majalah rasmi komuniti fotografi landskap · pdf filepengerusi panitia tuantanah ketua unit...

43
Melukis Cahaya temubual bersama Sham Khaleefa Tutorial Photoshop dramatik dengan hitam putih Lampu Limpah dan Lampu Malap pengalaman fotografi pentas dan persembahan oleh Zuhrie Iskandar Jurugambar Wanita cabaran bersama peralatan kamera Pengalaman dari Chicago catatan perjalanan Saiful Nang lensamalaya www.lensamalaya.com // isu kedua // Januari 2011 MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP wawancara khas pemenang Disember 2011

Upload: vuhanh

Post on 06-Feb-2018

275 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

Melukis Cahayatemubual bersama Sham Khaleefa

Tutorial Photoshopdramatik dengan hitam putih

Lampu Limpah dan Lampu Malappengalaman fotografi pentas dan persembahan oleh

Zuhrie Iskandar

Jurugambar Wanitacabaran bersama peralatan kamera

Pengalaman dari Chicagocatatan perjalanan Saiful Nang

lensamalaya

www.lensamalaya.com // isu kedua // Januari 2011

MAJALAH RASMI KOMUNITI

FOTOGRAFI LANDSKAPwawancara khas pemenang Disember 2011

Page 2: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

LENSA MALAYAISU kedua

EDITORIAL

pengerusi panitia Tuantanah

ketua unit penerbitan

Omar Khayyam| [email protected]

Jurutera sistem

Kamil Azizs | [email protected]

Pengiklanan

Admin | [email protected]

DIKELUARKAN OLEH

lensa Malayawww.lensamalaya.comT 603-8076 6878

sumbangan GAMBAR

muka depan

Pemenang gambar terbaik, Disember 2011

Gambar-gambar lain adalah sumbangan penggiatforum lensa malaya dan fail cs.

langganan dan komen

www.lensamalaya.com

© Lensa Malaya 2011Semua bahan yang diterbitkan tertakluk dibawah hak cipta terpelihara.Penerbitan semula secara menyuluruh atau sebahagian tanpa kebenaran pihak Lensa Malaya adalah dilarang sama sekali. Pihak kami mengambil berat dalam ketepatan informasi yang diterbitkandimasa majalah ini dikeluarkan, tetapi kami tidak bertanggunjawab terha-dap sebarang kekeliruan dan kesalahan yang terdapat di dalam majalah ini.

Indesign TemplatePrint Ready | 300 DPI | A4 ISO

The BEST Magazine Layout on GR38 stunning pages easy to customize

ALL made with FREE Fontsselected for their beauty and elegance

lensamalaya

www.lensamalaya.com // isu kedua // Januari 2011

MAJALAH RASMI KOMUNITI

FOTOGRAFI LANDSKAP

Page 3: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

Editorial Penyumbang

Saiful Nang Chief Editor

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia kepada semua pem-baca. Syukur kepada Allah yang telah memberikan segala kebaikan atas kelahiran dan kewujudan Komuniti Fotografi Lensa Malaya yang kini telah masuk umur 3 bulan dan peny-ertaan kira-kira 20,000 ahli komuniti. Juga syukur untuk ke-jayaan majalah Lensa Malaya, Majalah Komuniti Fotografi kita yang mendapat sambutan pembaca yang sangat memberang-sangkan. Bayangkan, pada hari pertama sahaja sudah hampir 2,000 muat turun sehingga kami terpaksa bekerja keras untuk menyediakan pautan mirror untuk host luar negara bagi me-mudahkan proses muat turun.

Angka ini angka yang sangat membanggakan seterusnya bakal menyaksikan MAJALAH LENSA MALAYA menjadi majalah fotografi paling tinggi langganannya. Majalah Lensa Malaya juga mencatat sejarah menjadi majalah elektronik fotografi yang pertama di Malaysia.

Tidak lalai dengan kejayaan yang diperolehi, kami sekali lagi berterima kasih kepada semua pembaca. Keberadaan kami di sini kerana adanya anda untuk membaca. Tanpa pembaca, ti-adalah penaja, tiada penaja tiadalah komuniti ini dapat diter-uskan kegemilangannya.

Kami sekali lagi berharap, anda menjalankan tanggungjawap anda sebagai pembaca dengan menyebarkan akan kewujudan majalah Lensa Malaya ini kepada umum melalui fungsi “share” dalam facebook anda, atau memberikan link ke dalam blog dan apa-apa cara untuk anda memanjangkan perkongsian ilmu ini kepada lebih ramai orang lagi. Tanpa anda berbuat begitu, ilmu sebaik mana yang dikongsikan oleh penyumbang-peny-umbang artikel dan foto dalam majalah ini mungkin tidak sampai ke mana-mana.

Besarlah harapan kami untuk anda semua terus menerus me-nyokong keberadaan majalah ini. Sekiranya anda ada cadangan dan idea menarik, terus nyatakan kepada saya di [email protected] dan kami akan melakukan pengubah-suaian mengikut penerimaan pembaca.

Salam hormat, Salam 1Malaysia

Editorial <<< 02Disember 2011 1

zuhri iskandar

ka

ma

lia

ka

ma

l

ariff hakimin

sham khaleefa

saiful nang

Page 4: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

gambar terhangat personaliti galeri lensa

15

5518

25

61

Temubual - Sham Khaleefa

Lebih Dramatik dengan Hitam Putih - Tutorial

Kalendar Aktiviti

Manakala untuk lensa pula saya menggunakan canon 17-40mm f/4 L kerana selain dari bukaan sudutnya yang luas (wide angle) ia juga dapat menghasilkan gambar yang tajam (sharp) dengan kontra yang baik serta kawalan cahaya yang bagus.

Aktiviti sepanjang bulan Disember 2011. Sesi teh tarik dan outing.

Cabaran yang paling hebat ialah kita sendiri, sejauh mana kemahuan kita, sejauh mana kesungguhan, sejauh mana minat kita dan sejauh mana kegilaan itu semua terletak pada diri sendiri.

Pengalaman Dari Chicago

Sempat juga saya tilik harga-harga cetakan gambar cityscape Cesar Russ itu. Hanya gambar Chicago sahaja, tidak pula nampak bandaraya lain di galeri itu. Cetakan sebesar skrin iPad pun dah dijual USD50 dan itulah yang termurah. Cetakan sebesar 4’ x 2’ dan berharga dalam USD500 dan itu ialah saiz paling popular yang dibeli.

Tutorial Hitam Putih untuk gambar Lanskap.

Jurugambar Wanita Bersama Peralatan KameraJurugambar wanita akan tetap terus menjadi wanita, berfesyen, berkasut tumit, bermake-up, bertudung lilit dan membawa bag troli kamera bewarna merah.

cabaran bulan ini tutorial photoshop artikel

05 31 67

4375

Gambar Terhangat Disember 2011 Lampu limpah dan lampu malap Tutorial Photoshop CS5Pertandingan Foto Terbaik Disember 2011 di forum LensaMalaya.com.

Secara umumnya saya selalu mengambil gambar sedikit under dalam sekitar satu hingga dua stop, dan juga dalam format RAW supaya mudah membuat pembetulan exposure dan white balance dengan komputer.

Tutorial khas oleh PHOTOSHOP MALAYA untuk olahan warna gambar lanskap.

Galeri Lensa

Koleksi terbaik penggiat forum Lensa Malaya

Panduan Pembeli Kamera DSLR

Panduan harga pasaran untuk kamera digital SLR

Isi Kandungan

03 >>> isi kandungan Disember 2011 4

isu bulan hadapanFotografi waktu malam dan cahaya | Dedahan lebih lama dengan tripod | Bunga api tahun baru | Foto terbaik januari 2011

Page 5: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

GAMBAR TERHANGATNOVEMBER 2011

Jurugambar: AnnamirAperture: f/13Shutter speed: 32 secondsISO: 100Masa: 06:41am

“I like this one. Cuaca dan atsmosfera yang jarang skali dapat dilihat dimana bentuk bukit menjadi sillhoutte dengan sdikit cahaya backlight dari matahari yang belum naik. Susunan subjek yang bagus kerana RO3 diterapkan didalam gambar dan selain dari itu keadaan Masjid yang cerah membuatkan ia terasing dari background yang gelap yang mana membuatkan mata tertarik kearahnya. Kawalan exposure yang amat baik dimana jurugambar menggunakan elemen reflection untuk menstabilkan exposure diantara foreground dan background. All complete. Such a masterpiece picture”. - Komen Juri

Page 6: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

S: Assalamualaikum ustaz, Muktasyaf Ibrahim AnNamir (nama betul ke?). Boleh Ustaz ceritakan serba sedikit tentang diri Ustaz?

J: Wa’alaikumussalaam, ya nama IC saya Muktasyaf bin Ibrahim, manakala AnNamir pula adalah nama pena saya dalam dunia fotografi. Saya bertugas sebagai penjawat awam dalam bidang pengajian Tahfiz al-Quran di Darul Quran JAKIM dan fotografi merupakan hobi sampingan masa lapang saya. Alatan fotografi yang ada di dalam beg saya buat masa ini hanya Canon 7D, kitlens 18-135mm, lensa 50mm f1.8, macro filter dan “3D Lens in a Cup” sahaja.

