bab 4 kumpulan kecil
TRANSCRIPT
23
This chapter
BBBaaabbb 444:::
PENGAJARAN KUMPULAN KECIL
Dalam bab ini, kita akan tumpukan kepada menjalankan pengajaran kumpulan kecil dan
prosesnya yang menjadi asas pembelajaran penyelesaian masalah kolaboratif dan projek.
Perbincangan merupakan jantung pengajaran kumpulan kecil dan rasional untuk
pengajaran kumpulan kecil ditekankan. Beberapa cara untuk mempertingkatkan
pengajaran kumpulan kecil, peranan menyoal dan urusan tempat duduk diteliti. Terdapat
kontroversi samada penyertaan dalam kerja kumpulan harus digred dan rubric untuk
mentaksir pelajar dan prestasi pembimbing dipersembahkan.
Setelah menyelesaikan modul ini, anda harus boleh:
Membincangkan peranan perbincangan dalam pengajaran dan pembelajaran
Mengaplikasi beberapa strategi yang membantu pengajaran kumpulan kecil
Mengenal pasti teknik menyoal dan mendengar yang mungkin digunakan dalam
pengajaran kumpulan kecil
Menerangkan bagaimana mentaksir penyertaan pelajar dalam kumpulan kerja kecil
Menggunakan senarai semak untuk mentaksir prestasi pembimbing atau guru
GARIS LATAR 4.1 Perbincangan, jantung pendidikan
4.2 Mengapa pengajaran kumpulan kecil?
4.3 Mempertingkatkan pengajaran kumpulan
kecil
4.4 Menyoal dalam pengajaran kumpulan kecil
4.5 Kedudukan tempat duduk
4.6 “Anjing makan kerja rumah saya”
4.7 Menggred penyertaan
4.8 Mentaksir prestasi anda sendiri
Ringkasan
Istilah Penting
Rujukan
24
4.1 PERBINCANGAN, JANTUNG KEHIDUPAN DI UNIVERSITI
“Perbincangan merupakan jantung kehidupan di sekolah, universiti atau
kolej”. Berkemungkinan ada pelajar yang melalui sekolah atau sebuah program
sarjanamuda tanpa bercakap sepatah perkataan, memberikan pendapat, apatah lagi
mencabar suatu pandangan. Sementara syarahan memberikan peluang untuk eksposisi
dan penjelasan, pengajaran kumpulan kecil memberikan peluang kepada pelajar
mengekspresi diri mereka melalui perkataan lisan yang merupakan kunci kepada
perbincangan berjaya (lihat Gambarajah 4.1). Pengajaran adalah lebih daripada
sekadar memberitahu. Guru yang baik adalah juga pendengar yang baik.
Kerja kumpulan kecil memberikan peluang untuk pembelajaran kolaboratif,
untuk pembelajaran berasaskan masalah, untuk mentakrif, mengembara dan
menyelesai masalah, untuk mengembangkan kemahiran kognitif peringkat tinggi,
seperti menggunakan dan/atau memindahkan pengetahuan kepada situasi yang baru,
untuk perbincangan dan untuk perkembangan kemahiran komunikasi (lihat
Gambarajah 4,1). Kaedah perbincangan membolehkan saling pengaruh; iaitu
mempengaruhi pelajar dan mempengarhuhi guru atau pembimbing. Guru atau
pembimbing dapat mengenali pelajarnya yang mana nilainya, sikapnya, pendapatnya
dan matlamatnya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Tidak ada kaedah
pengajaran lain yang mempunyai potensi yang besar untuk saling pengaruh. Guru atau
pembimbing menggunakan perbincangan untuk menemui cara dalam mana pelajarnya
menerangkan konsep dan prinsip, i.e. apa yang pelajar faham, salah faham atau tidak
faham langsung.
Perbincangan Syarahan – Penerangan & Eksposisi
- Pembelajaran kolaboratif, - Penyelesaian Masalah - Interaksi Manusia
Gambarajah 4.1 Pengajaran adalah lebih daripada memberitahu
Perkataan yang dituturkan merupakan suatu media untuk perbincangan. Tetapi
perkataan siapa? Memang biasa bagi sesi kumpulan kecil berbalik kepada suatu
25
“syarahan kecil” oleh seorang guru atau pembimbing yang taksub dengan
perkataannya sendiri. Pengajaran kumpulan kecil adalah suatu isu yang berpanjangan
dalam kebanyakan institusi pengajian tinggi yang mungkin tidak akan selesai.
Institusi khuatir sekiranya pelajar mereka tidak berminat atau tidak dilatih
untuk bercakap. Chong Chi Tat (2006) dalam rencananya bertajuk Small Group
Work: Are We Doing All Right? menengahkan isu-isu berikut yang guru dan
pembimbing harus pertimbangkan semasa melaksanakan pengajaran kumpulan kecil:
Budaya Asia: Ramai pelajar lebih suka hanya berdiam diri dan
membiarkan orang lain bercakap. Walaupun institusi mengundang
penceramah ternama dan selepas ceramah, mereka kecewa dengan
kurangnya penyertaan peserta. Bagaimana? Sifat rendah hati!
Kesederhanaan! atau sekadar kurang minat? Kenapa pelajar lebih suka
kurang berinteraksi dalam situasi kelas?
Bergantung kepada Mata Pelajaran: Lebih mudah mengekspresi
pandangan dan pendapat dalam sesetengah mata pelajaran seperti sains
sosial dan kemanusiaan. Untuk mata pelajaran seperti matematik dan
statistik mungkin terdapat kurang penyertaan kerana pelajar lebih
menumpukan kepada pemahaman konsep asas. Sekiranya mereka kurang
bersedia dengan pemahaman konsep asas, mereka mungkin berdiam.
Soalan diutarakan mungkin lebih tertumpu kepada membuat latihan.
Pelajar Baik: Selalunya, sekiranya anda mempunyai pelajar “baik” dalam
kelas, kelas lebih berkemungkinan aktif dan meriah. Ramai guru ingin
mengajar pelajar yang bertanya soalan „pintar‟ dan yang datang bersedia
dan telah membaca pembacaan yang diberikan. Bagaimanakah kita
menangani pelajar yang datang tidak bersedia dan tidak menyertai?
Mereka mungkin tidak membaca menjangkau nota syarahan dan lebih
berminat tentang apa soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan.
4.1 AKTIVITI
Saya berpendapat bahawa pensyarah harus menggalakkan
Pelajar melibatkan diri dalam perbincangan. Walau
bagaimana pun, ini selalunya tidak berlaku. Semasa saya
mengajar Matematik kepada sebuah kelas tutorial Tahun Satu
seramai 25 orang pelajar,, Saya mahu pelajar melibatkan diri
dalam perbincangan. Dengan itu saya pilih pelajar seminggu
sebelum, untuk pergi ke papan hitam dan memberikan penyelesaian
serta memimpin perbincangan. Dalam dua minggu, saiz kelas saya telah
susut kepada separuh. Pelajar pergi ke kelas yang lain yang
pensyarahnya lebih mesra. Jelas pendekatan saya tidak popular.
