bahan edu3108

32
Akauntabiliti keguruan 1.0 Konsep keguruan Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. 2.0 Konsep Akauntabiliti Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. 3.0 Akauntabiliti keguruan. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. Akauntabiliti guru terhadap 3.1 Pelajar

Upload: zorangek

Post on 28-Oct-2015

235 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Akauntabiliti keguruan

1.0 Konsep keguruan

Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika

dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan

melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala

pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala

keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau

tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan

sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

2.0 Konsep Akauntabiliti

Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab

kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji ,

konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan

mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat

jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan

untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu

keputusan yang telah diambil.

3.0 Akauntabiliti keguruan.

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh

seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan

tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab

seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri

guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

Akauntabiliti guru terhadap

3.1 Pelajar

Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah

termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah

mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain.

Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya

tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-

perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa

meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala

perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat

terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian

kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan

supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan

orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga

profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati

lagi oleh anak muridnya.

3.2 Diri

Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan

tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan

juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu

tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan

bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru

gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh

menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan

melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di

sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang

berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan

aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan

fizikal.

3.3 Sekolah

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab

terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam

sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan

sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-

tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha

PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran

sekolah.

3.4 Masyarakat dan Negara

Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan

matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru

hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang

bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat

Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.

Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan

ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala

aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk

memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan

ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang

bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai

dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,

bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan

agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut

berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu

menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta

mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .

3.5 Profesion Keguruan

Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata

pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata

pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang

dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan

merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif

pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar

murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

4.0 Penutup

Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya

yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat

meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut

membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan

penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi

akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan

dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan

tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang

tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf

profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan

bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap

kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih

bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,

akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan

akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di

jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan

negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang

tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar dan Ibu Bapa

1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.

2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain.

3. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial,

keturunan atau agama.

4. Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran.

5. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.

Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri

1. Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

2. Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa.

3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya adalah seibang dengan perbelanjaan harian.

4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain

membaca buku teks.

5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar,

radio dan television serta internet.

6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah

ESEI-CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

Ciri-ciri seorang guru yang cemerlang

Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di United Kongdom,

yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita, terdapat tujuh elemen yang perlu ada

bagi seseorang guru cemerlang iaitu;

1.  Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam

2. Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya

3. Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar

4. Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik

5. Menggunakan masa dan sumber secara berkesan

6. Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar

7. Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari pelajar di sekolah

Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

         Bersikap profesional.         Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.         Kaya ilmu.         Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.         Bermoral teguh.         Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.         Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.         Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.         Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.         Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik

unggul pada setiap masa.         Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.         Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,

berpersonaliti sihat dan serba boleh.         Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.         Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,

berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).         Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.         Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.         Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG

• Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar

sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik

pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan

• Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi pelajar

dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .

• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar

dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar

dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

• Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali

terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah.

• Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya

dilekatkan di dinding kelas .

Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah seperti berikut:

• Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya. 

• Komitmen yang menyeluruh.

• Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.

• Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.

• Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas.

• Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi kepada

pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk

memenuhi aspirasi Negara.

1.KECEMERLANGAN PERIBADI

*Mempunyai keyakinan diri

*Berakhlak dan bermoral

*Bersikap adil dan bertimbang rasa

*Beramanah dan bertanggungjawab

*Kreatif dan inovatif

*Sentiasa mengurus diri dengan kemas

*Sedia berkongsi dan berkerjasama

*Bersikap terbuka

*Bersikap positif

2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN

*Mengamalkan budaya ilmu

*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang rasional dan objektif

*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja

*Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat, dokumentasi

dll.

*Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran

* berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum

*Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program

tindakan susulan

*Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p

*Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar

3. KECEMERLANGAN KERJA

*Pengurusan keceriaan bilik darjah.

*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.

*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

*Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.

*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk

menggalakkan pembelajaran yang seterusnya .

*Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .

*Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.

*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.

*Sentiasa merangsang murid berfikir.

*Merancang pelajaran yang baik.

*Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.

*Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan

dengan penuh komitmen.

*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid .

 ESEICiri-ciri seorang guru yang cemerlang

1.0  Pendahuluan

Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam bidang

pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi negara. Guru

memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih.

Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat rencam dan kompleks.

Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki

pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap,

bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan kaedah

pengurusan terkini.Guru hari ini perlu bergerak pantas sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa

kini terutama di bidang pendidikan selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer,

zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya.Namun begitu aspek asas

yang terpenting ialah guruguru perlu memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan

etika perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah pasti

menjamin organisasi  sekolah dan negara mencapai

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan:

…suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia

yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberikan

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula berhasrat  Membangunkan sistem pendidikan yang

berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan  mematuhi aspirasi

Negara Malaysia.Sesungguhnya Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang diwujudkan di Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan penting

untuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md Fiah, 2004). Falsafah

tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua penggubalan program dan aktiviti yang dipikul di bahu

para guru di sekolah untuk menjamin jenis insan yang akan dilahirkan melalui sistem pendidikan negara.

