bbm 3206 semantik - upm edutrain interactive learningvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm 3206 unit 1...

27
Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia BBM 3206 Semantik

Upload: nguyenkhanh

Post on 07-Jul-2019

272 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon HamzahJabatan Bahasa Melayu

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

BBM 3206 Semantik

Objektif 2: merungkai konsep asas semantik dan teori semantik (P4)

Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

a) Pengenalan bidang semantik

b) Perkembangan bidang semantik

c) Pengertian makna secara referensial

d) Pengertian makna secara kontekstual

2zazh/upm

Pengenalan SemantikBidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistikyang mengkaji makna.

Perkataan semantik berasal daripada perkataan Greek sema yangbererti "tanda" (sign) . ‘sema’ juga bermaksud ‘isyarat’.

Seterusnya kata itu menerbitkan kata semaine yang bermaksud‘bererti’. Daripada sinilah terbitnya istilah semantik yang menamaisatu bidang ilmu yang mengkaji atau analisa makna.

Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna danoleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, makasemantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalamsemantik terdapat skop-skop semantik yang tertentu.

Menurut Palmer, Kompson & Katz semantik ialah “ as the study ofmeaning in natural language”.

3zazh/upm

• Perkataan semantics telah diperkenalkan oleh seorang ahli filologiPerancis, bernama Michel Breal pada tahun (1883) dalam makalahbeliau yang bertajuk, “Les Lois Intellectuelles du Langage”.

• Dalam makalah ini, Breal telah memberi tanggapan bahawasemantik mempunyai kedudukan tersendiri di luar bahasa,misalnya bentuk perubahan makna, latar belakang perubahanmakna, hubungan perubahan makna dengan logika dan hubunganmakna dengan psikologi. (Aminuddin,1985:16).

• Verhaar, (1983) - semantik - teori makna atau teori erti

4zazh/upm

SIL Glossary of Linguistic Term mentakrif semantik sebagai satu kajianmakna yang berdasarkan ekspresi linguistik.(Semantics is, generally defined, the study of meaning of linguisticexpressions.)Merriam Webster Dictionary – semantic - relating to the meanings ofwords and phrases

Semantik merupakan satu bidang yang bukan sahaja mengkaji maknasesuatu perkataan, frasa, ayat tetapi turut mencari bagaimana untukmenerangkan makna sesuatu perkataan, frasa, ayat .

Semantik juga merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkajihubungan ujaran linguistik yang berbeza-beza seperti homonim,sinonim, antonim, polisemi, dan hiponim.

Kajian semantik juga melibatkan kajian peranan semantik, makna danrujukan, syarat benar dan analisis wacana.

Ilmu semantik mempunyai dua tahap perkembangan. Tahappermulaan ilmu semantik ialah semantik falsafah. Manakala tahapyang kedua ialah semantik linguistik.

5zazh/upm

Dalam kajian linguistik, bidang semantik dianggap sebagaibidang yang paling sukar untuk diterokai. Ini kerana, untukmengkaji makna, sama ada pada "peringkat perkataan atau ayat,pengkaji seharusnya mempertimbangkan sama aspek-aspekyang bukan linguistik, seperti kebudayaan konteks perkataanatau ayat itu diujarkan atau digunakan, aspek-aspek psikologipenutur, alam pemikirannya, hubungan sosial antara penuturdan pendengar, tajuk perbincangan, dan sebagainya.

Perkara-perkara ini semuanya mempengaruhi makna. Olehyang demikian, untuk memberikan makna yang paling tepatbagi sesuatu perkataan, perkara-perkara di atas mestilahdiambil perhatian.

6zazh/upm

Perkembangan Bidang Semantik

Pengkaji bahasa pada awal abad ke-19 misalnya berminat sekalidalam mengkaji makna, khususnya dari aspek perubahan makna,pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahankepada makna sesuatu perkataan. Semantik juga selanjutnyatelah dijadikan sebagai dasar untuk penghuraian bahasa olehahli linguistik tradisional.

