ciri-ciri kurikulum tersirat

4
1. a) Huraikan ciri-ciri kurikulum tersirat. Ciri-ciri Kurikulum Tersirat atau Tersembunyi Kurikulum tersirat yang ada kalanya dikenali sebagai kurikulum tidak rasmi merangkumi perilaku kelakuan yang perlu dipatuhi, corak hubungan perorangan, kepatuhan kepada kuasa dan pengaruh, persaingan, sumber motivasi, dan sebagainya yang dipelajari murid di sekolah. Ia juga merangkumi norma-norma yang tidak ternyata, nilai-nilai dan kepercayaan yang tertanam dan disebarkan kepada murid melalui peraturan-peraturan yang membentuk segala rutin dan hubungan sosial di sekolah dan di dalam bilik darjah (Giroux, 1983).Terdapat beberapa ciri kurikulum tersirat dalam usaha memebentuk bangsayang bersatu dan saling menerima perbezaan antara kaum dalam kalanga nmurid sekolah rendah. 1. Merangkumi semua pengalaman pembelajaran yangdiperolehi oleh pelajar di mana mereka belajar. Sekolah sebagai satu institusi masyarakat yangmementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Selain itu,sekolah yang berorganisasi memainkan peranan dalammengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggapbaik dalam masyarakat sosial. Misalnya perkara-perkara yangberkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun dansifat hormat-menghormati biasanya dipelajari di sekolah.Contohnya, murid-murid daripada kaum dan jantina yangberlainan harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang samasupaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas. Tindakan inimembolehkan murid-muird memahami dan menghormati antarasatu sama lain. Contohnya, murid lelaki akan menghormati murid perempuan. 2. Boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilanpembelajarannya adalah bersifat relatif dan agak sukar diukur secara kuantitatif. Menurut Douglas Barnes (1982), Kurikulum tersirat bukanlahsebahagian daripada objektif pengajaran dan pembelajaran adalahsecara tidak langsung. Ia bukan dihasilkan daripada kurikulumyang formal. Sebagai contohnya, murid-murid diajar tentang cara-cara hidup bermasyarakat melalui gerak kerja persatuan dankumpulan. Nilai kerjasama berjaya diterapkan dalam kalanganmurid dan setiap murid telah mengamalkan nilai ini pada setiap kaligerak kerja berkumpulan. Walaupun nilai ini bolah menjadi objektif pembelajaran tetapi ia tidak dapat diukur secara kuantitatif. Kurikulum ini berbeza dengan kurikulum formal. Kurikulumformal boleh diukur dan dinilai secara kuantitatif dengan caranyamenyediakan peperiksaan pada hujung semester atau kuiz selepastamat sesi pengajara dan pembelajaran pada waktu itu. 3. Merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama olehpelaksana kurikulum itu sendiri (pelajar pengajar). Kurikulum tersirat mempunyai pengaruh dan peranan yangbesar dalam membentuk nilai dan budaya masyarakat. Amalan dankebiasaan tradisi ini menjadi pewaris kanak-kanak sehinggalahmembentuk suatu kebiasaan. Ia membawa implikasi kestabilan danharmoni kepada masyarakat. Semua nilai-nilai dipelajari olehpelajar tetapi secara tidak langsung misalnya daya intelek guru;tingkahlaku dan akhlak guru atau pengajar. Sebagai contohnya, guru mengutip sampah yang berada dihadapan kelas dan membuang ke dalam tong sampah sebelummula sesi pengajarannya. Tingkah laku guru tersebut akanmemberi kesan kepada muridnya. Pada hari yang akan datang,murid-murid akan mengutip sampah dan membuang ke dalam tongsampah sekiranya mereka nampak sampah di atas lantai. Selain itu,guru yang bertegur sapa dengan guru-guru lain semasa bertemuatau mambalas senyum kepada murid yang memberi salam jugamemberi kasan kepada murid-murid. Murid akan memberi salamkepada

Upload: vikneswaray

Post on 02-Feb-2016

305 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ciri-ciri kurikulum tersirat.

