asgmnt 5p oum
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
1/20
_________________________________________________________
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
_________________________________________________________
SEMESTER SEPTEMBER 2011
HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NAMA : IRMAN BIN ILIAS
NO. MATRIKS : 750331035017002
NO. KAD PENGENALAN : 750331-03-5017
NO. TELEFON : 0122036722
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN
BANGI
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
2/20
SEKAPUR SIRIH
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada saya seadanya.
Sebelum itu , saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Tutor[HBML 4303]ENCIK MOHD
ROSLE BIN SAID atas maklumat yang diberikan. Saya amat berbesar hati di atas kemurahan
hati ENCIK MOHD ROSLE, kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya menyiapkan
tugasan ini.
Dengan adanya tugasan yang dijalankan ini diharap dapat memberi sedikit sebanyak
maklumat kepada diri saya sendiri mahupun kepada orang lain, malah saya akan
mengaplikasikannya dalam kehidupan saya sebagai seorang guru khususnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Sekian,terima kasih.
IRMAN BIN ILIAS
0122036722
i
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
3/20
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
i Penghargaan i
ii Isi Kandungan ii
1.0 Pengenalan 1
1.1 Konsep 5P 2
1.2 Tinjauan Kajian Pengabunjalinan 3
2.2 Kepentingan 5P Dalam P&P 3
2.0 Elemen-Elemen Dalam Pengabungjalinan
2.1 Konsep 4-5
2.2 Definisi 6
2.3 Tujuan 7
2.4 Prinsip 7
2.5 Bentuk-Bentuk 8
3.0 Pelaksanaan Strategi 5P 9-13
4.0 Kekuatan Dan Kelemahan Pengabungjalinan 14-15
5.0 Penutup
5.1 Rumusan 15
5.2 Refleksi 16
6.0 Bibliografi 17
ii
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
4/20
1.0 PENGENALAN
Pembelajaran bahasa ialah suatu proses interaktif yang terhasil daripada aktiviti antara
pelajar dan guru serta antara pelajar dan pelajar. Proses pembelajaran bahasa melibatkan
penguasaan pelbagai kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Ini termasuklahgaya dan strategi pembelajaran bahasa yang digunakan dalam menguasai sesuatu pengetahuan
serta kemahiran yang dipelajari. Para pendidik bahasa seharusnya mengetahui gaya dan strategi
pembelajaran bahasa yang terdapat dalam kalangan pelajar mereka.
Bagi sesetengah guru, gaya pengajaran yang pelbagai akan dapat menarik minat pelajar
untuk belajar. Ini bertepatan dengan pendapat Canfield (1977) yang menyatakan bahawa
pencapaian pelajaran dalam pendidikan terletak kepada tanggungjawab guru dalam
menyesuaikan kepelbagaian cara belajar pelajar ketika belajar. Beliau juga menyatakan
beberapa kajian di Barat mendapati kesesuaian dan kepadanan cara pembelajaran akan
menghasilkan pencapaian akademik yang terbaik (contohnya Lenehan et al., 1994; Carthey,
1993; Farrel-Moska, 1992; dan Klavis, 1994).
Walau bagaimanapun, dunia pendidikan kita hari ini lebih menuntut pelajar untuk
menguasai pelbagai kemahiran dan pengetahuan. Pelajar yang mempunyai pelbagai kemahiran
akan memperoleh banyak pengetahuan. Kemahiran yang dikuasai akan membantu pelajar
memperoleh keputusan cemerlang dalam akademik. Namun demikian, jika pelajar hanya
mempunyai pengetahuan, tetapi tidak ada kemahiran, maka sekolah akan menghasilkan pelajar
yang berilmu, tetapi tidak tahu untuk menggunakannya untuk berdikari. Secara tidak langsung,
matlamat pendidikan seumur hidup seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (pindaan 1998) tidak akan tercapai.
Sebagai pendidik, kita perlu mengajar pelajar kita bukan sahaja untuk menghasilkan
pelajar yang seimbang dan hormonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, tetapi juga
kepada penerapan kemahiran agar pelajar-pelajar yang dihasilkan dapat berdikari. Penguasaan
kemahiran gaya dan strategi pembelajaran ini amat penting dikuasai oleh setiap pelajar. Faktor
kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah kelas adalah punca utama mengapa setiap pelajar perlu
menggunakan gaya dan strategi belajar yang sesuai dan berkesan. Guru juga perlu mengenal
pasti apakah gaya dan strategi belajar yang sesuai dan berkesan untuk digunakan dalam
mempelajari sesuatu topik pelajaran.
