi turut membersihkan jiwa dan hatinya.

AYAT AL-QURAN SURAH AL-BAQARAH: 264“JANGAN MENGUNGKIT ”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

UJIAN DAN MUSIBAH TANDA ALLAH SWT SAYANGOleh:

Nurain Jemudin

Setiap manusia yang hidup di dunia tidak akan terlepas daripada ujian dan musibah, tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin. Ujian yang diterima setiap manusia adalah berbeza mengikut kemampuan mereka. Allah SWT menguji hamba-Nya dengan ujian-ujian dan musibah tertentu kerana tanda sayang. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mampu untuk menerima ujian tersebut dengan sabar dan tenang. Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Sesungguhnya kesabaran itu ketika pukulan pertama" (HR Bukhari).

Dalam hadis ini menjelaskan bahawa sabar merupakan perkara pertama yang perlu ada di dalam diri seseorang ketika diuji atau pun ditimpa musibah. Dalam erti kata lain, sabar itu sendiri adalah ujian dan ia merupakan salah satu sifat yang dapat membezakan antara orang-orang yang beriman. Hal ini demikian kerana, orang-orang yang beriman ialah orang sentiasa bersyukur dan bersabar dalam menghadapi urusan dunia. Ujian dan musibah yang diterima oleh manusia semestinya datang dengan cara yang berbeza dan pelbagai, namun tujuannya adalah sama. Allah SWT menghadirkan sesuatu ujian dalam hidup manusia sebagai penguat semangat dan tanda cinta dan kasih kepada hamba-Nya. Firman Allah SWT:

"Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya" (Surah Al-Baqarah, 286).

Sebesar mana pun ujian dan musibah yang kita terima, yakinlah bahawa Allah SWT tidak memberikan ujian tersebut di luar daripada kemampuan kita sendiri. Sesungguhnya, ada manis di sebalik sabar dan ada hikmah di sebalik ujian. Tanpa ujian dan musibah kita tidak akan kenal erti kesalahan serta tidak akan merasa nikmatnya susah senang dan ia berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi manusia yang lebih baik.

Sehebat mana pun seseorang manusia itu, pastinya tidak dapat menandingi Allah SWT kerana mereka juga merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan yang sangat lemah dan tidak memiliki daya serta kekuatan apapun selain dari yang diberikan oleh Allah SWT. Oleh itu, kita perlu meletakkan harapan dan meminta pertolongan daripada Allah SWT kerana Dia lah tempat bergantung segala sesuatu dan satu-satunya tempat kita berharap ketika ditimpa ujian dan musibah. Demikianlah, ujian dan musibah diturunkan oleh Allah SWT untuk menguji tahap kesabaran hamba-Nya dan sesungguhnya, golongan ini termasuk penghuni syurga.

SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M 11SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M6

Inti Sari Ayat Al-Quran Artikel Pilihan

Page 12: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan

Penulis, Ramlan, Shariffudin dan kak Mariam semasa perbincangan MHH

M.H.H.Oleh:

Adi Pitang

“Bang… aku bukan Dekan lagi bang… pensyarah cabuk je la ni”, Respon Prof.Dr. Shariffudin Md. Shaarani, Pensyarah Fakuti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, bila ku tertulis di dalam whatsapp jawatannya sebagai “Dekan”. Agak lamaaku tidak bertemu dengan sahabatku ini.

Ya! Memang dahulunya diadipertanggungjawabkan sebagai Dekan bagi fakultinya itu. Pertukaran penjawat bagi Dekan Fakultidi universiti suatu perkara yang biasa mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Berbeza dengansebahagian jawatan di dalam pentadbiran kerajaan, yang akan pencen dengan jawatan yang dipegang bertahun-tahun itu, hahaha.

Semasa Dr. Shariffudin masih seorang Dekan, kerjasama program pengurusan halal semarak dilaksanakan secara bersama di antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Fakulti beliauyang mewakli UMS. Sehingga JHEAINS dan UMS memeterai Perjanjian Sefahaman (MOU) Halal pada 29 Oktober 2015 dengan tujuan kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membolehkan kedua-dua pihak berkongsi kepakaran dan pengetahuan berkaitan pelaksanaan peraturan halal termasuk menghasilkan inovasi yang dapat melicinkan sistem pengurusan halal.

