anjing dengan bangau

29
ANJING DENGAN BANGAU Bangau berkawan baik dengan anjing. Setiap hari, mereka bermain bersama-sama.Pada suatu hari, bangau mengajak anjing pergi ke rumahnya. Bangau menghidangkan makanan. Tetapi anjing tidak dapat makan. Bekas itu bermuncung panjang. Anjing tidak dapat mengambil makanan di dalam bekas itu. Bangau boleh makan kerana paruhnya panjang. Bangau makan sehingga kenyang. Anjing pulang dengan perut lapar. Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau pergi ke rumahnya pula. Anjing menghidangkan makanan. Tetapi bangau tidak dapat makan. Bekas itu leper. Bangau tidak pandai mengambil makanan di dalam bekas leper.Anjing makan sehingga kenyang. Bangau pulang dengan perut lapar. NILAI MURNI Setiap perbuatan buruk pasti akan menerima balasan buruk. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berbuat baik.

Upload: mummy-aniq

Post on 31-Jul-2015

131 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANJING DENGAN BANGAU

ANJING DENGAN BANGAU

Bangau berkawan baik dengan anjing. Setiap hari, mereka bermain bersama-sama.Pada suatu hari, bangau mengajak anjing pergi ke rumahnya. Bangau menghidangkan makanan. Tetapi anjing tidak dapat makan.

Bekas itu bermuncung panjang. Anjing tidak dapat mengambil makanan di dalam bekas itu. Bangau boleh makan kerana paruhnya panjang. Bangau makan sehingga kenyang. Anjing pulang dengan perut lapar.

Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau pergi ke rumahnya pula. Anjing menghidangkan makanan. Tetapi bangau tidak dapat makan.Bekas itu leper. Bangau tidak pandai mengambil makanan di dalam bekas leper.Anjing makan sehingga kenyang. Bangau pulang dengan perut lapar.

NILAI MURNI

Setiap perbuatan buruk pasti akan menerima balasan buruk. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berbuat baik.

Sang Bangau Menipu Ikan.

Page 2: ANJING DENGAN BANGAU

Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah hampir kering. Semua ikan berasa susah hati.

Pada suatu hari, datang seekor burung bangau. Bangau berpura-pura mahu menolong ikan.

      "Kamu semua boleh berpindah ke kolam lain. Kolam itu tidak kering," kata bangau.

Semua ikan bersetuju. Mereka sangat gembira.

Bangau menolong ikan berpindah dari situ. Seekor demi seekor ikan itu dibawanya pergi. Tetapi semua ikan itu dimakannya.

       Kemudian tibalah giliran ketam untuk berpindah. Ketam itu dibawa pergi oleh bangau.

Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan. Ketam tahu bangau itu penipu.

Bangau mahu makan ketam pula. Tetapi ketam segera menyepit leher bangau. Matilah bangau itu.

NILAI MURNI

    Jangan sekali-kali berbuat jahat. Setiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasan buruk daripada Tuhan.

Arnab bersama kura-kura

Page 3: ANJING DENGAN BANGAU

Pada suatu hari, arnab keluar bersiar-siar. Arnab ternampak kura-kura. Kura-kura sedang merangkak perlahan-lahan

"Ha! Ha! Ha!" arnab ketawa.

"Kura-kura berjalan sangat perlahan," kata arnab dalam hatinya.

Arnab segera pergi berjumpa kura-kura.

"Wahai kura-kura, mahukah engkau berlumba lari denganku?" arnab bertanya.

"Ya, baiklah! Aku bersetuju," jawab kura-kura.

"Satu, dua, tiga!" arnab membilang.

Perlumbaan pun bermula.

Arnab berlari kencang. Kura-kura merangkak perlahan.

Di pertengahan jalan, arnab berehat di bawah sebatang pokok. Kemudian, arnab tertidur.

Kura-kura terus merangkak. Akhirnya, kura-kura sampai di garisan penamat.

Arnab terjaga daripada tidurnya. Arnab terus berlari kencang. Tetapi kura-kura sudah berada di garisan penamat.

Arnab kalah dalam perlumbaan itu. Arnab berasa malu.

