cetakan pertama - universiti sains malaysia
Embed Size (px)
TRANSCRIPT


Cetakan Pertama
Julai 2001
Hak cipta
Pusat Pendidikan Dan Latihan Bagi Tenaga
Diperbaharui Dan Kecekapan Tenaga (CETREE)
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara fotokopi, elektronik,
rakaman, mekanik, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
penerbit.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Mengkatalog-dalam-Penerbitan
Buku Sumber Guru Tenaga Diperbaharui Dan Kecekapan Tenaga
Kamarulazizi Ibrahim, Fauziah Sulaiman
Ahmad Nurulazam Md. Zain, Abdul Malik Abdul Shukor
ISBN 983-9501-10-0
Dicetak Oleh :
Dayagraph Printing & Advertising

PPRRAAKKAATTAA
Siri buku Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga ini disediakan dan ditulis khas untuk kegunaan para guru sains Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sejajar dengan semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Siri buku ini yang berjudul seperti di bawah, terdiri daripada empat jilid yang disediakan untuk mencetuskan idea serta memenuhi minat guru dan pelajar dalam topik-topik tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga yang banyak diperkatakan sekarang ini: Buku Sumber Guru Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga Buku Panduan Guru Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga Buku Aktiviti Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga Koleksi Projek Ko-kurikulum Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga Struktur dan kandungan siri buku teks ini disusun mengikut sukatan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan buku-buku ini diterbitkan adalah untuk membekalkan terutamanya para guru dengan pengetahuan komprehensif, panduan mengajar dan idea-idea untuk menjalankan eksperimen serta aktiviti ko-kurikulum yang melibatkan topik-topik tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga. Hal ini membolehkan para pelajar dapat mengembangkan daya pemikiran saintifik serta memupuk nilai-nilai murni yang melibatkan kehidupan seharian dan alam sekitar. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan banyak usahasama dirancang untuk memastikan pembangunan sumber tenaga yang mampan termasuk tenaga diperbaharui untuk memenuhi keperluan tenaga dalam pembangunan ekonomi negara. Penggunaan tenaga diperbaharui sebagai bahan api kelima negara akan diperluaskan dalam tempoh rancangan ini dilaksanakan. Usaha akan dipergiatkan untuk memastikan kecukupan, kualiti dan jaminan bekalan tenaga serta menggalakkan lebih banyak penggunaan sumber gas dan tenaga diperbaharui dan seterusnya, membekalkan kapasiti penjanaan elektrik yang mencukupi. Buku Sumber Guru Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga mengandungi tujuh bab yang membincangkan topik-topik Tinjauan terhadap Tenaga dan Kecekapan Tenaga; Terma Suria; Fotovolta; Biojisim; Tenaga-tenaga Diperbaharui Lain (Hidro, Geoterma, Ombak dan Angin); Kecekapan Tenaga; dan Bahan dan Maklumat tentang Tenaga dalam Pendidikan. Topik-topik yang dibincangkan menerangkan aspek-aspek sumber tenaga serta gambarajah yang mudah difahami berkaitan dengan kehidupan seharian. Buku Panduan Guru Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga mengandungi lapan bab yang melibatkan perbincangan topik-topik berkaitan dengan tenaga diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui, kesan penggunaan tenaga kepada persekitaran, amalan-amalan penggunaan

tenaga yang cekap, dan penggunaan tenaga nuklear dan kesannya. Buku ini yang mengandungi Sains Teras dalam tingkatan 1, 3 dan 5; Sains Tambahan dalam tingkatan 4; Kimia dalam tingkatan 4 dan 5; Kajihayat dalam tingkatan 4 dan Fizik dalam tingkatan 5 boleh digunakan sebagai panduan bagi para guru. Setiap topik dimulakan dengan Gambaran Keseluruhan Topik yang dibincangkan dengan jelas. Objektif Pengajaran, Konsep Utama, Aktiviti dan Prosedur Aktiviti Pelajar, dan Implikasi Sosial juga disertakan dalam setiap topik supaya dapat memudahkan guru untuk memulakan aktiviti di dalam kelas dan membuat rancangan pengajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar terhadap tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga. Buku Aktiviti Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga berserta kit-kit demostrasi mengandungi empat topik termasuk Terma Suria, Fotovolta, Biojisim dan Kecekapan Tenaga yang disediakan sebagai satu pakej untuk menerangkan konsep tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga dengan lebih berkesan. Setiap topik mengandungi sekurang-kurangnya sepuluh eksperimen yang boleh dilakukan secara berasingan dengan prosedur-prosedur lengkap beserta panduan penyelesaian dan ia sejajar dengan maklumat yang disediakan dalam Buku Sumber Guru. Koleksi Projek Kokurikulum Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga yang juga melibatkan empat topik yang sama iaitu Terma Suria, Fotovolta, Biojisim dan Kecekapan Tenaga serta satu topik mengenai aktiviti lain telah disediakan sebagai pencetus idea bagi aktiviti kokurikulum yang boleh dijalankan di sekolah-sekolah. Perancangan aktiviti dilengkapi dengan butir-butir tempoh masa dan perbelanjaan yang diperlukan. Penglibatan ramai pelajar dapat menyemarakkan kesedaran dalam tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga. Diharapkan siri buku ini dapat membantu para guru dan pelajar secara tidak langsung, dalam memahami aspek-aspek tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga. Dalam usaha mempromosikan penggunaan teknologi tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga, pastinya ia dapat menjanjikan pembangunan masa hadapan yang lebih terjamin untuk kehidupan manusia keseluruhannya. Akhir sekali, dipanjatkan kesyukuran he hadrat Allah S.W.T. yang dengan izin Nya jua, usaha-usaha ini terhasil. Kamarulazizi Ibrahim Fauziah Sulaiman Ahmad Nurulazam Md. Zain Abdul Malik Abdul Shukor CETREE Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga Universiti Sains Malaysia Julai 2001

PPEENNGGHHAARRGGAAAANN Kami mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia Malaysia; Kementerian Pendidikan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Kerajaan Denmark melalui DANCED (Danish Cooperation for Environment and Development) kerana telah banyak memberi sokongan dalam menjayakan penulisan buku ini yang boleh membantu pemahaman tentang tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga diperingkat sekolah menengah. Kami juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang disenaraikan di bawah ini kerana telah memberi banyak idea, pendapat, sokongan padu dan dorongan dalam menjayakan usaha murni ini:
Dr. Sharifah Maimunah bt. Syed Zin, Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum; Encik Rusli b. Rashikin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor; Encik Rosli b. Suleiman, Pegawai Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum; Encik Morten Sondergaard, Ketua Penasihat Teknikal CETREE; Encik Akram b. Hj. Mohamad, Encik Jesper Vauvert, Puan Siti Ajar bt. Hj. Ikhsan, Encik Suandi b. Md. Kamari, Encik Abd. Rahman b. Khalid, Encik Abd. Razak b. Ismail, Cik Siti Rozlina bt. Mohamed Ali, dan Encik Kamal Ariffin b. Baharuddin.

KKAANNDDUUNNGGAANN
PRAKATA
PENGHARGAAN
1. TENAGA, TENAGA DIPERBAHARUI, KECEKAPAN
TENAGA, BAHANAPI FOSIL DAN NUKLEAR –
SATU PANDANGAN KESELURUHAN
1.1 Pendahaluan 1.2 Isu Tenaga Fosil 1.3 Tenaga Diperbaharui 1.4 Tenaga Nuklear 1.5 Kecekapan Tenaga 1.6 Rujukan
2. TERMA SURIA
2.1 Pendahaluan 2.2 Jejak Matahari 2.3 Sinaran Suria 2.4 Pemindahan Haba 2.5 Pengumpul Suria Plat Datar 2.6 Aplikasi Pengumpul Suria 2.7 Rujukan
3. FOTOVOLTA
3.1 Pendahaluan 3.2 Teori 3.3 Sistem Bekalan Elektrik Suria 3.4 Eksperimen 3.5 Kesimpulan 3.6 Rujukan
4. BIOJISIM
4.1 Pendahaluan 4.2 Apakah Biojisim? 4.3 Apakah Asal-Usul Biojisim? 4.4 Mengkaji Pembakaran Bahanapi Biojisim 4.5 Mengkaji Kandungan Biojisim

4.6 Mengkaji Nilai Haba Biojisim 4.7 Pengkarbonan Kayu 4.8 Kegunaan Arang Di Malaysia 4.9 Proses-Proses Mendapatkan Tenaga Dari Biojisim
5. SUMBER-SUMBER TENAGA DIPERBAHARUI
LAIN
5.1 Tenaga Angin 5.2 Tenaga Geotermal 5.3 Tenaga Hidro 5.4 Tenaga Gelombang Laut
6. KECEKAPAN TENAGA
6.1 Pendahaluan 6.2 Sejarah 6.3 Pencemaran Alam Sekitar 6.4 Tenaga Elektrik 6.5 Bangunan Cekap Tenaga 6.6 Teknologi Kecekapan Tenaga Masa Depan 6.7 Rumusan 6.8 Rujukan
7. SUMBER MAKLUMAT TENAGA DIPERBAHARUI
DAN KECEKAPAN TENAGA DALAM PENDIDIKAN
7.1 Pendahuluan 7.2 Tenaga Diperbaharui Dan Kecekapan Tenaga 7.3 Kecekapan Tenaga 7.4 Biojisim 7.5 Tenaga Terma Suria 7.6 Tenaga Angin 7.7 Fotovolta 7.8 Halaman Web 7.9 Alamat Penerbit Dan Agensi
BIODATA RINGKAS PENGARANG

Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahanapi Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 1
1. Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahan Api Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
Mohd. Yusof Hj. Othman
1.1 Pendahuluan
Bayangkan perkara yang akan berlaku
sekiranya bekalan elektrik terputus atau bekalan
gas, diesel dan petrol tidak ada. Kita mungkin
tidak dapat ke tempat kerja kerana tiada
kenderaan yang dapat bergerak. Suri rumah
mungkin tidak dapat memasak makanan untuk
hidangan keluarga. Lalu lintas di jalan raya
mungkin kucar-kacir kerana lampu isyarat tidak
berfungsi. Gelap menyelubungi malam kerana
ketiadaan lampu. Pekerja di bangunan tinggi
terpaksa berjalan kaki yang mengambil masa
yang lama untuk ke bilik pejabat. Entah seribu
macam lagi peristiwa yang dapat kita sebutkan
yang dapat menggamatkan dunia ini sekiranya
kita kekurangan atau ketiadaan bekalan tenaga.
Pergerakan merupakan perkara yang amat asas
dalam kehidupan manusia dan juga makhluk
hidup yang lain. Manusia perlu bergerak kerana
mencari makanan, dan mereka juga perlu
bergerak kerana ingin melakukan segala
kegiatan harian mereka. Tanpa gerakan tidak
mungkin adanya aktiviti. Tanpa aktiviti tidak
mungkin terlaksana pembangunan.
Objek tidak mungkin dapat digerakkan
sekiranya kita tidak melakukan kerja. Kerja
tidak mungkin dapat dilakukan sekiranya kita
tidak bertenaga. Lebih bertenaga seseorang itu
lebih banyaklah kerja dapat dilakukan. Dengan
demikian seseorang akan berusaha untuk
mendapatkan tenaga sebanyak mungkin agar
dapat melakukan kerja yang banyak.
Pada peringkat awal manusia berusaha
mendapatkan tenaga melalui tenaga yang
tersimpan dalam makanan. Dengan memakan
makanan yang berkhasiat dan bertenaga
seseorang itu banyak mempunyai tenaga yang
tersimpan di dalam otot di badannya. Sekiranya
kerja yang perlu dilakukan terlalu banyak, maka
manusia menggunakan binatang yang lebih
bertenaga dan gagah untuk melakukannya.
Dalam sejarah hidup manusia kuda, unta, gajah,
lembu dan kerbau merupakan binatang
tunggangan utama yang digunakan untuk
membantu manusia melakukan kerja.
Apabila ilmu sains dan teknologi berkembang,
manusia berusaha pula menggantikan tenaga
yang diperoleh melalui makanan yang
membesarkan ototnya dengan menggunakan
stim yang diperoleh dengan memanaskan air.
Tenaga haba yang dimiliki oleh stim ini
kemudiannya digunakan untuk menggerakkan
omboh yang akhirnya dapat menggerakan
sesuatu objek. Teknologi penukaran tenaga
daripada haba yang dikandungi oleh stim
kepada tenaga yang boleh menggerakkan objek
kemudiannya berkembang dengan penggunaan
arang batu, minyak petrolium dan gas secara
meluas.
Dalam usaha untuk memenuhi tuntutan
pembangunan, perubahan dan revolusi
teknologi secara besar-besaran dilakukan dalam
bidang tenaga. Sawah padi yang dulunya
menggunakan tenaga kerbau untuk proses
membajak, kini telah digantikan dengan jentera
bermotor. Kenderaan yang menggunakan lembu
bertukar kepada kereta, lori dan motorsikal
yang dapat melakukan kerja yang banyak dalam
masa yang singkat, dan menggerakkan barang-
barang dalam jarak yang jauh.
Revolusi tenaga mencapai kemuncaknya
apabila tenaga boleh dialirkan dalam bentuk
tenaga elektrik. Rumah, pejabat, kilang dan
bangunan yang besar menjadi terang benderang
dengan penggunaan tenaga elektrik. Di rumah
kediaman, tenaga elektrik digunakan di dapur,
mesin basuh, peti sejuk, dan peralatan dapur
yang lain di samping kipas angin dan juga
sistem penyaman udara. Di pejabat, tenaga
elektrik digunakan untuk lampu dan juga
peralatan pejabat seperti mesin fotokopi,
komputer, telefon, mesin taip, lif dan
sebagainya. Begitu juga di kilang. Hampir
sebahagian besar sumber tenaga hari ini
menggunakan tenaga elektrik. Bayangkan kalau
bekalan elektrik hanya terputus dalam masa 30
minit, macam-macam boleh berlaku; lalu lintas
di jalan raya mungkin tidak terkawal, urusan
pejabat di bangunan yang tinggi mungkin
tergendala, air di rumah pangsa mungkin

Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahanapi Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 2
terputus, komuter tidak dapat bergerak yang
menyebabkan penumpang terkandas, dan
pelbagai perkara lain lagi mungkin berlaku.
Apabila aktiviti manusia meningkat, dan tahap
keselesaan manusia juga turut meningkat,
permintaan pada tenaga juga turut meningkat.
Malangnya sumber utama yang membekalkan
tenaga elektrik untuk penduduk dunia ialah
tenaga fosil, yakni tenaga yang tersimpan di
perut bumi daripada bahan hidrokarbon (seperti
arang batu, minyak dan gas) yang
pembakarannya akan menyebabkan
pencemaran alam. Dalam kuantiti yang kecil
pembakaran bahan fosil ini mungkin tidak
memudaratkan, tetapi dalam kuantiti yang
banyak seperti pertambahan bilangan kenderaan
di bandar-bandar besar, pertambahan penjana
kuasa elektrik yang besar dan sebagainya,
penjanaan tenaga bersumberkan tenaga fosil
akan mendatangkan masalah.
Oleh sebab teknologi berkaitan dengan tenaga
fosil digunakan oleh ramai pengguna di serata
dunia, maka sumber ini menjadi komoditi
utama dalam menentukan pembangunan
sesebuah negara. Ia juga menjadi komoditi yang
ingin dikuasai oleh syarikat-syarikat minyak
antarabangsa. Seringkali berlaku apabila
peperangan meletus di negara pengeluar
minyak seperti peperangan di negara-negara di
Timur Tengah, harga minyak akan meningkat
dengan mendadak sekali. Minyak juga
merupakan senjata politik utama untuk
memastikan pengaruh sesebuah negara. Negara
Iraq dan Libya yang merupakan pengeluar
utama minyak, tetapi ia dilarang daripada
berurus niaga dengan negara-negara lain.
Akibatnya, pembangunan di negara-negara
tersebut terjejas walaupun mereka memiliki
sumber tenaga yang banyak.
Ahli sains dan teknologi terus berusaha dan
meneroka bidang-bidang baru untuk
meneruskan pembangunan dan mendatangkan
keselesaan kepada seluruh umat manusia. Oleh
sebab masalah yang timbul dalam penggunaan
sumber tenaga fosil, maka sumber tenaga yang
lebih selamat, menjimatkan, mesra alam dan
mampan perlulah diterokai. Sumber tenaga ini
disebut sebagai sumber tenaga diperbaharu.
1.1.1 Sumber Tenaga Dunia
Sekiranya diamati dengan teliti, dunia hanya
mempunyai empat sumber tenaga; tenaga suria,
tenaga geoterma, tenaga ombak yang
dibebabkan oleh air pasang surut dan tenaga
nuklear (Mohd. Yusof & Kamaruzzaman 2000).
Sumber-sumber yang lain seperti arang batu,
minyak, gas, hidro, angin, biogas biojisim dan
sebagainya ialah hasil atau terbitan daripada
sumber utama ini.
Rajah 1.1 menunjukkan sumber tenaga yang
dibekalkan di dunia ini. Tenaga suria
merupakan sumber tenaga utama di antara
keempat-empat sumber tenaga tersebut yang
membekalkan tenaga kepada semua kehidupan
di bumi ini. Sumber tenaga suria ini dapat
dimanfaatkan dalam tiga bentuk,
▪ Sinaran suria terus yang merupakan
pancaran sinaran matahari yang
menimpa bumi secara terus
dimanfaatkan dalam dua proses;
fotovoltaik dan terma. Secara lazimnya
sinaran suria terus ini digunakan dalam
proses pengeringan. Sinaran suria terus
juga dimanfaatkan dalam proses
pemanasan air. Terkini, sinaran suria
terus digunakan untuk menjana tenaga
elektrik dengan menggunakan bahan
SUMBER TENAGA
Suria Geoterma Ombak
Laut Nuklear
Bahan api
lakuran
Bahan api
leburan
Sinaran
terus
Sinaran
tersimpan
Sinaran
tidak terus
Hidrokarban
tidak boleh
diperbaharui
Hidrokarban
boleh
diperbaharui
Arang
batu Petroleum Gas
asli
Hidro
Angin
Terma
laut
Biogas Biojisim
Fotovoltaik Terma
Sistem air
panas Sistem udara
panas
Rajah 1.1: Sumber tenaga dunia.

Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahanapi Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 3
yang dinamakan sel suria atau sel
fotovoltaik.
▪ Tenaga suria juga tersimpan dalam
bentuk hidrokarban. Arang batu,
petroleum dan gas asli merupakan
sumber tenaga fosil yang tersimpan
dalam perut bumi dalam bentuk
hidrokarban yang tidak boleh
diperbaharui. Manakala biogas dan
biojisim merupakan sumber tenaga
hidrokarban yang boleh diperbaharui.
▪ Sinaran suria tidak langsung melakukan
proses penyejatan air yang menjadi
sumber utama tenaga hidro, dan
perubahan tekanan yang menyebabkan
berlakunya peredaran angin yang
menjana tenaga angin. Sinaran suria
yang menimpa permukaan laut akan
memanaskan air di permukaan yang
mewujudkan perbezaan sejuk dan
panas di permukaan laut. Proses ini
akan menjana tenaga yang disebut
sebagai tenaga terma laut. Setakat ini
tenaga terma laut bukanlah merupakan
sumber tenaga yang tersohor dan boleh
dimanfaatkan dengan jayanya.
Tenaga geoterma ialah sumber tenaga yang
dihasilkan oleh aktiviti magma di dalam perut
bumi. Sebahagian negara yang mengalami
aktiviti gunung berapi seperti Jepun dan
Indonesia menghasilkan haba yang dikeluarkan
oleh perut bumi. Air panas yang dihasilkan oleh
aktiviti geologi dalam perut bumi dikenali
sebagai tenaga geoterma.
Tenaga ombak laut pula dihasilkan oleh aktiviti
air pasang-surut. Proses air pasang-surut ialah
akibat langsung daripada gerakan bumi berputar
dipaksinya, bulan mengelilingi bumi dan bumi
mengelilingi matahari. Kewujudan daya graviti
antara bumi, bulan dengan matahari
mengakibatkan berlakunya air pasang-surut.
Gerakan air pasang surut boleh dijadikan
sumber tenaga untuk kegunaan manusia.
Setakat ini teknologinya belum lagi mencapai
tahap ekonomi yang memungkinkan sumber ini
diterokai secara meluas.
Tenaga nuklear pula ialah tenaga yang baru
ditemui pada awal abad ke dua puluhan, dan
berpotensi untuk masa hadapan. Malah
sebahagian besar sumber tenaga di Eropah dan
juga di Amerika Syarikat bersumberkan tenaga
nuklear. Tetapi isu utama penggunaan tenaga
nuklear ialah sistem pengendaliannya yang
masih dicurigai seperti kemalangan yang
berlaku di Three Mile Island, Amerika Syarikat,
dan juga di Chernobyll, Russia. Satu lagi isu
yang menjadikan sumber ini tidak tersohor
adalah kerana kesan politik antarabangsa yang
boleh menjejaskan pembangunan sesebuah
negara terutamanya negara membangun.
1.2 Isu Tenaga Fosil
Tenaga yang bersumberkan fosil (minyak, gas
dan arang batu) digunakan secara meluas pada
hari ini. Namun penggunaan sumber tenaga ini
begitu dikhuatiri oleh dunia kerana,
▪ Ia merupakan bahan galian yang
pastinya akan pupus suatu masa nanti
kerana bumi tidak mungkin
menjanjikan bekalan sumber yang
berkekalan.
▪ Permintaan pada tenaga bertambah
sepanjang masa kerana pembangunan
yang berterusan. Apatah lagi negara
membangun yang berusaha
bersungguh-sungguh untuk
membangunkan negara mereka dalam
acuannya sendiri selepas dijajah oleh
kuasa-kuasa luar.
▪ Penggunaan tenaga fosil juga
menyumbangkan kepada kesan negatif
pada alam sekitar. Hujan asid boleh
merencatkan pertumbuhan tumbuhan-
tumbuhan dan binatang. Hujan asid
juga memberikan sumbangan pada
kakisan batuan yang menjadi
komponen utama dalam bangunan. Gas
hijau seperti COx, NOx dan SOx
memberikan kesan langsung kepada
kesihatan manusia. Pembakaran bahan
fosil juga menghasilkan kesan rumah
hijau yang boleh memanaskan suhu
bumi. Kesan rumah hijau ialah akibat
haba yang terperangkap sebagai akibat
wujudnya gas NOx yang berada di
atmosfera. Akibatnya glasier yang
berada di Kutub Utara dan Kutub
Selatan menjadi cair dan meningkatkan
paras laut Dianggarkan kenaikan suhu
sebanyak 1oC akan menyebabkan
kenaikan aras laut sebanyak 30 cm.

Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahanapi Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 4
Keadaan ini akan menyebabkan
kawasan rendah di sekitar pantai yang
merupakan penduduk teramai dunia
yang menghuninya akan mengalami
banjir.
▪ Sumber tenaga fosil juga merupakan
sumber tenaga yang dimonopoli oleh
syarikat-syarikat minyak terbesar milik
negara-negara maju di dunia. Keadaan
ini mengakibatkan negara lain terpaksa
tunduk pada polisi dan dasar yang
dipangaruhi oleh negara-negara dan
syarikat-syarikat besar tersebut, yang
pastinya tidak memberikan keutamaan
kepada negara-negara membangun.
▪ Sumber tenaga fosil ialah komoditi
utama dunia yang sumbernya perlu
diimport. Akibatnya harga pasaran
komoditi ini akan mempengaruhi
ekonomi sesebuah negara. Hingga hari
inipun harga minyak di pasaran
antarabangsa akan menentukan
kestabilan sesebuah negara.
▪ Oleh sebab teknologi tenaga fosil
mendominasi sebahagian besar
pembangunan negara, maka pergolakan
politik di negara-negara pengeluar
minyak akan menjejaskan
pembangunan negara lain. Negara-
negara Arab dan Afrika Utara yang lain
merupakan pengeluar utama minyak
dunia. Oleh sebab itulah pergolakan
politik di sana menjadi perhatian semua
negara-negara di dunia.
Berdasarkan kenyataan di atas, ternyata untuk
mengharapkan pembangunan negara pada masa
hadapan dijanakan oleh sumber tenaga fosil
semata-mata amat mencurigakan. Sumber
tenaga yang lebih mapan, selamat dan tidak
dipengaruhi pergolakan politik antara bangsa
perlu diusahakan. Sumber tenaga tersebut ialah
tenaga diperbaharu.
1.3 Tenaga Diperbaharui
Sekiranya diamati carta dalam Rajah 1 di atas,
ternyata dunia mempunyai banyak lagi sumber
tenaga yang boleh diterokai. Ini termasuklah
tenaga suria, biojisim, biogas, hidro, angin,
terma laut, geoterma, ombak laut dan tenaga
nuklear. Tidak semua sumber tenaga
diperbaharui ini boleh dimaju dan
dikembangkan. Di Malaysia sumber tenaga
diperbaharui yang dirasakan penting dan boleh
dimajukan dengan jayanya adalah tenaga suria,
biojisim, biogas, hidro, dan angin.
Disamping sumber tenaga diperbaharui yang
dinyatakan di atas, kecekapan tenaga juga amat
penting dan boleh dianggap sebagai salah satu
sumber tenaga untuk masa hadapan. Walaupun
ianya bukanlah sumber tenaga tetapi
penggunaan sistem dan proses pengendalian
tenaga dengan cekap boleh menyelamatkan
penggunaan tenaga tanpa terbazir.
Malaysia mempunyai beberapa sumber tenaga
diperbaharui yang mempunyai potensi yang
besar untuk diterokai. Sumber-sumber tersebut
adalah,
1.3.1 Tenaga Suria
Tenaga suria ialah sumber tenaga utama dunia.
Dianggarkan bumi menerima sekitar 170 trilion
kW tenaga suria. 30% daripada amoun ini
dipantulkan semula oleh bumi ke atmosfera,
47% ditukarkan kepada haba bersuhu rendah
dan memanaskan ruang sekitar bumi, dan 23%
lagi terlibat dalam proses kitaran pemeruwapan
air biosfera. Hanya sebahagian kecil (kurang
daripada 0.5%) digunakan sebagai tenaga
kinetik untuk menggerakkan angin dan juga
menghasilkan tenaga ombak di laut (bukan
tenaga air pasang-surut).
Malaysia terletak berdekatan dengan khatul-
istiwa, dan hampir lapan puluh peratus di
kelilingi laut. Dengan demikian ia menerima
sinaran suria yang tinggi dibandingkan dengan
negara-negara yang jauh daripada khatulistiwa.
Dianggarkan bumi Malaysia menerima sinaran
suria sekitar 500-700 Wm-2 dengan purata
sinaran suria ialah 6.2 jam per hari (Azni Zain-
Ahmed 2000). Kedudukannya yang di kelilingi
oleh laut dan beriklim tropika menyebabkan
bentuk awan tertabur tidak menentu. Kajian
yang dilakukan oleh Kumpulan Penyelidik
Tenaga Suria, Universiti Kebangsaan Malaysia
mendapati corak sinaran suria di Malaysia
dapat dibahagikan kepada lima bentuk; hari
cerah sepanjang hari (16%), hari dengan hujan
sepanjang hari (14%), hari berawan dengan
bentuk sinaran suria yang tidak menentu (50%),
hari dengan hujan sebelah petang (17%) dan
hari dengan sinaran suria melebih pemalar suria

Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahanapi Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 5
(3%) (Mohd. Yusof Hj. Othman drk. 1993).
Pemalar suria ialah sinaran suria yang menimpa
bumi tanpa sebarang halangan yang
dianggarkan bernilai 1352 Wm-2 (Wieder
1996).
Secara umumnya tenaga suria digunakan dalam
dua bentuk; sistem terma yang menukarkan
sinaran suria pada tenaga haba, dan sistem
fotovoltaik yang menukarkan tenaga suria
kepada tenaga elektrik. Dalam sistem terma
tumpuan diberikan untuk memanaskan air bagi
rumah kediaman dan industri, mendapatkan
udara panas untuk proses pengeringan dan juga
pemanasan ruang dan industri, dan proses
penyulingan air untuk mendapatkan air
minumam daripada air laut atau proses
pembersihan air melalui sejatan. Manakala
sistem fotovoltaik digunakan untuk
membekalkan tenaga elektrik pada sistem
terpencil yang jauh daripada grid (pendawaian
awam) seperti sistem pam air suria, lampu
jalan, lampu penanda jalan dan trafik, pemancar
radio dan sebagainya.
▪ Sistem air panas suria
Rajah grafik sistem air panas suria
ditunjukkan dalam Rajah 1.2, manakala
Rajah 1.3 menunjukkan gambar foto
sistem berkenaan yang lazimnya
digunakan oleh industri. Komponen
utama sistem ini ialah pengumpul suria,
tangki untuk menyimpan air panas dan
saluran untuk menyalurkan air.
Rajah 1.2: Rajah grafik sistem air panas suria.
Pengumpul suria terdiri daripada plat
hitam yang dapat menyerap tenaga
suria dan menukarnya kepada haba
supaya haba tidak terlepas keluar,
pengumpul ini ditutup dengan plat kaca
atau plat bahan lutsinar yang lainnya.
Haba ini kemudiannya dipindahkan
pada air yang mengalir melalui tiub
yang mengalir melalui plat pengumpul
ke bahagian atas tangki air panas. Air
akan masuk semula ke pengumpul suria
melalui bahagian bawah tangki air yang
kemudiannya bergerak ke bahagian
bawah pengumpul suria. Tangki air
perlu ditebat dengan baik supaya haba
tidak hilang ke sekitaran sewaktu air
dipanaskan.
Untuk menggerakkan air dalam sistem
air panas suria ini dua kaedah
digunakan; pertama dengan
menggunakan pam. Sistem ini
dinamakan sistem suria aktif. Kedua
melalui proses termosifon, yakni air
bergerak dari padabahagian panas
kepada bahagian sejuk sebagai akibat
daripada perbezaan ketumpatan.
Akibatnya proses kitaran air berlaku
secara sendiri tanpa menggunakan
sebarang tenaga dari luar. Sistem kedua
ini dinamakan sistem suria pasif.
Kemampuan sistem ini memindahkan
tenaga suria pada tenaga haba
bergantung pada struktur dan binaan
pengumpul. Untuk meningkatkan
kecekapan pengumpul suria, tiub
vakum digunakan. Rajah 1.4
menunjukkan gambarfoto sistem air
panas suria dengan pengumpul tiub
vakum. Dalam pengumpul ini cecair
digunakan untuk memindahkan haba
yang diperoleh daripada sinaran kepada
air. Oleh sebab plat pengumpul berada
di dalam tiub vakum, kehilangan haba
ke sekitaran amatlah kecil, yang
Rajah 1.3: Gambar foto sistem air panas suria
di industri.

Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahanapi Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 6
akhirnya menyebabkan hampir
keseluruhan tenaga suria dipindahkan
ke air.
▪ Sistem Pengeringan Suria
Pada dasarnya fungsi utama sistem ini
adalah untuk menghasilkan udara
panas. Konsep operasinya hampir sama
dengan sistem air panas suria, medium
yang dipanaskan ialah udara. Oleh
sebab udara mempunyai ketumpatan
yang lebih kecil daripada air, maka
kemampuan memindahkan haba
daripada plat pengumpul ke udara
adalah lebih kecil.
Sebagaimana sistem air panas suria,
sistem pengeringan suria terdiri
daripada tiga komponen asas;
pengumpul suria, kebuk pengeringan
untuk mengeringkan bahan, dan saluran
untuk mengalirkan udara panas dari
pengumpul ke kebuk pengeringan.
Seperti juga sistem air panas suria,
sistem pengeringan suria yang terdapat
di pasaran ada yang pasif yang tidak
menggunakan kipas untuk
menggerakkan udara, dan ada pula
yang aktif yang menggunakan kipas
untuk mengalirkan udara dari
pengumpul ke kebuk pengeringan.
Rajah 1.5 menunjukkan gambaran
grafik sistem pengeringan suria yang
terdapat di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Pengumpul suria terdiri
daripada plat yang dihitamkan supaya
dapat menyerap haba dengan baik. Plat
tersebut dibuat dalam bentuk-V supaya
permukaannya lebih luas, dan dengan
demikian kecekapannya akan
meningkat seperti ditunjukkan dalam
Rajah 1.6. Rajah 1.7 ialah gambar foto
sistem pengeringan suria yang terdapat
di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dalam pasaran pelbagai bentuk
pengumpul telah direka supaya prestasi
pengumpulan tenaganya tinggi sesuai
dengan bahan yang akan dikeringkan.
Kebuk pengeringan ialah bekas yang di
dalamnya terdapat bahan yang akan
dikeringkan. Terdapat pelbagai reka
bentuk kebuk pengeringan yang
Rajah 1.4: Gambarfoto sistem air panas suria
dengan pengumpul tiub vakum yang
terdapat di Universiti Kebangsaan
Malaysia.
glass cover
Air flow
DryingChamber
V-grooveCollector
Air vent
Pengumpul
lekuk-V
Penutup
kaca
Aliran
udara
Kebuk
pengeringa
n
Udara
keluar Udara
masu
k
Rajah 1.5: Rajah grafik sistem pengeringan
suria yang terdapat di Universiti
Kebangsaan Malaysia
V-Groove Absorber Glass cover
Penutup
kaca
Penyerap lekuk-V
Rajah 1.6: Rajah grafik sistem pengumpul
suria berbentuk-V.
Rajah 1.7: Gambar foto sistem pengeringan suria yang terdapat di UKM.

Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahanapi Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 7
terdapat dalam pasaran sesuai dengan
bahan yang akan dikeringkan.
Manakala saluran untuk mengalirkan
udara ditebat agar haba tidak hilang ke
sekitaran. Biasanya kipas digunakan
untuk menggerakkan udara dari
pengumpul hinggalah ke kebuk
pengeringan. Fungsi kipas bukan sahaja
untuk menggerakkan udara, malah ia
juga berfungsi untuk mengawal suhu
pengeringan. Sekiranya suhu udara
terlalu tinggi, kipas boleh dilajukan
agar suhu udara kembali rendah,
manakala sekiranya suhu udara rendah,
halaju kipas diperlahankan agar udara
melalui pengumpul dengan perlahan,
dan dengan itu suhu dapat ditinggikan.
Di Malaysia terdapat sebilangan besar
komoditi bahan pertanian yang
memerlukan proses pengeringan.
Contohnya, termasuklah padi, koko,
kopi, lada, getah, teh, ikan bilis, ikan
kering, dan pelbagai lagi hasil pertanian
termasuk bahan-bahan perubatan herba
yang amat terkenal kini. Pengeringan
menggunakan sistem pengeringan suria
bukan sahaja tidak mencemarkan alam,
malah dapat memastikan kualiti hasil
yang dikeringkan bermutu tinggi
kerana bahan-bahan yang dikeringkan
tidak terdedah pada pencemaran.
▪ Sistem Fotovoltaik
Sistem fotovoltaik ialah sistem suria
yang dapat menukarkan tenaga sinaran
suria kepada tenaga elektrik. Walaupun
teknologi fotovoltaik agak terkenal
sejak akhir-akhir ini, namun penemuan
konsep fotovoltaik telah dikenali oleh
ahli-ahli sains sejak tahun 1839 lagi
apabila seorang ahli fizik Peranchis
bernama Edmond Becquerel telah
mendapati bateri basah yang berplat
perak telah memberikan kesan voltan
yang tinggi apabila disinari sinaran
suria. Kajian beliau tidak terkenal
untuk menghasilkan tenaga elektrik
daripada suria kerana kosnya yang
terlalu mahal, sebaliknya kajiannya
digunakan dalam teknologi fotografi.
Kajian dalam bidang fotovolatik (yakni
menukarkan sinaran suria ke tenaga
elektrik) hanya dilaksanakan secara
bersungguh-sungguh selepas Amerika
Syarikat melaksanakan program
angkasa lepasnya. Sistem fotovoltaik
digunakan untuk membekalkan tenaga
elektrik kepada pesawat angkasa lepas
kerana penggunaan sumber tenaga lain
seperti minyak dan gas tidak selamat
dan amat terbatas, yakni akan
kehabisan. Dalam tahun 1959 kos
untuk menghasilkan 1 Watt elektrik
dari sistem fotovoltaik berharga kira-
kira US200,000.00, tetapi kini harganya
berkurang dengan banyak sekali
menjadi kurang daripada US5.00 untuk
setiap 1 Watt elektrik yang dihasilkan.
Secara amnya sistem ini beroperasi
sebaik sahaja sinaran suria menimpa sel
fotovoltaik. Sel fotovoltaik terdiri
daripada bahan yang dapat menukarkan
sinaran suria kepada tenaga elektrik.
Tenaga elektrik yang dihasilkan boleh
terus digunakan atau disimpan di dalam
bateri untuk kegunaan kemudian.
Sistem fotovoltaik ini amat sesuai
digunakan di tempat terpencil seperti
membekalkan kuasa untuk sistem pam
air, lampu jalan, papan penunjuk jalan,
pemancar radio dan sebagainya. Rajah
1.8 menunjukkan gambarfoto
sebahagian penggunaan sistem
fotovoltaik yang terdapat di pasaran.
Rajah 1.8a: Pelbagai penggunaan sistem fotovoltaik (Siemen Solar Industries).

Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahanapi Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 8
▪ Kebaikan dan Kepentingan Sistem
Suria
Dalam perbincangan di atas, ternyata
penggunaan sistem suria tidak
memerlukan sebarang sumber tenaga
yang mencemarkan seperti penggunaan
minyak, gas atau arang batu. Dalam
sistem air panas dan pengeringan suria,
kadang-kadang sumber tenaga bantu
diperlukan untuk menjalankan pam
atau kipas, namun amaun tenaganya
tidaklah terlalu besar. Sistem
fotovoltaik juga tidak mencemarkan
alam. Tenaga suria dapat ditukarkan ke
tenaga elektrik secara langsung.
Ketahanan sistem bergantung pada
lama mana pengumpul suria mampu
menukarkan tenaganya. Dalam sistem
air panas dan pengeringan suria
pengumpul boleh digunakan secara
terus menerus tanpa sebarang
penyenggaraan sehingga lebih daripada
sepuluh tahun, manakala dalam sistem
fotovoltaik akan dapat terus digunakan
selagi sel fotovoltaiknya tidak rosak.
Kajian saintifik mendapati sel
fotovoltaik terkini dibuat daripada
bahan yang amat stabil sehingga ia
dapat beroperasi lebih daripada dua
puluh tahun.
Dengan demikian sistem suria ini
bukan sahaja mesra alam, tetapi juga
selamat dan dapat digunakan dalam
jangka waktu yang lama. Bekalan
tenaganya tidak pupus dan tidak pula
dipengaruhi oleh isu-isu yang
berhubung dengan eksport dan import.
Penyenggraan sistemnya juga mudah
dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
1.3.2 Tenaga Biojisim
Selain daripada tenaga suria, tenaga biojisim
juga merupakan sumber tenaga boleh
diperbaharui. Tenaga biojisim berasal daripada
tumbuh-tumbuhan yang boleh ditanam semula.
Pembakaran bahan biojisim akan menghasilkan
tenaga yang banyak dan tidak menghasilkan
unsur-unsur yang boleh mencemarkan alam
seperti pembakaran minyak, gas dan arang batu.
Dengan demikian ianya adalah selamat dan
sumbernya berterusan.
Di peringkat dunia biojisim menyumbangkan
kira-kira 13% daripada jumlah tenaga dunia,
manakala di Malaysia pula dianggarkan 16%
daripada keseluruhan tenaga adalah berasal dari
biojisim (Abd Halim Shamsudin drk. 2000).
Penggunaannya juga pelbagai, bermula dengan
menggunakan dapur kayu untuk rumah
kediaman sehinggalah pada industri batu bata
dan penjanaan kuasa elektrik.
Lima sektor utama yang dikenalpasti di
Malaysia yang menyumbang pada tenaga
biojisim ialah,
▪ Tanaman kelapa sawit; tempurung
kelapa sawit, serabut buah, batang
pokok dan juga pelepah sawit.
▪ Hutan dan sisa pembalakan; sisa
serpihan di kilang papan dan juga
sewaktu penebangan pokok.
Rajah 1.8b. Modul fotovoltaik buatan Malaysia
Rajah1. 9: Apakah kereta suria akan menjadi kenyataan?

Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahanapi Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 9
▪ Tanaman getah; ranting, dahan dan
batang pokok getah. Namun adalah
lebih menguntungkan sekiranya batang
pokok getah dijadikan papan perabut.
▪ Tanaman padi ; jerami padi.
▪ Bahan buangan perbandaran; dahan
kayu dan tanaman yang ditanam di
bandar dan sisa buangan rumah dan
industri yang lain.
Sektor lain seperti tanaman kelapa, koko dan
juga tebu menyumbang pada tenaga biojisim.
Sektor yang paling banyak menyumbang
kepada sumber tenaga biojisim ialah ladang
kelapa sawit kerana ladangnya yang luas, dan
Malaysia merupakan pengeluar utama minyak
sawit.
Rajah 1.10 ialah gambar foto ladang kelapa
sawit di Malaysia dan Rajah 1.11 ialah sisa
kelapa sawit yang telah diproses untuk
dijadikan bahan api.
Isu utama dalam penjanaan tenaga biojisim
ialah sistem pembakarannya yang tidak cekap
juga kaedah pelupusan hasil sampingan
pembakaran yang tidak cekap. Walaupun hasil
pencemaran sebagai akibat pembakarannya
adalah kurang daripada pembakaran minyak,
gas atau arang batu, namun sistem yang lebih
cekap mampu untuk menjana kuasa yang lebih.
1.3.3 Tenaga Biogas
Biogas adalah salah satu sumber tenaga
diperbaharu yang mempunyai potensi
penggunaannya untuk masa hadapan. Tenaga
ini dihasilkan oleh tindak balas biologi atau
tindak balas mikroorganisma dengan sisa
kumbahan manusia atau haiwan (bahan
organik) tanpa kehadiran oksigen. Selalunya
sisa-sisa organik daripada tumbuh-tumbuhan,
haiwan, dan manusia dianggap sebagai bahan
buangan yang dapat mencemarkan persekitaran.
Tetapi, bahan buangan ini mengandungi cukup
tenaga yang dapat digunakan untuk
membekalkan tenaga.
Bahan organik yang mereput sebagai akibat
tindak balas dengan mikroorganisme tanpa
udara akan menghasilkan gas metana dan gas
karbon dioksida. Kedua-dua gas ini merupakan
bahan bakar yang tidak mencemarkan alam,
tetapi dapat memberikan kesan rumah hijau,
yang dalam masa yang lama dapat
meningkatkan suhu bumi. Dengan
menggunakan sistem yang disebut sebagai
penghadam biogas atau pengawet anaerobik,
gas metana dan juga baja yang kaya dengan
nitrogen dapat dihasilkan. Gas metana
merupakan bahan bakar yang amat baik yang
boleh disalurkan terus ke rumah kediaman atau
ke kawasan industri.
Rajah 1.12 menunjukkan bagaimana sistem
penghadam biogas beroperasi. Komponen
utama penghadam biogas ialah sebuah bekas
besar berbentuk perigi. Tinja atau kumbahan
haiwan dan manusia dimasukkan ke dalam
perigi tersebut melalui bahagian tepi di atas,
dengan bahagian satu lagi merupakan tempat
enapan cemar dikeluarkan. Perigi tersebut
mempunyai partisi atau pembahagi yang
terletak di tengah-tengahnya kumbahan itu
ditempatkan. Tindak balas anaerobik berlaku di
dalam perigi bertutup tersebut. Gas metana dan
karbon dioksida yang dihasilkan kemudiannya
disalurkan untuk digunakan atau dikumpulkan
untuk kegunaan kemudian.
Rajah1. 10 : Ladang kelapa sawit di Malaysia
Rajah 1.11 : Penjana biojisim (menggunakan
kayu) yang terdapat di Malaysia.

Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahanapi Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 10
Proses ini bukan sahaja boleh digunakan untuk
menghasilkan bahan bakar, malah
penggunaannya juga akan meningkatkan sistem
pelupusan kumbahan najis, sama ada najis
manusia atau haiwan atau pembuangan sisa
organik yang tidak diperlukan. Sebagaimana
yang kita sedia maklum bilangan penduduk
terus bertambah, tidak pernah berkurang.
Penambahan penduduk akan menjadi masalah
pada sistem kumbahan sekiranya ia tidak diatur
atau diurus dengan baik.
1.3.4 Tenaga Angin
Tenaga angin merupakan salah satu sumber
tenaga tradisi yang telah digunakan sekian
lama. Secara tradisinya tenaga angin telahpun
digunakan untuk menggerakkan kapal layar.
Untuk menggunakan tenaga angin ini,
terutamanya untuk perjalanan yang jauh, pelaut
akan berusaha untuk mengetahui arah gerakan
angin terlebih dahulu sebelum memulakan
perjalanan. Tenaga angin juga digunakan dalam
proses pengairan tanah perladangan dengan
menggunakan sistem baling-baling dan juga
untuk mengisar bijian-bijian seperti gandum
dan oat. Secara tradisi, orang Melayu pernah
menggunakan tenaga angin untuk
membersihkan atau memisahkan padi daripada
hampasnya. Tetapi setelah diperkenalkan mesin
dan jentera dalam sektor pertanian, penggunaan
sumber tenaga ini beransur-ansur hilang
digantikan dengan teknologi moden yang
menggunakan jentera yang dijana oleh diesel.
Setelah menyedari kesan penggunaan tenaga
fosil pada alam sekitar dan juga menyedari
bahawa tenaga fosil akan kepupusan suatu hari
nanti, dan masalah yang timbul daripada
penggunaan tenaga fosil, teknologi tenaga
angin yang lebih canggih telah diperkenalkan
kembali pada dunia. Malah sumber tenaga
angin telah diterokai dalam tamadun sebelum
ini terutamanya selepas krisis minyak awal
tahun tujuh puluhan.
Peringkat awal kajian tenaga angin ialah
ditumpukan di kawasan sekitar pantai dan juga
di kawasan berbukit yang dirasakan mempunyai
tiupan angin yang kencang. Ini dilakukan
kerana kos untuk memasang teknologi ini agak
mahal di kawasan pendalaman dan jauh dari
pantai. Tetapi setelah kajian mendalam
dijalankan yang mengambil kira faktor saiz
tenaga yang dapat dijanakan, kos tanah yang
mahal, dan kesan kepada alam sekitar,
pemasangan sistem ini di luar pantai
mempunyai potensi yang tinggi, malah lebih
murah. Menurut Beurskens (2000) terdapat
lima tahap pembangunan tenaga angin selepas
krisis minyak tersebut di Eropah.
▪ 1977-1988: Kajian awal tentang potensi
teknologi tenaga angin peringkat
nasional (Otway, 1986).
▪ 1990-1998: Dimensi Eropah –
Anggaran potensi tenaga angin di
Eropah. Projek demonstrasi pertama
(Llord and Hassan, 1995; Kuhn et al.,
1998).
▪ 1991-1998: Projek komersial luar
pantai bersaiz sederhana.
▪ 1999-2005: Projek demonstrasi bersaiz
besar. Pembangunan turbin angin di
luar pantai.
▪ 2005 – seterusnya: Sistem penjana
tenaga angin luar pantai bersaiz besar
secara besar-besaran.
Yang amat menarik ialah kos elektrik yang
dijanakan oleh tenaga angin di Amerika
Syarikat dalam tahun 1995 adalah di antara
US0.07 hingga US0.10 per kWj dan berkurang
pada US0.04/kWj pada 2000, dibanding dengan
US0.07/kWj kos tenaga elektrik yang
dihasilkan oleh bahan bakar fosil. Di United
Kingdom 4 MWe tenaga elektrik yang
dijanakan oleh tenaga angin mula beroperasi di
Huntingdon mulai Disember 1991. Tenaga
yang dihasilkan dijual dengan harga 10 pence
per kWj, dan dijangkakan kos bayaran balik
pelaburannya adalah dalam masa enam tahun
(Taylor, 1994). Diramalkan bahawa menjelang
Rajah 1.12: Prinsip operasi penghadzam biogas.

Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahanapi Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 11
tahun 2020, 10% daripada sumber tenaga dunia
akan disumbangkan oleh tenaga angin.
Rajah 1.13 menunjukkan stesen penjana angin
yang dapat menjana elektrik keseluruhan
sebanyak 6 MW, manakala Rajah 1.14 adalah
gambar foto sistem penjana angin 150 kW yang
telah dipasang di salah sebuah pulau di
Malaysia.
Di Malaysia, penjanaan kuasa menggunakan
tenaga angin merupakan perkara baru. Namun
demikian kajian terkini tentang keupayaan
tenaga angin telahpun dijalankan oleh
Kumpulan Penyelidik Tenaga Suria, UKM).
Kajian terperinci yang dilakukan oleh
kumpulan ini dengan Tenaga Nasional Berhad
untuk Pulau Redang, Pulau Perhentian dan
Pulau Tioman mendapati ketumpatan min
kuasa angin terjana untuk Pulau Redang ialah
85.1 W/m2, Pulau Perhentian 49.8 W/m2 dan
Pulau Tioman 3.4 W/m2. Lokasi di Pulau
Tioman adalah tidak sesuai, tetapi Pulau
Redang dan Pulau Perhentian menunjukkan ada
kemungkinan tenaga ini diterokai. Namun
demikian, purata kelajuan angin masih rendah
dan kurang daripada 5 m/s. Sekiranya teknologi
yang dapat menukar tenaga angin berhalaju
rendah ini dimajukan, kita yakin tenaga angin
mempunyai potensi besar yang boleh
dimajukan. Kaedah rambang yang boleh
digunakan untuk melihat potensi tenaga angin
adalah dengan melihat bentuk pokok-pokok
pada sesuatu lokasi. Rajah 1.15 menunjukkan
contoh gambar menunjukkan kemungkinan
tenaga angin diperoleh di lokasi berkenaan
1.3.5 Tenaga Hidro
Air mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat
yang rendah. Aliran air sungai ini boleh
digunakan untuk menjana tenaga elektrik
sekiranya bekalan air mencukupi untuk
menggerakkan turbin. Teknologi ini juga telah
lama digunakan oleh manusia terutamanya
dalam proses untuk mengairi kawasan
pertanian.
Secara keseluruhannya, 20% daripada sumber
tenaga ini telahpun digunakan untuk
membekalkan tenaga pada dunia. Selain tidak
menyebabkan pencemaran kepada alam, dalam
tempoh yang lama, sumber tenaga ini
merupakan sumber tenaga yang termurah. Di
Malaysia 90% daripada sumber tenaga
diperbaharui ialah tenaga hidro.
Rajah 1.13: Stesen penjana angin yang dapat
menjana elektrik keseluruhan
sebanyak 6 MW. Perhatikan saiz
setiap turbin berbanding dengan saiz
manusia.
Rajah 1.14: Sistem penjana kuasa angin 150 kW
yang terdapat di salah sebuah pulau
di Malaysia.
Rajah 1.15: Gambar di salah satu lokasi di Pulau
Perhentian, Terengganu yang
menunjukkan kemungkinan tenaga
angin boleh diperoleh.

Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahanapi Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 12
Penjana kuasa hidro pertama di Malaysia mula
dipasang sejak awal 1900 oleh pelombong-
pelombong British untuk menjana kuasa di
kawasan perlombongan yang di terokai oleh
mereka. Penjana kuasa kecil hidro telah
dipasang di Sungai Sempam dekat Raub,
Pahang untuk aktiviti perlombongan emas di
sana. Dalam tahun 1905 Stesen Hidro Ulu
Gombak mula beroperasi dan dua tahun
kemudian satu lagi stesen telah beroperasi di
Kampar, Perak. Dalam tahun 1910, kajian
pertama penjanaan kuasa hidro telah dilakukan
di Sungai Perak.
Dalam tahun 1929 sebuah syarikat British,
Perak River Hydroelectric Company (PREHP)
telah memasang sistem penjana hidro yang
terbesar di Malaysia besaiz 29 MW di
Chenderoh, Perak. Dalam tahun 1963 penjana
hidro di Cameron Highland berkuasa 132 kW
mula beroperasi. Sehingga tahun 1998, jumlah
keseluruhan tenaga di Malaysia yang
disumbangkan oleh hidro ialah 2121.9 MW
yakni kira-kira 22% daripada jumlah
keseluruhan tenaga yang dijanakan di Malaysia
(Mohd. Azhar dan Mohd. Surif, 2000).
Terdapat empat jenis penjana hidro yang
terdapat di dunia ketika ini yang dikelaskan
mengikut saiz. Pertama ialah penjana hidro
berkuasa besar yang mempunyai takungan air
yang besar. Biasanya penjana ini mempunyai
sistem untuk memastikan aras air yang kekal
supaya dapat membekalkan elektrik secara
berterusan sepanjang tahun. Kapasiti
penjanaannya biasanya melebih 1000 kW.
Untuk mengoptimum penggunaan air dan
takungannya, biasanya sistem ini digunakan
bersama-samam dengan sistem pengairan air
untuk pertanian. Rajah 1.16 menunjukkan
Stesen Penjana Hidro Sultan Mahmud, Kenyir,
Terengganu yang dapat membekalkan tenaga
sehingga 400 MW.
Kedua ialah penjana hidro bersaiz kecil dengan
kapasitinya kurang daripada 1000 kW.
Biasanya sistem ini tidak memerlukan sistem
tadahan air yang begitu rencam, dan hanya
menggunakan aliran air sungai yang sedia ada.
Tenaga yang dijana digunakan untuk aktiviti
penduduk tempatan. Ketiga ialah penjana
minihidro yang dapat memberikan kuasa antara
100 kW hingga 500 kW, dan yang keempat alah
penjanaan mikrohidro yang dapat menjana
tenaga kurang daripada 100 kW. Rajah 1.17
menunjukkan salah sebuah penjana minihidro
yang terdapat di Malaysia.
Oleh sebab penjana hidro berkuasa kecil
tidak memerlukan sumber tadahan air yang
banyak, maka pembinaan dan juga
penyengggaraan tidak memberikan kesan
yang besar pada alam sekitar. Malah dalam
keadaan tertentu, sistem ini tidak langsung
menjejaskan sistem eko tempatan.
1.3.6 Tenaga Geoterma
Geoterma adalah salah satu sumber tenaga
dunia yang berpotensi untuk diterokai. Namun
Malaysia tidak mempunyai sumber tenaga ini
untuk diterokai. Jepun dan negara-negara yang
bergunung berapi mempunyai potensi yang
tinggi untuk diterokai.
Geoterma ialah sumber tenaga yang diperolehi
daripada perut bumi. Di sebahagain kawasan,
aktiviti magma dalam perut bumi menyebabkan
haba yang dikandunginya terdapat di bahagian
Rajah 1.16: Gambar foto Stesen Penjana Hidro Sultan Mahmud, Kenyir, Terengganu.
Rajah1.17: Stesen minihidro Kuala Krai, Kelantan.

Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahanapi Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 13
atas berhampiran dengan permukaan bumi.
Haba yang panas ini dapat diambil dengan
menggunakan teknologi tertentu untuk menjana
elektrik ataupun digunakan terus untuk rumah
kediaman di negara-negara beriklim sejuk.
Sistem penjana geoterma yang terdapat di
Akita, Jepun mampu menghasilkan sehingga 8
MW tenaga elektrik untuk kegunaan penduduk
tempatan seperti yang ditunjukkan dalam
gambar foto di Rajah 1.18. Selagi bumi dapat
membekalkan haba yang mencukupi, dan selagi
tidak berlaku gemba bumi, stesen penjana
geoterma ini mampu untuk memberikan
tenaganya berterusan kepada penduduk di
sekitarnya.
Sumber tenaga geoterma juga terdapat di
Malaysia, tetapi suhunya tidak terlalu tinggi.
Oleh yang demikian, lebih sesuai kawasan air
panas yang disumbangkan oleh tenaga
geoterma digunakan sebagai tempat rekreasi
dan perkelahan seperti di Pedas, negeri
Sembilan dan Langkawi di Kedah.
1.4 Tenaga Nuklear
Dalam keadaaan biasa semua unsur yang
terdapat di bumi ini adalah dalam keadaan
stabil. Atom-atom yang membina bahan
tersebut diikat dengan kuat oleh ikatan
nukleusnya.
Tetapi di alam ini terdapat juga unsur bahan-
bahan yang tidak stabil ikatan nukleusnya.
Bahan ini dinamakan bahan radioaktif. Bahan
radioaktif ialah bahan yang sentiasa menyepai
dan menurun ke unsur yang lebih rendah untuk
menjadi lebih stabil. Sewaktu proses
penyepaiannya, tenaga yang terlalu banyak
dibebaskan di samping sinaran-sinaran lain
seperti sinaran alfa, beta, gamma dan
sebagainya. Sebagai perbandingan 1 tong
minyak dapat memberikan tenaga sebanyak 6.1
x 109 J tenaga apabila dibakar, 1 tan arang batu
memberikan 2.8 x 1010 J, 1 m3 gas petroleum
memberikan 3.8 x 107 J, 1 tan kayu
memberikan 1.0 x 1010 J, dan 1 liter petrol
memberikan 3.4 x 107 J, tetapi 1 g uranium
dapat membebaskan haba sebanyak 8.2 x 1010 J
tenaga.
Oleh sebab bahan radioaktif bukan sahaja
memberikan tenaga yang banyak apabila
menyepai, tetapi ia juga menghasilkan sinaran
yang dapat membahayakan manusia dan
hidupan lain, oleh sebab itu bahan ini dikawal
penggunaan. Begitu juga penjualannya
dpadaperingkat antarabangsa.
Walaupun negara-negara di Barat dan Eropah
masih banyak menggunakan sumber tenaga ini,
tetapi mereka sedikit demi sedikit berusaha
untuk menggurangkan penggunaannya.
Peristiwa di Three Miles Island di Amerika
Syarikat dan Chernobill di Rusia, membuatkan
dunia menjadi takut untuk menggunakan
sumber tenaga ini secara meluas. Apabila
berlaku kemalangan di stesen penjana nuklear,
seluruh kawasan tersebut perlu dikosongkan
dan makanan, ternakan, dan juga tumbuhan
yang berada disekitarnya perlu dimusnahkan.
Ini adalah kerana sinaran radioaktif akan
menyebabkan berlakunya tindak balas nuklear
kepada sel-sel nukleus dalam bahan makanan
tersebut. Apabila manusia memakan makanan
tersebut ia akan mendatangkan kemudzaratan
kepada mereka.
Malaysia tidak berhasrat untuk menggunakan
sumber tenaga nuklear ini untuk penjanaan
tenaga. Sebaliknya Malaysia hanya memajukan
teknologi ini untuk tujuan penyelidikan
sebagaimana yang dilakukan di Institut
Penyelidikan Nuklear Malaysia di Bangi,
Selangor.
1.5 Kecekapan Tenaga
Satu lagi perkara yang amat penting untuk
diketahui dalam penjanaan tenaga ialah
kecekapan tenaga. Secara prinsipnya kecekapan
tenaga bukan penjimatan tenaga. Penjimatan
tenaga ialah usaha yang dilakukan untuk
Rajah 1.18: Gambar foto stesen penjana
geoterma di Akita, Jepun yang
menjana 8 MW elektrik.

Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahanapi Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 14
mengurangkan penggunaan tenaga. Hal ini
termasuklah langkah-langkah yang diambil
untuk mengurangkan keselesaan dan juga
mengurangkan penggunaan beberapa peralatan
yang mungkin boleh menjejaskan kualiti
perkhidmatan.
Kecekapan tenaga bermaksud menggunakan
tenaga dengan cekap dan akhirnya akan
menyelamatkan penggunaan tenaga secara
terbazir. Misalnya dalam laporan yang
diberikan oleh Jabatan Bekalan Elektrik dan
Gas Malaysia (Mohd. Annas 2000) menyatakan
bahawa dalam tahun 1999 penjanaan tenaga di
Malaysia adalah 14,624 MW tetapi permintaan
maksimum tenaga negara ialah 9,690 MW. Hal
ini bererti 4,934 MW atau 33.7% tenaga hilang
atau tidak digunakan. Sekiranya kita
mempunyai sistem penghantaran yang lebih
cekap, kita dapat mengurangkan pembaziran
tenaga yang tidak digunakan ini.
Kita menyedari bahawa tidak ada alat atau
sistem yang boleh beroperasi 100% cekap.
Dengan demikian tidak mungkin tenaga dapat
disalurkan 100% kepada pengguna tanpa
kehilangan langsung. Tetapi sebanyak manakah
kehilangan tenaga yang dapat dibenarkan? Hal
ini perlu dikaji secara terperinci. Terdapat
beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh
kerajaan dan juga penguasa untuk memastikan
tenaga digunakan dengan cekap. Antara
tindakan yang boleh diambil untuk
mengoptimumkan penggunaan tenaga adalah
dengan,
▪ Menggunakan sistem kawalan.
Misalnya bilik pejabat atau kelas yang
tidak berpenghuni perlu dimatikan suis
lampu dan juga kipas atau alat hawa
dingin. Alat kawalan automatik boleh
digunakan untuk memastikan sistem ini
hanya beroperasi sewaktu terdapat
orang yang menghuni bilik tersebut.
Mungkin sedikit perbelanjaan
diperlukan untuk mendapatkan sistem
kawalan tersebut. Tetapi dalam jangka
masa yang panjang penggunaan alat
kawalan ini mungkin menjimatkan.
▪ Perlu ada polisi negara yang jelas
beserta tindakan sewajarnya yang boleh
diambil untuk memastikan penggunaan
sistem yang cekap.
▪ Mengadakan sistem pengurusan dan
pentadbiran tenaga yang boleh
membantu sesebuah institusi atau
industri menggunakan tenaga dengan
cekap. Misalnya mengadakan pegawai
khas yang berhubung dengan
penggunaan dan audit tenaga. Pegawai
ini boleh memberi nasihat kepada
institusi atau industri tersebut
menggunakan tenaga dengan cekap.
▪ Melaksanakan pendidikan kepada
masyarakat dan juga golongan
pengurusan dan pentadbiran.
Pendidikan ini dilakukan dengan
mengadakan kursus pendek, bengkel,
seminar, persidangan dan sebagainya.
Kursus-kursus begini diadakan untuk
menyedarkan pentadbir dan pengurus
bahawa penjimatan tenaga
menguntungkan industri atau institusi
mereka pada masa yang lama.
▪ Mengenalpasti sektor pengguna tenaga
dan pola penggunaan tenaga di sektor
tersebut. Misalnya sektor pembuatan,
sektor pertanian, tempat tinggal dan
komersial, sektor pengangkutan, sektor
bekalan tenaga dan pengubah tenaga.
Usaha untuk meningkatkan kecekapan
penggunaan tenaga bukan sahaja terletak di
bahu kerajaan, tetapi semua pengguna perlu
berusaha untuk menjayakannya. Oleh sebab
penggunaan tenaga secara membazir bukan
sahaja merugikan, tetapi juga memberikan
kesan negatif pada alam. Bayangkan betapa
banyak minyak, atau gas atau arang batu perlu
dibakar untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Bayangkan pula betapa banyak pencemaran
telah berlaku kerana tenaga yang dijana tidak
digunakan dengan sepenuhnya.
Langkah-langkah berikut boleh digunakan
untuk meningkatkan kecekapan tenaga.
1.5.1 Peralatan Dalam Rumah
▪ Gunakan mesin basuh baju secara
optimum. Jangan basuh baju sehelai
sahaja kerana ia akan membazirkan
tenaga dan air, sebaliknya jangan
terlalu banyak pakaian dibasuh kerana
tidak akan menghilangkan kekotoran.

Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahanapi Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 15
▪ Jangan menggunakan air yang terlalu
panas sewaktu membasuh pakaian atau
mandi.
▪ Pastikan dapur anda menggunakan
tenaga dengan cekap dengan
memastikan pembakaran gasnya
menghasilkan api berwarna biru.
▪ Pilih jenis masakan yang dapat
mengurangkan penggunaan bahan
bakar.
▪ Masaklah makanan bersesuaian dengan
kapasiti sesebuah keluarga.
Penggunaan dapor yang berlebihan
akan membazirkan tenaga.
▪ Pastikan sistem penyaman udara
perfungsi secara optimum supaya tidak
terlalu sejuk.
▪ Sering cuci penapis udara yang terdapat
pada sistem pendingin udara agar
sistem tersebut tidak menggunakan
kuasa secara berlebihan.
▪ Pasang kipas secara sederhana. Ingatlah
tujuan kipas adalah untuk
menggerakkan udara bukan untuk
menyejukkan.
▪ Seboleh mungkin gunakan lampu
pendarflour atau lampu yang cekap
yang kini banyak terdapat di pasaran.
Lampu yang cekap memberikan lebih
banyak cahaya daripada haba.
▪ Sekiranya terdapat tangki air panas
dalam rumah anda, gunakan penebat
untuk memastikan tangki tersebut tidak
kehilangan haba.
▪ Gunakan air tanpa membazir.
1.5.2 Citra Rumah
▪ Pastikan adanya aliran udara yang baik
dalam rumah. Hal ini termasuklah
memastikan tingkap dan sistem aliran
udara yang lain dibuka agar udara dapat
dikitarkan dengan baik dalam rumah.
▪ Sekiranya rumah yang dibina ialah
rumah mewah, dapatkan pandangan
daripada mereka yang arif tentang
tenaga dan seni bina yang dapat
memberikan nasihat agar bentuk rumah
yang dibina menjimatkan penggunaan
tenaga. Kadang kala terdapat bentuk
rumah dan bangunan yang seni bina
dan orientasinya tidak membenarkan
penggunaan tenaga yang cekap.
▪ Apabila mengubahsuai atau membaiki
rumah, pastikan kita mengambil kira
kitaran udara dalam rumah.
▪ Sekiranya tingkap dan pintu perlu
dibaiki, gunakan tingkap yang dapat
mengalirkan udara sewajarnya.
1.5.3 Di Luar Rumah
▪ Seboleh mungkin gunakan tenaga otot;
berjalan atau berbasikal.
▪ Apabila membeli kenderaan, pilihlah
kenderaan yang menjimatkan tenaga.
▪ Kurangkan sisa buangan. Kalau boleh
kurangkan membeli barangan secara
pakej yang boleh membazirkan.
▪ Pastikan bahan penyejuk di kenderaan
anda berfungsi dengan baik agar
pembakaran injin kenderaan berlaku
secara optimum.
▪ Tanamlah pokok-pokok di sekitar
rumah. Pokok bukan sahaja
memberikan teduhan kepada kita, tetapi
juga memberikan oksigen, wap air dan
juga pergerakan udara yang
bersesuaian.
▪ Catlah rumah anda dengan cat yang
cerah. Cat yang cerah tidak menyerap
haba seperti cat gelap.
▪ Kurangkan penggunaan batu bitumen
di ruang kosong sekitar rumah anda.
Batu bitumen yang gelap merupakan
pengumpul sinaran suria yang baik dan
akan membalikkan haba ke rumah
anda.

Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahanapi Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 16
1.5.4 Sekolah, Tempat Perniagaan Dan
Pusat Kemasyarakatan
▪ Pentadbiran sekolah, tempat perniagaan
dan pusat kemasyarakatan seperti
masjid, surau, dewan serba guna dan
sebagainya perlu peka dengan isu
kecekapan tenaga dan kepentingannya.
▪ Berusahalah untuk memasang lampu
yang cekap yang menjimatkan
penggunaan tenaga.
▪ Bilik atau ruang yang menggunakan
sistem penyaman udara perlu
dipastikan penggunaan dan waktu dan
tempoh sistem penyaman tersebut
beroperasi.
▪ Untuk ruang yang tidak menggunakan
sistem penyaman udara, pastikan aliran
udara yang berpatutan agar keselesaan
dalam ruang tersebut terjamin.
▪ Penggunaan air mestilah
dioptimumkan. Jangan membazir.
▪ Perlu lekatkan poster di tempat-tempat
tertentu untuk mengingatkan pengguna
menggunakan tenaga dengan cekap,
seperti berdekatan suis lampu atau
pintu bilik.
▪ Kawasan sekitar bangunan perlu dihias
dengan tanaman atau pokok-pokok
yang boleh memberikan teduhan.
Pokok-pokok ini bukan sahaja
memberikan teduhan tetapi juga
mengeluarkan oksigen, wap air dan
juga menyerap bisingan di sekitar, di
samping mengindahkan pemandangan.
▪ Nasihatkan juga (melalui poster kecil)
agar pengguna masjid dan surau tidak
membazirkan air sewaktu berwudzuk.
Sekiranya dilihat daripada penerangan di
atas, ternyata kecekapan tenaga bukan
hanya dapat dilaksanakan dengan
menggunakan peralatan yang canggih dan
cekap seperti penggunaan alat pengawalan
dan juga sistem yang cekap, tetapi juga
dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya
pengguna dididik dan disedarkan tentang
kepentingan penggunaan tenaga, dan
kesannya pada pembangunan negara dan alam
sekitar.
1.6 Rujukan
Abdul Halim Shamsudin, Taib Iskandar
Mohamad, Yusoff Ali and Hamdan Mokhtar,
Biomass and Biogass. Dalam Renewabel
Energy. Pusat Tenaga Malaysia dan Institut
Tenaga Malaysia. 103-24.
Azni Zain Ahmed, 2000. Daylighting and
Shading for Thermal Comfort in Malaysia
Buildings, Tesis PhD. UKM.
Beurskens, J., 2000. Going to Sea: Wind Goes
Offshore. Renewable Energy World. Jan-Feb.
Hlm.19-29.
Gray T., 1999. Wind is Getting Stronger.
Renewable Energy World. May . Hlm 39- 47.
Lloyd G. and Hassan G, 1995. Study of
Offshore Wind Eenergy in the EC. JOULE I,
Verlag Naturlichi Energie, Brekendorf.
Kuhn M., Ferguson M.C., Goransson B.,
Cockerill T.T., Harrison R., Harland L.A.,
Vugts J.H., Wiecherink R., 1998. Opti-Awecs;
Structural and Economic Optimisation of
Bottom Mounted Offshore Wind Enegy
Converters, JOULE III, Delft University of
Technology, ISBN 90-76468-01-X, Delft,
August.
Mohd. Azhar Abdul Rahman & Mohd. Surif
Abdul Wahab, 2000, Hydropower. Dalam
Renewabel Energy. Pusat Tenaga Malaysia dan
Institut Tenaga Malaysia. 125-44.
Mohd. Yusof Othman, Kamaruzzaman Sopian,
Baharudin Yatim and Mohd. Noh Dalimin,
1993. Diurnal Pattern of Global Solar
Radiation in the Tropics: A Case Study in
Malaysia. Renewable Energy 3(6/7). 741-45.
Mohd. Yusof Othman, Kamaruzzaman Sopian,
Ahamad Shadzli Abdul Wahab dan Aminuddin
Muhammad Wirsat, 1993. Kajian Potensi
Tenaga Angin di P. Tioman, P. Redang and P.
Perhentian. Laporan Perundingan UKM-TNB,
UKM, Bangi. Tidak diterbitkan.

