bab 1 - upm edutrain interactive learningvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/buku panduan latihan... ·...

48
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI DCE4901 LATIHAN INDUSTRI BACELOR SAINS (PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA) Disediakan oleh DR. ZOHARAH OMAR JABATAN PEMAJUAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN LANJUTAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Upload: buidang

Post on 24-May-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

DCE4901 LATIHAN INDUSTRI

BACELOR SAINS (PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA)

Disediakan oleh

DR. ZOHARAH OMARJABATAN PEMAJUAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN LANJUTAN

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKANUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

2014

1

KANDUNGAN

BAB 1.........................................................................................................................................................2

1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI.....................................................................................2

BAB 2.........................................................................................................................................................6

2.1 LATIHAN INDUSTRI PROGRAM BACELOR SAINS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA...................................................................................................................................6

2.2. OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI.............................................................................................9

2.2.1 Maklumat kursus dan syarat menjalani latihan industri......................................................10

BAB 3.......................................................................................................................................................12

3.1 PERLAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI..............................................................................12

3.1.1. Peringkat I - Perlaksanaan Latihan Industri.........................................................................12

3.1.2 Peringkat II – Pasca Latihan Industri....................................................................................18

BAB 4.......................................................................................................................................................21

4.1 KANDUNGAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DAN FORMAT LAPORAN LATIHAN INDUSTRI.................................................................................................................................21

BAB 5.......................................................................................................................................................27

5.1 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK YANG TERLIBAT DALAM LATIHAN INDUSTRI.................................................................................................................................27

5.1.1 Peranan dan Tanggungjawab Pelajar..................................................................................27

5.1.2 Peranan dan Tanggungjawab Agensi...................................................................................29

5.1.3 Peranan dan Tanggungjawab Pensyarah/Tutor yang Menilai Pembentangan Pelajar. 29

5.2 MAKLUMAT PEGAWAI..........................................................................................................30

RUJUKAN................................................................................................................................................31

LAMPIRAN..............................................................................................................................................33

2

BAB 1

1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri yang juga dikenali sebagai internship atau praktikum merupakan satu

aktiviti pembelajaran berasaskanterapan (applied learning) atau pembelajaran

berasaskan pengalaman (experiential learning) di mana pelajar didedahkan kepada

situasi sebenar pekerjaan dalam bidang yang diceburi bagi membolehkan mereka

menerapkan apa yang dipelajari ke dalam konteks sebenar serta memperoleh

pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang daripada pengalaman kerja

semasa menjalani latihan industri. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan kepada isu

dan cabaran sebenar yang dihadapi dalam bidang sumber manusia yang kemungkinan

tidak dipelajari dalam kuliah. Peluang ini dapat membantu pelajar mendalami perkaitan

antara teori, konsep, prinsip dan amalan sebenar kedalam kerja.

Di samping itu, latihan industri juga dapat membantu menjadikan pelajar modal insan

berbakat besar yang berupaya untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan

Negara.Usaha ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan

kelas pertama yang berpengetahuan, berdaya saing, berfikiran kreatif, innovatif, kritis

dan analitikal.Untuk menjadi modal insan berbakat besar pelajar bukan sahaja perlu

menguasai kemahiran teknikal atau kemahiran kefungsian tetapi juga kemahiran

insaniah.Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menghasilkan Modul Pembangunan

Kemahiran Insaniah (Soft-Skills) yang berteraskan kepada 7 kemahiran insaniah yang

perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi di

Malaysia.Tujuh KI tersebut merangkumi kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan

kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran

berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral

profesional dan kemahiran kepimpinan (KPT, 2006).

3

Melalui latihan industri, pelajar dapat menguasai kemahiran insaniah seperti kemahiran

berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran

berpasukan serta etika dan moral professional. Kemahiran komunikasi amat penting

untuk dikuasai oleh pelajar kerana ia merupakan satu keperluan kemahiran yang amat

ditiikberatkan oleh pihak majikan (Huzili, Azman, Muhammad Shukri 2008; Schluz

2008). Pelajar perlu berupaya menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dari

segi penulisan dan secara lisan untuk menjadi lebih berdayasaing dan dianggap

sebagai aset dalam sesebuah organisasi.

Selain itu, pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari semasa menjalani latihan

industri serta kemahiran insaniah yang diperolehi dapat membantu pelajar

mempertingkatkan kemahiran bolehkerja (employability skill) mereka. Secara langsung,

ia akan membantu meningkatkan kebolehpasaran pelajarapabila menceburi alam

pekerjaan kelak. Majikan di Malaysia sangat menitikberatkan kemahiran bolehkerja dan

mengganggap pelajar mesti mempunyai kemahiran tersebut (Husain, Mohktar, Ahmad

& Mustapha 2010). Kemahiran bolehkerja merupakan kemahiran asas yang diperlukan

untuk membolehkan seseorang melakukan kerja dengan baik.Ia merangkumi

kemahiran, sikap dan perlakuan/tindakan yang membantu pekerja dalam menjalin

hubungan yang baik dengan rakan sekerja dan ketua serta membuat keputusan secara

bijak (Robinson 2000). Menurut McLaughlin (1992), tiga tret yang sangat dititikberatkan

oleh majikan dalam diri pekerja mereka adalah 1) pekerja yang boleh berkomunikasi,

berfikir dan ingin terus belajar sepanjang hayat mereka, 2) pekerja yang mempamerkan

sikap dan tingkahlaku yang positif, bertanggungjawab dan berupaya untuk

menyesuaikan diri, dan 3) pekerja yang boleh bekerja dengan pekerja lain.Kajian Husin

et al (2010) melaporkan, kemahiran bolehkerja yang sangat diutamakan oleh majikan

adalah kualiti pribadi, diikuti oleh kemahiran interpersonal, kemahiran sumber,

kemahiran asas, kemahiran memperoleh maklumat dan kemahiran sistem dan

teknologi.Maklumbalas dari Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia turut meletakkan

kualiti peribadi sebagai kriteria utama dalam memilih pekerja.(Abdul Hair Awang, Azimi

Hamzah, Rahmah Ismail, Jegak Uli 2004). Justeru itu, melalui pengalaman yang dilalui

4

semasa pelajar menjalani latihan industri akan dapat meningkatkan kemahiran

bolehkerja pelajar B.S. (PSM).

Selain itu, pengalaman pekerjaan yang diperolehi melalui latihan industri dapat

memudahkan pelajar menyesuaikan diri di alam pekerjaan selapas mereka tamat

penggajian. Pengalaman yang diperolehi juga dapat meningkatkan keyakinan-diri dan

keyakinan-kerja pelajar serta dapat membantu membuka peluang pekerjaan di masa

hadapan serta membina jaringan profesional dengan agensi berkenaan.