3.0 Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga; Nilai bermaksud darjat, kualiti,

mutu, taraf atau sifat ketinggian dalam  pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain. Norma

bermaksud ukuran untuk menentukan sesuatu atau peraturan atau ketentuan yang telah menjadi

kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Adabbermaksud tingkah laku serta

tutur kata yang halus (sopan),

berbudi bahasa , budi pekerti yang halus dan kesopanan. Etika bermaksud prinsip moral atau akhlak atau

nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan,

persatuan atau pekerjaan dan lain-lain .  Nilai dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam di Malaysia ialah dasar

kerajaan yang memberi panduan tingkah laku kepada penjawat awam berlandaskan nilai-nilai akhlak yang

mulia untuk mencapai matlamat sebuah negara yang bertamadun, bermaruah dan berakhlak. Kefahaman

dan penghayatan nilai dan etika ini akan mengubah pemikiran, tindakan dan tingkah laku

anggota perkhidmatan awam agar bertanggung jawab dan amanah, membuat sumbangan kepada

pembangunan tamadun dan merealisasikan standard mutlak bagi mendorong anggota perkhidmatan awam

berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.

4.0 Tonggak Dua Belas

4.1 Latar belakang Tonggak Dua Belas

Tonggak Dua Belas lahir sebagai inovasi pelancaran Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam

pada 16 Ogos 1991 dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha

Negara di Seminar Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di Hotel Pan Pasific, Kuala Lumpur. Tonggak Dua

Belas merangkumi dua belas nilai murni teras dalam Etika Perkhidmatan Awam. 4.2Nilai Murni dalam

Tonggak Dua Belas

4.2.1 Menghargai Masa (The Value of Time)

4.2.2Ketekunan Membawa Kejayaan (The Success o Perseverance)

4.2.3Keseronokan Bekerja (The Pleasure of Working)

4.2.4Kemuliaan Kesederhanaan (The Dignity of  Simplicity)

4.2.5Ketinggian Peribadi (The Worth of Character)

4.2.6Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness)

4.2.7Pengaruh Teladan (The Influence 0f Examples)

4.2.8 Kewajipan Menjalankan Tugas (The Obligation of Duty)

4.2.9Kebijaksanaan Berhemat (The Wisdom of Economy)

4.2.10Keutamaan Kesabaran (The Virtue of Patience)

4.2.11Peningkatan Bakat (The Improvement of Talent)

4.2.12Nikmat Mencipta (The Joy of Originating)

5.0Kepentingan Tonggak Dua Belas Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga; “Tonggak membawa maksud

asas, dasar, panduan dan pokok kepercayaan“

Ini bermakna tonggak merupakan unsur, elemen atau ciri dalaman terpenting untuk menguat atau

mengukuhkan sesuatu bangunan atau binaan. Dalam erti perkhidmatan, tonggak merupakan kekuatan

dalaman yang meliputi nilai dan amalan positif

bagi menggerakkan individu, pasukan atau organisasi untuk mencapai sesuatu hasrat dan tindakan.

5.1Tonggak Dua Belas yang menjadi teras dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di Malaysia oleh

semua penjawat awam di Malaysia mampu menggerakkan secara dalaman dan luaran.tindakan individu,

pasukan atau organisasi bagi mengwujudkan perkhidmatan awam yang cekap, berdedikasi, produktif dan

berkualiti. Amalan-amalan murni dalam Tonggak Dua Belas menjadi pendorong dalaman dan benteng

pertahanan yang kuat bagi membina peribadi mulia dan terpuji dan seterusnya berupaya mempengaruhi

pembentukan dan perkembangan sesebuah organisasi.

5.2Menerusi nilai Menghargai Masa, penjawat awam menyedari kepentingan masa dalam segala urusan

perkhidmatan. Jika cekap mengurus masa maka cekaplah sesuatu perkhidmatan.Penjawat awam perlu

sentiasa menepati masa, berperancangan, menyegerakan tugas, kreatif, produktif dan berkualiti. Amalan

menghargai masa ini juga dapat membasmi sikap suka membuang masa, kurang perancangan, suka

bertangguh, tidak siap kerja dan memberi hasil yang tidak berkualiti.

5.3Nilai Ketekunan Membawa Kejayaan pula berupaya membina tumpuan atau fokus kerja yang berganda

ke tahap kejayaan dan kesempurnaan dalam perkhidmatan. Penerapan nilai usaha, gigih, sabar, tabah,

berdisiplin, berdedikasi bersemangat waja, cekal dan sebagainya merupakan ramuan terpenting bagi

meletakkan pencapaian organisasi ke tahap yang terbaik. Amalan Ketekunan Membawa Kejayaan akan

melenyapkan budaya bertangguh, cepat bosan, sentiasa ingin bertukar kerja, pasif, membazir dan

berpandangan negatif dalam kalangan penjawat awam.

5.4Kerja sebagai ibadah. Inilah yang diharapkan menerusi

nilai Keseronokan Bekerja dalam Tonggak Dua Belas. Amalan positif nilai ini akan melahirkan penjawat awam

yang berdedikasi, ikhlas dan bertanggungjawab. Mereka bangga dengan kerja berpasukan. Mereka

menerima kejayaan dan kegagalan secara bersama. Mereka mempunyai komitmen tinggi, semangat

berpasukan, mesra dan mementingkan organisasi daripada kepentingan peribadi. Budaya seronok di tempat

kerja akan mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif dalam kalangan pemimpin organisasi untuk

merancang, mengurus dan melaksanakan iklim yang kondusif di tempat kerja.