Ada orang yang menyerah kalah apabila melihat ini berlaku. Ada juga
yang tidak. Ada yang berkata, “Tak apalah, anda telah mencuba tetapi respon
pelajar tidak begitu baik. Sekiranya anda tidak berhati-hati, anda mungkin
menerima gred yang buruk di akhir semester.” Dan pelajar akan berkata,
“Pensyarah ini tidak boleh mengajar. Malah, dia menyuruh kita membuat
perkara yang sepatutnya dia yang buat.”
[sumber: Chong Chi Tit. Small Group Work: Are We Doing All Right? CDTL,
National University of Singapore. 2006].
a) Adakah ini pernah berlaku kepada anda? Jelaskan.
b) Apakah yang anda telah lakukan?
26
4.2 KENAPA PENGAJARAN KUMPULAN KECIL?
Pengajaran kumpulan kecil mungkin tidak selalunya kaedah pengajaran yang paling
sesuai. Anda perlu memikirkan objektif kursus atau mata pelajaran. Bandingkan apa
yang anda ingin capai dengan peranan pengajaran kumpulan kecil. Dalam erti kata
lain, sesetengah hasil pembelajaran hanya boleh dicapai sekiranya pelajar berbincang
dalam kumpulan kecil (McKeachie, 1986). Pengajaran kumpulan kecil harus
digunakan sekiranya anda:
Ingin pelajar mengaplikasi konsep dan prinsip yang dipelajari, maka anda
harus memberikan peluang kepada mereka untuk menunjukkan kemahiran
mereka dalam aplikasi konsep dan prinsip dalam situasi berbeza.
Ingin pelajar memformulasi masalah menggunakan maklumat yang diterima
daripada pembacaan dan syarahan, maka anda berikan mereka peluang untuk
menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah.
Ingin pelajar menilai dengan kritis konsep dan prinsip mata pelajaran anda,
maka anda harus berikan mereka latihan dalam pemikiran kritis.
Ingin pelajar mencadangkan idea baru dan mengutarakan pendirian mereka
tentang konsep dan prinsip yang dipelajari, maka anda harus berikan peluang
kepada mereka untuk berlatih pemikiran kreatif.
Ingin pelajar menggunakan sumber rakan sekelas mereka, maka anda harus
berikan peluang untuk ahli kumpulan berkongsi dan bekerja secara
kolaboratif.
Ingin mengembangkan kemahiran komunikasi pelajar, maka anda harus
memberi peluang kepada mereka untuk mengekspresi diri mereka secara lisan.
Ingin pelajar menyedari perlunya bekerja dalam kumpulan dan tidak secara
individu, maka peluang harus diberikan untuk mereka memahami dan berlatih
dinamika kumpulan.
Ingin pelajar merefleksi tentang bidang yang diajar, maka anda harus berikan
suatu masa untuk mereka menyatakan apa maksud kandungan yang mereka
pelajari kepada mereka secara peribadi.
Ingin dapatkan maklumbalas segera tentang sejauhmana hasil pembelajaran
dicapai, kaedah pengajaran kumpulan kecil adalah selalunya paling berkesan.
4.2 AKTIVITI
a) Apakah sebab menggunakan pengajaran kumpulan kecil
dalam kursus anda?
b) Sejauhmanakah senarai tersebut sama dengan senarai
yang diberikan oleh McKeachie?
27
4.3 MEMPERTINGKATKAN PENGAJARAN KUMPULAN KECIL
Yvonne Steinert (2004) telah meminta sekumpulan pelajar apakah yang
membuatkan kumpulan kecil berkesan. Pelajar telah menekankan ciri-ciri guru berikut
sebagai penting untuk kerja kumpulan kecil: suasana kumpulan yang positif,
penyertaan pelajar yang aktif dan interaksi kumpulan, pematuhan kepada matlamat
kumpulan kecil, kerelevanan dan teknik pedagogi seperti topik yang mempromosi
pemikiran dan penyelesaian masalah.
Perbincangan merupakan gabungan di antara percakapan dan diam. Ada guru
yang mempunyai kesukaran mengikuti samada percakapan atau diam yang
berlebihan. Guru tidak harus membiarkan pendapat, perkataan atau pertimbangannya
mengganggu pemahaman pelajar yang baru berputik tentang suatu konsep. Adalah
sukar untuk guru menahan diri daripada membetulkan apa yang pelajar katakan,
daripada menyatakan semula, menginterpretasi dan membuat “semua” hubungan bagi
pihak pelajar. Dia terpaksa meletakkan disiplin yang ketat buat dirinya yang
merupakan suatu tugasan yang mencabar untuk sesetengah orang.
Gambarajah 4.2 Faktor yang Mempertingkatkan Pengajaran
Kumpulan Kecil
i) KEJELASAN OBJEKTIF
Salah satu sebab utama kumpulan gagal berfungsi adalah kerana pelajar tidak
tahu apa yang hendak dibuat, terutama pelajar baru (Bertola dan Murphy, 1994).
Dengan memberi pelajar suatu topik umum untuk dibincangkan dan suatu senarai
pembacaan tidak mencukupi. Tentukan objektif untuk sesi pengajaran kumpulan kecil
dan sampaikannya dengan jelas. Adakah kumpulan kecil itu harus membincangkan
pembacaan khusus yang ditetapkan? Adakah ianya di mana pelajar bertanya soalan
untuk memperjelaskan apa yang mereka tidak faham (dan sekiranya mereka tidak
mempuyai soalan mereka boleh bersurai)? Adakah ini semua "syarahan mini " di
mana anda menyampaikan maklumat baru?
PENGAJARAN
KUMPULAN
KECIL
Kejelasan objektif
Menyampaikan jangkaan
“Ice-breaker”
Ciri-ciri perbincangan berkesan
Keluarkan diri daripada interaksi
Mendengar
Merespon dan memberi maklumbalas
Komunikasi bukan verbal
Menangani diam
Menangani pelajar dominan
Menangani pelajar pendiam
Menunjukkan keghairahan terhadap
mata pelajaran
28
Sekiranya anda berhasrat menggunakan mana-mana teknik kolaboratif yang
dibincangkan dalam Bab 3, anda perlu jelaskan kepada pelajar bagaimana ia akan
dijalankan. Pelajar mungkin tidak biasa dengan teknik pembelajaran tersebut dan
memerlukan penjelasan tentang apa yang mereka sepatutnya buat.
ii) PERJELASKAN JANGKAAN ANDA TERHADAP PELAJAR
Adakah mereka akan digred untuk penyertaan? Ini tidak semestinya suatu
insentif yang baik kerana adalah sukar untuk memujuk pelajar untuk melibatkan diri
dan pelajar mungkin melihat bahawa penyertaan tidak boleh digred dengan saksama.