Bagi pelajar jarak jauh program B.S. (PSM) yang sudahpun mempunyai pengalaman

pekerjaan dalam pelbagai bidang, pendedahan kepada situasi sebenar dalam amalan

pembangunan sumber manusia dapat membantu meningkatkan kemahiran teknikal

yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia serta kemahiran insaniah

pelajar. Melalui latihan industri ini pelajar berpeluang untuk mengapliksi ilmu yang

dipelajari bagi memperbaiki atau mempertingkatkan amalan pembangun sumber

manusia di agensi tempat pelajar menjalani latihan industri. Selain itu, pelajar juga

dapat memahami fungsi, peranan serta mempamerkan ciri-ciri profesionalisma seorang

pengamal pembangunan sumber manusia.

Selain dari pelajar, agensi yang menerima pelajar untuk menjalani latihan industri turut

mendapat manfaat dari aktiviti ini. Organisasi memperolehi bantuan sementara dari

pelajar dalam menyempurnakan sesuatu tugas serta dapat membuat penambahbaikan

kerja berdasarkan maklumbalas pelajar dari pengetahuan yang diperolehi di universiti.

Selain itu, latihan industri merupakan alat saringan yang berkesan dalam menyaring

bakal pekerja yang berpotensi yang boleh dijadikan sebagai aset dalam sesebuah

organisasi (Narayanan, Olk & Fukami 2010; Rothman 2007).Tambahan pula, pelajar

yang telah menjalani latihan industri tidak memerlukan banyak latihan serta dapat

menyesuaikan diri dengan lebih cepat jika ditawarkan pekerjaan (Collins, 2002).

Latihan industri juga dapat memupuk serta mengeratkan jaringan universiti-industri bagi

menggalakan perkongsian dan pemindahan ilmu-teknologi serta memupuk hubungan

5

usaha-sama antara industri dengan universiti (Al Atgash & Al Fahoum 2008).Ahli

jabatan turut dapat memperoleh maklumat tentang trend terkini dalam bidang

pembangunan sumber manusia apabila mereka melawat agensi tempat pelajar

menjalani latihan industri serta melalui perkongsian pengalaman pelajar.

Kajian tentang keberkesanan latihan industri melaporkan, terdapat kesan yang positif

dalam diri pelajar yang menjalani latihan industri.Menurut Narayanan et al. (2010)

melalui latihan industri, pelajar dapat menguasai kemahiran menulis, membantu pelajar

menerapkan konsep yang abstrak ke dalam konteks sebenar, serta dapat

mempertingkatkan kemahiran menyelesai masalah dan pemikiran kritis.Pelajar yang

menjalani latihan industri juga lebih yakin dengan keupayaan mereka.Walo (2001)

melaporkan, pelajar yang telah menjalani latihan industri lebih yakin untuk

berkomunikasi, menulis dan membentangkan laporan, memahami diri dan orang lain

serta lebih produktif dan bermotivasi. Kajian Ko (2008) turut melaporkan pelajaryang

menjalani latihan industri lebih yakin dengan kerjaya di masa hadapan mereka.

Walaubagaimanapun, untuk mempastikan aktiviti latihan industri dapat memberi impak

positif seperti yang diharapkan, ia perlu dilaksanakan secara terancang dan berstruktur.

Selain itu, latihan industri yang berkesan memerlukan komitmen dan kerjasama bukan

sahaja dari pihak universiti tetapi juga dari pelajar dan industri.

6

BAB 2

2.1 LATIHAN INDUSTRI PROGRAM BACELOR SAINS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Latihan Industri (DCE4901) merupakan kursus wajib yang ditawarkan kepada pelajar

Bachelor Sains Pembangunan Sumber Manusia (B.S. (PSM) di Universiti Putra

Malaysia. Memandangkan bidang Pembangunan Sumber Manusa (PSM) merupakan

satu bidang sains sosial gunaan (McGuire, & Cseh 2004), latihan industri amat penting

agar pelajar diberi pendedahan kepada pelbagai amalan pembangunan sumber

manusia melalui pengalaman yang dilalui dalam situasi kerja sebenar.

Pembangunan sumber manusia merupakan satu proses yang dilaksanakanuntuk

membangun atau menyerlah potensi sumber manusia melalui pembangunan

organisasi, latihan dan pembangunan serta perkembangan kerjaya (Swanson 1998).

Berdasarkan Roda Sumber Manusia MacLagan (1989) yang telah diterimapakai secara

meluas, pembangunan organisasi, latihan dan pembangunan, dan pembangunan

sumber manusia merupakan tiga komponen utama pembangunan sumber manusia.

Di samping komponen tersebut, terdapat beberapa komponen lain yang turut dianggap

sebahagian dari PSM seperti pengurusan perubahan strategik, pengurusan ilmu,

tempat kerja yang sihat dan produktif, pembentukan kumpulan kerja, pembangunan

kepimpinan, serta penggunaan teknologi dalam PSM (McGuire & Cseh, 2004). Selain

itu, bidang pembangunan sumber manusia bukan sahaja terhad kepada PSM dalam

konteks organisasi tetapi merangkumi aspek pembangunan komuniti (McLean &

McLean 2001). Sungguhpun bidang PSM di anggap sebagai bidang yang berlainan

daripada Pengurusan Sumber Manusia, namun tidak dinafikan kedua-dua aspek

sumber manusia ini saling berkaitan (McGoldrick & Stewart, 1996).

7

Program B.S. (PSM) yang ditawarkan di UPM memberi fokus kepada empat komponen

utama PSM iaitu pembangunan kerjaya, pembangunan komuniti, pembangunan

organisasi dan latihan dan pembangunan. Pendekatan ini adalah selaras dengan

definisi Pembangunan Sumber Manusia oleh McLean dan McLean (2001) yang

menekankan kepada aspek pembangunan individu dari segi pengetahuan, kepakaran,

produktiviti dan kepuasan untuk pencapaian matlamat individu, pasukan, organisasi,

komuniti, negara dan akhirnya untuk manfaat kemanusiaan sejagat.