1
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
5/20
1.1 KONSEP 5P DAN KEPENTINGAN DALAM PROSES P& P
5P ialah strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu diperingkat sekolah
rendah. 5P juga satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran
disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan. Kemahiran-kemahiran ini perluditerapkan di dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran agar sesi pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi menarik, berkesan dan menjadi lebih bererti. 5P menekankan
penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha
memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Konsep 5P dapat kita lihat dengan jelas seperti dalam Rajah di bawah ( Huraian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1, 2003: 13-14)
5P
Dalam era globalisasi kini, zaman telah berubah dengan pesat sekali termasuk juga sistem
pendidikan. Pelbagai kaedah dan pendekatan baru yang diperkenalkan serta digunakan agar
strategi pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Salah satu pendekatan yang digalakkan
untuk guru-guru gunakan ialah penggabungjalinan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggabungjalinan dianggap penting dalam pengajaran untuk tujuan memantapkan lagi
penguasaan pembelajaran pelajar. Melalui pendekatan ini, pengajaran sepatutnya mampu
dikaitkan dengan kemahiran-kemahiran tambahan yang ditekankan di dalam kurikulum.
2
PENILAIAN
PENGABUNGJALINAN
PENYERAPAN
PENGAYAAN
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
6/20
1.2 TINJAUAN PENDEKATAN PENGABUNGJALINAN
Konsep bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa terlaksanan melalui
strategi penggabungjalinan dan penyerapan. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa strategi
penggabungjalinan dan penyerapan dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Mohd Diah (1992) menunjukkan strategi penggabungjalinan dapat menghasilkan
pengajaran tatabahasa yang menarik dan berkesan. Sharifah Norsana (1999) pula menunjukkan
penyerapan kemahiran berfikir dalam karangan dapat meningkatkan prestasi penulisan karangan.
Namun demikian, kajian tentang penyerapan TMK dalam pengajaran bahasa mendapati guru
kurang menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kajian terdahulu
menunjukkan bahawa guru mengamalkan strategi penggabungjalinan dan penyerapan dalam
pengajaran bahasa, tetapi penyerapan kemahiran bernilai tambah sperti kemahiran TMK yang
diperlukan dalam pendidikan semasa dan dalam kehidupan seharian murid kurang diamalkan di
dalam bilik darjah.
1.3 KEPENTINGAN 5P DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penyerapan pendekatan pengabungjalinan dalam proses pembelajaran dan pengajaran
P&P adalah satu inovasi dan anjakan ke arah mewujudkan suasana P&P yang kondusif bagi
menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan pelajar. Sebagai guru menjadi cabarandalam mengaplikasi dan mengintegrasikan ilmu-ilmu keguruan yang telah dipelajari dalam
meningkatkan tahap penguasaan murid. Aspek ini bertujuan untuk meneroka proses pendekatan
pengabungjalinan yang memberi tumpuan yang seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran
fizikal dan kestabilan emosi agar dapat meningkatkan pencapaian dan penglibatan pelajar secara
aktif dalam proses P&P.
Selain itu, pendekatan ini juga dapat menimbulkan kesedaran kepada para guru untuk
mempelbagaikan kaedah mengajar dan tidak hanya bertumpu kepada kaedah syarahan semata-
mata yang sememangnya membuatkan pelajar mudah bosan dan juga hanya berpusatkan guru.
Melalui kajian ini juga, pendekatan ini berkeupayaan menimbulkan suasana pembelajaran yang
menarik dan mengelakkan kebosanan terhadap pelajar. Pelajar boleh melibatkan diri semasa
3
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
7/20
P&P dijalankan dengan bergiat aktif. Contohnya menjawab pertanyaan guru, membaca, melukis
dan sebagainya. Ini dapat membuktikan bahawa pelajar lebih mudah menumpukan perhatian
sekiranya guru menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dan merangsang minda
pelajar. Pembelajaran yang menyeronokkan adalah berpusatkan kepada pelajar.
