bmk 3033 pendekatan membaca

19

Click here to load reader

Upload: ummu-suha

Post on 17-Feb-2016

44 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Membaca

TRANSCRIPT

Page 1: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Pendekatan Pengajaran Membaca

BMK 3033 Keterampilan Membaca

Page 2: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Membaca

Ada Beberapa Pendekatan

Page 3: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Pendekatan ini merupakan pendekatan baru dan lebih lengkap.

Prinsip asas pendekatan ini ialah murid-murid untuk menguasai kemahiran membaca dan juga menikmati bahan bacaan.

Pendekatan ini lebih sesuai dengan masyarakat Asia Tenggara dan persekitarannya.

Pendekatan Holistik

Page 4: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Pelajar berpeluang membaca bahan yang mereka pilih dari sekumpulan bahan yang disediakan guru.

Aktiviti bacaan yang dijalankan di dalam bilik darjah dikawal guru seberapa minima yang boleh.

guru perlu menyediakan arahan awal supaya pelajar membuat beberapa persediaan sebelum membaca seperti menyediakan soalan-soalan sebelum, ketika dan sesudah membaca dengan sendiri.

Pendekatan Membaca Bebas

Page 5: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Pelajar membuat telahan tentang apa yang mereka fikirkan akan berlaku atau apa yang akan mereka pelajari pada bahagian yang lain.

Mereka perlu membincangkan sama ada mereka perlu menetapkan telahan atau mengubah semula telahan tersebut.

Pola ini perlu berterusan sehingga keseluruhan bahan selasai dibaca

Pendekatan Membaca Menelaah

Page 6: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Setiap pelajar akan membaca bahagian yang sama secara senyap, dan telahan perlu dibuat ketika membaca senyap.

Bincang, bertindakbalas, dan semak telahan. Apabila pelajar berhenti membaca, ceritakan

semula atau ringkaskan apa yang telah mereka baca.

Mereka juga menyatakan perasaan mereka

terhadap apa yang telah mereka baca atau apa yangtelah mereka ketahui.

Pendekatan Membaca Senyap

Page 7: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Setelah selesai keseluruhan petikan, pelajar meringkas apa yang mereka baca.

Mereka bertindak balas dengan membincangkan apakah yang mereka rasakan terhadap bahan yang mereka baca dan menentukan apakah yang perlu dilakukan terhadap bahan tersebut.

Mereka boleh bertindak balas dengan menceritakan kepada seseorang tentang bahan yang dibaca, menulis ringkasan cerita, atau membuat lukisan yang dapat menggambarkan suasana atau watak yang dibaca.

Pendekatan Meringkas dan Bertindak Balas

Page 8: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Meninjau dan Menaakul. Biarkan pelajar meninjau keseluruhan teks dan

menyemak ilustrasi dan/atau gambar rajah jika ada.

Arahkan mereka membaca bahagian awal teks dan arahkan mereka membuat taakulan terhadap apa yang akan berlaku atau apa yang akan mereka pelajari daripada bahan yang dipilih.

Pendekatan Membaca Berkoperatif:

Page 9: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Pilih seorang pelajar untuk membaca lantang bahagian awal teks sementara pelajar lain mengikut bacaan tersebut secara beramai-ramai.

Bincang, bertindakbalas, dan semak telahan.

Apabila pelajar berhenti membaca lantang, ceritakan semula atau bincangkan apa yang telah dibaca.

Pendekatan Membaca Lantang

Page 10: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Guru memberikan panduan atau mengarahkan pelajar menerusi pembacaan senyap terhadap sesuatu bahan dengan bertanya soalan atau membantu mereka membina soalan-soalan yang dapat mareka jawab ketika mereka terus membaca bahagian bahan yang telah ditetapkan.

Guru membantu pelajar membuat telahan terhadap bahagian bahan yang telah dibaca.

Pendekatan Membaca Panduan Guru

Page 11: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Teks naratif: Siapakah dua watak utama yang diperkenalkan dalam sejarah pahlawan Melayu, apa yang mereka perjuangkan?

Teks ekspositori: Apakah perkara utama yang kita akan pelajari tentang haiwan?

Contoh Soalan Panduan Guru

Page 12: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Soalan perbincangan ketika membaca perlu dapat menunjukkan perhubungan idea antara beberapa bahagian teks.

Teks naratif: Siapakah dua watak utama? Apakah yang kamu tahu tentang mereka dan bagaimana mereka berdua berkerjasama?

Teks ekspositori: Apakah perkara utama yang kamu ketahui tentang tumbuhan? Bagaimanakah tumbuhan dapat membantu manusia?

Page 13: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Guru membaca lantang satu cerita dan mengajak murid-murid bersama-sama membaca.

Cerita akan dibaca beberapa kali, dan kanak-kanak akan diberi peluang bagi bertindakbalas menerusi penulisan, lukisan, drama, perbincangan, dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.

Pendekatan Berkongsi Membaca

Page 14: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Guru membaca secara lantang bahan tersebut dan membincangkan kandungan bahan bersama-sama murid-murid.

Cara membaca begini akan membantu menggerakkan pengalaman latar pelajar dan membina istilah latar serta konsep yang terdapat dalam bahan.

Cara ini juga menjadikan pembaca lantang sebagai model membaca yang sebenar.

Pendekatan Membaca Lantang

Page 15: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Kaedah tersebut dapat membantu pelajar dalam pelbagai peringkat dan kadang-kala kaedah ini boleh digabungkan dalam sesuatu pengajaran.

Dengan menggabungkan kaedah-kaedah ini guru menyediakan bantuan asas pada peringkat awal, kemudian membenarkan pelajar dibantu oleh pasangannya, dan pada peringkat akhir pelajar tersebut dapat membaca dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Pendekatan Kombinasi Kaedah Membaca

Page 16: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Sekumpulan kecil pelajar yang saling berkongsi bahan-bahan kesusasteraan yang telah mereka baca sama ada di bilik darjah atau di luar bilik darjah.

Kadang kala ahli kumpulan kecil begini juga boleh dikenali dengan ahli Kelab Kesusasteraan.

Guru boleh menamakan setiap kelab kesusasteraan di bilik darjah tersebut dengan nama-nama yang menarik seperti Kelab Aminuddin Baki, Kelab Pak Sako, Kelab Zaaba, dan sebagainya.

Pendekatan Kesusasteraan

Page 17: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Sebelum membaca - Pelajar akan melihat buku dan menelah apa akan berlaku dalam buku tersebut. Ini adalah langkah awal untuk bertindakbalas.

Pada masa membaca - Pada masa pelajar membaca, mereka mungkin mempunyai tindakbalas tertentu terhadap watak dan menuliskannya ke dalam jurnal.

Selepas membaca - Oleh kerana pelajar gemar akan buku yang dibaca, mereka akan memilih buku yang lain daripada penulis yang sama atau akan memilih untuk menceritakan semula cerita tersebut kepada pelajar yang lain.

Pendekatan Bertindak balas Bahan Kesusasteraan

Page 18: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Baca Bab 9 buku “Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi Perancangan dan Pelaksanaan”. Apakah yang dimaksudkan dengan Pendekatan Respons Pembaca yang dibincangkan oleh penulis dalam bab tersebut? Berikan contoh pengajaran membaca yang sesuai dengan konsep PRP tersebut.

Tugasan dan Evaluasi

Page 19: BMK 3033 Pendekatan Membaca

Terima Kasih

Sekian