pembakuan tatabahasa
DESCRIPTION
Pembakuan tatabahasa di MalaysiaTRANSCRIPT
![Page 1: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/1.jpg)
Pembakuan Tatabahasa
Muhammad Fairol Elmie Osman (JEA 060110)Alfian bin Mansor (JEA 060009) Mohd. Fauzan Mat Jam Jam (JEA 060098)Amirul Hadi bin Jamaludin (JEA 060329)
![Page 2: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/2.jpg)
p(^-^)qBERUSAHALAH
Sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu juga datangnya dari Allah
tetapi di atas kelemahan kami sendiri…
p/s : Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami budak baru je nak belajar,
Kalau salah tolonglah tunjukkan…
![Page 3: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/3.jpg)
Pengenalan
Proses membina dan mengembangkan bahasa Melayu adalah menyeragamkan semua aspek yang terkandung dalam korpus bahasa iaitu dari aspek :
Penyebutan Ejaan Istilah Tatabahasa
![Page 4: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/4.jpg)
Pembakuan Tatabahasa
Terlalu banyak tatabahasa yang wujud, perlu satu keseragaman yang boleh dijadikan norma (panduan).
Ketidakseragaman ini berlaku akibat pertembungan bahasa dan dialek sehingga mengganggu sistem morfologi dan sintaksisnya.
![Page 5: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/5.jpg)
Antaranya ialah :
Pelita bahasa Melayu : Permulaan Nahu Melayu oleh Za’ba (1961)
Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Haji Omar (1981)
Tatabahasa Malaysia oleh Arbak Othman (1981)
Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim dll.
![Page 6: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/6.jpg)
Za’ba (Pelita bahasa Melayu)
PELITA BAHASA MELAYU JILID PERTAMA (1940):: Cubaan pertama untuk menyusun kaedah nahu Melayu supaya menjadi lebih lengkap. :: rangka penelitiannya berteraskan acuan nahu bahasa Inggeris dan sedikit nahu Arab.:: Za’ba menggunakan seluruh pengetahuan dan pendapat peribadinya sahaja dan tidak mengambilkira serta menggunakan sumber daripada orang lain.:: Menjadikan kitab ini sebagai asas nahu pertama yang tersusun (pada masa itu).
![Page 7: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/7.jpg)
Pelita Bahasa MelayuPelita Bahasa Melayu Jilid Pertama (1940)
– ada 16 bab setebal 245 halaman. Membicarakan tentang hal nahu Melayu, dalam tulisan Rumi.
Pelita Bahasa Melayu Jilid Kedua (1946) mengandungi dua belas bab mengenai tanda-tanda dalam karangan dan cara membina ayat yang betul
Pelita Bahasa Melayu Jilid Ketiga (1947) mengandungi lima belas bab mengenai bagaimana menghasilkan karangan yang betul.
![Page 8: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/8.jpg)
Kitab ini menjadi panduan dan pembelajaran di seluruh sekolah Tanah Melayu.
Selepas itu, ramai sarjana dan ahli bahasa cuba untuk menyusun nahu bahasa Melayu mengikut perkembangan bahasa yang semakin pesat.
![Page 9: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/9.jpg)
Bidang yang dicakupi ialah huruf dan ejaan, morfologi (terutamanya golongan kata kerja dan imbuhan),struktur ayat, tanda baca, dan aspek gaya bahasa.
Tumpuan utama : Golongan kata Pengimbuhan Sintaksis
![Page 10: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/10.jpg)
Penggolongan kata utama : Kata Nama (KN) Perbuatan (KK) Sifat (KA)
Contoh :
Istilah Istilah Kini
1. Penyambung kata = Kata Hubung
2. Istifham = Kata Penegas
3. Penempat tutur = Kata Arah
![Page 11: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/11.jpg)
Binaan AyatTerdiri daripada benda dan ceritaPerluasan yang menghasilkan ayat tungal
yang lebih panjang melalui proses :Sperkata (1/2 kata)PenerangObjek Pelengkap
![Page 12: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/12.jpg)
Arbak Othman (Tatabahasa Malaysia) 1981
Berbanding dengan Za’ba, beliau telah memperincikan kepada sembilan golongan kata : 1. Kata Nama 2. Kata Kerja 3. Kata keterangan 4. Kata Sifat 5. Kata Depan 6. Kata Sendi 7. Kata Tanya 8. Kata Seruan 9. Kata Bilangan
![Page 13: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/13.jpg)
Nahu Melayu Mutakhir (1980)oleh : Asmah Haji Omar
Ekoran terdapat banyak rungutan tentang tidak ada satu buku rujukan yang lengkap tentang nahu BM, buku ini telah dihasilkan.
Buku ini telah diterbitkan sebanyak 4 edisi dan setiap edisi akan diisi dengan formula dan rumus yang baru dalam aspek morfologi dan sintaksisnya.
![Page 14: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/14.jpg)
Di dalam buku ini mengandungi skop perbincangan yang lengkap daripada aspek unit terkecil iaitu morfem sehinggalah kepada aspek wacana.