Selain daripada untuk menarik minat pelajar, pendekatan ini juga dilihat mampu
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam pembelajaran. Kemahiran yang
dimaksudkan termasuklah kemahiran bertutur, melukis, mengira dan sebagainya. Pengajaran
yang tidak menggabungkan pelbagai bidang kemahiran adalah sesuatu yang tidak bermakna
kerana ianya tidak akan memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan
pelajar secara seimbang dan menyeluruh
Akhir sekali, pendekatan ini juga menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan
pelajar-pelajar secara seimbang, harmonis dan bersepadu. Pelajar digalakkan untuk berfikir dan
memberikan pendapat semasa pengajaran yang berlangsung. Dengan ini, secara tidak langsung
ianya mendidik pelajar dalam kemahiran-kemahiran tertentu dan pelajar-pelajar juga berpeluang
untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan seharian mereka.
2.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM PENGABUNGJALINAN2.1 KONSEP PENGABUNGJALINAN
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu telah
diperkenalkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada 1983 dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada 1989. Kementerian Pendidikan Malaysia (1992;
1998; 2003c), mentakrifkan penggabungjalinan sebagai proses penyampaian beberapa kemahiran
bahasa dalam satu pelajaran. Melalui strategi penggabungjalinan ini beberapa kemahiran bahasa
dapat dikuasai serentak, dan ini dapat mengelakkan kebosanan murid. Selain itu, murid juga
dapat menguasai kemahiran bahasa secara bersepadu. Kementerian Pendidikan Malaysia (1992,
1998, 2003c) pula menghuraikan strategi penyerapan sebagai penyatuan ilmu pengetahuan
4
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
8/20
daripada mata pelajaran lain, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam kemahiran
bahasa dan aktiviti bahasa. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu 2000 (KPM 2000)
dijelaskan bahawa kemahiran bernilai tambah adalah kemahiran yang diperlukan pada abad
ke-21 yang meliputi kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
kemahiran belajar sepanjang hayat, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai.
Menurut (Juriah Long, 1992:22) penggabungjalinan bermaksud proses dalam satu sesi
pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang-bidang kemahiran yang berkait
rapat atau bahan-bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara
berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek-aspek kemahiran saling memperkukuh
dan bahan-bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi lebih bererti.
Rasional pendekatan ini ialah beberapa kemahiran akan diperoleh oleh murid secara
terpadu dan serentak. Contohnya, di dalam Bahasa Melayu, ketika guru menerangkan satu-satu
tajuk dan menyoal murid selepas penerangannya, beberapa kemahiran akan diperoleh oleh
murid-murid. Murid-murid hendaklah mendengar, membaca, bertutur dan menulis. Dia
mendengar untuk memahami segala yang diterangkan dan membaca petikan apabila diminta oleh
guru. Apabila menjawab secara lisan, dia bertutur dan ketika menjawab soalan di lembaran kerja
dia menulis. Oleh itu, amatlah jelas, walaupun dalam satu mata pelajaran, beberapa kemahirantelah disampaikan.
Dalam konteks KBSR ( Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah), penggabungjalinan
dalam pengajaran dan pembelajaan dibahagikan kepada dua iaitu:
(a). Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran
(b). Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran. Guru boleh
menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu dalam sesuatu pengajaran.
( HBHE1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan,2009:189)
5
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
9/20
2.2 DEFINISI PENGABUNGJALINAN
Menurut (Juriah Long, 1992:22) penggabungjalinan bermaksud proses dalam satu sesi
pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang-bidang kemahiran yang berkait
rapat atau bahan-bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secaraberasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek-aspek kemahiran saling memperkukuh
dan bahan-bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi lebih bererti.
Konsep gabungjalin dalam pengajaran ialah dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran
guru tidak sahaja mengajar idea, fakta dan nila dalam mata pelajaran berkenaan tetapi juga
mengajar idea, fakta dan nilai daripada mata pelajaran lain yang didapati sesuai. Gabung jalin
juga merupakan unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan tentang sejarah negara mampumelahirkan pelajar yang berwatak dan berdaya saing. Manakala, dalam pendidikan luar
menyatakan bahawa pendidikan luar boleh dianggap sebagai gabungjalin dan integrasi kedua-
dua pendekatan pendidikan, iaitu pendidikan primitif dan pendidikan moden untuk mewujudkan
alam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui domain: kognitif, psikomotor dan
afektif.