5.5Bersederhana dalam semua perkara merupakan

perbuatan terpuji. Begitulah nilai Kemuliaan Kesederhanaan dalam Tonggak Dua Belas. Kesederhanaaan

dalam penampilan diri, pertuturan, pengurusan rumah tangga, pengurusan tempat kerja, pergaulan dan

sebagainya berupaya menerapkan nilai budi pekerti mulia, jujur, disenangi, merendah diri dan berhemah

tinggi dalam kalangan penjawat awam. Kesederhanaan dalam segala perkara akan mengelakkan penjawat

awam bersikap sombong, membazir, tidak amanah, cuai dan sebagainya.

5.6Negara memerlukan penjawat awam yang beradab dan

berbudi pekerti tinggi. Nilai Ketinggian Peribadi dalam Tonggak Dua Belas menuntut individu antara lain

memiliki keperibadian yang mulia, luhur lagi terpuji dalam menguruskan perkhidmatan. Keperibadian tinggi

terserlah menerusi watak, sikap, perilaku dan gaya. Penjawat awam yang memiliki Ketinggian Peribadi

akan membawa organisasinya kepada mesra pelanggan, peningkatan motivasi berkerja dan peningkatan

mutu kerja.

5.7Sifat baik hati merupakan sifat terpuji dan disukai ramai.

Nilai Kekuatan Sifat Baik Hati dalam Tonggak Dua Belas menjamin penjawat awam bukan sahaja memiliki

peribadi terpuji malah mengawal sifat mementingkan diri sendiri. Sifat ini mendorong individu menjalankan

kewajipan dengan lebih adil, saksama, waras, wajar dan bertimbang rasa. Menjadikan nilai ini sebagai

amalan dalam perkhidmatan awam akan mengwujudkan budaya saling menghormati, menerima kritikan

membina, amanah dan berjiwa murni.

5.8Setiap dari kita adalah pemimpin. Pemimpin mesti memberi contoh atau teladan yang terpuji. Teladan

yang baik akan mempengaruhi orang yang dipimpin. Begitulah hasrat nilai Pengaruh Teladan dalam

Tonggak Dua Belas. Kejayaan organisasi dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai pengaruh yang

hebat. Pemimpin bukan sahaja mencorakkan organisasinya malah berganding bahu bersama orang yang

dipimpin menerusi ilmu, kemahiran dan pengalaman pemimpin. Aspek ini lebih berkesan jika seseorang

pemimpin dapat memimpin menerusi teladan yang baik. Penjawat awam yang memiliki nilai ini akan

sentiasa menjauhi nilai negatif seperti hasad dengki, adu domba, mencipta alasan, lupa budaya, pendek

akal dan mementingkan emosi.

5.9Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan

yang mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh penjawat awam. Nilai ini adalah Kewajipan

Menjalankan Tugas dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai nilai ini dalam kalangan penjawat awam akan

membina gaya kerja yang lebih cekap, cepat, berkesanan dan sempurna. Penjawat awam akan sentiasa

menambah ilmu dan kemahiran bagi mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan menjiwai nilai

Kewajipan Menjalankan Tugas juga berupaya mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa, malas, ingkar

perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan menunggu kerja .

5.10 Tabiat berhemat juga merupakan amalan mulia.

Berhemat lawannya boros. Orang yang boros selalu rugi dan susah dalam kehidupan. Inilah yang disemai

melalui nilai Kebijaksanaan Berhemat dalam Tonggak Dua Belas. Nilai ini

membawa mesej berhemat dari segi kewangan, masa, bahan komunikasi, bekalan utiliti dan sebagainya.

Pengamalan nilai ini merupakan tindakan bijaksana bagi semua penjawat awam dalam memajukan kerjaya

dan matlamat organisasi. Oleh itu nilai tersebut meyakinkan bahawa sifat boros, bermewah, berbelanja

tanpa kawalan, bakhil, kurang peka, kurang maklumat dan sebagainya merupakan amalan negatif yang

menghalang kecemerlangan kerjaya dan organisasi.

5.11 Sabda Rasulullah (s.a.w) bermaksud “ Sabar itu salah satu dari cabang iman “.

Sabar itu sifat terpuji yang tinggi kedudukannya. Menerusi nilai Keutamaan Kesabaran dalam

Tonggak Dua Belas dapat menjamin keupayaan yang tinggi di kalangan penjawat awam agar sentiasa

tabah, bersemangat, cekal, berpandangan jauh, tenang, lapang dada, dan menerima takdir dalam urusan

menjalankan kewajipan. Kehebatan nilai ini juga mengelak penjawat awam dari cepat berputus asa,

mengalah, menyalahkan orang lain, lemah daya tahan dan berpandangan sempit.

5.12Bakat merupakan anugerah Tuhan yang perlu digilap dan

dipertingkatkan dari masa ke semasa. Bakat mendorong kepada penciptaan, inovasi dan penyelesaian

masalah. Pekerja yang berbakat menjadi aset penting dalam sesebuah organisasi. Inilah yang dipentingkan

oleh Nilai Peningkatan Bakat dalam Tonggak Dua Belas. Organisasi yang sentiasa berjaya selalu memberi

tumpuan kepada pemikiran baru, cara baru, watak baru dan kerja berbudaya.

5.13Sudah menjadi lumrah bahawa manusia akan berasa

puas jika segala usaha yang dicurahkan mendatangkan kejayaan. Apatah lagi usaha itu diperolehi melalui

hasil cipta atau hasil reka sendiri. Oleh itu nilai Nikmat Mencipta dalam Tonggak Dua Belas memberi ruang

kepada penjawat awam berkarya dan berinovasi mencabar keintelektualan dalam mencetus idea dan

kaedah baru dalam kerjaya. Nikmat mencipta ini bukan sahaja memberi impak kepada pereka tetapi juga

memberi kepuasan kepada pengguna atau pelanggan. Nilai ini juga akan mengikis sifat cepat berpuas hati,

tidak suka pembaharuan, takut kepada perubahan dan sebagainya.