Buku edisi kedua dihasilkan untuk memenuhi permintaan yang semakin hangat disamping menambah beberapa kekurangan yang terdapat dalam edisi pertama ~ unsur dalaman Bahasa Melayu.
Selain itu, juga dinyatakan fungsi lain bagi imbuhan pinjaman seperti /pro-/.
![Page 15: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/15.jpg)
Manakala kata pula digolongkan kepada :
-kata namaan-kata karyaan-kata ganti nama-kata bilangan-kata sifat-kata nafi-kata supraayat-kata majmuk-kata penghubung-kata adverba
![Page 16: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/16.jpg)
Dalam buku ini, proses pembentukan kata dibahagikan kepada :
-Pengwujudan kata selapis
-Penambahan
-Penggabungan kata yang setara
-Penggandaan
-Pengakroniman.
![Page 17: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/17.jpg)
Bagi kajian sintaksis pula, buku ini membahagikan kajian kepada :
1) Frasa ~frasa nama~frasa bilangan~frasa kerja~frasa sifat~frasa proposisi~frasa adverba
![Page 18: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/18.jpg)
2) Klausa-menjeniskan klausa kepada:
~ klausa utama~ klausa subordinat~ klausa bebas dan tak bebas
-menggolongkan klausa kepada :~ klausa nama~ klausa sifat~ klausa adverba~ klausa kompleks
![Page 19: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/19.jpg)
3) Ayat
-Dalam buku ini ada menerangkan tentang pola ayat dasar. Selain itu turut membincangkan tentang beberapa aspek lain seperti gatra, subjek, predikat, objek dan ajung.
-Proses pembentukan ayat pula terdiri daripada:
#Proses perluasan ayat : ~Pelapisan
~Penjodohan
~Penggabungan
![Page 20: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/20.jpg)
#Penghilangan
#Penyusunan semula
~juga membincangkan tentang hubungan :
-ayat dan sistem
-ayat dan modus
![Page 21: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/21.jpg)
Tatabahasa Dewan (Edisi Baharu)oleh : Nik Safiah Karim
Buku ini mula diterbitkan pada 1993 dengan memiliki 2 jilid dan satu edisi baharu.
Jilid pertama membicarakan tentang ayat manakala jilid kedua memfokuskan kepada perbincangan tentang aspek kata. Manakala edisi baharu ditulis oleh kumpulan penulis termasuk dengan penulis asalnya.
![Page 22: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/22.jpg)
Edisi baharu berbeza daripada jilid sebelumnya dari aspek bentuk dan susunannya. Buku ini membahagikan kepada 3 komponen iaitu :
Sejarah dan Variasi Bahasa MelayuMorfologi : Satu PengenalanSintaksis : Satu Pengenalan
![Page 23: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/23.jpg)
Dalam aspek morfologi, buku ini membincangkan proses-proses pembentukan kata yang terdiri daripada :
~pengimbuhan
~penggandaan
~pemajmukan
~pengakroniman
![Page 24: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/24.jpg)
Kata pula dibahagikan kepada :
~kata nama
~kata kerja
~kata adjektif
~kata tugas
Dalam kajian sintaksis pula, buku ini lebih ringkas iaitu :FrasaAyatProses penerbitan ayat
![Page 25: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/25.jpg)
Frasa dibahagikan kepada :-Frasa Nama
-Frasa Kerja
-Frasa Adjektif
-Frasa Sendi Nama
~ Ayat pula dibahagikan kepada dua jenis sahaja iaitu :
#Ayat Tunggal
#Ayat Majmuk
![Page 26: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/26.jpg)
PERANCANGAN BAHASA
•Perancangan bahasa perlu dijalankan dengan teratur dan terancang memandangkan peri pentingnya bidang ini bagi sesebuah negara.• Secara kasarnya perancangan bahasa boleh dilaksanakan dalam lima peringkat ~ Perancangan terhadap perancangan bahasa ~ Perancangan taraf bahasa ~ Perancangan Korpus bahasa ~ Pelaksanaan ~ Penilaian.
![Page 27: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/27.jpg)
~ Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipilih sebagai badan bahasa yang menguruskan perancangan bahasa di Malaysia yang dianggap betul.
~Norma ini mestilah menjadi ikutan dan tidak boleh lebih daripada satu jenis tatabahasa yang diguna pakai.
![Page 28: Pembakuan Tatabahasa](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061401/5571f98449795991698fc23d/html5/thumbnails/28.jpg)
Kesimpulan
Antara rujukan yang dibincangkan, Tatabahasa Dewan merupakan satu-satunya sumber yang telah mengalami pembakuan tatabahasa dan diterima ramai.
Tujuannya adalah untuk menyediakan satu huraian terhadap bahasa Melayu yang dapat digunakan sebagai sumber rujukan oleh semua penutur bahasa Melayu terutama oleh guru dan murid sekolah.
Sebagai norma (baku) : guna kat sekolah2