bidang tatabahasa merupakan aspek penting yang perlu dititikberat serta diutamakan oleh guru

4
Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia... Bidang tatabahasa merupakan aspek penting yang perlu dititikberat serta diutamakan oleh guru-guru. Aspek tatabahasa merangkumi beberapa perkara yang mengajar murid-murid mahir dalam pembinaan ayat, penggunaan sesuatu perkataan yang sesuai dalam sesuatu ayat serta mengenali pelbagai jenis ayat dan kata. Murid perlu menguasainya atau sekurang-kurangnya perlu mengetahui tentang aspek-aspek tersebut. Pengajaran aspek tatabahasa secara amnya adalah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Huraian Sukatan Pelajaran. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu selalunya akan mengajar tatabahasa secara langsung dan ada juga secara tidak langsung. Antara kebaikan pengajaran tatabahasa secara tidak langsung adalah murid akan dapat mengaitkan pembelajaran tersebut dengan situasi sebenar seperti contohnya, pembinaan ayat secara lisan tanpa ditulis dan ini akan membantu murid-murid dalam meningkatkan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) mereka. Ironinya, terpulanglah kepada guru-guru itu melaksanakan pengajaran aspek tatabahasa ini secara langsung atau tidak langsung asalkan prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa perlu digunapakai dalam menentukan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia... Pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu di peringkat sekolah mementingkan penguasaan murid terhadap beberapa perkara asas seperti pembinaan ayat yang betul dari segi konteks dan situasi. Selain itu, murid juga perlu didedahkan kepada beberapa jenis ayat, penggunaan tanda bacaan, penanda wacana, simpulan bahasa, peribahasa dan sebagainya lagi serta murid dapat menguasainya dengan baik. Pengajaran tatabahasa ini

Upload: lisa-cooper

Post on 30-Sep-2015

16 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

tatabahasa

TRANSCRIPT

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...

Bidang tatabahasa merupakan aspek penting yang perlu dititikberat serta diutamakan oleh guru-guru. Aspek tatabahasa merangkumi beberapa perkara yang mengajar murid-murid mahir dalam pembinaan ayat, penggunaan sesuatu perkataan yang sesuai dalam sesuatu ayat serta mengenali pelbagai jenis ayat dan kata. Murid perlu menguasainya atau sekurang-kurangnya perlu mengetahui tentang aspek-aspek tersebut. Pengajaran aspek tatabahasa secara amnya adalah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Huraian Sukatan Pelajaran. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu selalunya akan mengajar tatabahasa secara langsung dan ada juga secara tidak langsung.Antara kebaikan pengajaran tatabahasa secara tidak langsung adalah murid akan dapat mengaitkan pembelajaran tersebut dengan situasi sebenar seperti contohnya, pembinaan ayat secara lisan tanpa ditulis dan ini akan membantu murid-murid dalam meningkatkan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) mereka. Ironinya, terpulanglah kepada guru-guru itu melaksanakan pengajaran aspek tatabahasa ini secara langsung atau tidak langsung asalkan prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa perlu digunapakai dalam menentukan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa.

