definisi wacana
TRANSCRIPT
ISI KANDUNGAN
NOTA WACANA
Definisi wacana
Ciri-ciri wacana
Penanda wacana
TUGASAN
Soalan 1
Petikan Rujukan
Soalan 2
Menandakan penggunaan wacana dalam petikan
Soalan 3
Menyatakan ciri-ciri wacana (berdasarkan petikan)
Soalan 4
Mengemukakan aspek-aspek hubungan wacana (berdasarkan petikan)
Rujukan
Lampiran
NOTA WACANA
DEFINISI WACANA
Wacana ialah semua perkara yang melibatkan bahasa. Berikut merupakan definisi
wacana yang dikemukakan oleh beberapa orang tokoh pengkaji bahasa dan juga
takrifan kamus:
Kamus Dewan (1996)
Keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan atau
percakapan.
Kesatuan fikiran yang utuh, samada dalam bentuk lisan seperti pidato, bahas,
forum, syarahan, ceramah, khutbah, atau tulisan seperti surat, artikel, cerpen,
dan novel.
Kamus Linguistik
Unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri daripada deretan kata
atau kalimat samada dalam bentuk lisan atau tulisan yang dijadikan bahan
analisis.
Asmah Haji Omar
Unit bahasa yang melebihi batas ayat dengan itu wacana boleh terdiri
daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, ciri buku, atau sebagainya
yang memerihalkan kesatuan dan hubungan antara butir fikiran dan juga
perkembangan akaliah yang ada di dalamnya.
Henry Guntur Tarigan (1987: 27)
Kesatuan bahasa yang terlengkap, tertinggi atau terbesar di atas khalimat
atau klausa dengan koheren (kesepaduan) dan kohesi (perkaitan) tinggi yang
berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan
secara lisan atau bertulis.
Harimurti Kridalaksana (1984:208)
Wacana merupakan kesatuan bahasa terlengkap, iaitu dalam hierarki
gramatikal merupakan kesatuan tertinggi. Wacana ini direalisasikan dalam
bentuk karangan yang utuh seperti novel, ensiklopedia, paragraph, kalimat
atau kata yang membawa amanat yang lengkap.
CIRI-CIRI WACANA
1. Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk tulisan, iaitu sama ada naratif
(pemberian), deskriptif (penggambaran), eksposisi (pendedahan) atau
penghujahan. Wacana dapat digambarkan seperti:
2. Setiap wacana perlu dikaji kaitan penutur dalam masyarakat secara amnya
yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak
formal.
3. Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat, perbuatan,
jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah.Begitu juga jika tujuan penutur
adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat
tanya.
wacana
tujuan
khalayak
isi
tatabahasakosa kata
susunan
gaya
paralinguistik
4. Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar
dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan.
5. Setiap wacana tidak boleh dimaksukkan maklumat yang bertentangan
dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya.
6. Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat,
tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya.Ayat-ayat ini harus mempunyai
urutan yang sangat rapat.
7. Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi.Maklumat pertama dalam
wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi.
Andaian disebut judul dan inferensi disebut ulasan.Inferensi menambah
maklumat kepada andaian da lazimnya bahagian ini diberi tekanan suara
yang tinggi.
8. Setiap ayat dalam wacana harus ada maklumat baru yang ada dalam ayat
yang sebelumnya.
Tujuan
Menentukan jenis wacana yang digunakan.
Menentukan bentuk wacana yang dihasilkan.
Tujuan sesuatu wacana juga berkaitan dengan retorik (teknik pemakaian
bahasa).
ciri-ciri wacana
tujuan
hubungan penghasil wacana dengan khalayak
keutuhan susunan
maklumat
Hubungan penghasil wacana dengan khalayak
Wacana mesti berlandaskan hubungan antara penghasil wacana dengan
khalayak (pendengar, penonton, pembaca).
Sebelum menghasilkan wacana, seseorang penghasil wacana harus
menyedari khalayaknya supaya dapat memilih laras bahasa yang sesuai.
Hubungan antara penghasil wacana dengan khalayak dapat dikaitkan dengan
tujuan (penghasil wacana) dan penerimaan (khalayak) sesuatu wacana.