Mungkin lebih baik sekiranya mereka membentuk sebab yang bersifat lebih intrinsik
untuk melibatkan diri seperti rasa tanggungjawab terhadap kumpulan atau kerana
ianya menyeronokkan dan menarik.
Menentukan peraturan yang jelas tentang tingkahlaku akan memberikan
struktur dan perasaan tersusun dan selamat buat pelajar. Peraturan mungkin termasuk:
Semua orang sampai pada masa
Semua ahli harus membuat persiapan
Layan semua orang dengan hormat. e.g. tidak memperlekehkan yang lain
Membuat kesilapan itu tidak mengapa
Rundingkan peraturan ini dengan kumpulan dan semak dari masa ke masa, dan buat
perubahan sekiranya perlu. Dan juga, beritahu pelajar bahawa suatu perbincangan
bukanlah suatu siri pertukaran dua hala di antara guru dengan setiap pelajar. Ada
pelajar belum pernah mengalami perbincangan kumpulan dan mereka tidak begitu
faham apa yang diharapkan daripada mereka.
iii) “ICE-BREAKER”
Rancangkan suatu “icebreaker” untuk sesi
kumpulan kecil. Terdapat banyak teknik “ice-
breaker”. Yang paling biasa adalah untuk pelajar
memperkenalkan diri masing-masing dan
nyatakan dengan ringkas apa yang mereka rasa
mereka akan belajar daripada kursus tersebut atau
apa yang mereka harap akan belajar. Suatu teknik
adalah untuk meminta pelajar menjelaskan era
manakah dalam sejarah yang mereka ingin hidup
dan mengapa. Adakah anda rasa ini sesuai untuk kelas anda?
Kekuatan latihan di atas adalah bahawa guru atau pembimbing boleh
mendapatkan maklumat berguna sementara pelajar mengenali antara satu sama lain.
Selalunya “icebreaker” yang paling berkesan boleh jadi suatu lawatan lapangan
kerana ia membawa pelajar keluar daripada bilik darjah dan memberikan mereka
suatu pengalaman bersama.
iv) PELAJAR MENGENAL PASTI CIRI-CIRI PERBINCANGAN YANG
BERKESAN
Minta pelajar kenal pasti ciri-ciri perbincangan yang berkesan dan minta
mereka senaraikan ciri-ciri perbincangan yang lemah. Minta pelajar sumbangkan
item-item daripada senarai mereka dengan kaedah sumbangsaran (maksudnya jangan
mengkritik) sementara anda buat suatu senarai atas papan hitam atau dalam cetakan.
29
Seterusnya galakkan perbincangan tentang bagaimana kumpulan dapat
memaksima ciri-ciri perbincangan yang baik sementara meminima ciri-ciri
perbincangan yang lemah. Pelajar akan mengambil lebih tanggungjawab terhadap
kelas apabila mereka terlibat dalam penentuan tahap jangkaan.
v) KELUARKAN DIRI ANDA DARIPADA INTERAKSI
Untuk menjadi sebenar-benarnya berpusatkan pelajar, tumpuan harus tetap kepada
pelajar dan bukan kepada apa atau banyak mana guru tahu. Selalunya kita lebih selesa
memberi maklumat berbanding membimbing sebuah perbincangan. Walau
bagaimanapun, matlamat kerja kumpulan kecil adalah untuk membantu pembelajaran
dalam pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan perlakuan melalui penglibatan
secara langsung, bukan dengan memberikan maklumat. Dengan mengingati ini
sepanjang sesi, anda akan dapat mengeluarkan diri anda daripada sebahagian besar
proses pembelajaran aktif.
vi) MENDENGAR
Guru yang mendengar mungkin menggalakkan pelajar yang kurang bercakap
untuk mengatakan sesuatu; ataupun lebih baik lagi, untuk mengatakannya dalam
perkataannya sendiri. Biar dia habiskan apa yang sedang dikatakan. Jangan menyelit
kerana ia adalah suatu tabiat yang biasa dalam kalangan ramai pembimbing. Benarkan
15 saat selepas setiap sumbangan dan kemudian tanya pelajar lain dalam kelas
sekiranya makna apa yang dikatakan jelas kepada mereka. Sekiranya ia, maka
“Bolehkah anda jelaskan apa yang dikatakan?” dan sekiranya tidak, maka pelajar
yang asal diminta memberi penjelasan.
Perlakuan Mendengar yang Baik Tengok orang yang bercakap tetapi jangan buat-buat
Pendengaran positif adalah lebih daripada mendengar
dengan tekun; ia memerlukan usaha untuk mendengar
dengan diskriminasi dan simpati;
Tangguhkan penghakiman
Cari makna sebenar apa yang sedang dikatakan
Contoh Pernyataan Pembimbing yang Menunjukkan Dia Tidak Mendengar
“Itu OK, tetapi saya sedang memikirkan ……………..”
“Itu sebahagian daripada penjelasan, saya akan berikan kepada anda yang
penuh”
“Itu salah satu sebab-sebab, Saya akan berikan tiga lagi……..”
4.3 AKTIVITI
a) Jelaskan beberapa teknik “ice-breaking” yang anda telah
gunakan dalam pengajaran kumpulan kecil.
b) Adakah anda berpendapat menyuruh pelajar mengenal
pasti ciri-ciri perbincangan yang berkesan sesuai untuk
kelas anda? Kenapa? Kenapa tidak?
30
Cari corak pertuturan orang yang bercakap dan apa yang tersirat
Cuba lihat kenapa pelajar menyampaikan sesuatu dengan cara yang dia
gunakan
Sekiranya tiada pelajar yang meneruskan aliran perbincangan, maka
pembimbing boleh berkata,
o “Saya kurang faham apa yang anda maksudkan…...”
o “Bolehkah anda jelaskan lebih lanjut …….?”
Tahap Mendengar Brown (1986) mengenal pasti EMPAT tahap mendengar:
1. Mendengar Skim – lebih sedikit daripada menyedari bahawa seseorang sedang
bercakap
2. “Survey” – membina suatu peta mental tentang apa yang dikatakan, mengenal
pasti hujah utama
3. Mendengar carian – carian aktif bagi mendapatkan maklumat yang khusus
4. Mendengar halus – pendengaran tahap paling dalam, menjangkau maklumat
yang diberi sehingga maksud tersirat suatu kandungan dan corak pemikiran
orang yang bercakap.
vii) MERESPON DAN MEMBERI MAKLUMBALAS
Pelajar menjangkakan suatu respon daripada apabila mereka menyatakan
sesuatu atau bertanya soalan. Ada guru atau pembimbing bersalah kerana tidak
menghiraukan apa yang mereka tidak minat. Ada yang menunjukkan yang mereka
tidak berminat dengan menyatakan terus “Ya” atau “Ya lah”. Walaupun anda
mungkin tidak merespon kepada semua komen atau pernyataan yang dibuat, anda
harus sekurang-kurangnya memberi indikasi „penerimaan‟ dan „pengakuan‟. Respon
anda mungkin bukan verbal seperti mengangguk.