S: Bagaimana boleh ‘terjebak’ dalam dunia fotografi? Cabang fotografi yang digemari?

J: Sememangnya saya suka melihat sesuatu yang indah, sama ada ia semulajadi atau dimanipulasi supaya indah.

Justeru, dunia fotografi merupakan antara bidang yang saya lihat boleh diceburi untuk mengekalkan sesuatu keindahan sebagai simpanan, tatapan dan dikongsikan bersama.

Saya sangat meminati fotografi lanskap yang sentiasa membuatkan saya rasa mengagumi betapa hebatnya Allah yang mencipta segala keindahan dan rasa bersyukur atas kurniaan nikmat pancaindera yang dikurniakan untuk menghayati keindahan tersebut.

Cabang lain fotografi yang turut saya minati adalah macro, candid dan juga fotografi 3D Stereography yang saya kira masih kurang penggiat dan peminatnya di Malaysia buat masa ini.

S: Siapa idola anda dalam dunia fotografi dan nyatakan kenapa?

J: Pastinya idola saya adalah dua orang guru pertama saya dalam bidang fotografi iaitu saudara dR.Ali (Studio2121) dan saudara Dashuki Mohd (Awe2020) yang kedua-duanya banyak memberikan pendedahan tentang ilmu asas fotografi bermula dari setting kamera sehinggalah kepada seni komposisi gambar.

Manakala Peter Sanders merupakan antara idola luar negara yang saya kagumi kerana karya photojournalism beliau yang sangat menerapkan nilai Islamik dan tersendiri.

wawancara bersama pemenang

S: Boleh berikan sedikit ringkasan tentang gambar kemenangan? (Cara mengambil, teknik dan equipment)

J: Gambar ini diambil seawal jam 6:41 pagi menggunakan tiga dedahan (3 exposures) dengan kadar -2, 0, +2. Tujuan gambar ini di-HDR-kan adalah supaya detail pada kawasan bangunan masjid dapat didedahkan sebaiknya, dan supaya suasana langit yang membiru juga akan kelihatan lebih realistik untuk ditatap.

Saya menggunakan Canon 500D beserta lensa kit (dan sehingga sekarang saya hanya menggunakan kitlens untuk fotografi lanskap saya) dan juga tripod untuk mengambil gambar ini dengan menggunakan setting ISO-100, f/13 dan jarak fokal 18mm.

S: Berikan sedikit perkongsian ringkas dari ustaz.

J: Saya berpegang pada; “Memanipulasikan apa yang kita miliki sebaiknya untuk menghasilkan sesuatu karya tanpa mengeluh dengan kekurangan yang ada.” Perkongsian akhir dari saya, jika dunia fotografi ini dinilai dan dilihat dari sudut yang lebih khusus sebenarnya ia akan mengembalikan kita pada kehebatan dan tanda kebesaran Allah dalam menciptakan sesuatu (cipta alam yang indah, cipta ilham kepada kita untuk berkarya, dsb).

Maka janganlah kita dustai nikmat yang Allah berikan, gunakan ia sebaiknya sambil bersyukur padaNya, dan ucaplah Alhamdulillah.

Domain: www.lensamalaya.comFacebook: https://www.facebook.com/lensamalaya

Yuran ahli: PercumaMinat dan cenderung: Fotografi dan sinematografi

Jumlah ahli berdaftar: 19, 247Bebenang: 44, 235Posts: 729, 075

jenama dslr yang paling ramai pengguna:1. nikon2. Canon3. Sony4. pentax5. lain-lain

Ahli dengan jumlah posting tertinggi:Pencerita (5, 789 posts)

Ahli paling aktif:tuan tanah (50, 410 points)

info ekstra:>Forum pertama di MALAYSIA yang mempunyai android apps dan iOS apps yang dibangunkan sendiri.

>Forum fotografi pertama yang menerbitkan majalah online bulanan “majalah lensamalaya”.

> jumlah pengunjung teramai, 3, 819 pada 21 disember 2011, 03:45pm

INFO LENSA MALAYAAPA YANG ANDA PERLU TAHU?

Disember 2011 807 >>> gambar terhangat

Page 7: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

Jurugambar: Nadly AizatAperture: f/2.8Shutter speed: 6 secondsISO: 3200Jarak fokus: 24mm

Pemandangan Bima Sakti dari pinggiran Sungai Manawatu. Gambar ini adalah hasil stitching menggunakan software “Microsoft ICE”.

“Brilliant picture, such a good subject. The Milky Way Galaxy and man as the main pro in this picture is very exciting. Well done capture.” - Komen Juri

Disember 2011 9 gambar terhangat <<< 10

Page 8: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

Jurugambar: OkayrahmnsAperture: f/2.8Shutter speed: 6 secondsISO: 3200Jarak fokus: 24mm

“Sun spark! The first thing I can tell about this picture is it̀ s really awesome. Colour combination between foreground (green) and background (blue) is great”. - Komen Juri

Disember 2011 1211 >>> gambar terhangat

Page 9: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

Fotografi oleh Million Media

DAPATKAN SEKARANGt-shirt dan topilensa malayatshirt diwajibkan untuk menyertai mana-mana outing yang dianjurkan oleh lensa malaya. tunjukkan sokongan anda.

* klik gambar untuk membeli secara online.

Page 10: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

Graduan Politeknik Sultan Ahmad Shah dalam jurusan ukur tanah ini membuktikan bahawa dengan minat, semua benda boleh jadi. Dilahirkan pada 29 Oktober 1986, Mohd Hafsham Ibrahim Afandi amat meminati seni dari bangku sekolah lagi.

Sejak zaman sekolah lagi, Hafsham aktif melibatkan diri dalam per tandingan-per tandingan seperti melukis, kaligrafi cina dan khat selain berkebolehan bermain beberapa alat muzik tradisional padang pasir seperti gabus,

kompang dan sebagainya.

Selain itu juga, beliau juga lebih selesa dengan suasana kampung dan alam semulajadi. Ini banyak membantunya untuk memberi idea dan inspirasi tentang fotografi lanskap.

LANSKAP FOTOGRAFI

melukis dengan cahaya, inspirasi dari alam

15 >>> temubual

Omar Khayyam, Sham Sham Khaleefa

temubual

01. 5D MK II + 17-40 + GND 8

Shutter speed: 107sAperture: f/12

ISO: 100Jarak fokus: 24mm

01.

Disember 2011 16

Page 11: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

02.

03.

02. Shutter speed: 10s

Aperture: f10ISO: 100

Jarak fokus: 20mm

03. 5D MK II + 17-40 + GND 8 + GND 4

Shutter speed: 107sAperture: f/14

ISO: 50Jarak fokus: 29mm

S: Berapa lama sudah menceburkan diri dalam bidang fotografi?

J: Mula menceburkan diri dalam bidang fotografi ini pada pertengahan tahun 2008 dengan membeli sebuah kamera canon 400d terpakai dari sebuah kedai di Kuala Lumpur.

Pada peringkat awal penglibatan, saya tidak terus serius kearah genre lanskap walaupun ia adalah faktor utama saya menjadi jurugambar, tetapi pada masa itu lebih kepada mencari pendapatan dengan menjadikan foto perkahwinan

sebagai bidang utama. Pada masa itu saya baru sahaja tamat pengajian dan didorong keinginan yang tinggi untuk berkerja sendiri.

S: Apakah yang membuatkan saudara cenderung ke arah fotografi lanskap?

J: Pada awal tahun 2008, alumni sekolah menengah saya telah mengadakan reunion di Pantai Melawi, Kelantan dan pada masa itu salah seorang rakan saya telah mengambil permandangan sekitar pantai pada waktu petang.

Dia telah menunjukkan hasil gambarnya kepada saya. Setelah melihat kecantikan dan keindahan gambar dari kameranya yang terus membuatkan saya tertarik dengan fotografi alam kerana sebelum ini saya tidak pernah lagi melihatnya dengan mata saya sendiri bagaimana ia dihasilkan tetapi hanya melihatnya di dalam majalah atau surat khabar sahaja.

04. Shutter speed: 100s

Aperture: f/11ISO: 100

Jarak fokus: 24mm

04.

temubual <<< 18Disember 2011 17

Page 12: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

“ada yang tinggalkan fotografi lanskap kerana jarang mendapatkan gambar yang cantik”.

05. Shutter speed: 105s

Aperture: f/10ISO: 50

Jarak fokus: 20mm

S: Siapakah dan apakah yang memberi inspirasi saudara untuk menghasilkan gambar lanskap yang menarik?

J: Seperti yang saya cerita sebelum ini, pada peringkat awalnya saya hanya merujuk kepada kawan saya dan mengambil gambar dengan kaedah syok sendiri sehinggalah pada suatu masa saya ada terlihat satu artikel dan koleksi gambar seorang jurugambar dari Europe iaitu David Norton. Melihat hasil gambar dan penulisannya telah membuat saya menjadi ‘gila’

dengan fotografi lanskap sehingga lah sekarang.

S: Bolehkah saudara senaraikan kamera dan lensa kegemaran yang sering digunakan untuk fotografi lanskap, mengapa?