6.0 Pengamalan Tonggak Dua Belas di Sekolah

Memandangkan tugasan yang di beri kepada penulis untuk memilih lima nilai dalam Tonggak Dua

Belas, maka penulis memilih lima nilai yang dikenalpasti.

Penulis merupakan seorang Pengetua di sekolah menengah luar bandar yang terletak di kawasan

FELDA. Sekolah ini di buka pada 1 Januari 2003. Ketika ini sekolah mempunyai kelayakan guru seramai 44

orang, 24 bilik kelas dan bilangan murid sekitar 730 orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Penulis memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas untuk penghuraian bagaimana nilai ini

diamalkan di sekolah ini. Nilai–nilai tersebut ialah:-

a. Menghargai Masa

b. Ketekunan Membawa Kejayaan

c. Keseronokan Bekerja

d. Pengaruh Teladan

e. Kewajipan Menjalankan tugas

6.1 Menghargai Masa

6.1.1 Menepati Masa

Budaya dan amalan menepati masa adalah budaya mulia. Masa itu lebih berharga dari emas.

Guru-guru diterapkan budaya menepati masa melalui pengurusan berikut: -

a. Menepati masa persekolahan sekolah. Waktu persekolahan bermula jam 7.30 pagi hingga jam

2.00 petang. Guru dan murid dikehendaki datang awal ke sekolah dan mula diurus dengan mencatat

kehadiran mereka.

b. Sekolah dipasang dengan siren. Bunyi siren menandakan waktu pembelajaran bermula,

berakhir atau pertukaran mata pelajaran seperti yang terdapat dalam jadual waktu persekolahan. Guru

mengamalkan budaya menepati masa apabila masuk dan keluar pada

waktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

c. Budaya menepati masa juga meliputi aktiviti lain seperti aktiviti kelas tambahan, aktiviti

kokurikulum dan aktiviti bina insan. Kakitangan sekolah juga mengamalkan aktiviti menepati masa dalam

menyiapkan tugasan untuk sekolah, PPD, JPN, KPM dan organisasi lain. Guru diterapkan budaya “sense of

emergency” dan “sense of urgency”. Sebagai langkah kawalan senarai semak tugasan yang melibatkan

keakuran menepati masa disediakan seperti Buku Surat Masuk, Buku Surat Kkeluar, Papan Kenyataan

Pergerakan Guru dan sebagainya.

d. Sebagai membina watak sekolah, guru–guru dan kakitangan sekolah dinasihati agar menepati masa

semasa menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.

Nasihat ini bertujuan agar warga sekolah ini berketrampilan dalam menepati masa dan membina sifat

terpuji sebagai penjawat awam yang baik.

6.1.2 Merancang Pengurusan Masa

Sesi persekolahan setahun mengambil masa tidak kurang dari 205 hari. Masa yang diberi amat

singkat untuk menguruskan perancangan kerja tahunan. Masa yang diberi harus diurus dengan baik agar

sasaran kerja

tahunan dan sasaran kerja tambahan dapat dicapai. Langkah berikut diambil agar warga sekolah berjaya

mengamalkan budaya merancang pengurusan masa iaitu :

a. Merancang takwim tahunan sekolah pada awal tahun. Takwim tersebut meliputi takwim kurikulum,

takwim kokurikulum, takwim peperiksaan dalaman dan awam, takwim sukan dan permainan, takwim

kewangan dan audit, takwim bimbingan dan kaunseling, takwim program PIBG dan NGO dan sebagainya.

b. Unit-unit kecil di sekolah juga dibimbing untuk mengurus masa dengan bijak melalui pendekatan “yang

utama diutamakan dahulu“, memiliki senarai semak, sentiasa peka kepada “target date“ dan sebagainya.

Sebagai contoh guru mata pelajaran perlu melihat kapasiti huraian sukatan pelajaran, kebolehan murid,

jadual peperiksaan dan masa yang diperuntukkan untuk menjamin hasil yang cemerlang pada hujung

tahun.

6.1.3 Menyegerakan tugas Hari ini banyak tugasan perlu disiapkan segera dan mestilah berkualiti. Sekolah

mengambil langkah berikut agar budaya menyegerakan tugas berjaya diamalkan di sekolah

6.2.1Menjayakan visi, misi , prinsip dan target sekolah.

a. Visi dan misi sekolah dibina bersama. Warga sekolah bergerak bersama komuniti bagi merealisasikan

misi dan visi ini dengan tekun dan gigih.

b. Sekolah membina prinsip dan target agar hasrat visi dan misi tercapai. Antaranya seperti prinsip semua

murid berpotensi lulus dalam peperiksaan, target pencapaian 100%, peningkatan prestasi peperiksaan

setiap tahun, kekuatan kerja berpasukan, kehebatan karisma dan sebagainya mencetus situasi mencabar

dalam kalangan warga sekolah yang menuntut amalan gigih, tabah, berusaha kuat, dedikasi, sanggup

berkorban demi kejayaan sekolah.

c. Kejelasan dan penghayatan perkara di atas juga menuntut warga sekolah menambah ilmu, kemahiran dan

perubahan sikap. Ketekunan warga sekolah memulakan proses dengan pengumpulan segala data,

menyusun maklumat, membina ilmu dan kebijaksanaan, mengatur strategi, melaksana program dan

melakukan penilaian menjadi proses penting untuk mencapai visi, misi dan target sekolah.

