ctu151 siap
TRANSCRIPT
SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM
CTU 151
KELEMAHAN UMAT ISLAM DAN JALAN PENYELESAIANNYA
LECTURER:
USTAZAH ROHIDA BINTI ISMAIL
NAME:
MOHD ASYRAF BIN ABDULLAH (2010689376)
MOHAMAD AMIR ARSYAD BIN MOHD ADAM (2010692482)
AHMAD IZZAT BIN AHMAD FAUZI (2010442566)
TARIKH : 18-02-2011
ISI KANDUNGAN
1) PENDAHULUAN…………………………………………1
2) PUNCA KELEMAHAN…………………………………2-7
3) LANGKAH PENYELESAIAN…………………………8-10
4) KESIMPULAN…………………………………………..11-12
5) RUJUKAN…………………………………………………13
PENDAHULUAN
Perkembangan terakhir dalam masyarakat hari ini memperlihatkan bahawa terdapat kemelut yang sukar dimengertikan. Begitu pun masih ada ruang untuk kita memahami persoalan itu dengan mengkaji dan menliti tentang kelemahan umat islam pada masakini dalam konteks global.
Walaupun zaman kini merupakan zaman moden, umat islam masa kini seringkali terdedah dengan pelbagai gejala dan budaya yang mampu memesongkan keimanan dan budaya hidup seseorang itu dari melalui landasan yang betul yang berpandukan Al-quran dan sunnah yang dibawa oleh junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.
Tugasan yang di berikan ini terdapat faktor-faktor kemunduran umat islam pada masa kini dan jalan penyelesaiannya. Dalam mejayakan tugasan ini, kami tidak lupa mengucapkan bebanyak ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Ustazah Rohida Bt Ismail kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada kami dalam melakukan tugasan mengikut format yang betul. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada semua pihak yang membantu dalam mencurahkan idea dan saranan. Hanya Allah S.W.T sahaja kami pohonkan ganjaran baik buat mereka.
Ahkrinya, tugasan ini telah dapat di siapkan mengikut kadar masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah.
PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM MASA KINI
Umat Islam Yang Lupa Diri
Allah s.w.t.telah mencipta manusia sebagai umat terbaik,serperti yang dijelaskan di dalam al-
Quran nur karim kerana mereka menyeru orang berbuat makruf dan mencegah orang berlaku
mungkar, serta beriman kepada Allah s.w.t.
Tetapi manusia pada hari ini melihat makruf sebagai sesuatu yang mungkar dan melihat yang
mungkar sesuatu yang makruf. Malah lebih dari itu, ia menyuruh orang berbuat mungkar dan
mencegah mereka berbuat makruf, sehingga dilanda fitnah yang tidak ditemukan hujung
pangkalnya, yang membuat intelektual muslim menjadi bingung.
Secara ringkas dapat dikatakan bahawa umat kita telah melupakan Allah, lalu Allah
melupakan dia pada dirinya sendiri dan Maha Besar Allah dengan firman-Nya yang
bermaksud:
“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Allah melupakan dia
pada diri mereka sendiri” (al-Hasyr: ayat 19).
Kekuatan Akal Kita Di Sia-Siakan
Kekuatan akal kita sia-siakan, kerana kita bagaikan burung tiung hanya suka meniru. Kita
tidak mahu berijtihad, tidak suka mencipta sendiri, tidak kreatif, senang menghafal daripada
berfikir dan lebih senang mengutip fikiran orang lain, baik fikiran pendahulu kita ataupun
masyarakat lain, kerana kita menganggap tidak perlu bersusah payah berfikir sendiri Suatu
ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita
dan keinginan negaranya. Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana
mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya
diketahui. Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya: “Tenanglah,
pecayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu –Pent) tidak akan membacanya, kerana
mereka tidak suka dan malas membaca”. Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat
yang ayat pertama dalam kitab yang diturunkan kepadanya memerintahkan; “Iqra” (bacalah).
Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai
(Dr. Yusuf Al-Qaradhawi,2004,Di Mana Punca kelemahan Umat Islam Masa Kini,Cetakan Pertama,Al-Hidayah Publishers Sdn Bhd,Kuala Lumpur)
memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam
melaksanakannya.