J: Kelengkapan yang paling gemar saya gunakan ialah Canon EOS 5D Mark II dan 17-40mm f/4 L . Apa yang membuatkan saya suka dengan kamera ini ialah ia

memudahkan kerja saya dari segi kawalan warna dan kontra yang amat bagus dan ia juga agak tahan lasak.

Manakala untuk lensa pula saya menggunakan canon 17-40mm f/4 L kerana selain dari bukaan sudutnya yang luas (wide angle) ia juga dapat menghasilkan gambar yang tajam (sharp) dengan kontra yang baik serta kawalan cahaya yang bagus. Tambahan juga ia agak murah berbanding dengan lensa 16-35mm f/2.8 L.

Tetapi apa yang paling penting ialah keserasian kita dengan alat yang digunakan, tidak kira mahal atau murah, yang penting ialah sejauh mana kepakaran kita mengawal kamera tersebut.

Cantik atau tidak cantik sesebuah gambar memang amat bergantung kepada orang yang dibelakang kamera.

S: Selain dari kamera dan lensa, apakah peralatan wajib yang diperlukan untuk megambil gambar lanskap?

J: Selain dari kamera dan lensa, antara alatan yang amat penting bagi saya untuk bawa sekali ialah tripod, filters (ND, GND & CPL) serta “cable release”.

Manakala tripod yang saya gunakan ialah Manfrotto 055PRO B dan filter pula saya gunakan dari jenis LEE.

S: Software dan teknik apakah yang digunakan untuk pasca proses gambar yang diambil?

J: Untuk pasca proses, saya mesti menggunakan aplikasi DPP (Digital Photo Professional) yang boleh didapati dalam CD Kit dari Canon dan Adobe Photoshop CS3.

Disember 2011 2019 >>> temubual

Page 13: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

06. Shutter speed: 10sAperture: f/10ISO: 50Jarak fokus: 17mm

Dalam DPP saya akan perbetulkan warna, white balance dan sharpnes, kemudian di Photoshop hanya untuk perbetulkan horizontal line dan buang tompok-tompok hitam atau kotoran pada gambar dan kadang-kala saya hanya menggunakan DPP untuk proses gambar tanpa perlu ke Photoshop. Ini kerana saya amat mementingkan hasil yang sempurna dilokasi lagi. Menjadi kebiasaan saya dilokasi lagi saya akan pastikan setiap gambar yang diambil sudah lengkap dan bagus dari segi sudut atau komposisi, cahaya yang masuk dan tahap ketajamannya. Ini memang menjadi prinsip saya iaitu “shoot more edit less”.

S: Bagaimanakah saudara membahagikan tugas seharian dan fotografi? Adakah saudara mempunyai banyak masa terluang untuk mengambil gambar dan memprosesnya?

J: Tugas-tugas seharian saya akan dilakukan pada sebelah pagi, manakala untuk fotografi saya akan keluar pada hujung minggu, awal-awal pagi sebelum subuh dan sebelah petang selepas asar dengan beberapa orang rakan. Kebanyakan masa lapang saya memang banyak diluangkan untuk fotografi lanskap dan alam.

S: Apakah perancangan di masa akan datang dalam bidang fotografi ini?

Ingin ada studio atau galeri sendiri yang mana saya boleh pamerkan setiap hasil kerja saya kepada orang ramai. Selain itu juga saya menginginkan agar gambar saya berada di setiap rumah, pejabat, hotel, ruang-ruang iklan dan yang paling penting dilihat oleh orang dari negara lain, kerana saya ingin semua orang tahu bahawa di tanah air kita ini ada banyak tempat yang amat cantik pada sesuatu ketika tanpa kita sedari.

Page 14: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

S: Boleh berikan tips-tips dan pesanan kepada penggemar fotografi lanskap di dalam forum dan diluar sana.

J: Antara tips-tips dan pengalaman yang dapat saya kongsikan di sini ialah kena rajin bagun awal pagi (untuk shoot sunrise), sampai awal dilokasi atau pergi “survey” dahulu untuk mengenal pasti lokasi serta sudut-sudut yang menarik. Perlu juga mengenal pasti arah mahatari naik dan terbenam. Pelajari sedikit tentang ilmu geografi seperti kedudukan masa matahari naik dan terbenam, pasang surut air, pertukaran musim, perubahan cuaca dan sebagainya yang berkaitan dengan alam sekeliling kita. Pastikan kita mempunyai alatan yang cukup dan betul.

Bersabar dan tenang bila berada di lokasi dan yang paling penting utamakan keselamatan kita.

Akhir kata, di dalam dunia fotografi lanskap ini ada pelbagai cabaran dan keunikannya yang tersendiri. Cabaran yang paling hebat ialah kita sendiri, sejauh mana kemahuan kita, sejauh mana kesungguhan, sejauh mana minat kita dan sejauh mana kegilaan itu semua terletak pada diri sendiri.

Ada yang lekas berputus asa hanya kerana cuaca hujan, ada yang takut kamera rosak atau calar, ada yang malas kerana comot atau basah, dan ada yang tinggalkan fotografi lanskap kerana jarang mendapatkan gambar yang cantik. Jadi pesanan saya untuk

semua jadilah seorang pelukis yang dapat melukis dengan cahaya dengan menggunakan berus dari mata lensa ke atas kertas alam semulajadi dengan penuh minat dan minda yang kreatif.

Mohd Hafsyam juga dikenali sebagai Sham Khaleefa boleh dihubungi di:

Sham Khaleefa (Facebook)[email protected]://www.lensakhaleefa.com

08. Shutter speed: 150s

Aperture: f/14ISO: 50

Jarak fokus: 24mm

07. Shutter speed: 1/50

Aperture: f/8ISO: 400

Jarak fokus: 17mm

07.

23 >>> temubual

08.

Page 15: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

Pengalaman dari ChicagoSaiful Nang

Saiful Nang

artikel

“Pemandangan alam yang mereka rakamkan boleh buat bulu roma naik dan menyentap hati melompat-lompat macam nak pergi juga ke tempat itu”.

artikel <<< 26Disember 2011 25

Page 16: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

Salam 1Malaysia untuk semua. Kali ini cerita saya masih lagi berkisar kepada tema

Januari 2012 iaitu Landscape & Nature . Kalau dilihat, dalam komuniti Lensa Malaya pun ramai penggemar tegar fotografi dalam

genre ini. Saya juga semakin hari semakin teruja dengan kehebatan foto-foto yang

dikongsikan oleh sinis, syibli, pakmat, Kamal Zharif, Ustaz Annamir, Arifazali, Sham

Khaleefa, Okyrahmans dan ramai lagi former Lensa Malaya. P

Soalnya, adakah hobi dan gemar mereka itu telahpun menghasilkan pulangan

kepada mereka? Kena ingat, gadget jurugambar lanskap ni bukannya calang-calang. Sekeping filter pun harganya dah

beribu-ribu. Bagi mereka yang jatuh dalam kategori hardcore, lagilah teruk. Habis puluhan ribu untuk segala jenis kelengkapan untuk menjalankan hobi

mereka.

APA KENA MENGENA DENGAN CHICAGO?

Biar saya cerita apa yang saya jumpa di Chicago. Pada Jun 2010 saya ke USA

untuk kali pertamanya dalam hidup saya. Bertiketkan fotografi saya berjaya mendapat satu tugasan untuk shoot satu perkahwinan

orang Melayu USA yang dijalankan di Kalamazoo, Michigan. Disebabkan

Michigan sebuah negeri yang besar dalam kesatuan Amerika, maka penerbangan saya

terus ke Chicago. Dari Chicago, katanya hampir sahaja dengan Kalamazoo.

Sesampainya di Chicago saya disambut oleh pembantu pengantin dan pada masa itu, baru lah saya tahu takrifan DEKAT pada pandangan orang tempatan rupanya 3 jam perjalanan berkereta. Kalau di Malaysia saya dah boleh sampai Pulau Pinang. Dipendekkan cerita, saya berjaya menghabiskan semua tugasan dengan baik dan hari terakhir sebelum berangkat ke lapangan terbang, saya ada hampir seharian untuk bersiar-siar di Chicago, the windy city.

Lalu berjalanlah saya dari South Canal St, ke Dearborn Park lalu memintas sampai ke South State St membawa ke Roosevelt University dan berhenti di Millenium Park dan teruskan berjalan menyusuri South

Michigan Ave. sehinggalah sampai ke kawasan kedai-kedai mewah di North Michigan Ave. Asalnya menapak sehingga ke sana untuk membelikan isteri saya kejutan istimewa yang mungkin sebuah beg tangan Burberry, Channel ataupun jika mahal sangat beli sahaja Coach. Kawasan itu memang

kawasan butik pereka yang hebat termasuk juga menempatkan butik Rolex, YSL dan banyak lagi jenama-jenama berprestij.

Berjalan dicelah-celah pencakar langin dan seberang menyeberangi terusan-terusan besar sambil menyaksikan bot-bot mewah mudik ke hulu dan ke hilir, saya terpandang sebuah kedai yang saya suka dan agak sebati dengan jiwa saya. Apa lagi jika bukan sebuah galeri fotografi.Cesar Russ nama jurugambarnya (http://www.cesarrusscollection.com). Lihat pada profil beliau di internet seakan-akan sudah lama mengambil gambar dan yang lebih hebat lagi, yang saya lihat beliau sangat berminat dengan gambar dalam genre lanskap atau lebih tepat lagi, beliau mendalami cityscape photography.

