borang pengesahan status tesis...pelajar tingkatan empat di sekolah menengah semasa menjalankan...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN AMALI KIMIA DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KUCHING, SARAWAK.
SESI PENGAJIAN: 2005/2006
Saya MARJOLYN MICHAEL (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: NO. 75, KAMPUNG SEMEBA, PROF. MADYA DR. ABU HASSAN BIN KASSIMJALAN STEPHEN YONG, Nama Penyelia 93250 KUCHING, SARAWAK. Tarikh: 27 APRIL 2006 Tarikh: 27 APRIL 2006
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)”.
Tandatangan : ................................................
Nama Penyelia : Prof Madya Dr Abu Hassan bin Kassim
Tarikh : ..27 APRIL 2006.....................
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN AMALI KIMIA DI
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KUCHING, SARAWAK
MARJOLYN MICHAEL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
iii
PENGAKUAN
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ..........................................
Nama penulis : Marjolyn Michael
Tarikh : ..27 APRIL 2006...............
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Profesor
Madya Dr. Abu Hassan bin Kassim selaku pensyarah pembimbing projek ini, di atas
segala bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan galakan serta teguran yang membina
sejak dari awal kajian ini dirancang sehinggalah projek ini dapat disempurnakan.
Segala ilmu dan pengalaman yang dicurahkan akan dikenangi dan dijadikan panduan
dalam menempuh hari-hari mendatang.
Penghargaan juga diberikan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri
Sarawak di atas kebenaran bagi menjalankan kajian ini. Ribuan terima kasih juga
kepada pengetua, guru-guru kimia dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat, sama ada
secara langsung atau tidak langsung, membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Sains merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuri dan
penyelesaian masalah. Di sekolah, kaedah-kaedah ini dilaksanakan melalui aktiviti
mengeksperimen dalam amali sains. Namun banyak kajian terdahulu menunjukkan
kepincangan dalam perlaksanaan aktiviti tersebut. Kemahiran mengeksperimen perlu
dikuasai kerana ia melibatkan aktiviti penyelesaian masalah. Kemahiran
mengeksperimen merupakan kemahiran proses sains peringkat tinggi kerana ia
merangkumi kesemua proses sains. Persoalannya, sejauh manakah tahap penguasaan
para pelajar tingkatan empat di sekolah menengah terhadap kemahiran
mengeksperimen semasa menjalankan amali kimia? Justeru, kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran mengeksperimen di kalangan
pelajar tingkatan empat di sekolah menengah semasa menjalankan amali kimia.
Sebanyak 6 aspek yang dikaji dalam kajian: Membuat hipotesis, mengawal pemboleh
ubah, merancang prosedur eksperimen, merekod pemerhatian dan pengukuran,
mentafsir data dan aspek membuat kesimpulan. Seramai 150 orang pelajar dari 3
buah sekolah menengah di Kuching, Sarawak telah dilibatkan dalam kajian.
Pemilihan sekolah dibuat secara rawak mudah (kaedah loteri); manakala, responden
dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak kelompok. Soal selidik
digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data berkaitan dengan kajian.
Data mentah yang diperolehi dianalisis dengan mengira kekerapan dan peratusan
secara manual. Seterusnya kekerapan tertinggi (mod) bagi setiap item ditentukan.
Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran mengeksperimen pelajar
tingkatan empat dalam amali kimia pada keseluruhannya adalah sederhana. Beberapa
implikasi kajian, kekangan dan cadangan-cadangan kajian lanjutan telah
dikemukakan di akhir kajian ini.
vi
ABSTRACT
Science is a process that emphasis on inqury and problem solving method.