Kekuatan Ekonomi Di Sia-siakan
Kekuatan ekonomi kita disia-siakan, padahal kita hidup di bumi terbaik, yang paling baik
daerahnya, paling subur tanahnya, paling kaya bahan galiannya serta kaya dengan hasil laut
tetapi kita tidak memanfaatkan kekayaan itu.
Rakyat Malaysia pada hari ini terlalu mengharap pada keperihatinan kerajaan terhadap
masyarakat,melaui subsidi,modal perniagaan dan sebagainya.
Kekuatan Tenaga Di Sia-siakan
Kekuatan tenaga manusia kita sia-siakan, meskipun kita selalu membangga diri dengan
jumlah yang sangat ramai, tetapi apalah ertinya jika membuat hal masing-masing tanpa
mempedulikan orang lain.
Seharusnya kita mengambil manfaat dari kekuatan tenaga manusia (manpower) kita, seperti
yang dajarkan Jamaluddin al-Afghani kepada bangsa India dahulu. Katanya: “Jika kekuatan
jutaan kamu itu berupa lalat yang meraung-raung di telinga Inggeris, tentu kamu akan
berhasil memecahkan telinga mereka”.
Kekuatan sedemikian hanya pernah dicapai ketika zaman memperjuangkan kemerdekaan
Malaysia dari kuasa asing,tetapi kini kekuatan tersebut hanya digunakan terhadap pekara
yang temeh-remeh contohnya saling bersepakat dalam menjatuhkan seseorang di dalam
perniagaan.
Kekuatan Jiwa Di Sia-siakan
Kurikulum pelajaran kita tidak mampu menterjemahkan erti dan sifat “Rabbaniyah” ke dalam
jiwa kita. Tepat sekali apa yang dikatakan penyair dan pemikir Islam, Muhammad Iqbal,
ketika mengatakan tentang “sekolah-sekolah moden”, bahawa ia boleh membuka mata
generasi muda untuk mempelajari berbagai hakikat dan pengetahuan, namun ia tidak
mengajari matanya bagaimana menangis dan tidak mengajari hatinya supaya khusyuk.
Musibah paling tragis yang menimpa umat kita dewasa ini ialah menjadikan agama sebagai
permainan dan senda gurau dan menjadikan permainan dan senda gurau sebagai agama!
Bagaimana tidak, kita telah tergila-gila menghiasi tembok masjid dengan ayat-ayat al-Quran,
tetapi tidak menghias kehidupan kita dengan al-Quran. Kita membacakan al-Quran untuk
orang-orang mati, tetapi tidak mengajarkannya kepada orang-orang hidup! Kita berusaha
memiliki al-Quran, membawanya berkah, padahal berkah yang hakiki terletak dalam
mengikuti perintah-Nya dan menjauhi larangan Nya.
Penulis(Prof Dr. Yusof al-Qardhawi) selalu mengatakan dan akan selalu mengatakan,
bahawa kunci keperibadian umat ini dan kebanggaan kekuatannya terletak pada keimanan
kepada Islam, yang telah menjadikannya sejak dahulu sebagai umat terbaik yang dikirimkan
untuk seluruh manusia dan telah memberikan kemenangan atas golongan kuasa besar,
meskipun kekuatan tenaga manusianya sedikit dan kelengkapan senjatanya sangat minima.
Kita memiliki aqidah terbesar, risalah paling lengkap, kita memiliki kitab Ilahi satu-satunya
yang terjaga dari kerosakan dan pemindaan oleh tangan-tangan jahat, namun kita dilanda lupa
diri, tidak menyedari sumber tenaga dan kekuatan yang ada pada diri kita sendiri.
Rahsianya terletak pada penyakit yang merosak batin kita, berupa rasa cinta dan keinginan
pada hal-hal yang gemerlapan, lebih senang hidup bermegah-megah yang dinamakan oleh
hadith itu sebagai “wahan” dan ditafsirkan sebagai “Cinta dunia dan takut mati!”
Maka tidak menghairankan, kalau umat yang terbilang seribu juta itu, terdiri dari umat yang
bertutut di bawah si Yahudi yang hanya berjumlah tiga juta!.