TRANSCRIPT

Page 1: ciri-ciri kurikulum tersirat

1. a) Huraikan ciri-ciri kurikulum tersirat.

Ciri-ciri Kurikulum Tersirat atau Tersembunyi

Kurikulum tersirat yang ada kalanya dikenali sebagai ‟kurikulum tidak rasmi‟ merangkumi perilaku kelakuan

yang perlu dipatuhi, corak hubungan perorangan, kepatuhan kepada kuasa dan pengaruh, persaingan, sumber

motivasi, dan sebagainya yang dipelajari murid di sekolah. Ia juga merangkumi norma-norma yang tidak ternyata,

nilai-nilai dan kepercayaan yang tertanam dan disebarkan kepada murid melalui peraturan-peraturan yang

membentuk segala rutin dan hubungan sosial di sekolah dan di dalam bilik darjah (Giroux, 1983).Terdapat

beberapa ciri kurikulum tersirat dalam usaha memebentuk bangsayang bersatu dan saling menerima perbezaan

antara kaum dalam kalanga nmurid sekolah rendah.

1. Merangkumi semua pengalaman pembelajaran yangdiperolehi oleh pelajar di mana mereka belajar.

Sekolah sebagai satu institusi masyarakat yangmementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku

murid-murid mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Selain itu,sekolah yang berorganisasi memainkan

peranan dalammengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggapbaik dalam masyarakat sosial.

Misalnya perkara-perkara yangberkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun dansifat hormat-

menghormati biasanya dipelajari di sekolah.Contohnya, murid-murid daripada kaum dan jantina yangberlainan

harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang samasupaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas. Tindakan

inimembolehkan murid-muird memahami dan menghormati antarasatu sama lain. Contohnya, murid lelaki akan

menghormati murid perempuan.

2. Boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilanpembelajarannya adalah bersifat relatif dan agak sukar

diukur secara kuantitatif.

Menurut Douglas Barnes (1982), Kurikulum tersirat bukanlahsebahagian daripada objektif pengajaran dan

pembelajaran adalahsecara tidak langsung. Ia bukan dihasilkan daripada kurikulumyang formal. Sebagai

contohnya, murid-murid diajar tentang cara-cara hidup bermasyarakat melalui gerak kerja persatuan

dankumpulan. Nilai kerjasama berjaya diterapkan dalam kalanganmurid dan setiap murid telah mengamalkan

nilai ini pada setiap kaligerak kerja berkumpulan. Walaupun nilai ini bolah menjadi objektif pembelajaran tetapi ia

tidak dapat diukur secara kuantitatif.

Kurikulum ini berbeza dengan kurikulum formal. Kurikulumformal boleh diukur dan dinilai secara kuantitatif

dengan caranyamenyediakan peperiksaan pada hujung semester atau kuiz selepastamat sesi pengajara dan

pembelajaran pada waktu itu.

3. Merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama olehpelaksana kurikulum itu sendiri (pelajar –pengajar).

Kurikulum tersirat mempunyai pengaruh dan peranan yangbesar dalam membentuk nilai dan budaya

masyarakat. Amalan dankebiasaan tradisi ini menjadi pewaris kanak-kanak sehinggalahmembentuk suatu

kebiasaan. Ia membawa implikasi kestabilan danharmoni kepada masyarakat. Semua nilai-nilai dipelajari

olehpelajar tetapi secara tidak langsung misalnya daya intelek guru;tingkahlaku dan akhlak guru atau pengajar.

Sebagai contohnya, guru mengutip sampah yang berada dihadapan kelas dan membuang ke dalam tong

sampah sebelummula sesi pengajarannya. Tingkah laku guru tersebut akanmemberi kesan kepada muridnya.