Pada pertengahan dan akhir abad ke-20 pula, bidang ini semakinmendapat perhatian, khususnya apabila munculnya golonganlinguistik transformasi. Golongan ini beranggapan bahawamakna adalah satu aspek yang penting dalam bahasa, samapentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa

7zazh/upm

Plato

Peringkat Pertama

Plato (429 – 347 SM)

Bunyi-bunyi bahasa secara implisit mengandung maknatertentu. Dalam bukunya yang bertajuk Crafylus, Plato telahmenggunakan perkataan 'semainein'. Katanya, "... bunyi bahasasecara tersirat, mengandungi makna" (Aminuddin 1985:15).

Kata dasarnya ialah 'sema' yang bermaksud 'isyarat' atau 'tanda'dan 'semainein' sebagai kata terbitan bermakna

'memperlihatkan' atau 'menyatakan'.

8zazh/upm

Aristotle

Salah seorang murid Plato yang terkenal ialah Aristotle (384-322S.M.) (Harimurti Kridalaksana 1982:14). Aristotle menghalusifalsafah metafizik dalam karangannya Filsafat Pertama.

Menurut Aristotle, kata adalah satuan terkecil yang mengandung makna. iatu (1) makna yang hadir dari kata itu sendiri secara otonom (makna leksikal), dan (2) makna yang hadir akibat proses gramatika (makna gramatikal). (Ullman 1977:3)

Beliaulah yang mula-mula melahirkan fahaman 'logika'. Logikaatau lojik akal menurut beliau merupakan pewujudan daripadalambang yang telah ditakrifkan maknanya. Dengan fahamanlogika, perkataan yang samar-samar atau tidak pasti maknanya danperkataan yang tidak terbatas maksudnya, dihindari.

9zazh/upm

Memang ada perbezaan pendapat antara Plato dan AristotlePlato mempercayai tentang adanya hubungan bererti antarakata (bunyi-bunyi bahasa) dengan rujukannya. SedangkanAristotle, berpendapat bahawa hubungan antara bentuk danerti kata adalah soal perjanjian antara pemakainya (Moulton1976 : 3).

Namun kajian terhadap bahasa tidaklah terhenti selepasAristotle (yang mengutamakan makna), sebaliknyakebanyakan kajian yang kemudiannya lebih tertumpu padafonetik/fonologi, morfologi dan sintaksis yang tidakmengutamakan makna.

Namun, gagasan yang dikemukakan oleh C. Chr. Reisig(1820-1925) ahli bahasa Jerman tentang nahu bahasanya,iaitu (1) semasiologi, (2) sintaksis, dan (3) etimologi(Aminuddin 1985:15) telah menimbulkan semula perananmakna.

10zazh/upm

C. Chr. Reisig (1825)Konsep baru mengenai gramatika :Gramatika terdiri dari tiga unsur utama, iaitu :a) Semasiologi – kajian tentang tandab) Sintaksis – kajian tentang susunan kalimat/ayatc) Etimologi – kajian tentang asal usul kata,

perubahan bentuk kata, dan perubahan makna

11zazh/upm

Peringkat Kedua

Micheal Breal – kajian semantik dikaitkan dengan unsur di luar bahasa itu sendiri.

Misalnya:

Perubahan makna

Makna yang berhubungan dengan logika

Makna yang berhubungan dengan psikologi

12zazh/upm

Ferdinand de Saussure

Peringkat Ketiga

Perbincangan semantik menjadi rancak semula. Ramai ahlibahasa menekuni bidang ini sama ada kerana keperluanlinguistik itu sendiri atau ilmu lain yang memerlukansemantik.

Salah seorang daripada mereka ialah Ferdinand de Saussure(bangsa Swiss) yang berpendapat bahawa bahasa merupakansatu kesatuan yang terdiri daripada beberapa bahagian yangberhubung kait antara satu dengan yang lain. Beliau jugaberpendapat bahawa ilmu bahasa merupakan salah satucabang semasiologi.(Abu Bakar Hamid 1978:152).