Tuntasnya, penggabungjalinan bermaksud proses dalam satu sesi pengajaran dan
pembelajaran yang menyarankan supaya bidang-bidang kemahiran yang berkait rapat atau
bahan-bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara
berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek-aspek kemahiran saling memperkukuh
dan bahan-bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi lebih bererti. Oleh itu, guru-guru diharapkan dapat merancang pengajaran dan
pembelajaran harian menggunakan dan mengaplikasikan pelbagai strategi untuk mencapai
objektif pelajaran yang ditetapkan secara teratur dan lengkap. Para guru sebenarnya sama ada
sengaja atau tidak sengaja memang telah ada menggabungjalinkan aspek-aspek kepelbagaian
strategi. Tegasnya, disarankan kepada warga pendidik supaya penggabungjalinan ini dapat
dilakukan dengan cara yang lebih sistematik, teratur, dan lebih luas lagi.
6
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
10/20
2.3 STRATEGI PENGABUNGJALINAN
2.3.1 TUJUAN PENGABUNGJALINAN
Tujuan penggabungjalinan mengikut ( Juriah Long, 1992: 23) adalah seperti berikut:
(a). Kemahiran berbahasa dapat dikuasai secara serentak, iaitu kemahiran lisan, yang
terdiri daripada kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis.
(b). Bentuk kemahiran lebih menarik dan berkesan kerana guru dapat mempelbagai
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
(c). Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi, kemahiran guru dalam
cara penyampaian secara individu yang berbeza daripada guru lain.
(d). Aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan pelbagai kemahiran, iaitu lisan,
membaca dan menulis serta kemahiran tersendiri yang dimiliki oleh guru dalam cara
penyampaian. Dengan kepelbagaian kemahiran yang terdapat, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran juga dapat melibatkan ramai pelajar.
2.3.2 PRINSIP PENGABUNGJALINAN
1. Pastikan terlebih dahulu jenis kemahiran yang hendak ditekankan.
2. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi kemahiran tersebut.
3. Dengan merujuk kepada bahan-bahan yang telah disediakan, cari apakah kemahiran-
kemahiran sampingan lain yang berkaitan dengan kemahiran utama yang hendak
ditekankan itu. Ketika memilih kemahiran sampingan untuk digabungjalinkan, guru
hendaklah mempertimbangkan perkara-perkara berikut:
(a)kemahiran sampingan yang dipilih itu telah ditanamkan pada murid-murid pada satu
masa dahulu
(b)kemahiran sampingan itu dipilih supaya dapat diperkukuhkan lagi,
(c)kemahiran sampingan yang dipilih itu tidak memerlukan bahan tambahan,
(d)ketika mengajar, kemahiran-kemahiran sampingan boleh digunakan di peringkat
permulaan, perkembangan dan penutup.
7
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
11/20
2.3.3 BENTUK-BENTUK PENGABUNGJALINAN
Penggabungjalinan dapat dilaksanakan dengan dua pendekatan.
1.Beberapa kemahiran seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh disampaikan
dalam satu mata pelajaran bahasa seperti Bahasa Melayu.
2.Kemahiran dalam satu mata pelajarn lain. Misalnya, kemahiran mendengar, bertutur dan
membaca dalam Bahasa Melayu boleh digabungjalinkan dalam Pendidikan Moral.
Rajah 1 Penggabungjalinan dalam mata pelajaran bahasa
Cikgu Hasan mengajar murid-muridnya kemahiran melukis rangka manusia dan rumah.
Di samping itu, dia juga menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran lain dalam mata pelajaran
yang sama (Seni Lukis). Kemahiran-kemahiran tersebut seperti mewarna dengan warna air,
krayon, pensel warna, warna minyak dan sebagainya.
Sekarang kita lihat pula stiuasi beberapa kemahiran digabungjalinkan. Cikgu Maniam
sedang mengajar topik Benda-benda hidup boleh bergerak dalam Alam dan Manusia. Mula-
mula, murid-murid akan menggunakan kemahiran memerhati pelbagai jenis tumbuhan yang
menjalar, melilit, mencengkam dan mencangkuk. Kemudian, murid-murid hendaklah
menggunakan kemahiran melukis.
