conference proceeding - usapassionpublication.com · international conference of energy economics...

9
0 USA PASSION DEVELOPMENT CONFERENCE PROCEEDING EISBN: 978-967-16483-7-7 International Conference of Energy Economics in Administration& Human Resource Management (ICEEAHRM 2018) 0

Upload: duonghanh

Post on 30-Mar-2019

213 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CONFERENCE PROCEEDING - usapassionpublication.com · international conference of energy economics in administration & human resource management (iceeahrm 2018) 15 th to 16 september

0

USA PASSION DEVELOPMENT

CONFERENCE PROCEEDING

EISBN: 978-967-16483-7-7

International Conference of Energy Economics in

Administration& Human Resource Management

(ICEEAHRM 2018)

0

Page 2: CONFERENCE PROCEEDING - usapassionpublication.com · international conference of energy economics in administration & human resource management (iceeahrm 2018) 15 th to 16 september

1

International Conference of Energy Economics in Administration&

Human Resource Management (ICEEAHRM 2018)

15TH TO 16TH SEPTEMBER 2018,

GRAND SEASONS HOTEL, KUALA LUMPUR

Copyright © 2018

USA Passion Development Sdn Bhd (1279049-D)

No. 30-3A,Tingkat 4, Jalan Putra 8, Taman Putra Kajang,

43000 Kajang, Selangor.

All rights reserved. No part of this proceeding may be reproduced or

transmitted in any form or by any process without the prior written

permission of the publisher, except for the inclusion of brief quotations

for Review.

EISBN : 978-967-16483-7-7

Page 3: CONFERENCE PROCEEDING - usapassionpublication.com · international conference of energy economics in administration & human resource management (iceeahrm 2018) 15 th to 16 september

2

EDITORIAL BOARD

EDITOR IN CHIEF

Prof. Dato' Sri Dr. Ashgar Ali bin Ali Mohamed

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (International Islamic University of Malaysia)

EDITOR

Assoc. Prof. Dr. Mohd. Faizal Mohd Isa

Universiti Utara Malaysia (North University of Malaysia)

CO-EDITOR

Dr. Zul Ariff Bin Abdul Latiff

Universiti Malaysia Kelantan (University of Kelantan Malaysia)

CO-EDITOR

Ts. Dr. Nor Haslinda Binti Abas

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (University of Tun Hussein Onn Malaysia)

MANAGING EDITOR

Mr. Muhammad Aidil Bin A Raof

USA Passion Development Sdn. Bhd.

Page 4: CONFERENCE PROCEEDING - usapassionpublication.com · international conference of energy economics in administration & human resource management (iceeahrm 2018) 15 th to 16 september

INTERNATIONAL CONFERENCE OF ENERGY ECONOMICS IN ADMINISTRATION & HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (ICEEAHRM 2018)

15TH TO 16TH SEPTEMBER 2018 GRAND SEASONS HOTEL, KUALA LUMPUR, MALAYSIA

EISBN: 978-967-16483-7-7

4

CONTENTS

TITLE PAGE

REDEFINING TRAINING MOTIVATION USING THE MALAYSIAN

SAMPLE

By Siti Fardaniah Abdul Aziz

5

UNDERSTANDING INFORMATION TECHNOLOGY PROFESSIONALS’

TURNOVER INTENTIONS: A STRUCTURAL EQUATION MODEL

APPROACH

By Mohamed Buhari Mufitha, Lee Su Teng & Yong Chen Chen

9

CAREER TRANSFORMATION AMONG ORANG ASLI: ARE THEY

READY?

By Khatijah Omar, Muhammad Abi Sofian Abdul Halim & Hazman

Samsuddin

RELATIONSHIPS BETWEEN WORKERS COMPETENCY AND

MANAGEMENT COMMITMENT TOWARDS EMERGENCY

MANAGEMENT AT EACH BUILDING IN KUALA LUMPUR

HUBUNGAN KOMPETENSI PEKERJA DENGAN KOMITMEN

PENGURUSAN TERHADAP PENGURUSAN KECEMASAN DI SALAH

SEBUAH BANGUNAN DI KUALA LUMPUR

By Mohd Zulkefli Rusli

INFLUENCE OF PERSONALITY TOWARDS ORGANIZATIONAL

CITIZENSHIP BEHAVIOR AMONG GOVERNMENT SERVANTS

PENGARUH PERSONALITI TERHADAP TINGKAH LAKU KEWARGAAN

ORGANISASI DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM

By Muhamad Ariff Ibrahim, Noor Azlina Ghazali, Nor Aishah Ab Razak,

Mohd Ahsani A. Malek & Sarah Waheeda Muhammad Hafidz

12

15

18

Page 5: CONFERENCE PROCEEDING - usapassionpublication.com · international conference of energy economics in administration & human resource management (iceeahrm 2018) 15 th to 16 september