Tiada Penghisaban Diri
Keluhan pertama yang sangat dirasakan oleh para pakar dalam pergerakan Islam, bahawa
usaha menghisab diri adalah sangat lemah, atau boleh dikatakan pada umumnya tidak ada.
Ulama’ zaman dahulu berkata: “Orang mukmin sangat keras memperhitungkan dirinya, lebih
dari seorang penguasa yang diktator dan dari seorang sekutu yang kikir.”
Perpecahan Dan Perselisihan
Salah satu penyakit pergerakan Islam moden adalah adanya perpecahan parah yang kita
saksikan antara bahagian-bahagiannya yang beragam. Masing-masing merasa kebenaran itu
hanya ada dalam jamaahnya saja, sedang di luar jamaahnya hanyalah kesesatan. Yang dapat
masuk syurga dan selamat dari api neraka hanya dimonopoli oleh anggota jamaahnya, hanya
dia saja yang merupakan “kelompok yang selamat”, selain dari itu termasuk kelompok yang
sesat. Alangkah baiknya jika masing-masing bebaik sangka terhadap yang lain, saling
(Dr. Yusuf Al-Qaradhawi,2004,Di Mana Punca kelemahan Umat Islam Masa Kini,Cetakan Pertama,Al-Hidayah Publishers Sdn Bhd,Kuala Lumpur)
bertimbang rasa (toleransi) meskipun dalam keadaan yang berbeza, saling tolong menolong
dan tegur menegur dalam berbuat makruf dan berdiri dalam satu barisan menghadapi
masalah-masalah yang besar, iaitu kewujudan Islam dan penentuan hari depannya dan bersatu
padu dalam menghadapi serangan musuh, baik dalam bentuk Yahudisme, Salibisme,
mahupun berupa Komunisme, Kapitalisme dan Sekukarisme.
Pergerakan Islam tidak boleh mengabaikan individu-individu yang kuat bekerja di lapangan
dakwah, meskipun mereka bekerja secara sendirian, hanya mempunyai pengaruh dalam
lingkungannya dan pada murid-muridnya dan mereka masing-masing mempunyai sekolah
dan pengikut. Sudah tentu ramai di antara mereka yang jujur dan ikhlas, yang mampu
menggerakkan pendapat umum dan mengarahkannya, jika mereka mahu dan di dukung oleh
pengarahan yang tepat.
Kurangnya Penyelidikan Dan Program
Kita harus sentiasa mengadakan penyelidikan tentang perkembangan keadaan umat Islam,
keadaan pergerakan Islam dan keadaan serta kekuatan pihak yang memusuhi Islam. Semua
keterangan dan maklumat itu, dianalisa secara ilmiah dan bertanggungjawab, sehingga
diperoleh hasil yang diperlukan untuk digunakan sebagai acuan dalam melaksanakan langkah
selanjutnya.
Adapun yang paling utama untuk diprogram dan direncanakan ialah memupuk bakat para
anggotanya sejak awal lagi, membimbing dan meningkatkannya dalam berbagai bidang
kehidupan seperti dalam sudut ilmu, syariat, politik, ekonomi, sosial, pendidikan,
penerangan, pemerintahan, statistik dan sebagainya untuk mengisi kekosongan dan
memenuhi keperluan masyarakat. Dan perlu juga mengetahui dan mempelajari apa yang
sedang dikejar oleh masyarakat beradab dan moden, seperti dalam dunia komputer dan
senjata nuklear, alam luar angkasa dan teknologi canggih lainnya.
Sekarang ini terjadi hal sebaliknya, mereka (golongan di luar Islam) sibuk dalam dunia yang
setiap hari menambah hal-hal yang baru seolah-olah suatu lompatan dalam ilmu dan
teknologi. Sementara kaum muslimin masih bertikai sama sendiri dan hidup dalam alam
mimpi dan senda gurau, sedang umat lain bekerja keras. Kaum muslimin lebih banyak
berbicara yang tidak mempunyai manfaat sedikitpun bagi dirinya dan umatnya.
Kita bekerja tanpa rencana dan program, sedang lawan-lawan kita tidak demikian, akhirnya
hasil perjuangan kita jatuh ke tangan mereka, dalam keadaan kita tidak menyedarinya.