4.4 AKTIVITI
Aktiviti Mendengar
Susun pelajar dalam kumpulan anda untuk bekerja
berpasangan dan tentukan siapa akan menjadi „pendengar‟
dan siapa akan menjadi „pemberi penjelasan‟.
Pemberi penjelasan memberi penjelasan tentang
suatu segmen kecil topik selama 3 minit
Pendengar mungkin bertanya soalan tetapi tidak
mengambil nota. Kemudian terbalikkan peranan.
Apabila kedua-duanya sudah menjadi pendengar dan
pemberi penjelasan, pendengar pertama melaporkan
apa dia diberitahu.
Pemberi penjelasan harus perbetulkan apa-apa
kesilapan atau kekurangan yang besar.
Kemudian terbalikkan prosedur.
Bincangkan dengan pelajar apa-apa masalah yang mereka temui dalam
mendengar. Adakah tahap mendengar berubah? Adakah latihan tersebut
memberi kesan kepada cara mereka memberikan penjelasan?
31
Sekiranya seorang pelajar berasa berat untuk bercakap dan kemudian
memberikan sumbangan yang tidak diendahkan, pelajar itu tidak mungkin akan
mencuba lagi. Sekiranya anda tidak dapat memikirkan sesuatu untuk dikatakan,
ucapkan terima kasih untuk sumbangannya. Tetapi adalah lebih baik untuk membina
daripada apa yang pelajar telah katakan, tambahkan dengan suatu pandangan, Tanya
pelajar lain bagaimana mereka akan respon kepada apa yang pelajar itu telah katakan,
dan kalau tidak sulamkan sumbangan tersebut dalam perbincangan. Maklumbalas
boleh jadi suatu cara yang baik untuk mendalami suatu perbincangan yang hambar.
Suatu ringkasan tentang apa yang telah dibincangkan setakat ini akan membolehkan
pelajar tahu bahawa anda telah mendengar apa yang mereka katakan, dapat membantu
untuk memperkukuhkan hujah utama, dan selalunya menstimulasi perbincangan
lanjut.
viii) KOMUNIKASI BUKAN VERBAL
Jangan lupakan komunikasi bukan verbal! Memberi senyuman dan
mengangguk adalah pengukuh positif. Perhatikan pelajar yang bercakap untuk
menunjukkan bahawa anda sedang mendengar dan menghargai sumbangannya.
Duduk tegak dan sedikit ke hadapan untuk menunjukkan minat dan jangkaan anda.
Dan perhatikan petanda bukan verbal pelajar anda juga. Sekiranya anda kelihatan
bosan, mengantuk, tidak berminat, maka mungkin sudah masa menukar taktik, berdiri
dan menggeliat, bergerak kepada suatu topik lain dan sebagainya.
ix) MENANGANI PELAJAR DIAM
Jangan takutkan diam. Ini mungkin suatu yang sukar dilakukan tetapi ia adalah
sangat penting. Guru atau pembimbing selalu dituduh menyalah gunakan diam.
Pelajar menggunakannya sebagai suatu alat yang berkuasa untuk memaksa
pembimbing untuk mengambil alih dan bercakap supaya mereka boleh duduk diam.
Sekiranya anda bertanggungjawab membimbing suatu perbincangan, anda selalunya
berasa bahawa kekurangan respon dalam masa satu atau dua detik menjadi abadi.
Apakah yang anda boleh buat dengan suasana diam?
Biarkan ia berterusan seketika. Perhatikan bagaimana ia diterima oleh
pelajar. Walau bagaimana pun, diam tidak harus diinterpretasi sebagai
permusuhan!
Sekiranya anda berhadapan dengan pelajar yang pendiam, anda boleh
cuba meminta mereka menulis satu atau dua idea sebelum anda
bukakan kepada perbincangan.
Sekiranya ia masih berlaku, anda boleh mengulangi satu atau dua
perkara yang telah dikatakan untuk memastikan samada semua yang
harus diperkatakan sudahpun dikatakan, gunakan contoh yang lain.
Anda boleh pecahkan kumpulan kepada kumpulan yang lebih kecil
yang dipanggil „kumpulan buzz‟ untuk memulakan mereka bercakap.
Sebuah kumpulan buzz merupakan sebuah pasangan atau 3 orang
pelajar yang dibentuk untuk membincangkan sebuah topik dalam masa
yang singkat.
Anda boleh menggunakan teknik „round-robin‟ untuk menggalakkan
pelajar bercakap. Suatu “round-robin” melibatkan setiap orang dalam
kumpulan bercakap seketika bergilir-gilir sebelum seseorang bercakap
kali kedua.
32
x) MENANGANI PELAJAR PENDIAM
Pelajar pendiam nampaknya seperti mendengar, berfikir dengan aktif, dan
membentuk idea. Sebagai seorang pembimbing, peranan anda adalah untuk
mengeluarkan produk pemikiran itu untuk perbincangan kumpulan. Untuk
menggabungkan pelajar pendiam dalam perbincangan dengan jayanya:
Minta setiap pelajar dalam kumpulan untuk merespon kepada sebuah
soalan secara langsung;
Minta kumpulan memberi penyertaan secara "whip" di mana setiap
ahli akan memberi respon, dan;
Pecahkan kumpulan kepada kumpulan kecil.
xi) MENANGANI PELAJAR DOMINAN
Seperti juga pelajar pendiam, pelajar dominan juga biasanya ada dalam sesi kumpulan
kecil. Bagi menangani pelajar dominan anda boleh:
Ubah haluan perbincangan kepada orang lain atau topik lain,
Nyatakan semula komen mereka, menjadikan penambahan yang baik kepada
perbincangan, atau pecahkan kumpulan kepada kumpulan “buzz” atau
kumpulan kecil, setiap satu dengan tugasan masing-masing.
Berikan pelajar dominan suatu tugasan, seperti mengambil nota atau
meringkaskan perbincangan di akhirnya.
