cukai jizyah

7
Sejarah islam Nama: Noorhidayah binti mohd nasri Kelas: 6 Atas Za’ba Guru: Puan Jumriati Armin Tajuk: Bincangkan bentuk perhubungan luar/ naungan melalui pembayaran Jizyah pada Zaman Khalifah Al-Rasyidin & Khalifah Umaiyyah pada abad ke 7-8

Upload: asmidahisdal

Post on 29-Jul-2015

39 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cukai jizyah

Sejarah islam

Nama: Noorhidayah binti mohd nasriKelas: 6 Atas Za’ba

Guru: Puan Jumriati Armin Tajuk: Bincangkan bentuk perhubungan

luar/ naungan melalui pembayaran Jizyah pada Zaman

Khalifah Al-Rasyidin & Khalifah Umaiyyah pada abad ke 7-8

Page 2: Cukai jizyah

SUMBER

Page 3: Cukai jizyah

Rangka karangan

Pendahuluan - Pengenalan kepada jizyah Isi Pelaksanaan sistem naungan pada zaman Khulafa al-

Rasydin Pelaksanaan sistem naungan pada zaman Khalifah

Umayyah Kesimpulan

Page 4: Cukai jizyah

PENDAHULUAN

Kewujudan sesebuah negara yang dinaungi oleh kerajaan Islam berkait

rapat dengan cukai Jizyah. Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir Dhimmi tujuan pelaksanaan cukai ini adalah sebagai balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa orang-orang bukan islam, sumber jizyah ini sebenarnya telah pun dipraktikkan pada zaman

Nabi Muhammad s.a.w, namun pelaksanaannya lebih formal pada zaman Kulafa’ al-Rasyidin dan pada zaman kerajaan Umayyah.

Page 5: Cukai jizyah

Pelaksanaan sistem naungan zaman Khulafa’ al-Rasyidin Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin sistem

cukai jizyah dikembangkan ekoran perluasan kerajaan Islam ke wilayah Mesopotamia, Asia Tengah, Syria dan Afrika

Dalam seluruh wilayah tersebut, golongan Zimmi atau orang bukan Islam yang bernaung di bawah pemerintahan islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara islam dikenakan cukai jizyah.

Pada zamn pemerintahan Abu Bakar, pemimpin Hirah telah bersetuju membayar jizyah sebanyak 19 ribu Dirham setahun setelah diberi tiga pilihan sama ada memeluk islam, diserang, atau membayar jizyah.

Pd zaman pmerintahan Khulafa Uthman bin Affan, beberapa buah kawasan di utara Afrika menyatakan kesanggupan berada di bwh naungan kerajaan islam serta sanggup membayar jizyah.

Zaman Khulafa Umar bin al-Khattab menyaksikan semakin banyak negara menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam. Mesir Cthnya, sanggup berada di bawah naungan kerajaan islam setelah Amru bin al-As menghapuskan penjajahan Byzantine di sana.

Penduduk Baitulmaqaddis melalui pemimpinnya telah menandatangani perjanjian damai dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan menyatakan kesanggupan membayar jizyah dengan syarat kerajaan islam memberi jaminan keselamatan jiwa, nyawa, harta benda, jaminan kebebasan beragama serta amalan ibadat bagi semua penddk di Baitulmuqaddis di samping bersedia menyerahkan segala masalh yg tdk dpt di selesaikan oleh pnddk Baitulmuqaddis kpd pemerintahan Islam.

Page 6: Cukai jizyah

Pelaksanaan sistem naungan zaman kerajaan Umayyah

Menjelang penubuhan pemerintahan Bani Umayyah, cukai jizyah merupakan salah satu sumber kewangan yang penting untuk pembangunan negara islam

Selaras dengan dasar peluasan kuasa politik khalifah dan pemusatan kuasa kerajaan Umayyah, khalifah Muawiyah telah menubuhkan sebuah jabatan kewangan khas bagi menguruskan hal ehwal percukaian termasuk cukai jizyah.

Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa semua projek dan perancangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar. Jabatan kewangan tersebut dikenali Diwan al Kharaji.

Pada asalnya cukai jizyah dikenakan ke atas orang bukan islam )Zimmi) saja. Prinsip ini diamalkan padaa zaman Khulafa al-Rasyidin.

Pada zaman Bani Umaiyah, dasar ini telah diubah. Bermula daripada zaman khalifah Abdul Malik bin Marwan, cukai jizyah telah dikenakan bukan saja kepada orang bukan islam tetapi juga kepada orang islam keturunan bukan Arab (Mawali)

Pada zamn Umar bin Abdul Aziz beliau mengembalikan polisi bayaran jizyah seperti zaman Khulafa al-Rasyidin dengan memansuhkannya daripada orang-orang kafir Zimmi yang memeluk Islam. Namun selepas kematian Umar, dasar cukai jizyah beliau telah dimansuhkan. Khalifah Yazid II, pengganti Umar bin Abdul Aziz mengembalikan semula dasar diskriminasi terhadap golongan Islam bukan arab.

Page 7: Cukai jizyah

KESIMPULAN

Orang-orang bukan islam yang mendiami sebuah negara islam atau berada di bawah naungan kerajaan Islam, dijamin hak-hak mereka tetapi mereka dikehendaki membayar jizyah. Kutipan jizyah bukan

untuk menindas tetapi untuk digunakan bagi menjamin keselamatan dan kepentingan mereka. Apabila kerajaan Islam lemah dan tidak

mampu melindungi negara bukan Islam di bawah naungannya, maka jizyah tidak akan diambil.