asgmnt hsl 119.docx
TRANSCRIPT
ISI KANDUNGAN
Pendahuluan 2
Spesifikasi peralatan hoki1. Kayu hoki 32. Bola 43. Gol (gawang) 5-64. Pakaian 65. Peralatan keselamatan penjaga gol 6-7
Tugas-tugas pentadbir sukan hoki1. Pengurus pasukan 82. Jurulatih 9-113. Ketua pasukan 11
Undang-undang dan peraturan hoki1. Jumlah pemain 122. Masa pemainan 123. Kelewatan 124. Berlaku kecederaan 12-135. Undang-undang baru 13-16
Rumusan 17
Rujukan 18
1
PENDAHULUAN
Hoki merupakan salah satu permainan popular di dunia. Ia mula dikenali di peringkat
antarabangsa pada tahun 1890-an dan telah menjadi satu sukan demontrasi di Sukan Olimpik
pada tahun 1900 di Paris. Ia telah dipertandingkan di Sukan Olimpik secara terbuka pada tahun
1928 yang diadakan di Amsterdam.
Selepas 100 tahun permainan hoki diperkenalkan sebagai satu permainan antarabangsa,
banyak perubahan yang berlaku dalam peraturan, gaya bermain dan alatan tanpa menukar bentuk
asal atau ciri-ciri permainan. Peraturan permainan hoki telah dirangka oleh British Hockey
Association (BHA)pada tahun 1886 dan telah diterima oleh beberapa Negara seperti Scotland,
Wales, Ireland, Belgium dan Perancis.
Pada tahun 1894, perlawanan hoki antarabangsa pertama telah berlangsung antara
England dengan Ireland dan seterusnya mula berkembang ke negara-negara lain. Permainan hoki
mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan dihentikan seketika
disebabkan Perang Dunia Kedua.
Di negara Asia, permainan hoki mula dipertandingkan pada tahun 1958 dalam Sukan
Asia di Tokyo. Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu di bawah
pentadbiran Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura. Kini, pertubuhan
sukan kebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan semua
negeri termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli
persekutuan. Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa
antaranya ialah Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja.
Sehingga hari ini, Malaysia merupakan antara 15 buah Negara terbaik dalam sukan hoki
di dunia dan telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956.
2
PERALATAN SUKAN
1.Kayu hoki
Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat di sebelah kanan. Bahagian rata di
sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face ofthe stick) dan hanya boleh digunakan dalam
permainan. Bahagian bulat kayu di panggil belakang kayu (back stick) dan bahagian ini tidak
boleh digunakan semasa bermain. Bahagian lengkuk kayu di panggil kepala kayu yang
berbentuk “J” atau “U”. Kayu hoki hendaklah licin dan tidak tajam di bahagian tepi. Tebal kayu
dihadkan dan hanya boleh melalui satu gelung yang berdiameter 51 mm. Kayu hoki diperbuat
daripada kayu dan berat tidak melebihi 737 g.
Rajah 1.1: ukuran kayu hoki
rajah 1.2:gelung bagi diameter kayu
3
2.Bola hoki
Bola hoki yang diluluskan oleh persekutuan hoki antarabangsa diperbuat daripada kulit pada
bahagian luarnya. Bola jenis ini boleh digunakan untuk pertandingan, manakala bola jenis plastik
pula adalah sesuai untuk digunakan bagi latihan sahaja. Bola bersalut kulit amat sukar untuk
menjaganya kerana ianya perlu bersalut putih apabila kelihatan pudar. Juga ianya mudah
meresapi air. Sebaliknya bola jenis plastic amat senang untuk menjaganya dan tidak mudah
meresapi air.
Berikut merupakan ciri-ciri bola hoki:
1.Berbentuk sfera, keras dan di buat daripada sebarang bahan yang sesuai.
2.Berat minimum bulatan 156 gram, maksimum 163 gram.
3.Ukuran lilit bulatan: minimum 224 mm, maksimum 235mm
4.Permukaan licin tetapi pelipat (seam) atau lekuk-lekuk kecil (indentations) dibenarkan.
