assigmnt 1.docx
TRANSCRIPT
MPK1303
PERSEPECTIVE AND FUTURE IN ECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION
KRITIK JURNAL
Reformasi Dalam TVET: Perubahan masa hadapan
PREPARED FOR:
DR. AZLAN BIN ABDUL LATIBDR. ADNAN BIN AHMAD
PREPARED BY:
SYARIN NADIA BINTI YAACOBMP131169
1.0 Pengenalan.
Tajuk jurnal yang dipilih adalah mengenai Reformasi Dalam TVET: Perubahan masa
hadapan oleh Aminuddin Awang Kechik daripada Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia. Jurnal ini membincangkan mengenai reformasi sistem pendidikan
negara yang mana ianya telah memberi impak kepada sistem pendidikan teknik dan
vokasiolal (TVET) dengan mengarusperdanakan pendidikan TVET dan meningkatkan
kompentensi kebolehpasaran siswazah. Fokus utama jurnal ini adalah mengenai
reformasi sistem pendidikan negara dan TVET pada kesan masa hadapan Malaysia
2.0 Kandungan
Penulis mengaitkan perubahan dalam sistem Pendidikan teknikal dan Vokasional di
Malaysia adalah impak daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK 10).
Pencapaian negara luar seperti Korea dan Jerman telah menjadi contoh kepada Malaysia
untuk terus bersaing secara global. Penulis juga memetik kandungan daripada Rancangan
Malaysia Kesepuluh iaitu kolobrasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta perlu
diperkukuhkan bagi meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan dan
memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Penulis juga memetik kata-kata Bonn
Declaration (2004) iaitu, pendidikan dianggap sebagai strategi pembangunan yang
berkesan, oleh itu Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional perlu menjadi kunci induk
yang membasmi kemiskinan, menggalakkan keamanan, memulihara alam sekitar,
meningkatkan kualiti hidup dan membantu mencapai pembangunan yang mampan.
2.1 Kaedah
Penulis tidak menyatakan kaedah, instrument dan metadologi yang dinyatakan,
penulis hanya membuat sorotan dan penjelasan berdasarkan pembacaan daripada
Rancangan Malaysia Kesepuluh NKRA dan Pelan Induk Pembangunan PIPP mengenai
serta pembacaan lain.
2
2.2 Perbincangan
Penulis telah membahagikan ulasan kepada dua iaitu Reformasi Sistem Pendidikan
dan Reformasi sistem TVET. Merujuk kepada jurnal ini terdapat enam bidang yang
dipilih menjadi keutamaan pada rakyat dan negara didalam bidang keberhasilan negara
(NKRA) dan mempertingkatkan hasil kualiti pelajar adalah merupakan asas kepada
lonjakan reformasi dalam sistem pendidikan. Berikut adalah beberapa langkah dan
pendekatan telah diatur bagi meningkatkan prestasi pelajar iaitu dengan memastikan
setiap kanak-kanak berjaya, menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi
pelajar, membuat pelaburan bagi membangun kepimpinan unggul di setiap sekolah,
meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik.
Merujuk kepada jurnal ini, reformasi sistem pendidikan Teknikal dan Vokasional
(TVET) adalah dengan meningkatkan kemahiran rakyat malaysia untuk kebolehpasaran
dan pendidikan lepasan menengah dan tertiari bakal menjadi pemangkin kepada
keperluan tenaga mahir dan separa mahir yang diperlukan oleh industri. Oleh itu
beberapa langkah diambil seperti Mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada
Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti dengan cara menambah baik
persepsi terhadap TVET dan menarik minat lebih ramai pelajar, Membangunkan tenaga
pengajar TVET yang lebih efektif serta Memperkemas penyampaian TVET. Selain itu
juga meningkatkan kompentensi sizwazah bagi menyediakan mereka memasuki pasaran
pekerjaan dengan cara memperkukuhkan kerjasama industri dan penyelidikan.
2.3 Kesimpulan Jurnal
Sebagai kesimpulan penulis menyatakan bahawa perubahan masa depan
Malaysia keseluruhannya adalah bermula dari kecemerlangan pendidikan. Kesan
reformasi sistem pendidikan TVET yang ditambahbaik mampu memenuhi kehendak
semasa dan mampu menghasilkan modal insan kelas pertama yang mempunyai
kemahiran dan kebolehpasaran tinggi serta pemimpin yang mempunyai matlamat dan
bersandarkan kepada ketuhanan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan masih dijadikan teras
walaupun kurikulum TVET diperbaharui.
3
2.4 Perbincangan
Dalam penulisan jurnal ini tidak banyak sorotan yang ditulis bagi menyokong
penulisan ini Penulis juga tidak mendefinasikan apakah maksud reformasi dan
menghuraikan maksud reformasi dalam TVET secara lebih lanjut. Penulis boleh
menerangkan lagi secara terperinci tentang langkah-langkah dalam mereformasi
pendidikan TVET dengan memberikan contoh-contoh atau perbandingan atau
mengaitkan isu ini dengan pendidikan TVET dari negara luar. Penulis juga sepatutnya
boleh memberikan beberapa cadangan tambahan yang dirasakan perlu bagi
memantapkan lagi pendidikan TVET di Malaysia.
4
RUJUKAN
Aminuddin Awang Kecik, Reformasi Dalam TVET: Perubahan Masa Hadapan, Journal Of
Edupres, 2011.1:336-341
5
LAMPIRAN
6