NILAI MURNI

Jangan sekali-kali memandang rendah terhadap orang yang lemah atau miskin. Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing.

Sang Merak dengan Sang Arnab

Page 4: ANJING DENGAN BANGAU

Arnab sangat risau kerana ekornya pendek. Arnab ingin benar ekornya panjang dan cantik. Arnab mahu ekornya seperti ekor merak. Ekor merak panjang dan cantik. Semua manusia memuji kecantikan ekor merak.

Pada suatu hari, arnab berjumpa dengan merak. Arnab memuji kecantikan merak. Merak berasa bangga kerana dapat pujian. Merak mengembangkan ekornya. Ekornya sangat cantik. Arnab terus memuji kecantikan merak. Namun, arnab memuji merak kerana ada tujuan lain. Arnab ingin meminjam ekor merak. Merak bersetuju meminjamkan ekornya kepada arnab.

Merak membuat pertukaran ekor dengan arnab. Arnab memakai ekor merak. Merak memakai ekor arnab. Alangkah gembiranya arnab apabila mendapat ekor merak. Arnab berlari ke sana dan ke mari. Arnab menari-menari di tengah padang.

Merak pula memakai ekor arnab. Alangkah terperanjatnya merak kerana mendapati dirinya berekor kontot. Pang! Tiba-tiba terdengar bunyi senapang. Arnab termengah-mengah lari masuk ke dalam hutan. Arnab pergi berjumpa merak. Arnab menceritakan bahawa ia ditembak oleh pemburu. Nasibnya baik kerana tidak terkena peluru pemburu. Arnab minta  semula ekornya. Mereka bertukar ekor masing-masing. Arnab tidak mahu memakai ekor merak lagi.

"Biarlah ekorku pendek dan tidak cantik, asalkan diriku selamat," fikir arnab.

NILAI MURNI : 

Kita haruslah bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. Setiap kurniaan Tuhan pastilah ada kebaikannya untuk diri kita.

Ayah,anak dan seekor unta

Page 5: ANJING DENGAN BANGAU

Kisah ini terjadi diperkampungan orang Badwi di padang pasir, di sebuah negeri Arab. Dikatakan dua beranak ini, ayah dan anaknya, ingin pergi ke pekan untuk menjual unta. Maka berjalanlah mereka berdua melalui sebuah kampung.

Selepas melintasi sekumpulan orang kampung, terdengar seorang berkata, "Eh, tengok kedua-dua orang itu! Betapa bodohnya mereka, ada unta tetapi kedua-duanya berjalan."

Mereka terfikir benar juga kata orang itu. Lalu ayahnya berkata, "Hai anakku, kautunggangi unta ini sambil menuju ke pasar!" Lalu anaknya mengikut perintah.

Beberapa ketika, sampailah mereka di sebuah kampung. Terdengar oleh mereka suatu percakapan, "Tengok di sana itu. Zalim sungguh anak itu, membiarkan bapanya  berjalan, sedangkan dia sedap-sedap sahaja menunggang unta."

Mendengar kata-kata itu, maka anaknya pun memberitahu, "Hai ayahku, naiklah ke belakang unta! Biar anakanda yang berjalan pula."

Ketika melintasi suatu tempat, mereka mendengar ada orang berkata, "Alangkah zalimnya orang tua itu! Dia menunggang unta, sedangkan anaknya pula dibiarkannya berjalan kaki."Lalu mereka berdua pun berjalan kaki.

Mereka  sampai pula di sebuah kampung, melintasi kawasan orang ramai. Lalu, terdengar suara, "Alangkah bodohnya orang itu! Ada unta berjalan kaki pula, sedangkan unta untuk ditunggangi."

Mendengar kata-kata itu, kedua-dua mereka berfikir, memang ada betulnya.Maka berkata ayah kepada anaknya, "Silalah naik ke belakang unta! Mudah-mudahan kita berdua tidak dikatakan bodoh oleh orang-orang yang melihat."

Page 6: ANJING DENGAN BANGAU

Mereka sedar, semua yang mereka lakukan hari itu hanyalah kerana ingin memuaskan kata-kata orang. Apa sahaja yang mereka lakukan, semuanya tidak kena mengikut pandangan orang. 