6.2.2Membudayakan Pemuafakatan, Penglibatan

dan Kesepunyaan.

a. Ketekunan dan kegigihan melakukan sesuatu kerja boleh membina pasukan kerja. Kehebatan pencapaian

sekolah terserlah jika memiliki pasukan kerja yang tekun dan gigih. Permuafakatan bermakna melakukan

kerja secara bersama-sama. Penglibatan bermaksud semua individu terlibat dan penting. Kesepunyaan

bermaksud segala yang berlaku adalah milik bersama. Semua warga sekolah disemai budaya ini. Warga

sekolah begitu tekun dan bersemangat melaksanakan sebarang aktiviti daripada aktiviti kecil seperti

menguruskan skuad bolasepak, sembahyang Zohor berjemaah di surau sekolah, menubuhkan pasukan

pantun, hari keluarga, sukan tahunan sekolah, mesyuarat agung PIBG hinggalah aktiviti besar seperti

program prestasi untuk PMR dan SPM, Dasar 60:40, PPSMI, pengurusan hal ehwal murid, program

bersama PPD, JPN dan KPM.

6.2.3Mencetuskan semangat “Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan“

a. Guru-guru baru dibimbing bersama guru lama dalam berkongsi segala pengalaman, kepakaran dan

komitmen kerja. Sebagai contoh guru-guru baru dilantik sebagai pembantu kepada guru lama dalam setiap

program atau projek. Mereka bekerjasama untuk mencapai target sekolah. Secara tidak langsung budaya

kerja ketekunan membawa kejayaan berjaya diterap kepada guru baru.

b. Budaya “in house training” turut diamalkan di sekolah. Melalui pendekatan ini penyebaran dan

perkongsian ilmu berlaku. Guru perlu kaya dengan maklumat baru dan memiliki pelbagai kemahiran dalam

menangani masalah murid. Guru juga perlu memiliki pelbagai pilihan proses untuk mencapai matlamat.

Melalui usaha ini diharap warga sekolah sentiasa mempertingkatkan ilmu dan kemahiran serta berpeluang

menggunakan berbagai–bagai cara mengatasi masalah. Sebagai contoh guru tidak boleh patah semangat

andai usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid belum berjaya. Guru

perlu tekun mencuba berbagai– bagai kaedah dan pendekatan untuk memastikan

matlamat tercapai. Ketekunan dan kegigihan inilah yang menghasilkan mutu kerja cemerlang selaras

dengan hasrat pencapaian hari esok adalah lebih baik daripada hari ini dan pencapaian hari ini adalah lebih

baik daripada hari semalam.

6.3 Keseronokan Bekerja

Menurut Ainon Mohd (2003) bagi menolong semangat kerja yang lebih tinggi dan meningkatkan

produktiviti pekerja, pihak pengurusan hendaklah menjadikan kerja lebih

menyeronokkan mereka yang menjalankan kerja-kerja itu. Antara berikut beberapa contoh aktiviti yang

diambil oleh pihak sekolah untuk menerapkan amalan Keseronokan Bekerja.

6.3.1 Mengganggap Kerja Sebagai Ibadah

a. Warga sekolah disemai kesedaran dan kefahaman menganggap kerja sebagai ibadah. Permulaan kerja

mereka dimulakan dengan niat. Niat itu adalah target (Hj Sobirin, 2002). Nilai diterap melalui perjumpaan

guru, mesyuarat, pembengkelan dan majlis–majlis ilmu. Budaya membaca doa, bacaan Asma Al Husna,

bacaan Al Quran, sembahyang hajat, sembahyang berjemaah, majlis membaca Yassin dan majlis-majlis

kesyukuran yang diadakan di sekolah antara lain bertujuan tidak memisahkan kerja dengan ibadah. Warga

sekolah menyedari bahawa mereka pasti berusaha bersungguh-sungguh dan

mereka redha dengan ketentuan Tuhan.

  

6.3.2 Mengwujudkan budaya berilmu dan berfikir

a. Warga sekolah digalakkan meneroka ilmu pendidikan terkini melalui pembacaan, seminar, menghadiri

kursus dan “in house training”. Sekolah membeli buku–buku pendidikan, menyebar luas

naskah- naskah pendidikan, menghantar guru berkursus mengikut agihan tugas dan mengadakan “in house

training” pada hari Sabtu.

b.Menggalakkan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti panitia melalui perbincangan,

mesyuarat dan kajian kes.

c. Menggalakkan guru-guru meyumbang idea dan kepakaran melalui penulisan kertas kerja, laporan aktiviti,

perkongsian pintar dan lain-lain.

6.3.3 Mengwujudkan iklim kondusif

a.Membina kawasan sekolah yang kondusif

seperti selamat, bersih dan ceria.

b.Mengwujudkan komunikasi yang berkesan seperti penyebaran maklumat dengan cepat, jelas dan mudah

difahami. Berlaku perkongsian maklumat dan penyegeraan kepada tindak balas kepada maklumat.