Karya beliau tak banyak dalam galeri yang hanya sekadar 350 kaki persegi. Saya pasti bilik kerja saya di CandidSyndrome lebih besar dari galeri beliau. Galeri itu hanya menempatkan sekitar 80 gambar terbaik beliau yang 80% adalah cetakan hitam putih. Saya terpaku hampir satu jam dan mula mahu mengambil gambar

untuk dijadikan idea bila saya pulang ke Malaysia nanti.

Namun tindakan saya ditegah oleh penjaga kedai itu sendiri yang telo bahasanya saya agak seorang gadis Latin. Saya ni seorang jurugambar, agak sentap jugalah bila jurugambar tidak dibenarkan ambil gambar kan?

Curi-curi saya pasang video mode di kamera DSLR saya dan mula berlagak seperti orang yang sedang meninjau-ninjau. Bila saya pandang kembali muka kurator galeri itu, tiba-tiba beliau menyinga dan bingkas datang ke arah saya dan berkata,

“all tricks are in my pocket, stop recording and delete it in front of me or I will call security and you will have big trouble”.

Kata orang…KANTOI!

Apapun, saya dapat lihat dengan mata gambar-gambar yang dipamerkan di galeri Cesar Russ. Bukanlah gambar beliau itu yang saya nak ambil, tetapi saya mahu inovasikan idea itu bila saya di Malaysia nanti.

Disember 2011 2827 >>> artikel

Page 17: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

Sempat juga saya tilik harga-harga cetakan gambar cityscape Cesar Russ itu. Hanya gambar Chicago sahaja, tidak pula nampak bandaraya lain di galeri itu. Cetakan sebesar skrin iPad pun dah dijual USD50 dan itulah yang termurah. Cetakan sebesar 4’ x 2’ dan berharga dalam USD500 dan itu ialah saiz paling popular yang dibeli.

Saya tak boleh tunggu lama, kerana perlu bergegas ke lapangan terbang. Dalam hati saya sentiasa memikirkan tentang galeri itu.Alhamdulillah, rezeki saya lebih murah di USA apabila saya dipanggil lagi untuk sebuah perkahwinan warga USA di Chicago dan serentak dengan itu satu pengambaran foto & video di San Francisco dan juga pengambaran sebuah restoran ternama di San Francisco, Burma Superstar. Lalu saya kembali ke

USA pada Februari 2011 pada musim sejuk.

Dipendekkan cerita, saya tidak lepaskan peluang untuk berkunjung lagi ke galeri Cesar Russ. Tapi kali ini, saya dah tahu apa yang mahu saya lakukan. Masa juga agak terhad kerana saya dan pembantu saya perlu bergegas meninggalkan Chicago untuk ke San Francisco ketika itu lalu saya sudah memikirkan yang saya akan duduk di hadapan galeri itu untuk melihat transaksi yang berlaku. Pastinya kena cover line jugak takut CCTV ingat saya perompak pula.

Mengejutkan juga pada pagi hari tidak sampai 4 jam, pada musim sejuk dan pada hari biasa saya lihat transaksi yang berlaku saya anggarkan tidak kurang dari 15 cetakan besar telah dijual dengan anggaran pendapatan melebihi

USD6,000. Jangan tanya pasal kos cetakan, kerana saya agak arif juga kos cetakan tidakpun sampai 5% dari harga jualan.

Bila kembali ke Malaysia, barulah saya lihat ada sesuatu yang bakat-bakat kita di Malaysia tidak bangunkan. Ramai yang tidak jumpa arah ke mana hobi-hobi mereka ini mahu mereka bawa. Adakah terus menjadi pelabur kepada hobi yang mahal itu ataupun menjadikan hobi itu satu professyen yang mewah. Saya harap dengan perkongsian pengalaman saya ini dapat sedikit sebanyak membuka mata pembaca terhadap peluang. Kerana kita, di Malaysia ini tidak ada lagi ataupun kurang sangat perniagaan seumpama itu.

Anda berani? Anda mulakannya?Jika anda lambat, saya akan lakukannya dahulu.

Disember 2011 29

Mengajar anda tentang rahsia & etika mendapatkan gambar perkahwinan hebat.

tempat adalah terhad, daftar sekarang.

* KLIK GAMBAR UNTUK TEMPAH SECARA ONLINE

Page 18: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

31 >>> artikel

fotografi pentas dan persembahan Lampu limpah dan

lampu malap

artikel

Zuhri Iskandar Zuhri Iskandar

Shutter speed: 1/100sAperture: f/2.8ISO: 1250Jarak fokus: 200mm

Disember 2011 32

Page 19: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

Salam semua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Lensa Malaya kerana menjemput saya untuk menulis di majalah ini dan ia adalah suatu penghormatan. Oleh kerana ini adalah artikel saya yang pertama, izinkan saya memberi sedikit pengenalan diri.

Saya mula berkecimpung dalam bidang fotografi sejak menjadi pelajar universiti lagi dengan mengambil gambar dan menulis artikel berita kampus secara sambilan untuk sebuah akhbar tempatan.

Hasil daripada sumbangan ke akhbar itulah yang dapat menampung hobi fotografi yang kosnya mahal bagi saya sebagai pelajar, apatah lagi ketika itu masih menggunakan filem. Setelah tamat belajar, saya memulakan kerjaya sebagai wartawan di akhbar berkenaan dan sehingga kini terus kekal dalam bidang penulisan dan visual kreatif.

Pada 2006, saya dan beberapa rakan menubuhkan Redmedia Photography Services yang memberi tumpuan kepada pelanggan-pelanggan korporat, dan baru-baru ini telah membuka white studio sendiri yang lengkap.

Di dalam majalah ini, saya hanya ingin berkongsi pengalaman fotografi saya dengan pembaca semua dan tidak mahu membicarakan perkara-perkara yang terlalu teknikal kerana ia akan membosankan.

Kaedah dan teknik yang saya guna mungkin sama atau mungkin berbeza dengan cara anda guna ataupun and baca di dalam manual atau buku-buku fotografi tetapi ia menghasilkan imej-imej yang saya inginkan dan jika ia adalah untuk keperluan pelanggan, telahpun memuaskan hati mereka.

Semoga tips dan pengalaman saya ini dapat anda manfaatkan supaya kita akan lebih seronok berkarya dengan hobi fotografi ini. Untuk keluaran kali ni, saya ingin berkongsi pengalaman saya merakamkan gambar-gambar di persembahan konsert atau gig.

Satu persembahan adalah di sebuah pentas yang besar dengan permainan cahaya yang tricky iaiatu Konsert Keroncong Kasih di Dewan Filharmonik Petronas manakala satu lagi adalah persembahan yang lebih intimate di ruang yang kecil tanpa sebarang permainan cahaya iaitu persembahan saxophopnist Patrick Terbrack di restoran bar No Black Tie.

Misi saya adalah untuk merakamkan imej-imej yang boleh menyampaikan suasana keseronokan, tenaga dan intimacy di setiap persembahan berkenaan, dengan kekangan-kekangan seperti pergerakan yang terhad dan low light.

Antara perkara asas yang setiap jurugambar perlu ketahui sebelum memulakan tugas adalah membuat homework supaya kita lebih bersedia dengan mengetahui apakah gear yang perlu kita bawa, keadaan di lokasi, berkenalan dengan kakitangan yang bertugas, mengetahui aturcara program dan juga protokol yang perlu dipatuhi apatah lagi di tempat yang berprestij seperti Dewan Filharmonik Petronas.

Dua hari sebelum persembahan, saya recee lokasi dan mengadakan perbincangan secara teliti dengan pelanggan bagi mengetahui expectation mereka dan mendapatkan pas-pas masuk team saya.

artikel <<< 34

“membuat homework supaya kita lebih bersedia dengan mengetahui apakah gear yang perlu kita bawa, keadaan di lokasi, berkenalan dengan kakitangan yang bertugas”

Disember 2011 33

Page 20: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

Pada malam persembahan itu kami datang lengkap dengan memakai kot, kemeja, seluar dan kasut kulit semuanya berwarna gelap (amalkan berpakaian gelap supaya tidak menganggu pandangan penonton ketika kita bergerak dalam dewan untuk mendapatkan posisi terbaik untuk mengambil gambar). Protokol pakaian penting kerana saya lihat ada penonton yang datang t-shirt round neck dipinjamkan dengan baju batik yang besar oleh petugas, sebelum dibenarkan masuk ke dalam Dewan.

Ketika persembahan bermula, saya dan rakan mula merakam gambar dan pergerakan kami terhad kepada kawasan tepi dan juga barisan paling belakang penonton, dan hanya boleh bergerak in between the songs. Sehubungan itu, 80% gambar saya adalah menggunakan telephoto lens.

35 >>> artikel

01.

02.

03.

Ada seorang jurugambar Petronas yang turut mengambil gambar konsert itu saya lihat menggunakan lens 300mm f/2.8 lengkap dengan monopod.

Bunyi shutter kamera juga perlu dikawal supaya tidak menganggu penonton dan saya gunakan low speed burst mode dengan maksima hanya tiga frame, tunggu dalam kira-kira 30 saat sebelum mengambil gambar seterusnya.