8
Mendengar
Membaca
MenulisLisan
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
12/20
Lepas itu, kemahiran melabel akan digunakan pula. Di akhir pemerhatian, murid-murid
hendaklah merekod dan membuat rumusan tentang pemerhatian mereka.
3.0 PELAKSANAAN STRATEGI 5P
3.1.1 PERSIAPAN SEBELUM PENGAJARAN
3.1.1 Set Induksi (5 minit)
Murid-murid ditunjukkan kotak misteri. Murid diminta meneka apa yang terdapat
di dalam kotak misteri. Guru akan memberi petunjuk seperti dari segi bentuk yang nipis
dan kegunaanya untuk menambahkan ilmu. Guru akan menunjukkan kepada murid benda
yang terdapat dalam kotak misteri. Murid diminta menatap majalah Kuntum sepintas lalu
tentang tajuk-tajuk majalah kuntum, berita-berita dan berbagai-bagai jenis rencana, iklan
dan pelbagai ruangan daripada muka pertama sampai ke muka surat akhir. Tidak ada
aktiviti lain yang perlu dibuat pada masa ini.
3.1.2 Langkah I (10Minit)Kemahiran Lisan (mendengar dan bertutur)
Murid-murid berbincang sesama sendiri tentang kandungan majalah kuntum dan
guru mengemukakan soalan-soalan kepada murid-murid, misalnya;
Apakah tajuk utama muka depan majalah kuntum bulan ini?
Apakah berita yang menarik perhatian kamu pada halaman 2 dan mengapa?
Apakah rancangan tv yang paling kamu gemari pada hari ini?
Apakah iklan yang menarik hati kamu?
Mengapa kamu kata menarik?
Kamu kenalkah orang atau menteri yang terdapat dalam gambar pada halaman 10?
Cuba sebutkan nama-nama mereka?
Bolehkah kamu berikan nama penuh kata singkatan (akronim) USM, KTM, PBB,
PIBG yang terdapat pada halaman 3,5 dan 6?
9
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
13/20
Berbagai-bagai soal jawab lagi boleh dibuat antara guru-guru dan murid bagi
menguji kefahaman murid tentang pelbagai perkara yang kesemuanya berkaitan dengan
kemahiran lisan.
9
3.1.3 Langkah II (10 Minit)
Kemahiran Membaca
Bagi kemahiran membaca, murid-murid diarah membaca bahan yang mereka
minat. Mungkin mereka berminat dengan ruangan hiburan, iklan, berita daerah, ruangan
sukan, rancangan tv, berita luar negeri dan sebagainya. Aktivit membaca boleh dijalankan
secara membaca kuat atau membaca perlahan. Semasa murid-murid membaca, guru
hendaklah mengawasi murid-murid membaca dan membantu murid yang menghadapi
kesukaran atau lemah dalam bacaan. Bagi murid-murid yang berada di tahap lemah atau di
peringkat pemulihan, guru bolehlah membimbing mereka mengeja perkataan yang
bercetak besar atau tebal seperti tajuk utama muka depan atau kepala berita di dalam
halaman-halaman lain.
3.1.4 Langkah III (10 Minit)
Kemahiran Menulis
Untuk mengajar kemahiran menulis, guru bolehlah meminta murid-murid menulis
tajuk-tajuk utama berita, menulis perkataan atau istilah yang baru bagi murid-murid,
menulis kata-kata iklan, mengisi borang-borang atau maklumat, mengisikan silang kata,
menulis ayat kartun dengan tatabahasa yang betul dan sebagainya.
3.1.5 Langkah IV (10 Minit)
Penerapan Tatabahasa
Bagi mengubah keadaan atau situasi belajar, aktiviti murid diubah daripada
melaksanakan kemahiran-kemahiran bahasa seperti di atas, kepada aktiviti (bengkel)
menggunting dan menampal. Aktiviti ini sesuai dan boleh digunakan untuk penerapan
pengajaran tatabahasa. Antara arahan guru yang boleh dibuat ialah : Setiap kumpulan
dikehendaki mencari huruf atau perkataan-perkataan yang ada imbuhan ber dan tampal
10
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
14/20
pada kertas manila dengan cermat, kemas dan teratur. Gambar-gambar atau ilustrasi yang
sesuai dengan imbuhan yang diperoleh boleh juga digunakan bagi memperlihatkan ciri
kreatif setiap kumpulan. Setiap hasil kerja kumpulan, akan dinilai atau dipertandingkan
dengan hasil kerja kumpulan lain pada akhir masa pelajaran ini.