In schools, the inquiry-discovery method is been implemented in lab activities in
school. The development of experimental skills is vital for the students because it is
the highest science process skills in school. However, past researches shown flaws
in implementing those activities. Thus, a research is needed to determine the
command of the experimental skills in lab activity for Chemistry subject. The
aspects include sudents’ skills in formulating hypothesis, controlling variables,
planning and carrying out the experiment, observing and recording, interpreting
data and inferring and making the conclusion of the experiment. The respondents
of the study have been chosen from 3 secondary schools in Kuching’s district that
consist of 150 form four students. The schools were randomly selected using the
lottery sampling method. Questionaires are used to collect the data concerning the
study. Data was analyzed by counting on the frequency and percentage. Thus, the
mode for each item was being determined. The result of the research shown that
the experimental skills was being carrried out is in moderate level. Some
implications are stated, limitations are cited and some suggestions for further
research are attached in the last chapter of this research.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL ii
PENGAKUAN iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL viii
SENARAL LAMPIRAN ix
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Kepentingan kajian 7
1.6 Skop Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Pelajar 9
1.8.2 Kemahiran Proses Sains 9
1.8.3 Kemahiran Mengeksperimen 10
BAB II SOROTAN KAJIAN MUKA SURAT
2.1 Pengenalan 12
2.2 Kepentingan Melakukan Amali Sains 12
2.3 Peranan Guru Dalam Mengembangkan
Kemahiran Mengeksperimen Pelajar 14
2.4 Persepsi Pelajar Terhadap Amali Sains 16
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 18
3.2 Reka Bentuk Kajian 18
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 18
3.4 Instrumen Kajian 19
3.5 Prosedur Kajian 20
3.6 Kajian Rintis 21
3.7 Kaedah Analisis Data 22
BAB IV ANALISIS DATA DAN
PERBICANGAN HASIL
4.1 Pengenalan 23
4.2 Analisis Data 23
4.2.1 Latar Belakang Responden 24
4.2.2 Maklum Balas Responden Terhadap
Aspek Kajian 25
4.3 Perbincangan Hasil
4.3.1 Latar Belakang Responden 28
4.3.2 Tahap Penguasaan Kemahiran
Mengeksperimen Di Kalangan
Pelajar Tingkatan Empat 28
4.3.2.1 Kemahiran
Membuat Hipotesis 29
4.3.2.2 Kemahiran
Mengawal Pemboleh Ubah 30
4.3.2.3 Kemahiran
Merancang Prosedur Eksperimen 31
4.3.2.4 Kemahiran
Merekod Pemerhatian Dan
Pengukuran 32
4.3.2.5 Kemahiran
Mentafsir Data 33
4.3.2.6 Kemahiran
Membuat Kesimpulan 34
BAB V RUMUSAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
5.1 Pengenalan 35
5.2 Rumusan 35
5.3 Implikasi Kajian 36
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 37
RUJUKAN 39
LAMPIRAN 42
viii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan item bagi setiap aspek kajian 20
3.2 Tahap pencapaian berdasarkan peratus 22
4.1 Taburan kekerapan (dan peratusan) latar belakang
responden 24
4.2 Kekerapan (dan peratusan) serta tahap pencapaian
mengenai tahap penguasaan kemahiran mengeksperimen
amali kimia di kalangan pelajar tingkatan empat 26
4.8 Peratusan serta tahap penguasaan kemahiran
mengeksperimen amali kimia di kalangan pelajar
tingkatan empat 27
ix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Instrumen kajian (soal selidik) 42
B Surat pengesahan dari Fakulti Pendidikan 49
C Surat kebenaran menjalankan kajian dari 50
EPRD, KPM
D Analisis lengkap lima skala 52
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun, terutamanya
dalam bidang sains dan teknologi. Wawasan 2020 merupakan satu hasrat yang
bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Salah satu cabaran
menjelang tahun 2020 ialah untuk melahirkan masyarakat yang saintifik dan
progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh; yakni masyarakat yang dapat
memanfaatkan teknologi terkini serta menjadi penyumbang terhadap pembentukan
peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. Bagi mencapai hasrat ini, negara
kita memerlukan masyarakat yang kreatif dan berketrampilan dalam bidang sains dan
teknologi.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di
Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada
perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berbudaya tahan serta
dapat menguasai ilmu sains dan berketrampilan teknologi (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001). Kurikulum sains di sekolah rendah dan menengah pada amnya
menekankan pembelajaran menerusi pengalaman yang relevan kepada kehidupan
harian pelajar, pendekatan inkuiri penemuan, perkembangan saintifik dan kemahiran
berfikir, penyelidikan dan penyelesaian masalah (Ayob, 2003). Oleh itu pelajar perlu
mempunyai pemahaman konsep sains, penguasaan kemahiran saintifik, sikap
saintifik dan nilai-nilai murni yang baik.