INTERNATIONAL CONFERENCE OF ENERGY ECONOMICS IN ADMINISTRATION & HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (ICEEAHRM 2018)

15TH TO 16TH SEPTEMBER 2018 GRAND SEASONS HOTEL, KUALA LUMPUR, MALAYSIA

EISBN: 978-967-16483-7-7

18

INFLUENCE OF PERSONALITY TOWARDS ORGANIZATIONAL CITIZENSHIP BEHAVIOR AMONG GOVERNMENT SERVANTS

PENGARUH PERSONALITI TERHADAP TINGKAH LAKU

KEWARGAAN ORGANISASI DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM

Muhamad Ariff Ibrahim1, Noor Azlina Ghazali1, Nor Aishah Ab Razak1, Mohd

Ahsani A. Malek1 & Sarah Waheeda Muhammad Hafidz 1

1Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi.

__________________________________________________________________________________________

ABSTRAK: Tingkah laku kewargaan organisasi merupakan sebahagian daripada komponen prestasi kerja. Tujuan kajian ini dijalankan untuk menguji hubungan dan pengaruh personaliti ke atas tingkah laku kewargaan organisasi (TKO) melibatkan penjawat awam. Seramai 204 responden terlibat dalam kajian ini. Terdapat dua alat ujian yang digunakan iaitu skala personaliti (International Personality Item Pool (IPIP) dan skala tingkah laku kewargaan organisasi yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu tingkah laku kepada organisasi (TKO-O) dan tingkah laku kepada rakan sekerja (TKO-I). Keputusan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti dengan tingkah laku kewargaan organisasi (TKO. Analisis regresi menunjukkan bahawa jenis personaliti kehematan meramal TKO, TKO-I dan TKO-O. Di samping itu, personaliti jenis neurotisisme pula meramal TKO, TKO-O dan bukannya terhadap TKO-I. Kata Kunci: Tingkah Laku Kewargaan Organisasi; Personaliti; Penjawat Awam; Individu; Organisasi

PENGENALAN Prestasi sesebuah organisasi banyak bergantung pada kelakuan pekerja yang ada di dalam organisasi tersebut. Di samping itu, faktor lain seperti kemudahan, struktur organisasi dan pemimpin yang mempunyai visi dan misi untuk berjaya turut menyumbang kepada prestasi sesebuah organisasi. Namun begitu, jika dilihat dari segi pekerja yang ada, mereka yang dianggap berkualiti dapat memberi sumbangan yang lebih baik berbanding dengan mereka yang kurang berkualiti (Ahmad Sarji Abdul Hamid 1995). Ini bermakna ciri-ciri berkualiti seseorang pekerja merupakan suatu aset yang dapat menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, kelakuan atau tingkah laku anggota perkhidmatan awam seharusnya sejajar dengan segala peraturan yang telah digubal bagi memastikan mereka mempunyai kredibiliti yang tinggi dan kualiti perkhidmatan awam di negara ini berada pada tahap baik (Abdul Jalil 2011). Namun begitu, tidak semua anggota perkhidmatan awam

Page 6: CONFERENCE PROCEEDING - usapassionpublication.com · international conference of energy economics in administration & human resource management (iceeahrm 2018) 15 th to 16 september

INTERNATIONAL CONFERENCE OF ENERGY ECONOMICS IN ADMINISTRATION & HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (ICEEAHRM 2018)

15TH TO 16TH SEPTEMBER 2018 GRAND SEASONS HOTEL, KUALA LUMPUR, MALAYSIA

EISBN: 978-967-16483-7-7

19

menunjukkan tingkah laku yang sejajar dengan peraturan dan masih ada segelintir penjawat awam menunjukkan tingkah laku sebaliknya yang boleh membawa kepada kemerosotan kualiti perkhidmatan awam di Malaysia.