Tenaga, Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Bahanapi Fosil Dan Nuklear – Satu Pandangan Keseluruhan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 17
Mohd. Yusof Hj. Othman dan Kamaruzzaman
Sopian, 2000. Tenaga Angin. Dalam Tenaga
yang boleh diperbaharui dan Kecekapan Tenaga
di Sunting oleh Kamarulazizi Ibrahim dan Zul
Azhar Zahid Jamal. Sinaran Bros. Sdn Bhd.
Hlm 42-51.
Otway F., 1986. Offshore Wind Energy;
Comparison of British, Swedish and Danish
Studies, Central Electricity Board IEA-B1.3-21.
London. June.
Solar News, 1992. Wind Energy. The Solar
Energy Society (UK Section): hlm.2
Sopian K., Othman M.Y.H. and Wirsat A.,
1994. The Wind Energy Potential of Malaysia.
Renewable Energy. Vol 6(8). Hlm 1005-16.
Taylor D., 1994. Wind Energy. Section 8. T521
Renewable Energy: A Resource Pack for
Tertiary Education, United Kingdom. Open
University.
Wieder S, 1996. Pengenalan Tenaga Suria
untuk Ahli Sains dan Jurutera. Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terma Suria
(CETREE – Buku Sumber Guru) 18
2. Terma Suria
Fauziah Sulaiman
2.1 Pendahuluan
Terdapat satu teori saintifik yang dipanggil
Teori Kinetik atau Teori Zarah bagi Jirim
yang memberikan pandangan bahawa semua
bahan mempunyai atau diperbuat daripada
zarah halus yang sentiasa bergerak secara
rambang secara cepat atau perlahan. Apabila
suhu sesuatu pepejal, cecair atau gas
meningkat, tenaga dalamnya juga telah
meningkat. Hal ini dapat digambarkan
seolah-olah zarah-zarah tersebut bergetar atau
bergerak dengan cepat. Dalam lain perkataan,
tenaga kinetik bahan tersebut meningkat.
Pemindahan tenaga yang berlaku disebabkan
oleh suatu perbezaan suhu dinamakan
pemanasan. Keadaan ini dapat dilihat sebagai
suatu objek yang dipanaskan oleh persekitaran
atau objek lain yang bersentuhan dengannya.
Sebagai contoh, udara persekitaran yang
memanaskan kiub ais akan menyebabkan
tenaga dipindahkan daripada udara kepada ais
yang akhirnya akan menyebabkan ais tersebut
cair.
Pemindahan tenaga atau haba daripada objek
panas kepada yang sejuk dapat diterangkan
dalam tiga mod, iaitu konduksi, perolakan dan
sinaran. Pemindahan haba melalui konduksi
dapat ditunjukkan dengan memegang cawan
air kopi yang panas. Haba yang dipindahkan
dari kopi panas melalui bahan cawan dan
akhirnya ke tangan yang memegang cawan
tersebut dipanggil konduksi. Perhatikan
bahawa zarah-zarah di permukaan di dalam
cawan bergetar dengan cepat dan
menyebabkan kesan tolakan dengan zarah-
zarah bersebelahan dengannya. Konduksi
ialah cara utama tenaga atau haba
dipindahkan melalui bahan pepejal.
Perolakan pula berlaku pada bahan cecair atau
gas. Jika air sejuk di dalam balang kaca
dipanaskan di atas dapur gas, molekul-molekul
air akan mula mengembang dan bergerak ke
atas dari sumber api yang memanaskannya.
Apabila ini berlaku, molekul-molekul air yang
lebih sejuk akan mengambil tempat yang
dikosongkan. Pergerakan ini dapat dilihat
dengan jelas dan menunjukkan bahawa
perolakan berkait rapat dengan pergerakan
dalam cecair atau gas dari satu tempat ke satu
tempat. Konduksi tidak demikian.
Konduksi dan perolakan ialah mekanisme
pemindahan haba dilakukan yang oleh
pergerakan zarah, iaitu sinaran boleh terpancar
udara
Rajah 2.1 Ais yang cair
Rajah 2.2 Memegang secawan kopi panas
Rajah 2.3 Air sejuk yang dipanaskan

Terma Suria
(CETREE – Buku Sumber Guru) 19
tanpa melalui sebarang media. Tenaga dari
matahari atau tenaga suria sampai ke bumi
melalui vakum. Semua objek panas yang
samapi ke suatu suhu yang agak tinggi akan
menyinarkan tenaga atau mengeluarkan sinaran
(infra-merah). Contohnya, jika tangan
diletakkan berdekatan dengan satu umbun api
yang sedang terbakar atau plat elektrik yang
panas menyala, bahang atau haba boleh dirasai
pada tangan. Ahli saintis percaya bahawa
semua jenis sinaran bergerak sebagai
gelombang elektromagnet yang terbahagi
kepada dua pengaruh, elektrik dan magnetik.
Tenaga suria ialah tenaga yang bergerak
sebagai gelombang elektromagnet.
Tenaga suria ialah satu-satunya tenaga yang
bersih dan penggunaannya tidak menghasilkan
kesan negatif terhadap persekitaran. Ia juga
ialah satu sumber tenaga diperbaharu (TD).
Kuasa suria menghasilkan tenaga sinaran yang
dapat digunakan secara terus. Walau
bagaimanapun, proses pemindahan haba
melalui tiga mod di atas perlu dikaji dengan
teliti untuk memahami penggunaannya dalam
mencari satu penyelesaian bagi sumber tenaga
alternatif. Matahari mengeluarkan tenaga pada
kadar lebih kurang 3.2 juta quads setiap tahun
ke bumi (Angrist, 1982). Jika sebahagian
tenaga ini dapat digunakan, masalah bekalan
tenaga dunia dapat di selesaikan.
Bab ini akan membincangkan secara ringkas
topik-topik sinaran suria yang merangkumi
keamatan sinaran suria dan pengumpulannya;
pemindahan haba dalam mod-mod konduksi,
perolakan dan sinaran; pengumpul suria plat
datar beserta persamaan-persamaan mudah
yang berkenaan dalam pengiraan haba yang
terkumpul; dan akhir sekali, aplikasi-aplikasi
mudah tenaga terma suria termasuk pemanas air
suria, pemanas udara suria, periuk suria,
penyulingan air suria dan pam air suria.
2.2 Jejak matahari
Kedudukan matahari di langit pada masa yang
diberikan mempunyai kesan yang besar
terhadap pengumpulan dan penggunaan tenaga
suria. Dengan mengetahui kedudukan matahari
pada masa yang ditentukan, kedudukan
pengumpul suria dapat ditetapkan mengikut
arah yang sesuai bagi pengumpulan tenaga
yang optimum. Kajian untuk menjejaki
matahari seharian dan dalam pergerakan
bermusim perlu dilakukan terlebih dahulu
untuk mencapai matlamat ini.
Apabila memerhatikan kedudukan matahari di
langit, ketinggian dan azimuth diukur dalam
unit darjah. Ketinggian matahari ialah sudut di
antara matahari dengan horizon; dan azimuth
suria ialah sudut diantara garisan mendatar dari
pemerhati ke matahari dan garisan selatan.
Rajah 2.5 menunjukkan sudut azimuth suria
dan ketinggian matahari.
2.3 Sinaran Suria
Dalam pengumpulan tenaga suria, perlu
diperhatikan tentang kesan pemanasan suria
adalah tertinggi pada waktu tengah hari dan
terendah semasa matahari terbit dan
tenggelam. Dua perkara yang perlu
dipertimbangkan ialah ketebalan atmosfera
sinaran suria perlu tembusi sebelum sampai
ke bumi dan kedudukan permukaan
pengumpul terhadap sinaran terus suria. Dua
komponen sinaran suria yang sampai di
permukaan bumi ialah sinaran bim dan
sinaran penyerakan. Sinaran bim ialah
sinaran terus selari dari matahari tanpa
sebarang penyerakan, juga dipanggil sinaran
terus. Bagi langit yang cerah tanpa awan,
sinaran bim diperoleh dengan maksimum.
Sinaran penyerakan ialah sinaran teresap
yang diperoleh dari matahari setelah arah
sinaran terserak disebabkan wap air dalam
awam, habuk dan pencemaran udara. Pada
hari mendung, sinaran penyerakan boleh
meningkat pada hampir 20 peratus daripada
sinaran keseluruhan, jika dibandingkan
dengan hari yang cerah sinaran penyerakan
adalah lebih kurang 10 peratus sahaja. Rajah
2.6 menunjukkan sinaran bim dan sinaran
penyerakan yang terhasil daripada matahari.
Rajah 2.4 Haba dari api yang menyala

Terma Suria
(CETREE – Buku Sumber Guru) 20
2.3.1 Keamatan Sinaran Suria
Kebanyakan pengumpul suria yang digunakan
pada hari ini ialah jenis berkedudukan tetap.
Sudut tuju digunakan untuk menentukan
hubungan antara kedudukan matahari dengan
kedudukan tetap permukaan pengumpul. Ia
adalah sudut antara sinaran suria dan garis
serenjang kepada permukaan pengumpul.
Kesan sudut tuju sinaran suria menentukan
keamatannya terhadap permukaan
pengumpul. Kesan pemanasan adalah
tertinggi sekiranya permukaan pengumpul
sentiasa menghala serenjang terhadap sinaran
suria. Apabila sinaran suria terpintas oleh
permukaan pengumpul yang senget dengan
sudut tuju yang agak besar, tenaga suria akan
bertaburan pada kawasan yang lebih besar.
Keamatan sinaran suria terhadap permukaan
yang senget boleh dikirakan dengan
persamaan berikut:
tujusudut
bagiKo
arandenganserenjang
permukaanpadaKeama
sengetpermukaan
padaKeama
sin
sin
tantan
Bagi reka bentuk sesuatu pengumpul suria
yang baik, sudut tuju sinaran (rujuk kepada
rajah 2.7) memainkan peranan yang penting
dalam menentukan sinaran yang terpantul.
Keadaan ini bergantung pada bahan-bahan
yang digunakan, contohnya, jenis bahan
penyerap, bilangan lapisan kaca, jenis tiub,
dan lain-lain.
Keamatan sinaran suria di luar atmosfera
bumi adalah hampir malar. Pada jisim udara
yang sifar darjah, pemalar suria adalah
bersamaan dengan magnitud Wm-2 (Duffie
dan Beckman, 1980). Keadaan sinaran suria
di sesuatu tempat geografi mempunyai kesan
faktor atmosfera yang berlainan. Faktor
seperti awan, asap, habuk, wap air dan ozon
boleh menyebabkan sinaran suria diserap,
dipantul dan diserak.
2.3.2 Pengumpulan Tenaga Suria
Tenaga suria yang hendak dikumpul banyak
bergantung kepada ciri-ciri bahan pengumpul
terutamanya bentuk, saiz, warna serta jenis
dan bilangan kaca penutup atau bahan lutsinar
lain yang digunakan. Bahan-bahan ini
menentukan berapa banyak sinaran suria yang
terserap, terpantul atau terhantar. Keresapan
ialah keupayaan bahan untuk meresap sinaran
suria dan keterpantulan ialah sebaliknya.
Sebagai contoh, lebih banyak sinaran suria
pada permukaan legap yang gelap diresap dan
sedikit sahaja yang terpantul. Di sini tiada
sinaran yang terhantar. Keterhantaran pula
ialah keupayaan bahan untuk membenarkan
sinaran memasukinya. Biasanya bahan yang
lutcahaya atau lutsinar mempunyai darjah
keterhantaran yang tinggi, contohnya, kaca
dan plastik.
pemerhati
matahari zenith
azimuth
ketinggian
S
horizon
selatan
Rajah 2.5 Sudut azimuth suria dan ketinggian matahari.

Terma Suria
(CETREE – Buku Sumber Guru) 21
Keamatan sinaran suria yang teresap di bumi
adalah dalam julat jarak gelombang yang agak
pendek. Apabila permukaan bumi menjadi
panas, bumi pula memainkan peranan
menyinar semula tenaga yang terserap ke
atmosfera. Walau bagaimanapun, bumi
menyinarkan tenaga haba pada jarak
gelombang yang lebih panjang. Karbon
dioksida dan wap air dalam atmosfera
menyekat laluan sinaran yang berjarak
gelombang panjang tersebut dan akhirnya
menyebabkan fenomena Kesan Rumah Hijau
berlaku. Kesan ini dapat didemonstrasikan
dengan kereta yang diletakkan di bawah
matahari yang panas terik dengan semua
tingkapnya bertutup rapat. Jika berada
didalamnya, kesan ini boleh dirasai terus.
Dalam contoh ini, kaca tingkap memainkan
peranan sebagai lapisan atmosfera yang hanya
membenarkan sinaran berjarak gelombang
pendek sahaja menembusinya dan menyekat
laluan sinaran terma berjarak gelombang
panjang yang terhasil dari dalam kereta.
Kaca penutup pengumpul suria mempunyai
fungsi yang sama seperti yang dibincangkan
di atas. Ia memainkan peranan yang baik
dalam memerangkap tenaga suria dalam
meningkatkan keupayaan pengumpul itu
sendiri. Bergantung pada kualiti dan
ketebalan kaca, faktor keterhantaran perlu
diukur terlebih dahulu. Kaca tulen secara
optik membenarkan lebih kurang 90%
daripada sinaran suria terhantar melaluinya.
2.4 Pemindahan Haba
matahari
awan dan habuk
sinaran penyerakan
sinaran bim
Rajah 2.6 Sinaran bim dan penyerakan.
matahari
Sudut tuju
Permukaan
penerima
Garis serenjang
Rajah 2.7 Sudut tuju sinaran suria.

Terma Suria
(CETREE – Buku Sumber Guru) 22
Pemindahan haba merupakan suatu cabang
sains yang meramalkan perpindahan tenaga
dari satu jasad ke jasad yang lain; jika
terdapat perbezaan suhu pada jasad tersebut.
Menurut Hukum Termodinamik Kedua, haba
tidak mengalir dari satu jasad yang bersuhu
rendah ke jasad yang bersuhu lebih tinggi
tanpa bantuan kerja luar. Dalam keadaan
tanpa kerja luar, haba mengalir dari kawasan
yang bersuhu tinggi ke kawasan bersuhu
rendah sehingga keseimbangan suhu berlaku
di mana kedua-dua jasad itu mempunyai suhu
yang sama. Pemindahan haba boleh berlaku
melalui tiga mod, iaitu konduksi, perolakan
dan sinaran. Pemindahan haba akan berlaku
melalui mod-mod ini hanya jika wujud
perbezaan suhu.
2.4.1 Konduksi
Konduksi boleh berlaku dalam pepejal, cecair
dan gas. Dalam pepejal, tenaga dipindahkan
melalui gabungan getaran molekul di dalam
kekisi dan pergerakan elektron bebas.
Manakala di dalam cecair dan gas, konduksi
diakibatkan oleh perlanggaran molekul-
molekul cecair atau gas semasa molekul ini
bergerak secara rawak. Pepejal tumpat
biasanya ialah konduktur yang baik manakala
cecair dan gas adalah sebaliknya. Konduktur
terma yang terbaik ialah jenis logam seperti,
perak, kuprum, aluminium dan besi. Penebat
pula tidak membenarkan konduksi terma
berlaku. Udara dan banyak bahan yang
diperbuat daripada serat atau cebisan bahan
yang mengandungi rongga-rongga udara ialah
contoh penebat yang baik. Jadual 1
menunjukkan kekonduksian terma bagi
bahan-bahan konduksi dan penebat yang biasa
digunakan dalam rekabentuk pengumpul
suria. Keadaan ini bergantung pada berapa
banyak bahan dan susunan yang digunakan,
kekonduksian terma boleh.dikirakan dengan
mudah. Lebih rendah nilai kekonduksian
terma, lebih baik lagi penebatan yang
dihasilkan.
Bahan Kekonduksian
Terma pada 300 K
( KmW )
Perak 429
Kuprum 401
Aluminium 237
Zink 116
Besi 80.2
Kaca 1.4
Batu-bata 1.0-1.5
Air 0.613
Kayu keras 0.16
Kertas 0.180
Kayu lembut 0.12
Kapas 0.06
Papan gabus 0.039
Serabut kaca 0.043
Polistirena 0.040
Udara diam 0.0263
Jadual 1. Kekonduksian Terma untuk Bahan
Konduksi dan Penebat.
Kadar konduksi haba pada suatu arah ialah
berkadar terus dengan kecerunan suhu dalam
arah yang sama. Haba ini berpindah dalam
arah penurunan suhu. Kecerunan suhu
menjadi negatif apabila suhu menurun dengan
pertambahan ketebalan, x. Berdasarkan
Hukum Fourier bagi Konduksi Haba pada
satu arah, haba dapat dikirakan dengan
persamaan berikut;
dx
dTkAQ
Haba Q (unit Watt, W ) di atas ialah
pemindahan haba dalam arah x yang normal
kepada arah aliran haba, k (unit KmW )
ialah kekonduksian terma yang bergantung
pada jenis bahan yang digunakan dan A (unit 2m ) adalah luas keratan rentas kawasan yang
dilaluinya. Tanda negatif menunjukkan
bahawa haba dipindahkan dalam arah suhu
yang menyusut. Rajah 2.8 menunjukkan
pengaliran haba konduksi dalam arah, x .

Terma Suria
(CETREE – Buku Sumber Guru) 23
Rajah 2.8 Pengaliran haba konduksi
dalam arah x.
2.4.2 Perolakan
Perolakan ialah satu proses pengaliran haba
iaitu tenaga haba dipindahkan dari satu tempat
ke satu tempat dengan bendalir yang bergerak.
Walaupun mekanisme peresapan iaitu berkait
rapat dengan pergerakan rawak molekul-
molekul bendalir, menyumbang pada
perolakan tetapi penyumbangan dominan
adalah daripada pergerakan pukal zarah-zarah
bendalir. Selalunya bendalir yang digunakan
adalah air dan udara. Hal ini adalah kerana
air dan udara dapat dipanaskan apabila
bersentuhan dengan suatu permukaan yang
panas. Dengan cara ini, bendalir tersebut
dipindahkan ke tempat di mana tenaga
termanya dilepaskan ke permukaan yang lebih
sejuk.
Bergantung kepada mekanisme pemindahan
pasif atau aktif yang ingin diaplikasikan,
perolakan boleh dikenakan daya (dipanggil
perolakan berdaya) atau tidak (dipanggil
perolakan bebas). Perolakan bebas teraruh
daripada daya apungan dalam bendalir apabila
bendalir tersebut dipanaskan. Ia akan menjadi
kurang tumpat dan bergerak naik ke atas.
Seterusnya, ruang yang dikosongkan akan
dipenuhi dengan air atau udara yang lebih
sejuk. Proses ini akan berulang sehingga
keseluruhan bendalir menjadi panas dan
mencapai keseimbangan terma. Perolakan
berdaya berlaku apabila sesuatu cecair
dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat
dengan menggenakan daya luaran, contohnya
kipas atau pam. Kedua-dua jenis perolakan
ini berlaku antara bendalir dalam pergerakan
dengan permukaan tertutup(contohnya, paip)
yang mempunyai suhu yang berlainan.
Pada amnya, mod perolakan dapat
disimpulkan sebagai pemindahan tenaga yang
berlaku dalam bendalir yang disebabkan oleh
kesan gabungan konduksi dan pergerakan
bendalir pukal. Tenaga yang dipindahkan
ialah tenaga terma dalaman bagi bendalir
tersebut. Ungkapan Hukum Newton bagi
Penyejukan berikut boleh digunakan untuk
mengira haba perolakan;
TThAQ s
di mana h ialah pekali pemindahan
haba perolakan, KmW 2,
A ialah luas permukaan
normal kepada aliran,
sT ialah suhu permukaan, dan
T ialah suhu cecair.
Persamaan ini dapat digunakan bagi kedua-
dua mekanisme perolakan dan bergantung
kepada syarat-syarat tertentu, seperti lapisan
sempadan yang dipengaruhi geometri
permukaan, pergerakan cecair serta sifat-sifat
termodinamik dan pemindahan cecair.
2.4.3 Sinaran
Sinaran terma ialah tenaga yang dipancarkan
oleh jirim pada suatu suhu finit. Walaupun
sinaran dari permukaan pepejal adalah fokus
utama dalam perbincangan ini, pancaran juga
boleh berlaku daripada cecair dan gas.
Pancaran boleh dikaitkan dengan perubahan
tatarajah elektron bagi atom atau molekul
berkenaan. Tenaga dari medan sinaran
dipindahkan oleh gelombang elektromagnetik
atau foton. Sementara pemindahan tenaga
oleh konduksi atau perolakan memerlukan
kewujudan bahan media, sinaran pula tidak.
Pemindahan haba sinaran sebaik-baiknya
berlaku dalam vakum.
Haba maksimum di mana sinaran dipancar
dari suatu permukaan diberikan oleh Huhum
Stefan-Boltzmann berikut;
4
sTAQ

Terma Suria
(CETREE – Buku Sumber Guru) 24
di mana 4281067.5 KmW
ialah pemalar Stefan-
Boltzmann dan
sT ialah suhu mutlak
permukaan ( K )
Permukaan ini dipanggil penyinar unggul atau
jasad hitam. Haba yang dipancarkan dari
permukaan lain dikatakan kurang daripada
jasad hitam dan diberikan sebagai;
4
sTAQ
di mana ialah sifat penyinaran permukaan
yang dipanggil pekali kepancaran. Penentuan
jumlah haba bagi sinaran yang bertukaran
antara dua permukaan boleh menjadi rumit.
Bagaimanapun, bagi kes yang sering berlaku
terdapat jumlah pertukaran haba sinaran
diantara satu permukaan kecil yang diliputi
satu lagi permukaan yang lebih besar.
Persekitaran antara permukaan kecil dengan
besar dipenuhi gas yang tidak ada kesan
terhadap pemindahan haba sinaran. Jumlah
haba sinaran antara permukaan dengan
persekitaran ini boleh diungkapkan dengan
persamaan berikut;
44
pers TTAQ
di mana perT ialah suhu persekitaran di
permukaan yang besar, A ialah luas
permukaan kecil dan ialah pekali
kepancaran permukaan kecil. Luas
permukaan besar dan pekali kepancarannya
tidak mempengaruhi pengiraan ini.
2.5 Pengumpul Suria Plat Datar
Untuk merekabentuk sesuatu pengumpul
suria, keserapan ialah perkara yang utama
perlu diambil berat kerana ia menentukan
berapa banyak sinaran yang akan ditukarkan
kepada tenaga berguna. Sinaran yang terserap
menyebabkan suhu permukaan pengumpul
meningkat dan seterusnya menghasilkan
tenaga haba. Pertukaran tenaga suria kepada
haba amat berguna kepada manusia dan tidak
harus disia-siakan. Tenaga terma yang
terhasil daripada penukaran ini dapat
digunakan untuk pemanasan air domestik dan
perindustrian, pengeringan hasil pertanian,
penyejukan bangunan dan lain-lain lagi.
Dalam bentuk tertumpu, tenaga terma juga
dapat menggerakan turbin stim bagi
penjanaan elektrik.
Pengumpul suria ialah sejenis penukar haba
yang digunakan untuk menukarkan tenaga
suria kepada haba. Terdapat dua jenis
pengumpul suria asas iaitu pengumpul suria
menumpu dan pengumpul suria plat datar.
Pengumpul suria menumpu mempunyai
permukaan yang melengkung supaya sinaran
suria boleh menumpu di pertengahannya atau
pada satu titik fokal. Selalunya, bentuk
parabola digunakan. Pada titik fokal, paip
hitam yang diisi dengan air atau bendalir lain
akan dipanaskan. Dengan cara ini, air panas
atau stim boleh dijanakan. Pengumpul suria
menumpu boleh mengeluarkan tenaga yang
lebih tinggi dengan suhu mencapai 90 C
hingga 350 C dengan teknologi baru.
Walau bagaimanapun, pengumpul jenis ini
tidak mudah dibina dan perlu menjejak
matahari untuk mencapai suhu maksimum.
Keadaan ini akan melibatkan kos yang lebih
tinggi.
Pengumpul suria plat datar, seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.9 mudah
direkabentuk untuk aplikasi yang memerlukan
suhu yang sederhana, lebih kurang antara
70 C hingga 100 C . Pengumpul jenis ini
boleh diletakkan pada lokasi yang tetap tanpa
mengorbankan kesan prestasinya secara
keseluruhan. Komponen-komponen asas
pengumpul suria plat datar terdiri daripada;
▪ Kotak atau panel rangka pengumpul,
selalunya diperbuat daripada kayu
atau logam,
▪ Plat penyerap berwarna hitam, boleh
diperbuat daripada logam, getah atau
bahan lain,
▪ Paip panjang atau gabungan paip-paip
pendek,
▪ Penutup lutsinar, dan
▪ Penebat yang diletakkan di belakang
plat penyerap untuk menghindarkan
haba terlepas daripada belakang
pengumpul.
Kos pembinaan pengumpul suria plat datar
juga adalah minimal, dan penyelenggarannya
hampir tidak diperlukan. Kotak atau panel
yang diperlukan dalam pembinaan pengumpul

Terma Suria
(CETREE – Buku Sumber Guru) 25
ini boleh dibuat daripada bahan yang tahan
suhu dan cuaca. Bahan logam dan kayu yang
dicat telah banyak digunakan sebagai rangka
pengumpul suria plat datar. Bagi
penyerapnya pula, sebarang bahan yang boleh
dicat dan tidak lapuk dengan peningkatan
suhu boleh digunakan.
Dalam keadaan mantap, prestasi pengumpul
suria plat datar diperihalkan dengan tenaga
pengimbang yang menunjukkan taburan
tenaga suria tuju pada tambahan tenaga
berguna, baziran terma dan baziran optik.
Hasil tenaga berguna daripada suatu
pengumpul ialah perbezaan antara sinaran
suria terserap dengan baziran terma seperti
yang ditunjukkan dalam persamaan di bawah
ini (Duffie dan Beckman, 1980);
umpjumlahC TTUSAQ ,
iaitu CA ialah keluasan permukaan
pengumpul, S ialah sinaran suria terserap,
jumlahU ialah baziran terma disebabkan
konduksi, perolakan dan sinaran inframerah,
mpT , ialah suhu min plat penyerap dan uT
ialah suhu udara di persekitaran.
Rajah 2.9. Keratan rentas pengumpul suria plat datar asas.
Sinaran suria terserap dapat dikira setiap jam
menggunakan satu persamaan yang agak
panjang. Walau bagaimanapun, untuk
pengiraan yang boleh diterima dan hampir pada
pengiraan tepat, persamaan berikut boleh
digunakan;
Tpurata IS
iaitu ialah pekali kehantaran-keserapan
dan TI ialah sinaran tuju. Untuk
memudahkan pengiraan matematik, jumlahU
telah diperkenalkan yang mengambil kira
baziran terma disebabkan konduksi, perolakan
dan sinaran inframerah. Ia terbahagi kepada
tiga bahagian pengiraan asing iaitu baziran
terma dari atas pengumpul, baziran terma dari
pinggir pengumpul dan akhir sekali, baziran
terma dari belakang pengumpul. Apabila
tiap-tiap bahagian telah di kirakan, jumlahU
boleh didapati dengan persamaan berikut;
pinggirbelakangatasjumlah UUUU
Pengiraan baziran terma dari atas pengumpul
merupakan pengiraan yang agak remeh
kerana terdapat banyak faktor yang perlu
diambil kira, iaitu faktor perolakan dan
sinaran. Bagaimanapun, persamaan
empirikal berikut boleh digunakan dengan
sedikit ketakpastian sebanyak
CmW 23.0 ;
panel
penebat
Sinaran suria Plat penyerap
penutup

Terma Suria
(CETREE – Buku Sumber Guru) 26
1
1
,
,
w
e
fN
TT
TC
atash
NU
ump
mp
NfN
hN
TTTT
g
p
wp
umpump
133.01200591.0
1
22
,,
iaitu
Nhhf pww 07866.011166.0089.01
2000051.01520 C
untuk 700
untuk 9070 gunakan 70
mpTe
,
100143.0
N = bilangan kaca penutup
= sudut senget pengumpul dari garis
mengufuk
g = kepancaran kaca
p = kepancaran plat penyerap
= pemalar Stefan-Boltzmann
uT = suhu udara persekitaran ( K )
mpT , = suhu plat penyerap min ( K )
wh = pekali pemindahan haba bagi angin
( CmW 2)
Rintangan pengaliran haba dari pelakang
pengumpul adalah disebabkan oleh penebat
yang digunakan. Baziran terma dari belakang
pengumpul dikirakan dengan persamaan
berikut;
L
kU belakang
iaitu k dan L ialah konduktiviti terma dan
ketebalan penebat masing-masing.
Untuk kebanyakan pengumpul, penilaian
baziran terma bagi pinggir pengumpul boleh
menjadi kompleks. Baziran ini boleh
dianggarkan dengan menganggap bahawa
haba mengalir dalam satu arah ke sisi di
keseluruhan perimeter sistem pengumpul.
Persamaan berikut boleh digunakan untuk
mencari baziran terma dari pinggir
pengumpul;
C
bahanpinggir
A
UAU
iaitu bahan
bahan PDL
kUA
k = kekonduksian bahan di sisi
pengumpul
L = ketebalan bahan di sisi pengumpul
P = perimeter luar sistem pengumpul
D = ketebalan sistem pengumpul
Baziran terma dari pinggir pengumpul bagi
susunatur sistem pengumpul suria yang besar
selalunya boleh diabaikan tetapi bagi sistem
pengumpul suria yang kecil baziran ini
menjadi bererti. Contohnya, bagi sesuatu
sistem pengumpul yang agak besar berukuran
30 m2, mungkin akan mengalami baziran
terma dari pinggir sebanyak 1% daripada
keseluruhan baziran terma, iaitu termasuk
dari atas dan belakang. Bagaimanapun, bagi
sistem pengumpul berukuran 2 m2 (1 m 2
m) baziran ini menjadi lebih 5%.
2.6 Aplikasi Pengumpul Suria
2.6.1 Pemanas Air Suria
Bahagian utama bagi sistem pemanas air
suria ialah pengumpulnya, iaitu sinaran suria
diserap dan tenaga dipindahkan ke bendalir.
Kebanyakan sistem pemanasan air suria
terdiri daripada pengumpul plat datar kerana
pengumpul jenis ini menyerap kedua-dua
sinaran bim dan terserak. Ini bermakna jika
terdapat awan tebal di langit, pengumpul
masih dapat berfungsi dengan sinaran
terserak.
Elemen asas dalam pemanasan air suria dapat
disusun dalam banyak konfigurasi. Sistem
konfigurasi asas adalah seperti dalam Rajah

Terma Suria
(CETREE – Buku Sumber Guru) 27
2.10, iaitu pemanasan air pasif dengan sistem
pusingan lazim ditunjukkan (Duffie dan
Beckman, 1980). Satu tangki diletakkan di
atas pengumpul dan air mengalir secara
perolakan lazim apabila tenaga suria
menambahkan tenaga pada air dalam
pengumpul dan seterusnya menghasilkan
perbezaan ketumpatan yang menyebabkan
peredaran. Sistem yang menggunakan
perolakan lazim ini dipanggil sistem pemanas
air suria termosifon. Tenaga bantuan
digunakan apabila perlu dan diletakkan di
bahagian atas dalam tangki penyimpan
supaya menjamin bekalan air panas. Bagi
sistem yang menggunakan perolakan berdaya
seperti pam, tangki tidak lagi perlu diletakkan
di atas pengumpul.
Rajah 2.10. Sistem pusingan lazim pemanas air suria.
air panas ke beban
pengumpul
tangki
bantuan
tenaga
bekalan air sejuk

Terma Suria
(CETREE – Buku Sumber Guru) 28
Rajah 2.11 Contoh-contoh pemanas air suria di atas bangunan dan
rumah.

Terma Suria
(CETREE – Buku Sumber Guru) 29
2.6.2 Pemanas Udara Suria
Haba dari matahari boleh digunakan untuk
memanaskan udara bagi aplikasi pengeringan
hasil tanaman, contohnya, beras, kacang soya,
tanaman kekacang, daun teh, kayu dan
sebagainya. Banyak hasil penuaian tanaman di
dunia rosak sebagai akibat serangan kulat oleh
sebab pengeringan yang tidak sempurna.
Pengeringan tanaman bukan sahaja memerlukan
pengaliran haba tetapi juga pengaliran wap air.
Suhu bagi aplikasi pengeringan suria adalah
dalam julat berdekatan dengan suhu persekitaran
pada suhu stim bertekanan rendah. Keadaan ini
dapat dibekalkan oleh
pengumpul plat datar atau pengumpul
menumpu.
Operasi pemanas udara suria hampir sama
dengan pemanas air suria iaitu bendalir
dipanaskan secara bersentuhan dengan
permukaan penyerap sinaran. Kesan
prestasi khususnya daripada orientasi dan
baziran haba dari angin bagi kedua-dua
jenis pemanas ini tiada bezanya. Rajah
2.13 menunjukkan satu sistem konfigurasi
pemanas udara suria asas (Schubert dan
Ryan, 1981).
Rajah 2.12 Contoh pemanas air suria dari dekat.
ruang
yang
dipanaskan
udara
panas
udara
sejuk
geganti
kipas
pengesan
pengumpul
Rajah 2.13 Sistem pemanas udara suria
asas.

Terma Suria
(CETREE – Buku Sumber Guru) 30
Rajah 2.14 Contoh-contoh pengering makanan
suria.
2.6.3 Periuk Suria
Penggunaan periuk suria tidak menggunakan
sebarang jenis bahan api fosil dan pasti
memanfaatkan persekitaran. Oleh itu, ia tidak
akan mengeluarkan bahan pencemaran yang
merosakkan atmosfera dan secara tidak
langsung, menolong mengurangkan penipisan
lapisan ozon. Tambahan pula, tenaga suria
yang digunakan adalah percuma.
Terdapat tiga prinsip utama dalam penggunaan
periuk suria; iaitu asas pada sebarang jenis
bentuk periuk yang boleh direkabentuk,
contohnya jenis panel, parabolik atau model
kotak. Prinsip asas ini adalah seperti yang
berikut:
▪ Menghalakan seberapa banyak
sinaran cahaya matahari kepada
makanan yang hendak dimasak
dengan cara pantulan.
▪ Menukarkan gelombang cahaya
yang diperangkap kepada tenaga
haba.
▪ Menahan tenaga haba yang
diperangkap secara berkesan dengan
menggunakan penebat yang sesuai.
Pemantul pada periuk memainkan peranan
sebagai pengumpul yang menghalakan
tenaga suria secara optimum pada tapak
periuk. Tapak periuk suria boleh diperbuat
daripada kotak kayu yang ditebat. Haba
untuk memasak boleh mencapai kepanasan
antara C150 hingga C175 . Ia terhasil
apabila sinaran suria yang terpantul ke
dalam periuk, diserap oleh panel-panel sisi
dan tapak periuk yang dicat hitam. Untuk
memasak, penggunaan periuk hitam atau
gelap yang bertutup digalakkan, contohnya
jenis besi tuang, tembaga, enamel dan lain-
lain.
Selaraskan pemantul
supaya sinaran
memasuki kotak
Bagi rajah di atas sinaran memanaskan
periuk dan plat penyerap yang
seterusnya memanaskan air atau
makanan di dalam periuk.
Plat penyerap perlu ditinggikan sedikit
daripada tapak kotak untuk
mengurangkan baziran haba.

Terma Suria
(CETREE – Buku Sumber Guru) 31
Rajah 2.15 Contoh-contoh periuk suria jenis panel, kotak dan parabolik.

Terma Suria
(CETREE – Buku Sumber Guru) 32
2.6.4 Penyulingan Air Suria
Bagi tempat-tempat yang air tawar susah
diperoleh, contohnya, gurun dan kawasan
yang jauh dari sungai atau mata air,
penyulingan air suria boleh menjadi satu
alternatif untuk kegunaan sesebuah
masyarakat. Penyulingan air masin dari laut
atau dalam tanah kadangkala boleh
menjimatkan daripada menghantarkan air
tawar ke sesuatu tempat. Aplikasi
penyulingan air suria sudah lama
diperkenalkan sejak dari tahun 1870’an lagi
di negara Chile untuk menyediakan air
minum binatang dan mengairi tanaman
(Duffie dan Beckman, 1980).
Kolam atau besen hitam yang cetek digunakan
sebagai penakung air masin. Satu penutup
kedap udara lutsinar menutupi kolam tersebut
sepenuhnya, yang bentuknya menyerupai
kubah yang mencerun ke saluran penyimpan,
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.16.
Sinaran suria yang menembusi penutup kolam
akan memanaskan air masin dalam takungan
dan menyejatkan air. Wap air akan
terkondensasi di permukaan dalam penutup
oleh perolakan terma dan seterusnya mengalir
ke dalam lembangan kondensasi (Twindell dan
Weir, 1986).
penebat
lembangan kondensasi
penutup lutsinar
- kondenser
kolam dengan air masin
Rajah 2.16. Keratan rentas satu penakung kolam suria.
Rajah 2.17 Contoh-contoh penyuling air suria.

Terma Suria
(CETREE – Buku Sumber Guru) 33
2.6.5 Pam Air Suria
Pertukaran tenaga suria kepada tenaga mekanik
telah lama diterokai sejak abad ke-19 lagi.
Perhatian awal adalah pada sistem terma-
mekanik suria yang bersaiz kecil lebih kurang
tidak melebihi 100kW dan objektifnya ialah
mengepam air. Salah satu penggunaan awal
pam air suria untuk pertanian adalah di Mesir
dalam tahun 1913. Beberapa perkembangan
yang menggunakan pengumpul menumpu
sebagai sumber stim pada enjin haba telah
banyak berjaya dan mengeluarkan hasil. Proses
pertukaran tenaga suria kepada tenaga mekanik
lebih kurang sama dengan proses tenaga suria
lain dan prinsip yang telah dibincangkan
terhadap sinaran, pengumpulan, pengumpul dan
jenis-jenis sistem ialah asas untuk
menganggarkan prestasi sistem terma suria.
Proses terma asas dalam pertukaran tenaga suria
kepada tenaga mekanik ditunjukkan dalam
Rajah 2.18. Tenaga dapat dikumpulkan dengan
sistem pengumpul plat datar atau menumpu dan
kemudiannya disimpan jika perlu atau terus
digunakan untuk mengoperasikan enjin haba.
Satu masalah yang berlaku dalam penggunaan
sistem ini ialah, kecekapan pengumpul merosot
apabila suhu operasinya meningkat sementara
kecekapan enjin meningkat apabila suhu
operasinya meningkat. Maksimum suhu
operasi pengumpul plat datar adalah rendah
dibandingkan dengan suhu input yang diingini
untuk menggerakan enjin haba. Ini boleh
menyebabkan kecekapan sistem menjadi
rendah jika pengumpul plat datar digunakan.
Banyak lagi aplikasi yang dapat diterokai
dengan tenaga terma suria, antaranya yang
tidak dibincangkan ialah pencahayaan siang
dalam sistem suria pasif, aplikasi pengaliran
haba dalam rekabentuk sesuatu bangunan,
penyejukan suria menggunakan teori sistem
penyejukan serapan; dan lain-lain. Aplikasi-
aplikasi ini berhubung rapat dengan
perancangan penggunaan tenaga yang cekap
dalam reka bentuk bangunan komersial atau
perumahan yang akan datang.
Tenaga suria di Malaysia mempunyai
keupayaan penerokaan yang tinggi sebagai
sumber tenaga alternatif kerana cuacanya yang
berpihak pada keadaan yang diperlukan.
Sumber tenaga diperbaharui melibatkan alam
persekitaran lazim, sementara bahan api fosil
dan nuklear menghasilkan operasi yang
memencilkan teknologi dengan persekitaran.
Pendidikan, perancangan, belanjawan dan
polisi industri negara seharusnya diselaraskan
untuk strategi baru ini. Dengan kesedaran
serta penglibatan banyak pihak dalam
menangani isu krisis tenaga, peralihan dalam
penggunaan tenaga diperbaharu boleh
memanjangkan hayat tenaga fosil yang ada
dan menjamin persekitaran yang bersih dan
kurang tercemar untuk kesejahteraan manusia
sejagat.
Pengumpul Plat
Datar atau Menumpu
dandang
tangki
Haba terlesap
Enjin
Haba
Rajah 2.18 Sistem pertukaran terma suria bagi pam air.

Terma Suria
(CETREE – Buku Sumber Guru) 34
Rajah 2.19 Contoh pam air suria menggunakan
pengumpul plat datar.
Rajah 2.20 Skematik pam air suria
menggunakan sistem pengumpul menumpu.
2.7 Rujukan
Angrist, S.W., 1982. Direct Energy
Conversion, 4th edition, Allyn and Bacon,
Boston, 4-32.
Duffie, J.A., Beckman, W.A., 1980. Solar
Engineering of Thermal Processes, John
Wiley & Sons, New York.
Schubert, R.C., Ryan, L.D., 1981.
Fundamentals of Solar Heating, Prentice-Hall,
New Jersey.
Fauziah Sulaiman, Ahmad Narulazam
Md.Zain 2000. Tenaga Terma Suria, Tenaga
Yang Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga,
Universiti Sains Malaysia, 12-20,
Kamarulazizi Ibrahim, Zul Azhar Zahid Jamal
(Ed.).
Twindell, J.W., Weir, A.D., 1986. Renewable
Energy Resources, E.&F.N. Spon, London,
115-129.