5.Warna putih atau seperti dipersetujui.
Rajah 1.3: bola hoki
4
3. Gol (gawang)
Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol di tengah-tengah garisan gol.pintu gol ini
mengandungi dua tiang tegak dan disambung dengan tiang yang mendatar.tapak depan tiang gol
akan menyentuh tepi luar garisan belakang.
Di tengah-tengah setiap garisan belakang;
a) Tiang-tiang gol dan palang gol berwarna putih, segi empat sama, berukuran 51 mm lebar
dan 75 mm dalam.
b) Tiang-tiang gol tegak berjarak 3.66 meter (ukuran lebar bahagian dalam).
c) Tiang-tiang gol hendaklah diletak di atas tanda luar iaitu bahagian hadapan tiang gol
menyentuh tepi sebelah luar garisan belakang.
d) Ketinggian palang mendatar 2.14 meterdari paras tanah (ukuran dalaman) dan dipasang
kepada tiang-tiang gol.
e) Tiang-tiang gol tidak boleh terjulur melebihi ketinggian palang mendatar.
f) Palang mendatar tidak boleh terjulur melebihi tepitiang-tiang gol. Bentuk kedua-dua
tiang gol dan palang mendatar wajib mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh badan
standard negara yang berkenaan.
Papan Tepi (Side Board)
a) Panjang : 120 meter (minimum) ; ketinggian 460mm
b) Diletak di atas padang tegak lurus (90 ) kepada garisan belakang, dipasang kepada
bahagian tiang gol tetapi tanpa menambahkan kelebarannya, dan kepada bahagian hujung
papan belakang.
c) Dicat dengan warna gelap di seebelah dalamnya.
Papan Belakang (Back board)
a) Panjang : 3.66 meter, ketinggian : 460mm
b) Diletak di atas padang pada hujung papan tepi.
c) Dicat dengan wana gelapdi sebelah dalamnya.
5
Rajah 1.3: pintu gol
4.pakaian pemain hoki
a) Dari pasukan yang sama dikehendaki memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh
persatuan atau kelab mereka.
b) Tdak dibenarkan memakai sebarangan yang boleh membahayakan pemain-pemain lain.
Pemain-pemain padang digalak sepenuhnya memakai pelindung betis/pergelangan kaki
dan mulut.
5. Peralatan atau keselamatan penjaga gol
a) Dikehendaki memakai baju atau pakaian melitupi sebarang pelindung bahagian di atas
tubuhnya. Baju atau pakaian ini hendaklah berlainan warnanya daripada yang dipakai
oleh pemain-pemain pasukannya mahupun daripada pasukan lawan.
b) Diwajibkan memasang pelindung kepala (protective headgear) kecuali semasa
mengambil penalti (bukan mempertahankan penalti strok). Peralatan pelindung kepala
yang sesuai : helmet berpelindung muka dan menutup seluruh kepala termasuk bahagian
belakang dan kerongkong disyorkan. Pelindung kepala yang direka bentuk dan diluluskan
untuk permainan hoki ais biasanyamemenuhi keperluan kebanyakkan penjaga gol.
Penjaga gol juga dinasihatkan meemakai lain-lain peralatan pelindung (misalnya untuk
melindungi badan, tangan, siku, paha, lutut dan sebagainya) pada setiap masa. Berikut
ialah peralatan pelindung yang dbenarkan untuk kegunaan penjaga gol: pelindung tubuh,
ped kaki, penendang (kicker), sarung tangan dan pelindung untuk bahagian paha, lengan
(upper arm), lengan (forearm) dan siku.
6
c) Pad, penendang dan pelindung tangan: tidak dibenar mempunyai bahagian tepi yang
kasar atau tonjolan.
d) Pemain diwajibkan memakai stokin, kasut dan pelindung betis
e) Pemain juga digalakkan untuk memakai alat keselamatan yang lain
f) Pad: lebar maximum semasa dipasang kepada kaki penjaga gol ialah 300mm.
g) Pelindung tangan: lebar maksimum 228 mm semasa diletakkan di atas permukaan yang
rata dan menghala ke atas; panjang maksimum 355mm – diukur dari bawah ke
penghujung. Tiada pengubahsuaian/ tambahan bagi membolehkan kayu melekat kepada
pelindung tangan semasa kayu tidak dipegang.