OBJEKTIF Kajian ini dijalankan untuk melihat adakah personaliti boleh meramal TKO dalam kalangan penjawat awam dan faktor TKO merupakan sebahagian daripada prestasi kerja dan secara tidak langsung boleh mempengaruhi prestasi kerja sesebuah organisasi perkhidmatan awam di negara ini. KAJIAN LITERATUR Hubungan Personaliti dengan Tingkah Laku Kewargaan Organisasi (TKO)

Kajian tentang hubungan personaliti dengan tingkah laku kewargaan organisasi (TKO) telah dijalankan oleh Kuldeep Kumar dan rakan-rakan (2009), bertujuan untuk mengkaji hubungan antara personaliti dan tingkah laku kewargaan organisasi (TKO) menggunakan sampel lapangan. Model personaliti Big-Five telah digunakan untuk mengkaji hubungan antara personaliti dan TKO. Peserta dalam kajian ini adalah seramai 187 orang doktor yang bekerja di kolej perubatan di utara India. Empat faktor 'big-five’ kecuali neurotik berkorelasi secara positif dengan TKO. Analisis regresi hierarki selepas mengawal pembolehubah demografi menunjukkan kehematan, extraversi, keterbukaan dan neurotik merupakan peramal kepada TKO. Walau bagaimanapun, keterbukaan kepada pengalaman menunjukkan tiada hubungan yang signifikan dengan pengukuran keseluruhan TKO.Hossam (2007) telah mengkaji hubungan antara personaliti dan tingkah laku kewargaan organisasi (TKO) yang melibatkan 164 orang pekerja dalam sektor perkhidmatan di Dubai. Hasil analisis regresi hierarki menunjukkan keterbukaan kepada pengalaman, kehematan dan kestabilan emosi adalah peramal yang sah kepada TKO. KAEDAH KAJIAN Reka Bentuk Kajian Kajian ini berbentuk kajian lapangan (field study) dengan menggunakan kaedah pengumpulan data secara kuantitatif. Pengkaji memilih kaedah ini kerana ia merupakan satu kaedah penyelidikan bukan eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Marican 2006).

Page 7: CONFERENCE PROCEEDING - usapassionpublication.com · international conference of energy economics in administration & human resource management (iceeahrm 2018) 15 th to 16 september

INTERNATIONAL CONFERENCE OF ENERGY ECONOMICS IN ADMINISTRATION & HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (ICEEAHRM 2018)

15TH TO 16TH SEPTEMBER 2018 GRAND SEASONS HOTEL, KUALA LUMPUR, MALAYSIA

EISBN: 978-967-16483-7-7

20

Responden Kajian

Jadual 1 Taburan Responden Kajian

Maklumat Demografi Kekerapan Peratus (%)

Jantina Lelaki 94 46.1

Perempuan 110 53.9

Umur 20 – 29 tahun 98 48.0

30 – 39 tahun 77 37.7

40 – 49 tahun 18 8.8

50 – 59 tahun 11 5.4

Status Perkahwinan Bujang 80 39.2

Berkahwin 121 59.3

Janda/Duda 3 1.5

Bangsa Melayu 183 89.7

Cina 13 6.4

Indian 7 3.4

Lain-lain 1 0.5

Tempoh Perkhidmatan 1 - 10 tahun 165 80.9

11 – 20 tahun 23 11.3

21 – 30 tahun 11 5.4

31 – 40 tahun 5 2.5

JUMLAH 204 100

Alat Ujian Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian A berkaitan maklumat demografi responden merangkumi jantina, umur, bangsa, tempoh bekerja dan juga gred jawatan. Manakala bahagian kedua adalah soal selidik yang mengukur personaliti menggunakan International Personality Item Pool (IPIP) yang dibangunkan oleh Goldberg (1989) mengandungi 50 item. Skala likert 5-poin digunakan dari 1 (sangat tidak setuju) hingga 5 (sangat setuju). Bahagian terakhir adalah soal selidik tingkah laku kewargaan organisasi mengandungi 16 item (Lee & Allen, 2002) yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu tingkah laku kepada organisasi (TKO-O) 8 item dan tingkah laku kepada rakan sekerja (TKO-I) 8 item dengan menggunakan skala likert 7-poin digunakan dari 1=tidak pernah sehingga 7=setiap hari.

Page 8: CONFERENCE PROCEEDING - usapassionpublication.com · international conference of energy economics in administration & human resource management (iceeahrm 2018) 15 th to 16 september

INTERNATIONAL CONFERENCE OF ENERGY ECONOMICS IN ADMINISTRATION & HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (ICEEAHRM 2018)

15TH TO 16TH SEPTEMBER 2018 GRAND SEASONS HOTEL, KUALA LUMPUR, MALAYSIA

EISBN: 978-967-16483-7-7

21

KEPUTUSAN KAJIAN

H1: Terdapat hubungan di antara personaliti (keterbukaan, kehematan, ekstraversi, kepersetujuan & neurotisisme) dan Tingkah Laku Kewargaan Organisasi (TKO, TKO-O & TKO-I).

H2: Terdapat pengaruh faktor personaliti (keterbukaan,kehematan,ekstraversi, kepersetujuan & neurotisisme) terhadap Tingkah Laku Kewargaan Organisasi- Keseluruhan

H3: Terdapat Pengaruh Faktor Personaliti (keterbukaan, kehematan, ekstraversi, kepersetujuan & neurotisisme) terhadap Tingkah Laku Kewargaan Organisasi-Individu (TKO-I).