Fotovolta
CETREE - Buku Sumber Guru
35
3.Fotovolta
_______________________________________________________________________
3.1. Pendahuluan
Setiap pagi sinaran matahari memancar
menandakan bermulanya hari yang baru.
Silauan dari cahaya matahari
menyebabkan sakit mata memandang.
Pohon-pohon yang hijau kelihatan
semakin segar di bawah mandian cahaya
matahari tersebut. Apakah punca
kesegaran baru yang diperoleh oleh
tumbuh-tumbuhan yang hijau tersebut ?
Itulah proses fotosintesis. Foto bermaksud
cahaya dan sintesis bermaksud
menggabungkan. Pohon-pohon
mengunakan cahaya matahari untuk
mengabungkan air dan karbohidrat kepada
tenaga bagi penumbuhan.
Filem fotografi atau gambar ialah bahan
yang sensitif pada cahaya. Jika filem
gambar didedahkan pada cahaya akan
didapati ia berubah menjadi gelap selepas
pencucian. Kalau kecerahan cahaya dapat
dikawal dengan menggunakan kertas yang
berbeza warna, dan filem gambar
didedahkan pada tahap kecerahan yang
berbeza tersebut, maka selepas pencucian
boleh diperoleh beberapa tahap corak
kegelapan pada filem-filem gambar.
Rajah 3.1 Filem gambar.
Era teknologi maklumat ini mementingkan
penggunaan sumber tenaga elektrik untuk
memastikan berfungsinya alatan
komunikasi moden dan canggih.
Komputer, radio, televisyen, stereo dan
peralatan lain bergantung pada tenaga
elektrik untuk berfungsi.
Adakah mungkin bagi manusia untuk
melakukan perkara yang sama
sebagaimana tumbuh-tumbuhan ?
Menukarkan cahaya pada bentuk tenaga
yang berguna seperti tenaga elektrik.
Pada tahun 1890, seorang ahli Fizik
Perancis, Jacques Becquerel, telah
mendapati apabila sesetengah bahan
terkena cahaya matahari, mereka akan
menjana arus elektrik yang kecil. Arus
kecil yang diperoleh ini ialah permulaan
pada peranti yang boleh menukarkan dari
cahaya kepada tenaga elektrik. Peranti
yang mempunyai fungsi ini hanya mula
dilihat dari sudut pembekal tenaga elektrik
oleh Makmal Bell pada tahun lima
puluhan semasa menjalankan kajian ke
atas transistor. Peranti ini dipanggil sel
suria atau sel fotovolta. Dimana foto
bermaksud cahaya dan volta bermaksud
keupayaan elektrik.
Transistor ialah dua diod yang disambung
belakang dengan belakang iaitu sebagai
pnp atau npn. Jika satu diod didedahkan
pada cahaya matahari maka akan didapati
arus kecil mengalir keluar dari diod
tersebut tanpa memerlukan satu bekalan
kuasa elektrik luar disambungkan (contoh
bateri dll). Biasanya sel suria ialah diod pn
yang telah dibina supaya
mengoptimumkan output tenaga elektrik
daripadanya. Matahari menjadi sumber
pada penjanaan tenaga elektrik dari sel
suria.
3.1.1 Kelebihan Dan Kekurangan Sel
Suria
Penggunaan sel suria sebagai pembekal
tenaga elektrik mempunyai beberapa
kelebihan. Tenaga elektrik yang diperolehi
dari matahari adalah senyap dan tidak
menyebabkan pencemaran alam seperti
membakar minyak, diesel, arang batu,
kayu dan juga tidak menghabiskan
sumber-sumber asli yang berguna.
Matahari adalah percuma dan tidak
mempunyai had. Satu hari harga
mendapatkan minyak dan arang batu dunia

Fotovolta
CETREE - Buku Sumber Guru
36
akan meningkat sehingga tidak mungkin
untuk diperolehi dan digunakan
sebagaimana sekarang ini tetapi tidak
begitu bagi matahari. Sel suria tidak
mempunyai bahagian yang bergerak yang
memerlukan servis atau barang ganti. Ia
satu peranti pepejal.
Sel suria membekal tenaga elektrik apabila
ia diperlukan. Ia baik untuk satu
kedudukan yang terpencil kerana tidak
memerlukan grid kuasa jarak jauh yang
mahal. Sel suria biasanya diletakkan diatas
bumbung oleh sebab itu tidak memerlukan
kawasan tanah tambahan. Tenaga yang
dijanakan tidak tertumpu pada satu tempat,
maka dengan itu tidak perlu dilindungi
dari peperangan atau kumpulan subersif.
Penggunaan sel suria sebagai pembekal
tenaga elektrik ada mempunyai beberapa
kelemahan. Sel suria hanya akan berfungsi
pada siang hari sahaja. Pada malam hari
apabila tidak ada cahaya matahari sel suria
tidak akan menjana tenaga elektrik. Bagi
kegunaan sebelah malam sel suria perlu
digandingkan dengan penyimpan tenaga
elektrik seperti bateri. Harga sel suria
adalah agak mahal pada awalnya tetapi
jika dikira jumlah tenaga elektrik yang
dibekalkan bersama dengan masa hayat sel
suria yang lebih daripada dua puluh tahun
ditambah dengan tidak memerlukan
bayaran penyelenggaraan seperti minyak
dan lain-lain, pada jangka masa yang
panjang harganya adalah lebih murah.
3.1.2 Penggunaan Sel Suria
Senarai yang berikut menerangkan
beberapa penggunaan utama sel suria bagi
bekalan kuasa elektrik.
▪ Lampu rumah, televisyen, pemain
kaset, radio dan peralatan kecil.
Lampu pada malam hari adalah
penting untuk pendidikan, kerja
tangan dan aktiviti sosial.
Televisyen, radio dan sistem
stereo pula berguna kepada
penduduk luar bandar yang
memerlukan maklumat dan
hiburan.
▪ Industri kecil dan institusi.
Sekolah dan perniagaan kecil di
luar bandar menggunakan elektrik
suria untuk menghidupkan lampu,
mesin jahit, kalkulator, peralatan
kecil, komputer, mesin taip dan
sistem keselamatan.
▪ Telekomunikasi. Biasanya sistem
telekomunikasi dibina di tempat
terpencil tanpa kewujudan bekalan
kuasa elektrik, sistem fotovolta
boleh membekalkan kuasa elektrik
tersebut pada radio, pengulang
terpencil, dan peralatan pemantau
cuaca.
▪ Peti ais vaksin dan lampu bagi
pusat kesihatan. Sistem elektrik
suria banyak digunakan bagi peti
ais vaksin di pusat kesihatan
terpencil. Peti ais tersebut
digunakan juga bagi membekukan
ketulan ais dan menyimpan
plasma darah dalam keadaan
sejuk. Organisasi Kesihatan
Sedunia (WHO) menyokong
penggunaan sistem elektrik suria
ini.
▪ Pengepaman air. Susunatur modul
sel suria disambungkan pada pam
elektrik untuk mengepam air dari
sungai dan telaga. Air ini boleh
digunakan bagi tujuan minuman,
pembasuhan, penggunaan kerja
rumah lain dan projek pengairan
kecil.
▪ Pagar elektrik dan lain-lain
kegunaan. Pagar elektrik yang
boleh menghindarkan binatang liar
dari ladang dan taman haiwan
boleh di kuasakan oleh elektrik
suria. Kegunaan biasa lain seperti
lampu jalan, tanda jalan, alat
pembantu pengemudian kapal,
sistem keselamatan dan kawalan
batang paip dari kakisan.

Fotovolta
CETREE - Buku Sumber Guru
37
3.2 Teori
Sel suria ialah peranti keadaan pepejal
yang berasaskan bahan semikonduktor. Ia
tidak mempunyai bahan bergerak untuk
berfungsi dan tidak mengeluarkan asap
atau pun bunyi semasa berfungsi. Yang
diperlukan hanyalah cahaya. Cahaya
tersebut mungkin datang dari matahari,
lampu ata pun lilin.
Sel suria juga dipanggil sel fotovolta atau
nama ringkasnya sel PV. Sebagai satu
peranti keadaan pepejal, ia tidak
memerlukan sebarang penyelenggaran
sebagai contoh mengisi minyak dan
sebagainya. Cahaya yang diperolehi secara
percuma dari matahari dapat
menggantikan minyak. Sel suria dapat
berfungsi (masa hayat) selama lebih
daripada dua puluh tahun.
Gabungan beberapa sel suria yang
disambung secara bersiri atau selari
dinamakan modul suria. Jika modul suria
disambungkan pula secara bersiri atau
selari, maka ia dinamakan sebagai
susunatur suria.
Rajah3.1 Daripada sel suria kepada modul
dan seterusnya susunatur.
3.2.1 Bagaimana Sel Suria Berfungsi
Unsur silikon ialah bahan semikonduktor
yang banyak digunakan untuk
mengfabrikasikan sel suria. Bahan
semikonduktor lain yang juga digunakan
ialah selenium, kadmium sulfit, galium
arsenida dan kadmium telurida. Sel suria
bergantung pada sifat elektrik khas bahan
semikonduktor, iaitu membolehkan bahan
ini bertindak sebagai penebat dan
pengkonduksi. Semikonduktor ialah bahan
yang mempunyai dua pembawa cas iaitu
pembawa cas negatif yang dipanggil
elektron dan pembawa cas positif yang
dipanggil lohong. Kepingan-kepingan
silikon yang telah didopkan dengan
bendasing menyebabkannya mempunyai
satu jenis pembawa melebihi daripada
yang lagi satu. Jika pembawa majoriti
ialah elektron, semikonduktor ini adalah
jenis n, manakala jika lohong ialah
pembawa majoriti, semikonduktor ialah
jenis p. Apabila kedua-dua jenis
semikonduktor ini digabungkan
membentuk simpangan pn, satu medan
elektrik akan terbina di simpangan
tersebut, maka ia membolehkan tenaga
suria "kumpul" dan "tolak" elektron yang
tercabut dalam sel untuk mengeluarkan
arus elektrik.
Sinaran suria adalah terdiri daripada
berjuta-juta zarah bertenaga tinggi yang
dipanggil foton. Setiap foton membawa
satu kuantiti tenaga (mengikut
jarakgelombang); setengah foton
mempunyai tenaga lebih tinggi daripada
yang lain. Apabila satu foton yang
mempunyai tenaga yang mencukupi
melanggar atom silikon di dalam sel suria,
ia akan melanggar elektron paling luar
silikon dan elektron tersebut tercabut
daripada orbitnya mengelilingi nukleus,
membebaskannya untuk bergerak
menyeberangi medan elektrik sel. Apabila
elektron-elekton telah menyeberangi
medan, elektron ini tidak boleh kembali
balik. Semakin banyak elektron
menyeberangi medan sel, maka bahagian
belakang sel akan membentuk cas negatif.
Jika satu beban di sambungkan di antara
terminal negatif dengan positif sel, maka
elektron-elektron akan mengalir sebagai

Fotovolta
CETREE - Buku Sumber Guru
38
arus. Dengan itu, tenaga suria (dalam
bentuk foton) secara berterusan mencabut
elektron-elektron silikon daripada orbit
dan "menolak" elektron-elektron melalui
dawai. Lagi kuat keamatan cahaya
matahari, lagi kuat arus mengalir. Jika
cahaya berhenti daripada melanggar sel,
aliran arus berhenti serta merta.
3.2.2 Teknologi Sel Suria
Ada beberapa jenis sel suria yang dapat
diperolehi iaitu sel yang diperbuat
daripada silikon monohablur, polihablur
dan amorfus. Monohablur merujuk sel
yang dipotong daripada satu hablur
tunggal silikon (hablur adalah keadaan
yang diambil oleh unsur-unsur pada
keadaan tertentu; hablur silikon
diwujudkan bagi industri komputer).
Polihablur merujuk sel daripada hablur
yang banyak. Sel jenis amorfus diperbuat
daripada silikon yang bukan dalam bentuk
hablur.
Sel suria mono dan polihablur ialah wafer
silikon yang dipotong daripada silinder
hablur silikon mengunakan gergaji tepat.
Semasa proses pemotongan, jumlah hablur
hilang sebagai habuk hampir sama dengan
yang dipotong pada sel. Wafer ini
kemudiannya mengalami tindak balas
kimia di dalam relau untuk meningkatkan
sifat-sifat elektriknya dan seterusnya
salutan antipantulan dikenakan diatas
permukaannya, keadaan ini bertujuan
menggalakkan penyerapan sinaran dengan
lebih berkesan. Dawai nipis logam di
metrikan dimuka hadapan sel dan ini
membentuk sentuhan positif, manakala
lapisan logam yang memenuhi belakang
sel sebagai sentuhan negatif.
Sel monohablur mempunyai kecekapan
11-16% (iaitu jika sinaran suria melanggar
sel pada sudut tegak dengan keamatan
1000 W/m2, maka 110 ke 160 Watt setiap
m2 sel suria ditukarkan ke elektrik). Sel
monohablur adalah stabil secara kimia,
maka ia dapat bertahan lama. Sel
monohablur adalah yang pertama
dibangunkan secara komersial.
Sel polihablur (multihablur) mempunyai
kecekapan yang lebih rendah (iaitu 9-
13%). Sebagaimana sel monohablur, sel
polihablur juga mempunyai masa hayat
yang panjang, dan tidak merosot dengan
masa. Sel ini dipotong daripada acuan
jongkong silikon polihablur. Sel
monohablur mempunyai satu corak warna,
manakala permukaan polihablur
mempunyai warna corak berganda.
Sel amorfus (filem nipis) tidak
menggunakan silikon dalam bentuk
hablur. Sebaliknya, bahan silikon
dimendapkan k eatas gelas atau
permukaan plastik sebagai satu filem
nipis. Permukaan itu kemudiannya
dibahagi-bahagikan kepada beberapa sel
dan ditambahkan sambungan elektrik.
Modul amorfus boleh dikeluarkan pada
harga yang lebih murah daripada sel poli
dan monohablur. Sel suria yang digunakan
pada permainan kanak-kanak, kalkulator
dan jam biasanya diperbuat daripada
bahan silikon amorfus. Kecekapan sel
amorfus adalah di antara 3 dengan 6%.
Silikon amorfus merosot dengan masa
iaitu apabila ia menjadi lebih tua sel
amorfus akan mengeluarkan kuasa yang
berkurangan. Ia merosot lebih kurang 20
% daripada kuasa asal sebelum menjadi
stabil.
3.2.3 Kekadaran Modul
Beberapa sel suria yang disusun secara
bersiri dan selari dipanggil modul suria.
Modul suria terkadar berdasarkan output
maksimum atau kuasa puncak. Kuasa
puncak, Wp , ditakrifkan sebagai jumlah
kuasa sesuatu modul suria boleh bekal
pada waktu tengah hari hari terang ketika
ia mengarah terus kepada matahari pada
KUP (Keadaan Ujian Piawaian - 1000
W/m2, 25o C dan jisim udara 1.5).
Kekadaran kuasa puncak ini dibekalkan
oleh pengeluar atau pembekal. Modul
selalunya mempunyai kuasa yang kurang
daripada kurang puncak kekadaran dalam
lapangan.
3.2.4 Output Sel Suria
Setiap sel suria dan modul suria
mempunyai ciri-ciri operasi yang dapat
diterangkan dengan lengkungan arus
voltan atau lebih dikenali sebagai

Fotovolta
CETREE - Buku Sumber Guru
39
lengkungan IV. Lengkungan IV ini
digunakan untuk membandingkan modul
suria dan juga menentukan kebolehan pada
beberapa tahap insolasi dan suhu.
Ada beberapa titik penting pada
lengkungan IV;
ISC, arus litar pintas, ialah arus
yang diukur menggunakan ameter
yang disambungkan kepada
terminal positif dan negatif modul
semasa matahari terang. Hal ini
ialah nilai maksimum yang dapat
dikeluarkan oleh modul.
VOC, voltan litar terbuka,ialah
voltan yang diukur menggunakan
voltmeter yang disambungkan
kepada terminal positif dan negatif
modul semasa matahari terang.
Hal ini adalah voltan maksimum
yang dapat dikeluarkan oleh
model ini.
PM, titik kuasa maksimum, ini
ialah satu titik di lengkungan IV
iaitu modul membekalkan kuasa
terbesar (terkadar maksimum).
Adalah penting bagi modul
berfungsi pada atau berdekatan
dengan titik ini.
Rajah 3.3 Ciri IV sel suria
Dua parameter lagi dapat diperoleh dari
titik penting pada lengkungan IV ini; iaitu
faktor isi, FF, dan kecekapan, .
Faktor isi, FF = PM / (VOC x ISC) ,
ialah nisbah luas segi empat tepat yang
dapat diperoleh di bawah lengkungan IV
kepada hasil darab VOC dan ISC .
Kecekapan, PM / Pin = (VOC x ISC x FF)
/ (kuasa suria tuju)
Formula ini merupakan nisbah tenaga
suria yang dapat ditukarkan kepada tenaga
elektrik oleh sel suria atau modul suria.
Output sel atau modul suria berubah
dengan perubahan berikut;
▪ Jumlah sinaran matahari.
Output sel suria dikawal oleh
keamatan sinaran suria yang jatuh
ke atasnya. Output arus yang
diperoleh berkadar secara terus
dengan keamatan cahaya; iaitu
jika sinaran suria dikurangkan
sebanyak separuh maka output
arus sel akan berkurangan
separuh. Sinaran yang rendah juga
mengurangkan voltan di mana
arus dikeluarkan. Lindungan awan
merupakan contoh berlakunya
kekurangan keamatan sinaran
suria selain waktu pagi atau
petang.
Rajah 3.4 Perubahan ciri IV dengan
keamatan suria.
▪ Suhu sel suria
Sel suria memberikan output yang
rendah apabila semakin panas.
Keadaan ini berbeza dengan
peranti terma suria. Bagi sel suria
monohablur, output kuasa
berkurangan sebanyak 0.5% bagi
setiap darjah centigrade. Semasa
matahari terik, suhu sel suria
selalunya 20o C lebih panas dari

Fotovolta
CETREE - Buku Sumber Guru
40
suhu termometer. Kesan utama
perubahan kuasa ini berlaku pada
output voltan.
Rajah 3.5 Kesan suhu terhadap sel suria
▪ Keluasan sel
Sel suria dapat diperoleh dalam
beberapa saiz. Semua jenis sel
suria silikon menjana beza
keupayaan lebih kurang 0.5 volt
dalam operasi biasa. Arus yang
dikeluarkan oleh sel suria
bergantung pada saiz dan jenis.
Satu sel suria monohablur 10 sm
persegi mengeluarkan arus lebih
kurang 3.5 ampere di bawah
Keadaan Ujian Piawaan.
▪ Jumlah sel dalam modul
Modul suria dapat diperoleh
dalam kekadaran beberapa voltan
atau kuasa. Bagi mengecas bateri
12 volt, modul mesti mengandungi
di antara 30 dengan 36 sel suria
yang disambung secara bersiri.
Sekurang-kurangnya 33 sel suria
perlu ada untuk mengecas bateri
12 volt pada keadaan suhu panas
melebihi 35o C.
3.3 Sistem Bekalan Elektrik Suria
Sistem bekalan elektrik suria terdiri dari
beberapa komponen iaitu matahari sebagai
sumber tenaga, sel suria atau modul suria
sebagai penjana kuasa elektrik,
pensyaratan kuasa bagi kawalan sistem
dan bateri sebagai simpanan kuasa elektrik
jika diperlukan.
Setiap komponen ini adalah penting bagi
memastikan bekalan kuasa elektrik tidak
terputus atau tidak mencukupi. Kuasa
elektrik suria dibekalkan dalam bentuk
arus terus, tetapi kebanyakkan alatan
elektrik menggunakan arus ulang-alik.
Bagi membolehkan sistem bekalan
elektrik suria menghidupkan peralatan
arus ulang-alik satu peranti yand
dinamakan penyongsang perlu digunakan.
Rajah 3.6 Sistem Bekalan Elektrik Suria.
3.3.1 Kedapatan sinaran suria
Kedapatan sinaran suria setempat dapat
diperoleh dari Jabatan Kajicuaca. Banyak
data sinaran yang dapat diperoleh di sini.
Data yang boleh diperolehi sebagai
contohnya ialah jumlah jam nilai keamatan
puncak iaitu jangka waktu sinaran suria
mempunyai nilai sama dengan 1000 Wm-2.
Nilai ini digunakan untuk menganggarkan
sistem bekalan elektrik suria yang sesuai.
Data yang lebih tepat adalah min bulanan
insolasi harian dalam unit kWm-2.
3.3.2 Pengsyaratan kuasa
Pengsyaratan kuasa adalah terdiri daripada
sistem elektronik ynag digunakan untuk
mengawal keselamatan sel suria atau
modul suria dan bateri daripada rosak
yang berpunca dari penggunaan beban
berlebihan atau lindungan awan. Biasanya
sistem elektronik ini terdiri daripada fius,
suis, diod penghalang, penanda LED,
nyahsambung voltan rendah dan pengatur
cas.
3.3.3 Bateri
Bateri diperlukan jika bekalan kuasa
elektrik digunakan pada waktu malam
iaitu pada ketika tidak ada cahaya

Fotovolta
CETREE - Buku Sumber Guru
41
matahari. Sel suria tidak menyimpan
tenaga. Bateri berfungsi sebagai
penyimpan tenaga elektrik dalam bentuk
tenaga kimia. Bateri akan dicaskan pada
siang hari menggunakan sel suria dan
dinyahcaskan pada malam hari bagi
membekalkan kuasa elektrik seperti
lampu, televisyen dan lain-lain alatan
elektronik yang lain.
3.3.4 Penyongsang
Penyongsang ialah peranti elektronik yang
boleh menukar arus terus kepada arus
ulang-alik.
3.4 Eksperimen
Beberapa eksperimen yang dapat
membantu memahami beberapa konsep
yang telah dibincangkan dalam bab ini
disenaraikan seperti yang berikut;
1. Membuat sel suria kimia, dalam
eksperimen ini satu sel suria yang
berasaskan larutan kimia akan
difabrikasikan. Eksperimen ini
akan menunjukkan bagaimana sel
suria apabila didedahkan pada
cahaya akan menyebabkan arus
mengalir.
2. Membuat bateri, dalam
eksperimen ini satu bateri yang
dapat menjanakan kuasa elektrik
apabila disambungkan kepada
beban akan dibina. Konsep
penggunaan bateri sebagai sumber
elektrik akan dapat dilihat.
3. Lampu suria, dalam eksperimen
ini beberapa sumber cahaya akan
disambungkan pada sel suria dan
apabila ada cahaya yang
mencukupi maka lampu-lampu
akan menyala tetapi jika tidak ada
cahaya yang mencukupi lampu
akan padam.
4. Arus, voltan dan kuasa, dalam
eksperimen ini beberapa sel suria
akan disambungkan secara bersiri
dan selari. Arus dan voltan akan
berubah mengikuti corak
sambungan tetapi kuasa akan tetap
sama jika jumlah sel suria tidak
berubah.
3.4.1 Membuat sel suria kimia.
Sel suria kimia ialah peranti yang menjana
arus elektrik apabila didedahkan kepada
cahaya. Peranti ini digunakan dalam
kamera, sistem keselamatan dan
televisyen. Kamera automatik
menggunakan sel cahaya untuk
menentukan jumlah cahaya yang dapat
diperoleh dan menyalakan lampu secara
automatik apabila cahaya kurang.
▪ Bahan yang diperlukan
o Bikar 250 ml.
o Plat kecil bersaiz sama kuprum dan
plumbum.
o Galvanometer.
o Asid Nitrik.
o Lampu meja.
o Dawai.
o Pembakar bunser
▪ Kaedah
o Panaskan plat kuprum di atas
pembakar menggunakan sepasang
tong sehingga plat kuprum disaluti
oleh kuprum oksida dan bertukar
warna hitam.
o Sejukkan plat tersebut dan
masukkan ke dalam asid nitrik.
Selepas beberapa ketika akan anda
perhatikan bahawa satu lapisan
merah oksida kuprus akan
terbentuk.
o Buatkan satu larutan plumbum
nitrat dalam air di dalam bikar.
o Masukkan plat plumbum dan
kuprum ke dalam bikar.
o Sambungkan kedua-dua plat
kepada galvanometer menggunakan
dawai.
o Pasangkan lampu meja dan
letakkan supaya cahaya terfokus
kepada plat kuprum, galvanometer
akan terpusing. Apabila cahaya
dipadamkan jarum galvanometer
kembali keasal. Keadaan ini
menunjukkan bahawa arus elektrik
terjana apabila cahaya tertuju pada
kuprus oksida.

Fotovolta
CETREE - Buku Sumber Guru
42
Rajah 3.7 Membuat sel suria kimia.
3.4.1 Membuat bateri.
Bateri kering ialah objek yang banyak
digunakan di rumah. Kita menggunakan
bateri kering dalam jam tangan, lampu
suluh, radio dan juga pengawal jauh
televisyen. Bateri kering membekalkan
keperluan kuasa elektrik peranti-peranti
ini. Bateri kering biasanya berbentuk
silinderan daripada zink. Satu rod karbon
dimasukkan di tengahnya dan di
sekelilingnya disaluti dengan manganese
dioksida dan ammonium klorida. Jika
kedua-dua hujung bateri disambungkan
kepada satu lampu melalui dawai, lampu
tersebut akan menyala disebabkan aliran
arus.
▪ Bahan yang diperlukan
o Plat karbon kecil.
o Plat zink kecil.
o Manganese dioksida.
o Serbuk kanji.
o Ammonium klorida
o Kapas
o Dawai kuprum
o Dua klip logam
o Satu lampu 1.5 volt dan pemegang
lampu.
▪ Kaedah
o Buatkan adunan kanji dengan
mencampurkan kanji dengan air dan
seterusnya dipanaskan. Tambahkan
secukup manganese dioksida ke
dalam adunan kanji supaya menjadi
adunan pekat manganese dioksida.
o Sapukan adunan manganese
dioksida secara seragam d iatas plat
zink. Ambil kapas dan ratakan
supaya menyamai bentuk plat zink.
Rendamkan kapas ini ke dalam
larutan ammonium klorida.
Kemudian tambahkan satu lapisan
lagi adunan manganese dioksida di
atas kapas.
o Sekarang letakkan plat karbon di
atas lapisan manganese dioksida.
Maka dengan itu bateri telah sedia
untuk digunakan.
o Bagi melihat bateri berfungsi,
sambungkan dawai kepada dua
hujung pemegang lampu dan
sambungkan hujung lagi satu ke plat
karbon dan zink dengan
menggunakan klip logam. Lampu
akan menyala.
Rajah 3.8 Bateri Kering.
3.4.2 Lampu suria
Lampu suluh biasa dinyalakan dengan
menggunakan bateri. Lampu yang sama
juga boleh dinyalakan dengan
mengunakan sel suria.
▪ Bahan yang diperlukan
o Empat Sel suria
o Dawai kuprum
o Dua klip logam
o Satu lampu 1.5 volt dan pemegang
lampu.

Fotovolta
CETREE - Buku Sumber Guru
43
▪ Kaedah.
o Satu hujung dawai disambungkan
kepada pemegang lampu dan hujung
lagi satu disambungkan dengan klip
kepada sel suria. Dedahkan sel suria
kepada sinaran matahari, lampu
akan menyala apabila cahaya
matahari terang. Apabila matahari
mendung lampu menjadi malap.
Rajah 3.9 Sel suria menyalakan lampu. 3.4.3 Arus, voltan dan kuasa
Arus, voltan dan kuasa ialah parameter
penting d idalam menilai kesesuian sistem
bekalan elektrik suria. Pengukuran nilai
arus dan voltan dapat memberikan nilai
kuasa. Peralatan elektrik mempunyai
kekadaran yang tertentu. Jika kekadaran
ini tidak dipenuhi alatan tersebut tidak
akan berfungsi.
▪ Bahan yang diperlukan
o Enam sel suria.
o Ammeter.
o Voltmeter.
o Dawai kuprum
o Klip logam.
▪ Kaedah
o Sel-sel suria disambungkan secara
bersiri (sambungkan terminal positif
dengan terminal negatif).
Sambungkan pula ammeter dan
voltmeter bagi pengukuran arus (IS)
dan voltan (VS).
o Sel-sel suria disambungkan secara
selari (sambungkan terminal positif
dengan terminal positif).
Sambungkan pula ammeter dan
voltmeter bagi pengukuran arus (III)
dan voltan (VII).
Maka akan didapati bahawa IS < III , VS >
VII dan PS = PII .
Rajah 3.10 Sel suria disambung secara
bersiri dan selari.
3.5 Kesimpulan
Fenomena fotovolta dapat digunakan untuk memberikan bekalan kuasa elektrik yang stabil dan modular. Pembekal tenaga yang tidak menyebabkan pencemaran udara, bunyi dan penglihatan sesuai digunakan di mana-mana tempat yang diperlukan dan tidak memerlukan talian grid voltan tinggi untuk membawa tenaga elektrik dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sumber tenaga daripada mataharilah yang berkekalan dan tidak mempunyai masalah dari segi penyelenggaraan, percuma dan sahabat alam.
3.6 Rujukan
Kamarulazizi Ibrahim dan Zul Azhar Zahid Jamal, Tenaga Yang Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga, CETREE, 2000
Kamarulazizi Ibrahim dan Zul Azhar Zahid Jamal, Eksperimen Sains Untuk Sekolah Menengah: Tenaga Yang Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga, CETREE, 2000.
Matthew Buresch, Photovoltaic Energy Systems, McGraw-Hill, 1983.
Chenming Hu and Richard M.White, Solar Cells: From Basics to Advance Systems, McGraw-Hill, 1983.
Simon Roberts, Solar Electricity, Prentice Hall, 1991
C.H. Lau, W.S. Tai and K. Ibrahim, Low Cost Solar Street Lighting, Proceeding of World Renewable Energy Congress’99, 1999, 259 – 260.
K.C. Neoh, H.L. Wan and K. Ibrahim, Solar Powered Insect Light Trap for Pest Control in Food Cultivation, Proceeding of World Renewable Energy Congress’99, 1999, 261 – 262. http://www.education.eth.net/experiments

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru 44
4. Biojisim
4.1 Pendahuluan
Dimusim cuti persekolahan anda mungkin
melancong di dalam negeri atau menziarah
kaum keluarga yang tinggal berjauhan.
Pernahkah keluarga anda singgah di sesuatu
kawasan yang terdapat ramai penjaja makanan
tradisi melakukan perusahaan mereka?
Adakah anda perhatikan apakah yang mereka
gunakan untuk menyalakan api?
Sudah pasti ada di antara mereka yang
menggunakan kayu api.
Kayu api adalah satu daripada sumber tenaga
biojisim yang terdapat di negara kita dan biasa
digunakan untuk memasak. Kita biasa
memerhatikan berbagai jenis makanan tradisi
seperti lemang, keropok lekor, dodol, ketupat,
ayam dan ikan bakar dan sebagainya dimasak
dengan pembakaran kayu atau arang.
Bahan bakar atau bahan api biojisim yang lain
seperti tempurung, sabut dan pelepah kelapa
juga kerap digunakan.
Penggunaan bahan api biojisim tidaklah terhad
di kawasan-kawasan luar bandar sahaja. Di
bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur,
Ipoh, Pulau Pinang, Johor Bahru terdapat juga
gerai-gerai satay atau ikan bakar yang meng-
gunakan arang sebagai bahan api.
Ramai orang yang menganggap bahawa
makanan yang dimasak menggunakan api kayu
atau arang itu mempunyai keenakan yang
istimewa. Adakah kegunaan sumber tenaga
biojisim hanya untuk memasak sahaja?
Dalam Bab ini kita pelajari apakah dia, sifat-
sifatnya, penghasilan, penggunaan, keistime-
waan dan kelemahan sumber tenaga biojisim.
Penggunaan sumber tenaga biojisim sebagai
satu daripada sumber tenaga komersial adalah
sebahagian daripada dasar tenaga negara.
Kesedaran dan pengetahuan tentang sumber-
sumber tenaga biojisim yang wujud di negara
kita serta tentang teknologi yang sedia ada bagi
menggunakannya boleh menyediakan
masyarakat untuk menerima penggunaan
sumber tersebut dengan lebih meluas dan lebih
bertanggungjawab lagi.
4.2 Apakah Biojisim?
Biojisim adalah bahan organik yang terhasil
dari proses hidupan atau tumbuhan. Dalam
bab ini tumpuan diberikan kepada biojisim
yang terhasil dari tumbuhan. Walau
bagaimana pun biojisim yang terhasil
daripada hidupan tidak kurang juga
menfaatnya kepada manusia.
Untuk dijadikan sumber tenaga, biojisim itu
mestilah boleh ada secara berterusan. Dengan
kata lain sumber itu boleh diperbaharui
dengan usaha manusia sama ada secara
terancang atau secara kebetulan sahaja.
Contohnya dalam industri minyak kelapa
sawit sabut buah kelapa sawit yang telah
diperah minyaknya digunakan sebagai bahan
api untuk menjalankan kilang minyak
tersebut. Dalam hal ini sabut itu terhasil
secara kebetulan sahaja dan ia dinamakan
hasil sampingan atau hasil buangan proses
menghasilkan minyak kelapa sawit. Selagi
kegiatan menanam dan mengeluarkan minyak
kelapa sawit dijalankan di negara kita selagi
itulah sabut buah kelapa sawit itu akan terus
terhasil sebagai hasil sampingan dan boleh
digunakan sebagai sumber tenaga yang
diperbaharui.
Di kilang papan dan kilang perabot terdapat
reja-reja dan keratan kayu serta habuk gergaji
yang terhasil sebagai hasil sampingan dan
boleh juga digunakan sebagai sumber tenaga.
Dalam Jadual 1 disenaraikan biojisim yang
terhasil dari beberapa aktiviti di negara kita
yang boleh dijadikan sumber tenaga.
4.2.1 Tanaman Untuk Sumber Tenaga
Di beberapa negara di Amerika Utara,
Amerika Selatan dan Eropah ahli-ahli sains
mengkaji kemungkinan menanam tumbuhan
tertentu semata-mata untuk dijadikan sumber
tenaga.
Ada tumbuhan jenis kayu yang digunakan
sebagai bahan api dengan cara dibakar.
Tumbuhan jenis kayu boleh juga digunakan
untuk menghasilkan gas.

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru
45
Ada pula tumbuhan yang boleh menghasilkan
minyak yang boleh digunakan sebagai bahan
api.
Pernahkah anda terbaca dalam akhbar
berkenaan dengan usaha Institut Penyelidikan
Minyak Kelapa Sawit (PORIM) mengkaji
kegunaan minyak kelapa sawit sebagai
pengganti minyak disel untuk menjalankan
kereta?
Ada juga tumbuhan jenis bijirin atau yang
mengeluarkan cecair seperti tebu. Cecair
tumbuhan atau bijirin itu boleh difermentasi
(ditapaikan) menghasilkan sejenis alkohol
yang boleh digunakan sebagai bahan api
untuk menggantikan minyak.
Di Brazil alkohol yang terhasil dari fermentasi
air tebu digunakan menggantikan minyak
petrol untuk menjalankan kereta.
Jadual 1. Beberapa jenis biojisim yang
terdapat di Malaysia
Aktiviti Jenis
Tumbuhan
Bahagian
Tumbuhan yang
terbuang dan
boleh dijadikan
sumber tenaga
Pertanian Padi
Jerami (daun dan
batang padi
kering); Sekam
Padi
Kelapa Pelepah dan
daun;
Tempurung;
Sabut
Koko Dahan dan
ranting
(cantasan); Kulit
buah
Getah Dahan dan
ranting; Batang
(tanam semula)
Kelapa Sawit Pelepah dan
daun; Sabut;
Tempurung;
Tandan
Kilang
Papan
Kayu Hutan Kulit kayu; Reja
kayu; Habuk
gergaji
Kilang
Perabot
Kayu gergaji Reja kayu;
Habuk gergaji
dan ketam
Belukar
dan hutan
sekunder
Bermacam
jenis kayu
Batang; dahan
dan ranting
4.2.2 Najis Haiwan Sebagai Sumber Tenaga
Najis haiwan seperti tahi lembu dan ayam
juga dikira sebagai sumber tenaga biojisim.
Di benua India tahi lembu adalah bahan api
tradisi yang banyak digunakan hingga ke hari
ini.
Tahi lembu dikeringkan dengan menjemur di
tempat panas dan apabila kering ia disimpan
dan apabila diperlukan ia dibakar untuk
memasak dan juga memanaskan ruang pada
musim sejuk.
Di negara kita tahi lembu belum digunakan
sebagai sumber tenaga kerana ada banyak
bahan lain yang boleh digunakan seperti yang
dilihat dalam Jadual 1.
Pada hari ini ada kaedah baru mendapatkan
sumber tenaga dari najis haiwan. Kaedah ini
dinamakan fermentasi anaerobik. Fermen-
tasi anaerobik berlaku apabila najis haiwan
atau bahan organik lain yang berair disimpan
dalam bekas yang tidak berudara. Bakteria
akan mencernakan bahan organik itu
menghasilkan sejenis gas yang boleh dibakar
yang dinamakan biogas.
Kaedah ini pada mulanya banyak digunakan
secara kecil-kecilan di negeri Cina, India dan
Afrika. Binaan tangki fermentasi anaerobik
adalah seperti dalam Rajah 4.1.
Di Denmark, iaitu sebuah negara penternakan
yang maju di utara Eropah, kaedah
fermentasi anaerobik najis haiwan ini sudah
dimajukan menjadi satu teknologi yang
canggih. Teknologi ini digunakan di ladang-
ladang yang bersepadu yang boleh
mengumpulkan amaun najis haiwan yang
cukup banyak sehingga biogas yang
dihasilkan mampu membekalkan tenaga
kepada perbandaran.