Tahap penerimaan khalayak adalah tinggi sekiranya mereka dapat
memahami wacana yang disampaikan oleh penghasil wacana. Seterusnya,
jika tujuan selari dengan penerimaan, maka tahap pemahaman khalayak
tentang wacana tersebut dikatakan sudah mencapai kesempurnaan.
Keutuhan
Terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam
sesuatu wacana.
Menentukan sama ada sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana atau kumpulan
ayat yang tidak teratur.
Dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh:
1. Runtutan / koheren (kesinambungan idea).
2. Tautan / kohesi (keserasian hubungan).
Dapat dikesan melalui hubungan daripada segi kata dan tatabahasa.
Keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan antara
bahagian dalam sesuatu wacana daripada aspek:
1. Semantik
2. Leksikal
3. Gramatikal
Hubungan wacana daripada aspek semantik
Hubungan ini bermaksud hubungan daripada kesepaduan makna yang wujud
dalam sesuatu wacana.
Hubungan semantik antara bahagian wacana dapat diperincikan melalui:
1. Hubungan sebab dan akibat
2. Hubungan sebab dan hasil
3. Hubungan sebab dan tujuan
4. Hubungan latar dan kesimpulan
5. Hubungan syarat dan hasil
6. Hubungan perbandingan
7. Hubungan memperkuat isi/hubungan penjelasan
8. Unsur-unsur fonologi (hentian, intonasi, nada suara)
9. Situasi wacana
10.Kesatuan topik/tema
11.Unsur-unsur paralinguistik (tulisan-tanda baca; lisan-air muka dan isyarat)
Hubungan wacana daripada aspek leksikal
Hubungan ini dapat dilihat daripada wujudnya pertalian antara perkataan
dalam sesuatu wacana.
Hubungan leksikal antara bahagian dalam wacana tercapai dengan cara
memilih kosa kata yang serasi.
Cara memperolehi hubungan leksikal:
1. Mengulang kata yang sama
2. Sinonim
3. Antonim
4. Hiponim
5. Kolokasi
6. Unsur bersambut
Hubungan wacana daripada aspek gramatikal
Merupakan hubungan wacana yang berkaitan dengan tatabahasa.
Antara penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana:
1. Penanda rujukan – kata ganti nama diri orang dan kata ganti tunjuk.
2. Penanda penggantian – proses menggantikan unsur bahasa dengan
unsur lain iaitu kata nama (nominal), kata kerja (verbal) dan klausa.
3. Ellipsis-melibatkan penggunaan kata, frasa atau klausa yang telah disebut
dalam ayat sebelumnya.
4. Penanda penghubung- berfungsi menjalinkan kata dengan kata, frasa
dengan frasa, klausa dengan klausa, serta ayat dan ayat.
Maklumat
Maklumat yang terkandung dalam sesuatu wacana dapat dibahagikan kepada
maklumat lama dan maklumat baharu.
Setiap ayat mesti mempunyai maklumat baharu yang belum dinyatakan
dalam ayat sebelumnya.
Dalam sesuatu wacana, tidak harus wujud:
1. Tantologi (mengulang idea)
2. Maklumat yang bertentangan.
PENANDA WACANA
Untuk memastikan keutuhan wacana, kata atau rangkai kata telah digunakan
bagi merangkaikan ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan.
Unsur perangkai ini dikenal sebagai penanda wacana.