Pembangunan kerjaya

Pembangunan kerjaya memberi pendedahan kepada pelajar dalam dua peringkat.Pada

peringkat pertama, semasa dalam kuliah pelajar telah didedahkan dengan teori dan

konsep asas pembangunan kerjaya, ciri atau kriteria motivasi serta perihal identiti

kerjaya.Seterusnya perbincangan mengenai perbezaan antara pembangunan kerjaya

dengan pengurusan kerjaya, ciri dualistik kerjaya seperti gender dan kerjaya.Tidak

ketinggalan pelajar turut membincangkan isu serta cabaran semasa mengenai kerjaya

dalam pembangunan sumber manusia. Peringkat kedua memfokuskan kepada

pembangunan kerjaya dalam organisasi yang memberi tumpuan pada konsep dan

proses pengurusan prestasi pekerja, deskripsi kerja, rancangan pembangunan untuk

pekerja dan organisasi, bimbingan dan kaunseling, pengukuran prestasi pekerja, harta

intelek dan pengurusan prestasi, pampasan dan ganjaran.

Pembangunan komuniti

Pembangunan komuniti merupakan bidang pendidikan sepanjang hayat dan pendidikan

pengembangan yang memberi tumpuan pada teori dan model pembangunan, evolusi

pembangunan masyarakat, falsafah, prinsip dan objektif pembangunan masyarakat,

pendekatan dan pengurusan sumber masyarakat, penglibatan masyarakat,

perancangan, pelaksanaan dan penilaian program pembangunan masyarakat,

globalisasi dan pembangunan masyarakat. Selain itu, bidang ini turut memfokuskan

kepada isu gender dalam pembangunan sumber manusia, pembangunan belia,

8

kesukarelawanan dalam kerja pembangunan, pembangunan komuniti daripada

perspektif Islam, dan pembangunan kepemimpinan.

Pembangunan organisasi

Pembangunan organisasi memberi fokus keperluan organisasi untuk berubah bagi

memenuhi keadaan semasa, merancang perubahan berencana, mengenal pasti

persekitaran organisasi, membuat diagnosis, intervensi dan pengekalan perubahan

dalam organisasi. Dalam usaha membangunkan sesebuah organisasi secara berkesan,

bidang ini memberi penumpuan kepada aspek penting seperti prinsip pengurusan,

pengurusan prestasi, organisasi pembelajaran, psikologi organisasi, penyeliaan staf,

kepelbagaian budaya dalam organisasi, penjanaan ilmu, pengurusan konflik, dan polisi

pembangunan.Selain itu aspek kesihatan pekerjaan turut dititikberatkan dalam program

ini.

Latihan dan Pembangunan

Latihan dan pembangunan memberi tumpuan kepada perubahan atau meningkatkan

pengetahuan, kemahiran,dan sikap individu. Lazimnya latihan melibatkan menyediakan

pekerja pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melakukan tugas khas atau

kerja, usaha ke arah perubahan sikap juga boleh dilaksanakan. Aktiviti latihan dan

pembangunan bermula apabila seorang pekerja baru memasuki organisasi. Mereka

akan melalui proses orientasi kerja di mana pekerja baru didedahkan kepada nilai-nilai

dan norma-norma organisasi, jalinan hubungan kerja, dan belajar bagaimana berfungsi

dalam pekerjaan mereka serta diberi latihan kemahiran awal. Apabila pekerja baru telah

menjadi mahir dalam pekerjaan mereka, aktiviti-aktiviti PSM akan tertumpu kepada

aktiviti pembangunan seperti memberi bimbingan dan kaunseling. Dalam proses

bimbingan individu digalakkan untuk menerima tanggungjawab atas tindakan mereka,

untuk menangani sebarang masalah yang berkaitan dengan kerja, dan untuk mencapai

dan mengekalkan tahap prestasi tinggi. Teknik kaunseling digunakan untuk membantu

pekerja menangani masalah peribadi yang boleh mengganggu pencapaian matlamat

9

ini. Selain itu, pengamal HRD juga bertanggungjawab untuk menyelaras latihan

pengurusan dan program-program pembangunan untuk meningkatkan kompetensi

pengurus dan penyelia. (DeSimone & Werner, 2006).

Dalam program Bachelor P.S.M, latihan dan pembangunan memfokuskan kepada

konsep dan amalan reka bentuk latihan, model-model pilihan program latihan, analisis

trainability, analisis keperluan latihan, pembentukan objektif latihan, pembentukan

kandungan latihan, pemilihan teknik latihan dan dokumentasi latihan. Seterusnya,

bidang penting yang turut diberi tumpuan adalah reka bentuk dan metodologi latihan,

pemantauan dan penilaian latihan, dan pendidikan professional berterusan.

Selain itu, program B.S. PSM turut diperkuatkan dengan penyelidikan saintifik seperti

metodologi penyelidikan, statistik asas, analisis dan intrepretasi data, dan kertas projek.

2.2. OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Tujuan utama pelajar B.S. (PSM) menjalani latihan industri adalah bagi membolehkan

pelajar mengamalkan ilmu berbentuk teoretikal dalam bidang PSM kepada yang lebih

praktikal dalam suasana sebenar. Khususnya melalui latihan industri pelajar dapat:

Merancang proses pembangunan sumber manusia dalam berbagai situasi kerja

sebenarnya (C5).

Menggunakan teknik, kaedah dan strategi pembangunan sumber manusia yang

sesuai (P5)

Mempamerkan ciri-ciri profesionalisma seorang pengamal sumber manusia (A5)

Mengamalkan sikap beretika, disamping menerima idea baharu dan pembelajaran

berterusan (LL,EM)

Selain daripada objektif di atas, pelajar sendiri perlu menetapkan matlamat yang ingin

dicapai melalui latihan industri yang akan dijalani melalui Kontrak Pembelajaran agar

dapat memperoleh manfaat daripada latihan industri yang dijalani. Contohnya, pelajar

boleh menetapkan matlamat untuk memperbaiki keupayaan berkomunikasi dalam

10

Bahasa Inggeris, meningkatkan kemahiran menggunakan Microsoft EXCEL,

menjalankan survei, membina sistem pengurusan prestasi dan lain-lain.Kontrak

Pembelajaran tersebut terdapat dalam Buku Log.Pelajar perlu melengkapkan Kontrak

Pembelajaran tersebut sebelum mula menjalani Latihan Industri.

2.2.1 Maklumat kursus dan syarat menjalani latihan industri

Berikut adalah maklumat kursus serta syarat bagi membolehkan pelajar mendaftar

kursus bagi menjalani latihan industri:

Kod & Nama

kursus

: DCE4901 Latihan Industri

Sinopsis : Kursus ini menekankan penggunaan pelbagai aspek dan fungsi pembangunan sumber manusia.