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru 46
Rajah 4.1 Lukisan tangki fermentasi anaerobik untuk menghasilkan biogas daripada najis haiwan

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru
47
Aktiviti 1
Banci Sumber danPenggunaan Bahan Api Biojisim
Persediaan:
1. Peta kampung atau kawasan perumahan yang telah ditandakan sempadan kawasan-kawasan
kecil untuk kajian,
2. Borang bancian seperti yang ditunjukkan dalam Borang A1 di bawah.
Cara kerja:
1. Dalam aktiviti ini murid-murid dipecahkan kepada kumpulan kerja terdiri dari 3 hingga 5
orang.
2. Setiap kumpulan dibekalkan peta kawasan dan borang bancian secukupnya dan
ditugaskan melakukan bancian dikawasan kajian tertentu.
3. Maklumat dari borang bancian dikumpulkan di dalam jadual A1.
Jadual A1. Penggunaan Sumber Tenaga
Di Kawasan __________________
Sumber Tenaga Bilangan. Premis
Menggunakannya
Untuk Apa Digunakan Peratus
Elektrik
Minyak Api
Minyak Disel
Minyak Petrol
Gas
Biojisim
Arang
Kayu Api
Lain-lain
Jumlah
Kesimpulan:
________% rumah kediaman di kawasan menggunakan sumber tenaga biojisim.

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru 48
Borang A1
Sekolah Menengah Bestari _________________________
Borang Bancian Sumber dan Penggunaan Tenaga
Kampung/Taman
Kawasan Kajian No.
Bancian dilakukan oleh:
No. dan Alamat Premis
Jenis Premis
Tandakan ( ) di petak
yang bersesuaian
Rumah Kediaman
Rumah Kedai
Pejabat
Rumah Ibadat
Kilang
Lain-lain (Nyatakan)
Sumber Tenaga Selain
Biojisim yang
digunakan
Jenis Untuk apa digunakan Kuantiti/bulan
Elektrik
Minyak Api
Minyak Petrol
Minyak Disel
Gas
Sumber Biojisim yang
digunakan
Jenis Untuk apa
digunakan
Kuantiti/bulan Bagaimana
diperolehi
Arang
Kayu
Lain-lain
(Nyatakan)

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru
49
4.3 Apakah Asal-Usul Biojisim?
Biojisim dihasilkan oleh tumbuhan yang
berdaun hijau melalui proses fotosintesis.
Dalam proses fotosintesis tumbuhan
mengambil karbon dioksida dari udara, air
dari bumi dan tenaga dari cahaya mata hari
menghasilkan glukosa (yang kemudian
membentuk karbohidrat) dan gas oksigen.
Proses fotosintesis boleh dilambangkan
dengan persamaan seperti berikut:
Kabon dioksida + Air Glukosa
+
Oksigen
Proses di atas berlaku jika ada klorofil dan
cahaya mata hari.
Karbohidrat ialah bahan organik yang
membina tumbuhan yang membolehkan
tumbuhan membesar dan juga menghasilkan
buah.
Gas oksigen yang terhasil dalam fotosintesis
dibebaskan ke udara.
Oksigen adalah satu gas yang penting yang
diperlukan oleh hidupan termasuk manusia
untuk pernafasan.
Fotosintesis berlaku di dalam bahagian daun
yang dinamakan kloroplas yang mengandungi
klorofil, iaitu pigmen yang berwarna hijau
yang terdapat di dalam daun.
Boleh disimpulkan melalui fotosintesis
tumbuhan mengambil tenaga matahari dan
menyimpannya dalam bentuk tenaga kimia
yang terkandung di dalam karbohidrat.
4.4 Penggunaan Tenaga Biojisim di
Malaysia
Hingga kira-kira 50 tahun dahulu boleh
dikatakan semua orang menggunakan biojisim
sama ada kayu api atau arang untuk memasak.
Kayu api adalah kayu yang telah dikeringkan
yang terbakar dengan mudah. Arang adalah
sejenis bahan api yang diperbuat dari kayu
melalui proses pengkarbonan. Pada masa itu
tenaga elektrik juga tidak terdapat secara
meluas seperti sekarang.
Kemudian terdapat minyak kerosin atau nama
biasanya minyak api atau minyak tanah yang
dihasilkan daripada minyak petroleum.
Penduduk di dalam kawasan bandar dan di
sekitar bandar menukar kepada bahan api
tersebut.
Minyak api juga lazim digunakan untuk
pencahayaan pada waktu malam kerana tenaga
elektrik belum terdapat secara meluas.
Orang memilih minyak api kerana apabila
digunakan dengan alat memasak yang direka
khas untuknya apinya lebih terkawal dan tidak
mengeluarkan asap seperti api kayu. Walau
bagaimanapun ia mengeluarkan bau minyak
yang agak kuat. Begitu juga apabila digunakan
menggunakan lampu yang direka khas untuk
menggunakan minyak api yang dinamakan
lampu gaslin (gasolene) , apinya cukup terang.
Kemudian (kira-kira 1970) diperkenalkan pula
bahan api gas petroleum cecair, yang biasanya
dipanggil gas sahaja. Penduduk negara kita
bertukar pula kepada bahan api ini untuk
kegunaan memasak.
Orang menyukai gas kerana ia lebih mudah
digunakan berbanding minyak api. Tambahan
pula apinya tidak mengeluarkan bau yang kuat
seperti api minyak.
Sebenarnya gas juga boleh digunakan untuk
menyalakan lampu untuk pencahayaan, seperti
yang digunakan untuk perkhemahan pada hari
ini. Tetapi oleh sebab tenaga elektrik sudah
terdapat secara meluas lampu tersebut tidak
digunakan secara meluas di rumah kediaman.
Pada hari ini penggunaan kayu api untuk
memasak amat berkurangan tetapi penggunaan
sumber biojisim secara besar-besaran terdapat
dalam industri, terutama sekali industri kelapa
sawit. Di kilang yang memerah buah kelapa
sawit untuk mengeluarkan minyaknya, sabut
dan tempurung buah kelapa sawit yang
merupakan hampas atau bahan buangan itu
dibakar untuk menjalankan kilang tersebut.
Dengan demikian kilang tersebut tidak perlu
membelanjakan wang untuk membeli sumber
tenaga yang lain.
Kilang perabot juga ada yang menggunakan
reja-reja kayu dan habuk gergaji sebagai bahan
api menjalankan kilangnya.
Selain daripada dapat menjimatkan kos sumber
tenaga penggunaan bahan biojisim buangan itu
menylesaikan masalah pengawalan bahan
buangan yang boleh mencemarkan alam
sekitar. Jika sekiranya bahan buangan kilang

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru 50
kelapa sawit tidak digunakan sebagai sumber
tenaga, mungkin ia perlu dibakar juga untuk
menghindar dari bahan ini dari terkumpul
menggunung di sekitar kilang-kilang tersebut.
Untuk masa hadapan kerajaan telah menggubal
dasar yang menggalakkan pengusaha-
pengusaha menggunakan biojisim untuk
menjana tenaga sama ada tenaga elektrik atau
tenaga haba untuk proses industri atau kedua-
duanya. Tetapi mereka mestilah menggunakan
peralatan yang termaju yang dapat mencegah
pengeluaran asap dan kotoran yang
mencemarkan alam sekitar. duanya. Tetapi
mereka mestilah menggunakan peralatan yang
termaju yang dapat mencegah pengeluaran asap
dan kotoran yang mencemarkan alam sekitar.

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru
51
Aktiviti 2.
4.4 Mengkaji pembakaran bahan api biojisim.
Kaedah:
1. Susun radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah A2.
2. Seketul kayu dipegang dengan pengapit dan dibakar pada penunu Bunsen.
3. Setelah kayu terbakar dengan lancar masukkan ke dalam kelalang dan tutupkan kelalang.
4. Buka pili supaya pam turas menyedut udara ke dalam kelalang melalui kelalang kon berisi air
kapur sambil udara serta hasil pembakaran yang ada di dalam kelalang disedut melalui
kapas kaca dan air kapur.
5. Setelah api yang membakar kayu padam, hentikan pam turas dan pasangkan radas baru dan
ulang langkah 2 hingga 4, kali ini menggunakan arang.
Rajah A2.
Keputusan:
1. Air kapur dalam kelalang kon pertama menjadi keruh setelah beberapa ketika. Ini
menunjukkan karbon dioksida dalam udara telah diserap oleh air kapur.
2. Air kapur dalam kelalang kon ke dua menjadi keruh lebih cepat. Ini menunjukkan
pembakaran biojisim (kayu dan arang) menghasilkan karbon dioksida.
3. Kapas kaca bertukar warna kerana sebahagian hasil pembakaran melekat kepada kapas
kaca. Warnanya lebih hitam apabila kayu dibakar.
Kesimpulan:
1. Pembakaran biojisim menghasilkan karbon dioksida dan kotoran (jelaga)
2. Pembakaran kayu menghasilkan lebih banyak kotoran berbanding pembakaran arang.

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru 52
Aktiviti 3
4.5 Mengkaji kandungan biojisim
Kaedah:
1. Radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah A3 dipasang.
2. Dua sudu habuk gergaji dimasukkan ke dalam tabung didih terlebih dahulu.
3. Menggunakan penunu Bunsen panaskan tabung didih dengan perlahan.
4. Apabila kelihatan gas keluar dari salur kaca perhatikan warnanya dan pastikan baunya.
5. Ambil sebatang kayu uji yang menyala dan cucuhkan pada hujung salur kaca dan perhatikan
apakah yang berlaku
6. Ulang langkah 1 hingga 5, kali ini menggunakan serbuk arang.
Rajah A3.
Keputusan:
1. Apabila dipanaskan habuk gergaji mengeluarkan banyak gas yang boleh dilihat dan berbau
kuat.
2. Serbuk arang tidak mengeluarkan banyak gas yang berbau apabila dipanaskan.
3. Gas yang dikeluarkan oleh habuk gergaji yang dipanaskan boleh terbakar.
4. Gas yang dikeluarkan apabila serbuk arang dipanaskan tidak boleh terbakar.
Kesimpulan:
1. Habuk gergaji (kayu) mengandungi banyak bahan meruap yang boleh terbakar.
2. Arang tidak banyak mengandungi bahan meruap yang boleh terbakar.

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru
53
Aktiviti 4
4.6 Perbandingan nilai haba biojisim
Kaedah:
1. Radas seperti dalam Rajah A4 disediakan.
2. 100ml air disukat dan dimasukkan ke dalam kelalang kon.
3. Suhu air di dalam kelalang kon dicatatkan.
4. 20gm habuk gergaji kering ditimbang dan diasingkan.
5. Ambil satu sudu habuk gergaji yang telah ditimbang dan bakar pada penunu Bunsen.
6. Setelah habuk gergaji terbakar masukkan ke dalam tabung didih dikuti dengan selebihan
habuk gergaji yang sudah ditimbang tadi.\.
7. Sumbat tabung didih dengansedikit kapas kaca untuk menghalang habuk gergaji dari ditarik
keluar.
8. Pasangkan tabung didih pada radas.
9. Buka pili supaya udara ditarik melalui tabung didih, membekalkan oksigen untuk pembakaran
habuk gergaji, dan keluar melalui kelalang kon.
10. Setelah habuk gergaji habis terbakar tutup pili dan catatkan suhu air di dalam kelalang kon.
11. Ulang langkah-langkah 2 hingga 10, kali ini menggunakan serbuk arang.
Keputusan:
1. Untuk pembakaran habuk gergaji:
a. Suhu mula air dalam kelalang kon = aa oC.
b. Suhu akhir air dalam kelalang kon = bb oC
c. Perubahan suhu air = bb - aa oC
2. Untuk pembakaran serbuk arang:
a. Suhu mula air dalam kelalang kon = cc oC
b. Suhu akhir air dalam kelalang kon = dd oC
c. Perubahan suhu air = dd – cc oC
Kesimpulan:
1. Peruhanan suhu air lebih banyak dengan pembakaran arang berbanding kayu.
2. Nilai haba arang lebih tinggi daripada nilai haba kayu.

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru 54
Rajah A4.

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru
55
Nilai Haba Biojisim
Apabila biojisim dibakar tenaga dalam bentuk
haba dibebaskan. Banyaknya haba yang boleh
diperolehi daripada kuantiti tertentu sesuatu
bahan itu dinamakan nilai haba bahan
tersebut.
Haba adalah satu daripada bentuk tenaga.
Unit bagi tenaga dan haba adalah sama iaitu
Joule (J).
Dalam Aktiviti 4 telah disaksikan bagaimana
hasil pemanasan air yang berlaku
menggunakan bahan api kayu dan arang
adalah berbeza. Ini bermakna nilai haba kayu
dan arang tidak sama.
Pengetahuan tentang nilai haba sesuatu bahan
api itu adalah penting dalam industri tenaga.
Bahan api yang bernilai haba tinggi lebih baik
kerana beberapa sebab, antaranya:
▪ Sistem pembakaran yang
diperlukan kecil;
▪ Amaun bahan api yang diperlukan
kecil;
▪ Kos pengangkutan kurang;
▪ Tidak perlu simpanan bahan api
yang banyak.
▪ Kotoran yang dikeluarkan untuk
menghasilkan tenaga juga sedikit.
Ini bermakna mengurangkan
pencemar-an alam sekitar.
Semua kebaikan yang disenaraikan di atas
boleh dilihat apabila dibandingkan
penggunaan kayu api dengan penggunaan gas
untuk memasak.
Satu tanki gas 12 liter mencukupi untuk
hampir dua bulan untuk satu keluarga yang
terdiri dari 5 orang. Jika menggunakan kayu
api keluarga tersebut mungkin memerlukan
satu tan (1000kg) kayu api untuk satu bulan.
Jika menggunakan kayu api dapur hendaklah
berasingan daripada tempat kediaman kerana
dapur kayu mengeluarkan asap.
Dalam Jadual 2 disenaraikan nilai haba
beberapa jenis biojisim dan bahan api biasa.
Jumlah tenaga, E, dalam Joule (J) yang boleh
didapati dari sejumlah sesuatu bahan api
boleh dikira dengan formula:
Tenaga, E = m x NH J
Dengan m adalah jisim bahan api
dalam kg, NH adalah nilai haba
bahan api tersebut dalam J/kg.
Contoh:
Berapakah haba yang dibebaskan apabila
0.5kg kayu kering dibakar hingga menjadi
abu?
Penyelesaian:
E = 0.5kg x 18MJ/kg
= 9.0MJ
Jadual 2. Nilai haba beberapa bahan api
Bahan Api Nilai Haba
MJ/kg*
Kayu kering 18
Sekam padi kering 13
Sabut kelapa sawit
kering
17
Tahi lembu kering 14
Arang 24
Arang batu 27
Minyak Disel 46
Gas (Gas Cecair
Petroleum)
45
• M, singkatan untuk Mega, bermakna
satu juta. 1MJ bermakna 1 juta Joule.
Haba sebanyak 1 MJ boleh menaikkan
suhu 240 kg air sebanyak 1 darjah
Celcius.
4.6 Arang
Dapat dilihat dalam Jadual 2 arang
mempunyai nilai haba yang lebih tinggi
daripada kayu.

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru 56
Arang tidak mengeluarkan banyak jelaga
apabila dibakar (disaksikan dalam Aktiviti 2).
Ini bermakna arang adalah bahan api biojisim
yang bersih berbanding kayu.
Dengan demikian arang sesuai digunakan di
dalam kawasan bandar.
Maka tidak hairanlah arang adalah bahan api
yang dipilih sekiranya seseorang itu tinggal di
bandar dan ingin menggunakan bahan api
biojisim.
4.6.1 Mengapakah kayu mengeluarkan
banyak asap apabila dibakar sedangkan
arang tidak?
Arang diperbuat daripada kayu dengan satu
proses yang dinamakan pengkarbonan.
Kayu mengandungi tiga bahan utama iaitu
selulosa, lignin dan air.
Selulosa mengandungi unsur-unsur karbon,
hidrogen dan oksigen.
Lignin adalah bahan yang bersifat perekat
yang menjadikan dinding sel tumbuhan keras.
Lignin juga mengandungi unsur-unsur karbon,
hidrogen dan oksigen.
Lignin meruap pada suhu tinggi.
Kayu yang belum kering mengandungi
banyak air di dalam sel-selnya.
Kayu yang sudah kering mengandungi sedikit
sahaja air.
Apabila kayu dibakar, walaupun yang kering,
ia akan mengeluarkan wap air bercampur
bahan meruap yang tidak terbakar
sepenuhnya. Ini membentuk asap yang
berjelaga.
Ada dua cara mengatasi masalah ini: Pertama
membuat arang daripada kayu. Kedua,
membakar kayu pada suhu yang cukup tinggi
supaya bahan-bahan meruap turut terbakar.
Ini dilakukan menggunakan sistem
pembakaran yang termaju.
Arang tidak mengandungi lignin dan sedikit
sangat air. Maka apabila dibakar ia tidak
mengeluarkan banyak asap dan jelaga.
4.7 Pengkarbonan Kayu
Kayu ditukar menjadi arang dalam proses
yang dinamakan pengkarbonan.
Dalam proses pengkarbonan kayu
dipanaskan di dalam ketuhar tetapi tidak
dibekalkan udara.
Proses ini dinamakan juga pemanasan
anaerobik.
Pada suhu tinggi jika dibekalkan oksigen
(udara) kayu akan terbakar menjadi abu. Ia
tidak menjadi arang.
Setelah kayu dimasukkan ke dalam ketuhar
suhu ketuhar dinaikkan dengan perlahan
hingga mencapai antara 400 oC hingga 500 oC.
Apabila suhu ketuhar menaik, mula-mula air
dan sebahagian besar daripada lignin meruap
dan kayu menjadi kering.
Apabila suhu terus menaik mencapai 400 oC
ikatan kimia yang membentuk molekul
selulosa yang mengandungi karbon, oksigen
dan hidrogen akan terurai.
Oksigen dan hidrogen membentuk wap air
dan meruap sehingga yang tinggal hanya
karbon sahaja.
Kandungan arang lazimnya adalah 65%
hingga 85% karbon dan selebihnya bahan-
bahan lain yang tidak teruap di dalam proses
pengkarbonan.
Arang yang mengandungi peratus karbon
yang tinggi adalah arang yang bermutu tinggi.
Apabila arang yang tulen dibakar ia
menghasilkan hanya karbon dioksida.
Karbon dioksida adalah gas yang tidak
berwarna dan tidak berbau. Oleh sebab itu
apabila arang dibakar tidak banyak asap
dikeluarkan.
Asap yang kelihatan apabila kayu atau
biojisim lain dibakar adalah gas-gas yang
mengandungi wap air, bahan-bahan meruap
dan butiran-butiran halus yang kelihatan
hitam berjelaga. Pembakaran demikian
menambahkan kotoran ke dalam udara atau
alam sekitar.
Oleh sebab itu kita tidak digalakkan
melakukan pambakaran secara terbuka.
Bahkan kerajaan telah membuat peraturan
yang membolehkan seseorang yang
melakukan perbuatan tersebut dihukum.

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru
57
Rajah A5. Pembakaran anaerobik (tanpa udara)
habuk gergaji menghasilkan arang

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru 58
Aktiviti 5
Pengkarbonan kayu.
Kaedah:
Bahagian A
1. Radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah A5. disediakan.
2. 20g habuk gergaji kering dimasukkan ke dalam tabung didih.
3. Nyalakan penunu Bunsen pada nyalaan sederhana dan letakkan api di bawah tabung didih.
4. Perhatikan apa yang berlaku kepada habuk gergaji.
5. Perhatikan cecair yang terkondensasi di dalam tabung uji.
6. Cucuhkan kayu uji bermenyala pada hujung salur kaca.
7. Setelah pengeluaran gas berkurangan (api dihujung salur kaca padam), padamkan api
penunu Bunsen, ketatkan penyepit pada salur getah, supaya udara tidak memasuki tabung
didih semasa masih panas, dan biarkan tabung didih menyejuk ke suhu ruang.
Bahagian B
8. Ambil sedikit kapas, celupkan dalam cecair yang terkondensasi dalam tabung uji, letakkan di
atas mangkuk penyejat dan cucuh dengan kayu uji bernyala.
9. Setelah tabung didih sejuk ambil sedikit serbuk hitam yang tinggal dalam tabung didih
menggunakan sudu balang gas dan panaskan hingga terbakar.
10. Masukkan sudu balang gas mengandungi serbuk terbakar itu ke dalam balang gas yang
mengandungi sedikit air kapur.
11. Setelah api terpadam sudu balang gas dikeluarkan.
12. Balang gas itu ditutup dan digoncang.
Keputusan:
1. Habuk gergaji bertukar warna menjadi gelap atau hitam.
2. Cecair berwarna kekuning-kuningan terkondensasi di dalam tabung uji.
3. Cecair yang terkondensasi boleh terbakar.
4. Gas yang keluar dari salur kaca boleh terbakar.
5. Air kapur menjadi keruh.
Kesimpulan:
Habuk gergaji (kayu) yang dipanaskan tanpa udara menjadi arang (karbon) dan mengeluarkan bahan
meruap yang boleh terbakar.
Nota: Cecair yang terkondensasi itu dinamakan “car” diambil dari Bahasa Urdu bermakna
“teh” keran warnanya.

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru
59
4.8 Kegunaan Arang di Malaysia
Kita telah ketahui arang digunakan untuk
memasak. Adakah arang digunakan untuk
tujuan lain?
Selain daripada kegunaan memasak arang
juga adalah satu bahan penting dalam industri
terutama sekali industri besi.
Kilang besi menggunakan beribu ton arang
tiap-tiap tahun untuk tujuan ini.
Arang digunakan sebagai bahan penurun
dalam proses peleburan besi.
Dalam proses peleburan besi bijih besi
digaulkan dengan arang dan batu kapur dan
dipanaskan di dalam relau.
Pada suhu tinggi carbon dari arang dan
oksigen yang terikat dalam bijih besi akan
membentuk gas karbon dioksida dan meruap
keluar, meninggalkan cecair besi.
Cecair besi itu dituang ke dalam acuan untuk
membuat jongkong besi.
Arang juga digunakan oleh tukang besi yang
membuat alat-alat daripada besi seperti parang
dan pisau.
Selain daripada itu ada sejenis arang yang
diproses selanjutnya dengan proses yang
dinamakan pengaktifan.
Arang yang telah diproses demikian
dinamakan karbon teraktif.
Karbon teraktif mempunyai sifat istimewa, ia
kuat menyerap bahan-bahan kimia dan
kotoran sehingga boleh menyerap berat bahan
kimia berkali-kali ganda beratnya sendiri.
Oleh itu karbon teraktif banyak digunakan
sebagai bahan penapis dalam industri kimia,
ubatan dan makanan.
Pernahkah anda melihat atau menggunakan
pembersih air yang menggunakan penapis
karbon teraktif?
Karbon teraktif juga digunakan dalam
bahagian penapis topeng gas keselamatan
untuk menyerap gas-gas beracun.
4.9 Perusahaan Arang di Malaysia
Tahukah anda di mana arang dihasilkan di
negara kita?
Kebanyakkan daripada arang yang digunakan
di negara kita dibuat daripada kayu bakau.
Oleh sebab itu tempat penghasilan arang
terletak di kawasan-kawasan yang banyak
terdapat pokok bakau.
Di Semenanjung Malaysia kawasan yang
terdapat penghasilan arang secara besar-
besaran ialah di daerah Larut dan Matang di
negeri Perak.
Arang banyak juga dihasilkan di Sarawak.
Pengusaha arang bakau itu lazimnya
menggunakan relau seperti yang ditunjukkan
dalam gambar 1. Relau ini diperbuat daripada
batu bata dan tanah liat. Sebuah relau seperti
yang ditunjukkan dalam gambar itu boleh
menghasilkan sehingga 20 ton arang sekali
bakar.
Proses penghasilan arang menggunakan relau
tanah liat mengambila masa antara 32 hingga
40 hari.
Secara kecil-kecilan arang juga dihasilkan di
kawasan yang terdapat banyak kilang papan.
Di kilang papan kayu balak digergaji untuk
membuat papan dan berbagai jenis kayu
gergaji. Dalam proses ini banyak reja-reja dan
keratan kayu yang tidak dapat digunakan
akan terhasil juga. Jika kilang papan itu
terletak jauh dari pendudukan reja-reja dan
keratan kayu itu dikumpul dan digunakan
untuk membuat arang secara kecil-kecilan. Di
sini reja-reja dan keratan kayu itu ditimbus
dengan habuk gergaji dan dibakar. Sudah
tentulah pembuatan arang cara ini
mengeluarkan banyak asap dan pada masa ini
tidak digalakkan lagi.
Pengusaha arang juga akan mencari kawasan
ladang getah yang pokok getahnya sedang
ditebang untuk ditanam semula. Penebangan
pokok getah itu menghasilkan banyak kayu.
Sebahagian daripada kayu itu, iaitu bahagian
pangkal batang yang berkualiti baik akan
digunakan untuk membuat perabot.
Sebahagian besar lagi dari hujung, batang
yang kurang baik dan dahan akan diambil
oleh pengusaha arang untuk dijadikan arang.

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru 60
Pengusaha arang tersebut boleh kelihatan
menggunakan relau yang boleh diangkut ke
sana ke mari yang diperbuat daripada besi.
Contoh relau besi ditunjukkan dalam Gambar
2.
Gambar 1. Membakar arang dalam relau tanah liat.
Gambar 2. Mebakar arang dalam relau besi.

Biojisim
CETREE – Buku Sumber Guru
61
4.10 Proses-proses mendapatkan tenaga
dari biojisim
Ada berbagai cara tenaga boleh didapati dari
biojisim. Antaranya yang terkenal ialah
pembakaran, pembuatan arang, peng-
hasilan gas (penggasan), dan penghasilan
alkohol.
4.10.1 Pembakaran
Pembakaran adalah kaedah tradisi untuk
mendapatkan tenaga dari biojisim.
Pada hari ini ada berbagai kaedah pembakaran
yang mampu mendapatkan lebih banyak
tenaga dari biojisim di samping mengu-
rangkan pengeluaran bahan pencemar.
Penukaran kayu kepada arang juga adalah
kaedah tradisi yang boleh digolongkan
sebagai pembakaran.
4.10.2 Penghasilan Gas
Biojisim boleh dipanaskan di dalam udara
yang terhad untuk mengeluarkan gas yang
boleh dibakar. Proses ini dinamakan
penggasan.
Biojisim yang mengandungi banyak air boleh
difermentasi secara tanpa udara atau
anaerobik untuk menghasilkan biogas,
sebahagian besarnya metana.
Proses ini dinamakan pencernaan anaerobik.
Penghasilan biogas dari najis haiwan adalah
menggunakan kaedah ini.
Cecair buangan kilang kelapa sawit juga telah
difermentasikan untuk menghasilkan biogas
dibeberapa buah kilang di negara kita.
4.10.3 Penghasilan Alkohol
Biojisim yang mengandungi karbohidrat atau
gula boleh difermentasi untuk menghasilkan
alkohol untuk menggantikan minyak.
Sebahagian daripada biojisim yang telah
difermentasikan untuk menghasilkan alkohol
bahan api adalah gula tebu, bijirin dan
berbagai jenis ubi.
4.10.4 Masa Hadapan Sumber Tenaga
Biojisim
Negara kita mempunyai banyak jenis biojisim
yang boleh digunakan sebagai sumber tenaga.
Berbagai teknologi yang membolehkan
manusia mendapatkan tenaga daripada
biojisim telah dicipta.
Sebahagian daripada teknologi ini juga
berupaya mengawal pencemaran alam
sekitar.
Kerajaan telah membuat dasar bagi
menggalakkan penggunaan tenaga biojisim.
Dengan demikian kita yakin bahawa pada
masa hadapan lebih banyak lagi biojisim
akan digunakan sebagai sumber tenaga.
Lebih-lebih lagi biojisim yang merupakan
bahan buangan dari kegiatan manusia,
termasuklah sampah bandaran.
4.11 Rujukan
Baharudin Yatim, 1989. Tenaga: Konsep, Prinsip, Hubungan dengan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ensiklopedia Pelajar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka (1990).
Chris Lewis, 1988. Bahan Api Biologi, Maimon Abdullah (Penterjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamaruzzaman Sopian, Mohd. Yusof Hj. Othman & Baharudin Yatim (Eds.), 1999. Proceedingsof the World Renewable Energy Congress ’99 Malaysia. Kuala Lumpur: InTeM.
Kamaruzzaman Sopian, Mohd. Yusof Hj. Othman & Baharudin Yatim (Eds.), 2000. Renewable Energy Resources and Applications in Malaysia. Petaling Jaya: Pusat Tenaga Malaysia.
Anthony San Pietro (Ed.), 1980. Biochemical and Photosynthetic Aspects of Energy Production. New York: Academic Press.
Vaclav Smil, 1983. Biomass Energies: Resources, Links, Constraints. New York: Plenum Press.
Wood Energy News. Regional Wood Energy Development Programme in Asia (RWEDP). Bangkok. http://www.rwedp.org

CETREE – Buku Sumber Guru
62
5. Sumber-Sumber Tenaga Diperbaharu Yang Lain
5.1 Tenaga Angin
5.1.2 Pendahuluan
Istilah “tenaga angin” atau “kuasa angin”
memerihalkan proses di mana angin digunakan
untuk menjana kuasa mekanik dan elektrik.
Turbin angin menukarkan tenaga kinetik dari
angin kepada tenaga mekanik. Tenaga mekanik
ini dapat digunakan untuk keperluan tertentu
(misalnya untuk pengisaran bijirin atau untuk
mengepam air) atau dengan menggunakan
penjana, tenaga mekanik ini ditukarkan menjadi
tenaga elektrik yang boleh digunakan untuk
keperluan rumah tangga, premis perniagaan,
sekolah dan sebagainya. Pada zaman dahulu
tenaga kinetik dari angin digunakan oleh kapal
untuk belayar dan mengoperasikan kincir angin.
Tenaga angin telah digunakan sejak beratus-
ratus tahun dahulu. Bermula dari peladang-
peladang negeri Belanda hingga Amerika,
kincir angin telah digunakan untuk mengepam
air atau untuk mengisar bijirin. Kincir angin
moden adalah serupa dengan turbin angin yang
menggunakan tenaga angin untuk penjanaan
elektrik.
Turbin angin boleh digunakan secara unit
bersendirian atau ia disambungkan ke suatu
grid tenaga pengguna dan juga digabungkan
dengan sistem fotovoltik (sel suria). Turbin
angin bersendirian biasanya digunakan untuk
mengepam air. Walau bagaimanapun, pengguna
domestik atau peladang di kawasan yang
berangin boleh menggunakan turbin angin
sebagai salah satu cara untuk mengurangkan bil
elektrik.Tenaga angin untuk penggunaan skala
kecil, biasanya turbin angin dibina dalam
jumlah yang banyak dan berdekatan antara satu
sama lain untuk membentuk satu system loji
angin. Pada masa ini beberapa syarikat penjana
elektrik telah pun menggunakan loji angin
untuk membekalkan tenaga elektrik kepada
pelanggan.
Iklim di Malaysia dipengaruhi oleh keadaan
monsun Timur Laut dan Barat Daya, yang
bertiup dengan arah yang berubah-ubah selama
setahun. Monsun Barat Laut bertiup mulai
bulan Oktober sampai bulan Mac dan monsun
Barat Daya bertiup dari bulan Mei hingga bulan
September. Oleh sebab kedudukan negara, laju
angin di kawasan ini dikategorikan rendah.
Kelajuan angin tertinggi hanya berlaku di
kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia
semasa monsun Timur Laut. Kelajuan
maksimum ini berlaku pada saat sebelum
matahari terbit. Fenomena ini berlaku kerana
olakan lapisan sempadan permukaan apabila
permukaan bumi dipanaskan oleh matahari
pada waktu siang dan didinginkan secara
sinaran pada waktu malam.
5.1.2 Jenis-Jenis Turbin Angin
Turbin angin moden dibahagikan kepada dua
kategori utama iaitu: turbin paksi mendatar dan
turbin paksi menegak.
▪ Turbin Paksi Mendatar (TPM)
o Turbin paksi mendatar ialah jenis turbin
yang paling banyak digunakan sekarang.
Turbin ini terdiri dari sebuah menara
yang di puncaknya terdapat sebuah kipas
yang berfungsi sebagai rotor dan
menghadap atau membelakangi arah
angin, penjana, pengawal dan beberapa
komponen lain. Kebanyakan turbin
angin paksi mendatar yang dibina
sekarang mempunyai dua atau tiga bilah
kipas walaupun ada juga turbin yang
bilah kipasnya kurang atau lebih daripada
yang disebutkan di atas. Contoh turbin
angin paksi mendatar ditunjukkan dalam
Gambarajah 5.1.
Gambarajah 5.1 Turbin angin paksi mendatar

Sumber-Sumber Tenaga Diperbaharu Yang Lain
CETREE – Buku Sumber Guru
63
▪ Turbin Paksi Tegak (TPT)
o Turbin paksi mendatar dibahagikan
kepada dua kategori iaitu: Savonius dan
Darrieus. Pada masa ini kedua-duanya
digunakan secara meluas.
▪ Turbin Darrieus
o Turbin Darrieus mula diperkenalkan di
Perancis pada sekitar tahun 1920-an dan
bentuknya sering digambarkan sebagai
alat pemukul telur mesin ‘blender’.
Turbin paksi tegak ini mempunyai bilah-
bilah tegak yang berpusing ke dalam dan
ke luar dari tiupan angin. Contoh turbin
Darrieus ditunjukkan dalam Gambarajah
5.2.
Gambarajah 5.2 Turbin angin paksi tegak
Darrieus
▪ Turbin Savonius
Turbin ini dicipta kali pertama di negara
Finland dan ia berbentuk-S apabila dilihat dari
atas. Turbin jenis TPT secara amnya bergerak
lebih perlahan berbanding jenis TPM, tetapi
menghasilkan tork yang tinggi. Ia digunakan
untuk mengisar bijirin, mengepam air, dan
untuk kegunaan lain. Memandangkan
pusingannya yang lambat ia tidak begitu sesuai
untuk penjanaan elektrik. Contoh turbin
Savonius ditunjukkan dalam Gambarajah 5.3.
Gambarajah 5.3 Turbin angin paksi
5.1.3 Kincir Angin
Kincir angin telah digunakan oleh manusia
sejak 200 tahun sebelum masihi, iaitu untuk
mengisar bijirin dan untuk mengepam air. Pada
tahun 1900-an di Amerika Syarikat, kincir
angin telah digunakan untuk keperluan
pertanian dan penternakan bagi mengepam air
dan kemudiannya digunakan pula untuk
menjana elektrik. Kincir angin menggunakan
lebih banyak bilah kipas berbanding turbin
angin moden, dan ia bergantung pada daya
tarikan angin untuk memutar bilah-bilah
tersebut.
▪ Bagaimana Kincir Angin Beroperasi
o Hampir semua turbin angin yang
menghasilkan elektrik untuk grid
kebangsaan mempunyai bilah rotor yang
berputar di sekeliling hab mendatarnya.
Hab ini dihubungkan ke suatu kotak gear
dan penjana yang terletak di dalam satu
kelongsong. Kelongsong yang berisi
dengan komponen elektrik terletak di
puncak menara. Turbin jenis ini
digolongkan pada mesin ‘paksi
mendatar’ (lihat Gambarajah 5.4). Julat
garis pusat rotor adalah sehingga 65
meter, manakala mesin yang lebih kecil
(sekitar 30 meter) biasanya sering
digunakan di negara-negara sedang
membangun. Turbin angin boleh
mengandungi tiga, dua atau hanya satu
bilah rotor dan kebanyakannya
mempunyai tiga. Bilah-bilah ini biasanya
dibuat daripada poliester bertetulang-
kaca gentian atau epoksi-kayu. Bilah
berpusing pada kadar 50–15 pusingan per
minit pada kelajuan malar walaupun
terdapat juga sejumlah mesin yang
beroperasi pada kelajuan yang berubah-
ubah.
Gambarajah 5.4 Sebuah lagi turbin angin

CETREE – Buku Sumber Guru
64
Kelajuan angin yang berubah-ubah memerlukan
kuasa yang dihasilkan dikawal secara automatik
dan mesin akan berhenti dengan sendirinya jika
kalajuan angin didapati terlalu tinggi. Keadaan
ini adalah untuk menghindarkan kerosakan.
Kebanyakan turbin angin mempunyai kotak
gear walaupun ada juga yang menggunakan
sambungan pacuan secara terus. Bagi menara
pula kebanyakan berbentuk silinder atau
poligon dan dibuat daripada keluli. Pada
kebiasaannya ia dicat dengan warna kelabu. Di
beberapa tempat ada juga yang menggunakan
menara ‘lattice’ atau kerangka besi yang
diperkuat dengan rasuk dan palang yang
dikimpal. Menara ini mempunya ketinggian
antara 25 hingga 75 meter.
Julat kemuatan turbin adalah di antara beberpa
kilowatt hingga tiga megawatt. Parameter
terpenting ialah garis pusat bilah rotor -
semakin panjang bilah, semakin besar keluasan
tersapu maka semakin banyak tenaga yang
dihasilkan. Pada masa ini saiz purata mesin-
mesin baru yang dipasang adalah pada
kemuatan terkadar 600 kilowatt, akan tetapi di
pasaran ada juga mesin-mesin yang
kemuatannya di antara 1.5 hingga 2 megawatt.
Berdasarkan faktor kecekapan, kecenderungan
sekarang adalah pada mesin-mesin yang lebih
besar ini.
Keperluan-keperluan tertentu, inovasi dan
perkembangan teknologi telah melahirkan
bermacam-macam reka bentuk turbin. Namun
reka bentuk yang dominan ialah jenis angin-ke
depan, tiga bilah, terkawal tegun, dan mesin
laju malar. Seterusnya reka bentuk yang paling
sering digunakan walaupun sama dengan yang
di atas, ialah jenis terkawal pic. Kemudian
diikuti oleh mesin tanpa gear dan mesin laju
berubah dengan menggunakan tiga bilah. Mesin
yang lebih kecil akan menggunakan dua bilah,
atau menggunakan konsep lain, seperti paksi
tegak.
Kebanyakan turbin ialah jenis angin ke depan
dari menara, dengan kipasnya menghadap ke
arah angin sedangkan kelongsong dan menara
berada di belakangnya. Walau bagaimanapun,
terdapat juga reka bentuk jenis angin ke
belakang, iaitu angin harus melalui menara
sebelum menyentuh bilah-bilah kipas.
▪ Kawalan Tegun dan Pic
o Dua kaedah digunakan untuk mengawal keluaran tenaga daripada bilah rotor. Sudut bilah rotor dapat diubah secara aktif dan dikawal oleh sistem kawalan mesin. Ini dikenali sebagai kawalan pic.
o Kaedah yang lain adalah dengan
menggunakan kawalan tegun. Kadang-
kadang ia juga dikenali sebagai kawalan
pasif. Keadaan ini disebabkan ciri
aerodinamik yang dimiliki oleh bilah
yang akan menentukan kuasa yang
dikeluarkan. Kaedah ini tidak
mempunyai bahagian yang bergerak yang
dapat diubah-ubah. Piuh dan ketebalan
bilah rotor berubah mengikut panjangnya
dengan cara ini gelora berlaku di
belakang bilah apabila kelajuan angin
terlalu tinggi. Gelora ini menyebabkan
sebahagian daripada tenaga angin
dibuang, dengan meminimumkan
keluaran kuasa pada kelajuan yang lebih
tinggi. Mesin kawalan tegun biasanya
mempunyai brek pada hujung bilah untuk
membuat rotor pegun jika turbin
dihentikan untuk sebab-sebab tertentu.
o Semua turbin angin akan mula beroperasi pada kelajuan angin 4-5 meter per saat dan akan menghasilkan kuasa maksimum pada kelajuan 15 meter per saat.
5.1.4 Kegunaan Tenaga Angin
Dalam mempertimbangkan pengunaan sumber-
sumber tenaga yang dapat diperbaharu di
negara-negara membangun dan kawasan luar
bandar di negara maju, tenaga angin dapat
dianggap sebagai alternatif kepada enjin disel.
Dari aspek ekonomi, tenaga angin lebih
menguntungkan negara bagi penukaran tenaga
terutama di kawasan luar bandar. Prinsip tenaga
angin dapat dipergunakan di kawasan luar
bandar adalah seperti yang berikut:
o Untuk mengepam air dan untuk
menghasilkan udara termampat;
o Untuk menjana elektrik;
o Menyediakan tenaga untuk peranti
mekanik.