3.1.6 Penutup (5 Minit)
Penilaian
Setelah masa untuk murid-murid membuat aktiviti dalam langkah 4 cukup, hasil
kerja murid-murid ditampal di hadapan kelas untuk dibuat penilaian. Mula-mula, guru
bertanya kepada murid-murid, hasil kerja kumpulan manakah yang paling baik dan
berikan sebab-sebabnya. Sesudah murid-murid membuat penilaian masing-masing, guru
pula harus membuat penilaian dan komenya. Komen guru amat penting kepada murid-
murid kerana boleh dibuat pengajaran, teladan dan pengalaman pada masa akan datang
apabila pengajaran ini dibuat lagi.
3.1.2 RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Darjah/Tahun : 5 Merah
Bilangan murid : 35 orang
Tarikh : 12 November 2011Masa : 1 jam
Tema : Sains dan Teknologi
Tajuk : Utamakan keselamatan
Objektif Pembelajaran:
Fokus Utama :Murid-murid boleh membina soalan mudah (kemahiran 1.21 Aras 2 (ii) ).
Fokus Sampingan :
1. Murid-murid boleh membaca dengan sebutan dan intonasi yang
betul ( Kemahiran 2.2 Aras 1 (ii) )2.Murid-murid boleh menulis ayat-ayat yang sesuai berdasarkan gambar
tunggal yang didapati (kemahiran 3.29 Aras 2 (i) ).
11
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
15/20
Penggabungjalinan:
Lisan, bacaan, tulisan dan mewarna
Sistem Bahasa : Imbuhan ber
Pengisian Kurikulum : Ilmu- Pendidikan Seni Dan visualNilaiKreatif
KBT- Menjana idea
Pengetahuan yang sedia:
Murid-murid telah diajar membina soalan mudah, membaca dengan intonasi yang
betul dan menulis ayat-ayat dengan baik.
Bahan:
Senaskhah majalah kuntum bagi setiap murid. Gunting atau pisau nipis, gam, buku
latihan khas untuk Majalah Dalam Kelas
Langkah-langkah Isi/kemahiran Aktiviti guru/murid Catatan
Set induksi(5 minit)
Lisan -Guru meminta murid meneka benda terdapatdalam kotak misteri.
- Guru memberi petunjuk untuk memudahkan
murid meneka.
-Murid ditunjukkan benda yang terdapat dalamkotak misteri dan guru mengedarkan senaskhah
majalah kuntum kepada setiap murid.
-Guru mengarahkan murid-murid menelitimajalah kuntum halaman demi halaman dan
membaca secara ringkas tajuk-tajuk berita yang
menarik hati mereka. (K.2.20)
Langkah I
(10 Minit)
Membina
soalan mudahsecara lisan
-Guru meminta murid-murid membina soalan
mudah secara lisan berasarkan tajuk ataukenyataan dalam majalah kuntum.
Contoh :
Tajuk Majalah kuntum:DCA tutup ruang
udara.Soalan Murid :
Mengapakah ruang udara ditutup oleh DCA?dan sebagainya. (K.1.21)
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
16/20
Bagi langkah 3, kaedah kelas digunakan. Kaedah kelas bermaksud semua murid membuat
aktiviti yang sama dalam satu-satu masa tertentu sebagai contoh, semua murid membuat
aktiviti bacaan, diikuti oleh aktiviti lisan dan diikuti oleh aktivit tulisan.
13
Langkah II
(10 Minit)
Membaca
berita/petikandigemari oleh
murid-murid.