Fungsi Contoh penanda wacana
(a) Tambahan Selanjutnya; seterusnya; selain itu; di samping itu;
begitu juga; demikian juga; tambahan lagi
(b) Tambahan dan Lebih-lebih lagi; tambahan pula; malah; malahan;
penegasan bahkan; lagipun
(c) Pertentangan Namun; namun begitu; namun demikian;
bagaimanapun; walaupun demikian; akan tetapi;
sungguhun begitu
(d) Sebab dan kesan
atau lanjutan
Oleh sebab itu; oleh itu; justeru; dengan itu; dengan
ini; dengan demikian; oleh yang demikian; jadi;
sebagai hasilnya
(e) Perkaitan Sehubungan dengan itu; dalam hal ini; berhubung
dengan; berkaitan dengan dari segi; dari sudut
(f) Waktu Sebelum itu; kini; pada masa ini; sementara itu;
selepas itu; lambat laun; akhirnya
(g) Tempat Di sini; di samping; berhampiran dengan;
berdekatan dengan
(h) Perbandingan Lain halnya; seperti; dalam hal yang demikian;
sesuai dengan
(i) Contoh Sebagai contoh; misalnya; contohnya
(j) Urutan Pertama; kedua; ketiga; selepas itu; kemudian;
akhirnya
(k) Pernyataan
semula
Iaitu; yakni; dengan kata lain
(l) Tujuan dan
maksud
Untuk tujuan ini; hal ini bermaksud; maksudnya
(m
)
Harapan Semoga; moga-moga; mudah-mudahan
(n) Pendahuluan Sebagai pendahuluan; mulanya; yang pertama
(o) Rumusan Kesimpulannya; akhir kata; secara keseluruhan
(p) singkatan Ringkasnya; pendek kata; secara ringkas
(q) Generalisasi Pada umunya; secara amnya; secara umunya
(r) Penekanan atau
penegasan
Sesungguhnya; sebenarnya; sememangnya;
tegasnya; sewajarnya; tentulah; pastilah; nyatalah
(s) Bahasa klasik Hatta; maka; syahadan; adapun; alkisah; kalakian;
sebermula
Jadual 1.0 : contoh penanda wacana yang kerap digunakan dan fungsinya.
TUGASAN
(SOALAN 1)
Petikan rujukan
(SOALAN 2)
Menanda penggunaan wacana dalam petikan
Leitkultur Teras “Satu Malaysia”
Oleh S.M. Zakir
Sejarah wujud sebagai roh kebudayaan yang mencerminkan nilai serta tingkat
pemikiran sesebuah masyarakat. Lebih daripada itu, sastera memperlihatkan
ketinggian tamadun sesebuah bangsa. Sastera tinggi selalunya lahir mengiringi
kemunculan tamadun dan peradaban besar dunia. Setiap tamadun dan peradaban
besar dihalusi serta diperkemas oleh kewujudan kebudayaan tinggi. Perkembangan
budaya tinggi ini lahir daripada pembangunan pemikiran masyarakat hasil daripada
wujudnya peradaban dalam masyarakat tersebut. Kebudayaan tinggi ini wujud
sebagai roh kepada peradaban itu, yang dicerminkan oleh kehadiran karya sastera
agung yang halus dan tinggi pemikirannya. Dalam erti kata lain, sastera tinggi ini
mencerna nilai dan menjadikan budaya ini berjiwa dan bermartabat.
Peradaban yunani masih kekal sebagai nilai budaya tinggi dengan adanya hasil
kesusasteraan yang ditulis Homer yakni Iliad dan Odyssey, Oresteia di tangan
Aeschylus, Oedipus karya Sophocies dan lain-lain lagi, yang kekal sebagai bukti
kebudayaan tinggi Yunani. Peradaban purba India pula muncul sebagai peradaban
besar bukan hanya kekuatan politik ketenteraan, tetapi menonjol oleh kebudayaan
tinggi yang diwakili oleh karya sastera agung seperti Mahabrata dan Ramayana
yang menjadi roh kepada kebudayaan India. Sementara itu, peradaban Han di China
memperlihatkan ketinggian budaya yang disertai oleh mahakarya kesusasteraan
seperti Pinyin juga disebut sebagai Sanguozhi Pinghua atau Roman Tiga Kerajaan
(Romance of The Three Kingdoms) yang dikumpulkan dan ditulis semula oleh Luo
Guanzhong pada abad lampau.
Tamadun Melayu-Islam yang berpusat di Melaka dahulunya juga menyaksikan
kehadiran mahakarya sastera seperti Sejarah Melayu yang kemudian berkembang
kepada Hikayat Hang Tuah, hikayat lain dan syair keagamaan. Hal ini menunjukkan
bahawa peradaban dan ketamadunan itu wujud secara lengkap, diisi dengan
keperkasaan negara dari sudut politik dan ekonomi dan kehalusan serta ketinggian
pemikiran dari sudut budaya.