Berkatalah si ayah itu kepada anaknya, "Mulai saat ini, kita jangan mendengar kata-kata orang. Lakukan sesuatu yang kita fikir benar dan berbuatlah sesuatu mengikut apa yang kita fikirkan benar."

NILAI MURNI

      Sememangnya begitulah yang sepatutnya kita bertindak. Kita tidak perlu berbuat sesuatu kerana hanya ingin memuaskan kehendak orang lain. Kita hanya perlu mendengar nasihat orang yang tahu masalah kita. Jangan sesekali bertindak kerana ingin memuaskan hati orang lain.

Nilai Moral:

Oleh itu, berhati-hatilah mendengar kata-kata orang. Tidak semuanya benar dan baik untuk kita.

Katak puru dan lembu.

Pada suatu hari, anak katak puru pergi bersiar-siar di tepi sawah.Anak katak terjumpa seekor lembu. Anak katak belum pernah melihat lembu. Anak katak berasa sangat takut.

Page 7: ANJING DENGAN BANGAU

"Wah, besar sungguh haiwan ini!" kata anak katak puru di dalam hatinya.

Anak katak puru terus melarikan diri. Anak katak puru segera pulang.Anak katak puru memberitahu ibunya,

"Ibu, tadi saya terjumpa seekor haiwan yang sangat besar!"

Namun, ibunya berkata dengan perasaan sombong, "Dalam dunia ini, ibulah haiwan yang paling besar."

"Tetapi haiwan itu lebih besar daripada ibu," kata anak katak puru itu.

Ibunya segera menggembungkan badannya.

"Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya.

 "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," jawab anak katak puru.

Ibunya mengembungkan lagi badannya.

"Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi.

 "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," ujar anak katak puru.

Ibunya terus menggembungkan lagi badannya.

 "Adakah haiwan itu sebesar ini?" ibunya bertanya lagi.

 Anak katak puru menjawab, "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi."

"Sekarang tengok! Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi.Ibu katak puru itu pun cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar lagi.

Page 8: ANJING DENGAN BANGAU

Pop!Anak katak puru terkejut mendengar bunyi letupan itu.

Ibu katak puru itu mati kerana cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar. Akhirnya, badannya pecah.Itulah akibatnya kerana sombong dan ingin membangga-banggakan diri.

NILAI MURNI

Jangan sekali-kali bersikap sombong dan ingin membangga-banggakan diri. Perbuatan ini merupakan akhlak yang buruk. Perbuatan ini akan mendatangkan akibat buruk terhadap diri sendiri.

Muafakat Membawa Berkat .

Pada suatu hari, arnab terjumpa sebuah karung guni.  Di dalam karung itu terdapat sayur-sayuran. Arnab ingin makan sayur-sayuran itu.  Kemudian datang kambing. Kambing juga mahu makan sayur-sayuran itu. Tetapi arnab tidak mahu berkongsi dengan kambing.  Arnab mendapat suatu akal.

Page 9: ANJING DENGAN BANGAU

      Arnab mengajak kambing bertanding. Pertandingan itu ialah menumbangkan tiang pagar. Kambing bersetuju. Kambing berlari kencang. Kambing terus menanduk tiang itu.

      Prak! Tanduk kambing patah. "Aduh!" kambing menjerit kesakitan. Tibalah pula giliran arnab.

Arnab menggali tanah. Tiang itu tumbang menimpa kaki arnab.

      Prak! Kaki arnab patah. "Aduh!" arnab menjerit kesakitan.

Arnab berasa menyesal kerana enggan berkongsi makanan dengan kambing. Kedua menyesal dan saling memohon maaf.  Selepas itu, Arnab dan kambing pergi ke tempat karung guni itu semula. Tetapi karung guni itu sudah tiada kerana diambil oleh tuannya.

NILAI MURNI

    Sikap tamak selalu rugi. Sebaliknya, jika bermuafakat tentulah membawa berkat.

Pokok kelapa dengan rumput.