This course emphasizes the utilization of the various aspects and functions of human resource development

Jumlah jam

kredit

: 12 kredit (0 + 12)

Semester

menjalani

Latihan

Industri

: Selepas Semester 5

Syarat

menjalani

Latihan

Industri

: Pelajar telah mengambil sekurang-kurangnya 60 kredit dan telah

mengambil kursus-kursus berikut:

DCE3001 – Komputer dalam Pembangunan Sumber Manusia DCE3004 – Metodologi Penyelidikan DCE3101 - Pembangunan Sumber Manusia DCE3103 – Reka bentuk Latihan DCE3104 – Metodologi Latihan DCE3301 – Andragogi MGM3111 – Pengurusan Organisasi dan Perniagaan

Tempoh : Satu Semester – 480 jam

Agensi pilihan : Agensi boleh terdiri daripada:

11

a. syarikat swasta (tempatan atau multinasional) dari pelbagai

industri seperti industri pengeluaran, perbankan, perhotelan,

perkhidmatan, pertanian, teknologi maklumat dan lain-lain (yang

mempunyai jumlah pekerja sekurang-kurangnya 100 orang

pekerja)

b. agensi kerajaan – ibu pejabat persekutuan atau negeri. Peringkat

daerah tidak dibenarkan kerana aktiviti PSM banyak dilaksanakan

di peringkat ibu pejabat persekutuan atau negeri.

c. Badan berkanun – ibu pejabat persekutuan atau negeri. Peringkat

daerah tidak dibenarkan kerana aktiviti PSM banyak dilaksanakan

di peringkat ibu pejabat persekutuan atau negeri.

d. Badan bukan kerajaan yang mempunyai jumlah pekerja tidak

kurang dari 20 orang.

Dalam memilih agensi adalah penting bagi pelajar untuk memastikan

bahawa agensi yang dipilih dapat memberi pendedahan kepada amalan

pembangunan sumber manusia.

Bagi pelajar jarak jauh yang sudah bekerja, mereka boleh menjalankan

latihan industri di agensi tempat mereka bekerja. Mereka perlu menjalani

latihan industri di jabatan yang dapat memberi pendedahan kepada

amalan pembangunan sumber manusia di agensi tempat mereka

bekerja.

Syarat pemilihan agensi1. Agensi yang dipilih perlu mempunyai Jabatan Sumber Manusia serta menjalankan

aktiviti PSM.

2. Pelajar perlu memilih agensi yang mengamalkan aktiviti PSM secara sistematik dan

berstruktur bagi memperoleh pendedahan yang lebih mantap.

3. Pelajar boleh di tempatkan di Jabatan lain selain daripada Jabatan Sumber Manusia

dengan syarat, aktiviti yang dilaksanakan adalah berkaitan dengan PSM.

12

BAB 3

3.1PERLAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri pelajar B.S. (PSM) jarak jauh dilaksanakan secara berstruktur. Ia

dilaksanakan dalam 2 peringkat iaitu 1) Peringkat Perlaksanaan Latihan Industri, dan 2)

Peringkat Pasca Latihan Industri, seperti dalam Rajah 1.

Rajah 1: Model Latihan Industri Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia

3.1.1. Peringkat I - Perlaksanaan Latihan Industri

Pelajar akan menjalani latihan industri untuk tempoh 1 semester di agensi.

Tanggungjawab pelajar semasa menjalani latihan industri adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti agensi pilihan:

A. Pelajar jarak jauh yang masih belum bekerja

a. Pelajar perlu mencari agensi yang bersesuaian untuk menjalani Latihan Industri.

Perlaksanaan latihan industri(1 semester)

Pasca Latihan Industri(penilaian)

13

b. Hubungi agensi untuk mengesahkan sama ada mereka menerima pelajar untuk

menjalani latihan.

i. Dapatkan maklumat tentang nama agensi, matlamat, skop atau bidang utama

agensi tersebut, produk, jumlah pekerja, aktiviti PSM yang dijalankan dan

lokasi latihan industri.

ii. Beberapa persoalan sebagai panduan boleh difikirkan oleh pelajar untuk

memilih agensi:

1. Adakah agensi dapat menyediakan pengalaman atau memberi

pendedahan yang berkaitan dengan bidang PSM?

2. Adakah agensi ini akan menyediakan penyelia untuk membimbing anda

dalam tugas yang dilakukan serta merangkap sebagai mentor?

3. Adakah pelajar mempunyai prospek kerjaya di agensi tersebut setelah

pelajar tamat penggajian?

4. Adakah agensi ini sesuai dengan pilihan pelajar untuk memulakan

kerjayanya dalam bidang yang ingin diceburi di masa akan datang.

c. Dapatkan surat pengesahan pelajar menjalani latihan industri dari pihak UPMET.

d. Hantar surat permohonan pelajar dan lampirkan Resume serta surat

pengesahan daripada UPMET kepada agensi.

i. Pelajar perlu membuat salinan surat permohonan dan Resume dan

dilampirkan dalam Laporan Latihan Industri.

e. Pelajar perlu hubungi agensi untuk menyemak status permohonan masing-

masing.

i. Pelajar mungkin akan dipanggil untuk temuduga sebelum agensi menerima

anda.

ii. Pastikan anda membuat persediaan sebelum menghadiri temuduga.

f. Pelajar perlu mendapatkan surat penerimaan pelajar menjalani latihan industri

dan melampirkan surat tersebut sebagai Lampiran dalam Laporan Industri.

14

B. Pelajar jarak jauh yang sedang bekerja sepenuh masa

a. Pelajar boleh menjalani latihan industri di tempat kerja masing-masing untuk

tempoh satu semester (Jumlah jam: 480 jam).

b. Pelajar perlu mengisi borang maklumat menjalani latihan industri seperti

dalam Lampiran 1 dan diserahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMET.

Borang yang dilengkapkan perlu dilamprikan dalam Laporan Latihan Industri.

c. Pihak UPMET akan mengeluarkan surat kepada majikan pelajar bagi

mengesahkan bahawa pelajar perlu menjalani Latihan Industri. Pelajar perlu

menyerahkan surat tersebut kepada agensi masing-masing untuk mendapatkan

kelulusan secara bertulis dari agensi membenarkan pelajar menjalani latihan

industri di agensi masing-masing. Surat UPMET perlu dilampirkan dalam

Laporan Latihan Industri.

d. Lampirkan surat kebenaran menjalani latihan industri daripada agensi ke dalam

Laporan Latihan Industri.

