“saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......dalam sub skala masalah pergaulan...

25

Upload: others

Post on 18-Mar-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap
Page 2: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana MudaTeknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Elektrik )”

Tandatangan : …………………………………………….

Nama Penyelia : PM TUAN SYED MOHD SHAFEQ BIN

TUAN SYED MANSOR

Tarikh : ……………………………………………..

Page 3: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

i

SATU TINJAUAN MENGENAI KATEGORI MASALAH YANG DIHADAPI

OLEH PELAJAR KEMASUKAN TERUS DI KOLEJ 13, UTM

AKLA BIN SU

Laporan projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBUARI 2004

Page 4: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : .......................................................................

Nama Penulis : AKLA BIN SU

Tarikh : ......................................................................

Page 5: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

iii

DEDIKASI

Kepada bondaku tersayang, Kamariah binti Mohamed:

Perngorbanan, sokongan, segala pertolongan dan dorongan yang diberikan

sehingga anakmu ini berjaya mencapai cita-citanya. Semoga bonda dipanjangkan

usia dan dirahmati Allah selalu hendaknya.

Kepada ibu mertuaku yang aku hormati, Hajjah Zainun binti Ngah:

Segala bantuan dan dorongan yang dihulurkan selama ini sangat aku hargai.

Semoga Allah panjangkan usia mak dengan kehidupan yang penuh rahmat.

Kepada isteriku yang kusayang, Narizan binti Haji Samat serta anak-anak

kesayanganku, Afiq Naqib, Asraf Na’im dan Arif Najmi:

Semoga segala kesusahan dan pengorbanan yang kita hadapi bersama selama

tempoh berkursus di UTM ini akan dirahmati dan diredhai Allah. Terima kasih

kerana sabar menanti dari awal hinggalah tamat pengajian.

Kepada semua saudara-mara dan sahabat handai:

Terima kasih tidak terhingga di atas segala pertolongan, dorongan dan nasihat

yang diberikan selama tempoh berkursus di UTM ini. Hanya Allah sahaja yang dapat

membalas dengan seadilnya segala budi baik kalian.

Page 6: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan

KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini.

Penulis ingin merakamkan penghargaan iklas dan ucapan terima kasih kepada

pembimbing PSM ini iaitu Prof. Madya Tuan Syed Mohd Shafiq bin Tuan Syed

Mansor atas segala bimbingan dan dorongan yang beliau berikan sepanjang tempoh

PSM ini dibuat.

Ucapan terima kasih juga penulis berikan kepada Pengetua Kolej 13, pihak

kakitangan Pejabat Kolej 13 dan Unit Rekod dan Kemasukkan UTM atas kerjasama

mereka memberikan maklumat tentang bilangan pelajar dan kursus serta tahun

kursus kemasukan terus pelajar di UTM untuk kegunaan PSM ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan PSM ini. Semoga segala

bantuan yang dihulurkan dirahmati Allah S.W.T.

Page 7: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kategori masalah yang mengganggu

pelajar kemasukan terus ke UTM. Seramai 120 orang pelajar kemasukan terus yang

menghuni Kolej 13, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah diperolehi

secara rawak untuk menyertai kajian ini. Mereka telah memberi respon kepada soal

selidik Mooney Problem Check List (MPCL) yang diedarkan.Data yang diperolehi

dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package for the Social Sciences’

(SPSS 10.0). Teknik statistik pemeratusan telah digunakan bagi menjawab persolan

kajian. Hasil kajian yang diperolehi mendapati kategori masalah yang paling

mengganggu pelajar-pelajar ialah Pelajaran dan Kerjaya Masa Depan (16.4%)

diikuti Penyesuaian Terhadap Kerja-kerja Tugasan Akademik (11.8%) dan Moral

dan Agama (10.7%). Manakala kategori masalah yang kurang mengganggu pelajar

ialah Rumah Tangga dan Keluarga (5.8%) diikuti Kurikulum dan Kaedah Pengajaran

(5.6%) dan Kesihatan dan Pertumbuhan Jasmani (5.2%). Oleh itu beberapa cadangan

dikemukakan untuk mengatasi masalah tersebut.