Oleh kerana cahaya di pentas sentiasa berubah-ubah, 80% daripada gambar yang diambil

menggunakan manual mode supaya metering kamera tidak terpengaruh dengan perubahan cahaya. Berkenaan dengan bacaan dibuat ke atas subjek utama, saya menggunakan centre-weighted metering.

Secara umumnya saya selalu mengambil gambar sedikit under dalam sekitar satu hingga dua stop, dan juga dalam format RAW supaya mudah membuat pembetulan exposure dan white balance dengan komputer.

“80% daripada gambar yang diambil menggunakan manual mode supaya metering kamera tidak terpengaruh dengan perubahan cahaya”.

04. Shutter speed: 1/160sAperture: f/2.8ISO: 1250Jarak fokus: 120mm

01. Shutter speed: 1/500sAperture: f/2.8ISO: 2500Jarak fokus: 200mm

02. Shutter speed: 1/320s Aperture: f/2ISO: 3200Jarak fokus: 135mm

03. Shutter speed: 1/250sAperture: f/2.8ISO: 2500Jarak fokus: 200mm

04.

Disember 2011 36

Page 21: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

05. Shutter speed: 1/100sAperture: f/3.5ISO: 1250Jarak fokus: 200mm

Bagi memastikan kelajuan shutter tidak menjadi terlalu rendah yang boleh menyebabkan imej menjadi blur, saya gunakan ISO yang tinggi antara 1000 hingga 2000.

Pada awalnya, memang agak mencabar untuk mendapat exposure reading yang baik tetapi setelah hampir 20 minit konsert berlangsung, saya sudah boleh membaca corak pergerakan cahaya dan dapat anticipate limpahan cahaya ke atas penyanyi dan pemain muzik di pentas.

Setelah cabaran cahaya itu dapat diatasi, saya seterusnya memberi tumpuan kepada pesembahan di atas pentas untuk merakamkan ekspresi dan tenaga dari penyanyi dan juga ahli muzik.

Disember 2011 37 artikel <<< 38

Page 22: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

Situasi ini sangat berbeza ketika saya merakamkan persembahan saxophonist Patrick Terbrack di restoran jazz No Black Tie. Ruang pentasnya adalah kecil dan cahaya sangat malap tanpa sebarang permainan lansung.

Oleh kerana suasana di restoran ini lebih kasual, pakaian pun lebih santai tapi saya tetap mengekalkan warna gelap untuk elakkan gangguan pandangan penonton.

Patrick mendapatkan saya meja paling hadapan tapi saya tetap bergerak ke hadapan dan belakang bagi mendapatkan angle yang terbaik.

Oleh kerana ruang yang kecil, 80% peratus gambar digunakan adalah menggunakan mid-range zoom lens manakala bakinya menggunakan telephoto lens.

Saya menggunakan manual mode dan membuat beberapa “test shot” dan setelah mendapat beberapa bacaan exposure yang sesuai, saya kekal menggunakan kelajuan shutter dan bukaan aperture yang hampir sama sepanjang persembahan kerana tiada permainan cahaya di atas pentas.

ISO saya terpaksa naikkan sehingga 2000 kerana cahaya terlalu malap dan menggunakan format RAW supaya mudah membuat pembetulan white balance dalam post processing nanti. Ketika merakam gambar persembahan ini, adakalanya saya sengaja menggunakan kelajuan shutter yang rendah bagi menampakkan pergerakan keasyikan ahli-ahli muzik yang membuat persembahan ini.

Ia juga memberi lebih feel kepada persembahan muzik seperti jazz ini yang sememangnya menjadi suatu trademark kepadanya. Salah satu cabaran ketika merakam gambar persembahan ini adalah bayang di kawasan mata kerana tiada spotlight yang menyinari pentas ini sebagaimana konsert yang biasa.

Selalunya ia adalah sesuatu yang taboo dalam bidang fotografi kerana eye contact dianggap sangat penting.

05. Shutter speed: 1/30sAperture: f/2.8ISO: 2000Jarak fokus: 120mm

07. Shutter speed: 1/25sAperture: f/2.8ISO: 2000Jarak fokus: 24mm

05. Shutter speed: 1/30sAperture: f/2.8ISO: 2000Jarak fokus: 38mm

06.

07. 08.

Disember 2011 4039 >>> artikel

Page 23: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

Namun sebagaimana kita semua tahu, tiada rule yang tetap dalam bidang fotografi kerana ia banyak bergantung kepada final message and image yang cuba disampaikan.

Dalam hal ini, pengecualian dapat diberikan kerana shadow di mata itu memberitahu viewer bahawa persembahan ini diadakan dalam suasana yang sangat kasual tanpa the usual lights of a concert, lantas menggambarkan intimacy di antara pemain muzik dan penonton.

Dengan mindset seperti itu, saya cuba merakamkan suasana seperti itu dengan menggunakan teknik isolation dan ada masanya, saya amasukkan sekali bayang-bayang penonton di dalam imej.

Sekiranya anda berpeluang untuk merakamkan konsert atau gig seperti ini, tidak dapat tidak peralatan fotografi sangat penting untuk membantu anda

melaksanakan tugas dengan baik.

Secara umumnya, kebanyakan kamera baru walaupun pada entry level mempunyai keupayaan merakamkan gambar dengan ISO yang tinggi tanpa noise yang ketara, jadi sebaik-baiknya cuba gunakan lens yang mempunyai bukaan aperture yang besar kerana ia akan membantu merakam gambar dalam suasana low light.

Setidak-tidaknya dapatkan lens 50mm f1.8 yang boleh didapati pada harga yang rendah dan ini akan meninggalkan cabaran hanya kepada kekangan pergerakan anda namun bak kata pepatah – di mana ada kesungguhan, di situ ada kejayaan.

Saya mengalu-alukan maklumbalas atau pertanyaan daripada anda.Hantarkan email ke [email protected].

Zuhri Iskandar Kamarzamanwww.redmediaphotography.com

09. Shutter speed: 1/30sAperture: f/2.8ISO: 2000Jarak fokus: 70mm

Disember 2011 41 artikel <<< 42

Page 24: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

DARI GALERI

01. Jurugambar: S.Y.I.B.L.I

Gambar-gambar dari 4 exposure berlainan, pra-proses menggunalan mod Adobe Camera Raw daripada Adobe Bridge, digabungkan menggunakan Photomatix dan diperkemaskan dengan Photoshop CS5

Page 25: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

03.Akeboshi Wind

Jurugambar: wormassey

Shutter speed: 1/250sAperture: f/5.3

ISO: 200Jarak fokus: 70mm

02.Jurugambar: m_azr80

Shutter speed: 2.5sAperture: f/22

ISO: 50

Disember 2011 45 galeri lensa <<< 46

Page 26: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

04. Jurugambar: Kamal Zharif

Shutter speed: 1/400sAperture: f/20

ISO: 200

05. Jurugambar: arepchepha

Shutter speed: 30sAperture: f/5

ISO:100

06. Jurugambar: seensnapphoto

Shutter speed: 1/400sAperture: f/10ISO:200

Disember 2011 4847 >>> galeri lensa

Page 27: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

07. Jurugambar: lufiahs

Kamera:Sony A580 Aperture: f/5.6 Shutter speed: 1/125s Jarak fokus: 60mm ISO: 100

08. Jurugambar: fadlyhalim

Shutter speed: 15sAperture: f/22ISO: 100

09. Jurugambar: Hisham Amat

Shutter speed: 2s (7 dedahan)Aperture: f/8ISO:200

05.

07.

08.

10. Jurugambar: aliff badarudin

Shutter speed: 30sAperture: f/16

ISO:100

11. Jurugambar: S.Y.I.B.L.I

Vertorama dari 2 dedahan, 1 upper, 1

lower, di perkemaskan dengan Photoshop CS5

12. Jurugambar: Dhya Mirza

Shutter speed: 1/60sAperture: f/14

ISO:400

galeri lensa <<< 50Disember 2011 49

Page 28: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

13. Jurugambar: FaizlaazizShutter speed: 1/1250

Aperture: f5ISO: 100

14. Jurugambar: okayrahmans

Shutter speed: 1/60sAperture: f/14

ISO:400

15. Jurugambar: Aliff Badarudin

Shutter speed: 1/60sAperture: f/14

ISO:400

Disember 2011 5251 >>> galeri lensa

Page 29: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

05. Jurugambar: Aliff Badarudin

Shutter speed: 1/320Aperture: f/22

ISO: 400

Disember 2011 53 galeri lensa <<< 54

Page 30: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

lebih dramatik dengan hitam putih

55 >>> tutorial

ramai menyangka gambar lanskap berwarna lebih menarik berbanding

hitam dan putih

Sham Khaleefa Sham Khaleefa

Pernahkah anda terfikir, bagaimana warna memainkan peranan untuk memberi impak dramatik atau pun kesan khas pada sesuatu gambar. Tahukah anda, bahawa dengan cara olahan yang betul menggunakan perisian komputer bakal menghasilkan satu gambar yang lebih menarik berbanding gambar asal.