Sumber-Sumber Tenaga Diperbaharu Yang Lain
CETREE – Buku Sumber Guru
65
▪ Pam air
o Tenaga angin telah dan sentiasa
digunakan secara meluas untuk
mengepam air. Pada masa ini terdapat
kira-kira 100,000 pam air tenaga angin
dipasang di seluruh dunia.
Kebanyakannya dipasang di kawasan
luar bandar yang tidak mempunyai
kemudahan bekalan elektrik. Keadaan ini
pada umumnya digunakan oleh peladang
untuk membekalkan air minuman bagi
manusia dan binatang ternakan.
Teknologi pam tenaga angin setakat ini
masih lagi sangat diperlukan di negara-
negara sedang membangun untuk
keperluan pembekalan air untuk kawasan
luar bandar kerana teknologi atau
sistemnya adalah mudah.
o Memandangkan amaun tenaga angin
yang sedia ada berubah-ubah dan, oleh
sebab ekonomi, jumlah keupayaan
penyimpanan adalah terhad. Dengan itu,
bolehlah diandaikan bahawa dalam kes-
kes terpencil, pemasangan pam angin
tunggal tidak akan dapat membekalkan
kuasa seratus peratus yang diperlukan di
sesuatu daerah atau kawasan. Oleh sebab
itu sumber tenaga yang boleh
diperbaharu ini diharapkan hanya sebagai
sebahagian daripada kombinasi penjana
kuasa yang lainnya. Maksudnya, untuk
mengepam air sama ada untuk air
minum, pengairan, atau untuk saliran air,
suatu gabungan yang sesuai daripada
beberapa sistem pam dengan keupayaan
penyimpanan yang optimum perlu
dibangunkan. Untuk keperluan
keupayaan kecil misalnya, 10m3/ hari,
sistem seperti pam tangan dan pam kaki,
kapstan dan pam air tenaga suria patut
dipertimbangkan sebagai tambahan
daripada pam tenaga angin. Untuk
keperluan air dalam jumlah yang besar
pam motor (disel dan elektrik) adalah
lebih kompetitif.
o Sebagai contoh, penggunaan suatu
kombinasi dari pam tenaga angin dan
pam tangan merupakan satu penyelesaian
yang baik untuk membekalkan air
minuman ke beberapa taman perumahan
di kawasan luar bandar jika terdapat
kelajuan angin yang mencukupi. Dalam
kes sistem pengairan skala kecil yang
menggunakan pam air tenaga angin,
menyediakan pam diesel kecil mudah-
alih yang dapat digunakan oleh beberapa
peladang, adalah lebih baik sebagai
sistem penyokong.
o Pada masa ini terdapat beberapa pam air
kincir angin di pasaran, ia direka bentuk
supaya dapat mengepam air dengan
tiupan angin berkelajuan serendah 2 m/s
hingga 4 m/s dan bagi kedalaman 1000
meter. Sebuah pam air kincir angin yang
mempunyai rotor 3 m dapat mengepam
sehingga 2000 liter per jam untuk
kedalaman 10 meter pada kelajuan angin
3 m/s. Kincir angin dengan rotor 7m,
dapat mengepam sehingga 8000 liter air
untuk keadaan yang sama. Sistem ini
dapat digunakan untuk pengairan,
tebusguna tanah atau membekalkan air
minuman di kawasan tertentu. Kincir
angin biasanya direka bentuk supaya
mudah dipasang dan hanya memerlukan
penyelenggaraan yang minimum.
▪ Telekomunikasi
o Tenaga angin juga ialah suatu sumber
tenaga terbaik untuk tapak
telekomunikasi kerana ketinggian
menaranya dan pendedahan yang sangat
baik untuk tapak antenna. Walau
bagaimanapun turbin angin untuk
kegunaan ini harus mempunyai
ketahanan yang tinggi kerana keadaan
sekeliling yang kasar dan sering kali
diletakkan di puncak bukit atau gunung.
▪ Pengecas Bateri
o Penggunaan turbin angin skala kecil
untuk pencahayaan , TV atau peti sejuk
adalah sangat mudah dengan
menggunakan bateri yang boleh dicas
oleh tenaga angin. Menyimpan elektrik
yang dihasilkan oleh turbin angin ke
dalam bateri memungkinkan pengguna
untuk menggunakan tenaga ini bila-bila
masa. Banyak turbin angin skala kecil
dapat secara langsung menghasilkan
elektrik dari 14 hingga 28 V. Ada juga
beberapa turbin angin yang dapat
menghasilkan lebih kecil dan lebih besar
daripada yang tersebut di atas.

CETREE – Buku Sumber Guru
66
Penghasilan 12 V atau 24 V dari bateri
dapat digunakan secara langsung untuk
peralatan yang menggunakan bekalan
elektrik jenis DC. Untuk peralatan
perumahan yang dipiawaikan, adalah
sangat menguntungkan jika baterinya
dapat dicas secara langsung oleh turbin.
▪ Penyimpan Haba
o Jika ada keperluan air panas, adalah
lebih baik jika ia dipanaskan dengan
elektrik yang dijana oleh turbin angin.
Elektrik disalurkan melalui pemanas
yang akan mengalirkan air panas ke
dalam tanki penyimpan. Bateri
penyimpan selalunya lebih mahal
daripada penyimpan haba. Sistem yang
paling sederhana untuk pemanas air
menggunakan termostat untuk
melindungi air daripada mendidih.
Pemanas harus bersesuaian dengan
keupayaan turbin. Jika turbin angin yang
digunakan 1 kW maka pemanas harus
juga mempunyai keupayaan yang
demikian (umumnya pemanas untuk
kegunaan domestik ialah 3 kW).
5.1.5 Kesan Alam Sekitar
Tenaga angin digolongkan kepada teknologi
tenaga hijau kerana ia hanya mengakibatkan
kesan negatif yang kecil pada alam sekitar.
Loji tenaga angin tidak menimbulkan
pencemaran atau menghasilkan gas rumah
hijau. Oleh sebab itu kuasa yang dijana
daripada angin tidak akan menimbulkan
sebarang kesan negatif terhadap alam sekitar.
Walau bagaimanapun hanya masalah
kebisingan serta kemungkinan burung-burung
yang terbang akan terbunuh apabila terlanggar
bilah-bilah yang sedang berpusing akan
berlaku.
▪ Kelebihan
o Angin tersedia dengan percuma dan
tidak memerlukan bahan bakar.
o Tidak menghasilkan sisa buangan gas
rumah hijau.
o Tanah yang digunakan untuk
mendirikan menara masih dapat
digunakan untuk keperluan lain.
o Loji angin juga dapat menarik
pelancong.
o Suatu cara yang baik untuk
membekalkan tenaga untuk kawasan luar
bandar yang agak terpencil.
▪ Kekurangan
o Angin tidak selalu dapat diramalkan
dengan tepat (kadang-kadang ada hari
yang tidak berangin)
o Kawasan yang sesuai untuk loji angin
adalah di kawasan pantai yang harga
tanah biasanya mahal.
o Orang biasanya beranggapan
mendirikan menara angin mengganggu
pemandangan.
o Boleh mengganggu penerimaan siaran
TV jika tinggal berdekatan dengan
menara.
o Penjana angin menimbulkan bunyi
bising yang berterusan siang dan malam.
▪ Tenaga Angin Di Malaysia
o Pada masa ini tenaga angin di Malaysia
belum dibangunkan secara komersial
memandangkan potensinya dianggarkan
hanya di antara 350 hingga 500 PJ. Pada
tahun 1994 penggunaan tenaga angin
sekitar 1260 MJ. Satu stesen turbin angin
telah dibina di Pulau Layang-Layang di
Malaysia Timur untuk tujuan
eksperimen.
5.2 Tenaga Geotermal
5.2.1 Pendahuluan
Kuasa geotermal ialah kuasa yang dijana
daripada haba yang terdapat di dalam perut
bumi. Pusat bumi mempunyai suhu di sekitar
6000 0C yang cukup panas untuk mencairkan
batu. Beberapa kilometer dari permukaan bumi
ke dalam tanah suhunya mencapai 250 0C.
Secara amnya suhu meningkat 1 0C untuk setiap
36 meter ke bawah bumi. Di sekitar kawasan
gunung berapi, leburan batu berkemungkinan
sangat dekat dengan permukaan bumi. Kuasa
geotermal telah digunakan oleh manusia sejak

Sumber-Sumber Tenaga Diperbaharu Yang Lain
CETREE – Buku Sumber Guru
67
ribuan tahun yang lalu untuk memasak dan
pemanasan. Kuasa geotermal atau ‘geothermal’
berasal dari bahasa Yunani iaitu ‘geo’ bererti
‘bumi’ dan ‘thermal’ bererti ‘haba’.
Kuasa geotermal menggunakan haba dari dalam
bumi. Keadaan ini sama dengan tenaga yang
menaik secara semula jadi ke permukaan bumi
seperti air panas, mata air panas, dan gunung
berapi. Sistem geotermal biasanya terletak di
bahagian yang kulit bumi secara nisbinya
adalah nipis. Gambarajah 5.5 menunjukkan loji
kuasa geotermal di New Zealand. Dengan
menggerudi ke dalam bumi dan memasukkan
paip, air panas atau wap dapat dibawa ke
permukaan bumi. Dalam beberapa kegunaan,
haba ini dinaikkan langsung untuk memanaskan
rumah atau diolah kepada haba proses yang
mempunyai nilai komersial. Wap juga
digunakan untuk menjalankan turbin bagi
menjana elektrik.
Gambarajah 5.5 Loji kuasa geotermal di
Wairakei, New Zealand
5.2.2 Sumber-sumber Geotermal
Sumber-sumber geotermal ada empat jenis
iaitu: hidrotermal, tekanan bumi, batu kering
panas dan magma. Daripada keempat-empat
jenis tersebut, hanya kuasa hidrotermal yang
telah dieksploitasi secara komersial.
▪ Hidroterma
o Hidroterma (seperti yang ditunjukkan
dalam Gambarajah 5.6) biasanya ialah air
panas atau wap panas yang keluar
daripada perut bumi. Ia biasanya keluar
dari dalaman 100 m hingga 4.5 km dari
bawah muka bumi melalui rekahan atau
peronggaan batu. Keadaan ini terjadi
sebagai akibat pemanasan oleh magma
yang berada di perut bumi atau aliran air
dalam melalui rekahan. Suhu tinggi dari
sumber hidrotermal yang berkisar antara
180 °C hingga 350 °C, terjadi sebagai
akibat pemanasan oleh batu cair yang
panas yang berasal dari magma. Bagi
suhu rendah yang berkisar antara 100 ° C
hingga 180 ° C, mungkin juga terjadi dari
salah satu proses ini.
Gambarajah 5.6 Loji haba air panas di
New Zealand
Sumber-sumber tenaga hidrotermal terjadi
dalam bentuk wap atau air panas bergantung
pada suhu dan tekanan yang terlibat. Sumber-
sumber yang mempunyai gred yang baik
biasanya digunakan untuk menjana elektrik
sedangkan gred yang rendah biasanya
digunakan hanya untuk pemanasan biasa.
Sumber-sumber hidrotermal memerlukan tiga
komponen asas (lihat Gambarajah 5.7); satu
sumber haba (contoh: magma terkristal), sebuah
akuifer yang berisi air dan satu batu tutup tak
boleh telap yang dapat menahan air dalam
akuifer. Kuasa geotermal biasanya diperoleh
dengan cara menggerudi ke dalam akuafer
untuk mengeluarkan air panas atau wap panas.

CETREE – Buku Sumber Guru
68
Gambarajah 5.7 Keratan rentas termudah
ciri- ciri penting tapak geothermal
▪ Tekanan Bumi
o Sumber kuasa daripada tekanan
geotermal ialah air garam panas tepu
dengan metana, terdapat di akuifer besar
dan dalam di bawah tekanan tinggi. Air
dan metana terperangkap dalam
pembentukan endapan pada ke dalaman
di antara 3km hingga 6km. Suhu air
adalah dalam julat 90 ° C hingga 200 ° C.
Tiga bentuk tenaga diperoleh daripada
sumber tekanan bumi iaitu: kuasa termal,
kuasa hidrolik yang diperoleh daripada
tekanan tinggi dan kuasa kimia daripada
pembakaran gas metana. Tenaga tekanan
bumi terdapat di banyak kawasan di
muka bumi dunia, tetapi kawasan
simpanan utama pada masa ini adalah di
sebelah utara Teluk Mexico.
▪ Batu Kering Panas
o Batu Kering Panas (BKP) ialah satu
pembentukan daripada pemanasan
geologi yang terjadi sama seperti dengan
sumber hidrotermal, tetapi untuk kes ini
tidak terdapat air kerana akuifer atau
retakan yang diperlukan untuk
menghantarkan air ke permukaan bumi
tidak wujud. Sumber ini boleh dikatakan
tidak terbatas dan lebih mudah diperoleh
berbanding sumber hidrotermal. Susuk
geologi di Australia mempunyai potensi
yang besar untuk menggunakan teknologi
batu kering panas bagi menghasilkan
tenaga untuk negeri-negeri di bahagian
timur Australia.
▪ Magma
o Magma ialah sumber geotermal terbesar
yang terdiri daripada batu yang lebur
pada ke dalaman sekitar 3 hingga 10km
atau lebih ke dalam bumi. Oleh sebab itu
agak susah untuk dieksploitasi dan ia
mempunyai suhu di antara 700 hingga
1200 ° C. Sumber tenaga ini belum
dieskploitasi dengan jayanya hingga kini.
Bagaimana Magma Berlaku
Batu panas dari dalam bumi digunakan untuk
memanaskan air dan menghasilkan wap. Wap
diperoleh dengan cara menggerudi lubang ke
dalam tanah di kawasan yang panas dan wap
akan keluar dan digunakan untuk
menggerakkan turbin yang memutar penjana
elektrik. Di bawah tanah terdapat kawasan batu
panas yang biasanya terdapat juga ‘air bawah
tanah’ atau kemungkinan dengan menggerudi
beberapa lagi lubang dan mengepam air ke
dalamnya.
Gambarajah 5.8Gambarajah skematik tenaga
geotermal
Stesen kuasa panas bumi yang pertama sekali
diperkenalkan adalah di Landrello, Itali dan
yang kedua adalah di Waikato, New Zealand.
Yang lainnya terdapat di Iceland, Jepun,
Filipina dan Amerika Syarikat. Baru-baru ini
tenaga geothermal yang berpotensi telah
ditemui di Malaysia terutamanya di Sabah.
Memandangkan ia baru ditemui tiada kajian
telah dibuat untuk menganggarkan kuantiti
potensinya serta kegunaan praktikal tempatan.
5.2.3 Kegunaan Kuasa Geotermal

Sumber-Sumber Tenaga Diperbaharu Yang Lain
CETREE – Buku Sumber Guru
69
Kuasa geotermal dapat digunakan untuk dua
tujuan iaitu: untuk penggunaan haba secara
langsung dan secara tidak langsung iaitu untuk
menjana elektrik.
▪ Penggunaan Langsung
o Sumber hidrotermal yang bersuhu
rendah dan sederhana (20°-150 °C)
digunakan untuk membekalkan
pemanasan langsung bagi sektor
perumahan, komersial dan industri.
Penggunaan ini termasuk untuk
memanaskan ruang, air, pemanasan
rumah hijau, pemanasan akuakultur,
pembasuhan kain baju, penyahidratan
makanan, pemprosesan tekstil dan lain-
lain. Penggunaan jenis ini terdapat di
Iceland, Amerika Syarikat, Jepun,
Perancis dan banyak lagi negara lain. Di
Iceland, kebanyakan pemanasan untuk
sektor domestik menggunakan sistem
pemanasan daerah daripada geotermal.
o Pengunnaan langsung sistem geotermal
biasanya mengandungi satu kemudahan
pengeluaran (contohnya satu kolam)
untuk membawa air panas ke permukaan
bumi, satu sistem mekanikal (seperti
pempaipan, penukar haba, pam dan
pengawal) untuk menghantarkan tenaga
haba ke tempat yang diperlukan dan
sistem pembuangan (seperti kolam
suntikan atau kolam simpanan) untuk
menerima bendalir yang telah
disejukkan. Penukar haba biasanya perlu
digunakan kerana kewujudan garam dan
kandungan pepejal.
o Pam haba sering digunakan sebagai
penghantar tenaga. Pam haba geotermal
ialah satu peralatan yang berfungsi
dengan prinsip yang sama seperti peti
sejuk tetapi beroperasi secara songsang.
Peralatan ini mempunyai kelebihan
kerana secara relatif suhu di dalam bumi
adalah tetap dan dengan mengunakannya
sebagai sumber tenaga alat ini dapat
digunakan untuk tujuan sama ada
pemanasan ataupun penyejukan. Pada
musim panas, haba dikeluarkan dari
bangunan yang akan di sejukkan dan
dibuang ke bumi. Pada musim sejuk pula
haba dikeluarkan dari dalam bumi dan
dipam ke dalam bangunan. Sistem ini
telah digunakan secara meluas di
Switzerland dan negara-negara
Scandinavia. Menerusi pam haba
geothermal semua sumber geotermal
dengan suhu serendah 20 °C pun dapat
digunakan.
o Penggunaan sumber geotermal secara
langsung telah terbukti teknologi dan
kematangannya, serta ia juga didapat
boleh berjaya secara komersial bagi
berbagai-bagai penggunaan. Penggunaan
sumber tenaga ini boleh menghasilkan
penjimatan bersih kos tenaga untuk
pelanggan di sektor perumahan mahupun
untuk operasi komersial.
▪ Penjana Elektrik
o Suhu yang tinggi daripada sumber
geotermal dapat digunakan untuk
menjana elektrik. Pada masa ini terdapat
lebih daripada 8GW elektrik telah dijana
dengan menggunakan sumber geotermal
di seluruh dunia. Terdapat juga
bermacam-macam teknologi penukaran
tenaga yang menggunakan sumber
geotermal. Hal ini termasuklah wap
kering, wap kilat dan sistem kitar
perduaan.
o Elekrik daripada geotermal dapat
digunakan sebagai sumber tenaga utama
dan juga bagi saat keperluan yang lebih
banyak sebagaimana yang diperlukan di
sesuatu kawasan atau negara. Elektrik
daripada geotermal boleh bersaing
dengan sumber-sumber tenaga lazim
yang lain.
▪ Loji Kuasa Stim Kering
o Loji kuasa wap kering sesuai dipasang
jika wap geotermal tidak bercampur
dengan air. Telaga pengeluaran digerudi
sehingga sampai ke akuifer dan wap tepu
tekanan tinggi (180- 350 °C) akan
memancut ke permukaan bumi dengan
kelajuan tinggi melalui turbin wap yang
dihubungkan ke penjana elektrik. Pada
loji kuasa sederhana keluaran wap yang
bertekanan rendah dari turbin dibuang ke
atmosfera, tetapi biasanya wap ini akan
dialirkan ke sebuah pemeluap untuk
diubah menjadi air. Keadaan ini akan

CETREE – Buku Sumber Guru
70
menaikkan kecekapan turbin dan
menghindari masalah alam sekitar yang
timbul jika wap dilepaskan ke atmosfera.
Air buangan ini kemudian akan
disuntikkan kembali ke dalam bumi
melalui sebuah telaga yang lain.
o Haba buangan kemudian dialirkan ke
menara penyejuk seperti dijanakuasa
konvensional. Seperti juga janakuasa
konvensional kecekapan penukaran
tenaga adalah rendah, iaitu sekitar 30%.
Kecekapan loji wap kering dipengaruhi
oleh kandungan gas-gas bukan kondensat
seperti karbon dioksida dan hidrogen
sulfida. Tekanan gas-gas ini
mengurangkan kecekapan turbin dan juga
kos untuk melupuskan gas-gas ini oleh
sebab alam sekitar menambah biaya
operasi.
o Loji wap kering adalah mudah dan ianya
ekonomik dari aspek teknologi dan oleh
sebab itu ia digunakan secara meluas.
Teknologi berkaitan dengan loji kuasa
wap kering telah dibangunkan dengan
sempurna dan sedia digunakan secara
komersial dengan unit kapasiti antara 35
MW hingga 120 MW. Amerika Syarikat
dan Itali adalah antara negara yang
mempunyai sumber tenaga geotermal
wap kering yang besar walaupun sumber
ini juga didapati di Indonesia, Jepun dan
Mexico. Padang Geysers di California
ialah padang wap kering. Ia merupakan
sumber kuasa geotermal terbesar di dunia
dengan keupayaan sekitar 1,100 MW.
▪ Loji Kuasa Wap Kilat
o Teknologi wap kilat digunakan apabila
sumber geotermal adalah dalam bentuk
cecair. Cecair disemburkan ke dalam
sebuah tangki kilat yang mempunyai
tekanan jauh di bawah tekanan cecair dan
menyebabkan ia mengewap (atau
mengilat) dengan cepat mejadi wap. Wap
ini kemudian akan melalui sebuah turbin
yang disambungkan ke penjana kuasa
seperti pada loji wap kering. Untuk
melindungi cecair geotermal daripada
mengilat di dalam telaga maka telaga
disesuaikan supaya bertekanan tinggi.
o Sebahagian besar daripada cecair
geotermal tidak mengilat, dan cecair ini
disuntikkan semula ke dalam telaga atau
digunakan untuk pemanasan langsung
tempatan. Jika cecair di dalam tangki
mempunyai suhu yang cukup tinggi, ia
juga dapat digunakan untuk tangki yang
kedua, kejatuhan tekanan akan dapat
digunakan untuk tenaga wap kilat
selanjutnya. Wap ini bersama dengan
buangan turbin utama digunakan untuk
menggerakkan turbin kedua atau proses
yang kedua untuk menjana elektrik
tambahan. Dalam kes ini biasanya untuk
pertambahan kuasa sehingga 20-25%,
kos untuk loji akan bertambah sebanyak
5%.
o Loji penjana elektrik wap kilat
mempunyai saiz dari 10 MW hingga 55
MW. Walau bagaimanapun saiz piawai
ialah 20 MW dan ia telah digunakan di
beberapa negara seperti Filipina dan
Mexico.
▪ Loji Kuasa Kitaran Penduaan
o Loji kuasa kitaran penduaan digunakan
apabila sumber geotermal tidak cukup
panas untuk menghasilkan wap, atau
apabila sumber tersebut berisi dengan
terlalu banyak kotoran kimia. Cecair ini
tetap boleh digunakan dengan
menggunakan loji kuasa kitaran
penduaan (seperti di Kawerau, New
Zealand).
o Dalam proses kitaran penduaan, cecair
geotermal akan melalui penukar haba.
Cecair kedua yang mempunyai titik didih
lebih rendah daripada air (seperti
isobutana atau pentana), akan diwapkan
dan dilepaskan ke turbin untuk menjana
elektrik. Cecair ini kemudiannya akan
disejukkan dan dikitarkan semula untuk
kitaran yang lain. Semua cecair
geotermal disuntikkan semula ke dalam
bumi dengan sistem kitaran tertutup.
o Kuasa kitaran pendua dapat mencapai
kecekapan yang lebih tinggi berbanding
loji wap kilat dan jenis ini mungkin
dijalankan untuk sumber-sumber yang
bersuhu rendah. Selanjutnya masalah
karat juga dapat dielakkan. Walau
bagaimanapun, loji kitaran pendua

Sumber-Sumber Tenaga Diperbaharu Yang Lain
CETREE – Buku Sumber Guru
71
biasanya lebih mahal dan memerlukan
pam-pam yang lebih besar yang akan
menggunakan keluaran tenaga yang lebih
besar daripada loji. Saiz-saiz unit untuk
loji ini biasanya adalah antara 1 MW
hingga 3 MW.
▪ Teknologi Batu Kering Panas
o Konsep penggunaan tenaga geotermal
yang terdapat dalam batu kering panas
adalah untuk mewujudkan satu takungan
buatan dengan menggerudi telaga dalam
kembar ke dalam batu-batuan tersebut
dan kemudian membuat sebuah sistem
penukar haba yang besar melalui
peretakan hidraulik atau letupan. Air
disalurkan ke dalam telaga suntik
melalui takungan yang telah disiapkan
(yang akan memanaskan air), yang
kemudiannya akan mengalir ke dalam
telaga pengeluaran. Walau bagaimanapun
teknologi ini belum pernah dipamerkan
secara komersial teknologinya.
5.2.4 Geotermal dan Alam Sekitar
Geotermal boleh membantu untuk meningkatkan kualiti udara dan boleh mengatasi perubahan cuaca dunia serta hujan asid. Loji geotermal dapat beroperasi secara harmoni dengan alam sekitar kerana tempat yang diperlukan untuk ia beroperasi adalah kecil.
▪ Pencemaran Udara
o Tenaga geotermal adalah salah satu cara mengeluarkan kuasa terbersih di dunia. Dengan ketiadaan keluaran udara yang dikeluarkan, kuasa geotermal dapat menolong menjaga udara bersih dan atmosfera terang.
o Penggunakan loji kuasa geotermal untuk menjana elektrik akan hanya menghasilkan kurang daripada satu per seribu percemaran udara berbanding loji arang batu. Kuasa geotermal telah terbukti sebagai satu kaedah yang mematuhi piawaian-piawaian alam sekitar meskipun untuk piawaian yang paling ketat.
▪ Pemanasan Dunia
o Karbon dioksida merupakan salah satu penyebab pemanasan dunia semakin bertambah. Proses penghasilan tenaga
geothermal melibatkan pengeluaran karbon dioksida yang sangat sedikit. Oleh itu kuasa geotermal dapat membantu untuk mengatasi masalah yang berhubungan dengan pemanasan dunia.
Gambarajah 5.8 Perbandingan pemanasan
dunia bagi tenaga geotermal
▪ Hujan Asid
o Hujan asid terjadi kerana pencemaran
seperti sulfur dioksida yang larut dalam
air di atmosfera dan turun ke bumi dalam
bentuk hujan asid atau salji. Hujan ini
dapat menimbulkan kesan yang
merosakkan termasuk mematikan
tanaman dan kehidupan di dalam sungai
dan alam sekitar lainnya. Tenaga
geotermal dapat dikatakan hampir tidak
menghasilkan keluaran seperti sulfur
dioksida mahupun nitrogen oksida.
Gambarajah 5.9 Perbandingan hujan asid
bagi tenaga gioterma
▪ Kebaikan

CETREE – Buku Sumber Guru
72
o Kuasa geotermal tidak menimbulkan
sebarang pencemaran dan juga tidak
menyumbang pada kesan rumah hijau.
o Stesen janakuasa tidak memerlukan
ruang dan tempat yang banyak. Oleh itu
ia tidak menimbulkan masalah alam
sekitar.
o Tidak memerlukan bahan bakar.
o Apabila stesen janakuasa geotermal siap
dibangunkan, tenaga yang dihasilkan
boleh dikatakan percuma.
o Mungkin hanya diperlukan sedikit kuasa
untuk menjalankan pam, akan tetapi ini
dapat diambil daripada kuasa yang
dijana.
▪ Kekurangan
o Masalah yang paling besar adalah tidak
banyak tempat yang dapat dibangunkan
stesen janakuasa ini.
o Ia memerlukan jenis batu panas yang
sesuai dan pada kedalaman yang
memungkinkan untuk digerudi
o Jenis batuan di atasnya juga satu perkara
yang patut dipertimbangkan kerana ia
haruslah batuan yang mudah untuk
digerudi.
o Kadang-kala suatu tapak geotermal
tidak boleh beroperasi untuk satu jangka
masa yang lama kerana kehabisan wap.
o Gas-gas yang berbahaya dan mineral
mungkin keluar dari dalam bumi dan
mungkin agak sukar untuk
membuangnya.
5.3 Tenaga Hidro
5.3.1 Pendahuluan
Air yang mengalir mengandungi tenaga yang
boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Inilah
yang dikatakan kuasa hidro. Sebenarnya nama
“hydro", adalah daripada perkataan Yunani
yang bererti air.
Manusia telah menggunakan air yang mengalir
sebagai sumber tenaga sejak beribu-ribu tahun
yang lalu, terutamanya untuk keperluan
pertanian. Pertama sekali tenaga air digunakan
untuk menjana elektrik adalah pada tahun 1882
di Sungai Fox, yang terletak Amerika Syarikat
dan elektrik yang dijana cukup untuk
menerangi dua kilang kertas dan sebuah rumah.
Pada masa ini terdapat banyak stesen janakuasa
hidro-elektrik yang digunakan mereka bagi
menyediakan hampir 20% daripada keperluan
elektrik dunia.
Pembentukan tanah di Malaysia, kedudukan
geografi, flora dan faunanya telah menjadikan
Malaysia sebagai kawasan yang mempunyai
bekalan air yang berterusan. Air, selain sebagai
sumber tenaga yang boleh diperbaharu, ia
merupakan salah satu sumber penjanaan tenaga
termurah di negara ini. Di Malaysia hampir
90% daripada sumber tenaga yang diperbaharu
datang daripada kuasa hidro.
Semenjak tenaga hidro dikenalpasti sebagai
salah satu komponen daripada polisi empat
jenis bahan api utama oleh kerajaan Malaysia
pada tahun 1981, banyak tapak tenaga hidro di
Malaysia telah dibangunkan. Potensi tenaga
hidro di Malaysia dianggarkan sebanyak 29,000
MW dengan keupayaan pengeluaran sebanyak
123,000 juta kWh setahun. Sabah dan
Sarawak mempunyai jumlah potensi tenaga
hidro sebanyak 90 % daripada jumlah
keseluruhan di Malaysia. Di Semenanjung
Malaysia dianggarkan baki potensi tenaga
hidro sebanyak 2300 MW. Beberapa projek
sedang dalam pembinaan dan perancangan bagi
memenuhi keperluan beban puncak. Hidro
sebagai sumber tenaga menjanjikan potensi
yang tinggi, walaupun pembinaannya kadang-
kadang menghadapi masalah berkaitan dengan
perkara-perkara teknikal dan faktor ekonomi.
Gambarajah 5.10 Kincir air lama
5.3.2 Jenis-jenis Tenaga Hidro

Sumber-Sumber Tenaga Diperbaharu Yang Lain
CETREE – Buku Sumber Guru
73
▪ Takungan
o Sebuah stesen janakuasa hidro dalam
skala besar menggunakan empangan
untuk menakung air sungai. Kemudian
air tersebut dialirkan mengikut keperluan
penjanaan elektrik atau untuk mengawal
aras permukaan takungan.
▪ Lencongan
o Suatu lencongan, kadang-kadang
dikenali juga sebagai larian-air-sungai,
yang merupakan kemudahan saliran
untuk mengalirkan sebahagian daripada
air sungai melalui terusan atau paip yang
disebut pintu air. Untuk jenis ini
empangan kadang-kadang tidak
diperlukan.
▪ Simpanan Terpam
o Apabila keperluan elektrik rendah,
sebuah kemudahan simpanan terpam
digunakan untuk menyimpan tenaga
dengan mengepam air daripada penakung
bawah ke penakung di sebelah atas.
Apabila keperluan elektrik tinggi maka
air tersebut dialirkan kembali ke
takungan melalui turbin untuk menjana
elektrik.
▪ Saiz Penjana Tenaga Hidro
o Saiz-saiz penjana tenaga hidro terdiri
daripada yang berukuran besar yang
dapat menyediakan bekalan elektrik
untuk bilangan pengguna yang banyak
dan juga yang bersaiz kecil hingga yang
bersaiz mikro yang hanya menjana
elektrik untuk keperluan sendiri dan ada
juga yang menjual tenaga kepada
syarikat penjana elektrik awam atau
utama.
▪ Tenaga Hidro Besar
o Tenaga hidro skala besar adalah yang
mempunyai keupayaan penjanaan
elektrik lebih daripada 1 megawatt,
walaupun takrifan ini berbeza-beza.
▪ Tenaga Hidro Kecil
o Tenaga hidro skala kecil adalah yang
mempunyai keupayaan penjanaan
elektrik di antara 0.5 hingga 1 megawatt.
▪ Tenaga Hidro Mikro
o Tenaga hidro skala mikro digolongkan
pada tenaga yang mempunyai keupayaan
penjanaan elektrik sehingga 0.1 MW.
5.3.3 Teknologi-Teknologi Turbin
Terdapat banyak jenis turbin yang digunakan
untuk penjanaan elektrik daripada tenaga hidro.
Ia biasanya dipilih berasaskan kegunaan
tertentu dan ketinggian aras air atau kepala
(juga dikenali sebagai ‘head’) yang tersedia
untuk menggerakkan turbin. Bahagian yang
berputar daripada turbin dinamakan pelari.
Jenis-jenis turbin yang biasa digunakan adalah
sebagai yang berikut:
▪ Turbin Pelton
o Turbin Pelton mempunyai satu atau
lebih jet air mengenai timba daripada
pelari yang menyerupai roda air pada
kincir air. Turbin Pelton digunakan
untuk tapak yang mempunyai aras air
yang tingginya antara 50 kaki hingga
6,000 kaki dan keupayaan penjanaan
sehingga 200 megawatt.
▪ Turbin Francis
o Turbin Francis mempunyai pelari yang
dilengkapi dengan bilah kipas yang
biasanya berjumlah sembilan atau lebih.
Air masuk ke turbin dari arah jejarian
secara menegak terhadap aci dan keluar
dari arah paksi. Turbin Francis
beroperasi bagi kepala 10 kaki hingga
1,000 kaki dan dengan keupayaan
penjanaan sehingga 800 megawatt.
▪ Turbin Kipas
o Turbin kipas mempunyai satu pelari
beserta tiga hingga enam bilah yang tetap
, seperti kipas penggerak pada bot. Air
mengalir melalui pelari dan memutar
kipas. Turbin kipas dapat beroperasi
bagi ketinggian kepala daripada 10 kaki
hingga 300 kaki dan dengan keupayaan
penjanaan 100 megawatt. Turbin Kaplan