2. Persediaan pelajar

a. Pelajar perlu berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri untuk mendapatkan

nasihat dan bimbingan dalam membuat persediaan untuk menjalani latihan

industri.

b. Pelajar perlu proaktif dalam membuat persediaan kendiri dengan mencari dan

menambah pengetahuan tentang konsep, teori dan amalan PSM bagi

memudahkan pelajar melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi oleh

agensi. Perkukuhkan kefahaman anda tentang apa yang telah dipelajari terutama

tentang konsep HRD, latihan dan beberapa aspek dalam Pengurusan Sumber

15

Manusia (HRM) yang selalu menjadi tumpuan Bahagian Sumber Manusia

sesebuah organisasi.

c. Pelajar perlu melengkapkan Kontrak Pembelajaran (rujuk Lampiran 2) sebelum

mula menjalani latihan industri. Bagi pelajar yang bekerja sepenuh masa, mereka

perlu menyatakan LIMA aktiviti bekaitan dengan PSM yang mereka rancang

untuk jalankan pemerhatian dan SATU projek bekaitan dengan PSM yang

dirancang untuk dilaksanakan di agensi tempat kerja pelajar. Kontrak

Pembelajaran perlu dilampirkan dalam Laporan Latihan Industri.

3. Perlaksanaan latihan industri

a. Pelajar perlu mempunyai seorang penyelia sebagai wakil agensi yang menyelia

aktiviti latihan industri di agensi berkenaan.

b. Catat log harian sepanjang latihan untuk dijadikan bahan dalam penyediaan

laporan akhir menggunakan Buku Log Latihan Industri yang disediakan (Rujuk

Lampiran 3 – contoh Buku Log).

i. Catat aktiviti dan pengalaman yang dilalui dalam sehari bekerja pada setiap

hari.

ii. Buat refleksi tentang pengalaman pembelajaran yang penting yang

diperolehi serta tindakan susulan yang perlu diambil.

iii. Nyatakan bukti menunjukkan bahawa perkara-perkara yang dinyatakan

dapat dicapai.

iv. Antara perkara penting yang perlu pelajar lakukan dalam mengisi buku log

adalah:

1 Membuat pemerhatian dengan melihat, mendengar dengan baik serta

meneliti ke semua aktiviti/tugasan yang perlu disempurnakan

2 Menyatakan teknik, kaedah dan strategi PSM yang sesuai dalam

tugasan yang diberi

16

3 Menjelaskan secara terperinci tentang setiap aktiviti dan projek yang

dilaksanakan oleh pelajar.

4 Mencatatkan matlamat projek dan perancangan serta strategi untuk

mencapai matlamat projek.

5 Mencatatkan pencapaian yang dicapai semasa latihan industri.

6 Mencatat kesukaran yang dilalui di agensi serta bagaimana anda

mengatasi kesukaran tersebut

7 Mencatatkan aktiviti yang memberikan motivasi, dorongan, dan galakan

semasa bekerja

8 Mencatatkan persoalan yang ingin ditanya kepada penyelia.

9 Buat refleksi pada setiap minggu dan catatkan:

i. teori, prinsip dan proses-proses PSM yang dinilai dengan situasi

sebenar – iaitu dalam tugasan atau permerhatian anda

ii. sama ada anda ada menggunakan kaedah, teknik dan strategi PSM

yang dipelajari dalam tugas anda – perincikan kaedah, teknik atau

strategi tersebut.

iii. sama ada anda dapat mempamerkan ciri-ciri profesionalisme

seorang pengamal sumber manusia

iv. sama ada anda dapat mengamalkan sikap beretika, di samping

dapat menerima idea baharu.

v. pengalaman pembelajaran atau pribadi yang anda perolehi.

10 Dapatkan pengesahan penyelia agensi pada setiap minggu.

4. Aktiviti yang perlu dilaksanakan semasa latihan industri

a. Memandangkan agak sukar bagi pelajar jarak jauh yang bekerja sepenuh masa

untuk menjalani latihan industri sama seperti pelajar dalam kampus, mereka

dikehendaki menjalani latihan industri dengan:

1. membuat pemerhatian kepada LIMA aktiviti yang berkaitan dengan

pembangunan sumber manusia di agensi tempat kerja mereka; dan

17

2. menjalankan SATU projek yang berkaitan dengan pembangunan sumber

manusia di agensi tempat kerja mereka.

b. Pemerhatian – LIMA Aktiviti PSM

1. Berikut adalah contoh aktiviti berkaitan dengan PSM yang boleh pelajar

melaksanakan pemerhatian. Pelajar menjalankan pemerhatian dengan

memerihati gelagat atau tingkahlaku, menemubual pegawai yang terlibat

serta membuat analisis dokumen yang berkaitan.

Proses kerja, reka bentuk kerja atau sistem kerja,

Hubungan antara staf atau dengan ketua, kepimpinan

Aspek motivasi pekerja dan komunikasi

Pengurusan perubahan

Latihan dan pembangunan

Penilaian prestasi

Aktiviti berkaitan dengan tanggungjawab sosial korporat

Aktiviti berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

c. Menjalankan SATU projek pembangunan sumber manusia

1. Berikut adalah contoh projek pembangunan sumber manusia yang boleh

pelajar laksanakan semasa latihan industri:

Membina model kompetensi.

Membina soal-selidik dan menjalankan survei.

Merangka soalan temubual untuk pekerja yang menamatkan

perkhidmatan (Exit Interview)

Terlibat dalam perancangan dan perlaksanaan program latihan.

Terlibat dalam program Tanggungawab Sosial Korporat.

Merangka polisi atau manual berkaitan dengan sumber manusia

Menyemak atau merangka Deskripsi Tugas (Job Description)

Terlibat dalam perancangan, penambahbaikan dan perlaksanaan

Program Orientasi untuk pekerja baharu.

18

Merangka borang penilaian prestasi.

Menjalankan temubual berkelompok (focus group interview)

Terlibat dalam aktiviti pengurusan perubahan seperti projek

penambahbaikan yang dilaksanakan di agensi seperti sistem

pengurusan kualiti, 5S, pengurusan kejat, e-borang, dll.

2. Pelajar perlu berbincang dengan penyelia agensi untuk mendapatkan

kebenaran sebelum melaksanakan sesuatu projek.

3. Projek yang ingin dilaksanakan perlu boleh dilaksanakan dalam tempoh

latihan industri dan boleh dinilai hasil perlaksanaan projek tersebut dalam

tempoh latihan industri.

4. Perlaksanaan projek perlu dilaksanakan berpandukan kepada prinsip

perencanaan program.

e. Pelajar perlu menyerahkan Borang Penilaian Latihan Industri Oleh Agensi (Rujuk

Lampiran 4) kepada penyelia di agensi untuk menilai anda. Borang Penilaian

Latihan Industri perlu dilampirkan bersama dengan Laporan Latihan Industri

(dalam sampul surat yang dikepilkan).