(Harun Yahya,2003,Kaum-Kaun Yang Pupus,Cetakan pertama ,Saba Islamic Media,Kuala Lumpur)
Terburu Buru
Kita menanam pada pagi hari dan ingin memetik hasil pada petang harinya. Ini bertentangan
dengan hukum Allah dalam alam yang sudah diterima oleh seluruh umat manusia. Segala
sesuatu yang ada berjalan sesuai dengan ketentuan yang telah digariskan dan diproses
menurut lazimnya.
Dalam erti kata lain,kita terlalu terburu-buru dalam ingin mencapai sesuatu dan sering
mengambil jalan mudah,natijahnya hasil dari tindakan tersebut membawa padah pada diri
sendiri.contohnya
dalam politik hari ini rakyat terlalu mengambil jalan mudah dengan mempercayai dengan
kata-kata bakal pemimpin yang menabur janji tanpa usul periksa dan akhirnya rakyat sendiri
yang menderita.
Berlebih-Lebihan
Beberapa penyakit yang sering menjangkiti umat kita ialah suka bertindak berlebih-lebihan
dan di luar hukum. Suatu perkara yang disesalkan dari kita iaitu, ketika menghadapi berbagai
masalah, kita lebih suka berdiri pada salah satu hujung dari kedua kutub, iaitu paling kanan
atau paling kiri. Jarang kita berdiri dan bersikap “tengah-tengah”, yang Allah puji untuk
dijadikan tempat berpihak dan bersikap umat ini, seperti dalam firman Nya.
Terjemahannya:
“Begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan” (al-Baqarah ayat 143 )
Penyakit ini telah menulari pergerakan Islam, sehingga sikap berlebih-lebihan memuji diri
sendiri, berlebih-lebihan dalam mengecam lawan-lawannya dan berlebih-lebihan dalam
berbagai kegiatan lainnya.
Para pemerhatit melihat pergerakan Islam moden dewasa ini sangat berlebih-lebihan menilai
besar kekuatannya, berlebih-lebihan menilai kelemahan lawannya, terlalu meremehkan
berbagai rintangan yang dihadapi dalam perjalananan, terlalu tinggi memuji diri, terlalu
rendah menilai lawan, berlebih-lebihan kalau sedang cinta dan begitu pula kalau sedang
benci.
(Kamal Abd. Manaf,1995,Masalh dan Penyelesaian dalam Kaunseling Islam,Cetakan Ke-2,Utusan Publication Sdn Bhd,Kuala Lumpur)
Di dalam buku tersebut penulis(Prof Dr. Yusof al-Qardhawi) turut menyelitkan pekara yang
melambatkan kebangkitan islam-
Di antara perkara yang melambatkan kebangkitan Islam :
Menjauhkan masyarakat dari Islam sebagai tatacara yang mengatur kehidupan, selama orang-
orang yang menjadi objek dakwahnya dan calon anggota pergerakan kebangkitan merasa
sulit dan berat mengikutinya, kerana yang dimudahkan Allah kepada hamba-Nya dipersulit
mereka, bertentangan dengan sabda Nabi s.a.w. yang menyatakan.
“Sesungguhnya kalian dibangkitkan untuk memudahkan dan tidak untuk menyulitkan”
Generasi yang merupakan tulang punggung kebangkitan Islam itu disibukkan dengan
masalah-masalah remeh dan kurang berguna dengan mendakwahkan soal-soal furu’, suka
berdebat dan bertengkar dan mengabaikan soal-soal besar yang menentukan, yang berkaitan
erat dengan peradaban Islam, dengan dominasi umatnya, dengan pembebasan tanah airnya
dan dengan pelaksanaan hukum syariatnya di muka bumi.
Pergerakan Islam disibukkan dan diadu domba satu sama lain. Seharusnya pergerakannya
diarahkan kepada musuh yang dihadapi bersama, bukan bermusuhan antara satu dengan yang
lain sehingga pada puncaknya mereka saling mengkafirkan.