CETREE – Buku Sumber Guru
74
ialah satu jenis turbin ini yang pic
kipasnya boleh diubah-ubah untuk
meningkatkan prestasi. Turbin Kaplan
mempunyai keupayaan penjanaan
sehingga 400 megawatt.
5.3.4 Bagaimana Turbin Kipas Beroperasi
Konsep asas tenaga hidro ialah tenaga
tekanannya digunakan oleh satu komponen
mekanikal yang gerakannya akan melibatkan
penukaran tenaga upaya air ke tenaga mekanik.
Tenaga ini kemudian memutar aci kuasa dan
seterusnya memacu penjana elektrik untuk
menghasilkan atau menjana tenaga elektrik.
Tenaga hidro biasanya menggunakan empangan
di kawasan sungai untuk menakung air. Air
dilepaskan daripada takungan atau empangan
dan mengalir melalui turbin yang akan
memutarnya untuk mengaktifkan penjana
elektrik bagi menghasilkan tenaga elektrik.
Walau bagaimanapun tenaga hidro tidak selalu
memerlukan empangan yang besar. Ada
beberapa loji tenaga hidro hanya menggunakan
terusan untuk mengalirkan air dari sungai
melalui satu turbin.
Satu lagi jenis loji tenaga hidro yang dikenali
sebagai loji pam simpanan dapat membekalkan
dan menyimpan tenaga. Kuasa dihantar dari
grid kuasa ke penjana elektrik. Penjana kuasa
kemudian memutar turbin dari arah yang
berlawanan, yang menyebabkan turbin akan
mengepam air dari sungai atau penakung
sebelah bawah ke penakung sebelah atas dan di
sinilah tenaga akan disimpan. Apabila tenaga
diperlukan air dari penakung akan dilepaskan
semula ke sungai atau penakung sebelah
bawah. Air ini kemudiannya memutar turbin
ke arah depan semula dan akan mengaktifkan
penjana untuk menjana elektrik. Biasanya
dinding bahagian bawah empangan dibuat lebih
tebal berbanding bahagian atas kerana tekanan
air di bahagian bawah adalah lebih tinggi
mengikut kedalamannya.
Gambarajah 5.11 Mekanisma kerja dari
sebuah empangan hidro elektrik
Stesen janakuasa elektrik hidro adalah sangat
baik kerana ia dapat menghasilkan tenaga
dengan murah. Empangan besar "Hoover
Dam", di sungai Colorado, Amerika Syarikat
membekalkan sebahagian besar elektrik bagi
kota Las Vegas. Walaupun terdapat banyak
tapak yang sesuai di merata tempat di seluruh
dunia tetapi pembinaan empangan elektrik
adalah sangat mahal. Walau bagaimanapun jika
stesen janakuasa sudah siap dibina, air akan
datang secara percuma dan tidak akan ada sisa
buangan dan pencemaran yang serius terjadi.
Matahari menyejatkan air dari tasik dan lautan
dan kemudiannya akan membentuk awan.
Awan turun sebagai hujan di daratan dan
gunung-ganang dan seterusnya akan
membekalkan air ke dalam empangan.
Gambarajah 5.12 Kitaran air yang
disebabkan oleh matahari
5.3.5 Kegunaan
▪ Kegunaan Skala Kecil
o Negara-negara sedang membangun
mempunyai potensi yang sangat besar
bagi pembinaan tenaga hidro. Benua
Afrika, Asia dan Amerika Selatan
mempunyai nilai potensi untuk menjana
sehingga 1.4 juta megawatts yang
keupayaannya ialah empat kali lebih
besar daripada yang ada di Amerika

Sumber-Sumber Tenaga Diperbaharu Yang Lain
CETREE – Buku Sumber Guru
75
Utara. Tenaga hidro skala kecil
(sehingga 1 megawatt), dengan kelebihan
atau kebaikan yang berganda-ganda
sebagai satu bentuk tenaga yang tidak
memusat, kos rendah, dan tenaga yang
boleh diharap, ialah pertimbangan utama
oleh banyak negara untuk mencapai
pembekalan tenaga secara berdikari.
Kuasa hidro skala kecil dapat
menyediakan keperluan elektrik bagi
kawasan luar bandar dan tempat-tempat
yang agak terpencil, juga dapat
menggantikan penggunaan sumber
petroleum dan menjanjikan satu alam
sekitar yang lebih bersih.
▪ Penggunaan Skala Mikro
o Projek hidro elektrik mikro adalah yang
mempunyai kuasa penjanaan kurang
daripada 0.1 megawatt. Baru-baru ini di
Pakistan lebih daripada 40 kawasan
kampung-kampung telah dibekali
elektrik oleh loji hidro mikro untuk
mesin-mesin pemprosesan pertanian,
woksyop, dan untuk membekalkan
elektrik bagi keperluan asas umum. Di
Nepal lebih daripada 100 loji hidro mikro
telah dipasang di kawasan-kawasan
terpencil. Kuasa yang dijana telah
menjimatkan masa pemprosesan hasil
pertanian menjadi satu per dua puluh
daripada sebelum sistem ini
diperkenalkan. Pada amnya hampir 50
negara membangun di dunia telah secara
aktif memperkenalkan dan
membangunkan kuasa hidro kecil atau
mikro .
▪ Loji Kuasa Larian-Air-Sungai
o Loji hidro elektrik larian air sungai
menggunakan kuasa aliran air sungai
tanpa menimbulkan gangguan kepada
aliran air sungai. Biasanya sistem ini
dibina di atas empangan kecil yang hanya
memerlukan air dalam jumlah yang
sedikit. Dalam banyak kes malah
takungan air tidak diperlukan, oleh sebab
itu projek larian air sungai tidak
mempengaruhi kualiti air seperti
menyebabkan suhu yang lebih tinggi,
kadar oksigen yang rendah,
mengurangkan pengeluaran makanan,
pemendapan, menaikkan fosforus dan
nitrogen, atau pereputan produk yang
diakibatkan oleh sistem hidro elektrik.
5.3.6 Isu Alam Sekitar dan pengurangan-
nya
Satu pembinaan loji hidro elektrik akan
mengubah tabii persekitaran sesuatu
kawasan. Kesan terhadap alam sekitar ini
harus dinilai dengan teliti semasa dalam
peringkat perencanaan projek untuk
mengelakkan masalah yang mungkin
timbul seperti kebisingan dan
pemusnahan terhadap ekosistem.
Sebaliknya, loji hidro elektrik mungkin
juga mempunyai kesan yang positif
terhadap alam sekitar iaitu ia akan
membekalkan air yang cukup dan juga
air yang bersih untuk flora dan founa.
Teknologi kuasa hidro terkini mungkin
bebas dari keluaran namun ia akan
menimbulkan kesan alam sekitar yang
tidak diingini seperti kecederaan dan
kematian pada ikan apabila melalui
turbin, dan juga menjejaskan kualiti air
hilir sungai. Pada masa ini bermacam-
macam teknik digunakan untuk
menyelesaikan isu-isu alam sekitar dan
turbin yang mesra alam sekitar sedang
dalam pembangunan.
▪ Laluan Ikan
o Jika ikan-ikan tidak dapat berpindah
melepasi empangan untuk ke muara, ini
akan mempengaruhi bilangannya.
Laluan ikan ke hulu dibuat dengan cara
membina tangga ikan atau penaik atau
dengan menangkap dan membawa ikan
ke hulu dengan lori. Laluan ikan ke hilir
dilakukan dengan cara mengalihkan ikan
dari tempat masuk air ke turbin dengan
menggunakan jaring atau rak atau
mungkin juga lampu atau suara bawah air
dan dengan menjaga aliran air yang
melalui turbin..
▪ Kualiti dan Aliran Air
o Loji tenaga hidro boleh mengakibatkan
kerendahan paras larutan oksigen dalam
air. Keadaan ini merupakan masalah

CETREE – Buku Sumber Guru
76
yang membahayakan habitat tetapi
mampu diselesaikan dengan beberapa
teknik pengudaraan. Menjaga aliran
minimum air ke hilir daripada loji tenaga
hidro adalah juga kritikal untuk
meneruskan kehidupan habitat-habitat
yang hidup di sungai tersebut.
▪ Turbin Mesra Alam Sekitar
o Turbin mesra alam sekitar juga dikenali
sebagai turbin "mesra ikan", bertujuan
mengurangkan kecederaan apabila ikan
melalui turbin. Ia juga akan
meningkatkan kualiti air dengan menjaga
kepekatan larutan oksigen dalam air.
Kelebihan Tenaga Hidro
Apabila empangan telah siap dibina,
maka tenaga boleh dikatakan
percuma.
Tidak ada sisa buangan dan
pencemaran terjadi.
Lebih boleh harap berbanding
tenaga angin, matahari, dan
gelombang
Air dapat disimpan di dalam
empangan dan sedia digunakan pada
masa yang diperlukan atau pada
permintaan yang banyak.
Stesen kuasa hidro elektrik boleh
meningkat kepada kuasa penuh
dengan sangat cepat, tidak seperti
stesen janakuasa lain.
Elektrik dapat dijana secara tetap.
Dapat menjimatkan pembakaran
bahan bakar dalam jumlah yang
besar.
Dapat menghalang banjir serta
mengawal paras sungai.
Boleh meningkatkan industri
pelancongan domestik dan industri
perikanan.
Kekurangan
Pembinaan empangan memerlukan
pembiayaan yang mahal.
Pembinaan empangan yang besar
akan menenggelamkan kawasan
yang luas di hulu yang
menimbulkan masalah terhadap
binatang yang hidup di sekitarnya.
Mencari tempat yang sesuai
mungkin agak sukar dan kesannya
terhadap penduduk dan alam sekitar
mungkin tidak dapat diterima.
Boleh mempengaruhi kualiti dan
kuantiti air di hulu dan juga
mempengaruhi tanaman yang ada.
5.4 Tenaga Gelombang Laut
5.4.1 Pendahuluan
Tenaga gelombang laut ialah satu bentuk
sumber tenaga solar yang sangat padat, yang
sedia ada di sepanjang waktu dan terbuang di
dalam laut tanpa disedari. Apabila air laut
pasang atau surut yang disebabkan oleh
pengaruh bulan dan matahari, ia menghasilkan
jasad air yang besar yang bergerak. Apabila air
ini bergerak di antara tanah dengan dasar laut
yang mengalun, arus laut yang besar dihasilkan.
Arus yang tidak disangka-sangka itu adalah
kuat dan mengandungi tenaga. Di United
Kingdom dianggarkan tenaga gelombang cukup
untuk membekalkan 10% keperluan keupayaan
penjanaan elektrik. Negara-negara lain yang
sudah mula terlibat secara penghasilan tenaga
gelombang laut ialah Sweden, Norway, Ireland,
India, Sri Langka dan Rusia. Dalam bahagian
Tenaga Angin di atas jika diperhatikan secara
amnya kelajuan angin di Malaysia secara
perbandingan adalah rendah. Oleh yang
demikian ombak-ombak lautan yang terdapat di
sekeliling pantai Semenanjung, Sabah dan
Sarawak adalah kecil saiznya. Keadaan ini
mungkin menjadi sebab utama penghasilan
tenaga daripada ombak kurang diminati selain
data mengenai ombak yang diperlukan sukar
didapati.
5.4.2 Jenis Mesin Tenaga Ombak
Pada masa ini ada beberapa jenis mesin yang
boleh menghasilkan tenaga daripada ombak laut
dengan kuasa pengeluaran yang maksimum.
Jenis-jenis mesin tersebut adalah seperti yang
berikut:

Sumber-Sumber Tenaga Diperbaharu Yang Lain
CETREE – Buku Sumber Guru
77
▪ “Oscillating Water Column”
▪ “Pendulum”
▪ “Hose Pump”
▪ “Duck and Clam off-shore”
▪ “TapChan”
▪ “Tethered Buoys”
▪ “Stingray Tidal Current Generator”
Mesin-mesin ini sama ada sedang diuji atau
telah ditauliahkan di beberapa buah negara
seperti di Sweden ( hose pump - diuji), United
Kingdom, Ireland, Norway dan India
(oscillating water column - ditauliahkan).
Permasalahan utama mesin-mesin di atas adalah
kerana kesukaran untuk mengambil tenaga
gelombang dan mengubahnya menjadi tenaga
elektrik dalam jumlah yang besar. Oleh sebab
itu penjanaan elektrik melalui tenaga
gelombang belum lagi menyeluruh
penggunaannya.
Gambarajah 5.14 Tenaga gelombang
5.4.3 Bagaimana Tenaga Ombak Beroperasi
Di sini hanya dua jenis mesin gelombang laut
akan diterangkan prinsip pengoperasiannya
dengan terperinci memandangkan prinsipnya
adalah hampir sama tetapi dengan sedikit
perbezaan.
▪ “Oscillating Water Column”
o Ada beberapa cara untuk mendapatkan
tenaga daripada gelombang. Di sini akan
dijelaskan teknik yang digunakan oleh
‘oscillating water column’. Ia
menggunakan satah-hidro yang
bertindak dengan air yang bergerak,
sudut satah-hidronya terkawal untuk
menggerakkan separuh-apungan,
menutup sebelah atas, membuka
pengumpul bawah ke atas dan ke bawah
di dalam air. Semasa pengumpul
digerakkan ke atas dan ke bawah air
secara selang-seli akan masuk ke dalam
dan dibuang daripada kebuk melalui satu
turbin yang dipasang di atas bahagian
atas pengumpul. Bergantung pada
kelajuan aliran air, saiz satah-hidro,
pengumpul dan lubang keluar, kelajuan
aliran boleh ditambah relatif kepada air
dengan kadar antara dua puluh hingga
tiga puluh kali ganda. Oleh itu Turbin
tidak sahaja beroperasi dalam udara
tetapi juga beroperasi pada laju putaran
yang lebih tinggi dan boleh secara
langsung digandingkan ke penjana
elektrik dengan mengelakkan kotak gear.
Gambarajah 5.14 Mekanisma kerja kuasa
gelombang

CETREE – Buku Sumber Guru
78
Gambarajah 5.15 “Oscillating Water Column
Generator”
▪ “Stingray Tidal Current Generator”
o Penjana “stingray” menukarkan tenaga
kinetik air yang bergerak pada kuasa
hidraulik, yang kemudiannya memutar
satu penjana menerusi satu motor
hidraulik.
o Penjana “stingray” mengandungi satu
sambungan selari yang memegang satu
susunan satah-hidro yang besar yang
biasanya tiga keping. Satah-hidro
mempunyai sudut serangannya relatif
pada aliran air yang mara diubah-ubah
oleh sebatang silinder dan mekanisme
‘louvre’. Kombinasi daya angkat dan
daya heret menyebabkan lengan berayun
secara menegak dalam lingkungan 12
meter. Satu silinder hidraulik yang
dilekatkan ke lengan utama dipaksa
secara berselang-seli memanjang dan
memendek, oleh itu menghasilkan
minyak bertekanan-tinggi dipam ke satu
set penjana atau motor. Keseluruhan
struktur sentiasa tenggelam sepenuhnya
dan di skru dengan tegar di atas dasar
sungai atau laut. Bagi menjana 150kW
daripada kelajuan arus sebanyak 3 knot,
ia memerlukan satu keluasan terusan atau
saluran sebanyak kira-kira 180m2.
Gambarajah 5.16 Stingray Tidal Current
Generator
o Kiraan awal bagi 150kW “stingray
Generator” menunjukkan bahawa ia
boleh menjana 380,000 kWh elektrik dari
satu saluran ombak tertinggi 3 knot
dalam setahun. Sasaran penjanaan boleh
berjaya dari saluran ombak 3 knot
dianggap sebagai penting. Perlu
diperhatikan bahawa ekonomi yang boleh
berjaya adalah radikal diubah jika satu
tapak dengan arus yang lebih tinggi
ditemui, oleh sebab kuasa berkadaran
dengan kuasa 3 halaju. Banyak tapak
seperti ini wujud di United Kingdom.
Kelebihan
Tenaga adalah percuma, tiada bahan
bakar diperlukan dan tiada bahan
buangan.
Kos operasi dan penyenggaraan
tidak mahal.
Boleh menjana tenaga dalam jumlah
yang banyak.
Saiz dan bilangan satah-hidro tidak
dihadkan oleh peronggaan hujung.
Satah-hidro yang besar kurang
terjejas oleh pertumbuhan marin.
Penjanaan elektrik dari kelajuan
tinggi aliran angin dapat
menggunakan reka bentuk turbin
yang standard.
Kekurangan
Bergantung pada gelombang yang
kadang-kadang tenaga yang tersedia
adalah terlebih dan kadang-kadang
tiada.
Memerlukan tempat tertentu yang
tersedia gelombang yang kuat secara
berterusan.
Beberapa reka bentuk sangat bising.
Mesti tahan dalam segala cuaca.
5.5 Rujukan

Sumber-Sumber Tenaga Diperbaharu Yang Lain
CETREE – Buku Sumber Guru
79
Proc. World Renewable Energy Congress VI,
1-7 July 2000, Brighton, United Kingdom, Part
111. Proc. 2nd
Int. Seminar on Renewable Energy for Poverty
Alleviation, 26-27 November 1999, Dhaka,
Bangladesh.
Renewable Energy-Resources and Applications
in Malaysia, Eds. K. Sopian, Mohd Yusof H.O.,
and B Yatim, Pub. Pusat Tenaga Malaysia
(PTM), October 2000.
http://www.eren.doe.gov/geothermal/
http://solstice.crest.org/renewables/re-
kiosk/index.shtml
www.hooverdam.com
www.fwee.org
http://renewable.greenhouse.gov.au/technologie
s/ocean/wave.html
http://www.energy.ca.gov/development/oceane
nergy/
http://www.worldbank.org/html/fpd/energy/geo
thermal/applications.htm
http://www.windmillworld.com/
http://www.seps.sk/zp/fond/dieret/wind.html
http://www.darvill.clara.net/altenerg/wave.htm
http://www.darvill.clara.net/altenerg/wind.htm
http://www.pge-
edsvcs.com/clackamas/hydro2.html
http://www.energotech.gr/hydro.htm

Kecekapan Tenaga
CETREE – Buku Sumber Guru 80
6. Kecekapan Tenaga
Azni Zain Ahmed
6.1 Pendahuluan
Di negara Malaysia, lebih daripada 90%
tenaga yang digunakan adalah daripada tenaga
elektrik. Tenaga elektrik ini pula dijanakan
daripada sumber-sumber asas seperti tenaga
hidro, gas asli, minyak mentah dan aranbatu.
Sumber-sumber ini yang dinamakan tenaga
lazim akan luput mengikut peredaran masa
kerana tenaga seperti ini tidak boleh
diperbaharu. Oleh yang demikian, tenaga
elektrik perlu digunakan secara cermat dan
bijaksana. Manusia pula tidak seharusnya
membazirkan sumber-sumber yang sedia ada
supaya generasi-generasi yang akan datang
juga dapat menikmati kemudahan dan rezeki
daripada sumber alam.
Rajah 6.1: Contoh sumber dan aplikasi tenaga
lazim
Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya
sumber-sumber lazim ini semakin lenyap di
bumi. Harganya akan melabung naik dan
orang yang kaya sahaja dapat menikmati
kemudahan tenaga elektrik. Bayangkan pula
jika insan biasa tidak dapat membayar bil-bil
elektrik : mereka akan tidur dalam keadaan
panas dan kurang selesa; tidak menikmati
minuman atau buah-buahan sejuk; tidak dapat
memakai pakaian yang kemas kerana tidak
berseterika; tidak dapat memasak nasi atau
makan roti bakar; tidak dapat menonton
televisyen dan mendengar radio; tidak dapat
menggunakan komputer dan lain-lain
kemudahan-kemudahan moden yang lain
yang sudah menjadi kebiasaan hidup seharian
pada zaman ini !
Tenaga lazim ialah juga aset atau harta bagi
negara kita. Penjualan harta kepada negara
luar akan mendatangkan faedah kewangan
atau kekayaan kepada negara kita. Sekiranya
harta kita mengurang, maka kuranglah hasil
pendapatan negara kita. Oleh itu sumber
tenaga mestilah dijimatkan demi menjamin
keadaan ekonomi yang stabil.
Selain daripada pengurangan dalam
kuantitinya, pembakaran tenaga lazim juga
menghasilkan pencemaran udara.
Umpamanya, proses pembakaran minyak
mentah akan menghasilkan gas-gas seperti
karbon monoksida dan nitrogen dioksida yang
akan merosakkan alam sekitar. Sumber tenaga
lazim juga menghasilkan zarah-zarah yang
mencemarkan udara. Sekiranya manusia ingin
memelihara alam sekitar dan kesihatan, maka
penggunaan sumber tenaga lazim mesti
dikurangkan ataupun tenaga ini mestilah
dipergunakan secara terbaik supaya
penghasilan gas-gas dan zarah-zarah
berbahaya dikurangkan. Amalan atau usaha
seperti ini dinamakan kecekapan tenaga.
Bab ini akan menceritakan sedikit sebanyak
mengenai sejarah dan sebab-sebabnya
manusia perlu mengamalkan dan
menggunakan proses-proses ke arah
kecekapan tenaga. Beberapa fenomena akan
dijelaskan supaya pembaca lebih memahami
kejadian dan sebab-musabab.
Beberapa kaedah dan cara penggunaan alat-
alat elektrik secara cekap dan bijaksana juga
dicadangkan dalam bab ini. Anda juga akan
berpeluang untuk membuat kiraan mudah
dalam unit tenaga.
6.2 Sejarah
Sebelum tahun 1972, dunia sejagat
beranggapan bahawa sumber-sumber tenaga
seperti arang batu, gas dan minyak mentah
adalah murah dan mudah didapati. Rami
orang tidak begitu percaya dengan amalan
penggunaan tenaga dengan cekap. Ketika itu
penjimatan tenaga tidak begitu releven kerana
penggunaan tenaga dengan banyaknya tidak
menimbulkan masalah kewangan.

Kecekapan Tenaga
CETREE – Buku Sumber Guru 81
Walau bagaimanapun, tahun-tahun dari 1973
hingga 1982 harga minyak melambung naik
kerana krisis politik di negara-negara yang
mengeksport minyak Ketika itu para
pemimpin, peniaga, ahli korporat dan
penyelidik terpaksa mencari sumber-sumber
tenaga alternatif dan cara-cara untuk
menjimatkan tenaga khasnya daripada sumber
tenaga lazim.
Tempoh antara 1983 hingga 1992 pula suatu
isu mengenai pencemaran udara yang berhasil
mendapat perhatian masyarakat dunia. Para
saintis dan pemimpin negara termasuk
Malaysia mula menjadi bimbang terhadap
pencemaran udara sebagai akibat daripada
penggunaan sumber-sumber tenaga lazim.
Sumber-sumber tenaga lazim yang berasal
pada bahan api fosil menghasilkan zarah-
zarah yang mencemarkan udara.
Pada tahun 1987, 46 buah negara telah
menandatangani satu perjanjian Montreal
Protocol untuk mengurangkan penghasilan
dan penggunaan kloroflorokarbon (CFC), satu
gas yang menyumbang pada fenomena
"rumah hijau". Kesan "rumah hijau" ialah
akibat daripada reaksi kimia oleh gas-gas
tertentu yang dilepaskan ke atmosfera hasil
daripada proses-proses perindustrian dan
aktviti-aktiviti manusia di atas bumi. Kesan
"rumah hijau" mengakibatkan kenaikan suhu
pada permukaan bumi dan ini akan
menyebabkan perubahan pada ekosistem
seluruh dunia.
Di antara tahun 1992 hingga 2000, dua
perbincangan besar antara negara-negara telah
diadakan di Rio de Janeiro (1992) dan Kyoto
(1999) mengenai ketiga-tiga isu utama iaitu
sumber tenaga yang makin luput, pencemaran
udara dan perubahan iklim sejagat.
Sekarang jelaslah bahawa manusia mestilah
mengamalkan kecekapan tenaga untuk
Menjamin bekalan tenaga yang berterusan
Mengurangkan import bahan api dari luar
negara
Mengurangkan pencemaran udara
Mengurangkan kesan "rumah hijau"
Bahagian seterusnya akan menerangkan dengan
lebih jelas lagi mengenai pencemaran udara dan
kesan "rumah hijau"
6.3 Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran udara dan alam sekitar yang
dimaksudkan termasuk berlakunya hujan asid
yang dihasilkan apabila air hujan bercampur
dengan sulfur dioksida (SO2). Gas ini terhasil
daripada pembakaran bahan api oleh enjin
kenderaan dan jentera seperti dalam kereta,
bas dan motosikal. Proses-proses
perindustrian juga menghasilkan gas-gas yang
mencemarkan udara termasuk SO2, nitrogen
monoksid (NO) dan karbon dioksida CO2.
Rajah 6.2: Pencemaran alam sekitar
6.3.1 Kesan "Rumah Hijau"
Revolusi industri telah bermula dari abad ke
18. Semenjak itu, aktiviti perindustrian
menjadi makin pesat dari abad ke abad
sehingga kini. Pembakaran tenaga lazim iaitu
bahan api fosil juga menghasilkan karbon
dioksida (CO2) ke dalam atmosfera.
Sebahagian besar daripada gas tersebut
dihasilkan oleh industri, penjanaan kuasa
elektrik, pengangkutan, pendingin udara dan
aktiviti masak-memasak. 65% daripada gas
karbon dioksida yang dilepaskan ke atmosfera
adalah daripada pembakaran bahan api dan
bakinya adalah daripada aktiviti-aktiviti
pembalakan. Perubahan dalam ekosistem di
atas permukaan bumi ini juga menyumbang
pada penambahan CO2 dalam udara.
Ekosistem semula jadi boleh menyerap antara
20 hingga 100 kali lebih banyak karbon
dioksida per unit luas tanah berbanding sistem
pertanian yang diusahakan oleh manusia. Gas-
gas lain yang terhasil daripada perindustrian
ialah methana (CH4), nitrogen dioksida (N2O)
dan CFC. CO2 mempunyai pengaruh yang
paling besar (lebih kurang 55%) ke atas
keamatan kesan "rumah hijau".

Kecekapan Tenaga
CETREE – Buku Sumber Guru 82
Apakah itu sebenarnya kesan "rumah hijau"?
Permukaan bumi ialah suatu penyerap
pancaran gelombang pendek daripada sinaran
matahari. Proses penyerapan ini menukar
pancaran tersebut kepada haba. Pada waktu
malam, suhu permukaan bumi adalah lebih
tinggi daripada ruang sekeliling dan
permukaan bumi menjadi pemancar sinaran
gelombang panjang. Gelombang ini pula
diserap oleh gas-gas dalam atmosfera seperti
CO2. Molekul-molekul gas tersebut
memantulkan pula gelombang panjang
kembali ke permukaan bumi. Gelombang
panjang yang berlebihan ini akan menaikkan
suhu permukaan bumi seperti dalam "rumah
hijau". Kenaikan suhu permukaan bumi akan
memberikan kesan buruk ke atas tumbuh-
tubuhan dan manusia di atas bumi.
Rajah 4 menunjukkan bahawa dalam keadaan
normal 19% daripada sinaran suria diserap
oleh awan dan molekul-molekul dalam
atmosfera manakala 26% terpantul ke ruang
angkasa. 55% daripada sinaran itu ditujukan
ke permukaan bumi manakala 4% terpantul
daripada bumi. Oleh itu hanya 51% dariapda
jumlah sinaran suria sampai ke permukaan
bumi.
Kesan "rumah hijau" yang berlaku secara
semula jadi sebenarnya mempunyai kebaikan
iaitu menetapkan suhu permukaan bumi pada
suhu yang ideal iaitu 15 darjah Celcius.
Sebaliknya kesan "rumah hijau" yang
berlebihan akan mengakibatkan unsur-unsur
negatif kepada manusia, haiwan dan tumbuh-
tumbuhan. Apabila suhu permukaan bumi
ditingkatkan, kuantiti air laut yang lebih besar
akan tersejat dan menyebabkan awan di
bentuk dalam atmosfera. Awan ini berfungsi
sebagai pemantul dan akan memantul sinaran
suria ke arah permukaan bumi. Kenaikan suhu
bumi juga menyumbang pada kesan "rumah
hijau".
Para saintis telah meramalkan bahawa suhu
permukaan bumi akan naik sebanyak 1 hingga
3 darjah Celcius menjelang pertangahan abad
akan datang.
Rajah 6.3 : Permukaan bumi dalam keadaan semula jadi
Rajah 6.4: Proses penyerapan sinaran oleh awan dan molekul gas dan pantulan sinaran suria oleh awan
dan permukaan bumi.
Jadual 1: Gas-gas yang terlibat dalam kesan "Rumah Hijau" : Kepekatan dulu dan kini serta sumber-
sumber gas
55%
26%
4%
19%
100%

Kecekapan Tenaga
CETREE – Buku Sumber Guru 83
Gas
Kepekata
n pada
tahun
1750
Kepekatan Kini Peratus
perubahan Sumber
Karbon Dioksida 280 ppm 360 ppm 29 %
Volkano; Pembakaran
bahanapi fosil;
Pembalakan; Perubahan
dalam penggunaan tanah
Methana 0.70 ppm 1.70 ppm 143 %
Carigali gas asli dan
minyak mentah;
Pembakaran biomas;
Penternakan lembu;
Nitrogen Oksida 280 ppb 310 ppb 11 %
Hutan rimba; Lautan;
Tanah: Baja;
Pembakaran biomas dan
bahan api fosil
Klorofluorokarbon
(CFC) 0 900 ppt -
Peti sejuk, Aerosol;
Bahan pencuci kimia
Ozon Tiada data Berubah dengan
altitud dan latitud
Penurunan di
stratosfera and
peningkatan di
permukaan bumi
Berlaku secara semula
jadi oleh tindakan
sinaran suria ke atas
molekul oksigen dan
oleh penghasilan jerebu
fotokimia

Kecekapan Tenaga
CETREE – Buku Sumber Guru 84
6.3.2 Lapisan Ozon
Ozon ialah molekul oksigen O3.
Kebanyakan molekul ini (kira-kira 97%
daripada jumlah ozon) wujud secara
semula jadi di suatu lapisan atmosfera
yang dinamakan stratosfera yang berada
pada altitud atau ketinggian antara 15
hingga 55 km daripada permukaan bumi.
Apabila gas CFC mengalami pelanggaran
dengan ozon, suatu tindak balas akan
berlaku iaitu CFC akan memisahkan ozon
menjadi oksigen dan ia sendiri akan
menghasilkan karbon, gas klorin dan
flourin.
Sekiranya banyak CFC dilepaskan ke
atmosfera, bilangan molekul ozon akan
menjadi kurang dan lapisan ozon akan
menjadi nipis atau terus hilang dan
membentuk lubang pada stratosfera.
Lapisan ozon sebenarnya bertindak
sebagai penapis sinaran-sinaran yang
berbahaya dari bergerak ke permukaan
bumi. Ozon menyerap gelombang ultra
lembayung yang berbahaya kepada
manusia. Oleh yang demikian
pengurangan penghasilan CFC amatlah
penting untuk mengelakkan gejala-gejala
buruk berlaku terhadap manusia.
Rajah 6.5 : Lubang ozon dalam lapisan
stratosfera.
Laporan mengenai perkembangan lubang-
lubang ozon di Kutub Utara dan Selatan
pada 20 dekad akhir ini telah banyak
menyebabkan negara mengurangkan
penghasilan CFC atau mengharamkan
penggunaan bahan-bahan yang
mengeluarkan CFC seperti bahan
penyejukan. Sejak tahun 70-an, para
saintis telah melaporkan bahawa lapisan
ozon di Antartika telah mengurang
sebanyak 70%.
6.4 Tenaga Elektrik
Bentuk tenaga yang paling lazim
digunakan di negara kita dan untuk
kehidupan seharian ialah tenaga elektrik.
Tenaga ini dijanakan melalui kuasa hidro
atau pembakaran bahan api seperti gas
asli, arang batu, minyak dan distillate.
Tenaga elektrik digunakan oleh semua
sektor domestik, komersial, industri,
awam, perlombongan dan lain-lain. Dalam
sektor domestik, tenaga digunakan untuk
alat-alat elektrik seperti periuk nasi,
pemanas air, cerek, lampu, kipas, mesin
pembasuh kain dan pinggan, televisyen,
pendingin udara dan lain-lain. Dalam
sektor komersial pula, kebanyakan tenaga
elektrik digunakan untuk lampu, pendingin
udara, lif dan eskalator. Bangunan-
bangunan awam seperti pejabat, sekolah
dan hospital juga menggunakan tenaga
elektrik untuk lampu, mesin-mesin pejabat
seperti pencetak, komputer, untuk
pendinginan dan lain-lain. Sektor industri
pula menggunakan tenaga untuk
menjalankan mesin, jentera dan alat
pemprosesan selain penggunaan seperti
dalam sektor-sektor lain.
Sektor pengangkutan pula menggunakan
tenaga dalam bentuk bahan api minyak dan
diesel. Walaupun negara kita belum lagi
menggunakan kenderaan yang
menggunakan tenaga elektrik secara
meluas dan besar-besaran, namun tenaga
daripada bahan api fosil akan
menyumbang pada kesan "rumah hijau"
dan pencemaran alam sekitar.

Kecekapan Tenaga
CETREE – Buku Sumber Guru 85
6.4.1 Kecekepan Tenaga sebagai Satu
Tanggungjawab
Sekarang anda telah faham mengapa kita
perlu mengamalkan kecekapan tenaga dalam
kehidupan seharian. Kita perlu
menggunakan tenaga secara cekap dan
bijaksana kerana kita mesti menjamin
bekalan tenaga yang berterusan supaya
generasi yang akan datang akan sama-sama
dapat menikmati faedah penggunaan tenaga
seperti generai sekarang. Kita juga boleh
mengurangkan pembawaan masuk bahan api
dari luar negara dan sekaligus
mengurangkan perbelanjaan untuk bahan-
bahan yang diimport. Kita juga mesti
memelihara alam sekitar untuk menjamin
kehidupan di atas bumi ini selamat dan sihat
dan untuk mengurangkan kesan "rumah
hijau" yang akan mengakibatkan gejala
buruk berlaku terhadap bumi.
Sekiranya setiap manusia di dunia ini
menggunakan tenaga dengan cara yang baik,
pastilah kehidupan kita akan lebih terjamin,
selesa dan makmur. Kita tidak perlu menjadi
seorang pemimpin, saintis, ahli korporat
atau ahli perniagaan untuk menyumbang
pada kecekapan tenaga. Malah setiap
individu, sama ada suri rumah atau kanak-
kanak dapat melakukannya.
Apakah yang boleh anda lakukan ke arah
kecekapan tenaga di negara kita? Kecekapan
tenaga boleh dimulakan di persekitaran
rumah umpamanya, anda boleh melakukan
beberapa perkara seperti yang di bawah.
▪ Cabutkan plug bagi alat-alat elektrik
yang jarang digunakan.
▪ Tutup pintu dan tingkap dalam bilik
yang dipasang pendingin udara supaya
udara yang sejuk tidak keluar.
▪ Laraskan termostat pendingin udara
antara 22 hingga 24 darjah Celcius.
▪ Pasang alat pembasuh kain atau
pembasuh pinggan apabila penuh sahaja.
▪ Kumpulkan pakaian sebelum
menggunakan seterika. Masa yang
digunakan untuk menunggu sehingga
seterika panas akan membazirkan tenaga.
▪ Tutup suis lampu, kipas dan alat
pendingin udara apabila tiada orang
berada dalam bilik. Amalkan. Begitu
juga dengan peti televisyen.
▪ Beli alat elektrik yang mempunyai saiz
yang cukup untuk keperluan anda atau
keluarga anda.
▪ Beli alat elektrik yang mempunyai label
"Energy Star" atau alat yang telah
mendapat kelulusan SIRIM atau alat
yang berlabel “Cekap tenaga”.
▪ Bersihkan setiap alat daripada
kekotoran, karat dan alat yang tersumbat.
Rajah 6.6: Alat-alat elektrik
Di bawah ialah kaedah penggunaan alat-
alat elektrik domestik tertentu.
▪ Lampu
o Gunakan lampu cekap tenaga kerana
lampu jenis ini ialah 4 kali lebih
cekap daripada lampu biasa.
o Gunakan ballast elektronik yang
lebih menjimatkan tenaga.
o Lampu yang dipasang pada pemantul
(reflectors) akan menjimatkan lagi
kerana cahaya tersebar lebih luas.
o Mentol perlu dibersihkan daripada
debu dan kekotoran supaya tidak
malap.

Kecekapan Tenaga
CETREE – Buku Sumber Guru 86
o Sekiranya boleh, gunakan lampu
setempat berbanding lampu untuk
seluruh ruang.
Rajah 6.7 : Mentol cekap tenaga
▪ Peti Sejuk
o Beli peti sejuk yang mempunyai
kapasiti yang sesuai dengan keluarga
anda.
o Kebanyakan model peti sejuk pada
masa ini menjimatkan tenaga
berbanding model lama.
o Elakkan daripada membuka pintu
tanpa sebab.
o Elakkan daripada membuka pintu
peti sejuk secara luas supaya udara
sejuk di dalamnya tidak terkeluar.
o Bersihkan ruang dalam dari masa ke
masa.
o Letakkan peti sejuk jauh daripada
dapur atau sumber panas.
o Renggangkan bahagian belakang peti
daripada permukaan seperti dinding
untuk pengedaran udara.
Rajah 6.8 : Peti Sejuk
o Elakkan daripada menyimpan
makanan atau minuman yang panas.
Sejukkan makanan di luar peti
sehingga mencapai suhu persekitaran
sebelum menyimpan makanan di
dalam peti sejuk.
▪ Pemanas Air
o Pasangkan suis pemanas air hanya
ketika ingin menggunakannya. Tutup
suis sebaik sahaja air panas telah
digunakan.
o Elakkan daripada memasang suis
terlalu lama.
o Pilih model yang mempunyai ciri-ciri
kecekapan tenaga.
Rajah 6.9: Pemanas Air
▪ Pendingin Udara
o Pilih saiz dan kapasiti yang sesuai
untuk ruang bilik.
o Pilih model yang mempunyai
termostat. Julat suhu yang sesuai
untuk negara ini adalah antara 22
hingga 25 darjah Celsius.
o Tutup alat pendingin apabila tiada
orang di dalam bilik.