-Guru meminta murid membaca berita atau
petikan yang mereka minati secara bacaan kuatdengan sebutan dan intonasi yang betul (K.121)
Langkah III
(10 Minit)AktivitiKumpulan A
Menulis -Guru meminta murid-murid mencari apa sahja
jenis gambar tunggal. Gunting dan tampalgambar tersebut dalam buku latihan khas merekadan menulis dengan menggunakan perkataan
sendiri yang dirampal itu. (K.3.29)
Aktiviti Kumpulan
B
Membaca -Murid-murid diarah untuk membaca apa sahaja
rencana, raungan atau laporan yang mereka
minati. Minta murid-murid guntingkan sebuahberita yang mereka anggap paling menarik dan
tampal dalam buku latihan khas (K.121)
Aktiviti Kumpulan
C
Mewarna -Guru meminta murid-murid mencari gambar
hitam putih yang mereka anggap sebgai menarik.
Gambar itu digunting dan ditampalkan dalambuku kemudian gambar itu diwarnakan
Langkah IV
(10 minit)
Penerapan
Tatabahasa
imbuhan ber
-Guru meminta murid mencari perkataan yang
ada imbuhan ber.
-Murid diminta menggunting dan menampalperkataan tersebut di atas kertas manila.
-Murid akan dibantu untuk menghasilkan kerja
yang terbaik.
Penilaian (5 minit) -Guru membuat penilaian kerja siapkah yang
paling bersih, kemas, cantik dan menepati arahan
guru.-Tunjukkan kepada murid kerja-kerja yang baik.
-Hasil kerja yang sempurna eloklah ditampal
dalam bilik darjah sebagai penghargaan.
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
17/20
4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENGABUNGJALINAN
Dari segi pelaksanaan pengajaran, kemahiran yang digabungjalinkan boleh dibuat secara
berurutan atau berulang-ulang. Misalnya, kemahiran bertutur dilaksanakan selepas kemahiran
mendengar dan seterusnya diikuti oleh kemahiran membaca dan menulis. Penggabungjalinan
juga boleh dilaksanakan secara berulang-ulang, iaitu kemahiran bertutur dilakukan selepas
kemahiran mendengar dan kemudiannya dilakukan sekali lagi kemahiran mendengar.
Pelaksanaan penggabungjalinan adalah antara kemahiran bahasa dengan kemahiran dalam
mata pelajaran lain. Sebagai contohnya, guru menggabungjalinkan kemahiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang dipelajari dalam kelas TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Antara kemahiran bahasa yang digunakan oleh guru adalah
seperti kemahiran membaca, menulis dan bertutur, sementara kemahiran TMK pula seperti
kemahiran mencari maklumat bagi bahan-bahan bacaan yang sesuai dengan menggunakan
perisian Internet Explorer (kemahiran membaca), seterusnya mengorganisasikan maklumat
menggunakan perisian persembahan PowerPoint (kemahiran menulis) dan seterusnya
melakukan pembentangan dan soal jawab (kemahiran bertutur).
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu 2004 juga menghuraikan strategi penyerapan sebagai
penyepaduan pengetahuan dari pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai
tambah dalam pengajaran Bahasa Melayu. Namun demikian, seperti strategi
penggabungjalinan, setiap pengajaran bahasa yang dilaksanakan secara bersepadu dalam
strategi penyerapan perlu memberi fokus kepada satu kemahiran bahasa atau satu aspek
bahasa. Penyerapan unsur tertentu dihuraikan oleh Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu 2004
seperti berikut:
1. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang
mencakupi hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.
2. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahas Melayu.
14
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
18/20
3. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar
dan bertutur; membaca dan menulis.
Antara keburukan pengabungjalinan tempoh masa yang singkat untuk melihat sejauh
mana perubahan dan perkembangan pelajar secara keseluruhan jika terlalu banyak bahan yang
digunakan. Selain daripada itu juga, semua guru perlulah terlibat sama dalam menerapkan
pendekatan gabung jalin ini dalam P&P mereka. Sekiranya semua guru mengguna pakai
pendekatan merentas kurikulum ini, sudah pasti hasil yang diperolehi juga sangat-sangat
memberangsangkan. Namun begitu, dalam mengaplikasikan pendekatan ini, guru juga
memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu dan penguasaan dalam semua perkara. Ini bagi
memudahkan mereka menyusun strategi pengajaran dan juga membuat perancangan berdasarkan
objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid.