Walaubagaimanapun, asas sesuatu gambar mesti lengkap. Komposisi dan sudut gambar diambil tersebut perlulah dititik beratkan sebelum membuat sebarang olahan semasa pasca proses. Olahan secara terlampau hanya menjadikan gambar anda lebih teruk. Ditunjukkan di sini bagaimana olahan hitam putih pun boleh memberi impak kepada sesuatu gambar.

1.Pilih gambar yang dikehendaki, dan buka menggunakan perisian Adobe Photoshop. Pastikan gambar yang dipilih mempunyai ciri-ciri gambar yang sempurna seperti pencahayaan dan komposisi yang baik.

Disember 2011 56

Page 31: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

2.

3.

Kemudian pergi ke “create new fill or adjustment layer” seperti gambar rajah di atas dan tekan “Channel Mixer”.

Dan tandakan kotak “monochrome” seperti dalam kotak merah bernombor 2 dan seterusnya anda boleh melaraskan ‘red, green, blue’ yg berada didalam kotak “source channels”. Untuk gambar ini saya menggunkan 69% - red, 30% - green dan 5% - blue.

Pada gambar ini, bahagian bawahnya (foreground) kelihatan sedikit cerah berbanding dgn bahagian atas gambar (background). Dan untuk memperbetulkannya, saya menggunakan teknik masking.

Tekan butang ‘Edit in Quick Mask Mode’ (bulatan 1) kemudian pilih ‘brush’ (bulatan 2) dan sapukan pada bahagian bawah gambar tersebut.

Boleh juga gunakan kekunci short-cut, untuk quick mask ialah huruf “Q” dan huruf “B” untuk brush pada papan kekunci.

Adjustment layer

Quick mask

Brush

4.

5.

Tekan semula butang “Quick Mask” atau tekan huruf “Q” semula untuk memilih kawasan yang telah dimasukkan. Ingat, anda hanya perlu memilih bahagian bawah sahaja, bukan bahagian atas. Untuk itu, tekan “Select” di toolbar atas, dan pilih Inverse.

Tekan “create new fill or adjustment layer” dan tekan “Level”. Lakukan sedikit pembetulan pada Input Levels dan Output Levels. Untuk gambar ini saya menggunakan 16, 0.75, 242 (Input Levels) dan 0, 210 (Output Levels). Rujuk gambar rajah di atas.

Disember 2011 57 tutorial <<< 58

Page 32: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

6.

7.

Untuk yang seterusnya saya ingin menambahkan sedikit fog atau kabus pada gambar dengan menggunakan white layer. Buatkan satu layer baru (bulatan 1), kemudian pergi ke Paint Bucket Tool (bulatan 2) dan pilih warna putih, setelah pada itu turunkan sedikit opacity (bulatan 3) kepada 6%.

Dan yang terakhir, saya lakukan sedikit larasan pada Brightness dan Contrast. Gunakan juga adjustment layer seperti langkah 2 dan 5, cuma pilih untuk “Brightness/Contrast”. Untuk gambar ini saya laraskan Brightnees pada +5 dan Contrast pada -6. Dan hasilnya, lebih dramatik jika berbanding versi berwarna.

1. New layer

3. Opacity 6%

2. Paint bucket tool

Bengkel Filem Pendek & SinematografiKetahui kaedah professional penerbitan filem pendek yang sebenarnya dan bukannya sekadar shoot tanpa mengetahui proses produksi yang sepatutnya.

*Klik pada gambar untuk maklumat lanjut

Disember 2011 60

Page 33: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

Jurugambar wanitabersama peralatan kamera

Bak kata pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’ . Memanglah sangat berat peralatan yang perlu dibawa ketika menjalankan tugas dan mengikut kudrat wanita, mungkin agak sukar dan pastinya ada

cabaran-cabaran yang perlu di atasi

cabaran bulan ini

Kamalia Kamal Kamalia Kamal

1) Kenali keperluan dan Kehendak

Terasa menulis mengenai topik ekonomi pula apabila tajuknya “keperluan dan kehendak”. Pertama-tamanya , tanyakan pada diri anda sendiri, “hari ini saya nak ambil gambar apa?”, sekiranya saya nak ambil gambar bunga, apakah lens yang paling sesuai ?

Pastinya lensa yang boleh memberikan tahap bokeh atau “depth of field” yang tinggi seperti 50mm f/1.8, 24-70mm f/2.8, 70-200mm f/2.8 atau 100mm f/2.8.

Kemudian tanya lagi diri anda , “dimanakah lokasi pilihan untuk mengambil gambar bunga ini, di belakang rumah, di festival bunga,

di ruang tertutup makmal bunga atau di taman –taman jogging biasa? Mungkin juga di hutan belantara?.

Katakan lokasinya di taman-taman rekreasi seperti Taman Tasik Perdana. Tanya lagi diri anda, “adakah aku akan shoot di kaki bukit atau hanya di kawasan bunga-bunga terpilih, atau adakah tempatnya sempit atau luas?”.

Ramaikah pengunjung yang bakal sama mengambil gambar seperti anda? Setelah anda jawab semua soalan ini, anda telah pun dapat serba sedikit suasana tempat tersebut, contohnya; lokasi “shooting”nya di taman bunga di Tasik Perdana yang keluasannya cumalah sebesar kereta Proton

Saga dan tidak ramai manusia yang selalu mengambil gambar di situ . Anda terus membuat keputusan untuk mengambil gambar bunga pada hari Selasa selepas mengambil anak anda pulang dari sekolah.

Sekarang bandingkan pula keperluan untuk lensa-lensa anda seperti 50mm f/1.8 , 24-70mm f/2.8 , 70-200mm f/2.8 dan 100mm f/2.8 . Yang mana satukah yang anda perlukan? Tepuk dada, tanya selera! Pastikan lensa yang dipilih bersesuaian.

2) Pengunaan tali kamera atau pun “strap” yang berkualiti tinggi.

Bagi jurugambar wanita yang masih menyusukan anak, hal ini haruslah di titik beratkan kerana ianya bersangkut paut dengan rasa sengal-sengal dan sakit bahu lebih-lebih lagi kesihatan fizikal anda sewaktu menyusukan anak. Pemilihan tali kamera yang tebal, selesa dan berkualiti boleh mengurangkan rasa sakit bahu menyebabkan kita berasa lebih mudah sewaktu mejalankan tugas. Rasa sakit belakang juga dapat dikurangkan dengan pengunaan tali kamera yang betul. Bagi yang belum berumah tangga, ini juga adalah salah satu pilihan aksesori menarik untuk kamera anda, anda akan lebih kelihatan “hip and funky” dengan tali kamera yang datang dengan pelbagai corak.

Disember 2011 61 cabaran bulan ini <<< 62

Page 34: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

3) Bag Troli

Ini juga salah satu pilihan untuk jurugambar wanita antarabangsa di masa ini, terutama di sebelah barat. Pengunaan bag troli ini menyenangkan kita sebanyak 200% sewaktu melakukan tugasan. Walaupun kelihatan seperti seorang pramugari yang menarik bag trolinya sewaktu menuju ke kapal terbang, ianya memberikan keselesaan kepada si pemakai.

Tiada sakit bahu,sengal tulang dan sakit belakang berbanding bag silang. Dari pada segi penampilan, “lady shooter” boleh bergerak dengan lebih pantas dengan hanya menarik bag troli

mereka. Bag-bag troli ini juga datang dengan pelbagai bentuk, corak dan warna. Ianya tebal dan terdapat ruang pembahagi seperti yang diperlukan untuk lens dan body kamera masing – masing.

Bag troli juga memberikan kebebasan untuk jurugambar wanita mengenakan pakaian yang lebih berfesyen seperti skirt pendek, maxi, singlet, t-shirt gantung dan sebagainya.

Apa yang bagus sekiranya berfesyen? Semestinya ianya akan meberikan semangat untuk menjadi diri kita yang sebenar sewaktu menjalankan tugas. Sekiranya kita adalah seorang wanita yang berfesyen dan

gemarkan aksesori, perlukah kita membataskan segalanya hanya kerana kita menjalankan tugas sebagai jurugambar?

Jurugambar wanita akan tetap terus menjadi wanita, berfesyen, berkasut tumit, bermake-up, bertudung lilit dan membawa bag troli kamera bewarna merah.

Adakah ini akan menjadikan gambar yang kita ambil buruk? Terpulanglah untuk anda menilai.

4) Jurugambar kedua.

Ini juga adalah antara alternatif yang menarik untuk jurugambar wanita. Anda boleh dapatkan jurugambar kedua untuk tugasan yang sedang berlangsung. Bahagikan kerja mengikut peralatan yang dimiliki. Sekiranya tugasan hari ini adalah untuk majlis perkahwinan, anda boleh bahagikan tugas menggunakan lensa sudut luas dan lensa jarak jauh kepada jurugambar kedua anda. Pembahagian tugas ini sudah pastinya banyak membantu meringankan bahu dan tugas anda.

Kelebihan lain juga adalah dari segi menjadi kreatif, tanpa beban di bahu sudah pasti otak anda boleh berfikir dengan lebih tenang sewaktu majlis berlangsung dan bakal menghasilkan gambar yang kreatif dan hebat. Jurugambar kedua lelaki atau wanita? Terpulang pada anda untuk menilai hasil kerja masing-masing, yang pasti kepercayaan dan kualiti gambar yang anda inginkan haruslah dinyatakan dengan jelas kepada jurugambar kedua. Pembahagian tugas haruslah di jelaskan secara terperinci agar gambar yang baik dapat di hasilkan.