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...Pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu di peringkat sekolah mementingkan penguasaan murid terhadap beberapa perkara asas seperti pembinaan ayat yang betul dari segi konteks dan situasi. Selain itu, murid juga perlu didedahkan kepada beberapa jenis ayat, penggunaan tanda bacaan, penanda wacana, simpulan bahasa, peribahasa dan sebagainya lagi serta murid dapat menguasainya dengan baik. Pengajaran tatabahasa ini memerlukan beberapa prinsip yang perlu dijadikan sebagai garis panduan agar guru dapat mengajar dan mencapai objektifnya sementara murid dapat menguasai tatabahasa. Berikut adalah beberapa prinsip umum dalam pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu. Menyediakan Rancangan Pengajaran yang berkesan dan sesuai dalam pengajaran tatabahasa dengan memfokuskan beberapa perkara agar dapat mencapai target atau objektif pengajarannya sekurang-kurangnya tiga daripada lima atau dua daripada tiga objektif yang ingin dicapai.. Merancang beberapa aktiviti contohnya Kuiz Membina Ayat atau perbincangan kumpulan membina ayat. Ini akan menjadikan Sesi pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadi lebih menarik dengan perkembangan idea oleh guru sebelum memulakan pengajaran. Guru perlu Memulakan proses pengajaran dan pembelajaran tatabahasa daripada yang mudah kepada yang lebih susah atau lebih kompleks. Pengajaran secara berperingkat daripada senang kepada susah merupakan satu langkah yang bijak kerana murid perlu memahami terlebih dahulu konsep tatabahasa yang diajar kemudian barulah mereka dapat mengaplikasi dan memahaminya. Banyakkan latih tubi kerana murid bukan sahaja dapat memahami dan menguasai aspek tatabahasa dengan baik, malahan murid-murid dapat membantu diri mereka dalam memperkayakan lagi kosa kata. Kosa kata pula merupakan salah satu daripada aspek tatabahasa. Dibuat sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan yang mampu mengekalkan ingatan murid-murid terhadap aspek tatabahasa yang mereka pelajari dengan lebih kukuh lagi. Ia juga sebagai alat untuk guru mengesan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid. Pengajaran secara konkrit dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai serta menarik dan berkesan bertujuan untuk menarik minat murid-murid agar lebih fokus terhadap isi pelajaran mengenai tatabahasa yang disampaikan oleh guru. Murid akan lebih tertarik serta menambah atau meningkatkan kefahaman mereka terhadap isi pelajaran mengenai tatabahasa sekaligus membantu guru mencapai objektif pengajaran pada hari tersebut.

Mahir tentang selok-belok aspek tatabahasa yang ingin diajarkan supaya mengenalpasti struktur isi pelajaran dengan lebih jelas sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan diri daripada menyampaikan atau memberikan maklumat berkaitan hukum-hukum dan peraturan tatabahasa yang disampaikan oleh guru itu adalah bersesuaian serta menepati kehendak sukatan dan mengelakkan kekeliruan dalam pemahaman murid dalam sesi pembelajaran tatabahasa. 1. Bahasa Melayu juga tidak terlepas daripada rumus atau hukum bahasa. Jika Sains dan Matematik menggalakkan agar rumus atau hukumnya perlu dihafal agar senang mengingatinya, berbeza dengan rumus dan hukum bahasa yang tidak menggalakkan agar murid-murid untuk menghafal rumus dan hukum tersebut. Sudah memadai sekiranya murid-murid hanya perlu memahami penggunaan tatabahasa dalam bahasa dengan betul kerana sudah menjadi prinsip dalam pengajaran tatabahasa yang turut menekankan aspek tatabahasa itu perlu diajar secara sistematik atau terancang. Selain itu, pengajaran aspek tatabahasa ini juga diajar dan digunakan mengikut kesesuaian atau dalam konteks situasi sebenar harian murid-murid. Sekiranya apa yang diajarkan itu diaplikasikan oleh murid dalam situasi sebenar, maka lebih mudah dan senanglah murid-murid memahami seterusnya dapat menguasai aspek tatabahasa dengan baik.2. proses menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa itu mengikut konteks berdasarkan petikan yang digunakan. Lazimnya, sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak akan lari daripada penggunaan petikan sebagai BBM. Dengan penggunaan petikan ini maka guru perlu mementingkan makna serta aspek tatabahasa yang terdapat di dalam petikan yang digunakan. Guru perlu mempastikan penggunaan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan petikan yang digunakan itu. Guru perlu tahu bahawa pemahaman dan penguasaan adalah sangat penting terhadap aspek tatabahasa kerana ia terdiri daripada kepelbagaian hukum-hukum bahasa serta beberapa peraturan atau undang-undangnya yang akan dapat membantu murid-murid menguasai aspek tatabahasa itu dengan lebih baik lagi.Menurut Kamus Dewan (1984: 1056), prinsip mendukung makna asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian atau tindakan sesuatu teori. Maka dengan itu, sesuatu teori itu adalah penentu apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran. Dengan berpegang serta mengaplikasikan prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa, maka sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa akan lebih berkesan dan efektik dalam menyampaikan isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran yang ingin disasarkan oleh guru.