Page 8: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

vi

ABSTRACT

This study was to identify the category of distracting factors faced by the

direct entrance UTM students. 120 direct entrance students from Kolej 13, University

Technology of Malaysia in Skudai, Johor were chosen randomly as respondents for

this study. The responded to the Mooney Problem Check List (MPCL) questionnaire

distributed them. Data collected were processed using the ‘Statistical Package For

The Social Science, Version 10.0’ (SPSS 10.0 program). Statistical percentages

technique was used to answer the research questions. From the study, it was found

that the most distracting factors faced by the students were their studies and future

careers (16.4%), followed by familiarizing with academic assignments (11.8%) and

moral and religion (10.7%). The less distracting factors were families (5.8%)

followed by the curricula and teaching method (5.6%), health and physical

development (5.2%). Few suggestions were proposed to overcome the distractions

faced by students.

Page 9: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT Halaman Judul i Pengakuan ii Dedikasi iii Penghargaan iv Abstrak v Abstract vi Kandungan vii Senarai Jadual xiii Senarai Singkatan xvi Rujukan 93 - 94 Lampiran 95 - 114

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.6 Objektif Kajian 7

1.7 Definisi Istilah 7

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Penutup 8

Page 10: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

viii

BAHAGIAN DUA

SOROTAN PENULISAN

BAB 11 SOROTAN PENULISAN 10

2.1 Pengenalan 10

2.1.1 Kajian Luar Negara 10 2.1.2 Kajian Di Malaysia 11

2.2 Kajian Masalah 12

2.3 Kajian Punca Masalah 12

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN 14

3.1 Pengenalan 14 3.2 Reka Bentuk Kajian 14 3.3 Tempat Kajian 15 3.4 Subjek Kajian 15 3.4.1 Cara Persampelan 16 3.5 Instrumen Kajian 16

3.5.1 Bahagian A (Biodata) 16 3.5.2 Bahagian B (Kategori Masalah) 16

3.5.3 Bahagian C (Kategori Masalah) 17

3.5.4 Kesahan Alat Kajian MPCL 17

3.5.5 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 18

Page 11: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

ix

3.6 Prosedur Kajian 19 3.7 Analisis Data 19

3.7.1 Memproses Data 19 3.7.2 Pengiraan Peratus 19

3.8 Jangkamasa Kajian 20 3.9 Penutup 20

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 21

4.1 Pengenalan 21 4.2 Analisis Latar Belakang Responden 22 4.2.1 Analisis Secara Deskritif 24 4.3 Bahagian B – Laporan Analisis 37

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN 85 CADANGAN

5.1 Pendahuluan 85 5.2 Perbincangan 85 5.3 Rumusan 87 5.4 Cadangan 88

5.4.1 Pelajar 88

Page 12: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

x

5.4.2 Ibu Bapa/keluarga 89 5.4.3 Universiti/Kolej 90 5.4 Penutup 90

BAHAGIAN ENAM

BIBLIOGRAFI

BIBLIOGRAFI Bibliografi 93 - 94

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN

Lampiran 95 - 114

Page 13: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan Jumlah Populasi Menurut Sumber

Pentadbiran Kolej 13 15 3.2 Taburan Item Soalan Bagi Persoalan Kajian 17 3.3 Nilai Alpha Bagi Kategori Masalah 18 4.1 Nilai Alpha Bagi Kategori Masalah Kajian Ini 22 4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Tahun 23 4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut

Fakulti 23 4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut

Sekolah 24 4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Kelayakan Akademik Masuk ke UTM 24 4.6 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Kesihatan dan Pertumbuhan Jasmani 26

4.7 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Kewangan, Keadaan kehidupan Dan Pekerjaan 27

4.8 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Kegiatan Sosial dan Hiburan 28 4.9 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29

4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Perhubungan Sosial Psikologi 30 4.11 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Perhubungan Peribadi dan

Page 14: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

xii

Psikologi (emosi) 31 4.12 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Moral dan Agama 32 4.13 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Rumah Tangga dan Keluarga 33 4.14 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Pelajaran dan Kerjaya Masa Depan 34 4.15 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Penyelesaian Terhadap Kerja-kerja 35

4.16 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Kurikulum dan Pengajaran 36 4.17 Kesimpulan Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

Item-item Dalam Kategori Masalah Mengikut Peratusan Tertinggi Hingga Terendah 37

4.18 Lima Masalah Utama Kategori Kesihatan dan Pertumbuhan

Jasmani Mengikut Tahun Pengajian 38 4.19 Lima Masalah Utama Kategori Kewangan, Keadaan

Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Tahun Pengajian 39 4.20 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Sosial dan

Hiburan Mengikut Tahun Pengajian 40 4.21 Lima Masalah Utama Kegiatan Muda-mudi, Perkahwinan

Dan Seks Mengikut Tahun Pengajian 41 4.22 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Sosial

Psikologi Mengikut Tahun Pengajian 42 4.23 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Peribadi

dan Psikologi (emosi) Mengikut Tahun Pengajian 43 4.24 Lima Masalah Utama Kategori Moral dan Agama

Mengikut Tahun Pengajian 44 4.25 Lima Masalah Utama Kategori Rumah Tangga dan

Keluarga Mengikut Tahun Pengajian 45 4.26 Lima Masalah Utama Kategori Pelajaran dan Kerjaya

Masa Depan Mengikut Tahun Pengajian 46 4.27 Lima Masalah Utama Kategori Penyesuaian Terhadap

Kerja-kerja Tugasan Akademik Mengikut Tahun Pengajian 47

Page 15: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

xiii

4.28 Lima Masalah Utama Kurikulum dan Kaedah Pengajaran

Kategori Mengikut Tahun Pengajian 48 4.29 Kesimpulan Taburan Lima Kategori Masalah Utama

Peratusan Mengikut Tahun Pengajian 49 4.30 Lima Masalah Utama Kategori Kesihatan dan

Pertumbuhan Jasmani Mengikut Kursus Pengajian 50 4.31 Lima Masalah Utama Kategori Kewangan, Keadaan

Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Kursus Pengajian 51 4.32 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Sosial dan

Hiburan Mengikut Kursus Pengajian 52 4.33 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Muda-mudi,

Perkahwinan dan Seks Mengikut Kursus Pengajian 53 4.34 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Sosial

Psikologi Mengikut Kursus Pengajian 54 4.35 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Peribadi dan

Psikologi (emosi) Mengikut Kursus Pengajian 55 4.36 Lima Masalah Utama Kategori Moral dan Agama

Mengikut Kursus Pengajian 56 4.37 Lima Masalah Utama Kategori Rumah Tangga dan

Keluarga Mengikut Kursus Pengajian 57 4.38 Lima Masalah Utama Kategori Pelajaran dan Kerjaya Masa

Depan Mengikut Kursus Pengajian 58 4.39 Lima Masalah Utama Kategori Penyesuaian Terhadap

Kerja-kerja Tugasan Akademik Mengikut Kursus Pengajian 59 4.40 Lima Masalah Utama Kategori Kurikulum dan Kaedah

Pengajaran Mengikut Kursus Pengajian 60 4.41 Kesimpulan Taburan Lima Kategori Masalah Utama

Peratusan Mengikut Kursus Pengajian 61 4.42 Lima Masalah Utama Kategori Kesihatan dan

Pertumbuhan Jasmani Mengikut Sekolah Menengah 62 4.43 Lima Masalah Utama Kategori Kewangan, Keadaan dan

Pekerjaan Mengikut Sekolah Menengah 63

Page 16: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

xiv

4.44 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Sosial dan Hiburan Mengikut Sekolah Menengah 64

4.45 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Muda-mudi,

Perkahwinan dan Seks Mengikut Sekolah Menengah 65 4.46 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Sosial

Psikologi Mengikut Sekolah Menengah 66 4.47 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Peribadi dan

Psikologi (emosi) Mengikut Sekolah Menengah 67 4.48 Lima Masalah Utama Kategori Moral dan Agama

Mengikut Sekolah Menengah 68 4.49 Lima Masalah Utama Kategori Rumah Tangga dan

Keluarga Mengikut Sekolah Menengah 69 4.50 Lima Masalah Utama Kategori Pelajaran dan Kerjaya

Masa Depan Mengikut Sekolah Menengah 70 4.51 Lima Masalah Utama Kategori Penyesuaian Terhadap

Kerja-kerja Tugasan Akademik Mengikut Sekolah Menengah 71 4.52 Lima Masalah Utama Kategori Kurikulum dan Kaedah

Pengajaran Mengikut Sekolah Menengah 72 4.53 Kesimpulan Taburan Lima Kategori Masalah Utama

Peratusan Mengikut Sekolah Menengah 73 4.54 Lima Masalah Utama Kategori Kesihatan dan