Di tepi padang, tumbuh sebatang pokok kelapa. Pokok kelapa itu sangat tinggi. Pokok kelapa itu selalu mengejek rumput. "Wahai Sang Rumput, engkau sangat pendek! Aku adalah pokok yang tinggi dan kuat." Setiap hari, rumput selalu diejek oleh  pokok kelapa. Namun, rumput berdiam diri sahaja.

Page 10: ANJING DENGAN BANGAU

      Pada suatu hari, datang ribut yang kuat. "Tolong! Tolong!" terdengar suara pokok kelapa menjerit minta tolong. Dum! Terdengar pula bunyi yang sangat kuat. Pokok kelapa itu tumbang. Rumput pun berkata, "Wahai Sang Kelapa, walaupun aku pendek, tetapi ribut tidak dapat menumbangkan diriku!"

    Pokok kelapa berasa malu. Pokok kelapa sangat menyesal kerana pernah mengejek rumput. Akhirnya, matilah pokok kelapa itu.

NILAI MURNI

      Kita tidak boleh memandang hina pada orang miskin dan lemah. Setiap orang mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing.

Katak yang berputus asa.

Hujan turun dengan lebatnya hari itu, dua ekor katak bersuka ria setelah lama menanti hujan.

      Kemarau memanjang menyebabkan mereka menunggu-nunggu hujan turun. Oleh sebab terlalu gembira, mereka berdua melompat-lompat dan terjatuh ke dalam telaga buruk. Peristiwa malang itu disedari oleh katak-katak lain yang melihat kemalangan itu. Namun, mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Page 11: ANJING DENGAN BANGAU

Malah, ada yang berkata, "Dalamnya perigi itu! Tentulah mustahil mereka berdua akan berjaya naik semula ke atas!"

      Perkataan itu melemahkan salah seekor katak itu. Namun, katak yang seekor lagi terus melompat dan mencuba.

Dari atas perigi itu, banyaklah sorakan dan pekikan memberi semangat. Terdengar pula, seekor katak di antara yang banyak itu berkata, "Aku rasa kedua-duanya akan mati di dalam perigi buta itu kerana perigi itu amat dalam!"

   Mendengar pendapat itu, katak yang sudah lemah semangat tadi hampir berputus asa pula. Katak itu tidak ingin mencuba lagi. Segala-galanya dirasakannya sia-sia sahaja. Ketika itu pula, katak itu terdengar pendapat yang lain, "Bagaimana daya seekor katak ingin melepasi perigi yang sebegitu dalam dan licin pula?"

      Mendengar pendapat itu, katak yang sudah lemah semangat itu menyerahkan dirinya pada takdir. Katak itu merasakan sudah sampai masanya ia akan mati. Namun, katak yang seekor lagi itu, melompat dan mencuba. Walaupun terasa keletihan, namun katak itu tetap bulatkan hati dan terus mencuba.

      Entah kali keberapa, katak itu tidak pernah menghitung. Katak itu hanya tahu keadaannya amat bahaya. Katak itu tidak mahu mati kebuluran di dalam perigi buta tersebut. Itulah yang ditumpukan tanpa berfikir yang bukan-bukan. Kegigihan katak itu menyebabkan katak-katak di atas perigi berasa takjub dan hairan. Semangatnya yang begitu tinggi amat dikagumi.

Katak itu melompat lagi. Gagal. Katak itu melompat dan melekat di tebing licin dan jatuh. Gagal lagi! Katak itu menghimpunkan tenaga dan melompat.

Page 12: ANJING DENGAN BANGAU

      Katak itu memegang tebing perigi dan melompat sekuat hati. Katak itu dapat mencapai tebing dan terus keluar. Semua katak yang datang ke tempat itu memberi pujian. Beberapa ketika, barulah katak-katak itu menyedari rupa-rupanya katak tersebut pekak dan tidak mendengar apa-apa yang mereka katakan. Barulah mereka tahu bahawa katak itu hanya melompat dan melompat, tanpa menghiraukan apa yang diperkatakan oleh mereka semua.