Gunakan „snowball‟ di mana pelajar pada mulanya bekerja bersendirian untuk
beberapa minit, kemudian dalam pasangan, kemudian dalam kumpulan empat
atau enam orang, dan akhir sekali sebagai sebuah kumpulan besar dalam
sebuah sesi plenari yang mungkin dalam bentuk mengumpul hujah daripada
setiap kumpulan secara bergilir.
xii) TUNJUKKAN KEGHAIRAHAN TERHADAP MATA PELAJARAN
Tunjukkan keghairahan terhadap mata pelajaran. Anda tidak dapat menjangka pelajar
akan menjadi berminat dalam perbincangan topik yang guru atau pembimbing tidak
menunjukkan dia berminat. Ini selalunya bermakna bahawa guru tidak membuat kerja
rumahnya. Anda boleh memikirkan kenapa mata pelajaran tersebut menarik, kenapa
mata pelajaran tersebut relevan atau berguna, pengalaman peribadi dengan mata
pelajaran tersebut, bagaimana topic-topik berkait dengan apa yang berlaku dan
sebagainya. Sekiranya anda berminat dengan mata pelajaran, maka anda akan
berminat untuk menemui apa yang pelajar anda fikir atau rasakan.
xiii) MENILAI RESPON
Elakkan mengekspresi pendapat anda tentang ketepatan tau kualiti komen atau
sumbangan mana-mana pelajar. Walaupun mengatakan "itu suatu soalan yang baik"
4.5 AKTIVITI
a) Bagaimanakah anda menangani diam dalam kelas anda?
b) Adakah teknik yang dicadangkan bagi menangani diam
boleh diaplikasi dalam kelas anda?
c) Bagaimanakah anda menangani pelajar dominan?
33
mungkin mengindikasi bahawa mana-mana soalan yang tidak mendapat pernyataan
sepertinya adalah "soalan yang lemah".
ix) POTENSI MASALAH INTERPERSONAL
Sedari potensi masalah interpersonal dalam kumpulan dan masuk campur, sekiranya
perlu, untuk meneruskan suatu proses kumpulan yang berkesan di mana semua ahli
memberi sumbangan. Apabila perlakuan kumpulan atau seorang individu dalam
kumpulan mula memberi kesan buruk kepada proses kumpulan, kumpulan tersebut
harus menangani masalah mereka sendiri (Gelula, 1997).
x) CONTOH KONKRIT DAN PERIBADI
Bagi mempertingkatkan pemahaman dan membenarkan perbincangan diteruskan guru
atau pembimbing mungkin perlu memberikan contoh yang konkrit dan peribadi serta
bukan contoh. Misalnya, anekdot daripada pengalaman anda sendiri mungkin dibawa
masuk untuk menghubungkannya kepada isu yang sedang dibincangkan.
4.4 TEKNIK MENYOAL DALAM PENGAJARAN KUMPULAN
KECIL
Jangan buat kenyataan, sebaliknya tanya soalan! Menyoal merupakan sebuah
alat yang berkesan apabila digunakan dengan baik dan dapat menentukan kejayaan
sebuah pengajaran kumpulan kecil. Merancang perbincangan kumpulan kecil harus
mengambil kira jenis soalan yang paling sesuai untuk hasil pembelajaran yang anda
ingin capai. Rancang untuk menggunakan berbagai jenis soalan (lihat Jadual 4.1).
Ingat pentingnya menunggu dan memberi pelajar masa untuk berfikir (i.e. ‟masa
menunggu‟). Sekiranya anda tidak menerima respon yang segera, tunggu dan jangan
jawab soalan tersebut sendiri.
34
a) JENIS SOALAN
Jadual 4.1 Jenis Soalan yang Mempertingkatkan Pengajaran Kumpulan Kecil
Soalan Fakta
Berkait dengan kebenaran atau tidak suatu isu
Apakah faktor-faktornya?
Bagaimana meluaskah masalah ini?
Berapakah harganya?
Soalan Nilai/Harga/Pertimbangan
Adakah moral penghasilan tenaga nuklear dapat dipertahan?
Adakah pembelajaran berasaskan kerja berharga dalam pengajian tinggi?
Haruskah perniagaan mengambil kira persekitaran?
Soalan Penjelasan
Apakah yang anda maksudkan dengan…….?
Adakah anda mengatakan bahawa……….?
Bolehkah anda berikan contoh………?
Soalan yang Mencungkil Andaian
Apakah yang anda andaikan?
Adakah anda berpendapat bahawa andaian itu berasas?
Adakah terdapat andaian yang tersirat dalam soalan tersebut?
Soalan yang Mencungkil Sebab dan Bukti
Apakah alasan anda mengatakan demikian?
Adakah anda bersetuju dengan sebab-sebab tersebut?
Adakah bukti tersebut cukup kukuh?
Adakah anda berpendapat sumber tersebut adalah seseuai?
Soalan Mengenai Maksud dan Interpretasi Peribadi
Apakah yang anda lihat daripada imej tersebut?
Bagaimanakah anda menginterpretasi perenggan tersebut?
Pada anda, apakah idea yang paling penting dalam rencana tersebut?
Soalan Mengenai Pandangan dan Perspektif
Adakah lain-lain kepercayaan tentang subjek ini?
Adakah keadaan di mana pandangan ini mungkin salah?
Bolehkah anda melihat isu ini daripada sudut pandang mereka?
Soalan yang Mencungkil Implikasi dan Kesan
Apakah kesan yang paling berkemungkinan …….?
Tidakkah anda rasa anda membuat rumusan yang tergesa-gesa?
Soalan yang Mengundang Rumusan
Apakah hujah-hujah yang kita telah bincangkan?
Maksud baru apakah yang telah terbina atau disampaikan?
35
b) BUAT dan JANGAN BUAT dalam MENYOAL
Cipta suasana yang membantu pembelajaran. Ekspresi muka yang
gembira, angguk, atau penerimaan verbal terhadap respon yang betul akan
menggalakkan pelajar lain terlibat dalam perbincangan. Tanya soalan dengan
cara yang tidak mengancam dan terima jawaban dengan cara yang
menyokong. Nada yang keras, terutama jika digunakan untuk menyelit suatu
respon daripada pelajar, boleh membawa kesan yang buruk kepada pelajar dan
rakan-rakannya.
Elak soalan yang mengelirukan dan yang memerlukan jawaban YA atau
TIDAK. Soalan yang mengelirukan harus dielakkan, kerana ia boleh
mengecewakan pelajar dan selalunya menggalakkan respon yang kurang
memberansangkan. Soalan YA atau TIDAK menggalakkan pelajar merespon
tanpa memahami dengan sepenuhnya atau berfikir panjang. Sekiranya
digunakan, soalan seperti itu harus diikuti dengan soalan lain untuk
menentukan proses berfikir pelajar.
Ungkapkan soalan dengan cermat, padat, dan jelas. Ungkapan yang
kurang jelas dan penggunaan banyak soalan berkaitan dengan topik yang sama
mungkin memberi petanda tanpa disengajakan dan guru kurang berupaya
mentaksir pemahaman pelajar dengan berkesan.