2
Pembelajaran sains adalah berbeza dengan pembelajaran mata pelajaran yang
lain. Pelajar tidak dapat menguasai pembelajaran sains sekiranya mereka menelaah
semata-mata isi pelajaran sains kerana sains adalah satu bidang yang merangkumi
pengetahuan, kemahiran saintifik dan nilai murni. Menurut Armstrong, kaedah
saintifik tidak boleh diajar secara kuliah atau melalui teknik demonstrasi. Pelajar
perlu melakukan eksperimen dengan sendiri, sebagaimana yang dilakukan oleh ahli
sains atau penyelidik asal (Abu Hassan, 2001). Penguasaan kemahiran saintifik
adalah cara yang terbaik untuk mendorong para pelajar menyelesaikan masalah yang
dihadapi seharian.
Mata pelajaran kimia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia serta berkebolehan menggunakan
pengetahuan dengan berlandaskan sikap dan nilai murni untuk menyelesaikan
masalah dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran kimia memberi tumpuan kepada
kesepaduan antara pengetahuan, kemahiran saintifik dan nilai murni.
Kemahiran saintifik yang terkandung dalam kurikulum sains sekolah rendah
dan sekolah menengah terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif. Kemahiran proses sains terbahagi kepada dua bahagian: Kemahiran
proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu. Kemahiran proses sains asas
adalah berhubung dengan kemahiran berfikir yang mudah dan perlu dilalui oleh
setiap individu yang mempelajari sains seperti kemahiran membuat inferens dan
kemahiran memerhati (Rozita, 2000). Manakala, kemahiran proses sains bersepadu
melibatkan kemahiran proses yang lebih tinggi dan memerlukan pelajar untuk
berfikir dengan cara yang lebih kompleks dan mendalam seperti mengawal pemboleh
ubah dan kemahiran mengeksperimen. Melalui kemahiran manipulatif, pelajar
terlibat dengan penggunaan serta pengendalian instrumen yang terdapat di dalam
makmal secara betul dan cekap semasa melakukan aktiviti penyiasatan. Di samping
itu, pelajar turut dilatih untuk mengikuti segala arahan dan peraturan yang telah
ditetapkan semasa bekerja di dalam makmal. Pelajar juga didedahkan dengan teknik
3
pembuangan sisa-sisa bahan kimia yang betul dan selamat. Ringkasnya, kemahiran
manipulatif menekankan teknik yang betul untuk menjalankan sesuatu aktiviti
penyiasatan.
Seseorang pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran saintifik, bukan hanya
untuk memahami sesuatu konsep semata-mata. Menyedari hakikat ini, rancangan
pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) digubal
untuk mengembangkan intelek para pelajar supaya memiliki daya fikir yang
membolehkan mereka menyumbang idea dan mengaplikasikan pelbagai pengetahuan
secara konkrit serta kemahiran yang diperolehi dalam kehidupan seharian (Abu
Hassan, 2001).
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada peringkat awal pendidikan sains di sekolah Malaysia, sains diajar
dengan hanya memberi tumpuan terhadap perkembangan aspek kognitif, tanpa
mengambilkira perkembangan aspek afektif, kemahiran berfikir serta kemahiran
saintifik pelajar (Abu Hassan, 2001). Dengan itu, pelajar hanya membina ilmu atas
konsep dan teori sains sahaja tanpa menguasai kemahiran saintifik seperti kehendak
Kurikulum Sains KBSM.