6.3.4 Menyediakan kemudahan asas dan kebajikan

a.Meningkatkan kemudahan asas sekolah seperi padang permainan, aktiviti sukan dan permainan, bilik

komputer, bilik guru dan kantin sekolah.

b.Kebajikan warga sekolah diberi perhatian

seperti rumah guru dan peningkatan kerjaya guru.

6.3.5 Menjadikan kerja sebagai cabaran

a.Memberi peluang dan kebebasan kepada

guru untuk membuktikan kebolehan seperti guru baru

mengajar di kelas peperiksaan, jurulatih baru olahraga,

setiausaha PIBG dan sebagainya.

b.Meningkatkan taraf profesionalisme guru- guru dengan penggunaan maklumat yang berinovasi seperti

analisis data, borang potensi pencapaian murid, Folio A, Folio B, Target, Nilai Mula, Program Utama,

Program Sokongan, Program Sampingan, Gred Purata, Pensijilan Terbuka dan sebagainya.

6.3.6 Menjadikan “Sekolah Ku Rumah Ku“

a.Mengadakan Hari Keluarga, Sambutan Hari Raya, Majlis Korban, Majlis Perpisahan dan sebagainya di

sekolah.

b.Mengadakan persatuan guru seperti Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah untuk aktiviti sosial, agama dan

kebajikan.

c.Sekolah bersedia menjadi penganjur program PPD, JPN, NGO dan sebagainya sebagai usaha promosi

sekolah dan membina watak sekolah.

d.Mengwujudkan hubungan yang akrab antara ibu bapa dengan komuniti yang lain.

6.4 Pengaruh Teladan

6.4.1 Menerapkan Kepimpinan Melalui Teladan

a. Pengetua dan Guru Penolong Kanan sebagai pemimpin sekolah menjadi contoh dan teladan kepada

warga sekolah. Pemimpin sekolah sebagai model penjawat awam yang baik dengan mengamalkan nilai-

nilai murni, berpegang teguh kepada agama, berakhlak, beretika dan mendukung dasar-dasar negara.

Sebagai contoh pemimpin sekolah sentiasa menepati masa, pembersih, mementingkan perpaduan,

mengutamakan pelanggan dan mementingkan keselamatan.

b.Pemimpin sekolah mengamalkan amalan- amalan murni seperti yang tercatat dalam Nilai dan Etika

Perkhidmatan Awam dan Tonggak Dua Belas dan berusaha menerapkannya dalam kalangan warga sekolah.

c.Pemimpin sekolah sentiasa bersungguh- sungguh mencapai visi dan misi sekolah. Usaha ini

menggambarkan pihak sekolah bercita-cita besar untuk menjadi sekolah cemerlang. Semua jentera

sekolah digerakkan menuju visi dan misi sekolah. Warga sekolah disemai kecenderungan meningkatkan

standard prestasi yang tinggi. Hasrat ini bertujuan melahirkan warga sekolah berprestasi tinggi, berinspirasi

dan berkualiti. Mereka merupakan pemimpin masa depan.

d.Pemimpin sekolah sentiasa menyokong dan turun padang bersama warga sekolah yang lain dalam

melaksanakan sebarang aktiviti seperti latihan sukan

perkhemahan unit pakaian seragam, projek keceriaan

sekolah dan sebagainya.

6.4.2 Menerapkan Kepimpinan Instruksional

Ishak (2003) menekankan kepimpinan intruksional ialah memberi penekanan kepada

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Shimniok dan Schmoker (1992) mengatakan kepimpinan instruksional masih dan tetap penting

dalam organisasi sekolah kerana “core busines“ sekolah ialah pengajaran

dan pembelajaran. Sehubungan itu pemimpin sekolah bertindak memberi contoh dan teladan kepada

sekolah melalui kepimpinan intruksional menerusi aktiviti berikut:-

a. Memberi bimbingan aspek pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti penyeliaan.

b. Membantu guru menjalankan kajian terhadap potensi murid melalui siri ujian dan peperiksaan yang

dijalankan.

c. Berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman antara pemimpin sekolah dengan guru atau antara guru

dengan guru.

d. Sentiasa memupuk budaya membaca, belajar sepanjang hayat dan perkongsian bijak dalam kalangan

warga sekolah serta meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru melalui kursus, bengkel dan seminar

yang dianjurkan oleh Panitia Daerah, PPD, JPN,

KPM dan sebagainya.

e.Sentiasa meniupkan semangat, motivasi dan galakan kepada guru dengan mengadakan perbincangan

mengenai potensi murid, prestasi murid, nilai mula, targert, latihan murid, buku teks, format peperiksaan

dan pentafsiran, “home learning” dan sebagainya.

f. Memupuk iklim sekolah yang kondusif untuk keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

sepertibilik darjah kondusif, alat bantu mengajar, penggunaan komputer, kelengkapan alatan sains dan

kemahiran hidup, pusat sumber sekolah dan sebagainya.

6.5 Kewajipan Menjalankan Tugas.

Mengikut Stenhouse dan Fink (1986), guru yang baik ialah guru yang boleh membuat

pertimbangan profesional tersendiri. Mereka tidak perlu diberitahu apa yang perlu dilakukan. Mereka tidak

menolak nasihat, sokongan atau perundingan kerana mereka tahu bahawa idea ini menyerap dan menjadi

pertimbangan guru itu sendiri. Namun, di dalam bilik darjah hanya guru yang boleh menentukan dan

membentuk pengajaran yang baik.