Tujukan soalan kepada kumpulan, bukan individu. Tanya soalan kepada
seluruh kumpulan dan tunggu sebelum mengenal pasti seorang pelajar untuk
memberi respon. Masa menunggu menggalakkan semua pelajar untuk
memikirkan respon, kerana mereka tidak tahu siapa yang akan disuruh
menjawab soalan guru. Pilih pelajar secara rawak untuk menjawab soalan,
kerana ia selalunya membuat semua orang dengar dengan tekun dan
melibatkan diri. Awas supaya tidak selalu menujukan soalan kepada pelajar
yang bagus dan yang paling disukai.
Gunakan masa menunggu yang cukup. Guru boleh mempertingkatkan
kemahiran analitik dan penyelesaian masalah pelajar dengan membenarkan
masa meunggu yang cukup sebelum memberi respon selepas bertanya soalan
dan selepas jawaban diberikan oleh pelajar. Ini membolehkan semua orang
berfikir tentang bukan sahaja soalan tersebut tetapi juga responyang diberikan
oleh pelajar. Tiga hingga lima saat selalunya; kadang kala lebih panjang,
sehingga 10 saat untuk soalan peringkat tinggi.
Respon kepada jawaban yang diberikan oleh pelajar. Dengar betul-betul
jawaban yang diberikan oleh pelajar; jangan menyelit semasa pelajar memberi
respon kepada soalan melainkan mereka terlalu jauh tersasar daripada
landasan, terlalu tidak berfokus, atau mengganggu pelajar lain. Akui jawaban
yang betul dan berikan pengukuhan positif. Jangan perli, marah, tuduh, dan
serangan peribadi. Ulangi jawaban hanya sekiranya pelajar lain tidak dengar
jawaban yang diberikan; ulangan yang lain akan membuang waktu. Teruskan
penyoalan sehingga objektif pembelajaran untuk sesi tersebut telah dicapai; ini
mungkin peluang terbaik untuk mengajar suatu konsep. Tangani jawaban yang
36
kurang sempurna dengan mengukuhkan apa yang betul dan kemudian tanya
soalan mencungkil.
4.5 KEDUDUKAN TEMPAT DUDUK
Salah satu aspek penting yang mempengaruhi bagaimana kumpulan kecil berfungsi
adalah kedudukan dalam bilik dan khususnya hubungan di antara peserta kumpulan
serta di antara peserta dan pembimbing. Bergantung kepada saiz kumpulan dan
aktiviti yang anda telah rancangkan akan mempengaruhi bagaimana anda aturkan
bilik tersebut. Ambil sedikit masa sebelum sesi untuk memastikan bahawa kedudukan
adalah sesuai dan anda perlu yang sekiranya mengubah perabot supaya dapat
membantu perbincangan dan interaksi kumpulan. Di bawah adalah beberapa contoh
kedudukan dalam bilik untuk berbagai aktiviti.
4.6 AKTIVITI
Senaraikan kesilapan dalam penyoalan yang anda pernah
buat dalam kerjaya anda sebagai guru atau pembimbing
dalam pengajaran kumpulan kecil.
G
1) Di sini GURU jelas memimpin
kumpulan. Kerusi menghadap
pembimbing dengan arah yang
sama dan dalam barisan. Suasana
yang agak formal dan baik untuk
menerangkan atau menyampaikan
suatu syarahan tetapi tidak
membantu interaksi kumpulan.
2) Dalam kedudukan bentuk U,
GURU jelas memimpin
kumpulan, tetapi pelajar boleh
melihat satu sama lain dan
bertemu mata serta boleh
bercakap dalam pasangan.
G
37
3) Dalam kedudukan ini, GURU
berada dalam kumpulan,
walaupun terdapat sebuah meja
yang mungkin bertindak sebagai
pengekang kepada pergerakan
dan interaksi, walaupun berguna
sekiranya pelajar perlu menulis
atau menyerakkan kertas,
Kedudukan ini membolehkan
perbincangan yang santai dan
kerja kumpulan. Perhatikan
bahawa guru tidak mudah
bertentang mata dengan semua
ahli kumpulan, khususnya pelajar
yang duduk sebelah guru di
hujung meja. Jadi ada ahli yang
mungkin berasa agak tersisih.
G
G
4) Dalam kedudukan ladam kuda,
semua orang boleh melihat orang
lain. GURU terletak pada
kedudukan yang memudahkannya
memimpin perbincangan dan
pembimbing boleh keluar supaya
kumpulan atau pasangan dapat
berbincang. Tidak ada meja.
G
5) Kedudukan ini membolehkan
perbincangan kumpulan. GURU
menjadi sebahagian daripada
kumpulan dan bukan dalam
kedudukan memimpin secara
fizikal. Bertentang mata antara
ahli kumpulan boleh diteruskan
dan tiada „tempat persembunyian‟
yang dapat menggalakkan
penyertaan..
38
4.6 “Anjing makan kerja rumah saya”
Jann Lacoss (1994) telah menulis sebuah rencana bertajuk “The Dog Ate my
Homework: How to Deal with Unprepared Students” dan bertanya soalan: Apakah
yang guru akan buat sekiranya pelajar tidak bersedia untuk pengajaran kumpulan?
Sebagai contoh, mereka tidak membaca bahan bacaan yang diberikan dan mereka
tidak menyiapkan kerja mereka dan sebagainya. Pelajar lebih mungkin bersedia
sekiranya mereka melihat daripada mula bahawa
persediaan individu penting. Berikut adalah
beberapa cadangan:
Pertamanya, anda harus nyatakan
kekecewaan dengan ketidak sediaan, bagi
menunjukkan bahawa anda prihatin
tentang pembelajaran mereka dan pelajar
secara individu.
Cuba tentukan kenapa pelajar tidak
bersedia. Mereka mungkin mempunyai
banyak komitmen lain. Ataupun alasan!
Adakah alasan yang mereka berikan boleh
diterima? Terlalu banyak tugasan!
Tugasan susah sangat! Pelajar perlu sedar
bahawa untuk dapat belajar mereka mesti
membuat bahagian kerja mereka.
Mungkin anda boleh melibatkan pelajar
dalam pemilihan topik untuk dipelajari, kalau boleh.
Anda sebagai guru harus mendemonstrasi bahawa anda sentiasa bersedia
untuk kelas dan memberikan ganjaran kepada mereka yang bersedia. Suatu
gred penyertaan mungkin suatu ganjaran yang baik.
Sekiranya majoriti pelajar tidak bersedia, anda mungkin terpaksa memberi
sebuah syarahan pendek selama 10-15 minit dan kemudian minta reaksi
pelajar. Walauu bagaimanapun, ini tidak harus dijadikan suatu tabiat kerana
pelajar mungkin menggunakannya sebagai suatu alasan untuk tidak membuat
persediaan.