Walau bagaimanapun, kebudayaan tinggi yang wujud itu selalunya mewakili satu
sifat bangsa yang berpusat kepada keperibadian bangsa tersebut. Apabila zaman
berubah, dan berlaku perpindahan serta pergerakan manusia yang mula
memisahkan sempadan bangsa serta negara yang berasaskan sifat homogen, maka
kebudayaan mula menjadi sama ada sebuah warisan atau pembentuk nilai baharu
dalam sesebuah masyarakat baharu. Dalam suasana mutakhir ini, kebudayaan
harus menjadi kedua-dua warisan dan pembentuk nilai baharu dalam masyarakat.
secara de facto, kebudayaan menjadi wajah kepada sebuah keperibadian baharu,
masyarakat yang sama sekali berbeza dengan zaman sebelumnya. Masyarakat
yang berbeza ini muncul daripada masyarakat homogen yang menjadi masyarakat
heterogen. Dalam erti kata lain, wujud sebuah masyarakat majmuk yang terdiri
daripada pelbagai bangsa. Maka, budaya ini menjadi pelbagai, yakni multibudaya
yang bergaul dalamnya etnik atau bangsa yang bebeza.
Kepelbagaian budaya ini bergaul dan adakala terlakur dalam proses pembentukan
masyarakat baharu, dan menghasilkan suatu bentuk nilai dan kerangka baharu yang
melambangkan kehadiran sebuah peradaban baharu yang heterogen sifatnya.
Dalam keadaan ini, budaya asal mula diasak oleh budaya pendatang yang tidak
boleh ditolak lagi. Pertembungan ini akan mewujudkan reaksi untuk membina
kembali kebudayaan melalui dua bentuk proses iaitu asimilasi ataupun integrasi.
Dalam dunia hari ini, permasalahan multibudaya dan pluralisme budaya ini menjadi
suatu fenomena sejagat.
Maka itu, dalam menstrukturkan kembali kebudayaan ini, dilihat bahawa perlu suatu
bentuk budaya utama yang menjadi teras kepada kepelbagaian tersebut. Budaya ini
disebut sebagai leitkultur, iaitu budaya yang memimpin semua budaya lain yang
terkandung bersama-sama. Dalam konteks ini, leitkultur selalunya mewakili budaya
asli yang sedia wujud. Leitkultur merupakan sebuah konsep moden yang mula
diperdebatkan di Jerman pada dekad akhir abad ke-20. Leitkultur mula
diperdebatkan Bassam Tibi, seorang warga Jerman berketurunan Arab Syria yang
berhujah tentang konsep multibudaya dalam konteks negara Jerman. Leitkultur
kemudian menjadi konsep politik yang kontroversi, apabila tafsiran yang pelbagai
mula diberi mengikut kefahaman dikotomi budaya asal dan budaya pendatang.
Leitkultur didefinisikan sebagai budaya utama atau budaya teras yang
melambangkan keperibadian sesebuah negara bangsa.
Bassam Tibi mengemukakan konsep leitkultur ini pada tahun 1998 dalam bukunya,
Europe ohne Identitat (Europe Without Identity) sebagai sebuah budaya utama yang
baharu, dan bukan sebuah budaya kuno Eropah yang bersifat berpusat-Barat
(western-centric) yang mementingkan nilai barat (western-values) di bawah regim
Kristian-Barat. Tibi meletakkan leitkultur sebagai budaya universal yang berasaskan
konsep multibudaya, secara tuntas mempunyai sifat modenis, demokrasi, sekular,
pencerahan, hak asasi dan hak sivil. Secara politik, leitkultur mendukung prinsip
“liberal-demokratic basic order” (Frelheithlitch-demokratischen Grundordnung). Tibi
bagaimanapun menolak “parallel societies” yang mewujudkan masyarakat minoriti
yang bekerja bersama-sama dalam membangunkan negara tetapi, pada hakikatnya
terasing atau terpisah daripada masyarakat majoriti yang dominan-politik (kulit putih)
di sekeliling mereka, melalui tindakan pegabsahan hak istimewa (affirmatif action).