Rajah 1.4:Kelengkapan alatan penjaga gol
7
TUGAS-TUGAS PENTADBIR SUKAN HOKI
1.pengurus pasukan
Tugas dan peranan pengurus pasukan merupakan tunjang dan tenaga penggerak dalam
pelaksanaannya. Pengurus pasukan bertanggungjawab untuk memestikan segala perancangan
seluruh aktiviti berjalan lancar. Ia menjadi pembimbing dan penggalak bagi meningkatkan
kecekapan dan melaksanakan gerakerja sukan. Sebagai pemimpin, pengurus pasukan memberi
contoh dan teladan yang baik, seterusnya menjalakan penilaian bagi menentukan matlamat
kegiatan sukan tercapai.
Pengurus pasukan perlulah memastikan pasukan yang dipimpinnya wujud dengan padu
dan kukuh. Pengurus juga perlu menentukan bahawa pasukan itu berjalan dengan cergas, baik,
teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai dan praktikal. Untuk itu,
pengurus pasukan menentukan perkembangan bakat dan potensi ahli-ahli sukan dalam kegiatan
sukan.
Pada keseluruhannya, pengurus jugaseorang yang bertanggungjawwab terhadap
pergerakan pasukan hoki itu. Sebagai pemimpin, pengurus memainkan peranan utama dalam
sesebuah pasukan dan pergerakan sukan itu. Pengurus menjadi pemimpin sukan dan menjadi
tenaga penggerak, teras dan sumber ilham serta sentiasa member nafas baru terhadap kemajuan,
perjalanan dan perkembangan pasukan.
Selain itu, pengurus juga perlu bertanggungjawab untuk menjaya dan menyelaraskan
semua aktiviti pasukan hoki tersebut.seseorang pengurus juga bertanggungjawab bagi
menentukan bahawa semua jentera pasukan tidak menyeleweng daripada lunas-lunas dasar asal.
Alian,
Pengurus pasukan juga bertanggungjawab untuk membuat penilaian, perancangan dan
menggubal dasar pasukan dari semasa ke semasa agar pengurusan pasukan itu berjalan dengan
teratur dan sempurna. Dengan kata lain, ia mestilah pemimpin yang berkaliber, bersedikasi,
amanah dan bersikap bertanggungjawab, barulah kepercayaan dan penghormatan semua
golaongan pasukan diperoleh.
8
2.jurulatih
Jurulatih telah diberi mandat untuk menolong para pemain membentuk bakat mereka supaya
penuh berpotensi. Ini bermakna para pemain bukan sahaja dibentuk dari segi gagasan fizikal,
malah sikap, motivasi dan psikologi. Dalam membentuk falsafah, seorang jurulatih perlu
mengambil perhatian tentang sebahagian daripada aspek sukan dan dan memberi pertimbangan
tentang kesan pendekatanya terhadap pemain.
Jurulatih sesebuh pasukan perlu melihat tentang faktor motivasi, iaitu tetang
penggunaannya menerusi kaedah negative. Seseorang jurulatih perlu mengetahui kesan
menghukum terhada[ peserta. Dengan menggunakan hukuman, iaitu peneguhan negatif, tingkah
laku pemain akan berubah kepada ketakutan. Pada kebanyakan situasi, peneguhan positif yang
digunakan terhadap pemain akan memberi banyak kebaikan. Di antara kebaikan itu termasuk
pencapaian perasaan bagidiri sendiri dan juga pertalian diantara pemain akan terbentuk.