Pertumbuhan Jasmani Mengikut Kelayakan 74 4.55 Lima Masalah Utama Kategori Kewangan, Keadaan

Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Kelayakan 75 4.56 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Sosial dan

Hiburan Mengikut Kelayakan 76 4.57 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Muda-mudi,

Perkahwinan dan Seks Mengikut Kelayakan 77 4.58 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Sosial

Psikologi Mengikut Kelayakan 78 4.59 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Peribadi

dan Psikologi (emosi) Mengikut Kelayakan 79 4.60 Lima Masalah Utama Kategori Moral dan Agama

Mengikut Kelayakan 80

Page 17: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sama ada kita sedar atau tidak, perjalanan hidup kita seolah-olah ditentukan

oleh satu sistem berstruktur yang dikenali sebagai sekolah. Secara formalnya, setiap

individu menerima pendidikan seawal usia tujuh tahun, kemudiannya melalui

beberapa tahap tertentu yang telah ditentukan oleh sistem pendidikan sehinggalah

sampai ke peringkat universiti. Pelajar-pelajar memperolehi tanggapan yang negatif

dari apa yang diterima oleh ahli sains untuk menerangkan fenomena-fenomena salah

laku pelajar-pelajar walaupun pelajar-pelajar telah menerima pelajaran secara formal,

masalah-masalah sering mengganggu pelajar-pelajar, biasanya boleh dikategorikan

kepada 11 permasalahan iaitu : kesihatan, kewangan, hiburan, sosial, peribadi, seks,

keluarga, akhlak, pengajian, penyesuaian dan pengajaran.

Kesimpulannya, kecemerlangan dan kejayaan dalam bidang pelajaran

merupakan satu agenda yang patut diutamakan oleh setiap pelajar. Pengurangan

kategori permasalahan dalam menuntut ilmu akan meningkatkan lagi prestasi

kesihatan, kewangan, hiburan, sosial, peribadi, seks, keluarga, akhlak, pengajian,

keluarga dan pengajaran akademik serta mengurangkan gejala sosial kehidupan

seseorang pelajar pada masa hadapan.

Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan

perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang (Atan Long, 1978). Ia juga

adalah satu proses menukarkan pola tingkahlaku manusia. Tingkah laku ini

Page 18: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

xv

4.61 Lima Masalah Utama Kategori Rumah Tangga dan

Keluarga Mengikut Kelayakan 81 4.62 Lima Masalah Utama Kategori Pelajaran dan Kerjaya

Masa Depan Mengikut Kelayakan 82 4.63 Lima Masalah Utama Kategori Penyesuaian Terhadap

Kerja-kerja Tugasan Akademik Mengikut Kelayakan 83 4.64 Lima Masalah Utama Kategori Kurikulum dan Kaedah

Pengajaran Mengikut Kelayakan 84 4.65 Kesimpulan Tabuarn Lima Kategori Masalah Utama

Peratusan Mengikut Kelayakan 85

Page 19: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

xvi

SENARAI SINGKATAN

MPCL Mooney Problem Check List

UTM Universiti Teknologi Malaysia

SPSS Statistical Package for the Sosial Sciences

PSM Projek Sarjana Muda

Page 20: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

Lampiran A Borang Soal Selidik 95

Lampiran B Jadual Penentuan Sampel 106 Lampiran C Surat Permohonan Enrolmen Keseluruhan Pelajar Semester Satu Sesi 2003/2004 109 Lampiran D Senarai Enrolmen Keseluruhan Pelajar Semester Satu Sesi 2003/2004 110 Lampiran E Surat Permohonan Keseluruhan Pelajar Kemasukan Terus Pelajar Sesi 2003/2004 Kolej 13 112 Lampiran F Surat Dari Fakulti 113 Lampiran G Borang Pendaftaran dan Pemilihan Tajuk 114

Page 21: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

2

bermaksud tingkahlaku dalam pengertian yang luas termasuk pemikiran, perasaan

dan perbuatan nyata. Apabila pendidikan dilihat dari segi ini maka jelaslah objektif

pendidikan bermakna perubahan tingkahlaku yang dicari atau yang dikehendaki

berlaku oleh sesebuah institusi pendidikan ke atas pelajar-pelajarnya (Ralph W.

Tyler, 1989).