[sumber: Jann Lacoss, Teaching Concerns. Newsletter of the Teaching Resource
Center for Faculty and Teaching Assistants. November, 1994. University of Virginia]
4.7 AKTIVITI
a) Kedudukan tempat duduk yang manakah yang anda
gunakan sekarang dalam pengajaran kumpulan kecil?
Kenapa?
b) Sekiranya anda belum pernah menggunakan kedudukan
yang ke-5, adakah anda akan memperimbangkan
menggunakannya? Kenapa? Kenapa tidak?
39
4.7 MENGGRED PENYERTAAN DALAM KELAS
Haruskah penyertaan dalam kelas digred? Ada guru yang tidak bersetuju yang
penyertaan dalam kelas harus digred kerana mereka percaya bahawa pelajar harus
mengambil bahagian dalam perbincangan kerana mereka mahu belajar daripada satu
sama lain. Ada guru pula merasakan bahawa penyertaan dalam kelas harus digred.
Mereka berhujah bahawa sekiranya markah tidak diberikan untuk penyertaan dalam
kelas, pelajar tidak akan bercakap dalam kelas. Pelajar yang tahu bahawa penyertaan
mereka dalam kelas dipertimbangkan akan bekerja lebih keras, terutamanya apabila
mereka tahu bagaimana prestasi mereka. Apabila pelajar melihat gred mereka dan
cadangan daripada guru, penyertaan mereka akan bertambah baik (Barnett, 1999,
Gibbs, 1992). Apa pendapat anda?
a) KRITERIA UNTUK MENTAKSIR PENYERTAAN
Maznevski (1996) membina suatu senarai semak untuk menggred penyertaan
pelajar dalam perbincangan kelas (lihat Jadual 4.2). Senarai semak tersebut
menyenaraikan sehimpunan perlakuan yang boleh diperhatikan yang mengindikasi
tahap penyertaan. Perlakuan ini adalah ditaksir pada senggang masa yang kerap.
Markah penuh “4” diberikan untuk perlakuan yang memberi indikasi penyertaan yang
ideal, markah “3” diberikan untuk perlakuan yang dijangkakan daripada kebanyakan
pelajar biasa bagi kelas mencapai objektif pembelajaran. Markah “2” dan ke bawah
diberikan untuk perlakuan yang mengindikasi kurang penyertaan.
Walau bagaimanapun, harus diperhatikan bahawa indicator penyertaan yang
baik harus sepadan dengan objektif mata pelajaran yang diajar. Contohnya, sebuah
mata pelajaran seperti matematik, mengetahui fakta daripada bacaan yang diberi
mungkin tidak relevan berbanding kursus pendidikan moral. Sebaliknya, penyelesaian
masalah kerja rumah mungkin lebih penting.
Kriteria Gred
Tiada penyertaan 0
Cuba merespon apabila disuruh tetapi tidak menawarkan diri
Kadang kala terlibat dalam perbincangan
Tidak mengganggu
1
Mendemonstrasi bukti pembacaan asas tentang topik
Menawarkan maklumat terus daripada bacaan tanpa elaborasi
2
4.8 AKTIVITI
Adakah alasan “anjing makan kerja rumah saya” suatu alasan
yang biasa dalam kelas anda? Senaraikan beberapa alasan
yang pelajar berikan untuk tidak membuat persediaan.
Jelaskan dengan ringkas bagaimana anda mengatasinya.
40
Tidak menunjukkan bukti atau percubaan untuk
menginterpretasi atau menganalisis maklumat
Memberi sumbangan di sini sana
Mendemonstrasi persediaan yang baik dan telah membaca bahan
yang diberi
Menawarkan interpretasi dan analisis tentang bahan dalam kelas
Memberi sumbangan kepada perbincangan dengan merespon
kepada pandangan pelajar lain
Menyoal pelajar lain secara membina
Menawarkan cadangan
Penyertaan yang konsisten
3
Mendemonstrasi persediaan yang cemerlang dan telah membaca
bahan yang diberi
Menawarkan analisis, sintesis dan penilaian bahan
Memberi sumbangan secara signifikan kepada perbincangan
dengan merespon dengan mendalam kepada komen pelajar lain
Menyumbang kepada pembinaan perbincangan kooperatif
Mencadangkan cara alternatif mendekati bahan
Membantu kelas menganalisis pendekatan yang sesuai
Penyertaan aktif
4
Jadual 4.2 Rubrik untuk Mentaksir Penyertaan Pelajar
[sumber: M.L. Maznevski. Grading class participation. Teaching Concerns. January,
1996]
b) CONTOH PENGGREDAN PENYERTAAN DALAM KELAS
Berikut adalah suatu contoh arahan yang diberikan kepada pelajar tentang penggredan
penyertaan dalam kelas.
Penyertaan: Penyertaan aktif anda diperlukan. Penyertaan akan dinilai bukan melalui
banyak mana anda bercakap dalam kelas, sebaliknya kualiti apa yang anda bawa
kepada perbincangan kelas. Penyertaan dalam kelas akan bernilai 25 markah.
Penyertaan akan ditaksir dengan cara berikut:
Garis Panduan untuk Perbincangan Kelas
22.5-25 markah (Gred A)
Selalu memberi sumbangan dengan sukarela.
Selalu bersedia apabila diarah.
Menerangkan konsep dengan ayat sendiri.
Mendemonstrasi pemahaman yang cemerlang tentang mata pelajaran.
41
Bersedia membantu memperjelaskan konsep supaya pelajar lain boleh
memahami.
20-22.4 markah (Gred B)
Selalu (kadang kala) memberi sumbangan secara sukarela.
Selalu bersedia apabila diarahkan.
Mempunyai kefahaman verbal yang baik tentang mata pelajaran.
Boleh dibantu untuk memahami aplikasi.
17.5-19.9 markah (Gred C)
Jarang memberi sumbangan secara sukarela. Selalunya bersedia apabila
diarah.
Mendemonstrasi pemahaman yang baik (biasa) tentang mata pelajaran. Tidak
faham aplikasi konsep.
15-17.4 markah (Gred D)
Selalunya bersedia apabila diarahkan. Kadang kala "berkhayal" apabila
diarahkan.
Mendemonstrasi pemahaman melalui bacaan daripada buku atau hafalan.
Selalunya harus digerakkan.
Bawah 15 markah (Gred F)
Selalunya tidak bersedia atau "berkhayal". Pemahaman mata pelajaran sukar
ditentukan daripada penyertaan pelajar dalam kelas.