      Manakala katak yang tidak pekak masih berada di dalam perigi itu. Hanya menyerah diri pada takdir dan nasib sahaja. Di bawah sana, katak itu sudah tidak berbuat apa-apa lagi. Katak itu telah banyak mendengar kata-kata katak lain. Katak itu percaya pada kata-kata bahawa ia akan gagal, walaupun mencuba kerana sememangnya telaga itu dalam dan sukar untuk dilepasi.

NILAI MURNI

        Setiap usaha yang gigih pasti akan membawa kejayaan. Sikap mudah menyerah kalah dan lemah semangat tidak akan mendatangkan kejayaan.

Bagaimana pokok buah – buahan berbuah?

Pada zaman dulu kala, pokok buah-buahan tidak mempunyai jadual untuk berbuah. Pokok-pokok ini berbuah ikut rasa hati  masing-masing.

      Oleh sebab itu, selalu berlaku pertembungan. Akibatnya, buah-buahan yang kurang lazat tidak dimakan oleh manusia.

      Kadang-kadang buah rambai berbuah, pokok durian juga berbuah. Apabila mereka berbuah serentak, buah rambai langsung tidak dipedulikan oleh manusia. Mereka asyik makan buah durian sahaja. Buah durian sedap dimakan. Manakala

Page 13: ANJING DENGAN BANGAU

rambai kurang enak. Oleh sebab itu, buah rambai jarang dimakan orang. Akhirnya, buah rambai yang masak ranum gugur begitu sahaja.

      Buah rambai amat marah apabila durian berbuah sama musim dengannya.

      "Kenapa kamu ikut aku berbuah? tengok, apa sudah jadi? buah aku tidak dimakan oleh manusia. Mentang-mentang kamu diminati," kata rambai.

      "Aku mana tahu kamu nak berbuah. Kenapa kamu tak bagi tahu. Kalau kamu bagi tahu aku boleh berbuah lewat sedikit atau awal dari kamu," jawab durian.

Pada suatu masa lain, pergaduhan besar telah berlaku di antara puak durian dengan puak rambai kerana berebut musim berbuah.  Banyak puak rambai terkorban akibat ditikam oleh durian. Buah rambai melawan dengan berani walaupun mereka tahu, puaknya tidak bersenjata.

    Akhir sekali, pergaduhan besar berlaku. Semua buah yang lain bersatu menentang buah durian. Buah nangka, buah cempedak, buah kelapa, buah salak, buah betik, buah kelubi, buah mangga, dan berbagai-bagai jenis buah lagi campur tangan.  Buah durian tidak berdaya lagi melawan kerana semua buah bersatu menyerangnya.

           Ekoran daripada itu, buah-buahan itu mengadakan mesyuarat tergempar untuk mengambil giliran berbuah. Semua buah datang berhimpun di tempat mesyuarat.

      Mula-mula, buah-buah itu memilih pengerusi mesyuarat. Cempedak mencadangkan supaya kelapa menjadi pengerusinya. Buah rambutan menyokong. Buah-buah lain bersetuju sebulat

Page 14: ANJING DENGAN BANGAU

suara.

      Selain itu, mereka harus memilih setiausaha juga. Buah salak mencadangkan supaya betik dipilih.

      Setelah dipilih sebagai pengerusi mesyuarat, buah kelapa pun mengambil tempat. Buah kelapa mengucapkan terima kasih kerana majlis memilihnya sebagai pengerusi mesyuarat.

      "Saya akan menjalankan tugas saya sebaik-baiknya. Saya harap selepas mesyuarat ini, masyarakat buah-buahan tidak akan bergaduh lagi," kata buah kelapa

      Perbincangan pertama mesyuarat hari itu diteruskan. Mula-mula, mereka akan menetapkan musim berbuah bagi setiap pokok supaya tidak berlaku lagi pertindihan musim.

      Pada awalnya, semua pokok hendak berbual awal. Mesyuarat hangat seketika apabila masing-masing pokok hendak berbuah awal.

      "Saya sepatutnya berbuah awal kerana saya tidak sedap. Durian

bila-bila masa boleh berbuah kerana isinya lazat," kata rambai memberi alasan.