5.0 PENUTUP
5.1 RUMUSAN
Proses merancang untuk menerapkan pendekatan gabung jalin ini, kemahiran utama
perlulah digunakan di peringkat perkembangan pelajaran dan kemahiran sampingan digunakan di
semua peringkat pelajaran secara tersusun dan bersistematik. Guru juga perlulah bijak untuk
mengintegrasikan kemahiran-kemahiran dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah
dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara logikal dan bukanlah kemahiran yang tiada
hubungkaitnya dengan topik . Pendekatan ini juga dapat menimbulkan kesedaran kepada para
guru untuk mempelbagaikan kaedah mengajar dan tidak hanya bertumpu kepada kaedah
syarahan semata-mata yang sememangnya membuatkan pelajar mudah bosan dan juga hanya
berpusatkan guru. Melalui sesi P&P yang telah dijalankan juga, pendekatan ini berkeupayaan
menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan terhadap pelajar.
Pelajar boleh melibatkan diri semasa P&P dijalankan dengan bergiat aktif contohnya, menjawab
pertanyaan guru, membaca, melukis dan sebagainya. Ini dapat membuktikan bahawa pelajar
lebih mudah menumpukan perhatian sekiranya guru menggunakan bahan bantu mengajar yang
menarik dan merangsang minda pelajar. Pembelajaran yang menyeronokkan adalah berpusatkan
kepada pelajar.
15
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
19/20
5.2 REFLEKSI
Pada keseluruhannya sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini amat berjaya.
Hampir 96 % murid dapat menulis ayat berdasarkan gambar tunggal dengan baik,ini kerana kelas
yang saya ajar merupakan kelas yang terbaik daripada 5 kelas.Langkah Set induksi yang
dilaksanakan oleh saya pada hari ini amat menarik minat pelajar kerana mereka dapat meneka
benda yang tersembunyi dalam kotak misteri . Murid 5 MERAH terdiri dalam kalangan murid
yang pandai membaca. Dalam aktiviti murid dapat melakukan aktiviti kumpulan dengan baik
dan dalam suasana yang amat menyeronokkan. Dalam sesi pengajaran saya telah
menggabungjalinkan matapelajaran Bahasa Malaysia dengan pendidikan seni visual. Murid
dapat melaksanakan tugasan dengan baik.
Aktiviti penggunaan majalah dalam kelas yang saya adaptasikan semasa kursus bersama
Munsyi Bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini telah dapat menarik minat murid
untuk terlibat dengan aktif dalam proses P&P. Penggunaan bahan ini berkesan untuk murid
dalam mempelbagaikan pendekatan dalam P&P. Jelas sekali walaupun murid telah selesai
menjalani peperiksaan akhir tahun dan berada dalam mood cuti sekolah yang akan bermula,
murid dapat memberikan respon tentang apa yang telah diberikan kepada mereka.
Jika dilihat dalam penggunaan pendekatan penggabungjalinan yang telah dibuat dapat
dirumuskan bahawa di dapati pelajar seronok untuk belajar selain dapat mengikuti setiap
pengajaran tanpa rasa jemu. Saya berpendapat pendekatan gabung jalin ini bukan sahaja dapat
meningkatkan tahap komunikasi pelajar, malah dapat juga meningkatkan kemahiran-kemahiran
tertentu. Mereka memperlihatkan perubahan yang positif samada di dalam kelas semasa
pembelajaran mahupun perubahan dalam perhubungan sosial. Pelajar dilihat semakin
mempunyai keyakinan untuk menjawab pertanyaan guru dan melibatkan diri secara aktif semasa
pembelajaran. Dari segi kemahiran pula, pelajar dilihat sedikit demi sedikit dapat menguasai
kemahiran membaca dan mengeja, kemahiran melukis serta bertindak balas dengan bahan yang
telah digunakan.
16
-
7/29/2019 Asgmnt 5P Oum
20/20
6.0 BIBLIOGRAFI
Canfield, A.A. (1977).Learning Style Inventory Manual . Plymouth: Humanies Inc.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1, 2003: 13-14
Juriah Long, et al. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Mohd Diah (1992). Tesis Kajian Pengabungjalinan Dalam Tatabahasa.UKM:
Tidak diterbitkan.
Sharifah Norsana (1999). Kajian Kes Penulisan Karangan Menggunakan Pendekatan
Gabung Jalin. Tidak diterbitkan.
HBHE1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan,2009:189
17