Petang itu seperti yang dijadualkan perbincangan penubuhan MUIS Halal Hab (MHH) yang dipengerusikan oleh saudara Ramlan Ag Ali, Setiausaha @ Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, dihadiri oleh Dr. Shariffudin dan Prof Madya Hajah Mariam Abdul, Pensyarah di Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan. Kedua sahabatdari UMS ini dikenali di kalangan pemain industri di dalam dan di luar negeri. Sering dijemputmenyampaikan pandangan tentang pengurusan halal dan sebagai perunding di beberapa buah syarikatyang mengunakan logo halal Malaysia. Penubuhan MHH akan memberi demensi baru dalam pengurusan Halal di negeri ini. Apatah ia merupakan tanggungjawab fardhu kifayah untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam dalam makanan dan bahan gunaan halal. Tanggungjawab MUIS dalam memastikan minuman, makanan dan barangan gunaan halal diperuntukan di dalam seksyen 7(2)(k), Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004.

Mesyuarat telah bersetuju bahawa fungsi MHH ialah menetapkan dasar, peraturan serta garis panduanbagi pengurusan halal Sabah, memastikan semua produk dan perkhidmatan yang diberi sijil halal atauyang menggunakan perbahasan halal adalah suci dan halal mengikut lunas-lunas Syarak, mengawal selia agenda pembangunan industri halal Sabah dan meningkatkan program kesedaran halalan toiyabandi kalangan pemain industri halal dan masyarakat.

“Kira lancarkan MHH ini pada bulan Oktober nanti sempena Ma’al Hijrah 1442H”, Cadang Ramlan penuh keyakinan diri. sesuai dengan karakter yang penuh semangat dan inovasi itu. Moga MHH penuh warna kejayaan dalam pembangunan Halal Sabah.

WANITA BERKERJAYA DALAM ISLAMOleh:

Anna Amelia binti Daen Mokhtar

Semakin lama, semakin budaya zaman dulu hilang. Antaranya ialah status seorang wanita. Suri rumahatau berkerjaya? Ada segelintir menentang. Sudah semestinya golongan muda dan berfi kiran modenmenentang kerana budaya tersebut tidak sesuai dengan peredaran zaman kini. Sebagai seorang Muslim, semua perkara berbaliklah pada agama. Apa sebenarnya hukum wanita berkerjaya? Adakah dibenarkan? Atau lebih relevan terhadap budaya zaman dulu?

Mari kenal wanita zaman Rasulullah SAW yang berkerjaya. Ummul Mukminin RA adalah tokoh korporatyang berjaya. Begitu juga yang masyarakat lihat peranan pada al-Syifa’ RA yang menjadi penyeliakepada pasar. Itu zaman terdahulu. Zaman sekarang? Tidak kurang hebatnya wanita menjadi ketuadalam mana-mana organisasi terutamanya perniagaan. Golongan ini hebat menjadi pengasas kepadaproduk-produk yang nampak hebat di mata masyarakat. Daripada kenyataan tersebut, dapatlah kita lihatbahawa wanita yang berkerjaya adalah bukan sesuatu yang asing lagi dalam kalangan masyarakatterutamanya dari sudut agama, malah boleh dijadikan contoh.

Menjadi norma manusia, wanita sebagai pengurus rumahtangga dan lelaki mencari rezeki. Tetapi, dalamIslam, tugas wanita adalah menguruskan rumahtangga dengan membahagiakan suami. Istilah itumerangkumi tugas membentuk keluarga bahagia penuh dengan ketenangan dan kasih sayang. Dicatatkan,wanita yang menjadi pendamping yang baik kepada suaminya dikira satu jihad pada jalan Allah SWT.Tapi ini tidak bermakna pekerjaan wanita di luar rumah adalah haram menurut syarak. Semua perbuatan biasa adalah harus hukum asalnya. Asas inilah yang kita katakan sebenarnya pekerjaan wanita itusendiri asalnya dibolehkan dan akan bertukar hukum mengikut keadaan.

Kesimpulan daripada penerangan di atas, kita dapat lihat situasi kerjaya wanita pada zaman RasulullahSAW dulu sama dengan situasi sekarang. Islam tidak melarang wanita mempunyai kerjaya sendiri, bahkanwanita zaman Rasulullah SAW ada yang menjadi tokoh kerana kejayaan dalam perniagaan dansebagainya. Hukum berikut pula bertukar mengikut situasi. Contohnya, seorang wanita harus bekerjauntuk menanggung keperluan kedua ibu bapanya yang uzur dan tua. Namun begitu, batasan syarak juga perlu dijaga oleh wanita bekerja seperti mana dalam fi rman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya." (Surah al-Nur: 31).

Keluarlah bekerja dengan sumber yang halal. Hindarilah kerja yang bakal tidak sesuai untuk wanita,contohnya menjadi orang gaji kepada lelaki bujang. Selain itu, dituntut untuk sentiasa menjaga adabseorang wanita muslimah daripada segi penampilan, tutur dan pergerakan.

SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M 5

Fiqh WanitaBicara Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M12

Page 13: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan

YOUTUBE, PLATFORM BERMANFAAT TAPIMENJADI SIA-SIA

Oleh:AnakMalayIndo

Youtube merupakan sosial media yang melonjak naik saat ini. Ramai yang memanfaatkan Youtube untuk berbagai tujuan. Dan tujuan yang pasti dikejar-kejar adalah AdSense iaitu penjanaan wang melalui iklanyang dipasang di Youtube. Namun, wujud Youtuber yang tidak bertanggungjawab, mereka lebihmengutamakan view tanpa mempedulikan content yang mereka buat. Hal yang penting bagi merekaadalah banyaknya view maka banyaklah wang yang akan diperolehi.

Cuba kita perhatikan, content YouTube dengan content kontroversi dan anti-mainstream, prank, pamerkekayaan, adegan romantis, sehinggalah content bodoh untuk mendapatkan publisiti murahan. Semuacontent ini mendapat view yang tinggi sehingga mencapai ratusan ribu malah jutaan views. Memangmanusia itu cenderung mengikut hawa nafsu sehingga apabila kita mengikuti kebanyakan manusiadi muka bumi, akan menjauhkan kita dari jalan yang lurus. Allah SWT berfi rman:

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akanmenyesatkanmu dari jalan Allah." (Al-An’am: 116 - 117).

Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’diy menjelaskan:

"Kebanyakannya menyimpang dari agama, dalam amal dan ilmu, agama rosak dan amal mereka diikutioleh hawa nafsu." (Tafsir As-Sa’diy).

Melihat fakta ini, ramai Youtuber berlumba-lumba membuat content yang tidak medidik malah merosak.Sebaliknya content yang berisi pendidikan pula sepi peminat terbukti dengan view yang sedikit.

Kita sepatutnya bersama menjadi pencetus hal-hal kebaikan dan bermanfaat serta mendidik. RasulullahShalallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Semangatlah dalam hal yang bermanfaat untukmu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan malas (patah semangat)." (HR. Muslim).

Kita perlu ingat bahawa yang terbaik bukanlah yang paling tinggi ilmunya semata, paling tinggijabatannya semata, paling kaya hartanya semata, tetapi yang terbaik adalah yang paling memberimanfaat. Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Manusia yang paling terbaik adalah yang paling bermanfaat untuk manusia." (HR. Ath Thabarani).

MERAIH KECINTAAN ALLAH SWTOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Kinarut, Papar

MAKSUD HADIS:Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah berfi rman: Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Dan tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Tidaklah seseorang hamba sentiasa mendekatkan dirinya kepadaKu dengan amalan-amalan sunat kecuali Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yangdia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilahAku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripada-Ku, Aku akan kurniakannyadan sekiranya dia meminta perlindungan dari-Ku nescaya Aku akan melindunginya."(Riwayat Imam Bukhari).

HURAIAN HADIS:Hadis tersebut menjelaskan berkenaan wali Allah SWT. Maksud wali Allah SWT ialah hamba-Nya yang melaksanakan segala perintah-Nya dengan penuh ketaatan dan keikhlasan semata-mata kerana-Nya. Dua ciri seorang wali Allah SWT ialah beriman dan sentiasa bertaqwa. Sekiranya hilang salah satu dari dua ciri tersebut maka tidak dinamakan dia sebagai wali Allah SWT.

Hadis ini juga menerangkan, bahawa perbuatan dan tingkah laku seorang wali Allah SWT akan sentiasa terpelihara. Manakala penglihatannya, pendengarannya, perbuatannya dan pergerakannya semuanya seolah-olah cernaan dari penglihatan, pendengaran, perbuatan dan pergerakan Allah SWT. Oleh yang demikian, wali Allah SWT mesti dikasihi oleh setiap mukmin dan barangsiapa yang memusuhinya, maka Allah SWT akan mengisytiharkan perang terhadapnya.

PENGAJARAN HADIS :1. Wali Allah SWT ialah seorang orang yang beriman dan bertakwa.2. Istiqamah melaksanakan amalan fardhu dan amalan sunat serta meninggalkan perbuatan dosa akan

meraih kecintaan Allah SWT.

RUJUKAN:

● Bahjatun Naazhirin Syarah Riyaadus Sholihin, Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Pustaka Imam Asy-Syafi i, Cetakan Ketujuh, 2012.

Sentuhan Hadis

SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M 13

Remaja

Page 14: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan

Allah Ta’ala berfirman:

"Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugamaAllah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlahnama Allah (semasa menyembelihnya) ketika iaberdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang(serta putus nyawanya), makanlah sebahagiandaripadanya, dan berilah (bahagian yang lain)kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untukkamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur." (al-Hajj, 36).