Pergerakan telah memberikan kesempatan kepada penguasa yang sentiasa mengawasi
pergerakan Islam, yang sentiasa dirundung rasa takut atau rasa benci, untuk memukul jatuh
pergerakan Islam dan semua kerja keIslaman.(Dr. Yusuf Al-Qaradhawi,2004,Di Mana Punca kelemahan Umat Islam Masa Kini,Cetakan Pertama,Al-Hidayah Publishers Sdn Bhd,Kuala Lumpur)
Kaedah Penyelesaian Kelemahan Umat Islam
Pada masa kini umat Islam dilanda kemunduran dalam pelbagai aspek sosial,
politik,ekonomi,sains dan teknologi, dan akhlak. Hal ini menyebabkan umat Islam ditindas
dan dipandang rendah oleh musuh Islam. Malahan, kita masih belum lagi mencapai atau
menyamai zaman kegemilangan umat Islam terdahulu seperti Zaman Khulafa Ar-Rasyidin,
Kerajaan Abassiyah, Kerajaan Turki Uthmaniyah dan Kerajaan Andalus yang hebat dalam
segenap aspek kehidupan. Lebih menyedihkan lagi kerajaan Islam pada zaman sekarang lebih
mementingkan kepentingan sediri daripada bergabung sinergi dengan negara-negara islam
yang lain. Hal ini terbukti dalam penindasan negara Palestin yang kini semakin hebat dijajah
oleh negara Israel sedangkan negara Islam yang berada berhampiran hanya mendiamkan
diri.Masalah-masalah itu telah lama berakar umbi dalam masyarakat Islam yang bermula
sejak dari zaman keruntuhan Islam hingga kini. Oleh yang demikian, umat Islam harus
muhasabbah diri selain meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T. Justeru itu, terdapat
beberapa kaedah untuk mengatasi masalah umat Islam berpandukan Al-Quran dan As-
Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W sebagai panduan kehidupan sehingga
kehadiran Hari Kiamat, antaranya ialah:
1. Mengenali Allah S.W.T
Oleh yang demikian, kita harus mengenali asal kejadian kita dahulu yang dijadikan
oleh Allah S.W.T dari setitis air mani yang hina.
Namun, Allah S.W.T sememangnya Ar-Rahman dan Ad-Adl iaitu Maha
Mengasihani dan Maha Adil kerana menganugerahkan akal fikiran.
Sesungguhnya Allah S.W.T adalah satu-satunya Zat yang paling istimewa bagi
seseorang manusia kerana Tuhanlah yang memberi segala-gala yang ada dan
menjahanamkan pada bila-bila masa saja.
Allah S.W.T mempunyai 99 nama yang baik(asma`ul Husna), 20 nama yang mustahil
dan satu nama yang harus baginya. Sesungguhnya orang yang mencintai Allah akan
melahirkan rasa kehambaan pada dirinya terhadap Allah S.W.T.
Seseorang hamba mempunyai 3 tugas yang mesti ditunaikan iaitu:
1. Mengekalkan rasa kehambaan kepada Allah S.W.T
2. Melaksanakan semua perintah Allah S.W.T
3. Menjauhi perkara larangan-Nya
ن�� م� م� �� ب� ة � ب ق� ف�ا �� ضق� ف� ب� �� ب� � ب ق� � ل ب�ل �� م ل ب � !� ق" ب# ب� ب$ �� م� ة& �� ضق� ! ب ق' ب) ب� ب( ن�� م� م� �� ب� * ة& �� ضق� ف � ب ق� ! ب ق' ب) ب� ق. ۵۴﴾ ب( ق� /� ب0 ب�ا ق1 اا ب3 ب0 ب� ق4 ب� ق! �� م� ب� �ل � ق5 0� م� ب# �ل � *
“menciptakan kamu Allah yang bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan
lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua
beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha
Mengetahui, lagi Maha Kuasa”.[Ar-Rum:54]
2. Peranan Manusia
Pertama, kita dijadikan oleh Allah S.W.T untuk mengabdikan diri kepadaNya. Kedua
sebagai khalifah Tuhan untuk mengatur dan mentadbir bumi ini.
Matlamat kejadian manusia ialah untuk beribadat kepadaNya supaya manusia hidup
dengan berpanduan dan berpedoman.
Oleh yang demikian, para Rasul dihantar dari zaman ke zaman supaya manusia tidak
menyeleweng dari syariat yang ditetapkan
Sesungguhnya perintah Allah S.W.T adalah menyeluruh dan tidak ada seorang pun yang
terkecuali.