      "Tuan pengerusi mesyuarat. Saya bukan membantah keputusan mesyuarat. Tetapi masa yang diberikan kepada saya tidak sesuai. Musim banjir. Musim ini semua manusia kalut dan masing-masing asyik mencari perlidungan banjir. Jadi kalau saya berbuah pun, tiada siapa akan pedulikan saya. Tiada siapa akan mengutip saya kerana apabila buah saya gugur, terus dihanyutkan air lalu ke laut," jelas durian.

Page 15: ANJING DENGAN BANGAU

      Alasan durian memang memang munasabah. Jadi, semua buah mesti elakkan diri daripada berbuah pada musim banjir. Mereka boleh berbuah, kecuali bulan pada Januari hingga Oktober sahaja.

      Akhirnya, buah kelapa membuat keputusan. Jadual musim dibacakan kepada semua buahan. Setelah jadual itu dibaca, semua buah bersetuju.

      Apabila musim berbuah menjelang, rambutan dibenarkan berbuah dulu. Diikuti oleh buah manggis, langsat, dan duku.

    Apabila musim itu hampir habis, buah durian bolehlah mengambil giliran untuk memasakkan buahnya. Buah-buahan ini boleh berbunga serentak tetapi terpaksa menunggu giliran untuk masak.

      Buah-buah asam seperti limau, mangga, asam jawa, binjai, kuinin, macang, dan salak bebas berbuah pada bila-bila masa kerana mereka tidak menjadi saingan.

      "Kita asyik menerima jadual kita berbuah. Tetapi kita telah membelakangkan pengerusi mesyuarat dan setiausaha. Tuan-tuan berdua pula bagaimana?" tiba-tiba buah langsat bertanya.

   "Saya sebagai  pengerusi mesyuarat dan betik sebagai setiausaha juga tidak menjadi saingan. Oleh sebab itu, bagaimana kalau saya meminta izin majlis untuk saya berbuah sepanjang masa?" ujar buah kelapa.

      "Setuju! Setuju! Tetapi bagaimana pula dengan saya? Belum ada jadual," kata rambai. Memang rambai belum menerima jadual berbuah.

Page 16: ANJING DENGAN BANGAU

      "Ya, buah rambai belum menerima jadual! Bagaimana kalau kita bebaskan rambai memilih musim?" tanya kelapa.

      "Saya setuju. Saya insaf bahawa saya tidak sedap. Saya tidak begitu diperlukan oleh manusia. Bagaimana kalau saya berbuah pada bulan Ogos atau September, iaitu apabila buah-buah lain habis musimnya?"

      Majlis bersetuju dengan permohonan rambai. Oleh sebab itulah rambai berbuah pada akhir musim, iaitu sayup musim. Dengan jadual itu, rambai yang dulunya tidak laku, sekarang sudah dapat menaikkan harganya.

            "Ada lagi hal-hal lain?" tanya buah kelapa sebelum menangguhkan mesyuarat.

      Buah kelapa kemudiannya bertanya satu demi satu untuk menentukan semua buah-buahan bercakap.

      Durian, rambutan, manggis, duku, langsat, mangga, limau, gelugor, kandis, binjai, salak, kelubi, pisang, cempedak, durian belanda, kecupu, dan beberapa jenis buah lain lagi sudah berpuas hati. Mereka hanya menggeleng-geleng kepala apabila ditanya.           "Baiklah! Kalau tidak ada apa-apa, kita tangguhkan dulu mesyuarat ini kepada suatu masa yang akan ditetapkan nanti." ujar buah kelapa. Sebelum berpisah mereka membaca doa. Selepas itu, majlis bersurai.

      Mesyuarat buah-buahan itupun berakhir. Selepas mesyuarat itu, buah-buahan itu tidak pernah bermesyuarat lagi. Kononnya, ketetapan yang diambil dalam mesyuarat tersebut masih dipakai hingga sekarang.

Page 17: ANJING DENGAN BANGAU

Nilai Murni

Begitulah bijaknya buah-buahan. Tidak perlu banyak kali mesyuarat untuk menentukan yang terbaik. Tidak seperti manusia, walaupun sesuatu keputusan diambil dalam mesyuarat, tetapi masih berbunyi selepas mesyuarat.  Mesyuarat amat berguna untuk kita mencari kata sepakat yang terbaik dengan menitikberatkan pandangan semua pihak.