Pada hari yang akan datang,murid-murid akan mengutip sampah dan membuang ke dalam tongsampah

sekiranya mereka nampak sampah di atas lantai. Selain itu,guru yang bertegur sapa dengan guru-guru lain

semasa bertemuatau mambalas senyum kepada murid yang memberi salam jugamemberi kasan kepada murid-

murid. Murid akan memberi salamkepada guru dan senyum dengan rakan-rakan mereka

Page 2: ciri-ciri kurikulum tersirat

apabilabertemu.Kurikulum tersirat dapat melatih murid-murid memahamisikap dan nilai sebagai peranan seorang

pekerja apabila keluar daripada dunia persekolahan. Dengan ini, timbullah perasaanhormat dan menghormati di

antara murid dengan guru ataugolongan pekerja dengan pihak majikan. Itulah yang diharapkankeadaan

kedudukan kelas sosial yang terdapat dalam sebuahmasyarakat dan juga negara.

4. Berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran danlatar belakang pelaksana kurikulum (pelajar-

pengajar).

Kurikulum tersirat dapat dihayati oleh murid-murid peraturansekolah yang inginkan kebaikan bersama seperti

pembarisansebelum memasuki bilik darjah, perhimpunan mingguan, jadualharian pembersihan bilik darjah,

peraturan waktu makan di kantin,disiplin semasa berada di bilik perpustakaan dan sebagainya.Misalya semasa

murid membeli makanan di kantin. Muriddikehendaki beratur untuk membeli makanan dan tidak bolehberlari

semasa berada di kantin. Dengan ini, murid-murid akan faham tentang kepentingan beratur semasa ingin

membeli barangsama ada di dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah.

Selain itu juga termasuk peraturan tentang rambut, pakaian,dan datang lewat. Sekiranya sebuah sekolah

tidak memetingkankebersihan dan kekemasan tentang pakaian murid-murid makamurid-murid di sekolah tersebut

juga tidak akan peduli perkara ini.Kesannya ialah murid-murid tersebut akan menjadi pengotor dandijauhi oleh

rakan-rakanya.Kesemuanya membawa kesan secaratidak langsung kepada murid. Di bilik darjah pula, murid-

muriddisuruh membuat eksperimen, bukan setakat memberi fakta sahaja.

Struktur institusi juga dikenakan ke atas murid sepertiperaturan dalam bilik darjah, contohnya bila hendak

mengangkattangan, bila boleh menjawab dan sebagainya. Murid-murid jugamempelajari bagaimana berinteraksi

dengan masyarakat sekeliling.Sekolah adalah masa peralihan antara zaman kanak-kanak kezaman dewasa.

5. Tidak tertulis dalam kandungan kurikulum ataupun dalampenilaian.

Kurikulum tersirat tidak tercatat dalam kandungan kurikulumberkenaan mahupun dalam penilaian. Murid-

murid hanya diberipenilaian atau peperiksaan berdasarkan kandungan buku teksyang dipelajari sahaja.

Contohnya, nilai bertanggungjawap tidakditulis dalam kandungan kurikulum dan juga tidak akan diberipenilaian

atau peperiksaan.

Selain itu, kurikulum tesirat akan diajar secara tidaklangsung. Guru akan mengajar kandugan yang ada pada

buku teks di hadapan kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaransahaja. Walau bagaimanapun, gaya guru

menyampaikan maklumatkepada murid, gaya guru bercakap dan cara guru berinteraksidengan murid turut

memberi kesan kepada murid. Murid-muridakan belajar gurunya. Gaya-gaya dan cara-cara yang digunakanoleh

seseorang guru tidak ditulis dalam kandungan kurikulum dania tidak akan dinilai walaupun murid-murid belajar

gaya gurunya.

6. Dikatogerikan mengikut jenis institusi, tahap pembelajarandan juga matlamat kurikulum itu sendiri.

Di Institusi Pengajian Tinggi Keguruan, pengkategoriankurikulum tersirat oleh Bergenhenegouwen (1987)

boleh dijadikansebagai asas dengan beberapa pengubahsuaian. Tiga kategoridiperkenalkan iaitu budaya belajar

untuk belajar, budaya belajar untuk menjadi pengajar, dan belajar untuk Pembudayaan.