Orang yang beriman dan bertakwa akan memperoleh ganjaran yang paling besar iaitu
syurga manakala orang yang mengingkari syariat Rasullulah tergolong sebagai kafir.
3. Mengatur strategi untuk pulang kepada ajaran Islam yang lebih serius dan dan berkesan
Langkah penerapan nilai-nilai Islam ke dalam pentadbiran kerajaan kerana hal ini adalah
suatu yang berguna untuk menyelesaikan masalah ummah.
Meletakkan matlamat jangka waktu yang akan dicapai. Tanpa jangka waktu dalam proses
penerapan nilai-nilai Islam seperti ini menyebabkan semua pihak yang terlibat tidak akan
mengetahui sampai bila penerapan itu hendak digunakan.
Program ini hendaklah dilakukan secara menyeluruh dan serentak dengan mengadakan
kelas-kelas khusus untuk pendedahan secara wajib yang dimasukkan ke dalam sebahagian
daripada tugas harian dalam kerjaya.
Buku-buka agama yang difikirkan sesuai hendaklah dipilih dan dijadikan buku wajib
yang mesti dibekalkan dan dipergunakan setiap hari sebagai bahan bacaan dan rujukan.
(Kamal Abd. Manaf,1995,Masalh dan Penyelesaian dalam Kaunseling Islam,Cetakan Ke-2,Utusan Publication Sdn Bhd,Kuala Lumpur)
(Fauziah Mohamad,1996,Rasa Kehambaan Pembentuk Jatidiri Muslim,Cetakan pertama,Perniagaan Jahabersa,Johor Baharu)
(Luqman Hakim,2007, Bimbingan Akhlak Mulia,Cetakan Ke-2,AL-HIDAYAH PUBLISHERS,Kuala Lumpur)
4. Memantapkan Sistem Politik
Sistem politik amat penting dalam sesebuah kerajaan kerana ia merupakan tunjang
pentadbiran yang mengetuai seluruh aspek ekonomi,sains dan teknologi dan sosial.
Menerapkan nilai-nilai islam dalam pentadbiran
Pemerintah mempunyai akhlak peribadi yang mulia serta melaksanakan pentadbiran
dengan adil serta disamping mengambil berat masalah rakyat
Mengaplikasi sistem pemerintahan Rasullah di Madinah serta memajukan negara dalam
sektor ekonomi dan teknologi ,ekonomi dan sosial
Menstruktur semula sistem ekonomi dengan menggunakan ketika perlu sahaja dan tidak
membazirkan dana ke jalan yang dimurkai oleh Allah S.W.T
Rakyat berhak bersuara dan memberi pendapat kerana sesungguhnya taraf rakyat dan
pemerintah sama sahaja disisi Allah S.W.T
5. Meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan Sains dan Teknologi
Sains dan Teknologi menjadi alat pengukur kemajuan sesebuah negara justeru kerajaan
Islam harus menaik taraf sistem ini agar duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan
negara maju.
Ketika Zaman Andalus,Islam cukup dikagumi dalam bidang ilmu sains kerana
melahirkan ramai cendikiawan seperti Al-Harith Ibn Kaladah iaitu ahli perubatan Islam,
Al Khawarizmi iaitu pengasas ilmu algebra, Ibn Yunus iaitu pakar astronomi dan Ibn
Sina iaitu tokoh serba boleh yang mengetahui ilmu perubatan serta sains dan falsafah.
Oleh yang demikian, umat Islam pada masa kini perlulah kembali meningkatkan zaman
kegemilangan umat Islam yang terdahulu.
Selain itu, umat Islam boleh mengaplikasikan kemajuan negara-negara eropah yang
begitu pesat membangun dalam bidang sains dan teknologi.Maka tidak hairanlah, negara
Jepun mampu bersaing dengan negara-negara eropah dalam bidang ini.
Kesimpulanya
(Kamal Abd. Manaf,1995,Masalh dan Penyelesaian dalam Kaunseling Islam,Cetakan Ke-2,Utusan Publication Sdn Bhd,Kuala Lumpur)
Selagi manusia bernama manusia dan selagi dunia ini tetap dengan sifat keduniaannya
maka masalah-masalah hidup manusia dan dunia tidak akan habis.