KERANA BUAH BUSUK

Pada suatu ketika dahulu, di Kampung Beringin Satu, penduduknya hidup aman dan damai. Ada yang bekerja sebagai petani. Ada juga yang bekerja sebagai nelayan dan tukang rumah. Penduduk di kampung itu memang rajin bekerja. Murad ialah salah seorang penduduk di situ. Murad bekerja sebagai peniaga buah-buahan. Dia menjual pelbagai jenis buah. Ada buah rambutan, durian, limau, durian belanda, nona, langsat, duku dan sebagainya. Buah-buahan yang dijualnya segar belaka.

Gerainya terletak di simpang masuk ke kampung tersebut. oleh itu, gerainya sering menjadi tumpuan penduduk kampung. Namun begitu, Murad mempunyai sikap yang tidak baik. Dia bercita-cita menjadi kaya dengan jalan yang mudah. Oleh itu, dia selalu menipu pelanggan yang datang membeli buah di gerainya.

Page 18: ANJING DENGAN BANGAU

Pada suatu hari, Pak Ahmad pergi ke kedai Murad. Pak Ahmad hendak membeli buah limau. Anak bongsunya suka makan buah limau. Pak Ahmad membelek-belek buah limau yang dijual di gerai itu. Semuanya segar belaka. “Berapakah harga buah limau ini?” tanya Pak Ahmad. “Oh, murah sahaja! Sekilogram limau harganya RM3.00,” jawab Murad sambil tersenyum.

Pak Ahmad terperanjat mendengar harga buah limau itu. “Mahalnya,” bisiknya dalam hati. Namun, dia tetap mengambil buah limau itu. Murad menimbang buah limau tersebut. Ketika itu, Murad mencampurkan buah limau itu dengan buah limau yang busuk. Perbuatannya itu tidak disedari oleh Pak Ahmad.

Apabila pulang ke rumah, anak Pak Ahmad membuka plastik itu. Dia berasa sedih kerana menyangka ayahnya membelikan dia buah limau yang busuk dan masam. Pak Ahmad terperanjat melihat buah limau itu. Barulah dia menyedari bahawa Murad telah menipunya. Murad pula berasa amat gembira. Sebenarnya, harga sekilogram limau itu hanya RM1.50. Jadi, dia telah mendapat keuntungan yang lebih. Tak lama lagi, aku akan menjadi kaya, bisik hatinya.

Sebenarnya, bukan Pak Ahmad sahaja yang ditipu oleh Pak Murad. Banyak lagi orang kampung yang ditipunya. Antaranya, Salim, Fadil dan Haji Mat. Salim yang tidak berpuas hati telah datang ke gerai Murad untuk meminta ganti rugi. “Kamu beri saya buah yang busuk. Mana boleh makan?” marah Salim. “Eh, bukan salah saya! Kamu yang pilih sendiri!” jawab Murad dengan angkuh. Salim tidak dapat berbuat apa-apa setelah mendengar kata-kata Murad.

Dalam perjalanan pulang, dia bertembung dengan Fadil dan Haji Mat. Wajah mereka merah padam kerana menahan marah. Haji Mat dan Fadil menceritakan apa yang berlaku kepada Salim. Mereka bertiga berpakat untuk mengajar Murad yang suka menipu itu.

Page 19: ANJING DENGAN BANGAU

Pada keesokan harinya, Haji Mat datang ke gerai Murad. Murad berasa gembira melihat kedatangan Haji Mat. Dia menyangka Haji Mat tidak tahu tentang penipuannya. Haji Mat membeli dua kilogram buah nona.

Seperti biasa, Murad mencampurkan buah nona itu dengan buah yang busuk. Namun, perbuatannya dikesan oleh Fadil dan Salim. Mereka berdua bersembunyi di belakang gerai itu! “Oh, ini rupa-rupanya perbuatan kamu! Berani kamu menipu orang kampung, ya!” sergah Salim. Murad terperanjat dan berasa sungguh malu. “Kalau beginilah cara kamu berniaga, kami takkan membeli buah di sini lagi,” tambah Fadil pula.