Sebagaimana yang dinyatakan, kemahiran saintifik yang terdiri daripada
kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif merupakan asas dalam pengajaran
dan pembelajaran sains. Pelajar bukan hanya perlu mengingati dan menghafal fakta,
tetapi mereka juga perlu mempraktik dan menghayati kemahiran saintifik di mana ia
merupakan asas kepada pendekatan inkuiri-penemuan. Dengan ini, kemahiran
saintifik merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Bagi
memastikan pelajar menguasai kemahiran saintifik, pelajar perlu
didedahkan serta diberi peluang untuk menjalankan proses penyiasatan sendiri
melalui eksperimen dengan bimbingan guru yang bertindak sebagai 'navigator'. Guru
memainkan peranan yang penting untuk mengajar dan menerapkan kemahiran proses
4
sains bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran tersebut sepenuhnya. Walau
bagaimanapun, untuk menjimatkan masa bagi melakukan eksperiman, kebanyakan
guru memberi maklumat yang terperinci kepada pelajar semasa menjalankan aktiviti
amali sehingga menjejaskan peluang mereka untuk menjalankan penyiasatan sendiri
(Raghubir, 1979). Akibatnya, pelajar lebih menunjukkan kebergantungan sesama
mereka dan memerlukan bimbingan guru dalam menjalankan eksperimen, di
samping kurang mengambil bahagian dalam perbincangan dan menulis hasil
eksperimen.
Mulai tahun 1999, kemahiran saintifik pelajar-pelajar Tingkatan Empat dan
Lima yang mengikuti aliran sains tulen (iaitu; bagi mata pelajaran kimia, fizik dan
biologi) dinilai menerusi perlaksanaan Penilaian Kerja Amali (PEKA). Matlamat
utama perlaksanaan PEKA adalah untuk mempertingkatkan penilaian prestasi pelajar
(Abu Hassan, 2001). PEKA bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran
saintifik pelajar, sama ada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif serta
nilai-nilai murni, dinilai secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Walau bagaimanapun, pada tahun 2002, PEKA telah dimansuhkan
dan digantikan dengan ujian amali bertulis (kertas 3) bagi calon Sijil Pelajaran
Malaysia. Perubahan terus berlaku dalam sistem pendidikan di mana pada tahun
2003, PEKA yang dimansuhkan telah diwujud semula. Penguasaan kemahiran
saintifik di kalangan pelajar akan dinilai melalui perlaksanaan PEKA di samping
menduduki ujian amali bertulis. Hasil pentaksiran-pentaksiran ini menyumbang
kepada sebahagian keputusan SPM pelajar.
Kemahiran mengeksperimen merupakan proses sains peringkat tinggi kerana
ia merangkumi kesemua elemen proses sains (Abu Hassan, 2001). Walau
bagaimanapun, banyak hasil kajian menunjukkan kemahiran mengekperimen tidak
dititikberatkan oleh guru-guru kerana mereka terikat dengan silibus dan pelajar
dididik dengan tujuan untuk menduduki peperiksaan semata-mata (Doran, 1978).
Secara tidak langsung, kemahiran kognitif pelajar sukar untuk dibangun.
Aktiviti penyiasatan di dalam makmal seharusnya dapat membangunkan
kemahiran mengeksperimen pelajar (Raghubir, 1979). Tanpa penglibatan pelajar
secara aktif dalam aktiviti penyiasatan, pelajar akan menghadapi kegagalan untuk
5
mengaitkan eksperimen dengan konsep yang telah dipelajari. Mereka merasakan
aktiviti mengeksperimen adalah aktiviti yang membosankan kerana mereka perlu
bergantung kepada guru untuk menjalankan sesuatu eksperimen (Hart et al., 2000).