5) Pembantu membawa barangan peralatan

Saya pernah juga berjumpa dengan jurugambar lelaki yang mempunyai seorang pembantu untuk membawa peralatan kamera beliau.

Tiada apa yang salah di sini, seperi artis make-up, ramai di antara mereka yang mempuyai

pembantu untuk membawa peralatan solek dan menyediakan pekara-perkara asas sewaktu melakukan tugas.

Juga seperti kodi dan pengutip bola golf, mereka membantu pemain golf agar dapat memberikan konsentrasi yang lebih sewaktu bermain, tiada juga bezanya seperti doktor dengan nurse, bos dengan setiausahanya, walaupun

kerja setiausaha masih boleh dilakukan sendiri oleh bos, tetapi masih lagi ada posisi setiausaha untuk setiap majikan bagi menyenangkan mereka sewaktu melakukan tugasan. Perkara yang sama juga perlu diambil kira sewaktu kita, jurugambar wanita menjalan tugasan.

Disember 2011 6463 >>> cabaran bulan ini

Page 35: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

6) Latihan tangan

Mahu atau tidak, kadangkala kita perlu juga latihan tangan, bahu mahupun senaman hujung minggu untuk memastikan stamina dan kekuatan tangan kita sentiasa dalam keadaan baik.

Pengunaan “dumb bell” adalah antara latihan yang terbaik bagi kaum wanita. Sekiranya

tiada masa,lakukan latihan ini mengunakan lensa anda, pasti ianya lebih selesa dengan lensa kepunyaan sendiri.

Perlukah jurugambar wanita untuk menjadi “masculine lady?”, jawapannya adalah tidak wajib. Ini hanyalah untuk keselesaan disamping meningkatkan kesihatan jurugambar wanita agar tiada yang sakit-sakit tangan atau

sakit tulang di kemudian hari. Jangan risau, mendukung anak kecil juga boleh di kira sebagai latihan tangan bukan?

7) Maksimumkan lensa mengikut kemampuan diri

Sebagai wanita yang mempunyai ketinggian 153cm dan berat 45 kg, pastinya lensa 70-200mm memberikan beban yang tinggi kepada kita, lain pula dengan lensa 50mm.

Jadi belajarlah menggunakan lensa 50mm anda dengan semaksimumnya. Dengan jumlah lensa yang ringan, tiada beban yang berat di bahu pastinya ia akan membantu anda untuk bebas bergerak kesana-kemari tanpa rasa berat dan beban dan menjadi lebih kreatif.

8) Shooting tanpa flash

Untuk gambar-gambar outdoor, belajarlah mengabil gambar tanpa flash, ia akan menyenangkan kerja anda. Belajar untuk menggunakan cahaya semula jadi ciptaan tuhan yang indah ini dan pastinya anda akan terpegun melihat hasilnya.

Satu kamera, lensa yang ringan dan tiada flash pastinya menjadikan keadaan “outdoor shooting” anda lebih senang, cepat dan kreatif kerana otak anda tiada tekanan untuk membawa peralatan kamera lain-lain yang berat seperti lampu studio, tripod, backdrop, lensa yang berat dan panjang , flash dan sebagainya.

Jangan lupa untuk emailkan soalan/cabaran-cabaran lain yang menjadi persoalan anda selama ini untuk dikongsikan bersama jurgambar-jurugambar wanita lain di luar sana.

Kamalia Kamal @ KayPengasas Team Photographer [email protected]

Disember 2011 65 cabaran bulan ini <<< 66

Page 36: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

Photoshop dan jurugambar boleh dikatakan sahabat sehidup semati. Tanpa perisian ini, seumpama tidak lengkap sesuatu tugas yang dilakukan seorang jurugambar. Namun begitu, tidak juga digalakkan untuk jurugambar bergantung sepenuhnya kepada perisian komputer semata-mata kerana gambar yang diambil tidak cantik.

Setiap jurugambar di belakang sesuatu gambar mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk

menyampaikan cerita mereka. Adalah menjadi keinginan setiap jurugambar mahu gambar yang mereka ambil di hargai dan menjadi inspirasi seluruh dunia.

Penggunaan perisian komputer seperti Photoshop banyak membantu jurugambar di seluruh dunia untuk mendapatkan kesan khas, manipulasi dan membetulkan gambar dengan mengubah suai warna, kontra dan level cahaya.

Walaupun nampak mudah, tetapi sebenarnya pengubahsuaian sesuatu gambar memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi bagi memastikan hasil pengubahsuaian mengikut kehendak klien mahupun jurugambar itu sendiri.

Untuk itu, para jurugambar perlulah memperkayakan diri dengan ilmu dan memantapkan skil tentang perisian komputer seperti Photoshop.

67 >>> tutorial

Tutorial Photoshop CS5

Maheez Maheez

Buka gambar ke dalam Photoshop, untuk pengguna Photoshop versi selain dari CS5, boleh juga mengikuti tutorial ini, aplikasi tetap sama, cuma interface sahaja mungkin berbeza.

Hilangkan subjek yang berada di permukaan air dengan menggunakan “spot healing brush tool” atau “healing brush tool”.

Tujuannya adalah untuk menjadikan gambar lebih sempurna dan kemas

Gambar sebelum dan selepas proses olahan.

Spot healing brush tool

Healing brush tool

1.

2.

Disember 2011 68

Page 37: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

Tambah adjustment layer untuk “color balance” di atas layer gambar asal.

Kemudian ubah tetapan warna mengikut gambar rajah dibawah

Butang “adjustment layer” ada dibahagian bawah layer.

3.

Tetapan untuk “vibrance” seperti

gambar rajah di sebelah

Tukar “Blending Mode” kepada “Soft Light”

Ini adalah untuk menjadikan warna yang diolah masuk ke dalam gambar.

T a m b a h k a n adjustment layer lagi. Kali ini untuk “vibrance” pula.

4.

5.

Disember 2011 69 tutorial <<< 70

Page 38: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

Duplicate layer asal gambar, klik Layer di toolbar atas, dan klik duplicate. Untuk short-cut, tekan Ctrl + J (command + J untuk MAC) pada papan kekunci.

Letakkan “filter” high pass, klik Filter di toolbar atas - Other - High Pass.

Dapatkan ketajaman yang sesuai untuk gambar anda. Untuk gambar ini, saya letakkan Radius pada 3.0 pixels. Klik OK.

Anda akan dapat lihat perbezaan antara gambar selepas menggunakan filter High Pass.

5.

6.

Sebelum di letakkan filter “high pass”

Selepas di letakkan filter “high pass”

Disember 2011 7271 >>> tutorial

Page 39: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

PhotoshopMalaya 74

komuniti fotografi berbahasa melayu terbesar di Malaysia

w w w . l e n s a m a l a y a . c o m

ANDA MAHU JADI PENYUMBANG ARTIKEL ATAU JURUGAMBAR PERSONALITI UNTUK ISU AKAN DATANG?

Hantarkan rencana anda sepanjang tidak lebih dari 1000 patah perkataan tentang apa sahaja berkenaan fotografi dan sertakan 5-10 gambar resolusi tinggi tanpa watermark kepada editor kami di [email protected] untuk menjadi penyumbang artikel. Ini hebat untuk penjenamaan anda kepada lebih 18,000 pembaca majalah elektronik ini dan juga forum Lensa Malaya. Untuk jadi penyumbang foto, aktifkan diri anda dalam forum Lensa Malaya. Jika rezeki anda di pilih menjadi personaliti LM, anda akan diberikan beberapa mukasurat untuk ruangan memperkenalkan anda. Ia terbuka kepada semua pembaca

Page 40: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

* Harga adalah sebagai rujukan sahaja dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Pihak kami tidak bertanggung jawab keatas sebarang perubahan atau perbezaan harga.