Di dalam ayat suci di atas, Allah Ta’ala mengajarkan kita cara-cara untuk mengagihkan daging korban,di mana Allah SWT memerintahkan pemilik korban untuk membahagi-bahagikannya: sebahagiannyauntuk dimakan sendiri, dan sebahagian yang lain disedekahkan kepada fakir miskin, sama ada yang qani’, yang malu meminta, atau mu’tar, yang berani meminta.

Firman tersebut diamalkan Nabi yang mulia Sallallah Alaihi Wasallam, di mana Baginda bersabdatentang daging korban, "Makanlah, simpanlah dan sedekahkanlah." (HR Muslim) Daripada ayat danhadis ini, ulama Syafi’iyah menyimpulkan bahawa daging korban harus disedekahkan kesemuanya, atau, dibahagikan tiga bahagian: 1/3 untuk dimakan sendiri. 1/3 untuk dihadiahkan kepada orang lain dan 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin, yang afdhalnya diberikan dalam keadaan mentah. Berbeza denganakikah yang sunat diagihkan ketika sudah dimasak.

Korban sunat (yakni bukan nazar dan kaffarah) boleh diagihkan kepada bukan-Islam. Ia telah dipersetujui oleh Majlis Fatwa Negeri Sabah pada 2017 lalu.

Hikmahnya ialah agar golongan fakir miskin tidak terkecuali daripada menikmati daging yang berkat danhalal ini. Ia juga merupakan syiar Islam, yang wajib dilaksanakan secara ikhlas.

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapiyang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.." (al-Hajj, 37).

PENGAGIHAN DAGING KORBAN: FIQH DAN MAQASIDOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

Program Jalinan Silaturahim anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah menghulurkan sumbangan kepada 50 keluarga Asnaf dan Anak Yatim di Kampung Tawadakan Kota Belud, Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul,

Pengarah JHEAINS, turut hadir Puan Dg. Kamariah Haji Yahya, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS dan Puan Suraya Salin, Pegawai Tadbir Agama Kota Belud pada 18 Julai 2020

SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M 3

Peristiwa Tinta Ilmiah

Page 15: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan

Dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, setiap individu, keluarga dan komuniti adalah bertanggungjawab dalam mengelak tersebarnya wabak Covid-19. Kerisauan YAB Perdana Menteri Malaysia dalam sidang khasnya baru-baru ini menzahirkan kebimbangan berlakunya gelombang kedua wabak ini sekiranya masyarakat tidak menjaga dan mempraktikkan SOP yang telah ditetapkan.

“Ibu bapa mesti sentiasa ingatkan anak-anak supaya sentiasa memakai pelitup (separuh) muka ketika keluar dari rumah, jaga penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan, elakkan tempat sesak, jangan berjabat tangan dan lain-lain,” katanya dalam perutusan khas mengenai perkembangan terkini PKPP itu.

Perutusan itu disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan itu menyarankan majikan memantau pekerja dan mengingatkan mereka supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Di sekolah pula, pengetua, guru besar, guru, pengawas dan ketua kelas perlu memainkan peranan lebih proaktif dengan mengingatkan pelajar supaya sentiasa menjaga penjarakan sosial dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, katanya lagi.

YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan membuat lawatan atau rondaan ke tempat yang sering dikunjungi oleh penduduk masing-masing.

Jelasnya negara baru sahaja melihat kesan positif daripada tindakan tegas kerajaan dan disiplin rakyat yang tinggi semasa tempoh PKP dilaksanakan, yang mana ekonomi kembali rancak dan rakyat dapat menikmati semula kehidupan harian dengan mengamalkan kebiasaan baharu.

Semoga kita semua kekal sihat, kekal sejahtera dan kekal aman bahagia. “Kita Jaga Kita”

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Haji Baharuddin Haji Alwi

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])

SIDANG PENGARANGAdi Pitang

([email protected])Ustaz Asmuni Ali

([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Encik Mohammad Syafiq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Encik Mohd Alwie Noorbaki

Encik Mohamad Fikri bin Putung

Cik Anna Amelia binti Daen Mokhtar

Cik Nurain Jemudin

PENGURUSANCik Nur Idilah binti Jamirin

GRAFIKEncik Azmi bin Awang Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

Mesyuarat Khas dipengerusikan oleh Ustaz Haji Mohd. Zaratkhan Haji Abd. Rahman,Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Wilayah dan Daerah bersama Imam Besar dan

kakitangan Masjid Negeri Sabah Sembulan pada 9 Julai 2020di bilik Kuliah Masjid Negeri Kota Kinabalu

Dari Meja Editor

SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 15 - 3 Zulhijah 1441H/24 Julai 2020M 15

Peristiwa

Page 16: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · YAB Perdana Menteri juga mengingatkan semua ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya menjaga komuniti masing-masing dengan