Guru tidak tahu siapa pelajar tersebut di akhir semester.
b) KESAN SAMPINGAN PENTAKSIRAN
Keresahan yang dihasilkan daripada pentaksiran mungkin mengekang
penyertaan pelajar. Ini mungkin dikurangkan melalui rundingan tentang markah akhir.
Persaingan dan keperluan untuk membuat sebanyak mungkin sumbangan mungkin
dapat dikurangkan dengan memperjelaskan bahawa kuantiti tidak digunakan sebagai
kriteria untuk pentaksiran. Sekiranya kumpulan besar, membentuk kumpulan-
kumpulan kecil akan memberikan lebih peluang untuk penyertaan.
Pelajar yang tidak fasih bercakap mungkin berasa terhalang. Dengan
memasukkan kriteria seperti “kemajuan dalam penyertaan bagi mereka yang
bermasalah pada mulanya, penggunaan soalan terarah dan pembentukan kumpulan
kecil dapat mengurangkan halangan (Soliman, 1999).
4.8 AKTIVITI
a) Adakah anda menggred penyertaan dalam kelas dalam
kursus anda? Jelaskan.
b) Sekiranya ya, adakah senarai semak yang anda gunakan
serupa dengan dua contoh yang diberi di atas?
c) Can the examples given be used for your class?
42
4.8 MENTAKSIR PRESTASI ANDA SENDIRI
Tentunya anda ingin mengetahui prestasi anda sebagai guru dalam pengajaran
kumpulan kecil. Tanya seorang rakan sekerja yang anda percayai, atau tanya pelajar
anda, ataupun taksir prestasi anda sendiri dengan jujur semasa menjalankan sebuah
sesi pengajaran kumpulan kecil dengan menggunakan kriteria berikut dengan
menggunakan skala Sangat Setuju (SS), Setuju (S), Tidak Setuju (TS) dan Sangat
Tidak Setuju (STS).
Kriteria SS S TS STS
1. Menerangkan objektif sesi dengan jelas
2. Memberi penerangan yang jelas dan mudah difahami
3. Berminat
4. Bersedia untuk kelas
5. Memahami keperluan pelajar
6. Bersedia menjawab soalan
7. Menggalakkan pelajar berfikir
8. Memberi pelajar peluang meluahkan pandangan
9. Mempunyai hubungan terbuka dan mesra dengan
pelajar
10. Tidak mendominasi perbincangan
[sumber: Soliman, I. (1999). Teaching small groups. Teaching and Learning Centre.
University of New England. p.19]
Imbas kembali pentaksiran anda terhadap prestasi anda sendiri. Kenal pasti apa yang
anda rasa kelemahan anda dan bina suatu pelan tindakan untuk pembaikan untuk
beberapa minggu dan bulan mendatang. Siapa dan apa akan memberikan bantuan
yang anda perlukan. Anda mungkin perlu berbincang dengan seorang sahabat atau
rakan sekerja yang dipercayai. Ingat agar tidak terlalu berkeras dengan diri anda.
Mengembangkan professionalisma anda merupakan suatu aktiviti sepanjang hayat.
RINGKASAN
Perbincangan merupakan jantung kehidupan di universiti atau kolej.
Kerja kumpulan kecil memberikan peluang untuk pembelajaran kolaboratif,
untuk pembelajaran berasaskan masalah, untuk mentakrif, mengembara dan
menyelesai masalah, untuk membina kemahiran kognitif tahap tinggi, seperti
menggunakan dan/atau mengalihkan pengetahuan kepada situasi yang baru,
untuk perbincangan dan untuk perkembangan kemahiran komunikasi.
Kebanyakan pelajar lebih suka untuk berdiam dan membiarkan orang lain
bercakap.
43
Dalam menggunakan pengajaran kumpulan kecil, anda harus membandingkan
apa yang anda ingin capai dengan peranan pengajaran kumpulan kecil.
Salah satu sebab utama kumpulan gagal berfungsi adalah kerana pelajar tidak
tahu apa hendak dibuat, terutamanya pelajar baru.
Pelajar menekankan ciri-ciri seorang pembimbing yang penting untuk
kumpulan kerja yang berkesan: suasana kumpulan yang positif, penyertaan
pelajar dan interaksi kumpulan yang aktif, pematuhan matlamat kumpulan
kecil, kerelevanan dan teknik pedagogi seperti kes yang mempromosi
pemikiran dan penyelesaian masalah.
Penyoalan merupakan suatu alat yang berkuasa sekiranya digunakan dengan
berkesan effectively dan boleh menentukan kejayaan pengajaran kumpulan
kecil.
“Anjing makan kerja rumah saya” merupakan suatu alasan yang biasa
digunakan oleh pelajar dan guru harus berusaha menangani isu ini.
Pelajar yang tahu bahawa penyertaannya dalam kelas akan dipertimbangkan
selalunya akan bekerja lebih keras, khususnya apabila mereka tahu
sejauhmana baik prestasi mereka.
Adalah penting untuk guru mempunyai sebuah senarai semak atau rubrik
untuk mentaksir penyertaan pelajar dalam kelas dan ia harus diberitahu kepada
mereka.
RUJUKAN
Barnett, M. (1999). Encouraging students‟ participation in discussions. Teaching
Concerns. Spring,
Bertola, P. and Murphy, E. (1994). Tutoring at university: A beginner‟s practical
guide. Curtin Univerisity of Technology. WA: Paradigm Books.
ISTILAH PENTING Pengajaran kumpulan kecil Pelajar dominan Penyertaan
Kejelasan objektif Pelajar pendiam Mentaksir
Menyampaikan jangkaan Respon Jenis soalan
Maklumbalas Tidak bersedia Sunyi
Sebab untuk kumpulan kecil Pelajar
44
Brown, G. (1986). On lecturing. In T.Hudson & N. Postlethwaite (Eds). International
Encyclopedia of Education. London: Penguin
Davis, Barbara Gross (1993). Tools for Teaching, San Francisco: Jossey-Bass
Publishers.
Gelula, M. H., (1997). Clinical Discussion Sessions and Small Groups. Surgery
Neurology. 47, 399-402.
Gibbs, G. (1992). Discussion with more students. Polytechnics and Colleges Funding
Council. Oxonian Rewley Press.
Lacoss, J. (1994). Teaching Concerns. Newsletter of the Teaching Resource Center
for Faculty and Teaching Assistants. November, 1994. University of Virginia.
Maznevski, M. (1996). Grading class participation. Teaching Concerns. January.
McKeachie, Wilbert J. (1986). Teaching Tips: A Guidebook for the Beginning
College Teacher, 8th Ed., Lexington, MA: D.C. Heath and Company. (LB
1738.M35).
Soliman, I. (1999). Teaching small groups. Teaching and Learning Centre. University
of New England.
Steinert, Y. (2004). Student perceptions of effective small group teaching. Medical
Education. 38: 286-293.