Umat Islam adalah suatu rumpun daripada rumpun-rumpun bangsa yang hidup di dunia
ini, tentu sahaja menghadapi banyak masalah.
Masalah umat Islam ada yang berpunca daripada dalam diri mereka sendiri, daripada
sikap tetapi tidak mahu berpegang sungguh-sungguh dengan ajaran agama.
م�ۦ م� ق"! ل8 9 ب ب� !� ق" مل ب;ٲ ۦ* م� م� م�� ب> ب=� !� ق" م� ب< 5 ب ب� ب? ب@ ب) ق� A ق ٱل �ا ق�� م� ? ب Dب بFا ب� *Hق ق�� م� D ب ب@ٱ فJا م م#� ب? A� ق� مMى ب5ٲ م9 �ب Nل ب4 O ب �Pب ب� ) Oب ق#� ? ب Dب !� Qق � ب ب� )١٥٣بل
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka
hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang
lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan
Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa”.
[al-An`am: 6]
Di samping itu, ada pula yang berpecah belah daripada permainan musuh yang sengaja
mewujudkan masalah supaya mereka hidup dalam keadaan berpecah-belah.
Punca utama masalah itu adalah kerana umat Islam telah jauh menyimpang daripada
Islam itu sendiri. Allah S.W.T telah membayangkan
Kepimpinan Rasulullah S.A.W dijadikan tauladan serta demikian juga kepimpinan
Khulafa al-Rasyidin dan para pemimpin Islam yang berpegang teguh kepada Islam.
Oleh itu, kepimpinan yang berdasarkan al-Quran danal-Sunnah adalah salah satu cara
yang mengatasi masalah umat.
Islam adalah agama Allah S.W.T yang sentiasa untuk diikuti oleh sesiapa sahaja, sentiasa
bersedia memberi jalan untuk menyelesaikan maslah umat dari dahulu hingga sekarang.
SARANAN
Islam dalam erti kata sebenar adalah sebenar-benar penyelesaian kepada masalah umat
Islam hari ini.
Oleh itu, usaha yang lebih giat perlu dilakukan untuk menyakinkan semua pihak bahawa
Islam mampu menghadapi semua keadaan dan mampu menyelesaikan semua masalah
kerana Islam berbentuk `agama rabbani`.
Usaha memperdalamkan kefahaman Islam yang tidak sahaja terbatas kepada masalah-
masalah ibadat yang sempit perlu digarapkan dalam bentuk yang lebih seruis bagi
menyampaikan gambaran sebenar tentang ruang lingkup Islam.
Penyelesaian masalah umat Islam bukan tertumpukepada masalah dunia ini sahaja tetapi
perlu kepada penyelesaian yang lebih utama kepada masalah keakhiratan.
SENARAI RUJUKAN
i) Nama : Kamal Abd. Manaf
Tahun : 1995
Tajuk : Masalh dan Penyelesaian dalam Kaunseling Islam
Cetakan : Cetakan Ke-2
Penerbit : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
Tempat Terbitan :
ii) Nama : Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Tahun : 2004
Tajuk : Di Mana Punca kelemahan Umat Islam Masa Kini
Cetakan : Cetakan Pertaman
Penerbit : Al-Hidayah Publishers Sdn Bhd
Tempat Terbitan : Kuala Lumpur
iii) Nama : Fauziah Mohamad
Tahun : 1996
Tajuk : Rasa Kehambaan Pembentuk Jatidiri Muslim
Cetakan : Cetakan pertama
Penerbit : Perniagaan Jahabersa
Tempat Terbitan : Johor Baharu
iv) Nama : Harun Yahya
Tahun : 2003
Tajuk : Kaum-Kaun Yang Pupus
Cetakan : Cetakan pertama
Penerbit : Saba Islamic Media
Tempat Terbitan : Kuala Lumpur
v) Nama : Luqman Hakim
Tahun : 2007
Tajuk : Bimbingan Akhlak Mulia
Cetakan : Cetakan Ke-2
Penerbit : AL-HIDAYAH PUBLISHERS
Tempat : Kuala lumpur.