“Sikap kamu ini tidak elok, Murad. Kamu mahukan keuntungan lebih dengan cara menipu orang lain,” kata Haji Mat pula. Murad hanya mendiamkan diri. Dia berasa amat menyesal. Namun, penyesalannya itu sudah terlambat. Bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur. Sejak hari itu, perniagaannya mula merosot. Orang kampung sudah tidak percaya akannya lagi. Rahsianya yang suka menipu itu sudah terbongkar. Murad benar-benar menyesal. Nama baiknya sudah tercemar disebabkan perbuatnnya itu.

Page 20: ANJING DENGAN BANGAU

Nilai Murni

Kita mestilah jujur dalam melakukan apa sahaja. Perbuatan menipu itu tidak baik dan jangan diamalkan. Lakukanlah sesuatu dengan kejujuran dan keikhlasan. Kita pasti akan mendapat kejayaan jika kita bersikap demikian.

Kisah Pendayung Sampan Dengan Profesor

"Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang.

Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arahpantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

Page 21: ANJING DENGAN BANGAU

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu."Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas."Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.

"Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala."Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Page 22: ANJING DENGAN BANGAU

Nilai moral

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi..so be humble in everything we do.

Kaki atau tanduk

Pada suatu pagi yang cerah, seekor rusa sedang minum air di tepi sungai.  Semasa meneguk air di permukaan yang jernih, ia terlihat bayang-bayangnya di dalam air.  Dia merasa begitu bangga dengan tanduknya yang begitu cantik.. “Wah, sungguh cantik tanduk aku.  Tanduk aku menjadikan aku cantik !”

Lusa itu berpaling dan mendapati kakinya kurus dan panjang serta tidak menarik sama sekali.  ”Sayangnya kakiku sebegini rupa,”  rungut rusa itu.  “Jika kakiku cantik seperti tandukku, tentulah aku kelihatan cantik dari hujung rambut hingga hujung kuku.  Dengan itu aku menjadi haiwan yang paling cantik!”  Si rusa seperti menyesali kerana memiliki bentuk kaki yang sedemikian.

Tiba-tiba, seekor singa datang ke kolam itu dan minum air.  Apabila ternampak rusa, singa itu berhenti  berjalan lalu merangkak perlahan-lahan menuju ke arah rusa. 

Pada ketika singa bersedia menerkam, sang rusa terperanjat lalu melompat untuk menyelamatkan diri.  Kemudian ia dengan sekuat hati berlari menuju ke arah hutan.

Sebelum sampai ke hutan, rusa merentasi sebuah kawasan terbuka.  Kakinya yang panjang membolehkannya berlari dengan

Page 23: ANJING DENGAN BANGAU

pantas.  Dalam masa yang singkat rusa berada jauh dari singa.  Akhirnya ia sampai ke pinggir hutan lalu masuk ke dalam hutan.  Ia berfikir lebih selamat bersembunyi di dalam hutan.

Apabila sang rusa masuk ke dalam hutan, tanduknya yang bercabang-cabang itu tersangkut pada dahan-dahan pokok.  Akhirnya ia terperangkap.  Rusa menarik dan menolak tanduknya sekuat hati.  Malangnya ia tidak berjaya melepaskan tanduknya.  Semasa rusa cuba menarik dan menolak tanduknya, sang singa pun tiba.  Akhirnya singa berjaya menangkap rusa.

”Oh, aku sungguh bodoh !” Rusa merintih semasa terbaring menunggu nafasnya berakhir. ”Aku menghina kakiku yang kurusa hodoh tetapi rupa-rupanya kakiku yang menyelamatkan aku.  Tetapi tanduk yang cantik yang aku bangga-banggakan itu menyebabkan kematianku.

Page 24: ANJING DENGAN BANGAU

Nilai Moral

Kadangkala ada perkara yang kita tidak suka tetapi memberika manfaat kepada kita dan ada perkara yang kita suka tetapi merosakkan hidup kita.  Hargailah apa-apa pun yang ada pada kita selagi kita hidup.