6.5.1 Menyemai sikap professional dan cekap

a. Memupuk kesedaran memahami dasar melalui visi dan misi sekolah. Sebagai contoh, hasrat sekolah

mencapai target 100% lulus dalam peperiksaan awam bertujuan menjamin semua pelajar berpotensi lulus

peperiksaan, tiada keciciran, tiada defisit pembelajaran dan sebagainya.

b. Membina budaya kerja proaktif, kreatif dan inovatif. Tindakan yang dibuat bukan berdasarkan andaian

tetapi melalui kajian, pemerhatian, penyelidikan dan sebagainya. Pembetulan segera perlu dibuat di setiap

proses. Sebagai contoh gejala ponteng sekolah ditangani bermula dari maklumat amaran awal hinggalah

kepada sifar ponteng. Proses ini memerlukan kemahiran prosfesional yang tinggi dan menuntut kecekapan

individu-individu yang terlibat.

c. Menggalakkan cetusan idea dan membina keputuasan bersama dalam kalangan warga sekolah. Kaedah

ini akan memberi kebebasan kepada warga sekolah memilih alternatif terbaik bagi melaksanakan sesuatu

kerja. Kefahaman yang jelas dan memahami prosedur yang ditetapkan akan menimbulkan minat yang

mendalam untuk menjalankan kewajipan.

6.5.2 Mengagihkan tugas mengikut kecenderungan

dan kemahiran

a. Warga sekolah lebih selesa jika tugas yang diberi bersesuaian dengan minat dan kemahiran. Tugasan diberi

mengikut kekananan, opsyen, pengalaman, “track record”, kepakaran dan sebagainya. Senarai Jawatan

Kuasa Sekolah dikeluarkan pada awal tahun meliputi jawatan kuasa kurikulum, kokurikulum, keceriaan, bina

insan dan sebagainya yang dianggotai oleh guru-guru dari pelbagai aras kecenderungan dan kelayakan.

b.Pengagihan tugas ini juga berupaya membina pasukan kerja yang berwibawa. Mereka bekerja dengan

semangat pemuafakatan, keterlibatan dan kesepunyaan. Sebagai contoh, Jawatankuasa Panitia Bahasa

Melayu bertindak mengatasi masalah 3M dengan menggembeleng semua ahli panitia bersama program

yang telah dipersetujui.

c. Sekolah mempamerkan hasil kerja dan pencapaian semasa individu atau pasukan kerja sekolah.

Langkah ini akan memberi maklumat, berkongsi maklumat dan bertindak mengikut maklumat. Individu atau

pasukan yang belum mencapai prestasi yang diharapkan akan

terus berusaha meningkatkan kewajipan mereka. Maklumat yang dipamerkan itu seperti prestasi ujian

bulanan, senarai murid cemerlang atau potensi cemerlang, rekod pencapaian atlit olahraga sekolah,

taburan murid ponteng mengikut kelas, lokasi dan sebagainya.

7.0Penutup

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan mutu perkhidmatan

awam berada pada tahap yang cemerlang. Usaha ini bukan sahaja melibatkan penyediaan pelbagai

prasarana bahkan pengenalan pelbagai nilai dan etika perkhidmatan yang perlu dipatuhi dan disemai

dalam diri penjawat awam. Oleh yang demikian, Tonggak Dua Belas dilihat sebagai usaha murni bagi

meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan anggota- anggota perkhidmatan awam. Penjawat awam

perlu menjadikan nilai-nilai yang dibincangkan dalam kertas kerja ini sebagai pegangan asas bagi

melahirkan budaya kerja yang gemilang dan memastikan tahap perkhidmatan awam di negara ini setanding

dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan-kakitangan sektor lain. Sewajarnya tanggapan

masyarakat bahawa mutu perkhidmatan awam di negara ini yang masih lemah, tidak cekap dan sering

lewat dengan karenah birokrasi perlu diubah. Penjawat awam seharusnya memberikan usaha yang terbaik

dalam setiap pekhidmatan mereka dan bukan hanya sekadar “melepaskan batuk di tangga” kerana berasa

selesa dengan kedudukan mereka pada hari ini. Mereka tidak boleh lagi bersikap sambil lewa kerana

cabaran yang menanti pada abad ke dua puluh satu ini semakin mencabar

Hal ini juga tidak terkecuali bagi perkhidmatan pendidikan. Kecemerlangan yang dicapai oleh para

pelajar dalam semua bidang banyak bergantung kepada mutu perkhidmatan yang diberikan oleh guru-guru.

Pengetua selaku ketua pemimpin sewajarnya memastikan guru-guru sentiasa mempertingkatkan mutu

perkhidmatan dengan mempersiapkan diri dengan ilmu dan mempunyai nilai keperibadian yang tinggi bagi

memastikan wadah pendidikan yang sempurna kepada pelajar dapat dicapai. Hal ini bertepatan dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani.

 Rujukan :

1. Akta Pendidikan Malaysia 1996.

2.Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam , (1991). INTAN

3.Tonggak Dua Belas, (1992). INTAN

4.Standard Kualiti Pendidikan Malaysia–Sekolah, (2003).

Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.PKKP, (2002 ). Jabatan Pelajaran Pahang.

6.Hasan Langgulung,(1997). Asas-asas Pendidikan Islam.

KL:DBP

7.Ibrahim bin Mamat , (2001). Pengetua Sekolah

Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. KL: Kumpulan

Budiman Sdn . Bhd.

Ciri-Ciri Guru CemerlangProfesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:

1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.