13zazh/upm

Jost Trier

Jost Trier (bangsa Jerman) mengembangkan pendapat deSaussure dengan mengambil kira pandangan budayawanJerman, iaitu J.G. von, Herder (1772) dan sarjana bahasa dan ahlifalsafah Jerman W. von Humboldt (1836) berkenaan denganmakna, sehingga lahirlah gagasan Medan Makna.

Medan Makna yang dimaksudkan oleh Trier di sini ialahperkataan yang pada mulanya mempunyai makna yangbertumpang-tindih akhirnya memiliki makna masing-masingsecara khusus.

14zazh/upm

Untuk gagasan ini beliau mengambil contoh bahasa Jerman padatahun 1200, iaitu perkataan kunst dan list. Kedua-dua perkataanini maknanya tercakup dalam perkataan wisheit yangmengandungi makna 'pengalaman keagamaan'.

Satu abad kemudian, iaitu pada tahun 1300 didapati ketiga-tigaperkataan tersebut telah memiliki maknanya sendiri. Perkataankunst mengandungi makna 'pengetahuan', perkataan list yangberubah menjadi wizzen mengandungi makna 'seni' danperkataan wisheit mengandungi makna 'pengalaman keagamaan'(Aminuddin 1985:108).

15zazh/upm

Bronislaw Malinowski seorang ahli antropologi telah membuatkajian terhadap sekelompok masyarakat yang hidup di Pulau Coral(di Lautan Pasifik).

Beliau mendapati bahawa pertuturan masyarakat di pulautersebut mempunyai hubungan dengan keadaan pekerjaanmereka. Masyarakat petani misalnya mempunyai pertuturan yangagak berbeza daripada pertuturan masyarakat nelayan.

Daripada hasil kajiannya ini beliau menyimpulkan satu gagasanyang kemudiannya dikenali sebagai context of situation(keperihalan keadaan) (M. Yunus Maris 1978:65-166).

Bronislaw Malinowski

16zazh/upm

Leonard Bloomfield, 1887-1949 (bangsa Amerika) berpendapatbahawa dalam kajian semantik, yang utama ialah behavior(kebiasaan berbahasa). Kebiasaan berbahasa ini menurut beliauerat hubungannya dengan perlakuan manusia yang tertakluk padastimulus (rangsangan) dan response (tindak balas). Dengandemikian, bahasa ialah data yang didengar. Data yang diperolehini kemudian disusun dan diklasifikasikan. Hasil cerakinan inilahyang kemudian disebut nahu.

Leonard Bloomfield

17zazh/upm

John Rupert Firth, 1890-1960 (bangsa Inggeris) seorang sarjanalinguistik telah tertarik dengan dapatan Malinowski. JikaMalinowski memandang bahasa dari sudut antropologi, Firth pulamemandang bahasa dari sudut ilmu bahasa itu sendiri. Beliaumenyimpulkan bahawa bahasa merupakan kesepakatan sesuatumasyarakat yang dipengaruhi oleh keperihalan keadaan danditerima oleh masyarakat tersebut.

Gagasan ini kemudian dikenali sebagai Teori Semantik Kontekstual.Teori ini sangat bermanfaat untuk menghuraikan makna bahasayang terdapat dalam sesuatu masyarakat kerana setiap pentafsirmakna akan dikaitkan dengan budaya masyarakat pengguna bahasaitu sendiri. Dari sinilah juga timbulnya istilah 'kata pusat' dan'ungkapan pusat'. Antara buku Firth yang terkenal ialah The Tongueof Man and Speech (1984) dan Paper in Linguistics (1974).

John Rupert Firth

18zazh/upm

Charles Kay Ogden dan I. Amstrong Richard atau lebih dikenalisebagai Ogden & Richards berpendapat bahawa berlakuhubungan timbal balik antara gagasan dengan rujukan sertagagasan dengan lambang bahasa (lisan/bertulis) manakalalambang bahasa dengan rujukan hubungannya tidak langsung(Mansoer Pateda 1989:36). Perhatikan rajah yang berikut ini:

G

LB R

Petunjuk:

G = gagasan

LB = lambang bahasa

R = rujukan

19zazh/upm

Pendapat Ogden & Richards telah dikritik oleh Stephen Ullmann(1972) dengan hujah bahawa 'rujukan' sebenarnya di luar bidangbahasa. Hujah berikutnya beliau kemukakan bahawa takrifan'lambang bahasa-gagasan-rujukan' sangat sukar untuk dijelaskandan difahami. Oleh yang demikian, Ullmann memberikanbeberapa kemungkinan hubungan 'maksud' dengan 'perkataan'.

