aplikasi praktikal desktop untuk pembelajaran-pengajaran

9
Sidek Ab Aziz Marzanah A Jabar, Fatimah Sidi Wan Zuhainis Saad, Khaironi Yatim Sharif, Koh Tieng Wei

Upload: adam-box

Post on 21-Feb-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Satu koleksi eksklusif aplikasi desktop untuk anda

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran-Pengajaran

UNTUK PEMBELAJARAN – PENGAJARAN

Sidek Ab Aziz Marzanah A Jabar, Fatimah Sidi

Wan Zuhainis Saad, Khaironi Yatim Sharif, Koh Tieng Wei

MHP PUBLISHERS SERI KEMBANGAN, BANGI, PUTRAJAYA, SKUDAI

Page 2: Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran-Pengajaran

ii

Aplikasi Praktikal Desktop Untuk Pembelajaran Pengajaran

MHP PUBLISHERS

SERDANG,BANGI, PUTRAJAYA, SKUDAI

2013

Page 3: Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran-Pengajaran

iii

Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran – Pengajaran

Sidek Ab Aziz Marzanah A Jabar, Fatimah Sidi

Wan Zuhainis Saad, Khaironi Yatim Sharif, Koh Tieng Wei

Kumpulan Inovasi Pengajaran-Pembelajaran SATRIA (KIPPS)

Pusat Pembangunan Akademik (CADe) Universiti Putra Malaysia

MHP PUBLISHERS SERI KEMBANGAN, BANGI, PUTRAJAYA, SKUDAI

Page 4: Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran-Pengajaran

iv

Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran – Pengajaran

Cetakan Pertama 2013 Semua hakcipta terpeilihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara lektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman, dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada penerbit.

Sidek Ab Aziz

Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran – Pengajaran/ © Sidek Ab Aziz dan rakan-rakan. 2013. ISBN 978-9839-970-01-2

1. Information technology. 2. Communication and technology.

I. Sidek Ab Aziz. II. Judul

Rupa taip teks: Articulate Light/ Extrabold Saiz taip tkes: 10/12/20 poin

Reka letak teks: Adzrif Effendy Reka bentuk kulit: Adzrif Effendy Diterbitkan oleh MHP Publishers Seri Kembangan Selangor

Dicetak oleh WS Sdn Bhd Seri Serdang Selangor

Page 5: Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran-Pengajaran

v

KANDUNGAN

Prakata Segmen 1 Aplikasi Salin Skrin 1 Jing ………………………………………………………………………… 1 2 Pixclip ………………………………………………………………………… 5 3 Snipping Tool ………………………………………………………………………… 9

Segmen 2 Aplikasi Grafik ………………………………………………………………………… 4 Paint ………………………………………………………………………… 12 5 Paint.Net ………………………………………………………………………… 21

Segmen 3 Aplikasi Suntingan ………………………………………………………………………… 6 IrfanView ………………………………………………………………………… 30 7 Photoscape ………………………………………………………………………… 34 8 Picasa ………………………………………………………………………… 38

Segmen 4 Aplikasi Persembahan ………………………………………………………………………… 9 Photostory 3 ………………………………………………………………………… 45

Segmen 5 Aplikasi Peta Minda ………………………………………………………………………… 10 FreeMind ………………………………………………………………………… 48

Segmen 6 Aplikasi Animasi ………………………………………………………………………… 11 Movie Maker ………………………………………………………………………… 56

Segmen 7 Aplikasi Pengujian ………………………………………………………………………… 12 JCross ………………………………………………………………………… 60 13 JQuiz ………………………………………………………………………… 64 14 JMatch ………………………………………………………………………… 69 15 JCloze ………………………………………………………………………… 74 16 JMix ………………………………………………………………………… 78 17 TheMasher ………………………………………………………………………… 83

Page 6: Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran-Pengajaran

vi

PRAKATA

Sistem pendidikan di Malaysia telah banyak berubah sejak komputer dan teknologi Internet di perkenalkan.

Kemunculan teknologi tersebut telah banyak mengubah cara individu berkomunikasi dan cara bagaimana pengajara

menyampaikan ilmu dalam bentu fakta, serta bagaimana pelajar bmenggunakan Internet sebagai sumber maklumat

yang penting. Oleh itu, usaha dapat dipertingkatkan untuk mempromosikan penggunaan Internet di kalangan rakyat.