Panduan pembeli untuk kamera Digital SLRJenama Model Harga

(RM)Saiz sensor (mm)

Pixels efek-tif (MP)

Resolusi maksima

Nisbah gambar

eqvISO (A-auto)

Mod berterusan (fps)

Kelajuan shutter (s)

Media simpanan Titik fokus AF

LCD size (in)

Video Bateri Saiz (mm) Berat (g)

Ekstra

Canon EOS 1000D 1590 22.2 x 14.8 10.1 3888 x 2592 3:2 100~1600, A 3 30~1/4000 SDHC, SD 7 2.5” - LP-E8 Li-ion 126 x 98 x 65 502 Lensa kit EFS 18-55mm IS

Canon EOS 1100D 1870 22.2 x 14.8 12.2 4272 x 2848 3:2 100~6400, A 3 30~1/4000 SDHC, SD 9 2.7” H.264, max 1280x720 LP-E10 Li-ion 130 x 100 x 78 495 Lensa kit EFS 18-55mm IS II

Canon EOS 550D 2610 22.3 x 14.9 18.0 5184 x 3456 3:2 100~6400, A 3.7 30~1/4000 SDHC, SD 9 3” H.264, max 1920x1080 LP-E8 li-ion 129 x 98 x 62 530 Lensa kit 18-55mm IS

Canon EOS 600D 2710 22.3 x 14.9 18.0 5184 x 3456 16:9 max 100~5400, A 3.7 30~1/4000 SDHC, SD 9 3” H.264, max 1920x1080 LP-E8 Li-ion 133 x 100 x 80 570 Lensa kit EFS 18-55mm IS II

Canon EOS 60D 4200 22.3 x 14.9 18.0 5184 x 3456 16:9 max 100~6400, A 5.3 30~1/8000 SDHC, SD 9 3” H.264, max 1920x1080 LP-E6 Li-ion 145 x 106 x 79 755 Lensa kit EFS 18-135mm IS

Canon EOS 7D 5820 22.3 x 14.9 18.0 5184 x 3456 3:2 max 100~6400, A 8 30~1/8000 CF 19 3” H.264, max 1920x1080 LP-E6 Li-ion 148 x 111 x 74 860 Lensa kit EFS 18-135mm IS

Canon EOS 5D Mk II 10 450 36 x 24 21.0 5616 x 3744 3:2 100~6400, A 3.9 30~1/8000 CF 9 3” H.264, max 1920x1080 LP-E6 Li-ion 152 x 114 x 75 850 Lensa kit EFS 24-105mm f4 IS USM

Canon EOS 1D X TBA 36 x 24 18.1 5184 x 3456 3:2 100~51200, A

14 30~1/8000 CF 61 3.2” MPEG4, max 1920 x 1080 LP-E46, Li-ion 158 x 164 x 83 1000 To be announced

Nikon D3000 1558 23.6 x 15.8 10.2 3872 x 2592 3:2 100~1600, A 3 30~1/4000 SDHC, SD 11 3’ - Li-ion EN-EL9a 126 x 97 x 64 536 Lensa kit 18-55mm ED AF-S DV VR

Nikon D3100 1958 23.1 x 15.4 14.2 4608 x 3072 3:2 100~3200, A 3 30~1/4000 SDHC, SD 11 3” MPEG4, max 1920x1080 Li-ion EN-EL14 124 x 97 x 76 536 Lensa kit 18-55mm VR

Nikon D5000 2199 23.6 x 15.8 12.3 4288 x 2848 3:2 200~3200, A 4 30~1/4000 SDHC, SD 11 2.7” MotionJPEG, max 1280x720 Li-ion EN-EL9a 127 x 104 x 80 590 Lensa kit 18-55mm VR AF-s DX

Nikon D5100 2588 23.6 x 15.7 16.2 4928 x 3264 3:2 100~6400, A 4 30~1/4000 SDHC, SD 11 3” MPEG4, max 1920x1080 Li-ion EN-EL14 128 x 97 x 79 560 Lensa kit 18-55mm VR AF-S DX

Nikon D90 3060 23.6 x 15.8 12.3 4288 x 2848 3:2 200~3200, A 4.5 30~1/4000 SDHC, SD 11 3” MotionJPEG, max 1280x720 Li-ion EN-EL3e 132 x 103 x 77 703 Lensa kit 18-105mm VR

Nikon D300s 5158 23.6 x 15.8 12.3 4288 x 2848 3:2 200~3200 7 30~1/8000 CF, SDHC, SD 51 3” MotionJPEG, max 1280x720 Li-ion EN-EL3e 147 x 114 x 74 938 Lensa kit 18-105mm DX VR

Nikon D7000 4088 23.6 x 15.7 16.2 4928 x 3264 3:2 100~6400 6 30~1/8000 SDHC, SD 39 3” MPEG4, max 1920x1080 Li-ion EN-EL15 132 x 105 x 77 780 Lensa kit 18-105mm DX VR

Nikon D700 6389 36 x 24 12.1 4256 x 2832 3:2 200~6400 5,8 30~1/8000 CF 51 3” - Li-ion EN-EL3e 147 x 123 x 77 1074 Kamera sahaja

Nikon D3S 14 785 36 x 23.9 12.1 4256 x 2832 5:4,3:2 200~12800 9-11 30~1/8000 CF, UDMA 51 3” MotionJPEG, max 1280x720 Li-ion EN-EL4a 160 x 157 x 88 1240 Kamera sahaja

Nikon D3X 27 350 35.9 x 24 24.5 6048 x 4032 3:2 100~1600 1-5 30~1/8000 CF, UDMA 51 3” - Li-ion EN-EL4a 160 x 157 x 88 1260 Kamera sahaja

Sony A230 1770 23.5 x 15.7 10.2 3872 x 2592 3:2, 16:9 100~3200, A 2.5 30~1/4000 MS Pro Duo, SDHC, SD

9 2.7” - Li-ion NP-FH50 128 x 97 x 68 490 Lensa kit 18-55mm

Sony A290 1400 23.5 x 15.7 14.2 4592 x 3056 3:2, 16:9 100~3200, A 2.5 30~1/4000 MS Pro Duo, SDHC, SD

9 2.7” - Li-ion NP-FH50 128 x 97 x 89 539 Lensa kit 18-55mm

Sony A330 1995 23.5 x 15.7 10.2 3872 x 2592 3:2, 16:9 100~3200, A 2.5 30~1/4000 MS Pro Duo, SD,HC, SD

9 2.7” - Li-ion NP-FH50 128 x 97 x 71 529 Lensa kit 18-55mm

Sony A390 1795 23.5 x 15.7 14.2 4592 x 3056 3:2, 16:9 100~3200, A 2.5 30~1/4000 MS Pro Duo, SDHC, SD

9 2.7” - Li-ion NP-FH50 128 x 97 x 86 549 Lensa kit 18-55mm

Sony A550 4170 23.4 x 15.6 14.2 4592 x 3056 3:2, 16:9 200~12800, A

5/7 30~1/4000 MS Pro Duo, SDHC, SD

9 3” - Li-ion NP-FM500H 137 x 104 x 84 632 Lensa kit 18-250mm

Sony A580 2810 23.5 x 15.6 16.2 4912 x 3264 3:2, 16:9 100~12800, A

3 30~1/4000 CF, MS Pro Duo 15 3” MPEG4, max 1920 x 1080 Li-ion NP-FM500H 156 x 117 x 82 599 Lensa kit 18-55mm

Sony A850 6200 35.9 x 24 24.6 6048 x 4032 3:2, 16:9 100~3200, A 3 30~1/8000 CF, MS Pro Duo 9 3” - Li-ion NP-FM500H 156 x 117 x 82 895 Kamera sahaja

Sony A900 8700 35.9 x 24 24.6 6048 x 4032 3:2, 16:9 100~1600, A (up to 6400)

5/3 30~1/8000 CF, Ms Pro Duo 9 3” - Li-ion NP-FM500H 156 x 117 x 82 895 Kamera sahaja

Sony SLT-A33 2138 23.5 x 15.6 14.2 4592 x 3056 3:2, 16:9 100~12800, A

7 30~1/4000 MS Pro Duo, SDHC, SD

15 3” MPEG4, max 1920 x 1080 Li-ion NP-FW50 124 x 92 x 85 500 Lensa kit 18-55mm

Sony SLT-A55 2599 23.5 x 15.6 16.2 4312 x 3264 3:2. 16:9 100~12800, A

10 30~1/4000 MS Pro Duo, SDHC, SD

15 3” MPEG4, max 1920 x 1080 Li-ion NP-FW50 124 x 92 x 85 500 Lensa kit 18-55mm

Sony SLT-A65V 3259 23.5 x 15.6 24.3 6000 x 4000 3:2, 16:9 100~12800, A

10 30~1/4000 MS Pro Duo, SDHC, SD

15 3” MPEG4, max 1920 x 1080 Li-ion NP-FM500H 132 x 97 x 81 622 Lensa kit 18-55mm

Sony SLT-A77 5580 23.5 x 15.6 24.3 6000 x 4000 3:2. 16:9 100~16000, A

12 30~1/8000 MS Pro Duo, SDHC, SD

19 3” MPEG4, max 1920 x 1080 Li-ion NP-FM500H 143 x 104 x 81 732 Lensa kita 18-55mm

Disember 2011 7675 >>> panduan pembeli

Page 41: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

DISE

MBE

RKalendar

outing mothershooters

light painting

Tasik Perdana, KL.

Bagan Ajam, Butterworth

10

28

sabtu

RABU

* klik untuk ke laporan penuh di Lensa Malaya

outing LM zon selatanJohor Bharu

outing zon selatan (Melaka)

Kampung Morten, Melaka

04

Aktivitiahad

isnin

26

kalendar aktiviti<<< 78Disember 2011 77

Page 42: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional

fotografi waktu malam dan cahaya, dedahan lebih lama dengan tripod, bunga api tahun

baru, dan semestinya foto terbaik januari 2011

NEXT ISSUE...

Selamat Tahun Baru

2012semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnyajadikan tahun ini untuk anda menjadi lebih hebat dalam fotografi

w w w . l e n s a m a l a y a . c o m

Page 43: MAJALAH RASMI KOMUNITI FOTOGRAFI LANDSKAP · PDF filepengerusi panitia Tuantanah ketua unit penerbitan Omar Khayyam| omar@candidsyndrome.com ... beberapa alat muzik tradisional