Sebenarnya sukan seperti hoki memerlukan pelabagai faktor seperti agresif dan
kepastian. Jurulatih mestilah mempunyai ciri-ciri berikut iaitu pengetahuan tetang sukan,
mengambil berat individu, keadilan, percontohan dan kematangan. Setiap pemain menganggap
bahawa jurulatih mengambil tahu tentang kehendak mereka, terutamanya dalam hal yang
berhubungan dengan kebajikan. Mereka perlu diasuh sebagai individu yang menyematkan
factor-faktor kemanusiaan. Setiap peserta sepatutnya diberi kesempatan untuk menunjukan bakat
masing-masing tentang permainan atau sukan yang mereka ceburi. Prestasi mereka perlu diberi
perhatian sewajarnya walaupun tidak terdapat kemajuan.
Selain itu, jurulatih juga sepatutnya mematuhi undang-undang dan peraturan
sebagaimana yang dilakukan oleh pemain. Seseorang jurulatih perlu menunjukan tingkah laku
yang membolehkan pemain mengikutnya selaras dengan tingkah laku yang diperlukan. Para
pemain menganggap jurulatih sebagai simbol kematangan jurulatih. Jurulatih sepatutnya menjadi
model kepada para pemain.
Terdapat pelbagai jenis personaliti dalam permainan hoki, terutama sekali yang
berhubung kait dengan jurulatih dan pemain. Dalam apa jua sukan, terutama sekali dalam
permainan hoki, tindakan yang berlainan oleh setiap individu adalah bergantung secara umum
kepada bentuk personaliti seseorang yang berkenaan.
9
Idea berikut adalah asas dalam pengelasan personaliti jurulatih.
Jurulatih hoki mempunyai perwatakan personaliti yang membanggakan
Personaliti jurulatih hoki mungkin mempengaruhi personaliti para pemain
Personaliti jurulatih hoki mencerminkan falsafah sukan yang dianutinya.
Teknik pengajaran:
1) Mengajar kemahiran
Keberkesanan sesuatu pengajaran kegiatan sukan, sebahagian daripadanya bergantung
kepada factor berikut:
Penyampaian yang jelas dan terperinci
Menggunakan tunjuk cara
Melakukan sesuatu kemahiran dengan tepat
Peneguhan positif
2) Pengelolaan kelas
Kelas boleh dikelolakan ke dalam beberapa pasukan yang mengandungi 10 hingga 12 pemain
setiap satunya,. Pembahagian ini adalah berdasarkan kebolehan asas untuk berlatih
kemahiran hoki. Cara ini memudahkan pemain untuk mengikuti sesuatu tunjuk cara atau
menerima arahan untuk berlatih kemahiran. Bagi tujuan sesuatu tunjuk cara, kemahian boleh
diadakan dalam bentuk barisan atauseparuh bulatan. Cara ini membolehkan pemain melihat
situasi perlakuan dengan lebihjelas tanpa gangguan.jika cuaca tidak mengizinkan, latiha/atau
kuliah boleh diadakan di dalam bilik darjah. Perbincangan tentang undang-undang dan
strategi boleh dilakukandi dalam bilik darjah
10
3) Prosedur pengajaran
Dalam unit untuk pemain peringkat awalan, adalah sesuai jika diadakan satu penerangan
ringkas tetang bentuk permainan, keselamatan dan sopan santun. Pada hakikatnya, pelajar
baru dalam permainan perlu diorientasikan pada factor yang boleh memahami permainan
tersebut. Pada kebiasaannya, kemahiran pertama yang perlu didedahkan kepada pelajar
berkenaan ialah kemahiran mengelecek. Dalam prosedur pengajaran mengenai kemahiran
tersebut, jurulatih mulanya member penjelasan dan melakukan tunjuk cara kepada pelajar.
Kemdianpelajar cuba mengelecek perlahan-lahan dalam satu arah lurus. Apabila mereka
mula mempunyai kemajuan, mereka diarah supaya mengelecek dengan lebih laju dan
mengikut satu arah lurus. Latihtubi berhalang boleh didehdahkan apabila pelajar telah mahir
mengelecek mengelilingi sesuatu halangan.