Penggunaan Internet kini bukan lagi setakat mendapatkan maklumat sahaja tapi sudah menjangkau pelbagai aspek

dalam kehidupan mahupun kerja seharian. Cara kita berkomunikasi telah berubah pada masa kini di mana melalui

Internet kita boleh menggunakan e-mel, skype, msn messenger, yahoo messenger dan sebagainya. Ini secara tidak

langsung mempertingkatkan proses komunikasi dalam pelbagai urusniaga dalam sektor perniagaan, pendidikan,

hiburan, penyiaran dan pentadbiran. Golongan yang mengaplikasikan penggunaan Internet dalam kehidupan seharian

mereka terdiri darí pelbagai kaum, umur, bangsa dan jantina. Mereka ini boleh terdiri dari orang awam, para pelajar,

remaja, pendidik, pakar saintis, doktor perubatan, surirumah dan sebagainya. Kesemua mereka menggunakan Internet

untuk menguruskan hal-hal berkaitan pekerjaan ataupun peribadi.

Pembelajaran berasaskan teknologi maklumat wajar diaplikasikan sebagai salah satu pendekatan pembelajaran.

Penggunaan teknologi maklumat mampu meningkatkan kreativiti, mengembangkan pemikiran, menggerakkan minda

serta menjadikan pelajar menganalisis data saintifik khususnya.

Buku ini merupakan hasil usaha kolektf mengumpulkan beberapa aplikasi yang terdapat dalam persekitaran Windows

dan juga yang diperolehi secara percuma menerusi muat turun dari beberapa laman web yang menyediakan

kemudahan untuk kita menggunapakai perisian mereka. Perisian-perisian tersebut dikelompokkan ke dalam tujuh

segmen iaitu Aplikasi Salin Skrin, Grafik, Suntingan, Persembahan, Peta Minda, Animasi dan juga Pengujian.

Kami akui kompilasi ini tidak lengkap, namun setidak-tidaknya menjadi pembuka mata kepada pembaca untuk

meneroka lebih banyak langi perisian yang boleh digunakan dengan sebaiknya tanpa sedikit pun mengeluarkan wang.

Kami juga akui tentunya banyak kelemahan di sana sini dalam buku ini. Kami dengan hati terbuka mengharapkan

teguran yang membina dari pihak pembaca bagi memperbaiki kelemahan dan seerusnya meningkatkan kualitinya di

masa hadapan.

Segala kelemahan sudah pastinya hasil kerja kami, kerana hanya Allah sahajalah yang bersifat Maha Sempurna dan

Maha Mengetahui. Sekian, Wassalam. Terima kasih.

Penerbit

MHP Publishers

Serdang 2013

Page 7: Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran-Pengajaran

vii

BIODATA PENULIS

PROFESOR DR SIDEK AB AZIZ kini berkhidmat di Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM. Beliau meminati bidang teknologi

ICT sewaktu mengikuti program Sarjana Muda (Kepujian) di UKM Bangi, walaupun teras utama pengajiannya adalah

Fizik. Beliau pernah menjawat Guru Sains di MRSM Seremban sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah lanjutan

di Universiti of Bath, United Kingdom. Setelah dikurniakan ijazah Kedoktoran PhD (Ultrasonik dan Fizik Keadaan

Pepejal), beliau terus menyumbang kepakaran ICT untuk UPM dan pernah menjawat Timbalan Pengarah di Pusat

Komputer, Institut Multimedia dan juga Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), sebelum dilantik sebagai Pengarah

Pusat Pembangunan Akademik (CADe). Beliau menjadi peneraju sistem pengurusan pembelajaran (LMS) menerusi

inovasi eSPRINT dan seterusnya PLMS (Putra Learning Management System). Penyelidikan komprehensif LMS

membolehkan beliau dikurniakan Sarjana Sains (Multimedia dalan Pengajaran-Pembelajaran) dari UPM. Beliau juga

merupakan mantan Ketua Laboratori Institut Multimedia dan Perisian, dan juga Dekan Fakulti Sains UPM. Kini beliau

berkongsi kepakaran sebagai Felow Bersekutu CADe (Inovasi dalam Pengajaran-Pembelajaran). Beliau pernah

memenangi Anugerah Felowship Naib Canselor (Kategori Pengajaran) UPM, Anugerah Saintis Muda Kebangsaan,

Tokoh Pekerja Kebangsaan dan juga di peringkat UPM. Kepakaran ICT memboleh beliau dilantik mengganggotai

MEIPTA (Majlis ePembelajaran IPTA) dan sebagai jurulatih ICT AKePT sehingga kini.

