assiment jawi.docx

25
1. PENDAHULUAN 1. KONSEP PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1 hingga tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan,kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah, pendidikan asas tilawah al Quran, pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardu ‘Ain, pemupukan amalan Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh Syari‘at Islam dan penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah kedalam diri murid. Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai cita-cita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusahadan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara.Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arahpembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab,berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam. 1.2 MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan,beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kearah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Upload: nazarah

Post on 07-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1. PENDAHULUAN

1. KONSEP PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH

Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1 hingga tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan,kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah, pendidikan asas tilawah al Quran, pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardu Ain, pemupukan amalan Fardu Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh Syariat Islam dan penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah kedalam diri murid. Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai cita-cita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusahadan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara.Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arahpembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab,berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

1.2 MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan,beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kearah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

1.2.1 OBJEKTIF

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah,murid dapat :

1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzu amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk minatmembaca al-Quran dan menjadi amalan.

2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.

1

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya

ke arah meyakini al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.

4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan

benteng keagamaan.

5. Mengamalkan ibadat-ibadatasas dalam Fardu Ain serta memahami Fardu Kifayah

sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.

6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas

perkembangan tamadun manusia.

7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.

8. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

1.2.2 ORGANISASI KANDUNGAN

Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan

kepada empat bidang iaitu :-

1. Bidang Asuhan Tilawah al-Quran.

Bidang ini memberi tumpuan kepada :-

1.1 Membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul dan fasih.

1.2 Menghafaz ayat-ayat al-Quran tertentu dengan betul dan fasih.

1.3 Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada juzu Amma (juzu 30) dan

menghayati pengajarannya.

2. Bidang Asas Ulum Syariyah.

Bidang ini memberi tumpuan untuk :-

2.1 Penanaman akidah, pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.

2.2 Pengetahuan mengenai peraturan ibadat yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan

melaksanakannya.

2.3 Percontohan dan pengambilan iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w.

2

2.4 Implikasi akidah, ibadah dan sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga,

masyarakat dan negara.

3. Bidang Asas Akhlak Islamiah.

Bidang ini memberi tumpuan kepada :-

3.1 Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslimdalam hubungannya dengan Allah

s.w.t. dan Rasulullahs.a.w.

3.2 Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri sendiri,

keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.

4. Bidang Pelajaran Jawi.

Bidang ini memberi tumpuan kepada :-

4.1 Menulis tulisan Jawi dengan baik.

4.2 Membaca tulisan Jawi dengan lancar.

4.3 Mempelajari asas seni tulisan Jawi.

Tumpuan-tumpuan yang dinyatakan di atas hendaklah diambil kira semasa menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran dan melaksanakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Adab yang ditentukan dalam Asas Akhlak Islamiah diajar khusus dalam Bidang Akhlak Islamiah. Adab ini berdasarkan adab terhadap Allah dan Rasul, diri sendiri, ibu bapa, keluarga, guru, alam sekitar, masyarakat, dan negara berteraskan 4 nilai utama Syajaah, Iffah, Adalah dan Hikmah yang akhirnya membina pelajar beradab dan menghayati nilai-nilai akhlak.Kesemua bidang di atas merupakan kesepaduan ilmu yangdapat melahirkan insan soleh yang diredai Allah s.w.t.Pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan berdasarkan kandungan sukatan pelajaran ini adalah sesuai dengan peringkat keperluan dan keupayaan murid sekolah rendah. Bahan-bahan rujukan seperti al-Quran, al-Sunnah, Sirah Rasulullah s.a.w., sejarah para sahabat r.a., pendapat para sarjana Islam, kitab-kitab muktabar dan sumber daripada ilmu-ilmu lain seperti Sains, Matematik, Geografi, dan Sejarah boleh dijadikan asas bagi mengolah pengetahuan dan kemahiran di dalam sukatan pelajaran ini. Pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi pada peringkat sekolah rendah ini dapat

diteruskan ke peringkat menengah.

3

2. PERBEZAAN PENGAJARAN JAWI KLSR, KBSR, KSSR DAN PEMULIHAN

JAWI j-QAF.

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai

kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama disetiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalamAkta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.Seterusnya pada tahun1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasapengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua sekolah.Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaituTahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975).

Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam AktaPelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosialyang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistempendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan tarafpendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian

4

pendidikan tanpa mengira bangsa,kaum mahu pun agama. Perkembangan sistem

pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakanpengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi sertauntuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistempendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduandi kalangan rakyat berbilang bangsa. Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali.

Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR).

Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas peperiksaan tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu, sistem pendidikan pada tahap iniberorientasikan kepada pembasmian buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untukmengujarkan sesuatu huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini.Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP. (1978). Justeru, peperiksaan Umumyang wujud pada masa ini ialah Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE),Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE. Aspek penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga. Pada tahun 1973 ujian Diagnostikdiperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. Sementara itu, mulai tahun1967, murid murid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5. Tujuannya adalah bagi menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam darjah enam.

5

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.

1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.

1988 Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi

1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yangperlu diatasi. Antaranya termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid. Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan. Aspek keempat ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. Aspek kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankansecara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya.

Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yangpertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhirprogram Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan

6

tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluanseharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Di sampingitu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputiaspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moraldan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletakpada guru agama sahaja. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidangkemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu.

Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Senidan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamatpendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dariaspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafahdan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yangkukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unitberuniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain,mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yangberlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional.

7

Fokus dan Struktur KBSR

KBSR mempunyai dua tahap iaitu;

Fokus Tahap I

i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)

ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira

iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran;

iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

Fokus Tahap II

i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;

ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;

iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain

iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;

v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;

vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

Pengenalan KSSR

Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan,

8

kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.

Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan.Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.

Hasrat KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai murni.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

9

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:

- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial

- Warganegara yang bertanggungjawab

- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)

- Pekerja berilmu

Fokus KSSR

KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik.

10

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.

Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

Perbezaan KBSR dan KSSR

11

Program j-QAF

Merupakan suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan

khusus dalam pengajaran Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan fardhu Ain yang dilaksanakan

di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum

serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk

pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuran, penggayaan dan penghayatan pelajar.

Pelajar istimewa dalam pendidikan khas juga akan dilibatkan dalam program

j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran

dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta kemudahan-

kemudahan lain.

Model Kelas Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan

pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran dua waktu seminggu pada enam bulan

pertama di Tahun Satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan

bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF

menjadi keutamaan khasnya kepada pelajar yang tercicir supaya semua pelajar boleh

menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan. Model Kelas Pemulihan

Jawi ini diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas

Jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran

yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pemulihan Jawi

Masalah penguasaan Jawi di kalangan pelajar menjadi isu yang hangat diperkatakan.

Menguasai setiap kemahiran mengenal huruf adalah wajib bagi setiap pelajar terutamanya mengenal huruf tunggal Jawi.Pelajar yang tidak mengenal huruf tunggal jawi akan menyebabkan mereka tertinggal apabila rakan-rakan yang seusia mereka telah mengikut kemahiran yang lebih tinggi dan semakin susah. Pelajar akan semakin sukar mengingat kembali apa yang diajar dan terkeliru dengan bunyi dan bentuk huruf yang hampir sama

12

sebutan dan bentuknya. Menurut Muhammad Endut (1990) pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi akan semakin ketinggalan

dalam Pendidikan Islam apabila alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru ditulis dalam tulisan Jawi. Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran asas mengenal , mengeja dan menulis huruf Jawi akan dipulihkan dalam sesi pembelajaran yang berasingan untuk memudahkan guru mengajar berdasarkan tahap pelajar. Kelas pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas

Pemulihan Jawi j-QAF yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 adalah untuk pelajar yang tercicir . Pelajaran Jawi adalah salah satu komponen mata pelajaran Pendidikan Islam dengan pendekatan pengajaran sebanyak dua kali seminggu pada enam bulan pertama bagi Tahap Satu. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada. Pelajar yang tercicir ini akan menguasai sekurang-kurangnya kemahiran mengenal, mengeja dan menulis huruf tunggal jawi, suku kata terbuka dan perkataan yang dibina apabila dicantumkan dua suku kata terbuka. Pelajar yang dipilih mengikuti kelas ini adalah pelajar yang tidak melepasi ujian saringan yang dijalankan. Pelajar yang lemah dalam pelajaran Jawi ini perlu diberi perhatian dan tumpuan yang lebih dan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru juga sepatutnya diubah agar sesuai dengan pelajar dan minat pelajar.