Menurut Ee Ah Meng (1989), pendidikan merupakan satu proses menolong

dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu dari semua

aspek iaitu jasmani akal, emosi, sosial, seni dan moral. Dengan kata lain, ia bertujuan

untuk memperkembangkan individu supaya hidup dengan sempurna serta

memperkembangkan bakat-bakatnya untuk kepentingan diri dan juga untuk menjadi

seorang ahli masyarakat yang berguna.

Dari pandangan psikologi pula, pendidikan bererti perubahan dan boleh

dianggap sama ada sebagai proses atau sebagai hasil. Pendidikan sebagai satu proses

meliputi semua bentuk kegiatan yang menempatkan seseorang itu untuk hidup

bermasyarakat dan yang menolong menyalurkan adat resam, undang-undang,

kepercayaan agama, bahasa dan institusi sosial dari satu generasi ke satu generasi

yang lain. (Crow dan Crow, 1983).

Menurut Wan Mohd Zahid (2000), sistem pendidikan negara memberikan

penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Mendidik manusia menjadi baik bukanlah perkara mudah. Manusia sedemikian tidak

boleh dan tidak mungkin dilahirkan dalam tempoh sekelip mata, sebaliknya

memerlukan usaha berterusan bererti ‘berusaha terus menerus’. Dalam proses ini

tidak harus wujud sebarang percanggahan yang boleh menggugat usaha membina

manusia baik ini.

Walaubagaimanapun terdapat sebahagian daripada pelajar-pelajar yang

tinggal di asrama masih lagi menghadapi masalah prestasi akademik rendah. Kajian

ini cuba mengesan apakah faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Di

antara faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar itu

terdiri dari beberapa pembolehubah, di antaranya ialah faktor sikap pelajar, faktor

Page 22: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

3

motivasi, faktor organisasi pembelajaran dan faktor program-program seperti

ceramah motivasi dan ceramah keagamaan yang dihadiri pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Shafie Jusoh(1994), pembinaan kolej adalah bertujuan untuk

mengumpul pelajar-pelajar bagi mencapai kecemerlangan dalam prestasi akademik

mereka. Justeru itu sewajarnya peluang ini digunakan dengan sebaik mungkin oleh

pelajar-pelajar yang tinggal di kolej. Pembinaan kolej yang lengkap dengan pasarana

dan kemudahan dapat digunakan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar.

Pencapaian pelajar dalam sesuatu matapelajaran bergantung kepada

bagaimana individu itu belajar. Penyesuaian terhadap gaya pembelajaran yang

diamalkan oleh pelajar boleh diketahui melalui diagnosis terhadap gaya

pembelajaran individu itu (Price, 1977). Oleh kerana gaya pembelajaran terlalu

penting maka gaya pembelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhinya perlu

diberi perhatian yang bersungguh-sungguh.

Pencapaian pelajar dalam sesuatu matapelajaran bergantung kepada

bagaimana individu itu belajar. Penyesuaian terhadap gaya pembelajaran yang

diamalkan oleh pelajar boleh diketahui melalui diagnosis terhadap gaya

pembelajaran individu itu ( Price, 1977). Oleh kerana gaya pembelajaran terlalu

penting maka gaya pembelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhinya perlu

diberi perhatian yang bersungguh-sungguh. Di mana pelajar kemasukan terus dapat

megulangi kejayaan mereka sebelum mereka dapat meyambung pelajaran mereka di

UTM.

Usaha untuk meningkatkan mutu pembelajaran mempunyai kaitan daripada

pengalaman, pandangan dan tanggapan pelajar itu sendiri terhadap pelajarannya.

Marton, Dall, Alba & Beaty (1993) menyatakan “ Learning is changing as a person”

adalah perubahan dalam melihat dan berfikir. Pelajar mula melihat sesuatu daripada

sudut yang baru (Wan Zah Wan Ali, 2000). Ini menunjukkan peningkatan mutu

pelajaran adalah berkaiatn dengan pengalaman, pandangan dan tanggapan pelajar itu

Page 23: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

4

terhadap pelajarannya. Pelajar tidak harus menjadikan masalah sebagai penghalang

sebaliknya perubahan berlaku dari mereka sendiri.