Jika satu perkataan (P) mengandungi satu maksud (M), ia dapatdigambarkan seperti rajah yang berikut:

20zazh/upm

Nama

Makna

cantik

M1 M2 M3

segak ayu jelita

21zazh/upm

Semiotik/semiologi – kajian ke atas sistem tanda dan terbahagikepada tiga bahagian, iaitu semantik- tentang pemaknaan tanda,sintaktik – tentang kombinasi tanda-tanda, dan pragmatik-tentang asal usul, pengguaan dan pengaruhnya dalam perlakuanyang dihubungkan dengan tanda itu (Ullmann, 1962:15).

22zazh/upm

Semiotik/semiologi – kajian ke atas sistem tanda dan terbahagikepada tiga bahagian, iaitu semantik- tentang pemaknaan tanda,sintaktik – tentang kombinasi tanda-tanda, dan pragmatik-tentang asal usul, pengguaan dan pengaruhnya dalam perlakuanyang dihubungkan dengan tanda itu (Ullmann, 1962:15).

Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) – pengkajian makna padaperingkat semantik belum dapat memberikan makna sepenuhnyasebagaimana yang dihajati oleh penutur.

Pengkajian makna seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaituilmu penginterpretasian makna yang melibatkan faktor linguistikdan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua faktorlinguistik dan bukan linguistik ini dapat membantu pengkajianmakna yang lebih berkesan.

Nor Hashimah Jalaluddin

23zazh/upm

Makna Referensial dan Non-referensial

Sebuah kata bermakna referensial kalau ada referensnya, atauacuannya dalam dunia nyata. Misalnya kata kuda, merah, dangambar. Sebaliknya kata-kata seperti dan, kerana tidakmempunyai referens.

Kata-kata yang acuannya tidak menetap pada satu maujud,melainkan dapat berpindah dari maujud satu ke maujud laindisebut kata-kata deiktik.

Yang termasuk kata- kata deiktik adalah kata-kata ganti nama (dia,saya, kamu), kata-kata yang menyatakan ruang, misalnya di sini, disana; kata-kata yang menyatakan waktu, seperti sekarang, besok;kata-kata yang disebut kata penunjuk, seperti ini dan itu

24zazh/upm

Makna dan Jenisnya

Geoffrey Leech (1974)

Geoffrey Leech (1974:26) menggolongkan makna kepada tujuh jenis:

Terdapat juga makna lain seperti :1. Makna denotasi.2. Makna konteks.

1 Makna konsepsi : makna kognitif.

2 Makna konotatif : makna kata yang berlainan daripadamakna asal: makna tersirat atau makna tambahan: maknaemotif atau makna evaluatif.

3 Makna Stilistik : makna berdasarkan situasi pengucapan.

4 Makna Afektif : makna untuk menimbulkan kesan kepada pembaca danpendengar.

5 Makna Refleksi : makna yang pelbagai untuk sesuatu kata.

6 Makna Kolokasi : makna berdasarkan hubungannya dengan kata lain.

7 Makna Tematik : makna yang ditekankan dalam ayat.

25zazh/upm

Kesimpulan

Semantik ialah kajian tentang lambang atau tanda yangmenyatakan makna, hubungan antara satu makna dengan maknayang lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

Semantik lahir daripada falsafah dan sehingga kini bahasa masihdibayangi terus oleh falsafah. Daripada perkembangan semantikyang telah diperlihatkan jelas bahawa antara falsafah denganbahasa dan antara bahasa dengan semantik tidak dapatdipisahkan.

26zazh/upm

Sekian, terima kasih

27zazh/upm