3.ketua pasukan
Ketua pasukan adalah bertanggungjawab tentang setiap perkara berikut:
Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau kapten dalam
kalangan mereka
Jika kapten terpaksa keluar atau dihukum, maka pemain lai perlulah menggantikan
tempatnya sebagai kapten
Tugas ketua pasukan adalah untuk menjaga kelakuan pemain dan memastikan gentian
pemain dibuat betul
Melambung syiling untuk memilih tempat
Sebelum pertandingan bermula dan juga sebelum pertukaran dilakukan, ketua pasukan
hendaklah memberitahu, jika perlu. Sesama sendiri dan juga kepada pengadil tentang
penjaga gol yang sah.
Bertanggunjawab untuk mendapat kebenaran pengadil sebelum membuat sebarang
gentian.
11
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN HOKI
1.jumlah pemain
Setiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain dan aslah seorang daripadanya adalah
penjag gol.
2.masa permainan
Pertandingan hendaklah dijalankan selama 35 minit bagi setiap separuh masa, melainkan
jika terdapat persetujuan lain sebelum pertandingan bermula untuk mengurang atau
menambah masa permainan.
Selepas separuh masa pertama, pasukan hendaklah menukar kawasan permianan.masa
rehat antara dua sesi permainan hendaklah melebihi lima minit melainkan dipersetujui
sebelum pertandingann bermula, tetapi ianya hendakalah tidak melebihi 10 minit.
Pertandingan bermula apabila pengadil meniup wisel untuk tolakan mula.
3.kelewatan
Tiap-tiap pasukan mestilah berada dipadang perlawanan 15 minit sebelum masa yang
ditetapkan bagi perlawanan tersebut.
Hanya 10 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa
tersebut pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan 2 mata dan
bilangan 3 – 0
Sekurang-kurangnya mestilah ada 9 orang pemain bagi satu-satu pasukan beada di
padang permainan sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. Jika kurang dari 9 orang
pemain, pasukan tersebut dikira menarik diri.
3. Berlaku kecederaan
Jika kemalangan berlaku dan gol dijaringkan sebelum permianan dapat dihentikan, gol itu
akan dikira jika, pada pendapat pengadil, kemungkinan ianya dapat dijalankan tanpa
kemalangan itu.
Selepas permainan dihentikan, pengadil hendaklahmemulakan permainan secepat
mungkin dengan cara:
Member hukuman yang sesuai jika kemalangann itu adalah daripada tidak mematuhi
undang-undang; atau
Member keputusan sebagaimana terdapat sebelum permainan dihentikan.
12
Jika pengadil berkenaan tidakapat menyambungkan permainan, pengadil satu lagi akan
memulakan semula permainan
4.Undang-undang baru
Bola keluar kawasan
Jika bola keluar melintasi garisan tepi
Daripada kayu hoki pemain pasukan anda
Pihak lawan memukul atau menolak bola untuk meneruskan permainan
Daripada kayu pihak lawan
Menolak dan memukul oleh pasukan anda
Daripada badan pemain
Pukulan percuma kepada pihak lawan dari tempatdi mana bola terkena badan
Jikalau bola keluar melintasi garisan belakang
Daripada kayu penyerang
Tolakan atau pukulan oleh pemain pertahanan dari tempat bertentangan di mana bola
melintasi garisan dan tidak melebihi 16 ela daripada garisan itu
Daripada kayu penahan yang lebih daripada 25 ela daripada garisan belakang
Tolakan atau pukulan oleh pemain pertahanan seperti di atas.
Daripada kayu pemainpertahanan di dalam 25 ela daripada garisan belakang
Penyerang menolak atau memukul bola daripada satu tempat di atas garisan belakang
didalam 5 eladaripada sudut bendera.
Daripada kayu pemain pertahanan di dalam 25 ela daripada garisan belakang (bola
dikeluarkan dengan sengaja)
Sudut penalty kepada penyerang-penyerang
Daripada kayu pemain pertahanan di dalam bulatan gol (bola dikeluarkan dengan
sengaja)
Sudut penalty kepada penyerang-penyerang
Daripada kayu pemain pertahanan di dalam bulatan gol (‘D’) ( bola dikeluarkan dengan
sengaja)
Strok penalty kepada penyerang-penyerang
13
Faul
Ada beberapa tindakan atau perkara yang tidak boleh dibuat oleh pemain-pemain semasa
permainan. Perkara-perkara ini dipanggil faul yang mempunyai penalti-penalti tertentu.