PROFESOR MADYA DR. MARZANAH BINTI A. JABAR sekarang berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Kejuruteraan

Perisian dan Sistem Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM. Mendapat PhD dalam bidang

Pengurusan Sistem Maklumat dari Universiti Putra Malaysia. Beliau sangat aktif dalam penyelidikan dalam bidang

Sistem Maklumat, Kejuruteraan Perisian dan penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Kepakaran beliau dalam

bidang IT telah menjadikan beliau dilantik sebagai pakar rujuk oleh Pusat Pembangunan Akademik UPM (CADe )dalam

bidang teknologi untuk pembelajaran. Beliau juga telah dilantik sebagai ahli kumpulan pembangunan eSPRINT dan

Putra Learning Management System (PLMS), iaitu aplikasi untuk pembelajaran secara online di UPM, berdasarkan

pengalaman beliau sebagi seorang Jurutera Perisian sebelum dilantik sebagai pensyarah.

PROFESOR MADYA DR. FATIMAH SIDI adalah pensyarah di Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan

Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Bantuan St

Teresa’s Kuching Sarawak. Jurusan pengkhusuan beliau dalam Doktor Falsafah (PhD) adalah dalam bidang Pengurusan

Sistem Maklumat diperolehi dari Univeriti Putra Malaysia serta Master Sains dan Bacelor Sains Komputer daripada

universiti yang sama. Beliau telah dilantik sebagai ketua unit merintis dan pengerak Unit Pembangunan Sistem dalam

memperkasakan serta mencetus innovasi bagi hak cipta perisian applikasi. Kepakaran dan pengalaman beliau dalam

ICT telah memberi kepercayaan untuk Pusat Pembangunan Akademik UPM (CADe) melantik beliau sebagai pakar rujuk

ICT untuk pembangunan teknologi dalam pengajaran dan pendidikan.

DR. WAN ZUHAINIS SAAD merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Mikrobiologi, Fakulti Bioteknologi dan Sains

Biomolekul, Universiti Putra Malaysia. Berasal dari Kedah, mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Mikrobiologi dari

UPM. Beliau adalah seorang yang aktif dalam pembelajaran dan pengajaran. Beliau terlibat sebagai penceramah dalam

Kursus Asas Pengajaran bagi pensyarah baharu dan kursus-kursus seperti Interactive Lecture, Modular Approach dan

E-Learning. Beliau telah memenangi Anugerah Fellowship Naib Canselor (Kategori Pengajar Muda) 2012, Anugerah

Pensyarah Pilihan 2012, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011, Anugerah Pensyarah Paling Aktif Menggunakan

PutraLMS 2012 dan 2013. Beliau sentiasa berusaha untuk memajukan diri dalam meningkatkan keberkesan pengajaran

dan pembelajaran.

Page 8: Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran-Pengajaran

viii

DR. KHAIRONI YATIM SHARIF mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh, Perak. Beliau

dianugerahkan ijazah Sarjana Muda (Sains Komputer) dan Sarjana (Kejuruteraan Perisian Masa Nyata) dari Universiti

Teknologi Malaysia. Seterusnya Kepakaran beliau dalam bidang kejuruteraan perisian diiktiraf apabila dikurniakan

ijazah doktor falsafah (PhD) dari University of Limerick Ireland. Sekarang beliau merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan

Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia

(UPM). Selain aktif sebagai penyelidik dalam Kumpulan Penyelidik Kejuruteraan Perisian (SERG), beliau juga aktif

sebagai pemikir, pembangun dan penggerak Kumpulan Innovasi Pembelajaran dan Pengajaran, Pusat Pembangunan

Akademik (CADe), UPM.

DR. KOH TIENG WEI berasal dari Sitiawan, Perak dan mengikuti pendidikan sekolah menengah di SMK Nan Hwa

sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Beliau berjaya memperolehi sijil Bacelor

Sains Komputer (Kepujian) Kelas Pertama pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan Perisian. Keputusan cemerlang

beliau telah menarik minat UPM untuk menawarkan beliau tempat sebagai tenaga akademik di Fakulti Sains Komputer

dan Teknologi Maklumat. Seterusnya beliau dianugerahkan ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam bidang

pengukuran dan penganggaran perisian (Software Measurement & Estimation) dari UPM. Kini, beliau bertugas sebagai

seorang pensyarah kanan dan juga penyelidik berpengalaman di Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat,

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM. Beliau juga sangat aktif di dalam Kumpulan Innovasi dan

Pengajaran, Pusat Pembangunan Akademik (CADe), UPM.

Page 9: Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran-Pengajaran

ix

MHP PUBLISHERS