ANALISIS HURAIAN ISI KANDUNGAN DAN STRATEGI PENGAJARAN KELAS BIASA DAN KELAS PEMULIHAN

Pengenalan Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kurang kebolehan menerima pendidikan biasa A.E Transley dan Gulliford

13

Pemulihan Biasa Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, tanpa mengira golongan kaya atau miskin.

Naffi Mat (2006), Glosari Pengajian Melayu: Satu rancangan bagi membantu memulihkan murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran ringan atau sementara dari semasa ke semasa. Aktiviti ini dijalankan semasa pengajaran biasa di dalam kelas dengan memberikan tumpuan khas kepada murid-murid yang berkenaan. Pemulihan Khas Satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing.

Naffi Mat (2006), Glosari Pengajian Melayu: Satu rancangan khas bagi membantu dan memulih murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran yang dikenal pasti oleh guru. Semasa melaksanakan program ini, muird-murid diasingkan daripada kelas biasa dan ditempatkan di dalam kelas khas bersama-sama dengan murid yang menghadapi masalah yang sama daripada kelas-kelas lain. PENGELOLAAN DAN STRATEGI PEMULIHAN KELAS BIASA DAN KHAS Matlamat: Rancangan pembelajaran ditumpukan khas kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Skop kajian: banyak terbatas kepada pedagogi di dalam bilik darjah. Program ini hanya meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

PERANAN GURU PEMULIHAN KELAS BIASA mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan

14

menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran menyediakan bahan dalam sesi pemulihan menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya Strategi:1.Pemerhatian: - secara tidak langsung. Contoh: perhatikan wajah murid-murid - senarai semak - luar bilik darjah contoh: pergaulan murid di kantin, berjalan berseorangan. - tingkah laku contoh: konsep kendiri yang rendah 2. Rekod prestasi: - ialah menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid. - kepentingan kepada guru, ibu bapa dan murid. 3. Rekod Profil - Ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah.

MATLAMAT: *Menguasai kemahiran asas 3 M *Meneruskan pembelajaran di kelas biasa*Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran *Skop kajiannya tertumpu kepada penguasaan murid terhadap sesuatu subjek dengan menggunakan bahan maujud Program ini meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan

Bantuan diberikan kepada individu sahaja di sekolah rendah Objektif ialah "Menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan

15

berterusan hingga ke tahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah menengah.

Perbezaan minat, bakat, pengalaman dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya Dapatan pekeliling dengan situasi pemulihan semasa Konsep pendidikan pemulihan dalam Buku Panduan Am KBSR tahun 1982 yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia menerangkan bahawa ; Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu Kemahiran asas membaca, menulis dan mengira atau 3M. Namun begitu , perancangan KBSR yang begitu rapi dan teliti tidak dapat di implimentasikan dengan lebih berkesan disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Dana untuk Program Pemulihan Khas boleh diambil dari peruntukkan Bimbingan dan Kaunseling. Ia merujuk kepada Surat Perkeliling Bahagian Kewangan (Pekeliling No.2/91-Kp 157/ 17/ Jld.8 (78) bertarikh 11 Februari 1991) dan peruntukan Pendidikan Tahunan untuk subjek Sains Sosial. Peruntukan kewangan ini adalah untuk melaksanakan aktiviti bagi membolehkan murid murid menerima pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan bakat, tahap kecerdasan dan kebolehan mereka.

16

Rujukan

http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&limitstart=1

http://cikguelinbob.blogspot.com/2013/02/bmm-3106-pemulihan-kelas-biasa.html

https://www.scribd.com/doc/22313599/Kbsr-Dan-Klsr

http://azurayaacob.blogspot.com/2011/12/perbezaan-antara-kurikulum-kbsr-dan.html

17

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENDAHULUAN- KONSEP PENGAJARAN 1

JAWI SEKOLAH RENDAH

OBJEKTIF PENDIDIKAN ISLAM 1 - 2

ORGANISASI KANDUNGAN 2 - 3

PERBEZAAN PENGAJARAN JAWI KLSR,KBSR, KSSR DAN

PEMULIHAN JAWI j-QAF 4 13

ANALISIS HURAIAN ISI KANDUNGAN DAN STRATEGI PENGAJARAN 13-16

KELAS BIASA DAN KELAS PEMULIHAN

PENUTUP 17

RUJUKAN 18