Walau bagaimanapun, konsep leitkultur juga dibawa dalam pemahaman yang lain,
yakni pengabsahan budaya teras yang berdasarkan budaya majoriti atau budaya
asal, yang kemudian berdiri sebagai budaya tunggal (monocultural) yang melahirkan
superioriti yang membawa budaya asimilasi. Dalam erti kata lain, penegasan
terhadap suatu bentuk budaya tunggal iaitu budaya majoriti yang wajib diterima dan
diamalkan oleh semua pihak dalam mendirikan sebuah kebudayaan tinggi yang
homogen sifatnya itu kembali. Leitkultur seterusnya menjadi pembimbing, asas
keperibadian masyarakat tersebut. Dari sudut kenegaraan , leitkultur mewujudkan
patriotisme dan nasionalisme. Maka, konsep perpaduan dapat dibangunkan dalam
sebuah pergerakan atau tindakan asimilasi.
Di sini lahir pandangan Norbert Lammert yang menjelaskan masyarakat (Jerman)
harus mencapai konsensus atas apa-apa yang disebut sebagai nilai fundamental
yang mempunyai piawaian yang tetap, dan tidak berubah-ubah mangikut keperluan
atau keadaan semasa. Pandangan ini menjadi satu lembaga yang tetap dan tidak
berubah atau bergerak sembarangan oleh sebarang tekanan atau desakan budaya
semasa. Sebagai ciri budaya moden, kebebasan pengucapan dan kebebasan media
untuk menyalurkannya harus menjadi bahagian penting daripada nilai fundamental
ini. Dalam soal multibudaya pula, Lammert berhujah bahawa walaupun budaya
menjadi perhatian penting tetapi, pada akhirnya multibudaya tidak mampu mencapai
sesuatu yang bermakna dalam masyarakat yang mana semua nilai adalah sama.
Jika hal ini berlaku, sebenarnya tiada sebarang nilai yang wujud di situ. Dalam
memperkatakan konflik nilai ini, masyarakat harus menentukan nilai manakah yang
sah, dan nilai mana yang tidak sah. Dalam erti kata lain, tidak semua nilai yang
dibawa oleh budaya dalam pakej multibudaya itu dapat diterima sebagai nilai yang
benar dan baik untuk sesebuah masyarakat yang besar dan pelbagai itu.
Seharusnya ada nilai utama (budaya asal dan asli) yang perlu diperkukuhkan
sebagai kebudayaan negara. Lammert menolak untuk melihat budaya utama atau
fundamental ini sebagai leitkultur Jerman sebaliknya, beliau melihatnya sebagai
leitkultur Eropah.
Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan boleh dilihat sebagai menegaskan
budaya Melayu yang di entiti bahasa Melayu sebagai leitkultur kebudayaan
Malaysia. Dalam erti kata budaya Melayu dengan entiti bahasa Melayu sebagai
budaya utama atau teras kebudayaan Malaysia. Sastera Melayu, iaitu sastera yang
ditulis dalam bahasa Melayu secara langsung menjadi sastera kebangsaan, yakni
sastera Malaysia. Sastera Melayu merupakan teras atau fundamental kepada
kebudayaan kebangsaan, yakni bahasa Melayu. Sekali gus sastera Melayu dalam
bentuk sastera kebangsaan wujud sebagai leitkultur.
(1050 patah perkataan)
(Dipetik daripada majalah Dewan Sastera-Ogos 2009)
(SOALAN 3)
Menyatakan ciri-ciri wacana
CIRI-CIRI WACANA
Terdapat beberapa penanda wacana yang digunakan dalam teks tersebut:
1.Penanda penghubung
(i) Penghubung tambahan
Contoh:
Ayat Penanda wacana
Lebih daripada itu, sastera memperlihatkan
ketinggian tamadun sesebuah bangsa.
- lebih daripada itu
Setiap tamadun dan peradaban besar dihalusi
serta diperkemas oleh kewujudan kebudayaan
tinggi.
- dan
Dalam erti kata lain, sastera tinggi ini mencerna
nilai dan menjadikan budaya ini berjiwa dan
bermartabat.