Kerja amali amat diperlukan untuk memberi pengalaman sebenar dan
membina pengalaman sendiri berdasarkan kepada pengetahuan awal yang sedia ada
pada diri pelajar, menimba kemahiran kemahiran saintifik semasa mengeksperimen
dan kemahiran mengendalikan peralatan tertentu dalam teknik yang betul. Bermakna
setiap aktiviti amali perlu dirancang dengan teliti dengan menggabungkan ketiga-
tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor (Ayob, 2003). Melalui kerja
penyelidikan dan penemuan yang diperolehi dalam aktiviti kerja amali, dapat
mengembangkan minat dan keseronokan serta semangat ingin tahu di kalangan
pelajar.
Pembelajaran kimia di sekolah menengah tidak dapat lari daripada
melakukan kerja amali dan merupakan sebahagian daripada penilaian dalam SPM.
Dengan itu, satu kajian mengenai penegasan kemahiran mengeksperimen di
kalangan pelajar perlu dijalankan. Sikap positif dan minat yang mendalam dalam
penguasaan kemahiran mengeksperimen adalah amat penting untuk pelajar bagi
menentukan kejayaan mereka dalam bidang sains serta merealisasikan Wawasan
2020.
1.3 Pernyataan Masalah
Pada masa kini, kerja amali sains telah menjadi satu perkara wajib bagi
pelajar yang mengambil mata pelajaran sains terutamanya di sekolah menengah.
Persoalannya, adakah aktiviti amali cuma bertujuan untuk membolehkan pelajar
menjawab soalan berkaitan amali, seterusnya membolehkan mereka lulus dalam
peperiksaan? Sedangkan amali sains adalah satu aktiviti yang sepatutnya dapat
membantu pelajar dalam memahami konsep dan menguasai pelbagai kemahiran,
khususnya kemahiran mengeksperimen. Ramai di kalangan guru kurang menyedari
kepentingan aktiviti amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sesetengah
6
guru berpendapat bahawa dengan meninggalkan aktiviti amali boleh membantu
mereka menghabiskan sukatan pelajaran (Mohd. Azizan, 1999).
Kebanyakan aktiviti amali yang dilakukan hanyalah mengikut buku resipi, di
mana pelajar mendapatkan data tanpa sebarang pertimbangan makna (Lee, 2003).
Keadaan ini menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kebanyakan pelajar tidak
menguasai kemahiran mengeksperimen, terutamanya dalam menguji hipotesis dan
merancang prosedur eksperimen (Abu Hassan, 2001). Secara tidak langsung, pelajar
tidak mengambil berat tentang kemahiran mengeksperimen dalam proses pengajaran
dan pembelajaran sains.
Kemahiran mengeksperimen adalah salah satu kemahiran yang terkandung di
dalam kemahiran proses sains. Melalui kemahiran mengeksperimen, pelajar akan
dapat memahami dan mengamalkan kemahiran proses sains asas dan bersepadu
mereka. Sekiranya pelajar tidak menguasai kemahiran ini, bermakna kemahiran
saintifik pelajar tidak dapat dikembangkan. Justeru, satu kajian adalah sangat perlu
dilakukan untuk mengenai pasti tahap penguasaan kemahiran mengeksperimen di
kalangan pelajar semasa menjalankan amali kimia meliputi aspek membuat
hipotesis, mengawal pemboleh ubah, merancang prosedur eksperimen, merekod
pemerhatian dan pengukuran, mentafsir data dan aspek membuat kesimpulan di
kalangan pelajar pelajar tingkatan empat.
1.4 Objektif Kajian
Secara umum, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap
penguasaan kemahiran mengeksperimen pelajar tingkatan empat dalam amali
sains bagi mata pelajaran kimia. Secara khusus kajian ini adalah untuk mengenal
pasti tahap penguasaan pelajar dari aspek:
i. Membuat hipotesis
ii. Mengawal pemboleh ubah
iii. Merancang prosedur eksperimen
7
iv. Merekod pemerhatian dan pengukuran
v. Mentafsir data dan membuat inferens
vi. Membuat kesimpulan