Bagi murid peringkat pengajian tinggi pula, guru pelatih perlumenguasai cara belajar yang berkesan. Selain

menghadiri kuliah,guru pelatih perlu mengetahui kemahiran belajar yang sesuai untukdiri mereka sendiri bagi

memperolehi pencapaian akademik yangterbaik. Murid diandaikan mempunyai kebiasaan belajar masing-masing

dan adalah berbeza di antara murid di peringkat rendahdan tinggi. Tambahan pula, murid seharusnya

menguasaikemahiran belajar melalui proses pembudayaan pembelajaransendiri yang dipanggil kurikulum tersirat.

Page 3: ciri-ciri kurikulum tersirat

Misalnya mempelajari,memahami dan mengadaptasikan cara menulis esei, kajian, tesis,kertas projek, kertas

kerja dan jurnal dengan sebaiknya mengikutstandard yang telah ditetapkan oleh institusi pengajian tinggi

yangberkaitan mahupun mengikut standard antarabangsa.

Menurut Carpenter (1985), kumpulan guru pelatih yang tidakdiajar dengan kemahiran belajar didapati tidak

mempunyaikeyakinan untuk mengajar kemahiran belajar di sekolah. Bagipelatih yang dilatih untuk menjadi pakar

dalam sebarang profesionmurid harus membudayakan diri mereka dengan pembelajarankendiri yang

menekankan proses pembelajaran tanpa diarah,dipaksa atau disuruh. Ini adalah bersamaan dengan budaya

belajar sepanjang hayat.Sebenarnya, apa yang pelajar alami, lihat dan dengar semasa di dewan bersama

pensyarah itulah yang menjadikurikulum yang lebih berkesan daripada apa yang bersifat teoristik.Sebagai

contohnya, nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa oleh pensyarah sewaktu mengajar

telah memberikesan secara tidak langsung kepada pelajar.

b) Huraikan implikasi kurikulum tersirat.

# Kesan kurikulum tersirat terhadap kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid sekolah rendah

Mendisiplinkan murid

Pembentukkan kendiri murid dapat dilaksanakan

Menggalakkan penggunaan bahasa standard

Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan

Membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku negatif

Menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah

1. Menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah

Interaksi dalam bilik darjah merupakan satu aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh guru untuk

mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Melalui interaksi, murid-murid dapat bergaul antara

satu sama lain tidak kira berbeza agama, bangsa, budaya, mahupun jantina. Interaksi adalah salah satu medium

perantaraan bagi setiap individu untuk bergaul mesra. Murid-murid tidak semestinya hanya berinteraksi untuk

tujuan pembelajaran, malah mereka perlu berinteraksi untuk keperluan sosialisasi mereka sendiri. Secara tidak

langsung, interaksi antara murid akan berlaku secara meluas di dalam sesebuah kelas. Justeru, interaksi antara

murid ini memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang dalam kalangan murid.

Tuntasnya, kurikulum tersirat dapat menggalakkan persekitaran yang mesra budaya dalam sesebuah bilik darjah.

2. Membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku negatif

Menurut Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik

Untuk Guru pada halaman 193,guru adalah model bagi pelajarnya. Kelakuan, tutur kata dan budi bicara akan

mempengaruhi sikap dan tabiat pelajar, kerana Bandura berpendapat, pelajar juga akan belajar melalui proses

peniruan. Maka jelaslah bahawa, tingkah laku negatif murid sudah pasti dapat dikurangkan jika seseorang guru

mampu menjadi teladan yang terbaik kepada anak muridnya. Justeru, seseorang guru perlu memastikan setiap

yang dilakukannya adalah perkara yang mendatangkan tingkah laku positif terhadap murid.

3. Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan

Bilik darjah yang telah diterapkan dengan amalan mesra budaya dapat memastikan semua ahli kelas

sentiasa berada dalam keadaan bersedia setiap kali p&p dijalankan. Perhatian dan fokus murid merangsang

mereka untuk memberi kerjasama kepada guru dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Menurut Ahmad Rafaai

Page 4: ciri-ciri kurikulum tersirat

Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 70,

ransangan yang berkesan akan wujud apabila guru dapat menarik minat murid untuk melihat, memberi tumpuan,

mendengar, mencatat, menyoal, menjawab dan bertindak balas terhadap aktiviti yang dikelola guru. Hal ini sudah

pasti banyak membantu guru terhadap p&p yang dilaksanakan, objektif p&p akan mudah tercapai malah murid

akan merasakan aktiviti yang dilalui sangat menyeronokkan. Oleh itu, jelaslah bahawa persekitaran yang mesra

budaya di dalam sesebuah bilik darjah itu, sangat membantu bagi memastikan sesuatu p&p yang dijalankan guru

berlaku dalam keadaan ceria dan Menggalakkan penggunaan bahasa standard menyeronokkan.

4. Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan

Salah satu strategi kerajaan dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan budaya di Negara

ini adalah dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah. Di dalam bilik darjah,

semua murid diwajibkan menggunakan bahasa Melayu ketika berinteraksi semasa pengajaran dan pembelajaran

(p&p) dilaksanakan. Hal ini sudah pasti dapat mengelakkan penggunaan unsur-unsur dialek mengikut kaum

semasa mereka berinteraksi. Pengunaan laras bahasa yang tepat yang diamalkan dalam situasi yang sesuai

serta aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa yang disertai murid mampu meningkatkan tahap

penguasaan bahasa murid terhadap bahasa standard. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid

mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Justeru, murid dapat mempraktikkan serta mengamalkan bahasa

standard secara tepat dengan adanya bantuan daripada guru.

5. Pembentukkan kendiri murid dapat dilaksanakan

Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru

pada halaman 193 ada menyatakan, ‘Ibn Maskawaih berpendapat akhlak itu dapat dibentuk dan dibina dalam diri

manusia. Institusi pendidikan seperti sekolah dapat dijadikan saluran penting pembinaan dan pengukuhan

akhlak.”

Pernyataan ini jelas membuktikan bahawa pembentukkan kendiri murid dapat disemai oleh seorang guru

di sekolah. Melalui tindakan yang berhemah serta dibaluti perasaan kasih sayang, seseorang guru dapat

memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri murid ke arah pembentukan modal insan yang

berkualiti. Guru yang sentiasa membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi

penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya, mampu menarik

perhatian murid untuk sentiasa melakukan perubahan positif terhadap diri mereka. Tindakan seseorang guru

yang tidak mepertikaikan kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh mana-mana murid berupaya

menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum

tanpa mengira anutan agama dapat dikembangkan sekali gus proses pembentukan kendiri murid dapat

dilaksanakan.

6. Mendisiplinkan murid

Sesebuah bilik darjah biasanya mempunyai organisasi yang tertentu. Di sini, seseorang guru

sebenarnya telah mengaplikasikan ‘empowerment” .Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan,

Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 194, menyatakan “empowerment” ialah

menurunkan kuasa pendisiplin dan pengurus bilik darjah kepada pelajar dengan memberi mereka tanggungjawab

untuk memastikan kebersihan, menyediakan jadual tugasan, mengganti sebarang bentuk bahan-bahan bagi

papan kenyataan bilik darjah dan sebagainya. Berdasarkan pernyataan ini, jelas membuktikan bilik darjah yang

mesra budaya mampu menjadikan seseorang murid lebih berdisiplin, amanah serta bertanggungjawab terhadap

Page 5: ciri-ciri kurikulum tersirat

tugas yang dipegangnya. Guru dapat membimbing murid untuk menjadi lebih berdisiplin dengan mengamalkan

peneguhan positif terhadap hasil tugas murid.