Senarai faul adalah:
Bermain bola dengan bahagian bulat kayu (back stick)
Terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki di dalam tangan
Mengangkat kayu hoki dengan cara menakutkan atau mengancam keselamatan pada
masa pihak lawan menghampiri bola atau bermain bola.
Menggunakan kayu hoki untuk bermain bola pada aras melebihi bahu.
Bermain bola dengan tangan atau kaki.
Menaikan bola secara bahaya, ke dalam sekumpulan pemain atau ke dalam bulatan
mungkin berbahaya kepaa pemain lain.
Memegang, memukul, mencangkuk atau menyepak kayu hoki pihak lawan dengan tujuan
mengganggu permainannya.
Menyerang, menyepak, atau menolak pihak lawan dan memegang pakaiannya dengan
tujuan mengganggu atau mencederakannya.
Menghalang pihak lawan dengan tubuh badan atau kayu hoki di antara bola dan pihak
lawan.
Penalti-penalti tetap untuk faul seperti berikut:
1. Jika faul dilakukan di luar bulatan
Pasuka lawan mendapat pukulan percuma
Jikalau penahan dengan sengaja membuat apa-apa jenis faul di dlaam kawasan
25 ela, penyerang mendapat sudut penalty.
2. Jika faul dilakukan di dalam bulatan
Oleh penyerang :
pasukan pertahanan mendapat pukulan percuma
Oleh pemain pertrahanan :
Pasukan menyerang mendapat sudut penalti
Dengan sengaja oleh pemain pertahanan
Pasukan menyerang mendapat strok penalti
14
pukulan percuma
a) Pukulan atau tolakan boleh digunakan
b) Pemukul atau penolak bola tidak boleh menyentuh semula bola kecuali bola tersebut
telah dimainkan oleh pemain lain (pemain pasukan sendiri atau lawan)
c) Diambil dari tempat di mana faul berlaku, kecuali di dalam kawasan ‘D’
d) Adakah penyerang melakukan faul di dalam kawasan ‘D’, penahan boleh mengambil
pukulan percuma di mana-mana tempatdi dalm kawasan ‘D’.
e) Apabila pukulan percuma diambil, bola mesti tidak bergerak atau sedang berhenti
f) Bola tidak boleh dimainkan atau dinaikansecara bahaya.
g) Tiada sesiapa pun dari pihak lawan berada di dalam kawasan 5 ela daripada bola.
Sudut penalti
Kemahiran ini menjadi satu aspek penting dalam hoki kerana kebanyakan bilangan gol
dijaringkan menggunakan sudut penalti. Perkara yang perlu dipastikan semasa mengambil sudut
penalti adalah:
a) Pukulan masuk dikira dari garisan gol di dalam kawasan D dan
bola mesti biberhentikan di luar kawasan D.
b) Hanya penjaga gol dan empat pemain pertahanan berada
dalam kawasan D semasa sudut penalti
c) Pemain pertahanan hendaklah berada di belakang garisan gol
sehingga bola di tolak masuk oleh penyerang.
d) Pemain penyerang yang melakukan tolakan dibenarkan berada
dengan sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki di dalam
kawasan bermain.
e) Pemain penyerang yang lain perlu berada di luar garisan
kawasan D sehingga bola di tolak masuk
Strok penalti
Strok penalty diberikan kepada penyerang di bawah syarat-syarat berikut:
a) Apabila pemain pertahanan melakukan faul sengaja di dalam bulatan
b) Apabila pemain pertahanan melakukan faul tidak sengaja di dalam bulatan tetapi melalui
tindakannya menghalang penyerang daripada menjaringkan gol yang mungkin berjaya.