2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178): 1. Kecemerlangan PeribadiKecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

Nilai kendiri yang positif Berakhlak mulia Adil Bertimbang rasa Amanah Bertanggung jawab Kreatif Inovatif Kemas Sikap sedia berkongsi Bersikap terbuka Berpemikiran positif

2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:

Mengamalkan budaya ilmu Berkebolehan menyelesaikan masalah Membuat keputusan yang rasional serta objektif Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:

Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan. Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya. Berkeupayaan memelihara hubungan mesra. Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4. Kecemerlangan Potensi Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam

aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional,

seminar, bengkel.

Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:

Adil Sabar Tegas Konsep kendiri positif Kesungguhan Mesra Prihatin Kerjasama Menepati masa Bertanggung jawab Berakhlak mulia Kecindan (unsur jenaka)

Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.

Ciri Ciri-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:

- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji,

berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika

perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang

dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai

dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan

kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak

mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu

mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta

menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran

dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil

pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan

penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan

keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran,

menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi

penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran

komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan

menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk

kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu

usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program

pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya,

sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan

menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan

dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga

dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah

guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi

meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran

yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi -ciri

Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:

- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji,

berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika

perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang

dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai

dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan

kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak

mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu

mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta

menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran

dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil

pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan

penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan

keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran,

menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi

penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran

komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan

menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk

kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu

usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program

pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya,

sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan

menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan

dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga

dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah

guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi

meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran

yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi

CIRI-CIRI PROFESIONALISME KEGURUAN

    1.  Pengetahuan Atau Kemahiran Yang Diperolehi Melalui Pembelajaran Teori Dan Latihan Amali

Dalam Sesuatu Tempoh Masa Yang Panjang.

    Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi

seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau

Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah

kerajaan. Walaubagaimanapun, samada  seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak,

dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.

Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-

murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.

    Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi

oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan

sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada

latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan

itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori

penyampaian pelajaran.

  Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh

masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan

pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi

pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang

baik kepada masyarakat.

2. Mempertingkatkan Profesionalisme.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan

amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu

kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa

ke semasa. Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum

berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik.

Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang

dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan

Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus

Peningkatan Profesionalisme Keguruan.

Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan

keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini.

Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion

keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan

pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998).

3. Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan  Masalah Serta Berfikiran Kritis dan Kreatif .

Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak

bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan

terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan

sebagainya. Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan

dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.

Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru

dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis

dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu

program.

4. Mahir  Menggunakan IT.

Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman,

perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi

dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa

cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui ‘online’.

Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan

kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa

yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan

sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.

Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk

menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana

pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu

tersebut. Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan

negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan

teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia [multimedia super corridor (MSC)] yang menjadi

pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa.

Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan  di negara ini, komputer telah dijadikan

sebagai satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan

komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan

menguasai teknologi maklumat. 

  Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan

elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup seperti

penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi  (LRT), perkhidmatan bank ( kad ATM),

telekomunikasi (telefon bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan lain-lain.

Jadi rakyat negara ini harus dapat menangani  kehidupan di era teknologi maklumat sehingga

teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari. Oleh itu, profesion keguruan

harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan  penggunaan teknologi maklumat

dalam kurikulum di sekolah.

5. Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak.

    Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat mambawa

isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam

kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu

kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatan di jalan

raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas

untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan

harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak.

Melalui pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu semasa,  sama ada

yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, jenayah seperti peras ugut, pecah rumah,

penculikan dan seumpamanya manakala ekonomi seperti urusan perniagaan, jual-beli saham,

hartanah dan sebagainya. Politik seperti dalam hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga

pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan

kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan

dengan pelajar.Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion

keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji.

Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu

diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar

menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati

oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru

terlebih dahulu.

1.0 Kronologi Perkhidmatan Guru

Nama : Zumardi bin Zainal Abidin

Tarikh Lahir : 18 Oktober 1973

Tempat lahir : Kodiang Kedah

Pendidikan awal : SK Siputeh ( 1980- 1985)

a) Penilaian

b) SRP 1986-1988

c) SPM 1989-1990

d) STPM 1991-1992

Ikhtisas di Maktab Pesersekutuan Pulau Pinang 1996-1998

U.S.M Bachelor of economic 2000-2004

U.U.M master of economic 2000 hingga kini

Status : Berkahwin ( Anita bt Abd Rani) 3 orang anak

Pengalaman mengajar : 1) SK R.P.S Dala Gerik 17 Januari 2000 ( DG

29)

2) sk. Sungai Kob ogos 2008 ( DG 44)

3) sk. Bukit Tinggi Januari 2009 hingga kini

( DG44)

Anugerah dan pencapaian : Anugerah perkhidmatan cemerlang 2006

Opsyen : Sains dan Pendidikan Jasmani sera matematik

Peranan : 1) Warden asrama 2006 -2007

2) Guru makmal komputer 2002 - 2007

3) Guru panitia 2002 - 2007

4) Guru data 2009 hingga kini

5) AJK Pembinaan item daerah 2010 hingga kini

6) Hakim – pertandingan Eureka 2012 HINGGA SEKARANG

Prinsip hidup “ Orang yang takut tidak layak untuk hidup”

2.0 Asas kepimpinan, jenis-jenis kepimpinan guru

3.0 Kepimpinan di sekolah dan cabaran kepimpinan

4.0 Akauntabiliti yang dipegang, peranan guru tersebut