3.1.2 Peringkat II – Pasca Latihan Industri

Di peringkat Pasca Latihan Industri penilaian latihan industri dilaksanakan bagi

memastikan sejauhmanakah hasil pembelajaran yang ditetapkan untuk kursus ini

tercapai.Di peringkat ini penilaian latihan industri dilaksanakan hasil berasaskan

laporan, penilaian penyelia agensi, dan penilaian pembentangan pelajar.Jadual 1

menunjukkan jenis penilaian, peratus pemberat markah bagi setiap jenis penilaian serta

pencapaian hasil pembelajaran yang dinilai (termasuk semasa peringkat perlaksanaan).

19

Jadual 1. Penilaian latihan industri

Peringkat

Jenis Penilaian Peratus Hasil pembelajaran yang dinilai

PEN

ILA

IAN

SEM

ASA

M

ENJA

LAN

I LA

TIH

AN

IN

DU

STR

I

1. Penilaian Penyelia Agensi

30% Perancangan proses pembangunan sumber manusia dalam berbagai situasi kerja sebenarnya (C5).

Penggunakan teknik, kaedah dan strategi pembangunan sumber manusia yang sesuai (P5)

Mempamerkan ciri-ciri profesionalisma seorang pengamal sumber manusia (A5)

Mengamalkan sikap beretika, disamping menerima idea baharu dan pembelajaran berterusan (LL,EM)

PE

NIL

AIA

N S

ELE

PA

S T

AM

AT

ME

NJA

LAN

ILA

TIH

AN

IND

US

TRI

2. Laporan Latihan Industri

55% Perancangan proses pembangunan sumber manusia dalam berbagai situasi kerja sebenarnya (C5).

Penggunakan teknik, kaedah dan strategi pembangunan sumber manusia yang sesuai (P5)

3. Pembentangan Latihan Industri

15% Penggunakan teknik, kaedah dan strategi pembangunan sumber manusia yang sesuai (P5)

Mempamerkan ciri-ciri profesionalisma seorang pengamal sumber manusia (A5)

Mengamalkan sikap beretika, disamping menerima idea baharu dan pembelajaran berterusan (LL,EM)

1. Penilaian Agensi

Penyelia agensi menjalankan penilaian berdasarkan kriteria yang ditetapkan di dalam

Borang Penilaian Prestasi Pelajar (Agensi) seperti dalam Lampiran 4.

20

2. Laporan Latihan Industri

a) Pelajar wajib menyediakan laporan latihan industri. Penyediaan laporan ini perlu

dilakukan sepanjang pelajar mula menjalani latihan industri. Format Penulisan

dan Format Laporan latihan industri adalah seperti dalam Bab 4.

3. Pembentangan Pelajar

a. Pelajar perlu membuat pembentangan pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak

UPMET.

b. Pembentangan dibuat menggunakan powerpoint presentation.

c. Kandungan pembentangan – 7 slaid ‘powerpoint’

Latarbelakang syarikat & jabatan sumber manusia

Lima aktiviti PSM yang diperhatikan

Projek yang dilaksanakan – nyatakan hasil pecapaian projek yang

dilaksanakan

Pengalaman pembelajaran – aspek PSM

Cabaran/kekangan

Perkara penting yang dipelajari. Pelajar wajib membentangkan perkara

berikut yang diperolehi semasa menjalani latihan industri:

kemahiran,

ciri-ciri professional pengamal sumber manusia

nilai etika profesionalisme PSM yang diperolehi

Komen/cadangan/kesimpulan

d. Masa pembentangan – 7 minit.

e. Pembentangan pelajar akan dinilai oleh Pensyarah/Tutor menggunakan Borang

Penilaian Pembentangan (Rujuk Lampiran 5).

21

BAB 4

4.1 KANDUNGAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DAN FORMAT LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Pelajar perlu menyediakan satu laporan latihan industri bagi membincangkan lima

aktiviti PSM yang diperhatikan dan projek latihan industri yang dilaksanakan.

a. Isi kandungan laporan latihan industri perlu mengandungi maklumat seperti yang

dinyatakan dalam contoh yang diberi. Berikut adalah contoh format kandungan

laporan latihan industri pelajar yang perlu disediakan oleh pelajar:

FORMAT PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

1. Muka Hadapan

Contoh muka depan laporan yang bercetak adalah seperti di Lampiran.

2. Judul

3. Kandungan

4. Biodata Pelajar

5. Senarai Jadual

6. Senarai Rajah

7. Penghargaan

22

8. Bab 1 - Latar belakang agensi 8.1. Nyatakan jenis industri, jumlah pekerja, misi & visi industri.

8.2. Nyatakan tentang struktur dan fungsi jabatan sumber manusia atau

mana-mana bahagian di mana pelajar menjalani latihan industri di

agensi.

9. Bab 2 - Aktiviti pemerhatian yang dijalankan9.1. Jelaskan pemerhatian yang dilakukan dari temubual/soal-selidik/analisis

dokumen. Nyatakan apa yang dilakukan.

9.2. Jelaskan lima aktiviti yang berkaitan dengan bidang PSM yang diperhatikan

di agensi berkenaan. Berikut adalah contoh aktiviti yang berkaitan dengan

PSM.

Membina model kompetensi

Membina soal selidik dan menjalankan soal selidik

Membina borang exit interviews dan analisis exit intreviews

Penglibatan dalam program latihan – merancang, mengendalikan

program latihan

Terlibat dalam penyediaan polisi syarikat

Mengemaskini polisi dan buku panduan sumber manusia

Membina dan melaksanakan program penilaian prestasi atau terlibat

dalam pengendalian program penilaian prestasi.

Mengemaskini dan menyediakan deskripsi tugas

Penglibatan dalam sistem maklumat sumber manusia HRIS

Penglibatan dalam aktiviti pengambilan kakitangan, membina soalan

temuduga

Menjalankan temubual

Terlibat dalam projek-projek berkaitan dengan sumber manusia seperti

perubahan struktur, tugas, proses dll.

proses kerja & sistem kerja,

hubungan antara staf atau dengan ketua, kepimpinan

23

aspek motivasi pekerja & komunikasi

pengurusan perubahan

latihan dan pembangunan

9.3. Bandingkan teori, prinsip & amalan yang dipelajari dengan pengalaman/tugas

atau pemerhatian yang dilaksanakan semasa menjalani latihan industri. Ini

merangkumi ke lima-lima aktiviti yang diperhatikan.

10.Bab 3 – Projek yang dilaksanakan10.1. Tajuk projek – Nyatakan tajuk projek yang dijalankan

10.2. Tujuan projek – Nyatakan:

a) Tujuan projek tersebut dijalankan.

b) Apakah isu/masalah yang membuatkan projek tersebut dilaksanakan.

c) Hasil yang ingin dicapai daripada perlaksanaan projek tersebut.