15
c) Apabila pemain pertahanan terus menerus melanggar peraturan sudut penalty apabila
pasukan penyerang cuba melakukan sudut penalty yang diberikan kepada mereka.
Ofsaid
Satu lagi peraturan yang perlu diterangkan adalah peraturan ofsaid
Seorang penyerang hanya boleh ofsaid jika dia berada:
a) Di kawasan 25 ela yang bertentangan
b) Di hadapan bola
c) Tidak ada sekurang-kurangnya dua pemain pihak lawan di antaranya dan garisan gol
pihak lawan
16
RUMUSAN
Bermula pada tahun 1920 permainan ini telah mula mendapat sambutan dinegara ini dan pada
tahun 1926. Satu perlawanan yang melibatkan penduduk tempatan telah diadakan diantara
Negeri-negeri Melayu Bersekutu menentang Negeri-negeriSelat. Penubuhan pasukan hoki
negara ini adalah pada tahun 1932. Perlawanan pertama pasukan hoki tersebut adalah dengan
perlawanan persahabatan dengan negara India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam
Sukan Olimpik pada masa itu. Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan negara
India 7-1. Walaupun kalah teruk tetapi ia merupakan satu pengalaman yang baik bagi
membentuk sebuah pasukan hoki bertaraf dunia yang kita miliki sekarang ini.
Seterusnya permainan hoki dipergiatkan dengan pertandingan-pertandingan atau liga hoki
yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan hoki peringkat daerah dan negeri. Liga Hoki pertama
bermula pada tahun 1946 di Taiping, diikuti pula dengan Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan
Pulau Pinang.
Bagi melicinkan pentadbiran sukan dan pertandingan hoki ini, terutama dalam usaha
untuk melibatkan diri pada peringkat antarabangsa, maka penubuhan satu organisasi pasukan
kebangsaan adalah perlu. Hasrat ini menjadi kenyataan apabila pada tahun 1948 tertubuhlah
Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF). Pada tahun 1953 MHF telah bergabung dengan FIH
untuk membolehkan negara kita mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan anjuran badan
dunia itu. Seterusnya MHF bersama dengan Kesatuan Olahraga Malaya menubuhkan Majlis
Olimpik Kebangsaan, iaitu pada tahun 1951. Kejohanan antara negeri itu kini menjadi acara
tetep MHF.
Permainan hoki diperkembangkan lagi ke peringkat sekolah-sekolah. Diperingkat sekolah
pula, terdapat beberapa kejohanan yang dianjurkan dari peringkat daerah, zon, negeri hinggalah
ke peringkat kebangsaan. Antara kategori yang dipertandingkan adalah bawah 12 tahun, bawah
15 tahun dan bawah 18 tahun. Ini menunjukan bahawa hoki kini adalah satu permainan yang
semakin diminiti masakini.Kini, permainan hoki di atas padang tiruan (permukaan sintetik)
semakin popular. Perlawanan peringkat antarabangsa tidak lagi menggunakan padang rumput.
Stadium Tun Razak Dan Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur adalah antara padang yang
menggunakan rumput tiruan tersebut.
17
RUJUKAN
1.buku
Yusoff ismail(1991), Siri sukan popular HOKI, Shah alam, cetakan kelima,fajar bakti
Helen Ten Hong Beng& M.P. Haridas(1996), panduan mengajar hoki, Shah Alam, cetakan kedua, fajaar bakti.
Omardin Ashaari(1998),pengurusan sukan, Kuala Lumpur, terbita pertama, utusan publications &distributors Sdn Bhd
2. Internet
http://sejarahdankemahiransukan.blogspot.com/2009/08/hoki.htmlhttp://www.skkionsom.edu.my/v1/kokurikulum/sukan-a-permainan/kelab-hoki/132-teori-
permainan-hoki.htmlhttp://zihanthesensei.blogspot.com/2010/08/gerko-permainan-hoki.html
http://tatabahasabm.tripod.com/bank/projekhoki.pdfhttp://www.slideshare.net/shiqin13/21118156-permainanhoki
18