- dalam erti kata lain
(ii) Penghubung tentangan
Contoh:
Ayat Penanda wacana
Walau bagaimanapun, kebudayaan tinggi yang - walau
wujud itu selalunya mewakili satu sifat bangsa
yang berpusat kepada bangsa tersebut.
bagaimanapun
Tibi bagaimanapun menolak “parallel societies”
yang mewujudkan masyarakat minoriti yang
bekerja bersama-sama dalam membangunkan
negara tetapi, pada hakikatnya terasing atau
terpisah daripada majoriti yang dominan-politik
(kulit putih) di sekeliling mereka, melalui tindakan
pengabsahan hak istimewa (affirmatif action).
- bagaimanapun
Lammert menolak untuk melihat budaya utama
atau fundamental ini sebagai leitkultur Jerman
sebaliknya, beliau melihatnya sebagai leitkultur
Eropah.
- sebaliknya
(iii) Penghubung musabab
Contoh:
Ayat Penanda wacana
Maka itu, dalam menstrukturkan kembali
kebudayaan ini, dilihat bahawa perlu suatu bentuk
budaya utama yang menjadi teras kepada
kepelbagaian tersebut.
- maka itu
(iv) Penghubung tempoh
Contoh:
Ayat Pananda wacana
Tamadun Melayu-Islam yang berpusat di Melaka
dahulunya juga menyaksikan kehadiran mahakarya
seperti Sejarah Melayu yang kemudian
berkembang kepada Hikayat Hang Tuah, hikayat
- kemudian
lain dan syair keagamaan.
Maka, budaya ini menjadi pelbagai, yakni
multibudaya yang bergaul dalamnya etnik atau
bangsa yang berbeza.
- maka
Leitkultur seterusnya menjadi pembimbing, asas
dan keperibadian masyarakat tersebut.
- seterusnya
Sementara itu, peradaban Han di China
memperlihatkan ketinggian budaya yang disertai
oleh mahakarya kesusasteraan seperti Pinyin yang
juga disebut sebagai Sanguozhi Pinghua atau
Roman Tiga Kerajaan (Romance of The Three
Kingdoms) yang dikumpulkan dan ditulis semula
oleh Luo Guanzhong pada abad lampau.
- sementara itu
2. Penanda rujukan
Contoh:
Ayat Penanda
wacana
Budaya teras ini disebut sebagai leitkultur, iaitu budaya yang
memimpin semua budaya lain yang terkandung bersama-
sama. Dalam konteks ini, leitkultur selalunya mewakili budaya
asli yang sedia wujud.
- ini
Maka , konsep perpaduan dapat dibangunkan dalam sebuah
pergerakan atau tindakan asimilasi. Di sini, lahir pandangan
Norbert Lammert yang menjelaskan masyarakat (Jerman)
harus mencapai konsensus atas apa-apa yang disebut
sebagai nilai fundamental yang mempunyai piawaian yang
tetap, dan tidak berubah-ubah mengikut keperluan dan
keadaan semasa.
- sini
Dalam soal multibudaya pula, Lammert berhujah bahawa - situ
walaupun multibudaya menjadi perhatian penting tetapi, pada
akhirnya multibudaya tidak mampu mencapai sesuatu yang
bermakna dalam masyarakat yang mana semua nilai adalah
sama. Jika hal ini berlaku, sebenarnya tiada sebarang nilai
yang wujud di situ.
3. Penanda penggantian
Ayat Penanda wacana
Di sini, lahir pandangan Norbert Lammert yang menjelaskan
masyarakat (Jerman) harus mencapai konsensus atas apa-
apa yang disebut sebagai nilai fundamental yang mempunyai
piawaian yang tetap, dan tidak berubah-ubah mengikut
keperluan dan keadaan semasa. Pandangan ini, menjadi
satu lembaga tetap dan tidak berubah atau bergerak
sembarangan oleh sebarang tekanan atau desakan budaya
semasa.
- pandangan
Maka itu, dalam menstrukturkan kembali kebuadayaan ini,
dilihat bahawa perlu suatu bentuk budaya utama yang
menjadi teras kepada kepelbagaian tersebut. Budaya teras
ini disebut sebagai leitkultur, iaitu budaya yang memimpin
semua budaya lain yang terkandung bersama-sama.
- budaya teras