Kecekapan Tenaga
CETREE – Buku Sumber Guru 87
o Elakkan daripada sebarang halangan
di depan alat pendingin sama ada kain
atau perabot.
▪ Seterika
o Pasang suis hanya apabila
menggunakannya. Tutup suis sebaik
sahaja tamat menyeterika pakaian.
o Gunakan suhu yang paling sesuai
dengan kain untuk mengelakkan
pembaziran tenaga.
o Kumpulkan pakaian dan gunakan
seterika pada masa yang sama.
Amalan menyeterika satu demi satu
akan membazirkan tenaga kerana
seterika perlu dipanaskan sebelum
digunakan. Proses ini menggunakan
tenaga.
Rajah 6.10: Seterika
Sekiranya semua rakyat di negara ini
mengamalkan kecekapan tenaga, maka
tenaga dan alam sekitar dapat
diselamatkan. Amalan di rumah tidak
banyak menggunakan wang dan masa,
cuma kesedaran. Kanak-kanak pun dapat
dilatih dari kecil lagi dalam amalan yang
akan membawa kebaikan ini.
Para pengguna sebenarnya tidak perlu
bimbang mengenai pembelian alat-alat
elektrik yang cekap tenaga. Kebanyakan
model diiklankan kerana kebolehan alat
tersebut menjimatkan tenaga. Oleh itu,
pemilihan dan pembelian alat menjadi
lebih mudah. Kerajaan Malaysia sedang
berusaha untuk mewajibkan semua
pembuat barangan elektrik tempatan mesti
menampal label "cekap tenaga" pada
barangan mereka.. Kementerian Tenaga,
Komunikasi dan Multimedia telah pun
menubuhkan satu Suruhanjaya Tenaga
pada tahun 2001 untuk
mengimplementasikan polisi-polisi dan
undang-udang mengenai kecekapan tenaga
di negara ini.
Pendek kata, usaha kerajaan akan
mempermudah rakyat di negara ini
membeli dan mengamalkan kecekapan
tenaga.
6.4.1 Asas-asas Tenaga
Tiga buah syarikat utama membekalkan
tenaga di negara ini. Syarikat tenaga itu
ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB),
Sabah Electricity Sdn Bhd, (SESB) dan
Sarawak Electricity Supply Corporation
(SESCO). Syarikat-syarikat tersebut
masing-masing bertanggungjawab untuk
membekalkan tenaga elektrik di
Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Syarikat-syarikat kecil yang lain juga turut
membekalkan tenaga di negara ini.
Jumlah kuasa elektrik yang dibekalkan
adalah seperti Jadual 2.
Negeri Jumlah Kuasa Elektrik
(MW)
Semenjung Malaysia 12,975
Sabah 777
Sarawak 872
JUMLAH BESAR 14,624
Jadual 2: Bekalan kuasa elektrik di Malaysia
Unit Tenaga
Unit asas tenaga, E adalah joule (J).
Kuasa pula ialah tenaga yang dibekalkan
per unit masa
P = tenaga yang dibekalkan = E
Masa t
Maka unit bagi kuasa diberi oleh

Kecekapan Tenaga
CETREE – Buku Sumber Guru 88
P = [joule] = [J] = J/s atau watt (W)
[saat] [s]
Oleh itu, jumlah kuasa elektrik yang
dibekalkan di Malaysia adalah 14,624
megawatt (MW).
Tenaga juga boleh diberi unit seperti
berikut :
Tenaga = E = P x t
Maka, unit bagi E adalah
[watt x jam] atau Wh
Keperluan ini makin meningkat dari tahun
ke tahun kerana negara ini masih
membangun. Dijangka permintaan tenaga
akan meningkat sebanyak 6 hingga 8%
setiap tahun mulai 2000. Pada tahun 1999,
purata tenaga yang digunakan oleh setiap
penduduk di Malaysia alah 2,450 kWh.
Hal ini bermaksud, dalam masa 1 jam,
jumlah tenaga yang digunakan ialah 2,450
kilowatt.
Jadual 3 menunjukkan kuasa alat-alat
elektrik yang lazim kita gunakan seharian.
Alat Elektrik Kuasa
Cerek 2,400 W
Seterika 1,000 W
Ketuhar Gelombang Mikro 800 - 1,300 W
Peti Sejuk 600 W
Peti Televisyen 100 W
Jadual 3: Contoh Kuasa Alat Elektrik
Cuba anda kira berapakah jumlah tenaga
yang digunakan bagi setiap alat.
Contoh 1
Tenaga elektrik yang digunakan oleh
sebuah seterika apabila dipanaskan selama
1.5 jam.
E = P x t
E = 1,000 x (1.5 jam)
= 1,500 Wh
= 1.5 kWh
Harga Tenaga
Tarif Kategori Kadar Unit
A Domestik
200 unit pertama
800 unit kemudian
Unit tambahan
Caj minimum bulanan
21.80
25.80
27.80
2.50
Sen/kWh
Sen/kWh
Sen/kWh
RM
B Komersial
Voltan rendah
Caj minimum bulanan
28.80
6.00
Sen/kWh
RM
C1 Komersial
Voltan sederhana
"Peak demand"
Semua unit
Caj minimum bulanan
17.30
20.80
500.00
RM/kWh
Sen/kWh
RM
D Industri
Semua unit
Caj minimum bulanan
25.80
6.00
Sen/kWh
RM
E1 Industri Voltan Sederhana
Setiap unit bagi
permintaan maksimum sebulan
Semua unit
Caj minimum bulanan
17.30
19.80
500.00
RM/kWh
Sen/kWh
RM
F Perlombongan Voltan Rendah
Semua unit
Caj minimum bulanan
21.80
100.00
Sen/kWh
RM
G Lampu awam
Semua unit (tanpa
selengaraan)
Semua unit (dengan
selengaraan)
17.30
10.80
Sen/kWh
Sen/kWh
Contoh 2

Kecekapan Tenaga
CETREE – Buku Sumber Guru 89
Kirakan harga tenaga untuk 1.5 kWh
(gunakan tarif bagi kategori domestik).
Penyelesaian:
Pada Tarif A, harga tenaga bagi 100 unit
pertama ialah 21.80 sen/kWh.
Maka jumlah harga tenaga bagi 1.5 kWh
ialah
H = 1.5 x 21.80 sen
= 32.70 sen
Rajah 6.11 : Contoh bil elektrik
Contoh 3
Lihat Rajah 6.11 yang menunjukkan bil
elektrik bagi sebuah rumah kediaman.
Kirakan jumlah yang perlu di bayar untuk
penggunaan tenaga elektrik.
Penyelesaian
Unit Kadar Amaun
200 21.80sen/kWh RM 43.60
297 25.80sen/kWh RM 76.63
Jumlah perlu dibayar : RM120.23
6.5 Bangunan Cekap Tenaga
Lebih kurang 45% daripada permintaan
tenaga elektrik di negara ini adalah daripada
sektor domestik (18%) dan komersial (27%).
Kebanyakan daripada tenaga ini digunakan
untuk lampu, pendingin udara dan pemanas
air dalam bangunan.
Bangunan yang cekap tenaga direka dan di
bina sebegitu rupa supaya penggunaan
tenaga elektrik untuk lampu dan pendingin
udara kurang daripada biasa. Sekiranya
bangunan-bangunan di negara ini jenis
cekap tenaga, jumlah permintaan tenaga
sudah pasti menurun.
Penggunaan alat pendingin udara adalah
sangat popular dalam kalangan rakyat
Malaysia kerana cuaca yang panas dan
bahang menghalang produktiviti pekerja.
Keadaan kurang selesa dalam bangunan
menyebabkan kebanyakan bangunan
komersial dan awam dihawadinginkan.
Ramai pemilik rumah kediaman juga
memasang pendingin udara di rumah
mereka kerana mereka sudah mampu
berbuat demikian.

Kecekapan Tenaga
CETREE – Buku Sumber Guru 90
Bahan binaan, reka bentuk, lokasi, orientasi
bangunan moden adalah antara faktor-faktor
yang menjadikan keadaan di dalam
bangunan moden kurang selesa untuk
diduduki tanpa memasang alat penyejuk.
Bahagian seterusnya akan memperihalkan
bagaimana haba diserap di dalam bangunan.
Rajah 6.12: Bangunan domestik dan
komersial
6.5.1 Mengurangkan penyerapan haba
ke dalam bangunan
Negara Malaysia berada tepat di
khatulistiwa dan oleh itu mengalami cuaca
panas sepanjang tahun. Suhu di negara ini
akan turun sedikit hanya pada waktu malam
dan apabila hujan.
Matahari terbit di sebelah Timur dan
terbenam di sebelah Barat (Lihat rajah
6.13a). Laluan matahari tidak banyak
berubah dari hari ke hari. Orientasi
bangunan di Malaysia adalah penting. Paksi
panjang bangunan mestilah menghadap ke
utara dan selatan manakala paksi pendeknya
menghala ke sebelah timur dan barat. Rajah
6.13b menunjukkan bahawa permukaan
dinding yang lebih kecil akan terdedah
kepada sinaran matahari apabila matahari
terbit dan terbenam manakala permukaan
dinding yang lebih besar tidak terdedah
kepada sinaran terus.
Rajah 6.13a: Arah pergerakan matahari
Rajah 6.13b: Orientasi paksi bangunan
Rajah 6.14: Haba di serap melalui dinding
dan bumbung bangunan
Rajah 6.14 menunjukkan haba dari sinaran
matahari yang diserap oleh dinding, tingkap
dan bumbung bangunan. Bahan binaan
mestilah diperbuat daripada sejenis bahan
yang tidak menyerap haba supaya ruang
dalam bangunan tidak menjadi panas.
Sumber haba selain sinaran matahari ialah
manusia sendiri. Jenis aktiviti yang
dilakukan oleh penghuni bangunan akan
menentukan banyak mana haba dihasilkan
oleh mereka. Bilangan penghuni juga
mempengaruhi kuantiti haba yang terhasil.
Alat-alat elektrik dalam bangunan juga
melesapkan haba ke udara. Alat-alat dalam
ruang pejabat ialah pencetak, komputer,
mesin pendua dan lain-lain lagi. Alat-alat
elektrik dalam rumah ialah peti sejuk,
televisyen, komputer dan sebagainya.
Alat-alat elektrik dalam bangunan mestilah
daripada jenis yang cekap tenaga supaya
Selatan
Utara

Kecekapan Tenaga
CETREE – Buku Sumber Guru 91
penghasilan haba dalam bangunan
dikurangkan.
Rajah 6.15: Alat elektrik dalam pejabat
yang menghasilkan haba
Lampu dalam bangunan juga merupakan
salah satu alat elektrik yang menghasilkan
haba. Jika kita ingin mengurangkan
penghasilan haba, cahaya daripada lampu
elektrik boleh digantikan dengan cahaya
semulaj adi daripada sinaran langit.
Cahaya langit adalah cahaya daripada
langit. Sebaliknya cahaya matahari
adalah sinaran terus daripada matahari.
Kecekapan (atau efikasi) cahaya langit
adalah lebih besar daripada lampu elektrik.
Ini bermakna cahaya langit berupaya
menghasilkan lebih banyak cahaya
daripada mentol elektrik bagi setiap watt.
Efikasi sinaran langit di Malaysia adalah
120 lumen per watt manakala purata
efikasi mentol lampu adalah sekitar 60
hingga 100 lumen per watt sahaja. Lumen
ialah unit bagi cahaya yang dihasilkan oleh
sesuatu sumber.
Jika sesebuah bangunan direkabentuk
dengan baik supaya cahaya semula jadi
digunakan untuk pencahayaan dalaman di
dalam bangunan, maka tenaga elektrik
boleh dikurangkan. Contoh jenis bangunan
yang menggunakan cahaya semulajadi
adalah atrium yang terdapat di beberapa
bangunan tinggi dan moden dikawasan-
kawasan bandar.
Rajah 6.16: Pencahayaan semula jadi
daripada sinaran langit
Kajian-kajian yang pernah dilakukan telah
membuktikan bahawa penggunaan cahaya
semula jadi boleh menjimatkan tenaga
elektrik untuk pencahayaan dalaman
sebanyak 42% di Malaysia, 70% di Thailand
dan 60% di Amerika Syarikat.
Cahaya semula jadi mempunyai sifat-sifat
yang memberikan faedah kepada manusia
seperti kesan psikologi, produktiviti dan
kesihatan. Kajian di Australia telah
membuktikan bahawa prestasi pelajar
meningkat apabila reka bentuk sekolah
menggunakan sinaran langit sebagai sumber
cahaya. Kajian juga telah dilakukan di
Amerika Syarikat dan Eropah yang
mendapati pesakit di hospital cepat sembuh
sekiranya mereka terdedah ke cahaya langit.
Produktiviti pekerja-pekerja kilang juga
meningkat apabila cahaya langit dibenarkan
masuk ke dalam bangunan kilang.
Terbukti sudah bahawa pencahayaan
daripada langit memberikan kesan positif
terhadap keselesaan manusia di samping
menyumbang pada kecekapan tenaga dalam
bangunan.

Kecekapan Tenaga
CETREE – Buku Sumber Guru 92
Rajah 16: Pantulan sinaran matahari
Lokasi sesebuah bangunan mempunyai
pengaruh di atas iklim persekitaran
bangunan. Sekiranya bangunan tersebut
diletakkan di tengah-tangah bandar, sudah
pasti suhu disekelilingnya adalah tinggi
berbanding sebuah bangunan yang dibina di
desa, di pinggiran danau, di atas bukit
ataupun di dalam hutan rimba.
Bagi bangunan di bandar disyorkan pokok-
pokok di tanam dikeliling bangunan untuk
bangunan rendah atau tanam-tanaman hijau
diberanda untuk bangunan tinggi.
Sebaliknya, alat-alat peneduh (lihat Rajah
6.17) mestilah di pasang pada bangunan
untuk mengelakkan sinaran terus matahari
menimpa di permukaan dinding bangunan.
alat-alat pemantul cahaya yang lain juga
boleh difikirkan seperti filem nipis yang di
tampal pada permukaan tingkap.
6.5.2 Beban Penyejukan
Strategi-strategi untuk mengurangkan
penyerapan haba ke dalam bangunan
bertujuan mengurangkan beban haba yang
perlu dibuang oleh alat pendingin udara.
Beban haba ini dikenali dengan istilah
beban penyejukan. Lagi besar beban
penyejukan lagi besarlah beban yang perlu
dibuang oleh alat pendingin udara. Oleh
yang demikian, penyelesaian untuk
mengurangkan beban penyejukan (iaitu
mengurangkan tenaga elektrik untuk
menjalankan alat pendingin) adalah
pengurangan beban haba. Cara ini amat
berkesan dalam amalan kecekapan tenaga.
Penggunaan cahaya sinaran langit
merupakan strategi serampang dua mata.
Satu faedahnya ialah tenaga elektrik
dikurangkan untuk pencahayaan dan
keduanya, haba yang dihasilkan oleh cahaya
langit adalah jauh lebih kurang daripada
haba yang dihaslkan oleh cahaya elektrik.
Beban penyejukan boleh dikurangkan
apabila cahaya langit digantikan dengan
cahaya elektrik.
Jumlah beban penyejukan, Qp boleh di
rumuskan seperti yang berikut :
Qp = Qsinaran matahari + Qalat + Qpenghuni +
Qlampu
Dimana
Qsinaran matahari = haba daripada sinaran
matahari melalui tingkap, dinding dan bumbung
Qalat = haba yang dilesapkan oleh
alat-alat elektrik
Qpenghuni = haba daripada penghuni
bangunan
Qlampu = haba daripada lampu
elektrik
Rumus di atas menunjukkan kepada kita
bahawa jumlah beban penyejukan dapat
dikurangkan apabila salah satu atau
kombinasi atau semua beban daripada
sumber-sumber haba dikurangkan.
Kesimpulannya, reka bentuk, lokasi, bahan
binaan, alat elektrik dan aktiviti manusia
dalam bangunan dapat diubahsuai supaya
penggunaan tenaga dapat dikurangkan.
6.6 Teknologi Kecekapan Tenaga
Masa Depan
Sumber-sumber tenaga tidak lazim seperti
tenaga yang boleh diperbaharu dapat
menggantikan tenaga elektrik. Beberapa

Kecekapan Tenaga
CETREE – Buku Sumber Guru 93
teknologi telah dan sedang diuji untuk
mengurangkan penggunaan tenaga elektrik
yang dijanakan daripada sumber-sumber
bahan api fosil.
Umpamanya, teknologi fotovoltaik (PV)
dapat digunakan untuk menjana tenaga
elektrik. Teknologi terkini mengenai PV
yang digunakan dalam reka bentuk
bangunan ialah bumbung PV. Tenaga
elektrik yang dijanakan oleh bumbung PV
boleh digunakan untuk menghidupkan
televisyen, radio, pemanas air dan lampu
dalam rumah, bergantung pada kapasiti
sistem tersebut. Rajah 17 menunjukkan
bumbung PV yang dipasangkan pada
beberapa buah rumah berangkai di
Amerika Syarikat.
Rajah 6.18: Bumbung PV
Rajah 6.19: Lampu jenis “chandelier”
dalam Masjid Wilayah
Teknologi pencahayaan inovatif pula bakal
menggantikan pencahayaan elektrik dalam
bangunan. Teknologi seperti ini pun telah
digunakan pada bangunan-bangunan di
serata dunia termasuk Malaysia. Satu
contoh teknologi pencahayaan inovatif
ialah lampu besar berjenis “chandelier” di
bawah kubah Masjid Wilayah di Kuala
Lumpur (Rajah 18).
Sebuah pengumpul cahaya atau heliostat di
pasang betul-betul di atas kubah masjid
tersebut. Heliostat ini menjejak matahari,
memantul cahaya ke dalam kubah melalui
lubang kaca dan cahaya daripada matahari
ditujukan pada lampu besar yang tergantung
di bawah kubah. Cahaya matahari di serak
oleh kanta-kanta kecil supaya cahaya di
pancar di sekeliling ruang di dalam masjid.
Anda boleh lihat dengan mata sendiri kesan
teknologi inovatif ini dalam seni bina masjid
tersebut. Teknologi seperti ini mampu
mengurangkan bil elektrik masjid sebanyak
RM 200,000 setahun untuk tujuan
pencahayaan ruang dalaman.
6.6.1 Kecekapan Tenaga dalam Industri
Kecekapan tenaga juga boleh dilakukan di
sektor industri. Satu daripadanya ialah
menggunakan biojisim untuk bahan api,
sistem fotovoltaik, pemanas suria, sistem
pengeringan atau pemanas berbantukan
tenaga suria dan sebagainya.
Alat-alat, mesin dan jentera yang cekap
tenaga terdapat di pasaran. Teknologi dan
reka bentuk baru yang cekap tenaga sentiasa
diperbaiki dan diuji oleh para penyelidik dan
pengusaha. Penjelasan lebih perinci
mengenai teknologi kecekapan tenaga dalam
industri adalah di luar skop bab ini.
6.7 Rumusan
Tenaga daripada matahari yang
memanaskan permukaan bumi. Tenaga suria
ini dapat digunakan untuk menjanakan
tenaga elektrik, memanas dan membekalkan
cahaya. Pada masa ini, kita menggunakan
bahan api fosil seperti arangbatu, minyak
dan gas untuk keperluan tenaga kita. Kita
tidak boleh bergantung semata-mata pada
sumber-sumber tenaga ini kerana sumbernya
kian mengurang dan tidak berganti. Kita
mesti mencari sumber-sumber lain untuk
keperluan tenaga kita. Tenaga suria adalah
salah satu sumber tersebut. Mengamalkan
kecekapan tenaga ialah satu cara untuk

Kecekapan Tenaga
CETREE – Buku Sumber Guru 94
melanjutkan bekalan tenaga kita ataupun
melambatkan proses pelupusan sumber
tenaga lazim.
Kecekapan tenaga tidak semestinya
menurunkan kualiti hidup atau melambatkan
pembangunan negara. Kecekapan tenaga
bermakna amalan menjimatkan sumber-
sumber terhad, pembangunan mapan,
pemeliharaan alam sekitar di samping
menjamin kualiti dan keselesaan hidup.
6.8 Rujukan
Renewable Energy World, 4(2), James and
James. March-April 2001.
Statistik Industri Bekalan Elektrk Malaysia,
Jabatan Bakelan Elektrk dan Gas Malaysia.
Edisi Tahun 2000.
Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.
National Energy Balance Malaysia. 1980 –
1995.
Kecekapan tenaga.
URL: http://electricpower.about.com
Projek Sains.
URL: http://kidscience.about.com
Kecekapan tenaga dan alam sekitar.
URL: http://environment.about.com
Kecekapan Tenaga dan Tenaga
Diperbaharui
URL:http://solstice.crest.org
Tenaga
URL:http://www.energy.ca.gov

Kecekapan Tenaga
CETREE – Buku Sumber Guru 95
LAMPIRAN
Uji kaji 1
Tujuan : Menjelaskan Kesan "Rumah
Hijau"
Bahan-bahan
Pepejal CO2
Sumber cahaya (100 watt)
Jam Randik
2 biji botol kaca dengan penutup
2 batang termometer yang boleh
dimuatkan dalam botol kaca.
Kaedah
1. Sediakan jadual data untuk mencatat
suhu di dalam kedua-dua botol setiap
10 minit.
2. Lekatkan label pada botol. Satu label
ditulis "udara" dan satu lagi "CO2".
3. Letakkan sebatang termometer dalam
setiap botol.
4. Letakkan seketul pepejal CO2 dalam
botol berlabel "CO2".
5. Apabila suhu dalam botol telah stabil,
catatkan suhu dalam setiap botol.
6. Letakkan botol lebih kurang 0.5m
daripada sumber cahaya 100 watt.
7. Baca dan catitkan suhu dalam setiap
botol setiap 10 minit selama 1 jam.
Soalan
Adakah suhu dalam setiap botol itu
berbeza? Jika tidak, tulis mengapa.
Peringatan :
Sila gunakan sarung tangan getah apabila
memegang pepejal CO2.
Jadual data :
Masa
(min)
Suhu dalam
Botol "udara"
(oC)
Suhu dalam
Botol "CO2"
(oC)
10
20
30
40
50
60

Kecekapan Tenaga
CETREE – Buku Sumber Guru 96
Ujikaji 2
Tujuan : Pemanas suria
Bahan-bahan :
Beberapa kepingan biskut rangup
Kertas pembakar kek
Cawan aluminium
Tin pembakar
250g cokelat susu, dipotong dadu
Kaedah
1. Atur kertas pembakar kek dan cawan
aluminium di atas tin pembakar.
2. Letakkan sekeping biskut dalam setiap
kertas pembakar dan cawan aluminium.
3. Susun sekeping keping cokelat di atas
biskut tersebut.
4. Dedahkan biskut-biskut pada sinaran
matahari.
5. Catatkan apa yang berlaku terhadap
cokelat.
Soalan
Adakah kepingan-kepingan cokelat cair
pada kadar yang sama? Jika tidak,
mengapa?
Ujikaji 3
Tujuan: Kecekapan tenaga
1. Pada akhir awal bulan, lihat bil
elektrik rumah anda yang terkini.
Pada awal bulan pertama mulakan
amalan kecekapan tenaga dalam
rumah anda.
2. Tutup semua suis apabila alat-alat
elektrik tidak digunakan seperti
lampu, televisyen dan radio.
3. Tutup suis pendingin udara apabila
tiada orang di dalam bilik. Apabila
alat pendingin sedang dipasang,
tutup pintu dan tingkap dengan rapat
supaya udara sejuk tidak keluar.
4. Pada akhir bulan kedua, lihat bil
elektrik anda.
5. Adakah jumlah yang kena dibayar
berkurang? Jika jawapannya adalah
ya, maka anda telah menggunakan
tenaga secara bercermat dan bijak.

Sumber Maklumat Tenaga Diperbaharui Dan Kecekapan Tenaga Dalam Pendidikan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 97
1. Sumber Maklumat Tenaga Diperbaharui Dan Kecekapan Tenaga Dalam Pendidikan
Abdul Malik Abdul Shukor
7.1 Pendahuluan
Bahan-bahan untuk kegunaan guru dalam
persiapan untuk mengajar Tenaga Diperbaharui
dan Kecekapan Tenaga dalam Bahasa Malaysia
amat kurang. Bab ini merupakan suatu usaha
awal untuk mengumpulkan sebanyak mungkin
bahan-bahan yang telah diterbitkan dan mudah
difahami oleh para guru.
Malah, bahan-bahan penyelidikan telah banyak
ditulis dan diterbitkan oleh pakar-pakar Tenaga
Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga tempatan
dalam Bahasa Malaysia. Akibatnya, topik-topik
Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga
lebih terserlah diperbincangkan pada peringkat
Universiti berbanding dengan peringkat sekolah
dan masyarakat umum. Tren ini tidak seimbang
dan usaha perlu ditumpukan kepada peluasan
perbincangan isu-isu Tenaga Diperbaharui dan
Kecekapan Tenaga di peringkat sekolah
khasnya.
Dengan adanya senarai bahan yang bersesuaian,
guru dapat meningkatkan kefahaman dan
pembacaan mengenai Tenaga Diperbaharui dan
Kecekapan Tenaga. Pengajaran dan
pembelajaran mengenai topik tersebut akan
lebih menarik dan berkesan. Seterusnya, pelajar
selaku generasi muda akan mendapat
pendedahan awal dan demi masa masyarakat
Malaysia akan lebih sensitif terhadap kegunaan
tenaga harian. Suatu hari nanti, isu-isu tenaga
dan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan
Tenaga akan menjadi isu penting dalam
kehidupan seharian masyarakat Malaysia.
Bahan-bahan yang disenaraikan boleh juga
digunakan oleh guru dan pelajar bukan sains
untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman
tentang Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan
Tenaga. Malah beberapa aktiviti pelajar aliran
bukan sains boleh bertemakan tenaga. Terdapat
satu bab dalam Jilid 4 Siri Pendidikan CETREE
ini yang mencadangkan dengan lebih terperinci
aktiviti yang relevan. Hemat dan cermat semasa
menggunakan tenaga tentunya merupakan satu
akhlak mulia yang disanjung oleh semua agama
dan budaya.
Masyarakat Malaysia yang mengamalkan
Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga
dalam kehidupan seharian akan disanjung
seantero dunia.
7.1.1 Susunan Bahan-Bahan
Bahan-bahan disusun mengikut topik-topik
berikut :
1) Tenaga Diperbaharui dan
Kecekapan Tenaga (Umum)
2) Tenaga Terma Suria
3) Tenaga Biojisim
4) Tenaga Angin
5) Tenaga Fotovolta
6) Kecekapan Tenaga
Bahan untuk tiap-tiap topik pula disusun saperti
berikut :-
1) Buku
2) Buku Kecil
3) Poster
4) Video
5) Ensiklopedia
6) Ucapan
Halaman web yang terdapat di hujung bab ini,
meliputi kesemua topik-topik Tenaga
Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga.
7.2 Tenaga Diperbaharui Dan Kecekapan
Tenaga
▪ Buku
1. Tenaga Yang Boleh Diperbaharui
dan Kecekapan Tenaga -:
Himpunan 6 Kertas-kerja yang
dibentangkan dalam Bengkel
Pembangunan Kurikulum Tenaga
Bagi Sekolah Menengah.
Mengandungi maklumat asas
tentang Tenaga dan alam sekitar,
Tenaga Terma Suria, Tenaga
Elektrik Suria, Biojisim, Tenaga

(CETREE – Buku Sumber Guru) 98
Angin dan Kecekapan Tenaga.
Konsep Tenaga Boleh
Diperbaharui Dalam Kurikulum
Sains Sekolah juga dibincangkan.
76 mukasurat. Terbitan CETREE.
2. Eksperimen Sains untuk Sekolah
Menengah – Tenaga Yang Boleh
Diperbaharui. Mengandungi
beberapa eksperimen menarik yang
boleh dijalankan di sekolah. 30
mukasurat. CETREE.
3. Energy for Malaysians.
Penerangan umum tentang
keperluan dan sumber tenaga di
Malaysia dan kebimbangan tentang
kestabilan sumber pada masa
depan.
EPSM.
▪ Buku Kecil
1. Renewable Energy For You -:
Penerangan ringkas tentang
pelbagai Sumber Tenaga
Diperbaharui..14 muka-surat.
Terbitan Kerajaan India. Hubungi
CETREE.
2. Scenarios for a Clean Energy
Future : Interlaboratory Working
Group on Energy Efficient and
Clean Energy Technologies.
Menerangkan cabaran alam
persekitaran termasuk pertukaran
cuaca, pencemaran air,
pertumpahan minyak dan
ketidakkecekapan ketika
penggunaan tenaga. Perpustakaan
USM.
▪ Poster
1. Koleksi Poster RE & EE 2000
Poster-poster dari Pertandingan
Melukis Poster bertemakan Tenaga
Diperbaharui dan Kecekapan
Tenaga Peringkat Sekolah
Menengah Malaysia 2000.
PTM.Terhad
▪ Video
1. Menanti Masa.
Gambaran ringkas tentang apa yang
akan berlaku apabila sumber tenaga
fossil mulai berkurangan. 10 minit.
CETREE.
▪ Ensiklopedia
1. Ensiklopedia Malaysiana
Jilid 13 Perhatikan ‘Tenaga’
(m.s.3)
Penerangan ringkas mengenai
tenaga, tenaga angin, laut, hidro,
geoterma dan suria. Semak di
bahagian Rujukan di Perpustakaan
Universiti atau Negeri.
▪ Ucapan
1. Alternative Energy Options :
Challenges and Opportunities
YAB Dato’Seri Dr. Mahathir
Mohamad semasa merasmikan
‘The World Renewable Energy
Congress 1999’ di Kuala Lumpur.
Makluman dasar serta inisiatif
Malaysia dalam meluaskan
penggunaan Tenaga Diperbaharui
dan Kecekapan Tenaga.
Pejabat Perdana Menteri. Percuma.
Layari www.smpke.jpm.my
7.3 Kecekapan Tenaga
▪ Buku
1. Electrical Energy Efficiency :-
Bagaimana peralatan elektrik dapat
dispesifikasikan untuk optima
kecekapan tenaganya dan
memaksimum penjimatan tenaga.
JBEG.
▪ Buku Kecil
1. Panduan Kecekapan Tenaga – :
Kepentingan, Sumber dan
Memahami Tenaga Elektrik, Kesan
Penggunaan yang tidak Cekap serta

Sumber Maklumat Tenaga Diperbaharui Dan Kecekapan Tenaga Dalam Pendidikan
(CETREE – Buku Sumber Guru) 99
Panduan Mengamalkan Kecekapan
Tenaga. 11 muka-surat.
JBEG. Percuma.
2. A Guide to Electricity Saving -:
Panduan menjimat tenaga elektrik
untuk Lampu, Pendingin udara dan
Peti-ais.
Untuk pengguna domestik. 24
mukasurat. Bahasa Inggeris.
TNRD. Percuma
3. Tips on Ways to save Electrical
Energy in the Home.
Contoh praktikal petua-petua
menjimatkan penggunaan tenaga
untuk alatan elektrik di rumah.
FOMCA. Percuma.
7.4 Biojisim
▪ Buku kecil
1. Nota Berjisim.
Makluman yang mudah difahami
mengenai biojisim.
Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM).
Hubungi CETREE.
▪ Ensiklopedia
1. The World Book.
Jilid 2. Perhatikan ‘Biomass’ (m.s.
310).
Semak di bahagian Rujukan di
Perpustakaan Universiti atau
Negeri.
7.5 Tenaga Terma Suria
▪ Buku Kecil
1. Solar Energy -:
Menerangkan dengan serba ringkas
mengenai Terma Suria, Fotovolta,
Tenaga Angin dll. Mudah difahami
kerana diterbitkan untuk bacaan
umum.
49 muka-surat Terbitan ERDA
(USA). Hubungi ERDA-Technical
Information Center, Amerika
Syarikat. Hubungi CETREE.
2. The Solar Energy Notebook -:
Panduan yang mudah diikuti untuk
peminat Tenaga Terma Suria
namun memerlukan pengetahuan
teknikal yang asas. 56 muka-surat.
Hubungi CETREE.
▪ Ensiklopedia
1. The World Book.
Jilid 18. Perhatikan ‘Solar
energy’(m.s. 23)
Semak di bahagian Rujukan di
Perpustakaan Universiti atau
Negeri.
7.6 Tenaga Angin
▪ Ensiklopedia
1. The World Book.
Jilid 21. Perhatikan ‘Water
wheel’(m.s.92)
Semak di bahagian Rujukan di
Perpustakaan Universiti atau Negeri.
7.7 Fotovolta
▪ Buku Kecil
1. Sistem Photovoltaik Suria ‘solar home
kits’
Panduan untuk memasang beberapa
sistem fotovolta.
PTM. Percuma
▪ Ensiklopedia
1. The World Book.
Jilid 6. Perhatikan ‘Electric
eye’(m.s.144) dan
‘Electricity’(Solar cells)(m.s.168)
Jilid 15. Perhatikan ‘Photoelectric
effect’(m.s. 435)
Semak di bahagian Rujukan di
Perpustakaan Universiti atau Negeri.
7.8 Halaman Web
Terdapat banyak halaman web , sebagai
contoh:-
▪ www.greenenergy.org.uk

(CETREE – Buku Sumber Guru) 100
o Halaman ini mempunyai petunjuk
kepada pemilik rumah yang ingin
memasang sistem tenaga diperbaharui.
▪ www.create.org.uk
o Terdapat satu watak yang menarik,
bernama Joules, yang akan membantu
anda mencari pelbagai maklumat yang
berguna tentang tenaga dalam bangunan
dan alam sekitar serta sumber-sumber
tenaga. Ia merupakan sebuah pusat
aktiviti, yang mempunyai perkara-
perkara yang “seronok” dilakukan. Nota-
nota guru juga disediakan.
▪ www.school4energy.net
o Halaman web ini merupakan fokus
utama Forum Pendidikan Tenaga di
Eropah (EEEF) dan ia merupakan
pangkalan data tentang bahan pendidikan
tenaga diperbaharui dan butir-butir
mengenai tempat untuk dilawati.
▪ www.schoolsenergywise.com
o Satu halaman yang menggalakkan
pelajar melibatkan diri dalam pengurusan
penggunaan tenaga di sekolah. Yippee,
kucing sekolah dan Thermite, tikus
sekolah akan memberi petua-petua dan
berjenaka, sambil belajar cara membina
“Pasukan E” (E Team).
▪ www.funergy.org.uk
o Kanak-kanak boleh membantu Lolly
menghalang monyet-monyet Tenaga
yang mencuri tenaga di sekeliling
rumahnya dan melibatkan diri dalam
pertunjukan kuiz pantas, “Watt’s the
Answer”, dengan hadiah-hadiah untuk
dimenangi. Halaman ini khususnya
untuk pelajar (orang dewasa juga boleh
bermain), mengenalpasti cara
menjimatkan tenaga di rumah.
7.9 Alamat Penerbit/Agensi
1. TNRD
Tenaga Nasional Research and
Development
Lot No. 3, Jalan 241/243, Section
51A, 46100 Petaling Jaya,
Selangor D.E.
Tel : 03-7776410 Fax : 03-
7772921
2. JBEG
Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas
Malaysia
Aras 19-20, Menara Dato’ Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra,
41, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala
Lumpur.
Tel : 03-40475400 Fax : 03-
40455776
3. CETREE
Centre for Education and Training
in Renewable Energy and Energy
Efficiency
Universiti Sains Malaysia, 11800
USM, Pulau Pinang.
Tel/Fax : 04-6575444
4. EPSM
Environmental Protection Society
of Malaysia
P.O. Box 382, Jalan Sultan,
Petaling Jaya, Selangor D.E.
5. Perpustakaan USM
Universiti Sains Malaysia, 11800
USM, Pulau Pinang.
Tel : 04-6577888 samb
6. PTM
Pusat Tenaga Malaysia.
Block C, Kompleks Petronas
Research and scientific Services
(PRSS), Lot 3288 & 3289,
Off Jalan Ayer Itam, Kawasan
Institusi Bangi,
43000 Kajang, Selangor D.E.
Tel : 03-89252233
Fax : 89252806
7. FOMCA
Federation of Malaysia Consumer
Associations
8, Jln SS1/22A, 47300 Petaling
Jaya, Selangor D.E.
Tel : 03-7762009/7774741 Fax :
03-7771076












BIODATA RINGKAS PENGARANG
Dr. Mohd. Yusof b. Hj. Othman ialah seorang Profesor di Fakulti
Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor. Beliau juga merupakan Timbalan Dekan di Pusat Pengajian
Fizik Gunaan.
E-mail beliau ialah [email protected]
Dr. Fauziah bt. Sulaiman ialah seorang Profesor Madya di Pusat
Pengajian Sains Fizik , Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Beliau juga merupakan Pengurus CETREE.
E-mail beliau ialah [email protected]
Dr. Hj. Kamarulazizi b. Ibrahim ialah seorang Profesor di Pusat
Pengajian Sains Fizik , Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Beliau juga merupakan Pengarah CETREE. .
E-mail beliau ialah [email protected]
Dr. Baharuddin b. Yatim ialah seorang Profesor di Fakulti Sains dan
Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Beliau
juga merupakan Pengerusi, Pusat Pengajian Fizik Gunaan di Fakulti
tersebut.
E-mail beliau ialah [email protected]
Dr. Masjuki b. Hassan ialah seorang Profesor di Fakulti
Kejuruteraan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau juga
merupakan Timbalan Dekan (Pembangunan) di Fakulti tersebut.
E-mail beliau ialah [email protected]
Dr. Azni bt. Zain Ahmed ialah seorang Profesor dan juga merupakan
Dekan, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam,
Selangor.
E-mail beliau ialah [email protected]
Dr. Hj. Abdul Malik b. Abdul Shukor ialah seorang Perunding dan
juga bekas Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Fizik, Universiti
Sains Malaysia, Pulau Pinang.
E-mail beliau ialah [email protected]