H4: Terdapat pengaruh faktor personaliti (keterbukaan, kehematan, ekstraversi, kepersetujuan & neurotisisme) terhadap Tingkah Laku Kewargaan Organisasi-Organisasi (TKO-O).

PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan dimensi kehematan dan neurotisisme dapat meramal TKO dan TKO-O secara signifikan. Manakala, hanya kehematan sahaja yang mempengaruhi TKO-I secara signifikan. Pengkaji berpendapat dimensi kehematan dan neurotisisme merupakan peramal kepada TKO dan TKO-O dalam kajian ini kerana ciri-ciri dalam tret personaliti neurotisisme bersifat negatif dan kehematan berbentuk positif. Oleh itu, pekerja yang rendah neurotisisme dikatakan mempunyai emosi yang stabil selain mempamerkan ciri-ciri tenang, berupaya menyesuaikan diri dengan baik, tidak cenderung untuk mengalami keadaan emosi yang melampau (Maltby, Day & Macasklill 2007), seorang berkeyakinan dengan diri sendiri (Robbin & Judge 2007). Dapatan kajian juga menunjukkan pekerja yang rendah neurotisisme cenderung untuk menunjukkan TKO dan juga TKO-O sekaligus membantu organisasi untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti. Dimensi kehematan pula dapat meramal TKO, TKO-I dan TKO-O kerana ciri-ciri dalam tret kehematan seperti teratur, berhati-hati, sentiasa merancang kehidupan, serius, boleh dipercayai, boleh diharap, rajin dan bertanggungjawab merupakan faktor utama kepada pekerja untuk menunjukkan TKO. Ini kerana rasa sikap rajin, boleh dipercayai dan bertanggungjawab mendorong seseorang pekerja untuk membantu rakan sekerja yang lain. KESIMPULAN Kesimpulannya personaliti mempengaruhi tingkah laku kewargaan organisasi yang dipamerkan oleh pekerja. Oleh itu, jenis personaliti yang berbeza menentukan tingkah laku kewargaan organisasi yang bakal ditonjolkan oleh pekerja sama ada rendah atau sebaliknya. Pengamalan tingkah laku tambahan ini secara sukarela oleh para pekerja memberi banyak manfaat terhadap organisasi secara langsung. Antaranya adalah peningkatan mutu kerja serta mengurangkan pelbagai masalah di tempat kerja.

Page 9: CONFERENCE PROCEEDING - usapassionpublication.com · international conference of energy economics in administration & human resource management (iceeahrm 2018) 15 th to 16 september

INTERNATIONAL CONFERENCE OF ENERGY ECONOMICS IN ADMINISTRATION & HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (ICEEAHRM 2018)

15TH TO 16TH SEPTEMBER 2018 GRAND SEASONS HOTEL, KUALA LUMPUR, MALAYSIA

EISBN: 978-967-16483-7-7

22

Rujukan Abdul Jalil Hassan. (2011). Hubungan keadilan organisasi dengan tingkah laku kewargaan organisasi:

Timbal balas ketua-ahli sebagai mediator. Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia, 6, 163-179.

Ahmad Sarji Abdul Hamid. (2012, Disember 23). Majlis penutup persidangan perkhidmatan awam Malaysia dan suruhanjaya–suruhanjaya perkhidmatan negeri. Akses di http://www.pmo.gov.my.

Akinbode, G. A. (2011). Demographic and dispositional characteristics as predictors of organisational citizenship behaviour (An appraisal of OCB in a non-English culture workgroups). Ife Psychologia, 19(1), 375 – 403.

Baker, B.A. (2005). The Good, The Bad And The Ugly: The mediating role of attributional style in the relationship between personality and performance. North Carolina State University.

Maltby, J., Day, L. & Macasklill, A. (2007). Personality, Individual Differences, and Intelligence. Harlow: Pearson Education International Limited.

Mohd Najib Bin Tun Abd Razak. (2012). Teks Ucapan: Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Yab Perdana Menteri. 08hb Mac 2012. Putrajaya

Moorman, R.H. & Blankely, G.L. (1995). Individualism-Collectivism as an individual difference predictor of organizational citizenship behavior. Journal of Organizational Behavior, 16 (2), 127-142.

Podsakoff, P.M., MacKenzie, S.B., Paine, J.B., & Bachrach, D.G. (2000). Organizational citizenship behaviors: A critical review of theoretical and empirical literature and suggestions for future research. Journal of Management, 26(3), 513-563.