Kemajuan dalam bidang pendidikan di negara ini amat diberi keutamaan oleh

pihak kerajaan. Bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

pelbagai kemudahan diwujudkan untuk membantu pelajar dalam pembelajaran di

sekolah. Pelajar-pelajar tinggal di kolej adalah di antara pelajar yang banyak

menikmati kemudahan-kemudahan seperti tempat tinggal yang selesa, ruangan

pembelajaran dan kemudahan beriadah.

Berbagai perancangan dibuat untuk meninggikan kualiti pendidikan negara

iaitu menyedikan makmal komputer, pengajaran matematik dan sains dalam bahasa

Inggeris. Dengan penubuhan pusat-pusat pengajian tinggi yang sedia ada dan

pembinaan yang seterusnya seperti universiti, kolej, politeknik, kolej komuniti dan

sebagainya merupakan komitmen kerajaan di dalam mempertingkatkan mutu

pendidikan (Kementerian Pendidikan, 1979)

Sehubungan dengan itu, jika ditinjau pelajar yang telah berjaya melanjutkan

pelajaran di universiti, khususnya pelajar kemasukan terus, beberapa kategori

pemasalahan yang timbul ini akan dikaji oleh penyelidik bagi mendapatkan

beberapa maklumat agar dapat dijadikan landasan terbaik bagi mereka supaya secara

tidak langsung mengheret mereka ke dalam maaslah sosial yang lebih kompleks.

Penekanan terhadap gaya pembelajaran dapat membantu pelajar yang

menghadapi masalah pembelajaran mengatasi permintaan kompleks dalam alam

pelajaran mereka, Ellis & Lenz (1996) menyatakan bahawa strategi-strategi terhadap

pembelajaran yang efisien dan efektif mempunyai ciri-ciri dan parameter yang sama

dari segi isi kandungan, rekabentuk dan aplikasi. Pelajar yang tinggal di kolej

terutamanya di kalangan pelajar kemasukan terus mereka dapat mengatasi situasi ini.

Untuk menangani kategori masalah yang wujud ini pengkaji ingin

mengetahui apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-pelajar dan

pengaruh persekitaran, emosi, fizikal, sosiologikal dan psikologikal terhadap gaya

pembelajaran pelajar-pelajar kemasukan terus di kolej 13, UTM Kampus Skudai.

Page 24: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

5

Walaubagaimanapun terdapat daripada pelajar-pelajar yang tinggal di kolej

mengenai kategori masalah yang dihadapi, kajian ini cuba mengesan apakah faktor-

faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku dikalangan pelajar kemasukan terus. Di

antara faktor-faktor yang mempengaruhi mereka dan beberapa pembolehubah.

1.3 Pernyataan Masalah

Dunn & Dunn (1978) merujuk gaya pembelajaran sebagai cara seseorang

individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu

maklumat atau kemahiran baru. Gaya pembelajaran juga ialah cara bagaimana unsur

daripada lima rangsangan, iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan

psikologikal dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu untuk memahami,

berinteraksi dan bertindakbalas kepada persekitaran pembelajarannya ( Mok Soon

Sang, 2001). Pelajar-pelajar yang tinggal di kolej disediakan dengan pelbagai

kemudahan dan persekitaran yang boleh merangsang pelajar mencapai prestasi

akademik yang baik

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kategori masalah yang dihadapi oleh

pelajar kemasukan terus. Kajian ini dilakukan terhadap pelajar-pelajar di Kolej 13,

UTM Kampus Skudai, Johor. Pengkaji ingin melihat kategori masalah dari segi

demografi (Tahun pengajian, Kursus pengajian, Sekolah dan Kelayakan masuk).

Diharapkan hasil daripada kajian ini dapat membantu pelajar-pelajar dan pihak

universiti/kolej mengenalpasti kategori-kategori masalah yang dihadapi oleh

mereka. Seterusnya menyelesaikan masalah-masalah itu dengan cara yang dapat

membantu mereka daripada dapatan kajian ini.

1.4 Persoalan Kajian

Secara khusus kajiselidik ini bertujuan menjawab beberapa persoalan

berikut iaitu tujuan kajian ini adalah seperti berikut;

Page 25: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29 4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

6

1.4.1 Apakah kategori masalah yang sering dihadapi oleh pelajar-pelajar

kemasukan terus di Kolej 13, UTM Kampus Skudai, Johor.

1.4.2 Adakah terdapat perbezaan kategori masalah dari segi demografi?

(tahun pengajian, kursus pengajian, sekolah dan Kelayakan)