10.3. Peranan pelajar – Nyatakan peranan pelajar dalam perlaksanaan projek

tersebut.

10.4. Kaedah perlaksanaan – Jelaskan kaedah projek tersebut dilaksanakan dan

bagaimana projek tersebut dilaksanakan. Jelaskan asas penggunaan

sesuatu kaedah tertentu dalam perlaksanaan projek tersebut melalui

sokongan literatur.

10.5. Hasil yang diperolehi daripada perlaksanaan projek tersebut. Lampirkan

bukti hasil pencapaian projek tersebut.

10.6. Kekangan dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan projek tersebut.

11.Bab 4 - Tren dan cabaran dalam amalan sumber manusia yang dihadapi oleh agensi.11.1. Dapatkan maklumbalas daripada agensi tentang trend dan cabaran dalam

amalan sumber manusia yang dihadapi dan tindakan agensi dalam

menghadapi cabaran tersebut.

11.2. Kaitkan dengan tren dan cabaran dalam amalan sumber manusia yang

dibincangkan dalam literatur.

24

12.Bab 5 – Pengetahuan dan Kemahiran yang diperolehiBerdasarkan pemerhatian dan projek yang dilaksanakan:

12.1. Nyatakan apa yang telah anda pelajari (sesuatu yang tidak diketahui

sebelum menjalani latihan industri) hasil dari pengalaman menjalani latihan

industri.

12.2. Nyatakan kemahiran yang diperolehi yang berkaitan dengan profesion PSM

Nyatakan kemahiran peribadi yang diperolehi.

12.3. Hasil dari pengalaman latihan industri, bincangkan ciri penting yang perlu

ada dalam diri pengamal sumber manusia – dari segi sikap,

profesionalisme, etika kerja serta sumbangan kepada masyarakat.

12.4. Kaitkan dengan ciri-ciri penting pengamal PSM yang dinyatakan dalam

literatur.

13.Bab 5 - Cadangan 13.1. Nyatakan cadangan penambahbaikan untuk agensi

14.Rujukan Nyatakan bahan rujukan yang digunakan untuk menguatkan lagi hujah yang

ditulis. Format yang digunakan perlu mengikut paiwaian sepertimana American

Psychological Association (APA). Bagi mendapatkan panduan dalam format

penulisan bahan rujukan, pelajar boleh melayari laman sesawang

http://www.apastyle.org

15.Jadual/Rajah15.1. Semua ilustrasi hendaklah diterangkan secara terperinci. Sebarang ilustrasi

selain dari Jadual seperti carta, graf, gambar atau lukisan dinyatakan

sebagai Rajah. Penomboran bagi jadual/rajah mestilah mengikut turutan

seperti berikut:

Rajah 1, Rajah 2, Rajah 3 ................

Jadual 1, Jadual 2, Jadual 3 ............

25

15.2. Semasa penulisan, pastikan rujukan dibuat kepada setiap jadual/rajah yang

dimasukkan dengan menyebut atau memberi penekanan kepada perkara-

perkara penting tentang jadual/rajah tersebut. Sebagai contoh ianya perlu

ditulis seperti berikut:

“Sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 6, penilaian kebekesanan

latihan adalah berpandukan kepada .....” atau “Jadual 3 menunjukkan

bilangan kakitangan di bahagian Sumber Manusia....”

15.3. Sebarang jadual yang di ambil dari sumber lain, perlu nyatakan sumber dari

mana jadual itu diambil atau disesuaikan di bahagian bawah jadual tersebut.

16.LampiranBerikut adalah dokumen yang wajib dilampirkan oleh pelajar. Selain daripada

lampiran dokumen yang wajib, pelajar boleh melampirkan lain-lain dokumen

sebagai lampiran jika berkenaan.

16.1. Lampiran Wajib

a) Pelajar wajib melampirkan dokumen berikut dalam laporan latihan

industri mereka:

1. Borang Maklumat Menjalani Latihan Industri

2. Surat UPMET

3. Surat Pengesahan Penempatan Latihan Industri daripada Agensi

4. Kontrak Pembelajaran

5. Borang Penilaian Agensi

16.2. Lain-Lain Lampiran

a) Pelajar boleh melampirkan dokuman lain yang berkaitan dengan

aktiviti latihan industri yang dilaksanakan. Contoh: Borang-borang

tertentu, carta organisasi dan sebagainya.

16.3. Pastikan pelajar meminta kebenaran agensi untuk melampirkan dokumen-

dokumen yang berkaitan dengan agensi.

16.4. Dokumen-dokumen yang dilampirkan perlu dilabelkan dan dinyatakan

26

dalam kandungan laporan

b) Sila rujuk kepada Lampiran 6 untuk Format menyediakan Laporan Latihan

industri Industri.

c) Penilaian laporan adalah berdasarkan kepada berikut:

Format [30%] - susunan, ilustrasi dan penggunaan bahasa.

Kandungan [70%] - semua aspek yang berkaitan dengan latihan yang dijalani.

27

BAB 5

5.1PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK YANG TERLIBAT DALAM LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri yang berkesan memerlukan kerjasama utuh dan komitmen daripada

tiga pihak utama dalam melaksanakan latihan industri, iaitu pelajar, pensyarah dan

agensi. Bahagian ini menggariskan peranan dan tanggungjawab setiap pihak yang

terlibat.

5.1.1 Peranan dan Tanggungjawab Pelajar

Setiap pelajar yang menjalani latihan industri di sesebuah agensi dikehendaki

mematuhi segala peraturan dan tanggungjawab seorang pekerja disesebuah

organisasi. Pelajar perlu:

1. Menjalani latihan industri dalam tempoh yang ditetapkan.

2. Mematuhi waktu kerja, polisi, peraturan dan prosedur yang menggariskan tatalaku

profesional pekerja di agensi berkenaan.

3. Mematuhi polisi kerahsiaan agensi dalam mengendalikan maklumat sulit.

4. Mematuhi etika berpakaian di agensi tersebut.

5. Bertanggungjawab secara pribadi dan professional ke atas tindakan dan aktiviti

yang dilakukan.

6. Menjalin serta memelihara hubungan dengan pekerja lain (termasuk pelanggan) di

agensi berkenaan

7. Melakukan sesuatu tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh.

8. Mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam seting akademik ke dalam tugas dan

tanggungjawab yang diberi oleh agensi.

9. Menyerahkan/menyempurnakan tugasan yang diberi oleh agensi tepat pada

masanya secara konsisten.

28

10.Mempamerkan sikap, nilai dan tingkah laku yang mencerminkan kewibawaan dan

keperibadian positif pelajar.

11.Setiap pelajar dikehendaki menjaga imej universiti dengan tidak melakukan perkara-

perkara yang boleh mencemarkan imej universiti.

12.Mencatat buku log harian secara konsisten.

13.Semasa latihan industri berjalan pelajar perlu memberi perhatian kepada faktor

berikut:

saling menghormati staf,

kekalkan sikap yang positif,

tunjukkan minat kepada sesuatu perkara yang dilakukan,

pamerkan sikap berminat untuk belajar,

gunakan komunikasi yang berkesan,

dapatkan tunjuk ajar daripada penyelia agensi,

minta penjelasan mengenai sesuatu perkara,

sentiasa proaktif,

tidak menerima tanggungjawab di luar batas kemampuan,

bertindak dengan jujur,

sesuaikan diri dengan agensi,

menjaga kerahsiaan agensi; dan

jaga personaliti berpakaian

14.Pelajar perlu mematuhi semua peraturan am yang ditetapkan seperti dalam Buku

Garis Panduan ini.

15.Pelajar perlu berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri untuk rujukan, nasihat

atau padangan untuk melakukan sesuatu tugas yang kompleks.

16.Menyerahkan Laporan Latihan Industri dalam masa yang ditetapkan oleh pihak

UPMET.

29

5.1.2 Peranan dan Tanggungjawab Agensi

Kerjasama dan sokongan daripada agensi adalah sangat diperlukan dalam memberikan

sumbangan yang maksimum kepada pelajar untuk mendalami pengetahuan dan

kemahiran serta membentuk etika profesionalisme sebagai pengamal pembangunan

sumber manusia. Berikut adalah peranan dan tanggungjawab agensi yang boleh

dijadikan panduan bagi setiap agensi:

1. Menyediakan sumber yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

2. Melantik penyelia untuk memantau kemajuan pelajar.

3. Memberi tugas/projek yang bersesuaian dengan kemampuan dan bidang

penggajian pelajar

4. Memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti pembangunan

sumber manusia serta yang berkaitan seperti menghadiri mesyuarat, terlibat dalam

projek, aktiviti sosial korporat, temuduga pekerja dan lain-lain aktiviti yang

berkaitan.

5. Menilai prestasi pelajar menggunakan Borang Penilaian Prestasi Pelajar (Agensi)

(rujuk lampiran 4)

5.1.3 Peranan dan Tanggungjawab Pensyarah/Tutor yang Menilai Pembentangan Pelajar

1. Pensyarah/Tutor yang dilantik dikehendaki membuat penilaian pembentangan

pelajar menggunakan borang penilaian

2. Pihak UPMET akan mengumpul borang penilaian tersebut dan menyerahkan

kepada Pensyarah yang bertanggungjawab menyelaraskan latihan industri.

30

5.2 MAKLUMAT PEGAWAI

Berikut adalah maklumat pensyarah yang boleh dihubungi oleh pelajar dan agensi:

Dr. Zoharah OmarPenyelaras Latihan IndustriJabatan Pemajuan Profesional dan pendidikan LanjutanFakuli Pengajian PendidikanUniversiti Putra Malaysia43400 Serdang, SelangorTel: 03-89467911Faks: 03-89450455Email: [email protected]

[email protected]

31

RUJUKAN

Abd Hair Awang, Azimi Hamzah, Rahmah Ismail, Jegak Uli (2004) Kemahiran Bolehkerja: Keseimbangan Antara Tuntutan Majikan dan Penguasaan Pelatih. Dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Penyelidikan Siswazah Pengajian Pendidikan, UPM, 11 Sept 2004.

Al-Atgash, S. and Al-Fahoum A. (2008) An innovative model for university-industry partnership. International Journal of Innovation and Learning, 5(5), 512-532.

Collins, A.B. (2002). Gateway to the real world, industrial training: dilemmas and problems, Tourism Management, 23(1), 93-96.

Huzili Hussin, Azman Zakaria, Muhammad Shukri Salleh (2008). Memperkasakan mahasiswa kejuruteraan menerusi penerapan kemahiran insaniah (Soft Skills). Kertas Kerja dibentangkan di International Conference on the Roles of the Humanities and Social Sciences in Engineering 2008 (ICOSHE08) yang dianjurkan oleh Pusat Kemahiran Komunikasi dan Keusahawanan UniMAP bersama Ministry of Higher Education Malaysia, 5 - 6 Disember 2008 di Putra Palace Hotel, Perlis Accessed on 23 March 2011 at http://dspace.unimap.edu.my/dspace/handle/123456789/5836

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2006). Modul pembangunan kemahiran insaniah (SOFT SKILLS) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang:Universiti Putra Malaysia.

McGoldrick, J. and Stewart, J. (1996) The HRM-HRD nexus in Stewart, J. and McGoldrick, J. (eds) Human ResourceDevelopment: Perspectives, Strategies and Practice. London: Prentice Hall.

McGuire, D. & Cseh, M. (2004): "The Disciplinary Development of HRD: A Delphi Study", Presented at the 5th UFHRD/AHRD Conference, University of Limerick, May 27th-28th 2004.

McLagan, P (1989). Models for HRD practice. ASTD Press, St Paul, Minnesota.

McLaughlin, M. (1992). "Employability Skills Profile: What Are Employers Looking For?" (Report 81-92-E). Ottawa, ON: Conference Board of Canada.

Mohd Yusof Husain, Seri Bunian Mokhtar, Abdul Aziz Ahmad, Ramlee Mustapha (2010). Importance of Employability Skills from Employers' Perspective, Procedia - Social and Behavioral Sciences, 7, International Conference on Learner Diversity 2010, p. 430-438,

32

Narayanan, V.K., Olk, P.M. and Fukami, C.V. (2010). Determinants of Internship Effectiveness: An Exploratory Model. Academy of Management Learning & Education. 9 (1) (2010): 61-80.

Robinson, J.P. (2000) What Are Employability Skills?.The Workplace, 1(3), p. 1-3.

Rothman, M. (2007). Lessons learned: Advice to employers from interns. Journal of Education for Business, 82, 140-144.

Schluz, B. (2008). The Importance of Soft Skills: Education beyond academic knowledge. NAWA Journal of Language and Communication, June, p. 146-154.

Siwatu, K.O. (2011). Preservice teachers' sense of preparedness and self-efficacy to teach in America's urban and suburban schools: Does context matter?,Teaching and Teacher Education, 27(2), 357-365.

33

LAMPIRAN

34

LAMPIRAN 1